The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Koleksi Kertas Percubaan STPM AKRAM Sejarah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Global Mediastreet Sdn Bhd, 2025-03-17 00:43:13

Koleksi Kertas Percubaan STPM AKRAM Sejarah

Koleksi Kertas Percubaan STPM AKRAM Sejarah

J34 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 6 Ketua pungut cukai 6.1 Rakyat menyerahkan cukai kepada raja dalam bentuk hasil pertanian, cukai pelabuhan dan cukai labuh batu. 6.2 Melantik pembesar untuk memungut cukai. 6.3 Hasil cukai dijadikan sumber pendapatan negeri. 7 Memperkenalkan sistem mata wang 7.1 Mata wang diperkenalkan untuk melicinkan urusan perdagangan di pelabuhan. 7.2 Mata wang yang digunakan ialah logam emas, perak dan timah dalam pelbagai bentuk. 7.3 Mata wang syiling pertama ialah semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. 8 Mengamalkan sistem kerahan 8.1 Tidak mempunyai buruh sendiri tetapi di bawah sistem kerahan, boleh mengerah tenaga rakyat untuk bekerja secara percuma. 8.2 Rakyat diawasi oleh pembesar untuk membina istana, parit dan tali air. 9 Ketua agama dan adat 9.1 Memastikan rakyat melaksanakan ajaran Islam yang sebenar. 9.2 Menggubal undang-undang berlandaskan agama dan adat Istiadat Melayu. 9.3 Melantik pembesar istana untuk menguruskan berkaitan dengan adat istiadat Melayu. 10 Melantik pemimpin agama 10.1 Melantik pemimpin agama untuk memastikan rakyat sentiasa patut kepada ajaran Islam serta membimbing rakyat. 10.2 Pemimpin agama yang dilantik dalam kalangan pedagang Arab yang digelar sebagai Maulana, Syeikh atau Syed. 10.3 Menyediakan madrasah dan istana sebagai pusat penyebaran Islam. Kesimpulan Berdasarkan huraian di atas, jelaslah raja mempunyai kedudukan tersendiri dan memainkan peranan yang amat penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British. Namun begitu, peranan raja telah mengalami perubahan selepas British memperkenalkan sistem Residen pada tahun 1874. 2 Nilaikan penentangan orang-orang Melayu terhadap pelaksanaan Gagasan Malayan Union 1946. Pengenalan 1 Malayan Union (MU) merupakan sebuah gabungan negeri-negeri Melayu dengan Negeri-negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British Malaya. 2 Bertujuan menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu di bawah satu sistem pemerintahan berpusat yang diketuai oleh Gabenor. 3 Menurut kerajaan British, Malayan Union merupakan persediaan kepada orang Melayu untuk berkerajaan sendiri. 4 Namun begitu, penubuhan Malayan Union telah mendapat tentangan yang kuat daripada kaum Melayu. Terdapat beberapa cara penentangan masyarakat Melayu terhadap pelaksanaan Gagasan Malayan Union. Isi-isi Penting 1 Penentangan melalui akhbar 1.1 Penentangan telah dilakukan melalui akhbar untuk menyeru bangsa Melayu menubuhkan Barisan Bersatu menentang Malayan Union. 1.2 Akhbar-akhbar Melayu seperti Warta Negara dan Utusan Melayu telah memuatkan rencana untuk mengingatkan orang Melayu tentang ancaman Malayan Union. 1.3 Akhbar Utusan Melayu telah mendesak sultan-sultan supaya meneliti segala cadangan sebelum bersetuju untuk meluluskannya. 1.4 Tegasnya, desakan akhbar telah menyebabkan pemimpin pertubuhan bersatu padu dan menyuarakan penentangan terhadap pelaksanaan Gagasan Malayan Union. 2 Penentangan melalui demonstrasi / tunjuk perasaan / rapat umum 2.1 Antara tunjuk perasaan yang telah diadakan adalah pada 15 Disember 1945. Satu demontrasi telah diadakan oleh Persatuan Melayu Kelantan semasa kedatangan MacMichael di istana Sultan Kelantan. 2.2 Pada 19 Januari 1946, Persatuan Melayu Kedah telah mengadakan demontrasi di Alor Setar dan disertai kira-kira 50 ribu orang. 2.3 Pada 1 Februari 1946, Persatuan Melayu Kelantan sekali lagi mengadakan tunjuk perasaan di Kota Bharu. 2.4 Pada 10 Februari 1946, satu lagi tunjuk perasaan disertai oleh 15 ribu orang Melayu termasuklah wanita diadakan di Johor. 2.5 Orang Melayu telah mengadakan rapat umum di setiap bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka kepada ahli Parlimen British iaitu L.D. Gammans dan David Reese William. 2.6 Jelaslah, orang Melayu berjaya menentang penubuhan Malayan Union walaupun tidak menggunakan senjata. 3 Peranan Dato’ Onn bin Jaafar dan Persatuan Melayu Selangor 3.1 Dato’ Onn Jaafar telah menggesa pertubuhan Melayu untuk berganding bahu menentang Malayan Union dan mengembalikan kedaulatan, maruah dan martabat bangsa Melayu. 3.2 Pada 23 Januari 1946, beliau telah menyeru orang Melayu mengadakan kongres dan menubuhkan United Malays National Organisation (UMNO) sebagai benteng menentang Malayan Union. 3.3 Dato’ Onn bin Jaafar dan Persatuan Melayu Selangor telah berusaha mengadakan Kongres Melayu se-Malaya. 3.4 Pada 29 dan 30 Mac 1946, Kongres Melayu se-Malaya telah mengadakan mesyuarat tergempar. Beberapa persetujuan telah dicapai dalam mesyuarat tersebut. 3.5 Antaranya, orang Melayu mestilah bersatu padu menentang Malayan Union, Raja-raja Melayu dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan orang Melayu akan memulaukan upacara Perisytiharan Malayan Union dan Kongres sebulat suara PENERBIT MAHIR SDN BHD


J35 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) bersetuju untuk menubuhkan parti politik yang kuat untuk menentang Malayan Union. 3.6 Akhir sekali, kongres mahu kerajaan British menarik balik Malayan Union dan mengekalkan Tanah Melayu seperti sebelum tahun 1941. Penentangan persatuan-persatuan Melayu berjaya menghalang penubuhan gagasan Malayan Union. 4 Peranan raja 4.1 Raja negeri-negeri Melayu telah menghantar kawat ke London untuk membuat bantahan terhadap penipuan dan paksaan semasa menandatangani perjanjian Malayan Union. 4.2 Pada 28 April 1946, Raja-raja Melayu juga telah berkumpul di Kuala Kangsar untuk melakukan bantahan mereka terhadap ahli parlimen British, iaitu L.D. Gammans dan David Reese William. 4.3 Raja-raja Melayu juga telah memulaukan perisytiharan Malayan Union yang diadakan pada 1 April 1946 di King House, Kuala Lumpur. 4.4 Tegasnya, tindakan raja yang bersama-sama dengan orang politik dan rakyat biasa telah membuatkan tentangan terhadap pelaksanaan Malayan Union mengalami kejayaan. Kesimpulan Penentangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union berlaku kerana bimbang hak keistimewaan orang Melayu terjejas dan kedaulatan raja-raja Melayu tergugat. Akhirnya, Malayan Union dibubarkan. Kerajaan British memperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu 1948. 3 Huraikan pelibatan Malaysia dalam pertubuhan Komanwel sehingga tahun 2000. Pengenalan 1 Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1931 oleh Parlimen British. 2 Dibentuk menurut Undang-undang Westminster yang diluluskan pada tahun 1931. 3 Sebuah pertubuhan negara-negara bekas tanah jajahan British yang telah mencapai kemerdekaan. 4 Malaysia menganggotai pertubuhan ini pada tahun 1957 selepas mencapai kemerdekaan. 5 Pelibatan Malaysia dalam Komanwel merangkumi bidang politik, ekonomi dan sosial. Isi-isi Penting Politik 1 Menandatangani Perjanjian Pertahanan 1957 dengan Britain 1.1 Menurut perjanjian ini, Malaysia akan mendapat bantuan ketenteraan daripada negara-negara Komanwel sehingga tahun 1971. 1.2 Tujuannya adalah untuk membanteras ancaman komunis dan mempertahankan negara daripada sebarang serangan negara asing. 2 Perjanjian Pertahanan Lima Kuasa (AMDA) pada tahun 1971 2.1 Melibatkan Malaysia, Britain, New Zealand, Australia dan Singapura. 2.2 Menurut perjanjian, Britain bertanggungjawab terhadap pertahanan Malaysia. 2.3 Menurut perjanjian juga, sekiranya Malaysia dan Singapura diserang Britain, Australia dan New Zealand akan memberikan bantuan ketenteraan. 3 Membantah Dasar Aparteid 3.1 Dasar ini diamalkan di Afrika Selatan oleh Rejim Pretoria yang memerintah negara itu. 3.2 Dasar ini enggan memberikan hak politik dan sosial yang sama rata kepada orang berkulit hitam. 3.3 Malaysia mengecam dasar ini sejak tahun 1958. 3.4 Dalam Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel di London pada tahun 1960, Tunku Abdul Rahman telah menyuarakan bantahan terhadap Dasar Apartheid. Malahan, dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di Kuala Lumpur pada tahun 1989, Malaysia melalui Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad turut membangkitkan isu dasar Apartheid dan menyeru sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Afrika Selatan diteruskan. 4 Menganjurkan Mesyuarat CHOGM ke-27 4.1 Mesyuarat ini dianjurkan pada 18 hingga 24 Oktober 1989 di Pulau Langkawi dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. 4.2 Mesyuarat ini dihadiri oleh 49 ketua negara dan perwakilan dari negara-negara anggota. 4.3 Dalam mesyuarat ini, Malaysia mengetengahkan isu alam sekitar yang telah membawa kepada termaktubnya Deklarasi Langkawi yang menggesa negara-negara maju memberikan bantuan kepada negara-negara miskin untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Ekonomi 1 Hubungan perdagangan dengan Britain 1.1 Malaysia masih meneruskan hubungan ini walaupun selepas kemerdekaan. 1.2 Hal ini demikian kerana Malaysia mengharapkan Britain mengeksport bijih timah dan getah. 1.3 Pada masa ini, pelabur-pelabur Britain masih menguasai bidang perladangan dan perindustrian di Malaysia. 1.4 Selain Britain, keutamaan perdagangan juga diberikan kepada negara-negara Komanwel yang lain. 1.5 Hal ini disebabkan barangan eksport Malaysia ke Britain dan negara-negara Komanwel yang lain dikenakan kadar cukai yang rendah. Sosial 1 Menyertai Rancangan Colombo 1.1 Rancangan Colombo bertujuan memerangi kemiskinan dan wabak penyakit, memberikan bantuan kewangan, pendidikan dan teknikal kepada negara-negara Komanwel yang sedang membangun. 1.2 Malaysia mendapat manfaat seperti bantuan kepakaran, teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan. 1.3 Melalui rancangan ini, pelajar Malaysia mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke Britain, Australia dan New Zealand. Selain itu, Malaysia PENERBIT MAHIR SDN BHD


