TINGKATAN 1 MODUL TATABAHASA
PEDADOGI:
PEMBENTUKAN
KATA
DISEDIKAN OLEH
SYAKILLA
ZULAIKA
SHAHIRAH
1.0 PENGENALAN
Kata Tugas
Kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam kata yang bersifat pelbagai jenis atau
heterogen, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasan-frasa endosentrik: frasana nama,
frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata-kata tugas hadir dalam ayat, klausa,atau frasa yang
mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang,
penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas
lain.
1.1 Kelompok Dasar Kata Tugas
i. Kata penghubung ayat
ii. Kata praklausa
iii. Kata prafrasa dan pascafrasa
iv. Kata pascakata
1.1.2 Kata Prafrasa dan Kata Pascafrasa
Kata prafrasa dan kata pascafrasa ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum dan sesudah
frasa sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa kerja atau frasa sendi nama. Perkataan-perkataan
ini mendukung tugas menonjolkan maksud yang terkandung dalam ayat, seperti tugas
membantu, menguatkan, menegas, menafikan, memerikan, menyediakan, menunjukkan arah
dan membilang. Berdasarkan tugas ini maka kata prafrasa, iaitu perkataan yang hadir
sebelum frasa, mengandungi Sembilan jenis, iaitu:
i. Kata bantu
ii. Kata penguat
iii. Kata penegas
iv. Kata nafi
v. Kata pemeri
vi. Kata sendi nama‟
vii. Kata arah
viii. Kata bilangan
ix. Kata adverba
1.2 KATA BANTU
(a) Definisi Kata Bantu
Kata bantu, yang hadir sebelum frasa, ialah jenis perkataan yang bertugas
membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama iaitu dengan menimbulkan
makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Oleh yang demikian, kata bantu
dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
(i) Kata bantu aspek
Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu sama ada masa
lampau, masa kini, atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu ialah telah, sudah,
baru, pernah, sedang, masih, akan, mula, dan belum yang masing-masingnya
digunakan seperti yang terdapat dalam ayat berikut:
1. Pekerja itu telah pulang
2. Murid-murid itu baru tiba
3. Kami pernah ke utara Malaysia
4. Buah itu belum masak lagi
5. Ahmad akan ke sana esok
(ii) Kata bantu ragam
Kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan
ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan, seperti hendak, mahu,
harus, mesti, boleh, dapat, enggan, patut, dan mungkin. Contoh penggunaanya dalam
ayat adalah seperti yang berikut;
1. Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik
2. Mereka mesti ke pejabat segera
3. Dia patut datang bulan lalu
4. Mereka mungkin lambat sedikit
5. kanak-kanak itu enggan memakai baju
b) Formula
KATA BANTU ASPEK
Menggunakan formula SSMMTABPB ( Saya Suka Masak Makanan Tanpa Ada
Bahan Pengawet) sebagai memudahkan cara untuk mengingat.
- Digunakan dalam suasana perbezaan masa, iaitu sama ada masa lampau, masa kini,
atau masa hadapan.
Saya= sudah
Suka= sedang
Masak= masih
Makanan= mula
Tanpa= telah
Ada= akan
Bahan= baru
Pengawet= pernah
Berbahaya= belum
KATA BANTU RAGAM
Menggunakan perkataan HMHMBDEPM (Hakim Mahu Harta Mak Bedah Dan Emak
Pak Mail) sebagai formula untuk memudahkan kefahaman.
-Digunakan untuk menunjukkan ragam perasaan
Hakim= hendak
Mahu= mahu
Harta= harus
Mak= mesti
Bedah= boleh
Dan= dapat
Emak= enggan
Pak= patut
Mail= mesti
c) Contoh
KATA BANTU ASPEK
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, mendakwa
belum menerima notis tuntutan atau saman daripada Setiausaha Agung PKR,
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Sumber BH-Selasa, 28 Januari 2020.
KATA BANTU RAGAM
.
PUTRAJAYA: Naib Presiden PKR, Tian Chua, mengesahkan tidak bertemu dengan Tun Dr
Mahathir Mohamad hari ini, sebaliknya hadir bagi menyelesaikan urusan berkaitan beberapa
dokumen. Ketika ditemui media sebaik keluar dari Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini,
Tian Chua berkata, beliau tidak mahu membebankan fikiran Ahli Parlimen Langkawi itu.
Sumber, BH-Isnin, 2 March 2020
d) Aktiviti
Menggunakan aktviti KAHOOT
Contoh aktivti kahoot
e) Latihan
ISIKAN TEMPAT KOSONG
1. Aiman tidak ___________________ keluar dengan kawannya.
2. Mereka ___________________ mengaku kesalahan.
3. kami semua _________________ menyiapkan kertas kerja itu
4. Kebanyakkan generasi muda sekarang ___________________ bekerja sendiri
5. Pada pukul 5.00 petang kami akan ___________________ bergerak ke destinasi.
1.3 KATA PENGUAT
a) Definisi Kata Penguat
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata
adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa
adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat:
i) Kata penguat hadapan
ii) Kata penguat belakang
iii) Kata penguat bebas
i) Kata penguat hadapan
Kata penguat hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa atau
kata adjektif. Contohnya, terlalu, paling, agak, cukup, makin, dan kurang.
Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Masakan ibunya paling sedap
2. Sungai itu agak dalam
3. Harga emas makin mahal
ii) Kata penguat belakang
Kata penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata
adjektif. Contohnya sekali, benar, betul, dan nian seperti dalam ayat berikut:
1. Kelakuan budak-budak itu baik sekali
2. Lambat benar bas itu tiba
3. Indah nian pemandangan di pantai
4. Keputusan peperiksaannya kali ini buruk betul
iii) Kata penguat bebas
Kata penguat bebas ialah perkataan yang letaknya atau kedudukannya bebas,
iaitu sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contohnya amat, sangat,
dan sungguh, sebagaimana yang terdapat dalam ayat berikut:
1. Pakaian seragam pasukan itu amat kemas
*Pakaian seragam pasukan itu kemas amat
2. Dia terbeli baju yang sangat besar
*Dia terbeli baju yang besar sangat
b) Formula
KATA PENGUAT HADAPAN
Menggunakan formula singkatan APTCK (AParTment Cikgu Kasturi).
