KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK ISLAM DALAM KALANGAN SISWA GURU IPGM KAMPUS TAWAU, SABAH. DHABITAH YUMNI BINTI ZAIDI PISMP PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH AMBILAN JUN 2021 DR HALIMATUS SAADIAH BINTI MAT SAAD INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TAWAU 2024
KANDUNGAN Muka Surat KANDUNGAN i SENARAI JADUAL ii SENARAI RAJAH iii SENARAI SINGKATAN v SENARAI LAMPIRAN vi BAB 1: PENDAHULUAN 1.1Pengenalan 1.2Penyataan Masalah 1.3Tujuan Kajian 1.4Objektif Kajian 1.5Soalan Kajian 1.6 Hipotesis Kajian 1.7Skop dan Batasan Kajian 1.8Kepentingan Kajian 1.9 Definisi Operasional 1.10 Rumusan 1 1 2 4 4 4 4 5 6 8 10 BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan kepada Konteks Kajian 2.2 Teori Kajian 2.3 Dapatan Kajian-Kajian Lalu 2.4 Kerangka Konseptual 12 12 13 35 38
2.5 Rumusan 41 BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Persampelan 3.4 Instrumen Kajian 3.4.1 Kesahan 3.4.2 Kebolehpercayaan 3.5 Kajian Rintis 3.6 Prosedur Pengumpulan Data 3.7 Prosedur Penganalisisan Data 3.8 Rumusan 42 42 42 42 44 46 46 47 49 49 51 RUJUKAN 52 LAMPIRAN 56 i
SENARAI JADUAL Muka Surat Jadual 1 Krijcie dan Morgan dalam penentuan sampel saiz 43 Jadual 2 Pemetaan soal selidik 44 Jadual 3 Skala Pemeringkatan Likert 45 Jadual 4 Interprestasi Skor Alpha Cronbach 47 Jadual 5 Hasil Analisis Kebolehpercayaan 48 Jadual 6 Interprestasi Skor Min 50 Jadual 7 Korelasi Pearson Pallant 50 ii
SENARAI RAJAH Muka Surat Rajah 1 Kerangka Konseptual Kajian 39 iii
SENARAI SINGKATAN Singkatan Penerangan IPGM Institut Pendidikan Guru Malaysia IPGMKT Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau KPM Kementerian Pendidikan Malaysia PSAHMS Politektik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah SPSS Statistic Packages for Social Science v
SENARAI LAMPIRAN Lampiran A Surat kebenaran Lampiran B Carta gantt Lampiran C Borang soal selidik Lampiran D Alpha Cronbach Lampiran E Jadual Krijcie Morgan vi
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Bab ini merupakan pengenalan menyeluruh yang memperkenalkan kajian mengenai kefahaman dan pengamalan akhlak Islam di kalangan siswa guru Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau, Sabah. Ia mencakupi pendedahan terhadap masalah kajian, tujuan, objektif, persoalan, hipotesis, skop dan batasan kajian, sambil menyoroti kepentingan kajian ini dalam konteks pembangunan akhlak Islam dalam kalangan pendidik. Definisi operasional dan istilah-istilah kunci turut dijelaskan untuk memastikan kejelasan konsep. Sebagai asas bagi kajian mendalam terhadap pemahaman dan amalan siswa guru terhadap akhlak Islam di IPGMKT, Sabah. Pendidikan guru tidak hanya merujuk kepada proses penyampaian ilmu semata, tetapi juga meliputi usaha membentuk individu yang berakhlak tinggi (Salinda Sahrin & Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, 2022). Keutamaan pemahaman dan pengamalan akhlak Islam semakin menonjol dalam konteks pendidikan guru, di mana para pendidik masa depan diharapkan tidak hanya memiliki pengetahuan yang mendalam, tetapi juga mampu mempraktikkan akhlak yang mencerminkan keteladanan Islam. Melalui bab ini, pengkaji akan mengkaji dengan teliti bagaimana siswa guru di IPGMKT memahami dan mengamalkan akhlak Islam dalam kehidupan sehari-hari mereka. Melalui pemahaman dan pengamalan akhlak Islam, siswa guru bukan hanya menjadi pembawa ilmu yang cemerlang, tetapi juga model teladan yang dapat memotivasi generasi muda untuk memahami dan mengamalkan akhlak Islam dalam kehidupan. Oleh itu, bab ini memberikan tumpuan utama kepada kefahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam membentuk landskap pendidikan guru di IPGMKT, dengan harapan memberikan sumbangan yang signifikan terhadap peningkatan kualiti pendidikan dan akhlak Islam di kalangan siswa guru.
2 1.2 PERNYATAAN MASALAH Masalah kefahaman dan pengamalan akhlak terutama di kalangan pelajar di Institusi pengajian tinggi sering diperbincangkan. Mohd Khairi Shafie & Mohamad Khairi Othman Mohamad (2016) menjalankan kajian bagi mengenalpasti kefahaman dan pengamalan akhlak Islam di kalangan pelajar Politektik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Beliau memfokuskan pada kefahaman dan pengamalan akhlak Islam melibatkan 381 pelajar PSAHMS sebagai responden kajian. Beliau menggunakan perisian program Statistic Packages for Social Science (SPSS) versi 20.0 dalam menganalisis data yang diperolehi daripada borang kaji selidik. Dapatan kajian melalui soalan kefahaman akhlak mencatat keputusan 0.94. Bagi soalan pengamalan pula mencatat keputusan 0.97. Hasil dapatan kajian menjelaskan kefahaman ajaran Islam berdasarkan akhlak di kalangan responden adalah tinggi. Begitu juga dapatan kajian pengamalan akhlak Islam adalah tinggi. Walaubagaimanapun masih terdapat sebahagian kecil di kalangan responden yang memahami akhlak Islam, tetapi tidak mengamalkannya dalam kehidupan. Oleh itu, kesan dari kajian ini memperlihatkan bahawa pentingnya diberi penekanan terhadap pengamalan ajaran Islam kepada pelajar supaya dapat mengamalkan akhlak Islam dalam kehidupan harian dan seterusnya menjadi muslim yang baik akhlaknya. Daripada hasil kajian Annasaii Jamar et al. (2020) ke atas beberapa buah Politeknik di Malaysia pula mendapati, bahawa pelajar mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang tinggi berkait masalah sosial yang melanda di kampus, seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, mencuri barang rakan, membuli, gengsterisme, sex bebas, membuang bayi dan ada yang terlibat dengan penagihan dadah. Pihak institusi telah melakukan pelbagai usaha memberi kefahaman akhlak kepada pelajar dengan memberi pendedahan agama, manganjurkan program motivasi dan pengukuhan akhlak. Selain itu, pihak institusi juga menubuhkan persatuan dan kelab dalam menggalak dan menyokong pelajar dalam aktiviti yang bermanfaat seperti sukan, programprogram kebajikan dan sukarelawan, namun hasilnya sangat mengecewakan kerana masih terdapat pelajar yang terlibat dengan masalah keruntuhan akhlak yang menunjukkan tidak berlakunya pengamalan akhlak Islam dalam kehidupan pelajar Politeknik. Terdapat juga di kalangan tenaga pengajar dan pentadbir institusi yang mementingkan hanya kepada kecemerlangan kemahiran dan
3 akademik tanpa memberi penekanan terhadap kefahaman dan pengamalan beragama menyebabkan berlaku pengabaian terhadap kefahaman dan pengamalan akhlak Islam di kalangan pelajar. Manakala kajian berkenaan akhlak guru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam telah dilakukan bagi meninjau cara guru pendidikan Islam mengamalkan akhlak Islam didasarkan kepada teori al-Ghazali dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan oleh Sofeah Mohamed et al., (2016) yang bertajuk “Akhlak Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam” dengan melibatkan 3 orang guru Pendidikan Islam tingkatan empat dari 3 buah sekolah terpilih sebagai responden kajian. Dapatan kajian mendapati, dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas, guru Pendidikan Islam sentiasa mengamalkan akhlak yang mulia seperti ikhlas, kasih sayang, menegur kesilapan pelajar dengan berhikmah, memberi pengajaran secara bertahap dan beramal dengan ilmunya. Walaubagaimanapun kaedah penyampaian guru adalah mengikut kreativiti mereka sendiri. Hasil kajian yang diperolehi, contoh teladan akhlak guru yang baik dapat dijadikan panduan kepada semua guru. Masih terdapat kelompongan terhadap kefahaman dan pengamalan akhlak mulia di kalangan mahasiswa di universiti, sama ada universiti awam mahupun swasta. Ruslan Hassan et al. (2020) menjalankan kajian terhadap kefahaman akhlak Islam di kalangan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi. Kajian beliau merupakan kajian literatur melalui pengumpulan data penulisan ilmiah seperti buku, jurnal, tesis, seminar prosiding, kertas kerja dan juga dari laman sesawang yang berautoriti. Hasil kajian menjelaskan kefahaman terhadap akhlak Islam semakin terabai dan dipinggirkan dalam kehidupan mahasiswa. Beliau turut menjelaskan, kini semakin banyak penularan gejala sosial dan keruntuhan akhlak melibatkan mahasiswa awam dan swasta yang boleh memberi kesan negatif terhadap masyarakat. Sehubungan dengan itu, timbul persoalan apakah kefahaman dan pengamalan akhlak dalam kalangan siswa guru IPGMKT. Oleh itu satu kajian perlu dilakukan bagi mengenalpasti situasi semasa terhadap kefahaman dan pengamalan akhlak serta hubungan antaranya yang mungkin mempengaruhi akhlak siswa guru di IPGMKT.
4 1.3 TUJUAN KAJIAN Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman akhlak Islam dalam kalangan siswa guru muslim IPGMKT. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru muslim serta hubungan antaranya yang mungkin mempengaruhi akhlak siswa guru muslim di IPGMKT. 1.4 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif berikut. 1. Mengenalpasti tahap kefahaman akhlak Islam dalam kalangan siswa guru di IPGMKT. 2. Mengenalpasti tahap pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru di IPGMKT. 3. Mengenalpasti hubungan antara kefahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru IPGMKT. 1.5 PERSOALAN KAJIAN Kajian ini mempunyai persoalan seperti berikut: 1. Apakah tahap kefahaman akhlak Islam dalam kalangan siswa guru di IPGMKT? 2. Apakah tahap pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru di IPGMKT? 3. Adakah terdapat hubungan signifikan antara kefahaman dan pengamalan akhlak Islam di kalangan siswa guru di IPGMKT? 1.6 HIPOTESIS KAJIAN H˳¹: Terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman akhlak Islam dengan pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru di IPGMKT.
5 1.7 SKOP DAN BATASAN KAJIAN Skop kajian ini akan meneliti kefahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau (IPGMKT). Pemilihan siswa guru IPGMKT sebagai sampel penelitian, berdasarkan mereka merupakan calon guru yang akan membentuk generasi pelajar akan datang serta mempersiapkan diri dalam membentuk akhlak dalam pendidikan. Skop kajian akan meliputi penelitian pemahaman siswa guru terhadap konsep-konsep utama dalam akhlak Islam seperti kejujuran, kasih sayang dan keadilan. Faktor agama, khususnya ajaran Islam yang mempengaruhi pemahaman dan pengamalan akhlak di kalangan siswa guru IPGMKT, akan menjadi fokus utama. Metodologi yang digunakan adalah pendekatan kuantitatif dengan menggunakan tinjauan edaran borang soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data. Skala penelitian akan melibatkan siswa guru muslim IPGMKT dari berbagai program latihan perguruan untuk memberikan gambaran yang seimbang. Dengan demikian, pemilihan siswa guru muslim IPGMKT sebagai sampel kajian akan memberikan pemahaman yang lebih baik tentang konteks pendidikan mereka dan relevan dalam konteks pendidikan serta pembangunan masyarakat. Kajian ini juga mempunyai keterbatasan, meliputi keterbatasan waktu dan sumber rujukan yang membatasi kedalaman analisis dan keluasan sampel kajian. Selain itu, keterlibatan siswa guru IPGMKT dalam menjawab instrumen soal selidik yang dapat mempengaruhi kelengkapan dan ketepatan data yang dikumpulkan. Faktor luaran seperti perubahan dalam lingkungan sosial di kampus atau faktor luaran lainnya juga dapat mempengaruhi hasil kajian. Meskipun demikian, kajian ini akan berusaha untuk meminimumkan kesan terhadap faktor-faktor tersebut dengan memperhatikan konteks lingkungan kampus secara saksama. Terakhir, fokus kajian ini terbatas pada kefahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru IPGMKT, dengan tidak memperluas ruang lingkup kajian di IPGM lain. Dengan demikian, kajian ini memberikan pengetahuan mendalam tentang kefahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru IPGMKT serta relevan dalam konteks pendidikan dan pembangunan masyarakat.