J36 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) mendapat bantuan bagi pembinaan Lebuh Raya Timur Barat serta pembinaan jalan raya dan jambatan di Sabah dan Sarawak. 2 Menganjurkan Sukan Komanwel 2.1 Sukan Komanwel berlangsung pada setiap empat tahun sekali yang melibatkan atlet negara-negara anggota. 2.2 Malaysia telah berjaya menjadi tuan rumah dan menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998. 2.3 Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan stadium utama yang dijadikan tempat berlangsungnya acara pembukaan dan penutupan rasmi. 2.4 Stadium tersebut boleh menempatkan sehingga 100 ribu penonton dan mempunyai trek dan balapan. Kesimpulan Berdasarkan huraian, jelaslah pelibatan Malaysia dalam pertubuhan negara-negara Komanwel telah memberikan banyak faedah sama ada dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Sehingga kini, Malaysia terus melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh Komanwel. 4 Bincangkan hierarki pentadbiran di Thailand sebelum peluasan kuasa Barat. Pengenalan 1 Sebelum campur tangan kuasa Barat, Thailand diperintah oleh raja-raja yang berasal dari Dinasti Chakri dan menggunakan gelaran Rama. 2 Institusi pemerintahan di Thailand tidak hanya terdiri daripada raja yang berada di kemuncak pemerintahan tetapi turut disokong oleh institusi pembesar. 3 Mengikut sistem dan pentadbiran tradisional, pemerintah atau raja berkuasa mutlak dan dibantu oleh golongan pembesar dalam menjalankan pemerintahan untuk memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar serta menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. 4 Institusi beraja di Thailand mempunyai sejarah keunikan yang tersendiri berbanding dengan negara-negara jiran yang lain seperti Vietnam dan Myanmar kerana bukan sahaja masih kekal sehingga kini, tetapi dapat memelihara kedaulatan Thailand daripada pencerobohan kuasa-kuasa Barat. Isi-isi Penting 1 Peringkat pusat 1.1 Pentadbiran peringkat pusat merupakan unit pentadbiran tertinggi di Thailand. 1.2 Kuasa tertinggi dipegang oleh raja. Raja berada pada hierarki teratas dalam struktur pemerintahan dan berkuasa mutlak. Kedudukan ini membolehkan raja berperanan dalam memberikan perlindungan dan jaminan keselamatan kepada rakyat. Kuasa raja tidak boleh dipersoalkan oleh rakyat kerana raja dianggap berdaulat. Raja dianggap wakil dewa dan jelmaan Tuhan di bumi. 1.3 Raja bertindak sebagai penggubal undang-undang. Titah perintah raja menjadi undang-undang yang perlu dipatuhi oleh rakyat kerana raja berkuasa menjatuhkan hukuman. Hidup dan mati rakyat bergantung pada keputusan raja. 1.4 Raja-raja Thai menggunakan gelaran Chao Phaendin (Yamtuan Tanah) dan Chao Chiwit (Yamtuan Nyawa). Gelaran ini jelas menunjukkan kuasa mutlak raja ke atas tanah dan nyawa. Sekiranya rakyat ingin membuat bantahan, mereka akan disebat 30 kali sebelum rayuan dipertimbangkan kerana dianggap mengganggu ketenteraman Tuhan dewa. 1.5 Raja berkuasa melantik pembesar terutamanya pada peringkat pusat. Raja menjalankan pemerintahan dengan dibantu oleh pembesarpembesar yang dilantik. 1.6 Kebanyakan pembesar pada peringkat pusat terdiri daripada golongan kerabat diraja dan dikenali sebagai Chao. 1.7 Pembesar pada peringkat pusat bertindak sebagai Menteri Kanan dan berhubung terus dengan raja. Mereka mengetuai Krom Kalahon (Jabatan Pertahanan), Krom Mahattai (Jabatan Hal Ehwal Pentadbiran Awam) dan Krom Khlang (Jabatan Kewangan dan Hubungan Luar). 1.8 Ketua Krom Kalahon berperanan dalam menjaga keselamatan dan mentadbir bahagian selatan negara. Beliau juga dikenali sebagai Samuha Phra Kalahon atau Ketua Menteri. 1.9 Ketua Krom Mahattai mentadbir wilayah di Utara Thailand dan beliau menggunakan gelaran Samuha Nayok. 1.10 Manakala, Ketua Krom Khlang pula mengawal Teluk Siam dan kawasan persisiran pantai dan beliau memakai gelaran Chao Phraya Phra Khlang. 1.11 Ketiga-tiga Krom ini mempunyai mahkamah sendiri dan mempunyai kuasa mendengar kes-kes rayuan daripada mahkamah bandar. 1.12 Selain itu, terdapat pembesar yang mengetuai empat krom lain dan menjadi ahli kabinet. Empat krom tersebut ialah Krom Maung (Jabatan Ibu Kota), Krom Na (Jabatan Tanah), Krom Wang (Jabatan Istana) dan Krom Khlang (Jabatan Kewangan dan Hubungan Luar). Keempat-empat Krom ini dikenali sebagai jatusadom atau empat buah jabatan kanan yang bertanggungjawab dalam melicinkan pentadbiran negara. 2 Peringkat wilayah 2.1 Sistem pentadbiran seterusnya ialah peringkat wilayah atau daerah. 2.2 Thailand dibahagikan kepada empat buah wilayah utama berdasarkan kedudukan dan kepentingan wilayah tersebut. 2.3 Wilayah kelas pertama meliputi kawasan strategik dari segi keselamatan termasuklah bandar-bandar besar dan pusat pemerintahan seperti Bangkok. 2.4 Wilayah kelas kedua dan ketiga ialah kawasan bandar yang agak besar tetapi tidak termasuk penyeliaan ibu kota. 2.5 Sementara wilayah keempat ialah bandar-bandar kecil di sekitar ibu kota yang berada di bawah kerajaan pusat. 2.6 Pentadbiran pada peringkat ini ditadbir oleh pembesar daerah yang juga dilantik oleh raja melalui surat tauliah. PENERBIT MAHIR SDN BHD


