The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Case Based Learning Tugasan Rakan ELIT Baharu Kohort 6.0 IPGKDA Tahun 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mashira71, 2023-09-12 05:57:58

Case Based Learning TS25 RE Kohort 6.0 IPGKDA Tahun 2022

Case Based Learning Tugasan Rakan ELIT Baharu Kohort 6.0 IPGKDA Tahun 2022

Penerbit Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman 2022


Cetakan Pertama 2022 Hakcipta © Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kementerian Pendidikan Malaysia Semua hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian dari buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem yang boleh diperbaiki, atau disiarkan dalam mana-mana bentuk atau dengan mana-mana alat, elektronik, mekanikal, fotokopi, perakam atau cara lain sebelum mendapat keizinan daripada penerbit. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan dalam Penerbitan “Case-based Learning” Rakan Educational Leadership and Instructional Team (ELIT) TS25 / editor Dr. Mahaya Salleh ISSN: 2976-2251 Diterbitkan oleh: Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, 06000 Jitra, Kedah No. Telefon: 04-9148310 Faksimili: 04-9175492 Dicetak Oleh: First Copy Enterprise No. 6, Taman Sri Aman, Bandar Darul Aman 06000 Jitra, Kedah. No. Telefon : 04-9148310


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 i KATA ALU-ALUAN TIMBALAN PENGARAH IPG KAMPUS DARULAMAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Segala puji dan syukur kehadrat Allah SWT atas nikmat, taufik dan hidayah-Nya koleksi penyelidikan Case-based Learning (CBL) Rakan Educational Leadership and Instructional Team (ELIT) menerusi Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) pensyarah-pensyarah IPG Kampus Darulaman Kohort 6.0 berjaya dihasilkan. Koleksi ini membuktikan bahawa suatu usaha penerbitan buku untuk mendokumentasikan produk pemikiran merupakan satu strategi penting dalam pengurusan pengetahuan tentang pendidikan selari dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. CBL merupakan tugasan penyelidikan di sekolah oleh Rakan ELIT pensyarah IPG yang baharu dilantik sebagai suatu proses pendedahan awal dalam memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran sebelum membuat bimbingan di sekolah TS25. Oleh itu, diharapkan koleksi yang diterbitkan ini dapat memberi manfaat sebagai rujukan yang bermakna kepada semua pembaca terutamanya kepada Rakan ELIT yang baharu dilantik. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam penulisan dan penerbitan buku ini atas usaha gigih menyiapkannya. Semoga usaha ini menjadi pendorong dan pemangkin kepada penulisan seterusnya. Sekian, terima kasih. “IPGKDA: Dinamik dan Kompetitif” DR. WAN FADZLI BIN WAN HARON Timbalan Pengarah IPG Kampus Darulaman, Jitra, Kedah.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 ii DARI MEJA PENYELARAS TS25 IPG KAMPUS DARULAMAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, akhirnya koleksi Case-based Learning (CBL) Tahun 2022 Rakan ELIT TS25 Kohort 6.0 pensyarah IPG Kampus Darulaman dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menjadi kenyataan. Case-based Learning (CBL) merupakan tugasan penyelidikan yang dilaksanakan secara berkumpulan oleh setiap Rakan ELIT (RE) yang baharu dilantik bagi memenuhi keperluan latihan RE IPGM IPG Kampus. Setiap kumpulan menjalankan penyelidikan diiringi Master Trainer di sekolah TS25 yang ditentukan oleh PPD Kubang Pasu dengan memilih salah satu daripada mana-mana aspek pembelajaran dalam kursus iaitu; i. Coaching dan Mentoring; ii. Pengurusan PinTaS; iii. Pedagogi Abad ke-21; iv. Pentaksiran; v. Gaya Pembelajaran; vi. PLC, CPD; dan vii. Rancangan Pengajaran Harian (Three-Part Lesson). Penambahan ilmu pengetahuan tentang Case-based Learning (CBL) menjadi rujukan dalam menambah kepakaran dalaman dan latihan sebagai persediaan kepada RE Pensyarah IPG. Semoga koleksi ini juga dapat memberi sumbangan yang bermakna terutama kepada RE baharu yang dilantik di masa hadapan dan apa yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PPD Kubang Pasu, Jitra Kedah dan sekolah yang telah dipilih atas jaringan kerjasama yang sangat baik ini. Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Rakan ELIT Kohort 6.0 atas kejayaan menghasilkan laporan penyelidikan ini. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada pasukan Rakan ELIT TS25 IPGK atas komitmen dan kesungguhan sehingga berjaya menghasilkan penerbitan koleksi CBL ini. Semoga usaha kita diberkati, Insya-Allah. Sekian, terima kasih. “TS25 IPGKDA: Serangkai Muafakat Membawa Berkat” DR. MASHIRA BINTI YAHAYA Penyelaras TS25 IPG Kampus Darulaman, Jitra, Kedah.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 iii DARI MEJA KETUA EDITOR BUKU LAPORAN CBL TS25 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Tahniah dan syabas kepada semua penulis dalam kalangan Rakan ELIT TS25 Kohort 6.0 IPG Kampus Darulaman yang telah berjaya menghasilkan laporan Case-based Learning (CBL) Tahun 2022. Case-based Learning (CBL) merupakan tugasan penyelidikan yang dilaksanakan secara berkumpulan oleh setiap Rakan ELIT (RE) yang baharu dilantik bagi memenuhi keperluan latihan RE IPGM IPG Kampus. Penulisan laporan CBL adalah bersifat dua dalam satu iaitu sebagai laporan untuk keperluan pengiktirafan sebagai RE TS25 dan juga sebagai penulisan penyelidikan yang boleh dikongsi dengan masyarakat dan komuniti pendidikan secara meluas. Sidang editorial buku laporan ini terdiri daripada kalangan penulis Rakan ELIT TS25 Kohort 6.0. Komitmen penulis menunjukkan kesungguhan mereka untuk menghasilkan penerbitan buku laporan Case-based Learning (CBL) yang terbaik sebagai rujukan bagi mengukuhkan pengetahuan dan kepakaran RE Pensyarah IPG. Semoga koleksi ini dapat memberi sumber inspirasi kepada RE baharu yang akan dilantik kelak. Semoga ilmu yang dikongsi hasil daripada CBL ini dapat memberi manfaat kepada semua. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan penerbitan buku ini. Kerjasama baik pihak PPD Kubang Pasu, Jitra Kedah dan sekolah yang telah dipilih sebagai sumber kajian amat dihargai. Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Rakan ELIT Kohort 6.0 atas kejayaan menghasilkan laporan penyelidikan ini. Tahniah dan syabas sekali lagi kepada kepada pasukan Rakan ELIT TS25 IPGK atas komitmen dan kesungguhan sehingga berjaya menghasilkan penerbitan koleksi CBL ini. Semoga usaha kita diberkati, Insya-Allah. Sekian, terima kasih. “TS25 IPGKDA: Serangkai Muafakat Membawa Berkat” DR. MAHAYA BINTI SALLEH Ketua Editor Buku Laporan CBL TS25 IPG Kampus Darulaman, Jitra, Kedah.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 iv SIDANG EDITORIAL Penaung Pengarah Timbalan pengarah Penasihat Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik Ketua Unit Kecemerlangan Profesionalisme Keguruan Penyelaras Dr. Mashira binti Yahaya, Penyelaras TS25 Ketua Editor Dr. Mahaya binti Salleh Penolong Ketua Editor Dr. Mohd Zailani bin Ismail Penyunting Pn. Che Mas binti Saud Pn. Yang Baizura binti Abdullah, Pn. Nurhidayah binti Hashim Dr. Hasim bin Sa’ari, En. Saifudin Azam Shah bin Ahmad, En. Shamsul Rizal bin Khalil, Hj. Mohd Hafni bin Abd Halim, Hj. Azhari bin Mat Salleh, En. Azman bin Aris Pereka grafik Pn. Farihah binti Mohd Noor@Jamil Pn. Noorasikin binti Ismail, Cik Khor Cheng Hoon, Cik Ooi Siew Tin, Dr. Fatahiyah binti Elias, En. Mohamad Hafedz bin Salleh Percetakan Dr. Farihah binti Hussain Hj. Mohamad Azizi bin Md Mukhtar, En. Abdul Satar bin Hamzah Editor Pn. Yang Baizura binti Abdullah Cik Khor Cheng Hoon Cik Ooi Siew Tin Dr. Farihah binti Hussain Dr. Fatahiyah binti Elias Dr. Hasim bin Sa’ari En. Abdul Satar bin Hamzah En. Azman bin Aris En. Mohamad Hafedz bin Salleh En. Saifudin Azam Shah bin Ahmad En. Shamsul Rizal bin Khalil Hj. Azhari bin Mat Salleh Hj. Mohamad Azizi bin Md Mukhtar Hj. Mohd Hafni bin Abd Halim Pn. Che Mas binti Saud Pn. Farihah binti Mohd Noor @ Jamil Pn. Noorasikin binti Ismail Pn. Nurhidayah binti Hashim En. Azman bin Basirun


