PENGAJIAN PERNIAGAAN
SEMESTER 1
by: Abiaali
BAB 2
PENGELUARAN
2.1 SKOP DAN PROSES PENGELUARAN
2.2 PERANCANGAN PENGELUARAN
2.3 KAWALAN KUALITI
2.4 KAWALAN INVENTORI
2.5 ISU-ISU PENGURUSAN PENGELUARAN MODEN
SUKATAN PELAJARAN
2.1 SKOP DAN PROSES PENGELUARAN
2.1.1 Peranan (a) mentakrifkan pengeluaran/operasi (termasuk servis) dan peranannya;
2.1.2 Evolusi
(b) menjelaskan evolusi pengeluaran bermula dengan revolusi industri,
pendekatan saintifik, hubungan manusia, penyelidikan operasi, kualiti,
globalisasi, dan revolusi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT);
2.1.3 Cabaran (c) menghuraikan cabaran yang dihadapi oleh pengurus pengeluaran;
2.1.4 Perkaitan dengan (d) menjelaskan hubungan jabatan pengeluaran dengan jabatan
jabatan lain pemasaran, kewangan, dan sumber manusia;
2.1.5 Proses pengeluaran (e) menjelaskan proses pengeluaran merangkumi input, proses transformasi, dan
output;
2.2 PERANCANGAN PENGELUARAN
2.2.1 Reka bentuk pengeluaran (a) menjelaskan reka bentuk pengeluaran merangkumi
2.2.2 Jenis-jenis pengeluaran simplification, standardization dan modular;
(b) menjelaskan jenis pengeluaran mengikut tempahan,
secara massa, dan secara berkelompok;
2.2.3 Susun atur proses pengeluaran (c) menjelaskan objektif susun atur dan jenis-jenis susun
2.2.4 Lokasi kilang atur secara tetap, proses, produk, dan selular;
(d) menjelaskan objektif pemilihan lokasi kilang dan faktor-
faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi.
2.3 KAWALAN KUALITI
2.3.1 Konsep dan proses kawalan kualiti (a) menjelaskan maksud kawalan kualiti, kepentingannya,
2.3.2 Kaedah pemeriksaan dan proses (rancang, buat, semak, dan tindakan –
PDCA);
(b) menghuraikan kaedah pemeriksaan termasuklah
pemeriksaan menyeluruh dan pelan pensampelan;
2.3.3 Alat kawalan kualiti (c) menghuraikan alat kawalan kualiti iaitu kawalan proses
2.3.4 Pendekatan kawalan kualiti secara statistik (statistical process control), analisis
nilai tambah, carta kawalan, kajian kualiti/kos, pasukan
penambahbaikan kualiti, dan penanda aras
(benchmarking);
(d) membincangkan pendekatan kawalan kualiti iaitu
kawalan input, kawalan proses, dan kawalan output.
2.4.1 Jenis-jenis inventori 2.4 KAWALAN INVENTORI
2.4.2 Alat / Kaedah kawalan (a) menjelaskan maksud kawalan inventori, sistem, dan
nventori kepentingannya;
(b) menjelaskan jenis-jenis inventori iaitu bahan mentah, kerja
dalam proses, dan produk siap;
(c) mengenalpasti alat-alat kawalan inventori;
(d) mengaplikasikan kaedah kuantiti pesanan ekonomi
[Economic order quantity (EOQ)], dan titik pesanan semula
[Reorder point (ROP)];
(e) menghuraikan konsep/kaedah tepat pada masa [Just-in-Time
(JIT)].
2.5 ISU-ISU PENGURUSAN PENGELUARAN MODEN
2.5.1 Standard pengeluaran (a) menjelaskan maksud standard pengeluaran dan
International Organisation for Standardisation (ISO);
(b) menjelaskan jenis-jenis standard ISO, tujuan, dan
kriterianya;
2.5.2 Pengurusan kualiti (c) menjelaskan maksud pengurusan kualiti menyeluruh
menyeluruh (TQM) dan prinsip-prinsipnya;
2.5.3 Konsep-konsep (d) menghuraikan konsep-konsep dalam sistem pengeluaran.
sistem pengeluaran i. Merekayasa (reengineering)
ii. Reka bentuk berbantu komputer [Computer-aided design (CAD)]
dan Pembuatan berbantu komputer [Computer-aided
manufacturing (CAM)]
iii. Pembuatan berbantu komputer bersepadu [Computer integrated
manufacturing (CIM)]
iv. Sistem pembuatan luwes
2.1 SKOP DAN PROSES PENGELUARAN
TAKRIF PENGELUARAN • Penghasilan barang @ perkhidmatan melalui proses transformasi yang
menukarkan input kepada output dengan menambahkan nilainya.
TAKRIF PENGURUSAN • proses pengurusan yang melaksanakan aktiviti
PENGELUARAN perancangan,penyusunan,penstafan,pengarahan dan pengawalan segala
aktiviti penghasilan produk dan perkhidmatan melalui proses transformasi
input kepada output yang lebih bernilai.
PERANAN • mengawal kualiti penghasilan produk dan perkhidmatan
PENGELUARAN • mengawal selia kelancaran proses pengeluaran mengikut jadual yang
ditetapkan
• merancang penggunaan sumber untuk pengeluaran dengan berkesan bagi
meminimumkan kos
• memastikan keperluan dan kehendak pengguna dipenuhi
• merancang kaedah pengeluaran
EVOLUSI PENGELUARAN
1.REVOLUSI INDUSTRI 5.KUALITI
2.PENGURUSAN SAINTIFIK 6.GLOBALISASI
3.HUBUNGAN MANUSIA 7.REVOLUSI TEKNOLOGI MAKLUMAT
4.PENYELIDIKAN OPERASI DAN KOMUNIKASI (ICT)
1.REVOLUSI INDUSTRI • Revolusi perindustrian di England padav1760-an
• James Watt-mencetuskan idea baharu dalam pengeluaran melalui
2.PENGURUSAN SAINTIFIK
penciptaan enjin stim
Sumbangan Frederick W.