6 Langkah-langkah dapat diambil untuk memperkuat akhlak Islam dalam pendidikan dan masyarakat secara keseluruhan sehingga mencipta lingkungan akhlak yang lebih baik bagi generasi mendatang. 1.8 KEPENTINGAN KAJIAN Terdapat beberapa kepentingan kajian ini sebagai langkah awal untuk memahami relevannya secara menyeluruh. Dengan memahami mengapa topik ini perlu diteliti lebih lanjut, serta mengapa pemahaman tentang hal ini penting bagi semua pihak yang terlibat, kita dapat melihat bagaimana penelitian ini dapat memberikan manfaat dan solusi bagi cabaran yang dihadapi dalam bidang ini. Kajian ini memberi kepentingan kepada beberapa golongan seperti berikut: Kepentingan Kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Kajian ini memiliki kepentingan yang besar bagi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana memberikan wawasan yang mendalam tentang pemahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru, yang sesuai dengan nilai dan objektif pendidikan negara. Dengan pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana siswa guru memahami dan mengamalkan ajaranajaran akhlak Islam, KPM dapat merumuskan dasar-dasar pendidikan yang lebih holistik dan sesuai dengan keperluan semasa. Hasil kajian ini juga dapat membantu KPM dalam penyusunan kurikulum dan program latihan guru yang lebih berfokus pada pengembangan akhlak Islam dalam kalangan pendidik. Dengan demikian, kajian ini memberikan sumbangan penting dalam usaha KPM untuk membina sistem pendidikan yang lebih komprehensif dan berdaya maju yang mempromosikan pembentukan individu yang berintegriti dan berakhlak mulia dalam masyarakat. Kepentingan Kepada Pihak Pentadbir Institusi Pendidikan Guru Kajian ini memiliki implikasi yang signifikan bagi pihak pentadbir institusi pendidikan guru kerana memberikan pandangan mendalam tentang keperluan dan cabaran dalam memperkukuhkan kemahaman dan pengamalan akhlak
7 Islam dalam kalangan siswa guru IPGMKT. Sebagai pengelola institusi pendidikan guru, pihak pentadbir memiliki tanggungjawab untuk menciptakan lingkungan pendidikan yang mendukung pengembangan akhlak siswa guru. Dengan memahami faktor-faktor yang mempengaruhi kemahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru, pihak pentadbir institusi pendidikan guru dapat merancang dan melaksanakan program dan inisiatif yang sesuai untuk memperkuat akhlak Islam dalam kurikulum dan aktiviti sekolah. Ini termasuk penyediaan latihan dan bimbingan kepada staf pengajar, pengembangan program pembinaan karakter, serta pengintegrasian akhlak Islam dalam kehidupan kampus secara menyeluruh. Dengan demikian, kajian ini memberikan panduan yang berharga bagi pihak pentadbir institusi pendidikan guru dalam usaha membentuk siswa guru yang bukan sahaja berkualiti malah berakhlak mulia. Kepentingan Kepada Siswa Guru Kajian ini memiliki manfaat yang besar bagi siswa guru kerana memberikan panduan dan bimbingan tentang bagaimana mereka dapat meningkatkan pemahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam pelaksanaan pengajaran siswa guru. Sebagai siswa guru yang sedang menjalani latihan dan pembelajaran, siswa guru memerlukan arahan yang jelas dan sokongan dalam memahami dan menerapkan akhlak Islam dalam konteks pendidikan. Hasil kajian ini dapat membantu calon guru memperdalam pemahaman terhadap akhlak Islam dan keagamaan mereka, yang kemudian tercermin dalam interaksi mereka dengan pelajar, rakan-rakan dan masyarakat. Dengan pemahaman yang lebih mendalam tentang pentingnya akhlak Islam dalam pendidikan dan kehidupan sehari-hari, siswa guru dapat menjadi agen perubahan yang positif dalam mempromosikan budaya keagamaan dan akhlak di sekolah dan masyarakat secara lebih luas. Oleh kerana itu, kajian ini memberikan sumbangan penting dalam pembinaan profesion dan kesedaran akhlak siswa guru, yang akan membekalkan mereka dengan alat yang diperlukan untuk menjadi seorang pendidik yang berkualiti dan beretika.
8 Kepentingan Kepada Pelajar Sekolah Kajian ini memiliki kepentingan yang besar bagi pelajar sekolah. Pertama, kajian ini dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang konsep-konsep akhlak Islam, seperti kejujuran, kasih sayang, dan keadilan, yang merupakan aspek penting dalam pembentukan karakter. Dengan pemahaman yang lebih baik tentang nilai-nilai agama, pelajar dapat memperkuat identiti keagamaan mereka dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan sehari-hari. Selain itu, pembentukan karakter yang didasarkan pada akhlak Islam juga dapat membantu pelajar dalam pengembangan keterampilan sosial, emosi, dan moral yang diperlukan untuk menghadapi cabaran di masa depan. Melalui kajian ini, pelajar juga dapat menjadi lebih sedar akan pentingnya menjaga akhlak dalam interaksi mereka dengan orang lain, serta memperkuat komitmen mereka terhadap prinsip-prinsip agama. Dengan demikian, kajian tentang kefahaman dan pengamalan akhlak Islam di kalangan siswa guru sangat penting bagi pembentukan karakter dan perkembangan peribadi pelajar sekolah. Secara keseluruhannya, kepentingan kajian ini meluas dan beragam. Ia relevan untuk pembangunan sistem pendidikan negara, pembentukan budaya institusi pendidikan, peningkatan profesion siswa guru serta pembentukan akhlak pelajar. Dengan pemahaman yang lebih baik tentang akhlak Islam, kajian ini dapat membantu mencipta lingkungan pendidikan yang lebih positif dan memberikan kesan yang berterusan dalam pembangunan masyarakat. 1.9 DEFINISI OPERASIONAL / ISTILAH Beberapa terminologi digunakan dalam melaksanakan kajian ini. Oleh itu, penerangan mengenai definisi secara operasional diterangkan mengikut konteks kajian untuk mempermudah pemahaman berkaitan perbincangan. KEFAHAMAN Dalam kajian ini, "kefahaman" merujuk kepada pemahaman siswa guru di IPGMKT terhadap prinsip-prinsip dan ajaran-ajaran penting dalam Islam yang berkaitan dengan akhlak. Ini melibatkan pemahaman mereka tentang nilai-nilai seperti kejujuran, kasih sayang, keadilan, dan kesabaran serta bagaimana nilai-
9 nilai ini mempengaruhi perilaku mereka sebagai pendidik. Kefahaman juga meliputi kemampuan mereka untuk menjelaskan konsep-konsep ini dengan jelas kepada murid-murid mereka dan menerapkan ajaran-ajaran Islam dalam keputusan sehari-hari dan juga dalam interaksi sosial. Dengan kata lain, kefahaman tidak hanya tentang pengetahuan konseptual, tetapi juga kemampuan untuk mengaplikasikan akhlak tersebut dalam tindakan sehari-hari. PENGAMALAN Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996) mendefinisikan “pengamalan” ialah perihal mengamalkan, kesungguhan hati mengerjakan sesuatu, pelaksanaan, pengamal orang yang bergiat dalam sesuatu profesion atau pekerjaan sehariharinya. "Pengamalan" dalam konteks kajian ini merujuk kepada cara siswa guru menerapkan ajaran-ajaran akhlak Islam dalam kehidupan sehari-hari mereka serta peranan mereka sebagai calon guru. Ini melibatkan tindakan mereka terhadap nilai-nilai agama seperti kejujuran, kasih sayang, keadilan, dan integriti dalam interaksi sehari-hari dengan orang lain, baik di lingkungan kampus mahupun di luar lingkungan akademik. Pengamalan juga meliputi bagaimana siswa guru mengaplikasikan ajaran-ajaran akhlak Islam dalam mengambil keputusan, menyelesaikan konflik, dan memperlihatkan akhlak dalam berbagai situasi kehidupan. Dengan kata lain, pengamalan akhlak Islam mencerminkan bagaimana siswa guru mengintegrasikan agama ke dalam tindakan nyata mereka, yang seterusnya membentuk perilaku dan sikap mereka sebagai individu dan pendidik. AKHLAK ISLAM "Akhlak Islam" merujuk kepada serangkaian nilai, prinsip dan tindakan yang diambil dari ajaran agama Islam yang menuntut individu untuk bertindak dengan akhlak yang baik dalam kehidupan sehari-hari. Nilai-nilai ini meliputi prinsipprinsip seperti kejujuran, kasih sayang, keadilan, kesabaran, pengampunan dan ketaatan kepada Allah. Akhlak Islam menekankan pentingnya perilaku yang baik dan menjunjung tinggi nilai-nilai kebajikan dalam hubungan antara manusia, baik dengan sesama manusia mahupun dengan Allah. Ini termasuk aspek-aspek seperti hubungan sosial, tanggungjawab sosial dan keselarasan dengan prinsip-
10 prinsip Islam dalam semua aspek kehidupan. Dalam konteks kajian ini, pemahaman dan pengamalan akhlak Islam di kalangan siswa guru IPGMKT menjadi fokus utama untuk dikaji bagaimana ajaran-ajaran agama Islam tercermin dalam perilaku dan sikap mereka sebagai calon guru. SISWA GURU "Siswa guru” dalam konteks kajian ini merujuk kepada individu yang sedang mengikuti pendidikan dan latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau (IPGMKT). Mereka telah mendaftar sebagai mahasiswa dalam program pendidikan keguruan yang diselenggarakan oleh institusi ini. Proses pendidikan mereka meliputi berbagai aspek, mulai dari aspek akademik hingga aktiviti lapangan. Secara akademik, siswa guru terlibat dalam pembelajaran yang mendalam tentang metod mengajar, kurikulum, psikologi pendidikan dan penilaian pembelajaran. Mereka juga terlibat dalam latihan mengajar di sekolahsekolah yang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan lainnya sebagai sebahagian dari aktiviti pengajaran di lapangan. Selain aspek akademik, pendidikan keguruan di IPGMKT juga merangkumi pengembangan aspek sosial dan profesion siswa guru. Mereka diberi latihan untuk memahami dan mengelola aktiviti dalam lingkungan pendidikan, termasuk interaksi sosial dengan rakanrakan siswa, komuniti IPGMKT, komuniti sekolah dan masyarakat. Mereka juga diajar tentang cara berperilaku dengan baik, bertanggungjawab dan mempunyai tekad yang kuat terhadap kerjaya sebagai bakal guru. Oleh itu, istilah 'siswa guru' dalam konteks kajian ini merangkumi individu-individu yang sedang dalam proses belajar sebagai calon guru yang berketerampilan, baik dari segi pengetahuan, mahupun sikap. Mereka merupakan kelompok yang sangat relevan dalam konteks pemahaman dan pengamalan akhlak Islam kerana peranan penting mereka sebagai agen perubahan dalam membentuk akhlak di kalangan generasi muda melalui pendidikan. 1.10 RUMUSAN Secara keseluruhan, bab pertama ini membentuk asas yang kukuh bagi keseluruhan kajian, memberikan gambaran umum, memperkenalkan isu-isu
11 utama, merumuskan objektif-objektif dan persoalan-persoalan kajian, serta menyajikan hipotesis dan definisi operasional yang relevan. Ini akan memudahkan pembaca untuk memahami dengan lebih mendalam tentang topik kajian ini dan mengikuti perkembangan penyelidikan dengan lebih baik.