J37 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 2.7 Pembesar daerah digelar Pharaya dan mempunyai kuasa untuk mentadbir wilayah tertentu. Pembesar di peringkat ini terdiri daripada golongan bangsawan atau Khunnang yang memegang jawatan itu secara warisan. Pembesar ini mempunyai kuasa yang terhad mengikut peranan dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. 2.8 Antara tugas utama pembesar daerah ialah melaksanakan urusan pentadbiran di wilayah masing-masing, memelihara keamanan, menguruskan hal ehwal tanah, mengutip cukai dan mendaftarkan rakyat asing (phrai) yang menetap di wilayah mereka. 2.9 Selain itu, pembesar pada peringkat wilayah juga turut mendengar rayuan kes-kes daripada mahkamah di bawah kuasa pentadbiran mereka serta mengetuai adat istiadat dan agama Buddha di wilayah mereka. Kesimpulan 1 Kesimpulannya, sebelum campur tangan kuasa Barat, Thailand telah mempunyai sistem pemerintahan yang tersusun dan tersendiri. 2 Raja yang mengetuai hierarki pemerintahan sangat berkuasa dalam pemerintahan dan dibantu oleh golongan pembesar daripada pelbagai peringkat sama ada peringkat pusat mahupun daerah. 3 Walau bagaimanapun selepas kedatangan kuasa Barat, sistem pemerintahan Thailand telah diubah suai selaras dengan ciri-ciri pemodenan yang berasaskan pentadbiran Barat demi menyelamatkan negara Thailand daripada dijajah. 5 Pendudukan Jepun meninggalkan kesan terhadap perjuangan kemerdekaan di Myanmar. Bincangkan pernyataan tersebut. Pengenalan 1 Pada tahun 1941, Thakin Aung San telah mengadakan pakatan dengan Jepun. Melalui pakatan ini, Aung San berjanji akan membantu Jepun menyerang dan menakluki Myanmar daripada British. Sebagai balasannya, Jepun akan memberikan kemerdekaan kepada Myanmar. 2 Pada bulan Disember 1941, Jepun telah menyerang Myanmar dengan bantuan golongan Thakin melalui pasukan Tentera Kemerdekaan Myanmar yang diketuai oleh Aung San. 3 Menjelang bulan Mei 1942, Jepun telah berjaya menakluki seluruh Myanmar. 4 Justeru itu, pendudukan Jepun telah meninggalkan kesan penting terhadap perjuangan kemerdekaan Myanmar. Isi-isi Penting Kesan pendudukan Jepun terhadap perjuangan kemerdekaan Myanmar 1 Peningkatan pengaruh golongan Thakin 1.1 Kejayaan Jepun menakluki Myanmar dengan bantuan golongan Thakin telah menyebabkan pengaruh golongan Thakin semakin meningkat dalam kalangan rakyat Myanmar dan dianggap sebagai pembela nasionalisme Myanmar. 1.2 Kemenangan Jepun dan kekalahan British turut melenyapkan tanggapan rakyat Myanmar bahawa British merupakan kuasa Barat yang kuat dan tidak boleh dikalahkan. 1.3 Tegasnya, kemenangan Jepun telah mengukuhkan keazaman rakyat Myanmar terutamanya golongan Thakin untuk memperjuangkan kemerdekaan Myanmar. 2 Membebaskan para nasionalis Myanmar 2.1 Selepas menakluki Myanmar, Jepun telah menubuhkan kerajaan di Myanmar yang dikenali sebagai pentadbiran Baho. 2.2 Jepun turut membebaskan para nasionalis Myanmar yang dipenjarakan oleh British seperti Dr. Ba Maw, U Nu, U Ba Pe dan lain-lain serta memberikan kebebasan kepada mereka untuk bergerak dan menyebarkan idea nasionalisme kepada rakyat Myanmar. 2.3 Tindakan ini menyebabkan idea nasionalisme dapat disebar luas kepada rakyat Myanmar. 3 Penyatuan semua pertubuhan dalam Maha Bama Asiayone 3.1 Semasa penjajahan Jepun, semua parti politik dan para nasionalis telah disatukan dalam satu pertubuhan, iaitu Maha Bama Asiayone. 3.2 Matlamat mereka adalah untuk membentuk satu pentadbiran Myanmar yang merdeka dengan bantuan Jepun. 3.3 Namun, terdapat juga para nasionalis yang enggan berkerjasama dengan Jepun, terutamanya golongan yang terpengaruh dengan komunis seperti Thakin Soe dan Thakin Thien Pe. Mereka telah melarikan diri ke India dan mengatur serangan secara gerila terhadap Jepun. 3.4 Walau bagaimanapun, tindakan Jepun menyatukan semua pertubuhan ke dalam pertubuhan Maha Bama Asiayone telah membawa kepada perkembangan semangat nasionalisme rakyat Myanmar. 4 Kemerdekaan Myanmar 4.1 Pada 1 Ogos 1943, Jepun telah memberikan kemerdekaan kepada Myanmar dan Dr. Ba Maw telah dilantik sebagai Perdana Menteri. 4.2 Kabinet kerajaan Dr. Ba Maw dikuasai oleh golongan Thakin. 4.3 Kemerdekaan yang diberikan oleh Jepun telah mengukuhkan keyakinan diri golongan Thakin bahawa mereka mampu mentadbir negara Myanmar dan membangkitkan kesedaran untuk memperjuangkan kemerdekaan Myanmar daripada penjajahan British. 5 Perasaan tidak puas hati para nasionalis dan rakyat 5.1 Golongan Thakin dan pemimpin nasionalis Myanmar tidak berpuas hati dengan kemerdekaan yang diberikan oleh Jepun. 5.2 Hal ini demikian kerana kemerdekaan yang diberikan oleh Jepun bukanlah kemerdekaan yang sebenar kerana kuasa pentadbiran Myanmar masih berada dalam tangan tentera Jepun. PENERBIT MAHIR SDN BHD


J38 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 5.3 Kerajaan Dr. Ba Maw hanyalah sebagai kerajaan boneka semata-mata. 5.4 Selain itu, rakyat Myanmar hidup dalam kesengsaraan ekoran kekejaman tentera Jepun serta kesukaran ekonomi dan tekanan sosial. 5.5 Hal ini melahirkan sentimen anti-Jepun dalam kalangan rakyat Myanmar. 6 Penentangan terhadap Jepun 6.1 Perasaan tidak puas hati rakyat Myanmar terutamanya golongan nasionalis terhadap Jepun telah menyebabkan mereka mengubah pendirian daripada dasar bekerjasama dengan Jepun kepada menentang Jepun. 6.2 Golongan nasionalis yang diketuai oleh Aung San telah menubuhkan Pasukan Tentera Pertahanan Myanmar untuk menentang Jepun. 6.3 Aung San turut mengadakan pakatan sulit dengan pihak komunis Myanmar dan menjalinkan hubungan dengan British melalui Force 136 untuk menentang Jepun. 7 Pemberontakan LPRAF 7.1 Pada tahun 1944, golongan Thakin bersama-sama pertubuhan nasionalis Myanmar yang lain telah menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis (LPRAF) untuk menentang Jepun. 7.2 LPRAF diketuai oleh Aung San dan Than Thon. 7.3 Pada Mac 1945, LPRAF telah menyebelahi pihak British apabila ia secara terbuka telah menentang Jepun. 7.4 LPRAF telah bergabung dengan Pasukan Tentera Pertahanan Myanmar dan bertindak melancarkan pemberontakan menentang Jepun dengan melaungkan slogan “Usir Keluar Penjajah Fasis Jepun”. 7.5 Tegasnya, pemberontakan ini telah berjaya melemahkan Jepun dan memudahkan British menewaskan Jepun. Kesimpulan 1 Pada bulan Ogos 1945, British telah berjaya menewaskan Jepun dengan bantuan LPRAF. LPRAF telah muncul sebagai sebuah pertubuhan nasionalis Myanmar yang paling popular. 2 Perjuangan kemerdekaan Myanmar diteruskan oleh LPRAF sehinggalah British terpaksa memberikan kemerdekaan kepada Myanmar pada 4 Januari 1948. 3 Jelaslah, pendudukan Jepun bukan sahaja meninggalkan kesan terhadap perjuangan kemerdekaan Myanmar, malahan turut mempercepat kemerdekaan Myanmar. 6 Huraikan sistem pemerintahan demokrasi yang dijalankan di Filipina pada abad ke-20. Pengenalan 1 Filipina merupakan negara kepulauan yang mengamalkan bentuk pemerintahan demokrasi. 2 Republik Filipina merupakan kesatuan dengan sistem berpresiden. 3 Sistem pemerintahan terbahagi kepada tiga, iaitu Badan Eksekutif, Badan Legislatif dan Badan Kehakiman. Isi-isi Penting 1 Badan Eksekutif 1.1 Antara komponen utama yang terdapat dalam sistem pemerintahan republik di Filipina ialah Badan Eksekutif. 1.2 Ketua Negara atau Ketua Eksekutif Filipina ialah Presiden. 1.3 Menurut Artikel 7, Seksyen 2, Perlembagaan Filipina untuk menjadi Presiden, calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 40 tahun. 1.4 Presiden dipilih melalui pilihan raya untuk jangka masa enam tahun sepenggal. 1.5 Timbalan Presiden juga dipilih secara langsung melalui pilihan raya. Presiden dan Timbalan Presiden akan berkhidmat dalam jangka masa tidak lebih daripada dua fasa atau selama empat tahun berturut-turut. 1.6 Presiden dan Timbalan Presiden dipilih melalui pilihan raya yang berasingan dan mungkin berasal daripada parti politik yang berbeza. 1.7 Presiden merupakan ketua tertinggi angkatan tentera, berperanan melantik ketua jabatan, biro dan pegawai pelantikan dibuat selepas mendapat pengesahan suruhanjaya. Presiden juga boleh mengisytiharkan perang. Presiden mempunyai kuasa veto dalam kongres, namun undi dua pertiga kongres boleh membatalkan kuasa veto Presiden. 1.8 Jelaslah, pemilihan ketua eksekutif yang dilakukan melalui Badan Eksekutif menjadikan pentadbiran di Filipina menjadi lebih teratur dan sistematik. 2 Badan Legislatif 2.1 Selain itu, komponen seterusnya yang terdapat dalam sistem pemerintahan demokrasi di Filipina adalah Badan Legislatif. 2.2 Filipina memiliki dwidewan yang dikenali Kongres Filipina. 2.3 Majlis Tertinggi atau Senat (Senado ng Pilipinas) mengandungi 24 orang anggota yang dipanggil Senator. 2.4 Senator dipilih melalui pilihan raya dan tidak mewakili geografi tertentu. Senator berkhidmat selama enam tahun. Senator dihadkan waktu selama dua penggal berturut-turut. 2.5 Majlis Terendah atau Dewan Perwakilan (Kapulungan ng mga Kinatawang Pilipinas) mengandungi 120 orang anggota dengan masa berkhidmat selama emapt tahun sepenggal. Anggota Dewan Perwakilan dibatasi tempoh perkhidmatan untuk tiga kali berturut-turut. Anggota Dewan Perwakilan yang bergelar Congressman dipilih melalui pilihan raya daerah perwakilan masing-masing. 2.6 Kongres berkuasa membuat undang-undang dan mengisytiharkan perang. Sebanyak dua pertiga suara kongres diperlukan untuk menolak hak veto undang-undang yang dicadangkan oleh Presiden. 2.7 Pembahagian kuasa yang jelas dalam Badan Legislatif menyebabkan badan ini menjadi badan untuk mengawal kuasa Presiden. PENERBIT MAHIR SDN BHD