Taylor dalam pengurusan • diperkenalkan pada tahun 1911 oleh Frederick W. Taylor yang menetapkan
pengeluaran : satu piawaian untuk pekerja bagi melakukan setiap kerja.
• Pemilihan pekerja dibuat berdasarkan kemahiran.
• Pekerja mestilah terlatih bagi tugas yang khusus.
• Memperkenalkan falsafah pengurusan saintifik.
• Kajian mengenai pekerjaan digunakan melalui pemerhatian ke atas setiap
kerja.
• Mengetengahkan konsep kecekapan dalam pengeluaran.
• Menekankan kaitan antara output dan ganjaran.
• Pengkhususan kerja bagi meningkatkan kecekapan.
3.HUBUNGAN MANUSIA
• Pendekatan hubungan manusia menekankan kepentingan elemen kemanusiaan dalam reka bentuk kerja.
• Menurut Kajian Hawthorne, eksperimen yang dijalankan oleh Elton Mayo mendedahkan bahawa selain daripada
aspek fizikal dan teknikal kerja, motivasi pekerja adalah penting untuk meningkatkan produktiviti.
• Pihak pengurusan perlu memberi perhatian kepada keperluan dan kepuasan pekerja serta membentuk kerja
berpasukan.
• Pelopor-pelopor lain yang terlibat lalah Abraham Maslow, Frederick Herzberg dan Douglas McGregor
4.PENYELIDIKAN OPERASI
• Melibatkan teknik kuantitatif dalam menyelesaikan masalah pengurusan pengeluaran yang berorientasikan kepada
masalah.
• Perkembangan penyelidikan operasi seperti berikut :
▪ Pengenalan pengaturcaraan linear oleh George B. Dantzig (1947)
▪ Penggunaan alat-alat penyelidikan operasi seperti simulasi, teori giliran, teori keputusan,CPM/PERT dan
pengurusan inventori.
▪ Penekanan kepada strategi perkilangan oleh Wickham Skinner (1970-an)
5.KUALITI
• Pengurusan pengeluaran sebelum tahun 1935 berfokus kepada peningkatan produktiviti pengeluaran, tetapi mulai tahun
1935, penekanan telah diberi terhadap kualiti dalam proses pengeluaran
• Melalui penyelidikan kualiti, organisasi dapat menghasilkan produk yang memenuhi spesifikasi dan mengurangkan
kecacatan
• Kualiti telah diperkenalkan pada tahun 1980-an oleh pengilang Jepun di mana tumpuan pengurusan telah beralih
kepada kualiti, fleksibiliti dan kepentingan pelanggan. Kualiti dalam produktiviti diberi penekanan terutamanya aplikasi
robotik serta CAD (Reka Bentuk Berbantu Komputer) dan CAM (Pembuatan Berbantu Komputer) dalam pengeluaran
• Orang-orang Jepun mengubah falsafah pengeluaran orang Amerika dengan mengutamakan kualiti dan bukan kuantiti.
Mereka menggantikan pengeluaran besar-besaran dengan pengeluaran kecil-kecilan yang mengutamakan fleksibiliti
dan kepentingan pelanggan
• Teknik-teknik pengeluaran moden seperti JIT (Kaedah Tepat Masa), Sistem Pembuatan Luwes (fleksibel), Pengeluaran
Condong (Lean Production), TQM (Pengurusan Kualiti Menyeluruh) dan Kaizen (Penambahbaikan Berterusan) menjadi
semakin penting di Jepun dan juga mengubah proses pengeluaran di Amerika. Teknik-teknik moden ini telah
merevolusikan proses pengeluaran
• Pelopor pelopor yang terlibat, Taiichi Ohno (JIT), W. Edwards Deming. Joseph Juran (TQM),Wickham Skinner, Robert H.
Hayes (strategi operasi), Michael Hammer, James Champy (Reengineering)
6.GLOBALISASI
• Globalisasi bermaksud proses aliran yang semakin bebas merangkumi idea, mobiliti pekerja (pergerakan,
perpindahan atau pertukaran tempat kerja), barangan, perkhidmatan dan modal yang membawa kepada integrasi
(penggabungan atau penyatuan) ekonomi dan masyarakat.
• Globalisasi membolehkan organisasi mengakses (mencapai atau memperoleh) pasaran yang lebih luas dan
pengguna pula dapat menikmati kepelbagaian barangan dan perkhidmatan
7.REVOLUSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)
• Dalam era globalisasi, penggunaan komputer semakin penting kerana penggunaan komputer dapat meningkatkan
produktiviti, kualiti dan mengurangkan kos.
