99 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) B Nyatakan sama ada ayat di bawah ayat susunan songsang atau ayat susunan biasa. C Tukarkan ayat susunan songsang di bawah kepada ayat susunan biasa. 1 Cikgu Syazana sedang mengajar mata pelajaran Matematik. 2 Di sebuah tadika, Puan Lisa mengajar bahasa Melayu. 3 Puan Iman seorang usahawan yang berjaya. 4 Membeli buku cerita di sekolah mereka. 5 Ke karnival usahawan ibu membawa saya dan adik. 6 Puan Zurina menghantar anaknya ke sekolah. 7 Di dalam tabung adik menyimpan baki wang saku. 8 Saya berhasrat untuk membuka sebuah tadika di Melaka. 1 Turut hadir ke majlis itu Encik Hamdan sekeluarga. 2 Si comel nama kucing kesayangan Aqilah. 3 Untuk murid-muridnya Cikgu Nurul membacakan teks. 4 Menyertai bidang penternakan murid-murid berpeluang. 5 Sebagai usahawan Pak Cik Roslan berkongsi pengalaman. 6 Di Kuala Terengganu, Aminah dan keluarganya bercuti. Video Ulasan Jawapan rb.gy/k23zen
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 100 A Berikan respons terhadap maklumat dalam bahan pada halaman 179 Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6. KBAT B Lakonkan situasi di bawah dalam situasi tidak formal. SP 1.1.2 TP Cikgu Jasmin: Murid-murid, apakah bantuan yang sesuai kita sumbangkan kepada Rumah AnakAnak Yatim Dahlia? Kavita : Saya mencadangkan (1) Adam : Saya pula mencadangkan (2) Puan Aminah ternampak anaknya, Hana sedang menangis di ruang tamu. Dia kehairanan lalu menghampiri anak perempuannya itu. Ibu, saya ingin membelikan hadiah hari lahir untuk kakak tetapi saya tiada wang. Oh, begitu! Tidak mengapa. Hana boleh kumpul wang dari sekarang. Ibu ada cadangan tentang cara-cara mengumpul wang. Ibu cadangkan supaya Hana membawa bekal setiap hari ke sekolah. Dengan itu, dapatlah Hana kumpul dan simpan wang saku yang diberi oleh ayah untuk membeli hadiah kakak. Boleh ibu jelaskan cadangan ibu? Baiklah kalau begitu! Terima kasih, ibu. BIJAK MENGURUS WANG 24 UNIT Tema 8: Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan Kuiz rb.gy/uu09cm PBD 1 Mendengar dan Bertutur
101 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) EMK A Baca teks pada halaman 180 dan 181 Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6. Kemudian berikan tafsiran kamu. KBAT B Baca teks di bawah dengan sebutan dan intonasi yang sesuai. SP 2.1.1 TP BIJAK MENGURUS WANG 24 UNIT Tema 8: Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan PBD 2 Membaca EMK Pendidikan Kewangan Pada pendapat saya, Kaedah Tabungan Berwarna Sikap Penabung Berjaya Sayang Diri Sayang Masa Hadapan Pada hujung minggu yang lalu, saya telah menghadiri satu ceramah tentang menabung. Di sana, saya telah memperoleh banyak ilmu tentang kebaikan menabung. Antara kebaikan menabung termasuklah membantu kita semasa kecemasan. Jika kita menabung sekurang-kurangnya RM 1.00 setiap hari, kita dapat menghasilkan satu amaun yang besar. Selain itu, menabung juga dapat membantu kita untuk melanjutkan pelajaran pada masa hadapan. Hal ini demikian kerana kos untuk melanjutkan pelajaran ke universiti sangat tinggi. Oleh itu, wang tabungan itu dapat kita gunakan untuk menampung perbelanjaan di universiti kelak. Seterusnya, menabung juga dapat mengelakkan kita daripada membazir dan boros. Kita dapat melatih diri supaya berjimat cermat daripada membeli barang mengikut nafsu. Kesimpulannya, menabung mendatangkan banyak manfaat. Oleh itu, ibu bapa haruslah mendidik anakanak mereka sejak kecil bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Teks Sayang Diri Sayang Masa Hadapan Sebutan 5 Intonasi 5 Gaya penyampaian 5 Antara sikap penabung berjaya
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 102 SP 3.3.1 TP BIJAK MENGURUS WANG 24 UNIT Tema 8: Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan PBD 3 Menulis Berdasarkan bahan pada halaman 182 Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6, hasilkan sebuah karangan syarahan secara koheren dan kohesi. Karangan Izzah dan Amna
Nota 103 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SP 5.1.4 BIJAK MENGURUS WANG 24 UNIT Tema 8: Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan PBD 4 Tatabahasa Kata Tugas Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh: sesungguhnya, nampaknya, bahawasanya Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu kata yang bukan kata nama sebagai kata nama. Contoh: sakit kata adjektif sakitnya kata nama A Kenal pasti kata penekan dan kata pembenda pada halaman 184 Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6. Tulis jawapan dalam Peta Pokok di bawah. Kata Tugas Kata Penekan Kata Pembenda Peta Pokok Nota Diagramatik
