Antologi Puisi
SEMARAK AKSARA
DI BUKIT COOMBE
Penyelenggara
ISHAK AYUB
NORHAYATI AYIT
ARBAKYAH HASSAN
Cetakan Pertama 2021
© Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Pulau Pinang
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian daripada terbitan ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa-apa
cara juga sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau
cara lain sebelum mendapat izin daripada penerbit, Jabatan Pengajian
Melayu, IPG Kampus Pulau Pinang.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
ANTOLOGI PUISI SEMARAK AKSARA DI BUKIT COOMBE
ISBN 978-967-25588-0-4
Penasihat : Dr. Azman bin Jusoh
Pengarah, IPG Kampus Pulau Pinang
Penyelenggara : Ishak Ayub
Norhayati Ayit
Penyunting : Arbakyah Hassan
Izan Othman
Reka Letak : Umar Ahmad
Jafizah Jaafar
Pereka Kulit Buku : Zulkafly Mohd Noor
Ishak Ayub
Wan Nor Asmah Arshad
Cetakan Pertama 2021
Penerbit © Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Pulau Pinang
Teks © Penulis Asal
Diterbitkan oleh: buang baris ini ...
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Persiaran Tunku Kudin, Bukit Coombe
11700 Gelugor, Pulau Pinang
KANDUNGAN ix
x
KATA-KATA ALUAN PENGARAH
1
PRAKATA 2
3
KARYA PENSYARAH 4
5
Ishak Ayub 6
SEMARAK AKSARA DI BUKIT COOMBE 7
8
Ishak Ayub 9
DARI BENGKEL KE ANTOLOGI PUISI 10
Arbakyah Hassan
SEBELUM KITA PULANG
Arbakyah Hassan
TERPASUNG PASRAH
Hj Izan Othman
KENANGAN BERSAMA SAHABAT SEJATI
Jafizah Jaafar
MTC
Norhayati Ayit
RATIB HARAPAN SEORANG AKU
Norhayati Ayit
ANTARA PERANTI DAN NASI
Umar Ahmad
BARISAN HADAPAN
Umar Ahmad
RINDU YANG TERTANGGUH
III
Zulkafly Mohd Noor 11
HAKIKAT HIDUP
12
KARYA PELAJAR TERAS 13
BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 15
AMBILAN JUN 2020 16
17
Aina Nadzirah Hairul Nizam 18
PENGGONCANG DUNIA 19
20
Alya Maisarah Zam Beri 21
TEROWONG KEBAHAGIAAN 22
23
Chempaka Azzar Auni Mohd Azahar
PESAN PADA HATI
Hanan Ismail
INDAH BUDI
Khairil Naim Anuar
MALAYSIA NEGARAKU TERCINTA
Mahmud Ashmal Mohd Ahyad
TAULAN MURNI
Maziah Muhammad Johari
LANGIT DAN BUMI
Mohamad Faizudin Ahmad
HARGA ILMU
Mu'az Iqbal Shahidan
BIDADARI SENYAMPANG
Muhamad Alif Amri Abd Mokhsin
ANUGERAH TERINDAH
Muhamad Zul Ikhwan Md Zani
HADAPAN TAK DENDANG
IV
Muhammad Aiman Bin Anuar 24
VIRUS FATAL 25
26
Muhammad Aizuddin Kardi 27
SANDIWARA BERDARAH 28
29
Muhammad Aminul Hazim Alias 30
JALAN TUHAN 31
32
Muhammad Azri Azahar 33
KEMBARA MERDEKA 34
35
Muhammad Farhan Irfan Mohd Hafiz 36
BENCANA ILMU 37
Muhammad Farhan Irfan Mohd Hafiz
DUSTA SETIA
Muhammad Farhan Irfan Mohd Hafiz
PERANG DEKAD
Muhammad Syamil Mohammad Sadzilan
ISIH HATI
Muhammad Zarif Mohd Basir
SUNTIKAN KEBEBASAN
Nor Alia Aqilah Mohamad Fauzi
TIK TOK! TIK TOK!
