The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdamirnudinismail, 2021-07-31 12:03:36

Bab 6 : Pengurusan

BAB 6. Pengurusan

4. Membuat langkah pembetulan
• Tindakan pembetulan perlu dilaksanakan sekiranya terdapat penyimpangan iaitu pencapaian tidak menyamai

standard.
• Pengurus juga perlu mengetahui bentuk penyimpangan yang berlaku dan punca penyimpangan tersebut Ini

bertujuan untuk memastikan tindakan yang diambil tidak membazir dan berkesan.
• Contohnya, syarikat ACE menyiasat sebab-sebab tidak mencapai sasaran jualan yang ditetapkan sama ada

persaingan yang sengit, promosi yang dijalankan kurang berkesan atau produk syarikat kurang berkualiti.

KAEDAH KAWALAN

1.Kawalan Awalan(pencegahan)

2.Kawalan Semasa(pembaikan)

3.Kawalan Selepas(pembetulan)

1.Kawalan Awalan (pencegahan)

• kawalan awalan dibuat sebelum sesuatu aktiviti pengeluaran dilaksanankan
• kawalan dilakukan keatas input samada dari segi proses mendapatkan input atau kualiti input yang

dikehendaki
• contoh: pengurus pengeluaran hendaklah memastikan bahan mentah yang akan digunakan adalah

berkualiti

2.Kawalan Semasa (pembaikan)

• kawalan semasa dilakukan semasa/ketika sesuatu kerja atau proses pengeluaran berjalan
• pembetulan akan dibuat apabila didapati kerja yang dilkukan tidak betul atau kualiti produk dalam proses

pengeluaran tidak mengikut piawai
• setiap peringkat proses pengeluaran harus diselia dan dipantau agar sebarang penyimpangan atau

kesilapan dapat dibetulkan dengan cepat

3.Kawalan Selepas(pembetulan)

• kawalan dibuat selepas produk yang telah siap
• Kawalan terhadap output organisasi ini adalah untuk memastikan output yang dihasilkan memenuhi

spesifikasi, standard atau piawaian yang ditetapkan.
• Tindakan pembetulan diambil sekiranya berlaku kerosakan atau kecacatan pada output
• contohnya: apabila produk telah siap diproses, pihak kawalan kualiti akan memeriksa produk tersebut

bagi memastikan produk menepati piawai atau tidak.
• Bagi yang menepati piawai, produk akan dipasarkan, jika tidak produk tidak akan dipasarkan

ALAT-ALAT KAWALAN

1.Analisis Titik Pulang Modal

• Merupakan alat yang digunakan untuk menentukan satu titik iaitu jumlah hasil yang minimum
boleh dicapai atau menyamai jumlah kos yang perlu dibayar (Jumlah hasil = Jumlah Kos)

Fungsinya ialah:

▪ Mengenal pasti jumlah unit produk minimum yang perlu dihasilkan untuk mendapat pulangan
modal

▪ Mengawal kos yang terlibat supaya tidak melebihi jumlah yang diperuntukan
▪ Menentukan harga bagi produk yang dihasilkan untuk tujuan pemasaran
▪ Merancang pengeluaran produk untuk mendapat untung yang disasarkan

2. Bajet

• Penyata yang menunjukkan anggaran peruntukan dan pengagihan sumber kewangan secara
cekap bagi tujuan melaksanakan sesuatu projek dalam tempoh tertentu

• Memastikan setiap peruntukan dibelanjakan dengan cekap bagi mengelak pembaziran

Fungsinya ialah:

▪ Merancang perbelanjaan dan pendapatan bagi sesebuah perniagaan
▪ Mengawal aliran masuk dan keluar bagi sumber kewangan mengikut keutamaan
▪ Memastikan sumber kewangan yang diperolehi boleh menampung perbelanjaan yang

dilakukan
▪ Memastikan peruntukan kewangan digunakan secara cekap dan berkesan serta mengelak

pembaziran

3. Carta Gantt

• Merupakan satu teknik untuk mengawal penggunaan masa dan aktiviti dalam proses
pengeluaran bagi memastikan penggunaan sumber secara cekap dan berkesan

• Memantau tahap kemajuan dan pencapaian setiap aktiviti dalam sesuatu projek mengikut
jangka masa yang ditetapkan

Fungsinya ialah:

▪ Memantau kemajuan sesuatu projek dari mula hingga tamat supaya setiap aktiviti yang
berjalan dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan

▪ Mengawal penggunaan masa dan aktiviti dalam proses pengeluaran supaya tidak berlaku
pembaziran sumber

▪ Memastikan setiap aktiviti dalam projek mengikut urutan yang telah ditetapkan supaya tidak
mengganggu aktiviti yang lain.

4. Analisis Teknik Menilai Dan Menyemak (PERT) Programme Evaluation and Review
Technique

• Memantau aktiviti yang perlu dijalankan secara serentak bagi mengelakkan pembaziran
masa dan tenaga.

• PERT adalah teknik penjadualan projek yang mengandungi urutan aktiviti-aktiviti yang
sebahagiannya ada kaitan antara satu sama lain

• PERT lazimnya digunakan dalam projek pembinaan, pembangunan produk, perkilangan
dan lain-lain bidang yang berkaitan

5. Cara Laluan Genting (CPM) Critical Path Method

• CPM merupakan laluan terpanjang penggunaan masa melalui aktiviti dan peristiwa yang berurutan
dalam rangkaian PERT

• CPM dapat membantu pengurus mengenal pasti aktiviti yang bermasalah atau kritikal yang perlu
diberi perhatian agar perancangan projek tidak terjejas dan dapat siap dalam tempoh yang telah
ditetapkan

Fungsi PERT Dan CPM

• Mengawal kemajuan projek dengan mengenal pasti aktiviti kerja yang bermasalah dan sejauh mana
aktiviti tersebut mempengaruhi aktiviti lain

• Mengawal perjalanan projek dengan baik supaya projek tersebut dapat disiapkan dalam tempoh yang
telah ditetapkan

• Memastikan aktiviti yang kritikal atau bermasalah dapat disiapkan supaya tidak menjejaskan aktiviti
lain

• Mengawal aktiviti luar jangka sekirannya berlakunya masalah masalah yang tidak dapat dielakkan


Click to View FlipBook Version