The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Jawatankuasa Kerja PIBG 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PIBG SRIAAG, 2024-05-03 13:23:08

AGM PIBG SRIAAG 2024

Laporan Jawatankuasa Kerja PIBG 2024

1 MEYUARAT AGUNG PIBG SRIAAG 2024 4 Mei 2024 Sabtu 8.30 Pagi Dewan Serbaguna SRIAAG


2 KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT A. PENYATA DAN MINIT MESYUARAT 3 Notis Mesyuarat Agung 2023/24 4 Kata Aluan Pengerusi 6 Minit Mesyuarat Agung PIBG 2022/23 8 Lampiran: Senarai Kehadiran 12 B. LAPORAN TAHUNAN PIBG 2023/24 19 Pengenalan 20 Laporan Aktiviti Jawatankuasa 23 Laporan Kelab Kelas 35 C. LAPORAN KEWANGAN 2023/24 44 Penyata Kewangan 45 D. USUL DAN CADANGAN 54


3 A. PENYATA DAN MINIT MESYUARAT


4 PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN GOMBAK (PPM:SEL 1394/92 , PPP:SEL196/92) Lot 1078, Jalan Sungai Pusu, 53100 Gombak, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-61889873 Fax:03- 61878126 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. : PIBG/2024/1/(1) Tarikh : 17 April 2024 Ibu bapa/Penjaga Ahli PIBG SRIAAG PERKARA : MESYUARAT AGUNG PIBG SRIAAG TAHUN 2024 Merujuk kepada perkara di atas, dengan sukacitanya dijemput semua ahli PIBG SRIAAG untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SRIAAG bagi tahun 2024. Butiran mesyuarat adalah seperti dibawah: Tarikh : 4 Mei 2024 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Serbaguna SRIAAG Nota: Sila sahkan kehadiran melalui pautan yang disediakan bit.ly/AGMPIBGSRIAAG2024 Agenda Mesyuarat 8.30 pagi : Pendaftaran 8.45 pagi : Bacaan Al-Quran 8.55 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis dan Pengiraan Korum 9.00 pagi : Ucapan Pengerusi PIBG sesi 2023/24 9.10 pagi : Ucapan Guru Besar SRIAAG 9.20 pagi : Ucapan Perasmian 9.30 pagi : Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG sesi 2022/23 9.35 pagi : Pembentangan dan Penerimaan Laporan Tahunan Jawatankuasa Kerja sesi 2023/24 10.00 pagi : Pembentangan dan Penerimaan Penyata Kewangan PIBG sesi 2023/24 10.15 pagi : Perletakan jawatan AJK PIBG sesi 2023/24 10.20 pagi : Pemilihan AJK PIBG sesi 2024/25 10.40 pagi : Pembentangan dan Perbahasan Usul dan Cadangan


5 Nota : Sebarang usul & cadangan yang ingin dibentangkan oleh ahli PIBG hendaklah menggunakan pautan yang disediakan bersekali dengan pengesahan kehadiran mesyuarat. Penghantaran usul & cadangan hendaklah dibuat pada/sebelum 26 April 2024. 11.30 pagi : Ucapan Penangguhan dari Pengerusi PIBG SRIAAG sesi 2024/25 11.40 pagi : Doa Penutup dan Jamuan Kehadiran dan sokongan semua ibu bapa/penjaga amatlah dihargai agar satu pasukan yang berwibawa dapat dipilih untuk menerajui PIBG sesi 2024/25, seterusnya dapat memberikan manfaat buat semua murid dan warga SRIAAG. Semoga usaha kita diberkati oleh Allah Subhanahu wa taala. Sekian, terima kasih. Yang benar, ............................................................................ (NUR HAFIZAH BINTI SHAHAROM) Setiausaha PIBG Sesi 2023/24 Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak


6 KATA ALUAN PENGERUSI PIBG SRIAAG SESI 2023/24 السالم عليكم ورحمة للا وبركاته بسم للا الرحمن الرحيم الحمد لل رب العالمين والصالة والسالم على رسول األمين وعلى آله وصحبه أجمعين Yang dihormati, Ustaz Mohd Shahil Mohd Rawi Guru Besar Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak, Dr Hj Shaharom Md Shariff Pengerusi Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad, Barisan penolong kanan dan guru-guru, Ahli-ahli jawatankuasa PIBG dan jawatankuasa kerja AGM, Dan seterusnya hadirin hadirat ibu bapa dan penjaga sekalian. Alhamdulillah, Kita bersyukur ke hadrat Allah ta’ala dapat kita meluangkan masa menjalankan majlis kita pada pagi ini, demi anak-anak kita yang kita kasihi. Saya dengan besar hati mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini. Terima kasih yang istimewa kepada ahli-ahli jawatankuasa PIBG yang telah bertugas dengan cemerlang untuk segala aktiviti yang telah kita jalankan sepanjang 2023 dan awal 2024. Terima kasih yang istimewa kepada barisan guru-guru yang banyak menyokong dan membantu. Terima kasih yang istimewa juga kepada ibubapa yang memberi kepercayaan. Jazaakumullahu khairan kathiira. Ibubapa, penjaga dan guru-guru sekalian, Pada awal sesi 2023/24 kami barisan AJK PIBG dimandatkan dengan amanah untuk mengurus perjalanan persatuan supaya kita dapat menjalankan aktiviti yang terbaik dan memberi impak positik kepada ibubapa dan guru-guru, dan terutamanya kepada anak-anak. Seadanya, kami berusaha untuk mengadakan pelbagai aktiviti, dari perkara yang melibatkan akademik, luar akademik, keceriaan, dan juga bantuan infrastruktur, dan menyalurkan dana untuk banyak program anjuran sekolah dan juga KKD di bawah PIBG. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang tidak henti memberi kerjasama samaada dari sudut idea, tenaga dan kewangan. Amanah yang paling berat pada hemat saya adalah pada pengurusan kewangan persatuan. Kita telah dengan telus dan tuntas menggunakan wang yuran yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Laporan kewangan dibentangkan dengan telus. Saya mewakili Jawatankuasa PIBG mengucapkan terima kasih kepada ibubapa atas kepercayaan yang diberikan dalam hal ini.


7 Akhir kata, saya ingin memohon ampun maaf atas segala kekurangan sepanjang saya mengemudi PIBG sesi 2023/24. Saya berharap lantikan baru nanti akan dapat mengambil teladan apa yang baik, dan jadikan sempadan apa yang tidak baik. Mudah-mudahan, sedikit usaha yang kita curahkan melalui wadah PIBG ini akan menjadi bekalan timbangan yang elok di sana nanti. Sekian, Wabillahittaufiq wal-hidaayah, Assalamu alaikum warahmatullah. Ahmad Ashraf bin Ab Latif Pengerusi PIBG 2023/24


8 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022/2023 Tarikh : 13 Mei 2023 Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Serbaguna Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak Agenda: 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi Majlis. Pengerusi Majlis mengalu-alukan kehadiran Dr. Tuan Haji Shaharom Bin Md Shariff (Pengerusi Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad) dan ibu bapa dan mengucapkan jutaan terima kasih kerana dapat meluangkan masa bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG. 2.0 Ucapan Aluan Pengerusi PIBG 2022. 2.1 Pengerusi PIBG sesi 2022/2023, Encik Ahmad Asyraf bin Ab Latif mengalu-alukan kehadiran ibu bapa pada mesyuarat agung tahunan PIBG dengan penuh kesyukuran. Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang hadir. 2.2 Encik Ahmad Asyraf bin Ab Latif mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua barisan AJK PIBG sesi 2022/2023 atas kerjasama yang begitu cemerlang dalam memastikan keberlangsungan hal-hal yang berkaitan pengurusan dan aktiviti-aktiviti PIBG berjalan dengan lancar. 2.3 Beliau menzahirkan rasa kesyukuran kerana sekolah telah dibenarkan beroperasi seperti biasa dan murid-murid dibenarkan belajar secara fizikal setelah beberapa ketika belajar secara dalam talian. 2.4 Pengerusi PIBG juga menyarankan KKD membuat program yang lebih menarik dan menyeronokkan bagi menarik minat murid-murid untuk turut serta. 2.4 Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana memberi kerjasama yang baik kepada PIBG. 2.5 Beliau juga memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan sepanjang mengemudi PIBG 2022/2023 serta mengharapkan legasi PIBG yang baru dapat berusaha lebih gigih dengan lebih gigih demi kecemerlangan sekolah agar ibu bapa dapat melihat anak-anak menjadi insan yang cemerlang yang dapat mendukuung misi dan visi Al-Amin dan melahirkan generasi soleh wa musleh. 3.0 Ucapan Guru Besar 3.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran Dr. Tuan Haji Shaharom Bin Md Shariff (Pengerusi Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad), Pengerusi PIBG, Penolong Kanan, Guru Kanan, guru-guru, ibu bapa dan anak-anak ke Mesyuarat Agung PIBG tahunan. Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang hadir. 3.2 Guru Besar mengajak untuk menyatakan rasa syukur kerana dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat pada kali ini dan menzahirkan kepentingan Mesyuarat Agung PIBG merupakan agenda yang sangat penting bagi sesebuah sekolah. 3.3 Beliau memperkenalkan diri sebagai guru besar baru di Sekolah Rendah Islam AlAmin Gombak. 3.4 Beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada barisan AJK PIBG kerana turun padang dan bertungkus lumus agar perancangan dan pelaksanaan yang telah dirancang dapat dijalankan dengan baik. 3.5 Beliau juga menyatakan bahawa Hal Ehwal Murid, Infrastruktur, keselamatan, kesesakan lalu lintas dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. 3.6 Beliau juga memberi penekanan tentang kes denggi yang kian meningkat dan tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi masalah tersebut.


