The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ipgkipoh494-6-armin, 2022-09-11 17:22:45

ISTIADAT KRS

ISTIADAT KRS

1.9 ETIKA PEGAWAI TADBIR

PENDAHULUAN

Etika pegawai tadbir adalah berorientasikan tugas dengan mengendalikan tenaga manusia
di dalam pelaksanaannya. Justeru, untuk menjadi seorang pegawai tadbir yang efektif
dan dapat melaksanakan tugas dengan jayanya, seorang itu perlu benar memiliki etika
diri yang baik serta mempunyai pengetahuan teknik yang mantap juga pengetahuan
tentang ciri-ciri dan sifat kelakuan manusia yang dipimpinnya.

TUJUAN

Untuk membina pengertian dan penghayatan konsep asas serta fungsi-fungsi etika
pegawai tadbir

ETIKA PEGAWAI TADBIR

Seseorang pegawai Tadbir itu perlulah mempunyai kualiti-kualiti diri berikut bagi
menghasilkan etika yang baik demi membina keyakinan, kerelaan dan kerjasama serta
penghormatan orang lain terhadapnya. Antaranya :
a. Kewibawaan
b. Disiplin
c. Ketegasan
d. Boleh dipercayai
e. Minat/gigih
f. Inisiatif
g. Kejujuran
h. Adil
i. Pengetahuan
j. Tidak penting diri

99

Berikut adalah jalan bagi mencapai etika pegawai tadbir yang baik untuk dijadikan
pedoman.

a. Sentiasa mengkaji diri dan meningkatkan kemampuan. Analisa diri secara objektif.
Sedari kemampuan dan kelemahan. Setelah itu tingkatkan daya usaha untuk
memantapkan dan meninggikan mutu kebolehan. Ia boleh dicapai :

1. mintalah buah fikiran orang lain bagaimana cara hendak memperbaiki
keadaan

2. pelajari melalui kejayaan dan kegagalan orang lain
3. bina minat terhadap orang lain, amalkan sifat-sifat kemanusiaan
4. kuasailah seni penulisan dan percakapan yang berkesan dan efektif.

b. Kemantapan ilmu pengetahuan. Harus cekap dan mahir di dalam aspek yang
diceburinya. Ia mampu memimpin dan melaksanakan tugas yang diberi dengan baik.
Untuk mencapainya :

1. tuntutlah pelajaran yang berkaitan melalui pembelajaran, pembacaan,
penyelidikan dan pengkajian.

2. Jalinkan perhubungan dengan pemimpin yang cekap, perhati dan selidiki
tindakan mereka.

3. Kembangkan pengetahuan melalui perhubungan/pergaulan dengan orang lain.

c. Tunjukkan contoh. Anggota lain akan memerhati anda untuk mencontohi sesuatu
atau sebaliknya menggunakan contoh itu melindungi kelemahan mereka. Gerakgeri dan
tingkahlaku anda hendaklah mencerminkan kepatuhan, kemegahan dan keinginan oleh
anggota lain memenuhi standard yang anda tetapkan. Anda hendaklah :

1. Sentiasa sihat fizikal, berfikiran cerdas, segak dan berpakaian dengan betul
dan teratur.

2. Mengawal emosi. Pegawai yang tertakluk kepada keadaan yang marah-marah
atau keadaan kedukacitaan tentunya sukar untuk mendapatkan dan seterusnya
meyakinkan kepatuhan dan kesetiaan anggota lain terhadapnya.

3. Sentiasa bersikap optimis serta berazam untuk mencapai objektif yang
ditetapkan.

4. Hendaklah setia dan patuh kepada pegawai atasan dan anggota bawahan.
5. Hindar dan haramkan perkembangan dan berpuak-puak dan kumpulan atau

seseorang yang disayangi. Terutama terhadap anggotan bawahan.

100

d. Kesesuaian dan ketepatan keputusan. Anda mestilah melakukan pertimbangan
situasi yang pantas dan mencapai keputusan yang bijak. Seseorang pagawai tadbir yang
tegas akan berupaya menggunakan anggota bawahannya dengan berkesan. Untuk
membolehkan anda mencapai keputusan yang bijak anda hendaklah :

1. binakan proses pemikiran yang lojik lagi teratur dengan mengamalkan
pertimbangan situasi secara objektif.

2. Jika diizinkan masa dan keadaan, rancang dengan teliti semua kegiatan.
3. Beritahu keputusan segera untuk membolehkan anggota bawahan membuat

persiapan.
4. Kaji dan nilai kesan dan implikasi keputusan ke atas semua pihak

e. Bersedia menerima tanggungjawab atas segala tindakan. Dengan bersedia
menerima tanggungjawab pemimpin membina dirinya dari segi ikhtisas dan
menambahkan kemampuan mentadbir. Menerima tanggungjawab ke atas urusan dan
kegagalan pasukan adalah tugas pegawai Tadbir. Kaedah yang boleh digunakan adalah
seperti berikut :

1. pelajari tugas pihak atasan dan bersedia menerima tanggungjawab.
2. Laksanakan tiap tugas, besar atau kecil dengan sempurna. Ganjarannya ialah

peluang melaksanakan tugas yang lebih penting.
3. Terima kritik dan kesilapan dengan tenang dan fikiran terbuka.
4. Tegaskan fikiran yang mana anda fikir betul

PENUTUP

Dengan penghayatan perkara-perkara yang dibincangkan di atas dapat kita simpulkan
bahawa pegawai Tadbir yang efektif adalah seorang yang mempunyai etika diri yang baik
serta mempunyai kualiti-kualiti diri yang disebutkan. Ia adalah merupakan faktor-faktor
yang mempengaruhi sikap kelakuannya. Ianya kenal dan faham dengan ciri-ciri
keperibadiannya, tanggungjawab dan tugasnya secara mantap dan berkesan.

