The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERATURAN SEKOLAH
EDISI PERTAMA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sklagb69, 2022-11-28 20:30:11

PERATURAN SEKOLAH

PERATURAN SEKOLAH
EDISI PERTAMA

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TUTOH
YBB4343

D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI

BUKU PANDUAN

PERATURAN SEKOLAH

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH EDISI PERTAMA
2022
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TUTOH 1
YBB4343

D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI

Peraturan Sekolah

Gambar sekolah

Lokasi Sekolah

SK Kuala Tutoh berada di Zon Baram Hilir terletak di pinggir sungai Baram dalam Daerah Marudi.
Terletak lebih kurang sejauh 65 kilometer, sekolah ini boleh diakses menggunakan sungai sahaja.
Perjalanan dari pekan Marudi mengambil masa sekitar 2 jam menggunakan perahu. Persekitaran
sekolah dikelilingi oleh kawasan hutan.

Sejarah Penubuhan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Kuala Tutoh (SKKT) bukanlah sekolah yang baru dibina atau dibuka.
Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1959. Sebelum sekolah ini dibuka, anak-anak penduduk
kampung mendapatkan pendidikan di Lubok Bendera School. Oleh kerana Hasrat penduduk
kampung ingin melihat kejayaan anak-anak dalam pelajaran, maka sekolah ini dibuka. Idea asal
pembinaan sekolah ini adalah inisiatif daripada Encik Ebau Muti dan penduduk Kampung Batu Belah.

Namun begitu, pentadbiran sekolah dikelolakan oleh pihak British. Pentadbiran sekolah
adalah ditanggung sepenuhnya oleh orang kampung sebelum diambil alih oleh kerajaan pada tahun
1960. Bangunan sekolah ini dibina dengan semangat gotong-royong antara penduduk kampung.
Bahan binaan yang digunakan adalah kulit kayu dan juga kayu bulat.

Sehingga tahun 2014, sekolah hanya mempunyai satu blok bangunan. Enrolmen murid di
sekolah ini bagi sesi 2014 ialah 32 orang termasuk murid prasekolah yang kebanyakannya
merupakan anak-anak petani di Kampung Kuala Tutoh. Tenaga pengajar terdiri daripada 12 orang
guru, seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan seorang Pembantu Tadbir (PT).

Pada tahun 2022, jumlah enrolmen murid ialah 19 orang termasuk murid prasekolah. Tenaga
pengajar seramai 6 orang termasuk guru besar, seorang PPM Pra dan seorang PT.

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TUTOH 2
YBB4343

D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI

Peraturan Sekolah

Pada tahun 2011, sebuah bangunan konkrit dengan kemudahan tandas, dapur dan bilik
darjah telah dibina dan merupakan bangunan Pra Sekolah Pintar KPM. Blok Akademik A yang kini
merupakan bilik darjah Tahun 1 hingga 6 telah dibina pada tahun 2014. Blok Akademik B pula telah
dibina pada tahun 2016 dan kini dijadikan sebagai pejabat pentadbiran buat sementara waktu. Blok
Akademik lama yang dibina pada tahu 1980 telahpun using dan tidak lagi digunakan.

Kemudahan asasnya pula bekalan elektrik 24 jam(generator). Bekalan air menggunakan air
hujan dan dari sungai. Kemudahan line telefon amat baik di sini memandangkan menara untuk
menerima signal dibina di dalam kawasan kampung, namun hanya untuk pengguna Celcom sahaja.

Etnik penduduk Kampung Kuala Tutoh majoritinya adalah berbangsa Kiput. Namun, seiring
dengan arus pemodenan dan pembangunan, perkahwinan campur telah berlaku di kampung ini. Oleh
itu, etnik di kampung ini telah bertambah kepada kaum Kenyah, Iban, Melayu, Cina dan sebagainya.

Senarai Guru Besar

SK Kuala Tutoh

1. Encik Edward Jui Pasu
2. Encik Wilson Sakan
3. Encik Robert Gumbang
4. Encik Jok Anyie
5. Encik Jau Anyie
6. Encik Gau
7. Encik Kilah
8. Encik Philip Mato
9. Encik Charlie Baya
10. Encik Sim Kit Choi
11. Encik Francis Brayan
12. Encik Mangai Tugau
13. Encik Frederik Oyo Jau
14. Encik Juk Anyie [ 2006 – 2017 ]
15. Encik Joslina@George Lina Ak Goering [ 2017 – 2019 ]
16. Puan Angeline Renly [ 2019 – 2021 ]
17. Encik Hassan bin Seruji [ 2022 - ]

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TUTOH 3
YBB4343

D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI

Peraturan Sekolah
VISI DAN MISI ORGANISASI

VISI

Pendidkan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MATLAMAT SEKOLAH

Kami warga pendidik SKKT akan sentiasa berusaha dan komited memastikan:
• Pencapaian Kurikulum dan ko-kurikulum cemerlang.
• Sahsiah dan disiplin pelajar terpuji.
• Persekitaran yang konduksif dan ceria
• Pentadbiran dan pengurusan yang berkesan
• Sokongan PIBG/PIBK erat

OBJEKTIF SEKOLAH

 Pencapaian Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) sekurang-kurangnya TP3 dan TP4 di
Tahap 2

 Pencapaian Prestasi Ko-Kurikulum yang membanggakan.
 Pembangunan kemudahan fizikal sekolah yang selesa untuk pelajar dan

warganya.
 Persekitaran sekolah yang ceria,selamat dan bersih.
 Budaya Cemerlang,SKKT hebat

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TUTOH 4
YBB4343

D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI

Peraturan Sekolah

NILAI

Kolaboratif; Kepelbagaian; Kecemerlangan; Inovasi; Integriti; Hormat

 Kolaboratif
Semua warga sekolah mengamalkan pendekatan yang melibatkan kerjasama
dan interaksi dua atau lebih individu dalam merancang, melaksana dan
menyelesaikan sebarang masalah secara berkesan.

