ISYARAT PANDU PUTERI Isyarat Pandu Puteri melambangkan persaudaraan dan kasih sayang seseorang terhadap Pandu Puteri dan dunia amnya. Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa: Seseorang itu diterima sebagai ahli Pandu Puteri. 1. Pandu Puteri membaharui kesetiaan. 2. Cara melakukan isyarat Pandu Puteri adalah: 1.Ahli Pandu Puteri berada dalam keadaan sedia. Tangan kanan dinaikkan ke paras bahu dan tangan kiri dirapatkan lurus ke badan. 2. Kedudukan jari sama seperti hormat Pandu Puteri. 3. Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25cm dari telinga kanan. 4. Lafaz persetiaan pandu puteri dalam keadaan ini. 5.
ISYARAT TANGAN BENTUKKAN DUA BARIS, MENGHADAP SATU SAMA LAIN Tangan di paras siku, tapak tangan berhadapan BENTUKKAN DUA BARIS Tangan lurus dan mendepa ke hadapan LURUSKAN BARISAN Tangan dan jari lurus ke hadapan, tapak tangan telangkup ke bawah
ISYARAT TANGAN BENTUKKAN SEPARUH BULATAN (CARA 1) Pandangan dari atas, hayun tangan paras bahu bentuk separuh bulatan dari depan ke sisi BENTUKKAN SEPARUH BULATAN (CARA 2) Tangan lurus di sisi, hayun tangan membentuk separuh bulatan BENTUKKAN BULATAN MENGELILINGI SAYA Tangan lurus di sisi, hayun tangan membentuk separuh bulatan
DUDUK/SEMBUNYI Tapak tangan ke bawah, gerak geri menekan. ISYARAT TANGAN TERUSKAN/PERGI JAUH Tangan dihayun dari depan ke belakang TAK MENGAPA/KEMBALI ASAL Tangan dihayun depan muka, tapak tangan terbuka BERSURAI Tangan terbuka bertemu di dada, siku mengepak.
ISYARAT TANGAN PERGI KE SANA Jari telunjuk menunjukkan arah LARI Tangan digenggam, gerak geri berlari / Tangan digenggam, hayun cepat ke atas ke bawah. BERHENTI/DIAM/PERHATIAN Tangan diangkat tinggi, tapak tangan lurus, jari rapat.
ISYARAT TANGAN MARI MASUK/ MARI SINI Tangan dihayun tinggi, kanan dan kiri BENTUKKAN SATU BARISAN MENGHADAP SAYA Tangan mendepa lurus di sisi BERDIRI DALAM BARISAN, KETUA DI HADAPAN SAYA Tangan menggenggam menghala ke depan, siku dilipat
ISYARAT TANGAN PASUKAN MASUK BELAKANG Kedua-dua tangan di tarik ke hadapan dan ke belakang BARISAN TIDAK TENTU / TIADA BARISAN Kedua-dua belah tangan dihayun ke depan sahaja
ISYARAT WISEL Isyarat wisel digunakan sebagai satu arahan. Semasa mengadakan perkhemahan, isyarat wisel akan digunakan bagi memberikan arahan-arahan tertentu tanpa perlu menjerit. Selain wisel, terdapat isyarat lain bagi arahan seperti isyarat tangan. Isyarat wisel sesuai digunakan bagi pasukan yang memiliki ahli yang ramai.
ISYARAT WISEL
Perjumpaan dengan pemimpin, ketua, dan orang-orang kenamaan dalam upacara kepanduan. Upacara penerimaan Hadiah atau kurniaan. Upacara mengibarkan bendera. Hormat Pandu Puteri merupakan perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan oleh Pandu Puteri kepada pegawai-pegawai Pandu Puteri seperti pemimpin, Ketua dan sesama ahli kumpulan. Perlakuan hormat turut diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. Hormat Pandu Puteri digunakan sebagai tanda hormat seseorang di dalam acara atau hal-hal yang melibatkan kepanduan. Hormat Pandu Puteri diberikan semasa dalam keadaan berikut: HORMAT PANDU PUTERI
1.Tiga jari tangan kanan ditegakkan. CARA HORMAT PANDU PUTERI 2. Ibu jari diletakkan di atas jari kelengkeng yang dibengkokkan. 3. Tangan di angkat sehingga sama tinggi dengan dahi. 4. Sebaik sahaja dapat hormat balas, tangan dijatuhkan dan Pandu Puteri boleh bergerak dari situ.