Nur Elyia Mohd Zin
DEDAUN SENJA
Nur Farhana Azizan
DIARI SANUBARI INSAN MUDA
Nur Lina Nadhirah Samsol
SUKMA LARA
Nurul Aina Muhamad Rafidi
TENGKARAPNYA IMPIAN
V
Nurul Thasneem Mohd 'Akashah 38
HARGA KASIH ABADI 39
40
Putri Nur Aisyah Azhari 41
NUKILAN INSAN 42
Razanatul Alia Md Husni 43
CAKERA BUANA 44
45
Sarah Nadia Roslan 46
TERIAKAN JIWA 47
48
Siti Nur Najihah Amrin 49
DI TELAPAK KAKINYA
KARYA PELAJAR ELEKTIF TERAS
BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH
AMBILAN JUN 2020
Andy Chng Rui Xuan
MALAYSIA KUCINTA
Celine Cheng Wen Hui
ALAM SEKITAR
Choo Wei Jian
SEJARAH MALAYSIA
Ho Jia Min
RAJIN BELAJAR
Hor Wen Jin
KEMERDEKAAN
Lee Ka Kei
HIDUP SEJAHTERA
Ling Zhen Chao
PAHLAWAN NEGARAKU
VI
Tan Ke Yen 51
KERAJINAN 52
53
Tang Xin Yee
KITALAH REMAJA 54
55
Teo Lee Yin 56
MENCINTAILAH 57
58
KARYA PELAJAR ELEKTIF TERAS
BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 59
AMBILAN JUN 2019 60
Annisaa Asri
CINTA
Najihah Khairudin
UJIAN
Najwa Asyikin Mohd Azaman
AYAH
Nur Aishah Mohd Noor
JA305
Nur Hanna Ayuni Hassan Azhari
TERPERANGKAP
KARYA PELAJAR ELEKTIF TERAS
BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH
AMBILAN JUN 2018
Mohd Amirul Asyraf
MALAM INI
Nur Amirah Mohd Rashid
KELIKIR TERMASYUR
VII
Nur Amirah Mohd Rashid 61
KELIP 62
63
Nur Amirah Rashid 65
MEKAR PENGGILAP KASUT
66
Nur Masturina Mohamed Nor 67
DIALOG AKU DAN SEMILIR 68
70
Nurul Syafiqah Ishak 71
HAKIKAT DUNIA 73
74
KARYA PELAJAR ELEKTIF TERAS
BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH
AMBILAN JUN 2017
Mohd Fahmi Talib
GURUKU
Nor Aqilah Razni
LEMBAH UJIAN
Nor Hasyimah Md Isa
BAHASA BANGSA KITA
Nor Hasyimah Md Isa
TUHAN PUNYAI RENCANA
Nor Hasyimah Md Isa
JIKA ALAM DAPAT BERSUARA
Nor Hasyimah Md Isa
MUNAJAT
Nur Fatirah Aina Ideris
FASA KEHIDUPAN SI AYAM
VIII
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH IPG KAMPUS PULAU PINANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam
Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
rahmat-Nya, dapat saya menuliskan sepatah dua kata dalam Antologi
Puisi “Semarak Aksara di Bukit Coombe” terbitan Jabatan Pengajian
Melayu yang bertemakan pendidikan dan kehidupan di kampus.
Antologi sebegini merupakan suatu usaha murni yang dihasilkan oleh
siswa pendidik dan pensyarah hasil perbengkelan yang dijalankan.
Menelusuri antologi tersebut, saya pasti usaha murni ini mampu
menyuntik emosi dan pemikiran khalayak sama ada terhadap
pengalaman yang dilontarkan mahupun citra puisi itu sendiri. Setiap
kenangan pasti menciptakan pengalaman dan mampu mencetuskan
kekuatan dalam meneruskan kehidupan sebagai siswa pendidik
sehinggalah bergelar pendidik yang sebenarnya.
Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima
kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah
memberikan kerjasama bagi merealisasikan penerbitan antologi ini
dengan jayanya. Jasa baik semua pihak dapat saya rakamkan dalam
pantun berikut:
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik bagai nak junjung.
Dr. Azman bin Jusoh
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
IX
PRAKATA
KETUA JABATAN PENGAJIAN MELAYU
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam
Sejahtera.
Satu kelebihan insan yang membezakannya daripada makhluk
ciptaan Allah yang lain ialah minda atau akalnya. Menurut Sternberg
(2004), minda manusia mempunyai tiga potensi utama iaitu
kepintaran, kreativiti dan kebijaksanaan. Ketiga-tiganya mesti
dipupuk dan dirangsang agar manusia dapat menggunakan mindanya
secara optimum. Namun begitu dalam konteks pendidikan di negara
kita, kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa banyak
sekali tumpuan diberikan untuk memupuk kepintaran sedangkan
aspek pemupukan kreativiti masih belum lagi diberikan perhatian
yang sewajarnya (Toh 2003, Yong 1989). Sekiranya perkara ini
berlarutan, tentulah matlamat untuk melahirkan modal insan yang
inovatif dan seimbang sukar untuk dicapai.
Justeru, Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus
Pulau Pinang telah mengambil inisiatif mengadakan bengkel
penulisan puisi seterusnya mengumpul dan menerbitkan hasil
nukilan pensyarah dan pelajar guru dengan harapan karya mereka
akan dibaca, dikenang serta dilestarikan sebagai bahan sejarah
seterusnya menjadi bukti kemenjadian mereka. Untuk itu Jabatan
Pengajian Melayu telah berjaya mengumpul sebanyak 69 buah puisi
hasil karya pensyarah dan siswa gurunya yang layak diantologikan.
Panel juga sepakat menamakan antologi ini sebagai “Semarak
Aksara di Bukit Coombe”.
