The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur hidayah, 2023-10-29 10:54:27

BULETIN YPKT 2023

BULETIN YPKT 2023

RAPTAI HARI KEBANGSAAN 2023 KONTINJEN YPKT Pada 29 Ogos 2023 (Selasa), telah berlangsungnya Raptai Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Terengganu Kontinjen Yayasan Pembangunan Keluarga. Seramai 35 orang peserta terlibat dengan raptai perbarisan pada hari itu.


PERARAKAN HARI KEBANGSAAN 2023 KANAKKANAK TPK KUALA TERENGGANU Perarakan Hari Kebangsaan 2023 Kanak-Kanak Taska Permata Keluarga Kuala Terengganu YPKT bermula dari Perkarangan Pasar Payang ke Taman Rekreasi ShahBandar yang diadakan pada 30 Ogos 2023 (Rabu).


MAJLIS PENGARAH BERSAMA KONTINJEN PERBARISAN HARI KEBANGSAAN YPKT 30 Ogos 2023 (Rabu) - Majlis Pengarah bersama Kontinjen Perbarisan Hari Kebangsaan 2023 Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah diadakan di Dewan Utama YPKT. YBrs. Encik Ahmad Faris bin Abdul Razak, Pengarah YPKT telah menyampaikan amanat dan kata-kata semangat kepada Kontinjen Perbarisan Hari Kebangsaan YPKT Tahun 2023. Semoga pada hari sebenar nanti, barisan Kontinjen YPKT dapat melaksanakan perbarisan dengan lebih baik dan diberikan kelancaran dalam majlis gilang-gemilang tersebut.


SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2023 PERINGKAT NEGERI TRERENGGANU Pada 31 Ogos 2023 (Khamis), telah berlangsungnya Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Terengganu yang mula berarak dari Stadium Nasiruddin Shah dan berakhir di Dataran ShahBandar yang merupakan garisan penamat untuk semua peserta perbarisan. Kontinjen YPKT telah berjaya meraih tempat ketiga dalam kategori badan berkanun tidak beruniform.


LAWATAN BERMAKLUMAT & BENGKEL PENGURUSAN KELAB WARGA EMAS 2023 Pada 10-12 September 2023, telah diadakan Lawatan Bemaklumat & Bengkel Pengurusan Kelab Warga Emas 2023 Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kuala Lumpur & Putrajaya.


MAJLIS PERJUMPAAN PEGAWAI / KAKITANGAN BERSAMA JABATAN PERINGKAT YPKT KAWASAN KUALA TERENGGANU Sabtu, 23 September 2023 : Majlis Perjumpaan Pegawai / Kakitangan Bersama Jabatan Peringkat YPKT Kawasan Kuala Terengganu telah berlangsung di Kompleks Ibu Tunggal Negeri Terengganu, Kubang Ikan Chendering. Majlis yang dihadiri 193 orang kakitangan kawasan Parlimen Kuala Terengganu turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBhg. Pengarah YPKT Encik Ahmad Faris bin abdul Razak, Timbalan Pengarah Pengurusan Tuan Haji Mohd Ashri bin Mohd Zain, wakil Sektor Program Encik Nazri bin Yusoff ( KPP / Perancangan, Inovasi & Korporat ), KPP / Pentadbiran Puan Mazliza binti Abdul Mubin dan juga Pegawai YPKT Kawasan Parlimen Kuala Terengganu Puan Salbiah binti Ramli. Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada kakitangan berkaitan program jabatan, penjawatan serta kebajikan kakitangan. Sesi soal jawab antara wakil kakitangan bersama pihak pengurusan turut diadakan.


KUNJUNGAN HORMAT YB HAJI MALIAMAN & YB HAJAH ZURAIDA KE YPKT 25 September 2023 (Isnin) - Kunjungan Hormat YB Ustaz Haji Maliaman bin Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional bersama YB Hajah Zuraida binti Md Noor, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional ke YPKT selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPKT ke Ibu Pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. Melalui pertemuan ini pelbagai perkara telah dibincangkan tentang latar belakang dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh YPKT. Semoga pertemuan ini mengeratkan lagi hubungan antara YB Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional bersama YPKT.


MAJLIS PENYAMPAIAN PEMBIAYAAN MODAL PROGRAM JAYA DIRI 26 September 2023 (Selasa), Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu - Majlis Penyampaian Pembiayaan Program Jaya Diri yang diadakan pada hari ini telah dirasmikan oleh YB Hajah Zuraida binti Md Noor, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional. Seramai 70 orang peserta daripada 8 parlimen negeri Terengganu telah menerima pembiayaan modal Program Jaya Diri daripada YPKT pada hari ini. Turut hadir, En. Kamarulzaman bin Awang, Timbalan Pengarah "Program" YPKT dan En. Amilru bin Azhar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sosio Ekonomi


PROGRAM PENGARAH BERSAMA KONTINJEN PERARAKAN MAULIDUR RASUL SAW 27 September 2023 (Rabu) - Majlis Pengarah bersama Kontinjen Perarakan Maulidur Rasul SAW 1445H / 2023 Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah diadakan di Bilik Syarahan YPKT. YBrs. Encik Ahmad Faris bin Abdul Razak, Pengarah YPKT telah menyampaikan amanat dan kata-kata semangat kepada Kontinjen Perarakan YPKT pada hari ini. Semoga perarakan Kontinjen Maulidur Rasul YPKT dapat melaksanakan perarakan dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dengan lebih baik dan diberikan kelancaran sepanjang perarakan berlangsung. Perarakan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1445H / 2023 akan bermula pada jam 7.30 pagi, 28 September 2023 (Khamis) di Padang Sintetik Tok Jiring dan berakhir di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus.