Berjabat tangan dalam Pandu Puteri merupakan tanda persahabatan dan menjadi amalan tradisi Pandu Puteri Dunia. Pandu Puteri Malaysia menggunakan keduadua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Berjabat tangan juga sebagai tanda bertegur sapa sesama ahli dan antara ahli dengan pemimpin. Perlakuan ini sama seperti yang dilakukan oleh puak Zulu di Afrika semasa Lord dan Lady Boden-Powell melawat Kenya. Kaum ini memegang senjata pada tangan mereka sehingga tidak sanggup meletakkannya walaupun sebentar. Hanya tangan kiri yang digunakan untuk tujuan lain termasuklah berjabat tangan. Perlakuan ini diserap sebagai amalan Pengakap dan Pandu Puteri. BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI
BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI Tangan kiri - Pandu Puteri berjabat tangan dengan ahli berpakaian seragam yang lain menggunakan tangan kiri. Tangan kanan - Berjabat tangan dengan orang lain selain daripada ahli Pandu Puteri menggunakan tangan kanan.
Lencana pelantikan Pandu Puteri Tunas (coklat gelap) PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI TUNAS Shoulder flashes dijahit rapat pada kelim bahu kiri dan kanan baju Wogel Persatuan Pandu Puteri Malaysia Lencana Dunia diletakkan di atas garisan poket kanan Skaf dilipat selebar ukuran 3 jari sebanyak 4 atau 5 kali Kaut kanvas hitam Topi Bowler untuk Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Renjer Tudung hitam kosong tanpa hiasan dan dimasukkan ke dalam baju Tanda nama berpin diletakkan di atas lambang kumpulan Lambang kumpulan dijahit di atas garisan poket kiri Seluar biru gelap berpotongan lurus dan tidak ketat Stoking hitam
LENCANA KUMPULAN PANDU PUTERI TUNAS MELUR CEMPAKA SIANTAN KENANGA KESIDANG TERATAI
Lencana pelantikan Pandu Puteri Remaja (Biru gelap) PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI REMAJA Shoulder flashes dijahit rapat pada kelim bahu kiri dan kanan baju Wogel Persatuan Pandu Puteri Malaysia Lencana Dunia diletakkan di atas garisan poket kanan Skaf dilipat selebar ukuran 3 jari sebanyak 4 atau 5 kali Kaut kanvas hitam Topi Bowler untuk Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Renjer Rambut diikat dan didandan dengan kemas Tanda nama berpin diletakkan di atas lambang kumpulan Lambang kumpulan dijahit di atas garisan poket kiri Seluar biru gelap berpotongan lurus dan tidak ketat Stoking hitam Jata diletakkan dengan ukuran 3 jari (5 cm) dari puncak skaf
LENCANA KUMPULAN PANDU PUTERI REMAJA BUNGA RAYA BUNGA LILI BUNGA MATAHARI BUNGA MAWAR BUNGA ORKID BUNGA KERTAS
Ahli Kadet memakai skaf berwarna ‘royal blue’ yang dilipat selebar 3 jari sebanyak 5 kali. Lencana pelantikan untuk kadet berwarna putih. Blaus berlogo yang mempunyai 2 poket dan dipotong ‘princess cut’. PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI KADET (IPG) Lencana dunia dipakai di sebelah kanan dada. Seluar berwarna biru gelap yang berpotongan lurus dan tidak ketat. Kasut bertutup, berwarna hitan dan bertumit rendah. Jika bertudung, tudung berwarna hitam kosong tanpa sebarang hiasan dan dimasukkan ke dalam baju.
