BULETIN YPKT BIL 1/2023 | JANUARI-OKTOBER MENDAPAT TEMPAT KE-3 DALAM PERBARISAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN PROGRAM TEAM BUILDING PROGRAM PASCA PERKAHWINAN PROGRAM SUPER SYABAB CANDID MAJLIS JALINAN MESRA AILDILFITRI
MISI & VISI YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA TERENGGANU (YPKT)
SEMPENA CUTI JANUARI HINGGA OKTOBER 2023
MESYUARAT PENGURUSAN TASKA PERMATA KELUARGA YPKT SIRI 1/2023
LAWATAN DARIPADA MARA SELANGOR KE YPKT 10 Januari 2023 (Selasa) - Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah menerima kunjungan daripada MARA Negeri Selangor. Tujuan lawatan daripada MARA Selangor ini adalah bertujuan membincangkan pelaksanaan pusat jahitan vendor yang telah dilaksanakan oleh Pusat Jahitan Vendor, Permodalan YPK Sdn. Bhd. di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu. Lawatan ini diketuai oleh En. Mohd Khaizan bin Dahlan, Timbalan Pengarah (Pembangunan) Pejabat MARA Negeri Selangor bersama Pn. Nurzaliza binti Mohd Nor, Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) Pejabat MARA Negeri Terengganu dan 2 lagi pegawai En. Syafiq bin Mohd Alias, Pegawai MARA Daerah Petaling Jaya dan Muhamad Aminnur Izham bin Roslan, Pegawai MARA Daerah Sabak Bernam.
LENSA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG & JASAMU DIKENANG YPKT
LAWATAN KERJA KE DEWAN PUSTAKA & BAHASA(DBP)
LAWATAN KERJA KE FAKULTI SAINS UKM KUALA LUMPUR
LAWATAN KERJA KE JABATAN LANDSKAP NEGARA Pada 16 & 17 Januari 2023, pihak Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dari Bahagian Perancangan, Inovasi & Korporat telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa tempat seperti Dewan Bahasa & Pustaka(DBP), Fakulti Sains Kesihatan UKM dan juga ke Jabatan Landskap Negara.
Pada 17 Januari 2023 (Selasa), telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Anugerah Gangsa & Sijil Penyertaan Anugerah Integriti, Governans Dan Antirasuah (AIGA) 2022. Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah tercalon dalam anugerah tersebut dan telah berjaya menerima Anugerah Kategori Gangsa AIGA 2022 di Institut Integriti Malaysia (IIM), Kuala Lumpur. MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH GANGSA AIGA 2022
31 Januari 2023 (Selasa) - Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah menerima kunjungan hormat daripada Top IT Industri Sdn. Bhd. pada hari ini. Kunjungan ini adalah bertujuan bersuai kenal bersama YBhg. Pengarah YPKT, Tuan Haji Zahanapi bin Sagaf yang juga merupakan selaku Ahli Lembaga Pengarah kepada Top IT. KUNJUNGAN HORMAT TOP-IT
BENGKEL PEMANTAPAN POTENSI DIRI PENDIDIK TASKA SIRI 1/2023 8 Februari 2023 (Rabu) - Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah mengadakan Bengkel Pemantapan Potensi Diri Pendidik TASKA Permata Keluarga Siri 1/2023. Slot Pertama bengkel "Explorace" telah dikendalikan oleh En. Kamarulzaman bin Awang, Timbalan Pengarah (Program) YPKT. Seramai 50 orang pendidik TASKA Permata Keluarga yang telah berkhidmat selama 25 tahun terlibat didalam bengkel ini.