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 v KANDUNGAN Isi Kandungan Muka Surat Kata Alu-Aluan Timbalan Pengarah IPG Kampus Darulaman i Dari Meja Penyelaras TS25 IPG Kampus Darulaman..................... ii Dari Meja Ketua Editor Buku Laporan CBL TS25 ......................... iii Sidang Editorial iv Kandungan v Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) GuruGuru Sekolah dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Berasaskan Amalan Pedagogi Abad Ke-21 (PAK21) Khor Cheng Hoon Noorashikin Ismail 1 Amalan Pentaksiran di Sekolah Rendah Program Transformasi Sekolah (TS25) di Kedah Yang Baizura Abdullah Hasim Saari, Ph.D Azhari Mat Salleh 14 Pengaplikasian Strategi Professional Learning Community (PLC) di Sebuah Sekolah Kebangsaan TS25 : Satu Kajian Kes Fatahiyah Elias, Ph.D Farihah Mohd Noor Mohd Hafni Abd Halim 23 Penulisan Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Arab Format TS25 di Sebuah Sekolah TS25 Daerah Kubang Pasu Farihah Hussain, Ph.D Mohamad Azizi Md Mukhtar Abdul Satar Hamzah 37 Kesan eRancangan Pengajaran Harian (eRPH) - Tinjauan Melalui Aplikasi MyPdP: Kajian Kes di Sekolah Kebangsaan Nurhidayah Hashim Mohd Azman Basirun 47 Cabaran Melaksanakan Pengajaran Terbeza dalam Kalangan Guru Tahap Satu di Sebuah Sekolah TS25 64


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 vi Daerah Kubang Pasu Shamsul Rizal Khalil Saifudin Azam Shah Ahmad Mohd. Hafedz Salleh Meneroka Gaya Belajar Murid-Murid di Sekolah Rendah Kebangsaan Dalam Daerah Kubang Pasu, Kedah Che Mas Saud Ooi Siew Tin 76


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 1 PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) GURU-GURU SEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) BERASASKAN AMALAN PEDAGOGI ABAD KE-21 (PAK21) Khor Cheng Hoon1 , Noorashikin Ismail2 1 Jabatan Bahasa, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman 2 Jabatan Pendidikan Jasmani, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman 1 [email protected], [email protected] Certified Coach Master Trainer: Mashira Yahaya, Ph.D Abstrak Malaysia berhasrat menghasilkan modal insan yang berdaya saing dalam era globalisasi. Justeru, proses PdPc harus berubah dari cara pengajaran konvensional. Guru perlu sedia berdepan dengan murid dan lebih yakin untuk mengubah cara PdPc serta melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran lebih-lebih lagi PdPc yang berunsurkan KBAT. Kajian berbentuk kuantitatif ini bertujuan mengkaji amalan pelaksanaan KBAT guru-guru sekolah dalam PdPc berasaskan PAK 21. Seramai 34 guru terlatih dipilih secara rawak dalam semua mata pelajaran dalam sebuah sekolah rendah di negeri Kedah. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik. Dapatan kajian membuktikan guru-guru sekolah rendah memberi purata min tinggi iaitu iaitu 30.8 (90.6%) terhadap pelaksanaan KBAT dalam PdPc berasaskan amalan PAK21. Data menunjukan min item (1) merancang pelaksanaan KBAT dalam PdPc dan min item (3) membimbing murid menjawab soalan KBAT masing-masing ialah 32 (94.1%). Min item (2) mengemukakan soalan aras tinggi semasa proses PdPc, item (4) menggunakan alat berfikir aras tinggi dan item (5) mengajar menggunakan KBAT masing-masing ialah 30 (88.2%). Beberapa isu dan cadangan penambahbaikan pelaksanaan turut dikemukakan dalam kajian ini. Sebagai rumusan, pelaksanaan KBAT guru-guru sekolah berjaya dalam PdPc berasaskan PAK21. Kata kunci: PdPc, KBAT2, PAK21 1.0 Pengenalan Selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah pengamalan PAK21 (KPM 2013). Malaysia berhasrat menghasilkan modal insan berdaya saing dalam era globalisasi yang bercirikan


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 2 produktif, mahir berkomunikasi, mahir berfikir aras tinggi (KBAT) serta mahir dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Justeru, proses PdPc harus berubah daripada cara pengajaran konvensional. Murid perlu dilengkapi dengan segala kemahiran dan ilmu terkini yang seiring dengan tuntutan semasa sejak di bangku sekolah lagi. Guru-guru seharusnya mempunyai strategi pengajaran melalui pemilihan dan perancangan dalam menentukan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai objektif pengajaran (Ismail Suardi, 2014). Transformasi sebegini bukanlah sesuatu yang mudah direalisasikan. Guru harus bersedia untuk berdepan dengan murid daripada pelbagai latar belakang bahasa, budaya dan sosioekonomi dan lebih bersedia untuk mengubah cara PdPc serta melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran lebih-lebih lagi PdPc berunsurkan KBAT. 2.0 Objektif Objektif kajian adalah seperti berikut: 2.1 Mengenal pasti pelaksanaan KBAT guru-guru SK dalam PdPc berasaskan amalan PAK21. 2.2 Mengenal pasti cabaran dan kekangan pengalaman KBAT guru-guru SK sepanjang PdPc (persediaan-sebelum, di dalam kelas-semasa dan penilaian-selepas. 2.3 Mencadangkan penambahbaikan pelaksanaan KBAT guru-guru SK dalam PdPc berasaskan amalan PAK21. 3.0 Soalan Kajian Berdasarkan kepada objektif kajian di atas beberapa persoalan adalah seperti berikut: 3.1 Apakah tahap pelaksanaan KBAT guru-guru SK dalam PdPc berasaskan amalan PAK21? 3.2 Apakah cabaran dan kekangan pengalaman KBAT guru-guru SK sepanjang PdPc (persediaan-sebelum, di dalam kelas-semasa dan penilaian-selepas)? 3.3 Apakah cadangan penambahbaikan pelaksanaan KBAT guru-guru SK dalam PdPc berasaskan amalan PAK21?


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 3 4.0 Metodologi Kajian Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Data dikumpul secara survey iaitu tinjauan menggunakan soal selidik soalan tertutup dan terbuka. Tujuan kajian ialah untuk melihat pelaksanaan KBAT dan kekangan pelaksanaan KBAT dalam PdPc berasaskan amalan PAK21 di sekolah serta cadangan penambahbaikan yang dikemukakan. Menurut Cohen dan Manion (1985) data selalunya dikumpul menggunakan soal selidik dalam satu masa tertentu sahaja dan dianalisisi menggunakan ujian deskriptif (peratusan, min dan sisihan piawai). Sekolah SK ialah sekolah TS25. Populasi guru sekolah ini seramai 34 orang. Keseluruhan populasi guru dipilih sebagai sampel kajian ini (Cresswel, 2012; dan Gay & Airaisan, 2003). Penyelidik percaya pemilihan responden dapat memberi input untuk memahami persoakan kajian (Creswell, 2014). 5.0 Dapatan Kajian 5.1 Profil Responden Jadual 1 menunjukkan jumlah guru lelaki di SK X ialah 7 orang (20.6%) dan 27 orang ialah guru perempuan (79.4%) Jadual 1 Bilangan guru sekolah mengikut jantina Bil. Aspek Bilangan Peratus 01 Lelaki 7 20.6 02 Perempuan 27 79.4 Jumlah 34 100


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 4 Jadual 2 Bilangan guru sekolah mengikut pengalaman bekerja Bil. Aspek Bilangan Peratus 01 1 hingga 5 tahun 1 2.9 02 6 hingga 10 tahun 3 8.8 03 11 hingga 15 tahun 10 29.4 04 16 hingga 20 tahun 2 5.9 05 >20 tahun 18 52.9 Purata Keseluruhan 34 100 Jadual 2 menunjukkan pengalaman mengajar guru di SK . Data menunjukkan 18 orang (52.9%) guru berpengalaman mengajar melebihi 20 tahun, seramai 12 orang (35.3%) mempunyai pengalaman mengajar antara 10 hingga 20 tahun dan 4 orang (11.7%) guru yang mengajar kurang daripada 10 tahun. Manakala Jadual 3 menunjukkan terdapat 27 orang guru (79.4%) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda yang merupakan jumlah terbesar daripada keseluruhan guru di SK X. Terdapat 2 orang guru (5.9%) berkelulusan Sarjana dan 5 orang (14.7%) guru berkelulusan Diploma dan tiada guru yang mempunyai kelulusan PhD. Jadual 3 Bilangan guru sekolah mengikut kelulusan Bil. Aspek Bilangan Peratus 01 PhD 0 0 02 Sarjana 2 5.9 03 Ijazah Pendidikan 27 79.4 04 lain-lain (Diploma) 5 14.7 Purata Keseluruhan 34 100


