44 3.4 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set borang soal selidik yang dibentuk berdasarkan Skala Likert. Soal selidik ini terbahagi kepada tiga bahagian yang berbeza. Bahagian pertama, iaitu Bahagian A, bertumpu pada maklumat demografi responden seperti jantina, umur, pengkhususan, program ambilan, dan pencapaian akademik. Sementara itu, Bahagian B merangkumi soalan-soalan yang menguji kefahaman siswa guru muslim di IPGMKT terhadap akhlak Islam. Bahagian terakhir, iaitu Bahagian C, memberi tumpuan kepada soalan-soalan pengamalan akhlak Islam dalam kehidupan siswa guru muslim di IPGMKT. Pemetaan yang jelas mengenai susunan soal selidik ini ditunjukkan dalam Jadual 2 bagi memudahkan pemahaman dan analisis data yang diperoleh dari kajian. Jadual 2: Pemetaan soal selidik Bahagian No. Item Jumlah Item Bahagian A Demografi 1 – 5 Item Bahagian B Pemahaman 6 – 15 Item Bahagian C Pengamalan 16 – 30 Item Jumlah Item Keseluruhan 30 Item Penggunaan soal selidik mampu meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan yang diberikan responden kerana tidak dipengaruhi oleh pengkaji. Soal selidik membolehkan responden untuk menyatakan pendapat mereka secara bebas terhadap setiap item yang terdapat dalam kajiannya menggunakan skala Likert. Skala Likert merupakan satu skala yang digunakan untuk mengukur pendapat, sikap atau persepsi seseorang atau kumpulan orang terhadap sesuatu fenomena atau gejala pendidikan. (Djali, 2008). Pemeringkatan dalam skala Likert yang digunakan dalam kajian ini diperincikan dalam Jadual 3,
45 di mana skor 1 menunjukkan 'sangat tidak setuju', skor 2 menunjukkan 'tidak setuju', skor 3 mewakili 'tidak pasti', manakala skor 4 dan 5 masing-masing mewakili 'setuju' dan 'sangat setuju'. Dengan pemahaman yang jelas terhadap penggunaan skala Likert ini, pengkaji dapat menjelaskan tahap kefahaman dan pengamalan responden terhadap setiap item yang dianalisis dalam kajian ini secara lebih terperinci. Jadual 3 Skala Pemeringkatan Likert bagi item-item bahagian B dan bahagian C Pemeringkatan Mata Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju 1 2 3 4 5 Sumber: (Gail & Anthony, 2013) Setiap skala dalam penggunaan Skala Likert membawa maksud yang berbeza, memberi ruang untuk pelbagai jenis pendapat dari responden. Pada skala 'Sangat Tidak Setuju', responden menegaskan bahawa mereka amat tidak bersetuju dengan pernyataan yang diberikan. Di sisi lain, pada skala 'Tidak Setuju', responden menyatakan pandangan bahawa pernyataan tersebut tidak benar. Skala 'Tidak Pasti' mengindikasikan bahawa responden tidak dapat menentukan kebenaran pernyataan tersebut. Apabila responden memilih 'Setuju', mereka menyatakan keyakinan bahawa pernyataan adalah benar, manakala pada skala 'Sangat Setuju', responden dengan yakin mempercayai kesohehan pernyataan tersebut. Dengan pemahaman yang jelas terhadap setiap maksud skala, pengkaji dapat menganalisis dengan lebih mendalam tentang persepsi dan sikap responden terhadap setiap item dalam kajian ini.