J39 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 3 Badan Kehakiman 3.1 Komponen terakhir yang terdapat dalam sistem pemerintahan demokrasi di Filipina ialah Badan Kehakiman. 3.2 Badan kehakiman tertinggi di Filipina ialah Mahkamah Agung yang terdiri daripada Hakim Besar dan 14 orang Hakim Bersekutu yang kesemuanya dipilih oleh Presiden daripada pencalonan yang diserahkan oleh Majlis Peguam dan Kehakiman. Usia bersara wajib bagi hakim Mahkamah Agung ialah 70 tahun. 3.3 Badan Kehakiman yang lain ialah Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh seorang pengerusi hakim dan 16 hakim lain. 3.4 Mahkamah Perbandaran terdapat di perbandaran dengan seorang Jaksa Pendamai diletakkan. 3.5 Selain itu, terdapat juga mahkamah khas seperti Mahkamah Juvenil, Mahkamah Rayuan Cukai, Mahkamah Industri dan Mahkamah Pertanian. 3.6 Hakim bagi semua mahkamah dilantik oleh Presiden setelah mendapat pengesahan Suruhanjaya Pelantikan. Antara tugas Badan Kehakiman adalah untuk memantau deklarasi, perjanjian antarabangsa, hukum, keputusan Presiden agar tidak bertentangan dengan undangundang dan Perlembagaan Filipina. 3.7 Jelaslah, entiti yang terdapat dalam Badan Kehakiman menyebabkan badan ini telus dalam melaksanakan hukuman. 4 Amalan demokrasi 4.1 Dibuktikan melalui amalan pilihan raya. 4.2 Pilihan raya umum diadakan untuk memilih Presiden dan Naib Presiden. Pilihan raya ini diadakan secara berasingan dan pemenang dipilih melalui undian popular. Pilihan raya seterusnya yang diadakan ialah Pilihan Raya Kongres. Pilihan raya ini diadakan untuk memilih senator bagi Dewan Senat dan Congressman bagi Dewan Perwakilan. 4.3 Ahli Dewan Senat tidak mewakili geografi tertentu manakala ahli Dewan Perwakilan mewakili geografi tertentu. 4.4 Pilihan raya tempatan diadakan bagi memilih gabenor, wakil gabenor dan datuk bandar. Kesimpulan 1 Kesimpulannya, sistem pemerintahan demokrasi di Filipina mempunyai badan-badan yang tersendiri yang menjadikan pemerintahan di Filipina menjadi lebih teratur dan sistematik. 2 Pada tahun 1971, sistem pemerintahan demokrasi Filipina tercemar apabila Ferdinand Marcos yang menjadi Presiden ketika itu memperkenalkan sistem pemerintahan ketenteraan. PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM AKRAM 2021 SEMESTER 3 1 Bincangkan institusi beraja di negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British. Pengenalan Sistem pemerintahan beraja merupakan sistem pemerintahan tertua di Tanah Melayu. Sebelum campur tangan British, raja memainkan peranan yang amat penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial bagi sesebuah negeri atau kerajaan. Selain itu, raja-raja di negeri-negeri Melayu juga mempunyai kedudukan tersendiri. Isi-isi Penting Kedudukan 1 Berkuasa mutlak 1.1 Kuasa pemutus terletak di tangan raja. 1.2 Pembesar bertindak sebagai penasihat dan pelaksana perintah raja. 1.3 Keputusan raja dibuat berdasarkan nasihat dan perundingan dalam kalangan pembesar negeri. 1.4 Keputusan dibuat oleh raja dan pembesar manakala rakyat hanya menuruti sahaja keputusan tersebut. 2 Membentuk sistem penggantian 2.1 Sistem penggantian raja berbeza-beza mengikut negeri. 2.2 Beberapa negeri mengikut sistem penggantian secara warisan yang diperkenalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka. Contoh, Pahang, Terengganu dan Johor 2.3 Sistem penggiliran diamalkan di Perak, iaitu putera sultan perlu menjadi Raja Dihilir, Raja Bendahara, Raja Muda dan kemudian Sultan. 2.4 Sistem pemilihan secara demokrasi diamalkan di Negeri Sembilan. Pemilihan ketua (Yamtuan Negeri), iaitu dibuat oleh orang bawahan secara permuafakatan. 3 Mempunyai kedudukan istimewa 3.1 Dianggap insan yang paling mulia, suci dan berada dalam hierarki tertinggi masyarakat. 3.2 Menurut agama Hindu, raja adalah paling suci dan dianggap sebagai anak Tuhan. 3.3 Menurut Islam, raja berperanan sebagai khalifah Allah SWT, pemegang amanah Allah SWT. 3.4 Kedudukan istimewa: • Penggunaan bahasa istana – santap, beradu, makam bersiram • Penggunaan pakaian – pakaian warna kuning • Penggunaan alat kebesaran – keris panjang, nobat, rebana, cop mohor 4 Konsep daulat 4.1 Menggambarkan kehebatan dan ketertinggian kedudukan dan kuasa sultan. 4.2 Tidak boleh dicabar oleh mana-mana kuasa. 4.3 Rakyat yang ingkar perintah dianggap sebagai penderhaka. 4.4 Rakyat perlu menunjukkan taat dan setia. PENERBIT MAHIR SDN BHD