 Kepelbagaian
Semua warga sekolah akan menggunakan berbagai-bagai pendekatan dalam
amalan pengajaran, pembelajaran dan pengurusan.

 Kecemerlangan
Semua warga akan memastikan setiap perkara yang dilakukan adalah elok /
indah / gemilang.

 Inovasi
Semua warga sekolah akan menghasilkan dan menggunakan sesuatu yang
baru dalam pendekatan pengajaran, pembelajaran dan pengurusan .

 Integriti
Semua warga sekolah menjadi sifat kejujuran dan ketulusan sebagai amalan.

 Hormat
Semua warga sekolah mengamalkan sifat untuk beralah atau menerima
kehendak atau pendapat orang lain

MOTTO

“Berusaha Pasti Berjaya”

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TUTOH
YBB4343

D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI

5

Peraturan Sekolah

PIAGAM SEKOLAH

Kami Staf SK Kuala Tutoh ( dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji
akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

 Memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan yang terbaik bertunjangkan

budaya ilmu bagi memenuhi hasrat serta tuntutan negara,masyarakat, dan

individu.
 Sentiasa membimbing pelajar membentuk jati diri yang mulia melalui

pemupukan, penghayatan dan amalan nilai nilai murni selari dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.
 Budaya sekolah yang cemerlang kondusif, sihat bersih, ceria dan penyayang.
 Jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang berkesan dan dinamik be

rteraskan pembaharuan yang berterusan.
 Memberi perkhidmatan yang mesra dan cepat kepada ibu bapa dan

masyarakat.
 Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak kehendak dan keperluan

Pejabat PPDB, JPNS dan KPM.
 Menerima cadangan dan teguran secara positif untuk meningkatkan prestasi

perkhidmatan dan kecemerlangan akademik serta ko kurikulum.

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TUTOH
YBB4343

D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI

Peraturan Sekolah 6

DASAR SEKOLAH

Warga Pendidik Sekolah Kebangsaan Kuala Tutoh (SKKT) berikrar & berjanji akan terus berusaha
bersungguh-sungguh menjulang kecemerlangan dalam bidang Akademik, Ko-kurikulum & Sahsiah
pelajar seiring dengan kehendak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan sekaligus merealisasikan
hasrat murni Kementerian Pendidikan Malaysia yang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
untuk melahirkan insan yang ;

 Berilmu pengetahuan

 Berakhlak mulia serta memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu

 Cergas fizikal dan berfikiran kritis dan kreatif

Justeru, pengurusan kepimpinan sekolah, guru-guru, staf sokongan & pelajar-pelajar akan
berganding bahu dalam merencana dan melaksanakan dasar ini hingga mencapai aspirasi sekolah
sekolah ini iaitu “TERUNGGUL DALAM BIDANG AKADEMIK (GPS:≤ 2.17),KO-KURIKULUM DAN
SAHSIAH BERTUNJANGKAN BUDAYA DAN AGAMA”

Dengan Demikian:
1. Para guru perlu memiliki daya pemikiran yang logik, kreatif dan inovatif bagi merealisasikan
potensi individu pelajar yang berkualiti bagi memenuhi aspirasi pendidikan dan meningkatkan
prestasi kecemerlangan UPSR secara berterusan disamping membentuk sahsiah pelajar
agar berdisiplin, bersopan-santun, berakhlak mulia serta memupuk bakat kepimpinan, aktif
dan sentiasa cergas dan ceria.

2. Menyediakan PdP yang berkesan dan berkualiti, dimana setiap murid mendapat apa yang
sepatutnya diterima dari sebuah institusi ilmu serta mengadakan sistem peperiksaan yang
adil, tepat dan telus tanpa sebarang diskriminasi.

3. Menyediakan kelas dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan kondusif untuk
keselesaan semua warga sekolah.

4. Memastikan semua pelajar bergiat aktif serta terlibat secara menyeluruh dalam gerak kerja
ko-kurikulum sekolah. Murid yang berbakat akan dikenalpasti untuk diketengahkan bakat-
bakat mereka. Di samping berusaha untuk mengembangkan minda warga sekolah dengan
menjalin hubungan baik di sekolah yang berdekatan.

5. Pelajar belajar dalam keadaan selamat, selesa dan gembira dan mendapat semua hak yang
layak dapat. Ini akan dipastikan melalui pengurusan Hal Ehwal Murid yang cekap dan mantap.

6. Melaksanakan dan mematuhi arahan kementerian dan jabatan pendidikan berdasarkan surat
pekeliling, akta, arahan perbendaharaan atau perintah am.

7. Memupuk semangat cintakan sekolah dan kerja sepasukan dalam kalangan warga sekolah.
Setiap masalah yang wujud dalam kalangan warga sekolah akan segara diambil tindakan dan
dicari jalan penyelesaian.

8. Memastikan semua perbelanjaan disalurkan untuk kemudahan dan kecemerlangan murid
dan sekolah, serta memastikan pengurusan akaun sekolah sentiasa berada pada tahap yang
baik.

