The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NORFASYAHIRAH BINTI MOHD DERAFI
PISMP JUN 2021 (B) BAHASA MELAYU 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM10622 Norfasyahirah Binti Mohd Derafi, 2024-02-28 10:39:25

BUKU LOG DIGITAL PANDU PUTERI MPU3411a

NORFASYAHIRAH BINTI MOHD DERAFI
PISMP JUN 2021 (B) BAHASA MELAYU 1

BUKU LOG DIGITAL UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET MPU3411a


NAMA NORFASYAHIRAH BINTI MOHD DERAFI PROGRAM PISMP JUN 2021 (B) UNIT BAHASA MELAYU 1 IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA NAMA PENSYARAH DR. SHOLEHAH BINTI ISMAIL BIODATA


I S I K A N D U N G A N Sejarah dan Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 5 - 21 Perlembagan Pandu Puteri Malaysia 22 - 47 Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri 48 - 49 Cogan kata dan lambang Pandu Puteri 50 Isyarat dan hormat Pandu Puteri 51 - 61 Berjabat tangan Pandu Puteri Malaysia. 62 - 63 Pakaian Seragam 64 - 68 Lagu-lagu Pandu Puteri lagu dunia taps siang taps malam 69 - 71 Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas lagu- lagu kumpulan berenam 72 Bendera Malaysia dan maksudnya 73 Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan maksudnya 74 Bendera Dunia dan maksudnya 75 Istiadat Pandu Puteri Tunas 76 -85 Istiadat Ladam Kuda 86 - 93 1 ASAS PANDU PUTERI


I S I K A N D U N G A N SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI 2 Pengurusan dan Struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia 95 Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG KPM 96 Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG Perempuan Melayu 97 Sejarah perkembangan World Assosiation Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) 98 - 103 Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah 104 - 109 PERANCANGAN TAHUNAN PROGRAM UNIT UNIFORM PANDU PUTERI TUNAS DI SEKOLAH RENDAH 3 110 - 117


SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI Pada tahun 1909, di satu perhimpunan Pengakap di Crystal Palace, muncul sekumpulan wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan tersebut. Keinginan mereka untuk menyertai Pengakap telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell. Dalam masa beberapa bulan, beliau menubuhkan satu pergerakan untuk mereka dengan nama programnya sendiri di bawah pimpinan Agnes Smyth Baden-Powell. 01 Baden-Powell memilih nama ‘Girl Guides‘ dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Girl Guides atau Pandu Puteri tidak mengambil masa yang lama untuk membawa impak. Pada tahun 1912, Agnes menulis ’The Handbook for the Girl Guides’ iaitu sebuah buku panduan yang diadaptasikan dari buku ’Scouting for Boys’ oleh abangnya untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya pergerakan Pandu Puteri dilahirkan. 02


SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI Pada tahun yang sama, Sir Robert yang baru bersara mula bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau telah berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya berkahwin dengannya. 03 Pada tahun 1918, Olave dilantik sebagai ketua Pandu Puteri United Kingdom dan sebagai World Chief Guide dalam tahun 1930. Pasangan ini meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia. 04


Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) merupakan pertubuhan rasmi yang menggabungkan persatuanpersatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di seluruh dunia. Terdapat 145 Organisasi Ahli yang bergabung dengan WAGGGS dan mereka ditadbir mengikut lima rantau - Afrika, Arab, Asia Pasifik, Eropah dan Hemisfera Barat. WAGGGS mempunyai 10 juta orang ahli individu. Melalui Organisasi Ahlinya, WAGGGS menyediakan program Pendidikan bukan formal yang berkualiti untuk remaja dan wanita muda mengembangkan kepimpinan dan kemahiran hidup melalui perkembangan kendiri, cabaran dan adventure. Pandu Puteri dan Pengakap Puteri belajar melalui Pengalaman. PENGENALAN PANDU PUTERI


Olave St.Clair Soames atau lebih dikenal sebagai Lady-Baden Powell merupakan isteri kepada Robert Stephenson Smyth Baden-Powell telah mengetuai pertubuhan "Girl Guides" dengan bantuan adiknya, Agnes Baden Powell pada tahun 1910 yang sebelumnya dikenali sebagai "Girl Scouts". Pada tahun 1916, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri atau "Girl Guides". Kemudian pada tahun 1918, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri atau "Chief Guide". Beliau telah diberi gelaran "World Chief Guide" pada tahun 1930. Beliau hidup sehingga 25hb Jun 1977 pada umur 88 tahun. PENGASAS PANDU PUTERI


1917 Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. 1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang. 1920 Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru,Kuala Lumpur. 1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak. 1923 Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang. 1924 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan. 1925 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Melaka. Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang. Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya. PENUBUHAN PANDU PUTERI MALAYSIA


1928 Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit. 1932 Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu. 1937-1946 Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya. 1947 Kegiatan Pandu Puteri yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadisgadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya.