J40 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Peranan dalam politik 1 Pentadbir negeri 1.1 Ketua kerajaan yang mentadbir secara mutlak. 1.2 Mentadbir negeri dan dibantu oleh pembesar yang dilantik. 1.3 Melaksanakan pentadbiran yang adil. 2 Melantik pembesar 2.1 Memilih dan melantik pembesar pada peringkat pusat, daerah dan kampung untuk membantu menguruskan pentadbiran agar berjalan dengan lancar dan teratur. 2.2 Pembesar yang dilantik terdiri daripada kerabat diraja dan tokoh yang berjasa, mempunyai pengaruh dan disegani. 2.3 Pembesar yang dilantik menerima watikah pelantikan yang mengandungi cop mohor diraja. 2.4 Pembesar berkuasa menguruskan pentadbiran mengikut bidang kuasa yang dinyatakan, berkuasa menjatuhkan hukuman, kecuali hukuman bunuh serta berkuasa memungut cukai. 2.5 Jawatan yang dianugerahkan oleh sultan adalah berbentuk warisan, kecuali di Negeri Sembilan yang dipilih oleh anak buah. 3 Penggubal undang-undang 3.1 Undang-undang digubal bagi memastikan negeri berada dalam keadaan aman dan tenteram. 3.2 Perundangan digubal untuk mempertahankan kedudukan raja agar tidak dicabar oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. 3.3 Perundangan digubal bagi memastikan adat istiadat diraja dipertahankan dan diikuti oleh rakyat. 4 Ketua panglima perang 4.1 Pemimpin utama angkatan tentera. 4.2 Mengetuai pasukan tentera bagi mempertahankan negeri dan meluaskan jajahan taklukan. 4.3 Memiliki kemahiran peperangan yang luar biasa. Ilmu peperangan yang tinggi, keberanian dan ketangkasan. 4.4 Kehebatan raja menyebabkan negeri musuh amat takut dan mengakui tunduk kepada baginda. 5 Ketua ekonomi 5.1 Mengawal kegiatan ekonomi. 5.2 Memperkenalkan peraturan agar rakyat menyerahkan hasil pertanian dan perdagangan kepada pemerintah. 5.3 Raja bertindak sebagai pembeli di muka kuala. 5.4 Raja memungut hasil pertanian yang diberikan oleh rakyat sebagai sistem serahan. 5.5 Melantik kiwi untuk mengendalikan perdagangan baginda. 6 Ketua pungut cukai 6.1 Rakyat menyerahkan cukai kepada raja dalam bentuk hasil pertanian, cukai pelabuhan dan cukai labuh batu. 6.2 Melantik pembesar untuk memungut cukai. 6.3 Hasil cukai dijadikan sumber pendapatan negeri. 7 Memperkenalkan sistem mata wang 7.1 Mata wang diperkenalkan untuk melicinkan urusan perdagangan di pelabuhan. 7.2 Mata wang yang digunakan ialah logam emas, perak dan timah dalam pelbagai bentuk. 7.3 Mata wang syiling pertama ialah semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. 8 Mengamalkan sistem kerahan 8.1 Tidak mempunyai buruh sendiri tetapi di bawah sistem kerahan, boleh mengerah tenaga rakyat untuk bekerja secara percuma. 8.2 Rakyat diawasi oleh pembesar untuk membina istana, parit dan tali air. 9 Ketua agama dan adat 9.1 Memastikan rakyat melaksanakan ajaran Islam yang sebenar. 9.2 Menggubal undang-undang berlandaskan agama dan adat Istiadat Melayu. 9.3 Melantik pembesar istana untuk menguruskan berkaitan dengan adat istiadat Melayu. 10 Melantik pemimpin agama 10.1 Melantik pemimpin agama untuk memastikan rakyat sentiasa patut kepada ajaran Islam serta membimbing rakyat. 10.2 Pemimpin agama yang dilantik dalam kalangan pedagang Arab yang digelar sebagai Maulana, Syeikh atau Syed. 10.3 Menyediakan madrasah dan istana sebagai pusat penyebaran Islam. Kesimpulan Berdasarkan huraian di atas, jelaslah raja mempunyai kedudukan tersendiri dan memainkan peranan yang amat penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British. Namun, peranan raja telah mengalami perubahan selepas British memperkenalkan sistem Residen pada tahun 1874. 2 Analisis Iangkah-langkah yang dilaksanakan oleh British untuk menyediakan Persekutuan Tanah Melayu ke arah kemerclekaan dari tahun 1950 hingga tahun 1957. Pengenalan 1 Dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, British berjanji akan mengadakan Pilihan Raya Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Pilihan Raya Majlis Undangan Negeri sebagai langkah awal ke arah berkerajaan sendiri. Walau bagaimanapun, rancangan ini terpaksa ditangguhkan kerana keadaan politik yang tidak stabil ekoran ancaman komunis. 2 Namun, setelah keadaan reda ekoran perisytiharan darurat, beberapa langkah telah dilaksanakan oleh British dari tahun 1950 hingga tahun 1957 bagi menyediakan Persekutuan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri. Isi-isi penting 1 Sistem Ahli 1951 1.1 Pada tahun 1951, British telah memperkenalkan Sistem Ahli dalam Majlis Undangan Persekutuan. 1.2 Sistem ini seperti sebuah kabinet dengan beberapa orang pemimpin tempatan yang dilantik menjadi Ahli Majlis Undangan Persekutuan oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan perkenan Majlis Raja-Raja. PENERBIT MAHIR SDN BHD


J41 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 1.3 Tujuan penubuhan sistem ini adalah untuk memberikan peluang kepada rakyat tempatan mendapat latihan dan pengalaman dalam menguruskan pentadbiran. 1.4 Ahli-ahli sistem ini diberi portfolio tertentu dan bidang kuasanya terletak di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British. 1.5 Antara rakyat tempatan yang pernah terlibat dalam sistem ini ialah Dato’ Onn bin Jaafar (Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri), E.E.C Thuraisingam (Ahli Pelajaran), Dr. Lee Thiang Keng (Ahli Kesihatan) Dato’ Nik Ahmad Kamil (Ahli Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancang Bandar) dan Dr. Ismail Abdul Rahman (Ahli Hasil Bumi). 1.6 Mereka bertanggungjawab mengetuai portfolio kerajaan British di Tanah Melayu ketika itu. Sistem ini telah berjaya membentuk perpaduan kaum khususnya selepas pembentukan Parti Perikatan. 2 Pilihan Raya Perbandaran 1951 – 1952 2.1 British telah mengadakan pilihan raya untuk memilih Ahli Majlis Tempatan seperti Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Kuala Lumpur dan Majlis Perbandaran Melaka. 2.2 Pilihan raya majlis prbandaran ini diadakan bertujuan untuk memberikan peluang kepada rakyat memilih pemimpin mereka sebagai langkah awal ke arah pembentukan kerajaan sendiri. 2.3 Langkah ini juga dilihat sebagai salah satu latihan demokrasi berparlimen di Tanah Melayu. 2.4 Pilihan raya majlis perbandaran yang pertama telah diadakan di Pulau Pinang pada tahun 1951 dan Parti Radikal telah memenangi enam daripada sembilan kerusi yang dipertandingkan. 2.5 Pilihan raya yang kedua pula diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1952. Pilihan raya yang kedua ini pula telah dimenangi oleh Pakatan UMNOMCA dengan jumlah sembilan daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. 2.6 Jelaslah, dengan adanya pilihan raya ini rakyat telah diberi peluang untuk menjalankan tanggungjawab mereka ke arah berkerajaan sendiri. 3 Pilihan Raya Persekutuan 1955 3.1 Pada tahun 1954, British telah membentuk Jawatankuasa Pilihan Raya dalam usaha untuk mengadakan pilihan raya umum kali pertama di Tanah Melayu. 3.2 Sebanyak 52 kerusi Majlis Perudangan Persekutuan telah dipertandingkan melalui pilihan raya ini. 3.3 Antara parti yang bertanding ialah Parti Perikatan, Parti Buruh, Parti Negara dan Parti Islam Se-Tanah Melayu. 3.4 Dalam Pilihan Raya Persekutuan 1955, Parti Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj telah memenangi 51 daripada 52 kerusi dan satu kerusi dimenangi oleh Parti Islam Se-Tanah Melayu. 3.5 Kemenangan besar Parti Perikatan kerana wujud kerjasama dan tolak ansur daripada pelbagai kaum di samping faktor kepimpinan dan manifesto yang menarik. 3.6 Antara isi kandungan manifesto yang dijanjikan oleh pemimpin Parti Perikatan kepada rakyat ialah Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan dalam jangka masa empat tahun, darurat akan ditamatkan secepat mungkin, melindungi institusi Raja-Raja Melayu dan lain-lain. 3.7 Hasil kemenangan ini, Parti Perikatan telah diberi mandat untuk membentuk kerajaan baharu dan seterusnya memulakan rundingan dengan pihak British tentang kemerdekaan Tanah Melayu. 4 Rombongan kemerdekaan 4.1 Rombongan kemerdekaan telah dihantar ke London pada I Januari 1956 untuk mengadakan rundingan dengan Setiausaha Tanah Jajahan bagi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. 4.2 Rombongan ini telah diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj selaku pemimpin Parti Perikatan bersama-sama empat orang wakil Raja-raja Melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan. 4.3 Melalui rundingan kemerdekaan ini, beberapa persetujuan telah dicapai. 4.4 Antaranya ialah British bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 0gos 1957, menjalankan pemerintahan secara demokrasi dan sebuah badan khas ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan Tanah Melayu. Kepulangan rombongan kemerdekaan ini telah disambut secara meriah di Padang Banda Hilir Melaka oleh rakyat tempatan. 5 Suruhanjaya Reid 5.1 Pada bulan Jun 1956, Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan untuk merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. 5.2 Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh seorang pegawai British, iaitu Lord Reid dan dianggotai oleh pakar-pakar perlembagaan dan pentadbiran di negara Komanwel. Antara anggota lain yang menganggotai suruhanjaya ini ialah Sir Ivor Jennings dari Britain, Sir William Mckell dari Australia, Tuan Hakim Malik dari India dan Tuan Abdul Hamid dari Pakistan. 5.3 Suruhanjaya ini telah bersidang sebanyak 118 kali dan menerima 131 memorandum daripada pertubuhan dan individu. 5.4 Memorandum oleh Majlis Raja-Raja dan Parti Perikatan telah mendapat pertimbangan utama kerana bersifat tuntutan bersama semua kaum yang terdapat di Tanah Melayu. 5.5 Antara perkara penting dalarn memorandum tersebut adalah berkaitan dengan isu agama, bahasa, kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan jus soli. 5.6 Suruhanjaya Reid telah mengadakan sebanyak 118 mesyuarat antara bulan Jun hingga Oktober 1956. 5.7 Rangka perlembagaan itu telah dikaji dengan teliti dan mengambil kira pandangan serta maklum balas daripada semua pihak. PENERBIT MAHIR SDN BHD


