The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Intervensi Pembelajaran SPM Terengganu AKRAM Pendidikan Moral

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2025-03-06 00:00:37

Modul Intervensi Pembelajaran SPM Terengganu AKRAM Pendidikan Moral

Modul Intervensi Pembelajaran SPM Terengganu AKRAM Pendidikan Moral

PENDIDIKAN MORAL MODUL INTERVENSI PEMBELAJARAN Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia SPM TERENGGANU HAK CIPTA EKSKLUSIF KEMENTERIAN PENDIDIKAN Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Digubal oleh PANEL AKRAM Negeri Terengganu Soalan Merangkumi Topik Tingkatan 4 Soalan Berformat SPM BERTERASKAN DSKP TERKINI KOD QR Skema Pemarkahan PENERBIT MAHIR SDN BHD


PENDIDIKAN MORAL PENERBIT MAHIR SDN BHD


Diterbit oleh: Penerbit Mahir Sdn. Bhd.(183897-P) 8, Jalan 7/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6½, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur, Malaysia Tel: +603-7772 7800 Faks: +603-7785 1800 E-mel: [email protected] Hak cipta terpelihara. Semua bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan elektronik, mekanikal, penggambaran semula, perakaman ataupun sebaliknya, tanpa izin terlebih dahulu daripada Penerbit Mahir Sdn. Bhd. © Penerbit Mahir Sdn. Bhd.(183897-P) Cetakan Pertama 2025 ISBN 978-629-471-299-7 Dicetak di Malaysia oleh: World Line Marketing & Services, Kuala Lumpur PENERBIT MAHIR SDN BHD


iii © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) KANDUNGAN Format Instrumen Peperiksaan SPM Pendidikan Moral iv 1 UNIT Norma Masyarakat Pemangkin Kesejahteraan 1 2 UNIT Peribadi Mulia Hiasan Diri 6 3 UNIT Prinsip Keadilan dan Keperibadian dalam Membuat Keputusan 12 4 UNIT Pengunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika 18 5 UNIT Mantap Integriti Mantaplah Jadi Diri 24 6 UNIT Keluarga Berintegriti Keluarga Disegani 30 7 UNIT Berperikemanusiaan Membentuk Masyarakat Sejahtera 36 8 UNIT Hak dan Tanggungjawab Kewarganegaraan 42 9 UNIT Perpaduan Masyarakat Asas Kemakmuran Negara 48 10 UNIT Pengurusan Perbelanjaan Secara Beretika 54 11 UNIT Keunikan Rakyat Malaysia 59 12 UNIT Malaysia dalam Hubungan Antarabangsa 64 JAWAPAN rb.gy/4hp7zi PENERBIT MAHIR SDN BHD


iviv format instrumen peperiksaan spm pendidikan moral BIL PERKARA KETERANGAN 1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis 2 Jenis Item • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka • Subjektif Berstruktur 3 Bilangan Soalan Bahagian A (50 markah) 5 soalan (Jawab semua soalan) Bahagian B (10 markah) 2 soalan (Jawab 1 soalan) Bahagian C (10 markah) 2 soalan (Jawab semua soalan) 4 Jumlah Markah 100 markah 5 Tempoh Ujian 2 jam 30 minit 6 Konstruk • Mengingat • Memahami • Mengaplikasi • Menganalisis • Menilai • Mencipta 7 Cakupan Konteks Standard kandungan dan standard pembelajaran dalam Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) KSSM (Tingkatan 4 dan 5) 8 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi 5 : 3 : 2 9 Kaedah Penskoran • Analitik • Holistrik PENERBIT MAHIR SDN BHD


1 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) UNIT 1 BAHAGIAN A 1 Maklumat berikut berkaitan dengan budaya hedonisme. Budaya hedonisme merupakan pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup sahaja. (a) Berikan dua contoh budaya hedonisme. [2 markah] (b) Ramalkan kesan terhadap akhlak generasi muda jika budaya hedonisme tidak ditangani dengan segera. [4 markah] (c) Huraikan cara yang perlu dilaksanakan oleh ibu bapa dan pihak kerajaan dalam mengelakkan generasi muda terlibat dengan budaya hedonisme. [4 markah] TINGKATAN 4 1 UNIT Norma Masyarakat Pemangkin Kesejahteraan PENERBIT MAHIR SDN BHD


© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 2 UNIT 1 2 Berikut merupakan permainan tradisional yang sering dimainkan oleh generasi muda di Malaysia suatu ketika dahulu. Permainan Dahulu Permainan Sekarang (a) Berdasarkan gambar di atas, nyatakan norma masyarakat dalam aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak dahulu. [2 markah] (b) Huraikan kepentingan norma masyarakat yang sepatutnya kita amalkan. [4 markah] (c) Jelaskan kesan sekiranya sesuatu norma masyarakat itu diabaikan dalam kehidupan seharian. [4 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


3 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) UNIT 1 BAHAGIAN B 3 Maklumat berikut berkaitan dengan dilema yang dialami oleh Calvin. Baru-baru ini, Calvin mendapati adiknya, Edward amat taksub dengan budaya Black Metal. Calvin amat bimbang apabila Edward memberitahu keinginannya untuk menghadiri sebuah konsert berunsurkan Black Metal. (a) Apakah perasaan anda sekiranya Edward terus taksub dengan budaya Black Metal? Berikan alasan anda. [2 markah] (b) Andaikan anda Calvin, bagaimanakah anda mengatasi dilema tersebut? Jawapan anda harus disokong dengan nilai universal yang telah anda pelajari. [8 markah] BAHAGIAN C 4 Gambar di bawah menunjukkan amalan gotong-royong di sebuah tempat kediaman. PENERBIT MAHIR SDN BHD


© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 4 UNIT 1 (a) Masyarakat kini semakin mengabaikan semangat kejiranan. Jelaskan perasaan anda sekiranya tiada semangat kejiranan di kawasan anda. Berikan alasan anda. [4 markah] (b) Huraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada pudarnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita. [8 markah] (c) Ramalkan kesan pengabaian semangat kejiranan dalam kehidupan harian berdasarkan nilai universal yang telah anda pelajari. [8 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


5 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) UNIT 1 PENERBIT MAHIR SDN BHD


© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 6 UNIT 2 BAHAGIAN A 1 Gambar berikut menunjukkan perbuatan merempit dalam kalangan remaja sekolah. (a) Jelaskan satu nilai universal yang sepatutnya diamalkan oleh remaja tersebut berdasarkan gambar di atas. [2 markah] (b) Sekiranya mat rempit tersebut ialah rakan rapat anda, bagaimanakah anda menghalang rakan anda daripada terlibat dalam gejala tersebut? [4 markah] TINGKATAN 4 2 UNIT Peribadi Mulia Hiasan Diri PENERBIT MAHIR SDN BHD


7 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) UNIT 2 (c) Pada pendapat anda, mengapakah perbuatan merempit dalam kalangan remaja masih berleluasa? Berikan hujah anda. [4 markah] 2 Gambar berikut menunjukkan seorang ibu mengandung yang menggunakan pengangkutan awam. Gambar A Gambar B (a) Berdasarkan pengetahuan moral anda, jelaskan maksud keperibadian mulia. [2 markah] (b) Anda menaiki pengangkutan yang sama, terangkan dua tindakan moral yang akan anda ambil. [4 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 8 UNIT 2 (c) Ramalkan dua implikasi jika seseorang mengamalkan sikap individualistik dalam kehidupan bermasyarakat. [4 markah] BAHAGIAN B 3 Gambar berikut menunjukkan sikap individu yang baik hati terhadap haiwan. (a) Jelaskan perasaan anda apabila dapat melakukan perbuatan yang baik dalam kehidupan. [2 markah] (b) Jelaskan tindakan yang patut diambil oleh setiap individu yang berkeperibadian mulia terhadap haiwan bagi mengelakkan pengabaian ini daripada berterusan. Jawapan anda mestilah berdasarkan nilai universal yang dipelajari. [8 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