46 3.4.1 KESAHAN (VALIDITY) Kesahan merupakan elemen penting dalam proses pengukuran konstruk di dalam kajian. Ia merujuk kepada sejauhmana instrumen yang digunakan mampu mengukur dengan tepat apa yang hendak diukur dan membolehkan interprestasi skor yang diperoleh menjadi relevan dengan tujuan kajian (Lily Hanefarezan Asbulah et al., 2018). Kesahan instrumen merujuk kepada kemampuan bagi mengukur perkara yang perlu diukur dan interprestasi skor yang sesuai dapat dilakukan (Mohd Yusaini et al., 2020). Justeru, bagi memastikan kesahan instrumen, pengkaji perlu memastikan bahawa isi kandungan instrumen tersebut bersesuaian dengan matlamat kajian. Salah satu pendekatan yang biasa dilakukan adalah melalui proses penilaian item-item ujian oleh pakar rujuk, yang memeriksa dan memberikan komen untuk memastikan item-item tersebut merangkumi semua aspek yang diuji (Lam et al., 2018). Dalam konteks kajian ini, instrumen kajian iaitu borang soal selidik telah disemak terlebih dahulu oleh pensyarah pembimbing serta pensyarah pakar lain bagi mengesahkan instrumen kajian dan menjamin kesahan item ujian sebelum diedarkan kepada siswa guru muslim. Soal selidik yang diubahsuai daripada kajian lepas ini sesuai dan mudah difahami oleh responden serta mendapat maklum balas positif semasa pengkaji menjalankan kajian rintis. 3.4.2 KEBOLEHPERCAYAAN (REALIBILITY) Kebolehpercayaan merupakan kestabilan atau ketekalan maklum balas yang diberikan oleh responden mencakupi item, soalan mahupun konstruk. (Creswell, 2018). Oleh itu, kaedah ‘Alpha Cronbach’ digunakan bagi melihat tahap kebolehpercayaan instrumen soal selidik yang mempunyai julat antara 0.00 hingga 1.0. Sekiranya nilai julat menghampiri 1.0, maka ia menandakan tahap kebolehpercayaan berada pada tahap sangat baik, tinggi serta berkesan manakala tahap kebolehpercayaan yang rendah apabila nilai julat yang hampir dengan 0.00 menunjukkan tahap kebolehpercayaan item berada pada tahap sangat rendah. Jadual 4 menunjukkan Interprestasi Skor Alpha Cronbach (Rohana Hamzah & Nurul Ain Fatehah Baharuddin, 2018).
47 Jadual 4 Interprestasi Skor Alpha Cronbach Skor Alpha Cronbach Tahap Kebolehpercayaan 0.90 hingga 1.00 Sangat baik dengan tahap konsistensi yang tinggi 0.70 hingga 0.89 Baik dan boleh diterima 0.60 hingga 0.69 Boleh diterima 0.50 hingga 0.59 Item perlu dibaiki <0.5 Item perlu digugurkan (Sumber: Rohana Hamzah & Nurul Ain Fatehah Baharuddin, 2018) Seramai 162 siswa guru muslim IPGMKT yang terlibat dalam kajian ini. Analisis data nilai kebolehpercayaan adalah dengan merujuk kepada Jadual Interprestasi Skor Alpha Cronbach (Rohana Hamzah & Nurul Ain Fatehah Baharuddin, 2018). Berdasarkan rajah 1 Nilai Alpha Cronbach bagi instrumen soal selidik kajian ini ialah 0.918 yang menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan sangat baik. Hal ini menunjukkan bahawa hasil dapatan kajian sebenar membuktikan instrumen kajian mempunyai nilai kebolehpercayaan yang memuaskan dan sesuai digunakan dalam kajian ini. 3.5 KAJIAN RINTIS Pengkaji telah menjalankan kajian rintis dengan melibatkan 30 responden siswa guru IPGM Kampus Tawau sebelum kajian sebenar dijalankan. Hal ini sejajar dengan cadangan Johnson & Brooks (2010) yang menyarankan sekurangkurangnya 30 responden untuk kajian rintis awal. Menurut Rohaida Mazlan (2017), kajian rintis digalakkan untuk dijalani sebelum soal selidik ditadbir dalam kajian sebenar. Kajian rintis tersebut dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu untuk menilai kesahan dan kebolehpercayaan soalan-soalan dalam instrumen kajian. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa borang soal selidik yang dikemukakan kepada responden sesuai dan mudah difahami. Dapatan data kajian rintis dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 27.0. Hasil dapatan