12 BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN Dalam bab ini, beberapa aspek penting yang menjadi landasan terhadap kajian kefahaman dan pengamalan akhlak Islam di kalangan siswa guru Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau (IPGMKT) akan dibincangkan. Pengkaji berpendapat bahawa siswa guru IPGMKT merupakan kumpulan yang penting dalam konteks kajian kefahaman dan pengamalan akhlak Islam. Sebagai calon guru yang sedang menempuh pendidikan perguruan, kefahaman dan pengamalan mereka terhadap akhlak Islam memainkan peranan yang signifikan dalam membentuk identity professional dan personal mereka. Siswa guru IPGMKT adalah individu yang berada dalam proses pembentukan sebagai pendidik dan model yang berperanan dalam masyarakat. Oleh itu, pemahaman terhadap prinsip-prinsip akhlak Islam tidak hanya mempengaruhi kehidupan peribadi mereka tetapi juga akan memberi impak yang besar kepada pelajar yang mereka didik di masa akan datang. Dalam konteks ini, pengkaji bercadang untuk mengkaji secara mendalam kefahaman siswa guru IPGMKT terhadap ajaran-ajaran akhlak Islam dan sejauhmana mereka mengaplikasikannya dalam kehidupan sehari-hari, terutamanya dalam konteks persekitaran pendidikan. Analisis terhadap aspek ini akan memberikan pandangan yang jelas tentang bagaimana akhlak Islam diserap dan diamalkan oleh bakal-bakal pendidik serta mencorakkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mereka gunakan dalam bilik darjah. Dalam memahami konteks kajian ini, pengkaji dapat meneliti pengaruh pendidikan keagamaan terhadap pembentukan identiti profesional dan akhlak siswa guru IPGMKT serta kesannya terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan guru. Ini juga membantu menggariskan langkah dan strategi untuk meningkatkan kefahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru yang akhirnya nanti akan meningkatkan integriti akhlak dalam landskap pendidikan negara.
13 2.2 TEORI/ MODEL KAJIAN Teori kajian merupakan landasan intelektual yang digunakan untuk membimbing dan menjelaskan suatu proses penyelidikan atau analisis mendalam terhadap sampel kajian (Mohammed Lawal Yahaya et al., 2019). Teori kajian membantu pengkaji merumuskan pertanyaan penelitian, memilih metod pengumpulan data, serta memberikan dasar bagi analisis dan menjelaskan hasil. Dengan menyediakan kerangka konsep, teori kajian menjadi alat penting dalam memahami dan menjelaskan suatu fenomena yang diteliti dalam berbagai bidang ilmu. Teori atau model kajian yang menjadi dasar penyelidikan ini memainkan peranan penting dalam membentuk struktur konseptual penyelidikan kefahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru, khususnya siswa guru di IPGMKT. Teori atau model ini dipilih dengan teliti untuk memberikan landasan yang kukuh, memandu analisis dan memberikan arah kepada penyelidikan ini. Dengan merangkum teori atau model yang sesuai, kajian ini berusaha menggali aspek-aspek penting yang membentuk pemahaman dan tindakan siswa guru dalam mengaplikasikan nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan sehari-hari. Diharapkan teori/ model ini dapat memberikan wawasan mendalam dan memberikan kerangka kerja yang berdayaguna untuk menjelaskan kefahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam konteks siswa guru, khususnya di IPGMKT. Oleh itu beberapa tokoh dikaitkan memberi sumbangan yang besar dalam pengembangan teori akhlak Islam adalah seperti berikut. 2.2.1 TEORI/MODEL AL- GHAZALI (1058-1111M). Imam Al- Ghazali seorang cendekiawan muslim terkemuka dikenal sebagai “Hujjat al-Islam”(Bukti Islam), menyumbang banyak pemikiran dalam bidang akhlak Islam. Dalam karyanya “Ihya’ Ulum al- Din” (Pemulihan Ilmu-Ilmu Keagamaan), beliau mengembangkan teori akhlak yang mencakupi konsep tazkiyat al-nafs (pembersihan jiwa) dan pentingnya mendekatkan diri kepada Allah melalui perbuatan amal dan perbuatan yang baik (Rosni Wazir et al., 2021). Salah satu teori yang dikembangkan oleh al-Ghazali adalah ‘Ilmu dan Pengalaman’. Al-Ghazali memandang ilmu sebagai pra syarat utama bagi pengembangan akhlak yang baik. Teori ini menekankan pentingnya pengalaman langsung dalam memahami dan menerapkan ajaran agama. Al-Ghazali
14 berpendapat bahawa kefahaman yang sebenar tidak hanya dapat diperoleh melalui pembelajaran intelektual, tetapi juga melalui pengalaman spiritual dan pengamalan dalam kehidupan (Muhammad Zulazizi Mohd Nawi, 2021). Seseorang individu misalnya, dapat mengembangkan pemahaman mereka tentang ajaran agama tidak hanya melalui pembelajaran melalui teks-teks agama, tetapi juga melalui pengalaman langsung dalam mengamalkan akhlak Islam dalam kehidupan sehari-hari mereka. Melalui teori ‘Ilmu dan Pengalaman’, terdapat konsep-konsep tertentu dari pemikiran al-Ghazali yang dapat membimbing kajian ini. Salah satu konsep utama adalah konsep ‘Niyyah’ (niat). Al-Ghazali menyatakan bahawa, niat yang baik adalah landasan penting dalam setiap tindakan (Azmawida Abdullah et al., 2021). Niat yang murni merupakan kunci untuk mencapai kebaikan yang sejati dan diterima oleh Allah. Dalam konteks ini, seseorang individu dapat memahami bagaimana niat yang tulus dapat mempengaruhi tindakan mereka dalam membentuk karakter dan perilaku yang sesuai dengan ajaran Islam. Contohnya, apabila seseorang memahami konsep niyyah, mereka dapat lebih memahami dan bermotivasi untuk melakukan aktiviti yang diamanahkan kepadanya. Ini akan membantu meningkatkan kualiti aktiviti yang mereka lakukan. Selain itu, konsep "Taqwa" (kesolehan) juga relevan. Menurut Al- Ghazali, taqwa memacu seseorang individu ke arah kesolehan dan ketaatan kepada Allah dalam segala aspek kehidupan. Taqwa juga merujuk pada kesedaran terhadap keberadaan Allah dan tanggungjawab yang melekat pada dirinya. Al-Ghazali berpandangan bahawa, taqwa adalah pangkal segala kebaikan dan perlindungan dari segala kejahatan. Pemahaman tentang taqwa dapat membimbing seseorang dalam menilai dan meningkatkan hubungan mereka dengan Allah serta menghadirkan akhlak yang mulia melalui kegiatan sehari-hari dalam lingkungan persekitarannya. Konsep ‘Sabar’ (kesabaran) juga turut dikemukakan di mana menurut Al-Ghazali, kesabaran adalah sifat yang penting dalam menghadapi cabaran dan ujian dalam kehidupan. Beliau menekankan bahawa, dengan bersabar seseorang dapat mengatasi godaan dan ujian hidup dengan lebih baik serta memperkuat ikatan spiritual dengan Allah. Konsep sabar menjadi penting karena seseorang individu tidak terlepas berhadapan dengan berbagai ujian dan cabaran dalam kehidupan. Al- Ghazali juga mengenengahkan konsep ‘Muhasabah’ (pemeriksaan dalaman). Muhasabah menjurus kepada proses memeriksa dan menilai diri bagi membantu memperbaiki diri secara spritual. Beliau menekankan pentingnya refleksi diri
15 dalam menilai perbuatan dan kesalahan, serta membaiki perilaku yang tidak sesuai dengan ajaran agama. Konsep muhasabah dapat membimbing dalam menilai tindakan sehari-hari dan memperbaiki aspek-aspek diri yang tidak sesuai dengan ajaran agama. Model Pembentukan Karakter, seperti model ‘Tarbiyah’, juga dapat membantu dalam memahami dan mengamalkan akhlak Islam. Dalam model ini, mereka dibimbing untuk mengembangkan kefahaman yang mendalam tentang akhlak Islam melalui pendekatan holistik yang melibatkan aspek pendidikan, latihan, dan pembinaan (pemantapan) (Khairani Zakariya, 2012). Dari aspek pendidikan misalnya, diberikan pelajaran yang berstruktur tentang prinsip-prinsip akhlak Islam dalam kurikulum, meliputi pembelajaran tentang konsep-konsep seperti kejujuran, kesabaran, dan kasih sayang. Melalui latihan, diberi latihan amalan untuk menerapkan akhlak yang baik dalam kehidupan sehari-hari di dalam lingkungan mahupun di luar lingkungan mereka. Ini meliputi, latihan praktikal, diskusi kelompok yang menekankan prinsip-prinsip akhlak. Selain itu, bimbingan pemantapan diri dari mentor atau pakar dalam bidang akhlak Islam, yang membantu dalam menilai dan meningkatkan secara individu. Melalui model ini, mereka diberikan alat dan panduan yang diperlukan untuk mengamalkan akhlak Islam dalam kehidupan sehingga membentuk karakter yang dikehendaki oleh agama Islam (Nadia Yusri et al., 2024). Model ini memberikan pendekatan menyeluruh melalui gabungan pembelajaran, latihan, dan pembinaan untuk mencapai tujuan pembentukan karakter yang diinginkan. Dengan mengintegrasikan teori dan konsep-konsep yang diajarkan oleh Al-Ghazali, kajian ini akan menyediakan pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana pemahaman dan pengamalan akhlak Islam di kalangan siswa guru di IPGMKT tercermin dalam diri mereka. KEFAHAMAN AKHLAK ISLAM BERDASARKAN TEORI AL-GHAZALI Teori/model akhlak Islam yang dikemukakan oleh Al- Ghazali memberikan kerangka kerja yang mendalam bagi siswa guru di IPGMKT untuk memahami akhlak Islam. Berikut adalah bagaimana teori dan model yang diajarkan oleh alGhazali memberikan pemahaman yang mendalam tentang akhlak Islam kepada siswa guru melalui beberapa mekanisma yang penting:
16 Teori ini menekankan kepada pentingnya pengetahuan dan pengalaman dimana pemahaman tentang Allah dan kesedaran akan-Nya merupakan asas utama dalam membentuk akhlak yang mulia. Siswa guru diajak untuk memahami bahawa akhlak yang baik tidak hanya bersumber dari pengetahuan teori, tetapi juga dari pengalaman spiritual dan amalan langsung dalam kehidupan seharihari. Dengan demikian, mereka belajar bahawa kepatuhan pada ajaran Islam bukan sekadar mengerti secara intelektual, tetapi juga melibatkan pengalaman mendalam secara peribadi. Model pembentukan karakter, iaitu penerapan konsep-konsep akhlak dalam kehidupan sehari-hari turut diajar oleh Al-Ghazali seperti model ‘Tarbiyah’, memberikan struktur yang jelas bagi siswa guru untuk memahami dan mengamalkan akhlak Islam dalam kehidupan mereka. Mereka tidak hanya belajar tentang konsep-konsep seperti kejujuran, kesabaran, dan kasih sayang, tetapi juga diberi kesempatan untuk menerapkannya dalam interaksi sehari-hari dengan murid, sesama guru dan masyarakat. Teori/ model yang diajarkan oleh al-Ghazali membantu siswa guru untuk memahami konsep-konsep penting dalam akhlak Islam, seperti niyyah (niat yang tulus), taqwa (kesalehan), sabar (kesabaran), dan muhasabah (introspeksi diri). Mereka belajar bahawa aspek-aspek ini merupakan landasan utama dalam membentuk karakter yang baik menurut ajaran Islam. Siswa guru tidak hanya diberi pemahaman teori tentang akhlak Islam, tetapi juga diberi kesempatan untuk menerapkannya dalam konteks pendidikan. Melalui pengalaman langsung dalam mengajar, mendampingi murid, dan berinteraksi dengan sesama guru, mereka akan dapat melihat bagaimana prinsip-prinsip akhlak Islam dapat diterapkan dalam praktek pendidikan seharihari. Dengan demikian, teori dan model yang dikemukakan oleh al-Ghazali memberikan pemahaman yang holistik dan terpadu tentang akhlak Islam kepada siswa guru, yang merangkumi aspek teori, praktis, dan pedagogi. Hal ini membantu mereka untuk menjadi pendidik yang tidak hanya professional yang terlatih, tetapi juga memiliki karakter yang kuat dan berakhlak sesuai dengan ajaran Islam.
