The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdamirnudinismail, 2021-07-25 04:59:08

BAB 7. Perundangan

BAB 7. Perundangan

PENGAJIAN PERNIAGAAN
SEMESTER 2

by: Abiaali

BAB 7
ASPEK PERUNDANGAN

PERNIAGAAN

7.1 UNDANG-UNDANG KONTRAK

7.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

SUKATAN PELAJARAN

7.1 UNDANG-UNDANG KONTRAK

(a) mentakrifkan Akta Kontrak 1950 (termasuk pindaan);
(b) menjelaskan elemen-elemen kontrak iaitu tawaran, penerimaan, balasan, niat,

ketentuan, dan keupayaan;
(c) menerangkan syarat-syarat kontrak: termasuklah kontrak sah, kontrak tidak sah,

kontrak batal, pelepasan kontrak, dan remedi;

KES-KES RUJUKAN :
Kes Tan Geok Khoo & Gerald Francis Robless lwn. Paya Terubong Est. Sdn. Bhd. (1988)
2MLJ672 dan kes Preston Corp. Sdn. Bhd. lwn. Edward Leong & Ors (1982) 2MLJ22
(berkenaan tawaran dan penerimaan); kes Murugesu lwn. Nadarajah (1980) 2MLJ22
(berkenaan balasan dan perjanjian); kes Tan Swee Hoe Co. Ltd. lwn. Ali Hussain Bros.
(1980) 2MLJ16 (berkenaan perjanjian lisan); Kes Leha Jusoh lwn. Awang Johari (1978)
1MLJ202 (berkenaan minor ‘belum dewasa’ dan kontrak)

7.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

(a) mentakrifkan Akta Jualan Barang-barang 1957 (termasuk pindaan);
(b) menerangkan maksud kontrak jualan;
(c) membezakan syarat-syarat tersurat dan tersirat;
(d) menerangkan elemen-elemen yang perlu ada dalam kontrak jualan termasuk waranti,

keterangan, bebas daripada kesulitan, boleh guna, dan mutu

KES-KES RUJUKAN:
Kes Low Kar Yit & Ors lwn. Mohd. Isa & Anor (1963) MLJ165 (berkenaan perjanjian
jualan).

7.1 UNDANG-UNDANG KONTRAK

TAKRIFAN AKTA KONTRAK 1950

• seksyen 2(h), akta kontrak 1950 mentakrifkan ‘kontrak’ merupakan suatu perjanjian yang boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang

• sesuatu kontrak boleh wujud samada secara bertulis atau secara lisan
• contoh: Ahmad bercadang untuk menjual motosikalnya kepada Abu dengan harga RM 3000. Abu

pula bersetuju untuk membeli dan membayar harga motosikal tersebut kepada
Ahmad.Maka,situasi ini telah wujud kontrak antara Ahmad dengan Abu.’’

1.TAWARAN

5.KETENTUAN 2.PENERIMAAN

ELEMEN-ELEMEN KONTRAK

6.KEUPAYAAN 3.BALASAN

4.NIAT

1.TAWARAN

MAKSUD TAWARAN

• Suatu akujanji oleh pihak yang lain bahawa ia akan melakukan sesuatu atau menahan diri daripada melakukan sesuatu
jika pihak lain itu bersedia menerima segala syarat yang ditetapkan oleh pembuat tawaran

• Satu tanda kesediaan pembuat tawaran untuk menjalinkan satu kontrak yang sah dan mengikat di sisi undang-undang
(Salleh Abas, H.M.P)

• Seksyen 2 (a), Akta Kontrak 1950: " Apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada seorang yang lain untuk
melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu dengan maksud memperoleh persetujuan orang lain itu
berbuat sesuatu atau menahan diri daripada berbuat seseorang itu, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu
membuat cadangan."

• Contoh: A membuat tawaran untuk menjual peti sejuknya dengan harga RM1000 kepada B. Dengan itu, A telah
membuat satu janji dengan niat untuk terikat dengan di sisi undang-undang sekiranya B bersetuju menerima tawaran
tersebut

KES RUJUKAN
Tan Geok Khoo & Gerald Francis Robless lwn. Paya Terubong Est. Sdn. Bhd. (1998) 2 MLJ 672

ELEMEN PENTING TAWARAN

1.Tawaran mesti jelas,lengkap dan muktamad
2.Tawaran perlu dibuat kepada pihak tertentu
3.Tawaran adalah berbeza daripada pelawaan tawaran
4.Tawaran yang dibuat perlu dikomunikasikan

• Tawaran perlu mengandungi terma-terma yang jelas iaitu perkara-perkara yang berkaitan
dengan kontrak, tujuan kontrak, nilaian kontrak dan tempoh masa. Tawaran yang tidak jelas atau
kabur menyebabkan ia tidak boleh diikat di sisi undang-undang.