Pihak Jabatan Pengajian Melayu ingin merakamkan ribuan terima
kasih kepada Encik Sanusi bin Din (2PNP) yang telah memberikan
tunjuk ajar dan bimbingan menerusi sesi perbengkelan yang telah
dilaksanakan pada 10 April 2021. Beliau juga banyak memberi
panduan kepada siswa guru berkaitan kaedah bagi melahirkan puisi
yang berkualiti dalam bengkel tersebut. Terima kasih juga kepada
semua pensyarah Jabatan Pengajian Melayu yang telah memberikan
komitmen yang padu bagi merealisasikan hasrat murni ini. Kami
juga ingin merakamkan penghargaan kepada Dr. Azman bin Jusoh,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang atas
X
sokongan dan nasihat yang cukup bernas ketika proses melahirkan
antologi ini berlangsung.
Tingkat kayu papan bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Sekian, terima kasih.
Ishak bin Ayub
Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Pulau Pinang
Julai 2021
XI
KARYA PENSYARAH
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
SEMARAK AKSARA DI BUKIT COOMBE
Di kemuncak ini aku menatap biru langit tinggi
merenung biru luas terbentang lautan
menjenguk jambatan menelusuri dua daratan
memerhati indahnya flora dan fauna
ciptaan Yang Maha Esa.
Di kemuncak ini dibangun wilayah ilmu
penyambung legasi
bermula sebagai
Penang Teacher's Training College
Malayan Teacher's College
terkenal dengan panggilan M4P dan I4P
kini dijenama
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
peneraju kecemerlangan pendidikan guru.
Ishak Ayub
Bukit Coombe, Gelugor
24 Jun 2021
1
DARI BENGKEL KE ANTOLOGI PUISI
Seketika berdiri aku di sini
mataku menjenguk dan berlari-lari
ke setiap wajah anak-anak putera-puteriku
menyelami ke dalam minda
dan perasaan mereka
akan kesungguhan berkarya
puisi indah.
Seketika berdiri aku di sini
mataku menjengah seorang pemuisi menabur ilmu
dimulainya dengan pengenalan penulisan kreatif
definisi puisi dan jenis-jenisnya
diteruskan dengan proses kreatif penulisan puisi.
Tidak terhenti bicara pemuisi
dikongsi lagi elemen penting dalam puisi
tak lokek pemuisi itu memberi
petua mudah mendapat idea
puisi indah punyai etimologi dan estetika.
Seketika berdiri aku di sini
mataku menari-nari menatap bait-bait puisi
manifestasi anak-anak putera-puteri ku
di atas lembaran helaian demi helaian
dari bengkel ke antologi puisi.
Ishak Ayub
Dewan Persidangan
2
SEBELUM KITA PULANG
Anakku intan baiduri
ayuh kita mencari tangga
senada mendaki perahkan kudrat
kita teroka jalan-jalan ke syurga
bekalan kita iman dan takwa
azimat unggul pusaka perdana
Renungilah dengan akal dan budi
jangan hanyut tenggelam di dasar
syurga yang kau kecap
hanyalah satu perangkap
menjulang dirimu persis pidana
dan jalan-jalan pintas menuju neraka
Mari kita kumpulkan aroma
narwastunya kita titipkan ke sana
tanpa iman, takwa tiada kepastian
tanpa takwa, iman tak mampu kau terjemahkan
kiliklah kedua-duanya
di peterakna biarkan bertahta
Segeralah bersujud kepada-Nya
sebelum jiwa meninggalkan raga
andai kau resah, benamkan gundah
amal kaujunjung takwa kausanjung
bulatkan hatimu kepada-Nya berserah.
Arbakyah Hassan
IPG Kampus Pulau Pinang
3
TERPASUNG PASRAH
(dedikasi kepada anak mentee)
Lewat dermaga ini
kuucapkan selamat berangkat
kuakur benakmu kian sarat
menampung galau yang memberat
dan kulihat
mata basirahmu tubirnya basah
Kita tenggelam dalam literasi
momen indah menjadi sejarah
jejak bisu dari jambatan rindu
pasti bersatu
walau visualisasinya
persis janji narkoba
yang hidup dalam fatamorgana
Meski kita kian menjarak
bungkam di daerah asing pencetus kemelut
dan tiada dahan tempat berpijak
kuyakin ada tempat yang lebih ramah
walau berkali-kali kau ulangi
aku ini persis ibu rumah.
Arbakyah Hassan
IPG Kampus Pulau Pinang
4
KENANGAN BERSAMA SAHABAT SEJATI
Jasamu sahabat sejati
yang menyedarkan diri
membawaku ke taman syurgawi
dengan sabar tak kenal erti pekerti
kini kukecapi kegemilangan ini
dari kelibat jasa semerbak mewangi.
Jasamu sahabat sejati
yang menjalar liku-liku diri
menyemai marak kehidupan ini
memadam api keangkuhan diri
bagai tiada mentari menyinari
di kejauhan mata memandang jauhari.