17 PENGAMALAN AKHLAK ISLAM BERDASARKAN TEORI/MODEL ALGHAZALI Melalui pemerhatian teori/ model akhlak Islam yang disampaikan oleh al-Ghazali, pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru dapat dilihat sebagai suatu proses yang melibatkan kesedaran yang mendalam terhadap nilai-nilai agama. Siswa guru yang mengikuti teori ini cenderung mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap akhlak Islam, seperti kejujuran, kesabaran, dan kasih sayang. Mereka tidak hanya memahami nilai-nilai tersebut secara teoritis, tetapi juga berusaha untuk mengintegrasikannya dalam setiap aspek kehidupan mereka, baik dalam interaksi dengan murid, sesama guru, mahupun masyarakat umum. Pengamalan teori al-Ghazali juga mencerminkan sikap kesederhanaan dalam kehidupan siswa guru. Mereka cenderung menjalani kehidupan dengan sederhana dan hemat, mengutamakan keperluan yang sesuai dengan prinsipprinsip agama Islam daripada tergoda oleh kemewahan dunia. Hal ini menunjukkan komitmen mereka dalam mengamalkan akhlak Islam dalam kehidupan sehari-hari. Selain itu, siswa guru akan menunjukkan kemampuan yang lebih baik dalam mengendalikan diri dan bersikap sabar dalam menghadapi berbagai rintangan dan ujian dalam kehidupan. Mereka mampu mengatasi konflik dan masalah dengan tenang serta tidak tergesa-gesa dalam mengambil keputusan, sesuai dengan prinsip-prinsip akhlak Islam yang diajarkan oleh al-Ghazali. Pengamalan teori ini juga tercermin dalam kepatuhan siswa guru terhadap hukum Allah dalam syariat Islam. Mereka berusaha untuk menjalani kehidupan sesuai dengan ajaran agama Islam dan mempraktikkan ketaatan terhadap ibadah, akidah, dan akhlak dalam setiap aspek kehidupan mereka. Hal ini menunjukkan kesungguhan mereka dalam mengikuti ajaran agama dan menjadi teladan bagi orang lain. Selain itu, siswa guru juga cenderung melakukan refleksi diri secara teratur dan mengadakan muhasabah terhadap perilaku dan tindakan mereka. Ini kerana didorong oleh rasa penyesalan terhadap perbuatan dosa yang telah dilakukan dan mengharapkan ampunan daripada Allah SWT (Ainul Mardziah Zulkifli, 2018). Mereka memperbaiki kesalahan-kesalahan yang dilakukan dan terus berusaha untuk menjadi peribadi yang lebih baik sesuai dengan ajaran
18 agama Islam. Hal ini menunjukkan kesungguhan mereka dalam memperbaiki diri dan mencapai kesempurnaan akhlak. Pengamalan teori/ model akhlak Islam al-Ghazali memberikan pandangan yang holistik dan praktis tentang bagaimana siswa guru dapat menjadi teladan yang baik dalam masyarakat. Dengan mempraktikkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan sehari-hari. Mereka tidak hanya menjadi agen perubahan yang positif dalam masyarakat, tetapi juga memberikan sumbangan yang besar dalam pembentukan generasi yang memiliki akhlak yang mulia. HUBUNGAN KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK ISLAM BERDASARKAN TEORI/ MODEL AL- GHAZALI Terdapat hubungan yang erat antara kefahaman dan pengamalan akhlak Islam terhadap siswa guru melalui teori dan model yang diajukan oleh al-Ghazali. Teori dan model al-Ghazali memberikan landasan yang kuat untuk pemahaman yang mendalam tentang prinsip-prinsip akhlak Islam serta bagaimana prinsip-prinsip ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. Melalui pemahaman yang lebih baik tentang konsep-konsep seperti kesedaran akan Allah, pengendalian diri, kesederhanaan dan muhasabah, siswa guru dapat menyerap nilai-nilai tersebut dan mengaplikasikannya dalam interaksi mereka dengan murid, pensyarah, rakan di kampus dan masyarakat secara keseluruhan. Mereka akan lebih cenderung untuk menunjukkan perilaku yang mencerminkan akhlak Islam yang baik seperti kesabaran, toleransi, kerendahan hati, dan kejujuran. Selain itu, pemahaman yang mendalam tentang ajaran agama dan akhlak Islam juga dapat membantu siswa guru untuk membuat keputusan yang lebih baik dalam situasi-situasi yang sukar dan memerlukan kepada pertimbangan akhlak yang wajar. Mereka akan memiliki landasan yang kuat untuk menilai tindakan mereka berdasarkan prinsip-prinsip akhlak Islam, sehingga meningkatkan kemampuan mereka dalam membuat keputusan yang adil dan bertanggungjawab. Dengan demikian, teori dan model al-Ghazali dapat berfungsi sebagai panduan yang berharga bagi siswa guru dalam memahami dan mengamalkan
19 akhlak Islam, serta mengaplikasikannya dalam perlakuan seharian mereka sebagai bakal pendidik. Ini akan memungkinkan mereka untuk menjadi pendidik yang lebih berkesan dan membawa impak positif dalam membentuk karakter dan akhlak generasi mendatang. 2.2.2 TEORI/MODEL IBNU MISKAWAIH (932- 1030) Ibnu Miskawaih, juga dikenali sebagai Abu 'Ali Ahmad ibn Muhammad ibn Ya'qub ibn Miskawaih, merupakan seorang falsafah dan ahli akhlak Islam yang hidup pada abad ke-10 Masihi. Dalam karyanya yang terkenal, "Tahdhib al-Akhlaq" (Pengendalian Akhlak), Ibn Miskawaih menghuraikan beberapa teori dan model yang relevan dengan akhlak Islam dengan menekankan berbagai aspek perilaku manusia. TEORI/MODEL Melalui pandangan Ibnu Miskawaih terhadap akhlak Islam, terdapat beberapa teori dan model yang diajukan. Teori Kebahagiaan dan Kesejahteraan, Ibnu Miskawaih percaya bahawa kebahagiaan sejati dapat dicapai melalui amalan akhlak dan kebijaksanaan (Muhammad Nova Sarof, 2021). Baginya, individu yang hidup sesuai dengan akhlak Islam dan prinsip kebijaksanaan akan merasakan kebahagiaan yang lebih tinggi, bukan hanya dalam konteks duniawi, tetapi juga dalam aspek spiritual. Baginya, kebahagiaan bukanlah tujuan utama, melainkan hasil dari pengalaman hidup yang didasari oleh prinsip-prinsip akhlak Islam. Teori Kesempurnaan, Ibnu Miskawaih meyakini bahawa tujuan akhir kehidupan manusia adalah mencapai kesempurnaan atau kebahagiaan hakiki. Kesempurnaan ini dapat dicapai melalui pengembangan pengetahuan, penggunaan akal secara bijaksana dan pembentukan akhlak mulia. Dalam teori ini, Ibnu Miskawaih menekankan nilainilai seperti kebijaksanaan, keadilan, keberanian, kesederhanaan dan kesabaran sebagai asas-asas utama akhlak yang harus dimiliki oleh individu. Model Karakter (Tarbiyah) Ibn Miskawaih menekankan pentingnya pendidikan dan pembinaan karakter dalam membentuk akhlak yang baik. Menurutnya, proses pendidikan harus berfokus pada pembentukan sifat-sifat positif seperti
20 kebijaksanaan, kesabaran dan keadilan, sambil menghindari sifat-sifat negatif. Menurutnya, pendidikan adalah kunci untuk membentuk karakter yang baik dan akhlak yang tinggi. Ini melibatkan pembangunan karakter melalui proses pendidikan yang berlanjutan. Prinsip-prinsip Kehendak (Mabadi' al-Mashiyat) juga salah satu daripada konsep utama dalam pemikiran Ibnu Miskawaih, di mana ia menekankan peranan penting kehendak manusia dalam membentuk perilaku dan karakter. Beliau mengemukakan bahawa kehendak manusia memainkan peranan penting dalam membentuk perilaku dan karakter, termasuk pengendalian hawa nafsu dan kecenderungan kepada kebaikan. Model Keseimbangan dan Kesederhanaan Ibnu Miskawaih menekankan pentingnya menjaga keseimbangan antara berbagai aspek kehidupan, baik jasmani mahupun spiritual. Baginya, melampau dalam perilaku atau pemikiran tidak sejalan dengan ajaran Islam yang mengutamakan keseimbangan. Oleh karena itu, individu harus memperjuangkan keseimbangan antara kehendak jasmani dan spiritual serta antara hak-hak individu dan tanggungjawab sosial. KEFAHAMAN AKHLAK ISLAM BERDASARKAN TEORI/MODEL IBN MISKAWAIH Teori/model akhlak Islam yang dikemukakan oleh Ibn Miskawaih memberikan kerangka kerja yang mendalam bagi siswa guru di IPGMKT untuk memahami akhlak Islam. Karya terkenal Ibn Miskawaih adalah "Tahzib al-Akhlaq" atau "Penyempurnaan Akhlak", yang membahas berbagai aspek akhlak Islam dan perilaku manusia seperti keadilan, keseimbangan, kepemimpinan dan pembinaan karakter yang relevan dengan profesion keguruan. Berikut adalah bagaimana teori dan model ini memberi kefahaman akhlak Islam kepada siswa guru. Konsep keadilan (Adl), dalam karya Ibn Miskawaih dapat membantu siswa guru memahami pentingnya memperlakukan semua orang dengan adil dan setara, tanpa memandang perbezaan apapun (Kamal Azmi Abd. Rahman, 2016). Pentingnya keadilan, Ibn Miskawaih menganggap keadilan sebagai prinsip penting dalam akhlak Islam. Baginya, keadilan adalah landasan dari segala kebaikan dan individu harus bertindak adil dalam semua aspek kehidupan. Hal ini dapat menginspirasi siswa di IPGMKT untuk menanamkan
21 nilai-nilai keadilan dalam proses pendidikan mereka, baik dalam memberikan perlakuan yang adil kepada murid-murid mahupun dalam mengelola kegiatan pendidikan secara keseluruhan. Konsep Keseimbangan (Tawazun) dapat membantu siswa guru memahami dalam mengelola waktu dan tenaga mereka dengan bijaksana, sehingga dapat menjaga keseimbangan antara akademik, tugas mengajar dan kehidupan peribadi. Konsep keseimbangan Ibn Miskawaih menekankan pentingnya keseimbangan dalam kehidupan individu. Menurutnya, kebaikan sejati hanya dapat dicapai melalui keseimbangan di mana membantu siswa guru menemukan keseimbangan antara belajar, berinteraksi dengan lingkungan dan mengembangkan diri mereka sendiri. Dengan menjaga keseimbangan antara aspek-aspek ini, siswa guru dapat mengalami pertumbuhan yang seimbang dalam kecerdasan intelektual, emosi, sosial dan agama. Ini semua dapat memberi kefahaman dan panduan kepada mereka untuk mencari keseimbangan antara keperluan akademik, sosial dan agama dalam kehidupan sebagai siswa dan calon guru. Pemikiran Ibn Miskawaih juga mencakupi pembinaan karakter (Tarbiyah), yang penting dalam membentuk peribadi yang baik dan berkualiti bagi siswa guru. Dengan memahami konsep-konsep ini, siswa guru dapat memperoleh kefahaman yang lebih mendalam tentang akhlak Islam dalam pendidikan serta bagaimana menerapkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurutnya, pendidikan dan pembentukan karakter adalah proses lanjutan yang melibatkan pengembangan intelektual, emosi dan spiritual individu. Ibn Miskawaih menekankan pentingnya pembinaan karakter atau tarbiyah dalam pengembangan akhlak yang baik. Bagi siswa guru di IPGMKT, ini dapat menginspirasi mereka untuk memahami bahawa pendidikan bukan hanya tentang penguasaan ilmu, tetapi juga pembentukan karakter yang kuat dan akhlak yang baik sebagai guru. Ibn Miskawaih menekankan pentingnya menjaga kemurnian dan kebaikan dalam diri individu serta membersihkan diri dari sifat-sifat negatif. Konsep Pemuliaan dan Kemuliaan Diri (Tanziyah wa-Takhliyah), melibatkan keupayaan untuk membersihkan jiwa dari sifat-sifat buruk seperti kebencian, iri hati, dan keangkuhan. Siswa guru di IPGMKT dapat menggali konsep ini untuk
