The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdamirnudinismail, 2021-07-31 03:08:46

BAB 2:PENGELUARAN SEMESTER 1

BAB 2. Pengeluaran

1.BAHAN MENTAH

• Sumber alam semulajadi,bahan-bahan semulajadi atau bahan langsung atau tidak lanngsung yang
digunakan dalam proses pengeluaran

2.KERJA DALAM PROSES

• Produk separa siap atau separuh siap yang masih dalam proses pengeluaran Iaitu melalui proses
transformasi atau tambah nilai dan masih belum menjadi barang siap. Produk ini disimpan untuk proses
seterusnya dalam pengeluaran

3.PRODUK SIAP

• Output atau hasil yang telah sempurna sepenuhnya yang dikeluarkan setelah proses pengeluaran selesai
dan sedia untuk dijual atau dipasarkan serta boleh digunakan terus oleh pengguna akhir

ALAT / KAEDAH KAWALAN INVENTORI

1. ANALISIS ABC
2. MODEL EOQ (KUANTITI PESANAN EKONOMI) DAN ROP (TITIK PESANAN SEMULA)

3. SISTEM JIT (KAEDAH TEPAT PADA MASA)

1. ANALISIS ABC
• Kaedah kawalan inventori menggunakan pengelasan tahap penggunaan inventori mengikut nilai ringgit

penggunaan
• Semakin tinggi nilai ringgit penggunaan suatu inventori,semakin tinggi tahap kepentingannya

2. MODEL EOQ (KUANTITI PESANAN EKONOMI) DAN ROP (TITIK PESANAN SEMULA)

• Digunakan untuk menentukan kuantiti pesanan optimum bagi sesebuah organisasi dengan
meminimumkan kos pegangan dan kos pesanan inventori

• Tujuan EOQ :
i. Memastikan pengaliran kerja diselenggarakan dengan baik
ii. Mengawal kos inventori
iii. Menepati masa dan saiz tempahan

• Andaian Model EOQ :
i. Permintaan diketahui dan bersifat konsisten
ii. Masa menunggu untuk menerima pesanan (lead time), iaitu jarak masa diantara tarikh pesanan dan

penerimaan pesanan adalah malar
iii. Tiada kekurangan wujud dalam pasaran
iv. Tiada had keatas saiz lot item
v. Item diperoleh dalam saiz lot dan diterima sekaligus
vi. Terdapat dua jenis kos yang relevan iaitu kos pegangan dan kos pesanan

Contoh kos pegangan – sewa ruangan,insurans,bunga atas modal dan kos pengurusan
Contoh kos pesanan – kos pengangkutan,pemprosesan,perkeranian

FORMULA MODEL EOQ Petunjuk
D (demand) = permintaan
1. Kos Pegangan Tahunan O (order) = pesanan
= Purata Inventori Kitaran X Kos Pegangan h (handle) = pegangan (penyimpanan)
Seunit Q = EOQ
=Q x h
2 EOQ TERCAPAI APABILA
KOS PEGANGAN = KOS PESANAN
2. Kos Pesanan Tahunan
= Bilangan Pesanan Tahunan X Kos Pesanan
=DXO
Q

3. Kos Inventori Tahunan
= Kos Pegangan Tahunan + Kos Pesanan Tahunan
= hQ + OD
2Q

ROP (TITIK PESANAN SEMULA)

• Menetapkan satu tahap kuantiti pada satu tingkat minimum yang memerlukan pihak pengurusan memesan semula
inventori supaya inventori berada pada tahap mencukupi serta dapat meminimumkan kos inventori

ROP = Permintaan harian (d) X bilangan hari masa tunggu bagi satu pesanan baru (lead time)(L)
=dXL

CONTOH SOALAN

Andaikan tiada stok keselamatan,Syarikat Excellent mempunyai permintaan inventori Z sebanyak 8000 unit setahun.
Syarikat ini mengamalkan 200 hari bekerja setahun. Secara purata, penghantaran pesanan mengambil masa 3 hari
bekerja. Hitung titik pesana semula bagi syarikat tersebut

