KANDUNGAN MUKA SURAT
2
BIL ISI KANDUNGAN 3
1 Kandungan 4
2 Aturcara Majlis 5
3 Sekapur Sireh Seulas Pinang Penasihat PIBG 6
4 Hasrat Nurani YDP PIBG 7
5 Notis Mesyuarat Agung PIBG 8
6 Agenda Mesyuarat Agung PIBG kali ke-8
7 Jawatankuasa PIBG 2020/2021 9-10
8 Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG kali ke-8 11-15
9 Minit Mesyuarat PIBG kali ke-7
10 Laporan Kewangan 16
11 Laporan Aktiviti dan Sumbangan PIBG 17
12 Laporan Aktiviti dan Pencapaian Sekolah 18-20
13
14
HARI ATURCARA MAJLIS
TARIKH
MASA : SABTU
APLIKASI : 23 OKTOBER 2021
: 9.00 PAGI
: GOOGLE MEET (ATAS TALIAN)
8.45 Pagi : Ahli Jawatankuasa dan Waris menyertai Google Meet
9.00 Pagi : Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan Doa oleh Al-Fadhil Ustaz Roslandi bin Mhd.Arof
Montaj Pembukaan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-8
Ucapan Tuan Guru Besar
Ucapan Tuan Yang Dipertua PIBG
Ucaptama dan Perasmian oleh Encik Jefere bin Kamis,
Timbalan PPD,PPP Pengurusan Sekolah, Daerah Kulim
Bandar Baharu.
Persembahan Slaid dan Laporan Pencapaian Sekolah
sepanjang Tahun 2020/2021
10.00 Pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-8 bermula:
Aluan Tuan Pengerusi
Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-7
Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG
berakhir 31 Disember 2021.
Membentang dan Membahaskan Usul
Laporan Aktiviti PIBG
Laporan Aktiviti Surau Al-Falah
Hal-Hal Lain
1.00Petang : Ucapan Penangguhan.
-
SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG
GURU BESAR SK TAMAN MUTIARA
Sekapur Sireh, Seulas Pinang
Assalamualaikum w.b.t.
Bersyukur kerana kita dapat bersama-sama bertemu di
dalam majlis ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima
kasih kepada guru-guru dan para waris kerana sudi melapangkan masa untuk hadir
ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-8 / 2021.
Kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum merupakan salah satu
hadiah yang paling istimewa untuk ibu dan bapa serta keluarga tercinta.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memainkan peranan yang amat penting di
dalam merealisasikan impian tersebut. Oleh itu, sebagai warga PIBG sekolah, kita
perlu mengambil pelbagai inisiatif untuk mempertingkatkan kecemerlangan dalam
bidang akademik tanpa mengabaikan bidang kokurikulum.
Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
semua barisan AJK PIBG sekolah ini yang banyak memberi kerjasama dan sokongan
mereka dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar serta memartabatkan imej
sekolah ini.
Sekian, terima kasih.
ZAITON BINTI ZAKARIA
Guru Besar,
SK Taman Mutiara
HASRAT NURANI
YDP PIBG SK TAMAN MUTIARA
Hasrat Nurani
Alhamdulillah, Puji dan syukur kehadrat Allah S.W.T
kerana dengan izinNYA dapatlah saya mencoretkan
sepatah dua kata dalam Buku Program Digital Mesyuarat
Agung Tahunan PIBG SKTM kali ke – 8 ini.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima
kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada para pentadbir, guru guru dan semua
kakitangan sokongan sekolah ini yang telah memberikan kerjasama yang padu dan
erat dengan PIBG sekolah.
Saya amat yakin dengan pentadbiran yang berwibawa akan dapat memacu
kejayaan murid murid di sekolah ini dalam kurikulum dan ko kurikulum pada masa
akan datang seiring dengan motto PIBG iaitu Sederap Bersama. Saya juga
berharap ibu bapa dan waris bersama guru guru SKTM memberi sokongan kepada
PIBG untuk menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Akhir kata , besarlah harapan saya agar semangat kerjasama dan sikap bersatu
padu yang sedia terjalin akan terus dikekalkan bagi meningkatkan lagi tahap
Kecemerlangan SKTM.
Sekian, Terima Kasih.