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 104 B Senaraikan kata penekan dan pembenda yang terdapat dalam petikan di bawah dan bina satu ayat bagi setiap kata penekan dan pembenda tersebut. C Kenal pasti ayat-ayat berikut mempunyai kata penekan atau kata pembenda. Sesungguhnya, menabung merupakan amalan yang sangat bermanfaat dan penting untuk masa depan. Terdapat beberapa panduan tentang cara-cara menguruskan wang dengan bijaknya. Pertama kita perlulah membahagikan wang kita kepada tiga bahagian, iaitu 60 peratus sebagai bayaran simpanan, 20 peratus kongsikan dan 20 peratus lagi untuk kegunaan diri sendiri. Sebagai seorang yang bijak menguruskan kewangan, sebolehnya kita perlu tahu bahawa duit tabungan bukanlah untuk dihabiskan begitu sahaja. Kita perlu mengasingkan 60 peratus duit tabungan untuk simpanan dan pelaburan. Seterusnya, 20 peratus daripada duit tabungan boleh dikongsikan dengan ahli keluarga yang lain. Mereka pasti akan gembira dan pada masa yang sama, anda boleh menderma. Akhir sekali, 20 peratus lagi anda boleh gunakan untuk diri sendiri. Namun begitu, belanjakannya dengan bijaknya dan janganlah boros. Kesimpulannya, menabung ialah satu amalan baik yang perlu dipraktikan oleh semua orang. Menabung penting untuk digunakan ketika kecemasan. Kata Penekan Ayat Kata Pembenda Ayat 1 Nampaknya Aziz akan terlewat untuk ke sekolah. 2 Bahawasanya membaca buku merupakan amalan yang mulia. 3 Hafizah berhujah dengan lantangnya ketika menyampaikan syarahan. 4 Hakikatnya, dia bukanlah seorang yang pandai tetapi rajin. 5 Kereta itu meluncur dengan lajunya di atas jalan raya. 6 Bukan kepalang sakitnya apabila kakinya tersepak bucu meja itu. Video Ulasan Jawapan rb.gy/mg2owu Soalan C
105 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) A Berikan respons berdasarkan bahan dan audio pada halaman 190 Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6. KBAT B Lengkapkan rajah di bawah tentang pokok bakau. SP 1.1.3 TP 25 UNIT Tema 9: Integriti Kuiz rb.gy/97ypua Info Ekstra rb.gy/ocb90d AMANAH SEJAGAT Terima kasih, tuan. Saya (1) Hutan paya bakau ialah satu amanah yang (2) Kawasan hutan paya bakau di negara kita merupakan yang terbesar di Asia Tenggara. Pokok paya bakau ini berfungsi melindungi pantai di negara kita daripada terhakis. Oleh itu, kita perlulah menghargai dan memeliharan anugerah Tuhan ini. Untuk melaksanakan tanggungjawab itu, saya akan (3) PBD 1 Mendengar dan Bertutur Irfan dan keluarganya melawat ke Taman Negara Tanjung Piai, Johor. Di sana, mereka mendapat penerangan tentang hutan paya bakau. Fungsi Pokok Bakau EMK Kelestarian Global EMK (1) (2) (3) (4) (5)
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 106 A Baca dan analisis bahan pada halaman 192 dan 193 Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6. Kemudian, lengkapkan jadual di bawah. B Baca teks di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul. SP 2.3.1 TP AMANAH SEJAGAT 25 UNIT Tema 9: Integriti PBD 2 Membaca Senarai Semak Maklumat Penting Peniaga Semakan 1 Status Pendaftaran Syarikat Ada 2 Harga Jelas 3 Pembayaran 4 ERC24051988MY 5 Integriti Pak Hassan Kedai Pak Hassan mendapat perhatian penduduk kampung kerana makanannya yang lazat tetapi dijual dengan harga yang berpatutan. Pak Hassan dikenali ramai kerana sikapnya yang telus. Setiap kali beliau memaparkan harga di kedai, harga tersebut tidak pernah berubah. Suatu hari, Pak Hassan mendapat berita daripada pembekal bahawa harga minyak masak dan telur akan dinaikkan akibat kekurangan bekalan. Namun begitu, Pak Hassan tetap tidak menaikkan harga makanan yang dijualnya. Beliau percaya bahawa melindungi penduduk kampung daripada kesulitan adalah lebih penting daripada keuntungan peribadi. Walaupun Pak Hassan mengalami sedikit kerugian daripada keputusan tersebut tetapi beliau tidak pernah mengeluh. Integritinya yang tinggi menjadi inspirasi kepada semua orang. Penduduk kampung sangat menghargai kemurahan hati Pak Hassan. Beberapa tahun kemudian, Pak Hassan terpaksa menutup kedai makannya kerana kesihatan yang semakin merosot. Walau bagaimanapun, kebaikan dan integriti yang ditunjukkannya tidak pernah dilupakan. Penduduk kampungnya sentiasa bercerita tentang Pak Hassan dan menjadikan beliau sebagai contoh kepada anak muda. Teks Integriti Pak Hassan Sebutan 5 Intonasi 5 Gaya penyampaian 5 Teks Integriti Peniaga Sebutan 5 Intonasi 5 Gaya penyampaian 5
