KOLEKSI KERTAS PERCUBAAN SEJARAH (940/2, 940/3) TERENGGANU STPM STPM PENERAJU KERTAS PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Hak Cipta Eksklusif 2021-2023 A N G KATA N K E R J A R A J I N A M A L A N M U L I A A K R A M SEMESTER 2 3& Digubal oleh Panel AKRAM Negeri Terengganu Skema Pemarkahan Lengkap Format STPM sehingga Peperiksaan 2025 PENERBIT MAHIR SDN BHD
SEJARAH SEMESTER 2 3& (940/2, 940/3) PENERBIT MAHIR SDN BHD
Diterbit oleh: Penerbit Mahir Sdn. Bhd.(183897-P) 8, Jalan 7/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6½, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur, Malaysia Tel: +603-7772 7800 Faks: +603-7785 1800 E-mel: [email protected] Hak cipta terpelihara. Semua bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan elektronik, mekanikal, penggambaran semula, perakaman ataupun sebaliknya, tanpa izin terlebih dahulu daripada Penerbit Mahir Sdn. Bhd. © Penerbit Mahir Sdn. Bhd.(183897-P) Cetakan Pertama 2025 ISBN 978-629-471-263-8 Dicetak di Malaysia oleh: World Line Marketing & Services, Kuala Lumpur PENERBIT MAHIR SDN BHD
SEMESTER 2 Peperiksaan Percubaan STPM AKRAM 2023 1 Peperiksaan Percubaan STPM AKRAM 2022 3 Peperiksaan Percubaan STPM AKRAM 2021 5 SEMESTER 3 Peperiksaan Percubaan STPM AKRAM 2023 7 Peperiksaan Percubaan STPM AKRAM 2022 9 Peperiksaan Percubaan STPM AKRAM 2021 11 Skema jawapan dan permarkahan J1 iii PENERBIT MAHIR SDN BHD
PENERBIT MAHIR SDN BHD
1 940/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT [Lihat halaman sebelah SULIT 940/2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM AKRAM Arahan kepada Calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN Jawab tiga soalan sahaja. Markah untuk setiap soalan ialah 20 markah. Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak SEMESTER 2 2023 940/2 SEJARAH ISLAM (500 – 1918) KERTAS 2 (1 Jam 30 Minit) PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 2 940/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 940/2 SULIT Jawab tiga soalan sahaja. 1 Bincangkan dasar politik dan ekonomi yang dilaksanakan oleh Khalifah Harun al-Rasyid (786 – 809 Masihi) sehingga dianggap sebagai zaman keemasan kerajaan Abbasiyah. [20 markah] 2 Nilaikan pelaksanaan sistem naungan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah. [20 markah] 3 Bincangkan perkembangan sistem pendidikan di Mesir pada abad kelapan Masihi. [20 markah] 4 Jelaskan sumbangan tokoh intelektual al-Khawarizmi dalam bidang matematik dan astronomi. [20 markah] 5 Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan ekoran peluasan kuasa Barat di Algeria dari abad ke-19 Masihi hingga abad ke-20 Masihi. [20 markah] 6 Sejauh manakah isu politik telah membawa kepada pembentukan negara bangsa di Mesir pada abad ke-20 Masihi? [20 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
3 940/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT [Lihat halaman sebelah SULIT 940/2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM AKRAM Arahan kepada Calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN Jawab tiga soalan sahaja. Markah untuk setiap soalan ialah 20 markah. Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak SEMESTER 2 2022 940/2 SEJARAH ISLAM (500 – 1918) KERTAS 2 (1 Jam 30 Minit) PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 4 940/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 940/2 SULIT Jawab tiga soalan sahaja. 1 Perihalkan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam usaha menyatukan masyarakat berbilang bangsa di Madinah. [20 markah] 2 Zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dianggap sebagai zaman keemasan kerajaan Islam. Bincangkan. [20 markah] 3 Bincangkan tiga jenis cukai dan pelaksanaannya pada zaman kerajaan Khalifah al-Rasyidin. [20 markah] 4 Nilaikan sumbangan al-Ghazali dalam bidang falsafah Islam. [20 markah] 5 Bincangkan faktor-faktor penentangan rakyat Mesir terhadap penjajah Barat dari abad ke-19 hingga abad ke-20. [20 markah] 6 Pelibatan kerajaan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama telah meninggalkan kesan negatif dalam pelbagai aspek. Jelaskan. [20 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
5 940/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT [Lihat halaman sebelah SULIT 940/2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM AKRAM Arahan kepada Calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN Jawab tiga soalan sahaja. Markah untuk setiap soalan ialah 20 markah. Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak SEMESTER 2 2021 940/2 SEJARAH ISLAM (500 – 1918) KERTAS 2 (1 Jam 30 Minit) PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 6 940/2 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 940/2 SULIT Jawab tiga soalan sahaja. 1 Huraikan kejahilan masyarakat Arab sebelum Islam dari sudut agama dan kepercayaan serta sistem sosial. [20 markah] 2 Bincangkan pengertian dan kepentingan jihad dalam konteks peperangan pada zaman Nabi Muhammad SAW. [20 markah] 3 Perihalkan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Melaka yang menyebabkannya muncul sebagai pusat perdagangan pada abad ke-15. [20 markah] 4 Nilaikan sumbangan Ibn Battutah kesan daripada pelayarannya terhadap peningkatan pelbagai ilmu. [20 markah] 5 Sejauh manakah Gerakan Rosetta menjadi perangsang kepada kebangkitan rakyat tempatan terhadap British di Mesir bermula abad ke-19? [20 markah] 6 Sejauh manakah peranan golongan Turki Muda membawa kepada pembentukan negara bangsa Turki pada abad ke-20? [20 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
7 940/3 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT [Lihat halaman sebelah SULIT 940/3 PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM AKRAM Arahan kepada Calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN Jawab empat daripada enam soalan, iaitu dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B. Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak SEMESTER 3 2023 940/3 SEJARAH MALAYSIA DAN SEJARAH ASIA TENGGARA (1800 – 2000) KERTAS 3 (Dua Jam) PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 8 940/3 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 940/3 SULIT Bahagian A: Sejarah Malaysia [40 markah] Jawab dua soalan sahaja. 1 Sebelum campur tangan British, masyarakat Melayu telah mempunyai sistem pembesar yang sistematik dan teratur. Huraikan hierarki pembesar dan tugas-tugas yang berkaitan dengannya. [20 markah] 2 Jelaskan peranan golongan intelektual dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu hingga tahun 1940-an. [20 markah] 3 Dasar Bahasa Kebangsaan dari tahun 1956 hingga tahun 1990 telah berjaya membentuk perpaduan kaum di Malaysia. Bincangkan. [20 markah] Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara [40 markah] Jawab dua soalan sahaja. 4 Bincangkan ciri-ciri ekonomi yang terdapat di Vietnam sebelum berlaku peluasan kuasa Perancis. [20 markah] 5 Huraikan cara-cara peluasan kuasa Belanda di Indonesia pada abad ke-19. [20 markah] 6 Terangkan bentuk-bentuk pemerintahan sistem republik yang diamalkan di Filipina pada abad ke-20. [20 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
9 940/3 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT [Lihat halaman sebelah SULIT 940/3 Arahan kepada Calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN Jawab empat daripada enam soalan, iaitu dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B. Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak SEMESTER 3 2022 940/3 PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM AKRAM SEJARAH MALAYSIA DAN SEJARAH ASIA TENGGARA (1800 – 2000) KERTAS 3 (Dua Jam) PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 10 940/3 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 940/3 SULIT Bahagian A: Sejarah Malaysia [40 markah] Jawab dua soalan sahaja. 1 Bincangkan institusi beraja di negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British. [20 markah] 2 Nilaikan penentangan orang Melayu terhadap pelaksanaan Gagasan Malayan Union 1946. [20 markah] 3 Huraikan pelibatan Malaysia dalam pertubuhan Komanwel hingga tahun 2000. [20 markah] Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara [40 markah] Jawab dua soalan sahaja. 4 Bincangkan hierarki pentadbiran di Thailand sebelum peluasan kuasa Barat. [20 markah] 5 Pendudukan Jepun meninggalkan kesan terhadap perjuangan kemerdekaan di Myanmar. Bincangkan pernyataan tersebut. [20 markah] 6 Huraikan sistem pemerintahan demokrasi yang dijalankan di Filipina pada abad ke-20. [20 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
11 940/3 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) SULIT [Lihat halaman sebelah SULIT 940/3 Arahan kepada Calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN Jawab empat daripada enam soalan, iaitu dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B. Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak SEMESTER 3 2021 940/3 PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM AKRAM SEJARAH MALAYSIA DAN SEJARAH ASIA TENGGARA (1800 – 2000) KERTAS 3 (Dua Jam) PENERBIT MAHIR SDN BHD
SULIT 12 940/3 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 940/3 SULIT Bahagian A: Sejarah Malaysia [40 markah] Jawab dua soalan sahaja. 1 Bincangkan institusi beraja di negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British. [20 markah] 2 Analisis langkah-langkah yang dilaksanakan oleh British untuk menyediakan Persekutuan Tanah Melayu ke arah kemerdekaan dari tahun 1950 hingga tahun 1957. [20 markah] 3 Huraikan pelibatan Malaysia dalam pertubuhan negara-negara Komanwel hingga tahun 2000. [20 markah] Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara [40 markah] Jawab dua soalan sahaja. 4 Huraikan sistem pembesar di Vietnam sebelum kedatangan kuasa Barat. [20 markah] 5 Nilaikan peranan Dipo Negoro dalam Perang Jawa dari tahun 1825 hingga tahun 1830. [20 markah] 6 Jelaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan di Thailand selepas Revolusi Thai 1932. [20 markah] PENERBIT MAHIR SDN BHD
SEJARAH (940) PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM AKRAM PENERBIT MAHIR SDN BHD
J2 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM AKRAM 2023 SEMESTER 2 1 Bincangkan dasar politik dan ekonomi yang dilaksanakan oleh Khalifah Harun al-Rasyid (786 – 809 Masihi) sehingga dianggap sebagai zaman keemasan kerajaan Abbasiyah. Pengenalan 1 Khalifah Harun al-Rasyid merupakan khalifah kelima kerajaan Bani Abbasiyah yang dilahirkan di Rayy. Baginda merupakan individu yang mempunyai keperibadian bijaksana, gigih, cekal, mencintai ilmu agama dan berfikiran terbuka. 2 Khalifah Harun al-Rasyid menaiki takhta pada tahun 786 Masihi selepas kemangkatan saudaranya, al-Hadi dan pernah memegang jawatan sebagai gabenor serta menyertai beberapa ekspedisi peperangan termasuklah berhadapan dengan Rom Timur. 3 Dasar politik dan ekonomi yang dilaksanakan oleh Khalifah Harun al-Rasyid telah menyebabkan zaman pemerintahannya dianggap sebagai zaman keemasan. Isi-isi Penting 1 Mengekalkan Baghdad sebagai pusat pentadbiran 1.1 Khalifah Harun al-Rasyid telah mengekalkan Baghdad sebagai pusat pentadbiran memandangkan lokasinya agak strategik dari segi politik dan ekonomi. Kota tersebut dilengkapi dengan pelbagai bangunan yang indah, benteng pertahanan dan pelbagai prasarana bagi memastikan kegiatan ekonomi berkembang. 1.2 Khalifah Harun al-Rasyid telah membentuk sistem wazir dan keluarga Barmaki antara tonggak yang membantu pembentukan kerajaan ini seperti Yahya bin Khalid diikuti anak-anaknya Jaafar, al-Fadhl, Muhammad dan Musa. Kebijaksanaan pentadbiran yang diketuai oleh keluarga ini telah mengukuhkan kekuasaan kerajaan Abbasiyah. 2 Hubungan diplomatik 2.1 Khalifah Harun al-Rasyid berjaya mewujudkan suasana yang aman berikutan kejayaannya menjalinkan hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa besar seperti Perancis, Byzantine (Rom Timur), Andalusia, China, India dan lain-lain. 2.2 Hubungan dengan Perancis meninggalkan impak yang cukup besar, jalinan hubungan antara Harun al-Rasyid dengan Charlemagne telah menjamin keselamatan kerajaan Islam ini daripada ancaman pihak musuh sama ada Rom mahupun kerajaan Umaiyah di Andalus. Hubungan yang erat ini dibuktikan dengan pertukaran cenderamata dan kunjungan diplomat kedua-dua kerajaan tersebut. 2.3 Hubungan dengan Perancis juga telah menjadi asas kepada perkembangan agama Islam di Eropah Barat dan membolehkan hubungan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara dapat dijalankan. Tegasnya, hubungan ini menggambarkan kerajaan Abbasiyah mendapat pengiktirafan daripada kuasa-kuasa luar. 2.4 Hubungan yang dijalinkan dengan China dan India berfokuskan kepentingan ekonomi, khususnya memajukan kegiatan perdagangan dua hala antara kedua-dua kerajaan. Hubungan ini juga membawa kepada perkembangan intelektual berikutan kemasukan karya-karya daripada negara China berkaitan dengan ilmu perubatan, pelayaran, matematik dan persenjataan. 3 Pemerkasaan bidang ketenteraan 3.1 Khalifah Harun al-Rasyid telah melaksanakan reformasi dalam bidang ketenteraan sekali gus memperkasakan angkatan tentera sama ada tentera darat dan tentera laut khususnya dari segi logistik, pentadbiran dan peralatan. Kawalan rapi di lautan dan pelabuhan dilakukan bagi menjamin keselamatan kapal-kapal asing yang berlabuh di Basrah seterusnya memastikan kestabilan politik dalam negeri. 3.2 Kekuatan tentera diperlukan bagi menghapuskan sebarang bentuk ancaman dalam dan luar negeri. Contohnya, Khalifah Harun al-Rasyid menghantar Ibrahim Aghlabiyah bagi memadamkan pemberontakan di Afrika Utara untuk membalas budi Ibrahim, Khalifah Harun al-Rasyid membenarkan penubuhan kerajaan kecil Aghlabiah. Kerajaan ini akan membayar ufti tahunan menandakan kesetiaan terhadap Khalifah Harun al-Rasyid. 3.3 Kejayaan terbesar pada zaman ini ialah mengalahkan Rom sebanyak dua kali, iaitu semasa pemerintahan Irene diikuti zaman Nicephorus. Kemenangan ke aras Rom Timur membolehkan kerajaan Islam pada zaman ini mendapat ufti berjumlah 90 000 dirham dan menandatangani gencatan senjata. Tindakan Nichephorus yang melanggar gencatan senjata telah menyebabkan jatuhnya wilayah di Asia Minor seperti Tyre, Heraclea, Iconium dan Emphesus ke tangan kerajaan Islam pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid. 4 Pembangunan perdagangan 4.1 Dalam bidang perdagangan, Khalifah Harun al-Rasyid telah memajukan Baghdad sebagai pusat perdagangan, dengan meluaskan ke Eropah, China dan India serta membina jalan-jalan dari Iraq ke Laut Merah, Laut Mediterranean, Tunisia dan Maghribi. Antara barang dagangan yang terdapat di Baghdad ialah rempah-ratus dan kain dari India, sutera dan teh dari China serta kulit dan lilin dari Eropah. 4.2 Baghdad bukan sahaja berperanan sebagai ibu kota malah berfungsi sebagai pelabuhan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk kapal berlabuh dan peniaga menjalankan aktiviti jual beli. Jaminan keselamatan turut disediakan untuk menggalakkan kedatangan pedagang Timur dan Barat. 5 Pembangunan bidang pertanian 5.1 Dalam sektor pertanian, Khalifah Harun al-Rasyid menggalakkan rakyat bercucuk tanam dengan memanfaatkan tanah yang subur di lembah Sungai PENERBIT MAHIR SDN BHD
J3 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Dajlah dan Sungai Furat. Baginda menggalakkan pembukaan tanah-tanah baharu serta memberikan bekalan bijih benih secara percuma kepada para petani. 5.2 Baginda juga membahagikan tanah-tanah kerajaan dan rampasan perang kepada tentera dan golongan miskin untuk diusahakan. Sistem saliran disediakan bagi mengairi kawasan pertanian, contohnya ‘Ain Zubaidah. 6 Perkembangan industri pembuatan 6.1 Pada zaman ini juga, aktiviti industri turut berkembang pesat. Antaranya, kilang-kilang tekstil, permaidani dan senjata telah dibina. Selain itu, industri menenun permaidani didirikan di wilayah Tabaristan dan Armenia. 6.2 Perkembangan sektor industri barangan kemas berkait rapat dengan kekayaan kerajaan Abbasiyah khususnya sumber-sumber seperti emas, perak, permata dan lain-lain di wilayah-wilayah kekuasaannya. Kesimpulan Kerajaan Abbasiyah mencapai kemuncak di bawah kepimpinan Khalifah Harun al-Rasyid. Pada zaman ini, kerajaan Abbasiyah berada pada zaman keemasan tamadun Islam. Dasar-dasar politik dan ekonomi yang dilaksanakannya berjaya menjadikan Kota Baghdad sebagai pusat pentadbiran, pusat perdagangan dan pusat intelektual. Kota yang aman ini membolehkan kerajaan berkembang dan diwarisi oleh penggantinya. 2 Nilaikan pelaksanaan sistem naungan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah. Pengenalan 1 Sistem naungan merujuk dasar perlindungan oleh kerajaan yang lebih kuat dan berpengaruh kepada kerajaan yang lemah atau yang berjaya dikuasai melalui kempen ketenteraan. Pelaksanaannya dikaitkan dengan pembayaran jizyah yang dikenakan kepada golongan bukan Islam sebagai balasan perlindungan harta dan nyawa serta simbol kekuasaan kerajaan Islam. 2 Pelaksanaan sistem ini telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW, namun mengalami perubahan yang jelas pada zaman Bani Umaiyah. Isi-isi Penting 1 Pemerintahan Khalifah Muawiyyah bin Abu Sufyan 1.1 Pengasas kerajaan Bani Umaiyah ini telah menubuhkan Diwan al-Kharaj (Jabatan Kewangan) bagi mengendalikan urusan pemungutan cukai termasuklah cukai jizyah. Pegawai-pegawai yang bertugas dalam jabatan ini dilantik secara langsung oleh khalifah dan bertanggungjawab menjalankan kutipan cukai sama ada pada peringkat pusat ataupun peringkat wilayah. 1.2 Kesan penubuhan jabatan ini, pengutipan cukai lebih sistematik dan perancangan kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancar memandangkan wilayah kekuasaan kerajaan Islam kian meluas di luar Semenanjung Tanah Arab. 2 Pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan 2.1 Pelaksanaan sistem naungan pada zaman ini menimbulkan kontroversi berikutan tindakan khalifah telah mengenakan jizyah ke atas golongan Mawali (orang Islam bukan Arab) dan golongan rahib yang sebelum ini dikecualikan pada zaman Khalifah al-Rasyidin. 2.2 Tindakan ini menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati golongan Mawali dan mereka menganggap tindakan Khalifah Abdul Malik bin Marwan merupakan satu bentuk diskriminasi Arab dan bukan Arab. Bagi golongan rahib pula, tindakan ini menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan agamawan bukan Islam kerana sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi mereka tidak dikenakan sebarang cukai. 2.3 Khalifah Abdul Malik turut menghentikan kaedah pembayaran jizyah dalam bentuk hasil pertanian, sebaliknya perlu dibayar secara tunai. Malah, beliau telah meningkatkan kadar cukai sebanyak empat kali ganda. 2.4 Kesan daripada perubahan ini menyebabkan adanya cubaan memberontak dalam kalangan golongan Mawali termasuklah memberikan sokongan kepada golongan Syiah dan Khawarij selain menganggap diskriminasi ini semata-mata untuk memenuhi sumber pendapatan kerajaan serta memenuhi agenda politik khalifah. 3 Pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik 3.1 Pada zaman ini, dasar dan pelaksanaan sistem naungan berada di kemuncaknya berikutan kejayaan dalam ekspedisi ke Asia Tengah, Afrika Utara dan Eropah. Di India, kejayaan Muhammad al-Qassim menguasai daerah Sind telah membolehkan pelaksanaan sistem ini, begitu juga dengan misi yang digerakkan oleh Qutaibah bin Muslim di sempadan China dan beberapa kawasan di Asia Tengah. 3.2 Kejayaan menguasai Andalus hasil usaha ketenteraan yang digerakkan oleh Musa bin Nusair dan Tariq bin Ziyad. Kejayaan ini telah membolehkan kerajaan Islam bertapak di benua Eropah. Sehubungan dengan itu, penduduk bukan muslim yang berada di bawah naungan kerajaan Islam dikehendaki membayar cukai jizyah. Kemenangan dalam ekspedisi ketenteraan telah menyebabkan sumber baitulmal meningkat ekoran peningkatan hasil kutipan jizyah dari wilayahwilayah berkenaan. 3.3 Kontroversi tetap berlaku berterusan pada zaman ini kerana Khalifah al-Walid masih meneruskan dasar ayahandanya dengan mengenakan cukai terhadap golongan Mawali dan rahib serta menaikkan kadar cukai untuk menampung kos perbelanjaan yang kian meningkat. 4 Pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz 4.1 Khalifah Umar merombak pelaksanaan sistem naungan dengan mencontohi dasar-dasar yang dilaksanakan pada zaman Khalifah al-Rasyidin. Khalifah Umar bertindak menghapuskan cukai jizyah yang dikenakan ke atas Mawali (orang Islam bukan Arab) dan rahib. PENERBIT MAHIR SDN BHD