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TUTOH 7
YBB4343

D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI

Peraturan Sekolah

LAGU SEKOLAH IKRAR SEKOLAH

Tersergam indah dan gagah KAMI PELAJAR SK KUALA TUTOH
Di bumi bertuah BERIKRAR DAN BERJANJI
AKAN SENTIASA
Tempat mencari ilmu
Untuk pedoman bangsa MENDUKUNG ASPIRASI SEKOLAH
DENGAN PENUH ILTIZAM
Korus:
Pendidik yang dedikasi SERTA MENUMPUKAN TAAT SETIA
Memberi segala pedoman YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI
Menyinari kehidupan KEPADA RAJA DAN NEGARA
SENTIASA UNGGUL
Di Masa hadapan
DALAM AKADEMIK, KOKURIKULUM
Harum segar namamu DAN SAHSIAH
SK Kuala Tutoh
BERTUNJANGKAN
Berusaha pasti berjaya AGAMA DAN BUDAYA
Itulah cogan kata SELARAS DENGAN PRINSIP-PRINSIP
RUKUN NEGARA SETIAP MASA
*ulang korus sampai habis

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TUTOH 8
YBB4343

D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI

Peraturan Sekolah

1. WAKTU PERSEKOLAHAN
1.1 Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3 )
 7.20 pagi hingga 12.50 ptg [ Isnin -Rabu]
 7.20 pagi hingga 12.20 tgh [ Khamis]
 7.20 pagi hingga 11.50 pagi [ Jumaat ]

Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6 )
 7.20 pagi hingga 1.20 ptg [ Isnin, Selasa]
 7.20 pagi hingga 12.50 tgh [ Rabu & Khamis ]
 7.20 pagi hingga 11.50 pagi [Jumaat]

1.2 Loceng Pertama
Loceng dibunyikan pada pukul 7.20 pagi. Kelas PdPc akan dimulakan.

1.3 Loceng Rehat
 Waktu rehat selama 30 minit.
 Masa Rehat: 9.50 pagi hingga 10.20 pagi(Isnin -Khamis) dan Jumaat(11.20-
11.50)
 Semua murid mesti keluar dari kelas pada waktu rehat dengan arahan dan
pengawasan guru.
 Murid makan di dalam kelas masing-masing.
 Semua murid yang layak WAJIB mengikuti Rancangan Makanan Tambahan
(RMT) yang disediakan pada waktu rehat dan akan awasi oleh guru bertugas.
 Apabila loceng tamat rehat dibunyikan murid mesti masuk ke kelas masing-
masing untuk mengikuti kelas pengajaran & pembelajaran berikutnya.

1.4 Loceng Balik
 Apabila loceng waktu balik dibunyikan semua murid mesti keluar dari kelas
dengan teratur dan senyap dengan di awasi oleh guru / pengawas.

2. PERHIMPUNAN SEKOLAH
2.1 Perhimpunan sekolah dijalankan setiap hari Isnin bermula jam 7.20 pagi – 7.50pagi
2.2 Perhimpunan sekolah adalah dianggap sebagai satu majlis rasmi peringkat
sekolah. Semua guru, AKP & murid diwajibkan hadir. Kegagalan menghadiri
perhimpunan dianggap satu kesalahan.
2.3 Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing ke dewan perhimpunan.
2.4 Semasa perhimpunan murid-murid wajib menyanyi lagu kebangsaan dan lagu negeri
dengan suara yang lantang sambil menghormati bendera yang dinaikkan semasa itu.
2.5 Semasa ucapan Guru Besar atau guru-guru bertugas, murid-murid harus mengambil
perhatian dengan sepenuhnya dan jika perlu mencatat ke dalam buku catatan sebagai
rujukan.
2.6 Semua guru lelaki bertali leher dan murid mesti berpakaian lengkap dan kemas.
2.7 Semua ucapan/taklimat yang disampaikan oleh guru besar/GPK/guru yang bertugas
hendaklah di catat ke dalam buku perhimpunan oleh guru yang bertugas pada hari
tersebut.
2.8 Selepas perhimpunan semua murid mesti beredar ke kelas masing-masing dengan
teratur dan senyap.

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TUTOH 9
YBB4343

D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI

Peraturan Sekolah

3. PENAMPILAN DIRI PELAJAR
3.1 Pakaian seragam sekolah
Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas, lencana dan tanda nama perlu
dipakai pada setiap hari persekolahan, menghadiri upacara – upacara rasmi sekolah
dan membuat lawatan rasmi. Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam
sekolah dari rumah ke sekolah sehingga balik semula ke rumah.
3.1.1 Pakaian Murid Lelaki
 Baju
Baju kemeja putih berkolar dan berlengan pendek/Panjang.

 Seluar
Seluar panjang berwarna biru tua.
Baju kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam seluar dan butang baju
hendaklah dikenakan sepanjang masa persekolahan.

 Tali pinggang
Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis kepalanya tidak
besar atau berhias. Lebar tali pinggang tidak melebihi 1 ½ inci atau 3.75 cm.
Warna tali pinggang: Samada hitam atau biru.

 Rambut
Pelajar lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan pendek.
Dilarang menyimpan ‘ekor’ dan berfesyen rambut ‘punk’. Penggunaan jel
atau mousse tidak dibenarkan.

Istilah pendek ialah:
Di belakang : rambut tidak melebihi garisan di bawah cuping telinga.
Di depan : rambut tidak menutup garis tengah dahi.
Di sebelah : rambut tidak menyentuh telinga dan ‘sideburn’ tidak melebihi
garis tengah hidung. Pelajar lelaki disyorkan berambut pendek corak kelasi
(crew cut) seperti yang diarah oleh Kementerian Pendidikan
KP(BS/HEP)8543/061/606.

3.1.2 Pakaian Murid Perempuan
 Pakaian murid-murid perempuan adalah ‘pinafore’ berwarna biru tua (navy
blue) dan labuhnya paras lutut dan tidak terlalu labuh / ketat.

 Baju Kurung dan Kain Sarung
Murid perempuan beragama Islam, baju kurung berpesak yang dipakai
mestilah berwarna putih dan kain sarungnya berwarna biru tua.