107 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) A Berdasarkan bahan pada halaman 194 Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6, tulis perenggan untuk menyatakan pendapat secara kritis dan kreatif. KBAT B Berdasarkan bahan di bawah, tulis perenggan untuk menyatakan pendapat secara kritis dan kreatif tentang nilai “Tanggungjawab Seorang Pengawas”. SP 3.2.1 TP 25 UNIT Tema 9: Integriti AMANAH SEJAGAT PBD 3 Menulis Tanggungjawab sebagai Pembimbing Rakan Sebaya Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) memainkan peranan penting di sekolah. Mereka menjadi pendengar yang faham akan masalah rakan. Cara ini membantu rakan mereka menghilangkan tekanan. PRS juga dilatih untuk Nilai Tanggungjawab Seorang Pengawas Antara nilai tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh seorang pengawas ialah adil dan saksama ketika menjalankan tugas menjadikan suri teladan kepada murid lain mematuhi peraturan yang ditetapkan Video Ulasan Jawapan rb.gy/1mvl5i Soalan B
108 Nota © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) A Kenal pasti kata majmuk yang terdapat pada halaman 196 Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6. Tulis jawapan dalam ruang jawapan di bawah. B Hasilkan perenggan dengan menggunakan beberapa kata majmuk yang telah disenaraikan. SP 5.2.2 AMANAH SEJAGAT 25 UNIT PBD 4 Tatabahasa Kata Majmuk Tema 9: Integriti Kata majmuk bebas menggabungkan dua kata dasar untuk menjadikan maksud yang baharu. Contoh: cermin mata, biru laut, alat tulis Bebas Kata majmuk kiasan terdiri daripada simpulan bahasa. Contoh: baik hati, cakar ayam, buah mulut Kiasan Kata majmuk istilah khusus merangkaikan kata dasar untuk membawa makna tertentu. Contoh: atur cara, segi tiga, timur laut Istilah Khusus Kata majmuk mantap ialah kata majmuk yang dieja rapat. Contoh: matahari, kerjasama, antarabangsa Mantap Kata Majmuk Bebas Kata Majmuk Kiasan Kata Majmuk Istilah Khusus Kata Majmuk Mantap Sebagai warganegara Malaysia, Nota Diagramatik
109 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) Kuiz rb.gy/0kdjfv Baca dan kenal pasti ilmu dan nilai dalam bahan pada halaman 198 dan 199 Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6. Kemudian, tulis jawapan pada ruangan di bawah. SP 2.3.2 TP INTEGRITI NADI KEMAKMURAN NEGARA 26 UNIT PBD 1 Membaca Tema 9: Integriti Kita wajar menjadikan keberanian pasukan ini sebagai teladan. Berani Semangat patriotisme Ilmu Ilmu Ilmu Nilai Nilai Nilai
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 110 SP 3.2.2 INTEGRITI NADI KEMAKMURAN NEGARA 26 UNIT Tema 9: Integriti PBD 2 Menulis TP A Tulis jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif berdasarkan cerita pada halaman 200 Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6. KBAT B Nyatakan nilai murni yang ada pada Yasir. KBAT 1 Pada pendapat kamu, adilkah cara pemilihan tersebut? 2 Apakah cara lain yang sesuai untuk melantik seorang raja? Nilai Murni Peta Bulatan
111 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) A Tukarkan ayat susunan songsang pada halaman 202 Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6 kepada ayat susunan biasa. B Kenal pasti sama ada ayat-ayat di bawah merupakan ayat susunan songsang atau ayat susunan biasa. SP 5.3.4 INTEGRITI NADI KEMAKMURAN NEGARA 26 UNIT Tema 9: Integriti PBD 3 Tatabahasa Video Ulasan Jawapan rb.gy/2u9b5d Soalan B Ayat Susunan Biasa Perenggan 1 Nama saya Adila. Perenggan 2 Kami ke sana untuk berjumpa dengan lelaki itu. Kami Perenggan 3 Kehidupan lelaki itu sudah Ayat Susunan 1 Haziqah tidak dapat pulang ke rumah kerana dia terlupa membawa payung. 2 Ramli bekerja sebagai seorang pemandu bas sekola 3 Untuk menghadiri mesyuarat penting itu, ayah akan ke luar negara. 4 Cikgu Najihah menyampaikan pesanan terakhir sebelum kami menduduki ujian akhir tahun. 5 Para penonton merempuh masuk untuk menyaksikan perlawanan bola sepak itu. 6 Manis sekali rasa buah manggis yang dibeli oleh ayat itu. 7 Berjaya juga sampai ke puncak Gunung Kinabalu itu setelah 16 jam pendakian lelaki itu.