J4 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 4.2 Baginda juga menghapuskan diskriminasi terhadap golongan Mawali dan menggalakkan asimilasi seperti perkahwinan campur antara Arab dengan bukan Arab serta memujuk orang bukan Islam memeluk Islam. 4.3 Kadar bayaran cukai jizyah juga dikurangkan kepada 200 dirham agar tidak membebankan rakyat. Tindakan ini menyebabkan negara berada dalam keadaan aman dan makmur dengan rakyat menyanjung pemerintahan baginda. 4.4 Tindakan ini bukan sahaja mendapat sokongan golongan Mawali malah buat seketika penentangan terhadap kerajaan Bani Umaiyah terhenti. 5 Pelaksanaan selepas Khalifah Umar bin Abdul Aziz 5.1 Peringkat awal, Khalifah Yazid bin Abdul Malik hanya meneruskan polisi yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Namun, segalanya berubah selepas 40 hari pemerintahan kerana desakan para pentadbir yang tidak menyenangi dasar Khalifah Umar. Pelaksanaan sistem naungan kembali kepada polisi asal seperti dasar pada zaman Khalifah Abdul Malik dengan menaikkan kadar jizyah diikuti menjalankan dasar diskriminasi terhadap golongan bukan Arab yang menganut agama Islam apabila bukan sahaja diwajibkan membayar zakat, malah dikenakan cukai jizyah. Dasar ini diteruskan oleh khalifahkhalifah selepasnya. 5.2 Hal ini telah menyebabkan kebangkitan semula golongan ini yang menyokong perjuangan golongan Syiah dan Khawarij yang bersikap antikerajaan Umaiyah. Kesimpulan Walaupun pelaksanaan sistem naungan melambangkan kekuatan kerajaan Islam, namun disebabkan perubahan dasar, ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kerajaan seperti yang berlaku pada zaman Khalifah Abdul Malik dan puteranya. Tindakan Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang kembali mewujudkan dasar seperti zaman Khalifah al-Rasyidin hanya seketika menghentikan kontroversi ini kerana para khalifah selepas itu melaksanakan dasar-dasar yang agak keras. 3 Bincangkan perkembangan sistem pendidikan di Mesir pada abad kelapan Masihi. Pengenalan 1 Sistem pendidikan Islam di Mesir bermula sebaik-baik sahaja Islam bertapak di bumi Mesir apabila panglima Amru al-As yang dikirim oleh Khalifah Umar al-Khattab berjaya menguasai Mesir daripada pemerintah Rom. 2 Perkembangan pendidikan Islam bermula di kota Fustat apabila gabenor Mesir, Amru al-As menjadikannya sebagai pusat pentadbiran. Selain itu, masjid dijadikan yang bersempena dengan namanya, Masjid Amru al-As sebagai pusat pendidikan. Isi-isi Penting 1 Dasar / matlamat pendidikan 1.1 Menurut perspektif Islam, pendidikan merupakan usaha penyerapan ilmu pengetahuan sama ada secara teori atau praktikal secara berterusan bagi membentuk keperibadian seseorang tanpa mengira jantina, warna kulit ataupun kekayaan. 1.2 Dalam ajaran Islam, menuntut ilmu merupakan proses sepanjang hayat yang menjadi kewajipan bagi setiap muslim baik lelaki mahupun perempuan. Menjadi tanggungjawab setiap individu mencari ilmu pengetahuan kerana agama Islam memandang tinggi mereka yang berilmu dan beramal. 1.3 Sumber utama rujukan Islam ialah al-Quran dan hadis nabi. Selain itu, pendidikan Islam juga berteraskan sumber akal dalam bentuk ijtihad dan qias bagi perkara-perkara yang tidak diterangkan secara jelas oleh sumber al-Quran dan hadis. 1.4 Pendidikan Islam bermatlamat mewujudkan pembangunan yang seimbang dari aspek akliah dan naqliah bagi membolehkan manusia mengenali pencipta-Nya dan mentaati segala perintah dan suruhan-Nya. 2 Institusi pendidikan 2.1 Masjid menjadi pusat kegiatan ilmu keagamaan utama di Mesir. Aktiviti pendidikan di masjid merupakan proses pendidikan awal yang membawa kepada terbentuknya kuttab dan halaqah di Mesir. Masjid Amru al-As merupakan masjid terawal di Mesir yang telah memainkan peranan penting sebagai institusi pendidikan. Buktinya, terdapat lebih 40 buah halaqah ilmu yang sentiasa dipenuhi pelajar bagi menimba ilmu pengetahuan dan membuat kajian. Imam as-Syafie (767 – 820 Masihi) pernah mengajar di masjid ini. Ramai ulama dan ilmuwan dari seluruh pelosok dunia Islam datang ke Mesir untuk menimba ilmu pengetahuan. Kurikulum pengajian tertumpu kepada pelajaran ilmu fardu ain termasuklah tafsir al-Quran, hadis, tauhid dan fiqah manakala ilmu fardu kifayah merangkumi ilmu hisab, ilmu astronomi dan perubatan. 2.2 Kuttab merupakan tempat belajar pada peringkat permulaan bagi kanak-kanak, iaitu sebuah bangunan berasingan daripada masjid. Kuttab merupakan pusat pendidikan fardu ain dan fardu kifayah. Kurikulum pendidikan di kuttab berorientasikan al-Quran sebagai buku teks yang merangkumi pengajaran ilmu al-Quran, hadis dan menulis ayat-ayat yang hendak dibaca dan dihafaz di atas papan batu. Mata pelajaran tatabahasa Arab, kesusasteraan dan sejarah Nabi Muhammad SAW turut diajar. Proses pengajaran dan pembelajaran diberi secara percuma dan berasingan antara kanak-kanak lelaki dengan perempuan. Pada waktu ini, lembaga kuttab semakin banyak didirikan oleh umat Islam atas daya inisiatif mereka sendiri tanpa campur tangan pihak pemerintah. Pada penghujung abad kelapan Masihi, kuttab mulai mengajarkan ilmu pengetahuan umum dan agama berikutan pertembungan antara pengaruh Islam dengan Yunani sehingga berlaku banyak perubahan dalam kurikulum pendidikan Islam di Mesir. Muncul dua jenis kuttab di Mesir, iaitu kuttab PENERBIT MAHIR SDN BHD
J5 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) yang mengajarkan ilmu naqli dan kuttab yang mengajarkan ilmu aqli. 2.3 Kediaman ulama juga menjadi tempat untuk umat Islam di Mesir menimba ilmu pengetahuan. Contohnya, Abu Sulaiman al-Sijistani dan Yaaqub bin Killis. Para pembesar yang memegang jawatan wazir pada zaman Khalifah al-Aziz Billah turut menjadikan kediaman mereka sebagai pusat pendidikan kepada rakyat awam. Dengan cara ini, ilmu pengetahuan semakin berkembang di Mesir. 3 Kurikulum pendidikan 3.1 Pada peringkat awal perkembangan Islam di Mesir, kurikulum yang digunakan lebih kepada asas pengenalan agama Islam terutamanya ilmu fardu ain seperti ilmu tauhid, fekah, al-Quran dan hadis. Namun demikian, ilmu fardu kifayah turut diajar seperti ilmu hisab, perubatan, astronomi, geografi dan lain-lain. 3.2 Selain itu, ilmu kokurikulum juga diajar secara tidak formal melibatkan perkara-perkara yang menjadi sunnah Rasulullah SAW seperti berkuda, berenang, memanah dan bermain senjata. 4 Kaedah pendidikan 4.1 Kaedah halaqah merupakan kaedah belajar dan mengajar apabila murid-murid melingkari gurunya. Kebiasaannya, guru akan berada di lantai dengan memberikan penerangan, membaca penulisan dan memberikan komen atas karya orang lain. 4.2 Kaedah halaqah dilakukan di masjid dan di rumah-rumah guru. Contohnya, di Masjid Amru al-As terdapat 40 kelompok majlis pengajian yang berbeza. 4.3 Antara kumpulan halaqah utama ialah kelompok Iman Shafie yang dikenali sebagi ‘Zawiyah’, al-Majdiah yang diilhamkan oleh Majduddin Abu al-Asybal dan al-Shibiah yang diusahakan oleh Sahib Muhammad Ibn Fakhruddin. 4.4 Kegiatan halaqah ini tidak khusus dalam pengajaran ilmu agama semata-mata, bahkan juga ilmu pengetahuan lain. Pengajaran lazimnya, dimulakan dengan basmalah dan selawat, kadangkala dengan bacaan al-Quran atau hadis yang berkait rapat dengan kelebihan menuntut ilmu dan berakhir dengan bacaan al-Fatihah, salam serta doa. 5 Tenaga pengajar 5.1 Antara para sahabat yang menyampaikan ilmu hadis melalui madrasah hadis termasuklah Abdullah Amru al-As, Ukbah bin Amir, Maslamah dan Kharijah bin Huzafah al-Adwi dengan kaedah sanad, riwayat dan thiqah. 5.2 Selain itu, Imam Abdul Rahman al-Khaulani terkenal dengan kepakarannya dalam ilmu hadis. 5.3 Imam Al-Laits bin Sa’ad yang juga dikenali sebagai Abu Harits, lahir pada 94 H memiliki kepakaran dalam ilmu hadis. Kesimpulan Masjid merupakan institusi pendidikan Islam terawal dan terpenting bagi rakyat Mesir. Pelibatan para sahabat Rasulullah SAW dalam menyampaikan ilmu telah merangsang perkembangan ilmu pengetahuan Islam. Kepesatan ilmu pendidikan di Mesir berlaku seiring dengan pertumbuhan institusi-institusi pendidikan seperti masjid dan halaqah yang akhirnya berkembang ke seluruh Afrika Utara dan Selatan Eropah dalam tempoh yang singkat. 4 Jelaskan sumbangan tokoh intelektual al-Khwarizmi dalam bidang matematik dan astronomi. Pengenalan 1 Abu Abdullah Muhammad bin Musa atau lebih dikenali sebagai al-Khwarizmi berbangsa Parsi dan dilahirkan di wilayah Khwarism, Uzbekistan pada tahun 780 Masihi. 2 Pelbagai gelaran diberikan kerana keintelektualan beliau, antaranya al-Khwarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi dan al-Goritmi. 3 Sumbangan al-Khwarizmi dalam pelbagai disiplin ilmu sangat ketara hingga hari ini. Antaranya, ilmu matematik, astronomi, pelayaran, geografi, falsafah dan muzik. Beliau juga digelar sebagai Bapa Ilmu Matematik Islam kerana sumbangan yang sangat bermakna dalam bidang ini. Isi-isi Penting Bidang Matematik 1 Menghasilkan karya matematik 1.1 Al-Khwarizmi banyak menghasilkan karya matematik. Antara karya teragung beliau termasuklah Mukhtasar fi Hisab al-Jabar walMuqabalah. Karya ini membincangkan ilmu algebra sehingga tokoh ini mendapat gelaran Bapa Algebra Islam. Antara topik perbincangan dalam karya ini termasuklah ilmu yang berkaitan dengan faraid, wasiat, perniagaan, istilah-istilah berkaitan dengan algebra seperti punca-punca kuasa serta persamaan linear dan kuadratik. Karya ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan menjadi rujukan utama pelbagai universiti di Eropah. 1.2 Kitab al-Jami wa al-Tafriq bin Hisab al-Hind pula membincangkan bidang ilmu yang dikenali sebagai ilmu persamaan sekali gus memperkenalkan sistem algorism kepada dunia Barat. 1.3 Kitab al-Ard pula berkisar tentang bidang matematik dan geografi, iaitu membicarakan tentang koordinat kota, daftar lintang dan bujur serta zon cuaca. Karya-karya lain ialah al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah dan al-Amal bi’Usturlab. 2 Memperkenalkan sistem nombor 2.1 Al-Khwarizmi merupakan tokoh yang bertanggungjawab kepada pengenalan sistem nombor, iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9. 2.2 Pengenalan sistem nombor ini telah membolehkan operasi pengiraan matematik diperluas meliputi operasi kuasa, log, kosinus dan sebagainya, malah membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang dengan lebih pesat. 2.3 Angka sifar (kosong) dalam matematik juga merupakan hasil ciptaan beliau. Melalui penggunaan angka sifar, akan terbit nombor yang PENERBIT MAHIR SDN BHD
J6 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) mencapai infiniti. Malah nombor atau istilah ‘sifar’ yang diperkenalkan oleh al-Khwarizmi telah dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan ‘cifre’ atau ‘zero’. 3 Memperkenalkan sistem algebra 3.1 Al-Khwarizmi memperkenalkan cabang baharu dalam bidang matematik, iaitu aritmetik atau juga dikenali al-Jabar. Sumbangan ini telah membawa kepada pengenalan ilmu persamaan. Pengenalan aritmetik ini telah menyebabkan al-Khwarizmi dikenali sebagai Bapa Ilmu Algebra. 3.2 Menerusi sistem algebra ini, beliau telah mengusulkan penggunaan simbol yang akan mewakili nombor, nilai atau pemboleh ubah tertentu. Kesannya, mampu menyelesaikan banyak masalah pengiraan yang rumit. Dalam karyanya dikemukakan 800 contoh algebra. 4 Memperkenalkan istilah baharu 4.1 Dalam pelbagai kitab yang dihasilkan pelbagai istilah baharu diperkenalkan dan digunakan hingga kini, iaitu pemboleh ubah (x), pemboleh ubah kuasa dua dan pemalar (c). 4.2 Selain itu, dalam karya Al-Mukhtasar fi Hisab alJabr wa al-Muqabalah juga mengandungi bab-bab yang meliputi ilmu berkaitan dengan pengiraan, campur, tolak dan bahagi, persamaan, timbangan dan ukuran, keluasan bulatan dan segi tiga serta isi padu bentuk piramid dan kon. 4.3 Hasilnya, umat Islam dikatakan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam ilmu matematik. 5 Memperkenalkan geometri dan trigonometri 5.1 Geometri dan trigonometri merupakan pecahan kepada bidang matematik, kedua-dua cabang ilmu matematik ini dibincangkan dalam karyanya Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah. Menerusi ilmu geometri, antara yang dibincangkan termasuklah hubungan antara titik, garis, sudut permukaan dan pepejal dalam ruang. 5.2 Ilmu trigonometri pula berkaitan dengan pengiraan segi tiga, sukatan sisi dan sudutnya. 5.3 Kesannya, ilmu yang diperkenalkan oleh al-Khwarizmi dapat membantu mengatasi masalah pengiraan yang lebih rumit. Beliau juga menghasilkan sifir trigonometri yang berkaitan dengan bidang astronomi. 6 Menyelesaikan masalah-masalah praktikal 6.1 Melalui pengenalan sistem nombor dan pelbagai ilmu matematik yang berkaitan, masalah umat Islam khususnya dalam pembahagian harta pusaka dan pengiraan kadar atau nisab zakat dapat diatasi. 6.2 Pelaksanaan kaedah berkenaan yang dinyatakan dalam al-Quran dan hadis, namun melalui ilmu matematik yang dilontarkan oleh ilmuan ini, ia telah dapat membantu mengatasi masalah pengiraan yang lebih rumit dan kompleks yang tidak dihuraikan dalam kedua-dua sumber wahyu. Bidang Astronomi 1 Hasil karya 1.1 Tokoh pertama yang menyediakan takwin Islam yang bertajuk Zaij al-Sindhind. Kitab Zaij al-Sindhind membincangkan peredaran matahari, bulan dan lima buah planet yang diketahui ketika itu. al-Khwarizmi merupakan orang pertama yang menghitung jadual astronomi dan memperkenalkan sifir trigonometri. 1.2 Kitab Istikhraj Tarikh al-Yahudi membincangkan takwim yang diguna pakai masyarakat Yahudi. 1.3 Kitab al-Tarikh dan Kitab al-Rukhmat pula membincangkan hal-hal yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari. 1.4 Kitab The Book of Astronomi Table membicarakan gerhana dan fasa-fasa bulan. 2 Penciptaan peralatan astronomi 2.1 Al-Khwarizmi telah mencipta peralatan berkaitan dengan astronomi seperti jam alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta peralatan mengkaji bintang. 3 Sumbangan kepada masyarakat Islam dan dunia 3.1 Ilmu kaji bintang dan ilmu falak yang dipelopori oleh al-Khwarizmi telah memberikan impak yang besar ke atas dunia Islam kerana memudahkan umat Islam dalam urusan ibadat seperti melihat anak bulan bagi menentukan tarikh-tarikh kebesaran dalam Islam seperti permulaan bulan Ramadan, selain memberikan impak kepada kemajuan bidang sains astronomi sejagat. 3.2 Selain itu, golongan pelayar Islam juga memperoleh manfaat daripada penemuan ilmu astronomi al-Khwarizmi yang membantu mereka menjelajah dan berdagang hingga ke Kepulauan Rempah. 3.3 Kitab al-Tarikh dan Kitab al-Rukhmat yang telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan bahasa Cina banyak membantu kedua-dua masyarakat ini dalam bidang astronomi. Kesimpulan Terbukti al-Khwarizmi merupakan tokoh ilmuwan muslim yang terhebat kerana mendahului zamannya. Pelbagai penciptaan dan penemuan dalam bidang matematik dan astronomi telah membolehkan mengangkat peradaban Islam dan manusia hingga saat ini. Kehebatan itu telah melayakkan al-Khwarizmi digelar sebagai Bapa Ilmu Matematik Islam dan Ahli Falak Diraja. 5 Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan ekoran peluasan kuasa Barat di Algeria dari abad ke-19 Masihi hingga abad ke-20 Masihi. Pengenalan 1 Abad ke-19 dan abad ke-20 menyaksikan kuasa-kuasa Barat telah melaksanakan dasar imperialis bukan sahaja di Asia, bahkan di Afrika. Antara kawasan yang menjadi sasaran ialah wilayah-wilayah yang dikuasai oleh kerajaan Turki Uthmaniyah. 2 Kedudukan yang strategik dan memiliki banyak tanah yang subur merupakan antara punca Algeria menjadi sasaran Perancis di samping ada kaitan dengan sentimen agama dan hasrat menyebarkan peradaban Barat. Isi-isi Penting 1 Kebangkitan Hussain Dey 1.1 Kebangkitan wakil kerajaan Uthmaniyah ini berpunca daripada isu hutang, iaitu keengganan PENERBIT MAHIR SDN BHD
J7 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) kuasa Barat melunaskan hutang pembelian gandum meskipun diberi peringatan berulang kali. 1.2 Hal ini menyebabkan Hussain Dey telah bertindak menghina Konsul Perancis, Deval serta enggan memberikan penghormatan terhadap bendera Perancis. Konflik semakin parah apabila giliran Perancis pula bertindak menyekat kemasukan kapal-kapal dagang Perancis ke pelabuhan Algeria. 1.3 Ketua tentera Perancis menyemarakkan permusuhan dengan menggalakkan kemasukan imigran Eropah ke Perancis, dan seolah-olah merestui imigran-imigran berkenaan menceroboh kawasan petempatan dan tanah-tanah pertanian. Malah, ada dalam kalangan imigran telah mencemarkan masjid dan kawasan perkuburan umat Islam. 1.4 Situasi ini mengundang kebangkitan Hussain Dey bersama-sama umat Islam bangkit menentang kuasa Barat berkenaan, namun dipatahkan oleh Perancis yang diketuai oleh Betrand Clausel. 2 Perjuangan Ahmad Bey 2.1 Merupakan kesinambungan perjuangan yang dilancarkan oleh Hussain Dey. Hal ini berlaku disebabkan tindakan Clausel yang berhasrat bertapak dan menguasai wilayah Constantine pada tahun 1836. 2.2 Ahmad Bey berusaha mendapatkan bantuan tentera laut kerajaan Uthmaniyah, namun berjaya disekat oleh pemimpin tentera Perancis berkenaan. Walaupun berjaya mencabar Perancis termasuk membunuh 1 000 orang tentera, namun tidak cukup untuk mengusir kuasa Barat tersebut. 2.3 Di sebalik kekalahan yang dialami, Ahmad Bey tetap enggan mengiktiraf kekuasaan Perancis, menyebabkan permusuhan antara kedua-dua pihak terus berlaku yang berpihak kepada kuasa Barat tersebut. 3 Perjuangan Syeikh Abdul Qadir 3.1 Merupakan seorang ulama dan juga pentadbir wilayah Mascara dan dianggap perjuangan yang paling berjaya berikutan sokongan umat Islam dengan sentimen jihad yang dilaungkan demi mempertahankan hak dan wilayah kekuasaan. Keberanian beliau juga dikaitkan melalui pengisytiharan Algeria merupakan sebuah negara Islam. 3.2 Pengaruh Syeikh Abdul Qadir dapat dilihat dengan kejayaan menyatukan pelbagai puak dalam kalangan umat Islam serta menarik sokongan bukan Islam anti-Perancis menentang kuasa Barat berkenaan. 3.3 Syeikh Abdul Qadir telah menggunakan serangan gerila sepanjang perjuangannya. Beliau dan berjaya mengalahkan tentera Perancis sehingga tahun 1845 beberapa kali. 3.4 Situasi ini menyebabkan Jeneral Perancis, Desmichels memeterai perjanjian sulit dengan Syeikh Abdul Qadir dengan memberikan kuasa mentadbir wilayah Oran di samping memberikan bantuan persenjataan sekali gus meredakan keadaan seketika. 3.5 Krisis kembali berlaku apabila Bugeaud mengambil alih pentadbiran, bertindak ganas meluaskan kuasa termasuk memusnahkan tanaman dan ternakan serta petempatan penduduk di pinggir bandar. 3.6 Serangan besar-besaran ke atasnya oleh tentera Perancis telah menyebabkan ulama ini dikalahkan di al-Asnam, dan terpaksa menyerah diri pada penghujung tahun 1847. Kekalahan ini meninggalkan kesan yang besar kerana tiada lagi pemimpin yang berpengaruh untuk mengambil alih tempatnya. 4 Perjuangan gerila Abu Ma’zi 4.1 Merupakan pemimpin yang berasal dari Maghribi dan individu penting yang membantu Syeikh Abdul Qadir dalam perjuangan jihad menentang Perancis. 4.2 Antara sumbangan tokoh ini ialah mampu menggerakkan penduduk Kristian dan Yahudi bersama-sama umat Islam untuk menentang kuasa Barat di Oran. 4.3 Kejayaan gandingan Abu Ma’zi dengan Syeikh Abdul Qadir cukup membimbangkan apatah lagi pada tahun 1845 telah berjaya mengalahkan Perancis dalam peperangan di Sidi Ibrahim. 4.4 Walau bagaimanapun, seperti perjuangan Syeikh Abdul Qadir, nasib yang sama menimpa Abu Ma’zi apabila beliau telah dikalahkan oleh tentera Perancis di bawah kepemimpinan Jeneral Thomas Robert Bugeaud. 5 Kebangkitan penduduk Kabylia 5.1 Kebangkitan ini berpunca daripada dasar serta tindakan Perancis yang terus bermaharajalela di bumi Algeria. Selepas tahun 1851, kuasa Barat ini semakin rakus merampas tanah milik penduduk tempatan termasuklah tanah yang tidak boleh dipindah hak milik. 5.2 Tanah-tanah yang dirampas ini telah diagihkan kepada syarikat-syarikat besar untuk mengusahakan tanaman gandum dan anggur secara besar-besaran. 5.3 Sebagai respons, penduduk Kabylia telah bangun memberontak menentang dasar kuasa Barat berkenaan, namun telah dipatahkan dan impaknya lebih buruk apabila tanah yang masih ada terus dirampas menyebabkan para petani jatuh miskin. Malah, mereka perlu membayar ganti rugi akibat kebangkitan tersebut. 6 Perjuangan Golongan Algeria Muda 6.1 Merupakan golongan moderat yang berusaha memperbaik kedudukan sosioekonomi umat Islam ekoran ketamakan Perancis di bumi Algeria. Golongan ini menyedari akan kelemahan mereka, umpamanya tindakan Perancis yang mengehadkan peluang pendidikan dan mengenakan cukai yang membebankan. 6.2 Golongan ini telah menjalinkan kerjasama dengan golongan modenis di Timur Tengah dalam mematangkan perjuangan. Pada tahun 1900, golongan ini telah menghantar memorandum kepada pemerintah Perancis bagi menuntut hak mengundi dan melantik perwakilan. PENERBIT MAHIR SDN BHD
