The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nizam.jawawi, 2021-04-11 21:51:13

GAP 2023 AUTOMOTIVE ELECTRICAL

GAP 2023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

UNIT 1: BASIC ELECTRICAL

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Objektif tajuk ini ialah :

1. Explain basic principle of electrical, electronics and magnetism in automotive
application.

2. Desicribe precisely construction and function of automobile electrical system
and component.

3. Carry out maintenence service and troubleshoot of electrical and electronic
system based on specification.

4. Demostrate work as a team according to task given.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir tajuk ini, pelajar-pelajar dapat :

1. Explain the basic principle of electricity.
2. Desicribe of principle of magnetism and awareness of potential technical

application of magnetism phenomena.
3. Explain the construction and function of semiconductor.
4. Explain of semiconductoe device.
5. Define the design, operating principle and maintenance of semi conductor

devices.

BKT 1 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

ELECTRICITY

ELECTRON THEORY

Kuasa elektrik ialah pergerakan electron. Contohnya seperti aliran air didalam paip,
tetapi electron bergerak didalam wire. Electron berasal daripada Atom, semua benda
didalam dunia ini diperbuat daripada Atom. Ada bermacam – macam Atom berlainan
jenis di dalam dunia ini. Atom sama jenis apabila digabungkan menjadi satu
Element. Contoh Element ialah seperti kayu, batu dan tembaga. Perbezaan Atom
boleh dilihat daripada jumlah Electron yang mengelilingi Nucleus dalam Atom.
Contohnya Atom Hydrogen hanya ada satu sahaja Electron mengelilingi Nucleus,
manakala Atom Tembaga ada 29 Electron mengelilingi Nucleus. Atom adalah
sangat kecil. Electron pula lebih kecil berbanding Atom.

CAS ELEKTRIK:

Electron membawa Cas Negatif manakala Nucleus pula membawa Cas Positif.
Electron bergerak secara pusingan mengelilingi Nucleus. Electron tetap bepusing
mengelilingi Nucleus kerana cas yang terhasil menarik antara satu sama lain. Dalam
System Elektrik kenderaan Bateri dan Alternator ialah komponen yang
membekalkan Electron. Electron bergerak dari Terminal Bateri Negatif ke Terminal
Bateri Positif. Apabila disambungkan wire dari satu Terminal ke satu lagi Terminal,
maka dapat menghasilkan Arus Elektrik. Pergerakan Electron ialah disebabkan
tekanan yang ada pada Terminal Positif dan Negatif yang menyebabkan ia bergerak
ke arah satu sama lain.

BKT 2 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Jenis Elektrik:

Ada 2 jenis Elektrik iaitu Static dan Dynamic. Dynamic pula boleh dipecahkan
kepada 2 iaitu Direct Curent (DC) dan Alternating Current (AC).

ELECTRICITY STATIC DIRECT
DYNAMIC CURRENT

ALTERNATING
CURRENT

Static Elektrik:

Apabila diambil sehelai kain dan sebatang rod kaca. Kain dan rod kaca digosokkan
antara satu sama lain. Kedua – duanya menjadi panas dan ada Cas Elektrik yang
terjadi, satu Negatif dan satu Positif. Tetapi Electron ini tidak bergerak keluar, hanya
berlegar – legar di dalam Element. Ini dipanggil Static Elektrik.

BKT 3 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

DYNAMIC ELEKTRIK:

Dynamic Elektrik pula ialah keadaan dimana Electron bergerak bebas, keluar dari
Atom akibat perbezaan tekanan. Electron bergerak dari Terminal Positif ke Terminal
Negatif. Contohnya seperti Bateri kenderaan. Electron yang bergerak satu hala tiada
patah balik dipanggil Direct Current ( DC ) dan Electron yang bergerak dua hala
dipanggil Alternating Current ( AC ).

Kesan Yang Dibawa Oleh Elektrik:

Kesan yang dibawa oleh Elektrik bolehlah dikelaskan kepada 3 iaitu:

i. HABA.