Di sediakan oleh

Kapt KRS Roslan Kamarudin
Pegawai Tadbir Negeri Sembilan

101

Contoh ; BORANG MAKLUMAT PASUKAN KRS NEGERI

1. NAMA SEKOLAH
2. DAERAH
3. TARIKH PENUBUHAN KRS
4. SENARAI NAMA PEGAWAI DI SEKOLAH

Bil PANGKAT DAN NAMA KURSUS KRS YANG TELAH
DIHADIRI/TARIKH

5. Senarai anggota mengikut tahun(Isi tahun yang berkenaan)

Tahun 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001
Jum.Ang
gota

6. Kejayaan yang dicapai oleh Platun yang dikendali

Bil Kejayaan yang dicapai Peringkat Tarikh/Tahun

7. Senarai pemegang pangkat Pegawai Tidak Tauliah(PTT) di kalangan pelajar.

PANGKAT JUMLAH

LKPL KPL SJN SSJN PW II PW 1 PTT

Tingkatan 1
Tingkatan 2
Tingkatan 3
Tingkatan 4
Tingkatan 5
Tingkatan 6
JUMLAH
BESAR

PTT

8. Rancangan aktiviti tahun 2001
(seperti latihan mingguan/perkhemahan tahunan/kursus dalaman/pertandingan/dll
yang berkenaan)

102

Tarikh Aktiviti Tindakan

PASUKAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH MASA KINI
DAN CABARAN MASA DEPAN

PENGENALAN

Kebelakangan ini selalu benar terdengar berbagai pihak menekankan keperluan
diadakan pendidikan yang seimbang. Dalam hal ini para cendiakawan dan
masyarakat umum telah menyuarakan perasaan kebimbangan mereka terhadap
keadaan ketidakseimbangan yang terdapat di antara AKADEMIK dan kegiatan
KOKURIKULUM. Semua pihak berpendapat bahawa kurikulum sekarang,
TERUTAMA di sekolah terlalu memberi penekanan kepada pelajaran akademik
dan tidak dapat mengawal dengan sempurna kegiatan pelengkapnya iaitu
kokurikulum. Keadaan ini menyebabkan suasana pembelajaran sentiasa
tertekan, timbulnya polarisasi kelompok di kalangan pelajar dan perkembangan
menyeluruh watak dan sahsiah pelajar kurang memuaskan.

Konsep Kurikulum dan Kokurikulum

Kurikulum adalah apa yang dipelajari secara FORMAL sama ada dalam bilik
darjah atau di tempat-tempat lain. Kokurikulum pula adalah kesinambungan
kurikulum iaitu kegiatan tidak formal/praktikal/pengamalan (pendidikan secara
aktiviti) berhubung apa yang dipelajari dalam kurikulum

Jenis dan bidang kegiatan ko-kurikulum

Kegiatan kokurikulum, yang lebih dikenali dengan singkatan koko bermaksud
kepada kegiatan tidak formal yang dilakukan di luar bilik darjah dan berteraskan
kesinambungan P & P. Kegiatan ini merangkumi aspek pembelajaran yang ada
kaitan dengan kurikulum formal, jika di sekolah menerusi tiga bidang kegiatan
iaitu (1) kegiatan sukan, (2) pasukan pakaian seragam, dan (3) persatuan-
persatuan/kelab yang berbentuk akademik.

Kegiatan kokurikulum Pasukan Pakaian Seragam

103

Terdapat dua bidang kegiatan kokurikulum Pasukan Pakaian Seragam. Pertama,
aktiviti yang melibatkan pertandingan dan kedua aktiviti yang melibatkan
perkhemahan. Melalui aktiviti tersebut bukan sahaja dapat membantu peserta
melakukan kegiatan tertentu, bahkan juga dapat menolong mereka mendapat
pengalaman secara ’hands-on’ dari segi kepimpinan yang bermutu. Dalam
rancangan tersebut peserta sepatutnya didedahkan kepada kegiatan pasukan
pakaian seragam tertentu secara berpasukan dan individu, perancangan dan
penyeliaan, serta kegiatan kepegawaian seperti pengurusan, penyeliaan dan
kepengadilan.
Falsafah dan Objektif Kokurikulum Pasukan Pakaian Seragam(PPS)

Kokurikulum PPS adalah gabungan di antara elemen pendidikan jasmani,
penggunaan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang dipelajari dalam
kegiatan unit-unit uniform. Oleh kerana terdapat perubahan hidup yang
memerlukan kegiatan jasmani untuk mengimbangkan di antara tugas harian
dengan kesihatan tubuh badan, masyarakat kini menganggapkan program ko-
kurikulum unit-unit uniform salah satu daripada keperluan dalam pendidikan.
Dalam dunia moden yang penuh dengan kerisauan, ketakutan, salah
penyesuaian, kompleks dan penyekatan, segala pengalaman dan latihan
menerusi kegiatan unit-unit uniform boleh membantu mengatasi cabaran
tersebut. Penyertaan dalam kegiatan uniform boleh mengendurkan ketegangan
hidup, mendampingi orang lain dengan mudah, dan lain-lain kemahiran yang
berhubung. Antara objektif unit-unit beruniform adalah seperti berikut :

1. kecergasan jasmani dan kesihatan akal
2. riadah dan kesihatan fizikal
3. pengukuhan kemahiran
4. nilai sosial dan semangat bekerjasama
5. kemajuan prestasi akademik
6. peragaan bakat terpendam
7. membantu memilih kerjaya.

Objektif tersebut diterapkan dari segi kesesuaian dengan keadaan masa kini
menerusi penglibatan aktif, fokus kepada kecemerlangan pendidikan dan juga
mengikut trend masa akan datang.

PENUTUP

Keseimbangan dalam dua bidang utama dalam pendidikan iaitu bidang
akademik dan ko-kurikulum adalah sangat dituntut seperti yang terpancar dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ketidakseimbangan antara dua bidang
tersebut akan mengakibatkan masalah kemanusiaan yang lebih teruk dan
rencam. Oleh itu semua warga pendidikan termasuk pegawai perancang,
pegawai pelaksana, pegawai pendidik di sekolah termasuk pelajar serta ibu bapa
/ penjaga harus sedar betapa pelajar perlulah melibatkan diri dalam kedua-dua

104

bidang tersebut bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi,rohani dan intelik.

Disediakan

En Roslan Kamarudin
SMK Palong Tuj

Kursus Pegawai Tadbir KRS Peringkat Negeri Sembilan
,

12 hingga 15 Ogos 2003 , di Air Keroh Country Resort
Melaka.

1. Perkembangan Kadet Remaja Sekolah Negeri Sembilan

Kadet Remaja Sekolah telah diluluskan penubuhannya di sekolah-sekolah oleh
Jemaah Menteri pada 18 Januari 1995. Pelancaran KRS peringkat kebangsaan
disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato Seri Mohd Najib Bin
Tun Razak pada 20 Jun 1995 di SMK Raja Abdullah kuala Lumpur. Dalam tahun
yang sama pada bulan November hingga Disember sejumlah 300 orang guru
telah dilatih sebagai jurulatih KRS peringkat negeri. Di Pusat kokurikulum Bachok
(Kelantan) singkir (Kedah) Bukit kolam (Terengganu dan Santubong (Sarawak)

Manakala di peringkat Negeri Sembilan, pihak sekolah menengah telah
menerima Surat Pekeliling JPNS yang bertarikh 23 Mei 1995 berkenaan
penubuhan pasukan KRS. Pihak Sekolah juga telah menerima kertas kerja
cadangan penubuhan KRS yang bertarikh 20 Jun 1995. Pihak sekolah telah
diminta untuk merujuk kertas kerja berkenaan untuk menubuhkan pasukan KRS.