22 meningkatkan pemahaman dan kesedaran berterusan untuk membaiki diri dan menghilangkan sifat-sifat yang menghalangi perkembangan akhlak mereka. Ibn Miskawaih menegaskan pentingnya akhlak Islam dalam bidang pendidikan, menganggapnya sebagai proses tahdhib yang bertujuan untuk mengubah perilaku dan pola fikir individu menuju kebaikan dan kesempurnaan akhlak. Hal ini dapat membimbing siswa IPGMKT untuk memahami bahawa peranan mereka sebagai pendidik bukan hanya memberi pengetahuan, tetapi juga membantu murid dalam pengembangan akhlak dan karakter. Selain itu, siswa guru dapat mencapai potensi maksimum sebagai individu yang bertanggung jawab dan berakhlak baik. Ini melibatkan proses pengembangan karakter, kepemimpinan dan akhlak yang positif melalui pendidikan formal dan informal. PENGAMALAN AKHLAK ISLAM BERDASARKAN TEORI/MODEL IBN MISKAWAIH: Pengamalan akhlak Islam berdasarkan teori atau model Ibn Miskawaih merangkumi prinsip-prinsip yang diajarkan olehnya dalam karya-karyanya tentang falsafah akhlak. Berikut adalah beberapa aspek pengamalan akhlak Islam yang dapat disimpulkan dari teori atau model Ibn Miskawaih. Ibn Miskawaih menekankan pentingnya pengembangan akhlak yang baik (pengembangan karakter yang baik) sebagai tujuan utama kehidupan manusia. Pengamalan akhlak Islam menurutnya melibatkan upaya untuk mengasah dan memperkuat akhlak yang terpuji seperti kejujuran, kebaikan, kesabaran, dan keadilan. Bagi siswa guru di IPGMKT, ini bermakna memahami nilai-nilai akhlak Islam seperti kejujuran, kebaikan, kesabaran, dan keadilan, dan mengamalkan dalam interaksi sehari-hari dengan murid, rakan sekuliah dan masyarakat. Mereka diharapkan untuk menjadi contoh teladan dalam perilaku dan sikap mereka. Ibn Miskawaih juga mengajar prinsip keseimbangan dan kesederhanaan dalam segala hal. Pengamalan akhlak Islam menurutnya terletak pada kemampuan untuk menjaga keseimbangan antara berbagai aspek kehidupan, seperti antara keperluan dunia dan akhirat, serta antara hak individu dan hak
23 masyarakat. Prinsip ini memainkan peranan penting dalam membimbing siswa guru untuk diamalkan dalam mengelola tugas-tugas mereka secara efektif. Mereka diajak untuk menjaga keseimbangan antara tugas-tugas akademik, tanggung jawab sosial, dan kehendak peribadi serta menghindari perilaku ekstrem atau berlebihan dalam menjalani kehidupan. Pengamalan akhlak Islam juga melibatkan muhasabah dan refleksi atas diri sendiri. Ibn Miskawaih mengajarkan pentingnya menilai dan memahami diri untuk motivasi diri dan perilaku individu serta kesediaan untuk terus memperbaiki diri melalui refleksi yang mendalam. Teori Ibn Miskawaih ini mendorong siswa guru untuk melakukan muhasabah dan refleksi atas diri sendiri. Mereka didorong untuk menilai tindakan dan motivasi diri dengan teliti serta mengenalpasti aspek yang memerlukan peningkatan. Dengan cara ini, siswa guru dapat terus berkembang secara peribadi dan profesional dalam mengamalkan akhlak Islam. Berperilaku baik sesama manusia, turut ditekankan oleh Ibn Miskawaih. Pengamalan akhlak Islam menurutnya mencakup kasih sayang, belas kasihan, dan keadilan dalam berinteraksi dengan orang lain. Prinsip kebaikan terhadap sesama yang diajarkan oleh Ibn Miskawaih membimbing siswa guru dalam berperilaku baik terhadap orang lain. Mereka didorong untuk memperlihatkan sikap kasih sayang, belas kasihan dan keadilan dalam hubungan mereka dengan semua orang. Hal ini membantu siswa guru menjadi agen perubahan positif dalam masyarakat. Pengamalan akhlak Islam berdasarkan Ibn Miskawaih juga melibatkan ketaatan kepada hukum Allah. Ini mencakup pemahaman dan pengamalan prinsip-prinsip agama dalam kehidupan sehari-hari serta kesediaan untuk mengikuti ajaran Islam dalam setiap aspek kehidupan. Model Ibn Miskawaih mendorong siswa guru untuk menjadi taat kepada hukum Allah. Mereka didorong untuk mempraktikkan ajaran Islam dalam berbagai aspek kehidupan, termasuk dalam menyusun kurikulum dan metod pengajaran, serta dalam berinteraksi dengan murid dari berbagai latar belakang budaya dan agama. Selain itu, pengendalian diri menurut Ibn Miskawaih melibatkan pengendalian diri terhadap hawa nafsu yang merugikan. Ini mencakupi pengendalian terhadap emosi negatif seperti kemarahan dan keserakahan, serta kesediaan untuk mengutamakan kepentingan umum di atas kepentingan pribadi.
24 Prinsip ini membimbing siswa guru dalam mengendalikan hawa nafsu negatif mereka. Mereka didorong untuk mengelola emosi seperti kemarahan dan keserakahan serta menjaga sikap rendah hati dan sabar dalam menghadapi ujian dalam profesion mereka. Dengan demikian, siswa guru mampu menjadi contoh yang baik dalam menjalani kehidupan yang bertaqwa dan bertanggung jawab. Dengan mengamalkan prinsip-prinsip ini, individu dapat mencapai kesempurnaan akhlak dan spiritual sesuai dengan ajaran Islam yang diajarkan oleh Ibn Miskawaih. Oleh itu, melalui penerapkan teori/ model ini dalam amalan sehari-hari, siswa guru di IPGMKT diharap menjadi agen perubahan yang positif dalam masyarakat, serta memberikan sumbangan yang bermakna dalam pembentukan karakter dan akhlak secara keseluruhan. HUBUNGAN ANTARA KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK ISLAM BERDASARKAN TEORI/MODEL IBN MISKAWAIH Pengkaji mendapati terdapat hubungan signifikan antara pemahaman dan pengamalan akhlak Islam yang dikemukakan melalui teori/ model Ibn Miskawaih. Menurut Ibn Miskawaih, pemahaman yang mendalam mendorong pengamalan yang lebih baik. Siswa guru yang memiliki pemahaman yang mendalam tentang teori atau model akan cenderung mengamalkan akhlak Islam dalam kehidupan mereka. Pemahaman yang lebih baik akan mendorong mereka untuk mengamalkan prinsip-prinsip tersebut dengan lebih konsisten dan berdedikasi Pengamalan sebagai manifestasi dari pemahaman: Pengamalan akhlak Islam merupakan manifestasi langsung dari pemahaman yang baik tentang akhlak Islam. Ketika siswa guru memahami teori atau model Ibn Miskawaih, mereka akan menyedari pentingnya mengamalkan akhlak tersebut dalam tindakan dan interaksi sehari-hari. Pemahaman Memotivasi Tindakan: Siswa guru yang memahami teori atau model Ibn Miskawaih akan lebih termotivasi untuk mengamalkan nilai-nilai yang diajarkan. Mereka akan melihat akhlak Islam sebagai panduan yang
25 penting dalam kehidupan mereka dan akan berusaha untuk mengamalkannya dalam setiap aspek kehidupan, termasuk peranan sebagai bakal pendidik. Pengaruh Positif pada Siswa: Ketika siswa guru mengamalkan akhlak Islam yang didasarkan pada teori Ibn Miskawaih, mereka tidak hanya memperkuat karakter dan akhlak mereka sendiri, tetapi juga memberikan contoh yang baik kepada rakan siswa guru yang lain. Rakan-rakan siswa guru yang lain akan terpengaruh dengan teladan dan perilaku positif yang mereka tunjukkan Pengalaman Pembelajaran yang Holistik: Pemahaman dan pengamalan akhlak Islam yang didasarkan pada teori Ibn Miskawaih memberikan pengalaman pembelajaran yang holistik bagi siswa guru. Mereka tidak hanya memperoleh pengetahuan tentang akhlak, tetapi juga belajar bagaimana mengamalkan akhlak tersebut dalam kehidupan sehari-hari mereka, baik di kelas, di luar kelas, lingkungan kampus mahupun luar kampus. Hubungan antara pemahaman dan pengamalan akhlak Islam yang didasarkan pada teori atau model Ibn Miskawaih mampu memberi kesan dalam membentuk karakter, perilaku dan pendekatan mereka terhadap pendidikan dan kehidupan secara keseluruhan. 2.2.3 TEORI/MODEL IBN AL-JAUZIYYAH (1145-1200M) Ibn al-Jauziyyah juga dikenali sebagai Imam Ibn al-Qayyim adalah seorang cendekiawan Islam dari abad ke-12 yang terkenal dengan karyanya dalam berbagai bidang, termasuk akhlak Islam. Beliau menyumbangkan banyak pemikiran dan pandangan tentang bagaimana seorang muslim seharusnya memahami dan mengamalkan akhlak Islam. Berikut adalah beberapa teori dan model akhlak Islam yang dikemukakan oleh Ibn al-Jawziyyah. TEORI/MODEL Menurut Al-Jauziyyah, ‘Taubat Sebagai Pemulihan Rohani’ merupakan langkah awal yang penting dalam pengembangan akhlak yang baik. Baginya, taubat adalah proses penting yang melibatkan pengakuan dosa, penyesalan yang tulus dan komitmen untuk memperbaiki diri. Ini memperlihatkan kesedaran
26 diri terhadap kesalahan dan keinginan untuk kembali kepada jalan yang benar menurut ajaran Islam. “Pengendalian Diri dan Penaklukan Hawa Nafsu” juga menjadi fokus penting dalam pemikiran Ibn al-Jawziyyah. Beliau menekankan perlunya mengendalikan dorongan-dorongan negatif seperti nafsu duniawi, amarah dan ketamakan. Pengendalian diri merupakan langkah penting dalam mencapai kesempurnaan akhlak dan memungkinkan seseorang untuk bertindak dengan penuh kesedaran dan kebijaksanaan. Pentingnya disiplin diri dan pengendalian emosi dalam menghadapi berbagai situasi dan tekanan dalam kehidupan sehari-hari. “Kesedaran Spiritual dan Ketaqwaan Kepada Allah” juga ditekankan oleh Ibn al-Jawzi. Baginya, pengembangan akhlak yang baik tidak dapat terpisahkan dari kesedaran spiritual dan hubungan peribadi dengan Allah. Memiliki rasa takut dan cinta kepada-Nya merupakan faktor penting dalam mencapai kesempurnaan akhlak. Ini menegaskan bahawa akhlak yang baik tidak hanya berhubungan dengan tindakan eksternal, tetapi juga dengan kondisi batiniah dan hubungan spiritual seseorang dengan Tuhan. “Model Pendidikan Akhlak” Ibn al-Jauziyyah juga menekankan perlunya “Pendidikan Akhlak dan Pembinaan Karakter”. Baginya, proses pendidikan harus berfokus pada pembentukan sifat-sifat positif seperti kebijaksanaan, kesabaran dan keadilan, seterusnya menghindari sifat-sifat negatif. Pendidikan dan pembinaan karakter merupakan kunci untuk membentuk individu yang memiliki akhlak yang mulia dan bertanggungjawab. Oleh itu, pemikiran Ibn al-Jauziyyah tentang akhlak Islam memberikan landasan yang kukuh bagi pemahaman dan pengamalan akhlak yang baik dalam kehidupan sehari-hari. Ia menekankan pentingnya taubat, kesedaran diri, pengendalian diri, kesedaran spiritual dan pendidikan akhlak sebagai sebahagian integral dari pembentukan karakter dan perilaku yang sesuai dengan ajaran Islam. KEFAHAMAN AKHLAK ISLAM BERDASARKAN TEORI/MODEL ALJAUZIYYAH Teori dan model Ibn al-Jauziyyah menyediakan kerangka yang kuat bagi siswa guru di IPGKT untuk memahami akhlak Islam dengan lebih mendalam. Pentingnya penekanan pada kesedaran diri dalam pengembangan akhlak