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 112 A Baca bahan pada halaman 204 Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6. Kemudian, rujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan, sebutan yang betul, ejaan dan penggunaan perkataan yang tepat bagi perkataan di bawah. B Berdasarkan teks pada halaman halaman 204 Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6, jawab soalan pemahaman di bawah. SP 2.1.2 TP KEJUJURAN ASAS JATI DIRI 27 UNIT Tema 9: Integriti Perkataan Makna 1 resensi 2 kredibiliti 3 retorik 4 etika 5 menyemak 6 sahih 7 dekad 8 wadah 9 proaktif 10 mengintegrasikan 1 Siapakah yang merasmikan majlis pelancaran buku “Liku-liku Seorang Wartawan”? 2 Apakah yang harus dilakukan oleh seorang wartawan sebelum menyampaikan berita? KBAT Kuiz rb.gy/be2a4x PBD 1 Membaca
113 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SP 3.3.1 TP KEJUJURAN ASAS JATI DIRI 27 UNIT PBD 2 Menulis A Berdasarkan bahan pada halaman 205 Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6, tulis cerita berdasarkan gambar dan teks secara koheren dan kohesi. Tema 9: Integriti Gambar 1: terselit Irdina duduk di sebuah kerusi di dalam perpustakaan. Gambar 2: mencadangkan Gambar 3: berjumpa Gambar 4: meminta maaf Gambar 5: berterima kasih
114 Nota © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) SP 5.3.2 TP KEJUJURAN ASAS JATI DIRI 27 UNIT Tema 9: Integriti Jenis Ayat Maksud Contoh Ayat Perintah Ayat suruhan – digunakan untuk memberikan arahan Siapkan kerja yang telah saya berikan. Ayat larangan – digunakan untuk melarang sesuatu perbuatan Jangan buang sampah di merata-rata tempat. Ayat permintaan – digunakan untuk meminta sesuatu. Tolong bawakan pembaris itu. Ayat silaan – untuk menjemput atau mempersilakan seseorang. Silalah datang ke rumah saya. Ayat Penyata • Digunakan untuk menyatakan sesuatu. • Diakhiri dengan tanda noktah (.) • Ayah saya seorang guru. • Pembaris itu milik saya. Ayat Seruan • Digunakan untuk menyeru sesuatu • Dimulakan dengan kata seru seperti wah, amboi, aduh • Diakhiri dengan tanda seru (!) • Wah, besarnya rumah itu! • Aduh, sakitnya kaki saya! • Syabas, anda telah berjaya! Ayat Tanya • Digunakan untuk bertanya soalan • Menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, bagaimana, berapa, mengapa • Diakhiri tanda tanya (?) • Apakah warna kegemaran kamu? • Berapakah harga roti ini? • Amira sedang buat apa? A Bina pelbagai jenis ayat berdasarkan gambar pada halaman 206 Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6. 1 Ayat Perintah 2 Ayat Penyata 3 Ayat Seruan 4 Ayat Tanya PBD 3 Tatabahasa Nota Diagramatik
115 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) B Nyatakan jenis ayat-ayat di bawah sama ada ayat seruan, ayat penyata, ayat perintah atau ayat tanya. C Padankan jenis ayat di bawah. 1 Amira, tolong ambilkan botol air saya yang di atas meja itu. 2 Anda tidak dibenarkan meniru semasa menduduki ujian. 3 Adik saya telah dimasukkan ke hospital kerana demam panas. 4 Dilarang membuat bising di dalam perpustakaan. 5 Ibu terjumpa seekor kucing semasa pulang dari pasar. 6 Semua murid beratur sebelum masuk ke dalam kelas. Ayat Perintah Ayat Penyata Perkataan Makna 1 Nah, ambil duit ini untuk membayar yuran sekolah kamu! 2 Saya makan nasi lemak di kantin sekolah pagi tadi. 3 Tolong susun semua kerusi dengan kemas. 4 Jemputlah makan pisang goreng dan keropok lekor ini. 5 Mengapakah murid itu berjalan menggunakan tongkat? 6 Adik kamu bersekolah di mana?