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 5 Jadual 4 Bilangan guru sekolah mengikut kehadiran kursus TS25 Bil. Aspek Bilangan Peratus 01 Ya 28 82.4 02 Tidak 6 17.6 Purata Keseluruhan 34 100 Jadual 4 menunjukkan seramai 28 orang guru (82.4%) telah mengikuti kursus pendedahan Program Transformasi Sekolah (TS25) manakala 6 orang (17.6%) belum mengikuti kursus tersebut. 5.2 Soalan Kajian 1: Apakah tahap pelaksanaan KBAT guru-guru SK dalam PdPc berasaskan amalan PAK21? Jadual 5 Pelaksanaan KBAT guru-guru SK dalam PdPc berasaskan amalan PAK21 Bil. Item Jarang Kerap N % N % 01 Merancang penggunaan KBAT semasa PdPc 2 5.9 32 94.1 02 Mengemukakan soalan aras tinggi semasa proses PdPc 4 11.8 30 88.2 03 Membimbing murid menjawab soalan KBAT 2 5.9 32 94.1 04 Menggunakan alat berfikir aras tinggi 4 11.8 30 88.2 05 Mengajar menggunakan KBAT 4 11.8 30 88.2 Purata 3.2 9.4% 30.8 90.6% Jadual 5 menjelaskan nilai purata skor min dan peratus (%) item pelaksanaan KBAT dalam PdPc berasaskan amalan PAK21 SK dengan nilai min 30.8 (90.6%). Dapatan kajian menunjukkan pada item pertama iaitu responden benar-benar merancang pengguaan KBAT semasa PdPc mempunyai nilai min yang tinggi iaitu 32 (94.1%), begitu juga dengan item ketiga iatiu responden benar-benar membimbing murid menjawab soalan KBAT. Pada item kedua responsden benar-benar mengemukakan


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 6 soalan aras tinggi semasa proses PdPc menunjukkan nilai min 30 (88.2%). Keadaan ini selaras dengan dapatan item keempat dan kelima iaitu guru benar-benar menggunakan alat berfikir aras tinggi semasa mengajar menggunakan KBAT masing-masing dengan nilai skor min yang sama iaitu 30 (88.2%). 5.3 Soalan Kajian 2: Apakah cabaran dan kekangan pengalaman KBAT guru-guru SK sepanjang PdPc (persediaan-sebelum, di dalam kelas-semasa dan penilaian-selepas) ? Data kajian menunjukkan bahawa guru-guru SK mempunyai kekangan dalam melaksanakan KBAT dalam PdPc berasaskan amalan PAK21. Kajian ini dibahagikan kepada 3 fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas PdPc dilaksanakan. i Persediaan iaitu perancangan sebelum PdPc dilaksanakan. Dapatan kajian menunjukkan 14.7% responden berpendapat mereka memerlukan perancangan rapi dengan mengambil masa yang lama untuk merancang pelbagai idea demi menarik minat murid secara amalan pembelajaran KBAT berpusatkan murid. Selain itu, mereka juga perlu merancang untuk membina soalan atau aktiviti yang dapat merangsang pembelajaran murid selaras dengan konsep KBAT terutama bagi murid Tahap 1. Perancangan selaras dengan kemampuan murid khasnya teknik soal jawab berkesan membimbing murid untuk menjawab soalan. Isu kelengkapan yang tidak cukup juga adalah antara cabaran kepada guru apabila memerlukan variasi dan kepelbagaian kaedah PdPc untuk menarik minat dan penglibatan murid semasa proses PdPc. ii Seramai 18 guru (52.9%) memberi maklum balas cabaran utama semasa Pdpc berlangsung ialah mendapatkan engagement dan penglibatan aktif dalam kalangan murid. Murid kurang mendapat pendedahan cara bagaimana meneroka ilmu sendiri dan hanya bergantung semasa PdPc guru


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 7 semata-mata. Murid sangat memerlukan bimbingan one to one untuk mencapai objektif KBAT. Situasi bertambah mencabar dengan murid yang ramai dan ditambah pula murid yang terdiri daripada pelbagai aras. Keadaan ini menyukarkan guru untuk memberi tumpuan kepada semua murid dalam PdPc dalam masa Pdpc yang terhad. Kepelbagaian sumber pembelajaran juga sangat perlu bagi memastikan PdPc berjaya dilaksanakan selari dengan konsep KBAT. Pengetahuan, kemahiran serta kesedaran tentang kepentingan self learning dalam kalangan murid masih rendah dan hanya mengharapkan sesi PdPc sahaja sangat memberi impak kepada keseluruhan PdPc murid. Senario ini ditambah pula dengan sikap kebanyakan murid yang malas berfikir dan hanya menunggu untuk ‘disuap’. Keadaan ini disokong oleh 10 orang guru (29.4%). Murid sangat memerlukan dan sentiasa dibimbing semasa perbincangan. Proses PdPc merupakan satu proses yang kompleks. Ia melibatkan banyak langkah dan usaha yang merangkumi ilmu, kemahiran, pendekatan, kaedah serta teknik yang perlu diketahui oleh seseorang guru. Dalam masa yang sama, ia juga menitikberatkan faktor situasi, emosi, dan peranan pelajar dalam satu-satu proses pembelajaran yang dijalankan. Ini kerana, proses PdPc berlaku dengan wujudnya interaksi antara kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar (Normazidah Mahmood, 2012). Oleh itu, faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan kedua-dua pihak sama ada guru atau pelajar perlu diambil kira. Faktor lain seperti tahap penguasaan murid membaca dan mengira masih lemah, kekangan masa dan sikap murid yang malu-malu untuk bercakap dan memberi pandangan, kandungan sukatan pelajaran yang terlalu banyak menyebabkan guru menghadapi cabaran untuk melaksanakan PdPc berkonsepkan KBAT dengan sempurna. Penggunaan alat multimedia seperti komputer terhad dengan capaian internet membantutkan perancangan guru untuk mempelbagaikan kaedah PdPc. Kekangan daripada segi


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 8 sumber, masa dan kesedaran murid turut memberi kesan terhadap Pdpc berkonsepkan KBAT. Perbezaan arah komunikasi murid juga antara cabaran yang perlu ditangani oleh guru. Penglibatan dalam menarik minat murid berfikir dan mengaitkannya dengan tajuk yang diajar berdasarkan kepada situasi dan pengalaman sedia ada murid menggambarkan murid tidak mencapai aras yang dikehendaki. Kebolehan murid untuk berfikir berbeza antara bandar dan luar bandar. Selepas sesi PdPc perlukan penilaian. Responden (2.9%) menjelaskan waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang COVID-19 menyebabkan prestasi murid turun dibanding dengan sebelumnya. Selepas pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PDPR) juga antara cabarannnya hasil penilaian menunjukkan murid tidak mencapai aras yang dikehendaki. Tiga faktor lain iaitu PdPc menggalakkan murid menjana idea menggunakan pengalaman sedia ada amat mencabar, murid ketinggalan dalam amalan KBAT, masalah komputer dan capaian internet semasa PDPR disokong seramai 8.8% responden. Ini disebabkan semasa PDPR ramai murid yang ketinggalan dalam mengikuti sepenuhnya PdPc secara maya dan hybrid. Rumusannya terdapat kekangan guru-guru SK dalam melaksanakan KBAT semasa PdPc berkaitan dengan fakta masa perancangan dan pelaksanaan PdPc serta kesediaan murid. Selain itu, masalah yang dihadapi oleh murid seperti ketiadaan komputer dan capaian internet semasa PKP akibat COVID-19 turut memberi kesan terhadap pelaksanaan KBAT semasa PdPc sekolah ini. 5.4 Soalan Kajian 3: Apakah cadangan penambahbaikan pelaksanaan KBAT guru-guru SK dalam PdPc berasaskan amalan PAK21? Dapatan kajian membuktikan lapan orang guru (23.5%) berpendapat isu faktor murid seperti pengalaman, kekurangan keupayaan mencari maklumat, tidak menguasai asas 3M amat mempengaruhui kejayaan


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 9 pelaksanaan KBAT. Isu faktor guru turut memainkan peranan penting. Hal ini dipersetujui oleh sembilan orang guru (26.5%). Guru perlu komited, berusaha bersungguh-sungguh, mendapatkan pendedahan dan latihan semasa Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) atau lebih dikenali sebagai PLC, pembelajaran kendiri atau melalui perbincangan panitia mata pelajaran. Guru boleh berbincang dengan rakan seperjuangan untuk mendapatkan idea demi meningkatkan amalan KBAT semasa PdPc lebih-lebih lagi bagaimana mengatasai masalah PdPR. Data menunjukkan seorang guru (2.9%) mencadangkan guru perlu mengambilkira kemampuan murid. PdPc perlu dilaksanakan dengan kreatif berdasarkan aras murid dan latar belakangnya dengan bantuan alat bantu mengajar yang efektif untuk menarik minat mereka. Hal ini turut disokong oleh sebelas orang guru (32.4%). Seorang guru (2.9%) mengesyorkan panitia mata pelajaran menjalankan perbincangan terhadap kepelbagaian cara guru menerapkan unsur KBAT dalam PdPc, contohnya penggunaan KBAT dalam menjana idea dan cara kreatif untuk pemahaman dan penyelesaian masalah matematik. Aktiviti yang dirancang secara tidak langsung merangsang murid berfikir dan berinteraksi dengan rakannya. Data menunjukkan tujuh orang guru (20.6%) turut bersetuju dengan cadangan tersebut. Rumusannya dapatan kajian menunjukkan sampel kajian mengemukakan cadangan dan saranan untuk penambahbaikan pelaksanaan KBAT dalam PdPc berasaskan amalan PAK21 berdasarkan pengalaman penyelesaian masing-masing. Guru-guru sedar akan kepentingan mempelbagaikan kaedah PdPc agar selari dengan PAK21 semasa menjalankankan tugas dan tanggungjawab demi kemenjadian murid dengan menitikberatkan pelaksanaan KBAT. Guru bersedia, bersikap proaktif, berkeyakinan dan sentiasa membuat refleksi kendiri demi penghasilan pengajaran berkesan yang mampu menarik minat murid di samping memenuhi keperluan sukatan pelajaran dan kandungan pengajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Domain utama guru dalam PdPc ialah perancangan dan penyediaan, persekitaran bilik darjah, arahan dan tanggungjawab profesional. Guru berkesan mengaplikasikan pelbagai cara untuk