Selepas pelancaran KRS peringkat Kebangsaan, kementerian pendidikan
Malaysia melalui JPNS telah menghantar Surat Pekeliling Ikhtisas 4/1995 yang
bertarikh 11 Ogos 1995 berkenaan dengan perlaksanaan pasukan KRS.
Beberapa sekolah telah menubuhkan pasukan KRS masing-masing. KRS SMK
Palong Tujuh telah ditubuhkan pada 18 Januari 1995 dan dilancarkan secara
rasmi oleh ketua unit ko Kurikulum pada 25 Oktober 1995 dengan kekuatan 1
pegawai dan 110 anggota.Manakala KRS SMK Seri Perpatih telah ditubuhkan
pada 10 Jun 1995 dengan sejumlah 3 orang pegawai dan 90 anggota.SMK Lui
Barat pada 17/1/1996, SMK Batu Kikir pada 10/1/1996. Bermula tahun 1997
setelah pelancaran KRS di Peringkat Negeri Sembilan oleh YAB Menteri Besar
Negeri Sembilan banyak sekolah telah menubuhkan pasukan KRS masing-
masing.

105

Beberapa kursus telah diadakan antaranya Kursus Pegawai Kadet Remaja
Peringkat Negeri Sembilan telah dijalankan pada penghujung tahun 1995 di
Empangan Ulu Muar Talang, Kuala Pilah. Perasmian Kadet Remaja Sekolah
peringkat Negeri Sembilan telah dijalankan di SMK Seri Perpatih oleh Menteri
Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Hj. Isa bin Abdul Samad pada Mei 1997. Pusat
Kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di
Sungai Jelutung Batu Kikir (Kem PUSAKO) pada tahun 1998 dan telah
dirasmikan pada bulan Ogos 1998. Pelbagai Kursus peningkatan untuk pelajar
dan pegawai telah diadakan di Kem tersebut.

Sejak penubuhan Kadet Remaja Sekolah pelbagai program telah diadakan.
Antaranya beberapa siri pertandingan kawat kaki telah dijalankan. Pertama
sekali, Pertandingan Kawat Kaki Unit-unit Beruniform Peringkat Negeri Sembilan
pada Ogos 1999 di SMK Datuk Mansur Bahau dan Pasukan SMK Batu Kikir
telah mendapat tempat ke tiga. Pada tahun 2000, Pertandingan Kawat Kaki KRS
iaitu khusus untuk pasukan KRS telah dijalankan. Pada 30 Ogos 2000(di SMK
Chan Hua Kuala Pilah) 25 Ogos 2001 (di PUSASDA Port Dickson), 13 Ogos
2002 (di SMK Palong Tujuh) dan 30 April 2003 (di SM Teknik Port Dickson)
pasukan SMK Palong Tujuh telah menjadi Johan selama empat tahun berturut-
turut dan mewakili KRS Negeri Sembilan ke Pertandingan Kawat Kaki KRS
Peringkat Kebangsaan di Perak 2000 (Tempat Kelima Putera) di Pulau Pinang
2001 (Johan kebangsaan KRS Putera dan Puteri) di Kelantan 2002 (Johan
kebangsaan KRS Puteri dan Naib Johan Putera) dan di Pulau Pinang 2003 (Naib
Johan kebangsan KRS Puteri dan Ke empat Putera).

Program Perkhemahan juga telah turut diadakan antaranya Perkhemahan Ijtimak
Al Kubra KRS Kebangsaan 1999(Kelantan), Perkhemahan Perdana 2000
(Pahang) Perkhemahan Perdana 2001 (Johor) Perkhemahan Perdana KRS
2002 (Selangor) dan Karnival Perkhemahan 2003 (Pulau Pinang). Perkhemahan
tersebut ada yang berbentuk penyertaan aktiviti dan ada yang berbentuk
pertandingan. Di peringkat negeri juga turut diadakan

1.2 Arah dan Matlamat Kadet Remaja Sekolah

Matlamat Program Pendekatan Hasil
Berilmu Rohani & Disiplin
Fardu ain, Ibadat, Pelajar yang
Berakhlak Khidmas
Perbincangan • berilmu
• berakhlak
Kumpulan, Yasin,

Bahas dll

Gotong royong, ziarah,

lawatan, anak angkat,

106

gunatenaga, • berkemahira
persembahan n

• berdaya
saing

• ketahanan
diri

• peka kepada
isu semasa

• bijaksana
dalam
tindakan
untuk
agama,
bangsa dan
negara.

Patriotik Ketahanan diri Kawat kaki,
& Kebudayaan
orienteering, senjata,

kembara, berenang,

latihan lasak, silat,

nasyid, berzanji, syair,

puisi, lukisan, muzik

tridisional dll

Beramal Alam Sekitar Ilmu bintang, ekologi,

mengenal haiwan dan

tumbuhan, kajian

bahan pencemaran dll

Berketerampila Usahawan Ilmu usahawan,
n & Akademik
kecemerlangan

akademik, kerjaya

usahawan, khidmat

usahawan, rekacipta

dan latihan kemahiran.

1.6 Organisasi Di Peringkat Sekolah

Sesebuah pasukan mestilah terbentuk dalam sebuah organisasi untuk
pengurusan anggotanya. Pengurusan organisasi yang cekap akan melahirkan
anggota yang cekap dan berkesan. Pentadbir sekolah perlu memainkan
peranan. Perjawatan dalam pasukan adalah tertakluk kepada jawatan hakiki
yang disandang oleh seseorang pegawai. Mereka menggunakan pangkat
kehormat. Pangkat Majer (Pengetua), Kapten (GPK HEM , GPK Koku dan
Penyelia Petang) Pangkat kehormat akan gugur dan dianugerahkan dengan

107

pangkat yang setara. sekiranya pegawai berkenaan mengikuti Kursus Pegawai
Tadbir KRS dengan jayanya. Jawatan kuasa boleh dibentuk mengikut
kesesuaian pasukan. Berikut adalah contoh jawatan kuasa yang boleh dibentu;