2.Tawaran perlu dibuat kepada pihak tertentu

• Sekiranya tawaran yang khusus kepada seseorang, maka pihak lain tidak boleh menerima
tawaran tersebut. Sekiranya tawaran kepada sekumpulan orang atau umum, maka ia boleh
diterima oleh sesiapa sahaja.

3.Tawaran adalah berbeza daripada pelawaan tawaran

• pelawaan tawaran merupakan suatu rundingan yang dilakukan oleh seseorang tetapi ia tidak
berkehendak untuk terikat dengan terma-terma dalam rundingan tersebut. Pelawaan tawaran
akan membuka peluang kepada pihak lain untuk membuat tawaran.

• Contoh pelawaan tawaran seperti jualan melalui katalog, edaran, pengiklanan, lelongan dan
pameran di kedai layan diri

4.Tawaran yang dibuat perlu dikomunikasikan
Maklumat tawaran yang dibuat perlulah disampaikan kepada pengetahuan dan difahami oleh pihak
yang menerima tawaran supaya ia boleh diikat di sisi undang-undang.

SEBAB- SEBAB PENAMATAN TAWARAN

1.Pembuat tawaran membatalkan tawaran sebelum penerimaan dibuat
2.Penolakan tawaran oleh penerima tawaran
3.Luputnya waktu tawaran
4.Kematian atau ketidaksiuman pembuat tawaran

1.Pembuat tawaran membatalkan tawaran sebelum penerimaan dibuat

• Contohnya, A membuat tawaran untuk menjual telefon pintar kepada B. A boleh membatalkan tawarannya
pada bila-bila masa sebelum B membuat penerimaan tawaran tersebut.

2.Penolakan tawaran oleh penerima tawaran

• Ini disebabkan oleh kemungkiran penerima tawaran untuk memenuhi syarat terdahulu yang dinyatakan dalam
tawaran asal

3.Luputnya waktu tawaran

• Penerima tawaran tidak membuat penerimaan dalam jangka waktu tersebut. Sekiranya tiada batas waktu
ditentukan,tawaran terluput mengikut waktu yang munasabah

4.Kematian atau ketidaksiuman pembuat tawaran

• Pembuat tawaran mengalami sakit mental atau meninggal dunia. Perkara ini telah diketahui oleh penerima
tawaran sebelum membuat penerimaan. Sekiranya fakta ini tidak diketahui oleh penerima
tawaran,penerimaan tawaran tersebut adalah sah dan dapat dikuatkuasakan sebagai suatu kontrak yang sah.

PELAWAAN TAWARAN

• langkah pertama dalam membuat sesuatu rundingan yang mungkin atau tidak berakhir
dengan tawaran oleh sesuatu pihak

KES RUJUKAN
• Preston Corporation Sdn. Bhd. lwn. Edward Leong dan Lain-lain (1982)2 MLJ 22
• Mahkamah: "...tawaran ialah suatu tanda kesediaan pembuat tawaran untuk menjalin satu

kontrak yang sah dan mengikat di sisi undang-undang. Terma-termanya sama ada secara
nyata ataupun termaklum hendaklah menunjukkan bahawa ia akan menjadi mengikat
sebaik-baik sahaja diterima oleh pembuat tawaran."

2.PENERIMAAN

MAKSUD PENERIMAAN

• Seksyen 2(b), Akta Kontrak 1950 “penerimaan berlaku apabila orang kepada sesiapa cadangan itu dibuat
menyatakan persetujuan dengan cadangan itu maka bolehlah dikatakan bahawa cadangan itu diterima:
sesuatu cadangan bila diterima,adalah menjadi janji.”

• Apabila sesuatu pihak menerima cadangan daripada pembuat tawaran
• Contoh: Si A bersetuju untuk menerima tawaran kepada pembuat tawaran untuk menjual peti sejuk daripada

si B dengan terma yang telah ditetapkan

1.Jelas, pasti,mutlak dan tidak bersyarat

ELEMEN 2.Dinyatakan secara biasa dan munasabah
DALAM 3.Penerimaan mestilah dikomunikasikan
PENERIMAAN 4.Penerimaan dalam jangkamasa munasabah

5.Penerimaan lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran mengetahui dan menerimanya

1.Jelas, pasti,mutlak dan tidak bersyarat

• Penerima mestilah menepati syarat atau terma tawaran yang ditetapkan dan jika wujud penerimaan
bersyarat maka ia akan membatalkan tawaran asal yang dinamakan tawaran balas

2.Dinyatakan secara biasa dan munasabah

• Penerimaan tawaran hendaklah membuat penerimaan secara munasabah tetapi jika pembuat
tawaran telah menyatakan cara penerimaan yang dikehendaki,maka penerima tawaran tersebut
wajib melaksanakan cara tersebut

3.Penerimaan mestilah dikomunikasikan

• Penerima tawaran mesti memaklumkan kepada pembuat tawaran samada menerima atau menolak
tawaran tersebut. Perbuatan mendiamkan diri tidak menunjukkan penerimaan di sisi undang-undang
kerana ia tidak dapat melahirkan pertemuan minda yang menjadi asas hubungan kontrak

4.Penerimaan dalam jangkamasa munasabah

• Sesuatu kontrak tidak akan dibuka selamanya. Tawaran akan luput jika tiada sebarang
perbuatan penerimaan dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan atau munasabah

• Seksyen 6 (a), Akta Kontrak 1950: " sesuatu tawaran tidak akan luput jika penerimaan tidak akan
dikomunikasi dalam masa yang munasabah atau jika masa untuk penerimaan ditetapkan dalam
tempoh ditetapkan."