J42 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) 5.8 Suruhanjaya Reid telah menyelesaikan tugasnya pada Februari I957. 5.9 Rangka perlembagaan tersebut telah ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British pada 5 Ogos 1957. Kesimpulan Perisytiharan kemerdekaan telah diadakan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan Tanah Melayu akhirnya berjaya dicapai melalui rundingan dan secara aman. 3 Huraikan pelibatan Malaysia dalam pertubuhan Komanwel sehingga tahun 2000. Pengenalan 1 Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1931 oleh Parlimen British. 2 Dibentuk menurut Undang-undang Westminster yang diluluskan pada tahun 1931. 3 Sebuah pertubuhan negara-negara bekas tanah jajahan British yang telah mencapai kemerdekaan. 4 Malaysia menganggotai pertubuhan ini pada tahun 1957 selepas mencapai kemerdekaan. 5 Pelibatan Malaysia dalam Komanwel merangkumi bidang politik, ekonomi dan sosial. Isi-isi Penting Politik 1 Menandatangani Perjanjian Pertahanan 1957 dengan Britain 1.1 Menurut perjanjian ini, Malaysia akan mendapat bantuan ketenteraan daripada negara-negara Komanwel sehingga tahun 1971. 1.2 Tujuannya adalah untuk membanteras ancaman komunis dan mempertahankan negara daripada sebarang serangan negara asing. 2 Perjanjian Pertahanan Lima Kuasa (AMDA) pada tahun 1971 2.1 Melibatkan Malaysia, Britain, New Zealand, Australia dan Singapura. 2.2 Menurut perjanjian, Britain bertanggungjawab terhadap pertahanan Malaysia. 2.3 Menurut perjanjian juga, sekiranya Malaysia dan Singapura diserang Britain, Australia dan New Zealand akan memberikan bantuan ketenteraan. 3 Membantah Dasar Aparteid 3.1 Dasar ini diamalkan di Afrika Selatan oleh Rejim Pretoria yang memerintah negara itu. 3.2 Dasar ini enggan memberikan hak politik dan sosial yang sama rata kepada orang berkulit hitam. 3.3 Malaysia mengecam dasar ini sejak tahun 1958. 3.4 Dalam Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel di London pada tahun 1960, Tunku Abdul Rahman telah menyuarakan bantahan terhadap Dasar Apartheid. Malahan, dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di Kuala Lumpur pada tahun 1989, Malaysia melalui Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad turut membangkitkan isu Dasar Apartheid dan menyeru sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Afrika Selatan diteruskan. 4 Menganjurkan Mesyuarat CHOGM ke-27 4.1 Mesyuarat ini dianjurkan pada 18 hingga 24 Oktober 1989 di Pulau Langkawi dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. 4.2 Mesyuarat ini dihadiri oleh 49 ketua negara dan perwakilan dari negara-negara anggota. 4.3 Dalam mesyuarat ini, Malaysia mengetengahkan isu Alam Sekitar yang telah membawa kepada termaktubnya Deklarasi Langkawi yang menggesa negara-negara maju memberikan bantuan kepada negara-negara miskin untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Ekonomi 1 Hubungan Perdagangan dengan Britain 1.1 Malaysia masih meneruskan hubungan ini walaupun selepas kemerdekaan. 1.2 Hal ini demikian kerana Malaysia mengharapkan Britain mengeksport bijih timah dan getah. 1.3 Pada masa ini, pelabur-pelabur Britain masih menguasai bidang perladangan dan perindustrian di Malaysia. 1.4 Selain Britain, keutamaan perdagangan juga diberikan kepada negara-negara Komanwel yang lain. 1.5 Hal ini disebabkan barangan eksport Malaysia ke Britain dan negara-negara Komanwel yang lain dikenakan kadar cukai yang rendah. Sosial 1 Menyertai Rancangan Colombo 1.1 Rancangan Colombo bertujuan memerangi kemiskinan dan wabak penyakit, memberikan bantuan kewangan, pendidikan dan teknikal kepada negara-negara Komanwel yang sedang membangun. 1.2 Malaysia mendapat manfaat seperti bantuan kepakaran, teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan. 1.3 Melalui rancangan ini, pelajar Malaysia mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke Britain, Australia dan New Zealand. Selain itu, Malaysia mendapat bantuan bagi pembinaan Lebuh Raya Timur Barat serta pembinaan jalan raya dan jambatan di Sabah dan Sarawak. 2 Menganjurkan Sukan Komanwel 2.1 Sukan Komanwel berlangsung pada setiap empat tahun sekali yang melibatkan atlet negara-negara anggota. 2.2 Malaysia telah berjaya menjadi tuan rumah dan menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998. 2.3 Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan stadium utama yang dijadikan tempat berlangsungnya acara pembukaan dan penutupan rasmi. 2.4 Stadium tersebut boleh menempatkan sehingga 100 ribu penonton dan mempunyai trek dan balapan. PENERBIT MAHIR SDN BHD


J43 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) Kesimpulan Berdasarkan huraian, jelaslah pelibatan Malaysia dalam pertubuhan negara-negara Komanwel telah memberikan banyak faedah sama ada dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Sehingga kini, Malaysia terus melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh Komanwel. 4 Huraikan sistem pembesar di Vietnam sebelum kedatangan kuasa Barat. Pengenalan 1 Pembesar merupakan pegawai yang dilantik oleh maharaja untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu. 2 Merupakan tulang belakang dalam sistem politik sesebuah negara kerana mereka bertanggungjawab membantu pemerintahan raja atau maharaja. 3 Sebelum penjajahan Perancis, sistem pembesar di Vietnam terbahagi kepada beberapa kelas atau peringkat dan mempunyai gelaran serta peranan tertentu. Pembesar kanan merupakan golongan yang paling rapat dengan maharaja dan mendapat kepercayaan, diikuti oleh pembesar wilayah atau daerah dan akhir sekali pembesar peringkat kampung. Isi-isi Penting 1 Pembesar pusat 1.1 Pada peringkat pusat, maharaja akan dibantu oleh Quan (Kementerian), iaitu Perkhidmatan Awam, Kerja Raya, Kewangan, Peperangan, Kehakiman dan Adat Istiadat. Quan Awam merupakan Quan yang paling penting berbanding dengan QuanQuan lain. 1.2 Ketua Quan terdiri daripada kalangan yang menerima pendidikan Confucius dan turut bertindak sebagai pembesar yang menduduki kedudukan istimewa dalam sistem pentadbiran. 1.3 Quan juga akan menganggotai badan tertinggi kerajaan yang dikenali sebagai Majlis Tertinggi atau Noi-Cac. 1.4 Majlis bertanggungjawab meluluskan atau memberikan pandangan kepada maharaja dalam hal ehwal pentadbiran negara dan membantu menyelesaikan perkara yang tidak dapat diselesaikan pada peringkat Quan. 1.4 Jelaslah bahawa, Majlis Noi-Cac menjadi medan untuk menyelesaikan masalah dan perkara yang tidak dapat diselesaikan pada peringkat kementerian. Peranan pembesar pusat dalam majlis ini sangat penting. 2 Pembesar peringkat daerah 2.1 Pembesar peringkat daerah akan mentadbir daerah tertentu dan mempunyai kuasa tertentu.Pelantikan mereka adalah bergantung kepada pemilihan raja yang memerintah. Oleh itu, mereka mempunyai kadar kebergantungan yang tinggi pada sokongan maharaja. Jika sokongan maharaja berkurangan, secara langsung kedudukan pembesar akan terjejas. 2.2 Tugas utama ialah menjaga keselamatan dan ketenteraan wilayah serta mengutip cukai. 2.3 Contohnya, pembesar akan diberi hak oleh raja untuk mengawal sesuatu kawasan berdasarkan sebatang sungai utama atau satu dari cabangnya. Di kawasan tersebut, pembesar diberi hak mengutip cukai dan tol perdagangan, pemberian konsensi dan monopoli serta hak memungut hasil dan tenaga daripada penduduk daerahnya. 2.4 Pembesar daerah juga bertanggungjawab menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat. Mereka perlu menyelesaikan hal-hal berkaitan dengan kehakiman. Pembesar wilayah mengambil dan melatih tentera untuk mempertahankan negara. 2.5 Kelompok pembesar juga turut mempunyai tanggungjawab yang besar kepada pengikut mereka. Keperluan pengikut memainkan peranan penting dalam membantu pembesar melaksanakan tugasan yang diarahkan oleh raja. Ramainya bilangan pengikut seseorang pembesar bukan sekadar melambangkan kedudukan serta status, malah turut melambangkan kekayaan serta kejayaan mengeksploitasi ekonomi. 2.6 Oleh itu, peranan pembesar daerah amat penting dalam mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara. 3 Pembesar kampung Quan 3.1 Golongan pembesar yang paling rendah kuasanya ialah pembesar peringkat kampung atau Komun. 3.2 Pembesar desa menjalankan tugas seperti: • Menyelia projek awam untuk memperbaik keadaan desa • Membahagikan tanah dan air untuk pertanian • Membahagikan tanah desa kepada petani • Menentukan individu yang akan terlibat dalam memenuhi kerahan kerajaan • Mendamaikan perselisihan yang wujud secara rundingan dan tolak ansur 3.3 Peranan pembesar kampung tidak kurang pentingnya dalam mewujudkan kestabilan politik. Kesimpulan Sistem pembesar di Vietnam sebelum campur tangan Perancis merupakan satu sistem yang tersusun dan sempurna. Dalam corak pentadbiran Perancis, Mandarin yang tidak berkhidmat dengan penjajah akan dipindahkan ke Annam. Pentadbiran peringkat tertinggi diambil alih oleh pegawai Perancis. Jawatan rendah diisi penduduk tempatan yang menerima pendidikan Perancis. Kesannya, golongan Mandarin kehilangan kuasa. 5 Nilaikan peranan Dipo Negoro dalam Perang Jawa dari tahun 1825 hingga tahun 1830. Pengenalan 1 Dipo Negoro merupakan putera sulong Amangku Buwono lII, pemerintah kerajaan Mataram di Jogjakarta. Dikenali juga sebagai Pangeran Anta Wiria. Beliau menerima pendidikan agama sejak kecil sehingga rakyat Jawa mengangkat beliau sebagai wali yang sangat dihormati. 2 Justeru, ketika berlakunya penentangan rakyat tempatan terhadap Belanda di Pulau Jawa pada tahun 1825 – 1830, Pangeran Dipo Negoro telah memainkan penting dalam memimpin rakyat Jawa untuk merancang, menyusun dan PENERBIT MAHIR SDN BHD