Arah kita jelas ke depan bendera berkibar tidak berlipat di dunia harapan abadi bersatu untuk kebenaran persahabatan kukuh selagi dunia masih ada akan nyanyi lagu ini LAGU DUNIA BAHASA MELAYU VERSION ENGLISH VERSION our way is clear as we march on and see our flag on high Iis never furled throughout the world for hope shall never die we must unite for what is right in friendship true and strong until the earth in its rebirth shall sing our song shall sing our song.
kami puji, nikmat diberi matahari, bintang-bintang, langit biru, mana pergi, hidup kami, tuhan saksi LAGU TAPS SIANG BAHASA MELAYU VERSION ENGLISH VERSION thanks and praise, for the day neath the sun, neath the stars, neath the sky, as we go, this we know, god is nigh.
malam datang, siang hilang dari laut, dari gunung, dari langit, semua selamat, sihat rehat, berkat tuhan. LAGU TAPS MALAM BAHASA MELAYU VERSION ENGLISH VERSION day is done, gone the sun, from the sea, from the hills, from the sky, all is well, safely rest, god is nigh.
LAGU KUMPULAN BERENAM BUNGA SIANTAN Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan BUNGA MELOR Melor taat dan setia Berusaha setiap masa BUNGA KENANGA Kami bernama kenanga Berjasa bertenaga BUNGA CEMPAKA Cempaka bersukaria Menolong orang duka BUNGA KESIDANG Kami kesidang datang Menolong pagi dan petang BUNGA TERATAI Teratai nama kami Bekerja setiap hari
BENDERA MALAYSIA ANAK BULAN Melambangkan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara. BINTANG PECAH 14 Menunjukkan perpaduan 13 negeri dan Kerajaan Persekutuan. BIRU TUA Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. MERAH Melambangkan keberanian dan bersedia menghadapi segala rintangan. PUTIH Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan.
TIGA RANGKAIAN DAUN LEBAR Melambangkan tiga persetiaan Pandu Puteri. BINTANG PECAH Melambangkan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia. LENCANA PANDU PUTERI DI TENGAH LATAR BIRU Matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia. BENDERA PANDU PUTERI
BENDERA DUNIA Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan melambangkan tiga bahagian persetiaan. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri sedunia terhadap keamanan. Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanakkanak di dunia.
ISTIADAT PANDU PUTERI TUNAS LINGKUNGAN TUNAS Lingkungan Tunas dilaksanakan dan dipimpin oleh pemimpin (kakak setia/Siti Setia) setiap kali terdapat perjumpaan pasukan. Peralatan yang diperlukan ialah penant Tunas Puteri. Cara ahli membentuk lingkungan adalah secara rekaan iaitu menggunakan tema. Lagu yang perlu dinyanyikan semasa istiadat ini ialah lagu Pandu Puteri Tunas dan lagu kumpulan. Perjumpaan ditutup secara rekaan dan menyanyikan lagu Loceng Pandu Puteri Tunas.
ISTIADAT LINGKUNGAN TUNAS SEBELUM MEMBUAT LINGKUNGAN Pemimpin (Kakak Setia) akan menentukan tempat perjumpaan dibuat dan meletakkan bendera Pandu Puteri Tunas (pennant) di tengah-tengah kawasan. 1. Tetapkan satu tema untuk rekaan membentuk lingkungan. Contohnya, tema haiwan, kenderaan dan lain-lain yang sesuai dan menarik. 2. Pemimpin boleh memanggil kumpulan untuk masuk satu persatu. 3. Arahan: Ketua kumpulan berenam akan membentuk lingkungan dimulakan dengan kumpulan… Respon: Kumpulan kesidang masuk seperti Arnab bergerak sebaris mengelilingi pennant dan kemudian berdiri dalam lingkungan besar (yang akan terbentuk setelah enam kumpulan mengambil tempat) Apabila semua kumpulan telah berada dalam lingkungan besar, semua ahli berpegang tangan dan berskip ke kiri sambil menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas. Setelah selesai skip ke kiri, skip pula ke kanan dan menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas.