Apabila Elektrik melalui Conductor, ia menghasilkan haba. Contohnya seperti lampu
kenderaan, pemanas rokok dan fuse.

ii. TINDAK BALAS KIMIA.

Apabila Asid Sulfurik dan Air Suling dicampurkan menjadi Electrolait membuatkan
Electron boleh bergerak dari Terminal Positif ke Terminal Negatif. Bateri
menggunakan Prinsip ini.

iii. MEDAN MAGNET.

Apabila Electron melalui wire atau sekumpulan wire, ia menghasilkan Medan
Magnet. Contohnya seperti Alternator dan Starter Motor.

BKT 4 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

CONDUCTORS, SEMICONDUCTOR AND INSULATOR (Non-conductor)

Disekelilingi kita terdapat bahn-bahan yang boleh mengalirkan dan tidak boleg
mengalirkan arus elektrik.bahan yang boleh mengalir arus disebut konduktor.
Manakala bahan yang tidak boleh alirakan arus disebut penebat.Konduktor
mempunyai rintangan rendah dan mudah dialirkan arus.Kebanyakan logam adalah
konduktor yang baik contohnya perak, tembaga,dan aluminium.Penebat mempunyai
rintangan yang tinggi.ia tidak boleh mengalirkan arus elektrik.Contoh bahan penebat
ialah seperti getah, kertas,kaca,plastic dan PVC
Semikonduktor adalah bahan pertengahan yang sifatnya diantara konduktor dengan
bukan konduktor. Bahan silicon, copper oxide dan gemanium adalah atara bahan
yang digunakan pada komponen semikonduktor seperti transistor, diod dan litar
bersepadu

Gambarajah: Bahan dan rintangan bagi konduktor ,semikonduktor dan penebat

Conductors
• Materials with 1 or 3 electrons in atom’s outer ring.
• Electrons are held loosely, there’s room for more, and low EMF will cause a flow

of free electrons.

Insulators
• Materials with 5 to 8 electrons in atom’s outer ring.
• Electrons are held tightly, the ring’s fairly full, and a very high EMF is needed to

cause any electron to flow.

Semiconductors
• Materials with exactly 4 electrons in atom’s outer ring
• Neither good conductors nor insulators.

BKT 5 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

ELECTRONIC COMPONENTS

Komponen elektronik boleh didapati dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan.
Sambungan komponen disebut litar elektronik.Komponen elektronik mempunyai dua
atau lebih punca sambungan luar. Punca sambungan ini disambungkan kepada
komponen lain atau punca bekalan untuk laluan arus kendalian litar. Memandangkan
bilangan komponen yang banyak, ada kemungkinan berlaku kekeliruan. Untuk
mengelakkan kekeliruan, komponen-komponen elektronik diterjemahkan dalam
bentuk simbol.Bagi memudahkan kita mengenal komponen elektronik melalui
simbol, berikut disenaraikan sebahagian daripada simbol-simbol tersebut yang yang
digunakan dalam litar.

Komponen elektronik boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu

a. Komponen pasif

Komponen pasif merupakan komponen asas seperti

suis,wayar,perintang,fius,kapasitor dan palam

BKT 6 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

b. Komponen Aktif

Komponen aktif merupakan komponen yang dibuat daripada bahan
semikonduktor seperti silikon dan germanium.Komponen ini boleh
bertindakbalas apabila dilalukan arus elektrik padanya sama ada menukarka
satu tenaga kepada tenaga lain atau mengeluarkan tenaga

Contoh komponen aktif adalah seperti transistor,diod,tiristor,L.E.D,,F.E.T

SEMICONDUCTOR DEVICE( Diode, Capacitor, Transistor)

Diod

Diod ialah gabungan dua jenis semiconductor iaitu N dan P.

Terdapat beberapa jenis diod iaitu:

Ordinary rectifying diode
Zener diode
Light-emitting diode (LED)
Photodiode

BKT 7 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Nota:

P ialah Positif, manakala N ialah Negatif.

Rectifying Diode
Diode ini hanya membenarkan arus mengalir dalam satu arah sahaja dimana
pengaliran arus hanya boleh berlaku dari bahagian P ke bahagian N sahaja
("forward biased").