-Digunakan di hadapan kata adjektif
A= agak
P= paling
T=terlalu
C= cukup
K= kurang
KATA PENGUAT BELAKANG
Menggunakan formula BBSN (Bank Bangi Simpanan Nasional)
-Digunakan di hadapan kata adjektif
Bank= betul
Bangi=benar
Simpanan= sangat
Nasional= nian
KATA PENGUAT BEBAS
Menggunakan formula SSA (Saya Sayang Awak) untuk memudahkan kefahaman
-Digunakan di belakang kata adjektif
Saya = sungguh
Sayang = sangat + sekali
Awak= amat
c) Contoh
KATA PENGUAT HADAPAN
SUASANA yang menimbulkan persoalan politik agak panas kini adalah
disebabkan kemungkinan sentimen perkauman dan cita-cita sesetengah pihak
untuk menjadi Perdana Menteri. Sumber- BH, Sabtu, 14 March 2020
KATA PENGUAT BELAKANG
ALOR SETAR: Akibat kesempitan hidup, sebuah keluarga dari Kampung Belukar
dekat Telaga Mas di sini, terpaksa mendiami sebuah pondok usang tanpa bekalan
elektrik sejak November lalu.
Siti Sumaini Taib, 41, berkata kehidupan keluarganya berubah sepenuhnya selepas
dia disahkan mengidap kencing manis kronik pada Oktober lalu, manakala
suaminya, Zulhamri Abd Sali, 43, pula diberhentikan kerja.
Katanya, akibat kesempitan hidup, ada kala mereka hanya dapat makan sehari sekali
kerana terpaksa bergantung kepada ihsan saudara mara. Sumber- BH Isnin, 10 Februari
2020
KATA PENGUAT BELAKANG
KUALA LUMPUR: Sumbangan usahawan Bumiputera dalam nilai eksport kayu
dan produk kayu negara adalah amat rendah iaitu sekitar satu peratus atau RM77.79
juta daripada keseluruhan RM7.79 bilion tahun lalu, justeru memerlukan
pelaksanaan segera satu pelan perniagaan yang komprehensif.
d) Aktivit
Menggunakan aktiviti QUIZIZZ
https://quizizz.com/admin/quiz/5e80245e65f362001b8d0664/kata-penguat
Berikut merupakan contoh aktiviti QUIZIZZ
e) Latihan
ISIKAN TEMPAT KOSONG DENGAN JAWAPAN YANG SESUAI
1. Lautan itu cantik ______________.
2. Saya _______________ rindukan awak.
3. Pakaian yang dipakai itu ________________ sesuai.
4. Keputusan peperiksaan adik kali ini teruk _________________.
5. Harga tanah ________________- mahal sekarang.
1.4 KATA PENEGAS
a) Definisi Kata Penegas
Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah
perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
Terdapat dua jenis kata penegas iaitu:
1) Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, -kah, -tah,
dan –lah.
2) Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau
bahagiannya. Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi, dan memang.
Kehadiran –kah, -lah, dan –tah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku
apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses
pendepanan, seperti contoh ayat berikut:
1. a) Siapakah majikan kamu itu?
b) *Majikan kamu itu siapakah?
2. a) Apatah daya kita?
b) *Daya kita apatah?
3. a) Orang itulah bapanya.
b)* Bapanya orang itulah,
Kedudukan kata penegas dalam ayat (b) di atas menyalahi hokum tatabahasa, kerana
bentuk yang menerima –kah, -tah, dan –lah mesti dikedepankan. Kesemua kata
penegas –kah, -tah, -lah merupakan bentuk pascafrasa.
Jenis kata penegas yang kedua, iaitu hanya, memang, juga, pun, jua, dan lagi
bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat, sama ada dalam subjek atau
predikat, seperti contoh dalam jadual berikut:
Subjek AYAT
1. Hanya dia Predikat
2. Memang wanita itu
3. Budak-budak sahabat karib saya.
4. Barang itu bakal isterinya.
5. Kami juga memang suka akan permainan itu.
6. Encik Abu pun hanya boleh dibeli di kedai.
7. Mereka ingin ke pekan.
8. Mereka datang
9. Ketua saya yang sibuk itu membeli juga barang itu
10. Rombongan pengantin lelaki dia pun di sini.
datang jua.ke majlis perkahwinan saya.
belum tiba lagi.
Dalam ayat di atas, ayat 1 dan 2 mengandungi kata penegas yang merupakan
kata prafrasa yang hadir dalam subjek ayat.
Dalam ayat 3 dan 4, kata penegas merupakan kata prafrasa yang hadir dalam
predikat ayat.
Dalam ayat 5 dan 6, kata penegas merupakan kata pascafrasa yang hadir
dalam subjek ayat. Ayat yang seterusnya mengandungi kata penegas yang merupakan
kata pascafrasa yang hadir dalam predikat ayat.
b) Formula
Menggunakan formula KTL (KaTiL) untuk memudahkan kefahaman semua
-Digunakan untuk menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya.
K= -kah
T= -tah
L= -lah
Menggunakan formula JLMJS (Jangan Lupa Makan Jagung Sayang) untuk
memudahkan cara
Digunakan untuk menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai
subjek atau bahagiannya.
Jangan= juga
Lupa= lagi
Makan= memang
Jagung- jua
Sayang- sahaja
c) Contoh
Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, menegaskan
perubahan kerajaan susulan kemelut politik negara yang melanda, tidak akan
memberi kesan kepada kes berprofil tinggi yang sedang disiasat dan akan dibicara
di mahkamah. Kita setuju dengan kenyataan ini, kerana itulah yang sepatutnya.