J44 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) mengatur strategi peperangan. Peranan yang dimainkan oleh Dipo Negoro ini boleh dilihat dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Isi-isi Penting Aspek Politik 1 Pemimpin Perang Jawa 1.1 Dari aspek politik, Dipo Negoro memainkan peranan utama dalam memimpin Perang Jawa yang merupakan pemberontakan penduduk peribumi menentang pentadbiran Belanda di Pulau Jawa. 1.2 Golongan bangsawan dan petani tidak berpuas hati dengan Belanda yang telah mengambil alih pentadbiran Pulau Jawa setelah tamatnya Perang Napoleon. 1.3 Sarjana sejarah, C.P. Fitzerald mengangkat Dipo Negoro sebagai pahlawan Asia yang pertama menentang penjajahan Barat menggunakan taktik perang gerila. 1.4 Dipo Negoro terpaksa menggunakan taktik ini bagi menghadapi pasukan tentera Belanda yang cukup terlatih berbanding dengan tentera Dipo Negoro yang tiada kelengkapan senjata. Meskipun pemberontakan ini gagal, namun Dipo Negoro dianggap sebagai pelopor dalam kebangkitan nasionalisme di Indonesia yang bermula di Pulau Jawa. 2 Pemimpin yang bangkit menuntut takhta Mataram 2.1 Seterusnya, Dipo Negoro juga berperanan sebagai pemimpin yang bangkit menuntut takhta kerajaan Mataram. Hal ini disebabkan Dipo Negoro telah disisihkan sebanyak dua kali daripada menjadi Sultan Mataram. 2.2 Selepas kemangkatan Amangku Buwono III pada tahun 1814, Raffles yang menjadi Gabenor Sementara Pulau Jawa pada waktu itu telah melantik adik tiri Dipo Negoro, iaitu Djarot sebagai pemerintah Jogjakarta. Raffles berjanji akan melantik Dipo Negoro sebagai pemerintah seterusnya selepas kematian Djarot. 2.3 Namun begitu, selepas kematian Djarot, Belanda telah kembali mentadbir Jawa dan melantik anak Djarot yang baru berusia dua tahun sebagai pengganti. Dipo Negoro hanya dilantik sebagai penasihat sahaja. Peristiwa ini menyebabkan Dipo Negoro berasa amat terhina dan marah. Beliau telah berjaya meraih simpati masyarakat ternpatan untuk bangkit bersama-samanya bagi rnenentang ketidakadilan Belanda melalui Perang Jawa. Sungguhpun menerima sokongan daripada rakyat tempatan khususnya golongan petani, namun perjuangan Dipo Negoro menemui kegagalan. Aspek Ekonomi 1 Menentang Belanda ekoran pembatalan kontrak sewa tanah 1.1 Dari aspek ekonomi, Dipo Negoro memainkan peranan menentang Belanda ekoran pembatalan kontrak sewa tanah. Gabenor Belanda, iaitu Baron Van Der Capellan telah membatalkan kontrak sewa tanah yang dilaksanakan semasa pentadbiran Raffles di Jawa. Kesannya, golongan bangsawan Jawa tidak berpuas hati kerana mereka kehilangan sumber pendapatan. Malah, mereka dikehendaki memulangkan semula wang pendahuluan yang diterima daripada pengusaha Eropah dan Cina sedangkan wang tersebut telah habis dibelanjakan. Contohnya, Dipo Negoro sendiri terpaksa membayar ganti rugi kepada penyewa tanah di kebun kopinya sebanyak 60 ribu rial. 1.2 Sehubungan dengan itu, Dipo Negoro dan bangsawan-bangsawan lain telah memaksa golongan petani bekerja lebih masa untuk mendapatkan hasil yang lebih banyak bagi membayar balik wang pendahuluan tersebut. Keadaan ini telah membangkitkan kemarahan golongan bangsawan dan petani terhadap Belanda yang membatalkan kontrak sewa tanah. Lalu, mereka telah berganding bahu menentang Belanda melalui Perang Jawa. Walau bagaimanapun, perjuangan mereka ini berjaya dipatahkan oleh Belanda. 2 Pembela nasib petani-petani 2.1 Selain itu, Dipo Negoro juga memainkan peranan sebagai pembela nasib petani-petani Jawa yang mengalami penindasan ekonomi. Petani-petani Jawa dikenakan pelbagai jenis cukai dan bayaran tol. Situasi bertambah buruk apabila orang Cina yang dilantik sebagai pemungut cukai bertindak sesuka hati dengan mengenakan cukai yang lebih tinggi daripada kadar yang ditetapkan oleh kerajaan. Kehidupan petani semakin tertekan apabila orang Cina yang bertindak sebagai peminjam wang mengenakan kadar faedah yang sangat tinggi. 2.2 Di samping itu, orang Cina juga bertindak memonopoli perdagangan garam dan pemungutan cukai kastam. Kemarahan terhadap monopoli orang Cina ini menyebabkan petani Jawa bangkit menentang Belanda kerana mereka berpendapat Belanda membiarkan orang Cina bertindak secara sewenang-wenangnya ke atas petani Jawa. Penentangan petani ini diterjemahkan oleh rakyat Jawa melalui pelibatan mereka bersama-sama Dipo Negoro dalam Perang Jawa 1825 – 1830 kerana mereka menganggap beliau adalah Ratu Adil yang turun daripada langit untuk membebaskan rakyat Jawa daripada kesengsaraan hidup. Namun begitu, kekalahan dalam perang tersebut menyebabkan Dipo Negoro gagal membela ekonomi golongan petani Jawa. Aspek Sosial 1 Menentang pembinaan jalan raya yang menghubungkan Jogjakarta ke Magelang 1.1 Dalam aspek sosial, Dipo Negoro memainkan peranan menentang pembinaan jalan raya menghubungkan Jogjakarta ke Magelang. Hal ini demikian kerana pembinaan jalan tersebut melalui tanah Dipo Negoro yang menempatkan makam nenek moyangnya, iaitu bekas raja-raja Jogjakarta yang dianggap keramat, Dipo Negoro PENERBIT MAHIR SDN BHD