Diode ini tidak membenarkan pengaliran arus dari bahagian N ke bahagian P
("reverse biased").

Arah aliran arus di dalam diod ditanda dengan mengunakan sama ada simbol,
titik atau garisan berwarna.

BKT 8 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Diode ini menghasilkan satu nilai rintangan yang akan menyebabkan susutan voltan
sebanyak 0.7 V untuk siliccon dan 0.3V untuk Germanium.

BKT 9 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Jika sekiranya voltan masukan dikenakan secara songsang, arus bocor ("reverse
leakage current") yang kecil akan terhasil. Jika voltan songsang yang dibekalkan
adalah besar arus bocor ini bertambah lalu dan boleh merosakkan diode ini.
Keadaan ini dipanggil sebagai "diode breakdown" dan voltan yang menghasilkan
keadaan ini dikenali sebagai "breakdown voltage".
Zener Diode

Diode ini sepertimana diode biasa membenarkan arus mengalir sehala sahaja
dimana pengaliran arus hanya boleh berlaku dari bahagian P ke bahagian N sahaja
("forward biased").
Kelebihan diode ini berbanding diode biasa ialah ia mempunyai “reverse-bias
breakdown voltage” yang lebih rendah berbanding dengan diode biasa. Keadaan
ini menyebabkan diode ini boleh digunakan secara terbalik. Diod ini digunakan untuk
mengawal kadar voltan keluaran sesuatu litar pada sesuatu nilai yang tertentu
sekalipun nilai voltan masukan adalah lebih tinggi.

Forward biased 10 CVA 10023
Output voltage = 9V – 0.7V = 8.3V

BKT

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

No current flow
Diod ini juga boleh digunakan untuk mengawal keluaran sesuatu litar supaya
menjadi tetap seperti dibawah:

BKT 11 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Light Emmiting Diode (LED)

Diode ini sejenis diode yang dihasilkan dari elemen N – P yang menghasilkan
cahaya apabila arus melaluinya.

LED hanya akan menyala jika arah arus adalah betul.

LED mempunyai ciri – ciri berikut:

• Mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dan kurang panas.berbanding
dengan lampu biasa.

• Hanya memerlukan bekalan voltan yang rendah untuk beroperasi (3V).
• Mengunakan kuasa yang rendah.

BKT 12 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Photodiode

Rintangan di dalam diode jenis ini berubah mengikut kadar cahaya yang didedahkan
kepadanya.

BKT 13 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Transistor
Terdapat pelabagai jenis transistor tetapi kita hanya akan membincangkan
mengenai 2 jenis transistor sahaja iaitu transistor biasa dan phototransistor.
Transistor biasaTransistor dari jenis ini dibahagikan kepada 2 jenis iaitu NPN dan
PNP, bergantung kepada susunan bahan semiconductor di dalam transistor
tersebut.

BKT 14 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Nota:
Bagaimana nak beza transistor NPN dan PNP:
Lihat pada huruf ketiga yang terdapat pada kod transisitor:
“A” atau “B” – Transistor dari jenis PNP
“C” atau “D” – Transistor dari jenis NPN.
Prinsip operasi

BKT 15 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Apabila arus IB dialirkan melalui terminal B, get akan terbuka lalu membenarkan
arus mengalir dari terminal C ke E.

Apabila arus IB dialirkan melalui terminal E, get akan terbuka lalu membenarkan
arus mengalir dari terminal E ke C.

BKT 16 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

BKT 17 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Cara memeriksa kerosakan transistor dengan mengunakan ohmmeter analog

PNP NPN
1. Laraskan julat kepada julat
rintangan tertinggi. 1. Laraskan julat kepada julat
2. Laraskan jarum kepada kedudukan
0 Ω (jika perlu). rintangan tertinggi.
3. Sentuh probe merah kepada kaki B.
4. Sentuh probe hitam kepada kaki E. 2. Laraskan jarum kepada
Jika jarum bergerak transistor”Ok”.
5. Kemudian sentuh probe hitam kedudukan 0 Ω (jika perlu).
kepada kaki C. Jika jarum bergerak
transistor”Ok”. 3. Sentuh probe hitam kepada kaki

6. Seterusnya alihkan probe merah ke B.
kaki B. Jika jarum tidak bergerak
transistor “ok”. 4. Sentuh probe merah kepada kaki

E. Jika jarum bergerak

transistor”Ok”.