Seperti dinyatakan orang nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, proses
undang-undang dan politik adalah dua perkara berbeza. Sumber, BH, Sabtu, 7
March 2020
KUALA LUMPUR: Jika difikirkan kesihatan diri, berat hati pelakon dan
penyanyi era 1960-an, Mimi Loma, 73, hendak memenuhi jemputan majlis,
apatah lagi acara glamor seperti pelancaran produk. Sumber, BH, Rabu, 12
Februari 2020
d) Aktivit
Menggunakan GOOGLE FORM sebagai aktivit
Ini merupakan link GOOGLE FORM: https://forms.gle/R7VdnGGKr9xhouGQ6
Contoh aktiviti dengan menggunakan GOOGLE FORM
e) Latihan
ISIKAN TEMPAT KOSONG DENGAN JAWAPAN YANG SESUAI
1. __________________ dia yang saya rindukan.
2. Kakak ________________ mempunyai tabiat yang pelik itu.
3. Saya _________________ tidak suka makan masakan panas di kedai itu.
4, Walaupun sibuk dengan kerja, saya datang ___________ ke majlis
pernikahannya.
5. Basikal itu ________________ boleh dipinjam di kolej sahaja.
1.5 KATA NAFI
Pada bahagian ini, pelajar akan diterangkan dengan lebih jelas mengenai kata nafi dan
contoh-contohnya.
a) DEFINISI KATA NAFI
Kata nafi ialah kata yang digunakan untuk menafikan sesuatu. Kata nafi hadir
sebelum frasa, sama ada frasa nama, frasa adjektif, frasa kerja atau frasa sendi nama.
Terdapat dua kata nafi iaitu tidak dan bukan.
KATA NAFI TIDAK
Kata nafi tidak hadir sebelum kata kerja atau frasa kerja dan kata adjektif
ataupun frasa adjektif. Contohnya :
⮚ Dia tidak tidur. ( penafian frasa kerja )
⮚ Orangnya tidak tinggi. ( penafian frasa adjektif )
FORMULA :
TIDAK hadir sebelum kerja / aman.
TIDAK merujuk kepada kata nafi tidak.
Kerja merujuk kepada kata kerja atau frasa kerja.
Aman merujuk kepada kata adjektif atau frasa adjektif.
Oleh itu, kata nafi tidak hadir sebelum KK / FK atau KA / FA .
KATA NAFI BUKAN
Kata nafi bukan hadir sebelum kata nama, frasa nama ataupun frasa sendi
nama. Contohnya :
⮚ Itu bukan meja saya. ( penafian frasa nama )
⮚ Pemuda itu bukan dari bandar. ( penafian frasa sendi nama )
FORMULA :
BU KAN di situ.
● BU merujuk kepada kata nafi bukan.
● KAN merujuk kepada kata nama.
● Di situ pula merujuk kepada kata sendi nama.
● Oleh itu, kata nafi bukan hadir sebelum KN / FN ataupun KSN /
FSN.
KATA NAFI BUKAN
Kata nafi bukan juga boleh hadir sebelum kata kerja atau frasa kerja, dan
boleh hadir sebelum kata adjektif ataupun frasa adjektif dalam ayat majmuk
yang maksudnya memperlihatkan pertentangan. Contohnya :
⮚ Bayi itu bukan menangis tetapi ketawa.
⮚ Pembantu itu bukan ramah sahaja malah kelakar juga.
FORMULA : FK / FA dalam ayat majmuk.
BUKAN
● BUKAN merujuk kepada kata nafi bukan.
● FK merujuk kepada singkatan frasa kerja.
● FA merujuk kepada singkatan frasa adjektif.
● Kedua frasa ini mestilah hadir sebelum kata nafi bukan dan hanya
digunakan dalam ayat majmuk sahaja.
b) CONTOH
Contoh keratan akhbar :
PUTRAJAYA : Tan Sri Muhyidin Yassin komited memastikan sistem pendidikan negara
menjadi yang terbaik untuk melahirkan pelajar hebat dan mencipta kejayaan luar biasa.
Perdana Menteri berkata, beliau mahu melihat pelajar yang dihasilkan sistem
pendidikan negara bukan sahaja cemerlang tetapi „lebih cemerlang daripada cemerlang‟.
( sumber : Berita Harian, 5 March 2020 )
C) AKTIVITI
MASIH INGATKAH KAMU?
● Guru akan menunjukkan satu video pendek kepada pelajar. Pelajar dikehendaki
untuk menonton video tersebut dengan penuh tumpuan. Setelah selesai
menonton, guru dikehendaki untuk mengenalpasti jenis kata nafi yang terdapat
di dalam video tersebut dan mengira jumlah kata nafi yang disebut itu. Selepas
itu, pelajar itu hendaklah menulis jawapan di papan putih. Sekiranya pelajar
yang dipilih tidak ingat, mereka mempunyai tiga talian hayat iaitu yang
pertama, pelajar boleh meminta bantuan daripada rakan-rakannya. Kedua,
pelajar diberikan pilihan jawapan oleh guru dan ketiga, pelajar hendaklah
menyanyi untuk mendapatkan jawapan daripada guru.
● Link video: https://youtu.be/GHpy7NrRG34
c) LATIHAN
Jawab semua soalan.