ZOLKAFLI BIN MD NAWI @ MAT ARIFFIN
YDP PIBG,
SK Taman Mutiara
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUTIARA
No. Tel : 04-4031598 No. Fax : 04-4031159 Email : [email protected]
Ruj. Kami : 60/002/2 ( )
Tarikh : 7 Oktober 2021
Tuan / Puan Ahli PIBG,
Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara,
09700 Karangan, Kedah
NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-8 SEKOLAH
KEBANGSAAN TAMAN MUTIARA
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 23 Oktober 2021 (Sabtu)
Masa : 9.00 hingga 1.00 petang
Aplikasi :Google Meet ( Atas Talian)
3. Bersama-sama surat makluman ini disertakan keratan usul atau cadangan yang boleh diusulkan dalam
Mesyuarat Agung tersebut. Tuan/puan diminta untuk mengisi butiran-butiran dalam kertas usul di bawah.
Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan dikehendaki untuk mengembalikan semula keratan usul sebelum atau
pada 21 Februari 2019 kepada Setiausaha PIBG. Usul atau cadangan yang dihantar lewat tidak akan diterima.
4. Untuk makluman pihak tuan/puan, semua usul dan cadangan akan diputuskan oleh jawatankuasa
penapisan usul untuk dibentangkan dalam mesyuarat. Usul yang diterima untuk dibahaskan perlulah dibentangkan
sendiri oleh pembawa usul.
Sekian terimakasih.
Saya yang menjalankan amanah,
…………………………….
(MUHAMMAD ALIF BIN MOHD KASSIM)
Setiausaha PIBG,
SK Taman Mutiara
……………………………...……….………….….SILA POTONG DI SINI…………….…………………………………
NAMA DAN ALAMAT WARIS
...............................................
...............................................
USUL / CADANGAN UNTUK DIBENTANGKAN DALAM MESYUARAT AGUNG PIBG SKTM KALI KE-8
Saya waris / penjaga kepada murid bernama ...................................................................tahun......................ingin
mengutarakan ( usul / cadangan) seperti yang berikut:
1. __________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
2. __________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
Sekian, terima kasih.
Nama Pencadang :.................................................
Tandatangan pencadang :.................................................
AGENDA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-8
BIL AGENDA
1 Aluan Pengerusi Majlis.
2 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-7
3 Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG Berakhir 31
Disember 2021
4 Membentang dan Membahaskan Usul.
5 Laporan Aktiviti PIBG
6 Laporan Aktiviti Surau Al-Falah
7 Hal-Hal Lain.
JAWATANKUASA PIBG 2020/2021
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUTIARA
PENASIHAT
PUAN ZAITON BINTI ZAKARIA
YANG DIPERTUA
ENCIK ZOLKAFLI BIN MD NAWI @ MAT ARIFFIN
NAIB YANG DIPERTUA
ENCIK KAMALRUDZAMAN BIN MAT SARIPAT
SETIAUSAHA KEHORMAT
ENCIK MUHAMMAD ALIF BIN MOHD KASSIM
BENDAHARI KEHORMAT
PUAN SYARIFAH AINE BINTI SYED ZAINAL ABIDIN
AHLI JAWATANKUASA
GURU:
ENCIK ABD SAMAT BIN ISMAIL
ENCIK MOHD FIRDAUS BIN MOHD PAUZI
PUAN NORAINI BINTI DERANI
WARIS/PENJAGA:
PUAN NOOR SALWANI BINTI ABD RAZAK
PUAN FARAH HANIM BINTI MUKHTAR
ENCIK AHMAD SYUKRI BIN ZAINAL
PEMERIKSA KIRA-KIRA
JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KELAPAN
SESI 2021/2022
SECARA ATAS TALIAN (GOOGLE MEET)
Jawatankuasa Induk
Penasihat : Zaiton binti Zakaria (Guru Besar)
Pengerusi
Naib Pengerusi : Zolkafli bin Md Nawi @ Mat Ariffin (YDP)
Setiausaha
Bendahari : Mohd Kamalrudzaman bin Mat Saripat (NYDP)
: Muhammad Alif bin Mohd Kassim
: Syarifah Aine binti Syed Zainal Abidin
Jawatankuasa Kerja
Bacaan Doa : Roslandi bin Mhd. Arof
Mohd Firdaus bin Mohd Pauzi
Pengacara Majlis : Mohd Ridzuan bin Ismail
Azmila binti Awang
Pendaftaran : Ismail bin Mohamad Saad
( Google Form )
Google Meet : Muhammad Mansuri bin Abdul Aziz
Buku Program : Muhammad Alif bin Mohd Kassim
( Flip Book ) Mohd Kamalrudzaman bin Mat Saripat
Mohd Zamberi bin Adni (SU Kokurikulum)
Norhanifah binti Ismail Zawawi (SU Kurikulum)
Hasnin binti Ab.Wahab (SU Hal Ehwal Murid)
Pencatat : Fauzah binti Hashim
Dokumentasi Noor Hazita binti Saad
Siti Hajar binti Othman
Kiron Latha a/p Balakrishnan
: Norhayaty binti Zainon
Mohd Zamberi bin Adni
Montaj : Robiatul Adawiyah binti Mustafa
( Pembukaan) Norizan binti Md. Saman
Noraini binti Derani
Tayangan Slaid : Nor Azliza binti Che Ahmad
/Video Siti Juriana binti Mohd Sanusi
Norhanifah binti Ismail Zawawi
Nasibah binti Abdul Razak
Umi Normizan binti Safie
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-7
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUTIARA
09700 KARANGAN, KULIM
KEDAH DARUL AMAN
Tarikh : 08 Mac 2020
Hari : Ahad
Masa : 2.00 hingga 5.00 petang.