 Tudung / Mini Telekung
Sekiranya bertudung, mini telekung hendaklah berwarna putih dengan
ukuran yang sesuai.

 Rambut
Hendaklah menyikat rambut dengan kemas.
Rambut yang panjang hendaklah diikat kemas dan rapi.

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TUTOH 10
YBB4343

D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI

Peraturan Sekolah

 Alat-alat solek
Murid dilarang memakai sebarang alat ‘make-up’ walaupun nipis.

 Barang-barang Kemas
Murid dilarang memakai atau membawa barang-barang kemas seperti
gelang, rantai leher, anting-anting, subang yang besar, cincin dan lain-lain.

3.2 Kuku
Kuku murid hendaklah sentiasa pendek dan bersih.
Murid tidak dibenarkan untuk memakai cat kuku atau inai semasa sesi persekolahan.

3.3 Kasut dan Sarung kaki
Kasut bagi murid-murid sekolah rendah adalah kasut berwarna hitam don stokin hitam.
Pemakaian kasut putih dibenarkan namun mestilah dengan stokin putih.

3.4 Pakaian Seragam Pengawas sekolah, Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas
 Pakaian Pengawas Lelaki & Perempuan
Pakaian seragam sekolah dan bertali leher berwarna merah.
 Pakaian Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas
Pakaian seragam sekolah (pinafore) dan bertali leher berwarna biru (royal blue).

3.5 Pakaian Semasa Sukan / Pendidikan Jasmani
Semua murid mesti memakai ‘T-shirt’ sekolah dan diwajibkan memakai seluar panjang
(track bottom / pendek) berwarna hitam atau biru gelap.

4.KEHADIRAN
4.1 Semua murid wajib hadir tepat pada waktunya.
 Waktu persekolahan.
 Kelas-kelas intervensi atau bimbingan dan pemulihan
 Aktiviti kokurikulum.
 Lain-lain kegiatan rasmi sekolah

4.2 Murid yang tidak hadir mesti ke sekolah perlu mengemukakan surat akuan doktor atau
surat keterangan daripada ibu bapa / penjaga. Tanpa maklumat tersebut, murid
dianggap PONTENG.

4.3 Ibu bapa / penjaga akan dimaklumkan secara bertulis oleh pihak sekolah jika murid
tidak hadir dan diminta memberi penjelasan.
5.3.1 Tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut-turut,surat amaran pertama dikeluarkan.
5.3.2 Tidak hadir ke sekolah 10 hari berturut-turut,surat amaran ke-2 dikeluarkan
5.3.3 Tidak hadir ke sekolah 17 hari berturut-turut,surat amaran ke-3 dikeluarkan
5.3.4 Tidak Hadir ke sekolah 31 hari berturut-turut,surat amaran ke-4 dikeluarkan dari
Aplikasi Pangkalan Data Murid(APDM)

4.4 Dalam masa persekolahan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah
tanpa kebenaran Guru Besar atau guru-guru Penolong Kanan.

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TUTOH 11
YBB4343

D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI

Peraturan Sekolah

4.5 Murid-murid yang balik pada waktu persekolahan atau diambil oleh ibu bapa / penjaga,
diwajibkan mencatat dalam “Rekod Pergerakan Murid”.

4.6 Datang lewat ke sekolah ( selepas 7.00 pagi )
 Murid yang datang lewat tidak dibenarkan masuk ke kelas tanpa kebenaran
Guru Besar atau guru yang ditugaskan.
 Murid-murid yang kerap datang lewat ke sekolah (atas alasan yang
disengajakan atau sama) boleh diambil tindakan disiplin.
 Dalam hal-hal tertentu, ibubapa/ penjaga boleh secara rasmi atau bertulis
meminta kebenaran daripada Guru Besar.

5.KEBERSIHAN & KECERIAAN SEKOLAH
5.1 Bilik Darjah
 Setiap murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik darjah.
 Guru kelas bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas kelas.
 Setiap kelas mesti mempunyai sudut pembelajaran dan menghias kelas
dengan bahan-bahan akademik.
 Sebelum meninggalkan kelas, kerusi, meja, mesti disusun dengan teratur.
Tutup suis kipas dan lampu.
 Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi, meja, perabot antara
kelas.
5.2 Kawasan Sekolah
 Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
 Sampah yang dijumpai hendaklah dikutip dan dibuang ke dalam tong
sampah yang disediakan.
 Semua murid dilarang berludah di merata-rata tempat.
 Semua murid dilarang menconteng dinding dengan sebarang bahan.
 Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah.
 Murid dilarang membawa / mengunyah gula-gula getah dalam kawasan sekolah.
 Pokok bunga hendaklah sentiasa dijaga dan jangan sesekali memotong
mematah dan apa-apa juga tindakan yang menyebabkan kerosakkan pada
pokok bunga.

5.3 Tandas Sekolah
 Semua murid dilarang menconteng dalam tandas dengan sebarang alat.
 Murid-murid hendaklah berjimat cermat menggunakan air dan menutup paip
setelah digunakan.
 Jangan buang atau memasukkan sebarang benda ke dalam saluran air / najis.
 Jagalah kemudahan tandas dengan sempurna.

5.4 Papan Kenyataan
 Sebarang kenyataan yang ditampal / ditulis mesti mendapat kebenaran guru.
 Hanya gambar / maklumat yang sesuai sahaja ditampal.
 Kenyataan yang lama dan tamat tempoh masa mesti ditanggalkan.
 Semua murid mestilah menghargai maklumat di papan kenyataan dan tidak
memindah atau merosakkannya.
 Jika terdapat maklumat yang ditampal tertanggal atau terjatuh, hendaklah
dipinkan semula ditempatnya.

