The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Case Based Learning Tugasan Rakan ELIT Baharu Kohort 6.0 IPGKDA Tahun 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mashira71, 2023-09-12 05:57:58

Case Based Learning TS25 RE Kohort 6.0 IPGKDA Tahun 2022

Case Based Learning Tugasan Rakan ELIT Baharu Kohort 6.0 IPGKDA Tahun 2022

KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 40 Rajah 1. Elemen RPH TS25 Bahasa Arab Sumber : Dapatan kajian, 2022 4.3 Kaedah analisis data Coding is analysis’ (Miles & Huberman 1994). Proses pengekodan terbuka (open coding) ini bertujuan untuk mendapatkan sebanyak mungkin tema dan kategori berkaitan dan mengenal pasti kategorikategori (axial coding) berkaitan fenomena kajian dan ‘selective coding’ (Corbin & Strauss, 2008). Proses membuka pengekodan dilaksanakan menggunakan pendekatan induktif dan deduktif (Ani Munirah Mohamad 2017; Merriam & Tisdell 2015) 5.0 Dapatan Kajian Objektif pertama : Mengenalpasti elemen dalam penulisan RPH format TS25 dalam kalangan guru Bahasa Arab Berdasarkan hasil temu bual, elemen yang terdapat dalam RPH TS25 Bahasa Arab adalah seperti dalam Rajah 1 di bawah. Triangulasi daripada analisis dokumen juga adalah sama. Berikut merupakan conton petikan temu bual pengkaji dengan peserta kajian. Kretiria Kejayaan Tindakan susulan PAK21 Objektif pembelajaran three part lesson Aspirasi Murid BBM


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 41 “ Kriteria Kejayaan yang paling ketara perlu ada dalam penulisan RPH TS25. Selain itu untuk Bahasa Arab perlu ada التصميم, التعزيز, تأهيل Penulisan RPH format TS25 mempunyai beberapa elemen yang perlu ada antaranya Kriteria Kejayaan, tindakan susulan (pemulihan, pengukuhan, dan pengayaan), elemen PAK21, Objektif pembelajaran dan three-part lesson (aktiviti pemula, aktiviti utama dan penutup) (PK1/13/06/2022/AD) – rujuk Lampiran 1 Objektif kedua : Cabaran penulisan RPH Bahasa Arab format TS25 dalam kalangan guru Bahasa Arab Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan, terdapat beberapa cabaran yang dikemukan seperti dalam Rajah 2. “Saya tanya JU daerah untuk bagi pencerahan macamana nak bina RPH TS 25 dalam Arab.Masa mula-mula kena buat dalam bentuk TS25 kami translate dari Contoh RPH melayu ke BA. Pentadbir kata buat macamana pun janji dalam bentuk Arab” (PK1/26/9/2022/TB2) Cabaran utama yang dihadapi oleh guru Bahasa Arab ialah tiada format penulisan RPH Bahasa Arab yang selaras dalam kalangan guru Bahasa Arab di sekolah menengah. Guru-guru masih menunggu juru latih utama (JU) memberi contoh penulisan RPH yang seragam. Cabaran lain ialah kebimbingan guru terdapat uslub yang digunapakai kerana mereka Cuma menterjemah istilah melayu ke dalam Bahasa Arab. Pihak guru amat mengharapkan agar satu bengkel diadakan untuk tujuan ini. Contoh petikan “kami dok tunggu JU bagi contoh penulisan RPH ikut format yang betul. Bimbang juga takut tak seragam ni” (PK2/ 26/9/2022/TB1)


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 42 Rajah 2. Cabaran Penulisan RPH Format TS25 Sumber: Dapatan kajian, 2022 CABARAN PENULISAN Format tak seragam Penulisan tidak selaras antara sekolah Uslub tidak selaras Tidak ada bengkel khusus Guru kurang cekap ICT


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 43 Objektif ketiga : Kepentingan penulisan RPH Bahasa Arab mengikut format TS25 Penulisan RPH bagi sekolah di bawah TS25 perlu mengguna pakai RPH mengikut format TS25. Pentingnya RPH dalam pengajaran adalah sebagai panduan kepada guru. Guru perlu merancang aktiviti sebelum mengajar. Keutamaan penulisan RPH adalah untuk kemenjadian murid di samping memastikan pengurusan kelas terkawal. Rajah 3 menunjukkan kepentingan penulisan RPH TS25 hasil temu bual dengan peserta kajian. Rajah 3. Kepentingan Penulisan RPH TS25 Sumber: Dapatan kajian, 2022 6.0 Rumusan dan Perbincangan Penulisan RPH mengikut format TS25 perlu diselaraskan bagi semua sekolah di bawah sekolah-sekolah TS25 khususnya dalam penulisan RPH Bahasa Arab. Hal demikian kerana hingga kini tiada satu ketetapan penulisan yang seragam dalam kalangan guru Bahasa Arab. Satu bengkel khusus perlu diadakan untuk memberi pendedahan kepada semua guru khususnya untuk menseragamkan format penulisan dan penggunaan istilah dalam Bahasa Arab. Hal ini dapat menjamin kelangsungan pelaksanaan penulisan format TS25 yang lebih tepat dan berkesan. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Arab perlu KEPENTINGAN PENULISAN RPH TS25 Sebagai Panduan/Guid e Guru Pengurusan Kelas terkawal Aktiviti berpusatkan Murid Penekanan Kemenjadian Murid Pembelajaran Aktif dan Menarik


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 44 diberi perhatian oleh pihak sekolah dan pegawai penyelaras TS25 di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya. Rujukan Ani Munirah Mohamad. (2017a). 21 Sebab Kenapa Saya Rekemen Atlas. ti 8 Windows (Edisi pert). MPWS Rich. Ani Munirah Mohamad. (2017b). Kajian Kualitatif & Analisis Dengan ATLAS . ti. 1–7. B.Miles, M., & Huberman, A. M. (1994). Qualitative Data Anatlysis (second edi). Sage Publications London. Corbin, J., & Strauss, A. (2008). Basics of Qualitative Research: Techniques and Procedures for Developing Grounded Theory (3rd editio). Sage Publications. Merriam, S., & Tisdell, E. J. (2015). Qualitative Research A Guide to Design and Implementation (fourth edi). Sage Publications. Siti Uzairiah Mohd Tobi. (2017). Kajian Kualitatif Dan Analisis Temu bual (ketiga Okt). Aras Publisher.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 45 LAMPIRAN 1 (PK1/13/06/2022/AD) Inovasi dalam Penulisan RPH TS25


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 46 LAMPIRAN 2 CONTOH PROTOKAL TEMU BUAL 1. Bolehkah ustazah jelaskan latar belakang Pendidikan ustazah? 2. Bolehkah ustazah jelaskan pengalaman ustazah dalam Pendidikan Bahasa Arab? 3. Pada pandangan ustazah apakah perlu penulisan RPH format TS25 dalam pengajaran Bahasa Arab? 4. Apakah elemen yang ada dalam format penulisan RPH format TS25? 5. Mengapakah pentingnya penulisan RPH format TS 25 Bahasa Arab 6. Apakah cabaran yang dihadapi dalam penulisan RPH format TS25 yang dihadapi oleh guru? 7. Apakah perlu ada bengkel khusus untuk membina RPH TS25 Bahasa Arab? Pengkaji Bersama Peserta Kajian.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 47 KESAN eRANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (eRPH) - TINJAUAN MELALUI APLIKASI myPdP: KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN Nurhidayah Hashim1 , Mohd Azman Basirun2 1 Jabatan Sains Sosial, 2 Jabatan Teknologi Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman [email protected], [email protected] Certified Coach Master Trainer: Mashira Yahaya, Ph.D Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan e-Rancangan Pengajaran Harian (eRPH) melalui tinjauan terhadap aplikasi myPdP yang disediakan oleh guru-guru di Sekolah Kebangsaan Jitra 1. Standard 3.1.2.1 iaitu tindakan yang diambil menerusi Tindakan Untuk Mencapai Standard (TUMS) ialah dengan menyelaras penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Jitra 1 (SK Jitra 1). SK Jitra 1 merupakan salah sebuah sekolah di bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Sekolah ini dipilih untuk tujuan kajian ini kerana pihak pentadbiran sekolah telah menyelaras penyediaan penulisan RPH secara manual kepada eRPH secara digital. Sekolah ini merupakan sekolah kategori bandar dengan bilangan murid melebihi 350 orang, manakala bilangan guru seramai 48 orang. SK Jitra 1 telah menggunakan perisian myPdP dalam penyediaan eRPH mereka mulai tahun 2021. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini menggunakan kaedah gabungan (mixed methods) kuantitatif dan kualitatif. Data statistik dan data maklumat yang diperolehi dianalisis dan dibentangkan dalam bentuk deskriptif terhadap 48 responden guru. Dapatan menunjukkan refleksi guru terhadap penggunaan dan keberkesanan eRPH dengan aplikasi myPdP sangat positif. Di mana aplikasi myPdP ini menurut mereka mudah dicapai dan jimat masa. Hasil intervensi mendapati peratus responden guru yang menyetujui penggunaan aplikasi myPdP dalam penyediaan eRPH mereka adalah sangat tinggi iaitu 100 peratus. Dapatan yang diperolehi menunjukkan eRPH telah memberi kesan positif dalam meningkatkan produktiviti guru. Implikasi kajian ialah penambahbaikan dalam amalan pengurusan pengoperasian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 - Standard 1 SKPMg2 iaitu, aspek 3.1.2 Pengurusan Mata Pelajaran, 3.1.2.1 Pelaksanaan Mata Pelajaran diuruskan secara profesional dan terancang. Kata kunci: eRPH, keberkesanan, SK Jitra 1, aplikasi, myPdP