Tempat : Dewan Al-Farabi
Kehadiran : 320 orang
Agenda:
I. Perutusan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
1. YDP PIBG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
yang tidak terhingga kepada semua yang hadir. Pengerusi juga menyatakan
harapan beliau agar ibu bapa dan guru dapat terus mengekalkan hubungan baik dan
mesra untuk kebaikan kedua-dua pihak dan terus meningkatkan kecemerlangan sekolah.
Beliau berharap kehadiran waris pada mesyuarat kali ini memberi hasil yang baik untuk
anak-anak Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara.
II. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 6
2. Encik Salman bin Shaidan selaku Setiausaha Kehormat PIBG membentangkan Minit
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 6 untuk disemak dan disahkan.
3. Encik Mohd Fuad bin Ahmad mencadangkan minit disahkan dan disokong oleh Puan
Najdiah binti Mamat@Mohamad.
III. Perkara Berbangkit
4. Encik Wan Azmi memohon sumbangan untuk menambahbaik surau, pembinaan tandas
dan tempat wuduk.
5. Waris tidak dibenarkan menunggu terlalu lama di hadapan sekolah ketika menghantar
dan mengambil anak di sekolah .
6. Mesyuarat telah memutuskan penukaran tandatangan cek PIBG terdiri daripada dua
jawatankuasa tertinggi PIBG iaitu Bendahari, Setiausaha PIBG baru yang akan dilantik.
7. Penukaran penandatangan cek dilakukan di Bank Islam Cawangan Kulim.
Tandatangan cek mesti dilakukan oleh dua orang jawatankuasa tertinggi PIBG iaitu
Setiausaha, Encik Muhammad Alif Bin Mohd Kassim dan Bendahari, Puan Syarifah Aine
binti Syed Zainal Abidin setelah diluluskan oleh Yang Dipertua PIBG.
IV. Membentang dan menerima Laporan Kewangan
8. Puan Maizatul Anam binti Ab. Wahab membentangkan laporan kewangan sepanjang
tahun 2019 untuk disemak dan disahkan.
9. Puan Hasnin bin Ab. Wahab mencadangkan laporan kewangan diterima dan disokong
oleh Encik Mohd. Fauzi bin Jamaluddin.
V. Laporan Perkembangan Surau Kekal Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara
10. Encik Wan Azmi bin Wan Zi membentangkan laporan perkembangan surau sepanjang
tahun 2019.
11. Beliau memaklumkan surau telah siap dibina. Guru dan murid dibenarkan untuk
menggunakan surau untuk solat dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran. Beberapa
peralatan surau perlu dibeli untuk kegunaan dan keselesaan murid seperti, rak al-Quran
dan almari telekung.
12. Surau sentiasa mendapat sumbangan dari guru dan waris, seperti al-Quran, telekung,
sejadah dan frame hiasan.
VI. Membentang dan membahas usul / cadangan
a) Usul / cadangan 1 : Pn.Azlina Abd Aziz
Mohon waris yang datang ke sekolah memberikan kerjasama untuk tidak
menghalang laluan basikal sewaktu murid keluar dari kawasan sekolah.
Jawapan/respon : Pihak pemberi usul tidak hadir
b) Usul / cadangan 2 : En. Mohd Khairi Enchek Marzuki
Cadangkan murid tahap 1 dan tahap 2 balik waktu berbeza pada hari Ahad untuk
elakkan kesesakan.