Apabila semua kumpulan berenam Pandu Puteri Tunas telah berada dalam lingkungan, ahli baharu yang berada dalam kumpulan akan terus masuk ke tengah lingkungan dan duduk bertinggung di situ. Puteri Tunas Bertujuan Menolong dan Berkawan 1.Semua ahli pegang tangan Skip ke kiri dahulu nyanyi lagu sampai habis 2. Kemudian skip ke kanan dan nyanyi sekali lagi 3. Setelah selesai, lepas tangan, menghadap ke dalam. 4. AHLI BARU LAGU PANDU PUTERI TUNAS
Tiap kumpulan akan masuk ke tengah untuk menyanyikan lagu kumpulan. 1. Mula-mula masuk berskip, tanpa pegang tangan, dan meng’humming’ lagu kumpulan. na,na,na,na,na,na... (irama lagu kumpulan) 2. Setelah membentuk bulatan mengelilingi penanda, skip kekiri lagu kumpulan dan skip sekali lagi ke kanan dan menyanyikan lagu kumpulan 3. Setelah tiba, pegang tangan dan bersedia untuk skip dan menyanyi lagu Pandu Puteri Tunas. 4. 1. Lepas tangan dan skip Humming lagu kumpulan balik ke lingkungan didahului dengan ketua kumpulan. 2. Kemudian, kumpulan berikutnya masuk hingga selesai kumpulan keenam. 3. SKIP KUMPULAN SEMASA KELUAR
Setelah semua kumpulan berenam selesai masuk dalam lingkungan, ahli baharu akan bangun, berpegangan tangan dalam bulatan dan skip ke kiri 1. Ahli baru menyanyikan lagu: Ahli baru suka hati, menjadi Puteri Tunas 2. Kemudian skip ke kanan dan menyanyikan lagu sama sekali lagi. 3. Akhir sekali, skip sambil humming balik ke kumpulan asal masingmasing. 4. Setelah semua kumpulan selesai menjalankan aktiviti ini, secara beramai-ramai sekali lagi pegang tangan dalam lingkungan besar. 5. AHLI BARU
6. Skip ke kiri dan ke kanan beramai-ramai dan menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas hingga selesai. 7. Setelah selesai menyanyikan lagu dan berskip, semua ahli berhenti, lepaskan tangan dan berdiri tegak. 8. Pemimpin akan sebut perkataan ‘T.O.S’ sekali 9. Ahli: tangan berada dalam keadaan hormat (aras bahu) dan sebut ‘T.O.S’ tiga kali. 10. Setelah selesai, turunkan tangan serentak. Aktiviti semasa dalam lingkungan adalah seperti menyampaikan maklumat, memeriksa kebersihan ahli dan pakaian seragam, membuat kutipan dan lain-lain. Lingkungan boleh ditutup dengan cara rekaan atau cara yang diguna dalam ladam kuda. AHLI BARU
ISTIADAT LINGKUNGAN TUNAS Masuk secara rekaan Tema Kenderaan Tema Haiwan Skip ke kiri Skip ke kanan Kumpulan berenam
Di akhir perjumpaan semua ahli berkumpul dan membentuk lingkungan dan menyanyikan lagu Loceng Pandu Puteri Tunas. Apabila pemimpin memberi isyarat akan menutup perjumpaan, semua ahli berkumpul berpegang tangan dan membentuk lingkungan besar. Semua ahli akan berdiri tegak dan menyanyikan lagu Loceng. Ahli boleh keluar dari lingkungan menggunakan rekaan masing-masing. Pemimpin boleh memberi arahan ‘keluar baris’ dan semua ahli keluar baris cara ladam kuda. Cara ahli keluar baris boleh dibuat juga secara rekaan. PENUTUPANPERJUMPAAN MINGGUAN
Istiadat ini merupakan satu cara yang menarik untuk tujuan perbincangan, mengundi, membuat keputusan dan aktiviti bercerita. Pow Wow dikendalikan oleh pemimpin. CARA MELAKSANAKAN Pemimpin akan memanggil ahli untuk melakukan Pow Wow. Ahli akan memberikan respon dengan berpegang tangan dan menyebut Pow Wow berulang kali. Berkumpul membuat lingkungan kecil dan duduk berlutut. Pemimpin akan memberikan arahan kepada ahli, sekiranya mereka ingin memberikan pendapat, letak tangan atas telinga seperti Arnab (3 jari). Semasa ahli ingin memberi undi rahsia, letak tangan di belakang dan tunjuk isyarat seperti genggam jari: tidak setuju / buka genggaman (setuju). Pemimpin boleh bergerak mengelilingi belakang ahli untuk mengira undian. Apabila selesai, Pow Wow semua ahli boleh berdiri dan bersurai. ISTIADAT POW WOW