116 Praktis UASA © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) PRAKTIS UASA Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Sekolah kami telah berjaya meraih dalam pertandingan bicara berirama peringkat negeri petang semalam. A dimenangi B memenangi C kemenangan D memenangkan ARAS: R Mengingat 2 “Rasa pisang emas yang belum cukup masak agak sedikit,” kata opah kepada cucucucunya. A kelat B pahit C tawar D masam ARAS: R Mengingat Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3 A Pemandangan di Pulau Tioman nian indah ketika matahari hampir terbenam. B Merah benar baju kebaya moden yang dipakai oleh gadis berdarah campuran itu. C Kami mendapat layanan yang paling baik sekali daripada pekerja butik pakaian itu. D Harga ikan bawal putih betul mahal berbanding dengan harga ikan-ikan lain. ARAS: R Memahami Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Banjir sering berlaku terutamanya pada musim tengkujuh. Hujan lebat yang turun sepanjang hari juga boleh menyebabkan banjir. Air sungai akan naik dan melimpah di kawasan yang lebih rendah. Penduduk yang tinggal di kawasan tanah rendah lebih berisiko menghadapi banjir. Air yang deras boleh memusnahkan harta benda, tanaman, ternakan, dan tempat tinggal. Apabila berlaku banjir, berbagai-bagai masalah akan timbul. Banyak tumbuhan dan haiwan ternakan yang mati. Keperluan asas seharian juga sukar diperoleh. Jika bantuan tidak disalurkan, kekurangan makanan mungkin akan berlaku. Penyakit juga mudah merebak. Penyakit kulit dan penyakit taun adalah antara penyakit yang boleh menyerang penduduk di kawasan tersebut. 4 Siapakah yang lebih berisiko terkena banjir? A Penduduk yang bercucuk tanam B Petani dan ternakan mereka C Penduduk yang tinggal di kawasan tanah rendah D Penduduk yang hidup semasa musim tengkujuh ARAS: S Menganalisis BAHAGIAN A Jawab semua soalan
117 Praktis UASA © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 5 Antara berikut, yang manakah bukan kesan buruk banjir? A Hujan lebat B Tanaman mati C Kekurangan makanan D Harta benda rosak ARAS: S Menganalisis 6 Pernyataan berikut adalah benar tentang banjir berdasarkan petikan, kecuali A banjir ialah malapetaka buatan manusia. B banjir berlaku apabila air melimpahi tebing. C banjir boleh menyebabkan penyakit merebak. D banjir boleh merosakkan harta benda dan makanan. ARAS: S Menganalisis BAHAGIAN B Jawab semua soalan Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kuala Lumpur ialah ialah sebuah kota metropolitan. Bandar raya Kuala Lumpur yang terletak di Lembah Klang menjadi pusat kegiatan ekonomi, kebudayaan dan pendidikan. Berbagai-bagai peluang perniagaan tersedia di sini, daripada perniagaan di gerai makan sehinggalah perniagaan bertaraf dunia. Pusat jualan peralatan dan aksesori komputer, perniagaan hartanah, saham dan pelbagai perniagaan lain terdapat di sini. Gedung perniagaan bertaraf dunia juga ada di sini. Sesiapa yang tidak biasa mungkin boleh tersesat di dalam gedung yang besar dan mewah itu. Selain itu, Kuala Lumpur juga menjadi pusat seni dan budaya negara kita. Persembahan kebudayaan seperti teater bertaraf dunia sering kali diadakan di Istana Budaya, Dewan Pleno di Menara Berkembar Petronas dan Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra. Persembahan pentas terbuka seperti Festival Citrawarna pula diadakan di Dataran Merdeka. 1 (a) Bandar raya Kuala Lumpur menjadi pusat kegiatan ekonomi, kebudayaan dan . [1 markah] (b) Mengapakah seseorang itu boleh tersesat di dalam gedung yang besar dan mewah? [2 markah] (c) Gariskan satu kata kerja yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Persembahan pentas terbuka seperti Festival Citrawarna pula diadakan di Dataran Merdeka. ARAS: S Menganalisis [1 markah] (d) Pilih dan tandakan (✓) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Sesiapa yang tidak biasa mungkin boleh tersesat di dalam gedung yang besar dan mewah itu. Gedung yang besar dan mewah itu menyebabkan semua orang tersesat. Gedung yang besar dan mewah itu mungkin menyebabkan sesiapa sahaja yang tidak biasa tersesat. ARAS: S Menganalisis [1 markah] ARAS: R Memahami ARAS: R Memahami
118 Praktis UASA © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) BAHAGIAN D [20 markah] Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu itu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. AKTIVITI GOTONG-ROYONG ARAS: T Mencipta