1948-1960 Sekali lagi kegiatan Pandu Puteri tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara 1957 Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan. 1960 PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece. 1962 PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember. 1964 Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963. 1967-1976 Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti- aktiviti Perkhemahan Jubli Emas. 1969 Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu.


1977-1986 Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara. 1986 Persatuan Pandu Puteri Selangor dipecahkan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri Wilayah Persekutuan dan Persatuan Pandu Puteri Selangor. 1987-1996 Merupakan tahun-tahun Pandu Puteri sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Pandu Puteri di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program Pandu Puteri guru-guru pelatih ipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan. 1997 Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula. 1998 Sempena SUKOM ’98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel ’98. 1999 Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa.


2000 8 – 15 Febuari Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre. Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang – Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China. Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000 di UITM Shah Alam, Selangor. Tema ‘Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia’ (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian. 20 – 26 November Aktiviti Antarabangsa; ‘Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers’ (Program Pertukaran Malaysia – China) 2001 7-12 September Kem Integrasi 2001: Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor. Projek Asia Pasifik: PPPM – Fiji GGA: Lend A Hand 2002 April Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sambutan menyambut sempena 85 tahun Pandu Puteri di Malaysia.


2003 Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik). Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 2004 Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak. Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat. Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu. Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia".


2005 21 - 23 Februari Pada pertama kalinya "Girl Guides' Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli Pandu Puteri lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini. Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan. 16 - 17 April Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan. 16-19 Ogos Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara. 17 Ogos Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang. September Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM. 20 Oktober YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah.


2006 Januari Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa: Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer. 13-17 Mac Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta. 1 - 6 April Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM. NAMA LAMA NAMA BARU Tunas Puteri Pandu Puteri Tunas Pandu Puteri Pandu Puteri Remaja Renjer Puteri Pandu Puteri Renjer Kadet Puteri Pandu Puteri Kadet


2006 26 April - 1 Mei Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak. 9 Jun Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta. Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Julai Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor. 2007 Januari Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Januari & Februari Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking" diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy. 19 Januari Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara.


2007 1 April PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9. 3 - 9 Jun Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda. 6 Jun Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian. 7 Jun Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM. 6 September Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM. 9 Oktober Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri. 25 November Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


2008 19 Januari Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah. 6 - 12 Julai Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke34, tahun 2011. 17 - 22 Ogos Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom. Untuk mencapai hasrat membentuk ahli-ahli dan pemimpinpemimpin yang berkualiti, bersemangat kental, progresif, dinamik dan mampu menangani pelbagai saingan dan perubahan dunia di alaf baru, PPPM telah merancang, melaksana dan melibatkan semua pihak dalam pelbagai program baru. Dalam usia 86 tahun kecemerlangan PPPM semakin meningkat dan terserlah di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya, Pengurus Pandu Puteri dan pemimpinpemimpin yang berpengalaman dan gigih. Melalui Kursus Membina Imej Pandu Puteri untuk Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Ibu Pejabat dan Jurulatih serta Persidangan Jurulatih Tahunan, PPPM akan terus maju dalam usaha meningkatkan jumlah wanita muda menjadi pemimpin dan terlibat dalam aktiviti antarabangsa.


RINGKASAN PENUBUHAN PANDU PUTERI MALAYSIA Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura, sehingga tahun 1956. Sejak tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Terdapat 3 fasa penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia iaitu fasa penubuhan, fasa perkembangan, dan fasa halangan. Pada tahun 1916, Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Methodist Girls School Kuala Lumpur. Penubuhan pasukan ini dibantu oleh tiga orang pemimpin berpangkat iaitu Cik Ford, Cik King, dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan Lady Guillemanrd dilantik Yang Di-Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. FASA PENUBUHAN FASA PERKEMBANGAN Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuatkuasa pada masa tersebut. Kerajaan Negeri-negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan secara rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama. Kerajaan turut memberi sumbangan dan peruntukkan sebanyak dua puluh ribu ringgit pada tahun 1932. FASA HALANGAN Kegiatan Pandu Puteri di Malaysia tergendala disebabkan perebutan takhta dan Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun bermula 1942 sehingga 1946. Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara.