8 Februari 2023 (Rabu) - Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah mengadakan Bengkel Pemantapan Potensi Diri Pendidik TASKA Permata Keluarga Siri 1/2023. Slot kedua bengkel adalah bersama Pengarah YPKT, Haji Zahanapi bin Sagaf. Seramai 50 orang pendidik TASKA Permata Keluarga yang telah berkhidmat selama 25 tahun terlibat didalam bengkel ini. SESI BERSAMA PENGARAH PENDIDIK TASKA PERMATA KELUARGA SIRI 1/2023
13 Februari 2023 (Isnin) - Pra Bengkel pelan Strategik telah diadakan yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penilaian YPKT, YBrs prof Madya Dr Norhayati binti Ibrahim. Bengkel perbincangan ini telah dihadiri oleh YBhg Pengarah YPKT, Haji Zahanapi bin Sagaf, YBrs prof Madya Dr Fakhrul Anwar bin Zainol daripada UniSZA, Timbalan Pengarah YPKT (Program), En Kamarulzaman bin Awang, Timbalan Pengarah YPKT (Pengurusan), Haji Mohd Ashri bin Mohd Zain dan pegawai-pegawai YPKT. PRA BENGKEL PELAN STRATEGIK
20 Februari 2023 (Isnin) - Majlis Penyampaian Pembiayaan Modal Program Jaya Diri telah diadakan bertempat di Kompleks Ibu Tunggal Chendering, Kuala Terengganu. Seramai 90 orang peserta dari 8 daerah Negeri Terengganu telah menerima pembiayaan dengan jumlah sebanyak RM 980,000. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zahanapi bin Sagaf, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. Turut hadir En. Kamarulzaman bin Awang, Timbalan Pengarah (Program) YPKT, Dr. Tengku Khairi bin A. Rahman, Bussiness Coach, Markplus Business Advisor. MAJLIS PENYAMPAIAN PEMBIAYAAN MODAL PJD 1/2023
20 Februari 2023 (Isnin) - Perbincangan Awal Bersama Wakil JHEAT Berkaitan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia di TASKA PERMATA Keluarga YPKT dan produk makanan daripada peserta Program Jaya Diri. Kunjungan ini diketuai oleh Puan Nor Surianty binti Sulong, Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). PERBINCANGAN AWAL BERSAMA WAKIL JHEAT BERKAITAN PROSEDUR PENSIJI
PROGRAM AGIHAN PAKAIAN SEKOLAH DUN PENGKALANG BERANGAN 22 Februari 2023 (Rabu) - Program Agihan Bantuan pakaian Sekolah 2022 bagi DUN Pengkalan Berangan yang telah disempurnakan oleh YB Ustaz Sulaiman bin Sulong, ADUN Pengkalan Berangan. Turut hadir, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Tuan Haji Zahanapi bin Sagaf dan Pegawai YPK Kawasan Marang, En. Mohd Muzamri bin Yusoff.
PROGRAM INTEGRITI & AMANAT PENGARAH YPKT 23 Februari 2023 (Khamis) - Program Integriti & Amanat Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah diadakan di Dewan Utama YPKT Dalam majlis tersebut turut diadakan bacaan Ikrar Bebas Rasuah penjawat awam, dan sesi tandatangan Ikrar Bebas Rasuah. Ceramah Integriti telah disampaikan oleh En. Juhairi bin Ab Kadir, Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO) Universiti Malaysia Terengganu.