J8 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 6.3 Perjuangan golongan ini telah mendapat sokongan padu daripada golongan berpendidikan dan penduduk luar bandar. Namun, yang merencatkan perjuangan kumpulan ini ialah mereka tidak sehaluan dengan golongan ulama. Kesimpulan 1 Kebangkitan masyarakat tempatan di Algeria berpunca daripada sikap rakus penjajah Perancis yang berusaha menguasai segala sumber kekayaan Algeria, malah berhasrat menjadikan negara itu sebahagian daripada Perancis. 2 Walaupun kebangkitan ini gagal memperoleh kemenangan mutlak, namun keberanian pemimpin tempatan khususnya golongan ulama menyanggah dasar kuasa Barat berkenaan telah membuka mata kuasa imperialis agar lebih berhati-hati dalam melaksanakan dasar untuk mengukuhkan kuasa. 6 Sejauh manakah isu politik telah membawa kepada pembentukan negara bangsa di Mesir pada abad ke-20 Masihi? Pengenalan 1 Negara bangsa merujuk kepada sebuah yang berteraskan sesuatu sesuatu bangsa yang mempunyai identiti tersendiri serta tidak terikat dengan mana-mana pihak khasnya pihak penjajah. Dalam pengertian yang mudah, negara bangsa ialah sebuah negara yang berdaulat yang memiliki ciri-ciri tersendiri. 2 Pembentukan negara bangsa Mesir berpunca daripada kebangkitan golongan nasionalis yang ingin membebaskan negara berkenaan daripada penjajahan British dengan membentuk sebuah negara yang berdaulat. Isi-isi Penting Isu Politik 1 Diskriminasi British 1.1 Dasar British yang mengamalkan diskriminasi khususnya dalam bidang pendidikan serta mengaut kekayaan yang terdapat di bumi Mesir telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat tempatan khususnya golongan nasionalis. 1.2 Situasi ini ditambah dengan penyebaran pelbagai ideologi Barat dalam kalangan nasionalis seperti nasionalisme, sekularisme, individualisme yang telah menyemarakkan perjuangan golongan nasionalis bagi membentuk negara yang berteraskan bangsa sendiri. 1.3 Nasionalis-nasionalis khususnya berpendidikan Barat seperti Muhammad Farid, Mustaffa Kamil, Ahmad Lutfi dan Saad Zaghlul merupakan antara individu penting yang menyebarluaskan ideologi pembentukan negara bangsa kepada rakyat Mesir. 1.4 Malah, perjuangan golongan nasionalis khasnya lulusan undang-undang disemarakkan oleh hasutan dan provokasi pensyarah berbangsa Perancis yang sememangnya bersikap anti-British. 2 Peluasan kuasa-kuasa imperialis 2.1 Oleh sebab bumi Mesir merupakan antara kawasan yang produktif dengan sumber-sumber ekonomi, apatah lagi terbinanya Terusan Suez di laluan strategik menyebabkan Mesir menjadi rebutan antara kuasa-kuasa imperialis. 2.2 British sememangnya sejak awal ingin mendapatkan Mesir bagi menguasai Terusan Suez memandangkan kuasa Barat berkenaan akan dapat menguasai laluan perdagangan dunia seandainya ia dapat direalisasikan. 2.3 Apabila British bertapak dan menempatkan tentera di sini ternyata ia telah mencemarkan kedaulatan Mesir. Oleh sebab itu, timbul kesedaran dalam kalangan rakyat untuk mempertahankan maruah bangsa dan negara Mesir melalui pembentukan negara bangsa. 3 Kelemahan kerajaan Turki Uthmaniyah 3.1 Kelemahan dan kegagalan wakil kerajaan Uthmaniyah yang menggunakan gelaran Khedif di Mesir untuk mempertahankan kedaulatan di Mesir menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan rakyat tempatan. Hal ini demikian kerana situasi ini telah dimanfaatkan oleh kuasa Barat khasnya British untuk mendapatkan Mesir. 3.2 Kegagalan wakil kerajaan Uthmaniyah telah menimbulkan persepsi dalam kalangan rakyat tempatan akan ketidakmampuan Daulah Islam mempertahankan Mesir. Malah, terdapat nasionalis dan pejuang negara bangsa dimomokkan dengan isu ketuanan Arab, seharusnya menolak bangsa lain memimpin negara dan bangsa mereka. 3.3 Situasi-situasi inilah telah membangkitkan kesedaran dan telah menular di seluruh Mesir tentang keperluan membentuk sebuah negara yang memiliki identiti tersendiri berasaskan bangsa Mesir. 4 Perang Dunia Pertama 4.1 Isu Perang Dunia Pertama dengan pembentukan negara bangsa timbul disebabkan berlakunya penindasan terhadap rakyat tempatan oleh British. Golongan petani telah dikerah oleh kuasa Barat berkenaan untuk terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam konflik antarabangsa. Golongan ini telah dikerah berkhidmat dengan Pasukan Palang Merah dan menjadi hamba tentera British di Palestin. 4.2 Tuan-tuan tanah pula seolah-olah mengalami kerugian berikutan hilang tenaga kerja, malah aktiviti penanaman kapas kini disekat oleh British. Manakala golongan menengah di bandar menghadapi kenaikan harga barangan terlalu tinggi. 4.3 Keadaan seumpama ini telah menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat tempatan perlunya mempertahankan imej dan maruah negara bangsa daripada terus dibelenggu oleh penjajah British. Isu Ekonomi 1 Isu keberhutangan kerajaan Mesir 1.1 Abad ke-19 dan abad ke-20 telah memperlihatkan kelemahan kerajaan Uthmaniyah mentadbir wilayah-wilayah yang dikuasai termasuk Mesir. Kegagalan Khedif (pemimpin) menyelesaikan hutang kepada pemodal Eropah telah PENERBIT MAHIR SDN BHD
J9 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) menyebabkan negara ini benar-benar menghadapi masalah kewangan yang serius. 1.2 Masalah ini juga berkait rapat dengan tindakan kuasa Barat yang telah memerangkap pemimpin Mesir dengan sistem ekonomi kapitalis yang diuar-uarkan oleh kuasa Barat kononnya sistem ini mampu menawarkan modal yang boleh memulihkan ekonomi Mesir. 1.3 Kemelut hutang dan situasi kewangan yang meruncing ini telah membawa kepada pembabitan kuasa Barat dalam pengurusan ekonomi telah menimbulkan perasaan tidak puas hati kerana ia melibatkan maruah dan masa depan negara. 2 Terusan Suez 2.1 Kegagalan Khedif melunaskan hutang telah menyebabkan isu ini dimanfaatkan oleh British untuk menguasai laluan perdagangan antarabangsa terpenting sejak pembukaannya. Keadaan ini telah dimanfaatkan oleh kuasa British untuk menguasai terusan berkenaan. 2.2 British telah menempatkan tenteranya di Terusan Suez sebagai langkah awal untuk menguasainya. Ternyata pihak pemerintah tempatan tidak dapat berbuat apa-apa, hingga menyebabkan rakyat tidak berpuas hati kerana aset penting negara kini telah dikuasai oleh kuasa Barat. 2.3 Sehubungan dengan itu, diharapkan dengan pembentukan negara bangsa kelak, laluan strategik kembali berada di tangan pemimpin tempatan melalui kebangkitan yang bermesejkan mempertahankan maruah bangsa dan negara. Isu Sosial 1 Isu bahasa Arab 1.1 British berusaha bersungguh-sungguh menghapuskan persepsi bangsa Mesir adalah bangsa Arab. Kuasa Barat tersebut berusaha menggalakkan orang Mesir bertutur dalam dialek tempatan bagi mengukuhkan identiti bangsa Mesir. 1.2 Usaha British melahirkan generasi yang gagal menguasai bahasa Arab fushah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ulama. 1.3 Penggunaan loghat Misriyah telah menyuburkan perasaan kebangsaan yang sempit, iaitu lebih mengarahkan kepada Mesir hanya untuk Misri (bangsa Mesir). 1.4 Kegusaran rakyat tempatan kian jelas apabila pihak British mementingkan pendidikan Barat dan penguasaan bahasa Inggeris dalam jawatan kerajaan sekali gus boleh menghakis identiti bangsa dan negara. 2 Isu agama dan budaya 2.1 Kemasukan dan penjajahan Perancis diikuti oleh British telah memberikan impak negatif terhadap umat Islam di Mesir. Kedatangan penjajah pasti diiringi hasrat untuk menyebarkan agama Kristian yang pastinya mengancam agama Islam di negara ini. 2.2 Penularan budaya Barat juga dikatakan menjadi suatu ancaman yang boleh mengikis pembentukan jati diri dan identiti bangsa Mesir. Oleh sebab itu, diharapkan pembentukan negara bangsa Mesir akan mempertahankan kedaulatan agama Islam di negara yang terletak di utara Afrika ini. Kesimpulan Pembentukan negara bangsa Mesir merupakan suatu cita-cita yang amat diharap dapat direalisasikan demi pembentukan sebuah negara yang benar-benar memiliki identiti tersendiri. Oleh sebab itu, pelbagai golongan khususnya golongan nasionalis telah mengembleng tenaga bagi menjayakannya dengan menggunakan apa-apa juga cara termasuklah menubuhkan organisasi seperti parti politik dan menggunakan saluran akhbar dan majalah untuk meluahkan hasrat serta menyebarluaskan konsep negara bangsa ini. PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM AKRAM 2022 SEMESTER 2 1 Perihalkan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam usaha menyatukan masyarakat berbilang bangsa di Madinah. Pengenalan 1 Sebelum penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah, kota tersebut didiami oleh dua kelompok bangsa utama, iaitu bangsa Arab yang terdiri daripada kaum Aus dan Khazraj dan bangsa Yahudi daripada Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah. 2 Penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke kota tersebut bukan sahaja telah membawa kepada pembentukan negara Islam, malah telah mengubah landskap masyarakat Madinah. Bersesuaian dengan kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi, baginda telah berusaha untuk menyatukan masyarakat berbilang bangsa di Madinah dengan bertindak menghapuskan semangat assabiyah, menguatkuasa Piagam Madinah, melaksanakan amalan syura dan sebagainya. lsi-isi Penting I Penghapusan semangat assabiyah 1.1 Baginda bertindak menghapuskan semangat assabiyah yang begitu sebati dengan kehidupan masyarakat sebelum kedatangan agama Islam. Penghapusan semangat assabiyah dalam kalangan orang Islam dilakukan melalui konsep persaudaraan dan penerapan iman. Implikasi daripada penghapusan semangat assabiyah ini juga telah membawa kepada penerimaan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin tertinggi di Madinah khususnya dalam kalangan suku Aus dan Khazraj serta Yahudi yang selama ini tidak boleh menerima orang luar sebagai pemimpin mereka. 1.2 Baginda juga mempersaudarakan orang-orang Islam, golongan Muhajirin yang berhijrah dalam keadaan sehelai sepinggang telah dipersaudarakan dengan golongan Ansar yang sanggup mengorbankan apa-apa sahaja demi kepentingan saudara seagama itu. Contohnya, Hamzah dipersaudarakan dengan Zaid, Abu Bakar dengan Kharijah bin Zuhayr dan Umar PENERBIT MAHIR SDN BHD
J10 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) al-Khattab dengan Utbah bin Malik. Malah, orang-orang Ansar sendiri turut dipersaudarakan sesama mereka bagi menghentikan perbalahan yang sering berlaku sehingga mencetuskan dendam dan hutang darah dalam kalangan suku Aus dan Khazraj. 2 Menggubal dan menguatkuasakan Perlembagaan Madinah 2.1 Perlembagaan Madinah yang menjadi sumber perundangan tertinggi negara telah memperuntukkan hak dan tanggungjawab warga Madinah, umpamanya orang Islam diwajibkan hidup saling bekerjasama sekali gus merealisasikan konsep persaudaraan. 2.2 Orang bukan Islam pula diberi kebebasan bersuara dan mengamalkan agama serta adat istiadat masing-masing. Aspek yang paling penting ialah memastikan kesetiaan tidak berbelah bahagi terhadap negara dan mewujudkan kerjasama dengan umat Islam seandainya negara Islam diancam oleh musuh. 2.3 Peruntukan kewajipan mempertahankan negara adalah tanggungjawab warga Madinah tanpa mengira agama atau bangsa serta keturunan. Warga Madinah dilarang sama sekali bersekongkol dengan musuh-musuh negara. 3 Melaksanakan prinsip dan amalan syura 3.1 Nabi Muhammad SAW telah melaksanakan prinsip dan amalan syura dalam pemerintahan bagi memastikan kerjasama antara masyarakat di Madinah. Tujuan baginda memperkenalkan prinsip ini dalam pemerintahan agar semua warga Madinah boleh terlibat dalam pemerintahan sekali gus menolak persepsi Nabi Muhammad SAW bersikap berat sebelah dan mendiskriminasikan orang-orang bukan Islam. 3.2 Keterbukaan Nabi Muhammad SAW menggambarkan baginda bukanlah pemerintah yang mengamalkan pemerintahan bersifat autokratik atau berkuasa mutlak. 4 Melaksanakan sistem ekonomi Islam 4.1 Sistem ekonomi Islam yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad SAW bukan sahaja menghapuskan amalan penindasan, malah juga dapat menghentikan monopoli atau eksploitasi kaum Yahudi dalam kalangan masyarakat di Madinah. 4.2 Kewujudan sistem ekonomi yang adil ini membolehkan agihan kekayaan dilakukan secara sama rata. Bagi orang Islam, zakat diwajibkan dan digalakkan bersedekah. Keadilan yang dibawa oleh sistem ekonomi Islam telah melahirkan masyarakat yang harmoni dalam kalangan warga Madinah yang berbilang bangsa dan agama. 5 Mengusir golongan Yahudi 5.1 Kaum Yahudi diusir keluar dari Madinah kerana mereka telah bertindak mencabuli Piagam Madinah berikutan ketidaksetiaan terhadap negara Islam berikutan perilaku mereka yang sering menimbulkan huru-hara dalam negara Islam Madinah. 5.2 Bani Qainuqa’ diusir kerana mempersendakan kemenangan umat Islam dalam Perang Badar dan berani menjatuhkan maruah seorang wanita Islam. Bani Nadhir pula dihalau kerana mereka merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW. Sementara Bani Quraizah pula dihalau keluar kerana mereka telah membuat pakatan sulit, iaitu bersubahat dengan Musyrikin Makkah untuk menentang tentera Islam dari dalam kota Madinah semasa Perang Khandak. Kesimpulan Kepemimpinan semula jadi yang ada pada diri Nabi Muhammad SAW merupakan faktor utama kejayaan membentuk sebuah masyarakat yang saling bekerjasama, penyumbang kepada pembentukan negara Madinah yang stabil sekali gus menjadi asas kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan umat. 2 Zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dianggap sebagai zaman keemasan kerajaan Islam. Bincangkan. Pengenalan 1 Khalifah Harun al-Rasyid merupakan khalifah kelima kerajaan Bani Abbasiyah yang dilahirkan di Rayy, dan merupakan individu yang mempunyai keperibadian bijaksana, gigih, cekal, mencintai ilmu agama dan berfikiran terbuka. 2 Baginda menaiki takhta pada tahun 786 Masihi selepas kemangkatan saudaranya, al-Hadi dan pernah menjawat jawatan sebagai gabenor serta menyertai beberapa ekspedisi peperangan termasuk berhadapan dengan Rom Timur. 3 Dasar politik, ekonomi dan sosial khususnya dalam bidang intelektual telah menyebabkan zaman pemerintahannya dianggap sebagai zaman keemasan. Isi-isi Penting 1 Sistem pentadbiran yang sistematik 1.1 Khalifah Harun al-Rasyid telah mengekalkan Baghdad sebagai pusat pentadbiran memandangkan lokasinya agak strategik dari segi politik dan ekonomi. Kota tersebut dilengkapi dengan bangunan yang indah, benteng pertahanan dan pelbagai prasarana bagi memastikan kegiatan ekonomi berkembang. 1.2 Khalifah Harun al-Rasyid telah membentuk sistem wazir, dan keluarga Barmaki merupakan antara tonggak yang membantu pembentukan kerajaan ini. Yahya bin Khalid diikuti anak-anaknya Jaafar, al-Fadhl, Muhammad dan Musa. Kebijaksanaan pentadbiran yang diketuai oleh keluarga ini telah mengukuhkan kekuasaan Kerajaan Abbasiyah. 2 Hubungan diplomatik 2.1 Khalifah Harun al-Rasyid telah berjaya mewujudkan suasana yang aman berikutan kejayaannya menjalinkan hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa besar seperti Perancis, Byzantine (Rom Timur), Andalusia, China, India dan lain-lain. 2.2 Hubungan dengan Perancis meninggalkan impak yang cukup besar, Jalinan hubungan antara Harun PENERBIT MAHIR SDN BHD
J11 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) al-Rasyid dengan Charlemagne telah menjamin keselamatan kerajaan Islam ini daripada ancaman musuh, sama ada Rom mahupun kerajaan Umaiyah di Andalus. Hubungan yang erat ini dibuktikan dengan pertukaran cenderamata dan kunjungan diplomat kedua-dua kerajaan. 2.3 Hubungan dengan Perancis ini juga menjadi asas kepada perkembangan agama Islam di Eropah Barat dan membolehkan hubungan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara dapat dijalankan. Tegasnya, hubungan ini menggambarkan kerajaan Abbasiyah mendapat pengiktirafan daripada kuasa-kuasa luar. 2.4 Hubungan dengan China dan India dijalinkan berfokuskan kepentingan ekonomi dan intelektual. 3 Pemerkasaan bidang ketenteraan 3.1 Khalifah Harun al-Rasyid telah melaksanakan reformasi dalam bidang ketenteraan sekali gus memperkasakan angkatan tentera sama ada tentera darat dan tentera laut khususnya dari segi logistik, pentadbiran dan peralatan. Kawalan rapi di lautan dan pelabuhan dilakukan bagi menjamin keselamatan kapal-kapal asing yang berlabuh di Basrah sekali gus memastikan kestabilan politik dalam negeri. 3.2 Kekuatan tentera diperlukan bagi menghapuskan sebarang bentuk ancaman dalam dan luar negeri. Contohnya, Khalifah Harun menghantar Ibrahim Aghlabiyah bagi memadamkan pemberontakan di Afrika Utara. Untuk membalas budi Ibrahim, Khalifah Harun membenarkan penubuhan kerajaan kecil Aghlabiah. Kerajaan ini akan membayar ufti tahunan menandakan kesetiaan terhadap Khalifah Harun al-Rasyid. 3.3 Kejayaan terbesar pada zaman ini ialah mengalahkan Rom sebanyak dua kali, iaitu semasa pemerintahan Irene diikuti zaman Nicephorus. Kemenangan ke aras Rom Timur membolehkan kerajaan Islam pada zaman ini mendapat ufti berjumlah 90 000 dirham dan menandatangani gencatan senjata. Tindakan Nichephorus yang melanggar gencatan senjata telah menyebabkan jatuhnya wilayah di Asia Minor seperti Tyre, Heraclea, Iconium dan Emphesus ke tangan kerajaan Islam pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid. 4 Kemakmuran dan pembangunan ekonomi 4.1 Khalifah Harun al-Rasyid sangat mementingkan kemajuan dalam bidang ekonomi. Dalam sektor pertanian, Khalifah Harun al-Rasyid menggalakkan rakyat bercucuk tanam dengan memanfaatkan tanah yang subur di lembah Sungai Dajlah dan Sungai Furat. Baginda menggalakkan pembukaan tanah-tanah baharu serta memberikan bekalan bijih benih secara percuma kepada para petani. Selain itu, baginda juga membahagikan tanah-tanah kerajaan dan rampasan perang kepada tentera dan golongan miskin untuk diusahakan. Sistem saliran disediakan bagi mengairi kawasan pertanian, contohnya ‘Ain Zubaidah. 4.2 Dalam bidang perdagangan, Khalifah Harun al-Rasyid telah memajukan Baghdad sebagai pusat perdagangan, dengan meluaskan ke Eropah, China dan India serta membina jalan-jalan dari Iraq ke Laut Merah, Laut Mediterranean, Tunisia dan Maghribi. Antara barang dagangan yang terdapat di Baghdad ialah rempah ratus dan kain dari India, sutera dan teh dari China serta kulit dan lilin dari Eropah. 4.3 Baghdad bukan sahaja berperanan sebagai ibu kota, malah berfungsi sebagai pelabuhan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk kapal berlabuh dan peniaga menjalankan aktiviti jual beli. Jaminan keselamatan turut disediakan untuk menggalakkan kedatangan pedagang Timur dan Barat. 4.4 Pada zaman ini juga, aktiviti industri turut berkembang pesat. Antaranya, kilang-kilang tekstil, permaidani dan senjata telah dibina. Industri menenun permaidani didirikan di wilayah Tabaristan dan Armenia. 5 Perkembangan intelektual 5.1 Khalifah Haruan al-Rashid sangat mencintai ilmu pengetahuan dan berperanan sebagai penaung kegiatan keilmuan di Baghdad. Baginda sentiasa menggalakkan para sarjana mengadakan seminar, pidato dan majlis-majlis ilmu di Kota Baghdad. 5.2 Institusi pendidikan seperti sekolah, masjid, perpustakaan dan istananya sendiri telah dijadikan pusat pendidikan. Kemuncak perkembangan ilmu pada zaman ini ialah penubuhan Baitul Hikmah, sebagai gedung ilmu yang paling berpengaruh dan sibuk dengan aktiviti ilmiah. 5.3 Aktiviti penterjemahan buku-buku asing merupakan antara kegiatan yang dijalankan pada zaman ini. Antaranya, penterjemahan buku dari China, India, Parsi dan Yunani ke dalam bahasa Arab, terutamanya dalam bidang astronomi, perubatan, falsafah, sejarah dan sebagainya. 5.4 Majlis forum, syarahan dan perbahasan turut dianjurkan oleh Khalifah Harun al-Rasyid. Majlismajlis ini dihadiri oleh orang ramai dan golongan intelektual yang diadakan di masjid. Malah, Khalifah Harun al-Rasyid telah menyediakan peruntukan khas untuk dihadiahkan kepada para penulis dan penyelidik sebagai dorongan serta sagu hati kepada mereka yang bergiat dalam bidang intelektual. 5.5 Bandar-bandar seperti Baghdad, Madinah, Kufah, Kaherah dan Balkhs turut berperanan sebagai bandar ilmu pengetahuan Di sini lokasi inilah munculnya tokoh-tokoh ilmuwan dalam bidang ilmu aqli dan naqli seperti Imam Muhammad, al-Hajjah bin Mattar, Sufian al-Thauri dan lainlain. 6 Infrastruktur dan kebajikan 6.1 Kesan daripada proses urbanisasi, banyak kota telah muncul seperti Baghdad, Damsyik, Basrah, dan Allepo yang berperanan sebagai pusat perdagangan. PENERBIT MAHIR SDN BHD
J12 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 6.2 Khalifah Harun al-Rasyid juga turut mendirikan masjid, kolej, sekolah, hospital, jambatan, perigi, terusan dan kemudahan sistem pengangkutan di bandar-bandar berkenaan. Sebuah hospital sakit otak juga telah dibina. 6.3 Isteri khalifah turut memberikan sumbangan seperti membina deretan telaga dari Arafah ke Makkah dengan menggunakan wang simpanan sendiri. 6.4 Khalifah Harun al-Rasyid juga turut memberikan bantuan kepada orang-orang miskin setiap kali musim haji. Kesimpulan Kerajaan Abbasiyah mencapai kemuncak di bawah kepimpinan Khalifah Harun al-Rasyid. Pada zaman ini, Kerajaan Abbasiyah berada pada zaman keemasan. Tindakan baginda yang menjadikan Baghdad sebagai pusat perdagangan, intelektual dan kota yang aman membolehkan kerajaan ini berkembang dan diwarisi oleh penggantinya. 3 Bincangkan tiga jenis cukai dan pelaksanaan pada zaman Khalifah al-Rasyidin. Pengenalan 1 Zaman Khalifah al-Rasyidin memperlihatkan sumber pendapatan negara Islam kian bertambah berikutan kejayaan kempen-kempen peluasan kuasa dan pendakwahan khususnya pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. 2 Sumber-sumber pendapatan pada zaman ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya, zakat terbahagi kepada zakat fitrah dan zakat harta, harta rampasan perang, sedekah, harta wakaf dan sumber cukai yang terdiri daripada jizyah, kharaj dan usyur. Isi-isi Penting 1 Cukai jizyah 1.1 Merupakan sumber cukai yang diperoleh daripada golongan kafir zimmi, iaitu golongan bukan Islam yang berada di bawah naungan kerajaan Islam. Cukai ini juga dikenali sebagai cukai kepala dan cukai politik. Dalam bahasa Arab, jizyah berasal daripada perkataan jaza’ yang membawa maksud ganti rugi atau balasan terhadap kebaikan. Hal ini bersesuaian dengan peranan serta tanggungjawab melindungi harta dan nyawa golongan bukan Islam. 1.2 Cukai ini telah dilaksanakan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan telah diteruskan pada zaman pemerintahan kerajaan Khalifah al-Rasyidin. Walau bagaimanapun, bukan semua golongan kafir zimmi yang dikenakan cukai ini. Jizyah hanya dikenakan kepada individu-individu yang memenuhi kriteria seperti lelaki, baligh, merdeka, sihat fizikal dan mental, berkemampuan membayar jizyah, selamat daripada bencana yang berpanjangan seperti buta, sakit tua dan tidak boleh bekerja. Syarat membayar jizyah gugur apabila agama individu berkenaan menganut Islam dan kegagalan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa golongan kafir zimmi. 1.3 Jizyah terbahagi kepada dua, iaitu dibayar secara baik atau atas dasar kerelaan dan persetujuan bersama dan jizyah secara paksa, apabila pemerintah sendiri yang menentukan kadarnya selepas kerajaan Islam berjaya menaungi orangorang bukan Islam. Secara am, kadar minimum jizyah ialah satu dinar, namun pada zaman Khulafa al-Rasyidin khususnya pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, kadarnya mengikut kemampuan antara 12 dirham hingga 48 dirham dan cukai ini wajib dibayar pada awal tahun. 1.4 Pelaksanaan jizyah telah dikenal pasti pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, ketika ekspedisi ke Iraq dan Syria, panglima-panglima Islam telah diarahkan agar menggesa pihak lawan membayar jizyah sekiranya enggan menerima agama Islam. Kemenangan dalam kempen peperangan di Iraq telah membawa kepada penerimaan jizyah sebanyak 19 000 dirham daripada penduduk Hirah. Ketika ekspedisi ke Daumat al-Janda, tentera Islam di bawah pimpinan Khalid al-Walid telah berjaya menguasai Anbar dan Ain al-Tamar, penduduk di wilayah-wilayah berkenaan bersetuju membayar jizyah dengan kadar satu dinar seorang. 1.5 Kemuncak pelaksanaan jizyah dapat dilihat sewaktu pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, penduduk Mesir (kaum Qibti) sedia membayar jizyah dua dinar setahun selepas kejayaan Amru al-As menguasai wilayah berkenaan, manakala penduduk Syria pula membayar antara satu hingga empat dinar setahun mengikut kemampuan mereka. Begitu juga dengan penduduk Baitulmaqdis, impak perjanjian antara pemerintah wilayah berkenaan dengan Khalifah Umar sendiri, penduduk bukan Islam di sini menyatakan kesanggupan membayar jizyah di samping mendapat jaminan kebebasan mengamalkan agama dan adat istiadat. 1.6 Jizyah masih dilaksanakan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, kejayaan menguasai beberapa wilayah di utara Afrika seperti Tripoli, Nubah, dan Qairawan membolehkan sumber cukai berkenaan dikutip daripada golongan bukan Islam. Begitu juga sewaktu pemerintahan Khalifah Ali, meskipun konflik-konflik dalaman membelenggu pemerintahannya, namun jizyah tetap dilaksanakan terhadap golongan kafir zimmi, buktinya menyarankan al-Asytar tidak menolak perjanjian damai yang dipohon oleh pihak musuh, dan sebagai galang gantinya, golongan bukan Islam dikehendaki membayar jizyah. 2 Cukai kharaj 2.1 Merupakan cukai yang dikenakan ke atas pemilikpemilik tanah yang diperkenalkan oleh Khalifah Umar al-Khattab. Cukai baharu ini merupakan cukai yang lebih adil berbanding dengan cukai tanah yang dilaksanakan oleh kerajaan Rom dan Parsi. Hanya tanah-tanah yang bertuan sahaja dikenakan cukai ini, manakala tanah-tanah tidak bertuan diberi tanggungjawab kepada golongan PENERBIT MAHIR SDN BHD