5.Penerimaan lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran mengetahui dan menerimanya

• Sekiranya penerimaan tersebut tidak sampai kepada pengetahuan pembuat tawaran,maka
penerimaan tersebut dikira tidak lengkap dan boleh dibatalkan

PENERIMAAN YANG TIDAK PERLU DIKOMUNIKASIKAN

1.Penerimaan Dengan Penunaian

• Tawaran yang ditujukan kepada sekumpulan orang atau umum, adalah mencukupi sekiranya penerima
menunaikan syarat-syarat yang ditetapkan dalam tawaran

2.Kaedah Pos Terpakai

• Penerimaan dikira lengkap sebaik sahaja penerima mengeposkan surat penerimaan tersebut

3.Jualan Lelong

• Penerimaan dikira lengkap sebaik sahaja pelelong menjatuhkan atau mengetuk tukul kayu bagi
menandakan seseorang itu menerima tawaran yang dibuat kepadanya

3. BALASAN

MAKSUD BALASAN

• seksyen 2(d) Akta Kontrak 1950 “menurut kehendak pembuat janji,apabila. penerima janji atau
sesiapa sahaja yang telah membuat atau menahan diri dari membuat sesuatu,atau membuat
atau menahan diri dari membuat sesuatu maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu
adalah disebut balasan untuk janji itu”

• faedah yang sepatutnya diperolehi oleh pihak-pihak yang terlibat dalam Kontrak daripada
urusniaga mereka seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian

• Contoh: Ali menyerahkan peti sejuknya kepada Abu dan Abu membayar kepada Ali RM 1000

KES RUJUKAN
K. Murugesu lwn. Nadarajah (1980) 2 MLJ 82

ELEMEN PENTING BALASAN 1.Balasan mesti mempunyai
unsur timbal balik
1.Balasan mesti mempunyai unsur timbal balik

2.Balasan tidak semestinya berpadanan • pihak yang terlibat dalam kontrak
3.Balasan semestinya sah di sisi undang-undang mesti mempunyai balasan masing-
4.Balasan tidak semestinya datang dari penerima janji masing terhadap kontrak yang telah
dipersetujui

5.Balasan lampau adalah sah di sisi undang-undang 2.Balasan tidak semestinya
berpadanan

• balasan yang diberikan oleh penerima tawaran tidak semestinya berharga
dan mempunyai nilai yang berpadanan dengan sesuatu yang diberikan oleh
pembuat tawaran atas dasar persetujuan bersama

3.Balasan semestinya sah di sisi undang-undang
• sesuatu balasan hendaklah tidak menyalahi atau bertentangan dengan undang-undang

4.Balasan tidak semestinya datang dari penerima janji
• dalam kontrak, sesiapa sahaja boleh memberi balasan walaupun bukan pihak yang

terlibat dengan kontrak tersebut
5.Balasan lampau adalah sah di sisi undang-undang
• balasan lampau merupakan janji yang dibuat untuk membalas sesuatu perbuatan yang

telah pun dibuat terlebih dahulu

PERJANJIAN TANPA BALASAN ADALAH BATAL KECUALI

1. Perjanjian yang dibuat secara bertulis berasaskan kasih sayang antara pihak yang
mempunyai pertalian darah atau hubungan persaudaraan

2. Dengan perintah mahkamah untuk memberi pampasan secara paksaan
3. Perjanjian yang dibuat dengan tujuan untuk membayar hutang lapuk

4. NIAT

MAKSUD NIAT

• perjanjian antara pihak-pihak yang terlibat menjadi satu kontrak yang sah apabila dapat
membuktikan bahawa wujudnya niat untuk mengadakan hubungan yang mengikat di sis
undang-undang antara pihak-pihak yang terlibat

• Kesediaan setiap pihak untuk menerima kesan daripada segi undang-undang sekiranya
mana-mana pihak tidak dapat melaksanakan kontrak itu

• Seksyen 2 (a) dan 2 (d), Akta Kontrak 1950 yang menggunakan perkataan dengan maksud
dan "kehendak secara tersiratnya mengandungi elemen niat di dalamnya.

