The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Buku Program, 2021-11-21 09:19:32

LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI PPKI SMK PUNCAK ALAM

BAGI TAHUN 2020 DAN 2021

INOVASI
PERALATAN MASAKAN

MR. PROTIY

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM GERAN
INOVASI PENDIDIKAN SEKOLAH NEGERI
SELANGOR (GIPSS)

INOVASI PERALATAN MASAKAN

MR.PROTIY

TAHUN 2020

BEA3085

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM
JALAN MAHKOTA IMPIAN 2/1, SEKSYEN 2, 42300
BANDAR PUNCAK ALAM, SELANGOR
NO TEL : 03-33928216
NO FAKS : 03-33928246
e-mel : [email protected]

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM GERAN INOVASI PENDIDIKAN
SEKOLAH NEGERI SELANGOR (GIPSS)
INOVASI PERALATAN MASAKAN

MR.PROTIY

ISI KANDUNGAN HALAMAN

PERKARA 2
3
PENGHARGAAN 4
1.0 TUJUAN 5
2.0 LATAR BELAKANG
3.0 OBJEKTIF 10
4.0 PELAKSANAAN PROGRAM
14
4.1 PELAKSANAAN DAN TEMPOH 15
4.2 UJI LARI MR.PROTIY 16
5.0 KOS MR.PROTIY
5.1 KOS BAHAN
5.2 KOS KEPAKARAN
6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
7.0 KESIMPULAN
8.0 LAMPIRAN
RUJUKAN
KUMPULAN INOVASI SMK PUNCAK ALAM

PENGHARGAAN

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan berkat dan izinNya projek
inovasi dalam pendidikan dapat direalisasikan akhirnya.

Jutaan ucapan terima kasih kepada Puan Hajah Sarimah binti Mohammed Nor,
Pengetua SMK Puncak Alam (SMKPA) yang telah melontarkan idea dan cabaran serta
bimbingan dalam menjayakan projek inovasi ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah
kepada Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Puan Indang Sulbi binti
Abu Bakar yang berani menyahut cabaran merealisasikan lontaran idea Tuan Pengetua.
Terima kasih juga kepada Puan Hajah Norizah binti Abdul Hamid, Penolong Kanan
Pentadbiran yang turut memberi sokongan moral.

Syabas dan terima kasih kepada Tuan Haji Anuar bin Mat Yusuf selaku Guru Kanan
mata pelajaran Sains dan Matematik kerana berbesar hati untuk berkolaboratif bersama-sama
dengan Kumpulan Inovasi yang diketuai oleh Penolong Kanan PPKI Puan Indang Sulbi binti
Abu Bakar, Puan Norliana binti Ismail, Puan Norazura binti Tukiran, Puan Maiyadah binti
Mohamad Kamin dan Puan Noorazlin binti Mohd Arifin yang menjana idea, pengetahuan sains
dan kemahiran untuk menghasilkan MR. PROTIY yang sangat efektif dalam membantu
pembelajaran pembuatan roti dan comel.

Terima kasih juga kepada semua warga SMKPA yang tidak jemu memberi sokongan
dan motivasi yang sangat memberangsangkan. Semoga penghasilan inovasi ini menjadi
inspirasi kepada warga sekolah untuk terus berkarya demi kemajuan anak-anak didik SMKPA
TERBILANG. Sekian, terima kasih.

Giling cili di batu kantan,

Pinggan retak di bakul saji,

SMKPA bergerak maju ke hadapan,

Pencetus kreativiti, penjana inovasi.

1.0 TUJUAN

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Puncak Alam (SMKPA) telah
melaksanakan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup masakan mulai tahun 2008.
Pada tahun 2015, PPKI mula melaksanakan Sukatan Pelajaran yang mengandungi
Komponen Kemahiran Hidup Masakan yang merangkumi pelbagai kemahiran masakan.
Melalui persetujuan guru-guru, pembuatan roti telah dipilih sebagai kemahiran yang mesti
dikuasai oleh semua murid PPKI.