JAWAPAN: Apabila tingkat inventori jatuh ke 120 unit,pesanan baharu perlu dibuat.
Pesanan akan sampai 3 hari kemudian tatkala stok semakin habis
Permintaan harian (d) = 8000/200 = 40

Lead time (L) = 3 hari

ROP = d x L

= 40 x 3 = 120 unit

CONTOH SOALAN:

Jualan topi keledar di sebuah kedai 18 unit seminggu. Topi ini diperoleh daripada pembekal dengan harga RM30 seunit. Kos untuk satu
pesanan RM45. Kos pegangan tahunan sebanyak 25% daripada nilai topi keledar. Kedai beroperasi 52 Minggu dalam setahun dan 6 hari
dalam seminggu. Secara purata, pihak kedai menerima pesanan topi daripada pembekal dalam masa 3 hari.

(a) sekiranya pihak kedai memilih saiz lot yang besar iaitu 390 unit untuk mengurangkan bil pesanan,apakah kos inventori tahunannya?
(b) sekiranya pihak kedai menggunakan kuantiti EOQ,apakah kesannya terhadap kos inventori tahunan?
(c) bilakah pesanan topi keledar perlu dibuat semula oleh pihak kedai?

(a) Kos inventori tahunan: # Jum kos inventori tahunan pada
EOQ adalah jauh kurang daripada jum
D = 18 unit/minggu X 52 minggu/tahun kos inventori tahunan bagi saiz lot
= 936 unit/tahun pesanan 390 unit. apabila kuantiti
pesanan besar,maka kuantiti
h = 0.25(RM30/unit) pegangan akan bertambah.
= RM7.50

Q = saiz lot
= 390 unit

O = RM45
hQ + OD
2Q

= 390 X RM7.50 + 936 X RM45
2 390

= RM1570.50

(c) Oleh sebab permintaan topi keledar adalah sebanyak 18 unit dan kedai beroperasi 6 hari dalam seminggu,maka
purata permintaan harian topi keledar ialah 3 unit.Masa tunggu 3 hari maka pihak kedai perlu membuat pesanan semula
jika inventori topi keledar bersamaan (3 X 3) unit = 9 unit.

*Formula*
Q = saiz lot pesanan
h = kos pegangan seunit inventori dalam

setahun(kadangkala dinyatakan dalam
bentuk peratusan daripada nilai inventori
D = permintaan tahunan
O = kos pesanan bagi setiap pesanan

3. SISTEM JIT (KAEDAH TEPAT PADA MASA)

• Sistem ini memerlukan pembekal menghantar bekalan inventori kepada pelanggan tepat pada masanya dengan
saiz inventori seberapa minimum yang mungkin

• Digunakan untuk meminimumkan kos pegangan dengan hanya memesan inventori yang diperlukan sahaja

OBJEKTIF PELAKSANAAN SISTEM JIT

i. Mengurangkan kos simpanan
ii. Meminimumkan kos inventori agar dapat mengelakkan pembaziran
iii. Mengurangkan kekerapan penyediaan inventori
iv. Menambahbaik sistem pengeluaran secara berterusan dan menjadikannya lebih fleksibel atau anjal
v. Menjimatkan masa pengurusan inventori dan kekerapan penyediaan inventori

CIRI-CIRI SISTEM JIT

• Pengekalan kualiti yang tinggi secara konsisten dan menyeluruh untuk melicinkan pengeluaran
• Masa penyediaan yang pendek disebabkan kerja pemasangan boleh dilakukan dengan cepat
• Beban stesen kerja yang seragam
• Komponen kerja yang sama
• Mengutamakan hubungan baik dengan pembekal yang dikenali dan dipercayai

KEBAIKAN SISTEM JIT

• Mengurangkan kos penyimpanan inventori
• Mengelakkan pembaziran masa,tenaga dan kos
• Meningkatkan kecekapan pengeluaran
• Membolehkan keluaran dihasilkan tepat pada masanya

2.5 ISU-ISU PENGURUSAN PENGELUARAN MODEN

STANDARD PENGELUARAN

satu ukuran yang konsisten daripada peraturan,garis panduan dan tindakan dalam menghasilkan sesuatu produk
supaya kualiti produk boleh diterima secara bersama.