9 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) UNIT 2 BAHAGIAN C 4 Gambar di bawah menunjukkan dilema yang dihadapi oleh seorang penunggang motosikal setelah motosikalnya bergesel dengan sebuah kenderaan. Patutkah saya mengaku salah? Tidak ada sesiapa yang nampak. Patutkah saya meninggalkan nombor telefon saya? Patutkan saya melarikan diri? (a) Apakah reaksi tuan punya kenderaan apabila menyedari keadaan tersebut? Jelaskan tindakan tersebut. [4 markah] (b) Jika anda penunggang motosikal tersebut, bagaimanakah anda menyelesaikan situasi di atas berdasarkan penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral? [8 markah] (c) Isu langgar lari sering berlaku dalam kalangan pemandu kini. Jelaskan kepentingan mempunyai keperibadian mulia dalam situasi ini. [8 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 10 UNIT 2 PENERBIT MAHIR SDN BHD


11 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) UNIT 2 PENERBIT MAHIR SDN BHD


© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 12 UNIT 3 BAHAGIAN A 1 Masalah disiplin murid di sekolah harus dibendung oleh semua pihak. Sumber: https://www.nutp.org.my (a) Mengapakah tindakan disiplin perlu dikenakan kepada murid atas kesalahan yang dilakukan? [3 markah] (b) Apakah kesan kepada murid yang terlibat dalam suatu kesalahan tetapi tidak diberikan hukuman? [4 markah] TINGKATAN 4 3 UNIT Prinsip Keadilan dan Keperibadian dalam Membuat Keputusan PENERBIT MAHIR SDN BHD


13 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) UNIT 3 (c) Terangkan peranan ibu bapa dalam membentuk disiplin anak-anak. [3 markah] 2 Maklumat berikut berkaitan dengan hukuman undang-undang. Sumber: https://www.centre.my (a) Berdasarkan nilai universal yang dipelajari, jelaskan peranan undang-undang dalam membentuk masyarakat yang mematuhi peraturan dan undang-undang. [3 markah] (b) Sebagai masyarakat prihatin, bagaimanakah anda membantu bekas pesalah yang telah menerima hukuman untuk meneruskan kehidupan dalam masyarakat? [4 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 14 UNIT 3 (c) Terangkan peranan ibu bapa dalam membentuk disiplin anak-anak. [3 markah] BAHAGIAN B 3 Petikan di bawah berkaitan dengan sikap masyarakat ketika situasi pandemik COVID-19. KUCHING: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) melahirkan rasa kesal atas sikap degil segelintir masyarakat yang tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Pengerusi MPKS, Dato Peter Minos berkata, kerajaan mengeluarkan arahan untuk semua tinggal di rumah melainkan ada pengecualian khusus. (a) Pada pandangan anda, wajarkah amalan mementingkan diri sendiri ini terus subur dalam kalangan masyarakat? [2 markah] (b) Berdasarkan nilai universal yang dipelajari, jelaskan sebab sikap mementingkan diri perlu dielakkan dalam kalangan masyarakat terutama ketika situasi yang membimbangkan pada masa ini. [8 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


15 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) UNIT 3 BAHAGIAN C 4 Petikan berikut berkaitan dengan hukuman akibat perbuatan jenayah. Edar Dadah, Lima Beradik Berdepan Hukuman Mati TAPAH: Enam individu termasuk lima beradik didakwa di Mahkamah Majistret Tapah hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine dua minggu lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) yang membawa hukuman gantung sampai mati. (a) Apakah perasaan anda apabila membaca keratan akhbar seperti di atas? Terangkan alasan anda. [4 markah] (b) Pada pandangan anda, mengapakah kerajaan menetapkan hukuman berat kepada pesalah yang melakukan kesalahan pengedaran dadah? [8 markah] (c) Bagaimanakah masyarakat memainkan peranan dalam membantu membendung aktiviti pengedaran dadah bersama pihak berkuasa? [8 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 16 UNIT 3 PENERBIT MAHIR SDN BHD