• Teknologi komputer yang baharu juga mempengaruhi reka bentuk produk, membolehkan pengeluaran dalam pelbagai
bentuk dan saiz yang berlainan serta memberikan pengguna pilhan yang banyak
• Penggunaan teknologi kini juga mempercepatkan proses pengeluaran terutamanya dengan penggunaan robotik dan
jentera
• Segala proses dalam pengeluaran yang bermula dengan pesanan pelanggan sehingga peringkat kawalan inventori
dan kualiti menjadi lebih produktif dengan penggunaan robot dan komputer
CABARAN PENGURUSAN PENGELUARAN
• PENINGKATAN TEKNOLOGI
• PENEKANAN KEPADA KUALITI
• ISU PENJAGAAN ALAM SEKITAR
• SUMBER SEMAKIN BERKURANGAN
• FLEKSIBILITI DALAM SISTEM PENGELUARAN
• PERSAINGAN YANG SEMAKIN SENGIT
• PERUBAHAN CITARASA PENGGUNA YANG PELBAGAI
• PERKHIDMATAN TAMBAHAN
PENINGKATAN TEKNOLOGI
▪ Wujudnya kaedah atau teknologi baharu yang membolehkan proses pengeluaran dibuat dengan lebih cepat
▪ Maka pengurus pengeluaran perlu peka terhadap perubahan tersebut dengan menggantikan kaedah atau teknologi
lama kepada kaedah atau teknologi baharu
▪ Contohnya, pengurus pengeluaran menggantikan teknologi lama kepada teknologi baharu, atau menukar mesin lama
kepada mesin baharu yang berteknologi terkini
PENEKANAN KEPADA KUALITI
▪ fokus kepada kualiti memerlukan kos tambahan dlm pengeluaran kerana penghasilan produk berkualiti boleh
meningkatkan kos pengeluaran
▪ contohnya:pengurus pengeluaran terpaksa membeli mesin baharu untuk meningkatkan kualiti produk yg dikeluarkan
ISU PENJAGAAN ALAM SEKITAR
▪ pengurus pengeluaran perlu peka dengan kesan pengeluaran ke atas alam sekitar di samping memenuhi objektif
perniagaan untuk mendapatkan keuntungan
▪ contohnya: pengurus tidak membuang sisa pengeluaran sewenang-wenangnya. Sisa dilupus ditempat sepatutnya
SUMBER SEMAKIN BERKURANGAN
▪ pengurus perlu memastikan pekerja dan sumber bahan mentah sentiasa mencukupi untuk mengelakkan proses
pengeluaran tergendala.Sumber kewangan juga perlu diuruskan dengan baik agar mencukupi
▪ contohnya : bekalan komponen kereta tidak mencukupi atau terjejas disebabkn syarikat gagal membayar kos bekalan
sebelumnya kepada pembekal
FLEKSIBILITI DALAM SISTEM PENGELUARAN
▪ corak permintaan dalam pasaran mempengaruhi kefleksibelan dalam sistem pengeluaran
▪ pengurus perlu perlu menyesuaikan kaedah yang digunakan dalam pengeluaran dengan membuat perubahan
terhadap produk seperti rekabentuk,campuran produk dan teknologi yang digunakan.
PERSAINGAN YANG SEMAKIN SENGIT
▪ Hal ini disebabkan oleh globalisasi. Maka pengurus perlu memastikan produk yang dikeluarkan mampu bersaing dari
segi kualiti, harga dan reka bentuk.
• PERUBAHAN CITARASA PENGGUNA YANG PELBAGAI
▪ Keupayaan memenuhi cita rasa pengguna yang pelbagai menunjukkan kejayaan sesuatu produk.
▪ Pengurus harus menawarkan pelbagai produk bagi memenuhi cita rasa pelanggan yang berbeza. Perubahan ke
atas produk perlu dilakukan dari semasa ke semasa.
• PERKHIDMATAN TAMBAHAN
▪ Pengurus perlu memastikan organisasi menawarkan perkhidmatan seperti pembungkusan dan penghantaran
dengan cepat dan selamat tanpa melibatkan kos tambahan yang akan menambahkan lagi nilai sesuatu produk
berbanding produk pesaing.
PERKAITAN JABATAN PENGELUARAN DENGAN JABATAN LAIN
1. HUBUNGAN JABATAN PENGELUARAN
DENGAN JABATAN PEMASARAN
2. HUBUNGAN JABATAN PENGELUARAN
DENGAN JABATAN KEWANGAN
3. HUBUNGAN JABATAN PENGELUARAN
DENGAN JABATAN SUMBER MANUSIA
1. HUBUNGAN JABATAN PENGELUARAN DENGAN JABATAN PEMASARAN
▪ Jabatan Pemasaran mendapatkan tempahan produk daripada pelanggan berdasarkan kapasiti pengeluaran dan
memaklumkan tempahan kepada Jabatan Pengeluaran.
▪ Jabatan Pemasaran memberi maklum balas tentang kehendak pengguna dan menyalurkan maklumat kepada
Jabatan Pengeluaran untuk membina produk atau membuat penambahbaikan produk atau perkhidmatan sedia ada
mengikut spesifikasi yang dikenal pasti.
▪ Jabatan Pemasaran menjalankan promosi dan memasarkan produk yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengeluaran
▪ Jabatan Pemasaran membuat perancangan jumlah produk yang perlu dihasilkan untuk dipasarkan
▪ Jabatan Pengeluaran mengeluarkan produk berdasarkan tempahan dan spesifikasi daripada Jabatan Pemasaran
▪ Jabatan pengeluaran menghasilkan jumlah produk berdasarkan jumlah perancangan jualan daripada jabatan
pemasaran
2. HUBUNGAN JABATAN PENGELUARAN DENGAN JABATAN KEWANGAN
▪ Jabatan kewangan menyediakan peruntukan dan sumber kewangan berdasarkan keperluan yang dimaklumkan oleh
jabatan pengeluaran
▪ Jabatan kewangan menerima cadangan daripada jabatan pengeluaran untuk sebarang penambahan pelaburan
dalam bentuk aset seperti pembelian mesin, pembesaran kilang dan lain-lain.
▪ Jabatan kewangan menyediakan laporan kewangan berkaitan kos overhed dan kos pengeluaran langsung untuk
tindakan selanjutnya kepada jabatan pengeluaran.
▪ Jabatan pengeluaran memberi maklumat berkaitan keperluan kewangan untuk sebarang aktiviti operasi pengeluaran
kepada jabatan kewangan.
▪ Jabatan pengeluaran membuat cadangan kepada Jabatan kewangan untuk mendapatkan sumber kewangan bagi
membuat penambahan pelaburan untuk menambah kecekapan pengeluaran.