9 3.7 Guru Besar menyeru agar semua ibu bapa dan guru dapat bergerak secara aktif kerana titik permulaan untuk menjamin kejayaan dan kecemerlangan sekolah adalah apabila ibu bapa dan guru-guru bergabung dan bekerjasama. 3.8 Beliau mengharapkan PIBG menjadi platform yang terbaik di mana ibu bapa dapat memberi idea dan sumbangan bagi menggerakkan dan membina sekolah ke arah kecemerlangan. 3.9 Beliau berhasrat mewujudkan PIBG PPAAB iaitu gabungan SRIAAG dan SMIAAG agar lebih kuat. 3.10 Beliau berharap apa yang dirancang oleh PIBG dan sekolah dipermudahkan. 4.0 Ucapan Perasmi 4.1 Dr. Tuan Haji Shaharom Bin Md Shariff mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan menzahirkan rasa syukur kepada Allah kerana dapat bertemu pada bulan Syawal. 4.2 Dr. Tuan Haji Shaharom Bin Md Shariff menyatakan bahawa dalam ayat Al-Quran yang bermaksud apabila kita berusaha bermakna kita beramal soleh untukNya supaya amal yang kita buat dapat ganjaran syurga dan juga bagi mereka yang ingin bertemu dengan Allah s.w.t. di syurga kelak. Beliau juga menyatakan bahawa peluang untuk beramal soleh sangat luas. 4.3 Beliau menzahirkan kerisauan berkenaan penggunaan vape yang kian berleluasa seperti di negara jiran iaitu Singapura yang menggunakan peranti-peranti di mana ianya salah dari segi undang-undang. 4.4 Beliau menyatakan rasa gembira dan bersyukur kerana salah seorang alumni (SRIAAG dan SMIAAG) telah mendapat pujian daripada pihak Istana Negara iaitu anak kepada Dr. Maszlee Malik yang mencipta sejarah tersendiri merangkul enam anugerah di Universiti Georgetown, Qatar. 4.5 Beliau memberi penekanan tentang hala tuju Al-Amin di mana dapat membina sekolah yang patuh syariah yang merupakan tunjang kepada Al-Amin. 4.6 Beliau juga turut menyatakan bahawa kejayaan merupakan sebahagian daripada kurikulum, kemudahan dan juga biah solehah. 4.6 Beliau juga menyeru agar semua ibu bapa dan guru berdoa agar institusi mendapat barakah. 5.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2022/2023 5.1 Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2022/2023 telah dicadangkan pengesahan oleh Puan Hafizah dan disokong oleh Mlmh Nuri Hannani. 6.0 Pembentangan Laporan Tahunan PIBG 2022/2023 6.1 Laporan Tahunan PIBG bagi tahun 2022/2023 telah dibentangkan oleh Setiausaha PIBG, Puan Nur Hafizah Binti Shaharom. Mesyuarat telah menerima laporan tersebut tanpa pindaan. 6.2 Laporan Jawatankuasa PIBG 2022/2023 dibentangkan oleh Setiausaha PIBG, Puan Nur Hafizah Binti Shaharom 6.2.1 Jawatankuasa Dana menjalankan dua program untuk menambahkan dana PIBG iaitu Program Korban dan Akikah serta menjadi penolong amil Lembaga Zakat Selangor. Pihak sekolah juga turut mendapat manfaat daripada program yang dijalankan ini. Program sebegini sangat diharapkan agar dapat diteruskan dan dipromosikan dari awal tahun supaya dapat memaksimakan jumlah dana kutipan. 6.2.2 Jawatankuasa Kesihatan dan Keceriaan mengadakan pertemuan dengan pihak kantin sekolah bagi membincangkan tentang kenaikan harga makanan, kualiti makanan, dan kebersihan kantin. 6.2.3 Jawatankuasa Keselamatan dan Alam Sekitar dapat telah membuat petak kuning di hadapan pagar sekolah dan mengharapkan ibu bapa dapat mematuhi peraturan semasa berada di petak tersebut. 6.2.4 Jawatankuasa Kebajikan dan Modal Insan berjaya menjalankan beberapa program bantuan dan hadiah seperti hadiah hari guru, guru bersalin dan hadiah guru yang


10 melangsungkan perkahwinan, hadiah persaraan guru, saguhati untuk ibu bapa, bacaan Yasin, riadah dan juga parenting. 6.2.5 Jawatankuasa Akademik agak aktif dalam melaksanakan program untuk membantu meningkatkan prestasi akademik anak-anak. 6.2.6 Jawatankuasa Teknologi Maklumat & Siaraya bertanggungjawab untuk sentiasa mengemas kini segala aktiviti, program atau pengumuman yang berkaitan. 6.3 Laporan KKD telah dibentangkan oleh Setiausaha PIBG, Puan Nur Hafizah Binti Shaharom mulai laporan KKD 6 hingga KKD 1. Setiausaha PIBG, Puan Nur Hafizah Binti Shaharom menyatakan dengan penuh berbesar hati agar semua dapat menghulurkan sumbangan dari pelbagai bentuk untuk membentuk KKD, membantu sekolah, membantu anak-anak dan seterusnya melahirkan murid yang soleh dan musleh. 7.0 Pembentangan dan Penerimaan Penyata Kewangan 2022/2023 7.1 Pembentangan dan pengesahan penyata kewangan telah disampaikan oleh Bendahari PIBG En. Mohd Farid. 7.2 Pengesahan penyata kewangan PIBG 2022/2023 telah dicadang oleh En. Mohd Roshaimi Abdul Manaf dan disokong oleh Encik Mustafa. 8.0 Perletakan Jawatan AJK PIBG Sesi 2022/2023 8.1 Pengerusi PIBG, Encik Ahmad Asyraf bin Ab Latif mewakili semua AJK mengumumkan perletakan jawatan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 berkuatkuasa serta merta. 9.0 Perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 9.1 Ahli Jawatankuasa PIBG 2023/2024 telah dipilih berdasarkan cadangan dan undian berikut: Jawatan Cadangan Nama Undian Keputusan Pengerusi En. Ahmad Ashraf bin Ab Latif 65% Dilantik Timbalan Pengerusi En. Mohd Udzair Bin Mohamad Zaid 74% Dilantik Setiausaha Pn. Nur Hafizah Binti Shaharom 63% Dilantik Bendahari Pn. Intan Ainorul Aini Binti Datuk Haji Matiasin Sebulat suara Ahli Jawatankuasa En. Mohammad Saufee bin Mohd Sanif 33% Dilantik En. Mohamad Hafiz Bin Jarni 55% Dilantik Pn. Ku Norzainun binti Imam Asmawi 29% Dilantik Pn. Nurul Azimah binti Mohd Ani 31% Dilantik En. Mohd Azri Bin Khamis 36% Dilantik Pn. Eva Gusnita binti Djazoeli 51% Dilantik


11 Juruaudit Dr. Syarifah Azlena Syiedha Azauddin Aljumlud Sebulat suara Pn. Norhafizah Binti Ahmad Sahimi Sebulat suara Pemegang Amanah En. Nazrul Azwan Bin Mohd Nor Muallim Zikri Bin Abdullah Mlmh Eleena Suriana Binti Latif 10.0 Ucapan penangguhan Pengerusi PIBG 2023/202 10.1 Majlis diserahkan kepada pengerusi majlis dan ditangguhkan dengan tasbih kaffarah dan surah Al-‘Asr. Majlis ditangguhkan pada pukul 12.38 tengahari. Disediakan oleh, Disahkan oleh, Rahimah Senik Ashraf ______________ _____________ Rahimah Binti Senik Ahmad Ashraf Bin Ab Latif Penolong Setiausaha Pengerusi PIBG SRI Al-Amin Gombak PIBG SRI Al-Amin Gombak Sesi 2023/2024 Sesi 2023/2024


12 LAMPIRAN SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2022/23 Bil Nama Penuh (Seperti Di Kad Pengenalan/ Kad Tentera) Kategori Kelas Anak / Tanggungan 1 Abdul Hanif Bapa 4 Bilal 2 Adik Mat Bin Derahman Bapa Nur Hannan Imani, 3 Muadz 3 Adilah Binti Zubir Guru 4 Ahmad Ashraf Bin Ab Latif Bapa Aman Bin Ahmad Ashraf, 1 Uwais 5 Ahmad Bin Din Bapa 4 Salman 6 Ahmad Hafiz Bin Abdul Aziz Bapa AHMAD AJWAD AL KHALIS, 6 Jaafar 7 Ahmad Uwais Ab. Razak Bapa Nur Amal Umairah, 2mus'ab 8 Ajda Lelah Binti Ajan Ibu Affan, 3 Abu Dzar 9 Ameer Wahdi Bin Ahmad Salleh Bapa 2 Amru 10 Amelia Wong Azman Ibu 3 Muadz 11 Aqilah Hanif Ibu Amir Rayyan (5 Talhah) & Ammar Farhan (2 Amru) 12 Asiah Mat Ripin Guru 13 Atikah Binti Mohamad Ibu Anas Bin Ahmad Ashraf, 4 Salman 14 Azailudin Bin Hamat Bapa 2 Amru 15 Azizul Hakim Bin Rusli Bapa 3 Abu Dzhar 16 Azlan Bin Mohd Shahrin Bapa Aisyah Irdina 4bilal 17 Basirah Binti Mokhtar Guru 18 Che Ku Anzra Binti Che Ku Abdullah Ibu Syed Afeefuddin, 5talhah 19 Dina Irnasari Binti Soepirman Ibu Baihaqi Masoud,1 Yaasir


13 20 Dr Syarifah Azlina Ibu Ahmad Shumayl 5ubaidah 21 Eleenaa Surliana Binti Latif Guru 22 Eva Gusnita Djazoeli Ibu Nadine Ayra Binti Nazrul Azwan 6 Anas 23 Fadzlina Binti Abdul Hamid Ibu Afiq Danial Fahim, 6 Jaafar 24 Farah Syahidah Ahmad Zohri Ibu Farhan Afham 5 Zubair 25 Farihana Ibu 5ubaidah 26 Fatimah Binti Yusof Ibu Ahmad Al Baihaqi Bin Awang Kelas:4abu Bakr 27 Fatin Nur Aisyah Ibu Qaisara Hannani 3 Muadz 28 Halawiyah Che Wang Guru 29 Hanifah Binti Abdul Rashid Guru 30 Harmaini Ahmad Daman Huri Bapa Haziq 1uwais 31 Harussani Bin Abd Hadi Bapa Abdullah 4bilal 32 Hasliza Bt Hussin Ibu Muhammad Izz Atiqullah, 3 Muazd 33 Hazlina Md Yusof Ibu Nurul Husna 3 Abu Dzar 34 Helmi Izzuddin Bin Musa Guru 35 Husna Nida Kamar Ariff Ibu Mohammad Rayyan, 3 Abu Dzar 36 Illi Nuramira Binti Mohd Isa Guru 37 Intan Ainorul Aini Binti Matiasin Ibu AISY ASFA BIN AMRI (5 Talhah) 38 Jamaliah Binti Razali Guru 39 Kamal Pasha B. Ahmad Penjaga Ahmad Darwesh Pasha. 4 Bilal 40 Kamariah Senik Guru 41 Khairun Nisak Bt Din Guru 42 Khalidah Khalid Ibu Lutfilhakim, 6 Anas & Umar Faruqi, 3 Muadz 43 Ku Norzainun Binti Imam Asmawi Ibu Puteri Aisya Amani, Abu Bakr