ISO (INTERNATIONAL ORGANISATION FOR STANDARDISATION)

standard dan piawai bertulis yang menetapkan dan menerangkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam suatu
sistem kualiti bagi sesebuah organisasi.

JENIS-JENIS STANDARD ISO

1.ISO 9000
2.ISO 9001
3.ISO 9002
4.ISO 9003
5.ISO 9004

ISO 9000

• Satu standard bertulis yang menetap dan mentakrifkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem pengurusan
kualiti sesebuah organisasi untuk memastikan produk dan perkhidmatan sentiasa memenuhi kehendak pelanggan.

• Penting kerana dapat menghasilkan keseragaman dan kesetaraan keluaran dan perkhidmatan yang lebih cekap,
berkesan, selamat, bersih dan berkualiti ISO adalah standard bagi sistem kualiti, ia bukan standard untuk produk atau
perkhidmatan yang dihasilkan

KRITERIA ATAU PRINSIP ISO 9000;

1) Mengkhusus kepada pengurusan kualiti yang diamalkan oleh organisasi.
2) Memerlukan organisasi mendokumenkan proses kerja kritikal, patuh kepada proses yang didokumenkan, dan pembuktian

kepada pematuhan.
3) Menekankan aspek pencegahan berlakunya sesuatu masalah dan ketidakpatuhan, iaitu mengelakkan sesuatu masalah

daripada berlaku melalui proses kerja yang betul.
4) Merupakan suatu standard bersifat umum yang boleh digunakan oleh semua organisasi.
5) Menetapkan suatu standard yang hendak dilaksanakan seperti sistem pengeluaran, sistem operasi atau kedua-duanya
6) Pematuhan kepada syarat-syarat minimum standard yang diperlukan dan diluluskan pensijilan oleh audit yang ditetapkan
7) Tumpuan kepada pelanggan

TUJUAN ATAU FAEDAH ISO 9000

1) Memastikan standard kualiti dan keperluan spesifik dalam kegunaan organisasi dalam membuat pengukuran dan
penilaian organisasi.

2) Menjadi satu garis panduan kepada pengeluaran dan perkhidmatan dalam membuat pendokumentasian sebarang aktiviti
dalam sesebuah organisasi.

3) Menjadi landasan bagi organisasi untuk mengekalkan pencapaian yang telah dibuat kerana aktiviti yang dijalankan
sepanjang masa melalui pemantauan berterusan.

4) Dapat melakukan proses penambahbaikan jika aktiviti yang dijalankan tidak mencapai piawaian yang telah ditetapkan.
5) Boleh mengenal pasti dan mengatasi masalah serta mengelakkannya daripada berulang
6) Menjadi bukti kepada pembuat penilaian ke atas kualiti perkhidmatan
7) Membolehkan pembuatan keputusan yang lebih baik dan tepat
8) Tugas yang dilaksanakan adalah right the first time and everytime", iaitu sentiasa betul dari awal sehingga bila-bila

IMPLIKASI ISO 9000 KEPADA ORGANISASI

1) Tidak diguna pakai untuk akreditasi (pengiktirafan) produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan
2) Kepatuhan adalah dibanding berdasarkan dokumen yang dibangunkan
3) Tidak menjurus kepada menyelesaikan masalah yang sedia wujud atau penambahbaikan berterusan
4) Dokumen organisasi terlibat adalah lebih spesifik.
5) Kualiti kerja lebih terjamin.

CARA-CARA UNTUK MENDAPATKAN ISO 9000 ;

1) Membina komitmen pengurusan atasan
2) Mengenal pasti proses utama yang terlibat dalam pelaksanaan ISO 9000
3) Memberikan latihan kemahiran kepada pasukan pelaksana
4) Melakukan analisis varians
5) Menyediakan dokumen
6) Melatih pegawal dan staf untuk melaksanakan prosedur yang telah didokumentasikan
7) Melaksanakan ISO 9000
8) Pengiktirafan dan pensijilan

ISO 9001

• Standard yang menentukan kualiti produk yang dihasilkan dan piawai yang merangkumi 20 aspek program kualiti
termasuk reka bentuk pengeluaran, reka bentuk perkhidmatan, tanggungjawab pengurusan, sistem dokumentasi
berkualiti, latihan dan pemuliharaan serta pertimbangan pembelian.