Bermula tahun 2017, pelaksanaan Kurikulum Baharu KSSMPK di semua sekolah
Program Pendidikan Khas Integrasi bermasalah pembelajaran. Menerusi kajian secara
pemerhatian terhadap kebolehan dan keupayaan murid-murid PPKI, kemahiran sedia ada
guru-guru, sokongan daripada pentadbir sekolah, warga sekolah dan ibu bapa, pengurusan
PPKI SMKPA telah memilih KSSMPK Pembuatan Roti. Setelah 3 tahun beroperasi, PPKI
telah berjaya mengintegrasikan kurikulum dengan kegiatan kokurikulum Kelab
Keusahawanan.

Seterusnya aktiviti keusahawanan ini telah berjaya mewujudkan sebuah Pusat
Pembelajaran dalam kemahiran penyediaan makanan dan pembuatan roti yang dinamakan
Kafe Qaseh. Kafe Qaseh berjaya memberikan latihan secara praktikal dalam pembuatan roti,
kemahiran pramusaji dan memasarkan produk yang dihasilkan.

Beberapa masalah telah dikenal pasti terutamanya dalam proses pembuatan roti.
Antara masalah utama ialah proses untuk mengembangkan doh roti yang dihasilkan dengan
cepat. Faktor cuaca memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pengembangan
doh roti. Apabila cuaca panas, proses pengembangan roti akan menjadi cepat berbanding
apabila cuaca mendung atau hujan. Pelbagai alternatif digunakan untuk mempercepatkan
pengembangan roti antaranya menggunakan kereta guru sebagai ‘proofer’, doh roti berjaya
mengembang dengan cepat tetapi tahap kebersihannya rendah disebabkan di dalam kereta
terdapat habuk, bau yang tidak menyenangkan dan serangga.

Isu ini telah mencetuskan idea inovasi untuk mencipta satu alat yang dapat membantu
menyelesaikan permasalahan tersebut dan menjamin kualiti roti yang dihasilkan akan menjadi
lebih baik dan kebersihan lebih terjamin.

2.0 LATAR BELAKANG
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) menerusi mata pelajaran Kurikulum

Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) Penyediaan Makanan dan
KSSMPK Pembuatan roti telah berjaya mewujudkan Pusat Pembelajaran Kemahiran Kafe
Qaseh. Kemahiran pembuatan roti bun manis, bun pedas dan pizza menjadi menu utama.
Produk yang dihasilkan akan dijual kepada murid-murid arus perdana pada waktu rehat.
Walau bagaimanapun produk roti yang dihasilkan ini seringkali menghadapi masalah,
terutamanya apabila cuaca mendung yang sejuk atau hari hujan. Roti yang dihasilkan lambat
mengembang kerana tiada ‘oven proofer’ yang membantu proses pengembangan roti. Oleh
hal yang demikian roti tidak dapat dihasilkan mengikut jangka waktu yang ditetapkan.

Pameran Project Base Learning (PBL)/STEM di Makmal Sains 2 SMK Puncak Alam
yang diadakan pada 25 September 2020 telah dihadiri oleh Tuan Pengetua, Puan Hajah
Sarimah binti Mohammed Nor, bersama para pentadbir sekolah dan sekumpulan murid-murid
Pendidikan Khas. Melalui pameran tersebut, terdapat sudut yang mempamerkan peralatan
yang menggunakan konsep Muatan Haba Tentu Tinggi untuk memasak makanan. Bahan
yang digunakan ialah batu sungai dan cahaya matahari untuk memasak telur. Melalui konsep
ini dan perbincangan ringkas antara Tuan Pengetua, Puan Hjh Sarimah binti Mohammed Nor
dan Penolong Kanan PPKI Puan Indang Sulbi binti Abu Bakar maka tercetusnya idea inovasi
untuk mencipta alat untuk membantu mempercepatkan proses pengembangan doh roti.

Kajian saintifik membuktikan batu sungai mampu menyerap haba dengan kadar yang
tinggi dan mampu menyimpan haba tersebut dalam jangka masa yang lama. Konsep ini
menjadi idea asas untuk mencipta peralatan inovasi dalam proses pembuatan roti.
Tercetuslah idea untuk menghasilkan MR. PROTIY.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mempercepatkan proses pengembangan doh roti dan bun menjadi lebih singkat
daripada masa yang asal.

3.2 Produk bun manis, bun pedas dan pizza dapat dihasilkan pada waktu yang
dikehendaki.

3.3 Meningkatkan dan mengekalkan kualiti bun yang dihasilkan.

3.4 Kuantiti produk dapat dipertingkatkan dalam masa yang singkat.
3.5 Merekacipta peralatan masakan yang mudah, murah dan mempunyai impak tinggi

dalam penghasilan produk berasaskan roti.
3.6 Mewujudkan kolaboratif dalam kalangan warga sekolah untuk meningkatkan kualiti

kemenjadian murid.