Jasamu sahabat sejati
yang mekar harum mewangi
lembut hati budi pekerti
gigih pekerti mulia peribadi
jasa baktimu terhampar pasti
semoga Allah sentiasa memberkati.
Jasamu sahabat sejati
cabaran diterima tanpa dijauhi
memperkuatkan diri tanpa lari
perkukuh peribadi demi sahabat diri
keperibadian taruhan diri
sahabat sejati jadi kendiri ...
Hj. Izan bin Hj. Othman
Blok Belimbing
Jun 2021
5
MTC
MTC...
Namamu disanjung tinggi
letakmu di Bukit Coombe
biar zaman berlalu pergi
kapur tulis berganti telekomunikasi
dari maktab ke institusi
berdirimu megah tegak di bumi
melahirkan insan guru mendidik pertiwi
MTC...
dulu aku hanya mampu memandang sepi
bulatan Shell ke CGL menjadi saksi
menyelusuri sampingmu setiap hari
melihat isimu ceria berdiskusi
membuat aku teruja di hati
memberikan aku satu inspirasi
mampukah aku jua ke sini?
MTC...
hari silih berganti
minggu turut menyertai
bulan terus berlari
tahun tak sabar menunggu lagi
kini....
aku bukan lagi bermimpi
di dadamu aku terus berdiri
sampai bila aku tak pasti
mendidik bakal guru pewaris generasi
mencurah bakti tanpa berbelah bagi
membekalkan ilmu meneruskan legasi
Terima kasih MTC...
JJ JPM IPGKPP
5 Julai 2021
6
RATIB HARAPAN SEORANG AKU
Saat ini keluh kesah menerpa
menjadi rengsa di penjara kenaifan
menyempitkan dada menggigit seluruh tubuh
ahh..letihnya menghadap tsunami kekalutan
selimut buntu menyelubungi diri
selangit gelap berbingkai di hadapan mata
lampu kehidupan gelap, segelap kegelapan di laut gelap.
Tarian kehidupan berputar 360 darjah
pelita keakraban semakin malap
cahaya kebebasan kian pudar
pudar dan pudar dan pudar.
Tuhan,
tangkiskanlah lalat-lalat kejahatan
hadirkanlah zarah-zarah cahaya
menjadi adiluhung menerangi lantai kehidupan
labuhkanlah aku di pelabuhan yang diberkati
utuskanlah angin membawa lahar bahagia
ahh, inginku cedok rindu lampau menjadi dinding kebebasan
lantas rantai mukjizat memagar diri.
Norhayati Ayit
Kompleks Kediaman Pensyarah IPGKPP
4 Julai 2021
7
ANTARA PERANTI DAN NASI
Kesatlah air matamu dik
nanti tiba giliranmu
angah, achik dan adik
berkongsi peranti yang satu.
Kesedihan terungkap di mata
dek kekejaman dunia
manusia dikubur sebelum mati
tikar sengsara bersilih ganti
dandanan kata kayangan
dinyanyikan ke seluruh negeri
menyakitkan hati.
Ayah
kulihat lesu dan rengsa
luka di jiwa dikunci juga
ingatan dilayang ke hiruk pikuk yang meriah
berurus niaga penenang jiwa.
Dulang rezeki ayah kini dihalang
sukarnya mencari sebutir nasi
sampai bila begini?
mungkin esok, lusa, atau tulat
jendela rezeki pasti datang
sebelum diri berangkat pulang.
Norhayati Ayit
Pulau Pinang
1 Julai 2021
8
BARISAN HADAPAN
Pejuang hebat
bertarung, bergadai nyawa
sedia berkhidmat
covid-19 sedia ditamat ...
Demi amanah, demi rakyat
demi negara
kebahagiaanmu dikorbankan
nyawamu dipertaruhkan
peluh seorang pejuang ...
mengalir jujur
mengalir luhur
mengalir segar.
Ayuh semua
kita sedarlah, bangkitlah
bersamalah kita berganding bahu
bersama kita cegah
bersama kita sahut
bersama kita rencatkan
bersama kita putuskan
rantaian covid-19.
Datangmu tidak diundang
pergimu amat dialukan
terima kasih wira negara
keringatmu tidak ternilai dengan wang ringgit
jasamu mekar mewangi disanjungan anak bangsa.