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 10 menyampaikan maklumat, membentuk iklim bilik darjah berunsurkan KBAT, memantau PdPc, percaya akan semua murid boleh berjaya dalam pembelajaran secara tersurat mahupun tersirat. Di samping mengajar mengikut perancangan, guru perlu berkemahiran meransang pemikiran aras tinggi dalam kalangan murid, menjalankan penilaian dan memotivasikan murid dari semasa ke semasa. Transformasi sebegini menuntut gaya dan reka bentuk pembelajaran yang lebih berfokuskan penglibatan aktif pelajar berbanding dengan pembelajaran konvensional yang lebih berpusatkan guru. Kebijaksanaan seseorang guru mengekalkan keberkesanan pengurusan persekitaran PdPc menjamin keberkesan PdPc. Dapatan kajian menunjukkan 29 (85.3%) orang guru SK sekurang-kurangnya berkelulusan ijazah, 30 orang (88.2%) telah berkhidmat melebih 10 tahun dan 28 orang (82.4%) telah telah menghadiri kursus TS25. Data membuktikan semasa proses PdPc guru merancang penggunaan KBAT semasa PdP (Item 01). Guru mengemukakan soalan aras tinggi semasa proses PdP (Item 02). Guru membimbing murid menjawab soalan KBAT (Item 03). Guru menggunakan alat berfikir aras tinggi (Item 04). Guru mengajar menggunakan KBAT (Item 05). Dapatan kajian menunjukkan min masing-masing ialah 32 (94.1%), 30 (88.2%), 32 (94.1%), 30 (88.2%) dan 30 (88.2%) dengan purata 30.8 (90.6%). Dengan erti kata lain, PdPc sekolah ini berunsurkan KBAT. 6.0 Rumusan dan Perbincangan Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan KBAT guru-guru SK pada purata min 30.8 (90.6%) dalam PdPc berasaskan PAK21. Ini sejajar dengan keputusan penilaian kendiri SK menggunakan Insturmen Standard Penarafan KBAT dalam PdP Kementerian Pendidikan Malaysia 2016 yang dikendalikan pada 8 September 2021. SK telah mencapai tahap minimum pembudayaan KBAT dalam PdPc dan boleh dibimbing seterusnya dengan skor 70%, SK telah melaksanakan PdPc KBAT dengan cemerlang dan layak diberi penarafan dengan skor 90%. Beberapa isu dan cadangan penambahbaikan pelaksanaan turut dikemukakan dalam kajian ini dan perlu diberi perhatian bersesuaian dengan tuntutan pendidikan masa kini. Sebagai rumusan, pelaksanaan KBAT guru-guru SK berjaya dalam PdPc berasaskan PAK21.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 11 Rujukan Aaron Johnson (2013). Effective Methods for 21st Century Learning: A teacher Action Research Project. Meridian: A K-16. School Computer Technologies Journal, 1-13. Badrul Hisham Alang Osman & Mohd Nasruddin Basar (2016). Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 10, 2016. Creswell, J., W. (2014). Educational research planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitatif research (3th ed.) USA: Pearson Prentice Hall. Gay, L. R., & Airasian, P. (2003). Educational research: Competencies analysis and application (7th ed.) Upper Saddle River, NJ: Pearson Education. Ismail Suardi Wekke (2014). Model Pembelajaran Bahasa Arab Faktor Dorongan dan Halangan Penggunaan. Penerbit Deepublish.Yogyakarta. Normazidah Mahmood (2012). Penggunaan Kaedah Pengajaran Bahasa Arab dalam Kalangan Guru Peringkat Sekolah Rendah: Satu Penilaian.Tesis Doktor Falsafah Universiti Malaya. Nurzarina Amran & Roslinda Rosli (2017) Kefahaman Guru Tentang Kemahiran Abad Ke-21 Diakses pada15 April 2019 dari http://conference.kuis.edu.my. Richeal Phil (2018). Laporan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke 21 Sekolah Sekolah Daerah Lahad Datu Tahun 2018. Diakses pada 15 April 2019 dari https://www.academia.edu. Husni Abdullah, Abd Razif Zaini, Khairatul Akmar Ab Latif, Hasanah Ihsan, Ku Fatahiyah Ku Azizan, & Wan Sakiah Wan Ngah, et al. (2018). Pendidikan Abad Ke-21 Dalam Pengajaran Bahasa Arab Di Sekolah Menengah Di Malaysia: Amalan Dan Cabaran. Diakses pada 15 April 2019 dari http://rmc.kuis.edu.my.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 12 LAMPIRAN 1 Laporan Pemantauan PAK 21


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 13 LAMPIRAN 2 Contoh Pelaksanaan KBAT dalam Aktiviti PdP dan Program Sekolah


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 14 AMALAN PENTAKSIRAN DI SEKOLAH RENDAH PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25) DI KEDAH Yang Baizura Abdullah1 , Hasim Saari2 , Azhari Mat Salleh3 1, 2 & 3Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman [email protected], [email protected], 3 [email protected] Certified Coach Master Trainer: Ahamad Jama’ Amin Yang, Ph.D Abstrak Pengetahuan guru dalam bidang pentaksiran amat penting untuk mengukur pencapaian murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan dan amalan guru di sekolah rendah yang melaksanakan Program Transformasi Sekolah (TS25). Kajian ini merupakan kajian kuantitatif, satu set soal selidik di edar kepada guru di sekolah yang dikaji. Responden kajian ialah 95 orang guru iaitu keseluruhan populasi di sekolah rendah TS25 diambil sebagai responden kajian. Analisis data menggunakan min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru berada pada tahap sederhana (SP=4.50, SD=1.19) dan tahap amalan pentaksiran juga berada pada tahap sederhana (SP=4.95, SD=1.28). Implikasi kajian menunjukkan pengetahuan dan amalan pentaksiran masih boleh ditambah baik lagi melalui pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan dan perkongsian pintar antara guru. Kata kunci : Amalan pentaksiran, pentaksiran, pencapaian murid, TS25 1.0 Pengenalan Pentaksiran merupakan satu proses sistematik yang dijalankan dengan tujuan mengumpulkan maklumat untuk membuat suatu taksiran. Pentaksiran ini amat berkaitan dengan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran juga merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk proses pendidikan. Pentaksiran dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar. Pentaksiran Sekolah dilaksana dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 15 Proses pentaksiran dilaksanakan oleh guru dan murid secara integrasi, setelah selesai pengajaran guru dan pembelajaran murid di dalam kelas pentaksiran akan dilaksanakan untuk melihat pencapaian murid dan keberkesanan pengajaran guru. Penyelidik akan melaksanakan satu kajian di sebuah sekolah yang telah melaksanakan program TS 25 di sebuah daerah di negeri Kedah. Rajah 1. Integrasi pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran 2.0 Objektif Kajian tentang kesediaan guru sekolah rendah terhadap pelaksanaan Program TS25 mempunyai beberapa objektif. Objektif bagi kajian ini adalah: 2.1 Mengenal pasti tahap pengetahuan mengenai pentaksiran dalam Program TS25 dalam kalangan guru di sekolah 2.2 Apakah tahap amalan pentaksiran guru dalam Program TS25 dalam kalangan guru di sekolah 3.0 Soalan Kajian 3.1 Apakah tahap pengetahuan mengenai pentaksiran dalam Program TS25 dalam kalangan guru di sekolah ? 3.2 Apakah tahap amalan pentaksiran guru dalam Program TS25 dalam kalangan guru di sekolah ?


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 16 4.0 Metodologi Kajian Kajian yang hendak dijalankan oleh pengkaji adalah menggunakan pendekatan kuantitatif yang bertujuan untuk melihat tahap pengetahuan dan amalan guru terhadap pelaksanaan Program TS 25 di sekolah. Kaedah kuantitatif digunakan untuk mengumpulkan data melalui bentuk survey atau tinjauan. Cohen dan Manion (1985) menyatakan tinjauan adalah mengambil data dalam satu masa tertentu sahaja dan selalunya menggunakan soal selidik. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan ujian deskriptif (peratus, min dan sisihan piawai). Skor setiap item dinyatakan oleh responden dengan menggunakan skala Likert tujuh mata. Jumlah min daripada setiap konstruk akan dikategorikan kepada tiga tahap, iaitu tinggi, sederhana dan rendah mengikut skor min. Populasi guru di sekolah rendah ini seramai 95 orang guru. Keseluruhan populasi guru telah dipilih sebagai sampel kajian ini (Cresswel, 2012; dan Gay & Airaisan, 2003). Pemilihan responden dibuat kerana penyelidik percaya responden ini dapat membekalkan maklumat yang berguna dan akan dapat memberi input untuk memahami persoalan kajian (Creswell, 2012). Guru yang dipilih sudah mempunyai pengalaman berkhidmat di sekolah TS 25. 5.0 Dapatan Kajian 5.1 Profil Responden Jadual 1 Bilangan guru sekolah mengikut jantina Jantina Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent Valid lelaki 25 26.3 26.3 26.3 perempuan 70 73.7 73.7 100.0 Total 95 100.0 100.0 Jadual 1 menunjukkan jumlah guru lelaki di sekolah rendah ini ialah 25 orang dan bakinya iaitu 70 orang ialah guru perempuan. Pengalaman guru yang mengajar di sekolah dapat dilihat seperti di Jadual 2, didapati seramai 24 orang guru mempunyai pengalaman mengajar melebihi 20 tahun, terdapat seramai 54 orang guru mempunyai pengalaman