5. Kemudian sentuh probe merah

kepada kaki C. Jika jarum

bergerak transistor”Ok”.

6. Seterusnya alihkan probe hitam ke

kaki B. Jika jarum tidak bergerak

transistor “ok”.

BKT 18 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Phototransistor
Transistor jenis ini mengunakan isyarat cahaya untuk membuka get.

Capacitor (Pemuat)
Pemuat (capacitor) berfungsi sebagai bateri sementara. Komponen ini boleh
menyimpan arus elektrik apabila terdapat arus dialirkan kepadanya. Setelah bekalan
kuasa diputuskan kapasitor akan membebaskan semula cas – cas elektrik yang di
simpan.

BKT 19 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Binaan Capacitor

Pada asasnya, pemuat terdiri daripada dua plat logam atau 2 pengalir yang
selari dan dipisahkan oleh penebat yang dipanggil dielektrik. Dielektrik ini boleh
terdiri daripada udara, kertas, mika, polister atau elektrolitik.

Capacitor menggunakan unit Farad (F).

BKT 20 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Jenis-Jenis Capacitor

BKT 21 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Pemuat boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pemuat tetap dan pemuat
boleh ubah.

Pemuat Tetap

Simbol bagi pemuat tetap

Pemuat tetap ialah pemuat yang mempunyai nilai kemuatan yang tetap. Pemuat
tetap terbahagi kepada dua jenis iaitu berkutub dan tidak berkutub. Pemuat
berkutub hanya sesuai untuk litar arus terus. Kekutuban pemuat perlu disambung
dengan betul bagi mengelakkan pemuat daripada rosak atau meletup. Jenis-jenis
bagi pemuat tetap ialah pemuat udara, pemuat kertas, pemuat mika, pemuat
seramik atau pemuat elektrolitik.

Apabila memilih pemuat, faktor yang perlu diambil kira ialah nilai kemuatan, had
terima, voltan kerja dan bocoran.

Nilai kemuatan boleh dibaca dengan menggunakan kod bercetak atau kod
warna.

1. Had terima ialah nilai kelegaan bagi nilai sebenar sesuatu pemuat.Pemuat
biasanya mempunyai had terima sebanyak lebih kurang 10%.

2. Voltan kerja merupakan voltan AT dan voltan AU (puncak) yang boleh
dikenakan sebelum penebatan dielektrik pecah. Voltan kerja biasanya
ditandakan pada pemuat dengan huruf WV. (Jika voltan kerja bagi sebuah
pemuat dilampaui, maka penebatan dielektrik akan pecah dan plat pemuat
akan dilitarpintaskan. Apabila menggunakan pemuat hendaklah pastikan
bahawa voltan kerja pemuat lebih tinggi daripada voltan maksimum di dalam
litar.

3. Bocoran ialah kehilangan cas yang sedikit yang sepatutnya tidak berlaku
dalam penebatan dielektrik pada pemuat.

BKT 22 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Pemuat boleh ubah mempunyai nilai kemuatan yang boleh diubah mengikut
keperluan litar. Kemuatan bagi sesebuah pemuat boleh ubah boleh diubah sama
ada dengan melaraskan luas permukaan plat yang berkesan atau jarak antara plat.

BKT 23 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Suis Off, capacitor sedang di “cas”. Suis “Off”, cas yang terdapat di
dalam capacitor digunakan untuk
menghidupkan lampu

Elements of Electricity

VOLTAGE

• Electrical pressure, potential force or difference in electrical charge between two
points.

• It can push electrical current through a wire, but not through its insulation.
• Measure in Volts.
• A voltmeter measures the difference in electrical pressure between two points in

volts.