ISO 9002

Standard yang merangkumi aspek kualiti seperti dalam ISO 9001 tetapi lebih mengkhusus pada penghasilan reka
bentuk untuk pelanggan dan reka bentuk bagi tujuan pemasangan dan pengeluaran di lokasi lain.

ISO 9003

Standard yang menekankan aspek pencegahan daripada pemulihan dan skopnya adalah terhad kepada satu-satu
proses pengeluaran.

ISO 9004

Standard yang memberikan garis panduan mengenal tafsiran terhadap kepiawaian kualiti produk bagi menjayakan
sesuatu prosedur

PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH(TQM)

• proses pengurusan kualiti yang berasaskan pelanggan,penambahbaikan secara berterusan,penglibatan semua
orang dan semua proses dalam organisasi serta penyelesaian masalah secara berpasukan bertujuan membawa
perubahan kepada organisasi keseluruhan.

KONSEP PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN BERDASARKAN KAIZEN

• Penambahbaikan berterusan ialah peningkatan melalui perubahan secara berdikit-dikit dan berterusan yang
dilaksanakan di seluruh organisasi

• Kelebihan konsep tersebut kepada syarikat :
i. Dapat memberi manfaat kepada pelanggan dan organisasi sendiri
ii. Dapat menurunkan kos yang tinggi
iii. Dapat meminimumkan pembaziran
iv. Dapat meningkatkan keberkesanan operasi syarikat

OBJEKTIF TQM

• Memuaskan hati pelanggan dengan menghasilkan produk berkualiti tinggi
• Pengurusan memberi autoriti kepada pekerja untuk membuat keputusan
• Meningkatkan kualiti produk dengan harga yang kompetitif
• Memberikan kepuasan kepada pelanggan dengan memenuhi citarasa pelanggan

PRINSIP-PRINSIP TQM

1. Kualiti produk atau perkhidmatan berfokus kepada pelanggan agar dapat memenuhi keperluan pelanggan
2. Pihak pengurusan memberi autoriti kepada pekerja untuk membuat keputusan
3. Hubungan dalam organisasi atas dasar kerjasama dan kepercayaan
4. Pengurus memberi galakan kepada pekerja untuk sentiasa meningkatkan kualiti kerja
5. Pihak pengurusan perlu menjadi contoh amalan berkualiti kepada pekerja
6. Penambahbaikan yang berterusan menjadi teras aktiviti pengeluaran produk @ perkhidmatan melalui pemantauan.

KEBAIKAN TQM

• Peningkatan kualiti produk dan perkhidmatan serta produktiviti organisasi
• Peningkatan reputasi organisasi kerana mendapat keyakinan daripada pelanggan
• Pengurangan kos operasi dan peningkatan kecekapan pengurusan organisasi
• Peningkatan daya saing dan keupayaan menguasai pasaran dengan lebih efektif
• Komitmen dan kerjasama yang tinggi dalam kalangan kakitangan

KELEMAHAN TQM • Kos yang tinggi
• Memerlukan pekerja yang berkemahiran untuk melaksanakannya
• Mengambil masa yang lama untuk proses TQM

KONSEP-KONSEP SISTEM PENGELUARAN

1. MEREKAYASA
2. REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER(CAD) / PEMBUATAN BERBANTU KOMPUTER (CAM)

3. PEMBUATAN BERBANTU KOMPUTER BERSEPADU (CIM)
4. SISTEM PEMBUATAN LUWES

1. MEREKAYASA

• Proses merekabentuk semula secara menyeluruh proses-proses kerja yang kritikal dalam organisasi supaya proses
kerja akan menjadi lebih cekap dan boleh memberi kualiti yang lebih baik

OBJEKTIF

1) Mereka bentuk produk yang mampu bersaing dalam persekitaran yang sentiasa berubah-ubahdan dapat kekal dalam
pasaran.

