Kerusi VIP hendaklah disusun dengan betul mengikut
kekananan jawatan dimulai dari kedudukan di tengah-tengah.
Rujuk lampiran...., susunan kerusi.
c. Bendera:
Kedudukan bendera mestilah di bahagian belakang pentas
atau pada tiang tetap yang disediakan di sebelah kanan pentas.
Kedudukan bendera mestilah mengikut susunan kekananan yang
betul. Rujuk lampiran.... bendera.
d. Backdrop dan hiasan pentas :
Backdrop hendaklah di letakkan pada papan backdrop
ditengah-tengah bahagian belakang pentas dan dapat dilihat pada
keseluruhan kawasan penglihatan para tetamu. Penggunaan logo
dan warna hendaklah bersesuaian dan boleh di baca oleh tetamu
kabur warna.
e. Rostrum VIP:
Rostrum VIP diletakkan pada bahagian sudut kanan pentas.
Rostrum hendaklah dialas. Pastikan VIP yang berucap tidak
terlindung daripada penglihatan para tetamu.
f. Rostrum Pengacara Majlis:
Rostrum pengacara majlis boleh di letak pada mana-mana
bahagian yang sesuai tetapi tidak berada dihadapan selari dengan
Rostrum VIP atau kerusi VIP. Boleh juga diletakkan di bahagian
bawah sebelah kiri dewan (tidak di atas pentas) atau pada
kedudukan kiri belakang kerusi VIP dan berhampiran meja hadiah
(jika ada meja hadiah).
g. Meja Hadiah:
Kedudukan meja hadiah hendaklah berhampiran rostrum
juruacara dan berada di sebelah kiri belakang kerusi VIP. Sediakan
juga meja meletak hadiah (selepas penerima menerima hadiah)
pada kedudukan kiri (menghadap pentas) di bawah pentas.
h. Kedudukan Kerusi Tetamu:
Kedudukan kerusi tetamu hendaklah di susun mengikut
keluasan dewan dalam dua kolum. Setiap kolum mengandungi
bilangan kerusi yang sama banyak. Terdapat ruang berjalan pada
bahagian tengah antara dua kolum dan pada bahagian tepi setiap
kolum. Kerusi tetamu khas diletakkan pada bahagian hadapan
dewan (menghadap pentas) dengan jumlah yang mencukupi
mengikut senarai tetamu khas yang akan hadir.
49
i. Kedudukan Kerusi Peserta Kursus
Kedudukan kerusi peserta-peserta kursus hendaklah pada
kedudukan di belakang kedudukan kerusi tetamu khas manakala
tetamu biasa boleh diletakkan pada bahagian belakang selepas
peserta-peserta kursus.
j. Kedudukan Naik Turun Pentas:
Peserta yang akan naik ke pentas untuk menerima sijil
tamat kursus hendaklah secara kumpulan jika terlalu ramai dan
berseorangan jika jumlahnya sedikit. Jika bilangannya ramai,
kebiasaannya kumpulan-kumpulan akan di bentuk berdasarkan
barisan pada setiap kolum. Setiap penerima sijil dalam kolum
barisan akan bergilir-gilir seorang demi seorang naik ke pentas
mengikut ‘masa’ yang betul. Satu baris penerima sijil akan naik ke
pentas seorang demi seorang. Apabila seorang menerima hadiah,
seorang akan menunggu pada hentian menunggu di atas tangga
naik, seorang akan berada pada hentian menunggu di bawah tangga
naik dan yang lain di hentian menunggu di luar dewan dalam
barisan kolum. Satu barisan kolum akan berdiri dan keluar menuju
tempat menunggu di luar dewan melalui bahagian tepi kolum.
k. Tanda laluan naik ke pentas:
Laluan naik ke pentas untuk penerima sijil untuk
menerima sijilnya mestilah di tanda. Tanda-tanda yang perlu di
buat ialah pada tempat menerima hadiah, pada tempat menunggu
di atas tangga naik, tempat menunggu di bawah tangga naik dan
tempat menunggu di luar dewan. Penerima akan naik ke pentas
melalui tangga sebelah kiri pentas (menghadap tetamu) dan turun
melalui tangga sebelah kanan pentas. Pastikan terdapat ruang
laluan penerima hadiah di hadapan meja atau kerusi VIP.
m. Cara menerima sijil kursus di atas pentas:
Upacara menerima sijil hanya dilakukan semasa majlis
penutupan rasmi sahaja. Penerima sijil dikehendaki berjalan
mengikut laluan yang ditanda. Apabila berada di hadapan untuk
menerima sijil, penerima hendaklah melakukan kawad selaku
terima sijil. jika beruniform. Jika tidak beruniform, penerima sijil
hendaklah memberi hormat (solute) kepada pemberi sijil iaitu
dengan cara sedikit membongkok dan tunduk sedikit pada sudut 45
darjah pada kedudukan dua langkah di hadapan penerima sijil,
kemudian membuat satu langkah ke hadapan, bersalam dan
menerima sijil. Selepas menerima sijil hendaklah mengucapkan
terima kasih. Ketika beredar, melakukan satu langkah undur ke
belakang, memberi hormat dengan membongkok dan tunduk 45
darjah, berpusing ke kiri dan terus berjalan keluar turun pentas.
50
K. Tatacara Majlis Di Dalam Dewan.
Tatacara majlis hendaklah di susun dengan betul. Sama ada majlis
pembukaan rasmi atau penutupan rasmi, tatacaranya adalah sama. Hanya
sedikit perbezaan daripada segi kandungan acaranya.
a. Ketibaan tetamu jemputan.
I. Peserta kursus mengambil tempat duduk yang
disediakan.
II. Para tetamu jemputan mengambil tempat duduk
masing-masing yang telah disediakan di bahagian
hadapan tempat duduk peserta kursus.
III. Tetamu-tetamu lain mengambil tempat duduk di
bahagian belakang selepas tempat duduk peserta.
b. Ketibaan tetamu kehormat (VIP).
I. Ketibannya diumumkan oleh juruacara.
II. Tetamu dibawa ke pentas hormat dan diberi
penghormatan untuk menerima tabik hormat.
c. Ketibaan Tetamu Utama.
I. Ketibaan tetamu utama (VVIP) akan diiringi oleh
jawatankuasa penyambut tetamu.
II. Boleh diiringi paluan kompang, bunga manggar,
persembahan silat dan sebagainya yang sesuai dan
tidak memakan banyak masa.
III. Ketibannya diumumkan oleh juruacara sebaik
sahaja berada dipintu masuk atau tempat yang
hampir dengan kedudukan majlis.
d. Tabik hormat dan nyanyian lagu KRS.
I. Tetamu utama (VVIP) dibawa naik ke pentas
hormat untuk menerima tabik hormat daripada
ketua perbarisan.
II. Ketua perbarisan mengarahkan supaya semua yang
ada di dalam dewan untuk bangun bagi majlis yang
diadakan di dalam dewan. Jika majlis diadakan di
luar dewan maka semua hendaklah berdiri sedia.
III. Lagu pasukan (KRS) dinyanyikan beramai-ramai
dengan minus-one.
e. Lapor
Ketua perbarisan akan melapor sebaik sahaja nyanyian
selesai.
51
f. Bacaan doa
I. Doa akan dibaca sebagai tanda memulakan majlis.
II. Teks doa hendaklah disediakan dan sesuai dengan
majlis.
g. Ucapan-ucapan
V. Terdapat beberapa ucapan dalam bahagian ini iaitu
ucapan pengacara majlis, ucapan tetamu VIP dan
tetamu VVIP.
VI. Ucapan pengacara majlis adalah ringkas untuk
mengalu-ngalukan kehadiran semua tetamu dan
menjelaskan mengenai nama program, tujuan
program, masa atau tarikh program dan kehadiran
peserta.
VII. Tetamu kehormat (VIP) juga boleh dijemput untuk
menyampaikan ucapan sebagai wakil tuan rumah
atau pengelola.
VIII. Tetamu utama (VVIP) dijemput untuk memberikan
ucapan. Beliau juga boleh dijemput untuk membuka
rasmi atau menutup rasmi kursus pada akhir
ucapannya. Kompang, gendang, atau muzik boleh
dimaikkan untuk mengiringi pengumuman
perasmian.
h. Penyampaian sijil kursus (Dijalankan semasa majlis
perasmian penutup sahaja).
I. Tetamu utama (VVIP) boleh dijemput untuk
menyampaikan sijil dengan diiringi oleh tetamu
kehormat, pegawai pengelola, pengerusi atau yang
sesuai.
II. Tetamu kehormat juga boleh dijemput untuk
menyampaikan sijil bagaimanapun gilirannya
hendaklah disusun dengan betul iaitu penyampaian
di akhiri dengan tetamu utama (VVIP).
i. Penyampaian Cenderamata
III. Penyampaian cenderamata hendaklah dilakukan
mengikut urutan. Pegawai paling kanan atau tetamu
utama (VVIP) adalah yang terakhir menerimanya.
IV. Jika tiada acara lain, pengacara majlis akan
memberi isyarat bahawa acara majlis akan berakhir
seperti "majlis kita sudah sampai ke penghujung,
majlis kita sudahpun hampir berakhir" atau kata-
kata lain yang bersesuaian. Tujuannya supaya ketua
52
perbarisan sedia untuk menjalankan tugas
seterusnya.
j. Nyanyian lagu kebangsaan
I. Ketua perbarisan mengarahkan semua untuk bangun
jika majlis di dewan dan berdiri sedia jika majlis di
luar dewan.
II. Nyanyian lagu kebangsaan Negaraku dinyanyikan
beramai-ramai dengan iringan minus-one.
k. Ketua perbarisan melapor
I. Tetamu utama (VVIP) dijemput naik ke pentas
hormat.
II. Ketua perbarisan memberi tabik hormat seterusnya
melapor dan memohon untuk `menjalankan tugas
yang lain`.
III. Perbarisan dikehendaki menunggu sehingga VVIP,
VIP dan tetamu yang lain beredar sebelum
melaksanakan tugas yang seterusnya.
l. Tetamu Utama (VVIP), tetamu khas (VIP) dan tetamu
meninggalkan majlis.
I. Tetamu utama (VVIP) dan tetamu kehormat (VIP)
akan dibawa oleh jawatankuasa majlis ke tempat
jamuan.
II. Jika ada acara lain seperti bergambar, melawat
pameran, menanam pokok dan sebagainya boleh
dilaksanakan pada ketika ini sebelum semua tetamu
dibawa tempat jamuan.
l. Jamuan
I. Tempat jamuan hendaklah disediakan dengan
sempurna sama ada secara hidang atau buffet .
II. Jamuan ini dalam situasi tidak formal tetapi
tersusun dan kemas.