1. Yang manakah merupakan kata nafi.
A. tidak, jangan
B. bukan, tolong
C. tidak, bukan
D. sila, tidak
2. Kata nafi yang manakah hadir sebelum kata atau frasa sendi nama ?
A. Kata nafi bukan
B. Kata nafi tidak.
C. Kata nafi jangan.
D. Kata nafi larang.
3. Yang manakah BUKAN contoh kata nafi tidak.
A. Dia tidak bekerja kerana kakinya patah akibat ditimpa almari.
B. Walaupun nasibnya malang, tetapi dia tidak pernah mengeluh.
C. Zarif meletakkan kuih itu tidak di atas meja.
D. Suraya tidak makan kerana dia berpuasa.
4. Kata nafi bukan hadir sebelum kata atau frasa kerja mahupun kata atau frasa
adjektif dalam ayat __________
A. Ayat minimal
B. Ayat majmuk
C. Ayat tunggal
D. Ayat penyata
5. Berdasarkan contoh di bawah, yang manakah contoh ayat kata nafi yang
BETUL.
i. Alia tidak dibenarkan bermain bersama rakan-rakannya kerana
dia tidak meyiapkan kerja sekolahnya itu.
ii. “ Janganlah kita menyakitkan hati kedua ibu bapa kita kerana
itu merupakan dosa yang besar” kata ustaz Mad kepada para
pelajarnya.
iii. “ Kalau tidak kamu, siapa lagi yang mencuri pensel Jamal ?”
kata cikgu Amir.
iv. Mereka datang bukan hendak bergaduh dengan Amir tetapi
untuk bertanyakan khabar.
A. i dan ii
B. i, ii, dan iii
C. i, iii dan iv
D. semua di atas
1.6 KATA PEMERI
Pada bahagian ini pelajar akan diterangkan dengan lebih mudah mengenai kata
pemeri.
a) DEFINISI KATA PEMERI
Kata pemeri ialah kata yang berfungsi untuk merangkaikan frasa subjek
dengan frasa predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu ialah dan adalah.
Pemerihalan itu dapat menunjukkan dua hal, iaitu :
i. Persamanaan antara subjek dengan predikat ( ekuatif )
ii. Huraian tentang subjek oleh predikat ( kualitatif )
KATA PEMERI IALAH
Kata pemeri ialah digunakan apabila predikatnya terdiri daripada frasa
nama dan digunakan untuk menyampaikan maksud persamaan atau
ekuatif. Dalam perkara ini, subjek dan predikat boleh bertukar tempat.
Selain itu, kata pemeri ialah boleh berfungsi untuk memberikan
definisi. Contohnya:
⮚ Mamalia ialah haiwan berdarah sejuk.
⮚ Haiwan berdarah sejuk ialah mamalia.
⮚ Faktor yang menentukan kejayaan seseorang ialah usaha yang
gigih.
⮚ Usaha yang gigih ialah faktor yang menentukan kejayaan
seseorang.
FORMULA :
INA
= IALAH hadir apabila predikat terdiri daripada frasa NAMA.
KATA PEMERI ADALAH
Kata pemeri adalah digunakan untuk merangkaikan subjek dengan
predikat yang terdiri daripada frasa adjektif, frasa kerja dan frasa sendi
nama. Ini bermakna bahawa bagi predikat ayat yang mengandungi
huraian atau penjelasan tentang subjek, kata pemeri adalah digunakan.
Contohnya :
⮚ Cadangan yang dikemukakan oleh peserta seminar itu adalah
sangat bernas. ( adalah hadir di depan frasa adjektif )
⮚ Langkah yang telah diambil oleh mereka adalah
membincangkan masalah itu secara bersama-sama. ( adalah
hadir di depan frasa kerja )
⮚ Minatnya sejak kecil adalah dalam permainan bola sepak.
(adalah hadir di depan frasa sendi nama )
FORMULA :
AKASN
= Adalah hadir sebelum frasa KERJA, frasa ADJEKTIF, frasa SENDI
NAMA
b) CONTOH
Contoh keratan akhbar :
JOHOR BAHRU: Polis menahan 33 individu yang ingkar arahan sepanjang
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) , sejak 18 Mac lalu hingga
semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Maydin Pitchay, berkata
daripada jumlah itu, seramai 19 individu adalah tangkapan harian kes ingkar
arahan PKP, semalam.
( sumber: Berita Harian, 27 March 2020 )
c) AKTIVITI
DAM ULAR.
● Guru akan menyediakan satu dam ular yang direka khas. Pelajar
diminta untuk membuat kumpulan yang terdiri daripada lima orang.
Setiap group akan diberikan satu dam ular. Kotak-kotak yang ada di
dalam dam ular itu mempunyai soalan-soalan yang berkaitan dengan
kata pemeri ini. Soalan yang dikemukakan merupakan soalan yang
terdiri daripada membina ayat, mengenalpasti kata pemeri, contoh
kata pemeri dan ciri-ciri kata pemeri di dalam sesebuah ayat.
Sekiranya terdapat pelajar yang tidak boleh menjawab, pelajar tersebut
akan turun satu kotak ataupun berdasarkan nombor yang ditulis di
dalam kotak itu sekiranya pelajar tidak boleh menjawab. Pelajar yang
pertama berjaya menghabiskan dam ular ini akan diberikan ganjaran.
● Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan pelajar menguasai kata pemeri
tetapi untuk mengajar pelajar supaya mempunyai daya saing yang
sihat diantara mereka.
d) LATIHAN
Isikan tempat kosong dengan kata pemeri yang sesuai.
ialah adalah
1. Farid ____________ seorang kanak-kanak istimewa.
2. Surat yang sampai tadi _____________ daripada peguam.
3. Rumah setinggan di lereng bukit itu ___________ rumah Pak Hashim.
4. Perkara yang dibincangkan dalam forum itu __________ masalah disiplin
yang semakin berleluasa di sekolah Seri Petaling.
5. Wang peruntukan itu __________ untuk semua murid yang tidak
berkemampuan sahaja.
1.7 KATA SENDI NAMA
Pelajar akan diterangkan dengan lebih faham mengenai kata sendi nama dan contoh-
contohnya.
a) DEFINI KATA SENDI NAMA
Kata sendi nama ialah kata yang berfungsi sebagai kata depan sesuatu
perkataan atau kumpulan perkataan yang tergolong sebagai nama atau frasa
nama. Kata sendi nama boleh terdiri dalam bentuk tunggal, terbitan, dan juga
majmuk.
KATA SENDI NAMA DALAM BENTUK TUNGGAL.