48 kajian rintis ini akan menentukan kesahihan soal selidik yang akan digunakan dalam kajian sebenar nanti. Berdasarkan jadual 5 keputusan analisis, nilai alpha Cronbach bagi keseluruhan instrumen kajian adalah 0.918. Ini menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang tinggi dan sangat baik. Secara umum, nilai alpha Cronbach yang lebih dari 0.70 dianggap memadai untuk menunjukkan kebolehpercayaan yang memuaskan dalam konteks kajian (Mohd Faizal & Leow, 2017). Dengan nilai alpha sebanyak 0.918, menunjukkan bahawa instrumen kajian memiliki konsistensi yang sangat tinggi dalam mengukur konstruk kefahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru. Nilai alpha Cronbach yang tinggi seperti ini menunjukkan bahawa item-item dalam instrumen kajian saling berkaitan dengan baik dan mengukur konstruk yang sama dengan konsisten. Oleh itu, hasil kajian dapat dianggap dapat dipercayai dan hasil analisis data yang diperoleh daripadanya boleh digunakan untuk membuat inferens yang sahih dan relevan dalam konteks kajian kefahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru. Jadual 5 Hasil Analisis Kebolehpercayaan Konstruk Bilangan Item Nilai Cronbach Alpha Kefahaman akhlak Islam dalam kalangan siswa guru 10 0.798 Pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru 15 0.910 Keseluruhan 25 0.918
49 3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Sebelum proses pengumpulan data dilakukan, pengkaji mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data kajian dan telah diedarkan pengkaji melalui google form kepada siswa guru muslim IPGM Kampus Tawau. Langkah tersebut dapat menjimatkan masa untuk mendapatkan kembali borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden. Justeru itu, pengkaji telah mengedarkan soal selidik kepada responden melalui aplikasi Whatsapp. Pengkaji juga memberi penjelasan terlebih dahulu berkaitan langkah untuk memberi maklum balas terhadap item-item yang terdapat dalam soal selidik . Selain itu, kepentingan menjaga kerahsiaan dan privasi maklumat responden diutamakan, dengan memastikan bahawa maklumat yang diberikan hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja. 3.7 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA Setelah soal selidik dijawab oleh responden, data-data yang diperoleh dikumpulkan serta dianalisis dengan menggunakan kaedah perisian computer dengan aplikasi Statistical Program for Social Science (SPSS) versi 27.0. Seterusnya, analisis data dilakukan menggunakan statistik deskriptif. Dalam kajian ini, analisis data deskriptif digunakan bagi menentukan tahap kefahaman akhlak Islam dan tahap pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru. Menurut Abdul Halim Ahmad (2022), analisis data melalui statistik deskriptif bertujuan untuk melihat min, sisihan piawai, kekerapan dan peratus bagi menganalisis dan membuat keputusan terhadap item yang dikaji. Oleh itu, pengkaji menggunakan jadual interprestasi skor min yang dinyatakan oleh Nunnally dan Bernstein (1994) bagi menganalisis data yang diperoleh. Jadual 6 Interprestasi skor min adalah seperti berikut:
50 Jadual 6 Interprestasi Skor Min Skor min Interprestasi Skor min 1.00 hingga 2.00 Rendah 2.01 hingga 3.00 Sederhana rendah 3.01 hingga 4.00 Sederhana tinggi 4.01 hingga 5.00 Tinggi (Sumber: Nully dan Bernstein, 1994) Statistik inferensi pula digunakan bagi melihat hubungan pembolehubah tidak bersandar atau bersandar. Oleh itu, analisis inferensi yang dilakukan pada kajian ini ialah dengan menggunakan analisis korelasi Pearson. Analisis Korelasi Pearson digunakan oleh pengkaji dalam mengenal pasti nilai koefisien hubungan antara dua atau lebih pemboleh ubah. Hal ini bagi menjawab persoalan kajian yang ketiga iaitu hubungan antara kefahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru muslim. Justeru itu, nilai pekali korelasi pearson akan diambil kira dalam kajian ini berdasarkan jadual 7 kekuatan hubungan Korelasi Pearson yang dikemukakan oleh Pallant (2007). Jadual 7 Kekuatan hubungan Korelasi Pearson Pallant 2007. Pekali korelasi Kekuatan Hubungan 0.50 hingga 1.00 Tinggi 0.30 hingga 0.49 Sederhana 0.10 hingga 0.29 Rendah (Sumber: Pallant, 2007)
51 3.8 RUMUSAN Bab ini telah membahas tentang pendekatan metodologi yang digunakan untuk menghimpun data dan maklumat dari sampel kajian. Metodologi kajian merangkumi langkah-langkah yang diambil untuk melaksanakan kajian, termasuk cara pengumpulan dan analisis data. Penting untuk memilih metodologi yang sesuai demi memastikan hasil kajian yang berkualiti. Diharapkan penggunaan kaedah yang terperinci dapat memenuhi standard yang ditetapkan dan menjamin kecemerlangan kajian. Seterusnya, diharapkan metodologi yang digunakan dapat mencapai objektif bagi mengenalpasti kefahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru. Hal ini dapat memastikan siswa guru dapat meningkatkan pengetahuan akhlak dan mengamalkan ajaran akhlak Islam yang benar agar dapat melahirkan siswa guru yang berkuali dan menjadi contoh teladan kepada generasi muda akan datang.