14 44 Madihah Binti Uzir Ibu Umar Luqman, 5 Ubaidah 45 Maisur Bin Johari Bapa 2 Hamzah 46 Mardhiah Mohd Roslan Ibu Mujaahid , 2 Amru 47 Mariatul Akmarina Binti Hassan Guru 48 Masznim B Yahaya Bapa Adam Aryan B Masznim 49 Maziatul Fazilah Binti Mahmood Ibu 5 Talhah 50 Mohamad Khairul Daim Bin Ahmad Shamsuri Bapa Muhammad Mu'adz Ar-Rayyan, 2 Mus'ab 51 Mohamad Shukri Bin Bahari Guru 52 Mohammad Hairil Izzat Bin Johari Bapa Maryam As Syifa, 3 Muadz 53 Mohammad Saufee Mohd Sanif Bapa Mohammad Rayyan & Hana Zahra 54 Mohd Amirul Farez Bin Shaari Bapa 2 Hamzah 55 Mohd Azman Bin Sm Ariffin Bapa Nur Fathia Qistina, 2hamzah 56 Mohd Azri Khamis Bapa Haris, 5 Zubair 57 Mohd Fauzi Bin Mohamad Sharif Guru 58 Mohd Irwan Bin Ismail Bapa Ashraf Izzudin, 2 Mus'ab 59 Mohd Kamil Bin Md Nasir Bapa Ahmad Zaki 3 Jabir 60 Mohd Mozani Bin Abd Hamid Bapa 1 Uwais 61 Mohd Ramli Bin Parman Bapa Muhammad Abbas,3 Muadz 62 Mohd Rohaimie Bin Ab Manaf Bapa Muhammad Raif Hafiyy 3Jaabir 63 Mohd Shah Khuzari Bapa Izzara 4 Abu Bakh 64 Mohd Syahil Bin Mohd Rawi Guru 65 Mohd Udzair Bin Mohamad Zaid Bapa Farhan Afham, 5 Zubair 66 Mohd Zulhilmi Bin Mokhtar Bapa Mu’az Zikry , 6jaafar 67 Mohd.Norfadzli Hasan Bin Yahya Bapa Affan ,3az 68 Muadz Mohd Isa Bapa Mujaahid, 2 Amru 69 Muhaideen Abdul Kader Bin Mohamad Ikbal Bapa 3 Abu Dzar


15 70 Muhamad Afendi Bapa Khadeejah & 1 Yaasir 71 Muhamad Aiman Bin Maarof Bapa Ayyash 3 Jaabir, 'Aaisyah 1 Yaasir 72 Muhamad Hafiz Bin Jarni Bapa Ayra Aleena Nur Ifra, 2 Mus'ab 73 Muhammad Aiman Bin Jamaluddin Bapa Nur Aleesa 1zaid 74 Muhammad Ammar Bin Mohd Dahari Guru 75 Muhammad Annuar Bapa Muhammad Azeem , 3 Muadz 76 Muhammad Azri Bin Mahat Bapa Hanan Medeena, 1zaid 77 Muhammad Faizal Bin Ismail Bapa 4khalid 78 Muhammad Farid Nin Abdul Rahman Bapa 3abu Dzar 79 Muhammad Hafiz Bin Wahid Bapa Nur Hanna Humaira, 2mus'ab 80 Muhammad Yazdaan Bin Mohammad Aris Bapa Muhammad Taufiq, 6 Saad 81 Muhammad Yusuf Abduh Bapa 5 Zubair 82 Mustaffa Malik Bapa Nuha Fatimah, 4 Abu Bakar 83 Muuqinah Binti Samsuri Guru 84 Nadirah Noor Azlan Ibu Afea Nur Zahra 85 Nazarsham Mat Isa Bapa 5 Ubaidah 86 Nazrul Azwan Bin Mohd Nor Bapa Nadine Ayra, 6 Anas 87 Nik Faridah Bt Mamat Guru 88 Noor Fhaezah Bt Jaafar Ibu Irfan Fhirdaus 6 Jaafar 89 Noor Hafidzah Bt Shahrani Ibu Izzah,3 Abu Dzar 90 Noor Khairunisya Binti Idris Ibu Amni Irdina, 1 Ammar 91 Noor Rafida Abdul Talib Ibu Daryn Ardhanee 2 Mus’ab 92 Nor Akma Binti Mamat Ibu Naufal,3 Jaabir 93 Nor Falihah Binti Kholil Guru 94 Nor Hafizah Zainal Abidin Ibu Haziq 1 Uwais 95 Nor Nafisah Binti Saharuddin Guru Masyitoh Binti Mohd Shah Muzafar


16 96 Nor Syamimi Farhah Binti Ibrahim Guru 97 Norhafizah Binti Ahmad Sahimi Ibu Ayyash Fathi 3 Jaabir 98 Norhafizah Binti Mohmad Adnan Guru Tiada 99 Norhanis Aida Mohd Nor Ibu Farhan, 4 Khalid 100 Norhaniza Hamir Ibu Ayra Aleena Nur Ifra, 2 Mus'ab 101 Norhidayah Saidin Guru 102 Norhidayu Binti Razali Ibu 2 Mus'ab 103 Norita Binti Sulaiman Guru 104 Norliana Binti Azahar Ibu Syarifah Arissa, 6 Saad 105 Normalasamsuri Bt Yusof Guru 106 Norwan Nasir Bin Mat Piah Bapa Afea Nur Zahra,1 Yaasir 107 Noryushilah Binti Mohd Yunus Ibu Nur Irdina Sofia Binti Mahfuz (5 Ubaidah) 108 Nur Adila Binti Ahmad Rapaie Guru 109 Nur Adyani Binti Ramli Ibu 2 Amru 110 Nur Asyiqin Binti Mohamed Yunos Ibu Adam Rayyan 4abbas 111 Nur Hafizah Mohammad Ghulam Ibu Abdul Rashid, 2 Hamzah 112 Nur Hafizah Shaharom Ibu Nusrah, 4 Salman 113 Nur Jannah Mohaidin Ibu Aryan 114 Nuri Hannani Binti Jamhari Guru 115 Nurmainis Binti Omar Guru 116 Nurmaliza Tukimin Ibu Husna 5 Zubair, Ain 3 Jaabir 117 Nurul 'Izzati Binti Razali Guru 118 Nurul Aini Mt Jawahir Ibu 6 Anas 119 Nurul Aiza Ibu Lutfan,6 Anas 120 Nurul Azimah Binti Mohd Ani Ibu 6 Jaafar 121 Nurul Farhana Ruslan Ibu Izz 4 Abu Bakr, Auni 3 Jaabir, Isa 1 Yasir 122 Nurul Nuha Binti Mokhtar Guru - 123 Nurul Syuhada Binti Mohd Anuar Ibu Medina, 2 Mus'ab


17 124 Nurul Wazni Binti Budin Ibu Nur Sumayyah Sakinah -3 Muadz 125 Nuurul 'Afiah Binti Mamad Ibu Arshad, 2 Amru. Ashraf Juhani, 4 Abu Bakar 126 Putri Fatimah Ibu Nurul , 1 Ammar 127 Qatrun Naemah Binti Ismail Guru 128 Rabbaniah Binti Razali Guru 129 Rahimah Binti Senik Guru 130 Rosezuwairy Binti Jamaluddin Ibu Ahmad Hassan Zafri Bin Nur Zatulakmam 131 Rosita Binti Kasim Ibu Nur Umairah Syahmina Binti Pazlie - 6 Saad 132 Saffuan Bin Bohori @ Bahari Bapa Nur Aisya Sufiyya, 5 Salman 133 Safiyah Binti Kamsani Ibu Iffah Humaira', 4khalid. 134 Safiyah Binti Omar Ibu Ikmal Bin Idris, 4 Abbas 135 Sahinal Azral Sulaiman Bapa Aisyah Humairah Bt Sahinal 136 Sakinah Ismail Guru 137 Sakinah Mohd Halimi Ibu Muhammad Shaheem 6 Anas 138 Sardey Bin Mustapa Bapa Muhammad Qoid Uzair 4 Salman 139 Shakeela Binti Khalid Guru 140 Sharina Binti Mohd Affandi Ibu Aishah Binti Adam, 5 Zubair 141 Siti Afidah Maidi Ibu Izzara , 4 Abu Bakh 142 Siti Aishah Binti Abidin Ibu 3 Jaabir 143 Siti Asma’ Binti Abd Rahman Ibu Aisyah Irdina, 4 Bilal 144 Siti Farah Atikah Ibu Nur Aleesa 1 Zaid 145 Siti Husna Farsi Ibu Khadeejah Humaira & 1 Yaasir 146 Siti Norsarah Abdul Rashid Guru 147 Siti Zahidah Bt Abd Rashid Ibu Zara Arissa 3 Abu Zhar


18 148 Syazwani Fasihah Binti Shuaimi Guru 149 Thuba Jazil Bapa Azmi Abdullah Kamil, 2 Hamzah 150 Tuan Nadia Farhana Binti Tuan Ghazalu Guru 151 Wan Nur Athirah Binti Wan Azlan Guru 152 Wan Nurul Ezyani Binti Wan Jabarudin Ibu Nur Safiyyah 4 Abu Bakr 153 Zarina Binti Mashor Ibu Nur Aimi Faqihah Binti Azhar, 3 Muadz 154 Yushaliza Binti Mohammad Yusof Guru 155 Zaffazilawaty Ibu Afia Zalikha 4 Salman 156 Zalihan Bt Sulaiman Guru 157 Zikri Bin Abdullah Guru


19 B. LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2023/24


20 LAPORAN TAHUNAN PIBG 2023/24 1. LATAR BELAKANG Laporan ini merumuskan perjalanan dan pencapaian PIBG SRIAAG bagi sesi 2023/24. 2. KEANGGOTAAN Anggota Jawatankuasa Kerja PIBG SRIAAG Sesi 2023/24 seperti yang dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2023 ialah seperti berikut : Pengerusi : En. Ahmad Ashraf bin Ab Latif Timbalan Pengerusi : En. Mohd Udzair bin Mohamad Zaid Setiausaha : Pn. Nur Hafizah binti Shaharom Penolong Setiausaha : Mlmh. Rahimah binti Senik Bendahari : Pn. Intan Ainorul Aini binti Datuk Haji Matiasin Ahli Jawatankuasa : Pn. Nurul Azimah binti Mohd Ani Pn. Eva Gusnita binti Dzajoeli En. Mohd Azri bin Khamis En. Muhamad Hafiz bin Jarni En. Mohammad Saufee bin Mohd Sanif Pn. Ku Norzainun binti Imam Asmawi Pemeriksa kira-kira : Dr. Syarifah Azlina binti Syed Azauddin Aljumlud : Pn. Norhafizah binti Ahmad Sahimi Pemegang Amanah : En. Zikri bin Abdullah : Mlmh. Eleenaa Suriana binti Latif. : En. Nazrul Azwan bin Mohd Noor Wakil Guru : Mlmh. Jamaliah binti Razali 3. MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KERJA 3.1 Bermula April 2023 hingga Mei 2024, Jawatankuasa Kerja telah mengadakan mesyuarat sebanyak empat (4) kali. Ini tidak termasuk perbincangan yang berlaku di dalam Whatsapp Group PIBG serta mesyuarat bagi setiap jawatankuasa kerja. 3.2 Kehadiran mesyuarat adalah seperti berikut Bil. Nama 20/5 23/8 13/1 1/5 1. En. Ahmad Ashraf bin Ab Latif / / / / 2. En. Mohd Udzair bin Mohamad Zaid / / / / 3. Pn. Nur Hafizah binti Shaharom / / / / 4. Mlmh. Rahimah binti Senik / / / X 5. Pn. Intan Ainorul Aini binti Datuk Haji Matiasin / / / / 6. Mlmh. Siti Norsarah binti Abdul Rashid X / / / 7. Pn. Eva Gusnita binti Djazoeli / / / X