1.6.1 Peringkat Pegawai

Pegawai Memerintah/Komandan Pengetua 1 x Mejar
1 x Kapten
Penolong Peg. Memerintah/Timb. Kom. GPK HEM 1 x Kapten
1 x Kapten
Pegawai Tadbir/Ejutan GPK Ko Ku 1 x Leftenan /LTM
1 x Leftenan/LTM
Pegawai khas Kompeni (Sesi Petang) Penyelia Petang 1 x Leftenan/LTM
1 x Leftenan/LTM
Pegawai Data Guru Penasihat 1 x Leftenan/LTM
1 x Leftenan/LTM
Pegawai Latihan Guru Penasihat

Pegawai Kewangan Guru Penasihat

Pegawai Kerohanian Guru Penasihat

Pegawai Kebajikan Guru Penasihat

Pegawai Tatatertib Guru Penasihat

Jurulatih kanan Bekas pelajar

1.6.2 Peringkat Pelajar Kadet 1 x Staff Sarjan/PW

Kompeni Kadet 1 x Sarjan/Kopral

Sarjan Mejar/Ketua Kompeni Kadet 1 x Sarjan/Kopral
11
Ketua Platun A (Setiausaha) Kadet 1 x Sarjan/Kopral
Ketua Platun B ( Bendahari)
Ketua Platun C (Peralatan) Kadet 1 x Sarjan/Kopral
Ketua Platun D (Perhubungan)
Unit Data kadet 1 x Kopral/Lans Kopral
Unit Latihan
Unit Kerohanian Kadet 1 x Kopral/Lans Kopral
Unit Kebajikan
Unit Tatatertib Kadet 1 x Kopral/Lans Kopral
Kopral
Kadet 1 x Kopral/Lans Kopral

Kadet 1 x Kopral/Lans

Platun Kadet 1 x Sarjan

Ketua Platun Kadet 1 x Kopral
Ketua Seksyen 1 (Setiausaha)
Ketua Seksyen 2 (Bendahari) Kadet 1 x Kopral
Ketua Seksyen 3 (Peralatan)
Kadet 1 x Kopral

108

Unit Data Kadet 1 x Lans Kopral
Unit Latihan
Unit Kerohanian Kadet 1 x Lans Kopral
Unit Kebajikan
Unit Tatatertib Kadet 1 x Lans Kopral

Kadet 1 x Lans Kopral

Kadet 1 x Lans Kopral

1.7 KEKUATAN DAN TUGAS KADET REMAJA SEKOLAH

Pasukan di bentuk adalah bergantung kepada jumlah anggota yang mendaftar
sebagai ahli dalam pasukan. Pasukan dibentuk sebagai seksyen (12
anggota), Platun (38 anggota), Kompeni (154 anggota).

Peringkat Seksyen

- mempunyai satu seksyen terdiri daripada 12 anggota termasuk ketua seksyen
-setiap seksyen diketua seorang ketua berpangkat kopral dan dibantu oleh
penolong ketua seksyen berpangkat Lans Kopral
-Antara tugas ketua seksyen ialah mendapatkan dan mengemaskini maklumat
anggota
-menjaga disiplin tingkahlaku dan kehadiran anggota
-mengutip yuran
-mengetuai program/aktiviti di peringkat seksyen
-menyampaikan maklumat kepada ketua platun
Kekuatan – 1 X Kopral

1X Lans Kopral
10 lain-lain anggota

Peringkat Platun

-mempunyai tiga seksyen
-satu platun terdiri daripada 38 anggota termasuk komander Platun (Guru) dan
dibantu oleh ketua platun (pelajar)
-Setiap platun diketuai seorang komander platun berpangkat Leftenan Muda atau
Leftenan dan di bantu oleh ketua platun berpangkat Sarjan atau Staf Sarjan
(Pelajar)
-antara bidang tugas ketua platun adalah seperti mempastikan rekod-rekod
anggota diurus dengan cekap
-menjaga kebajikan anggota
-mempastikan yuran dikutip
-menjaga disiplin dan kehadiran anggota
-mengadakan mesyuarat dan perbincangan bersama ketua sesyen dan
anggotan bawahan
-menjadi ketua perbarisan Platun
-menjadi perantara Komander platun dengan anggotan bawahan
-mengadakan dan mengemaskini maklumat keanggotaan platun

109

Kekuatan – 1 X Leftenan Muda
1 X Sarjan
3 X Kopral
3 X Lan Kopral
30 lain-lain anggota

Peringkat Kompeni

-mempunyai 3 atau 4 Platun
-satu Kompeni terdiri daripada 114 hingga 155 anggota(4 Platun X 38 =152
anggota termasuk Pegawai Memerintah kompeni (Guru) Pegawai tadbir/Ejutan
dan ketua kompeni(Pelajar))
-setiap kompeni diketuai oleh Pegawai Memerintah kompeni berpangkat kapten
atau Leftenan dan dibantu oleh ketua kompeni berpangkat Pegawai Waren 1
atau 11
-Tugasnya mengetuai empat buah platun dan dibantu oleh pegawai-pegawai
atau pegawai tanpa tauliah
-merancang , mengeluarkan arahan dan membuat keputusan penting untuk
pasukan
-menyedia dan mencari anggota untuk kenaikan pangkat dan berkursus
-sebagai perantara antara komandan dengan anggota bawahan
-menjadi ketua perbarisan kompeni
-Antara tugas ketua kompeni pula adalah seperti mempastikan disiplin pasukan
diamal dan dilaksanakan dengan berkesan
-membuat teguran/nasihat dan amaran dari segi tingkahlaku, pakaian, tutur kata,
akademik dan sebagainya.
-membuat laporan kepada Pegawai Memerintah Kompeni untuk diambil tindakan
-mengurus data dan maklumat pasukan sama ada biodata, surat menyurat,
rekod kesalahan dan lain-lain.