Istiadat hormat besar dilaksanakan sebagai satu cara ahli Tunas menyambut tetamu dan orang kenamaan. Istiadat ini dilaksanakan semasa ahli dalam bentuk lingkungan. HORMATBESAR Semua ahli berdiri tegak dan kedua-dua tangan diletak dibawah dagu seperti kuntum bunga yang belum berkembang. Tetamu akan masuk ke lingkungan di bawa oleh ahli lain. Pemimpin boleh memberi que dan ahli serentak beraksi menggayakan kuntum bunga yang tertutup beransur-ansur berkembang. Semua ahli dalam lingkungan secara serentak bertepuk tangan di atas bahu kiri empatkali sambil mengucap ”selamat datang. Kemudian bertepuk tangan di atas bahu kanan empat kali dan menyebut ”selamat datang”. Semua ahli berdiri tegak dan memberi isyarat hormat sambil memberi senyuman Ahli boleh menyanyikan lagu ’Selamat Datang” CARAMELAKSANAKAN
ISTIADAT LADAM KUDA Pembentukan ladam kuda dilakukan sebelum istiadat menaikkan bendera (panji-panji). Sebelum aktiviti dimulai, lebih elok jika didahului dengan pembentukan Ladam Kuda supaya guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri yang akan terlibat dengan aktiviviti (bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap ahli, memberikan rahan untuk aktiviti yang akan dilakukan serta merupakan istiadat yang membezakan Pandu Puteri dengan pasukan uniform yang lain. Terdapat dua cara bagi pembentukan Ladam Kuda: 1. Untuk pasukan besar Untuk pasukan kecil (kurang daripada 20 orang ahli) 2.
PETUNJUK
ISTIADAT LADAM KUDA PASUKAN BESAR ARAHAN: Pasukan (pasukan menghadap kapten dalam keadaan SEDIA) 1. 2. Ketua, masuk baris. Kedua kumpulan berbaris di hadapan Kapten bahu ke bahu. Pasukan, masuk baris! (kumpulan masuk baris di belakang Ketua masingmasing dan berada dalam keadaan senang diri. 1. 2. Pasukan, sedia. Pasukan, hentak kaki ... hentak! (arahan diberikan bagi pasukan yang belum mahir berkawad) 3. Paukan ke Ladam Kuda, cepat jalan! (Kumpulan 1 dan 4 mula bergerak dari tepi untuk membentuk ladam kuda, diikuti kumpulan 2 dan 3) 4.
ISTIADAT LADAM KUDA PASUKAN KECIL Kumpulan 1 dan 4 mengetuai pergerakan kawad membentuk Ladam Kuda. Kumpulan 2 ikut belakang Kumpulan 1 manakala Kumpulan 3 mengikuti Kumpulan 4. Kumpulan 1 dan 4 akan bertemu dan berselisih di puncak Ladam Kuda dan terus berkawad sehingga tiba di kedudukan yang bertentangan dengan kedudukan permulaan. 1. Pasukan, berhenti! 2. Ke dalam pusing. Kurang daripada 20 ahli
Kapten mengambil tempat ke kiri tiang bendera jaraknya bergantung kepada bilangan ahli yang ada. Semasa memberi arahan, kapten mesti berada dalam keadaan SEDIA. 1. Kapten: Pasukan! Ahli pasukan menghadap kapten dalam keadaan sedia. Pasukan Panji-panji, masuk baris! Pasukan panji-panji berdiri 4 langkah sebaris di hadapan kapten dalam keadaan sedia, kapten kemudian bergerak ke tiang bendera, berpusing ke belakang semula menghadap pasukan. 2. Kapten: Pasukan, masuk baris! terus berasa dalam keadaan SENANG DIRI. Pasukan, Sedia!