21 8. Pn. Ku Norzainun binti Imam Asmawi X / / X 9. En. Mohammad Saufee bin Mohd Sanif / / / / 10. En. Mohd Azri bin Khamis / / / / 11. En. Muhamad Hafiz bin Jarni / / / / 12. Pn. Nurul Azimah binti Mohd Ani / X / / 4. PENYUSUNAN KERJA 4.1 Sebanyak enam (6) Jawatankuasa Kecil telah dibentuk untuk memenuhi fokus utama PIBG iaitu membantu pihak sekolah dengan menyokong program-program sekolah sama ada dari segi kewangan mahupun tenaga. PIBG bertanggungjawab menjana, mengumpul dan mengawal dana PIBG agar dapat digunakan secara optimum untuk kemaslahatan para pelajar. 4.2 Jawatankuasa Kecil tersebut adalah seperti berikut : i. Jawatankuasa Akademik: Pn. Nurul Azimah binti Mohd Ani Tugas dan tanggungjawab: • Perancangan dan pemantapan matapelajaran KSSR dan Diniyyah dengan kerjasama sekolah dan KKD. ii. Jawatankuasa Dana: En. Mohammad Saufee bin Mohd Sanif Tugas dan tanggungjawab: • Merangka dan merancang program bagi menambahkan dana PIBG. • Meneruskan program Qurban & Aqiqah dan Zakat Selangor. iii. Jawatankuasa Kesihatan dan Keceriaan: Pn. Ku Norzainun binti Imam Asmawi Tugas dan tanggungjawab: • Memantau operasi kantin termasuk menjadi wakil PIBG dalam Jawatankuasa Kantin SRIAAG. • Memantau kebersihan dan keceriaan kantin dan tandas sekolah. iv. Jawatankuasa Keselamatan dan Alam Sekitar: En. Muhamad Hafiz bin Jarni Tugas dan tanggungjawab: • Memantau dan memastikan infrastruktur dan persekitaran sekolah dalam keadaan selamat dan memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.


22 v. Jawatankuasa Pembangunan Insan (Tarbiah dan Kebajikan) : Pn. Eva Gusnita binti Djazoeli Tugas dan tanggungjawab: • Merangka dan menjalankan aktiviti tarbiyah ibu bapa, guru dan pelajar. • Menjaga kebajikan ibu bapa, guru dan pelajar. vi. Jawatankuasa Teknologi Maklumat dan Siaraya: En. Mohd Azri bin Khamis (dibantu oleh Pn. Norhafizah binti Ahmad Sahimi) Tugas dan tanggungjawab: • Menjalankan aktiviti hebahan dan penerbitan/percetakan. • Bertugas sebagai admin FB PIBG serta tugas-tugas yang berkaitan. 4.3 Selain itu, PIBG juga telah melantik AJK sedia ada sebagai wakil PIBG dalam Kelab Kelas Darjah (KKD) sebagai pemudahcara antara ibu bapa dan PIBG. Wakil PIBG di dalam KKD ini juga bertanggungjawab untuk mengawal selia perjalanan KKD. Senarai wakil PIBG di dalam KKD adalah seperti berikut : Nama KKD Pn. Norhafizah binti Ahmad Sahimi 1 En. Muhamad Hafiz bin Jarni 2 En. Mohammad Saufee bin Mohd Sanif 3 Pn. Ku Norzainun binti Imam Asmawi 4 En. Mohd Azri bin Khamis 5 Pn. Eva Gusnita binti Djazoeli 6


23 LAPORAN AKTIVITI 2023/24 JAWATANKUASA AKADEMIK A. LAPORAN PROGRAM 1. Kelas Tambahan Darjah 6 Tarikh 6 Jun 2023 sehingga 6 Julai 2023 Ulasan Pelaksanaan kelas tambahan dilaksanakan selepas waktu kelas dan ia sangat penting bagi membantu guru-guru subjek menyelesaikan modul. Pencapaian Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Guru terlibat adalah guru subjek masing-masing. Kos RM 660 belanja makanan pelajar 2. Bengkel Akademik Tahun 6 Tarikh 10 Jun - 11 Jun 2023 Ulasan Pelajar tahun 6 mempelajari Teknik Menjawab Peperiksaan Pentaksiran Tahun 6, Persediaan UKKM dan PKSK bagi anak pelajar tahun 6. Pencapaian Program ini telah dilaksanakan dengan jaya nya. Guru terlibat adalah guru pakar iaitu Guru Besar Mohd Khalimi bagi Subjek Sains, Guru Cemerlang Cikgu Zuraidi Komari bagi subjek Matematik, Guru Besar Ranjit bagi subjek Bahasa Inggeris dan Guru Besar Muzafar bagi subjek Bahasa Melayu Kos RM 5,425 untuk Bayaran Guru Pakar, makan minum 3. Mesyuarat Bersama Guru Panitia SRIAAG Tarikh 10 Jun 2023 Ulasan Perbincangan antara Wakil PIBG Ajk Akademik dengan Guru Panitia SRIAAG untuk membentuk perancangan tahunan program pembangunan akademik dan diniyyah pelajar SRIAAG tahun 1 hingga 6 bagi tahun 2023. Pencapaian Perbincangan berjalan lancar dan pertukaran idea yang sangat baik Kos Tiada 4. Bengkel Bijak Membaca Jawi Tahap 1 Tarikh 9 Jun – 10 Jun 2023 Ulasan Peserta untuk murid tahun 2 dan tahun 3 seramai 100 orang Pencapaian Memberi pengukuhan kemahiran membaca Jawi kepada murid Kos RM750


24 5. Bengkel Bijak Membaca Rumi Tahap 1 Tarikh 9 Jun – 10 Jun 2023 Ulasan Peserta untuk murid tahun 2 dan tahun 3 seramai 100 orang Pencapaian Memberi pengukuhan kemahiran membaca rumi kepada murid. Kos RM750 6. Program Semarak Merdeka – Pertandingan Menulis Sajak/Pantun Merdeka Tahap 2 & Melukis Merdeka Tahap 1 Tarikh 7 Ogos hingga 15 September Ulasan Objektif program untuk memupuk semangat kemerdekaan dan melatih para pelajar menulis karangan dengan baik dan mencungkil bakat dalam seni lukisan. Pencapaian Seramai 10 orang peserta dari tahap 1 dan seramai 9 orang pelajar tahap dua menyertai pertandingan. Tajuk Video adalah; Aktiviti Hari Kemerdekaan, Malaysia Negaraku Tercinta, Pahlawan Negara. Kos Hadiah pemenang sebanyak RM 695.60 (Hadiah wang tunai, saguhati dan cetakan sijil) 7. Bengkel Bijak Belajar Tahun 6 Bersama HT Amir Tarikh 7 Oktober 2023 Ulasan Seramai 60 orang pelajar tahun 6 mempelajari teknik membuat nota, teknik belajar berkesan dan motivasi kecemerlangan. Pencapaian HT Amir seorang guru pakar. Program telah dilaksanakan dengan jaya nya. Kos RM 1,361 8. Bengkel Bijak Belajar Tahun 5 Bersama HT Amir Tarikh 14 Oktober 2023 Ulasan Seramai 74 orang pelajar tahun 5 mempelajari teknik membuat nota, teknik belajar berkesan dan motivasi kecemerlangan. Pencapaian HT Amir seorang guru pakar. Program telah dilaksanakan dengan jaya nya. Kos RM1,800 9. Bengkel Bijak Belajar Tahun 4 Bersama HT Amir Tarikh 21 Oktober 2023 Ulasan Seramai 100 orang pelajar tahun 4 mempelajari teknik membuat nota, teknik belajar berkesan dan motivasi kecemerlangan.


25 Pencapaian HT Amir seorang guru pakar. Program telah dilaksanakan dengan jaya nya. Kos RM1,838 10. Bengkel Hebat Matematik Tahun 6 Bersama Jurulatih Cemerlang Wilayah Persekutuan Tarikh 4 November 2023 Ulasan Pelajar tahun 6 mempelajari teknik menjawap soalan peperiksaan UASA dan pentaksiran Subjek Matematik Pencapaian Guru pakar Matematik merupakan Jurulatih Cemerlang Wilayah Persekutuan. Program telah dilaksanakan dengan jayanya. Kos RM 1225 bayaran Guru Pakar dan makan 11. Bengkel Hebat Matematik Tahun 5 Bersama Jurulatih Cemerlang Wilayah Persekutuan Tarikh 5 November 2023 Ulasan Pelajar tahun 5 mempelajari teknik menjawap soalan peperiksaan UASA dan pentaksiran Subjek Matematik Pencapaian Guru pakar Matematik merupakan Jurulatih Cemerlang Wilayah Persekutuan. Program telah dilaksanakan dengan jayanya. Kos RM 1225 bayaran Guru Pakar dan makan 12. Bengkel Hebat Matematik Tahun 4 Bersama Jurulatih Cemerlang Wilayah Persekutuan Tarikh 11 November 2023 Ulasan Pelajar tahun 4 mempelajari teknik menjawap soalan peperiksaan UASA dan pentaksiran Subjek Matematik Pencapaian Guru pakar Matematik merupakan Jurulatih Cemerlang Wilayah Persekutuan. Program telah dilaksanakan dengan jayanya. Kos RM 1225 bayaran Guru Pakar dan makan 13. Bengkel Hafazan Tahun 6 Tarikh 12 November 2023 Ulasan Pelajar tahun 6 membuat persediaan dalam Subjek Hafazan Peperiksaan Pekerti. Bengkel ini membantu pelajar tahun 6 menyemak dan tasmik hafazan bersama 4 orang guru halaqah. Pencapaian Pelajar dapat membuat persediaan untuk Subjek Hafazan Peperiksaan Pekerti. Kos RM 880 B. JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN Jumlah besar : RM17,834.60 C. ULASAN KESELURUHAN