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 17 mengajar antara 10 hingga 20 tahun dan bakinya ialah guru yang mengajar kurang daripada 10 tahun iaitu 17 orang. Jadual 2 Bilangan guru sekolah mengikut pengalaman bekerja Pengalaman Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent Valid 5 tahun 12 12.6 12.6 12.6 6 hingga 10 tahun 5 5.3 5.3 17.9 11 hingga 15 tahun 25 26.3 26.3 44.2 16 hingga 20 tahun 29 30.5 30.5 74.7 > 20 tahun 24 25.3 25.3 100.0 Total 95 100.0 100.0 Bilangan guru juga boleh dikelaskan mengikut kelulusan, Jadual 3 menjelaskan terdapat seramai 83 orang guru berkelulusan Ijazah Sarjana Muda iaitu merupakan jumlah besar (87.4%) daripada keseluruhan guru di sekolah. Manakala bilangan guru berkelulusan Sarjana ialah sembilan orang dan tiga orang guru mempunyai kelulusan PhD. Jadual 3 Bilangan guru sekolah mengikut kelulusan Kelulusan Akademik Bil. Peratus Ijazah Pendidikan 83 87.4 Sarjana 9 9.5 PhD 3 3.2 Total 95 100.0 Jadual 4 Bilangan guru sekolah mengikut kehadiran dalam kursus TS25 Kehadiran Bil. Peratus Ya 77 81.1 Tidak 18 18.9 Total 95 100.0


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 18 Jadual 4 menunjukkan seramai 77 orang telah mengikuti kursus pendedahan mengenai Program Transformasi Sekolah (TS 25), manakala 18 orang belum mengikuti kursus pendedahan TS25. 5.2 Dapatan Dapatan kajian pada bahagian ini ditumpukan bagi menjawab soalan kajian iaitu :- 1. Apakah tahap pengetahuan mengenai pentaksiran dalam Program TS25 dalam kalangan guru di sekolah ? Analisis deskriptif yang digunakan ialah statistik min. Skala interpretasi min terhadap skala Likert 7 tahap dicadangkan oleh Nik Mohd Rahimi (2004) digunakan untuk memberi makna kepada nilai skor min pengetahuan dan amalan pentaksiran dapat diperoleh seperti dalam Jadual 5 di bawah. Jadual 5 Skala interpretasi min Min Interpretasi 1.00 – 3.00 Rendah 3.01 – 5.00 Sederhana 5.01 – 7.00 Tinggi Sumber: Nik Mohd Rahimi (2004) Jadual 6 menunjukkan nilai keseluruhan skor min bagi item pengetahuan mengenai pentaksiran berada pada tahap sederhana (min = 4.50, SD = 1.19). Jadual 6 menunjukkan nilai skor min yang paling tinggi ialah item `` Pentaksiran merupakan komponen penting dalam kerangka TS25’’ dengan nilai 4.80 (SD=1.20). Nilai skor min yang paling rendah ialah 4.32 (SD= 1.34) bagi item`` Saya menguasai ilmu berkaitan kaedah pentaksiran pendidikan’’.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 19 Jadual 6 Tahap pengetahuan mengenai pentaksiran dalam Program TS25 dalam kalangan guru di sekolah Bil Item Min Sisihan Piawai 1 Pentaksiran merupakan komponen penting dalam kerangka TS25 4.80 1.20 2 Saya memahami tujuan pentaksiran dalam PdPc TS25 4.63 1.37 3 Saya menguasai ilmu berkaitan kaedah pentaksiran pendidikan 4.32 1.34 4 Saya menguasai ilmu berkaitan instrumen pentaksiran pendidikan 4.35 1.27 5 pengetahuan saya amat baik dalam PBS 4.57 1.14 6 Saya faham tentang pentaksiran untuk pembelajaran (AFL) 4.42 1.16 7 Saya faham tentang pentaksiran semasa pembelajaran (AAL) 4.41 1.02 8 Saya faham tentang pentaksiran tentang pembelajaran (AOL) 4.46 1.05 Purata Min Keseluruhan 4.50 1.19 2. Apakah tahap amalan pentaksiran guru dalam Program TS25 dalam kalangan guru di sekolah ? Jadual 7 menjelaskan nilai keseluruhan skor min bagi item amalan pentaksiran berada pada tahap sederhana (min = 4.95, SP = 1.28). Berdasarkan Jadual 7, nilai skor min yang paling tinggi ialah item `` Saya selalu memaklumkan kepada murid aspek yang hendak ditaksir’’ dengan nilai 5.24 (SP=1.10). Diikuti dengan item ``Saya yakin pentaksiran dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru” (Min=5.20, SP=1.52). Nilai skor min yang paling rendah ialah 4.62 (SP= 1.11) bagi item`` Saya selalu melaksanakan amalan moderasi dalam pentaksiran’’. Dapatan Item 7 menunjukkan bahawa guru-guru memberi peluang kepada murid untuk lebih bersedia sebelum pentaksiran dilaksanakan. Guru juga menyedari pentaksiran merupakan satu cara untuk memastikan peningkatan kualiti penyampaian mereka di bilik darjah (Item 1). Namun amalan moderasi kurang mendapat penekanan dalam kalangan guru di sekolah (Item 8).


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 20 Jadual 7 Tahap tahap amalan pentaksiran guru dalam Program TS25 dalam kalangan guru di sekolah Bil Item Min Sisihan Piawai 1 Saya yakin pentaksiran dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru 5.20 1.52 2 Saya sentiasa mempelbagaikan kaedah pentaksiran dalam kelas 4.81 1.30 3 Setelah melaksanakan pentaksiran, saya membuat refleksi terhadap amalan pentaksiran saya 5.00 1.32 4 Saya sentiasa menyediakan rekod pelaporan pentaksiran 4.80 1.22 5 Rekod pelaporan pentaksiran saya sentiasa kemaskini 4.73 1.21 6 Saya selalu berbincang dengan rakan-rakan untuk melakukan tambah baik dalam amalan pentaksiran 5.17 1.46 7 Saya selalu memaklumkan kepada murid aspek yang hendak ditaksir 5.24 1.10 8 Saya selalu melaksanakan amalan moderasi dalam pentaksiran 4.62 1.11 Purata Min Keseluruhan 4.95 1.28 6.0 Rumusan dan Perbincangan Secara keseluruhannya dapatan mengenai pengetahuan tentang pentaksiran dan amalan pentaksiran berada pada tahap sederhana. Ini menunjukkan pengetahuan guru perlu dipertingkatkan lagi, begitu juga dengan amalan pentaksiran masih boleh dimantapkan lagi. Hasrat ini sesuai dengan pandangan Zamri, Ruslin dan Mohamed Amin (2015) yang mengatakan walau pun seseorang itu datangnya dari pelbagai latar belakang, pencapaian akademik, keturunan, saiz fizikal dan kebolehan tertentu, namun mereka berpeluang untuk mendapatkan pendidikan mengikut tahap kemampuan yang ada. Sekolah sebagai institusi pendidikan yang berbentuk formal di mana sekolah boleh membentuk pemikiran, tingkah laku dan sikap murid-murid bagi melahirkan generasi seimbang dari segi mental dan rohani.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 21 Rujukan Cohen,L. & Manion,L. 1985. Research methods in education. London: London:Croom-Hem. Chua Yan Piaw (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill. Creswell, J., W. (2014). Educational research planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research (3th ed.). USA: Pearson Prentice Hall. Gay, L. R., & Airasian, P. (2003). Educational research: Competencies for analysis and application (7th ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education. Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (2004). Kemahiran mendengar bahasa Arab: Satu kajian di Sekolah Menengah Kerajaan Negeri. Tesis Ph.D, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Walker, D. A. (2010). A confirmatory factor analysis for the attitude towards research scale multiple linear Regression. Viewpoints, 36 (1), 18-27. Williams, R. L., & Worth, S. (2003). Thinking skills and work habits: Contributors to course performance. Journal of General Education, 51, 200-227 Zamri Mahamod, Ruslin Amir & Mohamed Amin Embi. (2015). Kepelbagaian pelajar dan perbezaan pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 22 LAMPIRAN Pentaksiran Secara Projek