119 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) BAHAGIAN A [10 markah] Jawab semua soalan. UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK 50 1 Majlis hadiah Anugerah Pelajar Cemerlang diadakan secara sederhana di dewan sekolah pagi tadi. A kesampaian B menyampaikan C penyampaian D disampaikan ARAS: R Mengingat 2 Tin-tin kosong yang terbiar dan menakung air boleh menjadi tempat membiak. A kekura B rerama C lelabah D jejentik ARAS: R Mengingat Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3 A Terdapat dua ekor burung merpati di atas dahan pokok rambutan itu. B Mereka-mereka yang hadir semasa kejohanan olahraga itu sangat berpuas hati. C Kebanyakan barang yang dijual di pasaraya itu lebih murah dan amat berkualiti. D Sesetengah murid suka mengulangkaji pelajaran di perpustakaan kerana suasana yang senyap. ARAS: R Memahami Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Tradisi kunjung-mengunjungi semasa musim perayaan sudah sebati dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun begitu, pengalaman menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana pandemik COVID-19 yang melanda negara beberapa tahun lalu telah mengubah segalanya. Pihak kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan wabak COVID-19. Hal ini menyebabkan penduduk bandar tidak dapat pulang ke kampung halaman. Walaupun begitu, kekangan ini telah menghidupkan semula tradisi lama yang semakin dipinggirkan oleh generasi muda, iaitu kad ucapan hari raya. Tradisi mengutuskan kad ucapan hari raya sebagai pengganti diri telah menjadi pilihan warga kota untuk memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kad ucapan hari raya yang dikirimkan sangat bermakna untuk keluarga di kampung. 4 Apakah tradisi yang sudah sebati dalam kalangan masyarakat rakyat semasa musim perayaan? A Merewang B Bersalam-salaman C Kunjung-mengunjungi D Makan menggunakan tangan ARAS: R Memahami
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 120 5 Antara berikut, yang manakah kesan apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa musim perayaan? A Wabak COVID-19 semakin menular B Penduduk bandar tidak dapat pulang ke kampung halaman C Tradisi lama semakin dipinggirkan oleh generasi muda D Keluarga di kampung dilupakan oleh anak-anak ARAS: S Menganalisis 6 Pernyataan berikut adalah benar tentang petikan di atas, kecuali A PKP dilaksanakan bagi mengekang kepulangan penduduk bandar ke kampung halaman. B PKP telah menghidupkan tradisi mengirimkan kad ucapan hari raya. C kad ucapan hari raya menjadi pengganti warga kota. D kad ucapan yang dikirimkan sangat bermakna untuk keluarga di kampung. ARAS: S Menganalisis Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalab yang berikutnya. Bahan 1 Setiap kali musim cuti persekolahan, pasti ibu bapa akan merancang untuk membawa anak-anak mereka pergi bercuti. Tidak dinafikan, terdapat banyak manfaat apabila kita bercuti bersama dengan keluarga. Antara kebaikannya ialah kita dapat memperoleh pengalaman baharu tentang aktiviti yang bakal dilakukan. Seterusnya, percutian bersama-sama keluarga juga dapat menambah pengetahuan tentang warisan, makanan, kebudayaan dan keistimewaan sesuatu tempat yang dikunjungi. Selain itu, hubungan sesama ahli keluarga juga akan bertambah erat ketika bercuti bersama-sama. Akhir sekali, percutian bersama-sama keluarga juga dapat menghilangkan tekanan dan menenangkan minda selepas penat belajar atau bekerja. Bahan 2 7 Setiap kali musim cuti persekolahan, kebanyakan ibu bapa akan merancang untuk membawa anak-anak mereka pergi A kelas tambahan. B berkebun. C bersukan. D bercuti. ARAS: R Memahami Memperoleh pengalaman baharu Menambah pengetahuan Mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga Menghilangan tekanan dan menenangkan minda Kebaikan Bercuti Bersama-sama Keluarga
121 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) BAHAGIAN B [10 markah] Jawab semua soalan. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Sudah lama Si Burung Hantu tinggal di bendang Pak Ayub yang saujana mata memandang itu. Keluarga Si Burung Hantu tinggal di dalam rumah yang dibina oleh Pak Ayub. Selain Si Burung Hantu, keluarga Si Itik Sawah juga tinggal di bendang itu. Pada suatu hari, Pak Ayub duduk termenung di dangaunya. Beliau memerhatikan sawah padinya yang musnah kerana diserang oleh sekumpulan siput. Pak Ayub berasa sungguh sedih kerana itulah sumber rezeki untuk Pak Ayub sekeluarga. Si Burung Hantu memandang Pak Ayub dengan perasaan simpati. Dia telah banyak terhutang budi dengan Pak Ayub. Oleh itu, dia rasa dia perlu melakukan sesuatu. Lalu, Si Burung Hantu pun terbang mendekati Si Itik Sawah yang sedang berenang-renang di tepi bendang. “Wahai Si Itik Sawah, kita perlu bekerjasama untuk membantu Pak Ayub! Tanaman padinya telah musnah kerana diserang oleh sekumpulan siput,” ujar Si Burung Hantu. “Benar, Si Burung Hantu. Selama ini, Pak Ayub telah menjaga kita dengan baik. Sekarang, tibalah masanya untuk kita bekerjasama seikat bagai sirih, serumpun bagai serai untuk membalas jasanya,” ujar Si Itik Sawah. 1 (a) Si Burung Hantu dan Si Itik Sawah sekeluarga tinggal di . ARAS: R Memahami [1 markah] (b) Mengapakah sawah padi Pak Ayub musnah? ARAS: R Memahami [2 markah] 8 Antara kebaikannya ialah kita dapat memperoleh pengalaman baharu tentang aktiviti yang bakal dilakukan. Pilih golongan kata untuk perkataan bergaris di atas. A Kata kerja B Kata adjektif C Kata nama D Kata tugas ARAS: S Mengaplikasi 9 Perkataan bercuti dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A melancong. B berehat. C melawat. D menyaksikan. ARAS: S Mengaplikasi 10 Pilih perkataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2. A Percutian bersama dengan keluarga hanya memberikan keseronokan semata-mata. B Pengalaman baharu dapat dijadikan kenangan pada masa akan datang. C Bercuti bersama-sama keluarga dapat menambah pengetahuan tentang tempat yang dikunjungi. D Kita akan bertambah tertekan sekiranya bercuti bersama dengan keluarga. ARAS: S Menganalisis