III. Meja untuk letak cap, peak cap, topi, beret, tongkat,
beg tangan dan sebagainya hendaklah disediakan di
tempat yang sesuai.
m. Bersurai
I. Setelah selesai semua acara.
53
4.4.2 Majils Di Luar Dewan
Majlis pembukaan atau penutupan kursus boleh juga diadakan di luar
dewan seperti di padang kawad, padang permainan, dan sebagainya. Cara
pelaksanaannya bergantung kepada kesesuaian tempat yang dipilih. Pada
kebiasaannya, majlis ini akan diadakan bersama satu perbarisan yang terdiri
daripada peserta-peserta kursus.
A. Persiapan Tempat:
Secara umumnya, penyediaan tempat untuk majlis di luar dewan
berbeza dengan majlis di dalam dewan. Terdapat beberapa perkara yang
perlu diambilkira dalam menyediakan tempat tersebut antaranya;
a. Pentas:
Pentas hendaklah disediakan di bawah khemah terbuka
(khemah VIP) atau khemah kanopi. Khemah ini juga dikenali
sebagai khemah atau pentas utama. Cara susunan kerusi VIP,
bendera, back drop, rostrum, meja hadiah dan hiasan di atas pentas
adalah sama seperti kedudukan majlis di dalam dewan.
b. Kerusi Tetamu :
Para tetamu jemputan akan berada di kiri dan kanan
khemah pentas utama atau di belakangnya. Susunan kerusi
hendaklah secara teratur dan memenuhi setiap ruang yang ada.
Jumlah kerusi hendaklah mencukupi mengikut senarai tetamu
jemputan yang akan hadir.
Kedudukan Kerusi VVIP dan VIP
54
B. Kedudukan Penerima Sijil Tamat Kursus
Terdapat tiga keadaan kepada anggota-anggota yang akan
menerima sijil iaitu sama ada berseorangan, berkumpulan atau secara
berwakil.
a. Berseorangan:
Apabila dipanggil nama untuk menerima sijil, tauliah atau
kenaikan pangkat, dalam masa sendiri, berdiri, anggota hendaklah
berdiri, sedia dan berjalan menuju tempat penyampai hadiah
kemudian anggota hendaklah berhenti, hormat ke hadapan (jika
memakai uniform), satu langkah ke hadapan dan menerima sijil
atau tauliah atau sedia untuk dipakaikan pangkat yang baru.
Setelah selesai, satu langkah ke belakang, hormat, berpusing dan
berjalan menuju tempat duduknya.
Cara menerima sijil secara berseorangan ini adalah sama
untuk penerima-penerima hadiah peserta kursus terbaik, akademik
terbaik dan hadiah-hadiah lain.
b. Berkumpulan:
Jika majlis tersebut ialah majlis pemakaian pangkat,
anggota-anggota penerima dalam kumpulan akan bersedia di luar
kumpulan perbarisan. Biasanya berada di sebelah kanan pentas
utama. Apabila juruacara memanggil masuk, semua akan sedia dan
berjalan bersama-sama (berkawad) menuju tempat penerima sijil,
tauliah atau kenaikan pangkat. Kedudukan berhenti adalah di
tengah-tengah menghadap pentas utama, di hadapan kumpulan
perbarisan. Kemudian kumpulan penerima akan berhenti,
menghadap kehadapan, luruskan barisan, memberi hormat dan
diam. (Kesemua arahan pergerakan kawad diberi oleh salah
seorang anggota penerima).
55
Bergerak Ke Pentas Secara Kumpulan
c. Berwakil:
Jika penerima sijil kursus terlalu ramai, untuk menjimatkan
masa, kaedah menerima sijil secara berwakil boleh dilakukan.
Maksudnya, juruacara akan menjemput salah seorang wakil
daripada kalangan peserta untuk mewakili semua peserta-peserta
kursus untuk menerima sijil tamat kursus.
C. Tatacara Majlis Di Luar Dewan
Tatacara majlis di luar dewan sama ada majlis pembukaan rasmi
kursus atau majlis penutupan kursus hendaklah di susun dengan betul.
Kedua-dua jenis majlis ini mempunyai tatacara yang sama. Hanya sedikit
perbezaan daripada segi kandungan acaranya.
b. Ketibaan tetamu jemputan.
I. Peserta kursus mengambil kedudukan iaitu berbaris
di tempat atau kawasan yang disediakan.
II. Para tetamu jemputan mengambil tempat duduk
masing-masing di khemah tetamu yang disediakan.
b. Ketibaan tetamu kehormat (VIP).
III. Ketibannya diumumkan oleh juruacara.
IV. Tetamu dibawa ke pentas hormat dan diberi
penghormatan untuk menerima tabik hormat.
c. Ketibaan Tetamu Utama.
I. Ketibaan tetamu utama (VVIP) akan diiringi oleh
jawatankuasa penyambut tetamu.
II. Boleh diiringi paluan kompang, bunga manggar,
persembahan silat dan sebagainya yang sesuai dan
tidak memakan banyak masa.
56
III. Ketibannya diumumkan oleh juruacara sebaik
sahaja berada dipintu masuk atau tempat yang
hampir dengan kedudukan majlis.
d. Tabik hormat dan nyanyian lagu KRS.
I. Tetamu utama (VVIP) dibawa naik ke pentas
hormat untuk menerima tabik hormat daripada
ketua perbarisan.
II. Ketua perbarisan mengarahkan supaya semua yang
ada di dalam dewan untuk bangun bagi majlis yang
diadakan di dalam dewan. Jika majlis diadakan di
luar dewan maka semua hendaklah berdiri sedia.
III. Lagu pasukan (KRS) dinyanyikan beramai-ramai
dengan minus-one.
f. Lapor
Ketua perbarisan akan melapor sebaik sahaja nyanyian lagu
KRS selesai.
f. Bacaan doa
I. Doa akan dibaca sebagai tanda memulakan majlis.
II. Teks doa hendaklah disediakan dan sesuai dengan
majlis.
g. Ucapan-ucapan
IX. Terdapat beberapa ucapan dalam bahagian ini iaitu
ucapan pengacara majlis, ucapan tetamu VIP dan
tetamu VVIP.
X. Ucapan pengacara majlis adalah ringkas untuk
mengalu-ngalukan kehadiran semua tetamu dan
menjelaskan mengenai nama program, tujuan
program, masa atau tarikh program dan kehadiran
peserta.
XI. Tetamu kehormat (VIP) juga boleh dijemput untuk
menyampaikan ucapan sebagai wakil tuan rumah
atau pengelola.
XII. Tetamu utama (VVIP) dijemput untuk memberikan
ucapan. Beliau juga boleh dijemput untuk membuka
rasmi atau menutup rasmi kursus pada akhir
ucapannya. Kompang, gendang, atau muzik boleh
dimaikkan untuk mengiringi pengumuman
perasmian.
h. Penyampaian sijil kursus (Dijalankan semasa majlis
perasmian penutup sahaja).
57
III. Tetamu utama (VVIP) boleh dijemput untuk
menyampaikan sijil dengan diiringi oleh tetamu
kehormat, pegawai pengelola, pengerusi atau yang
sesuai.
IV. Tetamu kehormat juga boleh dijemput untuk
menyampaikan sijil bagaimanapun gilirannya
hendaklah disusun dengan betul iaitu penyampaian
di akhiri dengan tetamu utama (VVIP).
i. Penyampaian Cenderamata
V. Penyampaian cenderamata hendaklah dilakukan
mengikut urutan. Pegawai paling kanan atau tetamu
utama (VVIP) adalah yang terakhir menerimanya.
VI. Jika tiada acara lain, pengacara majlis akan
memberi isyarat bahawa acara majlis akan berakhir
seperti "majlis kita sudah sampai ke penghujung,
majlis kita sudahpun hampir berakhir" atau kata-
kata lain yang bersesuaian. Tujuannya supaya ketua
perbarisan sedia untuk menjalankan tugas
seterusnya.
j. Nyanyian lagu kebangsaan
I. Ketua perbarisan mengarahkan semua untuk bangun
jika majlis di dewan dan berdiri sedia jika majlis di
luar dewan.
II. Nyanyian lagu kebangsaan iaitu Negaraku akan
dinyanyikan beramai-ramai dengan iringan minus-
one.
k. Ketua perbarisan melapor
I. Tetamu utama (VVIP) dijemput naik ke pentas
hormat.
II. Ketua perbarisan memberi tabik hormat seterusnya
melapor dan memohon untuk `menjalankan tugas
yang lain`.
III. Perbarisan dikehendaki menunggu sehingga VVIP,
VIP dan tetamu yang lain beredar sebelum
melaksanakan tugas yang seterusnya.
l. Tetamu Utama (VVIP), tetamu khas (VIP) dan tetamu
meninggalkan majlis.
I. Tetamu utama (VVIP) dan tetamu kehormat (VIP)
akan dibawa oleh jawatankuasa majlis ke tempat
jamuan.
58
II. Jika ada acara lain seperti bergambar, melawat
pameran, menanam pokok dan sebagainya boleh
dilaksanakan pada ketika ini sebelum semua tetamu
dibawa tempat jamuan.
l. Jamuan
I. Tempat jamuan hendaklah disediakan dengan
sempurna sama ada secara hidang atau buffet .
II. Jamuan ini dalam situasi tidak formal tetapi
tersusun dan kemas.
III. Meja untuk letak cap, peak cap, topi, beret, tongkat,
beg tangan dan sebagainya hendaklah disediakan di
tempat yang sesuai.
m. Bersurai
II. Setelah selesai semua acara.
4.4.3 Perkara-Perkara Lain Yang Perlu Diambil Kira Ketika Pelaksanaan Majlis
A. Penyampai Hadiah.
Penyampaian sijil dan hadiah boleh dilakukan dalam majlis
penutupan sahaja dan disampaikan oleh tetamu utama atau tetamu khas
secara bergilir-gilir tetapi VIP paling kanan adalah penyampai yang
terakhir.
C. Pembawa dulang:
Pembawa dulang hendaklah terdiri daripada dua orang petugas
secara bergilir-gilir. Orang pertama ialah orang yang membawa dulang
dan menghulurkan sijil kepada pemberi hadiah. Sebelum memberi sijil
atau hadiah, petugas pertama ini hendaklah memberi hormat (sekali).
Kedudukan semasa menghulur sijil atau hadiah ialah menghadap ke arah
kanan pentas. Orang kedua akan bersedia untuk mengambil alih tugas
bergilir apabila anggota pertama selesai tugas dan begitulah seterusnya.
Selepas selesai memberi hadiah, orang pertama akan memberikan sekali
lagi hormat.
F. Pembawa sijil, hadiah atau cenderamata.
Pembawa hadiah hendaklah terdiri daripada tiga orang petugas.