Kekuatan – 1 x Majer/Kapten
1 x Leftenan
1 x PW 1/PW 11/Staf Sarjan
4 x Leftenan Muda
4 x Sarjan

12 x Kopral
12 x Lans Kopral
120 lain-lain anggota

110

1.8 SISTEM PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH

PANGKAT KEHORMAT DI SEKOLAH

Bil Pangkat Klasfikasi/Cara Memohon Catatan

1 MEJAR -Pengetua -Lantikan
(Kehormat) -Berfungsi sebagai Pegawai
Memerintah berdasarkan
2 KAPTEN -mengisi borang dan memohon
(Kehormat) kepada Pengarah Bahagian Jawatan hakiki
sekolah/Kementerian Pendidikan
Malaysia melalui Jabatan -Mesti menghadiri
Pendidikan Negeri
Kursus
-Penolong Kanan HEM
-Penolong Kanan Kokurikulum -Surat perlantikan
-Berfungsi sebagai Penolong
Pegawai Memerintah dan sijil dikeluarkan
-Mengisi Borang dan memohon
kepada Pengarah Bahagian oleh Kementerian
Sekolah/Kementerian Pendidikan
Malaysia melalui Jabatan Pendidikan/Jabatan
Pendidikan Negeri
Pendidikan

-Pangkat akan

gugur sekiranya

berlaku pertukaran

yang tidak setara

-Lantikan

berdasarkan

Jawatan Hakiki

-Mesti menghadiri

kursus

-Surat perlantikan

dan sijil dikeluarkan

oleh Kementerian

Pendidikan

-Pangkat akan

gugur sekiranya

berlaku pertukaran

yang tidak setara

PANGKAT LANTIKAN BERDASARKAN KELAYAKAN DI SEKOLAH

Bil Pangkat Klasfikasi/Cara Memohon Catatan

1 KAPTEN -Jurulatih Kanan JPN/KRS -Pegawai Pendidikan
Negeri
-Jurulatih Kanan- dilantik oleh (Guru) yang dipilih
JPN dengan menghantar surat
rasmi daripada kumpulan
-Mengisi borang dan memohon
ke JPN melalui PPD jurulatih di peringkat

negeri yang

mempunyai

pengalaman

111

kemahiran/kepakaran

tertentu

-Surat perlantikan

dan sijil dikeluarkan

oleh Jabatan

Pendidikan Negeri

2 KAPTEN -Guru (Kompeni Komander) -Pegawai Pendidikan
-Mengisi borang dan memohon
3 LEFTENAN ke JPN melalui PPD (Guru) telah
4 LEFTENAN
-Guru (ejutan – Pegawai tadbir) menghadiri semua
MUDA -Mengisi borang dan memohon
ke JPN melalui PPD kursus yang

-Guru (Platun Komander) ditetapkan
-Mengisi borang dan memohon
ke JPN melalui PPD -memimpin sati

kompeni yang terdiri

daripada 4 Platun

(rujuk Buku

Kurikulum Latihan ms

37- Carta organisasi

kompeni)

-Pegawai Pendidikan

(Guru) telah hadiri

semua kursus yang

ditetapkan

-pembantu/

memimpin satu

kompeni yang terdiri

daripada 4 platun

-Pegawai Pendidikan

(Guru) telah

menghadiri kursus

yang ditetapkan

-memimpin satu

Platun yang terdiri

daripada 3 seksyen

PANGKAT PELAJAR DIANUGERAHI SELEPAS LULUS SYARAT

Bil Pangkat Klasfikasi/Cara Memohon Catatan
1 Lans Kopral
-Ahli biasa yang telah lulus -Mengisi borang

peperiksaan yang kenaikan pangkat

berkaitan(mengisi borang kenaikan dan menduduki

pangkat) peperiksaan yang

-Telah menjadi ahli biasa dijalankan di

sekurang-kurangnya 6 bulan peringkat sekolah

112

-Memohon ke Pejabat Pendidikan dan diselia oleh

Daerah melalui Pengetua AJK KRS Daerah

-Permohonan diluluskan oleh PPD

-Salinan permohonan di hantar ke

Jabatan Pendidikan Negeri

-Mempunyai cirri-ciri kepimpinan

2 Koperal -Lans Koperal yang telah lulus Mengisi borang

peperiksaan yang kenaikan pangkat

berkaitan(mengisi borang kenaikan dan menduduki

pangkat) peperiksaan yang

-Telah menjadi Lans Koperal dijalankan di

sekurang-kurangnya 6 bulan peringkat sekolah

-Memohon ke Pejabat Pendidikan dan diselia oleh

Daerah melalui Pengetua AJK KRS Daerah

-Permohonan diluluskan oleh PPD -Disandang oleh

-Salinan permohonan di hantar ke pelajar tingkatan 2

Jabatan Pendidikan Negeri ke atas

-Mempunyai cirri-ciri kepimpinan

3 Sarjan -Koperal yang telah lulus Mengisi borang

peperiksaan yang kenaikan pangkat

berkaitan(mengisi borang kenaikan dan menduduki

pangkat) peperiksaan yang

-Telah menjadi koperal sekurang- dijalankan di

kurangnya 6 bulan peringkat sekolah

-Memohon ke Pejabat Pendidikan dan diselia oleh

Daerah melalui Pengetua AJK KRS Daerah

-Permohonan diluluskan oleh PPD -Disandang

-Salinan permohonan di hantar ke pelajar tingkatan 3

Jabatan Pendidikan Negeri ke atas

-Mempunyai cirri-ciri kepimpinan

4 Staf Sarjan -Sarjan yang telah lulus Mengisi borang

peperiksaan yang kenaikan pangkat

berkaitan(mengisi borang kenaikan dan menduduki

pangkat) peperiksaan yang

-Telah menjadi Sarjan sekurang- dijalankan di

kurangnya 6 bulan peringkat sekolah

-Memohon ke Pejabat Pendidikan dan diselia oleh

Daerah melalui Pengetua AJK KRS Daerah

-Permohonan diluluskan oleh PPD -Disandang

-Salinan permohonan di hantar ke pelajar tingkatan 4

Jabatan Pendidikan Negeri ke atas

-Mempunyai cirri-ciri kepimpinan

5 Pegawai Waren -Staf Sarjan yang telah lulus Mengisi borang

11 peperiksaan yang kenaikan pangkat

berkaitan(mengisi borang kenaikan dan menduduki

pangkat) peperiksaan yang

113

-Telah menjadi Staf Sarjan dijalankan di

sekurang-kurangnya 1 tahun peringkat sekolah

-Memohon ke Pejabat Pendidikan dan diselia oleh

Daerah melalui Pengetua AJK KRS Daerah

-Permohonan diluluskan oleh PPD -Disandang

-Salinan permohonan di hantar ke pelajar tingkatan 4

Jabatan Pendidikan Negeri ke atas

-Mempunyai cirri-ciri kepimpinan

6 Pegawai Waren -Pegawai waren 11 yang telah lulus Mengisi borang

1 peperiksaan yang kenaikan pangkat

berkaitan(mengisi borang kenaikan dan menduduki

pangkat) peperiksaan yang

-Telah menjadi Pegawai waren 11 dijalankan di

sekurang-kurangnya 1 tahun peringkat sekolah

-Memohon ke Pejabat Pendidikan dan diselia oleh

Daerah melalui Pengetua AJK KRS Daerah

-Permohonan diluluskan oleh PPD -Disandang

-Salinan permohonan di hantar ke pelajar tingkatan 5

Jabatan Pendidikan Negeri ke atas

-Mempunyai cirri-ciri kepimpinan

SISTEM KEAHLIAN

KRS/(Nombor kod sekolah/Kod Jantina (L/P) dan nombor anggota.
Contohnya KRS/NE6007/L0001 atau KRS/NE6007/P0001.Nombor anggota
lelaki dan perempuan diasingkan.