BKT 24 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

CURRENT

Electrical flow moving through a wire.
Current flows in wire pushed by voltage.
Measure in Amperes, or Amps.
An ammeter measures current flow in Amps.

RESISTANCE (RINTANGAN)

Rintangan elektrik merujuk kepada berapa banyak halangan yang diterima oleh arus
elektrik semasa mengalir di dalam sesuatu litar. Unit bagi rintangan adalah Ohm.
Simbol bagi Ohm ialah omega (Ω).

• Resistance opposes current flow. (electrical friction)
• Every electrical components or circuits have resistance.
• Resistance changes electrical energy into another form of energy – heat, light,

motion.
• Measure in Ohms.
• An ohmmeter measures the resistance of a device in ohms when no current is

flowing.

BKT 25 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Factors Affecting Resistance

1) Length
• If 2 wires are the same materials and diameter, longer wire will have more

resistance.

2) Diameter

• If 2 wires are the same materials and length, thinner wire will have more
resistance.

BKT 26 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

3) Physical Condition
Partially cut or nicked wire, a kink, poor splices and loose or corroded
connections increases resistance.

4) Temperature
• In most conductors, resistance increases as the wire temperature increases.

Electrons move faster but not in right direction.
• Insulators have less resistance at higher temperature.

5) Material
Materials with many free electrons have low resistance.
Materials with many bound electrons have more resistance.

Fungsi perintang
• Penghad arus.
Semakin tinggi nilai rintangan semakin kecil nilai arus.
• Pembahagi voltan
Menyediakan susutan tertentu voltan pada litar bergantung kepada keperluan.

BKT 27 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

JENIS-JENIS PERINTANG

BKT 28 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Secara umumnya, perintang boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu
perintang tetap dan perintang boleh ubah.

Perintang tetap Perintang tetap ialah dimana nilai sesuatu perintang itu boleh
didapati daripada kod warna atau kod bercetak pada perintang tersebut. Nilai yang
dinyatakan oleh kod warna dan kod bercetak disebut sebagai nilai namaan (nilai
terkadar).

Empat perkara yang penting perlu diambil kira apabila memilih perintang ialah

• nilai perintang
• had terima
• kadar kuasa
• kestabilan.

Had terima ialah nilai
kelegaan bagi nilai sebenar. Jika satu perintang dengan nilai namaan sebanyak
100Ω dan had terima 10%, perintang tersebut mempunyai nilai sebenar antara 90Ω
dan 110Ω. Lebih kecil nilai had terima maka lebih tepat bacaan nilai perintang.

Kadar kuasa ialah kuasa maksimum yang boleh diterima oleh perintang tanpa
mengalami kerosakan. Jika kadar kuasa dilampaui, perintang akan rosak
disebabkan oleh haba yang berlebihan. Saiz fizikal sesuatu perintang biasanya
berkait rapat dengan kadar kuasa.

Kestabilan ialah
keupayaan sesuatu perintang untuk mengekalkan nilai rintangannya walaupun suhu
sekitar berubah dan umur perintang bertambah.Perintang boleh ubah Perintang
boleh ubah ialah perintang yang boleh diubah nilai rintangannya dengan
menggerakkan sesentuh di atas elemen perintang. Perintang boleh ubah digunakan
pada litar yang memerlukan perubahan arus dan voltan.

Terdapat tiga jenis perintang boleh ubah iaitu perintang gelangsar, reostat dan
meter upaya (Potentiometer).

1. Perintang gelangsar mengubah rintangan dengan menggerakkan kolar
gelangsar di sepanjang elemen rintangan belitan dawai. Ia digunakan pada
litar yang tidak memerlukan perubahan rintangan yang kerap.

2. Reostat mempunyai dua tamatan dan disambung bersiri dengan beban yang
dikawal. Ia diguna untuk mengawal arus litar.

Meter upaya mempunyai tiga tamatan. Rintangannya diubah dengan menggerakkan
pengelap di atas elemen karbon. Meter upaya yang lebih kecil dipanggil perapi atau
praset. Ia banyak digunakan pada litar bercetak yang tidak memerlukan perubahan
rintangan yang kerap untuk mengawal voltan dan beza upaya seperti mengawal
bunyi dan nada radio.