J13 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Ahli al-Ayyam untuk diuruskan sesuai dengan peranan mereka sebagai pemegang amanah. 2.2 Kharaj terbahagi kepada dua, iaitu kharaj wazifah atau kharaj masahah, cukai yang dibayar setahun sekali, berdasarkan keluasan tanah dan jenis tanaman. Manakala kharaj muqasamah pula ialah cukai yang dikenakan berdasarkan hasil yang diperoleh. Terdapat beberapa faktor yang menentukan kadar cukai kharaj, antaranya kualiti tanah, jenis tanaman, kedudukan tanah dengan kawasan pemasaran, serta jenis air siraman. Kadar kharaj adalah berdasarkan kemampuan, maksimum setengah daripada keseluruhan hasil tanaman yang diperoleh. Pemilik tanah diberi pilihan sama ada membayar secara tunai atau dalam bentuk hasil tanaman. 2.3 Bagi orang-orang Islam, tanah yang diusahakan tidak dikenakan kharaj, sebaliknya dikenakan zakat pertanian apabila cukup nisab atau kadarnya. Kharaj tidak boleh dikutip apabila lebih daripada hasil tanaman dimusnahkan oleh bencana alam, dan keadaan sebaliknya jika sebahagian kecil sahaja hasil tanaman musnah, maka penilaiannya berasaskan bahagian hasil yang masih ada. Berkaitan dengan pajakan dan penyewaan tanah, kharaj akan dikenakan ke atas pemiliknya, bukannya penyewa atau pemajak. Kharaj tidak akan dikenakan ke atas tempat kediaman, namun sekiranya semua bahagian tempat kediaman berkenaan diubah menjadi tanah pertanian, kharaj akan dikenakan. 2.4 Di Iraq, Uthman bin Hanif dan Huzaifah bin al- Khattah Yaman telah diarahkan oleh Khalifah Umar mengukur tanah yang boleh dikenakan kharaj, impaknya tanpa mengira gunung-ganang, padang pasir, dan sungai, seluruh tanah yang dikerjakan adalah seluas 36 juta jarib. Kadar cukai kharaj yang dikenakan adalah berdasarkan jenis tanaman dan kualiti tanah, umpamanya bagi tanah yang diusahakan tanaman gandum, kadamya dua dirham, kapas (lima dirham) dan anggur (10 dirham). Khalifah Umar al-Khattab berbuat demikian bagi memastikan para petani tidak terbeban, malah kadar cukai sentiasa dikemas kini mengikut jenis tanaman dan kualiti tanah. Di Iraq, jumlah cukai kharaj dikutip 86 juta dirham setahun. 2.5 Di Mesir pula, kaedah pengutipan kharaj telah dikemas kini, Khalifah Umar al-Khattab telah mengarahkan jumlah hasil tanaman setiap tahun dan kadar kharaj yang harus dikutip. Dianggarkan pada zaman pemerintahannya, jumlah kharaj yang dikutip di Mesir berjumlah satu juta dinar. Manakala, di Syria seperti yang dilaksanakan sebelum ini, tanah dikelaskan berdasarkan kualiti kesuburannya dan jenis tanaman yang diusahakan. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, jumlah kharaj yang diperoleh ialah 14 juta dinar setahun. 3 Cukai usyur 3.1 Merupakan cukai perniagaan atau cukai perdagangan yang dikenakan ke atas peniaga atau pedagang sama ada beragama Islam dan bukan beragama Islam yang berdagang dalam negara Islam serta wilayah-wilayah yang dinaungi. Dari sudut bahasa, usyur berasal daripada perkataan ‘asyara yang bermaksud mengambil dan menambah. Kadar cukai usyur ini adalah berbeza mengikut status seseorang pedagang. Kadar cukai usyur yang dikenakan terhadap pedagang Islam ialah 2.5%, manakala golongan kafir zimmi sebanyak 5% dan golongan kafir harbi dikenakan dengan kadar 10%. 3.2 Usyur hanya dipungut setahun sekali untuk satu jenis barang dagangan, walaupun pedagang berkenaan kerap berulang alik dalam tempoh setahun. Sebarang bentuk barangan dagangan akan dikenakan usyur sama ada barangan perhiasan, haiwan, hasil petanian, mahupun buah-buahan. Pastinya, barangan yang dikenakan usyur ini ialah kadarnya telah mencapai dan melebihi nilaian 200 dirham. 3.3 Fungsi cukai ini untuk memastikan para pedagang atau peniaga menjalankan aktiviti jual beli tanpa sebarang gangguan dan kerajaan Islam dapat menyediakan pelbagai kemudahan serta ruang niaga yang selesa di pelabuhan yang disinggahi. 3.4 Oleh sebab cukai ini banyak memberikan manfaat kepada kerajaan khususnya menjana pendapatan negara, cukai ini tetap dilaksanakan pada zaman pemerintahan Khalifah Othman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib, memandangkan pelabuhan-pelabuhan seperti Basrah dan Aden tetap dikunjungi oleh pedagang-pedagang asing. Kesimpulan Sesungguhnya sumber cukai merupakan sumber pendapatan yang cukup penting dalam menjana pendapatan kerajaan Islam. Cukai usyur yang dipungut oleh pegawai bergelar ‘Asyir’ amat penting khususnya untuk menambahkan lagi kecekapan menguruskan sumber pendapatan ini agar ia bukan sahaja memberikan manfaat kepada kerajaan, malah kepada para pedagang atau peniaga sendiri yang aktif menjalankan aktiviti jual beli. 4 Nilaikan sumbangan al-Ghazali dalam bidang falsafah Islam. Pengenalan 1 Nama sebenar al-Ghazali ialah Muhammad bin Muhammad, juga dikenali sebagai Abu Hamid. Beliau dilahirkan pada l058 Masihi. Tokoh ini terkenal dengan gelaran al-Ghazali bersempena dengan nama tempat kelahirannya, iaitu Ghazalah. 2 Beliau memiliki keperibadian cerdas dan pemikiran yang tajam. Sejak kecil, al-Ghazali mengembara untuk mendalami pelbagai disiplin ilmu. Sepanjang perguruannya, beliau mendapat ilmu daripada tokohtokoh hebat termasuklah Imam al-Radzakani dan Imam Haramain, Sheikh Diyaudin al-Juwaini. Kehebatan tokoh ini dapat dilihat dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang falsafah Islam. PENERBIT MAHIR SDN BHD
J14 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Isi-isi Penting 1 Menghasilkan karya falsafah 1.1 Sumbangan al-Ghazali dalam bidang falsafah bermula dengan penulisan kitab Maqasid Falasifah (Tujuan Ilmu Falsafah) yang membincangkan teori falsafah, manakala kitab Tahafut al-Falasifah (Kekacauan Para Filosofi) pula membincangkan penyelewengan falsafah Barat tentang fizik dan metafizik dari sudut pandangan Islam. 1.2 Hasil karya berkaitan dengan falsafah Islam ini lahir di tengah-tengah kecelaruan yang timbul dalam dunia keintelektualan Islam yang mula diresapi pengaruh falsafah Barat. 1.3 Kitab-kitab berkenaan mengkritik dan mengecam ilmu falsafah Barat yang tidak berpaksi kepada kebenaran. Kitab al-Ma ‘rifatul’ Aqaliyah (Ilmu Pengetahuan yang Rasional) memaparkan hakikat kewujudan ilmu-ilmu rasional serta tujuan penghasilannya. 1.4 Tegasnya, karya-karya yang dihasilkannya telah memperkaya karya bercorak falsafah, namun keunikan karya al-Ghazali, penekanan adalah berasaskan akidah. 2 Menyelamatkan akidah umat Islam daripada pengaruh falsafah Yunani 2.1 Kemunculan al-Ghazali bertepatan dengan suasana ketika pemujaan terhadap falsafah Yunani telah mencapai kemuncaknya hingga menggoncang akidah umat Islam. Tujuan tokoh ini menghasilkan karya falsafah Islam bagi memurnikan dan menyaingi falsafah Yunani yang berdasarkan fikiran semata-mata. 2.2 Beliau berjaya menyelamatkan akidah umat Islam daripada terus direntap oleh fahaman falsafah ketuhanan Yunani yang tidak bertunjangkan ketuhanan yang Esa. Malah al-Ghazali turut berjaya mempertahankan kemurnian Islam sekali gus mengelakkan amalan mengagung-agungkan falsafah Yunani tanpa menyedari ia bertentangan dengan akidah Islam. 2.3 Jelaslah, kewibawaan al-Ghazali membezakan kebenaran dan kepalsuan dalam ilmu falsafah melalui karyanya Tahafut al-Falasifah memberikan tamparan hebat kepada cendekiawan Islam yang terpengaruh dengan falsafah Yunani. 3 Mengkategorikan ahli falsafah kepada tiga golongan 3.1 Al-Ghazali membahagikan tiga kelompok yang membahaskan ilmu falsafah Islam, iaitu ahli teologi, atheis dan natural. Ahli teologi membincangkan aspek ketuhanan berdasarkan akal semata-mata seperti Aristotle, Plato dan Socrates. Golongan atheis pula menafikan wujudnya pencipta yang mentadbir seluruh alam. 3.2 Golongan natural ialah ilmuwan yang banyak mengkaji tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan serta haiwan. Golongan ini percaya akan wujudnya Tuhan, namun menolak kepercayaan selepas mati dan konsep dosa serta pahala. Hal ini mendapat kritikan yang hebat daripada al-Ghazali yang kemudiannya menolak hujah-hujah tersebut. 4 Membahagikan ilmu falsafah kepada enam bahagian 4.1 Al-Ghazali merupakan individu pertama yang mengklasifikasikan ilmu falsafah kepada enam bahagian, iaitu ilmu matematik, mantik, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak. Setiap bahagian pula dipecahkan kepada bahagian yang lebih kecil, kesemuanya melibatkan akal. 4.2 Ilmu matematik ialah ilmu yang berkaitan dengan hisab dan kejuruteraan serta tidak terlibat dengan perbahasan dari sudut agama. Mantik pula ialah ilmu yang berkaitan dengan logik akal dan bagaimana akal sebagai agen penyusunan hujah-hujah yang dikemukakan. 4.3 Ilmu fizik berkaitan dengan kajian alam, langit, bintang-bintang, air, udara dan alam seluruhnya. Ilmu ketuhanan dalam falsafah mengkaji aspek ketuhanan dari perspektif akal, Ia berasaskan perbincangan mantik dan logik. Siasah pula perkara berkaitan dengan unsur-unsur keduniaan bagi membantu manusia menjalani kehidupan dengan lebih baik. Ilmu terakhir ialah akhlak, iaitu ilmu berkaitan dengan cara-cara seseorang menjalani kehidupan seharian dengan sikap dan peribadi mulia. 4.4 Jelaslah, bidang-bidang ilmu ini kadangkala selari dengan agama dan kadangkala sebaliknya. Islam menggalakkan umat Islam mempelajarinya selagi memberikan kebaikan dan tidak memudaratkan. 5 Menggunakan metodologi yang tidak bercanggah dengan syarak 5.1 Al-Ghazali mengemukakan metodologi ilmu falsafah yang lebih jelas dan terperinci. Walaupun menggunakan akal namun ia selari dengan hukum syarak. 5.2 Segala perbahasan dan teori bukan sahaja tidak tergelincir daripada akidah atau keesaan-Nya tetapi juga boleh dimanfaatkan dengan cara yang sebaik-baiknya dalam perbahasan ilmu-ilmu Islam. Kesimpulan Kemampuan memanfaatkan ilmu falsafah dan kebijaksanaan berhujah dengan mengemukakan pandanganpandangan bernas menyebabkan Imam al-Ghazali dikagumi di seluruh dunia. Lahirnya beliau di tengah-tengah umat Islam berhadapan pemikiran Barat dengan menangkis dan memberikan hujah-hujah yang bemas telah melayakkan beliau dengan gelaran Hujjatul Islam. 5 Bincangkan faktor-faktor penentangan rakyat Mesir terhadap penjajah Barat dari abad ke-19 hingga abad ke-20. Pengenalan 1 Sejarah penguasaan Barat ke atas Mesir dimulai dengan penjajahan Perancis dari tahun 1798 hingga tahun 1801. Walau bagaimanapun, penguasaan Perancis di Mesir tidak lama, sekitar tiga tahun sahaja. Perancis berjaya diusir keluar dari Mesir oleh tentera Uthmaniyah dengan bantuan Britain pada tahun 1801. British mula berkuasa di Mesir sejak tahun 1882 hingga tahun 1918, iaitu sehingga tamatnya Perang Dunia Pertama. PENERBIT MAHIR SDN BHD
J15 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 2 Penguasaan British terhadap politik, ekonomi dan sosial Mesir menyebabkan tercetusnya gerakan penentangan rakyat tempatan. Isi-isi Penting 1 Politik dan pentadbiran 1.1 Institusi pentadbiran tempatan Mesir telah diletakkan di bawah penguasaan British. Pentadbir utamanya ialah Lord Cromer, Konsul Jeneral yang dilantik antara tahun 1883 hingga tahun 1907. Golongan nasionalis Mesir mendesak British agar melaksanakan sistem berparlimen sepenuhnya tetapi tidak diendahkan. British hanya membenarkan penubuhan malis-majlis penasihat pada peringkat wilayah dan kebangsaan tanpa memberikan sebarang kuasa kepada badan-badan tersebut. 1.2 Golongan nasionalis pada peringkat ini merupakan golongan lulusan undang-undang yang dididik oleh pensyarah Perancis yang sememangnya bersifat anti-British. Golongan ini dipimpin oleh Mustafa Kamil dan Mohammad Farid. Mustafa Kamil mendapat sokongan rakyat kerana sikapnya yang keras menentang British. 1.3 British juga turut melaksanakan dasar diskriminasi dalam perkhidmatan awam. Lord Cromer menimbulkan kemarahan rakyat Islam Mesir kerana mengamalkan polisi yang mengutamakan rakyat British dalam mengisi jawatan kerajaan dan dibayar gaji tinggi walaupun mereka kurang berkelayakan. Walaupun ada dalam kalangan masyarakat tempatan yang berpendidikan Barat, namun mereka dinafikan jawatan tinggi dalam kerajaan. 1.4 Penduduk asal Mesir (Qibti Kristian) dan masyarakat Kristian yang lain mengambil kesempatan daripada pendidikan swasta yang dikuasai orang Kristian dan Yahudi untuk mengisi jawatan perkeranian di sektor awam. Keadaan ini telah meningkatkan ketegangan kaum antara penduduk tempatan beragama Islam dengan Kristian serta penjajah British. 2 Penguasaan ekonomi oleh British 2.1 Lokasi Mesir yang strategik di tengah-tengah jalan perdagangan antara Timur dengan Barat serta kekayaan sumber ekonomi telah menarik minat kuasa-kuasa Barat untuk menguasainya. 2.2 Kemerosotan ekonomi memaksa Mesir menjual saham Terusan Suez kepada British. Sejak itu, British mulai mencampuri hal ehwal politik dan ekonomi Mesir. Situasi bertambah tegang apabila pihak British sentiasa menolak tuntutan rakyat Mesir termasuklah isu belanjawan Mesir dan kadar potongan cukai daripada pendapatan negara yang menguntungkan British dibahaskan dalam Parlimen Mesir. 2.3 Bebanan cukai dan hutang yang ditanggung oleh golongan tuan tanah tempatan (fellahin) yang sentiasa menerima tekanan daripada peminjam wang berketurunan Kristian yang berasal dari Lebanon. Kadar faedah pinjaman yang tinggi menyebabkan golongan ini gagal membayar hutang dan tanah mereka dirampas tanpa tolak ansur. 2.4 Selain itu, golongan ini menanggung beban cukai yang tinggi dalam bidang pertanian. Cukai tersebut dikenakan oleh pihak pemerintah bagi memuaskan hati pemodal asing yang menagih hutang kerajaan sebanyak £100 juta. 2.5 Tempoh Perang Dunia Pertama antara tahun 1914 hingga tahun 1918 menyaksikan semangat menentang penjajah semakin memuncak. Hal ini demikian kerana tuan-tuan tanah tertindas berikutan kegiatan penanaman kapas disekat oleh British, golongan pertengahan di bandar menderita kerana harga barangan terlalu tinggi manakala para petani dipaksa menjadi buruh kepada tentera British. 2.6 Rakyat Mesir diancam krisis ekonomi yang melanda antara tahun 1907 hingga tahun 1909. Penggunaan tanah yang berterusan menyebabkan pengeluaran kapas merosot. Kapas merupakan sumber ekonomi yang sangat penting di Mesir. Meskipun British campur tangan selepas tahun 1911 untuk mengelakkan pemilik tanah menggadaikan tanah mereka kerana tidak mampu membayar hutang, namun sikap British yang hanya melibatkan diri secara minimum menyebabkan ramai keluarga petani menderita. Tidak menghairankan jika penindasan ini mencetuskan perasaan tidak puas hati para petani dan penerimaan mereka terhadap gerakan penentangan. 3 Sentimen agama 3.1 Kesan pendudukan British menyebabkan idea modenisme dan sekularisme mulai meresap dalam pemikiran rakyat Mesir. 3.2 Golongan awam terutamanya ulama menentang penguasaan asing terutama kuasa Barat Kristian ke atas Mesir. Mereka bimbang pengaruh sekular dan menentang Barat atas alasan sentimen agama. 4 Isu-isu sosial 4.1 Nasionalis tempatan Mesir berusaha untuk memperjuangkan isu keruntuhan akhlak dalam masyarakat Mesir, diskriminasi sosial dan kemelesetan ekonomi akibat kepincangan dalam pemerintahan Mesir. 4.2 British telah mendedahkan rakyat Mesir kepada budaya dan cara hidup Barat seperti pusat hiburan, arak, pelacuran dan sebagainya. Situasi ini memberikan kesan negatif apabila sebahagian rakyat Mesir mula meninggalkan ajaran Islam. 4.3 Kebudayaan Barat yang bercanggah dengan nilainilai Islam sedikit sebanyak meresap ke dalam masyarakat Mesir tanpa disedari. Budaya tidak sihat yang ditonjolkan oleh tentera dan British telah menimbulkan kejutan budaya kepada masyarakat sehingga ada yang terikut-ikut dan hilang jati diri. 5 Dasar British terhadap sistem pendidikan Mesir 5.1 British lebih cenderung untuk memberikan pendidikan rendah yang hanya memenuhi keperluan asas birokrasi sahaja. Hal ini demikian supaya Mesir tidak mampu melahirkan PENERBIT MAHIR SDN BHD
J16 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) golongan intelektual yang akan membangkitkan penentangan penduduk tempatan seperti yang berlaku di India. 5.2 British tidak mempedulikan hakikat bahawa pendidikan tajaan kerajaan merupakan satu-satunya peluang orang Islam Mesir yang rata-ratanya miskin untuk memperbaik taraf hidup mereka kerana sekolah-sekolah asing dan swasta kebanyakannya masih disediakan untuk orang Kristian dan Yahudi. 5.3 Dasar pendidikan British menimbulkan perasaan tidak puas hati dan penentangan dalam kalangan rakyat tempatan Mesir terutamanya golongan nasionalis termasuklah Saad Zaghlul, Ahmad Lutfi af-Sayyid, Qasim Amin dan Muhammad Hifni Nasif. Kesimpulan Kebangkitan masyarakat di Mesir berpunca daripada kelemahan dan kemunduran masyarakat tempatan. Tambahan lagi, dasar diskriminasi kuasa Barat menyebabkan mereka ketinggalan berbanding dengan kuasa barat British. Kebangkitan masyarakat tempatan mendorong British memberikan kemerdekaan walaupun pada peringkat awal bukanlah kemerdekaan yang mutlak. 6 Pelibatan kerajaan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama telah meninggalkan kesan negatif dalam pelbagai aspek. Jelaskan. Pengenalan 1 Pembabitan kerajaan Uthmaniyah dalam kancah Perang Dunia yang tercetus antara tahun 1914 hingga tahun 1918 berpunca daripada hasrat pemimpin kerajaan berkenaan mendapatkan semula wilayah-wilayah yang terlepas ke tangan kuasa Barat sejak abad ke-16 Masihi berikutan kekalahan yang dialami dalam peperangan. Tambahan lagi, kerajaan ini dipaksa pula menandatangani pelbagai perjanjian yang jelas memihak kepada kuasa-kuasa Barat seperti Rusia, Britain dan Perancis. 2 Hubungan baik dengan Jerman dan keyakinan akan kekuatan terhadap negara Eropah Timur itu telah menjadi inspirasi kepada para pemimpin kerajaan Uthmaniyah bahawa mereka mampu mengembalikan era kegemilangan apatah lagi Jerman juga memberikan respons yang positif terhadap permintaan kerajaan Uthmaniyyah. Walau bagaimanapun, kekalahan yang dialami oleh Jerman dalam perang ini juga membawa tempias terhadap kerajaan Islam baik dari sudut politik, ekonomi mahupun sosial. Isi-isi Penting I Kemerosotan kerajaan Uthmaniyah 1.1 Kemerosotan kerajaan Uthmaniyah dapat dilihat selepas kekalahan yang dialami dalam Perang Dunia Pertama, wilayah kekuasaan kerajaan Uthmaniyah semakin mengecil. Hal ini disebabkan kuasa-kuasa Barat telah bersepakat sesama mereka untuk membahagikan wilayah kekuasaan Daulah Islam ini. 1.2 Kekalahan sekutunya, Jerman dalam perang ini menyebabkan Turki Uthmaniyah menerima tempias yang sama, kerajaan Turki Uthmaniyah telah kehilangan banyak wilayah kekuasaannya termasuklah Palestin. Malah, kerajaan Turki Uthmaniyah telah berjaya dipecahkan melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani seperti Perjanjian Mudros. 1.3 Perjanjian Mudros telah menyebabkan kawasan Timur Tengah terpaksa dilepaskan dan kerajaan Uthmaniyah dikehendaki membuka laluan di Selat Dardanelles dan Bosphorus kepada Kuasa Bersekutu. 1.4 Wilayah-wilayah kerajaan Uthmaniyah kini dikuasai oleh British, Perancis, Rusia dan Itali. 2 Kerajaan Uthmaniyah diambang kejatuhan 2.1 Situasi kerajaan Uthmaniyah semakin parah apabila kuasa-kuasa Barat telah mengadakan pakatan sulit sesama mereka selepas termeterainya Gencatan Mudros 1918. Kuasa-kuasa Bersekutu telah membahagi-bahagikan wilayah Hijaz sesama mereka. 2.2 Sultan Muhammad VI yang menaiki takhta telah menghantar utusan ke Paris dengan tujuan menyelamatkan baki-baki wilayah kerajaan Uthmaniyah. Utusan ini telah memberikan keutamaan kepada wilayah-wilayah yang diduduki oleh bangsa Turki namun berada dalam cengkaman Kuasa-kuasa Bersekutu. 2.3 Utusan ini telah menggunakan hujah Doktrin Wilson tentang hak yang seharusnya diberikan kepada rakyat sesebuah negara untuk menentukan nasibnya sendiri serta prinsip setiap negara berasaskan sempadan. Namun begitu, percubaan ini gagal apabila pihak Bersekutu telah membuat keputusan bahawa Daulah Uthmaniyah mesti dibubarkan. 3 Pengkhianatan golongan minoriti bukan Islam 3.1 Pengkhianatan golongan ini dibuktikan melalui peristiwa berlabuhnya sebuah armada di Istanbul. Golongan ini telah menyambut dengan deringan loceng gereja, ciuman serta sujud di hadapan ‘penyelamat’ mereka. Jeneral Perancis, Franchet d’Esperey menunggang kuda putih ketika memasuki Istanbul, sinis kejayaan Muhammad al-Fatih membuka kota berkenaan pada tahun 1453. 3.2 Bagi melemahkan kerajaan Uthmaniyah, Perdana Menteri Britain, D. L. George bersepakat dengan Greece untuk menentang kerajaan Uthmaniyah. Akibat atau impak Perang Gallipoli, yang menyaksikan kerajaan Uthmaniyah berhadapan dengan enam buah negara Eropah, yang kemudian disertai oleh armada Amerika Syarikat dan Britain menyebabkan detik-detik tersungkurnya kerajaan Uthmaniyah makin hampir. 4 Kemerosotan akhlak dan moral 4.1 Dari segi sosial, kekalahan dalam Perang Dunia Pertama juga menyebabkan masyarakat Turki dilanda krisis kemerosotan akhlak dan moral. Budaya Barat telah berjaya meruntuhkan akhlak umat Islam, PENERBIT MAHIR SDN BHD