3. Kapten: Pasukan, hentak kaki, hentak! hanya untuk pasukan yang belum mahir. 4. Kapten: Pasukan ke Ladam Kuda, cepat jalan! Ahli Pandu puteri maju ke hadapan dari sebelah kanan dan kiri pengiring sehingga Ladam kuda terbentuk dengan baik. 5. Kapten: Pasukan Berhenti ! 6. Kapten: Ke dalam, Pusing! 7. Kapten: Pasukan panji-panji, jalankan tugas. Pasukan panji-panji yang di tengah memberi arahan kepada pengiring panji-panji di kiri dan kanan secara perlahan untik didengari oleh pasukan panji-panji sahaja. Pembawa panji-panji: Pasukan Panji-panji, cepat jalan. (mereka bertiga berjalan terus ke tiang bendera) Berhenti! - Ketua Panji-panji mengambil satu langkah ke hadapan untuk mengibarkan bendera, ahli memberi isyarat kepanduan dan lagu Dunia dinyanyikan. Pasukan panji-panji tidak memberi isyarat dan tidak menyanyi.
8. Selepas nyanyian lagu Dunia, tali bendera dililitkan oleh Ketua pasukan Panji-panji. Dia berundur satu langkah ke belakang dan memberi arahan. Pasukan Panji-panji, hormat bendera, hormat! 9. Ketua panji-panji memberi arahan: Pasukan Panji-panji, ke belakang pusing! Cepat jalan! pasukan panji-panji balik ke tempat asal masing-masing. Ketua Panji-panji: Berhenti ! Ke belakang, pusing! Kemudian kapten meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk membaca doa dan seterusnya ahli lain untuk memberi kata-kata hikmah. Kapten akan memberi ucapan / taklimat. Kapten memberi arahan seterusnya: Pasukan, keluar baris! - semua ahli Pandu Puteri ambil satu langkah ke hadapan dengan kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar daripada ladam kuda. Sekiranya hendak bersurai, kapten memberi arahan: Pasukan, Bersurai! - semua ahli Pandu Puteri ambil satu langkah ke hadapan dengan kaki kiri, rapatkan kaki, beri isyarat Pandu Puteri, pusing ke kanan dan terus keluar daripada Ladam Kuda untuk bersurai.
Istiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda. Seterusnya, Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat. Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat (Kapten boleh memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut) Kapten memberikan arahan selanjutnya: Kapten: Pasukan, keluar baris! (Semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dari Ladam Kuda.) Kesimpulannya, sebelum Pembentukan Ladam Kuda, lantik: 1.Ketua Pasukan (Berdasarkan bilangan ahli) 2.3 orang bagi Pasukan Panji-Panji 3.1 orang Pembaca Doa 4.1 orang Penyampai Kata-Kata Hikmat Ladam Kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remaja manakala Formasi V untuk Pandu Puteri Renjer. ISTIADAT LADAM KUDA
{PESURUHJAYA GUILD} Puan Lia Nazirah Abdullah {PESURUHJAYA PROGRAM} Puan Azizah Binti Abdul Majid { TIMBALAN YANG DIPERTUA} DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah { KETUA PESURUHJAYA} YBhg. Dato’ Jayadhevi Subramaniam {PESURUHJAYA PANDU PUTERI TUNAS} Puan Foong Poh Lin { PENANUNG DIRAJA } DYMM Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj PENGURUSANDANSTRUKTUR PANDUPUTERIMALAYSIA {PESURUHJAYA PANDU PUTERI REMAJA} Puan Hariyani Binti Mohamed {PESURUHJAYA PANDU PUTERI RENJER} Cik Fong Woon Yoke {PESURUHJAYA DEWASA} Puan Noor Hayati Binti Pilus{PESURUHJAYA ANTARABANGSA} Cik Chong Soo Hui (Thammny) {PESURUHJAYA LATIHAN} Puan Hindon Binti Ahmad {PESURUHJAYA KEAHLIAN} Cik Lee Yong Yong {PESURUHJAYA PERHUBUNGAN DENGAN MASYARAKAT} Cik Koh Kar Ling {PESURUHJAYA STRUKTUR DAN PENGURUSAN} Puan M Vijaya A/P S Murugesu {SETIAUSAHA KEHORMAT} Puan Noorzaidah Binti Mohamed Noor {BENDAHARI KEHORMAT} Puan Zahridah Hanum Binti Mazlan {PENASIHAT UNDANG-UNDANG} Puan Noor Hajran Binti Mohd Noor