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 23 PENGAPLIKASIAN STRATEGI PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) DI SEBUAH SEKOLAH KEBANGSAAN TS25 : SATU KAJIAN KES Fatahiyah Elias, Ph.D1 , Farihah Mohd Noor2 , Mohd Hafni Abd Halim3 1,2,3Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman 2 [email protected] Certified Coach Master Trainer: Syed Khalid Syed Idrus, Ph.D Abstrak Peningkatan pencapaian pelajar memerlukan usaha dan kerjasama strategi daripada semua pihak. Komuniti pembelajaran profesionalisme menjadi pemangkin utama merealisasikan hasrat tersebut. Justeru, artikel ini menjelaskan pemahaman guru terhadap konsep PLC dan pengaplikasian strategi PLC di salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah Kubang Pasu. Kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk kajian kes ini melibatkan kaedah pengumpulan data secara temu bual dan analisis dokumen. Analisis data yang dilaksanakan adalah secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan pemahaman guru terhadap konsep PLC melibatkan aspek perkongsian ilmu berkaitan penambahbaikan pengajaran dan penyelesaian isu-isu pendidikan yang berlaku. Pengaplikasian strategi PLC di sekolah yang terlibat juga berkait dengan strategi Teacher Sharing Session. Strategi tersebut melibatkan perkongsian dan kolaboratif guru dalam menyampaikan ilmu. Kaedah yang diketengahkan juga meliputi aktiviti dialog prestasi, perkongsian maya dan penyelarasan dokumen. Ringkasnya, pengaplikasian strategi PLC di sekolah memberi impak terbaik dalam memartabatkan mutu penyampaian ilmu seterusnya membentuk peribadi murid yang berkarismatik dari pelbagai sudut dan lapangan. Kata kunci: Pengaplikasian Strategi, Professional Learning Community (PLC), TS25 1.0 Pengenalan Komuniti Pembelajaran Profesional atau Professional Learning Community (PLC) merupakan konsep pembelajaran yang merangkumi aktiviti kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah. Dalam usaha memantapkan penyampaian pendidikan ke arah meningkatkan pencapaian pelajar, pihak sekolah boleh membawa pihak luar yang mempunyai kepakaran untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum, serta


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 24 melaksanakan aktiviti secara kolaboratif. DuFour, Eaker, & Many (2006) turut menjelaskan bahawa PLC merupakan usaha para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan untuk membuat inkuiri atau kajian tindakan bagi mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka. Rosenholtz (1989) dan Little & McLaughlin (1993) berpendapat bahawa PLC berkait dengan peningkatan dalam pengajaran dan pembelajaran berlaku secara kolektif dan pembelajaran menjadi lebih mantap serta berkesan. Pembudayaan pelaksanaan aktiviti pembelajaran dan pengajaran secara kolaboratif dalam kalangan komuniti guru telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan dalam usaha meningkatkan profesionalisme guru berasaskan sekolah. Usaha ini dipelopori oleh pihak BPG bermula tahun 2011 dan diteruskan lagi pada tahun 2012. Usaha pengalikasian strategi PLC perlu diketengahkan agar kefahaman yang lebih baik dapat disampaikan ke segenap sudut penyampaian pendidikan sejajar dengan keperluan pembelajaran abad ke 21. Melalui Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25), usaha meningkatkan kepimpinan sekolah, memaksimumkan potensi guru dan pelajar dengan meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dan menggalakkan penglibatan ibu bapa dan masyarakat dalam memastikan keberhasilan pelajar (KPM 2013). Proses kemenjadian murid dapat direalisasikan melalui peranan guru sebagai fasilitator atau pemudahcara yang berkualiti tinggi dalam persekitaran nilai-nilai profesionalisme dan pembangunan profesional sesama rakan sejawat melalui komuniti pembelajaran profesional (PLC) (Yee Bee Choo 2019). Justeru, terdapat keperluan terhadap pengaplikasian strategi PLC di sekolah yang terlibat dengan program TS25 dalam usaha menjanakan mutu penyampaian ilmu yang lebih kompeten. Penyampaian ilmu secara berkesan memerlukan kepakaran dari pelbagai pihak dalam membentuk gagasan ilmu yang bertepatan dengan dasar pendidikan Malaysia pada masa kini. 2.0 Objektif 2.1 Mengenal pasti pemahaman guru terhadap pelaksanaan strategi PLC. 2.2 Meneroka pengaplikasian strategi PLC dalam kalangan guru-guru di sekolah kebangsaan TS25.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 25 3.0 Soalan Kajian 3.1 Bagaimana pemahaman guru terhadap pelaksanaan strategi PLC? 3.2 Bagaimana pengaplikasian strategi PLC dalam kalangan guru-guru di sekolah kebangsaan TS25? 4.0 Metodologi Kajian 4.1 Reka bentuk Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk kajian kes kerana mengkaji fenomena dalam konteks suasana sebenar. Kajian kes yang dilaksanakan bertepatan dengan tujuan penerokaan secara mendalam tentang fenomena yang dikaji khususnya dalam bidang pendidikan (Marohaini 2016 dan Rasid & Rahman 2016). 4.2 Kaedah pengumpulan data Kaedah pengumpulan data kajian ini melibatkan kaedah temu bual dan analisis dokumen. Kedua-dua kaedah ini digunakan bagi mendapatkan data secara langsung daripada para peserta kajian. 4.2.1 Temubual Merupakan satu proses perbualan yang bermatlamat dalam situasi sebenar dan pengalaman peserta kajian dalam konteks yang dikaji (Yin 1994). Kaedah ini memberi peluang pengkaji bertemu dengan peserta kajian secara langsung dan tidak langsung iaitu secara maya atau sebaliknya sama ada berseorangan atau berkumpulan (Creswell & Poth 2018). Dalam konteks kajian, proses temubual dijalankan menggunakan pendekatan temubual separa struktur. Pengkaji telah menemu bual tiga orang peserta kajian dari kalangan guru dan seorang daripada pentadbir sekolah. Data temubual yang telah dirakam ini ditaip kembali dalam komputer dalam bentuk transkrip untuk melalui proses seterusnya iaitu analisa.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 26 4.2.2 Analisis dokumen Analisis dokumen juga merupakan kaedah pengumpulan data kualitatif. Menurut Merriam (2009), data yang dikumpulkan meliputi pelbagai dokumen rasmi atau tidak rasmi (milik peribadi) seperti teks bertulis atau bertutur, bahan visual seperti gambar dan bahan artifak yang dapat menjelaskan maklumat mengenai sesuatu objek, perkara, peristiwa, ataupun fenomena. Sabitha Marican (2015) menjelaskan bahawa, dokumen peribadi digunakan secara meluas kerana menggambarkan tindakan, pengalaman sebenar dan kepercayaan individu. Dalam konteks kajian ini, proses analisis dokumen digunakan bagi mengesahkan data melalui temu bual. Analisis dokumen adalah melibatkan dokumen seperti laporan dan gambar dan carta. 4.3 Pemilihan peserta kajian dan lokasi Peserta kajian yang terlibat adalah seramai lima orang guru dan seorang pihak pentadbir di salah sebuah sekolah yang melaksanakan program TS25 kohort 5 di daerah Kubang Pasu. Peserta kajian dipilih secara bertujuan iaitu mereka yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan PLC di sekolah tersebut. 4.4 Penganalisisan data Penganalisisan data melibatkan proses pengekodan terbuka (open coding) yang bertujuan untuk mendapatkan sebanyak mungkin tema dan kategori berkaitan dan mengenal pasti kategori-kategori (axial coding) berkaitan fenomena kajian dan ‘selective coding’ (Corbin & Strauss, 2008). Proses membuka pengekodan dilaksanakan menggunakan pendekatan induktif dan deduktif (Ani Munirah Mohamad 2017; Merriam & Tisdell 2015). Kajian ini menggunakan analisis secara tematik bagi menyusun data-data kajian sejajar dengan persoalan dan objektif kajian. Pengkaji memastikan data transkripsi yang diperolehi dikelaskan kepada kod, kategori dan tema. Dapatan tema akhir dijadikan tema yang digunakan dalam laporan kajian.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 27 5.0 Dapatan Kajian 5.1 Pemahaman Strategi PLC Hasil kajian mendapati, kefahaman konsep pelaksanaan strategi PLC di sekolah adalah berkaitan penambahbaikan PdPc dan amalan pengajaran yang baik iaitu inovasi antara guru yang dilakukan bukan sahaja secara bersemuka malah secara maya. Menurut peserta kajian 1 (PK1); “apa yang saya faham tentang PLC ni adalah perkongsian secara virtual/maya antara guru-guru tentang penambahbaikan terhadap PdPc. Selain itu strategi dan juga inovasi merupakan amalan pengajaran yang baik antara sesama guru. contohnya, guru-guru berbincang tentang satu tajuk untuk meningkatkan kemahiran tu. PLC ini juga tidak terhad kepada bersemuka sahaja, malah boleh dijalankan secara maya” (PK1/TB_2022) Pemahaman konsep berkaitan PLC juga turut dijelaskan oleh PK2 yang menyatakan bahawa dilakukan secara kolaboratif dan perkongsian ilmu dalam kalangan guru-guru. Tujuan utama adalah untuk meningkatkan kualiti pengajaran. Hal demikian seperti yang dijelaskan dalam pernyataan berikut; “mengikut kefahaman saya PLC merupakan cara kita untuk kolaborasi antara guru membincangkan tentang masalah yang timbul ataupun membincangkan perkara-perkara yang boleh kita gunakan untuk kita tingkatkan proses pembelajaran di dalam kelas dan untuk menambah kualiti cara pengajaran. Perbincangan di antara ramai guru kita boleh mendapat banyak maklumat berkaitan dengan caracara kita untuk penyampaian kita dalam kelas lebih berkesan dan kita boleh berbincang dengan guru-guru senior yang lebih berpengalaman, contohnya guru yang telah lama berkhidmat, telah lama mengajar tentu lebih banyak pengalaman cara-cara untuk tackle murid, untuk sampaikan apa yang perlu bagi penyampaian dalam kelas. Sebab guruguru baru ni lebih kepada teori semasa belajar di IPG dan bila kita masuk ke lapangan yang sebenar mungkin situasi tu, teori kita boleh gunakan dan pengalaman-pengalaman guru yang lain jugak merupakan satu perkara yang amat membantu” (PK2/TB_2022)