BKT 29 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Meter upaya (potentiometer)

Reostat

BKT 30 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Perintang tetap
Kod warna perintang

BKT 31 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

BKT 32 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

BKT 33 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

BKT 34 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

HUKUM OHM (OHM’S LAW)

Hukum mentakrifkan bahawa nilai voltan adalah berkadar terus dengan perubahan
arus dan rintangan. Melalui persamaan ini kita dapat mengira nilai arus jika kita tahu
nilai voltan dan nilai rintangan yang terdapat di dalam sesuatu litar.

Litar siri dan selari

Rintangan Sesiri

Apabila rintangan atau beban di susun secara sesiri atau sebaris, jumlah rintangan
adalah jumlah kesemua nilai rintangan di dalam beban yang terdapat di dalan litar
tersebut.

BKT 35 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Rintangan Selari
Jumlah rintangan di dalam litar selari ialah:
1/R1 + 1/R2 + 1/R3 +1/RN = 1/RJ

Rintangan siri/ selari

= = = 1/5

= atau sama dengan 2 Ohm
Maka jumlah keseluruhan adalah 2 Ω (dari litar selari) + 2 Ω (dari litar sesiri)
=4Ω

Kenapa ianya penting?:
Konsep diatas adalah amat penting untuk mempercepatkan proses mengenalpasti
kerosakkan peralatan elektrik di dalam sesebuah kenderaan. Dengan mengunakan
konsep

BKT 36 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Aplikasi hukum ohm pada kenderaan

Bagi seorang mekanik konsep yang paling penting yang perlu difahami di dalam
hukum ini ialah

“Apabila rintangan tinggi, arus rendah. Apabila rintangan rendah, arus tinggi”.

Hukum ohm juga memberitahu kita bahawa:

• Jika sesuatu litar gagal untuk beroperasi, ianya boleh disebabkan samaada
berlakunya litar buka (Open circuit) disebabkan oleh wayar sepenuhnya,
connector tercabut, fius putus, filamen putus atau lain - lain kerosakkan atau
disebabkan oeh rintangan yang tinggi di dalam litar seperti connector longgar
atau berkarat, wayar putus dibahagian dalam tetapi tidak sepenuhnya, wayar
berkarat atau lain – lain.

Litar beroperasi dengan baik

Wayar putus

BKT 37 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Rintangan tinggi di dalam wayar
Jika sekiranya komponen atau perlatan masih boleh beroperasi tetapi tidak seperti
yang sepatutnya seperti lampu malap, motor berpusing perlahan. Ini disebabkan
oleh pertambahan rintangan di dalam litar. Perkara ini biasanya berlaku apabila
terlalu banyak beban ditambah didalam sesuatu litar siri.

Pertambahan rintangan didalam litar, lampu menyala tapi malap

BKT 38 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Pertambahan beban dalam litar lampu menyala tetapi tidak terang

Nota penting:

Jika sesuatu fius terbakar atau putus ini menunjukan bahawa terdapat pnegaliran
arus yang melebihi kadar arus yang dibenarkan oleh fius tersebut. Keadaan ini
disebabkan oleh kadar rintangan yang rendah dialam litar tersebut. Rintangan
rendah ini biasanya disebabkan oleh “short to ground”. Untuk mengatasi masalah ini
kita mesti mencri punca dimana masalah ini berlaku dan selesaikannya.

Arus (Current)

Arus ialah jumlah pengaliran elektron di dalam sesuatu litar. Unit yang digunakan
untuk mengukur arus ialah Ampere atau Amp (A). Satu Amp adalah bersamaan 628
billion billion electrons bagi setiap saat yang mengalir di dalam sesuatu litar. Arus
hanya boleh mengalir jika persambungan litar yang lengkap dari sumber voltan tinggi
(Power) kepada sumber voltan rendah (ground).