FORUM KESIHATAN MENTAL Pada 27 September 2023 (Rabu) - Forum Kesihatan Mental Sempena Program Kesedaran Kesihatan Ibu Tunggal Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu “Transformasi Holistik : lntegrasi Kesejahteraan Mental Dan Kekuatan Spiritual Dalam Kehidupan Kita” telah diadakan bertempat di Dewan Teater, Perpustakaan Awam Terengganu. Seramai 100 orang Ibu Tunggal dari seluruh negeri Terengganu telah dijemput hadir bagi mendengar forum ini yang telah dikendalikan oleh moderator, Cik Arini Diyah Fadhila (Kaunselor Pelatih Dan Penolong Ketua Pemasaran Dan Penyelidikan MIASA) dan 2 orang panel adalah Puan Anita binti Abu Bakar, Presiden Dan Pengasas MIASA dan Ustaz Mohammed Noor Bin Mohd Deros, Naib Presiden 2 MIASA. Program telah disempurnakan dengan perasmian oleh YB Ustaz Haji Maliaman bin Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Merangkap Adun Kawasan Ajil. Program ini adalah dengan Kerjasama Persatuan Kesedaran Dan Sokongan Penyakit Mental Terengganu (MIASA Malaysia) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.


PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW1445H|2023 Pada 28 September 2023 (Khamis), Yyasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah menyertai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat Negeri Terengganu 1445H|2023 yang disertai seramai 35 orang peserta bermula dari Padang Sintetik Tok Jiring dan berakhir di Stadium Tertutup Gong Badok, Kuala Nerus.


MESYUARAT AGONG TAHUNAN KOKAYA KALI KE-8/2023 30 SEPTEMBER 2023 - Mesyuarat Agong Tahunan Koperasi Kakitangan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu Berhad ( KOKAYA ) Kali Ke 8/2023 telah berlangsung di Dewan Utama, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu ( YPKT ). Majlis yang dirasmikan oleh YBrs. Encik Ahmad Faris bin Abdul Razak, Pengarah YPKT dihadapan lebih 170 orang anggota KOKAYA turut disertakan dengan pelbagai acara termasuk Pemeriksaan Percuma ( UNI Farmasi ), Taklimat Insuran ( MSNT ) dan cabutan Bertuah. Pelbagai agenda, usul dan cadangan dibentangkan dalam Mesyuarat Tahunan tersebut selain pelantikan baru Ahli Lembaga Koperasi.


PROGRAM TEAM BUILDING YPKT Pada 2-4 Oktober 2023 (Isnin - Rabu), Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah mengadakan Program Team Building yang diadakan bertempat di Fikri Wetland Guesthouse & Resort, Setiu, Terengganu. Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam melibatkan seramai 45 orang peserta telah terlibat di dalam program ini. Aktiviti pada hari pertama adalah misi mencari lokan dan juga kepah. Setiap kumpulan diberikan 2 bakul untuk meletakkan hasil kutipan mereka. Pada hari kedua pula, para peserta Program Team Building ini telah dibawa untuk menjelajah Pulau Redang seharian pada hari tersebut. Perjalanan ke Pulau Redang mengambil masa selama satu jam setengah untuk sampai ke destinasi sejauh 23 km dari jeti tempat mereka menginap itu. Seterusnya, pada hari ketiga yang merupakan hari terakhir Program Team Building ini, pihak urusetia telah mengadakan pertandingan berkayak yang bertempat di Fikri Wetland Guesthouse & Resort, Setiu, Terengganu. Selain itu, cabutan bertuah juga diadakan. Terdapat pelbagai hadiah yang menarik menanti para peserta Program Team Building.


PROGRAM TERAPI MINDA “KESEJAHTERAAN EMOSI” SESI 2 26 September 2023 (Selasa), Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu - Program Terapi Minda "Kesejahteraan Emosi" Sesi 2 telah diadakan dengan kerjasama YPKT bersama Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Seramai 55 orang peserta dari kalangan guru TASKA Permata Keluarga dan guru jahitan YPKT dari Parlimen Besut, Dungun, Marang & Hulu Terengganu pada sesi kedua ini.


PROGRAM PASCA PERKAHWINAN 2ND HONEYMOON SIRI 2


Click to View FlipBook Version