• Ali sememangnya berniat untuk menjual peti sejuknya kepada Abu

PERKARA YANG MENENTUKAN NIAT MENGIKAT DI SISI
UNDANG-UNDANG ATAU TIDAK

1.Sesuatu niat tidak mengikat di sisi undang-undang

• melibatkan pihak yang mempunyai tali kekeluargaan seperti perjanjian
keluarga,sosial,domestik dan sebagainya

2.Sesuatu niat terikat di sisi undang-undang

• perjanjian berbentuk komersil ataupun berbentuk perniagaan yang ada niat untuk terikat di
sisi undang-undang.

5.KETENTUAN

MAKSUD KETENTUAN

• merujuk kepada terma-terma kontrak yang sah mestilah mengandungi peruntukan yang jelas,nyata,terang
dan tentu kepada sesiapa ianya ditujukan.

• Perjanjian-perjanjian, yang mana maknanya tidak tertentu atau tidak boleh ditentukan,adalah batal
• contoh: A merupakan pemilik sah computer yang hendak dijual kepada B,maka A juga perlu menyatakan

jenis komputer yang hendak dijual kepada B bagi mengelak ketidaktentuan kontrak yang boleh
menyebabkan perjanjian batal

KEADAAN YANG BOLEH MENYEBABKAN KETIDAKTENTUAN DAN MEMBATALKAN
KONTRAK

1.Penggunaan bahasa yang kabur,kurang jelas dan samar-samar
2.Pihak-pihak yang berkontrak gagal untuk mencapai kata persetujuan terhadap perkara pokok @ syarat
utama perjanjian

6. KEUPAYAAN

MAKSUD KEUPAYAAN

• kelayakan seseorang untuk memasuki kontrak iaitu seseorang yang kontrak mestilah bersetuju
untuk menerima kewajipan dan berfikiran waras serta dapat memahami terma kontrak dan
kesan kontrak.

• contoh:Seksyen 11,Akta kontrak 1950: kelayakan atau elemen keupayaan untuk berkontrak iaitu
dewasa,berakal sempurna dan tidak hilang kelayakan berkontrak

ELEMEN KEUPAYAAN

1.Dewasa

• usia dewasa seseorang di Malaysia ialah 18 tahun dan tidak termasuk perkara berkaitan dengan
perkahwinan,perceraian,pengambilan anak angkat

• Akta:Akta Umur Dewasa 1971
• Contoh:Abu dan Ahmad yang bersetuju membuat perjanjian atau kontrak merupakan orang dewasa yang berumur

melebihi 18 tahun untuk menjalinkan kontrak.

• KES RUJUKAN : Leha bt.Jusoh lwn. Awang Johari (1978) 1 MLJ 202

2.Berakal Sempurna

• Seseorang yang berkontrak hendaklah berfikiran waras memahami terma atau syarat kontrak yang hendak
dimeterainya

• Akta/Seksyen: Seksyen 12 (3)(b), Akta Kontrak 1950:
"Seseorang yang siuman, yang meracau kerana demam, atau yang begitu mabuk hingga ia tidak dapat memahami syarat-

syarat suatu kontrak atau tidak dapat membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan kepentingannya, tidak
boleh membuat kontrak selama tempoh racun atau kemabukan itu."

3.Tidak Hilang Kelayakan Berkontrak

• Seseorang itu mestilah tiada mana-mana undang-undang yang melarangnya atau tiada tertakluk mana-mana undang-
undang ke atasnya untuk berkontrak

• Contoh: Seorang yang hilang akal atau gila tidak layak untuk meterai kontrak

PENGECUALIAN SESEORANG BAWAH 18 TAHUN UNTUK MEMASUKI KONTRAK:
1.Kontrak Keperluan Hidup

2.Kontrak Biasiswa

3.Kontrak Insurans

4. Kontrak Perkahwinan

1.Kontrak Keperluan Hidup 3.Kontrak Insurans

• individu yang terlibat dalam membekalkan • Kanak-kanak yang berumur antara 10 tahun hingga
barangan keperluan kepada kanak-kanak dan 16 tahun berhak atau boleh memasuki kontrak
berhak untuk mendapat bayaran daripada harta insurans dengan syarat, perlu mendapat kebenaran
kanak-kanak tersebut bertulis daripada ibu bapa atau penjaganya

2.Kontrak Biasiswa 4. Kontrak Perkahwinan

• Kanak-kanak berhak untuk menandatangani • Boleh membuat kontrak untuk berkahwin,dan
perjanjian biasiswa walaupun belum mencapai kontrak itu sah serta boleh dikuatkuasakan di
umur 18 tahun dan perjanjian tersebut adalah sah mahkamah
serta boleh diikat di sisi undang-undang