J17 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 4.2 Malah, perpecahan kian ketara dalam kalangan masyarakat di Turki. Dengan kata lain penghayatan semangat persaudaraan kian luntur. 4.3 Ketegangan hubungan antara rakyat dengan pemerintah amat ketara. Pemerintah gagal menyediakan keperluan hidup rakyat dengan secukupnya. Kebuluran berlaku dalam kerajaan Uthmaniyah, menyebabkan kira-kira 1 hingga 1.5 juta rakyatnya hidup dalam kemiskinan. 4.4 Rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan berlaku dengan meluas dan ini mendedahkan kelemahan urus tadbir kerajaan Uthmaniyah. 5 Sekularisme dan Kristianisasi 5.1 Kedatangan dan pertapakan kuasa-kuasa Barat selepas berakhirnya Perang Dunia Pertama telah memberikan impak buruk kepada kerajaan Uthmaniyah dan umat Islam khususnya. Walaupun kedatangan orang-orang Barat diuar-uarkan membawa pemodenan, pada masa yang sama, kuasa Barat turut menyebarkan fahaman sekular bagi memisahkan urusan agama dengan urusan keduniaan seperti politik, pentadbiran serta pemikiran rakyat. 5.2 Pemikiran sekular inilah yang membawa kepada kritikan hebat kerajaan Uthmaniyah terutamanya dalam kalangan golongan yang menggelarkan diri sebagai Uthmani Muda dan Turki Muda sehingga ada perancangan untuk menamatkan pemerintahan berkhalifah. 5.3 Pada masa yang sama, serentak dengan pemikiran sekularisme yang meracuni pemikiran pihak-pihak tertentu, penyebaran agama Kristian khususnya oleh Rusia yang diberi tanggungjawab mempertahankan agama Kristian dan menyebarkannya menjadi ancaman kepada agama Islam dan umat Islam yang menjadi warganegara kerajaan Uthmaniyah. 6 Kemerosotan ekonomi 6.1 Akibat kekalahan dalam Perang Dunia Pertama, Turki mengalami kemerosotan ekonomi yang ketara. Ekonomi semakin teruk kerana dengan Persetujuan Sykes-Picot, wilayah Turki Uthmaniyah kini dibahagikan kepada British, Perancis dan Itali. Hal ini telah membawa kepada persaingan antara kuasa Barat bagi mengaut kekayaan yang terdapat di Turki dan wilayahwilayah kekuasaannya. 6.2 Perdagangan negara Islam semakin merosot kerana bangsa Eropah kini menguasai aktiviti perdagangan di Laut Hindi, Laut Mediterranean, Terusan Suez dan jalan-jalan perdagangan lain. 6.3 Pelibatan dalam peperangan ini telah menyebabkan saham-saham milik syarikat kerajaan Uthmaniyah jatuh dan ditutup termasuklah syarikat navigasi. Kenaikan harga barang secara mendadak menyebabkan berlakunya inflasi yang ketara. 7 Perburuhan 7.1 Oleh sebab keadaan ekonomi yang begitu mendesak, sebahagian besar rakyat kerajaan Uthmaniyah dipaksa menjadi buruh kasar. Kekurangan buruh lelaki telah menyebabkan wanita-wanita mulai bekerja sebagai buruh di kilang-kilang. 7.2 Penubuhan Pertubuhan Pekerja Muslim Wanita diharapkan dapat menggalakkan penyertaan kaum wanita dalam bidang perindustrian. Namun begitu, wanita yang berumur 21 tahun dan ke atas dikehendaki berkahwin terlebih dahulu sebelum boleh diambil bekerja. Walau bagaimanapun, keadaan ekonomi jelas semakin merudum. 8 lsu hutang 8.1 Walaupun kerajaan Uthmaniyah memperoleh pinjaman daripada kuasa-kuasa lain, hutang kerajaan yang tertunggak semakin bertambah kerana terpaksa memenuhi keperluan peperangan. 8.2 Walaupun menerima 250 juta lira dari Jerman sebagai subsidi peperangan, jumlah tersebut masih tidak mencukupi. Sebaliknya, hutang kerajaan yang pada asalnya berjumlah 171 lira telah meningkat kepada tiga kali ganda. Kesimpulan Pelibatan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama merupakan suatu kerugian besar yang terpaksa ditanggung bukan sahaja oleh pemerintah, malah umat Islam. Hal ini disebabkan bukan sahaja kerajaan ini akhimya lenyap khususnya sistem berkhalifah, bahkan pemikiran dan tingkah laku umat Islam di sana kian ketara merosot dan menyimpang daripada ajaran Islam sekali gus membolehkan kuasa Barat mengukuhkan cengkaman kekuasaannya. PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM AKRAM 2021 SEMESTER 2 1 Huraikan kejahilan masyarakat Arab sebelum Islam dari sudut agama dan kepercayaan serta sistem sosial. Pengenalan 1 Masyarakat Arab sebelum Islam dikenali sebagai masyarakat Arab Jahiliah. Jahiliah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud bodoh, bebal, dungu dan seumpamanya. Sememangnya, tidak dinafikan bahawa masyarakat Arab pada masa ini berada dalam keadaan jahil dalam aspek agama, kepercayaan dan sistem sosial. 2 Zaman ini dipercayai bermula selepas pecahnya Empangan Maarib pada tahun 300 Masihi dan berakhir selepas Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pada tahun 610 Masihi. Isi-isi Penting 1 Agama ciptaan 1.1. Tidak dinafikan masyarakat pada masa ini menganut agama yang bersifat sesat. Terdapat dua bentuk atau jenis agama yang dianuti, iaitu agama ciptaan dan agama samawi. Majoriti dalam kalangan masyarakat Arab Jahiliyah menganut agama Wathani, iaitu agama menyembah berhala. Kebanyakan mereka menyembah berhala dengan kepercayaan berhala-berhala itu dapat mendekatkan diri mereka dengan Tuhan. Berhalaberhala itu diperbuat sama ada daripada batu, kayu PENERBIT MAHIR SDN BHD
J18 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) ataupun emas. Sesetengah daripada masyarakat Arab percaya berhala dapat memberikan manfaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya. Di sekeliling kaabah di kota Makkah, terdapat lebih kurang 360 buah patung berhala, antara yang popular ialah al-Uzza, al-Manat, al-Latta dan Hubal. 1.2. Masyarakat Arab Jahiliyah turut menyembah matahari, bulan dan bintang. Mereka beranggapan semua cakerawala merupakan sumber segala tenaga dan kekuatan. Matahari menerangi alam, begitu juga kuasa yang ada pada bulan dan bintang yang dapat menerangi malam yang gelap. Mereka juga percaya bahawa bulan itu merupakan Tuhan Perempuan manakala matahari sebagai Tuhan Lelaki. Pemujaan matahari diamalkan oleh masyarakat Petra dan Palmyra, sementara pemujaan bulan terdapat di Ma’in. 1.3 Selain itu, mereka juga menganut agama Majusi yang berasal daripada Parsi. Agama ini tidak mempunyai kitab suci dan tidak mempunyai nabi yang diturunkan oleh Allah SWT. Agama ini terbahagi kepada tiga mazhab, iaitu Kayumarthiyah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah. Agama ini menghalalkan perkahwinan antara adik-beradik. Agama ini juga mempunyai penganut di kawasan-kawasan yang dipengaruhi oleh kerajaan Parsi seperti Iraq, Yaman, Oman dan Bahrain. Pendeta agama ini menyembah matahari sebanyak empat kali sehari di samping menyembah bulan, air dan api. 2 Agama samawi 2.1 Merupakan agama yang asalnya diturunkan kepada nabi dan rasul terdahulu, malangnya menjadi sesat berikutan tindakan pendeta agama masing-masing telah mengubah suai kandungan asal kitab-kitab yang diturunkan. Agama Yahudi merupakan agama yang dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu Taurat. Walau bagaimanapun, golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah SWT. Penganut agama ini terdapat di Palestin, Yathrib dan Utara Tanah Arab dan agama ini juga dianuti oleh Bani Kinanah, Bani al-Harith dan Bani Kandah 2.2 Agama Nasrani pula telah diseleweng oleh golongan pendeta agama tersebut meskipun Allah SWT telah menurunkan kitab Injil yang dibawa oleh Nabi Isa. Agama ini berkembang di kawasan seperti Najran, Ghassan dan Hirah. Seperti penganut agama Yahudi, penganut asal agama Nasrani juga dikenali dengan gelaran golongan Ahli Kitab. Terdapat tiga mazhab utama agama ini, iaitu Ya’kubiah di Mesir dan Habsyah, Nasturiah di Hirah dan Parsi serta Malkani di Maghribi dan Andalusia. 3 Kepercayaan 3.1 Masyarakat Arab juga mempunyai kepercayaan karut dan berunsur tahyul. Antaranya menilik nasib untuk melihat masa depan mereka sama ada baik atau buruk. Apabila hendak memulakan sesuatu perjalanan, mereka mempercayai amalan sangkasuka dan sangkaduka dengan melihat arah burung terbang. Hal inilah juga menyebabkan golongan ahli nujum serta ahli sihir amat berpengaruh dalam masyarakat sebelum Islam. 3.2 Terdapat juga kepercayaan karut yang ingin menguji kesetiaan seorang isteri. Seorang lelaki yang ingin mengembara jauh akan mengikat seutas tali pada sebatang pokok. Sekiranya tali itu terurai, itu menandakan bahawa isterinya telah berlaku curang. 3.3 Selain itu, memakai cincin tembaga dapat menambahkan kekuatan kepada seseorang individu. Selain itu, pemakaian azimat serta tangkal juga dapat memberikan perlindungan kepada seseorang individu. Ia dipercayai dapat melindungi seseorang sama ada daripada gangguan makhluk halus ataupun musuh-musuh. 4 Sistem sosial 4.1 Sistem sosial dalam masyarakat ini jelas menggambarkan kepincangan. Kehidupan berkabilah telah menyuburkan fahaman assabiyah dalam kalangan mereka. Fahaman assabiyah yang berperanan menghidupkan aktiviti sosioekonomi dan politik sesebuah kabilah. Fahaman inilah juga yang sering mencetuskan keadaan huru-hara. Tanpa mengira benar atau salah, setiap individu dalam sesuatu kabilah akan mempertahankan kabilahnya. Keadaan bertambah buruk apabila peperangan yang dilancarkan adalah semata-mata untuk menunjukkan kemegahan serta kekuatan kabilah tersebut serta menjadikan tawanantawanan perang sebagai hamba abdi yang bebas diperlakukan. 4.2 Dalam masyarakat ini wujud juga djurang yang luas antara golongan bangsawan dengan golongan bawahan khasnya hamba. Susun lapis yang terbentuk amat sukar diubah. Golongan wanita tidak mendapat tempat langsung sama ada dalam keluarga apatah lagi dalam kabilah. Kehadiran bayi-bayi perempuan dianggap akan menjatuhkan maruah keluarga. Maka, timbullah amalan membunuh bayi-bayi perempuan. Pendek kata, wanita zaman tersebut hanyalah objek yang dijadikan tempat memuaskan hawa nafsu. 4.3 Berkaitan dengan dengan jurang sosial tersebut, wujud juga nilai mulia dan hina dalam kalangan masyarakat. Ukuran ini ditentukan berdasarkan kekuatan fizikal, kemahiran, ilmu, keturunan mahupun harta benda. Golongan yang memiliki kekuatan seperti golongan pahlawan dan yang memiliki kemahiran yang luar biasa seperti ahli sihir amat disanjung oleh masyarakat berbanding dengan golongan hamba dan fakir miskin. Kesimpulan Tidak dinafikan sememangnya masyarakat ini jelas mengalami kemunduran dalam kehidupan disebabkan kejahilan dalam aspek-aspek asas terutamanya berhubung dengan agama dan kepercayaan. Walau bagaimanapun, keadaan mula berubah apabila Nabi Muhammad SAW PENERBIT MAHIR SDN BHD
J19 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) yang diutuskan telah membawa lembaran baharu dalam masyarakat sekali gus meletakkan asas kepada pembinaan peradaban Arab baharu. CATATAN • Markah cemerlang sekiranya calon mengemukakan semua isi ª Markah lulus sahaja sekiranya calon mengemukakan satu aspek sahaja • Aspek agama, aspek kepercayaan dan satu aspek sistem sosial • Aspek akhlak tidak termasuk dalam sistem sosial 2 Bincangkan pengertian dan kepentingan jihad dalam konteks peperangan pada zaman Nabi Muhammad SAW. Pengenalan 1 Islam tidak menggalakkan peperangan kerana agama Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ini bertujuan membawa manusia ke arah kesejahteraan dan keamanan sebagai khalifah di muka bumi. Namun, peperangan tidak dapat dielakkan sekiranya agama, negara dan maruah umat Islam diancam oleh musuh. 2 Peperangan dalam Islam dimantapkan lagi dengan adanya konsep jihad bagi meyemarakkan semangat tentera Islam ketika berhadapan dengan musuh. Antara peperangan pada zaman Nabi Muhammad SAW termasuklah Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak. Kepentingan jihad pada zaman Nabi Muhammad SAW adalah untuk menjaga kesucian agama, mempertahankan negara serta maruah umat Islam itu sendiri. Isi-Isi Penting 1 Pengertian jihad 1.1 Dari sudut bahasa, jihad berasal daripada perkataan al-Juhd yang bermaksud keberatan dan kesusahan. Menurut istilah syarak pula, jihad ialah berjuang iaitu berjuang dalam peperangan, berjuang menentang hawa nafsu, berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran bagi menegakkan agama Allah SWT. Jihad ialah segala usaha mengerah tenaga untuk mencapai kejayaan dan kemenangan demi mendapat keredaan Allah SWT. 1.2 Setiap mazhab mempunyai pandangan yang berbeza tentang jihad. Menurut Mazhab Hanafi, jihad ialah mengajak orang kafir ke dalam pelukan Din al-Haqq dan memerangi mereka yang menolaknya. Menurut Mazhab Shafie pula, jihad sebagai berperang di jalan Allah SWT dan mengerah segala kemampuan untuk memerangi orang kafir. 1.3 Dalam konteks peperangan pula, jihad dikaitkan dengan perjuangan menentang musuh daripada segenap aspek yang berkaitan dengan peperangan termasuklah persediaan fizikal dan rohani. Individu yang berjihad dan terkorban di medan peperangan digelar syuhada dan dijanjikan syurga. 2 Kepentingan jihad 2.1 Menjaga kepentingan agama Islam 2.1.1 Musyrikin Quraisy telah menentang keras ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Mereka merancang pelbagai strategi untuk menamatkan agama Islam termasuklah usaha untuk membunuh Nabi Muhammad SAW. Namun, perancangan tersebut gagal. 2.1.2 Kaum Quraisy telah membentuk pasukan tentera bagi memerangi agama Islam sehingga menjadi asas kepada tercetusnya Perang Badar. Selepas mendapat wahyu yang membenarkan umat Islam mengangkat senjata, maka Nabi Muhammad SAW membentuk angkatan tentera yang terdiri daripada golongan Muhajirin dan Ansar bagi mempertahankan kesucian agama Islam daripada dinodai musuh dalam Perang Badar. 2.1.3 Impak kemenangan ini telah berjaya mengukuhkan Islam sekali gus dapat memelihara kesucian agama Islam itu sendiri. 2.2 Menjaga keselamatan negara Islam 2.2.1 Tentera Islam digerakkan atau dibentuk sebaikbaik sahaja ancaman terhadap keselamatan negara. Kekalahan kaum Quraisy dalam Perang Badar menyebabkan mereka berhasrat untuk membalas dendam demi mengembalikan maruah yang telah tercalar. Ancaman kaum Quraisy menyebabkan Nabi Muhammad SAW telah membentuk angkatan tentera bagi menjaga keselamatan negara Islam. Hal ini menyebabkan tercetusnya Perang Uhud, namun tentera Islam telah tewas. 2.2.2 Kaum Quraisy masih lagi tidak berpuas hati lalu membentuk gabungan dengan kabilah Arab serta golongan Yahudi. Hal ini mengundang kepada tercetusnya Perang Khandak atau Ahzab. Strategi menggali parit hasil cadangan daripada Salman al-Farisi sebagai benteng pertahanan membuahkan hasil kerana pihak musuh berundur dari medan peperangan. 2.2.3 Hal yang sama dilakukan apabila Rom mengancam ketenteraman negara di sempadan Ghassan, tentera Islam digerakkan sehingga mencetuskan Perang Mu’tah dan Perang Tabuk. 2.2.4 Jelaslah, jihad penting untuk memastikan keselamatan negara terjamin daripada ancaman musuh sama ada musyrikin Makkah, golongan Yahudi, Rom dan juga Parsi. 2.3 Menjaga maruah umat Islam 2.3.1 Tindakan ini dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW terhadap Yahudi Bani Qainuqa’. Hal ini berlaku berikutan peristiwa seorang wanita Islam diaibkan oleh sekumpulan Yahudi Bani Qainuqa di sebuah pasar. Seorang pemuda Islam yang telah membantu wanita tersebut telah dibunuh. 2.3.2 Kesannya, setelah hampir 15 hari perkampungan mereka dikepung, akhirnya mereka menyerah kalah. Akhirnya, mereka dihalau keluar dari bumi Madinah ke kawasan berhampiran dengan negeri Syam di Utara Semenanjung Tanah Arab. Mereka dibenarkan membawa bersama-sama harta benda mereka yang ada di Madinah. PENERBIT MAHIR SDN BHD
J20 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 2.3.3 Jelaslah, jihad adalah penting untuk mempertahankan maruah umat Islam agar tidak diperlekeh-lekehkan oleh pihak musuh. 2.4 Menamatkan ego pihak musuh 2.4.1 Peristiwa ini dapat dilihat dalam Perang Hunain apabila tindakan Bani Hawazin yang mengancam negara Islam telah melancarkan serangan secara gerila. Hal ini menyebabkan tentera Islam hampir terperangkap. 2.4.2 Walau bagaimanapun, perubahan srategi telah menyebabkan musuh terpaksa berundur ke Taif. Bani Hawazin dan Bani Thaqif yang telah bergabung berjaya dikepung oleh tentera Islam dan akhirnya menyerah kalah. 2.4.3 Tindakan pihak musuh, iaitu pemerintah Byzantine yang telah membunuh utusan Nabi Muhammad SAW menyebabkan berlakunya Perang Mu’tah. Mereka menerima tentangan yang hebat. Namun, kehebatan tentera Islam di bawah pimpinan Khalid al-Walid telah mencapai kemenangan. 2.5 Mempertahankan perjanjian yang telah dimeterai 2.5.1 Nabi Muhammad SAW telah menerima syaratsyarat perjanjian damai, iaitu Perjanjian Hudaibiyah walaupun dilihat lebih menguntungkan pihak Quraisy. Antara syarat perjanjian ialah menetapkan gencatan senjata antara kedua-dua pihak selama 10 tahun. 2.5.2 Namun, orang Quraisy telah mencabuli syarat tersebut. Buktinya, berlaku konflik apabila Bani Bakr dalam naungan Quraisy Mekah telah meyerang Bani Khuzaah dalam naungan Islam pimpinan Nabi Muhammad SAW. Orang Quraisy telah campur tangan dengan memberikan bantuan kepada Bani Bakr. 2.5.3 Bani Khuzaah telah mengadu kepada Nabi Muhammad SAW kerana pihak Quraisy secara jelas telah melanggar gencatan senjata yang telah dipersetujui. Oleh itu, Nabi Muhammad SAW telah mengepung kota Makkah dan berjaya membuka kota berkenaan. 2.5.4 Pembukaan kota Makkah dilihat sebagai kejayaan penting dalam perkembangan syiar Islam. Kesimpulan Jihad yang dianjurkan dalam Islam terutamanya dalam konteks peperangan pada zaman Nabi Muhammad SAW telah berjaya mengukuhkan negara Islam Madinah dan seterusnya bertambah mantap pada zaman seterusnya. Kejayaan tentera Islam dalam peperangan juga menyebabkan Islam semakin bekembang luas sekali gus berjaya membantuk iklim politik yang stabil di Madinah. CATATAN • Pastikan jawapan calon merangkumi dua bahagian pengertian jihad dan kepentingan jihad dalam konteks peperangan • Calon yang menghuraikan pengertian jihad dalam bahagian pengenalan hanya layak markah lulus sahaja 3 Perihalkan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Melaka yang menyebabkannya muncul sebagai pusat perdagangan pada abad ke-15. Pengenalan 1 Pada abad ke-15, Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan yang terkenal. Melaka menjadi tarikan para pedagang dari Timur dan Barat kerana kedudukan yang strategik, iaitu di tengah-tengah jalan perdagangan antarabangsa. 2 Di samping itu, kemerosotan pelabuhan di utara Sumatera juga telah mendorong pedagang beralih arah ke Melaka. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan Melaka berkait rapat dengan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaannya. Isi-isi Penting 1 Dasar hubungan diplomatik 1.1 Pemerintah Melaka sangat menitikberatkan dasar hubungan diplomatik. Ini bertujuan menjamin keselamatan pelabuhan Melaka agar dapat menjadi tumpuan pedagang serantau dan juga dari India, China dan Arab. 1.2 Hubungan dengan kerajaan serantau penting bagi memastikan pelabuhan Melaka menjadi destinasi para pedagang untuk mendapatkan komoditi seperti rempah ratus, lada hitam dan emas. Sebagai usaha memastikan keselamatan daripada ancaman musuh, kerajaan Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara China dan menyatakan kesediaan menjadi negeri di bawah naungan China demi kepentingan politik dan ekonomi. 1.3 Jelaslah, apabila Melaka menjalankan dasar hubungan diplomatik dengan China, bermakna ancaman Siam dan Majapahit dapat dihindarkan sekali gus membolehkan pelabuhan Melaka berkembang tanpa gangguan. 2 Dasar sistem cukai berkeutamaan 2.1 Selain itu, dasar sistem cukai berkeutamaan merupakan sistem cukai yang adil dan tidak membebankan para pedagang. Hal ini sudah tentu akan menarik kedatangan para pedagang ke pelabuhan Melaka. 2.2 Sistem cukai ini berdasarkan tempat asal pedagang dan kedudukan negara berkenaan berbanding dengan Melaka. Pedagang dari India, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6%, manakala pedagang yang tinggal tetap di Melaka dan pedagang dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai sebanyak 3%. 2.3 Pedagang dari kuasa-kuasa besar seperti China dan Jepun perlu memberikan hadiah. Selain itu, terdapat juga pedagang yang mendapat surat kebenaran berniaga yang bertujuan menyuntik pendapatan kepada kerajaan Melaka. 2.4 Dasar sistem cukai kerajaan Melaka jelas membuktikan telah menarik kedatangan pedagang ke pelabuhan. 3 Dasar pengurusan di pelabuhan dan ruang niaga 3.1 Kerajaan Melaka telah mewujudkan jawatan Syahbandar bagi memastikan urusan di pelabuhan PENERBIT MAHIR SDN BHD