26 Ahli Jawatankuasa Akademik mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar, Pengerusi PIBG, Guru Kanan Kssr, Guru Panitia, di atas Kerjasama terbaik dalam tahun 2023. Ajk Akademik juga mengucapkan salam tahniah kepada semua pelajar tahun 6 yang telah menunjukkan pencapaian akademik yang baik dan ramai pelajar telah terpilih memasuki Sekolah Berasrama Penuh, MRSM juga menyertai sekolah kluster yang lain termasuk di Al Amin Bestari, Merlimau Melaka. Tahniah. Tahniah juga kepada pelajar Tahun 5 yang cemerlang dalam peperiksaan UPKK 2023. Syabas. D. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Ajk mencadangkan untuk Ajk tahun akan datang bersedia menyediakan Program Akademik dengan lebih efektif bagi kelansungan pembelajaran dan pemantapan akademik anak-anak. JAWATANKUASA DANA A. LAPORAN PROGRAM 1. Program Ibadah Korban dan Aqiqah Luar Negara (Ezqurban) Tarikh 1 - 27 Jun 2023 Ulasan Bekerjasama dengan syarikat Ezqurban Venture. Pencapaian Jumlah komisen bagi Tahun 2023 adalah RM6,706.00 Kos RM225.65 (Kos cetakan) 2. Program Garage Sales Karnival KAAGOM 2023 Tarikh 29 Oktober 2023 Ulasan Mendapat sambutan dari ibu bapa yang menyumbang barang-barang dan tenaga terhadap program ini amat menggalakkan. Pencapaian Jumlah Kutipan Keseluruhan adalah RM1,463.00 Kos RM183.60 (Kos cetakan dan tenaga kerja) B. JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN Jumlah besar: RM 409.25 C. ULASAN KESELURUHAN Ahli Jawatankuasa Dana mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru, ibubapa dan penjaga, pelajar-pelajar atas kerjasama yang kepada Program Korban dan Akikah melalui Ezyqurban serta Program Garage Sales Karnival KAAGOM 2023Kutipan-kutipan dana ini telah berjaya menampung perbelanjaan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti akademik dan kokurikulum, demi kebaikan para pelajar.


27 D. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Program Kutipan Amal PIBG diharapkan dapat diteruskan dengan mempelbagaikan medium dan platform kutipan dana. Kutipan dana melalui Program Kutipan Amal serta Kutipan Zakat melalui kerjasama PIBG SRIAAG dan Lembaga Zakat Selangor juga boleh dipertingkatkan dengan memulakan promosi dari awal tahun, supaya dapat memaksimakan jumlah dana kutipan. JAWATANKUASA KESIHATAN DAN KECERIAAN A. LAPORAN PROGRAM 1. Lawatan Jawatankuasa Kesihatan Dan Keceriaan Ke Kantin Sekolah Tarikh 06 Julai 2023 Ulasan Terdapat beberapa isu yang telah dibangkitkan hasil dari lawatan ke kantin sekolah. Isu tersebut adalah: • Kebersihan kantin: berada didalam tahap yang kurang memuaskan, rumah sampah yang berhampiran mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, lantai kantin kotor • Susun Atur Barang Kantin: terdapat barang yang tidak digunapakai diletakkan di kantin, lambakan barang-barang katering oleh operator kantin • Isu Makanan: tray makanan tidak dicuci bersih, makanan bercampur di dalam tray pelajar ketika dihidangkan, air dijual terlalu manis, makanan guru yang dimasak terlalu masin • Isu Berbangkit yang lain: kenderaan operator kantin dibawa dengan laju, parkir kenderaan pekerja kantin merata-rata, keadaan gate-4 di kantin yang sentiasa terbuka. Pencapaian • Satu group Whatsapp telah diwujudkan diantara wakil PIBG, wakil Pengusaha Kantin dan juga wakil Guru SRIAAG. Ia telah menjadi medium perantara yang sangat membantu dimana wakil PIBG dan Guru boleh terus menyalurkan maklumat serta sebarang maklumbalas berkaitan kantin sekolah dan sebarang masalah boleh diselesaikan dengan kadar segera. • Satu mesyuarat secara bersemuka dicadangkan untuk membincangkan berkenaan beberapa perkara yang timbul berkaitan kantin sekolah. Kos Tiada 2. Projek Keceriaan Tandas Pelajar Tarikh 8 September 2023 Ulasan • Satu cadangan telah dibincangkan bersama dengan wakil guru iaitu Muallimah Adillah untuk menceriakan tandas pelajar untuk tahun ini. • Antara aspek yang dicadangkan adalah untuk mencantikkan dinding tandas dan juga mewangikan tandas pelajar.


28 • Oleh yang demikian, lukisan mural dan kertas dinding telah dicadangkan. • Selain dari itu, penambahan deko kerusi di sekitar taman mini sekolah. Pencapaian • Lukisan mural telah dibuat di tandas pelajar aras bawah. • Penggantian kertas dinding dan sedikit deko juga telah dilakukan di dalam tandas-tandas. • Pembekalan sabun cuci tangan di dalam tandas dan juga kantin sekolah untuk kegunaan pelajar. • Pembekalan pewangi tandas untuk tandas pelajar. • 2 unit kerusi deko telah diletakkan di taman mini sekolah. Kos Tiada kos yang terlibat. • Untuk lukisan mural, telah menggunakan dana selenggara dari pihak sekolah sebanyak RM1,000.00. • Untuk sabun tangan dan pewangi tandas, Jawatankuasa Kesihatan dan Keceriaan telah mencari penaja bagi kedua-dua item tersebut. • Untuk kerusi deko, satu unit telah menggunakan dana dari sekolah dan satu unit lagi hasil sumbangan dari Jawatankuasa Kesihatan dan Keceriaan. 3. Mesyuarat Pertama Bersama Wakil Guru Dan Operator Kantin Sekolah Tarikh 15 September 2023 Ulasan Satu mesyuarat telah diadakan bersama wakil guru dan operator kantin sekolah. Pencapaian Satu mesyuarat secara bersemuka bersama Ahli Lembaga Pengarah AlAmin Edu Niaga dicadangkan untuk membincangkan berkenaan beberapa perkara yang timbul berkaitan kantin sekolah. Kos Tiada 4.Maklumbalas Kantin Dari Ibu Bapa, Operator Kantin Dan Pelajar Tarikh 10 November 2023 Ulasan • Pihak guru dan wakil PIBG sering menerima aduan berkenaan kantin sekolah. Antara isu yang kerap dibangkitkan adalah berkenaan kualiti makanan tengahari yang diberikan kepada pelajar. • Selain daripada itu, kami juga menerima aduan daripada operator kantin berkenaan pelajar terutamanya isu wang koyak yang diterima semasa pembayaran. Ibu Bapa dan pelajar tidak mempunyai medium khas untuk memberikan aduan dan mereka hanya menyampaikan aduan kepada wakil-wakil KKD/PIBG yang mereka kenali.


29 • Oleh yang demikian, satu inisiatif telah diambil oleh Jawatankuasa Kesihatan dan Kecerian untuk mewujudkan satu platform aduan menggunakan Google Form. Pencapaian • Selain daripada whatsapp dari group Kantin yang diwujudkan awal dahulu, Jawatankuasa Kesihatan dan Keceriaan Berjaya mewujudkan borang Maklumbalas berkaitan kantin sekolah menggunakan medium Google Form. • Google form ini telah dihebahkan melalui wakil KKD ke group KKD masing-masing. Ibu bapa boleh terus membuat aduan berkenaan apa-apa isu berkaitan kantin, seterusnya akan dikawal selia oleh Jawatankuasa terbabit. • Setiap aduan yang diterima akan terus disampaikan kepada operator kantin dan guru bertugas supaya langkah kawalan boleh diambil seterusnya setiap aduan boleh diselesaikan dengan kadar segera. Kos Tiada 5. Mesyuarat Bersama Al-Amin Edu Niaga Berkenaan Kantin Sekolah Tarikh 25 Januari 2024 Ulasan Mesyuarat ini merupakan kesinambungan kepada mesyuarat pertama pada bulan September yang lalu dimana ia akan memfokuskan kepada jalan penyelesaian untuk segala isu yang dibangkitkan pada mesyuarat lepas. Terdapat beberapa isu yang dibincangkan. Antaranya ialah: • Kualiti Makanan Pihak kantin telah ambil maklum segala komen berkenaan isu kualiti makanan. Mereka telah mengambil beberapa langkah kawalan seperti mencukupkan bilangan pekerja, membersihkan ruang masakan sebelum proses memasak dan memastikan tahap kebersihan pekerja sebelum mereka memulakan tugas memasak. • Cadangan Hidangan Makanan Muallimah Adilah mencadangkan untuk menghidang makanan secara Buffet kepada murid Tahap 2 pada waktu makan tengahari bagi menjamin kesegaran makanan. • Cadangan Penukaran Menu Ikan Menu ikan akan ditukar kepada menu telur. Ia rentetan daripada aduan yang diterima dari ibu bapa dan guru berkenaan pembaziran makanan yang sangat teruk dan isu tercekit tulang ikan. • Penambahan Kecerian Kantin dan Kepelbagaian Makanan Pihak kantin telah mengambil beberapa inisiatif penambahbaikan kaunter jualan kantin. Mereka juga akan membuat sedikit deko hiasan bagi tujuan kecerian kantin. • Cashless Payment Terdapat cadangan daripada pihak AAEN untuk menggunakan sistem pembayaran tanpa tunai di kantin dengan menggunakan aplikasi MAE dari Maybank. Walaubagaimanapun cadangan ini masih didalam peringkat perbincangan dan AAEN mengalu-alukan