Orang pertama ialah orang yang membawa dulang dan menghulurkan sijil
kepada pemberi hadiah. Sebelum memberi hadiah, petugas pertama ini
hendaklah memberi hormat (sekali) sebaik sahaja berada di hadapan
pemberi hadiah. Kedudukan semasa menghulur sijil atau hadiah ialah
59
menghadap ke arah kanan pentas. Orang kedua akan bersedia memberikan
sijil atau hadiah kepada orang pertama manakala orang ketiga berada di
meja hadiah untuk menyusun dan memastikan sijil atau hadiah yang
disampaikan itu betul. Selepas selesai memberi hadiah, orang pertama
akan memberikan sekali lagi hormat (solute) atau tunduk.
H. Sijil:
Kertas sijil kursus hendaklah dimasukkan dalam skrol. Jika tidak
ada skrol maka kertas sijil itu hendaklah digulung dan diikat kemas
menggunakan riben.
I. Penyambut tetamu:
Bagi tetamu utama atau VIP, ‘usher’ (pengiring) hendaklah di
sediakan. Usher akan membawa VIP ke tempat duduk yang diperuntukkan
kepadanya. Usher ini di lantik dalam kalangan pegawai yang mengetahui
istiadat atau protokol. Usher akan berada di pintu utama dan menunggu
VIP turun dari kenderaan. Bagi tetamu lain atau hadirin adalah memadai
dengan meletakkan beberapa orang pegawai lain untuk menunjuk arah
tempat duduk. Pegawai ini akan berada di pintu masuk utama.
J. Bilik Menunggu/Rehat VVIP
Bilik tetamu di sediakan bagi VIP yang melalui perjalanan yang
jauh. Bilik ini disediakan supaya VIP dapat berehat sebentar sementara
menunggu persiapan akhir majlis. Minuman ringan boleh disediakan pada
ketika ini di bilik menunggu VIP ini. Pada ketika ini juga ‘usher’ yang
dilantik boleh memberikan taklimat mengenai aturcara, protokol atau
perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh VIP semasa majlis berjalan.
D. Penyampai Sijil dan Hadiah.
Penyampai sijil atau hadiah adalah merupakan tetamu utama, boleh
seorang atau lebih secara bergilir-gilir mengikut kekananan jika penerima
sijil terlalu ramai. Jika penyampai hadiah tidak beruniform, penerima
hendaklah melakukan kawad selaku terima sijil seperti biasa.
L. Juruacara
Juruacara bertindak sebagai pengendali dan pengawal perjalanan
majlis. Adalah sangat penting bagi juruacara menyediakan skrip juruacara
yang mengandungi perkara-perkara seperti masa, perkara, skrip juruacara
dan catatan. Hal ini penting supaya tidak timbul kekalutan, kesilapan atau
ada perkara-perkara yang tertinggal. Juruacara hendaklah mengkordinasi
skrip dengan setiap agenda dalam aturcara majlis. Juruacara juga
hendaklah menyusun setiap perkara dengan betul termasuk kordinasi
dengan pegawai pelapor, pembaca doa, pemain muzik dan bahagian
60
hadiah. Juruacara juga dikehendaki memastikan kehadiran VIP atau
wakilnya dan diumumkan kepada hadirin.
Pembantu juruacara juga boleh disediakan untuk membantu
juruacara menyiapkan tugasannya. Antaranya ialah untuk memastikan
kehadiran VIP dan nama-nama ini di serahkan kepada pemberi ucapan.
Selain itu, pembantu juruacara juga boleh membantu mengkordinasi
juruacara dengan jawatankuasa yang lain dan bersedia mengambil tugas
pengacaraan jika diperlukan.
Juruacara juga bertanggungjawab untuk memperolehi biodata atau
latar belakang mengenai penerima sijil, tauliah atau pangkat seperti
sejarah keluarga, perkhidmatan, sumbangan-sumbangan dan sebagainya.
Biodata dan maklumat ini boleh dibacakan ketika majlis penyampaian
dilakukan.
M. Teks Ucapan
Jawatankuasa yang berkenaan hendaklah menyediakan teks ucapan
untuk perasmi dan juga tetamu utama yang akan berucap mengikut format
yang telah ditetapkan. Teks ucapan ini hendaklah dikemukakan terlebih
dahulu kepada pegawai yang berucap sebelum majlis dijalankan untuk
tujuan semakan. Pada ketika ini juga, senarai nama dan jawatan tetamu
utama yang hadir boleh diberikan kepada pegawai yang akan memberikan
ucapan tersebut.
Sekiranya teks ucapan yang disediakan itu untuk perasmi acara
pembukaan atau penutup maka diakhir ucapan itu perlu disertakan dengan
kata-kata perasmian. Rujuk Lampiran...
N. Raptai
Raptai mesti dilalukan sebelum majlis sebenar dilaksanakan.
Semua yang terlibat mesti menghadiri raptai. Pengurus Acara (event
manager) atau penyelaras mestilah memberikan taklimat sebelum dan
selepas raptai.
O. Aturcara Pentadbiran
Aturcara pentadbiran bagi majlis pentauliahan, penyampaian sijil
atau kenaikan pangkat perlu disusun dengan teratur. Kebiasaannya,
terdapat format khas dalam membuat skrip aturcara pentadbiran. Skrip
aturcara pentadbiran akan menjadi senarai semak mengenai perjalanan
majlis dari mula hingga akhir yang mesti diketahui oleh semua ahli
jawatankuasa.
F. Penutup:
61
Lain-lain perkara yang berkaian dengan majlis di luar dewan ini
seperti tugasan bagi penyembut tetamu, bilik menunggu VIP, aturcara
majlis dan juruacara adalah sama seperti majlis di dalam dewan.
Bagaimanapun, raptai mesti dilalukan sebelum majlis sebenar
dilaksanakan. Semua yang terlibat mesti menghadiri raptai. Pengurus
Pentas (event manager) mestilah memberikan taklimat sebelum dan
selepas raptai.
4.5 PAKAIAN.
Pakaian semasa majlis pentauliahan atau penyampaian sijil hendaklah
memakai uniform lengkap. Biasanya terdapat pakaian khas iaitu pakaian istiadat
atau pakaian nombor 1. Jika tidak ada, pakaian no.4 juga boleh dipakai dengan
kasut spike boot. Petugas-petugas, jawatankuasa dan pegawai-pegawai lain
hendaklah memakai pakaian nombor 2 atau bush jacket. Bagi tetamu yang tidak
beruniform hendaklah memakai pakaian rasmi seperti bush jacket, blazer atau
batik.
4.6 BANTUAN KHIDMAT.
Bagi memastikan perlajanan program berjalan lancar, bantuan khidmat
juga perlu diadakan. Rujuk Lampiran....
4.7 PENUTUP
Setiap bahagian dalam jawatankuasa dan petugas-petugas yang telah dilantik
hendaklah merancang tugasannya dengan teliti dan tidak perlu mendapat arahan
sepenuhnya daripada urusetia. Dalam hal ini, beberapa perkara seperti peralatan yang
diperlukan , disediakan sendiri oleh mereka dengan inisiatif sendiri. Namun begitu, jika
ada masalah mereka boleh merujuk kepada yang arif seperti pengerusi, penyelaras atau
urusetia.
Setiap bahagian dalam jawatankuasa perlu dikoordinasi dan saling berkerjasama.
Arahan, taklimat hendaklah diberi dengan jelas oleh pengerusi, atau penyelaras dan
diketahui oleh semua ahli. Justeru itu, mesyuarat dan taklimat pelarasan hendaklah
diadakan beberapa kali untuk memastikan setiap perancangan dapat berjalan seperti yang
dirancang.
62
Bab 5
Istiadat Dalam Majlis Sambutan
Ulang Tahun KRS
5.1 PENGENALAN
Hari ulang tahun KRS jatuh pada 20 Jun setiap tahun. Sempena ulang tahun ini,
majlis sambutan perlu dilaksanakan bagi mengenang sejarah penubuhannya dan
mengimbas kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang tempoh tersebut. Dicadangkan
supaya acara sambutan ini dijadikan aktiviti tahunan di peringkat sekolah, daerah, negeri,
dan kebangsaan. Semoga majlis yang diadakan ini akan menjadi pendorong kepada
kemajuan KRS pada masa depan.
5.2 JAWATANKUASA
5.2.1 Jawatankuasa Induk
Jawatankuasa Induk terdiri daripada pegawai yang berada di peringkat
legistatif (kementerian) atau pengurusan (jabatan) bergantung kepada peringkat
majlis ini diadakan. Jawatankuasa ini akan membuat dasar, peraturan atau
membuat keputusan tertentu untuk dilaksanakan oleh jawatankuasa pelaksana.
Rujuk Lampiran
5.2.2 Jawatankuasa Pengelola
Jawatankuasa pengelola ialah ahli-ahli yang dilantik dan mereka
bertanggungjawab terhadap pelaksanaan majlis. Ahli-ahlinya akan mengadakan
persiapan, menyediakan keperluan peralatan dan memantau kerja-kerja di bawah
bidang kuasanya.
Jawatankuasa Pengelola
Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran
Pengerusi Malaysia
: Pengarah Pelajaran Negeri
63
Timbalan Pengerusi I : Timbalan Pengarah Pelajaran
Negeri
Timbalan Pengerusi 2 : Ketua Sektor Pembangunan
Kemanusiaan (JPN)
Setiausaha : Ketua Unit Kokurikulum (JPN)
Pen.S/Usaha I : Penyelia Unit Beruniform (JPN)
Pen. S/Usaha 2 : Pegawai Tadbir (KRS) Negeri
Bendahari : Pegawai Kewangan (JPN)
Penyelaras : Dilantik.
Penolong Penyelaras : Dilantik.
Ahli Jawatankuasa
Persiapan Tempat :
Sajian :
Logistik :
Sambutan :
Protokol :
Sijil/Cenderamata :
Buku Aturcara :
Pengurusan Peserta :
Penempatan :
Siar Raya :
5.3 PELAKSANAAN
5.3.1 MAJLIS DI LUAR DEWAN
A. Penetapan tarikh, masa dan tempat
Jawatankuasa Induk perlu menetapkan tarikh, masa dan tempat
majlis ini akan diadakan. Pemilihan tempat perlulah sesuai dengan
keperluan maljis ini, misalnya mempunyai dataran kejat atau
dewan.
B. Persiapan Tempat:
I. Dataran Perhimpunan
Dataran perhimpunan yang sesuai dengan bilangan peserta perlu
ditentukan kerana di sinilah aktiviti utama akan dilangsungkan.
64
II. Khemah/ kanopi
Bilangan khemah yang secukupnya diperlukan untuk
menempatkan tetamu-tetamu jemputan dan VIP. Khemah VIP
hendaklah ditempatkan di tengah bahagian hadapan dataran
manakala khemah tetamu di kiri dan kanan khemah VIP.
