The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdamirnudinismail, 2021-07-25 04:59:08

BAB 7. Perundangan

BAB 7. Perundangan

i.Hakmilik

▪ Seksyen 14 (a), Akta Jualan Barangan 1957
▪ Penjual mesti mempunyai hak milik yang sah terhadap barangan yang hendak dijual kepada pembeli
▪ Contohnya: A merupakan pemilik sah sebuah kereta. Beliau hendak menjual kereta tersebut kepada C. Oleh itu, kontrak
ini adalah sah

ii.Jualan melalui perihalan

▪ Seksyen 15, Akta Jualan Barangan 1957
▪ Barang yang hendak dijual berdasarkan deskripsi melalui risalah, katalog, iklan dan sebagainya, mestilah sepadan atau

secocok seperti yang dinyatakan dengan deskripsinya
▪ Contohnya: D ingin membeli sebuah motosikal daripada seorang jurujual motosikal tersebut. Setelah menerima motosikal

tersebut D memeriksanya dan D mendapati motosikal tersebut menepati atau sama seperti deskripsi yang diberitahu oleh
jurujual itu

iii.Mengenai kualiti dan kelayakan

▪ Seksyen 16 (1), Akta Jualan Barangan 1957
▪ Penjual mesti mematuhi kualiti dan kelayakan barang-barang yang ingin dibeli oleh pembeli berdasarkan kepada

keperluan dan kehendak yang sesuai dengan maksud yang disampaikan oleh pembeli

iv.Jualan melalui contoh atau sampel

▪ Seksyen 17 (2), Akta Jualan Barangan 1957
▪ Barangan yang dijual oleh penjual mestilah secocok dengan sampel dan mutu sampel barang. Pembeli harus diberi

peluang untuk membandingkan keseluruhan barang dan membuat pemeriksaan yang munasabah ke atas barang
tersebut

v.Masa pembayaran

▪ Seksyen 11
▪ Keadaan ini bermaksud kedua-dua pihak bebas menetukan masa,samada masa itu penting atau sebaliknya.
▪ contohnya: sekiranya pembeli gagal membayar dalam tempoh masa tertentu tidaklah menyebabkan sesuatu kontrak

itu batal kecuali dinyatakan dalam kontrak

PERBEZAAN ANTARA SYARAT TERSURAT DAN TERSIRAT

ASPEK SYARAT TERSURAT SYARAT TERSIRAT
MAKSUD
Syarat atau perkara utama Syarat atau perkara utama
CONTOH
yang yang tidak dinyatakan

dinyatakan secara jelas dan dengan jelas dalam kontrak

terang dalam kontrak tetapi diandaikan wujud dan

diketahui oleh pihak-pihak

berkontrak semasa

berkontrak

Kontrak pembelian motosikal Kontrak jualan motosikal

yang mengandungi mempunyai syarat tersirat

perjanjian tentang harga, mengenai hak milik, kualiti

jenis motosikal, kaedah dan kelayakan

pembayaran dan sebagainya

ELEMEN-ELEMEN KONTRAK JUALAN

1.Waranti 7. Wujud barang sebagai subjek utama
2.Keterangan yang dikontrakkan
3.Bebas dari kesulitan
4.Boleh guna 8. Terdapat balasan wang daripada satu
pihak yang lain
5.Mutu
9. Wujud perpindahan hak milik daripada
6. Wujud dua pihak iaitu penjual dan penjual kepada pembeli
pembeli
10. Syarat

1. Waranti

• Suatu jaminan oleh pihak penjual terhadap barangan yang dijual kepada pengguna
• Jika berlaku pelanggaran waranti, pihak yang tidak bersalah hanya diberi hak untuk menuntut ganti rugi sahaja dan

tidak boleh menamatkan kontrak

Jenis Waranti

i. Waranti Nyata

▪ Syarat sampingan ke atas maksud utama kontrak yang dinyatakan secara jelas dalam kontrak

ii. Waranti Tersirat

▪ Syarat sampingan ke atas maksud utama kontrak yang tidak dinyatakan secara jelas tetapi wujud dalam kontrak dan
diandaikan telah diketahui oleh pihak yang berkontrak