▪ Jabatan pengeluaran membuat bajet dan menyerahkan kepada jabatan kewangan untuk diluluskan
3. HUBUNGAN JABATAN PENGELUARAN DENGAN JABATAN SUMBER MANUSIA
▪ Jabatan sumber manusia memberi maklumat kebersediaan sumber manusia organisasi kepada jabatan
pengeluaran untuk merancang sebarang program dalam jabatan.
▪ Jabatan sumber manusia merekrut, membuat pemilihan, mengadakan program orientasi, melaksanakan program
latihan yang berkaitan dengan jabatan pengeluaran.
▪ Jabatan sumber manusia melatih tenaga kerja mengikut keperluan dan perubahan dalam teknologi.
▪ Jabatan pengeluaran membuat unjuran keperluan sumber manusia kepada jabatan sumber manusia.
▪ Jabatan pengeluaran memaklumkan kepada jabatan sumber manusia apabila berlaku pemecatan pekerja atau
pengurangan dalam bilangan sumber manusia pengeluaran
PROSES PENGELUARAN 1. INPUT
1. INPUT ▪ Merupakan faktor-faktor pengeluaran yang digunakan
2. PROSES TRANSFORMASI untuk menghasilkan sesuatu keluaran dalam organisasi.
3. OUTPUT ▪ Terdiri daripada modal insan atau sumber manusia, bahan
mentah, mesin, peralatan, modal,teknologi dan maklumat.
▪ Kaedah kawalan awalan atau kawalan input dijalankan
sebelum aktiviti pengeluaran dimulakan untuk memastikan
pematuhan terhadap kriteria pengeluaran yang ditetapkan.
2. PROSES TRANSFORMASI
▪ Proses yang melibatkan penukaran input kepada output.
▪ Proses ini merupakan aktiviti tambah nilai yang mana semua faktor pengeluaran dilakukan untuk menghasilkan
barang siap. Nilai input akan bertambah kesan daripada aktiviti ini.
▪ Kawalan semasa atau kawalan proses dijalankan pada tahap penukaran input kepada output bagi menyisih
barangan rosak daripada proses pengeluaran
3. OUTPUT
▪ Merupakan hasil akhir yang didapati daripada proses pengeluaran iaitu sama ada produk siap ataupun produk
separa siap.
▪ Produk yang dikeluarkan akan dipasarkan dan perlulah memenuhi cita rasa serta keperluan pengguna akhir atau
pengguna industri.
▪ Kaedah kawalan selepas atau kawalan output dijalankan selepas aktiviti pengeluaran selesai supaya tindakan
pembetulan terhadap produk atau proses dapat dilakukan pada masa akan datang.
SISTEM PENGELUARAN
• Proses yang melibatkan pertukaran input kepada output (barang dan perkhidmatan).
• Sistem ini merangkumi:
1. INPUT
2. PROSES PENGELUARAN
ATAU TRANSFORMASI
3. OUTPUT
1. INPUT
• Sumber yang diperlukan untuk digunakan dalam kerja pengeluaran seperti aset, kewangan, bahan mentah,
manusia, teknologi dan maklumat.
• Aset seperti bangunan kilang, mesin, peralatan dan lain-lain.
• Sumber kewangan seperti wang yang dilaburkan oleh pemilik, penjualan saham atau wang pinjaman
• Bahan mentah seperti kayu balak (untuk dibuat papan lapis), papan lapis (untuk membuat perabot), kapas dan
sebagainya. Melibatkan bahan belum diproses atau telah diproses untuk kegunaan pengeluaran produk pengguna
atau industri.
• Sumber manusia atau tenaga kerja yang terlibat dalam menjalankan operasi atau individu yang menyumbangkan
tenaga dalam bentuk fizikal atau mental seperti pekerja mahir, separuh mahir dan tidak mahir, penyelia serta
pengurus.
• Teknologi adalah mesin atau kaedah yang digunakan untuk menghasilkan produk
• Maklumat adalah berhubung dengan sebarang maklumat yang boleh meningkatkan kecekapan aktiviti
pengeluaran dan kelebihan saingan kepada syarikat.
2. PROSES PENGELUARAN ATAU TRANSFORMASI
• Merujuk kepada cara organisasi menggembleng atau menggabungkan input dengan tambahan nilai untuk
menghasilkan output atau proses menukarkan input kepada output.