Jawapan/respon: Guru Besar menyatakan bahawa peruntukan masa pembelajaran telah
ditetapkan oleh kementerian dan tidak boleh dikurangkan atau dilebihkan masa di dalam
jadual. Beliau memohon ibu bapa atau penjaga mengawasi keselamatan anak-anak
terutama murid tahap 1. Ibu bapa atau penjaga juga dipohon supaya tidak menghalang
lalu lintas.
c) Usul / cadangan 3 : Pn.Salasiah Samsudin
Diharap pihak sekolah meletakkan papan tanda ‘Jalan Sehala’ di luar sekolah bagi
melancarkan laluan kenderaan.
Jawapan/respon: NYDP menyatakan bahawa papan tanda ‘Jalan Sehala’ telah
disediakan dari dahulu dan menggesa semua pihak memberikan kerjasama untuk
melancarkan laluan kenderaan.
d) Usul / cadangan 4 : En. Nik Muhd Hasanuddin
Mewujudkan kawalan keselamatan lalu lintas kenderaan di luar kawasan sekolah.
Jawapan/respon: Guru Besar memberi respon dengan menyatakan bahawa pengawal
keselamatan sekolah tidak bertugas di luar kawasan sekolah. Namun jawatakuasa
keselamatan / lalu lintas sekolah boleh diwujudkan di kalangan PIBG atau PIBK secara
sukarela atau berbayar.
e) Usul / cadangan 5: Pn.Nurhayati Hashim
Kurangkan aktiviti luar di musim panas ini.
Jawapan/respon: Guru Besar menyatakan bahawa aktiviti telah pun dikurangkan.
f) Usul / cadangan 6 : Pn.Rafeah Abu Bakar
Hentikan penjualan makanan yang tidak berkhasiat di kantin sekolah dan penjualan
barangan/alatan yang tidak berkaitan dengan peralatan sekolah/belajar di koperasi
sekolah.
Jawapan/respon: Guru Besar menyatakan bahawa pihak sekolah sentiasa memantau
makanan yang dijual oleh pihak kantin dan peringatan telah pun diberikan. Ibu bapa
diminta untuk menasihati anak-anak supaya tidak membeli makanan tidak berkhasiat.
Berkenaan peralatan yang dijual di koperasi pula, pesanan dilakukan oleh pihak koperasi.
Pihak sekolah akan terus melakukan pemantauan.
g) Usul / cadangan 7: En. Mohd Norizan bin Mohd Nor
Adakah satu hari Bahasa Inggeris dalam seminggu di mana semua murid harus
bercakap dalam Bahasa Inggeris?
Jawapan/respon: Guru Besar menyatakan bahawa setiap hari Selasa merupakan Hari
Bahasa Inggeris. Program HIP turut dijalankan.
VII. Penukaran Tandatangan Pengeluar Wang PIBG
13. Guru Besar memaklumkan bahawa tandatangan Cek Pengeluar Wang PIBG iaitu Yang
Dipertua, Setiausaha dan Bendahari PIBG sesi 2019/2020 perlu ditukar dengan kadar
segera kepada tandatangan Cek Pengeluar Wang PIBG dari Yang Dipertua, Setiausaha
dan Bendahari PIBG yang baharu bagi sesi 2020/2021.
VIII. Hal-hal lain
14. Guru Besar memaklumkan tentang perlantikan AJK baharu untuk tahun 2020/2021.
Lantikan Ahli Jawatankuasa PIBG yang baharu adalah seperti berikut:
YDP : Encik Zolkafli bin Md Nawi @ Mat Ariffin
NYDP : Encik Mohd Shahmie bin Shafii
SETIAUSAHA
BENDAHARI Encik Muhammad Alif bin Mohd Kassim
AJK (Guru) : Puan Syarifah Aine binti Syed Zainal Abidin
: Puan Fouziah binti Mat
: Encik Mohd Kamalrudzaman bin Md Saripat
: Encik Abd Samat bin Ismail
: Puan Noraini binti Derani
: Encik Mohd Firdaus bin Mohd Pauzi
AJK (Waris) : Encik Ahmad Syukri bin Zainal
: Puan Farah Hanim binti Mukhtar
: Puan Noor Salwani binti Abd Razak
: Puan Noritta binti Abdul Rahim
15. Keputusan Mesyuarat Agung PIBG ke-7 telah bersetuju pertukaran tandatangan cek
seperti ketetapan berikut:-
Bil NAMA LAMA NAMA BARU JAWATAN
Yang Dipertua
1 Mustafa Kamal bin Abu Bakar Zolkafli bin Md Nawi@Mat Ariffin
Setiausaha
No.KP: 740607-08-6255 No.KP: 720315-03-5941
2 Salman bin Shaidan Muhammad Alif bin Mohd Kassim
No.KP: 880330-02-5701 No.KP: 870925-08-5659
3 Maizatul Anam binti Ab.Wahab Syarifah Aine binti Syed Zainal Bendahari
No.KP: 871004-29-5402 Abidin
No.KP: 830706-06-5678
VIV. Mesyuarat di tangguhkan pada jam 5.30 petang
Disediakan oleh : Disemak dan disahkan oleh :
……………………………………… …………………………………………..