52 RUJUKAN Abdul Halim Ahmad. (2022). Cabaran dan keberkesanan penggunaan simulator cisco packet tracer dalam pembelajaran sambungan VPN (Virtual Private Network). International journal of modern education (IJMOE), 4(14), 21- 30. Ahmad Johari Hj Sihes, Abdul Rahim Hamdan, Jamaluddin Ramli & Nor Salis Samingan. (2006). Pengaruh pengetahuan agama ke atas amalan agama dan gaya hidup mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia. National Student Development Conference (NASDEC). Kuala Lumpur, Malaysia. Ainul Mardziah Zulkifli. (2018). Konsep muhasabah diri menurut Imam AlGhazali. [Tesis Sarjana]. Universitas Islam Negeri Ar-Raniry Banda Aceh. Annasaii Jamar, Fatin Nazmin Mansor & Mohd Aderi Che Noh. (2020). Kefahaman Dan Pengamalan Nilai Islam Dalam Kalangan Pelajar “Ground Handling” Di Kolej Swasta Malaysian Aviation Training Academy (MATA) Kuantan. Jurnal hal ehwal Islam Selangor (4), 1- 17. Asjad Mohamed, Muhammad Muzakkir Othman @ Seman & Mohd Hafiz Abdul Wahab. (2010). Kefahaman dan amalan dalam beragama: kajian terhadap pelajar baru UiTM Pahang dan pelajar baru Universiti Malaysia Pahang. Universiti Teknologi MARA Pahang Azmawida Abdullah, Mohd Murshidi Mohd Noor & Syarifah Md Yusof. (2021). Konsep niat menurut Imam Ghazali daripada perspektif gelagat kepenggunaan. International Journal of Islamic Business, 6(2),15-24. Creswell, J. (2017). Research Design: Qualitative, Qualitative and Mixed Methods Approaches. 4th Edition, Sage. Newbury Park. Creswell, J. (2018). Research Design: Qualitative, Qualitative and Mixed Methods Approaches (5th ed). Thousand Oaks, CA: Sage publications Ltd. Djali. (2008). Skala Likert. Jakarta: Pustaka Utama. Fraenkel, J. R., Wallen, N. E. & Hyun, H. H. (2012). How to design and evaluate research in education (8th ed). Connect learn succeed. Gail, M. S. & Anthony, R. A. Jr. (2013). Analyzing and interpreting data from likerttype scales. Journal of Graduate Medical Education, 5(4), 541-542. Haron Din. (2003). Manusia dan Islam. Academe Art & Printing Services Sdn. Bhd. Haron Din. (2007). Rujukan efektif akhlak mulia. Millenia. Ikhwan Khairulanwar, Aminuddin Hehsan, Juhazren Junaidi, Mohd al-Ikhsan Ghazali, Arieff Salleh Rosman & Farahwahida Mohd Yusof. (2022). Kajian Akhlak dan Pengamalan Remaja Muslim Berdasarkan Kitab Jami’ Ulum Wal Hikam oleh Imam Ibnu Rajab Hanbali. International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 9(2), 73-83. https://doi.org/10.11113/umran2022.9n2.527
53 Johanson, G. A. & Brooks, G. P. (2010). Initial scale development: sample siza for pilot studies. Educational and Psychological Measurement, 70(3), 394- 400. Kamal Azmi Abd. Rahman. (2016). Falsafah Akhlak Miskawayh. International conference on aqidah, dakwah and syariah, 1-10. Kamus Dewan. (1996). Kamus Dewan edisi ke-3. Dewan Bahasa dan Pustaka. Khairani Zakariya@ Abd Hamid. (2012). Kaedah pembangunan akhlak remaja menurut Imam al-Ghazali: Aplikasinya dalam program tarbiah sekolahsekolah menengah aliran agama berasrama di Negeri Kedah, Malaysia. Atikan, 2(1), 79-91. Kline, C. (1960). NEA Research Bulletin. Washington. Research Division of the National Education Association. Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample size for research activities. Educational and psychological measurement, 30(3), 607 – 610. Lam, K. W., Aminuddin Hassan, Sulaiman Tajularipin & Nurzatulshima Kamarudin. (2018). Evaluating the face and content validity of an instructional technology competency instrument for university lecturers in Malaysia. International journal of Academic Research and social sciences, 8(5), 367-385. Lily Hanefarezan Asbulah, Maimun Aqsha Lubis, Ashinida Aladdin & Mus’ab Sahrin. (2018). Kesahan dan keboleh percayaan instrument strategi pembelajaran kolokasi Bahasa arab: Analisis menggunakan Model Rasch. Jurnal Pendidikan Malaysia S1, 1(1), 131 – 140. Makmudi, Ahmad Tafsir, Ending Bahruddin & Akhmad Alim. (2018). Pendidikan Jiwa Perspektif Ibn Qayyim Al-Jauziyyah. Ta’dibuna, 7(1), 1-19. Mohammed Lawal Yahaya, Oyediran, O. S. & John, I.B. (2019). Is there any need for Theory in Research?. International Research Journal of Engineering and Technology (IRJET), 6(3), 845-852. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah & Leow, T. W. (2017). Kesahan dan kebolehpercayaan instrument penilaian kendiri pembelajaran geometri tingkatan 1. Malaysian journal of learning and instruction, 14(1), 211-265. Mohd Khairi Shafie & Mohamad Khairi Othman Mohamad. (2016). Kefahaman dan pengamalan akhlak dalam kalangan pelajar politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 663 – 676. Mohd Yusaini, Mohd Izham & Mohamed Yusoff. (2020). Pengesahan instrument soal selidik kepimpinan distributive menggunakan kaedah Fuzzy Delphi. Jurnal kepimpinan Pendidikan, 7(2), 58 – 70. Muhammad Nova Sarof. (2021). Konsep Kebahagiaan(Studi perbandingan antara pemikiran al Ghazali dan ibn Miskawaih. [Tesis sarjana]. Universitas Islam Negeri Walisongo Semarang. Muhammad Zulazizi Mohd Nawi. (2021). Teras pemikiran Abu Hamid Al-Ghazali pemangkin kemenjadian sahsiah insan holistik. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 1(12), 72-93.
54 Nadia Yusri, Muhammad Afif Ananta, Widya Handayani & Nurul Haura. (2024). Peran Penting Pendidikan Agama Islam dalam Membentuk Karakter Pribadi yang Islami. Jurnal Pendidikan Islam, 1(2), 1-12. Nazneen Ismail, Norul Huda Bakar, Mariam Abd. Majid & Hasnan Kasan. (2019). Pengamalan hidup beragama dalam kalangan mahasiswa institut pengajian tinggi islam di Malaysia. Journal of islamic and contemporary issues, 4(2), 78 -90. Nunnally, J. C. & Bernstein, I. H. (1994). The Assessment of reliability. Psychometric Theory, 3, 248-292. Nur Aisya Asyikin Mohd Zurita & Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. (2022). Hubungan akidah dan akhlak dalam pembentukan individu muslim di Malaysia. International Journal of Civilizational studies and humans sciences, 5(4). Nurul Hudani Md. Nawi & Baharudin Othman. (2016). Personaliti: konsep, kunci dan sumber menurut perspektif Islam. International Journal of Islamic and Civilizational Studies. 3(3), 15 – 24. Nurus Saadah Md Yusof. (2021). Personaliti pensyarah dalam pembentukan akhlak pelajar kajian di Universti Sains Islam Malayisa (USIM). [Master’s thesis]. Universiti Malaysia Pahang Pallant, J. (2007). SPSS survival manual-A step by step guide to data analysis using SPSS for windows (3rd ed.) Maidenhead: Open University Press. Rosni Wazir, Ghazali Zainuddin, Mohammad Imran Ahmad & Muhammad Ammar Farhan Ramlan. (2021). Wacana pengajian dan peradaban Islam. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Rohana Hamzah & Nurul Ain Fatehah Baharuddin. (2018). Kajian rintis pembangunan modul transformasi kepimpinan diri pelajar luar kampus. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 1(4), 36-57. Rohaina Mazlan. (2017). Tahap pengetahuan, pemahaman dan kesediaan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan kajian pengajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2), 30-40. Ruslan Hassan, Farid Mat Zain, Kaseh Abu Bakar & Azmul Fahimi Kamaruzzaman. (2020). Kefahaman nilai etika dan moral pelajar di institusi pengajian tinggi: satu sorotan literatur. Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara 21, 126 -141. https://doi.org/10.17576/malim-2020-2101- 10 Salinda Sahrin & Mohamad Zulkifli Abdul Ghani. (2022). Pendekatan al-muaddib dalam pengajaran dan pembelajaran guru pendidikan Islam. Jurnal Pengajian Islam, 15(2), 241 – 259. Seri Kartini Jurami & Fariza Md Sham. (2013). Pengamalan ajaran Islam dalam kalangan pelajar Politeknik Ungku Omar. International Journal of Islamic Studies, 35(1), 29-38
55 Shaik Abdullah Hassan Mydin, Abdul Salam Muhamad Shukri & Mohd Abbas Abdul Razak. (2020). Peranan akhlak dalam kehidupan: tinjauan wacana akhlak Islam. Jurnal Islam dan Masyarakat kontemporari, 21(1), 38 – 54. Siti Lailatul Qodariyah. (2017). Akhlak dalam perspektif al-Quran: Kajian Terhadap Tafsīr almarāgī Karya Ahmad Mustafa al-Marāgī.. Al-Fath, 11(2), 145-166. Sofiah Mohamed, Kamarul Azmi Jasmi & Muhammad Azhar Zailaini. (2016). Akhlak Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Akademika 86(2), 31- 39. Zuraimy Ali, Azhar Abdul Rahman, Noraini ismail & Nadiyah Hashim. (2022). Etika Islam dalam Membina Peradaban Manusia yang Cemerlang. Jurnal pengajian Islam 1, 168 - 179.
56 LAMPIRAN C INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU INSTRUMEN SOAL SELIDIK KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK ISLAM DALAM KALANGAN SISWA GURU: KAJIAN TERHADAP SISWA GURU INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TAWAU Instrumen soal selidik ini bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau. Kerjasama menjawab soal selidik ini secara jujur dan Ikhlas amat diharapkan supaya pengkaji dapat maklumat yang tepat. Semua maklumat yang diberikan adalah sulit. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian bagi mengenalpasti; 4. Mengenalpasti kefahaman akhlak Islam dalam kalangan siswa guru di IPGMKT. 5. Mengenalpasti pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru di IPGMKT. 6. Menentukan hubungan antara kefahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru muslim IPGMKT. PERSOALAN KAJIAN 4. Apakah kefahaman akhlak Islam dalam kalangan siswa guru di IPGMKT? 5. Apakah pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru di IPGMKT? 6. Adakah terdapat hubungan signifikan antara kefahaman dan pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru muslim di IPGMKT? Bahagian A :Demografi Bahagian B : Tahap kefahaman siswa guru IPGMKT terhadap akhlak Islam Bahagian C : Tahap pengamalan akhlak Islam dalam kehidupan siswa guru IPGMKT