• Melibatkan penggunaan teknologi dan manusia
3. OUTPUT
• merupakan barangan atau perkhidmatan yang terhasil daripada aktiviti proses pengeluaran untuk dijual kepada
pelanggan
SUBSISTEM PENGELUARAN
• bahagian yang lebih kecil dalam sistem pengeluaran yang terlibat secara
langsung dalam membentuk sistem pengeluaran seperti kawalan
inventori,logistik,kualiti
2.2 PERANCANGAN PENGELUARAN
REKABENTUK PENGELUARAN
1.SIMPLIFICATION 1.SIMPLIFICATION
2.STANDARDIZATION
3.MODULAR • Reka bentuk pengeluaran yang mengurangkan kuantiti bahagian / komponen ,
atau proses pemasangan dalam pengeluaran produk
• Ia juga merujuk kepada proses menjadikan sesuatu proses pengeluaran lebih
mudah dan banyak peringkat atau langkah kepada beberapa langkah yang
digabungkan
• Tujuan reka bentuk simplification ini ialah untuk menjimatkan tempoh masa
dan kos pengeluaran di mana semua sumber akan digunakan secara optimum
• Contoh : Pengeluar kereta tidak perlu menghasilkan tali pinggang keledar
sendiri , sebaliknya menggunakan tali pinggang keledar yang telah siap untuk
dipasang kepada kereta
2.STANDARDIZATION
• Reka bentuk pengeluaran yang menggunakan bahagian yang seragam / biasanya boleh ditukar ganti dengan mudah
• Reka bentuk pengeluaran standardization merujuk kepada proses penyelidikan satu piawaian atau satu standard
pengeluaran yang perlu diikuti sepanjang proses pengeluaran
• Contohnya : Standard teknikal dan prosedur / standard spesifikasi produk / standard kaedah ujian /d kualiti produk /
standard tempoh masa pengeluaran
3.MODULAR
• Reka bentuk pengeluaran yang menggabungkan blok pembinaan yang standard atau modul , untuk mencipta produk
siap yang unik
• Teknik yang membahagikan sistem pengeluaran kepada beberapa bahagian yang lebih kecil dan tersendiri , dan
kemudiannya digunakan dalam sistem-sistem yang berlainan
• Tujuan reka bentuk ini adalah untuk memastikan proses pengeluaran mudah dipantau dan sebarang kesilapan lebih
mudah dikenal pasti
• Contohnya : Honda menggunakan kerangka hadapan dan radiator yang sama untuk beberapa siri model kereta
Accord , Civic dan CRV
JENIS-JENIS PENGELUARAN
1.PENGELUARAN MENGIKUT TEMPAHAN
2.PENGELUARAN SECARA MASSA
3.PENGELUARAN SECARA BERKELOMPOK
1.PENGELUARAN MENGIKUT TEMPAHAN
• Melibatkan penghasilan produk yang unik mengikut tempahan pelanggan dalam kuantiti yang kecil. Oleh yang demikian,
produk mengambil masa yang lebih lama untuk disiapkan.
• Pengeluaran dan penghasilan produk ini juga mengikut spesifikasi dan ciri-ciri yang dipersetujui oleh pelanggan.
• Pengeluarannya memerlukan modal yang besar kerana melibatkan penggunaan tenaga pakar dalam sesuatu bidang dan
teknologi yang canggih. Contohnya, pembinaan kapal, pelabuhan, lapangan terbang, rumah, tempahan pakaian, pakej
pelancongan dan perkhidmatan katering.
CIRI-CIRI JENIS • Produk dihasilkan selepas mendapat tempahan atau permintaan daripada pelanggan.
PENGELUARAN INI : • Produk yang dihasilkan adalah unik atau khusus dan dibuat mengikut spesifikasi pelanggan.
• Darjah piawaian yang rendah.
• Volum pengeluaran produk rendah.
• Mengambil tempoh masa yang lama untuk disiapkan.
• Produk dihasilkan dalam kuantiti yang kecil dan bernilai tinggi.
• Inventori kosong
• Modal dan pelaburan yang besar diperlukan
• Kemahiran yang tinggi diperlukan untuk menghasilkan produk
• Penggunaan teknologi yang canggih dan terkini
2.PENGELUARAN SECARA MASSA
• Bermaksud pengeluaran secara berterusan, berulangan dan besar-besaran dengan volum pengeluaran yang besar
• Pengeluaran ini menghasilkan kuantiti produk yang standard secara besar-besaran dan mempunyai permintaan yang
stabil mengikut kehendak pasaran.
• Contohnya pengeluaran barangan elektronik, makanan dan produk pengguna seperti minyak masak gula dan sabun
• Kos per unit pengeluaran adalah rendah kerana pengeluaran secara besar-besaran. Namun demikian, los model dan
peralatan adalah tinggi serta tidak fleksibel
CIRI-CIRI JENIS ▪ Produk yang dikeluarkan adalah seragam.
PENGELUARAN INI ▪ Pengeluaran adalah dalam satu barisan yang panjang.
▪ Pengeluaran secara berterusan dan kadangkala melibatkan operasi 24 jam.
▪ Proses pengeluaran melibatkan penggunaan mesin dan jentera yang dikawal oleh
komputer
▪ Melibatkan barangan keperluan harian
3.PENGELUARAN SECARA BERKELOMPOK
• Pengeluaran ini adalah dalam bentuk kelompok tertentu iaitu satu kelompok produk akan dihasilkan terlebih dahulu
dan diikuti dengan kelompok produk yang lain.
• Contohnya, dalam pengeluaran makanan seperti roti dan kek percetakan buku dan pemasangan barangan
elektronik
• Kuantiti output yang dihasilkan adalah sederhana dan mengikut kehendak dan spesifikasi yang ditentukan oleh
pelanggan atau pengguna
• Sumber atau input pengeluaran akan dikongsi guna bersama.
CIRI-CIRI JENIS ▪ Pengeluaran barangan yang mempunyai fungsi yang sama atau seragam
PENGELUARAN INI ▪ Segala peralatan disusun untuk mengeluarkan produk atau barangan yang berbeza.
▪ Pengeluaran dibuat mengikut satu kelompok dan diikuti dengan kelompok yang lain
▪ Produk dikeluarkan dalam kuantiti yang sederhana.
▪ Standard dan spesifikasi ditentukan berdasarkan cita rasa pelanggan.