MUHAMMAD ALIF BIN MOHD KASSIM ZOLKAFLI BIN MD NAWI@MAT ARIFFIN
Setiausaha Kehormat PIBG Yang Dipertua PIBG
LAPORAN KEWANGAN PIBG 2020/2021
LAPORAN AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG
BIL AKTIVITI DAN SUMBANGAN
1 Menambah baik tempat menunggu murid (mengecat tempat
menunggu, membina pagar dan memasang 5 buah kipas)
2 Menambah baik tempat meletak basikal murid beserta awning
LAPORAN AKTIVITI DAN PENCAPAIAN SEKOLAH
1. Pencapaian Bidang Akademik (Kurikulum)
2. Laporan Aktiviti Unit dan Hal Ehwal Murid 2020/2021
BIL PROGRAM YANG TARIKH BILANGAN PENYUMBANG
DIJALANKAN PELAKSANAAN MURID
Pertubuhan
1 Gotong - royong PROGRAM TERLIBAT Kebajikan Dana
- mengecat tempat 30.05.2021 AJK PIBG dan Kita
menunggu murid 26.5.2021 waris YAYASAN
- jualan barang kitar HASANAH
semula 27.07.2021 & 162 orang
28.07.2021 penerima Warga SK Taman
2 Penyerahan bantuan KWAPM dan 4 Mutiara dan orang
KWAPM dan e- 19.07.2021 orang e-KASIH perseorangan.
KASIH 30 orang murid
05.09.2021 & kategori B40
3 Program Bantuan 06.09.2021
Dana Kita 141 orang
12.09.2021 murid Tahun 4
4 Program Cerdik menerima
Pintar Tahun 2021 bantuan
komputer riba.
5 Program “BAKUL 58 orang murid
REZEKI” dan kategori B40
Penyerahan berjumlah
Sumbangan RM2900
Kematian
9 orang murid
kematian waris
berjumlah RM
6 Penyerahan Telefon 30.09.2021 15 orang murid Sumbangan
Pintar Zakat Sekolah Tahun 5 dan ZAKAT KEDAH
Tahun 6. berjumlah
RM6000.
7 Program Imunisasi 04.10.2021 & 147 orang
Covid-19 05.10.2021 (dos 1) murid Tahun 6
Kebangsaan Murid- layak menerima
murid Sekolah 24.10.2021 & suntikan
Rendah 25.10.2021 vaksinasi di
( dos 2) PPV SK
TAMAN
MUTIARA.
8 Mesyuarat Agung 23.10.2021 Semua waris
PIBG Kali Ke 8 ( Tahun 1 –
secara atas talian) Tahun 6
3. Pencapaian Bidang Ko Kurikulum
USUL DAN CADANGAN
MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN MUTIARA KALI KE-8
BIL USUL & CADANGAN OLEH:
1 Baju Sukan yang masih belum diterima
Waris : Puan Noor
Zakiah@Zaniah binti
Md Sabri.
2 Cadangan dari Setiausaha Sukan Sekolah Taman Mutiara untuk Guru : Encik Mohamad
membina Gelanggang Takraw dan Gelanggang Badminton Bismil Basir bin Yahaya
berhampiran Tempat Meletak Basikal Murid.
Basir
PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR ( akan dikemaskini nanti )
PENGHARGAAN
POHON SIRIH POHON SELASIH
TUMBUH MERIMBUN DI HUJUNG LAMAN
KALUNGAN BUDI JUNJUNGAN KASIH
MENJADI KENANGAN SEPANJANG ZAMAN
YDP, NYDP, GURU BESAR, AJK PIBG DAN SELURUH WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN
TAMAN MUTIARA MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN
TERIMA KASIH KEPADA:
YANG DIPERTUA PIBG SK TAMAN MUTIARA
NAIB YANG DIPERTUA PIBG SK TAMAN MUTIARA
PARA JEMPUTAN
IBU BAPA DAN WARIS
&
SEMUA HADIRIN
SERTA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK
LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-8
SEMOGA SUMBANGAN DAN PENGORBANAN YANG DIHULURKAN
AKAN DIBERKATI TUHAN