J21 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) berjalan lancar. Empat orang Syahbandar yang dilantik bertanggungjawab menguruskan kumpulan pedagang tertentu. Contohnya, kumpulan dari Gujerat, China, Jepun dan Champa, kumpulan pedagang dari kepulauan Melayu, dan kumpulan pedagang dari Benggala, Kalingga, Parsi dan Pegu. 3.2 Syahbandar berperanan menjaga kebajikan dan keselamatan para pedagang, menguruskan pasar, memeriksa alat timbang dan sukat, menguruskan cukai, menguatkuasakan peraturan keluar masuk dan menjadi hakim di pelabuhan. 3.3 Di pelabuhan Melaka, kerajaan Melaka turut menyediakan kemudahan-kemudahan lain seperti kemudahan tempat tinggal, tempat menyimpan barang, kemudahan pengangkutan dan khidmat membaiki kapal dan lain-lain. 3.4 Hal ini membuktikan kecekapan pengurusan di pelabuhan Melaka telah memudahkan urusan para pedagang. 4 Dasar undang-undang 4.1 Penggubalan Undang-Undang Laut Melaka digubal oleh kerajaan bertujuan melancarkan urusan perdagangan dan menyelesaikan masalah perundangan berkaitan dengan perdagangan. 4.2 Undang-undang ini mengandungi 25 fasal yang merangkumi perkara yang berkaitan dengan tatacara berniaga, kaedah berjual beli, hukuman ke atas jenayah yang berlaku di kapal serta menetapkan tanggungjawab nakhoda, kiwi dan anak kapal. 4.3 Jelaslah, penguatkuasaan undang-undang ini memberikan keyakinan kepada para pedagang untuk menjalankan aktiviti di pelabuhan Melaka. 5 Dasar jaminan keselamatan dan kestabilan politik 5.1 Di samping itu, kerajaan Melaka sangat menitiberatkan aspek keselamatan sebagai jaminan kepada para pedagang. Oleh hal yang demikian, Laksamana atau juga dikenali sebagai Raja Laut telah diberi peranan utama yang menjaga kawasan perairan. 5.2 Pembesar kanan ini mendapat bantuan daripada Orang Laut yang dianggap sebagai tulang belakang sistem pertahanan kerajaan Melaka termasuklah menangani ancaman lanun yang membahayakan nyawa dan mengancam barangan yang dibawa oleh para pedagang. 5.3 Manakala di darat, tanggungjawab menjaga keamanan diserahkan kepada Temenggung yang berperanan sebagai penguasa bandar, hakim di darat dan mengawasi pedagang asing. Kesimpulan Kesimpulannya, dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Melaka sangat penting bagi memastikan Melaka berkembang sebagai pusat perdagangan di Alam Melayu pada abad ke-15 Masihi. Hal ini telah memberikan peluang kepada masyarakat tempatan untuk turut terlibat dalam aktiviti perdagangan secara kecil-kecilan. CATATAN • Pastikan calon mengemukakan fakta berkaitan dengan dasar bukannya faktor • Sekiranya calon mengemukakan faktor, calon akan dikira gagal kerana tidak memahami kehendak soalan 4 Nilaikan sumbangan Ibn Battutah kesan daripada pelayarannya terhadap peningkatan pelbagai ilmu. Pengenalan 1 Ibn Battutah atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah al Lawati dilahirkan pada tahun 1304 Masihi di Tanger, Maghribi. 2 Sejarah pengembaraannya bermula ketika usianya 21 tahun apabila meninggalkan kampung halaman untuk mengerjakan ibadat haji di Mekah dan mendalami ilmu pengetahuan berkaitan dengan hal ehwal agama Islam. 3 Beliau mendapat pendidikan agama sejak kecil daripada bapanya yang merupakan seorang ulama dan bertugas sebagai kadi. Beliau mempunyai keperibadian yang mulia, berwibawa, pandai berdiplomasi, berpendirian tegas, gigih dan mahir berkomunikasi dengan menggunakan bahasa asing seperti bahasa Parsi dan Turki selain bahasa Arab. 4 Sumbangan terpenting Ibn Battutah dalam bidang pelayaran ialah kemampuannya menghasilkan karya yang berjudul Tuhfat al-Nazar atau lebih dikenali sebagai al-Rihlah. Sarjana atau orientalis Barat menyifatkan beliau sebagai The Prince of Muslim Travellers. 5 Sepanjang pelayarannya, beliau mencatat keadaan geografi, sosial, adat, keagamaan, politik dan ekonomi tempat-tempat yang dilawati sekali gus dapat memberikan sumbangan terhadap peningkatan pelbagai ilmu. Isi-isi penting 1 Sumbangan dalam bidang sejarah dan pensejarahan 1.1 Ibn Batuttah meninggalkan catatan sejarah perjalanan dan pengembaraan dalam karyanya Tuhfah al Nizar fi Gharaib al-Ansar wa ‘Ajaib al-Asfar (Rihlah Ibn Batuttah) yang dihasilkan atas permintaan Sultan Maghribi. Beliau memperkenalkan disiplin ilmu pensejarahan baharu melalui metodologi penulisan sejarah meggunakan kaedah pemerhatian, pengalaman, temu ramah dan sebagainya. 1.2 Rihlah lbn Batuttah merupakan rekod penting sejarah Zaman Pertengahan bagi pelbagai negara yang dilawati termasuklah negeri-negeri Afrika, China, India dan Asia Tenggara. 1.3 Buku ini merakamkan sejarah bagi aspek kehidupan bangsa-bangsa pada abad ke-14 Masihi seperti agama, sosial, budaya, politik dan lainlain. Karya lbn Batuttah ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Portugis, Perancis dan Jerman. 1.4 Ibn Battutah juga turut menulis tentang sejarah negara-negara Islam seperti India, Anatolia, Maldives, Afrika dan lain-lain. Catatan Ibn Battutah turut menjadi sumber rujukan sejarah tentang kedatangan Islam ke China dan Asia Tenggara. PENERBIT MAHIR SDN BHD
J22 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 2 Sumbangan dalam bidang geografi 2.1 Pengembaraan Ibn Batuttah memberikan persepsi baharu terhadap bidang geografi. Beliau berkongsi maklumat terperinci melalui hasil catatan dari segi perbandingan tentang geografi sesuatu tempat berdasarkan pengamatannya. 2.2 Karya Ibn Battutah turut menjelaskan tentang laut dan keadaan fizikal sesuatu kawasan yang sememangnya memberikan maklumat berguna dalam aktiviti penerokaan dan penjelajahan. 2.3 Ibn Battutah membuktikan bahawa iklim khatulistiwa tidak sepanas iklim di Afrika Utara. Beliau juga menyatakan bahawa zon torrid tidak sepanas seperti yang disangka. 2.4 Catatan Ibn Battutah berjaya membantu para pedagang Arab dalam memilih tempat untuk dijadikan pangkalan perdagangan. 2.5 Ibn Battutah turut mencatatkan bahawa Pasai merupakan kawasan subur yang dipenuhi dengan pokok kelapa, cengkih, gaharu dan lain-lain. 2.6 Ibn Battutah telah berjaya meningkatkan pengetahuan geografi kepada masyarakat dunia. 3 Sumbangan dalam bidang pelayaran 3.1 Pengembaraannya selama 28 tahun merentasi tiga benua (Afrika, Eropah dan Asia) merangkumi 44 negara dengan jarak perjalanan 117 000 km, hal ini meletakkan beliau setaraf dengan tokoh pengembara lain seperti Marco Polo. 3.2 Pengembaraan Ibn Battutah dapat dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu peringkat pertama, perjalanan Ibn Battutah dari Maghribi ke kota Makkah. Peringkat kedua, perjalanan pulang Ibn Battutah dari kota Makkah, lokasi awal yang ditujuinya ialah selatan Iraq seterusnya ke Parsi, Anatolia, kota Baghdad dan kembali semula ke kota Makkah. Manakala peringkat ketiga, dari kota Makkah ke Utara Afrika merentasi Yaman melalui Laut Merah, seterusnya sampai ke Oman dan Bahrain kemudian kembali semula ke kota Makkah. Peringkat keempat pula dari kota Makkah ke Turki, Asia Tengah, Asia Tenggara dan kembali ke Maghribi. 3.3 Kejayaan pengembaraan Ibn Batuttah menjadi dorongan dan ikutan pengembara Islam dan Barat. Contohnya, Ibn Hawqal, Sulayman al-Mahri dan sebagainya. 3.4 Catatan beliau menjadi sumber panduan pelayar Eropah yang berusaha mencari jalan ke Timur pada abad ke-15 dan abad ke-l6 Masihi seperti Vasco da Gamma. 4 Sumbangan dalam bidang diplomasi 4.1 Sepanjang pengembaraannya, Ibn Batuttah telah berinteraksi dengan beberapa pemimpin negara. Keperibadian, kewibawaan dan kemahiran berdiplomasi dalam beberapa bahasa seperti Parsi dan Turki menyebabkan beliau mudah dipercayai apabila memerlukan bantuan untuk meneruskan pengembaraannya. 4.2 Ibn Batuttah pernah dilantik sebagai kadi oleh Sultan Muhammad Tughluq di India dan menjadi utusan ke negara China pada tahun 1342 Masihi. Di Pasai, Sultan al-Malik al-Zahir memberikan penghormatan kepada beliau sebagai ulama dengan menyediakan sebuah tongkang besar untuk pelayaran ke China. 4.3 Ibn Battutah juga diberi penghormatan mengikut rombongan menemui Kaiser Byzantine dan di sana beliau telah diberi layanan yang baik. 4.4 Sesuatu yang menarik tentang Ibn Batuttah, beliau telah mengklasifikasikan pemerintah dengan sifat-sifat tertentu, umpamanya Raja di Iraq dianggap berbudi bahasa, Raja Hindustani dianggap peramah, Raja Yaman dianggap berakhlak mulia, Raja Turki dianggap gagah perkasa, Raja Rom dianggap pemaaf, Raja Turkestan dianggap bertoleransi dan Raja Pasai dianggap berilmu pengetahuan seumpama ulama. 4.5 Pentingnya catatan ini ialah memudahkan pengembaraan seterusnya dijalankan khususnya berkaitan dengan persiapan apabila berlabuh di negara-negara berkenaan. 5 Sumbangan dalam bidang agama 5.1 Ibn Batuttah arif dalam bidang agama terutamanya dalam bidang perundangan Islam dan mazhab Maliki. Antara matlamat pengembaraannya adalah untuk mendalami ilmu agama. Hal ini terbukti apabila beliau tinggal di Makkah selama dua tahun. 5.2 Dalam pengembaraan awalnya, beliau telah menemui tokoh ulama seperti Syeikh Abu Abbas Ibn al-Zahir, Nasir al-Din, Mujd al-Din, Jamal al-Din Ibn Sadid dan lain-lain. 5.3 Ibn Batuttah banyak menyumbangkan kepada penyebaran agama Islam sepanjang pengembaraannya. Antaranya, beliau menetap selama lapan tahun di India. Sepanjang tempoh tersebut, beliau memegang jawatan Kadi Besar semasa pemerintahan Sultan Muhammad Tughluq. 5.4 Beliau turut dilantik sebagai kadi di kepulauan Maldives selama 18 bulan. Begitu juga beliau turut memegang jawatan kadi di Maghribi di negara kelahirannya sehingga ke akhir hayatnya. 6 Sumbangan dalam bidang sosiologi 6.1 Hasil daripada pelayaran Ibn Battutah, beliau telah berkongsi maklumat secara terperinci melalui catatan beliau dari segi perbandingan budaya, peradaban, sosial, ekonomi dan geografi masyarakat setempat berdasarkan pengamatannya setelah singgah di sesebuah tempat atau negara. 6.2 Contohnya, Ibn Battutah mencatat tentang budaya, adat dan amalan ritual yang diamalkan oleh penganut Hindu di India termasuk tentang sungai Ganges yang digunakan untuk penyucian diri. 6.3 Ibn Battutah juga turut mencatat bahawa sepanjang pelayarannya ke 44 buah negara, negara China merupakan negara paling aman yang pernah dilawat oleh beliau. 6.4 Di Constantinople, beliau mencatat akan keindahan kota ini yang dilengkapi dengan pasar atau gudang membeli-belah, jalan raya yang indah yang dibina daripada batu, dan kewujudan sebuah PENERBIT MAHIR SDN BHD
J23 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) gereja besar yang dikenali sebagai Gereja Sancta Sophia di tengah-tengah kota berkenaan. 7 Sumbangan dalam bidang perundangan 7.1 Ibn Battutah turut memberikan sumbangan terhadap perkembangan dalam bidang perundangan. Melalui karya al-Rihlah, beliau banyak mencatat tentang sistem pemerintahan dan undang-undang sesebuah negara. 7.2 Catatan beliau adalah secara langsung daripada pemerintah dan pegawai tinggi pada masa tersebut yang menjadi sumber primer dalam konteks sejarah. 7.3 Contohnya, beliau banyak mencatat berkaitan dengan pemerintahan dan undang-undang di India pada zaman kerajaan Tughlug kerana beliau pernah menjadi kadi di sana selama tujuh tahun. Kesimpulan Walaupun Ibn Battutah pada dasarnya adalah seorang ahli pelayaran, namun catatannya yang lengkap menyebabkan tokoh ini dianggap sebagai individu serba boleh. Pengembaraannya memberikan kesan besar dalam pelbagai bidang ilmu yang telah menjadi rujukan pada zaman tersebut dan selepasnya. Malah yang lebih menariknya beliau juga dianggap sebagi guru dalam bidang kehakiman, sejarah dan pensejarahan serta bidang antropologi dan sosiologi. 5 Sejauh manakah Gerakan Rosetta menjadi perangsang kepada kebangkitan rakyat tempatan terhadap British di Mesir bermula abad ke-19. Pengenalan 1 Sebelum Mesir jatuh ke tangan British, negara ini pernah berada di bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniyah, namun pada tahun 1798, negara tersebut telah berada di bawah kekuasaan Perancis yang berjaya menguasai negeri ini sehingga tahun 1801. 2 Namun begitu, kerjasama antara British dengan kerajaan Uthmaniyah telah menyebabkan Perancis berundur dan memberikan peluang kepada British untuk mencari ruang bagi bertapak kukuh di Mesir. Hal ini dapat direalisasikan bermula pada tahun 1882. 3 Tindakan British yang berhasrat menguasai Mesir telah disedari oleh masyarakat terutamanya menjadikan Khedif sebagai boneka. Hal ini memberikan ruang seluas-luasnya untuk menjayakan cita-cita tersebut menyebabkan munculnya gerakan untuk menghalang peluasan kuasa tersebut dengan dimulai oleh Gerakan Rosetta. Isi-isi Penting 1 Gerakan Rosetta 1.1 Walaupun berjaya membantu kerajaan Uthmaniyah mendapatkan Mesir semula daripada Perancis, kuasa Britih tidak mempunyai ruang untuk menguasai negara tersebut sehinggalah wujudnya hubungan antara kuasa Barat tersebut dengan pemimpin Mameluk, Alfi Bey pada tahun 1806. 1.2 Jalinan kerjasama antara British dengan Alfi Bey merupakan kesempatan kepada British untuk menguasai pantai atau kawasan persisiran Mesir. Hal ini terbukti pada tahun 1807, seramai 2 000 orang tentera British telah mendarat di bandar Rosetta dengan hasrat menjadikan bandar berkenaan sebagai pusat gerakan untuk meluaskan kuasa. 1.3 Walau bagaimanapun, usaha British dapat dihidu oleh pemimpin tempatan yang diketuai oleh Gabenor Rosetta, iaitu Ali Bey yang telah bertindak menggerakkan masyarakat di bandar pelabuhan ini mempertahankan bandar Rosetta menyebabkan berlakunya pertentangan yang mengorbankan banyak nyawa antara kedua-dua pihak. Bagi masyarakat tempatan, peristiwa ini menjadi asas kebangkitan terhadap kuasa Barat berkenaan. 2 Gerakan Sayyid Umar Makram 2.1 Perjuangan Ali Bey telah mendapat perhatian ulama tempatan, al-Sayyid Umar Makram yang tidak putus-putus menyemarakkan semangat jihad dalam kalangan masyarakat tempatan agar berani mempertahankan kedaulatan. 2.2 Kemunculan ulama ini telah menyemarakkan perjuangan golongan massa dan penuntut Universiti al-Azhar agar menggerakkan api perjuangan. 2.3 Gerakan ini telah menyusun strategi dengan menggerakkan tentera melalui dua kumpulan; masing-masing bergerak ke lembah Sungai Nil dan sepasukan lagi akan menyerang bandar yang terletak di selatan Baitulmaqdis. 2.4 Serangan ini telah memberikan kesan yang cukup besar kepada perjuangan masyarakat tempatan. British akur dengan kekalahan dan mulai meninggalkan pelabuhan Iskandariah pada September 1807. 3 Gerakan Islah 3.1 Gerakan ini dipelopori oleh dua orang golongan cerdik pandai Islam, Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Gerakan Islah ini berhadapan dengan arus sekularisasi Barat di samping kekolotan pemikiran masyarakat tempatan. 3.2 Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh telah memperkenalkan Gerakan Pemulihan Islam dengan menyeru masyarakat tempatan kembali kepada ajaran Islam sebenar bagi meningkatkan kemajuan dalam kehidupan di samping tidak menolak sains dan teknologi. 3.3 Ciri-ciri utama gerakan ini termasuklah gagasan al-Jamiah al-Islamiah (Pan Islamisme) dan perjuangan kemerdekaan. Semua idea dan program islah dilaksanakan melalui pelbagai kaedah seperti proses pengajaran, pidato dan media massa (majalah dan akhbar) serta karyakarya ilmiah. 3.4 Gerakan Islah juga dilakukan melalui jawatanjawatan yang disandang. Kempen-kempen yang dijalankan oleh tokoh-tokoh ini membangkitkan semangat perasaan antipenjajah. Jamaluddin al-Afghani telah menubuhkan Misri al-Falat dan al-Hizb al-Watani bagi membebaskan Mesir daripada penjajahan Barat. PENERBIT MAHIR SDN BHD
J24 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 4 Penentangan golongan Fellahin 4.1 Terdiri daripada golongan bangsawan (Pasha), ulama dan tuan tanah bersatu dengan golongan tentera yang dianggotai oleh tentera-tentera fellahin. Penyatuan ini berpunca daripada bangsa Eropah menunjukkan sikap dan dasar permusuhan terhadap kedua-dua golongan tersebut dan menyokong Khedif Taufiq yang menindas rakyat. 4.2 Kebangkitan utama ini sebenarnya berpunca daripada ketidakpuasan hati golongan tentera tempatan yang telah didiskriminasikan. Gaji golongan tentera beberapa bulan tidak dibayar. Ketegangan semakin memuncak apabila pegawai berpangkat rendah yang berketurunan fellahin tidak diberi peluang yang sama dalam soal kenaikan pangkat berbanding dengan pegawai tinggi yang berketurunan Turki – Circassia dan yang akrab dengan pihak istana. Khabar angin bahawa ramai tentera fellahin akan diberhentikan perkhidmatan membangkitkan kemarahan tentera tempatan ini. 4.3 Sementara golongan tuan tanah menyertai penentangan Urabi kerana mereka dikenakan kadar faedah yang tinggi oleh peminjam wang Kristan Lubnan. Kegagalan melangsaikan hutang menyebabkan tanah mereka tergadai atau dirampas. Malah, golongan ini juga menanggung bebanan cukai yang tinggi. Jaminan Ahmad Urabi yang akan mengurangkan masalah ini menyebabkan mereka menyokong Pemberontakan Urabi. 5 Gerakan Urabi Pasha 5.1 Gerakan Kolonel Urabi Pasha l88l-1882 Masihi pula merupakan gerakan menuntut kemerdekaan Mesir, dikenali sebagai pemberontakan Urabi. Gerakan ini menjadi tonggak kepada semangat nasionalisme Mesir. 5.2 Pada peringkat awal perjuangan, gerakan ini merupakan sebuah gerakan antiorang asing (Perancis, British dan Turki). Namun, akhirnya gerakan ini menuntut perubahan dalam pentadbiran dan pemerintahan termasuk menyingkirkan Khedif Taufiq yang bertindak memohon bantuan British. 5.3 British menyerang Urabi Pasha kerana ia mengancam kedudukan British di Mesir dan berjaya mengalahkan Urabi Pasha. Urabi Pasha telah dibuang ke Sri Lanka. Syeikh Muhamad Abduh turut diusir keluar dari Mesir. Kesimpulan Kebangkitan-kebangkitan awal yang berpunca daripada Gerakan Rosetta ini telah menyemarakkan perjuangan orang-orang tempatan bagi menyanggah British. Kemuncak kepada kebangkitan masyarakat tempatan ialah kemunculan golongan lulusan Barat yang lantang mengkritik British dan berani menyuarakan hasrat untuk menuntut kemerdekaan, dan ianya mendapat sokongan padu rakyat. 6 Sejauh manakah peranan golongan Turki Muda membawa kepada pembentukan negara bangsa Turki pada abad ke-20? Pengenalan 1 Kerajaan Turki Uthmaniyah telah diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun 1281 Masihi. Kerajaan ini merupakan sebuah empayar Islam terbesar yang memerintah lebih 600 tahun. Namun, empayar Turki Uthmaniyah mulai merosot pada penghujung abad ke-19. Akibat daripada pengaruh Barat, pelbagai idea baharu mempengaruhi pemikiran rakyat. 2 Golongan Turki Muda memainkan peranan penting dalam membawa kepada pembentukan negara bangsa empayar Turki. Namun, terdapat faktor lain sama ada faktor dalaman atau faktor luaran yang turut membawa terbentuknya negara bangsa Turki yang akhirnya menyumbang kerajaan tersebut pada tahun 1924. Isi-isi Penting Faktor-faktor pembentukan negara bangsa Turki 1 Peranan golongan Turki Muda (Isi Pertama) 1.1 Golongan Turki Muda diasaskan oleh pegawai tentera Turki di Akademi Perubatan Tentera, Istanbul pada Mei 1887. Golongan ini telah menubuhkan gerakan yang dikenali sebagai Al Ittihad wa al-Taraqqi yang berpaksikan slogan kebangsaan, perlembagaan, persamaan dan kebebasan. Antara tokoh golongan ini ialah Halim Pasha, Enver Pasha dan Midhat Pasha. 1.2 Golongan ini telah membentuk pertubuhan rahsia pada tahun 1889 bagi menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II yang dianggap tidak cekap kerana melantik para pegawai kerajaan yang korup. Gerakan ini juga berjaya menarik sokongan rakyat yang menjadi pelarian politik di luar Turki. Gerakan Turki Muda akhirnya ditukar menjadi sebuah parti selepas revolusi 1908 dan akhirnya memenangi pilihan raya serta memimpin kerajaan Uthmaniyah di bawah sistem parlimen. 1.3 Golongan ini berjaya mendominasi pentadbiran kerajaan dan ketenteraan. Contohnya, sebagai Halim Pasha Perdana Menteri, Enver Pasha sebagai Menteri Perang dan Mustafa Kamal menguasai ketenteraan. 1.4 Golongan ini berhasrat menggantikan Sultan Abdul Hamid II dengan Murad V, dengan mengisytiharkan slogan “Equality, Fraternity, Liberty and Justice” bagi membolehkan golongan ini menguasai politik Turki. Pada tahun 1908, sistem pemerintahan khalifah berperlembagaan telah dilaksanakan. 1.5 Sekitar tahun 1910 hingga tahun 1915, mereka telah menekankan dasar Turkifikasi bagi seluruh empayar Turki Uthmaniyah sebagai reaksi kepada pemberontakan penduduk Kristian dan Yahudi di wilayah-wilayah Balkan. Dasar ini telah mempercepat lagi pembentukan negara bangsa Turki. PENERBIT MAHIR SDN BHD