▪ Semua tenaga kerja akan disusun bagi mengeluarkan produk yang berbeza mengikut
kelompok
OBJEKTIF SUSUN ATUR PENGELUARAN
1.meminimumkan kos pengendalian bahan dan sewaan ruang
2.meningkatkan kecekapan p’gunaan ruang dan sumber tenaga
3.mengelakkan pembaziran tenaga kerja
4.mengelakkan masalah kesendatan ketika proses pengeluaran
5.meminimumkan inventori kerja dalam proses
JENIS-JENIS SUSUN ATUR PENGELUARAN
1.SUSUN ATUR SECARA TETAP
2.SUSUN ATUR PROSES
3.SUSUN ATUR PRODUK
4.SUSUN ATUR SELULAR
1.SUSUN ATUR SECARA TETAP
• Kedudukan produk ditetapkan
• Input (buruh, bahan mentah, mesin , peralatan) dibawa ke lokasi produk
• Dihasilkan mengikut spesifikasi pelanggan
• Proses pengeluaran kekal di satu lokasi sehingga produk siap
• Sesuai untuk produk bersaiz besar, berat dan mudah pecah
• Contoh : Pembinaan jambatan / lapangan terbang / empangan / kondominium
2.SUSUN ATUR PROSES
• Mesin dan peralatan , tenaga kerja dan bahan mentah sama fungsi dikumpulmengikut fungsi kerja
• Sesuai bagi produk tidak seragam dan berbeza mengikut kuantiti keluaran
• Pengeluaran dalam kumpulan/kelompok kecil
• Pelanggan berbeza mengikut keperluan perkhidmatan yang diingini
• Perkongsian sumber secara bersama oleh pekerja yang berbeza
• Contoh : Sekolah/perkhidmatan hospital/pasar raya/perkhidmatan bank/ bengkel membaiki kereta
3.SUSUN ATUR PRODUK
• Semua input (tenaga kerja, mesin, bahan mentah, peralatan) disusun khusus mengikut urutan penghasilan
sesuatu produk
• Penghasilan produk seragam dan dalam kuantiti banyak
• Melibatkan penyusunan stesen-stesen kerja dalam satu barisan pemasangan
• Contoh : Kilang pemsangan kereta / barangan elektronik / pengeluaran kasut / pemasangan komputer
4.SUSUN ATUR SELULAR
• Membantu membina pelbagai produk dengan menggunakan bahan dan alatan yang sedikit
• Tindakan menyusun peralatan dan kerja yang serupa ke dalam satu kumpulan yang sama
• Melibatkan kombinasi susun atur produk dan susun atur proses
• Melibatkan produk yang memerlukan banyak gabungan komponen
• Mesin dikumpulkan ke dalam unit kecil
• Menjimatkan masa
• Menjimatkan ruang kerja
• Contoh : Pembuatan cip computer / pengeluaran telefon bimbit / klinik pergigian/ bilik bedah dll
FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN LOKASI KILANG
1.BEKALAN TENAGA BURUH YANG TERSEDIA 5.PERATURAN DAN KAWALAN UNDANG-UNDANG
2.KOS PENGANGKUTAN 6.FAKTOR PERSEKITARAN
3.BAHAN MENTAH 7.JARAK LOKASI KILANG DENGAN PASARAN SASARAN
4.KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR 8.INSENTIF PELABURAN
1.BEKALAN TENAGA BURUH YANG TERSEDIA
• penawaran tenaga buruh yang mahir dan berkuliti adalah penting. Jika firma adalah berintensifkan buruh,firma akan
beroperasi di kawasan yang kadar upahnya adalah rendah
2.KOS PENGANGKUTAN
• Pemilihan lokasi yang strategik adalah penting kerana dapat mengurangkan kos logistik.
• Contohnya, industri yang menjalankan kegiatan eksport adalah sesuai ditempatkan berdekatan dengan pelabuhan.
3.BAHAN MENTAH
• Bahan mentah yang murah dan berkualiti adalah penting. Kebanyakan industri yang menggunakan bahan mentah
berat sesuai ditempatkan berhampiran dengan pembekal agar
• kos dapat dikurangkan
4.KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR
• Kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan Infrastruktur haruslah disediakan di lokasi yang dipilih bagi
memastikan pengeluaran berjalan dengan lancar
5.PERATURAN DAN KAWALAN UNDANG-UNDANG
• Pengenaan cukai yang tidak membebankan, perlindungan hak milik dan perlindungan tarif akan menjadi tumpuan
organisasi yang ingin mengembangkan operasi pengeluaran produk masing-masing.
6.FAKTOR PERSEKITARAN
• Firma perlu mengambil kira keadaan persekitaran iaitu memastikan tidak berlaku pencemaran dan mengutamakan
keselamatan. Contohnya, industri petrokimia mestilah ditempatkan jauh dari kawasan perumahan
7.JARAK LOKASI KILANG DENGAN PASARAN SASARAN
• Lokasi yang dipilih haruslah berdekatan dengan kebanyakan pelanggan utama.
• Hal ini dapat memastikan produk yang dihasilkan dapat disalurkan kepada pengguna dengan cepat untuk
memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
8.INSENTIF PELABURAN
• Sesetengah kawasan yang didirikan oleh pihak kerajaan khas untuk mengembangkan sektor perindustrian.
• Hal ini membolehkan sesebuah kilang yang didirikan di kawasan tersebut dapat menikmati pelbagai insentif
seperti taraf perintis, elaun cukal pelaburan, kemudahan kredit dan lain-lain.
• Dengan ini dapat mengurangkan kos operasi kilang
2.3 KAWALAN KUALITI
MAKSUD KAWALAN KUALITI
proses pemeriksaan terhadap penghasilan produk @ perkhidmatan bagi memastikan produk@perhidmatan menepati
standard kualiti yang ditetapkan.
KEPENTINGAN KAWALAN KUALITI
• mengurangkan kos pengeluaran akibat kerosakan produk semasa proses pengeluaran
• memastikan pelanggan mendapat kepuasan dengan kualiti yang dihasilkan
• meningkatkan imej syarikat
• produk mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan selamat
• produk boleh bersaing di pasaran
PROSES KAWALAN KUALITI 1.RANCANG
(PDCA)
• Aktiviti mengkaji proses pengeluaran, mengenal pasti masalah, menentukan
1.RANCANG matlamat dan membangunkan perancangan untuk penambahbaikan kepada
kualiti prosedur.