III. Kerusi VIP
Kerusi VIP hendaklah disusun dengan betul mengikut kekananan
jawatan dimulai dari kedudukan di tengah-tengah. Boleh disusun
dalam bilangan ganjil atau genap.
Rujuk Lampiran
IV. Kerusi Tetamu
Kerusi tetamu hendaklah disediakan secukupnya. Susunan
hendaklah dibuat di belakang kerusi VIP mengikut bilangan tetamu
yang dijemput. Pelan tempat duduk boleh dibuat bagi mengelakkan
kekeliruan tetamu. Jika tetamu ramai, khemah tetamu boleh
didirikan di kiri dan kanan khemah VIP.
V. Bendera
Kedudukan bendera mestilah di bahagian belakang pentas atau
pada tiang tetap yang disediakan di sebelah kanan pentas.
Kedudukan bendera mestilah mengikut susunan kekananan yang
betul. Rujuk Lampiran
VI. Pentas Tabik Hormat
Pentas tabik hormat diperlukan bagi upacara menerima tabik
hormat oleh tetamu-tetamu kehormat yang dijemput. Pentas ini
perlu diletakkan di tengah-tengah kedudukan pasukan perbarisan
kehormat yang ditentukan. Tidak lebih 3 tetamu kehormat yang
patut naik ke pentas tabik hormat.
VII. Rostrum VIP
Rostrum VIP diletakkan di bahagian sudut kanan. Pastikan VIP
yang berucap tidak terlindung daripada penglihatan para tetamu.
65
VII. Rostrum Pengacara Majlis
Rostrum pengacara majlis boleh diletak di mana-mana bahagian
yang sesuai seperti di kiri belakang kerusi VIP atau berhampiran
meja hadiah (jika ada meja hadiah).
VIII. Meja Hadiah
Kedudukan meja hadiah hendaklah berhampiran rostrum juruacara
dan berada di sebelah kiri belakang kerusi VIP. Sediakan juga
meja meletak hadiah (selepas penerima menerima hadiah) pada
kedudukan sebelah kanan.
IX. Tanda laluan penerima sijil/ anugerah
Laluan penerima sijil atau anugerah mestilah ditanda. Tanda-tanda
yang perlu dibuat ialah pada tempat menerima anugerah dan pada
tempat menunggu. Penerima akan berjalan masuk melalui
bahagian sebelah kiri khemah VIP (menghadap tetamu) dan keluar
ke sebelah kanan. Pastikan terdapat ruang laluan penerima hadiah
di hadapan meja/ kerusi VIP.
C. Perbarisan Kehormat
Pasukan perbarisan perlu disediakan bagi upacara tabik hormat. Pasukan
ini terdiri daripada 3 pegawai dan 38 anggota kadet. Latihan yang
secukupnya diperlukan bagi memastikan kelancaran majlis.
D. Kedudukan Kontingen
Kontingen-kontingen yang mengambil bahagian dalam majlis ini perlu
disusun di bahagian belakang pasukan perbarisan kehormat dengan
seorang ketua kontingen berada di hadapan kontingen masing-masing.
E. Aturcara Majlis
Aturcara majlis hendaklah disusun mengikut tatacara yang betul. Terdapat
beberapa situasi majlis di luar dewan yang boleh dilaksanakan. Situasi
yang hendak dilaksanakan perlu diputuskan.
Situasi 1 (Pasukan Perbarisan Kehormat telah mengambil kedudukan)
a. Ketibaan tetamu jemputan
66
b. Ketibaan VIP
c. Ketibaan Tetamu Utama
d. Tabik Hormat dan nyanyian lagu KRS
e. Lapor
f. Bacaan doa
g. Bacaan Ikrar
h. Ucapan-ucapan
i. Persembahan
j. Penyampaian anugerah/sijil
k. Tetamu meninggalkan majlis
l. Jamuan
m. Bersurai
Situasi 2 (Pasukan Perbarisan Kehormat belum masuk padang)
a. Ketibaan tetamu jemputan
b. Perbarisan Kehormat masuk padang
c. Ketibaan VIP (2 orang dan diberi tabik hormat)
d. Ketibaan Tetamu Utama
e. Tabik Hormat dan nyanyian lagu KRS
f. Lapor
g. Bacaan doa
h. Bacaan Ikrar
i. Perbarisan hormat keluar padang
67
j. Ucapan-ucapan
k. Persembahan
l. Penyampaian anugerah/ sijil
m. Perbarisan Hormat masuk padang
n. Tetamu meninggalkan majlis
o. Perbarisan Hormat keluar padang
p. Jamuan
q. Bersurai
Situasi 3 (Lintas Hormat)
a. Ketibaan tetamu jemputan
b. Ketibaan VIP (2 orang dan diberi tabik hormat)
c. Ketibaan Tetamu Utama
d. Tabik Hormat dan nyanyian lagu KRS
e. Lapor
f. Pemeriksaan perbarisan
g. Bacaan doa
h. Bacaan Ikrar
i. Ucapan-ucapan
j. Lintas hormat
k. Lapor untuk keluar padang
l. Tetamu meninggalkan majlis
m. Perbarisan bersurai
n. Jamuan
68
F. Juruacara
Juruacara bertindak sebagai pengendali dan pengawal perjalanan majlis.
Penyediaan skrip juruacara yang mengandungi perkara-perkara seperti
masa, perkara, skrip juruacara dan catatan mesti dilakukan. Hal ini penting
supaya tidak timbul kekalutan, kesilapan atau keciciran aturcara. Juruacara
hendaklah menyelaraskan skrip dengan setiap agenda dalam aturcara
majlis. Juruacara juga hendaklah menyusun setiap perkara dengan betul
termasuk penyelarasan dengan pegawai pelapor, pembaca doa, pemain
muzik dan bahagian hadiah. Juruacara juga dikehendaki memastikan
kehadiran VIP atau wakilnya dan mengumumkan kepada hadirin.
Pembantu juruacara boleh dilantik untuk membantu juruacara menyiapkan
tugasannya. Antaranya ialah untuk memastikan kehadiran VIP dan nama-
nama ini diserahkan kepada pemberi ucapan. Selain itu, pembantu
juruacara juga boleh membantu membuat penyelarasan di antara juruacara
dengan jawatankuasa yang lain dan bersedia mengambil tugas
pengacaraan jika diperlukan.
G. Raptai
Raptai mesti dilakukan sebelum majlis sebenar dilaksanakan. Semua yang
terlibat mesti menghadiri raptai. Pengurus Pentas (event manager)
mestilah memberikan taklimat sebelum dan selepas raptai. Raptai pelan
kontingensi juga perlu dibuat.
H. Cara menerima sijil/anugerah
Penerima sijil dikehendaki berjalan mengikut laluan yang ditanda. Apabila
berada di hadapan untuk menerima sijil, penerima hendaklah melakukan
kawad selaku terima sijil jika beruniform.
I. Pembawa hadiah
Pembawa hadiah hendaklah terdiri daripada tiga orang petugas. Orang
pertama ialah orang yang membawa dulang dan menghulurkan sijil
kepada pemberi hadiah. Sebelum memberi hadiah, petugas pertama ini
hendaklah memberi hormat (sebanyak sekali) sebaik sahaja berada di
hadapan pemberi hadiah. Kedudukan semasa menghulur sijil atau hadiah
ialah menghadap ke arah kanan pentas. Orang kedua akan bersedia
memberikan sijil atau hadiah kepada orang pertama manakala orang ketiga
berada di meja hadiah untuk menyusun dan memastikan sijil atau hadiah
yang disampaikan itu betul. Selepas selesai memberi hadiah, orang
pertama akan memberi hormat sekali lagi.
69
J. Penyambut tetamu
Bagi tetamu utama atau VIP, ‘usher’ (pengiring) hendaklah disediakan.
Usher akan membawa VIP ke tempat duduk yang diperuntukkan
kepadanya. Usher ini dilantik dari kalangan pegawai yang mengetahui
istiadat atau protokol. Usher akan berada di pintu utama dan menunggu
VIP turun dari kenderaan.
Bagi tetamu lain atau hadirin adalah memadai dengan meletakkan
beberapa orang pegawai lain untuk menunjuk arah tempat duduk. Pegawai
ini akan berada di pintu masuk utama.
K. Bilik Menunggu/Rehat VIP
Bilik tetamu disediakan bagi VIP yang menempuh perjalanan yang jauh.
Bilik ini disediakan supaya VIP dapat berehat sebentar sementara
menunggu persiapan akhir majlis.
Minuman ringan boleh disediakan pada ketika ini di bilik menunggu VIP
ini. Pada ketika ini juga ‘usher’ yang dilantik boleh memberikan taklimat
mengenai aturcara, protokol atau perkara-perkara yang perlu dilakukan
oleh VIP semasa majlis berjalan.
5.3.2 MAJLIS DI DALAM DEWAN
A. Penetapan tarikh, masa dan tempat
Jawatankuasa Induk perlu menetapkan tarikh, masa dan tempat majlis ini
akan diadakan. Pemilihan tempat perlulah sesuai dengan keperluan maljis
ini.
B. Persiapan Tempat:
a. Dewan
Dewan yang sesuai dengan bilangan peserta perlu ditentukan kerana di
sinilah aktiviti utama akan dilangsungkan.
b. Kerusi VIP
Kerusi VIP hendaklah disusun di atas pentas dengan betul mengikut
kekananan jawatan dimulai dari kedudukan di tengah-tengah. Boleh
disusun dalam bilangan ganjil atau genap. Jika bilangan VIP genap maka
jawatan terkanan akan berada pada kedudukan tengah-tengah sebelah
kanan. Di hadapan kerusi VIP mestilah ada meja kecil yang diletakkan
sejambak bunga di sudut kanan. Rujuk Lampiran
70
c. Tempat Duduk Tetamu
Kerusi tetamu hendaklah disediakan secukupnya. Susunan hendaklah
dibuat di bahagian bawah pentas di bahagian paling hadapan mengikut
bilangan tetamu yang dijemput. Pelan tempat duduk boleh dibuat bagi
mengelakkan kekeliruan tetamu.
d. Tempat Duduk Peserta
Kerusi peserta hendaklah disusun di belakang tempat duduk tetamu.