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 122 (c) Gariskan satu kata penegas yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Pak Ayub berasa sungguh sedih kerana itulah sumber rezeki untuk Pak Ayub sekeluarga. ARAS: S Mengaplikasi [1 markah] (d) Pilih dan tandakan (✓) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Lalu, Si Burung Hantu pun terbang mendekati Si Itik Sawah yang sedang berenang-renang di tepi bendang. Si Itik Sawah yang sedang berenang-renang di tepi bendang pun mendekati Si Burung Hantu yang sedang terbang. Si Itik Sawah yang sedang berenang-renang di tepi bendang didekati oleh Si Burung Hantu. ARAS: S Menganalisis [1 markah] Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Kamu sedang mengulang kaji pelajaran di pusat sumber sekolah. Tiba-tiba, kamu ternampak dua orang murid bermain kejar-kejar sehingga terlanggar sebuah rak buku. 2 Apakah tindakan yang harus kamu lakukan? ARAS: T Menilai [5 markah]
123 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) BAHAGIAN C [10 markah] Grafik di bawah menunjukkan maklumat tentang amalan menabung. Tulis pendapat kamu tentang cara-cara menabung dengan betul. ARAS: T Mencipta Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Cara-cara Menabung dengan Betul
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 124 [10 markah]
125 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) BAHAGIAN D [20 markah] Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu itu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. ARAS: T Mencipta KEBAIKAN HIDUP BERJIRAN
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 126 [20 markah]
127 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) BAHAGIAN A [10 markah] Jawab semua soalan. UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 50 1 Peminat gajet tidak melepaskan peluang untuk membeli gajet baharu berikutan harganya yang ___________ sejak akhir-akhir ini. A menurun B menghilang C terbenam D berkurang ARAS: R Mengingat 2 Puan Mahani ingin membeli produk kecantikan itu secara dalam talian dia bimbang ditipu oleh peniaga yang tidak jujur. A tetapi B yang C dan D lalu ARAS: R Mengingat Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3 A Panggilan kecemasan yang diterima oleh pihak bomba sebentar tadi adalah palsu. B Hadiah yang diterima oleh Raihan adalah wang tunai dan sijil penyertaan. C Puan Nora suka berbelanja mewah kerana suaminya adalah seorang jutawan. D Nasi lemak ayam berempah adalah makanan kegemaran Cikgu Faiz. ARAS: R Memahami Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Shila : Ayah, apakah itu masalah bantut? Ayah : Bantut ialah keadaan kanak-kanak yang tidak mencapai potensi ketinggian bagi umur mereka. Kanak-kanak ini mengalami kekurangan zat makanan. Menurut kajian, satu daripada lima orang kanak-kanak Malaysia mengalami masalah bantut. Shila : Oh, begitu! Apakah simptom kanak-kanak yang mengalami masalah bantut? Ayah : Kanak-kanak yang bantut mempunyai pertumbuhan dan perkembangan yang lebih perlahan berbanding dengan kanak-kanak normal. Mereka kelihatan pucat, lemah, tidak aktif dan mengalami rabun malam. Shila : Apakah faktor berlakunya masalah bantut ini, ayah? Ayah : Di Malaysia, masalah bantut ini berlaku disebabkan oleh faktor ekonomi dan sosial seperti kemiskinan, pendidikan dan persekitaran yang sihat. Oleh itu, Shila mesti menjaga pemakanan dan kebersihan diri agar dapat menjadi kanak-kanak yang sihat. Shila : Baiklah, terima kasih ayah. Saya berjanji akan menjaga pemakanan saya. 4 Siapakah yang berisiko mengalami masalah bantut? A Kanak-kanak yang tidak menjaga kebersihan B Kanak-kanak yang tidak aktif C Kanak-kanak yang kekurangan zat makanan D Kanak-kanak yang mengalami perkembangan normal ARAS: R Memahami
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 128 5 Antara berikut, yang manakah simptom-simptom seorang kanak-kanak kekurangan zat makanan? A Rabun dekat B Tidak aktif C Suka menyendiri D Muram ARAS: S Menganalisis 6 Pernyataan berikut adalah benar tentang masalah bantut berdasarkan petikan, kecuali A masalah bantut berlaku disebabkan oleh faktor ekonomi dan sosial. B bantut ialah keadaan kanak-kanak yang tidak mencapai potensi ketinggian bagi umur mereka. C kanak-kanak bantut mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang lebih perlahan daripada kanak-kanak biasa. D faktor rakan sebaya boleh mempengaruhi masalah bantut kanak-kanak. ARAS: S Menganalisis Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalab yang berikutnya. Bahan 1 Permainan sepak raga tuju sangat terkenal dalam kalangan rakyat di Malaysia. Permainan ini sedikit berbeza dengan sepak takraw. Sepak raga tuju dimainkan dengan kedua-dua pasukan berada dalam