Umar bin Ahmad
JPM
9
RINDU YANG TERTANGGUH
Keinginan membara
mengabdi diri kepada yang Esa
menyuci hati dan jiwa
tak kesampaian juga
musibah melanda
Aku yakin
aku percaya
ada hikmah di sebalik peristiwa
ada perkara yang lebih utama
Terus reda
terus bersabar
rindu tidak tertanggung
mengabdi diri kepada yang Esa
menanti ganjaran dari pencipta
Keinginan membara
bila tiba saatnya nanti
aku dakap
aku kucup
aku sujud
melepas rasa rindu
sampai nanti, hilang duka sendu
pengabdian abadi
Umar bin Ahmad
JPM
10
HAKIKAT HIDUP
Ketika kita sedar
tentang hidup yang menolak kita
pada satu arah yang pasti
Kita terus mengelak
berpura lupa tentang
hakikat hidup yang benar dan terang
Dunia dan isinya
menjadi dagang yang tiada galang gantinya
kita berebut
lupa diri dan tertipu
Kerana itu
matikanlah diri
dan
barulah hidup dalam hidup-Nya
yang sempurna.
Zulkafly Mohd Noor
2021
Semasa PKP
11
KARYA PELAJAR TERAS
BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH
AMBILAN JUN 2020
PENGGONCANG DUNIA
Malam yang indah
hanya mampu ditatap dari birai jendela
mengintai langit yang kelelahan
asbab si durjana
yang menjadi penggoncang dunia.
Kau, hadir tanpa berita
kau, pemusnah istana duniakau, punca segalanya.
Hari demi hari,
kau masih menghamparkan kuasayang mengorbankan nyawa.
Sehingga kini aku berharap
pergilah ...
pergilah ...
agar lelah dunia
kian menyirna
agar langit kembali ceria.
Aina Nadzirah binti Hairul Nizam
Pengajian Melayu
IPG Kampus Pulau Pinang
12
TEROWONG KEBAHAGIAAN
Kata orang
terowong percintaan itu indah belaka
saat hadirnya seorang insan
menjual walau setitis kasih sayang
akan tetap ku beli jua
kerna kata orang percintaan itu indah belaka.
Namun
mungkin kata orang itu dusta belaka
kebahagiaan itu hanya cerah di hadapan terowong
menjadi umpan kepada manusia
seperti aku
yang ingin jiwanya dibelai penuh cinta.
Kerna
tiada siapa pernah membuka kata
tentang peritnya penderitaan
tentang pedihnya hati dikelar
di saat cinta mula membenihkan kasih
mengapa perlu ada yang berpaling?
di saat tulusnya merah hati ini membuahkan cinta,
mengapa perlu ada yang melunturkan warnanya?
13
Tetapi
kata orang
terowong percintaan itu indah belaka,
mungkin terowong ini
bukan terowong kebahagiaan yang diidamkan
bak putihnya salji membawa diri pergi
akan ku gagahkan kaki inimembawa beratnya hati
pergi mencari terowong sebenar
terowong di mana, membuktikan bahawa,
‘percintaan itu indah belaka’.
Alya Maisarah binti Zam Beri
Pulau Pinang.
14
PESAN PADA HATI
Wahai diri
pesanlah pada hati
biar dunia tekad menguji
tetaplah utuh pada akarmu.
Yakinlah
diam itu bukan menerima
diam itu bukan mengalah
tetapi
kuat menghadapi ujian.
Aku tahu
kadang terpaksa tunduk
pada ratu kesedihan
tika kau betah berlari
daripada kezaliman diri yang meraup.
Namun
inilah perjudian
yang telah kausertai
bersama alam bernama manusia.
Chempaka Azahar
18 April 2021
15
INDAH BUDI
Senja datang membawa gerimis,
Tika pesawah membanting padi;
Apa guna dipandang manis,
Kalau diri tiada budi.
Dara menjemur ikan masin,
Untuk santapan menambah rasa;
Tidak kira kaya atau miskin,
Asalkan baik budi bahasa.
Pegar diharap menjaga padi,
Sia-sia usaha pagi dan petang;
Banyak diri menabur budi,
Budi tidak dikenang orang.
Emak dara berkain batik,
Cantik jelita berbaju kasa;
Apa guna berwajah cantik,
Kalau tidak berbudi bahasa.
Ayam katik masuk ke reban,
Tali tersangkut pagar duri;
Adik bukan saudara bukan,
Ukhwah terjalin kerana budi.
Hannan Ismail
PISMP Ambilan Jun 2020
16
MALAYSIA NEGARAKU TERCINTA
Malaysia
tanah air tercinta
di sinilah taat setia dicurahkan
di sinilah kasih yang tidak berbelah.
Malaysia
dahulunya pernah dijajah
rakyat bangun menentang
demi maruah bangsa dan tanah air tercinta
rakyat bangun berjuang
darah tumpah merata-rata.
Malaysia
sudah merdeka negara kita
kesetiaan kita hanyalah untuk tanah air tercinta
mari kita makmurkan Malaysia.
Khairil Naim bin Anuar
Pengajian Melayu IPGKPP
Blok Gajus
20 April 2021
17
TAULAN MURNI
Taulan
bagaikan seutas tali
yang menghubungkan dua hati
menerusi batin dan sanubari antara insan.
Sahabat
kurniakanlah magfirat
andai ku lecetkan hatimu
umpuk memperoleh ketenangan atma.