27 yang baik. Dengan mengakui kesalahan dan kelemahan diri sendiri, seseorang dapat memulai dengan berusaha meningkatkan budi pekerti yang baik. konsep "Taubat Sebagai Pemulihan Rohani" mengarahkan siswa guru untuk memahami pentingnya mengakui kesalahan dan melakukan perubahan Ini memberi struktur bagi mereka untuk mengevaluasi perilaku mereka secara kritis, merenungkan dosa-dosa mereka, dan berkomitmen untuk memperbaiki diri agar lebih selaras dengan ajaran Islam. Teori Pengendalian Diri, Ibn al-Jauziyyah menekankan pengendalian diri sebagai aspek kunci dalam pengembangan akhlak yang baik. Ini mencakup pengendalian terhadap dorongan-dorongan negatif seperti hawa nafsu dan amarah, serta kemampuan untuk mengendalikan tindakan dan reaksi dalam berbagai situasi. Melalui kefahaman pengendalian diri ini, dapat membantu siswa guru dalam mengelola emosi mereka dengan lebih baik. Dalam situasi-situasi yang menimbulkan tekanan dan cabaran dalam kerjaya, mereka perlu memiliki kemampuan untuk mengelola emosi mereka dengan baik dan mengambil keputusan secara bijaksana apabila berhadapan dalam situasi yang sukar. Pemahaman tentang bagaimana mengendalikan hawa nafsu dan amarah juga dapat membantu mereka menjaga sikap yang tenang dan penuh kasih sayang dalam menghadapi berbagai situasi di sekolah. Ibn al-Jauziyyah menekankan pentingnya hubungan spiritual dengan Allah dalam pengembangan akhlak yang baik. Konsep kesedaran spiritual dan ketaqwaan kepada Allah mengemukakan hubungan yang erat antara kesedaran spiritual dan pemahaman akhlak Islam. Ini membantu siswa guru untuk memperdalam pemahaman mereka tentang ajaran Islam dan meningkatkan hubungan peribadi mereka dengan Allah. Dalam hal ini, siswa guru perlu memahami bahawa pengamalan akhlak Islam bukan hanya tentang tindakan luaran, tetapi juga meliputi batiniah dan hubungan peribadi dengan Tuhan. Dengan meningkatkan kesedaran spiritual dan ketaqwaan, mereka dapat menjadi teladan dalam mengamalkan nilai-nilai agama dalam kehidupan seharihari serta menjadi contoh kepada murid-murid mereka untuk menjalani kehidupan berdasarkan prinsip-prinsip agama. Model pendidikan akhlak yang diperkenalkan oleh Ibn al-Jauziyyah memberikan landasan yang kokoh bagi pengembangan karakter dan pemahaman akhlak Islam di kalangan siswa guru. Dengan pendekatan yang
28 terstruktur, siswa guru diberi panduan yang jelas tentang bagaimana mereka dapat mengintegrasikan akhlak Islam dalam setiap aspek pembelajaran dan interaksi dengan murid. Model ini tidak hanya menekankan aspek akademik, tetapi juga mengemukakan pentingnya pembinaan karakter dan kesempurnaan akhlak dalam proses pendidikan. Dengan fokus pada "Pendidikan Akhlak dan Pembinaan Karakter", siswa guru didorong untuk memahami sifat-sifat positif seperti kebijaksanaan, kesabaran, dan keadilan serta menghindari perilaku yang tidak sesuai dengan ajaran Islam. Ini membantu memastikan bahawa pendidikan mereka tidak hanya menghasilkan pengetahuan, tetapi juga membentuk individu yang bertanggung jawab dan berakhlak mulia. Dengan memahami teori dan model ini, siswa guru dapat memahami dengan lebih mendalam tentang akhlak Islam dan bagaimana menerapkannya dalam kehidupan sehari-hari. Mereka juga dapat mengembangkan keterampilan dalam mendidik dan membimbing generasi mendatang untuk hidup sesuai dengan ajaran agama dan menjadi individu yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia. PENGAMALAN AKHLAK ISLAM BERDASARKAN TEORI/MODEL IBN ALJAUZIYYAH Berdasarkan teori atau model al-Jauziyyah, beberapa aspek yang dapat dirumuskan berkait pengamalan akhlak Islam adalah: Pembinaan Batin atau Hati, sebagai aspek utama dalam pengembangan akhlak. Ini mencakupi membersihkan hati dari penyakit-penyakit spiritual seperti kebencian, iri hati, ketamakan dan sebagainya (Makmudi et al., 2018). Amalan memperkuat iman dan ketaqwaan kepada Allah SWT merupakan prioriti utama. Dalam konteks kajian, siswa guru IPGMKT dapat dijadikan amalan dan menerapkan konsep pembinaan batin dengan memperkuat iman dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Hal ini dapat dilakukan melalui pelaksanaan ibadah, seperti solat, zikir, tilawah Al-Quran dan lain-lain lagi. Pembinaan batin juga melibatkan refleksi diri dan memperbaiki karakter serta sikap-sikap yang tidak sesuai dengan ajaran Islam.
29 Pengawalan Diri, dijadikan amalan pada setiap masa. Pentingnya mengawal diri atau pengendalian diri dalam merespon berbagai situasi dan cabaran yang muncul dalam kehidupan sehari-hari. Ini melibatkan pengendalian terhadap emosi negatif, dorongan hawa nafsu, dan perilaku yang tidak sesuai dengan ajaran Islam. Siswa guru perlu mengembangkan kemampuan untuk mengendalikan diri dalam menghadapi berbagai situasi, terutama dalam konteks lingkungan pendidikan. Mereka perlu mampu mengawal emosi, menahan diri dari godaan-godaan negatif dan menjaga perilaku yang sesuai dengan akhlak Islam yang dijadikan sebagai amalan dalam diri mereka. Kesabaran dan Keteguhan, ditekankan juga oleh Ibn Jauziyyah. Menanam sikap kesabaran dan keteguhan dalam menghadapi cubaan dan ujian hidup. Hal ini juga mencakup sikap tawakal (pasrah sepenuhnya kepada Allah SWT) dalam menghadapi segala ketentuan-Nya. Dalam proses pembelajaran, ujian dan cubaan mungkin akan muncul. Siswa guru perlu mengamalkan sikap kesabaran dan keteguhan untuk menghadapi ujian tersebut dengan penuh keyakinan bahawa semua adalah ujian dari Allah SWT. Hal ini juga termasuk dalam menghadapi kesulitan dalam pengajaran atau dalam mengelola kelas. Hubungan dengan Allah dan Manusia, iaitu dengan menjaga hubungan yang baik dengan Allah SWT melalui ibadah, taat kepada-Nya dan memperdalam ilmu agama. Selain itu, penting juga untuk menjaga hubungan yang baik dengan sesama manusia melalui sikap kasih sayang, keadilan dan kebaikan dalam interaksi sosial. Misalnya amalan ini perlu dijadikan amalan oleh siswa guru dimana mereka perlu menjaga hubungan yang baik dengan Allah SWT melalui ketaatan kepada-Nya serta menjaga hubungan yang harmoni dengan semua orang, baik sesama siswa, pensyarah dan lain-lain lagi. Sikap saling menghormati, tolong-menolong, dan menghargai perbezaan adalah bahagian penting dalam pengamalan akhlak Islam. Melalui Pemurnian Niat, iaitu menjaga kemurnian niat dalam setiap perbuatan agar semuanya dilakukan kerana Allah SWT semata, tanpa mencari pujian atau pengakuan dari manusia. Misalnya, siswa guru IPGMKT perlu memastikan bahawa setiap tindakan dan usaha yang dilakukan dalam konteks pendidikan dilakukan semata-mata karena Allah SWT. Pemurnian niat menjadi penting dalam menghindari perlakuan yang tidak berakhlak atau tidak sesuai dengan akhlak Islam.
30 Pemahaman Ajaran Islam, sebagai landasan untuk mengamalkan akhlak yang baik. Hal ini melibatkan pembelajaran dan refleksi terhadap ajaran Islam serta aplikasinya dalam kehidupan sehari-hari. Dalam konteks kajian ini, siswa guru perlu memiliki pemahaman yang mendalam terhadap ajaran Islam sebagai landasan dalam mengamalkan akhlak yang baik. Hal ini meliputi pemahaman terhadap akhlak Islam dan mengamalkan dalam kehidupan seharihari, termasuk dalam konteks pendidikan. Kesan melalui pengamalan akhlak Islam ini, siswa guru akan mengalami perkembangan peribadi yang positif. Mereka akan menjadi lebih sedar terhadap perilaku dan sikap mereka sendiri serta memiliki motivasi yang lebih besar untuk meningkatkan kualiti karakter mereka sesuai dengan ajaran Islam. Kekuatan interaksi sosial juga berlaku. Pengamalan akhlak Islam akan membantu siswa guru untuk membangun hubungan interaksi yang lebih baik dengan rakan-rakan, murid-murid dan masyarakat secara umum. Mereka akan menjadi lebih empati, penuh kasih dan menghargai keragaman pendapat dalam interaksi sehari-hari. Selain itu berlakunya peningkatan kepemimpinan akhlak. Siswa guru yang mengamalkan nilai-nilai akhlak Islam akan menjadi contoh teladan dalam lingkungan mereka. Mereka akan menjadi pemimpinyang berakhlak mulia, mempengaruhi orang lain melalui perilaku dan tindakan yang ditunjukkan serta memberikan inspirasi bagi orang lain untuk mengikuti jejak mereka. Seterusnya pengamalan akhlak Islam juga akan membantu siswa guru untuk menjadi pendidik yang lebih efektif. Mereka akan menggunakannya sebagai landasan untuk merancang pengalaman pembelajaran yang mempromosikan pembentukan karakter yang baik, membangun hubungan yang baik dengan murid-murid dan membantu pertumbuhan akhlak mereka. Melalui pengamalan akhlak Islam dapat memberi kesan positif pada kesejahteraan psikologi siswa guru. Mereka akan merasakan ketenangan jiwa dan kebahagian spiritual yang datang dari kesedaran terhadap ketaqwaan kepada Allah melalui amalan ibadah yang konsisten. Melalui pengamalan akhlak Islam akan membantu siswa guru untuk menjadi individu yang lebih baik, pemimpin yang lebih efektif, dan pendidik yang lebih peduli. Dengan meresapi akhlak ini dalam kehidupan sehari-hari, mereka akan mampu memberi sumbangan positif yang signifikan dalam mendidik generasi mendatang dan membangun masyarakat yang lebih baik. Dengan
31 mengintegrasikan konsep-konsep dari teori al-Jauziyyah dalam pengamalan pembelajaran di IPGMKT, siswa guru dapat mengamalkan dengan lebih baik dalam kegiatan seharian mereka sebagai calon pendidik. HUBUNGAN ANTARA KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK ISLAM MENURUT IBN AL- JAUZIYYAH Terdapat hubungan erat antara kefahaman dan pengamalan akhlak Islam berdasarkan teori/model yang diajukan oleh Ibn al-Jauziyyah. Berikut adalah beberapa aspek yang menunjukkan kaitan antara keduanya: Kefahaman sebagai Landasan Pengamalan: Kefahaman tentang ajaran Islam dan model akhlak yang diajukan oleh Ibn al-Jauziyyah menjadi landasan utama bagi pengamalan akhlak Islam. Tanpa pemahaman yang cukup tentang prinsip-prinsip akhlak Islam, seseorang mungkin tidak akan mampu mengamalkannya dengan benar dalam kehidupan sehari-hari. Oleh karena itu, pemahaman yang mendalam terhadap teori dan model yang diajukan adalah prasyarat penting untuk pengamalan yang efektif. Sebagai calon guru, siswa IPGMKT diberi bekal dalam pendidikan dan pembinaan karakter yang baik sesuai dengan ajaran Islam. Mereka belajar tentang konsep-konsep akhlak Islam seperti taubat, pengendalian diri, kesedaran spiritual dan pentingnya pendidikan akhlak. Pemahaman yang mendalam tentang teori/model Ibn al-Jauziyyah memungkinkan mereka untuk mengembangkan karakter yang baik sebagai dasar bagi pengajaran di masa depan. Pengamalan sebagai Implementasi Kefahaman: Pengamalan akhlak Islam merupakan penerapan nyata dari kefahaman yang dimiliki seseorang terhadap ajaran Islam. Ketika seseorang memahami konsep-konsep seperti taubat, pengendalian diri, kesedaran spiritual dan pendidikan akhlak, mereka kemudian mengimplementasikan konsep-konsep tersebut dalam tindakan dan perilaku mereka sehari-hari. Dengan kata lain, pengamalan akhlak Islam adalah cara nyata untuk menerapkan kefahaman yang dimiliki seseorang terhadap ajaran Islam. Melalui pemahaman yang mendalam tentang ajaran Islam dan teori/model Ibn al-Jauziyyah, siswa guru IPGMKT dapat mengimplementasikan konsep-konsep tersebut dalam kehidupan sehari-hari mereka. Mereka akan menjadi teladan bagi murid-murid dalam cara mereka bertindak, berbicara dan