17 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) UNIT 3 PENERBIT MAHIR SDN BHD


© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 18 UNIT 4 BAHAGIAN A 1 Pernyataan berikut berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Tidak dinafikan teknologi maklumat dan komunikasi memberikan banyak kelebihan. Antaranya termasuklah kita boleh memperoleh pelbagai ilmu dan maklumat dengan mudah dan cepat. Selain itu, kita juga boleh berhubung antara satu sama lain. (a) Nyatakan tiga etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan harian. [3 markah] (b) Jelaskan kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika. [4 markah] (c) Apakah yang akan terjadi sekiranya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi digunakan secara tidak beretika? [3 markah] TINGKATAN 4 4 UNIT Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika PENERBIT MAHIR SDN BHD


19 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) UNIT 4 2 Gambar di bawah menunjukkan satu bentuk perniagaan dalam talian pada masa kini. (a) Berdasarkan gambar di atas, berikan contoh aplikasi yang boleh digunakan untuk menjalankan perniagaan. [3 markah] (b) Terangkan kesan positif perkembangan perniagaan dalam talian di Malaysia. [4 markah] (c) Selain daripada penggunaan teknologi, nyatakan cara lain yang boleh digunakan untuk mengembangkan sesuatu perniagaan. [3 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 20 UNIT 4 BAHAGIAN B 3 Gambar di bawah ini menunjukkan perbuatan tidak bermoral di Internet. Sumber: https://www.mstar.com.my (a) Nyatakan dua tindakan yang wajar anda lakukan jika berita yang dibaca adalah palsu. [2 markah] (b) Huraikan kesan penyebaran berita palsu dalam laman sosial kepada masyarakat. [8 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


21 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) UNIT 4 BAHAGIAN C 4 Maklumat di bawah menerangkan kes buli siber. Buli siber didefinisikan sebagai penggunaan komunikasi berasaskan teknologi termasuk telefon selular, e-mel, mesej segera, dan jaringan sosial yang bertujuan menimbulkan gangguan atau ugutan terhadap individu melalui mesej atau ekspresi secara dalam talian. Sumber: https://www.cybersecurity.my (a) Nyatakan empat bentuk buli siber yang anda ketahui. [4 markah] (b) Huraikan kesan-kesan buli siber kepada golongan remaja. [8 markah] (c) Pada pendapat anda, apakah cara yang sesuai untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa buli siber? Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai universal yang telah dipelajari. [8 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 22 UNIT 4 PENERBIT MAHIR SDN BHD


23 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) UNIT 4 PENERBIT MAHIR SDN BHD


© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 24 UNIT 5 BAHAGIAN A 1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan integriti individu? [2 markah] (b) Huraikan dua implikasi jika seseorang individu tidak berintegriti. [4 markah] (c) Edward seorang ketua pengawas sekolah yang jujur dan bertanggungjawab. Suatu hari, Edward ditugaskan oleh guru disiplin untuk membuat pemeriksaan di setiap kelas. Semasa membuat pemeriksaan tersebut, Edward mendapati rakan karibnya telah membawa barang terlarang ke sekolah. Rakannya merayu agar Edward tidak merampas barang terlarang tersebut dan berjanji tidak akan mengulangi perkara itu lagi. Jika anda ialah Edward, apakah yang perlu anda lakukan? Jelaskan. [4 markah] TINGKATAN 4 5 UNIT Mantap Integriti Mantaplah Jati Diri PENERBIT MAHIR SDN BHD