Kata sendi nama dalam bentuk tunggal ini adalah kata sendi nama
yang tidak mengalami apa-apa pertambahan ataupun pengurangan
morfem. Contohnya :
Bil Kata Fungsinya Contoh
sendi penggunaannya
nama
⮚ menunjukkan ⮚ Ali dan Abu
1. serta maksud bersama-
sama. serta ahli
2. Dari
⮚ Menunjukkan keluarganya
arah permulaan
tempat. bersama-sama
pergi ke pantai
itu untuk
bercuti.
⮚ Dari atas, dari
tepi, dari
bawah, dari
sungai.
⮚ Menunjukkan ⮚ Dari pukul tiga,
arah permulaan dari hari ahad,
masa. dari kurun ke-
7, dari pagi.
3. Oleh ⮚ Menunjukkan ⮚ Bakul itu
4. Pada pelaku dalam ayat
pasif. dianyam oleh
5. Ke
neneknya.
⮚ Menunjukkan ⮚ Pelajar itu
hubungan yang
membawa cemerlang oleh
maksud “sebab”
kegigihannya.
⮚ Menunjukkan
keterangan ⮚ Pada petang
waktu. itu, pada pukul
3:00 pagi.
⮚ Mengikuti kata ⮚ Ada pada ibu,
“ada” ( untuk ada pada
manusia dan haiwan, ada
haiwan). pada saya.
⮚ Digunakan pada ⮚ Pada pendapat
sesuatu yang saya, pada
abstrak. penilaian saya.
⮚ Menunjukkan ⮚ Tampalkan
tempat sesuatu pada kereta,
perbuatan itu lekatkan pada
dilakukan. dinding itu.
⮚ Menunkukkan ⮚ Ke tepi pantai,
tempat atau arah ke kebun, ke
tumpuan. depan.
⮚ Menunjukkan ⮚ Dari zaman ke
6. Seperti arah waktu. zaman.
⮚ Menunkukkan
⮚ Gayanya
maksud seperti seorang
perbandingan. cendekiawan.
⮚ Menunjukkan ⮚ Ali membeli
maksud senarai. bahan bacaan
seperti buku,
majalah, akhbar
dan komik.
7. Untuk ⮚ Menunjukkan ⮚ Komputer itu
8. di tujuan digunakan
menggunakan untuk
sesuatu. kemudahan
mereka.
⮚ Menunjukkan
bahagian yang ⮚ Kek untuk adik,
dikhaskan atau hadiah untuk
yang pengantin.
dimaanfaatkan.
⮚ Di Mekah, di
⮚ Menunjukkan utara, di dapur.
tempat
FORMULA : Serta
Dari
S aya Oleh
D an Pada
O mar Ke
P ergi Seperti
Ke Untuk
S ekolah Di
U ntuk
D inilai
3.6.1.2 KATA SENDI NAMA DALAM BENTUK TERBITAN.
Kata sendi nama dalam bentuk terbitan adalah kata sendi nama yang
telah menerima kata terbitan. Contohnya :
Bil Kata Fungsinya Contoh
sendi penggunaannya
nama
⮚ Menunjukkan ⮚ Siti dilantik
1. Sebagai sesuatu jawatan sebagai
atau pekerjaan. setiausaha di
2. Menurut sebuah syarikat
⮚ Menunjukkan terkemuka.
3. Selain pandangan
ataupun idea ⮚ Menurut Dr
Amalina,
⮚ Menunjukkan kebersihan diri
sesuatu yang dapat mencegah
berlainan. kuman daripada
tersebar.
⮚ Ibu saya juga
pandai
memasak selain
menjahit baju.
4. Mengenai ⮚ Sebagai rujukan ⮚ Mereka
bagi sesuatu bertengkar
5. Bagaikan yang umum atau mengenai hal
6. Terhadap mujarad. yang
melibatkan
7. Berkenaan ⮚ Menunjukkan harta pusaka.
8. Menerusi perbandingan
⮚ Keras bagaikan
⮚ Menunjukkan batu.
maksud rujukan
yang melibatkan ⮚ Guru haruslah
penyambut yang bersikap adil
terdiri daripada terhadap semua
manusia, haiwan, muridnya.
dan benda.
⮚ Mereka
⮚ Merupakan membincangka
rujukan pada n dengan serius
sesuatu yang berkenaan hal
umum. itu.
⮚ Membawa ⮚ Perkara itu
disampaikan
maksud arah menerusi
saluran yang
laluan atau betul.
tempat.
FORMULA :
S aya Sebagai
M asih Menurut
S uka Selain
M asak Mengenai
B ayam Bagaikan
T anpa Terhadap
B ubuh Berkenaan
M inyak Menerusi
KATA SENDI NAMA DALAM BENTUK MAJMUK.
Kata sendi nama dalam bentuk majmuk ini merupakan kata sendi nama
yang mempunyai dua kata yang digabungkan membentuk satu makna.
Contohnya :
Bil Kata Fungsinya Contoh
sendi penggunaannya
nama ⮚ Menunjukkan
atau sumber. punca ⮚ Amir
1. Daripada asal mendapat
⮚ Menunjukkan hadiah
kejadian. daripada
kedua ibu
⮚ Menunjukkan bapanya.
perbandingan.
⮚ Baju itu
diperbuat
daripada
sutera.
⮚ Sikap
Amira lebih
sopan
daripada
Adira.
2. Kepada ⮚ Menyatakan ⮚ Surat itu
dihantar
sasaran yang kepada
pihak
melibatkan sekolah.
manusia, haiwan,
benda dan
instiitusi.
⮚ Menunjukkan pecahan.
⮚ Menunjukkan ⮚ Pelajar di
perubahan keadaan. dalam kelas
itu
dibahagikan
kepada lima
kumpulan.
⮚ Tidak
sampai
setengah
hari, jumlah
kematian
akibat
wabak virus
itu
bertambah
kepada lima
orang.
FORMULA :
KPD + DRPD = KSN majmuk
KPD merujuk maksud kepada.
DRPD merujuk kepada maksud daripada.
KSN adalah singkatan kata sendi nama.
b) CONTOH
Contoh keratan akhbar.