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 28 Penjelasan tersebut turut disokong oleh PK3 yang menyatakan PLC berkait rapat dengan perkongsian kemahiran dan pengetahuan guru-guru dengan rakan sejawat. Beliau menjelaskan, “PLC ialah perkongsian kemahiran dan pengetahuan guru-guru dengan rakan guru yang lain”. Menurut PK4 pula, pemahaman konsep PLC beliau ialah berkait dengan aspek pencarian ilmu dan perkongsian maklumat bagi meningkatkan keberkesanan prestasi murid. Menurutnya, “apa yang saya faham tentang PLC ialah terus mencari dan berkongsi maklumat pembelajaran untuk meningkatkan keberkesanan murid dan bertindak atas apa yang mereka pelajari”. Selain itu, konsep pemahaman PLC juga berkait dengan konsep amalan terbaik dalam menyelesaikan sebarang isu pengajaran seterusnya dapat meningkatkan pencapaian secara kolektif. Hal ini turut diterangkan oleh PK5 seperti berikut; “PLC ni yang saya faham ialah guru membudayakan sesi perkongsian ilmu untuk meningkatkan kualiti pdp. Selain tu juga, PLC ni boleh digunakan bagi merancang pelaksanaan suatu program, menyelesaikan isu2 berkaitan di mana hasilnya dapat menjadi suatu amalan terbaik yang berkesan dalam melakukan penambahbaikan sekaligus membantu sekolah meningkatkan pencapaian” (PK5/TB1_2022) Dapatan kajian berkaitan pemahaman konsep PLC oleh guru-guru membuktikan bahawa PLC adalah berkait dengan perkongsian ilmu dan kemahiran secara kolaboratif yang bertujuan meningkatkan pencapaian murid dan sekolah ke tahap yang lebih baik dan berkesan. Justeru, pelaksanaan PLC begitu penting bagi memastikan amalan terbaik dapat diaplikasikan dalam pengajaran masa kini. 5.2 Pengaplikasian strategi PLC Dapatan kajian pengaplikasian strategi PLC oleh guru-guru di sekolah adalah melibatkan strategi-strategi berikut; 5.2.1 Teacher sharing Kajian menjelaskan bahawa strategi PLC yang diaplikasi adalah berbentuk perkongsian guru (Teacher Sharing). Strategi ini menekankan peranan guru berkongsi maklumat dengan rakanrakan sejawat. Menurut PK1, “pelaksanaan teacher sharing


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 29 yang berbentuk bersemuka juga sangat bagus yang melibatkan perkongsian secara dua hala, boleh dilihat di mana guru-guru membawa bahan-bahan inovasi untuk dipamerkan, kemudian semasa pameran guru-guru boleh bertanya dan bersoal jawab tentang cara-cara menggunakan, tips dan juga panduan untuk guru menggunakan bahan-bahan tersebut. Pada saya pelaksanaannya sangat mudah dan sangat senang, tak mengambil masa yang lama dan sangat berkesan kerana kita terus akan dapat idea yang baharu” Selain itu, strategi Teacher Sharing dilaksanakan mengikut kumpulan panitia terutamanya perbincangan berkaitan masalah-masalah yang timbul. Menurut PK2, “Teacher sharing session; kita berbincang bersama dengan kumpulan panitia dan kita buat laporan. Biasanya dalam panitia ni kita membincangkan masalah-masalah yang timbul dalam kalangan murid”. Umumnya, pelaksanaan PLC yang berbentuk strategi Teacher Sharing dilaksanakan dengan beberapa kaedah iaitu mengadakan dialog prestasi, perbincangan secara maya dan penyelarasan dokumen yang berkaitan. 5.2.1.1 Dialog prestasi (fokus prestasi murid) Dapatan kajian menjelaskan, melalui strategi perkongsian guru, warga sekolah yang terlibat melalui panitia mata pelajaran masing-masing, kerap kali mengadakan dialog prestasi sesama ahli panitia. Penumpuan diberikan kepada prestasi pelajar dalam akademik. Berdasarkan laporan pelaksanaan PLC, dialog prestasi panitia Pendidikan Islam dilaksanakan bagi memberi tumpuan kepada pencapaian murid dalam pelaksanaan Kem Bestari Solat. Lampiran A3 menunjukkan pelaksanaan aktiviti dialog prestasi ahli panitia yang telah dilaksanakan. 5.2.1.2 Perbincangan/perkongsian secara maya Dapatan kajian melalui temu bual juga menjelaskan bahawa strategi PLC dilaksanakan melalui perbincangan secara maya khususnya berlaku semasa sesi persekolahan secara PdPr dan semasa PKP. Beberapa medium yang digunakan seperti


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 30 penggunaan whatsApp, google Meet dan telegram. Menurut PK1, “pelaksanaan PLC sangat mudah dan sangat convinient untuk semua guru. Contohnya jika semasa PKP dahulu, PLC dijalankan secara maya iaitu melalui google meet dan video conference”. Menurut beliau juga, “melalui google meet guruguru boleh berkongsi powerpoint slide, perkongsian amalan terbaik, inovasi, strategi yang baru, kaedah pengajaran yang baharu untuk diadaptasi dan diaplikasikan kepada kelas masing-masing”. Melalui perbincangan secaya maya, maklumat berkaitan PLC boleh dikongsi pada bila-bila masa sahaja dan lokasi yang berbeza. Hal ini dijelaskan oleh PK3 yang berpendapat bahawa, “PLC dilaksanakan bila-bila masa sahaja samada di rumah atau di sekolah”. Berdasarkan laporan, sesi perkongsian guru berlangsung secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet. Bengkel yang dijalankan tersebut mendedahkan ilmu berkaitan intervensi bagi murid kumpulan TP1 dan TP2 dan ilmu berkaitan aplikasi Classroom Screen dan Blooket. Lampiran A01 menunjukkan laporan sesi perkongsian guru yang telah dilaksanakan. 5.2.1.3 Penyelarasan Dokumen Hasil kajian juga menjelaskan bahawa strategi perkongsian guru juga melibatkan slot penyelarasan dokumen berkaitan pelaksanaan pentaksiran pelajar. Penyelarasan dokumen meliputi aspek pemarkahan, rekod perkembangan pelajar dan pentaksiran berterusan (PBD). Merujuk kepada laporan pelaksanaan PLC, semua guru yang terlibat sentiasa memastikan dokumen pentaksiran khususnya dapat diurus dengan baik bagi melihat pencapaian pelajar. Berdasarkan beberapa laporan pelaksanaan, pihak sekolah sentiasa memastikan dokumen pelaksanaan PLC disimpan dan disusun dengan rapi. Jadual 1 berikut menunjukkan analisis laporan PLC yang dilaksanakan oleh pihak sekolah melibatkan pelbagai aktiviti dan panitia. Program sebegini memberi impak positif kepada amalan terbaik pengajaran guru.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 31 Jadual 1 Analisis Laporan PLC Februari hingga April 2022 Nama Program/ Aktiviti Tarikh Tempat Tindakan Status / Strategi PLC: Perbincangan Format Rekod Perkembangan murid tahap 2 Februari Bilik Guru Panitia Sains Laksana/ Teacher sharing PLC : Teknik Pemarkahan Bahasa Melayu Penulisan Februari Makmal Komputer B Panitia Bahasa Melayu Laksana/ Teacher sharing PLC : Format PBD Murid Tahun 1-6 Februari Bilik Guru Panitia Bahasa Arab Laksana/ Teacher sharing PLC : Pengurusan PLC Mac Bilik Bahasa Cina SU LDP & Penyelaras PLC Laksana / Peer Coaching PLC : Dialog prestasi Mac Kelas 2 F Panitia Pendidika n Islam Laksana / Teacher Sharing PLC : Kawalan kelas April Semua Kelas Tahun 2 Guru Besar, PK 1, PK HEM Laksana/ Learning Walks 5.2.2 Lesson Study Dapatan juga dapat menjelaskan strategi PLC yang biasa digunakan oleh pihak sekolah ialah melalui pelaksanaan lesson study . Lesson study (rancangan pengajaran) merupakan strategi penting yang perlu diikuti oleh semua guru. Rancangan pengajaran perlu merangkumi objektif, perancangan RPH, pemerhatian pdp, refleksi dan penambahbaikan RPH. Berdasarkan analisis dokumen yang melibatkan rancangan pengajaran, strategi PLC melalui Lesson Study memberi impak