TERMA KONTRAK

• Terma kontrak terdiri daripada syarat dan waranti
• Sama ada sesuatu terma itu adalah syarat atau waranti bergantung pada niat pihak-pihak yang berkontrak
• Syarat ialah tujuan utama kontrak
• Jika sesuatu kenyataan diniatkan sebagai perkara-perkara atau peraturan-peraturan penting kepada tujuan

utama kontrak, maka kenyataan tersebut dikenal sebagai syarat kontrak dan perlanggaran kepada syarat
kontrak boleh menyebabkan kontrak tersebut ditamatkan. Apabila berlaku perlanggaran kontrak, remedinya
ialah dengan membetulkan kontrak ataupun menuntut gantirugi ataupun kedua-duanya
• Apabila kenyataan diniatkan sebagai peraturan yang bersampingan kepada tujuan utama kontrak, maka
kenyataan tersebut dikenali sebagai waranti dan perlanggarannya membolehkan pihak yang teraniaya
menuntut ganti rugi sahaja tetapi tiada hak bagi menganggap kontrak sebagai ditamatkan
• Waranti boleh dimaksudkan sebagai kontrak berasingan yang boleh dikuatkuasakan, dikenali kontrak kolateral
• KES RUJUKAN: Tan Swee Hoe Co Ltd lwn Al Hussain Bros. (1980)

SYARAT-SYARAT KONTRAK 1.KONTRAK SAH

1.Kontrak Sah • Kontrak yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-
2.Kontrak Tidak Sah undang dan memenuhi elemen utama kontrak iaitu
3.Kontrak Batal tawaran atau cadangan, penerimaan, balasan, niat,
4.Kontrak Boleh Batal ketentuan dan juga keupayaan untuk berkontrak
5.Pelepasan Kontrak
6.Remedi (Pemulihan) • Seksyen 10 (1), Akta Kontrak 1950 : "Semua
perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan
bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak ,untuk
sesuatu balasan yang sah dan dengan sesuatu tujuan
yang sah; dan tidak ditetapkan dengan nyata di bawah
peruntukan akta ini sebagai batal."

2.KONTRAK TIDAK SAH

• Suatu perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang dan tidak
memberi apa-apa kesan dari segi undang-undang kerana tidak mematuhi elemen-
elemen asas kontrak

3.KONTRAK BATAL

• Satu perjanjian yang tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan mengikut undang-undang
kerana batal sejak peringkat awal perjanjian itu dibuat

• Seksyen 1 (g), Akta Kontrak 1950:” Satu perjanjian atau kontrak yang batal sejak dari
awal lagi dan tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang serta tidak boleh
diwujudkan”

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBATALKAN KONTRAK

a. Dilarang di bawah undang-undang
b. Bersifat mengecewakan mana-mana undang-undang
c. Merupakan fraud atau penipuan
d. Mendatangkan bencana terhadap diri dan harta orang lain
e. Tidak bermoral dan bertentangan dengan kepentingan awam
f. Perjanjian dibuat untuk menjejaskan kebebasan dan kestabilan sesebuah perkahwinan
g. Perjanjian menghalang seseorang daripada menjalankan profesion atau perniagaan lain yang

sah

a. Dilarang di bawah undang-undang

• Terdapat pelbagai jenis perjanjian, namun ada yang secara nyata menyalahi undang-undang seperti
perjanjian perjudian, perjanjian membunuh, perjanjian mencuri dan sebagainya

b. Bersifat mengecewakan mana-mana undang-undang

• Terdapat perjanjian yang menyalahi undang-undang secara tidak dinyatakan dan boleh dianggap
mengecewakan undang-undang seperti perjanjian yang mengelak daripada membayar cukai jalan
atau cukai perniagaan

c. Merupakan fraud atau penipuan
• Suatu perjanjian atau kontrak yang dimeterai berasaskan tujuan dan balasan yang bersifat untuk

tipu muslihat. Perjanjian seperti ini adalah menyalahi undang-undang dan tidak boleh
dikuatkuasakan seperti perjanjian yang buat untuk tujuan mengambil harta seseorang

d. Mendatangkan bencana terhadap diri dan harta orang lain

• Perjanjian yang boleh menyebabkan berlaku bencana terhadap nyawa dan harta diri sendiri atau orang lain benda orang
lain sekiranya diteruskan perjanjian ini. Contohnya perjanjian untuk mencederakan orang lain, perjanjian yang boleh
merugikan orang lain dan sebagainya

e. Tidak bermoral dan bertentangan dengan kepentingan awam

• Perjanjian yang mengalakkan aktiviti atau kelakuan yang tidak bermoral dan berlawanan dengan ketenteraman
kepentingan awam. Perjanjian ini adalah tidak sah dan batal seperti perjanjian pemerdagangan manusia, perjanjian
penculikan dan sebagainya

f. Perjanjian dibuat untuk menjejaskan kebebasan dan kestabilan sesebuah perkahwinan

• Perjanjian yang dibuat untuk tidak berkahwin atau tidak mengahwini sesiapa adalah batal

g. Perjanjian menghalang seseorang daripada menjalankan profesion atau perniagaan lain yang sah

• Perjanjian yang melarang atau menyekat seseorang daripada terus berniaga,berdagang atau menjalankan prosfesionnya
adalah batal. Contohnya perjanjian yang menghalang bekas pekerja membuka perniagaan yang sama dengan bekas
majikan