Bilangan kerusi mestilah cukup mengikut bilangan peserta. Susunan boleh
dibuat di bahagian kiri dan kanan dewan dengan lorong laluan di bahagian
tengah.
e. Bendera
Kedudukan bendera mestilah di bahagian belakang pentas atau pada tiang
tetap yang disediakan di sebelah kanan pentas. Kedudukan bendera
mestilah mengikut susunan kekananan yang betul. Lihat Rajah:
f. Rostrum VIP
Rostrum VIP diletakkan pada bahagian sudut kanan pentas. Pastikan VIP
yang berucap tidak terlindung daripada penglihatan para tetamu.
g. Rostrum Pengacara Majlis
Rostrum pengacara majlis boleh diletakkan pada mana-mana bahagian
yang sesuai tetapi tidak berada di hadapan selari dengan rostrum VIP atau
kerusi VIP. Boleh juga diletakkan di bahagian bawah sebelah kiri dewan
(tidak di atas pentas) atau pada kedudukan kiri belakang kerusi VIP dan
berhampiran meja hadiah (jika ada meja hadiah).
h. Meja Hadiah (jika perlu)
Kedudukan meja hadiah hendaklah berhampiran rostrum juruacara dan
berada di sebelah kiri belakang kerusi VIP. Sediakan juga meja meletak
hadiah (selepas penerima menerima hadiah) pada kedudukan kiri
(menghadap pentas) di bawah pentas.
71
i. Tanda laluan naik ke pentas
Laluan naik ke pentas untuk penerima di bawah pentas untuk menerima
hadiah mestilah ditanda. Tanda-tanda yang perlu dibuat ialah pada tempat
menerima hadiah, pada tempat menunggu di atas tangga naik, tempat
menunggu di bawah tangga naik dan tempat menunggu di luar dewan.
Penerima akan naik ke pentas melalui tangga sebelah kiri pentas
(menghadap tetamu) dan turun melalui tangga sebelah kanan pentas.
Pastikan terdapat ruang laluan penerima hadiah di hadapan meja/kerusi
VIP.
C. Perbarisan Kehormat
Perbarisan kehormat dibuat di luar dewan bagi upacara tabik hormat.
Pasukan ini perlu dianggotai oleh 3 pegawai dan 38 anggota kadet.
Latihan yang secukupnya diperlukan bagi memastikan kelancaran majlis.
Sebaik sahaja selesai upacara tabik hormat dan memeriksa barisan, VVIP
akan terus masuk ke dalam dewan untuk upacara seterusnya. Rujuk
Tatacara Perbarisan.
D. Pentas Tabik Hormat
Pentas tabik hormat diperlukan bagi upacara menerima tabik hormat oleh
tetamu-tetamu kehormat yang dijemput. Pentas ini perlu diletakkan di
tengah-tengah kedudukan pasukan perbarisan kehormat yang ditentukan.
Tidak lebih 3 tetamu kehormat yang patut naik ke pentas untuk menerima
tabik hormat.
E. Aturcara Majlis
Aturcara majlis hendaklah disusun mengikut tatacara yang betul. Lihat
contoh.
a. Ketibaan tetamu jemputan
b. Ketibaan VIP
c. Ketibaan Tetamu Utama
d. Tabik Hormat
e. Lapor dan memeriksa barisan
f. Nyanyian Lagu KRS (dalam dewan)
g. Lapor untuk memulakan majlis di dalam dewan
h. Bacaan doa
i. Lafaz Ikrar
j. Ucapan-ucapan
72
k. Persembahan
l. Penyampaian anugerah/sijil
m. Nyanyian Lagu Negaraku
n. Lapor tamat majlis
o. Tetamu meninggalkan majlis
p. Bersurai
q. Jamuan
F. Juruacara
Juruacara bertindak sebagai pengendali dan pengawal perjalanan majlis.
Adalah sangat penting bagi juruacara menyediakan skrip juruacara yang
mengandungi perkara-perkara seperti masa, perkara, skrip juruacara dan
catatan. Hal ini penting supaya tidak timbul kekalutan, kesilapan atau ada
perkara-perkara yang tertinggal. Juruacara hendaklah menyelaraskan skrip
dengan setiap agenda dalam aturcara majlis. Juruacara juga hendaklah
menyusun setiap perkara dengan betul termasuk penyelarasan dengan
pegawai pelapor, pembaca doa, pemain muzik dan bahagian hadiah.
Juruacara juga dikehendaki memastikan kehadiran VIP atau wakilnya dan
diumumkan kepada hadirin.
Pembantu juruacara juga boleh disediakan untuk membantu juruacara
menyiapkan tugasannya. Antaranya ialah untuk memastikan kehadiran
VIP dan nama-nama ini diserahkan kepada pemberi ucapan. Selain itu,
pembantu juruacara juga boleh membantu membuat penyelarasan di antara
juruacara dengan jawatankuasa yang lain dan bersedia mengambil tugas
pengacaraan jika diperlukan.
G. Teks Ucapan
Teks ucapan pegawai dan VIP yang akan memberi ucapan perlu
disediakan. Teks ini perlu diserahkan kepada pegawai yang berkenaan
lebih awal. Pegawai protokol dan istiadat perlu ada salinan sebagai
backup. Teks yang lengkap perlu dijilid kemas.
I. Raptai
Raptai mesti dilalukan sebelum majlis sebenar dilaksanakan. Semua yang
terlibat mesti menghadiri raptai. Pengurus Pentas (event manager)
mestilah memberikan taklimat sebelum dan selepas raptai.
73
J. Cara menerima sijil/anugerah di atas pentas
Penerima sijil dikehendaki berjalan mengikut laluan yang ditanda. Apabila
berada di hadapan untuk menerima sijil, penerima hendaklah melakukan
kawad selaku terima sijil jika beruniform. Jika tidak beruniform, penerima
sijil hendaklah memberi hormat kepada pemberi sijil iaitu dengan cara
sedikit membongkok dan tunduk sedikit pada sudut 45 darjah pada
kedudukan dua langkah di hadapan penerima sijil, kemudian membuat
satu langkah ke hadapan, bersalam dan menerima sijil. Selepas menerima
sijil, penerima hendaklah mengucapkan terima kasih. Ketika beredar,
lakukan satu langkah undur ke belakang, memberi hormat dengan
membongkok dan tunduk 45 darjah, berpusing ke kiri dan terus berjalan
keluar turun pentas.
K. Pembawa hadiah
Pembawa hadiah hendaklah terdiri daripada tiga orang petugas. Orang
pertama ialah orang yang membawa dulang dan menghulurkan sijil
kepada pemberi hadiah. Sebelum memberi hadiah, petugas pertama ini
hendaklah memberi hormat (sekali) sama ada tabik hormat jika
beruniform atau membongkok dan tunduk sedikit 45 darjah sebaik sahaja
berada di hadapan pemberi hadiah. Kedudukan semasa menghulur sijil
atau hadiah ialah menghadap ke arah kanan pentas. Orang kedua akan
bersedia memberikan sijil atau hadiah kepada orang pertama manakala
orang ketiga berada di meja hadiah untuk menyusun dan memastikan sijil
atau hadiah yang disampaikan itu betul. Selepas selesai memberi hadiah,
orang pertama akan memberikan hormat sekali lagi atau tunduk.
L. Penyambut tetamu
Bagi tetamu Utama atau VIP, ‘usher’ (pengiring) hendaklah disediakan.
Usher akan membawa VIP ke tempat duduk yang diperuntukkan
kepadanya. Usher ini dilantik dalam kalangan pegawai yang mengetahui
istiadat atau protokol. Usher akan berada di pintu utama dan menunggu
VIP turun dari kenderaan.
Bagi tetamu lain atau hadirin adalah memadai dengan meletakkan
beberapa orang pegawai lain untuk menunjuk arah tempat duduk. Pegawai
ini akan berada di pintu masuk utama.
74
M. Bilik Menunggu/Rehat VIP (jika perlu)
Bilik tetamu disediakan bagi VIP yang menempuh perjalanan yang jauh.
Bilik ini disediakan supaya VIP dapat berehat sebentar sementara
menunggu persiapan akhir majlis.
Minuman ringan boleh disediakan pada ketika ini di bilik menunggu VIP
ini. Pada ketika ini juga ‘usher’ yang dilantik boleh memberikan taklimat
mengenai aturcara, protokol atau perkara-perkara yang perlu dilakukan
oleh VIP semasa majlis berjalan.
5.4 PAKAIAN
6.4.1 Pakaian Pegawai
Pegawai hendaklah memakai pakaian No. 2 lengkap.
6.4.2 Pakaian Kadet
Anggota kadet hendaklah memakai pakaian No. 4 selengkapnya.
5.5 BANTUAN KHIDMAT
Rujuk Lampiran.
5.5 PENUTUP
Setiap prosedur dalam tatacara sambutan ulang tahun KRS ini seharusnya menjadi
rujukan utama dalam melaksanakan majlis di semua peringkat. Diharapkan agar semua
majlis yang diadakan walau di mana sekalipun, akan mempunyai persamaan yang dapat
menyatukan keseluruhan pasukan KRS yang menjadi lambang kesatuan dan kekuatan
KRS seluruh negara.
75
Bab 6
Majlis Makan Malam Beradat
Majlis amakan beradat adalah merupakan istiadat yang praktikan bagi
memantapkan pasukan ini sebagai pasukan yang tebal dengan tradisi dan imej yang
mantap dengan tradisi. Majlis ini dijalankan sempena sesuatu peristiwa yang penting,
sebagai contoh Hari Ulangtahun, perpisahan pegawai tinggi dan sebagainya.
Pelaksanaan
6. 1. Pelaksanaan Majlis Makan Beradat terbahagi kepada dua peringkat:
6.1.1) Peringkat Persiapan
6.1.2) Peringkat Perjalanan Majlis.
6.1.1. Peringkat Persiapan
Persiapan adalah perkara yang perlu dilakukan sebelum majlis berlangsung. AJK
kecil yang dilantik akan melaksanakan persiapan ini..Senarai ajk adalah seperti berikut.
A. AJK Jemputan
B. AJKMakanan
C. AJK Persiapan Tempat
D. AJK Cenderahati
E. AJK Penyelaras majlis (tatacara pentadbiran dilaksana)Juruacara
F. Kawalan Lalulintas dan keselamatan
G. Sistem PA danTeknik
H. AJK Sambutan
I. AJK Skrip ucapan VIP dan doa
Agihan Tugas
A. AJK Jemputan.
a. Membuat draf jemputan, mencetak dan menghantar kad jemputan dalam masa
yang ditetapkan.
b. Membuat catatan pengesahan kehadiran.
c. Memaklumkan pengesahan kehadiran kepad a Pengerusi AJK pelaksana untuk
memastikan jemputan gantian .
76
B. AJK Makanan
a. Mencadangkan kepada mesyuarat menu majlis makan dan anggaran kos
b. Mmbuat penyelarasan dengan pihak pengusaha makan tentang keperluan-
keparluan yang telah ditetapkan oleh ahli mesyuarat. Contoh; Tidak menggunakan
pinggan plastik atau makanan yang tidak berkualiti.
c. Melakukan food testing supaya menepati kualiti dan rasa.
d. Memaklumkan kepada pengusaha makan supaya menepati waktu dan
memastikan aspek penampilan pramusaji.