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 48 1.0 Pengenalan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan kitab pegangan dan panduan utama guru ketika melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah. RPH yang dirancang dengan baik dapat memastikan aktiviti PdP dilaksanakan dengan teratur, menarik dan objektif pembelajaran dapat dicapai dengan berkesan. Malah guru akan lebih berkeyakinan dalam bilik darjah. Kajian mendapati bahawa persediaan rancangan pengajaran yang bersesuaian dapat membantu guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan (Salleh, 2003). Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999, “Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa.” “Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.” (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999). Dalam kajian ini, pengkaji memberi fokus kepada penyediaan RPH secara digital iaitu e-Rancangan Pengajaran Harian (eRPH). Penyediaan eRPH bertepatan dengan dunia era digital sekarang. Sebelum ini pihak sekolah menggunakan Buku Rekod Mengajar atau Fail Rekod Mengajar. Guru perlu menyediakan RPH mereka dengan menulis atau menaip kemudian mencetaknya. Peredaran dunia global yang meningkat dalam dunia pendidikan menjadikan tugas guru turut meningkat. Penyediaan RPH secara manual seakan bebanan kepada guru-guru di sekolah. Guru perlu memberi tempoh masa yang lama untuk merujuk beberapa standard pembelajaran dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Bagi mengatasi isu guru dalam penyediaan RPH ini, SK Jitra 1, Kedah Darul Aman telah mengambil anisiatif menggunakan aplikasi myPdP untuk menghasilkan eRPH. Aplikasi myPdP ini digunakan setelah penelitian dibuat di pasaran dari aspek kompetitif kos, keserasian pengguna (compatible) dan perkhidmatan selepas jualan. Semua guru SK Jitra 1 menggunakan eRPH ini kecuali panitia Bahasa Arab, Prasekolah dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) kerana tapak belum disediakan. Penggunaan myPdP ini, guru tidak perlu menghantar RPH mereka sebaliknya penyediaan eRPH secara automatik berada di tapak talian (online based). Ini memudahkan guru dan juga pihak pentadbiran sekolah dalam mengawal selia, memantau dan membuat semakan eRPH guru-guru.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 49 Aplikasi myPdP ini juga dapat dicapai melalui komputer dan telefon pintar. Jadi guru-guru dapat menyediakan eRPH mereka ikut kesesuaian masa masing-masing. Mereka juga dapat menulis refleksi pengajaran mereka sebaik proses PdP dilaksanakan sama ada objektif pengajaran dapat dicapai, kekuatan serta kelemahan pengajaran dan cadangan tindakan tambahbaik dengan mudah. Tindakan susulan dalam penambahbaik eRPH seterusnya dapat dilaksanakan dengan kadar segera. 2.0 Objektif 2.1 Mengkaji tentang kesediaan guru-guru terhadap penggunaan aplikasi myPdP dalam membuat RPH. 2.2 Mengkaji keberkesanan eRPH dalam membantu guru meningkatkan produktiviti di sekolah. 3.0 Soalan Kajian 3.1 Apakah guru-guru sedia bersetuju untuk menggunakan aplikasi myPdP dalam membuat RPH? 3.2 Sejauhmanakah keberkesanan eRPH dalam membantu guru meningkatkan produktiviti di sekolah? 4.0 Metodologi Kajian Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif iaitu kaedah gabungan (mixed methods). Menurut Shema & Woodman (2013), persoalan-persoalan yang diajukan melalui kaedah gabungan ini cenderung lebih terbuka dan kompleks dengan pelbagai aspek yang mana setiap satunya dapat dikaji secara lebih baik melalui kaedah kuantitatif atau kualitatif. Kaedah gabungan ini boleh menjadikan persoalan kajian lebih komprehensif berbanding menggunakan hanya satu kaedah kajian sama ada kuantitatif atau kualitatif (Creswell & Plano Clark, 2007). Kajian ini berfokus kepada kesediaan guru dalam menyediakan eRancangan Pengajaran Harian (eRPH) dengan menggunakan aplikasi myPdP dan kesan penggunaan aplikasi ini dalam meningkatkan produktiviti guru di sekolah. Reka bentuk bagi kajian ini merangkumi persampelan,


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 50 instrumen kajian serta analisis pengumpulan data. Penggabungan kaedah dalam sesebuah penyelidikan dapat memberikan gambaran yang lebih terperinci tentang sesuatu masalah yang dikaji (Creswell 2005; Mils & Airasian 2006; Creswell 2007). Rajah 1. Reka Bentuk Kajian 4.1 Persampelan Teknik persampelan secara bukan rawak telah digunakan iaitu sampel yang telah dikenalpasti berdasarkan kriteria daripada 48 orang guru yang menggunakan aplikasi myPdP di SK Jitra 1. Mengikut Patton (1990) tidak ada satu peraturan bagi menentukan saiz sampel. Dalam kajian kaedah gabungan ini subjek kajian dipilih dalam jumlah yang kecil. Ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang mendalam dan berfokus. 4.2 Instrumen Kajian Dalam kajian ini pengkaji menggunakan beberapa kaedah sebagai instrumen kajian bagi memperoleh data untuk mencapai objektif dan menjawab soalan kajian. Bagi kaedah kuantitatif instrumen yang digunakan adalah soal selidik. Manakala kaedah kualitatif instrumennya iaitu melalui temu bual dan rujukan bahan dokumen yang berkaitan. Bagi semua kaedah tersebut,


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 51 penyelidik telah menggunakan 48 orang guru termasuk penyelaras eRPH sekolah. 4.2.1 Temu Bual Temu bual merupakan komunikasi dua hala atau mana-mana perbualan yang melibatkan persoalan tentang pandangan dan kemahiran yang mendalam (Creswell, 2007). Menurut Fraenkel dan Wallen, (1996); Merriam, (2001); Taylor & Bogdan (1984) dalam kajian kualitatif, temu bual dianggap sebagai kaedah pengumpulan data yang penting kerana temu bual membolehkan data seperti pengalaman, pemikiran dan pandangan seseorang diteroka. Melalui kaedah temu bual ini, pengkaji telah melakukan teknik temu bual berfokus dengan penyelaras eRPH sendiri dan beberapa guru SK Jitra 1. Sesi temu bual dijalankan dalam bentuk separa struktur dan terbuka. 4.2.2 Soal Selidik Soalan soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian, bahagian pertama mengenai latar belakang guru. Bahagian kedua, tahap persetujuan guru menyediakan eRPH dengan menggunakan aplikasi myPdP. Bahagian ketiga pula, tahap persetujuan guru mengenai keberkesanan eRPH aplikasi myPdP ini terhadap peningkatan produktiviti mereka di sekolah. Kesemua soalan dibina dalam dalam bentuk skala likert. Skala ini pula terdiri daripada angka 1 sehingga 5, yang mana angka 1 ini mewakili tahap jawapan yang paling minima, manakala angka 5 mewakili tahap jawapan yang paling maksima. Soal selidik ini direka menggunakan aplikasi ‘google form’. Menurut Gillham (2000), terdapat beberapa sebab mengapa borang soal selidik menjadi pilihan kebanyakkan pengkaji : Kos membina borang selidik yang murah dan masa yang diperuntukkan singkat. Pengkaji boleh memperolehi data atau maklumat dari jumlah responden yang lebih ramai dan cepat. 4.2.3 Bahan Dokumen Kaedah rujukan dan pengumpulan dokumen berkaitan dijalankan untuk memperolehi data yang lebih banyak dan memastikan kesahihan data. Mengikut Yin (2009) dokumen digunakan sebagai sokongan dan bukti tambahan untuk data yang diperolehi daripada sumber lain. Bahan dokumen