4. KONTRAK BOLEH BATAL
• Perjanjian yang sah pada peringkat awal dan boleh dikuatkuasakan tetapi dibatalkan oleh salah

satu pihak yang berkontrak

UNSUR YANG BOLEH MEMBATALKAN KONTRAK
a. Paksaan
b. Pengaruh tak berpatutan atau pengaruh tidak wajar
c. Fraud atau penipuan
d. Salah pernyataan
e. Khilaf

a. Paksaan

• Sebarang bentuk kekerasan atau ancaman kepada sesuatu pihak terlibat dalam kontrak seperti perjanjian yang dibuat
atas dasar ancaman atau ugutan

• Seksyen 15, Akta Kontrak 1950: "... melakukan atau mengancam untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dilarang
oleh Kanun Keseksaan, atau menahan secara tidak sah atau menahan apa-apa harta, dengan memudaratkan sesiapa
jua, dengan niat menyebabkan seseorang untuk membuat sesuatu perjanjian."

• Contoh: C hendak menjual tanahnya kepada D dengan harga RM300,000.C memaksa dan mengugut D untuk membeli
tanah tersebut. Jika D tidak membeli tanah tersebut, beliau akan dipukul. Oleh itu, D terpaksa membeli tanah tersebut.
Kontrak ini boleh batal kerana ada unsur paksaan

b. Pengaruh tak berpatutan atau pengaruh tidak wajar

• Situasi ini wujud apabila satu pihak berkeupayaan untuk menguasai kemahuan pihak lain yang terlibat dalam kontrak
dan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh kelebihan yang tidak adil ke atas pihak lain

• Contoh: Seorang pesakit telah didorong oleh seorang pegawai perubatan untuk membeli ubatan yang memerlukan kos
yang tinggi. Oleh itu, persetujuan ini adalah dikira sebagai dibawah pengaruh tidak wajar

c. Fraud atau penipuan

• Perjanjian atau kontrak yang dibuat untuk tujuan memperdayakan pihak lain untuk membuat kontrak dengannya
• Seksyen 17, Akta Kontrak 1950 : " apa-apa perbuatan yang dilakukan dengan niat untuk memperdaya atau mendorong

pihak-pihak lain atau ejen-ejen mereka untuk memasuki kontrak.”
• Contoh: ” S menjual basikalnya kepada L dan memaklumkan bahawa basikal itu tidak pernah terlibat dengan

kemalangan. Sebenarnya, basikal itu pernas terlibat dalam dua kemalangan yang besar. L mempercayai kenyataan dan
bersetuju hendak membeli basikal tersebut. L telah melakukan Fraud dan kontrak itu boleh batal atas pilihan L

SENARAI YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI FRAUD / FRAUD WUJUD DALAM KEADAAN

• Apabila satu pihak yang terlibat dengan kontrak menyembunyikan fakta benar
• Apabila satu pihak yang terlibat dengan kontrak menyatakan fakta yang salah itu sebagai fakta benar
• Membuat janji dengan tujuan untuk tidak menunaikannya
• Melakukan apa-apa perbuatan yang sesuai untuk tujuan memperdaya
• Apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang secara khusus dinyatakan oleh undang-undang sebagai menipu

d. Salah pernyataan

• Kenyataan yang tidak benar atau mengelirukan yang mendorong seseorang yang lain untuk memasuki kontrak dengan
tujuan untuk memperdaya kepada satu pihak yang lain

• Seksyen 18, Akta Kontrak 1950:
18(a), “Ketegasan positif... yang tidak benar tetapi dipercayai benar
18(b), “Mana-mana pelanggaran kewajipan yang tanpa niat menipu, memberi satu kelebihan kepada orang yang
melanggarnya....
18(c), “menyebabkan, walaupun dengan ikhlas, satu pihak berkontrak membuat kesilapan tentang keadaan benda yang
menjadi pokok perjanjian itu."

• Contoh: C dan D terlibat dengan perjanjian jual beli ladang getah yang pada hakikatnya C sendiri tidak pernah
memasuki dan menilai keupayaan ladangnya. C telah meyakinkan D bahawa ladangnya mencukupi untuk menampung
sejumlah 2000 batang pokok getah

e. Khilaf

• Kesilapan yang berlaku terhadap fakta-fakta penting yang dibuat oleh pihak-pihak yang terlibat dengan kontrak dan
perjanjian ini akan dibatalkan.

• Khilaf Mengenai Fakta
▪ kesilapan fakta penting dalam perjanjian kontrak yang berpunca daripada pihak-pihakyang terlibat memasuki kontrak.

Ini akan mengakibatkan kontrak batal
▪ Jika kesilapan fakta berpunca daripada satu pihak sahaja,maka kontrak ini tidak batal
▪ Contoh: H menetap di Kuala Lumpur bersetuju menjual kucingnya yang berada di Ipoh kepada J dengan harga

RM1000.Ketika perjanjian ini dibuat, kedua-duanya tidak mengetahui

• Khilaf Undang-undang
▪ Kesilapan undang-undang tdk blh dijadikan alasan untuk membatalkan kontrak jika terdapat mana-mana undang-

undang tersebut dikuatkuasakan di Persekutuan
▪ Jika mana-mana undang tersebut tidak dikuatkuasakan di Persekutuan maka mengakibatkan kontrak batal.