4.0 PELAKSANAAN PROGRAM
4.1 Pelaksanaan dan tempoh

Carta Gantt Pelaksanaan Inovasi MR. PROTIY

Proses pembuatan roti yang dilaksanakan di PPKI sering menghadapi masalah yang
berkaitan dengan perubahan cuaca semasa. Proses pengembangan doh roti akan menjadi
lambat dan boleh mempengaruhi kualiti produk yang dihasilkan. Pengetahuan ilmu sains
tentang konsep Muatan Haba Tentu Tinggi dapat membantu menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh PPKI. Isu ini telah berjaya mewujudkan kolaboratif di antara PPKI dan Panitia
Sains dalam penciptaan ‘proofer’ yang berkos rendah dan berimpak tinggi untuk membantu
proses pengembangan doh roti yang dinamakan MR.PROTIY. Carta Gantt di atas
menunjukkan proses kerja penghasilan MR.PROTIY.
4.2 Uji Lari MR.PROTIY

PROSES PEMBUATAN ROTI MANUAL

LANGKAH PROSES PEMBUATAN ROTI

Langkah 1 Menguli tepung menjadi doh selama 20 minit.

Langkah 2 Proses pengembangan doh yang mengambil masa selama 30-40
minit.

Langkah 3 Proses ‘rounding’ dan membentuk bun.

Langkah 4 Proses pengembangan bun yang mengambil masa selama 20-30
minit.

Langkah 5 Proses bun dibakar selama 16 minit.

Rumusan : Jika cuaca panas, roti dihasilkan dalam tempoh 2 jam. Jika cuaca
mendung/hujan, roti dihasilkan dalam tempoh 2 ½ - 3 jam.

PROSES PEMBUATAN ROTI MENGGUNAKAN MR.PROTIY
i) Uji Lari 1

LANGKAH PROSES PEMBUATAN ROTI

Langkah 1 Menguli tepung menjadi doh selama 20 minit.

Langkah 2 Proses memanaskan batu menggunakan dapur gas mudah alih
sehingga suhu meningkat 70⁰C selama 3 minit. Apabila suhu telah
meningkat kepada 70⁰C, api dapur gas mudah alih dimatikan.

Langkah 3 Memasukkan dulang yang berisi tuala dan air bertujuan untuk
menstabilkan suhu dan menghasilkan wap.

Langkah 4 Memasukkan doh roti ke dalam MR. PROTIY sehingga kembang.
Langkah 5 Proses ini mengambil masa 15 minit.

Doh dikeluarkan dari MR. PROTIY untuk melalui proses ‘rounding’
bagi membentuk bun roti.

Langkah 6 Memasukkan semula bun yang telah dibentuk ke dalam MR.
PROTIY untuk dikembangkan sekali lagi sebelum proses
pembakaran. Proses ini mengambil masa 10 minit.

Rumusan : Penggunaan MR.PROTIY dengan suhu 70⁰C, roti dapat dihasilkan dalam
tempoh masa 50 minit.

ii) Uji Lari 2

LANGKAH PROSES PEMBUATAN ROTI

Langkah 1 Menguli tepung menjadi doh selama 20 minit.

Langkah 2 Proses memanaskan batu menggunakan dapur gas mudah alih
sehingga suhu meningkat 100⁰C selama 9 minit. Apabila suhu telah
meningkat kepada 100⁰C, api dapur gas mudah alih dimatikan.

Langkah 3 Memasukkan dulang yang berisi tuala dan air yang bertujuan untuk
menstabilkan suhu dan menghasilkan wap.

Langkah 4 Memasukkan doh roti ke dalam MR. PROTIY sehingga kembang.
Langkah 5 Proses ini mengambil masa 10 minit.

Doh dikeluarkan dari MR. PROTIY untuk melalui proses ‘rounding’
bagi membentuk bun roti.

Langkah 6 Memasukkan semula bun yang telah dibentuk ke dalam MR.
PROTIY untuk dikembangkan sekali lagi sebelum proses
pembakaran. Proses ini mengambil masa 6 minit.