25 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) UNIT 5 2 Maklumat berikut berkaitan dengan dilema yang dihadapi oleh Sandra. Sumber pendapatan keluarga Sandra tidak mencukupi. Ayah Sandra sudah lama meninggal dunia. Ibunya menghadapi masalah untuk menyediakan keperluan harian keluarga. Sandra mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya di universiti tempatan. Sandra terpaksa membuat keputusan antara meneruskan niatnya untuk melanjutkan pelajaran atau membantu ibunya dengan meneruskan kerjanya di kedai makan. (a) Apakah ciri-ciri integriti individu berdasarkan dimensi perlakuan moral? [2 markah] (b) Terangkan sikap yang terdapat dalam diri ibu Sandra. [4 markah] (c) Nyatakan dua cara lain yang boleh dilakukan oleh ibu Sandra bagi menampung pembiayaan pendidikan anaknya. [4 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 26 UNIT 5 BAHAGIAN B 3 Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan Lina. Lina merupakan seorang pelajar di salah sebuah universiti dalam negara. Semasa tahun akhir pengajiannya, dia perlu menghasilkan satu kajian ilmiah untuk menamatkan pengajian di peringkat sarjana. Dia hanya mendapatkan bahan kajiannya daripada laman sesawang. Sesetengah maklumat itu tidak diketahui sumber sahnya. Alasan Lina adalah dia tidak mempunyai masa untuk mendapatkan maklumat daripada sumber lain kerana kesuntukan masa. (a) Apakah maksud plagiat? [2 markah] (b) Anda tidak bersetuju dengan alasan Lina. Huraikan jawapan anda berdasarkan nilai-nilai universal yang anda pelajari. [8 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


27 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) UNIT 5 BAHAGIAN C 4 Integriti merupakan amalan mulia yang perlu diterapkan kepada semua lapisan masyarakat. (a) Apakah amalan berintegriti semasa membeli di kantin sekolah? [4 markah] (b) Kongsi pengalaman anda jika pernah terlihat integriti diabaikan di lokasi seperti di atas. Jelaskan implikasi pengabaian moral tersebut. [8 markah] (c) Kepimpinan yang cemerlang akan menitikberatkan integriti dalam setiap tindakan. Terangkan kepentingan integriti demi pembangunan negara dalam aspek ekonomi. [8 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 28 UNIT 5 PENERBIT MAHIR SDN BHD


29 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) UNIT 5 PENERBIT MAHIR SDN BHD


© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 30 UNIT 6 BAHAGIAN A 1 Maklumat berikut berkaitan dengan integriti keluarga. Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Setiap manusia inginkan sebuah keluarga yang bahagia. Salah satu faktor penting dalam pembinaan keluarga bahagia ialah integriti keluarga. Sumber: Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 4, halaman 76 (a) Berikan dua ciri integriti keluarga. [2 markah] (b) Jelaskan dua contoh integriti keluarga anda. [4 markah] (c) Huraikan cara untuk memupuk integriti dalam kalangan anggota keluarga. [4 markah] TINGKATAN 4 6 UNIT Keluarga Berintegriti Keluarga Disegani PENERBIT MAHIR SDN BHD


31 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) UNIT 6 2 Gambar di bawah menunjukkan aktiviti keluarga Encik Desmond pada hujung minggu. (a) Berdasarkan aktiviti di atas, nyatakan dua ciri integriti keluarga yang ada pada Encik Desmond. [2 markah] (b) Adakah keluarga anda mengamalkan integriti keluarga? Jelaskan. [4 markah] (c) Pada pandangan anda, apakah kepentingan integriti bagi setiap anggota keluarga? [4 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 32 UNIT 6 BAHAGIAN B 3 Gambar berikut menunjukkan pertelingkahan yang berlaku dalam keluarga. (a) Bincangkan kesan yang akan timbul kepada keluarga tersebut jika hal ini berterusan tanpa penyelesaian semua ahli dalam keluarga. [2 markah] (b) Huraikan tindakan yang boleh diambil oleh setiap ahli keluarga untuk membentuk keluarga bahagia dan menjadi contoh kepada masyarakat. [8 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