Teman
tanpamu ku rebah
menjadi bintang bergemerlapan
yang memberi cahaya bak suasa bertatahkan permata.
Tuhan
terangkanlah roh ini
moga uzurku ini kembali betah
hak kita agar bakal pulang bersama-sama.
Mahmud Ashmal bin Mohd Ahyad
Pusat Islam al-Falah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
PISMP Jun 2020
16 April 2021
18
LANGIT DAN BUMI
Wahai langit
pandanglah kau ke bawah
masih ramai yang dipeluk kesusahan
tapi engkau sentiasa memejamkan matamu
tetap menurunkan hujan lebat ke bumi
agar kau sentiasa dipeluk awan kepuasan
dan biarkan makhluk bumi menerima natijahmu.
Wahai bumi
kuatlah kau menempuh kehidupan
biar selaut kesusahan mendatang
kau tetap berdiri kukuh menjulang langit
mencipta pelbagai daerah dan bangunan
yang tidak boleh disentuh oleh langit.
Wahai bumi berdirilah engkau
biar tidak setinggi langit
tapi kau miliki harga yang tinggi
yang mampu menjadi rebutan
di mata mereka yang tulus melihatmu.
Maziah_MJ
Blok Pala, IPGKPP
19
HARGA ILMU
Ilmu itu gemala sakti
cahayanya menerangi bumi
sukarnya ia untuk didapati
perlu menempuh onak dan duri.
Tidaklah dapat dijual dan beli
bertarung nafsu dan hati
laut, darat dan rimba ditempuhi
ikhlaskan diri.
Tinggi nilainya sangat berguna
harta dunia tidaklah kira
idaman si bijaksana
menjadi peneman di alam sana.
Kanta mata tiadalah guna
jika hati menolak ia
tiada tolak bandingnya
hamparnya seluas saujana.
Mohamad Faizudin bin Ahmad
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Bahasa Melayu PISMP 2020
20
BIDADARI SENYAMPANG
Setelah bertubi-tubi kau mengumpan cintaku
dengan pesanan ringkasmu yang berbaur jampi
bersaksikan purnama yang mengintaiku di balik jendela
akhirnya kau bersemayam di takhta hatiku.
Namun
di saat dukaku berubah tawa
di saat suramku berubah girang
di saat gelora berubah lapang.
Rupanya
kau cuma menumpang kasih
bukan cuma seorang yang mendampingimu
malah berbelas-belas kumbang yang kau bela
yang penghujungnya memudarkan cinta itu sendiri.
Tetapi
tidak perlu engkau mengungkit semula
sampah yang kau dustai
sampah-sampah yang kau berikan kepadaku
membuatku terjaga dari angau.
Benarlah kata-kata sang pujangga
suka tidak bermakna sayang
cinta tidak bermakna memiliki.
Mu’az Iqbal Shahidan
21
ANUGERAH TERINDAH
Mengenalimu adalah anugerah
detik pertemuan terasa angin kebahagiaan
tatkala manik mataku melihat dunia
engkaulah syurgaku yang tiada kedua.
Menyakitimu serupa larangan
bait katamu tiada hijabnya.
Kasih dikau tiada galang ganti
sembilan bulan kesabaran diuji
perah keringat tidak berperi
tak akan lupa daripada sanubari.
Menatang minyak yang penuh sifat terpujimu
erti lelah tiada dalam kamus hidupmu.
Siang malam berjaga menjaga
Penat lelah tidak dihirau juga
Mengasihi bagai awan cerah diudara
berharapku menjadi penegak agama.
Jasamu tiada banding nilai pasir permata
terima kasih permaisuri hatiku.
Muhamad Alif Amri Bin Abd Mohksin
Puncak Blok Gajus
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
PISMP Jun 2020
20 April 2021
22
HADAPAN TAK DENDANG
Hadirmu tak terundang
ledakan rasa
terbelenggu dalam mimpi
waspada meniti dalam perang ilusif.
Karakter utama
titisan lelah mengalir bak sungai
deras tapi menyegarkan tindaknya
ibarat si ibu ayam tangkas menorak langkah
meragut periuk api pejarah
mengepung tubuh kerdil tak berdaya.
Kecudang akhir kalam
atma hanya kekal murni
kental menjadi perisai raga
bantu mereka melawan durjana
tetaplah di teratak indah
putus apa adanya
biar buana berbunga semekar hendak-Nya.
Muhammad Zul Ikhwan bin Md Zani
Kolej Kediaman Blok Gajus
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
15 April 2021
23
VIRUS FATAL
Musibah lalu tiada henti
meragut nyawa bangsa
menjadi buah mulut masyarakat di masa kini.
Badai datang tidak terduga
mengancam jutaan nyawa di buana
dianggap tentangan kaum manusia
menjadi musuh abadi .
Bakteria durjana yang menumpaskan kaum manusia
merebak tanpa henti
tanpa sedar
ramai yang pergi menemui Ilahi.