C. AJK Persiapan Tempat
a. Mengenalpasti tempat yang sesuai dan mencadangkan kepada ahli mesyuarat
untuk pertimbangan.
b. Menyelaraskan penyediaan tempat seperti format yang ditetapkan. (rujuk
format tempat majlis makan beradat.)
D. AJK Cenderamata.
a. Memastikan jenis, jumlah cenderamata yang akan diberi
b. Memastikan ia berkeadaan baik
c. Memastikan meja berada di tempat yang ditetapkan
E Juruacara
a. Menyediakan skrip juruacara yang telah diselaraskan dengan Penyelaras
Majlis(Koordinator)
b. Menghadiri raptai yang dijalankan.
F. AJK Penyelaras Jamuan.
a. Memastikan urutan peristiwa majlis dan mencadangkan kepada ahli mesyuarat.
b. Menyediakan kad aturcara pentadbiran
c.Menyelaras perjalana majlis. Contoh mempersilakan tetamu selain V VIP
mengambil tempat duduk dan memberi isyarat kepada Penyambut tetamu
mempersilakan vip bergerak ke dewan jamuan.
d.Memberi isyarat kepada juruacara untuk membuat pengumuman ketibaan.
e. Memberi isyarat kepada juruteknik untuk memulakan musik ‘minus one’.
f. Menyediakan minuman “Selamat Datang” di ruang menunggu.
G AJK Kawalan Lalulintas dan keselamatan.
a. Menyediakan papan tanda arah yang sesuai ke tempat Majlis Jamuan.
b. Menyediakan orderly lalulintas
c. Menyelaras kelancaran laluan kenderaan tetamu.
d. Menyediakan kawasan tempat letak kereta.
77
H. AJK Sistem PA dan Teknik.
a. Menyediakan peralatan PA dan alternatif jika berlaku black out
b. Sentiasa siap sedia semasa majlis berjalan untuk memastikan system PA
berfungsi
c. Membuat ujian suara sebelum majlis bermula dan pelarasan kekuatan bunyi
d. Hadir semasa raptai
I. AJK Sambutan
a. Meyediakan “usher” dan ‘Usherette’ mengikut jumlah keperluan .
b. Memastikan kumpulan ‘Usher dan “Usherette’ mengetahui arah dan laluan
dan tempat duduk VVIP
c.Menunggu ketibaan dan mengiring kepulangan VVIP
d. Melantik petugas membuka pintu kereta V VIP
e. Menjemput V VIP bergerak ke dalam dewan setalah mendapat isyarat dari
penyelaras majlis
J. AJK Teks Ucapan V VIP dan Pembaca Doa
a. Meyediakan teks Ucapan V VIP dan pengesahan daripada Pengerusi AJK
Pengelola
b.Membawa teks Ucapan semasa majlis berlangsung
cMelantik pembaca doa dan menyemak teks Doa dan hadir semasa Raptai
6.1.2. Peringkat Perjalanan Majlis
Majlis terbahagi kepada dua fasa itiu
A. Di Ruang menunggu
B. Di dalam Dewan.
A. Ruang Menunggu
a. Semua tetamu berada di ruang ini untuk menunggu ketibaan V VIP
dan memastikan tempat duduk masing merujuk pelan tempat duduk.
b. Minuman selamat dating disediakan untuk para tetamu yang menu nggu
c. Para tetama bersedia untuk beredar mengambil tempat duduk sebelum V VIP,
apabila mendapat isyarat dari Penyelaras Majlis ( berpakaian long suit)
d. Penyelaras Majlis akan memberi isyarat kepada “Usher” dan “Usherette”
untuk mengiring V VIP masuk ke dewan majlis. ( Isyarat telah diselars dan
disetuju bersama )
78
B Di Dalam Dewan
Tatacara Perjalanan Majlis Dalam Dewan
BIL MASA ACARA TINDAKAN CATATAN
1 8.3O Mlm Ketibaan V VIP Di tempat
Pengacara Majlis Menunggu
2 8.4O VVIP masuk dewan Juru Teknik dan Tetamu berdiri
3 Lagu KRS PM Hadirin menyanyi
MC
4 Ucapan Alu-Aluan Al Fadhil Ustaz Muzik yang sesuai
5 Bacaan Doa MC mempersila boleh dimainkan
6 Makan tetamu makan dan
Juruteknik Teks diletak di atas
7 Ucapan VVIP AJK Teks Ucapan Rostrum
8 Penghargaan dan AJK Cenderamata Hadirin berdiri dan
Cenderamata menyanyi bersama
Pengacara Majlis
9 Lagu Kebangsaan dan Juruteknik
AJK Sambutan
10 VVIP berangkat pulang
a Hiasan Meja
Keperluan asas meja hendaklah disediakan iaitu jambangan bunga, piala, tempat
menu, Lapik meja, gelas air, susunan meja, side plate, napkin siap dibentuk dan kad nama
disediakan setiap pegawai yang hadir.
b Susunan Meja
Susunan Meja dan kerusi hendaklah mengikut bentuk “U ” dan “T” Maklumat
Kedudukan VVIP dan VIP hendakah rujuk pegawai protokol. Lihat Rajah.
4 21 3 5
MEJA VVIP & VIP
79
b.I Susunan Meja bentuk Ladam Kuda atau “U”
MEJA VVIP & VIP
b.II Susunan Meja “ T1”
MEJA VVIP & VIP
b.III Susunan Meja “ T3”
Rujuk kepada bab susunan kerusi untuk rajah b.II dan b.III.
c. Hiasan Meja
Tempat diadakan Majlis Makan beradat hendaklah kondusif dan selesa. Bunga
hiasan boleh menambah keselesaan suasana. Lampu juga memainkan peranan yang
penting. Pelan kedudukan tetamu majlis hendaklah dibuat supaya tetamu mengetahui
kerusi yang hendak diduduki serta wujudkan plan kedudukan meja letak peak cap dan
tongkat serta beg tangan.
80
d. Backdrop
Sekiranya ada tempat yang sesuai back drop boleh dibuat supaya majlis Makan
Beradat mempunyai kelainan dari satu masa ke satu masa. Tajuk, tarikh dan tempat
boleh damasukkan supaya dokumentasi lebih spesifik dan tepat.
e. Rostrum
Rostrum (Letak di sebelah kanan hadapan meja VVIP) dan alatan siaraya hendaklah
diuji dan berfungsi. Elakkan menguji alatan siaraya ketika tetamu V VVIP telah berada di
dalam Dewan Majlis Makan Beradat. Pastikan lagu-lagu yang hendak digunakan elok
dan sesuai. Jangan letak bunga hiasan di atas rostrum.
f.Adab Ketika Makan
Tidak menggoyang kaki
Tidak makan gula-gula, gula getah, merokok
Tidak meletak kedua-dua siku atas meja
Jangan mengelap sudu dengan napkin/tisu
Minum/bercakap ketika mulut penuh makanan
Menghirup dengan bunyi yang kuat
Mencelup makanan seperti roti ke dalam kopi atau sup
Tinggalkan sisa makanan dalam pinggan
Buang sisa makanan di atas/bawah meja
Meluahkan makanan kembali ke pinggan
Guna tangan ketika makan daging/ayam
Gelojoh
Senduk/sudu/garfu/pinggan/cawan berlaga atau berbunyi
Tunjuk muka masam, makanan tidak digemari
Bancuh the/kopi dengan kencang
Menuang minuman panas atas piring dan hirup
g. Susunan Alat dan Makanan
I. Cara Melayu
Makan menggunakan tangan.
Satu hidangan untuk 4 atau lima orang.
Meja 4 atau 8 atau 12 orang.
Lauk, sayur, manisan, pencuci mulut di hidang sekali.
Tetamu ambil sendiri.
Nasi dalam bekas dan bersenduk. Pinggan hanya diisi oleh pelayan/isi
sendiri selepas doa makan dibaca.
Tisu, tempat basuh tangan, jug berisi air di sediakan sekali.
81
II. Cara Barat
Makanan akan dihidang mengikut susunan menu dan di hidangkan satu
persatu.
Tiada makanan tersedia di atas meja.
Makanan/alatan disediakan dalam satu meja khas.
Pencuci Mulut, manisan, sup, air minuman diletakkan di satu sudut asing
dengan makanan.
Tempat/meja makan kosong.
ii.Susunan Alatan dan Makanan
Duduk di meja.
Menggunakan alatan makan.
Letak kain napkin di atas pangkuan.
Makan sup dahulu, ketika mengambilnya sudu menghala keluar.
Pencuci mulut, makanan terakhir.
Gunakan sudu, garfu, pisau untuk makan steak/daging/ayam.
Selesai makan, rapatkan sudu/garfu terlangkup.
Susunan Alatan dan Makanan
Jika ingin rehat dan sambung semula makan, sudu/garfu terbuka dan letak
di kiri kanan atas pinggan.
Semasa makan pencuci mulut, guna sudu khas.
Selesai makan, letak kain napkin di sebelah kiri meja begitu sahaja.
III. Cara Buffet
Berbaris untuk mengambil makanan atau minuman secara sehala.
Jangan terlalu lama mengambil/pilih makanan. Beredar segera.
Jangan berpatah balik dalam barisan.
Ambil makanan secukupnya, jangan membumbung tinggi.
Melayu/Islam boleh buat dua bahagian lelaki/wanita.
.
h. Adab Pergaulan
Perbualan sekadar topik ringan
Tidak bersikat, bergincu, bercermin, berbedak
Tidak mencelah perbualan orang lain dan menukar tajuk.
Jangan menggigit kuku, korek hidung/telinga atau tidur
Tidak mencungkil gigi melainkan dengan menutup mulut
Tidak meludah, berkahak, sendawa di khalayak
Bercakap dengan rakan sebelah sahaja dengan nada suara yang rendah
sahaja.
82
Bab 7
Perbarisan
7.1 PENDAHULUAN
Perbarisan merupakan satu bentuk kawat yang dilakukan oleh satu kumpulan anggota
yang diseragamkan pelaksanaannya menjadi satu Kontinjen atau Detasman dalam satu
formasi kawat. Ia diadakan untuk memberi penghormatan atau penghargaan bagi
sesuatu acara seperti kawalan kehormat, hari sukan, tamat latihan/watikah/terima
sijil, persaraan, ambil alih jawatan, menyambut hari jadi pasukan, menyambut
pembesar dan lain-lain peristiwa yang berbentuk istiadat/Rejimental. Adakalanya
perbarisan ini diadakan dalam bentuk rasmi dan tidak rasmi.
7.2 TUJUAN
Tujuan panduan perbarisan ini adalah untuk memberi garis panduan bagaimana
menlaksanakan perbarisan supaya perkara-perkara asas dan prosedur yang sedia ada
harus dipatuhi agar ia lebih kemas, teratur dan seragam.