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TUTOH 12
YBB4343

D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI

Peraturan Sekolah

5.5 Harta Benda Sekolah
 Adalah menjadi tanggungjawab setiap murid menjaga harta benda sekolah
yang terdapat dalam kelas, tandas, bengkel pusat sumber, dan di
mana-mana sahaja kawasan sekolah.
 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru.
 Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti oleh murid sendiri.
 Semua bentuk harta benda yang dipinjam hendaklah dipulangkan / diletakkan
ke tempat asalnya dalam keadaan baik.

6.KAWASAN LARANGAN
Kawasan-kawasan berikut adalah menjadi larangan kecuali mendapat kebenaran :

6.1 Stor-stor sekolah, bilik elektrik dan tempat larangan lain dari masa ke semasa.

7 .TATATERTIB & KESOPANAN
7.1 Setiap murid wajib mengenali semua guru dan kakitangan sekolah.
7.2 Setiap murid wajib menghormati guru / kakitangan sekolah / pelawat dan
sesama pelajar
7.3 Ucapan salam hendaklah diberikan kepada sesama Islam dan ucapan
sejahtera bagi yang bukan Islam setiap kali berselisih atau berjumpa.
7.4 Semua murid mestilah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang sopan dan
menjaga nama baik sekolah.
7.5 Semua murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik dengan
sesiapa sahaja.
7.6 Utamakan pertuturan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dan Bahasa
Melayu sebagai bahasa ke-2 di kawasan sekolah.

8. PELANGGARAN DISIPLIN
8.1 Tingkahlaku jenayah : memeras ugut, terlihat dengan dadah, berjudi, mencuri,
memukul guru/Pengawas/murid-murid lain, membawa senjata merbahaya ,
merosak harta benda sekolah dan mengancam Guru Besar, guru-guru/murid-
murid lain.
8.2 Tingkahlaku lucah atau biadap : membawa/membaca/menyebar bahan-bahan
lucah,mengintai murid perempuan, bercumbuan, menggunakan kata-kata lucah,
melukis gambar/kata-kata lucah dan menunjukkan aksi-aksi lucah.
8.3 Tingkahlaku anti-sosial : Merosakkan harta benda kerajaan/sekolah/guru-
guru/milik perseorangan, mencemarkan kebersihan sekolah, membuat bising,
bergaduh, berkelakuan biadap / bersikap bongkak terhadap guru/murid,
menyalahguna kemudahan sekolah, keluar kawasan sekolah tanpa kebenaran,
melanggar peraturan sekolah, sengaja menimbulkan perkara sensitif dengan
tujuan menimbulkan kekacauan, menulis kepada surat khabar tanpa mendapat
kebenaran Guru Besar dan membawa barang-barang elektik/elektronik/ telefon
bimbit.
8.4 Tingkahlaku tidak jujur/tidak amanah : Meniru dalam ujian / peperiksaan,
meniru tandatangan ibu bapa/ Guru Besar / guru-guru,bercakap bohong,
mengubah markah dan ponteng kelas.

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TUTOH 13
YBB4343

D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI

Peraturan Sekolah

8.5 Tingkahlaku tidak sopan : Berbahasa kasar dan mencarut, tidak menghormati
guru/ pengawas, menghisap atau memiliki rokok, berambut panjang, tidak

memberi perhatian ketika guru mengajar, selalu datang lewat ke kelas, lalai dan
cuai terhadap pelajaran, terlibat dengan minuman keras, masih membantah/
tidak mengendahkan hukuman guru/Guru Besar walaupun sudah tiga/empat

kali amaran dan mengenakan Pakaian yang tidak sesuai dengan peraturan
disiplin sekolah.

8.6 Kesalahan Tatatertib Yang Berat:
8.6.1 Menganggotai kumpulan jahat/ pertubuhan haram, membawa/ memiliki
senjata merbahaya dengan tujuan jahat, memukul guru/Guru Besar/
pengawas/ murid-murid lain. Mengacah Guru Besar/ guru/ murid-murid

lain dengan ancaman yang serius dan merbahaya.

8.6.2 Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang
dikuatkuasakan oleh pihak sekolah atau Pejabat Pendidikan.

8.6.3 Menulis atau membuat sebarang kenyataan kepada suratkhabar tanpa
8.6.4 memberitahu dan mendapat kebenaran pihak sekolah/ Guru Besar.
Merosakkan harta benda kerajaan/ sekolah/ guru-guru atau sebarang
milik persendirian.

8.7 Mencuri, terlibat dengan dadah, terlibat dengan minuman keras atau yang
memabukkan, menghisap / memiliki rokok, berjudi, membantah hukuman
guru/Guru Besar walaupun telah diberi tiga atau empat kali amaran,berkelakuan
biadap terhadap guru/Guru Besar. (Menunjukkan sikap bongkak atau membuat
penghinaan,sengaja menimbulkan sesuatu perkara sensitif dengan tujuan
menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum.