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 52 yang dirujuk pengkaji adalah dokumen rasmi eRPH guru yang disediakan dan aplikasi digital myPdP yang digunakan di SK Jitra 1. 4.3 Analisis Data Dalam kajian ini, data yang telah dikumpul dari temu bual, soal selidik dan rujukan dokumen dianalisis secara deskriptif iaitu dapatan kajian hanya diterjemahkan dalam bentuk perkataan, paparan carta bar ataupun peratusan. Dalam kajian ini, kaedah pengumpulan data paling dominan adalah soal selidik (kuantitatif) dan diikuti temu bual serta rujukan dokumen (kualitatif). Dapatan data kualitatif mengukuhkan hasil dapatan kuantitatif. 5.0 Dapatan Kajian Bahagian ini akan membincangkan dapatan kajian secara terperinci berdasarkan objektif kajian. Perbincangan dimulakan dengan hasil dapatan soal selidik yang paling dominan. Soal selidik ini dilaksanakan melalui aplikasi ‘google form’ kepada seramai 48 orang guru di SK Jitra 1. Huraian perbincangan akan dilihat dari 2 bahagian. Bahagian pertama tentang tahap persetujuan penyediaan eRPH melalui penggunaan aplikasi myPdP. Bahagian kedua pula tahap keberkesanan eRPH kepada produktiviti guruguru di sekolah. Carta 1: Bilangan Guru Setuju Menggunakan Aplikasi myPdP


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 53 Carta 1 menunjukkan guru-guru yang sangat setuju menggunakan aplikasi myPdP dalam penyediaan RPH mereka adalah tinggi iaitu 66.7% dan yang setuju adalah 33.3%. Tiada yang tidak pasti dan kurang bersetuju. Carta 2: Bilangan Guru Setuju Penggunaan Aplikasi myPdP Tanpa Pengecualian. Kesemua guru SK Jitra 1 bersetuju penggunaan aplikasi myPdP bagi semua mata pelajaran di sekolah tanpa pengecualian. Sebanyak 54.2% sangat setuju manakala setuju adalah 45.8%. Carta 3: Bilangan Guru Setuju Aplikasi myPdP Mesra Pengguna.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 54 Keseluruhan guru bersetuju bahawa aplikasi myPdP mesra pengguna. Walau bagaimanapun, terdapat 4.2% mewakili 2 orang guru yang tidak pasti. Carta 4 berikut menunjukkan sebanyak 62.5% guru mengakui aplikasi myPdP sangat membantu dan memudahkan mereka dalam merancang dan menyediakan eRPH, 37.5% lagi setuju. Capaian DSKP boleh dibuat dengan mudah melalui aplikasi ini. Manakala Carta 5 menunjukkan peratusan guru yang sangat bersetuju tempoh penyediaan eRPH menjadi relatif pendek menggunakan aplikasi myPdP ini adalah 68.8% dan 31.3% bersetuju. Tidak ada guru yang menyangkal perkara ini. Carta 4: Bilangan Guru Setuju Aplikasi myPdP Sangat Membantu. Carta 5: Bilangan Guru Setuju Tempoh Penyediaan eRPH Lebih Pendek.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 55 Carta 6: Bilangan Guru Setuju eRPH Dapat Tingkatkan Produktiviti. Sebanyak 58.3% guru sangat bersetuju dan 41.7% setuju penyediaan RPH secara digital ini dapat meningkatkan produktiviti guru di sekolah. Carta 7 memaparkan terdapat 52% guru sangat bersetuju, sementara 47.9% setuju eRPH yang dihasilkan mereka dapat dikongsikan dengan guruguru lain secara talian dengan mudah. Ini merupakan sumbangan idea mereka dalam pendidikan. Carta 7: Bilangan Guru Setuju eRPH Luaskan Sumbangan Idea


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 56 Carta 8: Bilangan Guru Setuju Kemenjadian Murid Dapat Ditingkatkan. Seramai 25 orang guru dari 48 orang iaitu 52.1% sangat bersetuju dengan menyediakan eRPH mereka dapat lebih menumpukan perhatian mereka kepada aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan kemenjadian murid. Sebanyak 47.9% bersetuju. Tiada yang menafikan perkara ini. Hasil temubual juga menunjukkan penyediaan eRPH dengan menggunakan aplikasi myPdP sangat membantu guru-guru di sekolah. Mereka tidak rasa tertekan dengan penggunaan aplikasi ini malah mereka merasakan satu kelegaan. Pemerhatian hasil eRPH yang disediakan juga mendapati hasil RPH lebih seragam, kemas dan sistematik. 6.0 Rumusan dan Perbincangan Dalam era ini, guru bukan sahaja perlu kompeten dalam ilmu pengetahuan dan penyampaian pengajaran, guru juga perlu memiliki kemahiran dan kecekapan dalam ilmu teknologi digital serta bersedia membuat pembaharuan amalan profesionalisme. Hasil dapatan kajian yang telah dibuat menunjukkan hampir keseluruhan guru SK Jitra 1 menyokong penyediaan penulisan eRPH secara digital dengan menggunakan aplikasi myPdP. Ini menunjukkan guru mempunyai pengetahuan yang tinggi serta pengalaman yang luas dalam penyediaan RPH yang membolehkan mereka membanding bezakan penyediaan rancangan pengajaran secara manual dengan aplikasi digital. Penyediaan eRPH melalui myPdP ini membolehkan guru menyediakan eRPH mereka pada bila-bila masa dan tempat sekiranya terdapat capaian


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 57 internet. Amalan penyediaan RPH yang bercorak manual seharusnya tidak dijadikan pegangan utama lagi sebaliknya guru harus bijak mengaplikasikan teknik baharu yang mampu membantu meringankan bebanan guru dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti guru di sekolah kerana masa dan tenaga guru lebih fokus kepada aktiviti-aktiviti sekolah yang lain. Malah penyediaan rancangan pengajaran dapat diselaraskan dengan setara bagi mata pelajaran yang sama untuk beberapa darjah yang sama. Penyemakan pihak pentadbiran sekolah juga menjadi mudah dan mantap. Rujukan Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin. (2014). Rancangan Pengajaran Harian (dalam Pengajaran Dan Pembelajaran) Siri Pengajian Profesional. Penerbitan Multimedia. James Ang Jit Eng, Balasandran Ramiah. (2016). Kepimpinan Instruksional: Satu Panduan Praktikal (Edisi Kedua). PTS Akademia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Panduan SKPMg2. https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/skpm g2-2018 Silverman, D. (2000). Doing Qualitative Research : A Practical Handbook. SAGE Publications.https://www.moe.gov.my/pekeliling?search=&categ ory%5B%5D=65


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 58 LAMPIRAN 1 CONTOH PROTOKAL TEMU BUAL 1. Bagaimana bermulanya cadngan untuk menggunakan eRPH ini ? 2. Bila SK Jitra 1 mula eRPH dan penggunaan aplikasi myPdP? 3. Adakah eRPH aplikasi myPdP ini dimestikan kepada semua guru atau panitia tertentu sahaja? 4. Bila perlu menghantar eRPH yang disediakan ini kepada pihak pentadbiran? 5. Siapakah yang mengawalselia penyediaan dan penghantaran eRPH ini? 6. Apakah kesan positif dan negatif (sekiranya ada) selepas menggunakan aplikasi myPdP ini untuk sediakan eRPH? 7. Bagaimana dengan kos penggunaan aplikasi myPdP ini?