KURSUS ASAS TEKNIKAL PEMANDU KENDERAAN YPKT 2023
7 Mac 2023 (Selasa) - Bengkel Pengurusan Kelab Ibu Tunggal Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah diadakan bertempat di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu. Seramai 64 orang peserta dari setiap DUN mewakili 2 orang setiap DUN daripada 32 DUN Negeri Terengganu telah mengikuti program ini. Bengkel Pengurusan Kelab Ibu Tunggal ini diadakan adalah bagi memberikan bimbingan kepada kepimpinan tertinggi Kelab Ibu Tunggal dengan lebih tersusun dan efisyen. Melalui Dana Bantuan Kelab Ibu Tunggal ini sebagai satu pencetus yang dapat memberikan manfaat kepada kesemuaahli kelab khususnya dan seluruh Ibu Tunggal amnya. Ke semua 32 DUN telah menerima Dana Bantuan Pengurusan sebanyak RM 3,000 setiap DUN dengan jumlah keseluruhan Dana sebanyak RM 96,000. Majlis Penutup telah dirasmikan oleh YB Zuraida binti Md. Noor, ADUN Wanita Terengganu. Turut hadir sama Ybhg. Tuan Haji Zahanapi bin Sagaf, Pengarah YPKT dan En. Kamarulzaman bin Awang, Timbalan Pengarah (Program) YPKT. BENGKEL PENGURUSAN & BANTUAN KELAB IBU TUNGGAL
TAKLIMAT PENGAMBILAN BARU GURU & PENYEDIAAN SAJIAN TASKA YPKT 2023
YPKT TELAH MENERIMA ANUGERAH SIJIL PENGHARGAAN PERKONGSIAN DATA
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PENGURUSAN KELAB WARGA EMAS YPKT 2023
PROGRAM LITERASI KEWANGAN BNM/AKPK & PROGRAM CSR RAMADAN 2023
TREASURE HUNT SUPANUN 2023 13 Mei 2023 (Sabtu) - Program Treasure Hunt SUPANUN yang telah dianjurkan oleh Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM). Program ini bermula di UITM Shah Alam dan tamat di Lost World of Tambun, Perak. Alhamdulillah, kedua pasukan daripada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah berjaya menghabiskan cabaran dengan baik dan menimba pengalaman yang sangat berharga sepanjang tempoh kejohanan. Penyertaan sulung YPKT pada kejohanan kalini telah memperkenalkan lagi imej YPKT di peringkat lebih tinggi seterusnya dapat membina kerjasama dengan agensi lain pada masa akan datang. Terima kasih kepada Pengarah di atas peluang keemasan yang diberikan kepada kami semua.
CANDID MAJLIS JALINAN MESRA AIDILFITRI YPKT 2023 Pada 18 Mei 2023(Khamis), YPKT telah mengadakan Sambutan Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri secara besarbesaran sempena Program Hari Bertemu Pelanggan YPKT 2023.
MESYUARAT PENGURUSAN YPKT KALI KE-2/2023 Pada 14 Jun 2023 (Rabu) telah berlangsungnya Mesyuarat Pengurusan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu Kali ke-2 telah diadakan pada hari ini di Bilik Mesyuarat Utama YPKT.
KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN OLEH TESDEC 15 Jun 2023 (Khamis) - Kursus Latihan Pengendali Makanan kepada Penyedia Sajian TASKA Permata Keluarga Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu yang dikendalikan oleh TESDEC telah diadakan di Dewan Utama YPKT. Seramai 30 orang peserta daripada kalangan Penyedia Sajian YPKT. Objektif kursus ini bagi melahirkan Penyedia Sajian yang lebih mahir dalam bidang tugasnya. Menaikkan taraf piawai kualiti perkhidmatan bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada semua pengedali makanan dalam masa yang sama mengajar teknik penydiaan masakan yang betul sebelum, semasa dan selepas menyediakan makanan.
17 Jun 2023 (Sabtu) - Program Pasca Perkahwinan 2nd Honeymoon Siri Ke-2 yang telah diadakan di Permai Hotel Kuala Terengganu selama tiga hari dua malam. Pelbagai aktiviti dan ilmu tentang hal rumahtangga dapat dipelajari dan mengeratkan hubungan suami & isteri didalam program ini. Majlis penutup telah disempurnakan oleh En. Kamarulzaman bin Awang, Timbalan Pengarah (Program) YPKT. Seramai 19 pasangan peserta daripada Program Walimatul Urus Perdana tahun 2022 telah menyertai program ini. PROGRAM PASCA PERKAHWINAN 2ND HONEYMOON SIRI 2 (PENUTUP)
PERASMIAN PROGRAM GEN-T ISLAH FALAH "INGATLAH SAYANG" 2023 25 Jun 2023 (Ahad) - Majlis Perasmian Program GEN-T ISLAH FALAH - "Ingatlah Sayang" 2023 telah diadakan di Dewan Utama, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Kamsah @ Kamal bin Mohamed, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Turut hadir, Timbalan Pengarah (Program) YPKT, En. Kamarulzaman bin Awang. Program GEN-T ISLAH FALAH - "Ingatlah Sayang" 2023 ini adalah Koloboratif diantara Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) bersama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dalam aspek kemenjadian murid di negeri Terengganu. Ia adalah salah satu program tahunan yang mana ia berfokuskan kepada pencegahan isu-isu semasa di kalangan murid di sekolah.