5. PELEPASAN KONTRAK

• suatu kontrak boleh dikatakan batal dan dilepaskan daripada tanggungan pihak-pihak yang terlibat dalam kontrak

CARA PELEPASAN KONTRAK
a. Dengan persetujuan semua yang terlibat
b. Dengan pelaksanaan syarat-syarat kontrak
c. Dengan kemungkiran kontrak

d. Dengan tiada kemungkinan/kekecewaan kontrak
e. Dengan penguatkuasaan undang-undang

a. Dengan persetujuan semua yang terlibat

• Semua pihak yang berkontrak bersetuju menamatkan atau melepaskan diri daripada sebarang tanggungan kontrak
yang telah diikat sebelum ini

• Contohnya, A dan B berkontrak untuk menjalankan perniagaan bersama untuk tempoh masa tertentu. A dan B
kemudiannya tidak berminat untuk meneruskan kontrak tersebut, maka kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak
meneruskan kontrak tersebut. Oleh itu, kontrak itu boleh dilepaskan

b. Dengan pelaksanaan syarat-syarat kontrak

• Apabila semua pihak yang berkontrak telah melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab dan hak masing-masing
mengikut peruntukan atau terma-terma dalam kontrak. Oleh itu, kontrak tersebut boleh dilepaskan.

• Contohnya, seorang kontraktor A telah menyiapkan kerja pembinaan bangunan pejabat milik B. Oleh itu, В perlu
membayar sepenuhnya bayaran kepada kontraktor A bagi melepaskan kontrak tersebut

c. Dengan kemungkiran kontrak

• Apabila salah satu pihak yang berkontrak enggan melaksanakan kontrak seperti yang dijanjikan. Oleh itu, pihak
yang lain dalam kontrak boleh menamatkan kontrak tersebut

• Dikira sebagai dengan kemungkiran ialah gagal memenuhi janji, melakukan tugasan berlainan dengan janji dan
menyatakan hasrat untuk tidak melaksanakan janji

• Contohnya, C memberitahu D bahawa beliau tidak berminat untuk membeli rumah kepunyaan D walaupun mereka
berdua telah meterai kontrak jual beli rumah tersebut

d. Dengan tiada kemungkinan/kekecewaan kontrak

• suatu kontrak terpaksa dilepaskan kerana pelaksanaan kontrak tersebut menjadi mustahil atau berlaku perubahan
keadaan yang memberi kesan kepada kontrak seperti bencana alam, kemusnahan barang,kematian,ketidaksahihan

• Contohnya, kontrak untuk pembinaan rumah pangsa itu perlu dilepaskan kerana berlaku tanah runtuh dan hakisan
tanah di kawasan pembinaan yang boleh membahayakan penduduk di situ

e. Dengan penguatkuasaan undang-undang

• Apabila tempoh pelaksanaan sesuatu kontrak tamat atau berakhir, maka kontrak tersebut boleh
dilepaskan

• Contohnya, G telah berkontrak dengan J yang akan menyewa bilik di rumah G bermula 1 Januari
2020 hingga 30 Jun 2020. Ini bermakna, selepas 30 Jun 2020, kontrak itu telah luput dan boleh
dilepaskan

6.REMEDI (PEMULIHAN)

• satu pihak yang berkontrak telah memungkiri janji dan menyebabkan kerugian yang dialami oleh
pihak lain yang berkontrak.Oleh itu,pihak yang mengalami kerugian boleh menuntut gantirugi atau
remedi

JENIS / BENTUK REMEDI / PEMULIHAN YANG BOLEH DITUNTUT
a. Ganti rugi
b. Penamatan kontrak
c. Injunksi
d. Quantum meruit
e. Pelaksanaan spesifik

a. Ganti rugi

• Pampasan yang boleh dituntut oleh pihak yang mengalami kerugian akibat kemungkiran kontrak oleh pihak lain yang
berkontrak

• Pengiraan pampasan mestilah berasaskan nilai pelaksanaannya -Sama ada ganti rugi khusus atau am dan hanya
boleh dituntut oleh pihak yang menanggung kerugian akibat kemungkiran kontrak

• Contohnya, B berkontrak untuk mengubahsuai ruang pejabat C dengan cara tertentu dan telah memdapat bayaran
terlebih dahulu. B telah mengubahsuai ruang pejabat tersebut, tetapi tidak mengikut kontrak. Jadi, C berhak
mendapat balik daripada B harga untuk pengubahsuaian selaras dengan kontrak itu.