57 BAHAGIAN A: DEMOGRAFI RESPONDEN Arahan: Sila tandakan ( / ) di petak yang berkenaan 1. Jantina: Lelaki Perempuan 2. Umur: 3. Pengkhususan: Pendidikan Islam Bahasa Melayu Bimbingan dan Kaunseling 4. Program/Ambilan: PISMP Jun 2021 PISMP Jun 2022 PISMP Jun 2023 5. Pencapaian Akademik :
58 BAHAGIAN B: TAHAP KEFAHAMAN SISWA GURU MUSLIM IPGMKT TERHADAP AKHLAK ISLAM Arahan: Sila tandakan ( / ) di ruang yang berkenaan Skala Tahap 1 Sangat Tidak Setuju 2 Tidak Setuju 3 Tidak Pasti 4 Setuju 5 Sangat Setuju Bil Item Skala Likert 1 2 3 4 5 1 Saya tahu mencari redha Allah adalah dengan berbuat baik sesama manusia 2 Saya memahami tujuan berselawat 3 Menjaga tutur kata adalah salah satu akhlak mulia 4 Memberi salam adalah amalan mulia 5 Islam menganjurkan kita menolong sesama manusia dalam hal kebajikan 6 Saya faham perasaan orang lain 7 Jika ingin meminjam barang orang lain, kita perlulah memohon izin terlebih dahulu 8 Berakhlak bermaksud melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan (maksiat) 9 Memaafkan kesalahan orang lain adalah amalan mulia 10 Bercakap benar adalah amalan mulia
59 BAHAGIAN C: TAHAP PENGAMALAN AKHLAK ISLAM DALAM KEHIDUPAN SISWA GURU MUSLIM IPGMKT Arahan: Sila tandakan ( / ) di ruang yang berkenaan Skala Tahap 1 Sangat Tidak Setuju 2 Tidak Setuju 3 Tidak Pasti 4 Setuju 5 Sangat Setuju Bil Item Skala Likert 1 2 3 4 5 11 Saya mencari keredhaan Allah dengan berbuat baik sesama manusia 12 Apabila saya mendengar seseorang berselawat ke atas Nabi, saya akan segera menjawab selawat tersebut 13 Saya sentiasa menjaga tutur kata bila berbicara dengan ibu bapa saya 14 Saya sentiasa mengucapkan salam apabila bertemu dengan guru 15 Saya akan segera membantu orang yang dalam kesusahan 16 Saya sentiasa menjaga tingkah laku saya agar tidak menyinggung perasaan orang lain 17 Saya berlapang dada menerima teguran orang lain yang memperbetulkan kesalahan saya 18 Saya tidak mudah marah dalam situasi yang tidak menyenangkan 19 Saya suka penampilan sopan 20 Apabila saya memberi atau membantu seseorang, saya tidak mengharapkan sebarang balasan
60 21 Saya tidak akan mengambil barang orang tanpa meminta keizinan terlebih dahulu 22 Saya tidak gembira apabila keluar berduaan bersama kekasih saya 23 Jika kawan saya meminjam wang daripada saya, adalah tidak wajar saya meminta beliau membayar lebih daripada jumlah wang yang dipinjam 24 Saya akan segera meminta maaf sekiranya melakukan kesalahan 25 Saya sentiasa berkata benar INTERPRESTASI SKOR MIN Skor min Interprestasi Skor min 1.00 hingga 2.00 Rendah 2.01 hingga 3.00 Sederhana rendah 3.01 hingga 4.00 Sederhana tinggi 4.01 hingga 5.00 Tinggi (Sumber: Nully dan Bernstein, 1994) INTERPRESTASI PEKALI KORELASI Pearson r Pekali korelasi Kekuatan Hubungan 0.50 hingga 1.00 Tinggi 0.30 hingga 0.49 Sederhana 0.10 hingga 0.29 Rendah (Sumber: Pallant, 2007) INTERPRESTASI KEBOLEHPERCAYAAN (RELIABILITY) Skor Alpha Cronbach Tahap Kebolehpercayaan 0.90 hingga 1.00 Sangat baik dengan tahap konsistensi yang tinggi 0.70 hingga 0.89 Baik dan boleh diterima 0.60 hingga 0.69 Boleh diterima