32 berinteraksi dengan orang lain. Pengamalan akhlak Islam dalam kehidupan sehari-hari menjadi contoh yang memotivasikan generasi mendatang. Lingkungan Pembelajaran: Proses kefahaman dan pengamalan akhlak Islam sering kali membentuk lingkungan pembelajaran yang saling memperkuat. Semakin seseorang memahami konsep-konsep akhlak Islam, semakin baik pula mereka mampu mengimplementasikan konsep-konsep tersebut dalam kehidupan sehari-hari. Sebaliknya, pengalaman dalam mengamalkan akhlak Islam juga dapat memperdalam pemahaman seseorang terhadap ajaran Islam. Dengan demikian, kefahaman dan pengamalan akhlak Islam saling mendukung dan memperkuat satu sama lain dalam proses pembelajaran. Siswa guru IPGMKT dapat menggunakan pemahaman mereka tentang akhlak Islam untuk membentuk lingkungan pembelajaran yang positif dan inklusif di kelas mereka. Mereka akan menerapkan prinsip-prinsip seperti kesabaran, keadilan dan kasih sayang dalam interaksi mereka dengan murid-murid dan guru. Dengan demikian, mereka tidak hanya menjadi pendidik yang efektif, tetapi juga model yang baik bagi warga sekolah. Konsisten dan Kedalaman: Perkaitan antara kefahaman dan pengamalan akhlak Islam juga tercermin berdasarkan konsisten dan kedalaman pengamalan seseorang. Seseorang yang memiliki pemahaman yang mendalam tentang ajaran Islam cenderung memiliki pengamalan akhlak yang lebih konsisten dan mendalam. Mereka dapat menjalani kehidupan sehari-hari dengan prinsip-prinsip akhlak Islam sebagai panduan utama, bahkan dalam situasisituasi yang kompleks dan mencabar. Kesejahteraan Psikologi dan Keseimbangan Emosi: Kefahaman dan pengamalan akhlak Islam juga dapat menyumbang pada kesejahteraan psikologi siswa guru IPGMKT. Mereka belajar untuk mengendalikan emosi mereka, mengelola stres, dan menjaga keseimbangan mental melalui pelaksanaan spiritual seperti taubat, zikir, dan doa. Hal ini memberi mereka kekuatan untuk menghadapi cabaran dalam pendidikan dengan ketenangan jiwa dan kestabilan emosi. Dengan demikian, pefahaman dan pengamalan akhlak Islam berdasarkan teori/model Ibn al-Jauziyyah saling berkait dan saling mempengaruhi. Keduanya merupakan sebahagian proses pembentukan karakter dan perilaku yang sesuai
33 dengan ajaran Islam serta menyumbang pada pembentukan individu yang lebih baik dan masyarakat yang lebih harmoni. KONSEP AKHLAK ISLAM Akhlak adalah kumpulan nilai-nilai, prinsip dan tindakan yang dianggap baik atau benar khususnya dalam konteks agama. Pengertian akhlak dari sudut bahasa membawa maksud perilaku, tabiat, perangai, tingkahlaku atau sifat-sifat budi pekerti. Ia berasal dari Bahasa Arab (االخالق ,(jama’ dari kata (Al-Khuluq) / الخلق yang merangkumi aspek perilaku dan tindakan manusia. Akhlak mencerminkan kualiti budi pekerti seseorang dalam interaksi antara satu sama lain dan juga dalam lingkungannya. Dari segi istilah, akhlak merujuk kepada sistem nilai, norma dan tindakan yang membimbing tingkah laku seseorang atau masyarakat bersesuaian dengan prinsip-prinsip agama Islam. Akhlak atau tingkah laku seseorang, merupakan aspek yang diperlukan dalam membentuk personaliti dan interaksi dalam masyarakat. Dalam konteks Islam, akhlak tidak hanya merujuk kepada aspek-aspek moral dan etika, tetapi juga melibatkan penerapan prinsip-prinsip akhlak yang diwajibkan oleh ajaran Islam. Akhlak Islam membentuk dasar bagi individu Muslim dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Salah satu ciri utama akhlak Islam adalah keselarasannya dengan ajaran Al-Quran dan Hadis. Aspek-aspek seperti takwa, kesabaran, kesederhanaan, kebenaran, keadilan, kejujuran, toleransi dan kasih sayang yang dinyatakan dalam agama Islam menjadi panduan utama dalam membentuk perilaku yang berakhlak mulia atau dalam lain ungkapan, akhlak yang bersandar pada ajaran Islam membantu membentuk landasan kehidupan yang kukuh dan sesuai dengan prinsip-prinsip agama. Al-Quran, sebagai panduan utama umat Islam, secara luas menghuraikan isu-isu yang berkait dengan akhlak. Menurut penelitian Prof. Dr. Omar al-Syaybay dalam jurnal Siti Lailatul Qodariyah (2017), jumlah ayat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw mengenai akhlak, baik dari segi teori mahupun praktikal, mencapai seribu lima ratus empat ayat, hampir seperempat dari jumlah ayat dalam Al-Quran. Al-Quran menjelaskan bahawa martabat seseorang manusia bergantung pada kebaikan akhlak dan ketinggian ketakwaannya kepada Allah. Dengan demikian, agama Islam sangat menekankan pada pendidikan akhlak. Misi Rasulullah dalam kehadirannya ke
34 dunia ini adalah untuk mengajak manusia menuju ketakwaan dan berakhlak mulia, sesuai dengan tujuan utama perutusan baginda, sebagaimana dinyatakan dalam sabdanya: ْالِق األَخ َ َكاِرم َ م َ ِّم ِ ْ ُت ألَُت ث ِ ع ُ َّنَا ب ِم إ Maksudnya; “Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia” كان خلقه القرآن احسن اخللق خلق هللا االعظيم Maksudnya: AkhlakNya adalah akhlak al-Quran. Sebaik-baik akhlak ialah akhlak Allah yang Maha Agung. َن ُرآ َن الق َكا َ م م ل َ س َ و ِ لَيه َ ع ُ ى ا مَّلل م ل َ ِ ا مَّللِ ص ِّ ِب َ ن َ لُق ُ ن خ م ِ إ َ ف Maksudnya: “Sesungguhnya akhlak Nabi saw itu adalah al-Quran.” ان احسن الناس خلقا احسنهم دينا Maksudnya: Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah yang paling baik agamanya. Bukti-bukti yang terdapat di atas menggariskan fakta bahawa akhlak merupakan nadi kepada ajaran agama. Ia merangkumi seluruh aspek yang berkait dengan keyakinan, ibadah, dan perilaku. Ajaran Islam tidak sekadar mengajak umatnya memahami dan merenung aspek-aspek spiritual, bahkan lebih menekankan pengamalan akhlak yang merangkumi akhlak-akhlak mulia yang patut diterapkan dalam kehidupan sehari-hari. Islam memandu arah setiap individu untuk memelihara hubungan yang harmoni dengan Allah selaku Pencipta, sesama manusia secara keseluruhannya. Melalui hubungan diiringi akhlak yang mulia ini, gambaran akhlak melalui karakter atau perilaku yang baik
35 dari seorang individu dapat dijelaskan. Konsep yang diutarakan oleh Ibnu Khaldum, mengenai keruntuhan suatu peradaban dan tamadun manusia disebabkan oleh keruntuhan akhlak manusia memberikan pemahaman mendalam. Agama Islam menegaskan, perlu penganutnya memiliki pemahaman yang mendalam dan mengamalkan ajaran agama untuk mencapai kesempurnaan hidup, baik di dunia mahupun di akhirat. Dalam konteks kajian ini, pemahaman dan pengamalan beragama menjadi tunjang penting bagi siswa guru dalam membentuk perkembangan tingkah laku dan identiti diri. Menurut Haron Din (2007), Islam yang tidak diiringi dengan akhlak adalah tidak bernilai dan tidak bermanfaat. Penekanan pada aspek agama menjadi kunci kerana keunggulan akhlak bersumber dari kekuatan iman yang teguh. Oleh karena itu, tidak dapat dinafikan bahawa akhlak merupakan intipati dari risalah Islam 2.3 DAPATAN KAJIAN-KAJIAN LALU Sepanjang penelitian pengkaji, terdapat beberapa kajian lepas yang telah dijalankan berkaitan kajian ini. Antaranya, kajian yang dijalankan oleh Mohd Khairi Shafie & Mohamad Khairi Othman Mohamad (2016) mengkaji tahap kefahaman dan pengamalan akhlak Islam di kalangan pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Kajian ini mengungkapkan bahawa meskipun sebahagian besar pelajar menunjukkan kefahaman yang tinggi terhadap ajaran Islam berkaitan akhlak, terdapat sebahagian kecil yang masih mengabaikan tuntutan ajaran tersebut. Penemuan ini selaras dengan hasil kajian Nazneen Ismail et al. (2019) yang mendapati mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Islam di Malaysia menunjukkan pemahaman yang baik tentang agama Islam dan tahap agama yang tinggi, menekankan kepentingan pemahaman yang mendalam terhadap ajaran agama dalam pengamalan sehari-hari. Selain itu, Ahmad Johari Sihes et al. (2006) mengungkapkan bahawa meskipun mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia menunjukkan tahap pengetahuan agama yang tinggi, pengamalan agama dan gaya hidup cenderung sederhana, beliau membahaskan perluasan fokus dalam menghubungkan pengetahuan dengan amalan. Kajian Asjad Mohamed et al. (2010) terhadap pelajar baru Universiti Institut Teknologi Mara dan Universiti Malaysia Pahang menunjukkan bahawa kefahaman dan amalan agama mereka adalah baik, menyatakan pentingnya penerapan pengetahuan agama dalam kehidupan sehari-hari. Nurus Saadah Md
36 Yusof (2021) melihat pengaruh personaliti pensyarah dalam membentuk akhlak siswa Universiti Sains Islam Malaysia dalam aspek ibadah, amanah, dan ilmu. Kajian ini menjelaskan pentingnya peranan pensyarah dalam membentuk akhlak siswa, yang memberi tambahan kepada hasil sebelumnya tentang hubungan antara pemahaman dan pengamalan agama dengan pengaruh personaliti. Seri Kartini Juraimi & Fariza Md Sham (2013) mengkaji pengamalan ajaran Islam terhadap pelajar Islam semesta 2 di Politeknik Ungku Omar Ipoh Perak, menemukan bahawa pengamalan ajaran Islam dalam semua aspek yang dikaji adalah tinggi. Temuan ini disokong oleh kajian Annasaii Jamar et al. (2020) yang menunjukkan tingginya penghayatan nilai-nilai Islam di kalangan pelajar Malaysian Aviation Training Academy (MATA), meskipun pengamalannya dianggap sederhana. Selain itu, Sofiah Mohamed et al. (2016) dalam kajiannya tentang pengamalan akhlak mulia dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru pendidikan Islam menegaskan bahawa, akhlak mulia sentiasa diamalkan dalam proses pengajaran di kelas. Hasil ini disokong oleh penemuan Nur Aisya Asyikin & Ahmad Zaki (2022) yang menunjukkan hubungan yang sangat signifikan antara akidah dan akhlak serta kesannya terhadap pembentukan akhlak mulia individu muslim di Malaysia. Di samping itu, kajian Ikhwan Khairulanwar et al. (2022) pada pelajar tingkatan 4, 5 dan 6 di tiga buah sekolah di Johor Baharu menunjukkan konsisten dalam pengamalan akhlak Islam dalam kehidupan sehari-hari. Temuan ini disokong oleh pemahaman yang mendalam tentang pengamalan ajaran Islam di kalangan pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, seperti yang diungkapkan dalam kajian Mohd Khairi Shafie & Mohamad Khairi Othman Mohamad (2016). Dalam konteks memahami pentingnya akhlak dalam Islam dan kesannya dalam kehidupan manusia, sejumlah kajian yang telah dilakukan memberi wawasan yang mendalam tentang hubungan antara pemahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam kehidupan sehari-hari. Nurul Hudani Md. Nawi & Baharudin Othman (2016) dan Haron Din (2003) menegaskan pentingnya pembentukan akhlak mulia berdasarkan syariat Islam dalam mewujudkan personaliti unggul dan menjauhkan diri dari melakukan perkara yang dilarang dalam agama. Temuan ini disokong oleh kajian-kajian sebelumnya yang menunjukkan tingginya tahap pemahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam berbagai konteks kehidupan. Kajian Shaik Abdullah Hassan Mydin et al. (2020)