b. Penamatan kontrak

• Pihak yang menanggung kerugian akibat kemungkiran kontrak oleh pihak lain dalam kontrak bolhh memilih sama
ada untuk meneruskan atau menamatkan kontrak tersebut

• Contohnya, G menamatkan kontrak dengan kontraktor J kerana beliau tidak berpuas hati dengan kualiti kerja dan
prestasi kontraktor tersebut

c. Injunksi

• Satu pihak yang berkontrak memohon satu remedi dibawah undang-undang untuk mengekalkan
"status quo" sesuatu perkara ketika kes sedang ditangguh

• Remedi ini berbentuk arahan mahkamah supaya defenden membetulkan tingkahlakunya

• Dua jenis Injunksi:
▪ Injunksi positif iaitu perintah yang menghendaki seseorang melakukan sesuatu
▪ Injunksi negatif iaitu perintah melarang sesuatu pihak untuk melakukan sesuatu

• Contohnya, mahkamah memerintahkan A supaya menyerahkan pasport peribadinya kepada
mahkamah sementara menunggu proses pembicaraan kes rasuahnya selesai

d. Quantum meruit

• Ganti rugi yang berbentuk bayaran yang boleh dituntut oleh pihak yang teraniaya dalam kontrak terhadap apa yang
dilakukan semasa kontrak dimeterai

• Tuntutan pampasan tersebut mestilah dalam jumlah yang munasabah bagi bayaran atau perkhidmatan yang telah
dilakukan. Namun nilainya tidak ditentukan

• Contohnya, pemilik pejabat diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar RM 60,000 kepada bekas kontraktornya
atas kerja-kerja yang telah dilaksanakan sebelum perkhidmatannya ditamatkan.

e. Pelaksanaan spesifik

• Suatu perintah mahkamah yang memerintahkan satu pihak yang berkontrak supaya melaksanakan obligasinya
(kewajipannya) dan akujanji untuk akur dengan syarat-syarat yang terdapat di dalam kontrak

• Contohnya, mahkamah memerintahkan syarikat C untuk menanam semula anak-anak benih pokok getah yang telah
mati disebabkan oleh kecuaian syarikat C di sebidang tanah milik syarikat D

7.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

AKTA JUALAN BARANGAN 1957
• akta yang terpakai untuk menguatkuasakan kontrak jualan barang-barang

MAKSUD KONTRAK JUALAN
• suatu kontrak yang mana penjual bersetuju memindahkan hak milikan barang-barangnya

itu kepada pembeli dengan suatu harga

PERKARA/ELEMEN YANG HARUS WUJUD DALAM KONTRAK JUALAN

1.Wujud dua pihak iaitu penjual dan pembeli
2.Wujud pemindahan hakmilik dari penjual kepada pembeli
3.Wujud barang sebagai subjek utama kontrak
4.Wujud balasan dalam bentuk wang (nilai wang atau harga)

JENIS BARANG DI BAWAH AKTA JUALAN BARANGAN

1.Barang sedia ada
2.Barang masa hadapan

1.Barang sedia ada

• Seksyen 6(1), Akta Jualan Barangan 1957
• Barang yang telah dimiliki atau disimpan oleh penjual
• Contohnya, barang yang dijual di kedai runcit
• Terbahagi kepada Barang Tertentu dan Barang yang belum ditentukan
• Barang Tertentu – barang yang telah dikenalpasti semasa kontrak jualan dilaksanakan contohnya telefon pintar
• Barang yang belum ditentukan - barang yang belum dikenal pasti ketika kontrak dibuat dan hanya diketahui melalui

deskripsi sahaja. Contohnya, Seha pergi ke kedai runcit dan menyatakan beliau ingin membeli 3 kg beras cap Kerusi.
Beras itu diketahui dengan deskripsi sahaja. Apabila pemilik kedai runcit menimbang dan menyerahkan kampit beras
tersebut kepada Seha, maka beras itu menjadi barang tertentu.

2.Barang masa hadapan

• Seksyen 6(1), Akta Jualan Barangan 1957
• Barang yang akan dihasilkan oleh penjual selepas meterai kontrak jualan
• Contohnya, pembelian rumah yang sedang dalam proses pembinaan

[KES RUJUKAN: LOW KAR YIT & ORS. LWN. MOHD ISA & LAIN-
LAIN (1963) MLJ 165]

JENIS SYARAT KONTRAK

1.SYARAT TERSURAT

• syarat yang dinyatakan dan ditulis secara jelas dalam kontrak dan mendapat persetujuan antara pihak-pihak yang
berkontrak

2.SYARAT TERSIRAT

• syarat yang tidak dinyatakan dengan jelas dan nyata di dalam kontrak, tetapi wujud dan diandaikan semua pihak
yang berkontrak mengetahui dan memahaminya

Jenis Syarat Tersirat

i.Hakmilik ii.Jualan melalui perihalan iii.Mengenai kualiti dan kelayakan

iv.Jualan melalui contoh atau sampel v.Masa pembayaran


Click to View FlipBook Version