KUALA LUMPUR : Hari ini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di
seluruh negara memasuki hari ke-11, dan pastinya di dada-dada akhbar berkisar mengenai
Makcik Kiah.
Sejak semalam nama Makcik Kiah menjadi sebutan, malah turut menjadi
sohor kini atau „trending‟ di laman sosial Twitter, selepas Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin menyebut namanya ketika membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi
Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN).
(Sumber: Berita Harian, 28 March 2020)
c) AKTIVITI
KOTAK BERACUN.
● Guru akan menyediakan satu kotak yang mengandungi kesemua contoh kata
sendi nama. Guru akan pass kotak tersebut kepada pelajar sambil muzik
dimainkan. Pelajar yang terakhir mendapat kotak tersebut sebaik sahaja muzik
dimatikan, akan mengambil satu sahaja kertas yang ada di dalam kotak
tersebut. Seterusnya, pelajar tersebut haruslah membina satu ayat berdasarkan
kata sendi nama yang dipilih. Kaedah ini digunakan untuk mengenalpasti
kefahaman pelajar dalam memahami kata sendi nama dalam sesebuah ayat.
Bahan-bahan : kertas, kotak, muzik
d) LATIHAN
Bulatkan jawapan yang paling sesuai.
1. Ismail menoleh__________ belakang apabila dipanggil oleh emaknya.
A. di
B. ke
C. pada
D. oleh
2. Makcik Kiah menjual kuih-muih _____________ menyara keluarga
selepas kematian suaminya dua bulan yang lepas.
A. untuk
B. di
C. dari
D. kepada
3. Surat jemputan itu ditujukan ____________ pengerusi persatuan.
A. kepada
B. daripada
C. ke
D. di
4. Encik Ahmad memberitahu pelajarnya __________ latihan bola sepak
yang akan diadakan pada hari selasa ini.
A. tentang
B. di
C. kepada
D. oleh
5. Yang manakah SALAH bagi penggunaan kata sendi nama dalam ayat
di bawah.
A. Suraya membeli segala keperluan harian untuk diberikan
kepada rumah anak-anak yatim.
B. Bagi memastikan keselamatan semua murid, Cikgu Haris
diminta memantau segala pergerakan murid-murid itu
sepanjang lawatan tersebut.
C. Setiap pagi, Abukhairi tidak akan terlupa untuk menyediakan
sarapan untuk ibunya yang sakit itu.
D. Ali suka makan nasi goreng setiap hari bersama rakan-
rakannya.
1.8 KATA ARAH
(a) DEFINISI
Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah
kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan.
Antara contoh kata arah yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah atas, antara,
bawah, tepi, belakang, tengah, dalam, luar, sisi, penjuru, sudut, segi, selatan, samping, timur,
barat, hadapan, utara dan sebagainya.
(b) FORMULA
Menggunakan perkataan HAK sebagai formula untuk memudahkan pemahaman bagi kata
arah di dalam bahasa Melayu.
H: Hala
A: Arah
K: Kedudukan
(c) CONTOH
Hala
KLUANG: Seorang wanita maut, manakala ibunya cedera parah selepas motosikal dinaiki
dilanggar dari belakang oleh kereta dalam kejadian di KM 83.5 Jalan Johor Bharu - Ayer
Hitam, kira-kira jam 7.50 pagi tadi. Sumber Berita Harian 4 Mac 2020.
Arah
KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah masih
menjalankan siasatan dari pelbagai sudut bagi mengenal pasti punca kebakaran yang
mengorbankan tujuh beranak dalam kebakaran di Kampung Lampijas, Membakut, di sini,
awal pagi tadi. Sumber Berita Harian 26 Febuari 2020.
Kedudukan
KUALA LUMPUR: Perbadanan kemajuan ekonomi negeri, yayasan, badan berkanun,
jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan yang sebelum ini seliaan Kementerian Hal Ehwal
Ekono(md)i A(MKTEIAV)ITkiIni diletakkan bawah bidang kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed. Sumber Berita Harian 11 Mac 2020.
Menggunakan aplikasi „quizizz‟ sebagai aktiviti pengukuhan.
https://quizizz.com/admin/quiz/5e81b704c8117f001fa59e83/kata-arah
(e) LATIHAN
Isikan tempat kosong dengan kata arah yang sesuai.
1. Hari sukan semua pelajar SMK Merbau diminta untuk berkumpul di _____
padang bagi memulakan aktivit pemanasan badan.
2. Hidangan makanan telah dihidangkan ibu di _____ meja.
3. Ghani meletakkan bunga di hiasan di _____ rumah.
4. Seorang bayi telah ditemui oleh orang ramai di _____ jalan
5. Penari yang menari di _____ pentas itu mempersembahkan tarian tradisonal
kaum di Sarawak.
1.9 KATA BILANGAN
(a) DEFINISI
Kata bilangan ialah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir
sebelum frasa tersebut. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut ciri
dan maknanya.
Jenis kata Huraian Contoh
bilangan
Kata Kata bilangan yang menunjukkan jumlah dua, dua puluh, tiga ratus,
bilangan yang tentu sifatnya disebut sebagai sepeluh ribu, sejuta
tentu kardinal.
Kata Kata bilangan yang menunjukkan segala, semua, para,
bilangan bilangan tak tentu. beberapa,sekalian, seluruh,
tak tentu banyak, sedikit
Kata Kata bilangan yang membawa maksud Berates-ratus, ketiga-tiga,
bilangan himpunan. beribu-ribu, berabad-abad,
himpunan berguni-guni
Kata Kata bilangan yang membawa maksud masing-masing, setiap,
bilangan pisahan. tiap-tiap,
pisahan
Kata Kata bilangan yang membawa maksud setengah, sepertiga,
bilangan pecahan. separuh, dua pertiga,
pecahan seperempat
(b) FORMULA
Menggunakan teknik 2P 2T 1H sebagai pemudah cara.