9.TINDAKAN TATATERTIB
Tertakluk kepada berat ringannya kesalahan yang dilakukan. Hukuman yang boleh
dikenakan ke atas seorang pelajar ialah :
9.1 Teguran, nasihat/Kaunseling
9.2 Menguhungi ibu bapa / penjaga
9.3 Amaran bertulis.
9.4 Dirotan.[Hanya Guru Besar sahaja dibenarkan merotan pelajar]
9.5 Membayar ganti rugi.
9.6 Menarik balik biasiswa yang diberi.
9.7 Hukuman lain yang difikirkan sesuai.
9.8 Ditukar ke sekolah lain (dicadang)
9.9 Digantung persekolahan.
10.0 Dibuang sekolah (dicadang)
10.1 Laporan kepada polis
Tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas murid yang melanggar undang-undang
dan peraturan mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TUTOH 14
YBB4343

D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI

Peraturan Sekolah

10. KO KURIKULUM
10.1 Semua murid Tahap 2 diwajibkan mengambil bahagian dalam 3 aktiviti
kokurikulum berikut :
10.1.1 Kelab / Persatuan Akademik
10.1.2 Unit beruniform / Pakaian Seragam
10.1.3 Sukan / Permainan
10.2 Masa aktiviti Kokurikulum adalah pada hari Rabu jam 3.30pm hingga 5.30pm.
10.3 Kedatangan adalah wajib dan setiap murid dikehendaki menyertai kegiatan
yang diambil.
10.4 Untuk unit beruniform, murid hendaklah memakai pakaian seragam yang telah
ditetapkan.
10.5 Semua murid tidak dibenarkan menjalankan kegiatan tanpa guru penasihat.

11. PERTUKARAN SEKOLAH
11.1 Dibenarkan hanya dengan kebenaran / kehendak ibu bapa atau penjaga.
11.2 Borang pindah hendaklah di lengkap isi dan boleh diperolehi daripada
pembantu tadbir perkeranian atau unit HEM serta perlu mendapat
pengesahan Guru Besar.

13.BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAH (BTP)
13.1 Bayaran ini mestilah dijelaskan dalam masa yang ditetapkan oleh pihak
sekolah.
13.2 BTP akan dilaksanakan setelah mendapat persetujuan ibu bapa/penjaga
menerusi mesyuarat tahunan PIBG.

14.SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
14.1 Semua murid layak menerima bantuan SPBT dan mesti menjaga buku teks
dengan baik.
14.2 Semua buku teks mesti dipulangkan dalam keadaan yang baik :
14.2.1 Pada akhir tahun
14.2.2 Apabila diberhentikan dari sekolah
14.2.3 Apabila diarah oleh pihak sekolah.
14.3 Buku-buku yang rosak / hilang mesti diganti dengan buku yang baru atau
membayar dengan wang mengikut harga buku.

15. PUSAT SUMBER SEKOLAH
15.1 Murid dikehendaki berbaris semasa pergi dan balik.
15.2 Tidak dibenarkan membuat bising, makan, minum atau mengganggu murid
lain.
15.3 Ikut arahan dan peraturan yang telah ditetapkan.
15.4 Pulangkan buku atau peralatan yang digunakan pada tarikh yang telah
ditetapkan.
15.5 Susun buku dengan teratur, tutup semua suis dan pastikan alat-alat yang
digunakan tersusun.
15.6 Jaga kebersihan.

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TUTOH 15
YBB4343

D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI

Peraturan Sekolah

16.BARANG-BARANG YANG TIDAK DIBENARKAN DIBAWA KE SEKOLAH
16.1 ‘Chewing gum’ , ‘ liquid paper’ dan ‘marker pen’.
16.2 Bahan-bahan bacaan yang tidak berkaitan dengan pembelajaran seperti
komik, bahan-bahan lucah dan majalah hiburan.
16.3 Radio ‘walkman’, video tape, CD, kaset dan kamera kecuali dengan
kebenaran bertulis kepada guru-guru berkenaan dan barang permainan
elektrik.
16.4 Video game, permainan bentuk kad contohnya daun pakau dan yang
berunsur judi.
16.5 Alat komunikasi seperti telefon bimbit, ipad dan sebagainya, kecuali dengan
alasan yang kukuh.
16.6 Jika murid membawa barang-barang yang disenaraikan di atas, barang
tersebut akan dirampas oleh pihak sekolah. Barang yang dirampas tidak akan
dipulangkan sehingga akhir tahun.

17.TATACARA BILIK DARJAH
17.1 Murid-murid hendaklah sentiasa berada di dalam kelas sebelum pelajaran
dimulakan.
17.2 Bilik darjah hendaklah dibersihkan sebelum pelajaran bermula (waktu
pertama) dan hendaklah sentiasa dalam keaadan yang bersih.
17.3 Ketua darjah bertanggungjawab terhadap kebersihan kelas dan keselamatan
semua alatan bilik darjah.
17.4 Semasa ketiadaan guru, ketua darjah dan penolong ketua darjah
bertanggungjawab menjaga ketenteraman bilik darjah dan hendaklah
melaporkan sebarang masalah kepada guru kelas atau pejabat.
17.5 Murid-murid dilarang keras:
17.5.1 Menconteng meja, kerusi, dinding dan semua alatan bilik darjah.
Tindakan disiplin boleh diambil jika melakukan kesalahan.
17.5.2 Berbual dan membuat bising serta merayau-rayau.
17.5.3 Menggunakan meja dan kerusi guru tanpa kebenaran.
17.5.4 Duduk di atas meja.
17.5.5 Meninggalkan kelas tanpa kebenaran.
17.5.6 Membawa alat-alat permainan.
17.5.7 Bergaduh dan betumbuk.
17.6 Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan bilik darjah tanpa
kebenaran guru atau memakai pas keluar.
17.7 Sekiranya terdapat murid yang ponteng kelas, guru mata pelajaran perlu
mengambil tindakan mencari murid tersebut dengan serta merta dan
membuat laporan.
17.8 Setiap murid hendaklah memastikan semua lampu dan alatan elektrik ditutup
(jika tidak digunakan) sebelum meninggalkan bilik darjah.
17.9 Murid hendaklah memakai pas keluar yang telah disediakan jika hendak ke
tandas, bilik guru dan sebagainya.

