The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Buku Program, 2021-11-21 09:19:32

LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI PPKI SMK PUNCAK ALAM

BAGI TAHUN 2020 DAN 2021

HASIL ROTI MENGGUNAKAN MR.PROTIY
HASIL ROTI MENGGUNAKAN MR.PROTIY

KERTAS CADANGAN
PROJEK INOVASI

KERJASAMA ANTARA
BIDANG SAINS MURID ARUS PERDANA

DAN
MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI SMK PUNCAK ALAM
1.0. Nama Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam
Jalan Mahkota Impian 2/1,Seksyen 2,
42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03 -33928216
Faks: 03 -33928246
e-mail:[email protected]
Kod sekolah: BEA 3085

2.0. Kertas cadangan

1.1. Tema

Peralatan masakan

1.2. Tajuk inovasi

Prover Muatan Haba Tentu Tinggi

1.3. Pengenalan

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menerusi mata pelajaran KSSMPK
Penyediaan makanan dan KSSMPK Pembuatan roti, telah berjaya mewujudkan
program pusat pembelajaran kemahiran Kafe Qaseh. Kemahiran pembuatan roti bun
manis, bun pedas dan pizza menjadi aktiviti utama. Produk yang dihasilkan akan dijual
kepada murid-murid arus perdana pada waktu rehat. Walau bagaimanapun produk roti
yang dihasilkan ini seringkali menghadapi masalah, terutamanya apabila cuaca
mendung yang sejuk dan apabila hari hujan. Roti yang dihasilkan lambat mengembang
kerana tiada oven proofer yang membantu proses pengembangan roti. Oleh hal yang
demikian roti tidak dapat dihasilkan mengikut waktu waktu yang ditetapkan.

3.0. Isu dan masalah:

1. Dalam cuaca biasa doh roti mengambil masa 1 jam untuk mengembang, sebelum
melalui proses ‘rounding’ . Selepas itu 1 jam lagi diperlukan untuk bun
mengembang elok sebelum dimasukkan ke dalam oven untuk dibakar.

Apabila cuaca sejuk atau hari hujan proses pengembangan doh dan bun menjadi
semakin lambat sehingga melebehi 2 jam.

Impaknya, proses pembuatan bun menjadi lambat dan produk tidak dapat
disediakan pada waktu yang telah ditetapkan.

2. Membungkus Loyang berisi doh dan bun dengan beg plastik merupakan alternatif
lain untuk membantu proses pengembangan. Namun demikian kaedah ini tidak
praktikal kerana beg plastik hanya boleh digunakan sekali sahaja disamping itu doh
yang telah mengembang pula akan melekat pada beg plastic, menjadikan bentuk
doh berubah dan tidak cantik.

3. Kaedah alternative seterus nya, kereta digunakan sebagai‘ oven proofer’ untuk
membantu proses pengembangan doh roti dan bun. Namun kereta sifatnya tidak
‘hygine’. Terdapat habuk-habuk halus, serangga kecil dan bau yang tidak
menyenangkan.

4. Harga oven proofer di pasaran sangat mahal dan kurang bersesuaian dengan
kuantiti produk berskala kecil yang dihasilkan iaitu 40 ketul hingga 60 ketul bun
sahaja.

4.0. Cadangan Inovasi.

Merekacipta peralatan masakan dengan mengaplikasikan konsep sains ‘Muatan haba
tentu tinggi’.

Produk : Oven Proofer Muatan Haba Tentu Tinggi

Kegunaan : Membantu mempercepatkan proses pengembangan doh roti dan bun
dalam masa yang lebih singkat, bersifat ‘ hygine ’ dan mudah disediakan dan murah.
5.0. Objektif.