BKT 39 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

LED tidak menyala kerana litar tidak lengkap

Litar lengkap LED menyala dengan terang

BKT 40 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Cara mengukur arus di dalam sesuatu litar

Voltan

Voltan boleh ditakrifkan sebagai tekanan elektrik atau perbezaan tekanan.
Perbezaan tekanan yang dihasilkan oleh terminal positif dan negatif bateri
menyebabkan berlakunya pengaliran arus elektrik apabila kedua – dua dihuungkan
melalui pengalir elektrik.

Terdapat 2 cara untuk mengukur voltan di dalam sesuatu litar iaitu:

• Litar buka (Open circuit)
• Susutan voltan (Voltage drop)

BKT 41 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Pengukuran voltan secara litar buka
Pengukuran ini akan memberitahu kita bahawa terdapat voltan pada terminal
berkenaan. Walaubagaimanapun, ia tidak dapat mengesan kehadiran
rintangan/beban tambahan di dalam litar berkenaan.

BKT 42 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Pengukuran susutan voltan
Pengukuran susutan voltan hanya boleh dilakukan apabila terdapat pengaliran arus
di dalam litar. Ia dapat memberi tahu dengan tepat jumlah voltan yang diterima oleh
sesuatu beban.

Nota:
Apabila arus mengalir melalui sesuatu komponen sebahagian dari voltan akan
digunakan bagi menghidupkan komponen tersebut. Voltan yang digunakan ini
dikenali sebagai susutan voltan.Ia diwakili oleh simbol greek ∆ (delta). ∆ bermaksud
kadar perubahan. ∆V bermaksud kadar perubahan voltan. Komponen – komponen
berintangan rendah seperti fius, suis, wayar dan connector mempunyai kadar
perubahan /susutan voltan yang amat rendah iaitu kurang dari 0.1V bagi setiap

BKT 43 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

komponen atau connector. Komponen berintangan tinggi dikenali sebagai beban
(load). Beban akan menukarkan tenaga elektrik kepada kerja samaada dalam
bentuk pergerakkan, bunyi, haba atau cahaya.

Susutan voltan (∆V) adalah berkadar terus dengan rintangan. Seamkin tinggi
rintangan, semakin tinggi susutan voltan.

Jumlah susutan voltan di dalam sesuatu litar mestilah sama dengan jumlah voltan
bekalan.

1.9 V + 21.8 V + 0.3 V = 24 V (Voltan bekalan)

BKT 44 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

CONDUCTOR, SEMI CONDUCTOR DAN NON CONDUCTOR:
Gambarajah dibawah menunjukkan tangki air yang mempunyai kapasiti air yang
sama tetapi mempunyai diameter paip yang berlainan. Walaupun kapasiti air sama
tetapi diameter paip membezakan kelajuan pengaliran air ke tangki bawah.

PRINSP ELEKTRIK
Bagi menerangkan Prinsip Elektrik dengan lebih mudah, kita bolehlah mengambil
contoh Sistem Paip Air di rumah.

BKT 45 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

Prinsip Elektrik ada kaitannya dengan Tekanan, Rintangan dan Aliran.
i. Tekanan Elektrik dikenali sebagai Voltage.Voltage menyebabkan Litar
Elektrik berfungsi dengan mengalirkan Arus Elektrik.
ii. Pengaliran Arus Elektrik dikenali sebagai Ampere.
iii. Pengaliran Arus Elektrik ditentukan oleh Voltage ( tekanan ) dan Resistance
( Rintangan ).
iv. Resistance dikenali sebagai Ohm.

KESIMPULAN
TEKANAN ELEKTRIK = VOLTAGE diukur dalam unit VOLT ( V )
RINTANGAN ELEKTRIK = HALANGAN diukur dalam unit OHM ( Ω )
PENGALIRAN ARUS ELEKTRIK = AMPERE diukur dalam unit AMPS ( A ).
Hubung kait ini telah ditemui oleh GEORGE SIMON OHM. Dia telah menemui
perbezaan tekanan 1 VOLT menyebabkan pengaliran arus 1 AMP menerusi
rintangan 1 OHM.