Kerana ketakutan
jalan raya dahulunya riuk bak kicauan burung
kini sepi diulit kenangan
kerana virus yang melanda.
Muhammad Aiman bin Anuar
Puncak Blok Gajus
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
PISMP Jun 2020
19 April 2021
24
SANDIWARA BERDARAH
Kemunculan ibarat sang suria
merebak menelusuri pelosok buana
takkan terelak walau terteduh
sequoia inikan pula dipayungi atap kelapa.
Permulaan dianggap jenaka
bagaikan semut membaham sang singa
manakan mudah newton mengiya
sudahlah ghaib lagikan sasa.
Umpama si buta pergi berperang
pertahankan jiwa yang zahirnya kelam
berharap cahaya tersuluh terang
mencelikkan mata yang hakikatnya padam.
Drama yang dipenuhi adegan gembira
kini berubah membanjiri episod luka
tidak mengira watak utama mahupun sampingan
kesemuanya terperangkap hingga ke pengakhiran.
Muhammad Aizuddin Kardi
PISMP Jun 2020
25
JALAN TUHAN
Kalam terindah
alunnya menggegar gempita
tatkala rembulan sabit menyinari
bicara Tuhan tak satu pun dusta
jadi panduan semesta buana.
Dingin membaluti diri
air mata langit mencurah bumi
menyirna segala cela dan duka
kejora saksi pedihnya lara
atma kudus mencari Si Pencipta.
Terbeliak mata
disirami cahaya fajar
syukur atas peluang
menjelajah gegana sementara
membolot bekalan.
“Carilah aku” petanda cinta-Nya
walau diri bergelumang dosa
tak lekang dari sisiku
percayaku hanya untuk-Mu
kerana Dia tidak pernah bercanda
malah kurniakan segala Rahmat dan Rahim.
Muhammad Aminul Hazim bin Alias
Pusat Islam Al-Falah
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
16 April 2021
26
KEMBARA MERDEKA
Hatiku merintih merayu seloka
melihat anak bumi tercinta ini
ditindas ternama kayangan.
Penoreh, nelayan hatinya bak sirna
butiran keringat diserka senyuman
demi sesuap nasi untuk keluarga.
Namun
hak dan keadilan mereka dikhianat
korupsi dan konspirasi
menjadi modus operandi yang kaya makin berharta
yang miskin hatinya ternoda
hati siapa yang tidak terluka?
Jerih perih menikam kalbu
mengenang si tua yang dipandang remeh
si muda dicaci benci si anggun suci
diserkup mulutnya.
Aku terduduk termenung lama
terlalu berat untukku mencerna
jasadku terkunci mindaku keliru.
Biarlah coretan pusi ini menjadi suara
buat kamu yang masih leka
wahai saudara
tanyalah dirimu
berbanggakah kamu di hari kemerdekaan ini?
Muhammad Azri bin Azahar
27
BENCANA ILMU
Menghairankan
dura kalam ilmu
seni akal kekal menyembah bumi
ibarat tak dicambah sesungguhnya
harapan diharap membugarkannya
indah secara alamiah
tidak pada hakikinya.
Kelopak mata masih melambai gegana
inti fikiran membentuk rasa
kadang melayang hingga ke hujung benua,
meliar mencari titik berhenti
buku hati mencatat segala erti
hasrat dan realiti asyik berantakan
tidak langsung wujud ruang dan peluang
persoalan kekal disoal.
Di bawah rembulan
dingin diselimuti kumulonimbus
bertemankan cahaya malap
bak pungguk di rambut malam
menaakul segala perincian dunia
cuit-Nya hadir pelbagai cara
“Siapa Tuhanmu?”
tertampar dek bisikan kecil
bibir menari mencari solusi
bait bicara meroket ke langit
ilusi menjawab segala soal
sememangnya ilmu belum subur
kerana khianat dan dusta membajanya.
Muhammad Farhan Irfan bin Mohd Hafiz
Kolej Kediaman Gajus
11 April 2021
28
DUSTA SETIA
Bisikan bayu membelai telinga madah seolah tak satu pun
dusta senyum di bibir bak pemanis rasa
api kartika malap diselimutI gegana
rembulan lena di ranjang betala.
Bayu sepi kian menyakiti malam
parut luka tetap ada parutnya
walau disental kekal bersinar
hakikat itu masih perit dihadam.
memaafkan bukan melupakan.
Tatkala tersungkur di bumi
debu mengotori segalanya
pedih ditusuk mengubah rasa
waktu juga tak mengubati luka
hujan kecil penyedap jiwa.
Biar harapan ilusif membawa diri
terus berjalan di langit buana
daging lembut pasti terpelihara
kerana Tuhan itu tak bercanda
itulah lumrah hidup di bawah langit yang sama.
