(d) AKTIVITI
1. Menggunakan platform „google form‟ untuk menjawab soalan sebagai aktiviti
pengukuhan.
https://forms.gle/dnRaCtohJ9HAUVz17
2. Menayangkan tayanagan video animasi di Youtube mengenai kata pembenda.
https://www.youtube.com/watch?v=QzkZUr89XOo
(e) LATIHAN
Sila bina lima ayat bagi kata pembenda dengan partikel –nya yang betul..
3.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, kata tugas mempunyai pelbagai jenis antaranya ialah kata prafrasa
dan pascafrasa. Kata prafrasa ini terbahagi kepada Sembilan jenis. Antaranya adalah kata
bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah, kata
bilangan dan kata adverba. Kata tugas prafrasa adalah kata tugas yang hadir sebelum satu
frasa. Walaupun mempunyai banyak jenis, tetapi kata tugas frasa mempunyai satu kata kunci
iaitu hadir sebelum frasa. Bagi kata tugas jenis pascakata pula terbahagi kepada dua jenis
iaitu kata penekan dan juga kata pembenda. Kata tugas jenis pascakata ini berada selepas
perkataan. Oleh itu, kata tugas jenis prafrasa dan pascakata ini sememangnya dua jenis kata
tugas yang berbeza. Satu berada sebelum frasa dan satu lagi berada selepas perkataan.
RUJUKAN
Amir Hazlin Lin (2011). Tatabahasa. Selangor: Sasbadi Sdn Bhd.
Nik Safiah Karim, Farid Onn, Hashim dan Abdul Hamid Mahmood (2012).
Tatabahasa Dewan Edisi Tida. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sinar Harian 20 Mac 2020
Harian Metro 23 Mac 2020
Berita Harian 17 April