BKT 46 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

MAGNET

Dua jenis magnet kekal ialah Magnet Bar dan Magnet Ladam Kuda. Magnet
mempunyai Kutub Utara dan Kutud Selatan. Apabila 2 magnet dicantumkan Kutub
Utara akan menolak Kutub Utara manakala Kutub Selatan akan menarik Kutub
Utara. Contohnya seperti gambarajah di bawah. Prinsip ini banyak digunakan pada
komponen – komponen elektrikal pada kenderaan. Contohnya seperti Starter Motor,
Starter Motor berpusing disebabkan oleh penolakan antara Kutub Utara dan Kutub
Selatan.

MAGNETISM

Electron yang membawa Cas Negatif membawa bersama sedikit magnet
bersamanya. Satu electron membawa sedikit sahaja magnet untuk dilihat. Walau
bagaimana pun apabila beribu electron melalui wire di dalam litar magnetnya
menjadi besar. Ini kerana electron yang bercas negatif akan menarik antara sama
sendiri. Ini di panggil Medan Magnet. Contohnya apabila segulung wire digulung
pada tube dan disambungkan pada Bateri. Ia akan menjadi Medan Magnet yang
besar. Satu hujungnya menjadi Kutub Utara dan satu hujungnya menjadi Kutub
Selatan. Ini pula boleh diubah dengan mengubah kedudukannya. Aplikasi ini banyak
digunakan pada komponen – komponen kenderaan seperti Alternator, Starter Motor
dan Relay.

BKT 47 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

RINGKASAN

Didalam tajuk ini pelatih telah mempelajari apakah itu Elektrik, dari mana datangnya
Elektrik dan siapakah orang yang menemui Teori berkenaan Elektrik. Pelatih juga
telah mempelajari jenis – jenis Elektrik dan pecahannya. Disamping itu juga pelatih
telah mempelajari bahan – bahan yang dikelaskan kepada tiga iaitu Conductor, Non
Conductor dan Semi Conductor. Oleh itu selepas mempelajari tajuk ini pelatih
bolehlah memahami apa itu Elektrik dan dapat menerangkan perkara berkaitan
Elektrik

BKT 48 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

LATIHAN

1. Teori Benjamin Franklin mengatakan Cas Positif lebih __________ dan Cas
Negatif lebih __________, maka Elektrik bergerak dari Positif ke Negatif.

2. Electron membawa Cas __________ dan Nucleus membawa Cas
__________.

3. Apabila Elektrik atau Electron melalui wire atau sekumpulan wire, ia akan
menghasilkan _____________.

4. Elektrik Dynamic terbahagi dua iaitu :

i ..
ii ..

5. Senaraikan 3 bahan yang dipanggil Conductor :

i
ii ..
iii .

6. Pergerakan Electron dalam wire ialah disebabkan __________ yang ada
pada Terminal Positif dan Terminal Negatif.

7. Terangkan secara ringkas berkenaan Statik Elektrik.

8. Nyatakan fungsi diod dan jenis-jenisnya.

9. Apakah fungsi transistor.

BKT 49 CVA 10023

AUTOMOTIVE ELECTRICAL

10. Apakah yang dimaksudkan konduktor dan contoh bahan.

11. Jelaskan apakah yang anda faham tetang Semikonduktor.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

12. Komponen elektronik dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu
komponen_____________ dan kompnen _______________

13. Nyatkan fungsi kapasitor dan senaraikan jenis-jenisnya
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

14. Nyatakan ciri-ciri doid pemancar cahaya LED
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUJUKAN

1. TOYOTA TRAINING MANUAL (FUNDAMENTAL OF ELECTRICITY)
2. TRAINING INSTRUCTOR COURSE NO 1 – DAIHATSU MOTOR CO. LTD.
3. HILLIER’S FUNDAMENTAL OF AUTOMOTIVE – V.A.W. HILLIER

ELECTRONIC 2 ND EDITION
4. AUTOMOTIVE MECHANIC – CROUSE – ANGLIN.
5. PENGENALAN ASAS ELEKTRONIK.

BKT 50 CVA 10023


Click to View FlipBook Version