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 59 LAMPIRAN 2 CONTOH PROTOKAL SOAL SELIDIK


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 60


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 61


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 62 LAMPIRAN 3 CONTOH PROTOKOL PENYEDIAAN eRPH MELALUI APLIKASI myPdP


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 63


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 64 CABARAN MELAKSANAKAN PENGAJARAN TERBEZA DALAM KALANGAN GURU TAHAP SATU DI SEBUAH SEKOLAH TS25 DAERAH KUBANG PASU Shamsul Rizal Khalil 1 , Saifudin Azam Shah Ahmad2 , Mohd. Hafedz Salleh3 1 Jabatan Pendidikan Khas, 2 Jabatan Ilmu Pendidikan, 3 Jabatan Ilmu Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman 1 [email protected], 2 [email protected], [email protected] Certified Coach Master Trainer: Mohd. Zailani Ismail, Ph.D Abstrak Kajian ini dilaksanakan bagi tujuan untuk mengenal pasti amalan dan pelaksanaan pembelajaran terbeza dalam kalangan guru Tahap Satu di sebuah sekolah TS25 Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Dalam pembelajaran abad ke-21, guru perlu mengambil kira gaya pembelajaran yang dominan dalam kalangan murid supaya mereka dapat maklumat dalam persekitaran pembelajaran yang bermakna. Kajian ini melibatkan lima orang peserta untuk mendapatkan maklumat kajian. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual dan analisis dokumen untuk mengumpul maklumat berkaitan bentuk amalan dan pelaksanaan pengajaran terbeza di sekolah. Maklum balas daripada kesemua peserta kajian dianalisis dan diterjemahkan dalam bentuk deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua guru bersedia melaksanakan pengajaran terbeza dan berpengetahuan tentang kepentingan pengajaran terbeza yang merupakan salah satu kaedah guru untuk memaksimakan kemampuan pembelajaran murid. Namun begitu, terdapat beberapa cabaran untuk guru-guru Tahap Satu dalam melaksanakan pengajaran terbeza dengan jayanya seperti penyediaan bahan dan aktiviti mengikut tahap kognitif murid. Kesimpulannya, kaedah pengajaran terbeza dapat merapatkan jurang kognitif antara murid serta dapat memenuhi keperluan persekitaran pembelajaran murid yang meyeronokkan dan pembelajaran yang bermakna. Kata kunci: PAK-21, pembelajaran terbeza, kualiti guru 1.0 Pengenalan Pendidikan merupakan asas dalam kecemerlangan hidup dan dapat mengubah taraf kehidupan kepada yang lebih baik. Pendidikan sangat penting kepada semua tanpa mengira agama, bangsa dan tahap penguasaan murid dalam pelajaran. Pendidikan juga berperanan dalam menentukan kualiti dan keupayaan


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 65 untuk membina masyarakat agar bersedia berhadapan dengan perubahan dalam dunia VUCA pendidikan. Dalam pembelajaran abad ke-21, terdapat enam kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid merangkumi aspek komunikasi, pemikiran kritis, kolaboratif, kreativiti, kreaktor dan kewarganegaran. Pedagogi Terbeza (Differentiated Pedagogy) merupakan salah satu pendekatan pengajaran yang dilaksanakan di dalam bilik darjah yang melibatkan pengubahsuaian kandungan isi pelajaran, proses iaitu strategi pengajaran yang pelbagai serta produk atau hasil kemahiran murid mengikut kebolehan mereka serta persekitaran merujuk kepada keadaan kelas yang kondusif. Tomlinson (2014) menyatakan di dalam Pedagogi Terbeza (Differentiated Pedagogy) guru mengubah suai sekurang-kurangnya empat elemen penting dalam Pedagogi Terbeza (Differentiated Pedagogy) iaitu (i) kandungan di mana isi pelajaran atau kemahiran yang dipelajari oleh murid, (ii) proses yang menunjukkan pengubahsuaian strategi pengajaran yang melibatkan aktiviti-aktiviti pembelajaran, (iii) produk atau hasil di mana hasil-hasil tersebut adalah hasil yang ditunjukkan oleh murid mengikut kebolehan mereka yang pelbagai seterusnya guru menilai hasil tersebut dengan penilaian bersifat holistik dan (iv) persekitaran pula merujuk kepada persekitaran bilik darjah yang memberi keselesaan kepada murid sama ada dari aspek penyusunan kedudukan murid, tampalan maklumat-maklumat di papan-papan kenyataan serta keadaan fasiliti di dalam bilik darjah seperti kipas, lampu dan sebagainya. Pedagogi Terbeza (Differentiated Pedagogy) juga dikatakan sebagai pedagogi yang mudah lentur dan ia merupakan suatu usaha dalam mempelbagaikan pedagogi mengikut kepelbagaian murid di dalam bilik darjah bagi memberi keadilan kepada semua murid serta murid mendapat hak di dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran (Abd. Khahar et al., 2018). Kemahiran pembelajaran abad ke-21 boleh menyediakan genarasi baharu untuk mendepani cabaran yang muncul kesan daripada perubahan ekonomi global, perkembangan teknologi sebagai satu keperluan dalam kehidupan seharian masa kini. Dalam usaha untuk menerapkan kemahiran abad ke-21 untuk dilaksanakan terhadap murid di sekolah, guru terus berhadapan dengan pelbagai cabaran memandangkan terdapat banyak kemahiran abad ke-21 yang perlu dikuasai dalam tempoh yang singkat. Usaha memupuk kemahiran abad ke-21 dalam kalangan murid amat sukar kerana murid-murid mempunyai perbezaan dari aspek pengetahuan sedia ada, minat, motivasi dan gaya pembelajaran. Pembelajaran untuk murid Tahap Satu adalah tertumpu kepada murid rasa seronok untuk belajar, pembelajaran bermakna, membina kemahiran. Penumpuan pembelajaran tahap satu ini adalah kepada kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 66 Melalui pedagogi terbeza, guru dapat mempelbagaikan kaedah pembelajaran dengan lebih berkesan dalam meningkatkan penguasaan pemahaman murid yang berbeza tahap kebolehannya supaya sesuai dengan objektif PPPM 2013-2025 iaitu merapatkan jurang pencapaian antara murid. Kegagalan guru untuk melaksanakan pengajaran terbeza menyebabkan murid merasa bosan dengan pengajaran guru kerana kurang berupaya memenuhi keperluan pembelajaran mereka. Keadaan ini boleh membawa kesan negatif terhadap murid seperti kurang memberi tumpuan terhadap pembelajaran kerana setiap murid mempunyai tahap pemahaman yang berbeza. Implikasinya proses pembelajaran kurang mencapai matlamat yang diharapkan oleh guru kerana pencapaian setiap murid yang tidak sama menyebabkan sebilangan murid yang ketinggalan dalam pelajaran. 2.0 Objektif Objektif kajian ini adalah untuk : 2.1 Mengenal pasti pandangan guru berkaitan pengajaran terbeza dalam pembelajaran abad ke-21. 2.2 Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru tahap satu dalam menjalankan pengajaran terbeza di sekolah. 3.0 Soalan Kajian Dua soalan kajian yang diutarakan berdasarkan objektif kajian iaitu: 3.1 Apakah pandangan guru berkaitan pengajaran terbeza dalam pembelajaran abad ke-21. 3.2 Apakah cabaran yang dihadapi oleh guru tahap satu satu dalam menjalankan pengajaran terbeza di sekolah. 4.0 Metodologi Kajian Kajian ini adalah kajian secara kualitatif menggunakan kaedah temu bual dan analisis dokumen bagi mengumpulkan data kajian. Reka bentuk kajian ini dipilih


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 67 kerana bersesuaian dengan konteks kajian ini iaitu untuk mengenal pasti pandangan guru berkaitan pengajaran terbeza dalam pembelajaran abad ke-21 dan cabaran yang dihadapi oleh guru tahap satu dalam menjalankan pengajaran terbeza di sekolah dalam kalangan guru. Kajian ini dijalankan di salam sebuah sekolah rendah TS25 dalam daerah Kubang Pasu. Pemilihan sampel adalah dalam kalangan lima orang guru di sekolah tersebut yang berpengalaman dalam melaksanakan pengajaran terbeza berdasarkan kesedian dan minat murid. Instrumen kajian meliputi soalan temu bual separa bersturktur dan dianalisis menerusi transkripsi temu bual untuk mengenal pasti tema yang ada hasil daripada temu bual tersebut. Analisis data temu bual dalam kajin ini secara deskriptif iaitu hasil temu bual bersama peserta kajian dinilai dari aspek matlamat objektif yang dilaksanakan. Dapatan temu bual yang dicatat bagi mendapatkan data dan tema kajian. Selanjutnya data juga diperolehi melalui analisis dokumen yang melibatkan hasil penilaian guru dalam mengubah suai kandungan pelajaran semasa merancang proses pengajaran. 5.0 Dapatan Kajian Pedagogi terbeza merupakan bentuk pengajaran baharu yang perlu diketengahkan bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid mengikut aras kognitif murid yang pelbagai. Oleh itu untuk melaksanakan pengajaran terbeza di sekolah, pandangan guru perlu diberi perhatian terutama melibatkan pengubahsuaian perancangan dan pelaksanakan bersesuaian dengan PAK 21. Selain daripada itu, guru turut berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam melaksanakan pengajaran terbeza. Berdasarkan hasil dapatan yang diperolehi daripada lima orang peserta kajian yang terdiri daripada guru tahap satu sekolah rendah TS 25 dalam daerah Kubang Pasu: 5.1 Mengenal pasti pandangan guru berkaitan pengajaran terbeza dalam pembelajaran abad ke-21. Jadual 1 Pandangan Guru Berkaitan Pengajaran Terbeza Dalam PAK-21 Item G1 G2 G3 G4 G5 Kesediaan melaksanakan pengajaran berbeza / / / / / Berpengetahuan tentang kepentingan Pembelajaran Terbeza. / / / / x Keupayaan merancang RPH Pembelajaran Terbeza. x / / x x Boleh melaksanakan pentaksiran yang sesuai dengan Pembelajaran Terbeza. x x / x x