Muhammad Farhan Irfan bin Mohd Hafiz
Kolej Kediaman Gajus
11 April 2021
29
PERANG DEKAD
Pengakhiran dekad kedua
teguh dalam mengorak langkah
walau tika tertusuk duri sembilu
persona akal tak dihirau seraya disoal
duka hanya naratif pedoman.
Pintu kesabaran diterjah bertalu
terpendam dan terbuku amarah
bait bicara tak dilontar sesedap kata
masih wujud atma umpuk dipelihara
terabai segala rasa
Tuhan hadirkan awan mendung
sebagai manifestasi citra paling tepat.
Namun utuh mengukir senyuman
kerana diri dibelai kasih dan sayang
dijaga seolah mahkota emas
darah daging saksi cinta setia
Tuhan juga sifatnya Rahman dan Rahim.
Tenang kumelayang di bibir pawana
dalam titipan doaku
akan kusebut delima hati
akan kupuji Dia Yang Maha Besar
semoga insan betah dari segala cela.
Muhammad Farhan Irfan bin Mohd Hafiz
Kolej Kediaman Gajus
11 April 2021
30
ISIH HATI
Menatang hati merujuk kalam
berbakti diri tanpa menuntut
ditendang zalim dipikul fulus
terjerat pukat lupa ingatan.
Hati dirobek hinggakan akut
kasih dipilih diiring status
menginjak pitis menebal dasar
duka dicita salah dilupa.
Suara bebas kian terjerat
peluru mulut harus disimpan
terlepas peluru melulu terhukum
Hakikat hidup pengaruh ghalib.
Muhammad Syamil bin Mohammad Sadzilan
Kolej Kediaman Gajus
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
20 April 2021
31
SUNTIKAN KEBEBASAN
Di kala hati dirobek hilang rasa
di kala gelak tawa beralih duka jambatan indah rumah kedua
menjadi kunjungan si anak muda.
Purnama datang menendang mentari
kusut hidup tak boleh dilari
ilmu kosong ketenangan dicari
jarum enak mengiringi pergi.
Tembus kulit jarum halus
demi mencari kebebasan sebentar
seluruh ruang berubah ceria
azab sebenar melambai di sebalik ruang ceria.
Muhammad Zarif Bin Mohd Basir
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Bahasa Melayu PISMP 2020
32
“TIK TOK! TIK TOK!”
Jarum tua
masih setia momentumnya
cepat atau lambat
garis suram tetap terlihat.
Tak pernah kaucerita
citra silam itu mencambuk jiwa mendera rasa
hingga kau lakonkan
watak penuh kedustaan!
Jujurlah
apa rasanya berlari
hingga tangis duka bahkan bahagia
tak bisa kau beza antara duanya!
Yaya Fauzi
Blok Pala, IPGKPP
12 April 2021
33
DEDAUN SENJA
Ku intai dari celahan dedaun senja bait-baitmu
ternyata pondok kebahagiaan
telah kau kecapi
sepertinya aku masih dalam penyekapan
seringai kulemparkan
tatkala kita dipisahkan jerat kehidupan.
Usah bermurung rengsa
dari denai yang kita pilih
kan kuadu pada empunya sarwa
bahawa ini hanyalah konspirasi manusia
bagaimana ingin kaucapai damai?
jika pandanganmu hanya pada dedaunan senja.
Nur Elyia Mohd Zin
BM PISMP Ambilan Jun 2020
34
DIARI SANUBARI INSAN MUDA
Di sebalik talu mendung awan bayu fikiran melayang bertalu-
dua dekad sudah berlalu
namun masih kubuntu mengimbas kembali silam tragis
betapa pahit perit bak lada
jiwa ditabur kecil namun terasa
kepedasan di hujung kian membara.
Aku merenung masa depan
dengan penuh resah kebimbingan kerna liku hidup penuh
duga
demi kuat sepanjang tenggak
tanpa lelah terus perjuangan
itulah lumrah sebagai insan.
Ibarat buku tiada noktah mencari aku beribu jawapan kepada
jutaan persoalan minda sibuk memikirkan
ya atau tidak berlegar-legar di gawang fikiran namun bicara
hati galau keresahan
memilih jawapan tak pasti pengakhiran.
Nur Farhana binti Azizan
Blok Pala
IPG Kampus Pulau Pinang
PISMP Jun 2020
18 April 2021
35
SUKMA LARA
Pawana bersiul
hati membuai
melihat cakerawala turut berduka
aku dalam khayalan
suasana pilu hilang serinya.
Engkau pergi seperti mimpi
lautan kasih selalu kurindu
tiada tawamu,
hangat belaianmu.
Dengki ‘si jawa’ kuasa tak fana
kejelikan rasa canang serata
walau bukan darah dagingnya
roh si tua menjadi korbannya.
Di bawah nisan dan kemboja ini
terpisah antara ruang dan waktu
ingin sekali engkau kembali
namun sukma rela kau pergi.
Lina Samsol
Pengajian Melayu Ambilan Jun 2020
18 Februari 2021
Pulau Pinang
36