61 0.50 hingga 0.59 Item perlu dibaiki <0.5 Item perlu digugurkan (Sumber: Rohana Hamzah & Nurul Ain Fatehah Baharuddin, 2018) ANALISA DATA BERBANTUKAN KOMPUTER (IBM SPSS Versi 27)
62 S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 S13 S14 S15 S16 S17 S18 S19 S20 S21 S22 S23 S24 S25 1 4 4 5 5 5 2 4 5 4 5 5 5 4 4 4 4 4 4 5 4 5 1 4 4 3 2 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 3 5 5 5 5 5 4 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 4 5 5 5 5 5 5 5 3 4 5 5 4 5 5 4 5 5 5 5 5 5 5 5 3 4 4 3 5 3 5 4 5 5 3 5 5 5 5 5 5 4 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 4 5 5 5 5 5 5 3 6 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 3 7 5 5 5 5 5 4 5 5 5 5 5 5 5 5 5 4 4 3 4 4 4 3 5 5 3 8 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 9 5 5 5 5 5 4 5 5 5 5 5 4 5 4 4 5 5 4 5 4 5 5 5 5 5 10 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 4 5 5 4 4 3 5 4 4 5 5 4 4 11 5 5 5 5 5 3 5 4 5 5 5 5 4 4 3 4 4 3 5 4 3 5 5 5 3 12 4 4 5 5 5 3 5 5 5 5 4 5 3 3 3 4 4 3 4 4 4 5 5 4 3 13 5 5 5 5 5 3 5 5 5 5 5 5 5 4 3 3 3 3 4 3 5 3 5 5 3 14 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 15 5 4 5 4 5 5 4 4 5 5 4 5 2 3 4 4 5 4 5 4 4 5 5 4 4 16 5 5 5 5 5 4 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 4 5 5 5 5 5 5 4 17 5 5 5 5 5 4 5 5 5 5 4 5 4 5 4 4 4 3 5 5 4 4 5 5 3 18 5 5 5 5 5 3 5 5 5 5 4 5 4 3 5 3 4 3 4 4 5 3 5 5 3 19 4 5 5 5 5 3 5 4 5 5 5 4 3 3 3 3 3 2 5 5 4 5 5 4 1 20 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 4 5 5 5 4 5 3 4 3 5 5 5 21 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 22 4 5 5 5 5 4 5 4 5 5 5 5 5 5 5 5 5 4 5 5 5 5 5 5 5 23 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 24 4 4 5 5 5 3 5 4 5 5 4 5 5 4 4 4 4 3 5 4 2 2 5 4 3 25 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 3 5 4 4 26 5 4 5 4 5 5 5 4 5 4 5 4 5 4 5 5 4 5 4 5 5 5 5 4 5 27 4 5 5 5 5 3 5 5 5 5 5 4 4 5 5 5 4 3 5 5 5 3 5 5 5 28 4 4 4 4 4 3 4 4 4 4 4 4 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 4 3 3 29 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 30 4 4 5 4 4 4 4 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5
63 LAMPIRAN D ALPHA CRONBACH Konstruk Bilangan Item Nilai Cronbach Alpha Kefahaman akhlak Islam dalam kalangan siswa guru 10 0.798 Pengamalan akhlak Islam dalam kalangan siswa guru 15 0.910 Keseluruhan 25 0.918
64 LAMPIRAN E JADUAL KRIJCIE DAN MORGAN N S N S N S N S N S 10 10 100 80 280 162 800 260 2800 338 15 14 110 86 290 165 850 265 3000 341 20 19 120 92 300 169 900 269 3500 346 25 24 130 97 320 175 950 274 4000 351 30 28 140 103 340 181 1000 278 4500 354 35 32 150 108 360 186 1100 285 5000 357 40 36 160 113 380 191 1200 291 6000 361 45 40 170 118 400 196 1300 297 7000 364 50 44 180 123 420 201 1400 302 8000 367 55 48 190 127 440 205 1500 206 9000 368 60 52 200 132 460 210 1600 310 10000 370 65 56 210 136 480 214 1700 313 15000 375 70 59 220 140 500 217 1800 317 20000 377 75 63 230 144 550 226 1900 320 30000 379 80 66 240 1148 600 234 2200 322 40000 380 85 70 250 152 650 242 2200 327 50000 381 90 73 260 1555 700 248 2400 331 75000 382 95 76 270 159 750 254 2600 335 1000000 384 N = population size S = sample size Sumber: (The NEAR Research Bulletin, Vol 38 Desember, 1960)
65