J25 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Faktor-faktor Lain 2 Kelemahan khalifah 2.1 Selain itu, pembentukan negara bangsa Turki juga selari dengan kejatuhan Khalifah Uthmaniyah. Hal ini demikian kerana pembentukan negara bangsa pada abad ke-20 dikaitkan dengan kelemahan khalifah yang memerintah kerajaan tersebut. Pemerintah atau khalifah dipersalahkan berikutan campur tangan kuasa Barat di wilayahwilayah kekuasaan Turki. Kelemahan kian jelas apabila semakin banyak wilayah diserahkan kepada kuasa-kuasa Barat mengikut persetiaan yang ditandatangani antara kedua-dua pihak. 2.2 Kelemahan kian jelas apabila pemimpin Turki terpaksa akur dengan tuntutan golongan minoriti sehingga terpaksa menerima dan melancarkan gerakan pembaharuan atau Tanzimat di Turki. 2.3 Pembaharuan tentera elit, Janissaries telah melemahkan kuasa khalifah dan tentera baharu diwujudkan agak longgar disiplin, malah peranan ulama mula diketepikan. Situasi-situasi yang berlaku menyebabkan kesedaran membentuk identiti baharu kerajaan Turki Uthmaniyah. 3 Kegagalan Tanzimat 3.1 Dasar Tanzimat diharapkan akan memberikan hak sama rata kepada warga negara bukan Islam (Kristian) dalam aspek ekonomi dan jaminan keselamatan. Dasar ini juga bertujuan menyelamatkan kerajaan Uthmaniyah ekoran kelemahan yang wujud dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran dan ia dilaksanakan dalam Piagam Hetti Humayyun. 3.2 Walau bagaimanapun, dasar ini dianggap suatu kegagalan kerana pengaruh Barat dilihat telah meresap dalam pentadbiran kerajaan. Situasi bertambah buruk disebabkan lahirnya pembesar pro-Barat, terikat dengan sistem kapitalis dan budaya hidup dipengaruhi Barat. 3.3 Situasi-situasi sebeginilah yang membawa kepada terbentuknya gerakan untuk membentuk negara bangsa Turki. 4 Pelibatan kerajaan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama (1914 – 1918) 4.1 Kekalahan sekutu Turki dalam Perang Dunia Pertama telah mempercepat lagi pembentukan negara bangsa Turki. Golongan Turki Muda memainkan peranan penting melibatkan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama. 4.2 Kekalahan demi kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam beberapa siri peperangan sehingga terpaksa menandatangani beberapa perjanjian yang merugikan kerajaan menyebabkan rakyat turut mempertikaikan kemampuan sultan untuk mentadbir negara. 5 Gerakan nasionalisme Arab 5.1 Kuasa barat meniupkan semangat nasionalisme dalam kalangan pemimpin Arab, meniupkan fahaman bangsa Turki tidak layak menguasai dunia sekiranya dibandingkan dengan bangsa Arab. Hasilnya, muncul dua keluarga, iaitu keluarga Saud di Najd dan Shariff Hussain di Hijaz yang bersikap anti-Uthmaniyah. 5.2 Keengganan taat kepada Turki Uthmaniyah terserlah apabila sanggup mengorbankan maruah dengan menjadi tali barut kepada pihak Barat yang menaja gerakkan nasionalisme melalui pertubuhan al-Ittihad wa al-Taraqqi yang melaungkan konsep Pan Turkinisme yang merupakan idea mempercepat penubuhan negara bangsa Turki. 6 Peranan dan tekanan kuasa-kuasa Barat 6.1 Tekanan kuasa-kuasa imperialis seperti Britian, Perancis dan Rusia, Jerman dan Austria-Hungary bersaing antara satu sama lain untuk menguasai kekayaan Turki Uthmaniyah mempercepat lagi pembentukan negara bangsa Turki. Hal ini demikian kerana kerajaan Turki Uthmaniyah kaya dengan sumber ekonomi terutamanya petroleum. Kuasa-kuasa besar itu turut bergabung untuk menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah. 6.2 Selain itu, bagi mereka semakin luas wilayah yang dikuasai, semakin tinggi sanjungan yang diperoleh kuasa-kuasa Barat. Peluasan tanah jajahan dan penaklukan melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut. 6.3 Pelibatan kerajaan Turki dengan sistem ekonomi kapitalis Barat turut membebankan kerajaan akibat peningkatan hutang untuk membiayai dasar Tanzimat, konflik di Balkan dan juga pembinaan Terusan Suez yang akhirnya membawa padah kepada ekonomi negara. Tindakan kuasakuasa Barat tersebut turut mempercepat ke arah pembentukan negara bangsa Turki oleh golongan nasionalis melalui dasar Turkifikasi, Pan Islamisme dan sebagainya. 6.4 Tindakan kuasa-kuasa Barat menghasut penduduk minoriti dan melakukan provokasi di wilayahwilayah kekuasaan juga membawa kepada pembentukan negara bangsa Turki. Pihak Barat juga menghasut penduduk bukan Islam di wilayah Turki Uthmaniyah untuk memberontak. 6.5 Dendam merupakan punca negara-negara Eropah ingin menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah untuk merebut wilayah-wilayah dan harta peninggalannya. Kesannya, lahir gerakan antiUthmaniyah di Balkan dan Armenia yang didokong oleh kuasa-kuasa besar. Ketidaksetiaan penduduk minoriti dengan melakukan pemberontakan dan pengkhianatan telah mendorong pemimpin nasionalis Turki untuk mewujudkan negara bangsa Turki. 7 Kewujudan Institusi pendidikan Kristian dan persatuan kebajikan yang dinaungi oleh gereja Barat 7.1 Merupakan pengaruh luaran yang menyokong gerakan Turki Muda seperti Shibli Shumayyil, iaitu seorang Kristian sekular yang menggalakkan pembentukan masyarakat yang waras dan adil, unsur-unsur agama dan negara dipisahkan (sekularisme). PENERBIT MAHIR SDN BHD
J26 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 7.2 Begitu juga dengan pembaharuan yang dilaksanakan pada zaman Sultan Abdul Hamid II menyebabkan banyak sekolah dan institusi pengajian tinggi telah didirikan. Ramai dalam kalangan pelajar dihantar ke Eropah. Keadaan ini menyebabkan idea-idea baharu dari Barat seperti nasionalime, negara bangsa dan sekularisme mulai meresap dalam kalangan cerdik pandai Turki. Kesimpulan 1 Peranan golongan Turki Muda sememangnya menjadi faktor utama pembentukan negara bangsa Turki pada abad ke-20. Gerakan ini seolah-olah berwatak seperti pejuang tulen, namun di sebalik itu, mempunyai matlamat tersendiri bagi melemahkan kerajaan berkhalifah sebaliknya bersekongkol dengan kuasa Barat berikutan kuatnya fahaman sekularisme yang mempengaruhi perjuangan golongan ini. 2 Kelemahan kerajaan Uthmaniyah, tersebarnya nasionalisme Arab dan tekanan kuasa Barat mempercepat lagi pembentukan negara bangsa Turki, sekali gus membentuk kerajaan republik Turki. CATATAN Pastikan calon mengemukakan fakta berkaitan dengan peranan golongan Turki Muda terlebih dahulu. Jika tidak berbuat demikian, calon tidak layak mendapat markah cemerlang. PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM AKRAM 2023 SEMESTER 3 1 Sebelum campur tangan British, masyarakat Melayu telah mempunyai sistem pembesar yang sistematik dan teratur. Huraikan hierarki pembesar dan tugas-tugas yang berkaitan dengannya. Pengenalan 1 Sehingga pertengahan abad ke-19, para pembesar memainkan peranan penting dalam sistem politik di Tanah Melayu. Sistem pembesar yang diamalkan di Tanah Melayu berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka. 2 Hierarki pembesar di Tanah Melayu terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu pembesar pusat, pembesar daerah dan pembesar kampung yang menduduki lapisan paling rendah. Setiap pembesar mempunyai peranan yang tersendiri dalam politik, ekonomi dan sosial. Isi-isi Penting 1 Pembesar pusat 1.1 Pembesar pusat menduduki hierarki tertinggi dan mempunyai kuasa yang lebih besar berbanding dengan pembesar daerah dan pembesar kampung. Hal ini demikian kerana pembesar pusat bertugas di istana atau di ibu kota yang merupakan pusat pentadbiran. Justeru itu, mereka mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan sultan dan kerabat diraja serta mempunyai pengaruh yang sangat kuat di istana. 1.2 Pembesar pusat merupakan tonggak utama dalam pentadbiran sesebuah negeri. Mereka memonopoli segala kuasa politik dalam kerajaan. 1.3 Antara peranan pembesar pusat ialah melantik raja dan pengganti raja. Contohnya, di Negeri Sembilan yang mengamalkan Adat Perpatih, Undang Berempat, iaitu Undang Sungai Ujong, Undang Rembau, Undang Jelebu dan Undang Johol berhak memilih dan melantik sesiapa sahaja daripada kalangan kerabat diraja untuk menjadi Yamtuan Besar Negeri Sembilan. Manakala, di Perak yang mengamalkan Sistem Giliran, pembesar mempunyai kuasa untuk memilih dan melantik pengganti raja daripada kalangan putera raja yang disukai oleh mereka. Hal ini terbukti apabila mereka bertindak mengisytiharkan Raja Ismail yang ketika itu menjadi Raja Bendahara sebagai Sultan Perak dengan mengetepikan Raja Abdullah yang menjadi Raja Muda ketika itu. 1.4 Golongan pembesar pusat juga berperanan sebagai penasihat raja atau Ahli Jemaah Penasihat Sultan. Contohnya pada tahun 1800, Sultan Kelantan, iaitu Sultan Muhammad I telah melantik tujuh orang pembesar untuk memudahkan dan melicinkan jentera pentadbiran. Sultan Abu Bakar yang memerintah Johor juga telah melantik Jemaah Menteri untuk menasihati baginda dalam pentadbiran negeri. 1.5 Dalam bidang politik, pembesar pusat memainkan peranan penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Contohnya, Jemaah Menteri Peperangan di Kelantan menguruskan hal ehwal peperangan, ketenteraan, pertahanan dan keamanan. 1.6 Dari aspek ekonomi, pembesar pada peringkat pusat bertanggungjawab untuk memastikan urusan perdagangan dalam negeri berjalan dengan lancar. Mereka menentukan timbangan dan sukatan yang betul dan seragam. 1.7 Golongan ini juga bertanggungjawab untuk menjaga perairan daripada pencerobohan lanun, mengawal para pedagang, menjaga hal ehwal pedagang asing, menyediakan tempat perniagaan dan menyediakan kemudahan gudang untuk menyimpan barang-barang. 2 Pembesar daerah 2.1 Pembesar daerah menduduki hierarki kedua selepas pembesar pusat. Mereka bertugas di luar istana, iaitu mentadbir daerah atau jajahan yang dipanggil “kawasan pegangan”. 2.2 Mereka dilantik oleh sultan dalam upacara penganugerahan melalui pemberian surat tauliah, sebilah pedang, cap mohor dan daerah atau tanah pegangan. Hal ini bermakna pembesar tersebut telah diberi kewibawaan dan kepercayaan untuk mentadbir daerah atau tanah pegangannya sebagai wakil sultan. Contohnya. Dato’ Bahaman menguasai Semantan dengan gelaran Orang Kaya Semantan, Tok Gajah mentadbir Pulau Tawar dan Ngah Ibrahim menguasai Larut. PENERBIT MAHIR SDN BHD
J27 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 2.3 Pembesar daerah berperanan memelihara keamanan di kawasan pegangannya. Pembesar akan mempertahankan daerahnya daripada ancaman musuh dengan kekuatan tenteranya sendiri. Oleh itu, pembesar memerlukan sokongan dan taat setia yang tidak berbelah bahagi daripada rakyat di kawasan pegangannya. 2.4 Pembesar daerah juga bertanggungjawab menyediakan dan membekalkan tenaga tentera kepada sultan untuk mempertahankan negara dan juga untuk ekspedisi memperluas wilayah. 2.5 Untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat, pembesar daerah berkuasa menjatuhkan hukuman terhadap kes-kes jenayah di daerah mereka. Walau bagaimanapun, hukuman mati hanya boleh dijatuhkan oleh sultan. 2.6 Golongan pembesar bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan dan memastikan seluruh penduduk di kawasannya menumpahkan taat setia kepada sultan. 2.7 Golongan pembesar memainkan peranan dalam bidang ekonomi. Mereka diberi surat tauliah oleh sultan untuk memungut cukai. Pembesar yang diserahkan sesuatu kawasan diberi hak untuk mengutip cukai dari kawasan pegangan tersebut atau dipanggil kawasan pemakanannya. Sebahagian daripada hasil kutipan akan digunakan dan sebahagian lagi akan diserahkan kepada sultan sebagai lambang kesetiaan. Para pembesar daerah juga bebas menjalankan kegiatan ekonomi mereka sendiri dengan kebenaran sultan. Hal ini menyebabkan kadangkala pembesar daerah lebih kaya, berkuasa dan berwibawa di kawasan masing-masing berbanding dengan sultan. Mereka menguasai sumber ekonomi yang terdapat dalam kawasan pegangannya seperti hasil galian dan hasil hutan serta hasil-hasil eksport yang lain. 2.8 Mereka juga melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan. Namun, mereka tidak terlibat secara langsung sebaliknya menjadi pengeluar modal dengan izin sultan. Perniagaan dan perdagangan pembesar diuruskan oleh wakil-wakilnya yang dikenali sebagai kiwi. 2.9 Pembesar juga berkuasa melaksanakan sistem kerah. Pembesar bertanggungjawab untuk mengarahkan tenaga rakyat untuk melakukan pelbagai kerja secara percuma seperti membina istana, membuka tanah, membina kapal dan sebagainya. 2.10 Golongan pembesar juga wajib melaksanakan istiadat menjunjung duli kepada raja. Menjunjung duli bermaksud bersedia memberikan khidmat kepada raja apabila diperlukan. Istiadat menjunjung duli dilakukan di balairung seri apabila menghadap dan menyembah sultan. Contohnya, di Kedah, pembesar akan menjunjung duli semasa hari raya. 2.11 Selain itu, pembesar juga menjadi orang perantaraan yang menghubungkan rakyat dengan sultan. Semua titah perintah raja disampaikan kepada rakyat melalui pembesar. 3 Pembesar peringkat kampung / penghulu 3.1 Pembesar peringkat kampung juga dikenali sebagai penghulu atau penggawa atau tok kweng. 3.2 Merupakan pembesar paling rendah kedudukannya dan berada di bawah kawalan pembesar daerah. Namun, mereka dilantik oleh sultan melalui pemberian surat tauliah. 3.3 Antara peranan penghulu ialah menjaga keamanan kampung dan menyelesaikan segala pertikaian yang berlaku dalam kalangan penduduk kampung. Contohnya, di Negeri Sembilan, Lembaga menjaga keselamatan dan keamanan kawasan anak buahnya. 3.4 Penghulu juga berperanan memastikan rakyatnya menumpahkan taat setia kepada sultan. 3.5 Dari aspek ekonomi, penghulu berperanan memungut cukai di kawasan pemakanannya dan dibenarkan menyimpan sebanyak 10% untuk kegunaan sendiri. 3.6 Mereka juga bertanggungjawab menguruskan hal ehwal tanah seperti membahagikan tanah kepada pemohon yang layak. 3.7 Selain itu, melalui sistem kerah, penghulu berperanan menyediakan buruh daripada kalangan rakyat untuk membuat kerja-kerja raja dan menjadi tentera sekiranya berlaku peperangan. 3.8 Akhirnya, penghulu menjadi perantara antara penduduk kampung dengan pembesar daerah. Kesimpulan 1 Golongan pembesar memainkan peranan penting sebagai penggerak dalam sistem pemerintahan di negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British. 2 Namun, campur tangan British dan pengenalan Sistem Residen menjelang tahun 1870-an telah menjejaskan kedudukan politik, ekonomi dan sosial pembesar Melayu. 3 Walau bagaimanapun, perkhidmatan sebahagian pembesar Melayu seperti penghulu dikekalkan oleh British untuk membantu pegawai-pegawai British dan mendapatkan sokongan daripada rakyat. CARA PEMARKAHAN: 1 Sangat cemerlang – calon mesti menghuraikan ketiga-tiga hierarki dan huraian sangat lengkap [17 – 20 markah]. 2 Sekiranya calon menghuraikan dua hierarki sahaja tetapi huraian lengkap markah berada pada tahap kepujian [10 – 13 markah]. 3 Jika calon menghuraikan satu hierarki tetapi sangat lengkap, markah sekitar [7 – 8 markah]. 2 Jelaskan peranan golongan intelektual dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu hingga tahun 1940-an. Pengenalan Pada tahun 1930, golongan intelektual memainkan peranan penting dalam memberikan kesedaran kepada orang Melayu agar orang Melayu mempertahankan hak-hak mereka sendiri dengan memajukan diri dalam politik dan pendidikan. PENERBIT MAHIR SDN BHD
J28 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Isi-isi Penting 1 Golongan intelektual berpendidikan Islam 1.1 Golongan intelektual berpendidikan Islam mendapat pendidikan di Timur Tengah khususnya di Universiti al-Azhar, Mesir. 1.2 Di sana, mereka terpengaruh dengan perjuangan Pan-Islamisme yang dicetuskan oleh Syed Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh. 1.3 Setelah pulang ke Tanah Melayu, mereka membawa idea-idea Pan-Islamisme yang menekankan perlunya pembaharuan Islam bagi menyelesaikan kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh umat Islam dan masyarakat Melayu. 1.4 Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda. Antara pelopornya ialah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Syeikh Muhammad Salim al-Kalili dan lain-lain. 1.5 Mereka menyampaikan idea di madrasah dan melalui akhbar seperti Neracha dan al-Imam. 1.6 Golongan intelektual berpendidikan Islam telah membawa satu perubahan dengan mencadangkan kesederhanaan dalam aspek mengejar kemajuan akhirat dan kemajuan dunia. Orang Islam diminta memperbaik ekonomi mereka supaya tidak terus berada dalam kepincangan. 2 Golongan intelektual berpendidikan Inggeris 2.1 Pada pertengahan abad ke-20, golongan intelektual berpendidikan Inggeris mula memainkan peranan penting. 2.2 Intelektual berpendidikan Inggeris seperti Raja Chulan, Dato’ Onn Jaafar dan Dato’ Abdullah bin Haji Dahlan telah menyedarkan orang Melayu tentang keperluan meningkatkan ekonomi orang Melayu supaya dapat bersaing dengan orang Cina, peluang orang Melayu untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam serta peluang untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat universiti di Britain. 2.3 Mereka menyebarkan idea-idea perjuangan melalui kesatuan dan persatuan Melayu seperti Persatuan Melayu Selangor. 2.4 Golongan intelektual berpendidikan Inggeris telah menggalakkan pertumbuhan persatuan-persatuan dan kelab-kelab seperti Persatuan Melayu Perak pada tahun 1936, Persatuan Melayu Pahang dan Persatuan Melayu Negeri Sembilan pada tahun 1938. 2.5 Tujuan utama penubuhan persatuan negeri adalah untuk menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan. 3 Golongan intelektual berpendidikan Melayu 3.1 Antara golongan Intelektual berpendidikan Melayu adalah seperti Harun Aminurrashid, Ibrahim Haji Yaacob dan Ahmad Boestamam. 3.2 Pendekatan golongan ini lebih radikal jika dibandingkan dengan golongan berpendidikan Timur Tengah dan Inggeris. 3.3 Golongan ini telah mengubah corak perjuangan orang Melayu daripada bersifat sederhana kepada agresif, iaitu sikap tidak bekerjasama dan menentang pihak British. 3.4 Mereka menggunakan idea baharu, iaitu penyatuan dengan Indonesia dalam satu gabungan yang digelar Melayu Raya atau Indonesia Raya. 3.5 Mereka menggunakan idea baharu ini untuk memajukan orang Melayu dan menolak British. 3.6 Contohnya, Ibrahim Haji Yaacob telah menubuhkan Belia Malaya pada tahun 1930 yang bertujuan memajukan dan meningkatkan taraf kehidupan orang Melayu dan menentang British. 3.7 Pembubaran Belia Malaya telah menjadi asas kepada penubuhan Kesatuan Melayu Muda, iaitu parti politik pertama yang berhaluan kiri oleh Ibrahim Haji Yaacob pada tahun 1938. Tujuan penubuhannya adalah untuk menggalakkan perpaduan dalam kalangan pemuda Melayu dan meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu. Kesatuan Melayu Muda juga mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan British. Kesimpulan 1 Ketiga-tiga golongan intelektual ini memainkan peranan untuk menyatukan orang-orang Melayu dan menggalakkan orang Melayu meningkatkan taraf ekonomi mereka supaya dapat memperjuangkan hak orang-orang Melayu daripada British. 2 Secara keseluruhannya, golongan intelektual memainkan perana penting dalam mewujudkan perpaduan orang Melayu dengan meningkatkan taraf hidup mereka. 3 Golongan intelektual berpendidikan Melayu lebih radikal dalam perjuangan membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman British. CARA PEMARKAHAN: 1 17 – 20 markah – calon mestilah memberikan ketiga-tiga golongan intelektual dan huraian luas dan mendalam. 2 10 – 13 markah – calon memberikan dua golongan intelektual dan huraian luas tetapi kurang mendalam. 3 7 – 8 markah – calon memberikan satu golongan intelektual dan huraian luas dan mendalam. 4 5 markah ke bawah – calon memberikan satu golongan intelektual dan hanya “menyebut”. 3 Dasar Bahasa Kebangsaan dari tahun 1956 hingga tahun 1990 telah berjaya membentuk perpaduan kaum di Malaysia. Bincangkan. Pengenalan 1 Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dilaksanakan dengan berasaskan undang-undang negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan (Perkara 152) dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963. 2 Akta Bahasa Kebangsaan (ABK) 1961 dan 1963 bertujuan merealisasikan Perkara 152(1) Perlembagaan Negara yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dalam segala urusan awam. PENERBIT MAHIR SDN BHD