33 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) UNIT 6 BAHAGIAN C 4 Petikan berikut berkaitan dengan rintihan Rizal bersama sahabat karibnya, Shah tentang konflik keluarganya. Shah: Kenapa dengan kamu Rizal? Nampak sedih sahaja. Rizal: Saya berasa tertekan, Shah. Ayah dan ibu saya sering bertengkar. Saya pernah dipukul oleh ayah kerana ingin melepaskan geramnya. Shah: Saya simpati dengan masalah yang berlaku terhadap kamu. Saya harap kamu bersabar dan banyak berdoa agar ayah dan ibu kamu berubah. (a) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan punca berlakunya konflik antara ibu bapa dalam sesebuah keluarga. [4 markah] (b) Sekiranya anda ialah Shah, bagaimanakah anda dapat membantu Rizal untuk menyelesaikan masalahnya? [8 markah] (c) Huraikan langkah untuk memupuk integriti dalam kalangan anggota keluarga. [8 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 34 UNIT 6 PENERBIT MAHIR SDN BHD


35 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) UNIT 6 PENERBIT MAHIR SDN BHD


© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 36 UNIT 7 BAHAGIAN A 1 Maklumat di bawah berkaitan dengan kehidupan Albert. Albert mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM. Dia mendapat tawaran ke Universiti Malaya. Oleh sebab kemiskinan keluarganya, Albert terpaksa bekerja sambilan untuk menampung yuran pengajian. Pada hari pendaftaran, Albert hanya membawa wang pengajian. Ketika membuat pendaftaran, Albert baru menyedari bahawa dia perlu membuat bayaran tambahan seperti yuran asrama dan yuran peperiksaan. (a) Apakah perasaan anda apabila berada dalam situasi Albert? Jelaskan perasaan anda. [3 markah] (b) Nyatakan perlakuan berperikemanusiaan yang boleh anda lakukan untuk membantu Albert. [3 markah] (c) Sejauh manakah tindakan anda dalam (b) di atas dapat memberikan kesan terhadap masa hadapan Albert? [4 markah] TINGKATAN 4 7 UNIT Berperikemanusiaan Membentuk Masyarakat Sejahtera PENERBIT MAHIR SDN BHD


37 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) UNIT 7 2 Maklumat di bawah sering berlaku dalam kehidupan masyarakat pada hari ini. Penduduk di Kampung Murni mempunyai hubungan yang harmoni antara satu sama lain termasuklah Encik Anthony. Walau bagaimanapun, jiran Encik Anthony, Encik Bobby mempunyai sikap yang sangat berbeza. Dia sangat sombong dan mementingkan diri sendiri. Pada suatu hari, rumah Encik Bobby telah terbakar. Encik Anthony terus membantu Encik Bobby walaupun dia sombong dengannya. Penduduk Kampung Murni juga turut membantu memadamkan kebakaran. Akhirnya, rumah Encik Bobby berjaya diselamatkan daripada hangus terbakar. Selepas kejadian tersebut, jiran-jiran Encik Bobby mengutip derma bagi meringankan beban yang menimpa Encik Bobby. Encik Anthony juga turut menjemput Encik Bobby tinggal di rumahnya sehingga kerja pembersihan rumah Encik Bobby selesai. (a) Encik Anthony telah menunjukkan sikap berperikemanusiaan terhadap Encik Bobby dalam situasi di atas. Berdasarkan pemahaman anda, jelaskan maksud berperikemanusiaan. [2 markah] (b) Pada pendapat anda, apakah kesan sekiranya berlaku pengabaian sikap berperikemanusiaan terhadap Encik Bobby dalam situasi tersebut? [4 markah] (c) Sebagai seorang murid, bagaimanakah anda dapat mempamerkan amalan berperikemanusiaan ketika berada di sekolah? [4 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 38 UNIT 7 BAHAGIAN B 3 Golongan gelandangan merupakan isu yang sukar diatasi dan memberikan kesan terhadap negara. (a) Apakah maksud golongan gelandangan? [2 markah] (b) Golongan ini perlu diberi bantuan bagi mengelakkan mereka terus bertambah. Bagaimanakah negara dapat membantu mengatasi masalah golongan gelandangan? [8 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