30 perbincangan dan cadagan yang selanjutnya dari pihak PIBG dan juga sekolah. • Isu Berbangkit Pihak kantin meminta kerjasama dari sekolah untuk mengeluarkan memo berkenaan isu pembayaran yuran makan. Ibu bapa diminta untuk merujuk kepada pihak kewangan sekiranya terdapat sebarang isu berkenaan pembayaran yuran makan. Pencapaian • Untuk penggal baharu nanti, makanan akan dihidangkan terus kepada pelajar Tahap Dua, dan bukan lagi dihidang didalam tray makanan. Makanan akan disenduk ke dalam tray pelajar oleh pekerja kantin. • Menu ikan juga akan ditukar kepada menu telur. Pihak kantin akan mempelbagaikan menu berasaskan telur seperti nasi goreng dan telur mata. Walaubagaimanapun menu-menu ini akan dicadangkan kepada pihak sekolah terlebih dahulu. • Pihak kantin juga telah membuka 4 kaunter jualan makanan kepada murid-murid dengan dekorasi yang menarik. Ia dapat membantu dalam menjimatkan masa pelajar untuk membeli dan memberi peluang lebih ramai pelajar dapat membeli makanan. • Selain itu, pihak kantin melakukan sedikit pembaharuan terhadap dekorasi di kantin bagi mewujudkan suasana yang ceria kepada pelajar-pelajar. Kos Tiada B. JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN RM 224.00 / bulan C. ULASAN KESELURUHAN • Secara keseluruhannya, terdapat sedikit perubahan dan penambahbaikan terhadap tahap keceriaan dan kebersihan tandas, kantin dan juga makanan di kantin sekolah. • Kerjasama yang baik diterima daripada guru yang ditugaskan untuk hal ehwal kantin, dan juga AAEN dimana wujud komunikasi dua hala diantara guru, wakil PIBG dan juga operator kantin. Teguran dan pemantauan yang dibuat juga menampakkan hasil yang positif • Untuk permulaan penggal persekolahan yang baru, terdapat sedikit perubahan yang akan dilakukan untuk proses makan tengahari pelajar tahap 2. • Diharapkan setiap guru dan pelajar dapat memberikan kerjasama dan bertenang sekiranya terdapat sebarang kekurangan terhadap sebarang pembaharuan yang cuba dilakukan oleh pihak kantin. D. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN • Diharapkan, pihak sekolah dan PIBG dapat melakukan penyeliaan secara berterusan terhadap operator penyediaan makanan (kantin) dan juga operator pembersihan sekolah bagi isu tandas dan kebersihan sekolah. • Mesyuarat secara berkala juga dicadangkan bagi memantau setiap aktiviti, tindakan atau membincangkan isu-isu berbangkit. • Wakil PIBG yang dilantik untuk memegang Jawatankuasa ini diharapkan dapat meneruskan, mewujudkan atau melakukan penambahbaikan bagi setiap platform sedia ada seperti Whatsapp group, google form supaya setiap aduan dapat diterima melalui saluran


31 yang betul seterusnya dapat membantu pihak sekolah menyelesaikan setiap isu yang timbul dengan kadar segera. JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN ALAM SEKITAR A. LAPORAN PROGRAM 1. Sewaan Kawasan Tanah Lapang Tarikh - Ulasan Penyewaan kawasan tanah lapang bagi mengawal kesesakan lalulintas di kawasan sekolah dan mengurangkan risiko kemalangan yang boleh mengancam nyawa. Pencapaian Kesesakan semasa diwaktu puncak dapat dikurangkan. Tuan tanah, memberi diskaun kepada pembayaran sewaan sebanyak 10% dengan syarat pembayaran dilakukan sebelum 30 Jun 2023. Sewaan asal adalah RM 18,000 setahun, diskaun 10% bernilai RM 1,800. PIBG SRIAAG telah mendahulukan pembayaran sebanyak RM 16,200.00 (26 Mei 2023), untuk menikmati diskaun 10%. Kos T/B 2. Pembayaran Kepada Pengawal Untuk Kawalan Lalu Lintas Di Simpang Masuk Sriaag Tarikh T/B Ulasan Bagi mengawal kesesakan lalulintas di kawasan sekolah dan mengurangkan risiko kemalangan yang boleh mengancam nyawa. Pencapaian Tiada laporan kemalangan diterima dan terbukti mengurangkan kesesakan Kos RM480.00 3. Penapis Minuman Coway Tarikh Sepanjang tahun Ulasan Memberi keselesaan kepada para guru dan pelajar. Pencapaian Mesin-mesin diselenggara sebaiknya bagi menjamin kebersihan dan selamat digunakan. Kos RM4,048.00 4. Penggunaan Mesin Fotostat Tarikh Sepanjang tahun Ulasan Memudahkan para guru menyediakan bahan pembelajaran. Pencapaian PIBG turut membekalkan kertas A4 untuk kegunaan para guru. Kos RM 6,941.00 (mesin fotostat) RM 1,950.00 (kertas A4)


32 B. JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN Jumlah besar : RM 27,189 C. ULASAN KESELURUHAN Jawatankuasa ini dengan kerjasama ahli PIBG dan guru sekolah telah dapat melaksanakan perkara-perkara yang membawa kepada persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan ceria. D. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN • Bagi penggunaan kawasan tanah lapang, masih terdapat keperluan penyewaan bagi mengawal kesesakan lalulintas di kawasan sekolah dan mengurangkan risiko kemalangan yang boleh mengancam nyawa. • Masih ada keperluan untuk pembayaran kepada pengawal keselamatan pada waktu petang bagi mengawal kesesakan lalulintas. JAWATANKUASA PEMBANGUNAN INSAN (TARBIAH DAN KEBAJIKAN) A. LAPORAN PROGRAM 1. Sumbangan Musibah Kemalangan, Kecurian, Kematian, Perkahwinan (Guru Sahaja), Kelahiran (Guru Sahaja) & Persaraan Tarikh Sepanjang tahun Ulasan Apabila mendapat makluman tentang musibah sama ada kemalangan, kecurian, dan juga apabila berlangsungnya perkahwinan dan kelahiran, sumbangan akan diberikan. Pencapaian Sumbangan diberikan kepada penerima mengikut ketetapan yang dibuat sebelum ini. Kos RM 10,192.00 2. Sumbangan Sambutan Hari Guru Tarikh 15 Mei 2023 Ulasan Sumbangan untuk jamuan diberikan sebagai tanda penghargaan kepada para guru. Pencapaian Tempahan makanan untuk jamuan Kos RM 500.00 (Sate) 3. Pembelian Vest (Saiz Extra Large) Tarikh 11 September 2023 Ulasan Pembelian vest untuk murid yang berbadan besar untuk pertandingan bicara berirama. Pencapaian Vest dapat dipakai oleh murid semasa pertandingan Kos RM260.00 4. Jamuan Tahun Baru Guru di Ramly Bistro Tarikh 9 Januari 2024 Ulasan Sumbangan untuk jamuan diberikan sebagai tanda penghargaan kepada para guru sempena tahun baru. Pencapaian Guru-guru dijamu di Ramly Bistro.


33 Kos RM 1,375.00 5. Program Motivasi Diri & Sahsiah Tarikh 19 Januari 2024 Ulasan Program motivasi untuk murid tahap 2 Pencapaian Murid-murid diingatkan tentang ‘Attitude, Habit & Target’ Kos Jumlah keseluruhan: RM3,100.00 (Penceramah & sijil) 6. Hadiah Raya untuk Guru, Staf Tarikh 5 April 2024 Ulasan Sumbangan kepada guru, staf sempena tibanya Syawal. Pencapaian Seramai 68 orang penerima dari kalangan guru, staf menerima set kuih raya. Kos RM 1,771 (Kuih raya, paper bag, sticker) B. JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN Jumlah besar: RM 12,723 C. ULASAN KESELURUHAN Terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang bersama-sama menjayakan program di bawah jawatankuasa ini. Moga dapat diadakan program bersama ibu bapa pada masa akan datang. D. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 1. Mengadakan aktiviti gotong-royong anjuran PIBG sebagai medium untuk saling mengeratkan ukhuwwah sesama ibu bapa di samping dapat membersihkan dan menceriakan sekolah. JAWATANKUASA TEKNOLOGI MAKLUMAT & SIARAYA A. LAPORAN PROGRAM PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DIMUAT NAIK KE PAGE FB PIBG SRIAAG Tarikh Sepanjang tahun Program 1. Hop On Hop Off City & Garden Tour bagi Tahun 5 2023 2. Makan bersama guru-guru SRIAAG dan wakil PIBG 3. Lawatan KKD6 ke Laman Mardi di Tanjong Karang 4. Keraian pelajar Tahun 6 2023 di Ramly Bistro 5. Ujian amali Al-Quran UPKK bagi Tahun 5 2023 6. Bengkel Hebat Matematik Tahun 5 2023 7. Bengkel Hebat Matematik Tahun 6 2023 8. Lawatan Pelajar Tahun 2 2023 ke Ladang Farm Fresh dan Muzium Coklat 9. Infomasi Garage Sales PIBG SRIAAG 10. Lawatan Pelajar Tahun 1 2023 ke Petrosains 11. Bengkel Bijak Belajar bagi Tahun 4 2023 12. Karnival Al-Amin Gombak 2023 13. Bengkel Bijak Belajar bagi Tahun 5 2023


34 14. Kelas Khat Khas untuk UPKK 15. Bengkel Bijak Belajar bagi Tahun 6 2023 16. Ujian Percubaan UPKK 2023 17. Sumbangan stok sabun kepada sekolah 18. Bengkel Bistari Jawi Tahap 1 19. Program Semarak Merdeka 2023 20. Kelas-kelas UPKK 2023 21. Kelas Bahasa Inggeris Tahun 6 2023 22. Bengkel Akademik untuk pelajar Tahun 6 2023 bersama guru pakar Matematik dan Sains 23. Bengkel Sifir Tahun 4 2023 24. Majlis Persaraan Muallimah Noraini Mahat 25. Lawatan pelajar Tahun 5 dan Tahun 6 ke MRSM Bentong 26. Temasya Sukan SRIAAG 27. Pelancaran Kelab Kelas Darjah KKD 28. Mesyuarat Akademik bersama AJK Akademik PIBG dan Guru Panitia SRIAAG 29. Program Korban PIBG SRIAAG 30. Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Pencapaian 1. Memberikan info terkini kepada ibubapa terhadap programprogram yang dijalankan oleh PIBG dan Kerjasama dengan pihak sekolah. 2. Penubuhan lama Facebook baru PIBG SRIAAG bagi memudahkan proses penyambungan maklumat kepada AJK baru pada tahun mendatang. https://www.facebook.com/profile.php?id=61555638061229 Kos Di bawah jawatankuasa yang menjalankan aktiviti. B. JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN Tiada C. ULASAN KESELURUHAN Jawatankuasa IT & Siaraya telah memainkan peranan penting dengan memberi sokongan kepada aktiviti PIBG dan sekolah. Tanggungjawab utama jawatankuasa ialah memastikan penyampaian maklumat secara berkesan kepada warga sekolah termasuk menguruskan hebahan program-program PIBG dan sekolah melalui pelbagai medium termasuk WhatsApp, Facebook, cetakan bunting dan banner. D. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Jawatankuasa ini dicadangkan untuk dibubarkan dan tugas siaraya diberi kepada semua AJK bagi memudahkan setiap program disimpan dan disiarkan di laman Facebook baru PIBG SRIAAG.