J29 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 3 Ia selaras dengan berfokuskan isu perpaduan pasca penubuhan Malaysia, terutamanya bagi mencapai integrasi Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. 4 Dasar Bahasa Kebangsaan disediakan untuk menyokong matlamat pembangunan negara yang meletakkan perpaduan sebagai jaminan kejayaan. 5 Selain Perlembagaan Persekutuan, penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka dan pelancaran pelbagai program bahasa juga merupakan usaha-usaha kerajaan di bawah Dasar Bahasa Kebangsaan. 6 Walau bagaimanapun, terdapat usaha-usaha lain seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berjaya memainkan peranan membentuk perpaduan kaum di Malaysia. Isi-isi Penting 1 Perkara 152 – Perlembagaan Persekutuan 1.1 Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152. 1.2 Di bawah peruntukan ini, sebagai bahasa kebangsaan, Bahasa Melayu mesti digunakan untuk maksud rasmi dan dalam bentuk tulisan yang ditetapkan oleh undang-undang Persekutuan. 1.3 Walau bagaimanapun, Perkara 152 juga berperanan melindungi kedudukan bahasa-bahasa lain dan memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun dilarang atau dihalang daripada menggunakannya untuk belajar, mengajar atau mengamalkan. 1.4 Justeru itu, peruntukan perlembagaan ini menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama yang digunakan dalam urusan rasmi sekali gus membolehkannya memainkan peranan sebagai alat untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara kita. 2 Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2.1 DBP yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 merupakan sebuah badan berkanun yang berperanan menggerakkan dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. 2.2 Peranan DBP adalah untuk memupuk dan memperkaya bahasa kebangsaan, memperluas bidang pengetahuan masyarakat terhadap penggunaan dan perkembangan bahasa Melayu serta menerbitkan buku-buku ilmiah dalam pelbagai disiplin ilmu dalam bahasa Melayu. 2.3 Justeru, penubuhan DBP antara usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam memantapkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. 3 Usaha-usaha lain 3.1 Pelancaran program “Bulan Bahasa” dan “Minggu Bahasa” bertujuan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. 3.2 Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1970 yang menjadikan bahasa Melayu sebagai pengantar utama membuktikan bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu. 3.3 Kempen “Cintailah Bahasa” dilancarkan pada 11 Disember 1987 untuk mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi utama masyarakat pelbagai kaum. 3.4 Mulai tahun 1990, bahasa Melayu mulai digunakan dalam perbicaraan di mahkamah. 3.5 Kesimpulannya, terdapat pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 3.6 Hal ini demikian kerana bahasa Melayu telah menjadi wahana perpaduan masyarakat pelbagai kaum sekali gus bagi pembangunan negara dan bangsa Malaysia. Penggubalan Dasar Pendidikan 1 Penyata Razak 1956 1.1 Pada tahun 1956, kerajaan telah membentuk Penyata Jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein selaku Menteri Pelajaran ketika itu. Hasil laporan itu dikenali sebagai Penyata Razak. 1.2 Antara usul yang dikemukakan ialah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa teras perpaduan dan bahasa kebangsaan di Malaysia. 1.3 Antaranya ialah bahasa Melayu mestilah diajar di semua sekolah Bahasa Melayu dijadikan satu mata pelajaran yang mustahak untuk mendapat Sijil Rendah dan Sijil Pelajaran Kebangsaan. 1.4 Tuntasnya, Laporan Razak tidak membelakangkan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil apabila digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah jenis umum. 1.5 Jelaslah di sini bahawa saranan Penyata Razak agar menggunakan bahasa sebagai wadah meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk pelbagai kaum yang berbeza keturunan, agama dan kebudayaan dalam sebuah negara dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 2 Laporan Rahman Talib 2.1 Laporan Rahman Talib yang dikemukakan pada tahun 1961. Laporan ini adalah langkah untuk merealisasikan hasrat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan selaras dengan penekanan terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Di samping itu, menjadi asas dalam mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia. 2.2 Antara usul yang dikemukakan dalam Laporan Rahman Talib ialah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada semua peringkat pendidikan, peperiksaan umum sekolah menengah dijalankan dalam bahasa Melayu dan syarat wajib lulus bahasa kebangsaan bagi Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) sejak tahun 1962. 2.3 Impaknya, lebih ramai guru terlatih dalam bahasa kebangsaan telah ditambah serta pembukaan sekolah-sekolah menengah seperti Sekolah Alam Shah, Sekolah Sri Puteri dan Sekolah Sultan Abdul Halim yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. PENERBIT MAHIR SDN BHD
J30 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 3 Akta Pelajaran 1961 3.1 Bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kerajaan telah mengisytiharkan beberapa akta yang berkaitan dengan kepentingan bahasa berkenaan dari sudut perundangan. 3.2 Melalui Akta Pelajaran 1961, bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa ilmu apabila menggariskan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. 3.3 Mengikut tafsiran seksyen 2 Akta Pelajaran 1966, bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Kesimpulan Jelaslah, Dasar Bahasa Kebangsaan dari tahun 1956 hingga tahun 1990 telah berjaya membentuk perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan kaum ini diperkukuh lagi melalui pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan. CARA PEMARKAHAN: 1 17 – 20 markah – calon perlu membincangkan dasar Bahasa Kebangsaan dan dasar-dasar lain sama ada Dasar Kebudayaan Kebangsaan atau Rukun Negara. 2 Markah kepujian sekiranya calon menjawab Dasar Bahasa Kebangsaan dengan lengkap dan dasar lain tidak meluas dan mendalam. 3 Lulus sekiranya calon membincangkan dasar Bahasa Kebangsaan dengan luas dan mendalam. 4 Bincangkan ciri-ciri ekonomi yang terdapat di Vietnam sebelum berlaku peluasan kuasa Perancis. Pengenalan 1 Sistem ekonomi di Vietnam sebelum berlakunya peluasan kuasa Perancis dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ekonomi tradisional atau sara diri dan ekonomi komersil. 2 Ekonomi tradisional di Vietnam telah bermula lebih awal bagi memenuhi keperluan diri dan keluarga. 3 Perkembangan ekonomi yang berlaku di Vietnam membawa kepada pengenalan ekonomi komersial yang bermatlamatkan keuntungan. Kedua-dua ekonomi ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Isi-isi Penting Ciri ekonomi tradisional 1 Diusahakan secara kecil-kecilan untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga. 1.1 Antara ciri ekonomi tradisional di Vietnam ialah diusahakan secara kecil-kecilan bagi memenuhi keperluan diri dan keluarga. Contohnya, masyarakat Vietnam mengusahakan penanaman padi secara kecil-kecilan yang bertumpu di Delta Mekong dan Delta Song-koi (Sungai Merah). 1.2 Tanaman lain yang turut diusahakan ialah ubi keledek, jagung, kekacang dan buah-buahan. Jika terdapat lebihan, hasil tersebut akan ditukarkan bagi mendapatkan barang keperluan lain. 2 Penggunaan teknologi tradisional 2.1 Masyarakat Vietnam pada abad ke-19 menggunakan teknologi tradisional dalam menjalankan kegiatan ekonomi yang bersifat primitif. Penggunaan teknologi moden sangat terhad. 2.2 Misalnya, dalam kegiatan pertanian, kebanyakan kerja-kerja dikendalikan oleh tenaga manusia dan dibantu oleh tenaga binatang. Contohnya, lembu dan kerbau digunakan untuk menarik tenggala bagi kerja-kerja menggembur dan membajak tanah sebelum digunakan untuk bercucuk tanam. Tenaga kerbau digunakan di kawasan tanah-tanah berlumpur untuk mengerjakan tanah sawah. 2.3 Selain itu, alatan pertanian tradisional seperti sabit, penyisir, cangkul dan tajak digunakan dalam penanaman padi di Vietnam. 2.4 Petani juga menggunakan teknologi pengairan tradisional untuk mengairi kawasan pertanian. Contohnya, petani bergantung pada sistem parit dan tali air untuk membolehkan penanaman padi dijalankan dua kali setahun. 2.5 Walau bagaimanapun, petani di lembah Sungai Mekong lebih bergantung pada air hujan kerana sistem parit dan tali airnya tidak sebaik di Vietnam Utara. Oleh itu, mereka hanya menanam padi setahun sekali sahaja. 2.6 Teknik kawalan air dan sistem roda yang dikendalikan oleh tenaga binatang juga digunakan. 2.7 Jelaslah, penggunaan teknologi tradisional merupakan antara ciri ekonomi tradisional masyarakat Vietnam sebelum berlaku peluasan kuasa Perancis. 3 Sistem pertukaran barang 3.1 Pertukaran barang berlaku antara kampung, di pekan atau di bandar bergantung pada keperluan penduduk. 3.2 Misalnya, berlaku pertukaran barang antara kampung yang mengeluarkan beras dengan kampung nelayan. 3.3 Pertukaran barang juga berlaku antara penduduk yang tinggal di kawasan dataran rendah dengan penduduk dataran tinggi. Kawasan dataran tinggi membawa barangan seperti kayu dan buluh untuk ditukarkan dengan ikan kering, garam dan kapur yang dikeluarkan oleh penduduk dataran rendah. Ciri ekonomi komersial 1 Hasil pertanian sebagai sumber eksport 1.1 Tanaman padi yang diusahakan secara besarbesaran membolehkan Vietnam memasuki pasaran antarabangsa apabila beras menjadi barang dagangan utama. 1.2 Beras telah menyumbang sebanyak 65 peratus daripada nilai eksport Vietnam dan meliputi kawasan penanaman seluas hampir 85 peratus. 1.3 Kawasan penanaman padi utama ialah di Lembah Songkoi (Sungai Merah) dan Lembah Mekong. Manakala, Cholon pula menjadi pusat pengeluaran beras Vietnam dan merupakan pasaran beras utama dunia. 2 Penggunaan teknologi moden 2.1 Penggunaan teknologi moden merupakan salah satu ciri ekonomi komersial di Vietnam. Contohnya, dalam kegiatan pertanian, sistem pengairan dan sistem kawalan air yang baik sangat PENERBIT MAHIR SDN BHD
J31 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) penting untuk mengusahakan pertanian secara komersial. 2.2 Petani Vietnam menggunakan teknologi pengairan yang dibawa dari China ke Vietnam. Hal ini membolehkan penanaman padi dapat dijalankan dua kali setahun. Malah, penanaman padi secara komersial dijalankan di kawasan baharu, iaitu Tongkin dan Annam. 2.3 Selain itu, kemajuan pertanian komersial juga disebabkan oleh sistem kawalan air yang baik. Contohnya, pembinaan benteng bertujuan menghalang limpahan air dari Sungai Song-Koi ke kawasan pertanian. 3 Pelaburan modal yang besar 3.1 Dengan adanya modal yang besar, pertanian secara komersial dapat dimajukan. 3.2 Sebahagian besar modal untuk kegiatan ekonomi di Vietnam datangnya daripada saudagar-saudagar Cina dan Eropah. Hasilnya, mereka telah berjaya menguasai kegiatan mengeksport beras pada abad ke-19. 3.3 Pemodal asing juga berjaya menguasai sebahagian besar tanah pertanian di Vietnam yang diusahakan tanaman komersial secara besar-besaran. Kesimpulan 1 Walaupun berlaku perkembangan dalam sistem ekonomi di Vietnam, namun penduduk tempatan tidak mendapat banyak faedah daripada ekonomi komersial yang dijalankan. 2 Hal ini demikian kerana saudagar Cina dan Eropah telah memonopoli kegiatan ekonomi manakala tuan tanah tempatan pula memeras penyewa-penyewa tanah. 3 Kesannya, penduduk tempatan terpinggir daripada arus pembangunan ekonomi. 4 Keadaan menjadi semakin parah dengan kemasukan penjajah yang mengeksploitasi kekayaan hasil bumi sehingga membangkitkan penentangan rakyat Vietnam terhadap penjajahan Perancis. CARA PEMARKAHAN: 1 Sangat cemerlang – calon memberikan empat hingga lima isi, iaitu gabungan ciri ekonomi sara diri dan ciri ekonomi komersial. 2 Lulus sekiranya calon memberikan empat isi (gabungan ciri ekonomi sara diri dan ciri ekonomi komersial tetapi huraian tidak meluas dan mendalam. 3 Gagal sekiranya calon memberikan ciri ekonomi sara diri atau ciri ekonomi komersial sahaja. 5 Huraikan cara-cara peluasan kuasa Belanda di Indonesia pada abad ke-19. Pengenalan Peluasan pengaruh Belanda di Indonesia semakin kukuh pada akhir abad ke-18 apabila berjaya menguasai Pulau Jawa. Belanda mula meluaskan kuasa ke pulau-pulau luar bagi melindungi kepentingannya di Indonesia. Terdapat dua cara Belanda meluaskan kuasa di Indonesia, iaitu melalui peperangan dan perjanjian. Isi-isi Penting Peperangan 1 Perang Jawa (1825 – 1830) 1.1 Di Pulau Jawa, peperangan tercetus akibat penindasan yang dilakukan oleh Belanda dalam bidang ekonomi. 1.2 Tindakan Gabenor Van Der Capellan membatalkan kontrak sewa tanah telah menimbulkan perasaan tidak puas hati golongan pembesar. Contohnya, Dipo Negora yang telah kehilangan sumber pendapatan. Golongan pembesar menghadapi kesulitan dalam menyelesaikan hutang dan petani pula hilang pekerjaan. 1.3 Selain itu, tindakan Belanda mengenakan pelbagai cukai telah membangkitkan kemarahan penduduk tempatan. 1.4 Tambahan pula, pungutan cukai yang dilakukan oleh orang Cina adalah lebih tinggi daripada kadar yang ditetapkan oleh kerajaan. 1.5 Selain itu, Belanda juga mengenakan tol ke atas orang tempatan yang melalui tanah kerajaan. Tindakan ini telah menambahkan kesengsaraan dan kesulitan kepada penduduk yang akhirnya menyebabkan tercetusnya Perang Jawa. 1.6 Perang Jawa juga berlaku disebabkan masalah pewarisan takhta. Diponegora tidak berpuas hati kerana tidak dilantik sebagai pemerintah Jogjakarta. 1.7 Beliau juga menentang Belanda kerana Belanda tidak mengiktiraf beliau sebagai ketua agama Islam di seluruh Pulau Jawa. 1.8 Beliau berasa terhina kerana Belanda telah membina jalan raya merentasi tanah miliknya dan di situ terletak makam nenek moyangnya. Beliau ingin menegakkan keadilan dan membela nasib orang Islam di Pulau Jawa. 1.9 Tindakan ini membawa kepada Perang Jawa. 2 Perang Jambi (1858) 2.1 Jambi pernah menjalinkan hubungan dengan Belanda pada abad ke-18. 2.2 Pada tahun 1833, Belanda cuba menegakkan semula kuasanya di Jambi dengan memaksa perjanjian dengan Sultan Muhammad Fakruddin. 2.3 Sultan Jambi baharu, iaitu Sultan Thaha enggan mengakui ketuanan Belanda. 2.4 Pada tahun 1858, Belanda menyerang Jambi. Kesannya, Sultan Thaha kalah dan berundur ke pedalaman. 2.5 Sultan Ahmad Zainuddin mengundurkan diri daripada takhta dan menyerahkannya kepada Residen Palembang pada tahun 1901 dan berakhirlah Kesultanan Jambi. 3 Perang di Banjarmasin (1859 – 1863) 3.1 Berpunca daripada perkembangan kegiatan perlombongan arang batu. 3.2 Perebutan kawasan perlombongan menyebabkan berlakunya perang antara Belanda dengan sultan Banjarmasin. 3.3 Belanda menang dalam peperangan dan dapat menguasai Banjarmasin. PENERBIT MAHIR SDN BHD
J32 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 4 Perang Acheh (1873 – 1903) 4.1 Bertujuan menghapuskan kegiatan lanun di perairan Acheh. 4.2 Belanda juga bimbang kuasa-kuasa lain akan mengambil Acheh. 4.3 Belanda ingin menguasai perdagangan di Acheh. 4.4 Belanda dapat bergerak bebas di Acheh kerana mengikut Perjanjian Sumatera 1871. 4.5 Pada April 1873, angkatan tentera Belanda menyerang Acheh di bawah pimpinan Mejar General J.H.R Kohler dan Acheh menang dalam peperangan ini. 4.6 Pada tahun1893, Gabenor Jeneral Van Der Wijik menyerang gerila Acheh dan akhirnya Acheh telah mengalami kekalahan sepenuhnya pada tahun 1903. Perjanjian 1 Perjanjian Sumatera 1.1 Perjanjian ini dimeterai antara Belanda dengan British pada tahun 1871. 1.2 Pada peringkat awal, Belanda telah mengamalkan dasar berhati-hati di Kepulauan Sumatera. Namun, Perjanjian Sumatera memberikan kebebasan kepada Belanda untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya di Sumatera. 1.3 Hal ini jelas terkandung dalam syarat-syarat Perjanjian Sumatera: • Belanda menyerahkan tanah jajahan mereka di Afrika kepada British. • Belanda bergerak bebas di Indonesia. 1.4 Perjanjian ini telah menyebabkan Belanda berjaya mengukuhkan kuasa di Indonesia. 1.5 Membuka ruang kepada Belanda melancarkan dasar peluasan kuasa secara besar-besaran di Indonesia. 1.6 Malah, meletakkan asas bagi Belanda untuk menguasai seluruh Sumatera dan wilayah Acheh. Kesimpulan Peluasan kuasa Belanda melalui perjanjian dan peperangan telah mewujudkan penguasaan Belanda di Indonesia pada abad ke-19. Dasar peluasan kuasa ini juga akhirnya membawa kepada semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat di Indonesia. CARA PEMARKAHAN: 1 Sangat cemerlang – calon memberikan dua cara dan huraian sangat lengkap. 2 Cemerlang – calon memberikan dua cara tetapi satu cara sahaja huraian sangat lengkap. 3 Lulus – calon menghuraikan satu cara tetapi huraian sangat lengkap. 6 Terangkan bentuk-bentuk pemerintahan sistem republik di Filipina pada abad ke-20. Pengenalan Pada 4 Julai 1946, Republik Filipina telah diisytiharkan. Manual Roxas dilantik sebagai Presiden Republik Filipina yang pertama. Sistem pemerintahan kerajaan ini berbentuk republik demokrasi seakan-akan sistem pemerintahan Kongres Amerika Syarikat. Isi-isi Penting Bentuk pemerintahan Republik di Filpina 1 Presiden 1.1 Presiden dan Naib Presiden dipilih secara langsung oleh rakyat melalui pilihan raya bagi tempoh enam tahun atau sepenggal. 1.2 Presiden berkuasa terhadap Badan Eksekutif, menjadi ketua tertinggi pasukan angkatan tentera, berkuasa melantik Ketua Jabatan, biro dan pegawai-pegawai kerajaan. Presiden juga berkuasa mengadakan pengawasan umum terhadap kerajaan tempatan. 1.3 Presiden mempunyai kuasa veto dalam Kongres. Dengan kuasa veto tersebut, Presiden berhak membatalkan sebarang usul rang undang-undang. Namun demikian, kongres mempunyai hak membatalkan veto Presiden dengan undian dua pertiga ahli Kongres. 2 Badan Legislatif 2.1 Terletak di bawah kuasa Kongres. Kongres terdiri daripada Dewan Senat dan Dewan Perwakilan. Anggota Dewan Senat berjumlah 24 orang anggota. Mereka berkhidmat bagi tempoh enam tahun sepenggal. 2.2 Dewan Perwakilan mempunyai 120 orang perwakilan yang dipilih oleh rakyat. Mereka dipilih melalui pilihan raya bagi tempoh empat tahun. 2.3 Selain berfungsi sebagai Badan Perundangan tertinggi negara, Kongres juga berkuasa mengisytiharkan perang. 3 Pentadbiran tempatan 3.1 Pentadbiran tempatan terdiri daripada pentadbiran wilayah, perbandaran dan bandar raya. 3.2 Pentadbiran tempatan bertujuan melicinkan pentadbiran negara. 3.3 Terdapat 56 wilayah di Filipina. Gabenor mengetuai pentadbiran pada peringkat wilayah. Gabenor, Naib Gabenor dan dua orang ahli Lembaga dipilih melalui pilihan raya untuk tempoh empat tahun. Pegawai-pegawai lain seperti Bendahari dan Audit dilantik oleh Kerajaan Pusat. 4 Peringkat wilayah 4.1 Pada peringkat wilayah, Kongres membentuk sebuah pentadbiran awam dan dikawal oleh Undang-undang Perbandaran. Pegawai-pegawai terdiri daripada Datuk Bandar, Naib Datuk Bandar dan Ahli Majlis. 4.2 Di Filipina terbentuk 39 buah bandar raya berpiagam. Berkuasa mengenakan cukai, membuat ordinan, menyediakan pelaksanaan kerja-kerja awam dan menguruskan keselamatan. Kesimpulan Pendudukan Amerika Syarikat di Filipina telah memberikan latihan berkerajaan sendiri kepada rakyat Filipina sehingga terbentuknya pemerintahan republik demokrasi. Sistem pemerintahan republik membolehkan rakyat Filipina memilih Presiden melalui pilihan raya. Sistem pemerintahan republik yang bercirikan amalan demokrasi kekal sehingga kini. PENERBIT MAHIR SDN BHD
J33 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) CARA PEMARKAHAN: 1 Sangat cemerlang – calon memberikan empat komponen dan huraian sangat lengkap. 2 Cemerlang – calon memberikan empat komponen tetapi tiga komponen sangat lengkap dan satu komponen tidak lengkap. 3 Lulus – calon memberikan empat komponen namun huraian kurang lengkap. PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM AKRAM 2022 SEMESTER 3 1 Bincangkan institusi beraja di negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British. Pengenalan Sistem pemerintahan beraja merupakan sistem pemerintahan tertua di Tanah Melayu. Sebelum campur tangan British, raja memainkan peranan yang amat penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial bagi sesebuah negeri atau kerajaan. Selain itu, raja-raja di negeri-negeri Melayu juga mempunyai kedudukan tersendiri. Isi-isi Penting Kedudukan 1 Berkuasa mutlak 1.1 Kuasa pemutus terletak di tangan raja. 1.2 Pembesar bertindak sebagai penasihat dan pelaksana perintah raja. 1.3 Keputusan raja dibuat berdasarkan nasihat dan perundingan dalam kalangan pembesar negeri. 1.4 Keputusan dibuat oleh raja dan pembesar manakala rakyat hanya menuruti sahaja keputusan tersebut. 2 Membentuk sistem penggantian 2.1 Sistem penggantian raja berbeza-beza mengikut negeri. 2.2 Beberapa negeri mengikut sistem penggantian secara warisan yang diperkenalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka. Contoh, Pahang, Terengganu dan Johor 2.3 Sistem penggiliran diamalkan di Perak, iaitu putera sultan perlu menjadi Raja Dihilir, Raja Bendahara, Raja Muda dan kemudian Sultan. 2.4 Sistem pemilihan secara demokrasi diamalkan di Negeri Sembilan. Pemilihan ketua (Yamtuan Negeri), iaitu dibuat oleh orang bawahan secara permuafakatan. 3 Mempunyai kedudukan istimewa 3.1 Dianggap insan yang paling mulia, suci dan berada dalam hierarki tertinggi masyarakat. 3.2 Menurut agama Hindu, raja adalah paling suci dan dianggap sebagai anak Tuhan. 3.3 Menurut Islam, raja berperanan sebagai khalifah Allah SWT, pemegang amanah Allah SWT. 3.4 Kedudukan istimewa: • Penggunaan bahasa istana – santap, beradu, makam bersiram • Penggunaan pakaian – pakaian warna kuning • Penggunaan alat kebesaran – keris panjang, nobat, rebana, cop mohor 4 Konsep daulat 4.1 Menggambarkan kehebatan dan ketertinggian kedudukan dan kuasa sultan. 4.2 Tidak boleh dicabar oleh mana-mana kuasa. 4.3 Rakyat yang ingkar perintah dianggap sebagai penderhaka. 4.4 Rakyat perlu menunjukkan taat dan setia. Peranan dalam politik 1 Pentadbir negeri 1.1 Ketua kerajaan yang mentadbir secara mutlak. 1.2 Mentadbir negeri dan dibantu oleh pembesar yang dilantik. 1.3 Melaksanakan pentadbiran yang adil. 2 Melantik pembesar 2.1 Memilih dan melantik pembesar pada peringkat pusat, daerah dan kampung untuk membantu menguruskan pentadbiran agar berjalan dengan lancar dan teratur. 2.2 Pembesar yang dilantik terdiri daripada kerabat diraja dan tokoh yang berjasa, mempunyai pengaruh dan disegani. 2.3 Pembesar yang dilantik menerima watikah pelantikan yang mengandungi cop mohor diraja. 2.4 Pembesar berkuasa menguruskan pentadbiran mengikut bidang kuasa yang dinyatakan, berkuasa menjatuhkan hukuman, kecuali hukuman bunuh serta berkuasa memungut cukai. 2.5 Jawatan yang dianugerahkan oleh sultan adalah berbentuk warisan, kecuali di Negeri Sembilan yang dipilih oleh anak buah. 3 Penggubal undang-undang 3.1 Undang-undang digubal bagi memastikan negeri berada dalam keadaan aman dan tenteram. 3.2 Perundangan digubal untuk mempertahankan kedudukan raja agar tidak dicabar oleh manamana pihak yang tidak bertanggungjawab. 3.3 Perundangan digubal bagi memastikan adat istiadat diraja dipertahankan dan diikuti oleh rakyat. 4 Ketua panglima perang 4.1 Pemimpin utama angkatan tentera. 4.2 Mengetuai pasukan tentera bagi mempertahankan negeri dan meluaskan jajahan taklukan. 4.3 Memiliki kemahiran peperangan yang luar biasa. Ilmu peperangan yang tinggi, keberanian dan ketangkasan. 4.4 Kehebatan raja menyebabkan negeri musuh amat takut dan mengakui tunduk kepada baginda. 5 Ketua ekonomi 5.1 Mengawal kegiatan ekonomi. 5.2 Memperkenalkan peraturan agar rakyat menyerahkan hasil pertanian dan perdagangan kepada pemerintah. 5.3 Raja bertindak sebagai pembeli di muka kuala. 5.4 Raja memungut hasil pertanian yang diberikan oleh rakyat sebagai sistem serahan. 5.5 Melantik kiwi untuk mengendalikan perdagangan baginda. PENERBIT MAHIR SDN BHD