2 P: Pecahan, Pisahan
2 T: Tentu, Tak
1 H: Himpunan
(c) CONTOH
Kata bilangan tentu
PORT DICKSON - Seekor penyu spesies agar ditemui mati terdampar di pantai Teluk
Kemang, Port Dickson pagi tadi.
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Halimi Abu Hanip berkata, penyu jantan
dengan berat lebih 100 kilogram yang dianggarkan berusia lebih 40 tahun itu ditemui orang
awam. Sumber Harian Metro 11 Mac 2020.
Kata bilangan tak tentu
BEIJING: Kajian awal dari China mendapati individu mempunyai darah A dipercayai lebih
mudah terdedah kepada COVID-19, berbanding mereka yang berdarah O.
Hasil kajian mendapati, sebahagian besar pesakit dari Wuhan dan Shenzhen, China yang
dijangkiti dan meninggal dunia adalah dari kumpulan pesakit darah A.
Hanya sebilangan kecil daripada pesakit berdarah O yang dijangkiti meninggal dunia akibat
serangan virus itu. Sumber Berita Harian 18 Mac 2020.
Kata bilangan himpunan
JAKARTA- Acara Ijtima of Asia 2020 di Indonesia yang dilaporkan bakal dihadiri ribuan
jemaah tabligh, dipercayai turut dihadiri rakyat Malaysia.
Jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta berkata meskipun pihak kedutaan telah
mengeluarkan larangan agar rakyat Malaysia tidak menghadiri program itu, dipercayai
berpuluh-puluh orang dilaporkan sudah berada di sana. Sumber Sinar Harian 19 Mac 2020.
Kata bilangan pisahan
KUALA LUMPUR: Setiap agensi kerajaan dan majikan swasta diarah mengeluarkan surat
pelepasan perjalanan kepada setiap kakitangan yang terpaksa bekerja sepanjang tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan. Sumber Berita Harian 20 Mac 2020
Kata bilangan pecahan
KUALA LUMPUR: Dua beregu campuran negara cemerlang apabila masing-masing berjaya
mengesahkan tempat ke separuh akhir Masters Thailand, hari ini.
Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang tampil sebagai pilihan ketiga menepati ramalan apabila
menewaskan pasangan Hong Kong, Yeung Ming Nok-Ng Tzs Yau 23-21, 21-17 dalam aksi
suku akhir berlangsung selama 42 minit. Berita Harian 24 Mac 2020.
(d) AKTIVITI
Menggunakan applikasi di telegram iaitu „quiz bot‟ untuk aktiviti.
(e) LATIHAN
Sila pilih jawapan yang betul.
1. Bengkel penulisan kreatif anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka itu berlangsung
selama _____ hari.
a. setiap
b. setengah
c. segala
d. beberapa
2. Sudah _____ tahun istana lama itu tidak berpenghuni.
a. satu perdua
b. puluhan
c. berpuluh-puluh
d. berjuta-juta
3. _____ orang gemar aktiviti lasak.
a. setengah
b. sesetengah
c. beberapa
d. sekalian
4. _____ pelajar perlu menjalankan aktiviti kegiatan kokurikulum.
a. para
b. setiap
c. berapa
d. seluruh
5. Kursus Kepimpinan yang dianjurkan oleh Biro Tatanegera hanya memakan
satu hari _____ saja.
a. Setengah
b. dua per tiga
c. separuh
d. sesetengah
2.0 KATA ADVERBA
(a) DEFINISI
Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan
frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat.
Kata adverba dapat digolongkan kepada empat bentuk, seperti yang berikut:
BENTUK HURAIAN CONTOH
KATA
Perkataan
ADVERBA
Kata adverba jati Ayat
Kata adverba jati terdiri daripada semalam, kelmarin, esok,
perkataan yang sememangnya berfungsi lusa, nyaris, sekali gus, tadi,
sebagai penerang kepada golongan kata dahulu, serentak, sentiasa
yang terdiri daripada kata kerja dan frasa
kerja, kata adjektif dan frasa adjektif atau 1. Pelancong itu akan
frasa sendi nama, yang tidak termasuk ke tiba esok dari New
dalam mana-mana golongan kata lain. Zealand
2. Pegawai itu sentiasa
sahaja di sini
Kata adverba Kata adverba jenis ini berasal daripada berjalan laju, mengalir
yang asalnya kata kata adjektif yang berfmgsi sebagai lesu,sakit kuat, hampir
adjektif penerang kepada kata kerja, kata terjatuh, besar panjang
adjektif, atau frasa sendi nama.
1. Penulis itu
membayangkan air
sungai itu mengalir
lesu.
2. Dia pulang apabila
mendengar ibunya
sakit kuat.
Kata adverba Kata adverba bentuk gandaan ialah (i) Kata adverba
bentuk gandaan perkataam yang mengalami proses penggandaan
penggandaan yang berfungsi penuh
menerangkan kata kerja, kata adjektif,
atau frasa sendi nama. Terdapat tiga betul-betul, sedikit-sedikit,
bentuk kata adverba berganda seperti
yang berikut: jarang-jarang, diam-diam
(i) Kata adverba penggandaan
penuh 1. Dia betul-betul
(ii) Kata adverba penggandaan gembira dengan
separa kepulangan anknya
(iii) Kata adverba penggandaan yang telah terpisah.
berentak 2. Kebelakangan ini dia
jarang-jarang ke
rumah.
(ii) Kata adverba
penggandaan
separa
Kata adverba penggandaan
separa berawalan.
tersipu-sipu, terjengket-
jengket, terkial-kial, teresak-
esak
1. Dia melompatkan
setinggi-tingginya
untuk melepasi kayu
galang itu.
2. Saya yakin
sesungguh-
sesungguhnya tentang
keesaan Tuhan.
Kata adverba penggandaan
separa berakhiran.
gila-gilaan, habis-habisan,
besar-besaran, mati-matian.
1. Dalam bulan
Ramadan, ramai yang
berniaga kecil-
kecilan.
2. Mereka menari gila-
gilaan menyambut
kedatangan tahun
baharu.