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 68 Hasil dapatan temu bual terhadap peserta kajian menunjukkan terdapat beberapa pandangan oleh peserta kajian dalam melaksanakan Pengajaran Terbeza Tahap Satu di sekolah dalam PAK-21. Antaranya kesediaan melaksanakan Pengajaran Terbeza, berpengetahuan tentang kepentingan Pembelajaran Terbeza. , keupayaan merancang RPH Pembelajaran Terbeza., dan boleh melaksanakan pentaksiran yang sesuai dengan Pembelajaran Terbeza dengan tahap pencapaian murid. Dari aspek kesediaan melaksanakan Pengajaran Terbeza mendapati kesemua peserta kajian bersedia untuk melaksanakan pengajaran terbeza dalam bilik darjah. Contoh data temu bual oleh peserta kajian G1 berkaitan kesediaan melaksanakan pengajaran terbeza. Sebagai seorang pendidik, saya bersedia melaksanakan Pengajaran Terbeza di sekolah saya. Pendedahan secara umum telah diberikan dalam bengkel berkaitan amalan pedagogi yang menerapkan keperluan Pengajaran Terbeza. Ini selaras dengan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia.(TBG1) Berdasarkan dapatan soalan temu bual menunjukkan sebahagian besar peserta kajian berpengetahuan untuk melaksanakan Pengajaran Terbeza dalam pengajaran mereka. Contoh data temu bual oleh peserta kajian G3 berkaitan pengetahuan tentang kepentingan Pengajaran Terbeza. Pada pandangan saya Pengajaran Terbeza ini perlu dilaksanankan sesuai dengan perkembangan terkini. Ia selari dengan perkembanagan pendidikan Abad ke-21 yang menuntut perubahan dalam pendekatan PdP daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan murid. (TBG3) Hasil dapatan kajian berkaitan keupayaan untuk menyediakan RPH Pengajaran Terbeza menujukkan hanya dua peserta kajian yang berupaya merancang RPH Pengajaran Terbeza. Sebahagian peserta lagi menyatakan bahawa mereka agar sukar untuk merancang Pengajaran Terbeza dalam pengurusan RPH berkenaan. Contoh data temu bual oleh peserta kajian G3 berkaitan keupayaan merancang RPH Pengajaran Terbeza.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 69 Bagi saya agak sukar untuk merancang RPH Pengajaran Terbeza disebabkan kurang memahami cara penulisan RPH berkaitan. (TBG3) Menurut peserta G1, G2, G4 dan G5, pentaksiran dalam Pengajaran Terbeza agak sukar dilaksanakan kerana guru perlu menyediakan pentaksiran yang pelbagai mengikut tahap pencapaian dan gaya pembelajaran murid. Contoh data temu bual peserta kajian G4 berkaitan kebolehan melaksanakan pentaksiran yang sesuai dengan Pengajaran Terbeza. Saya berpendapat pentaksiran dalam Pengajaran Terbeza memerlukan kemahiran untuk menyesuaikan tahap pentaksiran yang pelbagai. Ini menimbukkan kesukaran kerana guru perlu menyediakan pelbagai set soalan yang berbeza dalam masa yang sama. (TBG4) 5.1 Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru tahap satu dalam menjalankan Pengajaran Terbeza di sekolah. Dapatan seterusnya berkaitan dengan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru Tahap Satu dalam pelaksanaan Pengajaran Terbeza dalam bilik darjah. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa walaupun kaedah Pengajaran Terbeza dilihat berkesan untuk memenuhi keperluan pembelajaran murid namun masih terdapat cabaran yang harus dihadapi oleh guru semasa melaksanakannya. Jadual 2 Cabaran Yang Dihadapi Oleh Guru Tahap Satu Dalam Menjalankan Pengajaran Terbeza Di Sekolah Item G1 G2 G3 G4 G5 Penyediaan bahan mengikut tahap kognitif murid. / x / / / Penyediaan aktiviti mengikut tahap kognitif murid. / x x / / Tempoh masa pdp yang terhad. / / x / / Kesukaran memilih strategi Pembelajaran Terbeza yang sesuai. / x / / / Hasil dapatan untuk cabaran Pengajaran Terbeza, terdapat empat cabaran yang dikenalpasti berdasarkan temu bual dengan peserta kajian iaitu guru-guru tahap satu di sekolah rendah.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 70 Antara cabaran yang dihadapi adalah penyediaan bahan mengikut tahap kognitif murid, penyediaan aktiviti-aktiviti mengikut tahap kognitif murid, tempoh masa PdP yang terhad dan kesukaran memilih strategi Pengajaran Terbeza yang sesuai. Berdasarkan temubual dengan peserta kajian G1, antara cabaran yang dihadapi adalah penyediaan bahan untuk Pengajaran Terbeza mengikut tahap kognitif murid. Contoh data temu bual oleh peserta G1 berkaitaan penyediaan bahan. Guru terpaksa menyediakan bahan-bahan sumber PdP yang pelbagai mengikut aras kebolehan murid khususnya yang relevan dengan kaedah Pengajaran Abad ke-21.(TBG1) Terdapat beberapa cabaran yang menjadi halangan untuk menyediakan aktiviti-aktiviti dalam pengajaran terbeza terhadap murid tahap satu. G4 menyatakan bahawa agar sukar untuk menyediakan memilih aktiviti yang sesuai dalam pengajaran terbeza. Contoh data temu bual peserta G4 berkaitan penyediaan aktiviti mengikut tahap kognitif murid. Bagi saya cabaran utama yang dihadapi adalah untuk memilih aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan pelbagai kategori tahap kebolehan murid. (TBG4) Bagi peserta kajian G5 pula menyatakan, tempoh masa yang terhad dalam PdP sesuatu pengajaran mata pelajaran menyukarkan guru untuk melaksanakan kaedah Pengajaran Terbeza dalam bilik darjah. Menurut beliau, untuk melaksanakan Pengajaran Terbeza yang berkesan memerlukan masa yang lebih panjang terutama melibatkan murid yang mempunyai tahap kognitif yang rendah berkaitan tempoh masa yang terhad dalam PdP. Saya memerlukan masa tempoh masa yang lebih panjang dalam melaksanakan aktiviti semasa pengajaran kerana aktiviti antara murid adalah berbeza mengikut kebolehan mereka. (TBG5) G4 pula menyatakan kesukaran untuk memilih strategi yang sesuai dalam Pengajaran Terbeza. Contoh data temu bual


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 71 peserta G4 berkaitan kesukaran memilih strategi yang sesuai dalam pengajaran terbeza dalam PdP. Bagi saya untuk memilih kesesuaian strategi PdP dalam Pengajaran Terbeza merupakan satu cabaran yang agak besar. Khususnya mengaplikasikan amalan pedagogi PAK ke-21 untuk murid-murid tahap satu yang berbeza kebolehan mereka. (TBG4) 6.0 Rumusan dan Perbincangan Hasil dapatan menunjukkan bahawa guru-guru tahap satu bersedia untuk melaksanakan kaedah Pengajaran Terbeza dan menyedari kepentingannya untuk murid. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, guru mempunyai kesediaan melaksanakan Pengajaran Terbeza, berpengetahuan tentang kepentingan Pengajaran Terbeza, keupayaan merancang RPH Pengajaran Terbeza, dan boleh melaksanakan pentaksiran Pengajaran Terbeza yang sesuai dengan tahap pencapaian murid. Dapatan kajian ini ini adalah selari dengan kajian Tengku Sarina Aini dan Fatimah (2018) yang mendapati guru perlu bersedia untuk melaksanakan Pembelajaran Terbeza berdapan dengan kepelbagaian murid, dan murid terlibat aktif dalam proses PdP supaya matlamat pembelajaran akan tercapai. Dapatan kajian juga mendapati guru mempunyai pengetahuan untuk melaksanakan kaedah Pengajaran Terbeza terhadap murid-murid Tahap Satu di sekolah. Kajian ini disokong Kamarul Azmi dan Ab. Halim (2007) yang menyatakan antara sifat-sifat guru yang berkesan adalah seperti mempunyai kemahiran mengajar, berpengetahuan, berkemahiran dan menerapkan kemahiran dalam pengajarannya. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan guru-guru tahap satu seharusnya mempunyai kemahiran untuk merancang RPH dalam Pengajaran Terbeza dengan berkesan. Eka Putri, Ernawati dan Gita (2018) berpandangan bahawa murid mempunyai gaya belajar yang berbeza, justeru guru perlu merancang pengajaran harian mengikut kepelbagaian murid di bilik darjah. Guru perlu sentiasa bersedia dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi meraikan kemampuan murid yang pelbagai, memenuhi ekuiti murid untuk memahami dan menguasai isi pelajaran dan bukan sekadar menghabiskan sukatan pelajaran semata-mata (Basirah, Mohd Yakub & Muhamad Alihanafiah, 2018).