PROGRAM TAZKIRAH MINGGUAN & MAJLIS BERSAMA PENGARAH YPKT 6 Julai 2023 (Khamis) - Program Tazkirah Mingguan & Majlis Bersama Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah diadakan bertempat di Dewan Utama YPKT. Selama 6 bulan Tuan Haji Zahanapi bin Sagaf telah berkhidmat di YPKT dan hari ini adalah hari terakhir beliau di YPKT dan akan mula berkhidmat di Yayasan Islam Terengganu pada 9 Julai 2023 (Ahad). Terima kasih Tuan Haji Zahanapi bin Sagaf. Selamat maju jaya dan selamat bertugas di tempat baru. Jasamu sepanjang berkhidmat di YPKT akan dikenang selalu.
LAPOR DIRI ENCIK.FARIS, PENGARAH YPKT Pada 9 Julai 2023 (Ahad), telah berlangsungnya sesi lapor diri Encik Ahmad Faris bin Abdul Razak yang telah mula berkhidmat sebagai pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu yang baharu secara rasminya pada hari ini. Seluruh warga YPKT mengucapkan selamat maju jaya dan selamat menjalankan tugas kepada Encik Ahmad Faris bin Abdul Razak.
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH YPKT Pada 12 Julai 2023 (Rabu), telah berlangsungnya Majlis Serah Terima Tugas Pengarah YPKT yang baharu iaitu Encik Ahmad Faris bin Abdul Razak bersama bekas mantan pengarah YPKT, Tuan Haji Zahanapi bin Sagaf yang kini merupakan pengarah di Yayasan Islam Terengganu.
LAWATAN BERMAKLUMAT YPKT KE PRIHATIN
LAWATAN BERMAKLUMAT YPKT KE JAKIM
ANUGERAH KELUARGA MITHALI LENGKAP & TUNGGAL MAAL HIJRAH 1445H 19 Julai 2023 (Rabu) - Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu Sekalung tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Keluarga Mithali Lengkap, Mohamad Nawawi Rani bersama isteri, Noorlida binti Hassan dan penerima Anugerah Keluarga Mithali Tunggal, Ismail bin Samad di dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 1445H/2023M.
PROGRAM KESEDARAN HALAL TASKA PERMATAKELUARGA YPKT SIRI 1/2023 Pada 12 Julai 2023 (Rabu) - Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Bahagian Pengurusan Halal dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah mengadakan Program Kesedaran Halal kepada TASKA Permata Keluarga YPKT Siri 1/2023 telah diadakan di Dewan Utama YPKT. Seramai 67 tenaga pengajar TASKA Permata Keluarga terlibat didalam program ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran dan kesefahaman kepeda peserta mengenai kepentingan pensijilan halal. Dengan ini ia akan memberi keyakinan kepada pengusaha TASKA di bawah kerajaan untuk menyahut cabaran bagi membuat permohonan pensijilan Halal dan menjadikan Terengganu sebagai negeri pertama negeri pertama yang mendapat pesijilan Halal bagi premis dapur TASKA di bawah kerajaan.