Rumusan : Penggunaan MR.PROTIY dengan suhu 100⁰C, roti dapat dihasilkan dalam
tempoh masa 36 minit.

iii) Uji Lari 3

LANGKAH PROSES PEMBUATAN ROTI

Langkah 1 Menguli tepung menjadi doh selama 20 minit.

Langkah 2 Proses memanaskan batu menggunakan dapur gas mudah alih
sehingga suhu meningkat 100⁰C selama 9 minit. Apabila suhu telah
meningkat kepada 100⁰C, dapur gas mudah alih dimatikan.

Langkah 3 Memasukkan dulang yang berisi tuala dan air yang bertujuan untuk
Langkah 4 menstabilkan suhu dan menghasilkan wap.

Doh dikeluarkan dari mesin penguli, untuk melalui proses ‘rounding’
bagi membentuk bun roti.

Langkah 5 Memasukkan bun yang telah dibentuk ke dalam MR. PROTIY untuk
dikembangkan sebelum proses pembakaran. Proses ini mengambil
masa 10 minit.

Rumusan : Penggunaan MR.PROTIY dengan suhu 100⁰C, roti dapat dihasilkan dalam
tempoh masa 31 minit tanpa melalui proses pengembangan pertama.

RUMUSAN KESELURUHAN

Berdasarkan uji lari yang telah dijalankan, suhu memainkan peranan utama dalam
proses penghasilan roti. Tanpa pengawalan suhu yang sistematik, proses penghasilan roti
memakan masa selama 2 jam. Dengan pengawalan suhu yang sistematik oleh MR.PROTIY
pada 70⁰C, roti dapat dihasilkan dalam tempoh masa 50 minit manakala penetapan suhu pada
100⁰C roti dapat dihasilkan dalam tempoh 31 minit sahaja.

5.0 KOS MR.PROTIY KEGUNAAN KUANTITI HARGA HARGA
5.1 KOS BAHAN SEUNIT
BIL NAMA
(RM)
1. Aluminium Composite Panel
Penebat 4 keping 112.50 450.00

Haba

Anti Karat

Tahan Panas

2. Batu sungai hitam Menyimpan 2 beg 100.00 200.00
muatan haba
tentu tinggi

3. Besi 2x2 Sebagai 4 batang 80.00 320.00
kerangka
MR.PROTIY

4. Besi 2x1 Rak untuk 4 batang 50.00 200.00
meletakkan
5. Besi Bulat – 1cm dulang
6. Besi bracket
7. Glass tempered Tetulang rak 4 batang 30.00 120.00
25.00 50.00
Mengikat 2 keping
batu

Mudah 1 keping 200.00 200.00

melihat doh

berkembang

8. Roda Memudahkan 4 unit 25.00 100.00
9. Dapur mudah alih pergerakan
10. Gas mudah alih alat

Digunakan 2 unit 25.00 50.00
sebagai alat
untuk
membakar
batu

Digunakan 2 unit 20.00 40.00
sebagai

bahan
pembakar

11. Loyang saiz L Tempat 2 unit 50.00 100.00

meletakkan

bun dan tuala

basah

12. Aluminium untuk kemasan Untuk 4 batang 60.00 240.00
kemasan
badan
MR.PROTIY

13. Pemegang pintu Untuk 2 unit 20.00 40.00
14. Engsel pintu
memudahkan

pintu dibuka

dan ditutup

Penyambung 4 unit 10.00 40.00
pintu dan
badan
MR.PROTIY

15. Jangka suhu Untuk 1 unit 100.00 100.00
16. Sticker mengawal
17. Pelbagai skru suhu

Label produk 4 keping 25.00 100.00

20 unit 2.50 50.00

18. Dokumentasi 300.00 300.00
JUMLAH 2700.00
5.2 KOS KEPAKARAN
BIL NAMA KEGUNAAN KUANTITI HARGA HARGA
1. Kos tenaga mahir SEUNIT
(RM)

1 unit 1200.00 1200.00

JUMLAH 1200.00

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

6.1 Penambahbaikan 1
Selain bertindak sebagai proofer, MR.PROTIY juga boleh dijadikan sebagai alat

pengukus untuk penghasilan pau. Jika ingin menjadikan MR.PROTIY sebagai alat pengukus,
batu hendaklah dikeluarkan dan digantikan dengan loyang berisi air di atas api dapur gas
mudah alih.