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 72 Dapatan kajian ini turut cenderung menunjukkan sebahagian besar dalam kalangan guru menghadapi kesukaran untuk melaksanakan pentaksiran yang sesuai mengikut Pengajaran Terbeza. Justeru guru harus memahami secara mendalam melaksanakan kaedah pentaksiran mengikut kepelbagai kebolehan. Tomlinson (2017) menyatakan guru perlu merancang kaedah pentaksiran kemahiran murid mengikut kesesuaian, keperluan serta kebolehan murid. Guru perlu meraikan kepelbagaian murid di bilik darjah. Fenomena ini selari dengan kajian Hamir dan Mohamad Hilmi (2019) yang menyatakan guru perlu meraikan kepelbagaian murid kerana dengan meraikan kepelbagaian ini, murid akan terlibat aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya matlamat pembelajaran akan tercapai.. Keperluan Pedagogi Terbeza (Differentiated Pedagogy) yang merupakan bentuk pengajaran yang baharu perlu diketengahkan bagi meraikan dan memenuhi keperluan pembelajaran dan pentaksiran murid dilaksanakan mengikut aras kognitif murid yang pelbagai. Kepelbagaian ini jelas disebut oleh Allah Taala dalam ayat surah Ali Imran (3):11 dan surah al- An’am (6):165 yang menyatakan manusia diciptakan dengan kepelbagaian kebolehan akal, roh dan jasad. Kajian ini juga menemui beberapa cabaran yang dihadapi oleh guru Tahap Satu untuk melaksanakan pengajaran terbeza. Antara cabaran wujud ialah penyediaan bahan mengikut tahap kognitif murid, penyediaan aktiviti mengikut tahap kognitif murid, tempoh masa PdP yang terhad dan kesukaran memilih strategi pengajaran terbeza yang sesuai. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat cabaran dari aspek membuat persediaan bahan PdP apabila bahan yang disediakan kurang sesuai kerana terdapat pelbagai tahap kognitif murid-murid. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat cabaran daripada aspek tempoh masa pengajaran yang lebih panjang diperlukan oleh guru untuk merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam Pengajaran Terbeza. Oleh itu, guru seharusnya dapat menentukan jenis aktiviti dan peruntukan masa yang sesuai untuk sesuatu mata pelajaran. Siti Nurliyana (2015) berpandangan bahawa guru-guru seharusnya menguasai Pengajaran Terbeza secara konsisten kerana kemahiran guru mengajar iaitu menyusun langkah-langkah pengajaran dalam tempoh tertentu merupakan perkara yang penting dalam komponen kemahiran mengajar. Terdapat juga cabaran dalam memilih strategi pengajaran yang sesuai untuk guru Tahap Satu semasa melaksanakan pengajaran terbeza. Sehubungan itu, guru yang mengajar Tahap Satu perlu memahami pendekatan pengajaran yang hendak dilaksanakan dalam bilik darjah iaitu dengan memilih strategi pengajaran yang pelbagai dengan menguasai


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 73 amalan terbaik dalam pedagogi kontemporari. Ini kerana pembelajaran murid-murid Tahap Satu adalah tertumpu kepada keseronokan untuk belajar, pembelajaran bermakna dan membina kemahiran serta penerapan nilai kasih sayang dalam diri. Hal ini selari dengan pandangan Abd. Khahar et al. (2018) yang menyatakan keterbezaan murid dalam sesebuah bilik darjan menuntut guru untuk menggunakan pelbagai kaedah atau strategi pengajaran berdasarkan keperluan murid. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan guru yang mengajar tahap satu bersedia untuk melaksanakan pengajaran terbeza terhadap murid. Kajian juga mendapati, tahap pengetahuan guru terhadap Pengajaran Terbeza adalah baik dan dimantapkan lagi melalui bengkel dan latihan serta amalan PdP Pengajaran Terbeza. Namun begitu, cabaran yang dihadapi sememangnya wujud dan guru perlu bijak menangani masalah tersebut supaya guru bersedia untuk melakukan perubahan perubahan dalam PdP khususnya dalam PAK 21 dan persekitaran pembelajaran yang kondusif selari dengan konsep SekolahKu Sejahtera. Rujukan Abd. Khahar bin Saprani, Hapsah binti Majid, Zanariah binti Ibrahim, & Lokman bin Abd Wahid. (2018). Pedagogi terbeza : Keadilan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 11, 1–17. Basirah binti Abu Bakar, Mohd Yakub@Zulkifli bin Mohd.Yusoff, & Muhamad Ali Hanafiah bin Norasid. (2018). Manhaj al-Quran mengenai dakwah terhadap remaja: Satu kajian bibliomatrik. QURANICA - International Journal of Quranic Research, 10(2), 89–108. Eka Putri Azrai, Ernawati, & Gita Sulistianingrum. (2018). Ragam gaya belajar siswa SMA Menurut David Kolb dalam Pembelajaran Biologi. Jurnal Al-Azhar Indonesia Seri Humaniora, 4(4), 251. Hamir Hamzah Jaafar, & Mohamad Hilmi Mat Said. (2019). Inovasi pengajaran untuk menarik minat pelajar menguasai ilmu tajwid. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 1(6), 1689–1699. Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. 2007. Pendidikan Islam: Kaedah pengajaran dan pembelajaran. Skudai Johor: Penerbit UTM.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 74 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Siti Nurliyana Ab Halim. (2015). Pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pembelajaran pemahaman bacaan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, & Fatimah Sahida Abdurajak. (2018). Pengalaman pengajaran guru novis pendidikan Islam : Implikasi terhadap reka bentuk kurikulum latihan pendidikan guru. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43(1), 59–66. Tomlinson, C. A. (2014). The differentiated classroom: Responding to the needs of all learners (2nd Edition). ASCD. _______________(2017). Differentiate instruction in academically diverse classroom (3rd edition). Alexandria,VA USA.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 75 LAMPIRAN Gambar 1 : PdP Pengajaran Terbeza


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 76 MENEROKA GAYA BELAJAR MURID-MURID DI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DALAM DAERAH KUBANG PASU, KEDAH Che Mas Saud1 , Ooi Siew Tin2 1,2Jabatan Ilmu pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman 1 [email protected], 2 [email protected] Certified Coach Master Trainer: Mashira Yahaya, Ph.D Abstrak Pemilihan gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan kemampuan individu penting dalam mengoptimumkan keberkesanan proses pengajaran. Tujuan kajian ini untuk mengenal pasti gaya belajar dalam kalangan murid-murid di salah sebuah sekolah dalam negeri Kedah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Bentuk kajian ini ialah kajian bertujuan melibatkan penggunaan model gaya pembelajaran VAK terhadap murid-murid. Responden terdiri daripada guru-guru sekolah. Seramai 48 orang guru menjawab soalan soal selidik. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package for the Social Sciences” (SPSS) versi 21.0 Pemilihan instrumen berdasarkan “The Schoolwide Enrichment Model” oleh Debbie Goldbeck, yang terdiri daripada konstruk gaya belajar berdasarkan projek, simulasi, rakan sebaya dan perbincangan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap gaya belajar pelajar projek, simulasi, rakan sebaya dan perbincangan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi dengan min melebihi 4.00. Kajian memberi implikasi bahawa setiap murid mempunyai gaya pembelajaran tersendiri dan bertindak balas dalam proses pembelajaran. Dapatan ini menyumbang kepada strategi pembelajaran yang berkesan berdasarkan gaya pembelajaran yang sesuai dengan murid-murid. Kata kunci: VAK, gaya belajar, model pembelajaran, pengajaran dan pembelajaran. 1.0 Pengenalan Berdasarkan Pelan Strategik Interim Kementerian Pelajaran Malaysia 2011- 2020 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012) kualiti guru merupakan satu faktor yang diberi keutamaan untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid. Guru yang berkualiti adalah guru yang mampu menguasai teknik serta strategi pengajaran dan pembelajaran yang menarik serta berkesan