MUKADIMAH PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyuarat Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah, pada 9 Jun 2006, hari Jumaat. Kepanduan bermula pada tahun 1916 di Kuala Lumpur dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia semenjak tahun 1928. Ordinan Pandu Puteri 1953 digantikan dengan Akta Pandu Puteri 1953 dan telah disemak pada tahun 1991. Perlembagaan ini menjadi asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat dalam sebarang parti atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan dan bercorak kependidikan untuk kanak-kanak perempuan dan gadis. Perlembagaan ini berterapkan Prinsip Asas Kepanduan, yang berdasarkan nilai rohaniah dan membaktikan untuk pembelajaran kanak-kanak perempuan dan gadis menerusi kaedah-kaedah yang telah diilhamkan oleh pengasasnya seperti yang tertera.


PERKARA 1 - NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI PERKARA 2 - KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah peratuan yang tersendiri. Ibu pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang berteraskan Persetiaan dan Undang-undang Asasl, seperti yang diilhamkan oleh pengasasnya, Robert Baden-Powell. Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan. Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan Undang-undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


Persetiaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya, menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan mematuhi UndangUndang Pandu Puteri. Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: 1. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai 2. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain 3. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain 4. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopansantun 5. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar 6. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah 7. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan 8. 9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan 10.


2.1 KAEDAH Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri Sedunia, yang merangkumi: 1.Komitmen melalui Persetiaan dan Undang-undang 2.Perkembangan kendiri yang progresif 3.Pembelajaran melalui perbuatan Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk kepimpinan yang bertanggungjawab 4. 5.Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa 6.Khidmat masyarakat 7.Aktiviti luar 8.Simbolisme 2.2 KEANGGOTAAN Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela, dan terbuka kepada semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan atau keadaan yang lain, dengan pembayaran keanggotaan tahunan. 1.Ahli aktif setiap ahli aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri membayar kouta untuk setiap ahli aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.


Bahagian Kepanduan 5 - 25 tahun Pandu Puteri Pra-Tunas 6 tahun ke bawah Pandu Puteri Tunas 6 - 12 tahun Pandu Puteri Remaja 12 - 15 tahun Pandu Puteri Renjer 15 - 18 tahun Pandu Puteri Kadet +18 tahun Pandu Puteri Siswi +18 tahun Pandu Puteri Dewasa +18 tahun Bahagian Dewasa +18 tahun Pemimpin Tidak Berwaran +18 tahun Penolong Pemimpin +18 tahun Pemimpin +21 tahun Jurulatih +24 tahun Pesuruhjaya +24 tahun Guild Mantan Pesuruhjaya +30 tahun Guild Pandu Puteri Raja 18 tahun Guild Trefoil + 24 tahun AHLI AKTIF


Setiap ahli tidak aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar kouta untuk setiap ahli tidak aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ali Aktif yang bersara daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa, 18 tahun ke atas, yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang berkehendak untuk dikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projek-projek khidmat dan pembangunan serta teknologi maklumat. AHLI TIDAK AKTIF


Setiap ahli kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Persatuan Pandu Puteri tidak menjelaskan bayaran kouta untuk setiap Ahli Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakappengakap Malaysia, kakitangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, orang-orang awam yang terkenal dan penting, serta individuindividu, termasuk Pesuruhjayapesuruhjaya dan pemimpin-pemimpin yang tidak lagi memegang waran. Ahli-ahli kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya, dan Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dengan jemputan. AHLI KEHORMAT


PERLETAKAN JAWATAN DAN PEMBATALAN KEANGGOTAAN Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan, dan sekiranya mereka seorang pemimpin atau pesuruhjaya, dengan memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang diperoleh daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan serta-merta dengan perletakan jawatan tersebut. Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi keperluan-keperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini. Satu ‘Court of Honour’ akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurang-kurangnya tiga orang ahli yang terpilih, untuk mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan ‘Court of Honour’ adalah muktamad.


Mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip-Prinsip Asas Melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada kanak-kanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia Menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam Negara dan seluruh dunia 1. 2. 3. Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu: PERKARA 3 - TUJUAN DAN OBJEKTIF Mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 4.