2) Mengenal pasti proses yang dapat meningkatkan kecekapan proses pengeluaran dan perkhidmatan kepada
pelanggan.

3) Mengurangkan aktiviti atau proses kerja yang tidak mendatangkan hasil
4) Menghasilkan produk dan perkhidmatan yang lebih baik serta berkualiti kepada pelanggan
5) Meningkatkan daya saing dan prestasi pelanggan.

KEBAIKAN • Dapat memuaskan kehendak pelanggan iaitu pekerja memberi fokus kepada keperluan pelanggan
dalam membentuk proses asas kerja.

• Meningkatkan kecekapan dengan mereka bentuk semula proses asas kerja yang dapat
meningkatkan kualiti dan keuntungan serta mengurangkan kos.

• Dapat mengubah pemikiran pengurus di mana pengurus dapat membentuk semula proses
perniagaan

2. REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER(CAD) / PEMBUATAN BERBANTU KOMPUTER (CAM)

CAD- satu sistem perisian grafik komputer yang digunakan untuk mereka bentuk dan mengubah
suai sesuatu reka bentuk produk.
CAM - penggunaan komputer dan teknologi robotik dalam melaksanakan dan mengawal segala
operasi dan proses pengeluaran produk serta kualiti produk yang dikeluarkan.

OBJEKTIF CAD & CAM

1) Menjimatkan masa dan memastikan produk yang dihasilkan adalah tepat.
2) Memudahkan proses mereka bentuk penyemakan dan pengubahsuaian reka bentuk produk mengikut kehendak

pelanggan.
3) Memastikan produk yang dihasilkan mempunyai standard dan kualiti yang sama.
4) Memastikan proses pengeluaran berjalan mengikut masa yang dijadualkan.

KEBAIKAN CAD & CAM • CAD memendekkan masa untuk mereka bentuk produk yang baharu.
• CAD memudahkan penyemakan dan pengubahsuaian dilakukan kerana reka bentuk sesuatu

produk disimpan dalam satu pangkalan data untuk rujukan.
• CAD membaiki teknologi pengeluaran dan meningkatkan produktiviti.
• CAM dapat mengurangkan penggunaan tenaga buruh untuk menjalankan proses pengeluaran

kerana robot boleh digunakan.
• CAM menjamin kualiti produk yang dikeluarkan dan meningkatkan keuntungan perniagaan

3. PEMBUATAN BERBANTU KOMPUTER BERSEPADU (CIM)

• Satu sistem pembuatan dengan menggunakan peruntukan bantuan komputer sebagai kawalan dan automasi yang
menggunakan teknologi tinggi pada semua peringkat pembuatan bertujuan mengurangkan pembaziran dalam aspek
tenaga kerja, kewangan, masa, peralatan dan perkakasan jentera, tenaga dan sebagainya.

• Penggunaan komputer untuk mengawal robot dan juga pengaliran bahan dan bekalan dalam proses pengeluaran
barang. Juga dikenali sebagai penggabungan semua pengeluaran yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan melalui
sistem komputer

• Kebaikan - memberikan firma kelebihan dalam persaingan dengan bergantung pada kepantasan, fleksibel, kualiti dan
kos yang rendah

4. SISTEM PEMBUATAN LUWES

• Satu sistem automasi yang terdiri daripada beberapa komputer yang mengawal mesin-mesin pengeluaran secara
automatik. Komputer-komputer tersebut dikawal oleh satu komputer pusat yang berfungsi untuk menyelaraskan operasi
pengeluaran secara keseluruhan

• Terdapat satu sistem pengangkutan automatik yang akan menggerakkan bahan mentah antara mesin dari beberapa
stesen kerja

• Contohnya menggunakan robot,kenderaan automatif dan mesin alih untuk menggerakkan bahan mentah dari satu
stesen ke stesen kerja yang lain

• Mampu mengeluarkan produk berkualiti secara konsisten,masa penyediaan jimat disebabkan tidak perlu ramai pekerja
• Modal yang besar disebabkan peralatan dan mesin yang digunakan adalah mahal


Click to View FlipBook Version