114

Bab 8

Istiadat Perarakan dan Mengibar
Bendera

PENDAHULUAN

Perarakan dan kibarkan bendera bagi pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS)
adalah merupakan satu upacara rasmi yang diadakan bagi menyambut sesuatu peristiwa
penting. Oleh yang demikian perlu diadakan satu garis panduan bagi menyempurnakan
majlis tersebut. Walaubagaimanapun upacara perarakan dan kibarkan bendera ini
perlulah mengikuti garis panduan atau format yang perlu diselaraskan dan telah
ditetapkan.

8.1 JENIS-JENIS PERARAKAN DAN KIBARKAN BENDERA

Terdapat beberapa jenis perarakan dan kibarkan bendera yang diadakan.
Pemilihan jenis perarakan dan kibarkan adalah bergantung kepada upacara yang
diadakan. Secara umumnya terdapat tiga jenis perarakan bendera iaitu perarakan bendera
secara berderet , perarakan bendera scara berderet dihadapan dan perarakan panji-panji.
Tempat-tempat dan upacara-upacara yang memerlukan mengibarkan bendera adalah
seperti perasmian perkhemahan, perasmian mesyuarat agong dan lain-lain acara.

8.1 JAWATANKUASA

8.3.1 Jawatankuasa Induk

Jawatankuasa induk terdiri daripada kalangan ahli yang terdiri daripada pihak
pengurusan yang tertinggi (Kementerian) atau (Jabatan) bergantung kepada majlis yang
diadakan samada peringkat kebangsaan atau negeri. Jawatankuasa ini akan membuat
dasar, peraturan atau membuat keputusan tertentu untuk dilaksanakan oleh jawatankuasa
pelaksanaan.

8.3.2 Jawatankuasa Pengelola

Adalah individu yang dilantik untuk menguruskan perjalanan majlis perarakan
bendera. Ahli-ahli yang dilantik akan mengadakan persiapan, penyediaan keperluan
peralatan, pemantauan. Lihat Lampiran

115

Jawatankuasa Pengelola

1. Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
2. Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri
3. Timbalan Pengerusi I : Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri
4. Timbalan Pengerusi II : Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan (JPN)
5. Setiausaha : Ketua Unit Kokurikulum (JPN)
6. Pen. S/Usaha I : Penyelia Unit Beruniform (JPN)
7. Pen. S/Usaha II : Pegawai Khas KRS/ Pegawai Tadbir

(KRS) Negeri. : Pegawai Kewangan (JPN)
8. Bendahari : Dilantik
9. Penyelaras : Dilantik
10. Pen. Penyelaras : Dilantik
11. AJK Protokol dan Istiadat : Dilantik
12. AJK Persiapan Tempat : Dilantik
13. AJK Peralatan : Dilantik
14. AJK Siaraya : Dilantik
15. AJK Jemputan : Dilantik
16. AJK Jamuan

8.4 ADAB DAN TERTIB PENGURUSAN BENDERA

Sebagai warganegara yang berdualat, adalah menjadi tanggungjawab kita
menghormati dan menjaga kedaulatan bendera sebagai lambang negara, negeri atau
institusi. Antara adab dan tertib semasa menguruskan bendera adalah seperti berikut;

8.4.1 Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu bagi
memastikannya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan
bendera jatuh atau tidak tentu kibarannya.

8.4.2 Sebelum bendera dinaikkan pastikan ianya dalam keadaan yang baik.

8.4.3 Mereka yang menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian
kemas

8.4.4 Menaikkan dan menurunkan bendera dengan perlahan-lahan. Apabila
mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan dahulu
sepenuhnyadan kemudian menurunkannya separuh tiang.
Apabila menurunkan bendera separuh tiang, naikkan semula bendera
sepenuh tiang dan kemudian turunkannya terus.

8.4.5 Jangan meletakkan bendera di atas tanah semasa hendak menaikkannya.

116

8.4.6 Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia
hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke
bawah.

8.4.7 Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik
di tempat yang tertentu.

8.4.8 Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup
sesuatu melainkan digunakan dalam upacara Pemakaman/ Pemgkebumian
Negara.

8.4.9 Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang
uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan.
Ia hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah
membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak
hormat kepada bendera tersebut.

8.5 PENETAPAN HARI BENDERA DIKIBARKAN

Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994 menetapkan Bendera Persekutuan (Jalur
Gemilang) hendaklan dikibarkan pada hari-hari pejabat biasa dan hari-hari Kebesaran
Persekutuan dan Negeri.

Sekolah-sekolah hendaklah mengibarkan bendera pada hari-hari persekolahan.

Di peringkat Negeri, ia dikibarkan pada hari-hari seperti:

8.5.1 Hari Ulangtahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong.

8.5.2 Hari Kebangsaan

8.5.3 Lawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-negeri.

117

8.6 PERLAKSANAAN
8.6.1 Protokol
Menyediakan protokol susunan bendera-bendera bagi sesuatu perarakan. Peranan

protokol adalah sangat penting bagi memastikan majlis rasmi dilaksanakan mengikut
garis panduan yang telah ditetapkan. Protokol bagi setiap acara adalah berbeza dan
bergantung kepada upacara itu dilaksanakan. Pemilihan protokol adalah daripada tiga
jenis perarakan. Protokol juga memastikan kedudukan tetamu-tetamu kehormat semasa
upacara dan memastikan peranan kenamaan yang terlibat dalam upacara perarakan
tersebut.