PERKARA 4 - LENCANA USUL 8: Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan ‘Persatuan Pandu Puteri Malaysia’ di dalam bulatan di sekelilingnya bawahnya . Semua hakcipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian daripadanya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia . Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif untuk menggunakan Lencana sepanjang tempoh Keahlian tetapi tidak mempunyai hak ke atas Lencana. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan Lencana tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan .


PERKARA 5 - PENAUNG PERKARA 6 - LEMBAGA EKSEKUTIF Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut: Mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 1. Menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja. 2. Menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia 3. Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia antara mesyuarat Majlis Kebangsaan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika perlu.


6.1 KEAHLIAN LEMBAGA EKSEKUTIF KEBANGSAAN Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada PegawaiPegawai yang berikut: Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Ketua Pesuruhjaya Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 PESURUHJAYA BAHAGIAN KEBANGSAAN 1.Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 2.Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 3.Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 4.Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5.Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri 6.Pesuruhjaya Guild Kepanduan 6 PESURUHJAYA PERKEMBANGAN KEBANGSAAN 1.Pesuruhjaya Antarabangsa 2.Pesuruhjaya Program & Latihan Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) 3. 4. Pesuruhjaya Keahlian Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat 5. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan 6. USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ex officio yang dilantik dari semasa ke semasa.


Yang Dipertua Yang Dipertua Malaysia ialah isteri Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya Perdana Menteri Malaysia seorang wanita, maka Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia. Timbalan Yang Dipertua Calon yang dipilih akan memegang jawatan tersebut untuk tempoh tiga tahun. Apabila tempoh tersebut berakhir, calon boleh terus dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua untuk tempoh tiga tahun selanjutnya, tanpa had tempoh keseluruhannya. Ketua Pesuruhjaya Calon yang dipilih akan memegang jawatan untuk tempoh lima tahun. Tempoh tersebut tidak boleh disambung selanjutnya. Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan Calon yang dipilih akan memegang jawatan untuk tempoh tiga tahun. Calon-calon tersebut boleh terus dipilih untuk tempoh tiga tahun selanjutnya, sehingga had tempoh maksimum enam tahun keseluruhannya. Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagai calon untuk jawatan yang tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong, yang terdiri daripada Ahli- Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 6.2 TEMPOH JAWATAN DAN KRITERIA PEMILIHAN


Bagi memastikan kesemua jawatan Pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada waktu yang sama, dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali setiap tahun, Lembaga Eksekutif Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak lebih daripada satu pertiga jawatan akan dipilih pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu dilantik, yang akan memegang jawatan tersebut sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, di mana pemilihan yang baru akan diadakan. Calon baru tersebut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun sepenuhnya. USUL 3: Sekiranya berkemungkinan, Lembaga Eksekutif Kebangsaan perlu dianggotai oleh Pegawai di dalam kumpulan umur berikut: 30% di bawah umur 35 tahun , 40% di antara umur 35 hingga 60 tahun , and 30% di atas umur 60 tahun . 6.2 TEMPOH JAWATAN DAN KRITERIA PEMILIHAN


USUL 1: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah merupakan ahli ex officio Lembaga Eksekutif Kebangsaan . Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertanggungjawab kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan di dalam pengurusan dan pentadbiran Ibu Pejabat Kebangsaan dan di atas perlaksanaan tugas yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan . USUL 7: Lembaga Eksekutif Kebangsaan diberi kuasa untuk melantik ahli ex officio tambahan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan mengikut keperluan dari semasa ke semasa . 6.2 TEMPOH JAWATAN DAN KRITERIA PEMILIHAN


6.3 KEKERAPAN MESYUARAT Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undang-undang apabila korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir. Sekiranya korum tidak diperoleh apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh dua minggu daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurang-kurangnya satu pertiga daripada keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 6.4 KORUM DAN KUASA PENGADILAN


6.5 TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB LEMBAGA EKSEKUTIF KEBANGSAAN Bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan. Bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memastikan pencapaian yang baik. Menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti. Menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan dengan orang awam. Mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan, sistem kawalan dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawasi risiko, kawalan kewangan dan pematuhan undang-undang dan Peraturan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Mencalonkan Ketua Pesuruhjaya. USUL 7: Melantik Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personal utama, perancangan pewarisan, dan program latihan terancang.


Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. PERKARA 7 - BADAN UNDANGAN 7.1 KEANGGOTAAN MAJLIS KEBANGSAAN Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan. Kesepuluh wakil tersebut perlu terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif yang berumur 18 tahun ke atas. USUL 3: Tiga Satu daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18 – 35 30 tahun. Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan dibenarkan mengundi.


Pegawai-pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan juga merupakan ahli Majlis Kebangsaan Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Ketua Pesuruhjaya, Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, 6 Pesuruhjaya Kebangsaan dan 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak 17 undi. USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan semua ahli ex officio yang dilantik dari semasa ke semasa Tiada hak untuk mengundi Wakil Cadangan USUL 9: 13 wakil daripada 16 15 cawangan. 10 wakil dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak satu ratus enam lima puluh (160 150) undi. USUL 10: Majlis Kejurulatihan 10 wakil daripada Majlis Kejurulatihan Guild Pandu Puteri Raja 1 wakil daripada 14 cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak 14 undi. Guild Trefoil 1 wakil daripada setiap 14 cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak 14 undian. Guild Mantan Pesuruhjaya Setiap ahli yang hadir dibenarkan mengundi. Wakil Kelab Pandu Puteri Dibenarkan mengundi Ahli-ahli Kehormat: Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-pengakap Malaysia, staf Persatuan Pandu Puteri Malaysia, kakitangan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Belia dan Sukan. Tiada hak untuk mengundi. Keanggotaan Majlis Kebangsaan merangkumi:


7.3 KEKERAPAN MESYUARAT Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun. Satu Mesyuarat Agong Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Majlis Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua. Timbalan Yang Dipertua akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Yang Dipertua. Sekiranya Timbalan Yang Dipertua juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. 7.2 TEMPOH JAWATAN DAN KRITERIA PEMILIHAN Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung. Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung. Kekosongan ini tidak seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan.


7.4 KORUM DAN KUASA PENGUNDIAN Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli yang mengundi. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan UndangUndang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. USUL 4: Hak untuk mengundi di Majlis Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan akan ditarik balik daripada mana-mana Cawangan Persatuan yang gagal membayar yuran keanggotaan bagi tahun kewangan sebelum setiap Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun tersebut , melainkan permintaan untuk menangguhkan pembayaran telah diluluskan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. OLIVIA WILSON WORKBOOK


7.5 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MAJLIS KEBANGSAAN Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isu-isu penting Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaunakaun tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan kewangan dan laporan tahunan Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik waran-waran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan UndangUndang Kecil ini Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaan-pindaan susulan Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan, dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan.


Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada: Kouta tahunan yang dijelaskan oleh ahli dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan. 1. Derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan. 2. Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta dan sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing. Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. PERKARA 8 - KEWANGAN


Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan. Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat. Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh 14 Mei 30 Mac setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira-kira serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada I Januari hingga ke 31 Disember. PERKARA 8 - KEWANGAN


PERKARA 9 - CAWANGAN PERSATUAN Cawangan Persatuan terdiri daripada: Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu. 1. 2.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya. 3.USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara. 4.Kampus/Ibu Pejabat utama Institut Pengajian Tinggi. Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan, dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil. Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan, yang selari dengan Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan, namun setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisi-polisi dan peraturan-peraturan Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawai-pegawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan. Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan.


PERKARA 10 - PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PERKARA 11 - PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir. USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belas dua puluh satu (1421) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan. Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua pertiga undi majoriti daripada ahli-ahli yang hadir. Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau aset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut harus diagihkan sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, iaitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perlembagaan ini berkuat kuasa pada 24 September 2005, dan diterima oleh Majlis Kebangsaan pada 9 Jun 2006 dan disemak pada 30 Mei 2007.


Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia Dengan Sedaya Upaya Menunaikan Kewajipan Saya Kepada Tuhan Raja Dan Negara Saya Malaysia Menolong Orang Setiap Masa, dan Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri PERSETIAAN PANDU PUTERI


UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain. Seorang Pandu Puteri sentiasa sopan santun. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. Seorang Pandu Puteri menurut perintah. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. Seorang Pandu Puteri suci dalam pemikiran, perkataan dan perbuatan.


COGAN KATA PANDU PUTERI ‘SELALU SEDIA’ Setiap ahli pandu puteri sentiasa bersedia menghadapi segala cabaran dan ujian. Pandu puteri bersedia menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan. LAMBANG PANDU PUTERI


Click to View FlipBook Version