satu bulatan, manakala sepak takraw dimainkan dengan memisahkan dua pasukan dengan jaring. Permainan ini dimainkan dengan cara pemain pertama melambungkan bola ke arah pemain kedua menggunakan tangan. Kemudian, pemain kedua boleh menimang bola dengan menggunakan kakinya sebanyak tiga kali, sebelum menendangnya ke arah pemain ketiga. Jika bola itu jatuh, maka mata akan diperoleh oleh pemain sebelumnya. Permainan sepak raga tuju ialah permainan tradisional masyarakat Melayu. Oleh itu, permainan ini haruslah diperkenalkan kepada generasi muda agar tak lapuk dihujan, tak lekang dek panas. Bahan 2 Cara Permainan Sepak Raga Tuju • Permainan ini tidak menggunakan jaring dan tidak melibatkan rejaman yang luar biasa. • Hanya tiga kali sentuhan bola dibenarkan untuk setiap pemain dan tiga orang pemain untuk satu kumpulan. • Walaupun tiada aksi rejaman, tetapi peserta boleh merembat bola dengan pantas dan menujukan bola ke arah lawan. • Jika lawan tidak berjaya menyambut boleh tersebut, maka mata perlawanan akan diperoleh. 7 Permainan sepak raga tuju mempunyai persamaan dengan permainan A bola sepak. B sepak takraw. C bola jaring. D badminton. ARAS: R Memahami
129 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) BAHAGIAN B [10 markah] Jawab semua soalan. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Daripada: [email protected] Kepada : [email protected] Perkara : Petua Mengurangkan Batuk Kering Menemui sahabatku, Nisa yang berada di Kapit, Sarawak. Semoga saudari berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya di sini sihat-sihat sahaja. Melalui e-mel kali ini, saya ingin bercerita tentang petua mengurangkan batuk kering. Batuk kering yang kita alami menyebabkan kerongkong berasa tidak selesa. Oleh itu, selain ubat yang kita beli di klinik atau farmasi, kita boleh menggunakan bahan-bahan di dapur seperti madu asli, serbuk kunyit dan serbuk teh. Cara pertama ialah kita digalakkan minum air kosong dengan banyak. Dengan meminum air kosong yang banyak, dapat mengurangkan masalah kerongkong kering. Selain itu, amalan minum madu asli juga dapat mengurangkan ketidakselesaan tekak akibat jangkitan bakteria. Saya juga ada terbaca di majalah kesihatan bahawa kunyit dapat membantu mengubati batuk kering. Caranya adalah dengan mencampurkan satu sudu kecil serbuk kunyit yang dibancuh dengan serbuk teh di dalam air suam. Demikianlah serba sedikit mengenai petua mengurangkan batuk kering. Semoga perkongsian saya ini dapat memberikan manfaat kepada saudari. Diharapkan kita dapat bersua dalam e-mel yang lain. Sekian, terima kasih. 1 (a) Kamalasari berkongsi petua tentang cara-cara mengurangkan . ARAS: R Memahami [1 markah] 8 Permainan sepak raga tuju ialah permainan tradisional masyarakat Melayu. Pilih golongan kata tugas yang sesuai untuk perkataan bergaris di atas. A Kata bantu B Kata penegas C Kata pemeri D Kata hubung ARAS: S Mengaplikasi 9 Perkataan mata dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A gred. B nombor. C kredit. D markah. ARAS: S Mengaplikasi 10 Pilih penyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2. A Permainan ini dimainkan secara berpasangan. B Pemain boleh menimang bola melebihi tiga kali. C Para pemain boleh merembat bola dengan pantas. D Jaring digunakan untuk memisahkan dua pasukan. ARAS: S Menganalisis
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 130 (b) Apakah bahan-bahan di dapur yang boleh digunakan untuk mengurangkan batuk kering? ARAS: R Memahami [2 markah] (c) Gariskan satu kata majmuk yang terdapat dalam ayat yang diberikan Cara pertama ialah kita digalakkan minum air kosong dengan banyak. ARAS: S Mengaplikasi [1 markah] (d) Pilih dan tandakan (✓) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Selain itu, amalan minum madu asli juga dapat mengurangkan ketidakselesaan tekak akibat jangkitan bakteria. Ketidakselesaan tekak akibat jangkitan bakteria boleh dikurangkan dengan meminum madu asli. Ketidakselesaan akibat meminum madu asli dapat dikurangkan dengan jangkitan bakteria. ARAS: S Menganalisis [1 markah] Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Kamu sedang bersiar-siar dengan rakan di taman rekreasi. Kamu ternampak seorang budak lelaki membuang peket plastik aiskrim di atas jalan. 2 Apakah tindakan yang harus kamu lakukan? ARAS: T Menilai [5 markah]
131 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) BAHAGIAN C [10 markah] Grafik di bawah menunjukkan aktiviti bersama dengan ahli keluarga. ARAS: T Mencipta Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara meluangkan masa bersama-sama keluarga. Jawapan kamu itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Cara-cara Meluangkan Masa Bersama-sama Keluarga
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 132 [10 markah]
133 © Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) BAHAGIAN D [20 markah] Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu itu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. ARAS: T Mencipta PASAR TANI
© Global Mediastreet Sdn. Bhd. (762284-U) 134 [20 markah]