37 tentang "Peranan Akhlak dalam Kehidupan: Tinjauan Wacana Akhlak Islam" menekankan peranan penting akhlak dalam kehidupan manusia terhadap diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Hasil kajian ini disokong oleh kajian sebelumnya yang menunjukkan bahawa akhlak memainkan peranan penting dalam mencapai keredhaan Tuhan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Zuraimy Ali et al. (2022) menyokong pandangan bahawa peradaban yang menjunjung etika agama Islam akan melahirkan peradaban yang gemilang. Temuan ini disokong oleh kajian-kajian sebelumnya yang menunjukkan pentingnya akhlak Islam dalam membentuk karakter dan akhlak individu, yang seterusnya memberikan sumbangan yang penting untuk perkembangan akhlak yang berkualiti. Berdasarkan kajian literatur yang telah diperkenalkan, terdapat beberapa kekuatan yang dapat dikenalpasti. Pertama, konsisten dalam temuan yang menunjukkan tingginya tahap pemahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam berbagai konteks kehidupan, seperti yang terlihat dalam kajian Mohd Khairi Shafie & Mohamad Khairi Othman Mohamad (2016) dan Annasaii Jamar et al. (2020). Kedua, pentingnya pembentukan akhlak mulia berdasarkan syariat Islam dalam membentuk personaliti yang unggul, yang ditegaskan oleh Nurul Hudani Md. Nawi & Baharudin Othman (2015) dan Haron Din et al. (2003). Ketiga, peranan yang ditekankan oleh beberapa kajian, termasuk kajian Shaik Abdullah Hassan Mydin et al. (2020), dalam menekankan pentingnya akhlak dalam kehidupan manusia terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. Namun, terdapat juga beberapa kelemahan yang perlu diperhatikan. Salah satunya adalah adanya sebahagian kecil dari populasi yang masih mengabaikan tuntutan ajaran Islam tentang akhlak, seperti yang diungkapkan dalam kajian Mohd Khairi Shafie & Mohamad Khairi Othman Mohamad (2016). Selain itu, meskipun terdapat pemahaman agama yang tinggi, pengamalan agama dan gaya hidup cenderung sederhana, seperti yang diamati dalam kajian Ahmad Johari Sihes et al. (2006). Ini menyoroti perlunya perhatian lebih dalam menghubungkan pengetahuan agama dengan pengamalan kehidupan seharihari. Sebagai cadangan, kajian literatur ini menunjukkan perlunya pendekatan yang holistik dalam mendidik dan membentuk individu, termasuk keterlibatan aktif dari pensyarah dan penerapan nilai-nilai agama dalam proses pendidikan,
38 seperti yang dinyatakan oleh kajian Nurus Saadah Md Yusof (2021). Selain itu, terdapat pentingnya penerapan akhlak dalam setiap aspek kehidupan, baik dalam konteks pendidikan mahupun dalam kehidupan sehari-hari, seperti yang ditemukan dalam kajian Sofiah Mohamed et al. (2016) dan Seri Kartini Juraimi & Fariza Md Sham (2013). Dengan demikian, untuk memperbaiki dan memperkuat kesimpulan kajian literatur ini, mungkin diperlukan pendekatan yang lebih holistik dan terintegrasi dalam pendidikan agama dan pembentukan karakter. 2.4 KERANGKA KONSEPTUAL Kerangka konseptual kajian ini bertujuan untuk menyediakan suatu struktur yang kukuh dan tersusun untuk memahami kefahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru IPGMKT. Dengan mengintegrasikan teori/model utama adalah untuk memberikan dasar teori yang jelas untuk menjawab pertanyaan penelitian. Membina kerangka konseptual memungkinkan identifikasi variabel utama “Kefahaman dan Pengamalan Akhlak Islam" serta sub-variabel kefahaman ajaran akhlak Islam dan pengamalan akhlak Islam dalam kehidupan sehari-hari. Langkah ini memberikan panduan yang berstruktur untuk meneroka hubungan antara teori-teori tersebut dengan kefahaman dan pengamalan akhlak Islam. Dengan demikian, konsep konseptual adalah untuk menciptakan dasar yang kuat, memungkinkan pengkaji untuk menggambarkan dengan jelas perkaitan antara teori/model dengan pemahaman dan pengamalan serta mengarahkan kajian secara sistematik dan teratur.
39 Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian Berdasarkan Rajah 1 di atas, kerangka konseptual kajian dibina berdasarkan tajuk “Kefahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru IPGMKT”, menggambarkan fokus utama kajian yang bertujuan untuk menjelajahi kedalaman pemahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru muslim di IPGMKT. Kefahaman dan Pengamalan Kefahaman dan Pengamalan adalah dua dimensi utama yang akan dikaji dalam kajian ini ditempatkan sebagai titik pusat kajian. Kefahaman merujuk kepada pemahaman siswa guru terhadap prinsip-prinsip dan nilai-nilai akhlak Islam, Kefahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru IPGMKT Kefahaman dan pengamalan Siswa guru Teori-Teori: Al-Ghazali(1058 - 1111M) Ibn Miskawaih(932 - 1030M) Ibn Al-Jauziyah(1145 - 1200M) Kefahaman akhlak Islam Pengamalan dalam kehidupan seharian
40 sementara pengamalan merujuk kepada cara mereka menerapkan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan sehari-hari. Siswa Guru Ini adalah sampel kajian, iaitu siswa guru di IPGMKT. Sampel merupakan individu yang akan dikaji dalam kajian untuk memahami kefahaman dan pengamalan mereka terhadap akhlak Islam. Konsep-Konsep Akhlak Islam Konsep-konsep akhlak Islam, seperti yang dijelaskan oleh teori-teori Al-Ghazali, Ibn Miskawaih,dan Ibn al-Jauziyyah, dimasukkan sebagai sebahagian dari kerangka konseptual. Pengetahuan tentang konsep-konsep ini akan membentuk dasar pemahaman siswa guru tentang akhlak Islam. Kaitan Antara Elemen Kaitan antara kefahaman dan pengamalan akhlak Islam dengan siswa guru di IPGMKT merupakan inti dari kerangka konseptual ini. Bagaimana pemahaman yang mendalam tentang akhlak Islam mempengaruhi amalan sehari-hari mereka dan sebaliknya, bagaimana pengalaman dalam akhlak Islam memperdalam pemahaman mereka, menjadi pertanyaan yang akan dikaji dalam kajian ini. Selain itu, faktor-faktor seperti pendidikan, lingkungan dan nilai-nilai personal juga mungkin memainkan peranan dalam membentuk hubungan antara kefahaman dan pengamalan akhlak Islam siswa guru. Dengan menjelajah kerangka konseptual ini, diharapkan kajian ini dapat memberikan pemahaman yang lebih baik terhadap kefahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru muslim IPGMKT serta memberikan pandangan yang lebih mendalam tentang konsep-konsep akhlak Islam dan teoriteori yang berkaitan mempengaruhi perilaku mereka dalam kehidupan seharian.
41 2.5 RUMUSAN Secara keseluruhannya, tinjauan literatur ini menyoroti pentingnya kajian tentang kefahaman dan pengamalan akhlak Islam di kalangan siswa guru di IPGMKT. Kajian ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang peranan akhlak Islam dalam pembentukan individu muslim yang berkualiti, khususnya dalam konteks pendidikan guru yang memiliki pengaruh yang signifikan dalam mendidik generasi akan datang. Melalui penekanan pada teori dan model yang relevan, seperti konsep-konsep dari tokoh seperti AlGhazali, Ibn Miskawaih, dan Ibn al-Jauziyyah, diharapkan kajian ini dapat memberikan panduan yang bermakna bagi pembangunan pendidikan agama dan akhlak Islam di IPGMKT. Selain itu, konsep akhlak Islam sebagai landasan utama juga memberikan pemahaman yang lebih baik tentang nilai-nilai dan prinsip-prinsip akhlak Islam mempengaruhi perilaku dan tindakan siswa guru. Dapatan kajian terdahulu menunjukkan perlunya penelitian lebih lanjut untuk memahami faktor-faktor yang mempengaruhi pemahaman dan pengamalan akhlak Islam serta hubungannya dengan konteks pendidikan siswa guru di IPGMKT.
42 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENGENALAN Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan berkenaan metodologi kajian yang dijalankan termasuklah reka bentuk kajian. Seterusnya, pengkaji juga menerangkan teknik persampelan yang dipilih, juga jenis instrumen kajian. Pengkaji turut membincangkan kaedah pengumpulan data serta penganalisisan data yang akan dilaksanakan sepanjang kajian ini. Oleh itu, kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Kajian ini mengetengahkan pendekatan kuantitatif sebagai kerangka utama bagi rekabentuk kajian dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik sebagai instrumen utama dalam pengumpulan data. Pemilihan terhadap kaedah ini dipertimbangkan selepas meneliti pandangan beberapa sarjana, termasuk Creswell (2017), yang mengemukakan kelebihan kajian tinjauan dengan soal selidik dalam bidang pendidikan. Kaedah ini membolehkan pengkaji untuk mengkaji pelbagai permasalahan secara lebih sistematik, efektif dan menjimatkan dari segi waktu dan sumber kewangan. Selain pandangan Creswell (2017), beberapa sarjana lain seperti Fraenkel et al. (2006) turut menegaskan keberkesanan kajian melalui tinjauan soal selidik dalam bidang pendidikan. Mereka menekankan kelebihan kaedah ini yang membolehkan penyelidik untuk mengumpulkan data dari berbagai responden secara serentak, memberikan gambaran yang komprehensif tentang persepsi, sikap dan tingkah laku. 3.3 PERSAMPELAN Kajian ini melibatkan siswa guru PISMP IPGM Kampus Tawau (IPGMKT) yang beragama Islam sebagai responden kajian. Untuk menentukan saiz sampel yang diperlukan, pengkaji merujuk kepada jadual penentuan saiz sampel Krejcie and Morgan (1970). Berdasarkan jadual tersebut dan dengan mengambil kira
43 populasi sebanyak 273 orang, saiz sampel yang dipilih untuk kajian ini adalah sebanyak 162 orang. Teknik persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak mudah, yang dipilih kerana mempertimbangkan kebolehan dan kesediaan siswa guru untuk menjawab soal selidik yang diberikan. Kajian ini difokuskan terutamanya kepada siswa guru PISMP di IPGMKT yang beragama Islam. Soal selidik kajian diedarkan kepada responden melalui platform google form untuk memudahkan proses pengumpulan data. Seluruh kriteria ini dirangka untuk memenuhi keperluan kajian yang bertujuan untuk mengkaji pemahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru. Jadual 1 menunjukkan langkah penentuan saiz sampel berdasarkan jadual Krejcie and Morgan. Jadual 1 Krijcie dan Morgan dalam penentuan sampel saiz N S N S N S N S N S 10 10 100 80 280 162 800 260 2800 338 15 14 110 86 290 165 850 265 3000 341 20 19 120 92 300 169 900 269 3500 346 25 24 130 97 320 175 950 274 4000 351 30 28 140 103 340 181 1000 278 4500 354 35 32 150 108 360 186 1100 285 5000 357 40 36 160 113 380 191 1200 291 6000 361 45 40 170 118 400 196 1300 297 7000 364 50 44 180 123 420 201 1400 302 8000 367 55 48 190 127 440 205 1500 206 9000 368 60 52 200 132 460 210 1600 310 10000 370 65 56 210 136 480 214 1700 313 15000 375 70 59 220 140 500 217 1800 317 20000 377 75 63 230 144 550 226 1900 320 30000 379 80 66 240 1148 600 234 2200 322 40000 380 85 70 250 152 650 242 2200 327 50000 381 90 73 260 1555 700 248 2400 331 75000 382 95 76 270 159 750 254 2600 335 1000000 384 N = population size S = sample size Sumber: (The NEAR Research Bulletin, Vol 38 Desember, 1960)