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TUTOH 16
YBB4343

D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI

Peraturan Sekolah

18. KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH
18.1 Murid-murid dilarang keluar dari kawasan sekolah semasa waktu
persekolahan kecuali mendapat kebenaran guru/Guru Besar.
18.2 Murid-murid yang keluar untuk rawatan di klinik/hospital, atas urusan keluarga
atau seumpamanya hendaklah mendapatkan surat rawatan terlebih dahulu
atau kebenaran dari guru kelas/guru bertugas serta mengisi “Rekod
Pergerakan Murid” dan ditandatangani oleh pentadbir sekolah.

19. MAKANAN DAN MINUMAN
19.1 Murid hanya dibenarkan untuk makan di tempat yang ditetapkan dengan
menjaga penjarakan sosial.
19.2 Murid-murid penerima RMT hendaklah makan makanan yang telah disediakan.
19.3 Makanan ringan seperti gula-gula, lollipop, gula-gula getah (chewing gum),
keropok, dan air berkarbonat adalah tidak dibenarkan.
19.4 Murid-murid dilarang membuang sampah di merata-rata tempat selepas makan.
Semua pembalut makanan dan minuman hendaklah dibuang ke dalam tong
sampah yang disediakan.

20. Jenis-Jenis Salahlaku (KPM)

20.1: TINGKAHLAKU JENAYAH

 BERJUDI
 MENCURI
 MELAWAN/MENGANCAM/MEMUKUL GURU
 MELAWAN/MENGANCAM/MEMUKUL PENGAWAS
 MELAWAN/MENGANCAM/MEMUKUL MURID LAIN
 MEMERAS UGUT
 MEMBULI
 MENGOTAI KUMPULAN HARAM/KONGSI GELAP
 MENYALAHGUNAKAN DADAH
 MEMBAWA SENJATA MEMBAHAYA
 MENCABUL KEHORMATAN
 MENCEROBOH BILIK KHAS/KEDAI/KOPERASI/ASRAMA/PEJABAT
 MENUNJUK PERASAAN
 BERTARUH SECARA BESAR-BESARAN
 BERTUMBUK /BERKELAHI
 MENGHIDU GAM / LIQUID

20.2: TINGKAHLAKU LUCAH

 BERCUMBU-CUMBUAN
 BERKHALWAT
 MEMBAWA BAHAN-BAHAN LUCAH
 MENGINTAI MURID PEREMPUAN/LELAKI
 MENGGUNAKAN KATA DAN PERBUATAN LUCAH
 MELUKIS DAN MENULIS KATA-KATA LUCAH
 BERDUA-DUAAN (BERCINTA)

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TUTOH
YBB4343

D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI

Peraturan Sekolah 17

20.3: KEKEMASAN DIRI

 BERAMBUT PANJANG/BERFESYEN/BERWARNA
 BERKUKU PANJANG
 BERMISAI/BERJANGUT
 MEMAKAI PAKAIAN YANG TIDAK MENGIKUT PERATURAN SEKOLAH
 MEMAKAI BARANG PERHIASAN/ANTING/EMAS/PERAK
 MENCUKUR BULU MATA/KENING

20.4: TIDAK MEMENTINGKAN MASA

 BERKELIARAN DI KAWASAN SEKOLAH
 DATANG LEWAT KE SEKOLAH
 LEWAT KE PERHIMPUNAN
 MAKAN DIKANTIN DILUAR WAKTU REHAT
 LEWAT PULANG KE ASRAMA

20.5: TINGKAHLAKU KURANG SOPAN/BIADAB

 BERKELAKUAN KASAR TERHADAP GURU
 BERKELAKUAN KASAR TERHADAP PENGAWAS
 BERKELAKUAN KASAR TERHADAP MURID
 BERBAHASA KESAT
 MENYIMPAN ROKOK
 MENGHISAP ROKOK
 MENGGANGGU PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 TIDAK MENGHORMATI GURU
 INGKAR ARAHAN GURU/PENGAWAS

20.6: TINGKAHLAKU MUSNAH

 MEROSAKKAN HARTABENDA SEKOLAH/
GURU/ASRAMA/MURID/KANTIN

20.7: PONTENG

 PONTENG KELAS
 PONTENG SEKOLAH
 PONTENG PERHIMPUNAN
 PONTENG KEGIATAN KOKURIKULUM/AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH
 PONTENG UJIAN
 PONTENG PEPERIKSAAN
 PONTENG BELAJAR MALAM
 PONTENG GOTONG ROYONG ASRAMA

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TUTOH
YBB4343

D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI

18

Peraturan Sekolah

20.10 Tindakan-Tindakan Yang Dikenakan Kepada Pelajar Yang Melanggar
Disiplin

20.10.1 TEGURAN LISAN/BERTULIS (REKOD DISIMPAN)
20.10.2 HANTAR KE UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING (REKOD)

20.10.3 AMARAN (IBU BAPA DIPANGGIL) (REKOD) – SSDM
20.10.4 ROTAN 1 KALI (IBU BAPA DIPANGGIL) (REKOD)

20.10.5 ROTAN 2 KALI (IBU BAPA DIPANGGIL) (REKOD)

20.10.6 ROTAN 3 KALI (IBU BAPA DIPANGGIL) (REKOD)
20.10.7 GANTUNG SEKOLAH (IBU BAPA DIPANGGIL) (REKOD)

20.10.8 PANGGIL POLIS – MENCURI, MENGHIDU GAM, DADAH, BERKELAHI,
PERAS UGUT (BULI)

20.10.9 KES KEROSAKAN – PELAJAR DIKEHENDAKI MEMBAYAR KOS
(HARGA) BARANG YANG ROSAK, BAYAR KOS PENGANGKUTAN,
BAYAR KOS PEMBAIKAN.