A. Protokol Susunan Bendera Semasa Perarakan (Sebaris)

B. Protokol Susunan Bendera Semasa Perarakan (Sederet)

*Susunan Bendera Sebaris Adalah Mengikut Kekananan Negeri-negeri Persekutuan

118

8.7 SUSUNAN KEUTAMAAN

8.7.1 Susunan Keutamaan bendera-bendera ialah seperti berikut:
A. Bendera Malaysia Jalur Gemilang
B. Bendera Negeri-Negeri (mengikut susunan keutamaan)
C. Bendera Wilayah (Susunan Keutamaan mengikut tarikh wilayah
diwujudkan)
D. Bendera Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan
E. Bendera Pertubuhan dan Persatuan
F. Bendera Syarikat

Keutamaan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri-Negeri ditentukan mengikut
Susunan Keutamaan DYMM Raja-Raja Melayu dan TYT Yang di-Pertua Negeri
(Perkara 70 Perlembagaan Persekutuan).
Susunan sekarang* seperti di bawah. Susunan ini berubah sekiranya berlaku pertukaran
dalam Susunan Keutamaan disebabkan adanya perlantikan baru.
* tidak dapat dipastikan sama ada Susunan Keutamaan ini berubah akibat kemangkatan
Al-Marhum DYMM Sultan Terengganu dan perlantikan DYMM Sultan Terengganu yang
baru.

Susunan bendera semasa perarakan perlulah mengikuti keutamaan negeri-negeri
dalam persekutuan seperti yang telah ditetapkan oleh persekutuan.
Lihat Lampiran

8.8 SUSUNAN KEDUDUKAN
Susunan dan kedudukan bendera adalah bergantung kepada di mana bendera-

bendera tersebut berada:
i. Di Luar dan Di Dalam Bangunan
ii. Semasa Perarakan

iii. Kedudukan Pada Dinding/Tembok Bangunan Atau Objek Statik

119

8.8.1 Hari Biasa dan Hari-Hari Kebesaran Persekutuan
Bagi 2 bendera dikibarkan di majlis peringkat Persekutuan yang diadakan di Negeri.

Bagi 3 bendera dikibarkan di majlis peringkat Persekutuan yang diadakan di Negeri.

8.8.2 Hari-Hari Kebesaran Negeri
Bagi 2 bendera dikibarkan di majlis peringkat Negeri di Negeri berkenaan.

120

Bagi 3 bendera dikibarkan di majlis peringkat Negeri di Negeri berkenaan
121

8.8.3 Mengibarkan Jalur Gemilang Dengan Bendera Negeri-Negeri
Dikibarkan secara sebaris dengan keutamaan bermula dari kiri ke kanan.

Dikibarkan secara sebaris dengan keutamaan bermula dari tengah-tengah.

Dikibarkan secara sebaris dengan dibahagi dua belah dan
keutamaannya bermula dari dalam.

122

8.8.4 Persidangan Antarabangsa
Bendera hendaklah dikibarkan atau disusun mengikut dua cara; berdasarkan susunan
abjad nama negara-negara berkenaan dan seperti yang ditetapkan oleh pertubuhan
berkenaan jika ada.

Dikibar secara dibahagi dua.

Dikibarkan secara sebaris.

123

Susunan bendera di atas meja.
(Mengikut abjad arah lawan pusingan jam)

124

8.8.5 Kedai / Rumah
Bila bendera dikibarkan di deretan kedai atau rumah, ia hendaklah dikibarkan pada
tiang yang dicondongkan ke arah jalanraya. Jika 2 bendera dikibarkan, Jalur Gemialng
dikibarkan di sebelah kiri.

8.8.6 Kedudukan Bersilang
Dalam keadaan dikibarkan bersilang, Jalur Gemilang hendaklah dikibarkan
disebelah kiri dan di atas bendera yang lain.

125

Jika Jalur Gemilang diletakkan di dalam satu kumpulan bendera negeri dan bendera
swasta, Jalur Gemilang hedndaklah dikibarkan di tengah-tengah di antara dua bendera
dan tiangnya lebih tinggi sedikit dari tiang-tiang yang lain. Bendera Negeri dikibarkan di
sebelah kiri manakala bendera swasta di sebelah kanan.

8.8.7 Semasa Lawatan Negara/Rasmi
Menjadi amalan biasa negara kita memberi penghormatan kepada pelawat, bendera
negara pelawat akan diberikan keutamaan. Contoh di bawah menunjukkan lawatan
Presiden Indonesia ke Malaysia.

126

a. ) Acara Dalam Dewan / Bangunan / Stadium
Susunan bendera semasa seminar.

127

Susunan bendera semasa mesyuarat.
128

Susunan bendera semasa majlis perundangan / perbincangan.
129

Susunan bendera semasa majlis perundangan / perbincangan antara dua negara.
130

a) Bendera Terbentang
Jika bendera dibawa secara terbentang, bahagian kepala bendera hendaklah diusung

mendahului perarakan.
Jalur Gemilang Diarak Secara Terbentang

(iii) Kedudukan Pada Dinding/Tembok Bangunan Atau Objek Statik
Kedudukan Bendera Pada Dinding

131

Kedudukan Bendera Pada Tempat Orang Berucap

Apabila dua atau lebih bendera dipamerkan di dinding, keutamaan diberikan kepada
Jalur Gemilang, Susunannya sama seperti susunan Jalur Gemilang dan bendera negeri-
negeri mengikut keutamaan.

Di majlis sempena lawatan negara / rasmi, kedudukan bendera negara pelawat di
sebelah kiri.

Kedudukan Dua Bendera Pada Dinding

132

8.8.8 Persiapan Tempat

Persiapan tempat bagi upacara perarakan bendera adalah berseuaian dengan
persekitaran tempat. Antara tempat atau kawasan yang perlu diberi keutamaan semasa
upacara ialah kawasan lapang untuk perbarisan pasukan dan kawasan bendera akan
diarakkan. Kawasan ini penting bagi mamastikan perarakan dapat dilakukan dengan baik.
Selain itu terdapat juga tempat-tempat lain yang penting semasa perarakan iaitu tempat
tetamu kehormat, tempat terima hormat, tempat siaraya, tempat simpan peralatan dan
tempat jamuan.

PERSIAPAN TEMPAT PERARAKAN BENDERA

Peralatan Siaraya Tempat Tetamu Tempat Jemputan
Kehormat

Tempat
Terima
Hormat

7.3.1.B Pelayan tetamu

Pelayan tetamu sangat penting dalam menentukan kejayaan makan beradat.
Pelayan hendaklah melakukan raptai bagi satu-satu majlis, supaya kesalahan dapat
diperbaiki sebelum majlis sebenar. KPealwayaasanntePtearmaruakyang terlatih dapat mengelakkan
kejadian yang tidak diingini berlaku seperti air atau makanan tertumpah kepada tetamu
lebih-lebih lagi jika makanan dihidang mengikut menu tertentu.. Pakaian pelayan tetamu
hendaklah mengikut pakaian yang ditentukan oleh penganjur. Pelayan hendaklah dalam
keadaan senyum dan ceria sentiasa.