2.BUAT
2.BUAT
3.SEMAK
• Melaksanakan proses kawalan kualiti mengikut kaedah yang dirancang dan
4.TINDAKAN mengukur pencapaian
3.SEMAK
• Membuat pemantauan ke atas setiap proses kawalan yang dilaksanakan.
• Mengenal pasti segala kecacatan atau pelanggaran piawaian yang telah
ditetapkan untuk tindakan seterusnya.
4.TINDAKAN
• Mengambil tindakan susulan bagi memastikan kaedah baharu dilaksanakan
dengan berkesan dan memberi hasil yang memuaskan.
• Pihak pengurusan akan mengambil segala tindakan pembetulan dan
membuat penambahbaikan yang berterusan ke atas semua kecacatan dan
kesilapan yang dilaporkan
KAEDAH PEMERIKSAAN
1.PEMERIKSAAN MENYELURUH
2.PELAN PERSAMPELAN
1.PEMERIKSAAN MENYELURUH
• satu kaedah pengawalan kualiti terhdap semua produk yang dikeluarkan melalui proses pemeriksaan
KELEBIHAN PEMERIKSAAN MENYELURUH: KELEMAHAN PEMERIKSAAN MENYELURUH:
▪ setiap produk akan diperiksa untuk memastikan ▪ kos pemeriksaan yang sangat tinggi
hanya yang sempurna dihantar kepada pelanggan ▪ masa yang lama untuk pemeriksaan
▪ melibatkan pekerja yang ramai untuk pemeriksaan
▪ dapat mengurangkan kadar produk yang ▪ tidak sesuai untuk pengeluaran yang bersaiz besar atau
dipulangkan dan ini menaikkan reputasi organisasi
pengeluaran secara massa
2.PELAN PERSAMPELAN
• pemeriksaan ke atas beberapa sampel kecil yang diambil secara rawak dalam satu kumpulan produk
KELEBIHAN PELAN PERSAMPELAN: KELEMAHAN PELAN PERSAMPELAN:
▪ Menjimatkan masa dalam pemeriksaan ▪ Wujud risiko produk yang tidak diperiksa mengalami
▪ Menjimatkan kos pemeriksaan yang dilakukan oleh kecacatan.
pekerja ▪ Reputasi organisasi terjejas jika produk yang dibeli
▪ Dapat mengurangkan kos pemeriksaan pengguna mengalami kecacatan
▪ Sesuai untuk pengeluaran produk yang berskala besar
▪ Mengurangkan kadar kerosakan pada produk kerana ▪ Wujud kebarangkalian pengguna memperoleh produk
yang cacat.
kurang disentuh
▪ Sesuai membuat pemeriksaan ke atas pengeluaran ▪ Sukar memilih sampel yang tepat dalam melakukan
pemeriksaan ke atas produk
produk yang berbahaya seperti bahan letupan
▪ Kemungkinan kadar produk yang dipulangkan kerana
kecacatan adalah tinggi.
ALAT KAWALAN KUALITI
1.KAWALAN PROSES SECARA STATISTIK
2.ANALISIS NILAI TAMBAH
3.CARTA KAWALAN
4.KAJIAN KUALITI/KOS
5.PASUKAN PENAMBAHBAIKAN KUALITI
6.PENANDA ARAS
1.KAWALAN PROSES SECARA STATISTIK
• Sampel produk diambil secara berkala semasa proses kerja pengeluaran dan diperiksa sama ada sampel tersebut
berada dalam had kawalan statistik atau sebaliknya.
• Alat kawalan ini menggunakan skala had atas dan had bawah bagi tahap kualiti yang perlu dipatuhi bagi suatu produk
yang telah dikeluarkan.
• Sekiranya ukuran purata sampel produk berada alam had kawalan, pengeluaran produk akan diteruskan. Manakala jika
sebaliknya, tindakan pembetulan perlu dilaksanakan secara segera terhadap bahagian yang didapati tidak menepati
standard kualiti yang telah ditetapkan
2.ANALISIS NILAI TAMBAH
• Merujuk kepada satu proses mengeluarkan ciri-ciri dalam suatu produk bagi menghasilkan produk mengikut spesifikasi
yang dipersetujui oleh pelanggan tanpa menjejaskan kualiti produk tersebut
• Dalam analisis ini juga, suatu produk akan diberi ciri-ciri tambahan untuk kepuasan pelanggan tanpa melibatkan
penambahan kos pengeluaran yang tinggi.
3.CARTA KAWALAN
• Mengambil sampel produk daripada proses pengeluaran yang sedang dijalankan, memantau sejauh mana produk memenuhi
spesifikasi bagi kualiti dan hasil pemantauan direkodkan dalam bentuk carta
• Ini adalah kaedah kawalan bentuk grafik yang menunjukkan had kawalan atas dan had kawalan bawah.
• Penghasilan grafik akan digunakan untuk menentukan tahap kualiti produk yang telah diperiksa.