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 77 dalam memastikan matlamat dan objektif pembelajaran dapat dicapai (Aminah & Mohd Isa, 2017). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyarankan supaya guru-guru menerapkan aktiviti-aktiviti yang berunsurkan PAK-21 dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan pengajaran yang berkesan memainkan peranan penting agar pencapaian murid dapat dimaksimumkan. Pencapaian akademik pelajar merupakan hala tuju semua guru. Hal ini sependapat dengan Alias (2005) iaitu pencapaian akademik mempunyai signifikan dengan gaya pembelajaran. Pemilihan gaya pembelajaran yang berkesan dapat mendorong pelajar menguasai sesuatu mata pelajaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji gaya pembelajaran murid di sekolah. Konsep gaya merujuk kepada sikap, kesukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri seseorang (Kamus Dewan, 2013). Manakala pembelajaran merujuk kepada proses belajar seseorang individu. Menurut model gaya pembelajaran VAK oleh Fernald, Keller, Orton, Gillingham, Stillman dan Montessori (1920) telah membahagikan gaya pembelajaran kepada tiga iaitu gaya pembelajaran visual, gaya pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran kinestetik. Menurut Rose Colin dan Nicholl (2011), Gaya pembelajaran secara amnya telah didefinisikan sebagai cara individu mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan individu itu sendiri. 2.0 Objektif Objektif kajian ini adalah : 2.1 Mengenal pasti tahap gaya belajar murid-murid dalam bentuk projek, simulasi, rakan sebaya dan perbincangan dalam pengajaran dan pembelajaran. 3.0 Soalan Kajian 3.1 Apakah tahap gaya belajar murid-murid dalam bentuk projek, simulasi, rakan sebaya dan perbincangan dalam pengajaran dan pembelajaran? 4.0 Metodologi Kajian Reka bentuk kajian berbentuk kuantitatif melalui tinjauan menggunakan soal selidik. Data dan maklumat dikumpul untuk mengenal pasti gaya belajar muridmurid dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan sampel bertujuan. Seramai 48 responden guru menjawab soalan soal selidik yang


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 78 terdiri daripada 40 orang guru perempuan dan 8 orang guru lelaki. Analisis data menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) version 22.0. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif. Soalan soal selidik di bahagikan kepada kepada dua bahagian iaitu bahagian A soalan demografi dan bahagian B mengandungi 25 item soalan berkaitan gaya belajar pelajar. Skala Likert dipilih daripada julat 1 hingga 5. Skala 1 mewakili sangat tidak setuju hingga skala 5 sangat setuju. Skala interpretasi min diubahsuai berdasarkan daripada Mohd Majid Konting (1990) iaitu min 4.00-– 5.0 tahap Tinggi, min 2.51 – 4.00 tahap Sederhana dan min 0.1 – 2.50 tahap Rendah. Sampel kajian dipilih secara sampel bertujuan iaitu daripada guru-guru yang mengajar bahasa Melayu. Seramai 48 orang guru telah menjawab soalan soal selidik di salah sebuah sekolah dalam Negeri Kedah. Kajian ini menggunakan soal selidik oleh “The Shoowide Enrichment Model” oleh Debbie Goldbeck (2003). Soal selidik ini diubahsuai dan gaya belajar yang dipilih ialah projek, simulasi, rakan sebaya dan perbincangan. 5.0 Dapatan Kajian Dapatan kajian adalah untuk menjawab persoalan kajian berikut; Soalan kajian: Apakah tahap gaya belajar murid-murid dalam bentuk projek, simulasi, rakan sebaya dan perbincangan dalam pengajaran dan pembelajaran? Berdasarkan Jadual 1, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap gaya belajar murid-murid dalam bentuk projek dalam pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi. Hal ini ditunjukkan oleh min yang melebihi 4.00. Min tertinggi ialah 4.63. Jadual 1 Tahap gaya belajar pelajar projek, dalam pengajaran dan pembelajaran Item Projek Min Sisihan Piawai Tahap Saya suka murid-murid saya pergi ke perpustakaan secara berkumpulan untuk mencari maklumat bagi sesuatu projek. 4.44 .68 Tinggi Saya suka murid bekerja dengan muridmurid lain dengan mendapat sedikit bantuan daripada guru 4.52 .58 Tinggi


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 79 Saya suka murid bekerja dengan murid lain berkaitan dengan projek yang dicadangkan oleh guru. 4.63 .53 Tinggi Saya suka bekerja dengan satu kumpulan untuk merancang pelajaran yang akan diajar dalam kelas. 4.46 .68 Tinggi Saya suka bekerja dengan murid-murid lain untuk merancang dan menyiapkan suatu projek. 4.46 .68 Tinggi Berdasarkan Jadual 2, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap gaya belajar murid-murid dalam bentuk simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi. Hal ini ditunjukkan oleh min yang melebihi 4.00. Gaya pembelajaran ini adalah lebih santai dan melibatkan murid secara lebih aktif. Manakala min tertinggi adalah 4.67 iaitu item ‘Saya suka murid-murid melakukan kerja yang disusun dari senang ke sukar’.Dapatan ini menunjukkan bahawa guru-guru menyusun pembelajaran murid secara ansur maju iaitu daripada mudah kepada sukar. Namun, Item ‘Saya suka murid-murid mempelajari sesuatu dalam pengajian sosial secara lakonan’ menunjukkan min terendah iaitu 4.35. Jadual 2 Tahap gaya belajar pelajar simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Item Simulasi Min Tahap Saya suka murid-murid berada dalam kumpulan yang menceritakan atau melakonkan sesuatu perkara. 4.60 Tinggi Saya suka murid-murid mempelajari sesuatu dalam pengajian sosial secara lakonan. 4.35 Tinggi Saya suka murid-murid mempelajari sesuatu kerjaya dengan melakonkan satu adegan seorang penemu duga yang cuba mendapatkan pekerjaan. 4.37 Tinggi Saya suka murid-murid melakukan kerja yang disusun dari senang ke sukar. 4.67 Tinggi Saya suka murid-murid menjadi ahli kumpulan yang membincangkan cara sepatutnya bagi guru menangani masalah kelas. 4.45 Tinggi Berdasarkan Jadual 3, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap gaya belajar murid-murid bersama rakan sebaya dalam pengajaran dan pembelajaran adalah


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 80 tinggi. Hal ini ditunjukkan oleh min yang melebihi 4.00 dengan min tertinggi ialah 4.78. Jadual 3 Tahap gaya belajar pelajar rakan sebaya dalam pengajaran dan pembelajaran Item Rakan Sebaya Min Sisihan Piawai Tahap Saya suka mendengar persembahan pelajar lain dalam kelas tentang apa yang telah dipelajari atau di hasilkan oleh mereka. 4.73 .45 Tinggi Saya suka murid-murid saya pergi ke perpustakaan secara berkumpulan untuk mencari maklumat bagi sesuatu projek. 4.78 .42 Tinggi Saya suka mempunyai rakan kelas murid yang berkebolehan mengajar dalam sesuatu perkara. 4.58 .54 Tinggi Saya suka murid-murid belajar mendapat maklumat baru atau bagaimana menyelesaikan suatu masalah daripada murid lain dalam kelas. 4.46 .58 Tinggi Saya suka murid-murid bekerjasama dengan rakan kelas untuk mendapat dan mengkaji maklumat suatu ujian. 4.41 1.03 Tinggi Berdasarkan Jadual 4, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap gaya belajar murid-murid dalam bentuk perbincangan bersama rakan-rakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi. Hal ini ditunjukkan oleh min yang melebihi 4.00. Min tertinggi ialah 4.69. Jadual 4 Tahap min gaya belajar pelajar perbincangan dalam pengajaran dan pembelajaran Item Perbincangan Min Sisihan Piawai Tahap Saya suka murid-murid berbincang hal kerja sekolah dalam kumpulan. 4.62 .57 Tinggi Saya suka murid mendengar idea-idea murid lain semasa perbincangan dalam kelas tentang sesuatu perkara. 4.69 .51 Tinggi