Kawasan Perbarisan Pasukan

133

8.8.9 PERARAKAN KONTINJEN
Perarakan bendera bagi upacara kontinjen pula mestilah diatur dengan sempurna.
Kedudukan bendera dan kontinjen mestilah pada kedudukan yang betul. Persiapan tempat
semasa perarakan kontinjen pula adalah seperti berikut,

a. Peralatan
Peralatan semasa melakukan upacara perarakan bendera atau panji-panji adalah
seperti bendera, tiang bendera dan sling pembawa bendera. Peralatan ini perlulah
disediakan sebelum upacara bagi memastikan tiada kekalutan semasa perarakan.
Peralatan-peralatan sampingan yang lain yang berkaitan dengan upacara perarakan perlu
juga disediakan sebaiknya.

134

Lampiran 1

JAWATANKUASA

Contoh:
JawatanKuasa Induk (Peringkat Kebangsaan)

1. Penaung : Menteri Pelajaran
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
2. Penasihat : Pengarah Bahagian Sekolah
Timbalan Pengarah Bahagian
3. Pengerusi : Sekolah
Pengarah Pelajaran Negeri
4. Timbalan Pengerusi I : (Jika Negeri dilantik sebagai tuan
rumah)
5. Timbalan Pengerusi II: Ketua Penolong Pengarah
Ketua Unit Kokurikulum
6. Setiausaha I : Penolong Pengarah (JPN)
7. Setiausaha II : Ketua Unit (JPN)
8. Pen. S/Usaha I : Pegawai Kewangan (KPM)
9. Pen. S/Usaha II : Pegawai Kewangan (JPN)
10. Bendahari : Penolong-penolong pengarah di
11. Pen. Bendahari : KPM
12. Ex-Oficio : Terdiri daripada Pengarah-pengarah
negeri
13. Ahli Jawatankuasa :

135

Contoh:
Jawatankuasa Pengelola

1. Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia
2. Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri
Timbalan Pengarah Pelajaran
3. Timbalan Pengerusi I : Negeri
Ketua Sektor Pembangunan
4. Timbalan Pengerusi I : Kemanusiaan (JPN)
Ketua Unit Kokurikulum (JPN)
5. Setiausaha : Penyelia Unit Beruniform (JPN)
Pegawai Tadbir (KRS) Negeri
6. Pen.S/Usaha I : Pegawai Kewangan (JPN)
Dilantik.
7. Pen. S/Usaha II : Dilantik.
Dilantik.
8. Bendahari :

9. Penyelaras :

10. Penolong Penyelaras :

11. Ahli Jawatankuasa :

11.1 AJKK Persiapan Pentas
11.2 AJKK Back Drop
11.3 AJKK Susunan Kerusi
11.4 AJKK Sambutan
11.5 AJKK Buku Aturcara
11.6 AJKK Kad Jemputan
11.7 AJKK Jamuan
11.8 AJKK Hadiah dan Sijil
11.9 AJKK Perbarisan

dan sebagainya yang perlu

136

LAMPIRAN 2

SUSUNATUR PENTAS

Papan Backdrop

Ruang Penyampaian Tauliah, Sijil,
Hadiah atau Cenderamana

Tangga Turun Tangga Naik

Petunjuk:

Meja Tetamu Kerusi Tetamu Utama
Rostrum VIP Kerusi Tetamu Khas
Rostrum Juruacara Kerusi Tetamu Jemputan
Meja Hadiah Kerusi Peserta/Penerima Sijil
Pergerakan Penerima Sijil Kerusi Tetamu

137

Lampiran 3
Susuan Kerusi Tetamu Utama (VVIP) dan tetamu Khas (VIP)

Kedudukan kerusi VIP dan VVIP hendaklah di susun mengikut kekananan
jawatan iaitu dimulai dari kedudukan di tengah-tengah. Kerusi boleh disusun dalam
angka ganjil atau genap. Jika bilangan VIP ganjil maka jawatan terkanan akan berada
pada kedudukan tengah-tengah. Jika bilangan VIP genap, kedudukan kerusi VVIP adalah
di tengah-tengah sebelah kanan. Di hadapan kerusi VIP mestilah ada meja kecil yang
diletakkan sejambak bunga di sudut kanan. Lihat Contoh.

53124
VVIP

Rajah I: Kedudukan Kerusi VIP Bilangan Ganjil

531246
VVIP

Rajah II: Kedudukan Kerusi VIP Bilangan Genap

Kerusi Tetamu
Dalam dua kolum. Setiap kolum mengandungi bilangan kerusi yang sama banyak.

Terdapat ruang berjalan pada bahagian tengah antara dua kolum dan pada bahagian tepi
setiap kolum. Kerusi tetamu khas diletakkan pada bahagian hadapan dewan (menghadap
pentas) dengan jumlah yang mencukupi mengikut senarai tetamu khas yang akan hadir.

Lampiran 5

138

BACKDROP

2. Perkara-perkara penting yang perlu tertulis dalam backdrop ialah
i. Nama majlis
Ditulis dengan huruf besar pada bahagian atas sekali

ii. Siri majlis (jika ada)
Ditulis dengan huruf besar pada bahagian bawah Nama Majlis

iii. Tarikh Ditulis angka
Hari : Tulisan rumi huruf kecil, awal huruf pada nama bulan
Bulan : adalah huruf besar.
Ditulis angka
Tahun :

Kedudukannya ialah pada bahagian tengah antara kiri dan kanan dan
tengah antara atas dan bawah.

iv. Tempat
Nama tempat ditulis selepas tarikh, pada bahagian bawah.

v. Nama perasmi/penyampai hadiah, sijil tauliah atau kenaikan pangkat
Nama dan jawatan ditulis huruf besar.
Nama di atas dan jawatan dibawahnya.

vi. Logo kementerian/pasukan
Dua logo sahaja iaitu logo Kementerian Pelajaran Malaysia di sebelah
kanan dan logo KRS pada sebelah kiri.

vii. Penaja program (jika ada)
Diletakkan pada bahagian bawah sekali secara sebaris jika ada banyak
penaja.

b. Warna
i. Warna tulisan mestilah hitam atau biru sahaja.
ii. Kain alas/dasar mestilah berwarna putih.

Contoh:

139

MAJLIS PENTAULIAHAN PEGAWAI KRS
PERINGKAT KEBANGSAAN
SIRI 1/2007

Tarikh: 20 Januari 2007 QuickTime™ and a

Graphics decompressor
are needed to see this picture.

Disempurnakan Oleh:

DATO’ HJ ISA BIN HASSAN

PENGARAH KRS KEBANGSAAN

140


Click to View FlipBook Version