35 LAPORAN AKTIVITI 2023/24 LAPORAN KELAB KELAS Jawatankuasa KELAB KELAS TAHUN 1 Pengerusi Encik Mohd Muazan Bin Mohd Mohsin Timbalan Pengerusi Puan Norhafiza Setiausaha Puan Dina Irnasari Bt Soepirman Bendahari Puan Nur Jannah Mohaidin Wakil PIBG Puan Norhafizah Ahmad Sahimi AJK 1 Ammar En. Hazwan 1 Yassir Pn. Norhafizah 1 Uwais Pn. Atikah 1 Zaid Pn. Noorain A. LAPORAN PROGRAM (KKD 1) 1. Lawatan Eksplorasi Ke Petrosains KLCC Tarikh 21 Oktober 2023 Ulasan • Kelab Kelas Darjah 1 (KKD1) mengambil inisiatif bagi memupuk minat para pelajar untuk menguasai matapelajaran Sains, Teknologi dan Inovasi. • Meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman para pelajar tentang dunia sains. Pencapaian • Berlangsung dengan sangat lancar dan pelajar yang mengikuti • adalah seramai 90 orang dan mendapat sokongan yang padu dari pihak ibubapa dan guru. • Pelajar dapat merasai pengalaman bermain sambil belajar di Petrosains. Kos RM1910.00 B. PEMBENTANGAN KEWANGAN • Baki tahun 2023 bawa kehadapan RM1090 • Pendapatan tahun 2023 RM4540 • Perbelanjaan tahun 2023 RM1910 • Baki penutup: RM137.70 C. ULASAN KESELURUHAN • Jumlah pelajar tahun 1 2023 adalah seramai 108 orang. • KKD1 berjaya mengadakan lawatan Eksplorasi Sains ke Petrosains dan memberi pendedahan awal tentang Sains serta memupuk minat pelajar Tahun 1 dengan cara bermain sambil belajar tentang ilmu Sains. D. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Ibubapa tahun 1 perlu berganding bahu untuk membantu anak-anak di dalam apa jua matapelajaran dan memupuk minat mereka untuk belajar ilmu Sains dan ilmu agama.


36 Jawatankuasa KELAB KELAS DARJAH 2 Pengerusi En. Muhammad Hafiz bin Wahid Timbalan Pengerusi En. Muhammad Akmal bin Yosuf Setiausaha Pn. Nor Fazeerah binti Sraiff Bendahari Pn. Norhidayu binti Razali Wakil PIBG En. Mohamad Hafiz Bin Jarni AJK • • • A. LAPORAN PROGRAM (KKD 2) 1. Lawatan ke Ladang Farm Fresh dan Kilang Coklat Beryls Tarikh 21 Oktober 2023 Ulasan Program berjalan lancer. Pencapaian Seramai 79 orang murid telah mendaftar untuk program ini. Kos RM 4,770.00 B. PEMBENTANGAN KEWANGAN Perbelanjaan tahun 2023: RM 4,770.00 C. ULASAN KESELURUHAN Program mendapat sambutan yang baik dari murid dan para ibu-bapa. Ibu-bapa juga ramai yang sedia untuk menjadi sukarelawan program dan membantu para guru menjaga anak- anak ini. D. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Untuk masa akan datang, dicadangkan untuk mencari tajaan bagi program-program seperti ini. Ini dapat mengurangkan kos kepada para ibu-bapa dan duit kutipan boleh dibelanjakan untuk perkara lain seperti buah tangan untuk anak murid. Jawatankuasa KELAB KELAS TAHUN 3 Pengerusi Mohammad Hairil Izzat bin Johari Timbalan Pengerusi Muhammad Annuar bin Zainordin Setiausaha Ajda Lelah binti Ajan Bendahari Nor Aziyan binti Ami Husin Wakil PIBG Mohammad Saufee bin Mohd Sanif AJK • 3 Abu Dzar Muallimah Syazwani Muhammad Al Imraan Hafiz bin Amran • 3 Jaabir Muallimah Normala Yenny binti Syahrial Syazwan bin Othman • 3 Muadz Muallimah Falihah Rozita binti Omar Mohd Fadli bin Fadzir A. LAPORAN PROGRAM (KKD 3) 1. Lawatan Sambil Belajar ke Planetarium Negara dan Ryverra Chocolate Story


37 Tarikh 4 November 2023 Ulasan Memberi pengalaman baru kepada pelajar Tahun 3 Pencapaian 1. Lawatan ini berjaya di laksanakan bersama ibubapa sebagai pengiring dan beberapa orang guru 2. Ibubapa menyumbang duit untuk hadiah kepada pelajar (coklat, kipas tangan dan beg bertali) Kos RM 2700.00 (makanan untuk pelajar dan pengangkutan) 2. Bengkel Matematik Tahun 3 Tarikh 2 Disember 2023 Ulasan Bengkel ini di jalankan sebagai persediaan untuk menghadap Ujian Pentaksiran KSSR Pencapaian 1. Bengkel berjaya di jalankan dengan kehadiran hampir 70 orang pelajar bersama guru subjek Matematik Tahun 3 2. Ibubapa menyumbang duit untuk set alat tulis dan makan pagi Kos RM 2230.00 (Makanan dan bayaran kepada guru) B. PEMBENTANGAN KEWANGAN • Baki awal RM0.00 • Pendapatan tahun 2023 RM7,395.00 • Perbelanjaan tahun 2023 RM6,992.00 • Baki penutup : RM403.00 ( akan diserahkan kepada Bendahari Tahun 2024) C. ULASAN KESELURUHAN • Jumlah pelajar tahun 3 2023 adalah seramai 87 orang. • Bantuan dana dari PIBG dan ibu bapa amat membanggakan. • KKD3 berjaya mengadakan beberapa program untuk memberikan peluang menimba pengalaman baru dan persediaan untuk menghadapi pentaksiran sekolah. D. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Meneruskan kerjasama sesama ibu bapa untuk menyumbang idea dan tenaga bagi menjayakan aktiviti KKD demi kebaikan murid-murid.


38 Jawatankuasa KELAB KELAS TAHUN 4 Pengerusi En. Ahmad Danial bin Abdul Aziz Timbalan Pengerusi En. Muhd Alif Setiausaha Pn. Safiyah binti Omar Bendahari Pn. Nurul Farhana binti Ruslan Wakil PIBG Pn. Ku Norzainun Binti Imam Asmawi AJK 4 Salman : Pn. Wan Syazanna binti Meor Abdul Wahab 4 Abbas : Pn. Yenny Shah Fitri binti Shahrial 4 Khalid : Pn. Norhanis Aida binti Mohd Nor 4 Abu Bakr : Pn. Siti Afidah binti Maidi 4 Bilal : Pn. Safiyah binti Omar A. LAPORAN PROGRAM (KKD 4) 1. Bengkel Sifir 2023 Tarikh 29 Julai 2023 (Sabtu) Ulasan i. Usahasama diantara KKD4 dan Panitia Matematik SRIAAG. ii. Tujuan diadakan untuk membantu para pelajar meningkatkan penguasaaan sifir dalam mata pelajaran Matematik. Terdapat 2 sesi dalam program ini iaitu ‘Jom Hafal Sifir’ dan Games & Kuiz. Pencapaian i. 114 orang peserta. ii. Dikendalikan oleh 5 orang guru dari Panitia Matematik sekolah. Kos RM1,996.90. Kos ini meliputi perbelanjaan makanan dan minuman, saguhati kepada guru-guru, hadiah kepada para pelajar dan kos tambahan lain. Tiada bayaran dikenakan kepada para pelajar. 2. Field Trip Ke Frim, Kepong Tarikh 15 Januari 2024 (Isnin) Ulasan i. Kerjasama diantara KKD4 dan FRIM. Program ini bertujuan memberi pendedahan tentang alam semula jadi kepada para pelajar serta dapat bergembira melakukan aktiviti luaran. ii. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Forest Skywalk dan Treasure Hunt. Para pelajar dapat menimba pengalaman baru dalam aktiviti yang dijalankan serta dapat memupuk sifat berani dan cekal dalam diri. Pencapaian i. 123 orang peserta bersama 18 orang pengiring terdiri daripada guruguru tahun empat, AJK KKD4 dan ibu bapa pelajar. ii. Program ini dikendalikan oleh 5 orang renjer dari pihak FRIM. Kos RM7,144.20. - RM4,003.10 (baki peruntukan PIBG kepada KKD4) - RM3,141,10 (hasil sumbangan ibu bapa dan yuran peserta)


39 i. Kos ini meliputi bayaran aktiviti di FRIM, pengangkutan 4 buah bas, cenderahati topi kepada pelajar dan pengiring, hadiah (pelajar & guru) dan kos-kos lain. ii. Yuran yang dikenakan kepada peserta ialah RM10 seorang. B. PEMBENTANGAN KEWANGAN • Peruntukan dari PIBG : RM6,000 • Pendapatan tahun 2023 : RM0.00 • Perbelanjaan tahun 2023 : RM6,000 • Baki penutup : RM0.00 C. ULASAN KESELURUHAN Tiada D. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Tiada


40 Jawatankuasa KELAB KELAS TAHUN 5 Pengerusi En Mohd Azri Bin Khamis Timbalan Pengerusi En Udzair Bin Zaid Setiausaha Pn Madihah Binti Uzir Bendahari Pn Intan Ainorul Aini Binti Datuk Haji Matiasin Wakil PIBG Seperti Diatas AJK 5 Talhah Pn Zarina Binti Mokhtar 5 Ubaidah En Sahinal Azral Bin Sulaiman 5 Zubair Puan Melati Turut Hadir Mlmh Basirah Binti Mokhtar Mlmh Nur Adilah Raphaie Mlmh Norazmira Binti Mat Aziz Mlmh Illi Nur ‘Amira Binti Mohd Isa A. LAPORAN PROGRAM (KKD 5) 1. Jamuan Akhir Tahun Tarikh 08 Februari 2024 Ulasan • Sumbangan sate sebanyak 300 cucuk untuk semua pelajar tahun 5. Pencapaian • Anak-anak tahun 5 dapat berukhwah antara satu sama lain. Kos • RM365.00 (Sumbangan Ibubapa) 2. Program Hop On Hop Off City & Garden Tour Tarikh 8 Januari 2024 Ulasan • Untuk menyantuni pelajar Tahun 5 dengan mengadakan lawatan sambil belajar bagi menghargai usaha anak-anak yang komited dalam program-program akademik yang dijalankan. • Untuk menyantuni calon-calon UPKK seramai 67 orang daripada 99 orang jumlah pelajar tahun 5 yang telah terlibat dalam kelas UPKK hujung minggu, menjalani peperiksaan percubaan UPKK serta telah juga menjalani peperiksaan amali sebenar sepanjang bulan April 2023 hingga November 2023. • Cenderamata berupa goodies bag (makanan dan minuman di dalamnya) dan topi diberikan kepada semua murid Thn 5 walaupun tidak mengikuti lawatan hasil daripada kutipan sumbangan daripada ibubapa Tahun 5. Pencapaian • Pelajar tahun 5 yang mengikuti lawatan ini sangat teruja dan gembira dan meminta agar program seperti ini dapat dilaksanakan lagi di masa hadapan sebagai kenang-kenangan bersama rakan-rakan seperjuangan. Kos • RM7,041.70 (Sumbangan PIBG & Ibubapa)