39 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) UNIT 7 BAHAGIAN C 4 Maklumat berikut berkaitan dengan kes yang berlaku berhampiran dengan rumah Valent. Pada suatu malam, seorang pelajar bernama Valent terdengar tangisan dan jeritan seorang kanak-kanak berhampiran dengan rumahnya. Pada masa yang sama, dia juga terdengar suara seorang lelaki dewasa sedang menjerit-jerit dan memarahi kanak-kanak tersebut. Selang beberapa minit kemudian, jeritan dan tangisan kanak-kanak itu sudah tidak kedengaran. Valent berasa serba salah sama ada hendak pergi menyiasat atau membiarkannya sahaja. Sumber: Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 4, halaman 95 (a) Kanak-kanak mempunyai hak di Malaysia. Senaraikan hak kanak-kanak. [4 markah] (b) Huraikan kesan sekiranya pelakuan berperikemanusiaan terhadap kanak-kanak terhakis dalam masyarakat. [8 markah] (c) Sekiranya anda Valent, bincangkan tindakan anda berdasarkan dimensi moral. Justifikasi jawapan anda berdasarkan nilai universal yang dipelajari. [8 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 40 UNIT 7 PENERBIT MAHIR SDN BHD


41 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) UNIT 7 PENERBIT MAHIR SDN BHD


© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 42 UNIT 8 BAHAGIAN A 1 Petikan akhbar berikut berkaitan dengan pemalsuan dokumen. KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat laman sesawang yang didakwa mengiklan dan menjual MyKad palsu secara dalam talian. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menjelaskan, siasatan dilakukan selepas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis semalam, berhubung perkhidmatan ditawarkan laman sesawang itu. “Siasatan dan tindakan lanjut bakal diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap jenayah pemalsuan MyKad yang mencemarkan nama baik JPN,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini. (a) Apakah kesan jika pemalsuan kad pengenalan ini tidak ditangani secara serius oleh pihak berkuasa? [2 markah] (b) Mengapakah terdapat segelintir masyarakat tidak bertanggungjawab menawarkan kad pengenalan palsu ini kepada warga asing? [4 markah] TINGKATAN 4 8 UNIT Hak dan Tanggungjawab Kewarganegaraan PENERBIT MAHIR SDN BHD


43 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) UNIT 8 (c) Nyatakan tindakan yang perlu anda lakukan agar kad pengenalan tidak disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. [4 markah] 2 Maklumat di bawah berkaitan dengan perkara yang boleh menggugat keselamatan negara. ISU YANG MENGGUGAT KESELAMATAN NEGARA • Aktiviti penyeludupan • Pencerobohan perairan negara • Ancaman pengganas • Kebanjiran pendatang asing tanpa izin (a) Huraikan maksud hak dan tanggungjawab warganegara. [2 markah] (b) Mengapakah keselamatan negara perlu diutamakan dalam menjamin kedaulatan negara? [4 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


© Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 44 UNIT 8 (c) Senaraikan empat kesan sekiranya tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara diabaikan oleh sesetengah pihak. [4 markah] BAHAGIAN B 3 Maklumat di bawah berkaitan dengan perhimpunan haram. Setiap warganegara mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing. Namun begitu, terdapat rakyat yang menyertai perhimpunan haram kerana ingin menyuarakan ketidakpuasan hati. (a) Adakah anda bersetuju dengan tindakan mereka yang terlibat dengan perhimpunan haram? [2 markah] (b) Huraikan cara-cara lain untuk menyuarakan pendapat diri kepada pihak berkuasa berdasarkan nilai universal yang dipelajari. [8 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


45 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) UNIT 8 BAHAGIAN C 4 Bencana alam sering berlaku dan memerlukan perhatian semua masyarakat. Ketika negara kita dilanda pandemik penularan virus COVID-19, terdapat warganegara Malaysia yang memerlukan bantuan keperluan asas sepanjang tempoh tersebut. (a) Berdasarkan situasi di atas, bagaimanakah anda sebagai warganegara Malaysia dapat menjayakan misi kemanusiaan tersebut? [4 markah] (b) Apakah implikasi jika berlaku pengabaian dalam tanggungjawab anda sebagai warganegara terhadap mangsa COVID-19? [8 markah] (c) Anda bersetuju dengan sikap prihatin rakyat Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan dalam menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Justifikasikan alasan anda. [8 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD


Click to View FlipBook Version