6.2 Penambahbaikan 2
MR.PROTIY juga boleh dijadikan sebagai ketuhar untuk Roti Nan, Roti Arab dan Pizza.

Untuk menjadikan MR.PROTIY bertindak sebagai ketuhar, batu hendaklah dipanaskan di atas
api dapur gas mudah alih secara berterusan.

7.0 KESIMPULAN

MR.PROTIY telah dapat membantu mempercepatkan proses penghasilan roti di samping
dapat memastikan kualiti penghasilan roti yang lebih baik, meningkatkan kuantiti pengeluaran
produk roti dan kebersihan produk turut lebih terjamin. Penciptaan MR.PROTIY dapat
meningkatkan keyakinan PPKI untuk menerima tempahan dan memasarkan produk roti
kepada komuniti luar.

Ciptaan inovasi ini akan di’pattern’kan sebagai harta intelek kepada SMK Puncak Alam
agar alat ini dapat dipasarkan. MR.PROTIY mampu menjadi alat pelbagai fungsi, sebagai
proofer, pengukus dan ketuhar tanpa mengubah struktur asal dan penggunaan elektrik.

Tahniah kepada kumpulan inovasi SMK Puncak Alam kerana berjaya merealisasikan
lontaran idea Tuan Pengetua Puan Hajah Sarimah binti Mohammed Nor dan Penolong Kanan
PPKI Puan Indang Sulbi binti Abu Bakar untuk mencipta proofer yang dinamakan MR.PROTIY
sehingga dapat membantu melancarkan pembelajaran murid-murid pendidikan khas dalam
pembuatan roti.

8.0 LAMPIRAN
8.1 KELAS PEMBUATAN ROTI KSSMPK

8.2 PAMERAN PROJECT BASE LEARNING (PBL/STEM) DI MAKMAL SAINS PADA 25
SEPTEMBER 2020



8.3 DISKUSI UNTUK MENCIPTA MR.PROTIY

8.4 LAKARAN BAHAGIAN DALAM

8.5 LAKARAN BAHAGIAN DEPAN

8.6 PROSES PEMBINAAN MR.PROTIY DI BENGKEL WELDING PADA
19 OKTOBER – 6 NOVEMBER 2020

PROSES MEMASANG KERANGKA BESI

PROSES MEMASANG BESI UNTUK RAK BAGI MELETAKKAN DULANG ROTI

PROSES MEMASANG RAK BESI
PROSES MEMASANG ALUMINIUM KOMPOSIT PANEL DI SEKELILING KERANGKA

PROSES MEMASANG PINTU BAHAGIAN BAWAH (BAHAN BAKAR)
PROSES MEMASANG PINTU BERCERMIN UNTUK BAHAGIAN ATAS

PROSES MEMASANG RODA
PROSES MEMASUKKAN BATU KE DALAM ‘BRACKET’

MR.PROTIY YANG TELAH SIAP DENGAN SPESIFIKASI YANG BERIKUT :
1. TINGGI : 85 CM
2. PANJANG : 77 CM
3. LEBAR : 51.5 CM
4. 2 RAK UNTUK MENEMPATKAN DULANG ROTI BERSAIZ L
5. 2 ‘BRACKET’ BATU SUNGAI HITAM

8.7 PROSES UJI LARI PADA 9, 16 DAN 23 NOVEMBER 2020

PROSES MEMANASKAN BATU MENGGUNAKAN DAPUR GAS MUDAH ALIH
PROSES MEMASUKKAN DOH ROTI

DOH ROTI YANG TELAH KEMBANG 2 KALI GANDA DALAM MR.PROTIY SELAMA
10 MINIT

PROSES MEMBENTUK BUN KEPADA BUN MANIS

PROSES MEMASUKKAN BUN YANG TELAH DIBENTUK
PROSES MEMBAKAR ROTI DI DALAM KETUHAR

PROSES MEMBAKAR ROTI DI DALAM KETUHAR
HASIL ROTI MENGGUNAKAN MR.PROTIY

HASIL ROTI MENGGUNAKAN MR.PROTIY
HASIL ROTI MENGGUNAKAN MR.PROTIY

HASIL ROTI MENGGUNAKAN MR.PROTIY
HASIL ROTI MENGGUNAKAN MR.PROTIY


Click to View FlipBook Version