1. Mempercepatkan proses pengembangan doh roti dan bun menjadi lebih singkat
daripada masa yang asal.

2. Produk bun manis, bun pedas dan pizza dapat dihasilkan pada waktu yang
dikehendaki.

3. Meningkatkan lagi kualiti bun yang dihasilkan.
4. Kuantiti produk dapat dipertingkatkan dalam masa yang singkat.

5. Merekacipta peralatan masakan yang mudah, murah dan mempunyai impak dalam
penghasilan produk berasaskan roti.

6. Mewujudkan kolaboratif dalam kalangan warga sekolah untuk meningkatkan
kemenjadian murid.

6.0. Rasional projek.

Pengetahuan sains murid arus perdana dan kemahiran pembuatan roti murid PPKI
digabungkan untuk menghasilkan inovasi yang kreatif seterusnya dapat menyokong
projek pembuatan roti PPKI SMK Puncak Alam.

Projek inovasi ini akan dapat membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti
penghasilan bun oleh murid-murid PPKI. Seterusnya PPKI akan mampu membekal
bun kepada murid-murid arus perdana yang berjumlah lebih seribu orang.

7.0. Skop dan limitasi projek.

1. Oven proofer ini kuantiti produk bersekala kecil iaitu 5 – 10 ketul dalam 1 loyang
2. Kegunaan kepada produk berasaskan roti sahaja.
3. Oven proofer ini hanya untuk membantu mengembang doh dan bun bukan untuk

memasak atau membakar roti.
4. Kepanasan oven proofer ini boleh bertahan untuk 2 – 3 sesi proses pengembangan

doh dan bun. Batu perlu dibakar semula sekiranya suhu oven semakin menurun.

8.0. Anggaran kos dan bahan.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk mencipta oven prover:

Bil Bahan Kuantiti Kos catatan

1. Batu sungai hitam 1

2. Aluminum foil 10 keping

3. Papan lapis 1 keping

4. polisterin 8 keping

5. Skrew secukupnya

6. Loyang 2 buah

7. Bekas untuk air

8. Rak terpakai 1 unit

9. Dapur portable

10. Penyukat suhu Jangka
11. Bahan bersifat penebat suhu

12. Kain tuala I helai

13. Cermin terpakai 1 keping

14. Oven lama - minyak tanah 1 unit

atau gas.

15. Dapur gas portable 1 unit

JUMLAH

9.0. Sasaran

Projek inovasi dan kreatif mini disasarkan kepada
1. Murid-murid arus perdana yang mengambil mata pelajaran sains.
2. Murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang mengambil mata

pelajaran KSSMPK Penyediaan Makanan dan KSSMPK Pembuatan Roti.

3. Menghasilkan produk inovasi yang dapat membantu menghasilkan produk roti yang
berkualiti dengan kuantiti yang banyak dan cepat disiapkan mengikut waktu yang
dikehendaki.

10.0. Penutup

Harapan kami, produk hasil inovasi ini dapat membantu pembelajaran murid-
murid PPKi sekolah ini melaksanakan projek pembuatan bun dengan lebih mudah,
berkualiti dan dalam kuantiti yang lebih banyak dari sebelum dalam masa yang
ditetapkan. Seterusnya dengan adanya penyelidikan pada masa hadapan, produk
inovasi ini akan ditambah baik fungsinya dan seterusnya dapat dikomersialkan bagi
tujuan penggunaan rumah khususnya untuk yang berskala kecil .

Disediakan oleh

------------------------------------------------
Hajah Sarimah binti Mohammed Nor
Pengetua
SMK Puncak Alam

Bersama

----------------------------------------------
Indang Sulbi binti Abu Bakar
Penolong Kanan Pendidikan Khas
SMK Puncak Alam

RUJUKAN

Aluminium Composite Panel Industrial & Step Roof diperolehi pada 17 Oktober 2020
daripada www.aegismarketing.com.my

Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) ( Pembuatan Roti Tingkatan 2)

Chia Song Choy, Koay Kheng Chuan, Dr Ooi Hean Beng, Mohd Khairul Anuar bin
Mustafa, Rema Regavan (2019). Buku Teks KSSM Fizik Tingkatan 4. Pustaka Sarjana
Sdn.Bhd.

NOSS Pembuatan Roti. Jabatan Pembangunan Kemahiran

Program Transisi Kerjaya (PTK) Murid Berkeperluan Khas Bermasalah
Pembelajaran


Click to View FlipBook Version