PERTANDINGAN PERSEMBAHAN KANAK-KANAK TASKA PERMATA KELUARGA YPKT SIRI 1/2023
17 Julai 2023 (Isnin) - Bengkel Pemantapan Pembantu Pembangunan Masyarakat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu yang telah diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di D'Village Resort, Melaka. Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Ahmad Faris bin Abdul Razak, Pengarah YPKT sendiri, turut hadir sama Timbalan Pengarah Program, En. Kamarulzaman bin Awang; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sosio Ekonomi, En. Amilru Azhar. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhwah diantara kakitangan sekaligus memupuk semangat kerjasama secara berpasukan didalam kumpulan. Ia juga bakal melahirkan kakitangan yang lebih bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah dalam tugas serta komited terhadap tugas mereka bagi mewujudkan kesedaran serta sikap tolenrasi dalam jiwa kakitangan untuk mencapai sesuatu sasaran yang dipertanggungjawabkan. Didalam masa yang sama ia dapat membuka minda serta menjana idea-idea baru untuk diserapkan dalam Program Jaya Diri bagi memberi faedah kepada semua. PROGRAM PEMANTAPAN PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT 2023
BENGKEL PELAN STRATEGIK YPKT 2024-2028
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu melalui Bahagian Perancangan, Inovasi & Korporat telah mengadakan Bengkel Reka Bentuk Grafik Bersama Center of Design Studies (CODES) UniSZA. Bengkel ini telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 26 Julai 2023 & 27 Julai 2023 (Rabu & Khamis) bertempat di Falkulti Rekabentuk Inovatif & Teknologi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus, Terengganu. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat staf YPKT didalam bidang reka bentuk dalam menghasilkan logo, banner & buku buletin dengan menggunakan software Adobe Illustrator dan Adobe InDesign dengan ini banyak lagi idea kreatif yang dapat disumbangkan untuk jabatan ini. Seramai 34 orang peserta daripada YPKT dari setiap daerah telah terlibat didalam bengkel ini. Bengkel ini dikendalikan oleh penceramah daripada Center of Design Studies (CODES) UniSZA yang berpengalaman didalam bidang reka bentuk grafik, mereka adalah Ts. Dr. Addy Putra bin Md Zulkifli, Mohamad Iskandar bin Prastio @ Basiran, Amir Fadzli bin Abd Ghani, Mohd Hosni bin Rifin dan Dr. Amirul Fahmi bin Razali. Penutup bengkel ini telah disempurnakan oleh En. Kamarulzaman bin Awang, Timbalan Pengarah (Program) YPKT mewakili Pengarah YPKT. Turut hadir En. Nazri bin Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan, Inovasi & Korporat. KURSUS REKA BENTUK & GRAFIK
PROGRAM ASYURA PERDANA 2023 YPKT
SEMINAR TEMPAT KERJA BEBAS DADAH (TEKAD) Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu 3 Ogos 2023 (Khamis) | Dewan Utama YPKT Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk menyampaikan kepada pekerja-pekerja tentang risiko-risiko yang akan berlaku sekiranya seseorang pekerja terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan kesan-kesannya. Dengan ini ia dapat menyalurkan maklumat aduan jika terdapat aktiviti penyalahgunaan dadah di tempat kerja Penceramah : Pn. Hajah Roziha binti Abdullah, Penolong Pegawai Cawangan Pencegahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri (AADK) Terengganu.
PROGRAM HARI TASKA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2023 Program Sambutan Hari TASKA Peringkat Negeri Terengganu 2023 TASKA Permata Keluarga Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah berlangsung pada 19/08/2023 (Sabtu) dan diadakan di Dewan Scoot Inn, Kuala Nerus. Program ini telah dirasmikan oleh Y.Brs En.Ahmad Faris bin Abdul Razak, yang merupakan pengarah YPKT. Program ini telah melibatkan seramai 800 orang peserta yang terdiri daripada pengurus taska dan juga cikgu taska.
PROGRAM POTENSI DIRI SUPER SYABAB SIRI 4 Program Generasi Islah Falah Terengganu: Peningkatan Potensi Diri SUPER SYABAB Siri 4 telah diadakan bertempat di Permai Hotel Kuala Terengganu selama 3 hari 2 malam (24 Ogos - 26 Ogos 2023). Program ini adalah kerjasama antara Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) bersama Urusetia Belia, Sukan & NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT). Seramai 39 peserta belia dan beliawanis daripada Dungun terlibat didalam program ini. Program ini terbuka kepada belia & beliawanis yang ingin meningkatkan dan mengembangkan lagi pontensi diri mereka dalam bidang perniagaan dan usahawan ke arah yang lebih membanggakan. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. En. Ahmad Faris bin Abdul Razak, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga YPKT, Tuan Haji Mohd Fauzy bin Abd. Ghani.