Jenis Waranti Tersirat

i. Pemilikan Aman

▪ Seksyen 14(b), Akta Jualan Barang-barang 1957:
▪ "Pembeli sepatutnya berhak memiliki barang yang dibelinya dan dapat menikmatinya secara aman tanpa sebarang

gangguan daripada pihak lain."
▪ Sekiranya berlaku pelanggaran, pembeli hanya boleh menuntut ganti rugi tanpa boleh menamatkan kontrak

ii. Barang bebas daripada cagaran atau bebanan

▪ Seksyen 14(c), Akta Jualan Barang-barang 1957:
▪ Barang-barang hendaklah bebas daripada apa-apa caj atau bebanan yang memihak kepada mana-mana pihak

ketiga yang tidak diisytiharkan atau diketahui pembelinya sebelum atau pada masa kontrak itu dibuat."
▪ Barang-barang untuk dijual mestilah bebas daripada cagaran, caj atau bebanan bagi mana-mana pihak ketiga yang

tidak diberitahu kepada pembeli sebelum atau semasa kontrak dibuat

2.Keterangan

• Pihak penjual perlu memastikan maklumat tentang barang-barang jualannya mencukupi bagi mengelakkan daripada
kekeliruan pihak pembeli

• Contohnya, G mempunyai hak untuk mendapatkan keterangan daripada syarikat H tentang periuk nasi elektrik seperti
kaedah penggunaan, harga, fungsi dan sebagainya

3.Bebas dari kesulitan

• Barangan yang dibeli oleh pembeli dapat digunakan dengan mudah, tidak rosak pada penggunaan kali pertama, tidak
membahayakan pengguna dan sebagainya

• Barangan yang dibeli juga mestilah bebas daripada gangguan pihak ketiga dan bebas daripada bebanan atau gadaian
• Contohnya, Penapis air yang dibeli oleh K boleh berfungsi dengan baik, mudah digunakan dan sebagainya

4.Boleh guna

• Barangan yang dijual mestilah boleh digunakan pada masa pembelian dan memenuhi maksud yang dikehendaki oleh
pembeli -Barangan tersebut juga bebas daripada sebarang kecacatan yang boleh menyebabkan barang itu tidak dapat
digunakan

• Contohnya, Penapis air yang dibeli oleh K boleh berfungsi dengan baik dan betul seperti mengeluarkan air sejuk, panas
dan suhu bilik.

5.Mutu

• Kualiti barang mestilah bersesuaian dengan tujuan penggunaan dan selamat digunakan
• Barangan tersebut juga mestilah mempunyai kualiti boleh dagang
• Contohnya,B memeriksa penapis air yang hendak dibeli supaya bersesuaian dengan tujuan penggunaan, selamat

digunakan dan mempunyai kualiti boleh dagang. Ini memberi keyakinan kepada B untuk membeli penapis air tersebut.

6. Wujud dua pihak iaitu penjual dan pembeli

• Penjual ialah pihak yang memiliki barangan dan berhasrat menjual sementara pembeli ialah pihak yang bersetuju
untuk membeli barangan. Contohnya, Pn N memiliki sebuah kereta dan ingin menjual keretanya kepada Pn M yang
telah bersetuju untuk membelinya dengan harga RM60 000

7. Wujud barang sebagai subjek utama yang dikontrakkan

• Barangan atau perkhidmatan wujud dan jelas untuk diniagakan.
• Contohnya, barangan ialah sebuah kereta.

8. Terdapat balasan wang daripada satu pihak yang lain

• Pihak penjual memperolehi sejumlah wang daripada pembeli dengan harga ataupun nilai barangan atau perkhidmatan
yang dijual.

• Contohnya, Pn N menerima bayaran sebanyak RM60 000 daripada Pn M

9. Wujud perpindahan hak milik daripada penjual kepada pembeli

• Barangan yang diniagakan akan dimiliki oleh pembeli setelah persetujuan syarat jual beli dipenuhi.
• Contohnya, kereta diserahkan hak milik kepada Pn M oleh Pn N setelah syarat jual beli dipenuhi,

perlanggaran syarat dalam kontrak jualan barang-barang, menimbulkan hak kepada pihak yang
tidak bersalah untuk menolak kontrak tersebut dan menuntut ganti rugi.

10. Syarat

• Satu kenyataan yang jelas tentang apa yag perlu dilakukan dan bagaimana ia dilakukan dalam
suatu kontrak di mana perlanggaran syarat dalam kontarak jualan barang-barang,menimbulkan hak
kepada pihak yang tidak bersalah untuk menolak kontrak tersebut dan menuntut ganti rugi


Click to View FlipBook Version