21.PELAWAT
21.1 Semua orang luar termasuk ibu bapa / penjaga dikehendaki melaporkan diri di

pondok kawalan keselamatan sekolah, minta kebenaran dari pengawal

keselamatan dan pengawal keselamatan akan bawa berjumpa dengan Guru

Besar atau Guru Penolong Kanan untuk meminta kebenaran sebelum

berjumpa dengan sesiapa /murid di sekolah.(Rujuk Etika Ketika Berurusan
di sekolah)

22 PERANAN IBU BAPA / PENJAGA
22.1 Apa jua kesakitan, kelemahan fizikal, kecacatan atau pembedahan yang baru
dijalankan dan apa sahaja kekurangan anak / jagaan mesti dimaklumkan
kepada guru kelas atau pejabat untuk diambil perhatian dan disertai dengan
dokumen sokongan.
22.2 Pastikan anak sentiasa datang ke sekolah awal dan jangan lewat.
22.3 Meluangkan masa dengan anak untuk mengetahui masalah dan keperluan
anak serta semak dan bantu dalam pelajarannya.
22.4 Digalakkan datang ke sekolah dari semasa ke semasa untuk mengetahui
prestasi pembelajaran serta kelakuan anak di sekolah.
22.5 Apabila menghadapi sesuatu masalah atau salah faham dengan guru atau
murid lain, mestilah mendapat kebenaran daripada pihak pentadbiran sekolah
dahulu. Ibu bapa tidak dibenarkan mengambil tindakan sendiri. Masalah itu
mesti diselesaikan di pejabat.
22.6 Ibu bapa/penjaga harus membantu menjaga kebersihan dan keceriaan
kawasan sekolah.

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TUTOH 19
YBB4343

D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI

Peraturan Sekolah

22.7 Tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik darjah pada bila-bila masa tanpa
tujuan dan kebenaran.

22.8 Tidak dibenarkan mengambil sesuatu, buku atau lain-lain barang daripada
beg murid lain.

22.9 Tidak dibenarkan menjual / berniaga di kawasan sekoalah tanpa kebenaran
daripada pihak pentadbiran.

22.10 Tidak dibenarkan meronda serta memerhati guru mengajar di sebarang kelas.
22.11 Tidak dibenarkan mencabar / mengancam guru / murid.
22.12 Tidak dibenarkanberbual-bual dengan suara kuat yang boleh mengganggu

pengajaran dan pembelajaran.
22.13 Pastikan nombor telefon rumah / tempat kerja / jiran diberikan kepada guru

supaya dapat dihubungi pada masa kecemasan.
22.14 Jangan benarkan anak ke sekolah dengan memakai barang kemas dan

membawa barang yang tiada kaitan dengan pembelajaran.
22.15 Tidak dibenar merokok di kawasan sekolah.

23. HAL-HAL LAIN.
23.1 Beg sekolah tidak dibenarkan ditampal dengan ‘sticker’
23.2 Pelajar MESTI berada di tempat duduk yang telah ditetapkan pada setiap

Masa persekolahan.Pertukaran tempat duduk hanya boleh dilakukan oleh
Guru Kelas.
23.3 Pelajar dinasihati ke tandas sebelum bermulanya waktu persekolahan dan

pada waktu rehat.Dalam keadaan kecemasan ini ‘PAS KELUAR’hendaklah
diperolehi daripada guru dan hanya seorang murid dibenarkan keluar pada

satu masa.
23.4 Pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau atau bermain-main di beranda atau

kelas lain semasa atau antara pertukaran masa.

23.5 Pelajar hendaklah berdiri dengan sopan apabila memberi hormat semasa
guru atau pelawat masuk dan keluar kelas.Pelajar MESTI sentiasa
menghormati dan patuh kepada semua guru, kakitangan sekolah dan
pengawas sekolah.Sebarang aduan atau ketidakpuasan hati hendaklah

dirujuk kepada Guru Besar.
23.6 Sebarang masalah atau perselisihanfaham di kalangan pelajar hendaklah

diselesaikan secara aman dan jika perlu dapatkan khidmat guru atau Guru

Besar.(Penyelesaian Perselisihan faham melalui pergaduhan di dalam atau
luar sekolah merupakan kesalahan serius)

23.7 Pelajar hendaklah sentiasa menghormati kebudayaan dan agama lain dan
TIDAK boleh menghina mana-mana pengajaran agama atau amalan sesuatu
kaum sama ada dengan perkataan / perlakuan.

23.8 Buku Laporan hendaklah diserahkan dan ditandatangani oleh ibu bapa /
penjaga.Sebarang perubahan atau pemindahan dalam buku laporan

DITEGAH.
23.9 Pelajar MESTI membawa semua buku dan peralatan sekolah yang diperlukan

bagi setiap mata pelajaran dan pastikan semua buku dibawa balik.

23.10 Pelajar MESTILAH menggunakan antara 2 - 4 jam pada setiap hari untuk
Membuat kerja sekolah, ulangkaji dan membaca buku. Kerja sekolah MESTI
dibuat pada masa yang telah ditetapkan.

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TUTOH 20
YBB4343

D/A:PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAM
98050 MARUDI

Peraturan Sekolah

CATATAN:
*Sebarang Pindaan @ ketetapan baharu terhadap peraturan yang sedia ada akan
dimaklumkan.Apa-apa peraturan yang TELAH & AKAN ditetapkan diperingkat sekolah akan
dipatuhi sehinggalah perubahan baharu.NAMUN,keutamaan garis panduan peraturan masih
terikat dengan ketetapan PPD,JPN & KPM serta surat-surat siaran @ pekeliling yang masih
atau sedang berkuatkuasa.

Terima Kasih

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
‘PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’


Click to View FlipBook Version