7.3 KEPERLUAN-KEPERLUAN PERBARISAN
Apabila hendak mengadakan acara perbarisan persiapan pentadbiran hendaklah diadakan
setelah menerima arahan mengadakan perbarisan. Mesyuarat hendaklah diadakan.
Pada asasnya perbincangan tentang perbarisan tersebut adalah terdiri daripada keperluan-
keperluan berikut :
7.3.1 Tarikh, tempat dan masa
Tarikh, tempat dan masa hendaklah ditetapkan supaya persiapan bagi menjayakan
perbarisan dapat dilakukan dengan jayanya. Tarikh yang dipilih hendaklah
disesuaikan dengan jadual-jadual ‘orang penting’ dalam menjayakan perbarisan.
Begitu juga masa hendaklah ditetapkan pada masa yang sesuai. Pemilihan tempat
hendaklah ditentukan berdasarkan kesesuaian majlis yang hendak diadakan.
Faktor kekuatan (bilangan) anggota harus juga diambil kira.
7.3.2 Format Perbarisan
Format perbarisan hendaklah ditentukan dahulu. Ia mestilah meliputi bentuk atau
corak perbarisan yang akan dilaksanakan berpandukan aturcara yang
dirancangkan.
83
7.3.3 Kekuatan Perbarisan
Kekuatan sesuatu perbarisan itu tidaklah ditetapkan. Ia bergantung/tertakluk
kepada kesesuaian padang kawat yang boleh menampung peserta dan kehendak
perbarisan. Pada lazimnya jumlah kekuatan pada perbarisan ialah :
A. Kadet
a. Kontijen Utama/Besar.
Pangkat Perjawatan
I. 1 x Mej/Kapt. KRS - Ketua Kontinjen
II. 2 x Lt. /LTM - Pegawai Muda
III. 1 x PW 1 KRS - Pegawai Waren Perbarisan
IV. 1 x PW 11 KRS - Penanda kanan
V. 1 x Ssjn. KRS - Penanda kiri
VI. 1 x Sjn KRS - Penanda kanan/kiri
VII. 144 Kadet - Anggota Perbarisan
b. Kontijen Kecil
Pangkat Perjawatan
I. 1 x Kapt./Lt./Lt.Muda KRS - Ketua Kontijen
Penanda kanan
II. 1 x PW11/Ssjn - Penanda kiri
Anggota Perbarisan
III. 1 x Sjn KRS -
IV. 36 kadet -
B. Pegawai
Perbarisan yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai Kadet Remaja Sekolah yang
berkursus atau apa-apa upacara majlis hendaklah mengikut keperluan jika
melebihi anggota 36 orang hendaklah dikira sebagai Kontijen besar dan jika
kurang 36 anggota adalah sebagai Kontigen kecil.(Pangkat dan perjawatan adalah
mengikut para A)
7.4 Perjawatan perbarisan.
Perjawatan perbarisan hendaklah dilantik termasuk anggota simpanan. Perlantikan
mereka hendaklah mengambil kira bentuk fizikal, kawat persendirianya cergas (Personal
Drill) suara kuat dan jelas. Perjawatan yang perlu dilantik ialah :
84
a. Ketua Perbarisan - 1 x Mej. KRS
1 x Mej/Kapt KRS
b. Penolong Ketua Perbarisan - 1 x Kapt KRS
1 x Mej/kapt KRS
c. Ajutan Perbarisan - 1 x Kapt/Lt/Ltm KRS
1 x PW 1 KRS
d. Ketua Kontijen - 1 x PW 11 KRS
1 x Ssjn KRS
e. Ketua Detasmen - 2 x Sjn KRS
f. PW 1 Perbarisan -
g. Pemandu Kanan -
h. Pemandu kiri -
i. Penanda kiri/kanan -
7.4 Kumpulam Pancaragam
Pancaragam diadakan bagi mengiringi sesuatu perbarisan. Status pancaragam
tertakluk kepada saiz perbarisan.
a. Perbarisan biasa melibatkan Lagu kebangsaan atau Negeri boleh sama ada
mengunakan rakaman muzik atau sebagainya
b. Semua perbarisan berbentuk istiadat atau perbarisan bertaraf pusat hendaklah diiringi
oleh Pancaragan atau Brass Band
c. Kedudukan pancaragam dalam perbarisan adalah 15 langkah di belakang perbarisan
(tertakluk kepada kesesuaian Padang Kawat)
d. Semasa masuk padang, pancaragam akan mendahului perbarisan 10 langkah di
hadapan perbarisan, semasa keluar padang pancaragam akan berada di belakang
perbarisan dan akan melintasi Pentas hormat. Ketua pancaragam akan memberi
hormat (sekiranya Pegawai Tabik hormat masih berada di atas pentas).
e. Dalam keadaan tertentu, kumpulan pancaragam berada dalam keadaan statik dan
masuk/keluar padang kawat secara berasingan.
3.6. Pembacaan Doa.
Seorang pembaca doa mestilah dilantik bagi membaca doa dalam sesuatu perbarisan.
Pembaca doa mestilah dipilih dari mereka yang mempunyai kepakaran serta nada suara
yang jelas, terang dan baik. Ia hendaklah hadir bersama semasa raptai diadakan. Teks
doa hendaklah sesuai dengan keperluan perbarisan, sederhana dan tidak terlalu panjang.
Pembaca doa boleh dilantik di kalangan Kadet atau Pegawai Kadet Remaja Sekolah
3.7. Juruacara.
Juruacara hendaklah dilantik bagi mengacarakan perbarisan. Juruacara mestilah
mempunyai suara yang baik di samping berpengalaman dalam mengacarakan perbarisan-
perbarisan yang lepas. Bagi perbarisan yang besar atau berbentuk istiadat, juruacara
hendaklah seorang pegawai. Juruacara mestilah hadir semasa raptai perbarisan diadakan.
Skrip juruacara mestilah tepat, jelas dan ringkas.
3.8. Aturcara.
85
Aturcara perbarisan mestilah disediakan apabila sesuatu perbarisan itu akan diadakan.
Aturcara mestilah meliputi masa-masa setiap aktiviti, susunan ketibaan VIP dan pegawai
Tabik Hormat. Berikut adalah contoh aturcara :
Bil Masa Perkara Catatan
1 0800 Perbarisan Berkumpul
2 0820-0835 Ketibaan para Jemputan
3 0835 Perbarisan masuk padang
4 0845 Ketibaan Para Jemputan Hormat kehadapan hormat
5 0850 Ketibaan Pegawai * Hormat kehadapan hormat
6 0855 Ketibaan Pengarah Pendidikan Hormat kehadapan hormat
7 0900 Ketibaan Pegawai Penerima
Tabik Hormat
- Ketua Perbarisan melapor
- Pemeriksaan barisan
- Bacaan Doa
- Ucapan 1
- Ucapan 2
- Ucapan 3
- Anugerah/Sijil
- Jamuan
*Panggilan mengikut Pangkat,Nama & Jawatan
cth; Lt Kol (KRS) Mohd Yasin B Mohd Yunus
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah
*Urutan ketibaan pegawai yang paling kanan dalam perjawatan adalah pegawai yang
terakhir akan tiba
*Pegawai Istiadat memastikan susunan ketibaan dan mengiringi pegawai penerima tabik
hormat.
* Pegawai penerima tabik hormat tidak lebih daripada tiga orang
4.0 PERBARISAN KAWALAN KEHORMAT/ TAMAT LATIHAN/
TERIMA SIJIL
86
Upacara ini boleh diadakan khusus untuknya atau boleh dilakukan semasa perbarisan
menyambut harijadi pasukan, tamat kursus, terima sijil dan perbarisan lain yang sesuai.
Perbarisan ini akan diadakan kawalan kehormat, iaitu satu kumpulan/platun akan
melakukan prosedur kawat tertentu seperti hormat ke hadapan hormat, berjalan lalu dan
lain-lain serta menerima tabik hormat daripada pegawai tabik hormat.(Lampiran A)
Bagi unit kecil yang tidak mempunyai kekuatan yang ramai, maka bolehlah dipecahkan
kepada detasmen-detasmen. Sekiranya anggota yang akan menerima
pangkat/Sijil/Cenderahati/Hadiah itu ramai maka satu perbarisan khas hendaklah
diadakan untuknya tanpa penglibatan anggota lain. Maka pada keadaan ini Pegawai
Penerima tabik hormat atau VIP berkenaan akan turun dan menyempurnakan acara pada
tiap-tiap anggota dengan diiringi oleh ketua perbarisan atau pegawai yang berkenaan. 2 x
Pengiring pembawa dulang akan mengikut upacara ini. Berikut adalah aturcara
perbarisan kawalan kehormat bagi sesuatu majlis hendak diadakan :
Bil Hukuman Oleh Tindakan
1 Baris,baris sedia PW II a. Anggota berbaris dalam
tiga barisan di luar padang di
2 Bergerak ke kiri, kiri pusing PW II bawah PW II
b. anda telah diambil
3 Dari kanan cepat jalan PW II kedudukan di bawah PW I
4 Baris Henti PW I Penanda kanan luruskan
barisan
5 Menghadap ke hadapan, kanan PW I a. ejutan ambil kedudukan di
pusing. atas padang.
b. PW I serah perbarisan
6 Buka barisan, gerak PW I c. PW I ambil kedudukan di
7 Kekanan lurus PW I belakang perbarisan
8 Baris, pandang hadapan Penanda a. Pen Peg. Perbarisan ambil
kanan tempat di atas padang.
9 Pegawai, masuk baris Ejutan b. Ejutan serah perbarisan
kepada Pen Peg.
87
10 Baris, senang diri PKP Perbarisan (PKP) dan
ambil tempat 3 langkah di
11 Baris, sedia PKP hadapan nombor 4 Platun.
12 Ketua Kompeni masuk baris PKP
a. Ketua Perbarisan ambil
tempat di atas padang
b. PKP serah perbarisan
kepada Ketua Perbarisan
13 Baris, senang diri Ketua
Perbarisan
Menunggu Penerima (KP)
Hormat
Tabik
14 Baris sedia Ketua
Perbarisan
15 Hormat, hormat ke hadapan Ketua Ketua Perbarisan melapor
kepada Pegawai Penerima
hormat Perbarisan Tabik Hormat
Pemeriksaan Barisan a. 2 x Pengiring yang berada
di kiri/kanan pentas akan
berjalan dahulu diiringi
oleh Ketua Perbarisan.
KP b. Selesai pemeriksaan
Ketua Perbarisan mohon
kebenaran menjalankan
tugas lain.
Bacaan Doa Baris …UP(Ketua Perbarisan)
atau Drum Rol untuk angkat
tangan dan turun tangan.