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 81 Saya suka murid bercakap kuat untuk menyatakan apa apa yang tidak dipersetujui tentang perkara yang diperkatakan oleh murid lain. 3.95 1.01 Seder hana Saya suka murid-murid lain mencerikatan idea tentang sesuatu perkara kepada orang lain semasa perbincangan kelas. 4.48 .58 Tinggi Saya suka murid-murid mendengar rakan-rakan kelas memeberikan pendapat tentang seseuatu perkara. 4.52 .54 Tinggi Jadual 5 merupakan rumusan tahap min gaya belajar murid-murid dalam bentuk projek, simulasi, rakan sebaya dan perbincangan dalam pengajaran dan pembelajaran. Gaya belajar melalui simulasi merupakan tahap tertinggi iaitu min 4.59, diikuti oleh Projek dengan min 4.52, Rakan sebaya dan perbincangan dengan min 4.45. Keseluruhan min bagi semua gaya belajar murid berdasarkan gaya pembelajaran guru adalah tinggi melebihi 4.00. Jadual 5 Tahap min gaya belajar pelajar projek, simulasi, rakan sebaya dan perbincangan dalam pengajaran dan pembelajaran Item Min Sisishan Piawai Varian Tahap Projek 4.52 . 50 .251 Tinggi Simulasi 4.59 .06 .182 Tinggi Rakan sebaya 4.45 .07 .234 Tinggi Perbincangan 4.45 .07 .234 Tinggi 6.0 Perbincangan Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan di sekolah tersebut, didapati tahap gaya belajar murid-murid dalam bentuk projek, simulasi, rakan sebaya dan perbincangan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi. Hal ini menunjukkan murid-murid suka gaya belajar secara projek dengan min 4.52, secara simulasi iaitu min 4.59, dengan rakan sebaya min 4.45 dan secara perbincangan min 4.45. Kajian ini selari dengan kajian Mamickam, Kesavarthini dan Othman (2010) hubungan positif yang kuat dan signifikan di antara gaya pembelajaran VAK dengan pencapaian mata pelajaran Sains. Dalam kajian


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 82 Ariesta Kartika Sari (2014), dapatan menunjukkan pelajar universiti sesuai menggunakan gaya pembelajaran secara VAK terutamanya secara visual. Pengajaran menggunakan visual lebih mudah untuk murid menyerap dan menerima maklumat kerana dipersembahkan dalam bentuk gambar, carta dan gambarajah. Dalam kajian ini murid ada menyatakan keseronokan dapat bekerja dengan rakan lain dalam sesuatu latihan yang diberi oleh guru melalui visual. Gaya auditori lebih mudah untuk murid menyerap dan menerima maklumat melalui pendengaran. Mereka suka jika rakan bercakap kuat kerana dapat mendengar dan mempelajari sesuatu yang baharu. Mereka juga suka mendengar sesebuah pembentangan oleh guru mahupun kerja berkumpulan. Mengulang semula ayat dengan mulut sendiri juga membantu dalam pembelajarannya semasa belajar dalam kumpulan. Pelajar kinestetik lebih sukakan pengalaman yang melibatkan anggota fizikal. Mereka sukakan sesuatu yang lebih praktikal berbanding teori, lebihlebih lagi yang melibatkan sentuhan ataupun alatan. Dari kajian ini, murid menyatakan keseronokkan belajar melalui projek dan lakonan murid dapat mengerakkan tubuh badan dan ekspresi semasa pergerakan lakonan. Gaya belajar penting ditekankan kepada guru kerana berdasarkan pendapat Abdul Karim (2003) sistem pendidikan di Malaysia masih kurang menekankan teknik belajar secara formal, begitu juga dengan kajian Siti Hawa Munji (1987) dalam kajianya kemahiran belajar pelajar mendapati kesedaran tentang penggunaan kemahiran belajar yang berkesan berada pada tahap yang rendah. 7.0 Rumusan Secara tuntasnya, Seiring dengan keperluan teknologi kini, pelajar perlu pendedahan gaya belajar dengan proses yang betul. Hal ini kerana pelajar belajar kemahiran belajar secara kebetulan, tidak langsung dan terikut dengan rakan sebaya. Selaras dengan idea Amir Awang (1986) pemilihan gaya belajar adalah penting kerana individu berbeza dari segi bakat, minat dan kebolehan. Gaya pembelajaran yang dimiliki juga dapat membantu seseorang membatu meningkatkan prestasi pembelajaran dan mencapai keputusan lebih cemerlang (Dunn dan Stevenson, (1997) Klavas (1994). Kesedaran kepentingan ini juga dapat membantu pendidik dan pihak institusi menyediakan persekitaran dan kaedah mengajar sesuai dengan kecenderungan belajar pelajar (Baharin Abu, 2000). Hal ini memberi impak kepada pihak berkepentingan untuk menyediakan


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 83 bahan-bahan pengajaran dan meningkatkan kemahiran pedagogi guru demi menjayakan gaya belajar pelajar dengan berkesan. Rujukan Ab. Rahim Selamat (1995). Kajian Gaya Belajar Kumpulan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sesi 1994/95, Institut Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim Perak. (Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Penyelidikan Pendidikan 1995 anjuran Bahagian Pendidikan Guru). Abdul Rahim Abdul Rashid (1999). Pendekatan Pedagogi dan Wawasan Pendidikan Bestari. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abdul Rahim Hamdan (2007). Pengajian Kurikulum. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Amir Awang (1986). Teori-teori pembelajaran. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd. Ariesta Kartika Sari. (2014). Analisis Karekteristik Gaya Belajar VAK (Visual, Auditorial, Kinestetik) Mahasiswa Pendidikan Informatika Angkatan. Universitas Trunojoyo Madura Bangkalan, Indonesia Atan Long (1980). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Aziz Nordin (1989). Peranan Guru Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Buletin Pendidikan Sains dan Matematik. Aziz Nordin (1991). Ke Arah Pembentukan Pusat Perawatan Pembelajaran. Jabatan Pendidikan Sains dan Teknik, Fakulti Sains UTM, Skudai. Azizi Yahaya & Shareeza Abdul Karim (2004). Kajian Hubungan Di antara Gaya pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram. Universiti Teknologi Malaysia. Azizi Yahaya, Mohd. Najib Ghaffar, Noraizah Damiri (2003). Kajian Ciri-ciri Personaliti Dalam Pemilihan Kerjaya Pelajar, Gaya Pembelayaran Pelajar dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik. Universiti Teknologi Malaysia.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 84 Baharin Abu (2000). Teaching Effectiveness and Staff Professional Development Programmes in HEI in Malaysia. Published Doctoral Thesis, The University of Birmingham, UK. Dayang Julida Abang Tar, Muhd Izwan Mahmud Minat. (2021). Tingkah Laku Distruptif Dan Gaya Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran Di Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 3, n. 4, p. 49-64, dec. 2021. ISSN 2682-826X. Dunn, R. & Dunn, K. (1978). Teaching Students Through Their Individual Learning Styles: A Practical Approach. Reston, Virginia: Reston Publishing. Dunn, R. & Stevenson, J.M (1997). Teaching Diverse College Students to Study A Learning Style Prescription. College Student Journal, 31(3): 333-339. Esah Sulaiman (2003). Modul Pengajaran Asas Pedagogi. Jabatan Asas Pendidikan Fakulti Pendidikan UTM. Fadzilah Kamsah (2006). Tips Pelajar IPT (Institut Pengajian Tinggi) Cemerlang. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd. Gurmit Kaur Gurcharam Singh (2004). Amalan Kemahiran Belajar Pelajar Tahun 4 Program SPN, SPG, SPC dan SPF di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Laporan PSM. Tidak diterbitkan. Jacobson, Bergman A.B. (1991). Science for Children: A Book for Teacher. 3th ed. Boston: Allyn and Bacon. Klavas, A. (1994). Learning Style Program Boosts Achievement and Test Scores. Clearing House. Vol. 67(3): 149. Mamickam, Khesavarthini & Othman, Nooraini (2010) The Learning Styles and Achievement Of Students In Science Using Visual, Auditory And Kinesthetic (vak) Modality. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Majid Konting (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 85 Siti Hawa Munji (1987). Kajian Penggunaan Teknik Belajar Oleh Pelajarpelajar Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Sarawak. Sarawak: Universiti Pertanian Malaysia. Siti Hawa Munji (1989). Strategi Belajar: Lulus Peperiksaan. K. Lumpur: Usaha C & L Sdn. Bhd. Siti Hawa Munji (1990). Pengantar Psikologi. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 86 LAMPIRAN .. ..


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 87 Gambar 1 : Pelajar melaksanakan aktiviti Projek, Simulasi, Rakan sebaya dan Perbincangan dalam pengajaran dan pembelajaran .


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 88 LAMPIRAN A Gambar Sekitar Lawatan Sekolah TS25 Gambar 1 : Taklimat TS25 oleh SLT (Guru Besar SK XX)


KOLEKSI CASE-BASED LEARNING TS25 RE IPGKDA KOHORT 6.0 89 LAMPIRAN B Gambar Sekitar Lawatan Sekolah TS25 Gambar 2 : Projek Agrotek (Penanaman Bunga Telang dan Pokok-Pokok Ulam oleh Guru dan Pelajar


Click to View FlipBook Version