J45 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) dan masyarakat Jawa yang beragama Islam berasa terhina dengan tindakan Belanda kerana ia bertentangan dengan adat resam dan nilai-nilai agama yang menjadi pegangan rakyat Jawa. 1.2 Justeru, apabila Dipo Negoro merosakkan papan tanda pembinaan jalan tersebut dan menggantikannya dengan mata tombak sebagai tanda perisytiharan perang jihad terhadap Belanda, masyarakat Jawa rnernberikan sokongan padu kepada beliau dengan turut menyertai perjuangan Dipo Negoro dalarn perang gerila terhadap Belanda. Walau bagaimanapun, perjuangan Dipo Negoro ini mengalami kegagalan. 2 Pemimpin umat Islam 2.1 Akhir sekali, Dipo Negoro juga memainkan peranan sebagai pemimpin umat Islam . Pendidikan agama Islam yang diterima olehnya sejak kecil mempengaruhi keperibadiannya. Dipo Negoro rnerupakan seorang yang alim, warak, suka bertapa dan beribadat serta dipercayai mempunyai kuasa magis. Rakyat Jawa yang mempercayai konsep Ratu Adil berpendapat Dipo Negoro ialah tokoh atau Ratu Adil yang akan membebaskan mereka daripada kehidupan yang penuh kesengsaraan. 2.2 Justeru, rakyat Jawa memberikan sokongan padu kepada Dipo Negoro untuk rnelancarkan jihad menentang Belanda dalam Perang Jawa. Namun begitu, perjuangan Dipo Negoro dan masyarakat Jawa berjaya dikekang oleh Belanda. Kesimpulan 1 Tuntasnya, Dipo Negoro merupakan tokoh yang memainkan peranan yang sangat penting dalam memimpin, merancang dan menggerakkan masyarakat Jawa untuk bangkit menentang Belanda menerusi Perang Jawa 1825 – 1830. 2 Sungguhpun perjuangan yang dilakukan oleh Dipo Negoro dan masyarakat Jawa ini mengalami kegagalan, sejarawan Barat berpendapat strategi perang secara gerila yang dilakukan olehnya berjaya menyekat Belanda daripada memperoleh kejayaan lebih awal. Justeru itu, Dipo Negoro dianggap sebagai tokoh awal yang mempelopori dan menggerakkan nasionalisme di Indonesia. 6 Jelaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Thailand selepas Revolusi Thai 1932. Pengenalan 1 Selepas Revolusi Thai 1932, Thailand mengamalkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. 2 Di bawah sistem pemerintahan ini, kuasa raja diambil alih oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Sistem demokrasi berparlimen di Thailand merangkumi aspek seperti Badan Eksekutif, Badan Legislatif, Badan Kehakiman dan lain-lain. Isi-isi Penting 1 Raja 1.1 Merupakan ketua negara dan mengetuai Badan Eksekutif, Badan Legislatif, Badan Kehakiman. 1.2 Berkuasa melantik Perdana Menteri, biasanya daripada pemimpin parti yang mendapat majoriti terbanyak dalam kerajaan campuran. 1.3 Berkuasa melantik ahli-ahli Kabinet. 1.4 Pada peringkat awal penubuhan Dewan Perwakilan, raja berkuasa melantik 156 ahli Dewan Perwakilan dan berkuasa melantik ahli Senat. 1.5 Berkuasa untuk menamatkan sesi perhimpunan parlimen dan membubarkan parlimen tanpa persetujuan kabinet tetapi pilihan raya baharu perlu dijalankan dalam tempoh tiga bulan. 2 Badan Eksekutif 2.1 Merupakan badan pembuat dasar kerajaan Thailand. 2.2 Dipimpin oleh Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan Thailand. 2.3 Perdana Menteri dilantik oleh Raja Thailand, biasanya daripada pemimpin parti yang memperoleh kemenangan majoriti dalam pilihan raya dan partinya juga menguasai Dewan Perwakilan melalui perlembagaan baharu yang digubal pada tahun 1992. 2.4 Perdana Menteri mengetuai barisan ahli-ahli kabinet kerajaan tetapi Perdana Menteri tidak berkuasa melantik atau memecat menteri-menteri. 3 Badan Legislatif 3.1 Parlimen juga dikenali sebagai Majlis Perhimpunan Kebangsaan (Ratthasapha) 3.2 Mengandungi dua dewan, iaitu Dewan Perwakilan dan Senat. Dewan Perwakilan 3.3 Diketuai oleh speaker yang turut menjadi Presiden Parlimen. Speaker dibantu oleh dua orang timbalan speaker. 3.4 Mengandungi 500 ahli, iaitu sebanyak 375 ahli dipilih melalui pilihan raya dan 175 ahli lagi dipilih melalui pilihan raya parti. 3.5 Menjadi ahli Dewan Perwakilan selama empat tahun sepenggal. 3.6 Berkuasa menukar Perdana Menteri dan kabinet melalui undang-undang tiada keyakinan. 3.7 Dewan Perwakilan bertanggungjawab menggubal dan menetapkan undang-undang Thailand. Senat 3.8 Mempunyai 150 ahli. Seramai 76 ahli dipilih melalui pilihan raya changwats (wilayah) manakala seramai 74 orang ahli dipilih oleh raja atas nasihat Senat Selention Commision. Sebanyak 74 ahli ini tidak mewakili parti politik atau menganggotai mana-mana parti politik, tidak menjadi ahli Dewan Perwakilan, Badan Kehakiman atau Kabinet selama lima tahun. 3.9 Mulai 2 Mac 2000, Senat mempunyai 200 orang ahli. Semua ahli dipilih melalui pilihan raya changwats. 3.10 Ahli senat akan berkhidmat selama enam tahun untuk tempoh sepenggal. 3.11 Berkuasa menolak undang-undang yang digubal oleh Dewan Perwakilan atau boleh membuat penambahbaikan. Senat mempunyai kuasa PENERBIT MAHIR SDN BHD


J46 940 © Penerbit Mahir Sdn. Bhd. (183897-P) mansihati ahli-ahli Badan Kehakiman dan agensiagensi bebas kerajaan. 4 Badan Kehakiman 4.1 Pentadbiran badan ini diletakkan di bawah Menteri Kehakiman dan Suruhanjaya Kehakiman akan menjalankan usaha mengawasi perjalanan badan ini. 4.2 Soal pelantikan, penukaran atau pemecatan hakim akan dibuat oleh Raja Thai dengan mendapat persetujuan suruhanjaya. 4.3 Mahkamah Tertinggi ialah Mahkamah Agung (Dika) di Bangkok. 4.4 Mahkamah-mahkamah lain ialah mahkamah rayuan, tiga mahkamah daerah, mahkamah jenayah dan mahkamah sivil. 4.5 Setiap wilayah juga mempunyai mahkamah jenayah dan sivilnya sendiri. 5 Peringkat Tempatan 5.1 Negara Thai dibahagikan kepada 75 wilayah pentadbiran yang disebut Changwats. 5.2 Setiap Changwats diperintah oleh pesuruhjaya yang bertanggungjawab kepada Menteri Dalam Negeri. 5.3 Changwats dipecahkan kepada 412 daerah atau amphurs dan 4533 Tambons. 6 Amalan Demokrasi 6.1 Boleh dilihat melalui pelaksanaan pilihan raya. 6.2 Diadakan empat tahun sekali bagi memilih ahli Dewan Perwakilan dan enam tahun sekali untuk pemilihan Dewan Senat. 6.3 Calon yang bertanding mestilah warga Thailand dan berusia sekurang-kurangnya 23 tahun. 6.4 Umur minimun pengundi ialah 18 tahun. 6.5 Pengundi membuat dua undian, iaitu satu undian untuk memilih ahli Dewan Perwakilan. Manakala, satu lagi undian untuk memilih parti yang layak. Kesimpulan Selepas Revolusi Thai 1932, Thailand mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen yang bercorak bicameral. Walau bagaimanapun, sistem Demokrasi Berparlimen Thailand kurang berkesan kerana sepanjang pelaksanaan sistem ini, banyak berlaku rampasan kuasa (coup d’etat) oleh tentera dan kumpulan-kumpulan birokrat untuk menumbangkan kerajaan yang memerintah. PENERBIT MAHIR SDN BHD


CATATAN PENERBIT MAHIR SDN BHD


CATATAN PENERBIT MAHIR SDN BHD


KOLEKSI KERTAS PERCUBAAN KOLEKSI KERTAS PERCUBAAN A K R A M TERENGGANU SEJARAH A N G KATA N K E RJA R A J I N A M A L A N M U L I A STPM STPM AKRAM STPM 900 Pengajian Am 910 Bahasa Melayu 940 Sejarah 942 Geografi 944 Ekonomi 946 Pengajian Perniagaan 954 Mathematics (T) 960 Physics 962 Chemistry 964 Biology MUET JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI: Koleksi Kertas Percubaan STPM AKRAM ini digubal oleh ahli panel AKRAM Negeri Terengganu. AKRAM (Angkatan Kerja Rajin Amalan Mulia) ditubuhkan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu untuk membantu meningkatkan tahap pendidikan pelajar khususnya di negeri Terengganu dengan menyediakan pelbagai soalan dan latih tubi. Hasil daripada usaha AKRAM, Terengganu adalah antara negeri yang mempunyai pencapaian terbaik dalam peperiksaan di sekolah mahupun peperiksaan awam. Kertas Percubaan STPM AKRAM ini digubal berdasarkan format STPM terkini bagi setiap semester. Kertas Percubaan STPM ini diharap dapat membantu pelajar di seluruh negara untuk mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang. 2021-2023 Semenanjung Malaysia : RM9.90 Sabah & Sarawak : RM10.80 SEMESTER 2 3& SEMESTER 2 3& PENERBIT MAHIR SDN BHD


Click to View FlipBook Version