Ucapan Penerima Tabik Hormat Diumumkan oleh Juruacara
Upacara Pemakaian a. Diumumkan oleh
Pangkat/Sijil/Hadiah Juruacara
b. Anggota yang menerima
pangkat/Sijil/Hadiah
berbaris dalam satu
barisan di kiri pentas
diluar padang.
c. 2 x Pengiring bawa dulang
mara ambil tempat 2
langkah di sebelah kanan
orang pertama,
88
menghadap ke kiri.
16 Skuad.. sedia Anggota
Terkanan(AT)
17 Dari depan cepat jalan AT
18 Hentak kaki AT
19 Skuad.. henti AT
20 Menghadap AT
Ke hadapan, kanan pusing AT
21 Luruskan barisan AT
22 Hormat,hormat ke hadapan hormat AT a. Peg.Penerima Tabik
Hormat turun dari pentas
untuk menyempurnakan
acara
b. Juruacara akan sebutkan
nama dan pangkat satu
persatu
23 Hormat,hormat ke hadapan hormat AT Setelah selesai upacara ,Peg.
24 Bergerak ke kanan, kanan pusing AT Penerima tabik Hormat naik
ke pentas
25 Dari kiri cepat jalan AT Balik tempat asal di luar
padang tetapi tidak bersurai
26 Penerima Tabik Hormat KP Diumumkan oleh Juruacara
Meninggalkan Majlis
KP mohon kebenaran
27 Ketua kompeni keluar baris KP menjalankan tugas yang lain
Peg. Penerima Tabik Hormat
beredar meninggalkan majlis
KP serah perbarisan kepada
PKP
Ketua Kompeni berjalan
keluar ,berhenti digarisan lalu
lintas, hormat, pusing kanan
dan bersurai.
89
28 Ejutan PKP PKP serah perbarisan kepada
Ejutan ejutan
29 Pegawai, keluar baris Semua Pegawai muda
berjalan arah ejutan,berhenti
30 PW I Ejutan dan hormat bersama-sama dan
31 Tutup barisan…gerak PW 1 keluar baris ditepi padang.
PW I
Ejutan serah perbarisan
32 Baris Berjalan keluar bergerak ke PW I kepada PW I
kiri, kiri pusing
a. Anggota akan disuraikan
33 Dari kanan cepat jalan diluar padang.
b. Anggota yang memakai
pangkat/Sijil keluar baris
apabila perbarisan keluar
padang.
PERBARISAN HARI KEBANGSAAN DAN SUKAN
Bagi perbarisan kebangsaan ia adalah mengikut kesesuaian majlis yang diadakan.
Walaubagaimana pun ia juga mempunyai asas-asas serta prosedur yang harus dipatuhi,
jika ianya dilaksanakan secara Rejimental/istiadat, maka aturcara perbarisan kawalan
kehormat perlulah diadakan. Jika tidak dilakukan secara istiadat ia hanya memadai
mengikut aturcara biasa/bebas yang tidak melibatkan perbarisan kawalan kehormat.
(Lampiran B dan C)
PENGURUSAN PADANG KAWAT
Apabila sesuatu perbarisan diadakan sama ada di padang kawat atau padang rumput
maka satu padang perbarisan mestilah disiapkan. Keluasan padang mestilah mencukupi
dengan kekuatan perbarisan dan bentuk perbarisan, perkara-perkara berikut hendaklah
disediakan :
90
a. Bendera padang
b. Garisan Ketua Perbarisan
c. Garisan lalu lintas
d. Tanda-tanda pengenalan(marker) yang berkaitan
1. Ketua Perbarisan
2. Penolong Ketua Perbarisan
3. Ejutan
4. Ketua Detesmen
5. Pemandu kanan/kiri
6. Tempat melapor ketua perbarisan
7. Ketua Pancaragam
8. Lain-lain tanda mengikut keperluan
e. Ukuran padang kawat sebaik-baiknya tidak kurang dari 300 langkah panjang dan 150
langkah lebar.
PROTOKOL
Protokol adalah merupakan prosedur-prosedur/peraturan tertentu yang mesti dipatuhi
oleh semua anggota yang ada di dalam mana-mana unit beruniform. Prosedur atau
peraturan ini perlu dipatuhi di mana-mana juga anggota berada. Ia adalah bertujuan untuk
membentuk seorang anggota supaya bermegah dengan tatatertib, cergas dan taat setia.
Protokol ini adalah melibatkan majlis-majlis tertentu yang melibatkan anggota. Sama ada
dilakukan di dalam dewan atau diluar dewan.
Jika di luar dewan protokol ini dapat dilihat jelas melalui aturcara perbarisan yang
dilangsungkan. Ini meliputi aturcara perbarisan serta persiapan padang perbarisan. Selain
daripada itu terdapat peraturan lain yang perlu dipatuhi. Antaranya :
a. Persiapan Pentas Hormat.
Pentas hormat hendaklah disediakan dengan sewajarnya. Pentas hormat mestilah berada
5 langkah dari tepi padang kawat dan 5 langkah dibelakang garisan lalu lintas. Bagi acara
Rejimental pentas hormat hendaklah di alas dengan permaidani (baldu) merah, manakala
perbarisan yang melibatkan Raja-raja hendaklah di alas dengan permaidani kuning.
Pentas hormat boleh dihias dengan bunga-bunga yang bersesuaian.
b. Pentas Ucapan.
91
Pentas ucapan berukuran 4 x 4 x 8 hendaklah disediakan. Pentas ini khas untuk ucapan
Pegawai Tabik hormat samada awam atau Pegawai kanan. Bagi perbarisan yang
melibatkan Raja-raja Melayu dan Tuan Yang Terutama/Gabenor, pentas ini tidak
diperlukan. Kedudukan pentas ucapan ini ialah 4 kaki kehadapan dan I kaki kanan tangga
pentas. (Lampiran D)
c. Kedudukan Di Pentas Hormat (Stage)
Kedudukan mengikut protokol di atas pentas hormat sentiasa berubah mengikut situasi
dan bentuk perbarisan. Kebiasaannya susunan ini diatur mengikut taraf Pegawai Tabik
hormat. (Lampiraan E)
d. Panggilan Orang Kenamaan.
Pegawai-pegawai kanan yang berpangkat Brigedier Jeneral ke atas, pada lazimnya
menerima gelaran Dato/Datuk/Dato Seri/Tan Sri. Bagi penyelarasan terhadap panggilan
ini dalam sesuatu perbarisan terutama semasa melapur peraturan berikut hendaklah
digunakan.
1. Dato/Datuk/Dato Seri/Tan Sri.
Gelaran khusus ini adalah sebagai panggilan apabila bercakap dengan Menteri
Pendidikan, Timbalan Menteri Pendidikan dan semua Pegawai-pegawai kanan
yang menyandang gelaran berkaitan.
2. Tuan.
Sebagai bahasa panggilan Pegawai-pegawai Kanan (Brigedier Jeneral Ke atas)
yang belum menyandang gelaran khusus. Sebagai bahasa panggilan kepada semua
pegawai-pegawai, selain daripada Pegawai-pegawai kanan di perenggan 1 dan 2.
f. Peraturan Melapur.
Melapur hendaklah dibuat oleh Ketua Perbarisan (Parade Comd). Lapuran mestilah
merangkumi jenis perbarisan, kekuatan Pegawai/LLP yang terlibat. Melapur dibahagikan
kepada 4 bahagian.
1. Melapur untuk pemeriksaan (Di padang kawat).
“Perbarisan Hari Ulangtahun KRS ke 2 terdiri dari…… Pegawai dan….LLP siap
untuk diperiksa Tuan”.
92
2. Melapur tidak ada pemeriksaan(Di padang kawat).
“Perbarisan Serah Terima Tugas……..terdiri dari …….Pegawai dan …..LLP siap
dalam perbarisan Tuan”
3. Melapur Semasa dalam Dewan (Kontijensi Cuaca).
“Perbarisan Tamat Krusus Pegawai Tadbir Siri 2/2001
terdiri……Pegawai….. Jurulatih siap untuk upacara Tuan”
4. Melapur untuk diperkenalkan kepada Ketua-ketua Kumpulan/Pasukan,
kebiasaannya seperti Perbarisan Sukan dan seumpamanya.
“Perbarisan Sukan…………………….siap untuk diperkenalkan kepada Ketua-
ketua kumpulan Tuan”
93
LAMPIRAN A
SATU KOMPENI DALAM PERBARISAN KEHORMAT
Penerangan
1. Ketua kompeni berada 6 langkah di hadapan di tengah-tengah Nombor Dua dan tiga
Platun
2. Pen. Ketua Kompeni berada 3 langkah di hadapan anggota yang pertama pada satu
platun.
3. Ejutan berada 3 langkah di hadapan anggota dua akhir pada Nombor empat Platun
4. Ketua platun berada 3 langkah di tengah-tengah hadapan platun masing-masing
5. Seorang PW I berada di 6 langkah di belakang di tengah-tengah Nombor 2 dan 3
platun
6. Sjn Platun berada 3 langkah di tengah Platun masing-masing
7. Jarak-jarak antara Platun 3 langkah.
94
LAMPIRAN B
KONTIJEN DALAM PERBARISAN HARI KEBANGSAAN
A
D DC B
D DD D
Penerangan
1. A ialah kontijen kawalan kehormat
2. B ialah pembawa bendera Malaysia berukuran besar
3. C ialah pembawa bendera negeri
4. D ialah kontijen yang menyertai perbarisan yang terdiri daripada pelbagai agensi
95
LAMPIRAN C
PERBARISAN HARI SUKAN
A
BBBB CC C C
Penerangan
1. A ialah kontijen kawalam kehormat
2. B ialah kontijen Persatuan atau Kelab
3. C ialah kontijen Unit Beruniform
96
LAMPIRAN D
KEDUDUKAN PENTAS HORMAT
PENTAS HORMAT
A
Tangga
Penerangan
1. A adalah Pentas Ucapan
2. Pentas ucapan dari jenis mudah alih berwarna putih
3. Pembesar suara dan ‘rostrum’ hendaklah siap diletakkan dihadapan pentas.
97
LAMPIRAN E
KEDUDUKAN DI PENTAS HORMAT
MAJLIS PERINGKAT NEGERI
A
ED CB
MAJLIS PERINGKAT KEBANGSAAN
W
BA
JJ J J
C
CC C
Penerangan
1. A 1 ialah Menteri Pendidikan Malaysia
2. A ialah Pengarah Pendidikan Negeri
3. B ialah Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri
4. C ialah Ketua Sektor
5. D ialah Kem Komandan
6. E ialah Ketua Unit Ko Kurikulum
7. J ialah Pengarah Pendidikan Negeri lain
98