(iii) Kata adverba
penggandaan
berentak
Menangis sedu-sedan, berlari
susup-susap, lari lintang-
pukang, serta-merta
1. Anak itu menangis
sedu-sedan apabila
ditinggalkan ibunya.
2. Mereka berlari susup-
sasap untuk
menyembunyikan
diri.
Kata adverba Kata adverb jenis ini berasal daripada berjalan mengiring, hitam
yang asalnya kata kata kerja yang berfungsi sebagai berkilat, merah menyala,
kerja penerang kepada kata kerja, kata terbang meninggi, putih
adjektif, ata frasa sendi nama. berseri
1. Ketam ialah haiwan
yang berjalan
mengiring.
2. Kulit tuan puteri itu
putih berseri.
(b) FORMULA
Menggunakan satu ayat untuk mengingat jenis kata adverba iaitu guna alza jual kerepek.
Guna: ganda
Alza: adjektif
Jual: jati
Kerepek: kerja
(c) CONTOH
Kata adverba jati
RANAU: Seorang lelaki yang enguji alat luncur udara paragliding nyaris maut apabila terjatuh di
kawasan hutan dari ketinggian 120 meter berhampiran Kompleks Sukan Ranau, di sini, semalam.
Sumber Berita Harian 11 Febauri 2020.
Kata adverba yang asalnya kata adjektif
MARANG: Orang kampung, orang bandar… semua boleh terbang tinggi, mampu gapai cita-cita
jadi juruterbang jika dapat maklumat tepat dan bukan sekadar „dengar cakap‟. Sumber Berita
Harian 3 Febuari 2020.
„
Kata adverba bentuk gandaan
(i) Kata adverba penggandaan penuh
HELAH seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) wanita yang pura-pura pengsan untuk meraih
simpati bagi mengelak ditahan tidak berjaya apabila dia ditahan dalam serbuan dilakukan Jabatan
Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah restoran di Puchong, Selangor, semalam. Sumber Harian Metro
30 Januari 2020.
(ii) Kata adverba penggandaan separa
DUA lelaki menangis teresak-esak di kandang Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini selepas
dibacakan pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap gadis berusia 14 tahun, dua
mingKgautalaalduv. eSrubma bpeernHggaarniadnaaMnesteropa2raJabneurakrih2ir0a2n0.
Kata adverba penggandaan separa berawalan
NENEK berusia 60 tahun dipercayai tokan dadah kecil-kecilan di kawasan pekan Inanam di Kota
Kinabalu, ditahan polis dalam Op Ice Breaker, petang semalam Sumber Harian Metro 16 Febuari
2020.
(iii) Kata adverba penggandaan berentak
JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan mengarahkan mana-mana premis yang disahkan ada
kes positif COVID-19, ditutup serta-merta bagi menjalani proses pembersihan segera. Sumber
Berita Harian 15 Mac 2020.
Kata adverba yang asalnya kata kerja
Kami memilih kabinet dapur berbentuk „L‟ berwarna putih dan ia dipadankan dengan kaunter meja
kerja (table top) marmar hitam berkilat. Sumber Harian Metro 25 Mac 2020.
(d) AKTVITI
Menggunakan aplikasi „wizer‟ sebagai pengukuhan bagi aktiviti.
https://app.wizer.me/learn/S9E0X9
(e) LATIHAN
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat.
1. Ali tidak dapat datang ke sekolah kerana _____.
2. Budak nakal itu lari _____ dikejar oleh anjing.
3. Pakaian yang belum berlipat itu tinggi _____.
4. Kereta baru ayah kelihatan _____.
5. Pasar itu kedengaran _____ sepanjang hari
2.1 KATA PASCAKATA
Dalam bahasa Melayu terdapat satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu
ialah –nya yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Antara bentuk kata yang demikian
ialah sesungguhnya, nampaknya, lajunya, dan datangnya.
2.1.1 KATA PENEKAN
(a) DEFINISI
Kta penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung
dengannnya. Contoh dalam ayat:
i. Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.
ii. Pokok durian itu nampkanya akan berbuah lebat.
iii. Bahawasanya pindaan perlembagaan itu wajar dilakukan pada masa ini.
(b) FORMULA
Menggunakan perkataan nyaTe yang mana nya- adalah partikel nya manakala Te pula adalah
tegasan.
nyaTe partikel memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya.
(c) CONTOH
KUALA LUMPUR: Ketika negara-negara menutup sempadan mereka bagi penumpang
terutamanya dari negara yang dilanda wabak COVID-19, syarikat penerbangan mula merasai
kesannya dengan Malindo Air yang berpangkalan di Malaysia nampaknya seperti berdepan
dengan kekangan aliran tunai. Sumber Berita Harian 28 Febuari 2020.
(d) AKTIVITI
1. Menayangkan video di Youtube bagi memudahkan kefahaman tentang kata pembenda.
2. Pelajar diminta untuk menyenaraikan kata penekan yang terdapat di dalam video di
aplikasi „wizer‟ secara berinteraksi.
https://app.wizer.me/learn/P3LASW
(e) LATIHAN
Sila bina lima ayat bagi kata penekan dengan partikel –nya yang betul.
2.2.2 KATA PEMBENDA
(a) DEFINISI
Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata
nama sebagai kata nama, misalnya lajunya, lantangnya. Contoh dalam ayat:
i. Lajunya ialah 100 km sejam.
ii. Bukan kepalang sakitnya.
iii. Dia berhujah dengan lantangnya.
(b) FORMULA
Menggunakan perkataan nyaMa yang mana nya- adalah partikel nya manakala Ma pula
merujuk kata nama.
nyaMa partikel yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan kata nama sebagai kata
nama.
(c) CONTOH
Tetapi, langkah itu ditangguhkan atas alasan kononnya mahu menilai kesan undang-
undang dan membuat penyelarasan tentang perkara tersebut dengan sekutu kuatnya, AS.
Sumber Sinar Harian 30 Januari 2020.