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 32 yang baik kepada pelaksanaan PLC di sekolah. Dapatan daripada laporan refleksi Lesson Study boleh dijadikan panduan bahan perbincangan selepas pengajaran. Aspek utama yang dilihat adalah berkaitan rancangan mengajar, isi kandungan, teknik penyoalan, keberkesanan bahan bantu mengajar, penglibatan murid, maklum balas murid dan teknik pengajaran serta hasil pembelajaran. Rajah 1 berikut menunjukkan aspek utama dalam refleksi Lesson Study yang telah dilaksanakan dalam strategi PLC. Gambar 1 (LAMPIRAN) menunjukkan format laporan lesson study yang telah dilaksanakan oleh guru dalam usaha mengaplikasikan strategi PLC. Rajah 1. Aspek utama dalam laporan refleksi Lesson Study 6.0 Rumusan dan Perbincangan Hasil kajian menunjukkan pemahaman konsep PLC dalam kalangan guru-guru adalah sangat baik iaitu menekankan kepada perkongsian ilmu dan kemahiran secara kolaboratif yang bertujuan meningkatkan pencapaian murid dan sekolah ke tahap yang lebih baik dan berkesan. Justeru, pelaksanaan PLC begitu penting bagi memastikan amalan terbaik dapat diaplikasikan dalam pengajaran masa kini.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 33 Pengaplikasian PLC juga melibatkan strategi yang pelbagai. Namun, strategi yang sering kali menjadi tumpuan guru-guru adalah strategi Teacher Sharing. Strategi Teacher Sharing memberi ruang kepada guru berkongsi maklumat bagi meningkatkan amalan pengajaran. Pelaksanaan PLC melalui strategi Teacher Sharing melibatkan perkongsian guru secara fizikal dan maya. Pelbagai medium yang digunakan secara campuran tersebut memberi impak kepada pelaksanaan PLC secara berkesan. Justeru, proses kemenjadian murid dapat direalisasikan melalui peranan guru sebagai fasilitator atau pemudahcara yang berkualiti tinggi dalam persekitaran nilai-nilai profesionalisme dan pembangunan profesional sesama rakan sejawat melalui komuniti pembelajaran profesional (PLC). Rujukan Corbin, J., & Strauss, A. (2008). Basics of Qualitative Research: Techniques and Procedures for Developing Grounded Theory (3rd editio). Sage Publications. DuFour, Eaker, & Many (2006) In praise of American educators: And how they can become even better. Solution Tree Press. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) Malaysia Education Blueprint 2013- 2025 (Preschool to Post-Secondary Education). Kuala Lumpur: KPM Little & McLaughlin (1993) Teacher’s work: individuals, colleagues and context. New York; Teachers College Press. Merriam, S., & Tisdell, E. J. (2015). Qualitative Research A Guide to Design and Implementation (fourth edi). Sage Publications. Rosenholtz, S. J. (1989). Workplace conditions that affect teacher quality and commitment: Implications for teacher induction programs. The Elementary School Journal, 89(4), 421-439. Siti Uzairiah Mohd Tobi. (2017). Kajian Kualitatif Dan Analisis Temu bual (ketiga Okt). Aras Publisher. Yee, B.C. (2019). Penggunaan komuniti pembelajaran profesional dalam perubahan guru melalui Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) di


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 34 sekolah rendah Malaysia. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan (SPPK) 2019. http://www.ipg.edu.my/prosiding/sppk2019/ Yin, R. K. (2009). Case Study Research: Design and Methods (4th. Ed.). Thousand Oaks, CA: Sage.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 35 LAMPIRAN 1 Gambar 1 : Laporan refleksi Lesson Study Gambar 2 : Rekod Pemantauan Learning Walk


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 36 LAMPIRAN 2 Gambar 3 : Rekod Pelaksanaan LDP dan PLC


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 37 PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA ARAB FORMAT TS25 DI SEBUAH SEKOLAH TS25 DAERAH KUBANG PASU Farihah Hussain1 , Ph.D, Mohamad Azizi Md Mukhtar2 , Abdul Satar Hamzah3 1,2Jabatan Bahasa Arab, , 3 Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan [email protected], [email protected] 3 [email protected] Certified Coach Master Trainer: Mohd Zailani Ismail, Ph.D 1.0 Pengenalan Penyediaan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dikuatkuasakan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 3 Tahun 1999 bertarikh 9 Mac 1999 yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan yang bertajuk Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. Surat pekeliling ini merupakan punca kuasa yang dirujuk oleh semua pihak yang berkepentingan dalam menyediakan RPH hingga ke hari ini. RPH merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran boleh disediakan dalam bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. RPH hendaklah disediakan dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa (KPM, 1999). Gaya penulisan RPH sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan perkembangan teknologi terkini. Hal ini selari dengan perkembangan kurikulum yang sentiasa melalui proses semakan bagi satu tempoh tertentu. Semasa KBSR (semakan) diperkenalkan mulai tahun 2006 – 2010, penulis hasil pembelajaran perlu ditulis dalam tiga aras iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Penulisan RPH juga ketika itu perlu memasukkan elemen gabung jalin, rentasan dan nilai murni. Apabila KSSR diperkenalkan pada 2011 – 2016, gaya penulisan RPH juga turut mengalami sedikit perubahan untuk disesuaikan dengan kehendak KSSR. Penulisan hasil pembelajaran tidak lagi mengikut aras, tetapi mesti selari mengikut kehendak standard pembelajaran dalam DSKP, selain itu juga, elemen yang perlu ditulis semasa menyediakan RPH termasuk Elemen Merentas Kurikulum (EMK) dan terdapat juga guru yang menyediakan RPH mengikut format empat fasa terarah. KSSR juga melalui proses semakan mulai tahun 2017


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 38 hingga kini dan gaya penulisan RPH turut berubah bagi memenuhi kehendak kurikulum semasa. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang bermula pada Jun 2015 merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti serta melahirkan modal insan yang unggul (KPM, 2015). Hal demikian menunjukkan penyediaan dan penulisan RPH juga turut disesuaikan dengn kehendak TS25. Hasil tinjauan awal mendapati sebahagian guru di sekolah keliru dengan format sebenar RPH yang sepatutnya digunakan. Realiti yang berlaku guru-guru tidak dapat menulis RPH secara selaras, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) berpegang kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 Tahun 1999 apabila ditanya berkaitan format penulisan RPH yang sepatutnya. Terdapat pelbagai elemen baharu yang ditambah dalam penulisan RPH format TS25 yang berlegar dalam kalangan guru, tetapi tiada sebarang ketetapan yang dikeluarkan oleh pihak yang berautoriti. Keadaan ini menyebabkan tiada suatu format standard yang diguna pakai dalam penulisan RPH yang sebenar. 2.0 Objektif 2.1 Mengenalpasti elemen dalam penulisan RPH Bahasa Arab mengikut format TS25 dalam kalangan guru Bahasa Arab 2.2 Menjelaskan cabaran dalam penulisan RPH Bahasa Arab mengikut format TS25 dalam kalangan guru Bahasa Arab 2.3 Mengenalpasti kepentingan Penulisan RPH Bahasa Arab mengikut format TS25 dalam kalangan guru Bahasa Arab 3.0 Soalan Kajian 3.1 Apakah elemen dalam penulisan RPH Bahasa Arab mengikut format TS25 dalam kalangan guru Bahasa Arab? 3.2 Apakah cabaran cabaran dalam penulisan RPH Bahasa Arab mengikut format TS25 dalam kalangan guru Bahasa Arab? 3.3 Apakah kepentingan penulisan RPH Bahasa Arab mengikut format TS25 dalam kalangan guru Bahasa Arab?


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 39 4.0 Metodologi Kajian Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif. Pendekatan yang digunakan ialah temu bual dan analisis dokumen. Pemilihan peserta kajian menggunakan purposive sampling berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Seramai dua orang guru dijadikan peserta kajian. Protokol temubual telah disediakan sebelum memulakan temubual dengan peserta kajian. Data kualitatif kajian ini dikumpulkan melalui tiga pendekatan, iaitu temu bual dan analisis dokumen. Kriteria yang telah digariskan ialah peserta kajian mestilah seorang guru yang mengajar Bahasa Arab di sekolah TS25 dan yang menggunakan RPH Bahasa Arab dalam format TS25. 4.1 Temu bual Temu bual ialah satu proses perbualan yang bermatlamat untuk mengetahui situasi sebenar dan pengalaman peserta kajian dalam konteks yang dikaji (Yin 1994). Kaedah temu bual memberi peluang pengkaji bersekemuka dengan peserta kajian secara terus dan boleh juga secara tidak terus seperti melalui talian telepon atau seumpama dengannya secara berseorangan atau berkumpulan (Creswell & Poth 2018) Dalam kajian ini pengkaji memilih pendekatan temu bual secara separa berstruktur kerana kaedah yang digunakan paling fleksibel di mana aras bahasa dan urutan soalannya boleh diubah suai oleh pengkaji mengikut keperluan dan kesesuaian proses temu bual (Chua 2006). Bentuk soalan pula adalah terbuka seperti “bagaimana, apakah, kenapakah..?” Protokol temu bual dalam kajian ini menggunakan semua bentuk soalan jenis terbuka ketika sesi temu bual dijalankan. 4.2 Analisis Dokumen Analisis dokumen ialah salah satu sumber data dalam kajian kualitatif. Data yang dikumpulkan daripada pelbagai dokumen rasmi atau tidak rasmi (milik peribadi) sama ada berupa teks bertulis atau bertutur, bahan visual seperti gambar dan bahan artifak yang dapat menjelaskan maklumat mengenai sesuatu objek, perkara, peristiwa, ataupun fenomena (Merriam 2009). Terdapat tiga jenis dokumen yang utama seperti dokumen peribadi, dokumen rasmi, dan dokumen budaya popular. Dokumen peribadi digunakan secara meluas kerana menggambarkan tindakan, pengalaman sebenar dan kepercayaan individu (Sabitha Marican 2015).Dalam kajian ini, analisis dokumen yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah RPH peserta kajian.


Click to View FlipBook Version