4.KAJIAN KUALITI/KOS
• Merupakan kaedah untuk meningkatkan kualiti produk dengan membuat penilaian tentang kualiti yang berkaitan dengan kos
semasa bagi sebuah firma dan cuba mengenal pasti bahagian- bahagian yang berupaya mengurangkan kos dengan banyak
• Kos kualiti adalah kos yang berkaitan dengan pencegahan, mengesan dan memperbaiki kerja yang defektif. Kos ini adalah besar,
biasanya 20% - 40% daripada jualan. Kebanyakan kos ini boleh dikurangkan atau dielakkan sepenuhnya. Salah satu tugas utama
jurutera kualiti ialah mengurangkan jumlah kos kualiti yang berkaitan dengan sesuatu produk
• 4 kategori kos :
Kos Pencegahan – kos dibayar untuk mecegah ketidakpatuhan kepada keperluan pengguna(kos latihan,kos aktiviti dll)
Kos Penilaian – kos yang terlibat dalam proses menentukan sesuatu bahan,produk,proses dan bahagian(kos kutipan data,kos
menilai produk,kos perkakasan)
Kos kegagalan luaran – berlaku apabila pelanggan menerima produk yang berkualiti rendah terutama perkhidmatan selepas
jualan(kos tuntutan jaminan,kos gentian produk dll)
Kos kegagalan dalaman – berlaku apabia produk yang berkualiti rendah ditemui sebelum produk tersebut dihantar kepada
pelanggan (kos kerja semula,kos skrap dll)
5.PASUKAN PENAMBAHBAIKAN KUALITI
• Melibatkan sekumpulan pekerja dari jabatan atau proses kerja yang berlainan bertemu secara kerap untuk mengenal
pasti masalah, menganalisis, menyelesaikan masalah dan mengimplementasikan perubahan yang berkaitan dengan
masalah kualiti produk.
• Tujuan pasukan penambahbaikan adalah untuk memperbaiki proses kerja dan produk
• Pasukan penambahbaikan akan mengorganisasikan kerja mereka, memilih ketua dan mengatasi masalah-masalah di
tempat kerja.
6.PENANDA ARAS ( BENCHMARKING)
• Kaedah sesebuah organisasi mendapatkan kaedah terbaik untuk aktiviti kawalan kualiti dan penigkatan prestasi
organisasi
• Organisasi yang mempunyai amalan dan kaedah pengurusan kawalan terbaik kan dijadikan contoh rujukan untuk
menanda aras prestasi organisasi tersebut
• Dimensi yang biasa diukur adalah kualiti ,masa dan kos
• Tujuan adalah untuk :
i. Memperbaiki operasi perniagaan dan meningkatkan produktiviti
ii. Mencapai kecekapan dan keberkesanan dalam operasi seperti organisasi yang baik
iii. Menambahkan kepuasan pengguna keatas penggunaan keluaran atau perkhidmatan organisasi
PENDEKATAN KAWALAN KUALITI
1.KAWALAN INPUT 2.KAWALAN PROSES 3.KAWALAN OUTPUT
1.KAWALAN INPUT
• Merupakan kawalan ke atas input seperti bahan mentah, tenaga kerja, mesin dan kaedah yang dilakukan
sebelum aktiviti pengeluaran bermula bagi memastikan semua input adalah yang terbaik dan tanpa
sebarang masalah
• Kawalan ini melibatkan proses mendapatkan input atau kualiti input yang dikehendaki.
• Tujuannya adalah untuk mengelakkan pemesongan dan memastikan pengeluaran mengikut spesifikasi.
• Selain itu, kawalan ini mungkin juga melibatkan dasar, prosedur atau peraturan.
2.KAWALAN PROSES
• Kawalan ini dilakukan pada peringkat input ditransformasikan kepada output dan bertujuan menyisih
barangan cacat daripada proses.
• Melibatkan tindakan pemulihan, pembetulan dan pengubahsuaian selepas kerosakan atau penyimpangan
berlaku
3.KAWALAN OUTPUT
• Kawalan yang dibuat selepas proses pengeluaran tamat .
• Aktiviti tersebut melibatkan perbandingan dengan standard output yang ditetapkan.
• Kawalan ini bertujuan untuk membuat penambahbaikan terhadap proses dan membolehkan tindakan
pembetulan diambil.
• Tindakan pembetulan yang boleh diambil dalam kawalan output adalah menarik balik produk, memberikan
pampasan atau melakukan pembaikan.
• Proses memantau kualiti produk dibuat melalui pemeriksaan yang dijalankan sama ada melakukan
pemeriksaan menyeluruh atau menggunakan pelan pensampelan sebelum produk yang dikeluarkan dapat
dipasarkan.
• Contohnya, apabila produk telah siap, pihak kawalan kualiti akan memeriksa produk berkenaan sama ada
mengikut piawai yang telah ditetapkan ataupun tidak.
• Maklum balas akan diberikan kepada pihak berkenaan berhubung dengan pencapaian prestasi kerja mereka
dalam pengeluaran produk tersebut.
2.4 KAWALAN INVENTORI
MAKSUD KAWALAN INVENTORI
langkah untuk memastikan segala inventori atau stok bahan mentah dan barangan siap sentiasa dapat disediakan serta
dapat digunakan dengan sempurna untuk memenuhi permintaan atau keperluan suatu tempoh.
SISTEM KAWALAN INVENTORI
1.SISTEM KAWALAN INVENTORI SELANJAR (KUANTITI PESANAN TETAP)
• Aras inventori sentiasa diawasi dan pesanan akan dibuat apabila aras inventori mencapai suatu tahap yang dipanggil
titik pesanan semula
• Kuantiti pesanan dan titik pesanan semula adalah tetap
2.SISTEM KAWALAN INVENTORI BERKALA (MASA TETAP)
• Aras inventori disemak pada selang masa yang tertentu seperti pada permulaan setiap hari ,setiap minggu atau setiap
bulan
• Kuantiti pesanan berubah-ubah bergantung pada baki atau aras inventori ketika stok diperiksa
KEPENTINGAN KAWALAN INVENTORI
1. Memastikan kawalan inventori berada pada tahap optimum
2. Memastikan aktiviti pengeluaran dapat dijalankan secara berterusan
3. Mengelakkan kerosakan dan pembaziran
4. Meminimumkan kos penyimpanan inventori
5. Memenuhi keperluan pasaran secara berterusan
6. Menstabilkan harga barang di pasaran
JENIS-JENIS INVENTORI
1.BAHAN MENTAH
2.KERJA DALAM PROSES
3.PRODUK SIAP