41 3. Kelas UPKK Tarikh Sepanjang tahun Ulasan • Seramai 67 orang murid telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan ini. • Terdapat seorang guru focal dan 4 guru Jakim dan 7 guru penguji SRIAAG yang membantu dalam pelaksanaan program ini. • Kos kelas UPKK ini adalah sepenuhnya tanggungan ibubapa dengan bayaran RM350.00. Pencapaian • 8A = 8 orang, 7A=5 orang , 6A =11 orang Kos • RM23,022.50 (Kutipan UPKK) 4. Kelas Khas Khat Tarikh 7 Oktober 2023 Ulasan • Kelas khas khat untuk pemantapan menghadapi UPKK. Turut diadakan pertandingan tulisan khat dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Pencapaian • Calon UPKK dapat melatih diri untuk menghasilkan tulisan khat yang baik. Kos • RM775.00 (Sumbangan PIBG) 5. Ujian Percubaan UPKK Tarikh 24 September 2023 & 8 Oktober 2023 Ulasan • Ujian diadakan bagi memberi gambaran tentang kertas soalan sebenar Pencapaian • Semua calon UPKK Berjaya menduduki ujian percubaan Kos • Kutipan UPKK 6. Taklimat UPKK Untuk Ibu Bapa Tarikh 07 Januari 2023 Ulasan Diadakan secara dalam talian untuk memberi maklumat tentang UPKK Pencapaian Berjaya menarik minat 66 calon untuk menduduki UPKK daripada 93 pelajar tahun 5. Kos Tiada B. PEMBENTANGAN KEWANGAN Akaun KKD5 Sumbangan PIBG RM 5,862.00 (peruntukan KKD5 RM6,000.00) Sumbangan IbuBapa RM 3,620.00 Total RM 9,482.00 Perbelanjaan RM 8,181.70 Baki bawa ke KKD6 2024 RM 1,300.30 C. ULASAN KESELURUHAN • AJK KKD5 sedaya upaya mengadakan aktiviti yang bermanfaat kepada semua pelajar tahun 5 2023. • Semua program yang dijalankan berjalan dengan lancar. D. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN • AJK memohon penglibatan Ibubapa bagi memastikan aktiviti kelab kelas dapat dijalankan dengan lebih rancak.


42 Jawatankuasa KELAB KELAS DARJAH 6 Pengerusi En Ahmad Hafiz Abdul Aziz Timbalan Pengerusi Puan Wan Mazhizana Setiausaha Puan Azlinda Bendahari Puan Akma Wakil PIBG Puan Eva Gusnita Djazoeli AJK 6 Anas: Puan Siti Khuzaimah En Hasbullah En Azwan 6 Jaafar: Puan Hafiza Puan Hijriah Puan Lela 6 Saad: En Abdul Hafiz Puan Rabiah Hanani Puan Norli Puan Liana Muallimah KKD 6 Mlmh Hidayah Mlmh Nor Nafisah Mlmh Zalihan Mlmh Nuri Hannani Mlmh Hajar Mlmh Khairun Nisak Mlmh Jamaliah Mlmh Zarina Mlmh Madihah Mlmh Nurul Nuha A. LAPORAN PROGRAM 1. Program PIMPIN 2023 Tarikh 8 Julai 2023 (Sabtu) Ulasan Program Pimpin 2023 ini dapat membantu pelajar Tahun 6 mempelajari teknik komunikasi awam, membina keyakinan diri dalam kepimpinan dan kerja dalam satu pasukan Pencapaian Seramai 84 pelajar telah mengikuti program kepimpinan kendalian AMPAC dengan jayanya Kos RM2,502.20 2. Bengkel Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tarikh 5 & 6 Ogos 2023 Ulasan Program PKSK 2023 dianjurkan untuk memberi pendedahan pelajar Tahun 6 dengan format, modul dan teknik menjawab soalan-soalan penilaian PKSK Pencapaian Seramai 84 pelajar telah mengikuti program PKSK kendalian guru-guru pakar dengan jayanya Kos RM5,815.00 3. Lawatan Laman Mardi Tarikh 16 Disember 2023 Ulasan Program Lawatan ke Laman Mardi untuk memberi pendedahan kepada pelajar Tahun 6 kepada aktiviti-aktiviti pertanian yang dilaksanakan oleh MARDI


43 Pencapaian Seramai 75 pelajar telah mengikuti program lawatan MARDI dengan jayanya Kos RM7370.00 4. Majlis Mahabbah Tahun 6 2023 Tarikh 1 Febuari 2024 Ulasan Majlis Mahabbah Tahun 6 2023 dianjurkan sebagai majlis perpisahan di antara pelajar dan guru Pencapaian Majlis tersebut yang dihadiri oleh guru-guru dan pelajar telah dianjurkan dengan jayanya Kos RM9880.80 B. PEMBENTANGAN KEWANGAN C. ULASAN KESELURUHAN Setiap aktiviti yang dijalankan telah mendapat sokongan penuh pihak sekolah, PIBG, guru, pelajar dan ibu bapa. D. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KKD6 2024 bolehlah menganjurkan aktiviti berbentuk akademik, kepimpinan dan akhlak bagi memperkukuhkan jati diri anak-anak sebelum memasuki ke era sekolah menengah


44 C. LAPORAN KEWANGAN 2023


45 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN GOMBAK (PPM:SEL 1394/92, PPP:SEL 196/92) PENYATA KEWANGAN 31 DISEMBER 2023


46 KENYATAAN BENDAHARI PIBG KEPADA AHLI Saya, Intan Ainorul Aini Binti Matiasin, Bendahari yang bertanggungjawab ke atas pengurusan kewangan Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak bagi sesi persekolahan tahun 2022/23, adalah dengan secara bersungguh-sungguh dan tulus ikhlas mengakui dan percaya bahawa penyata kewangan yang dibentangkan dari mukasurat 47 hingga 53 adalah betul dan benar. _______________________ Intan Ainorul Aini Binti Matiasin LAPORAN JURUAUDIT KEPADA AHLI Kami telah memeriksa Penyata Kewangan Persatuan IbuBapa dan Guru Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak, yang terdiri dari Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan, Lembaran Imbangan, serta Nota-nota kepada Penyata Kewangan yang dibentangkan dari mukasurat 47 hingga 53 mengikut piawai-piawai pengauditan yang telah diluluskan. Pada pendapat kami, Penyata Kewangan yang di lampirkan telah disusun dengan sempurna supaya dapat memberi gambaran yang benar dan munasabah berkenaan hal ehwal kedudukan kewangan Persatuan pada tahun berakhir 31 Disember 2023. Juruaudit: _______________________ Syarifah Azlina Binti Syed Azauddin Aljumlud _______________________ Norhafizah Binti Ahmad Sahimi


47 PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 Nota 2023 2022 RM RM PENDAPATAN Yuran ahli 3 46,900 44,600 Sumbangan, Komisen, Jualan dan Kutipan Amal 4 11,938 77,148 Hibah dari bank 67 78 ─────── ─────── 58,905 121,826 ─────── ─────── PERBELANJAAN Sumbangan kepada aktiviti sekolah 5 18,475 11,658 Sumbangan Tabung Pembangunan Al Amin - 2,000 Sumbangan infra dan aset 6 29,139 35,987 Sumbangan kepada Kelab-kelab Kelas 7 39,420 15,955 Perbelanjaan aktiviti PIBG 8 30,058 36,571 UPKK* - 4,325 Caj bank 46 32 ─────── ─────── 117,138 106,528 ─────── ─────── LEBIHAN/ (KURANGAN) PENDAPATAN KE ATAS PERBELANJAAN (58,233) 15,299 ═══════ ═══════


48 LEMBARAN IMBANGAN PADA 31 DISEMBER 2023 Nota 2023 2022 RM RM ASET SEMASA Deposit dan Prabayar 9 2,300 2,300 Tunai di tangan dan bank 10 36,046 94,279 ─────── ─────── 38,346 96,579 ─────── ─────── DIBIAYAI OLEH Lebihan pendapatan ke atas perbelanjaan Pada 1 Januari 96,579 81,280 Lebihan/ (Kurangan) (58,233) 15,299 ─────── ─────── Dana terkumpul pada 31 Disember 38,346 96,579 ═══════ ═══════


49 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 1 ASAS PERAKAUNAN Penyata Kewangan ini telah disediakan mengikut kelaziman kos sejarah dan piawaian-piawaian perakaunan yang diluluskan di Malaysia. 2 DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING Dasar-dasar perakaunan penting yang berikut adalah digunakan secara konsisten dalam melaporkan perkara-perkara penting di dalam Penyata Kewangan. (a) Pengiktirafan Pendapatan Yuran tahunan keahlian perlu dibayar setiap tahun pada permulaan tahun kewangan. Hanya yuran tahunan yang berkaitan dengan tahun kewangan semasa diambilkira sebagai pendapatan. Yuran berkaitan tempoh-tempoh selepas tahun kewangan semasa diambilkira di dalam Lembaran Imbangan sebagai Pendahuluan Yuran. Yuran tahunan perlu dibayar dengan penuh tanpa mengira tarikh penamatan keahlian di dalam tahun kewangan. (b) Tunai dan Bersamaan Tunai Tunai dan bersamaan tunai didefinasikan sebagai tunai di tangan dan tunai di Bank yang sedia untuk ditukar kepada tunai. 3 YURAN AHLI 2023 2022 RM RM Yuran 46,900 44,600 Yuran diterima dari ahli (46,900) (44,600) ───── ───── Yuran ahli terakru - - ═════ ═════


50 NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 4 SUMBANGAN, KOMISEN, ZAKAT DAN KUTIPAN AMAL 2023 2022 RM RM Kutipan amal - 60,537 Baki kutipan amal 2022 diterima pada 2023 190 - Sumbangan dan sedekah 1,194 8,349 Lebihan program dari tahun sebelumnya 1,813 - Komisen Program Aqiqah & Qurban 7,304 8,262 Jualan Amal dan sewaan meja/booth 1,437 - ───── ───── 11,938 77,148 ══════ ══════ 5 SUMBANGAN KEPADA AKTIVITI SEKOLAH 2023 2022 RM RM Majlis Takrim Sekolah dan Graduasi Tahun Enam 3,000 2,163 Program Iktikaf Darjah Enam 872 - Program Latih Tubi, Kelas Tambahan & Kelas Jawi 8,533 4,925 Program gotong-royong & hari keluarga guru - 2,120 Program TKRS and MSSD - 2,450 Program Saintis Cilik 180 - Baiki Pentas 900 - Sumbangan Hari Sukan Sekolah 2,180 - Pembelian Vest Pelajar 260 - Program Petting Zoo 1,000 - Sumbangan Karnival Al-Amin 1,050 - Program Badan Kepimpinan 500 - ─────── ─────── 18,475 11,658 ══════ ═══════


Click to View FlipBook Version