PENAUNG YDP CAWANGAN KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN PESURUHJAYA BAHAGIAN PJ BAHAGIAN TREFOIL GUILD PENGERUSI PERKEMBANGAN PJ KEAHLIAN PJ BAHAGIAN TUNAS PJ BAHAGIAN KLOVER (MEMANGKU) PJ LATIHAN PJ PROGRAM PJ ANTARABANGSA PJ KEMASYARAKATAN PJ DANA PJ STRUKTUR PJ KAMPUS PENGURUSANDANSTRUKTUR PANDUPUTERIMALAYSIA CAWANGANIPGM
KAPTEN LEFTENAN KETUA PASUKAN SETIAUSAHA BENDAHARI PENGERUSI JK LATIHAN PENGERUSI JK PERKHEMAHAN PENGERUSI JK KEMASYARAKATAN PENGERUSI JK PROGRAM KETUA KUMPULAN AHLI KUMPULAN Mengikut nama bunga-bunga PENSYARAH / PEMIMPIN PENGURUSANDANSTRUKTUR PANDUPUTERIMALAYSIA CAWANGANIPGKPM
SEJARAHPERKEMBANGAN WORLDASSOSIATIONGIRL GUIDES ANDGIRL SCOUTS (WAGGGS) Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia atau The World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) merupakan suatu pertubuhan pendidikan berasaskan nilai-nilai kerohanian dan keahliannya adalah terbuka kepada semua anak-anak perempuan tanpa mengambil kira bahasa, bangsa atau faktor-faktor lain.
1 2 3 4 5 6 Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan setelah majlis itu mendapat sambutan yang sangat baik. Persidangan ini diadakan bagi bertujuan untuk Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran serta pengalaman. Hal ini telah menyebabkan mereka telah mula merancang lawatan ke luar negara buat kali pertama kali. SEJARAH PERKEMBANGAN WAGGGS 1909 Muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan pengakap di Crystal Palace bagi menjadi pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari tersebut. Pengasas pergerakan Pengakap telah tertarik dengan “pengakap perempuan” tersebut dan seterusnya memilih nama “Girl guides” dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Agens iaitu adik BadenPowell telah mengadaptasikan buku “Scouting for Boys” untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya melahirkan pergerakan Pandu Puteri. Olave Baden-Powell telah membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada Wagggs bagi menyatukan semua ahli. Pada Ketika itu, Robert BadenPowell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia manakala pada tahun 1930, Olave dilantik sebagia Ketua Pandu Puteri Sedunia. Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahun berikutnya, Buletin Dunia dikeluarkan yang kini dikenali sebagai “Our World News”. 1918 Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom setelah berkahwin dengan Sir Robert lalu meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia. 1920 1924 1919 1910
1926 Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika Syarikat, wakil dari beberapa negara telah berjumpa dengan Baden-Powell untuk bertanya tentang pembentukan satu persatuan. 1928 Baden-Powell telah mendapatkan pendapat daripada semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri sebelum mengadakan Persidangan Antarabangsa kelima di Hungary. Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26 negara telah membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia di London yang berfungsi sebagai urus setia. 1930 Bendera dunia telah dikibarkan untuk kali pertama di persidangan Dunia di United Kingdom. 1931 Keahlian persatuan ini telah melebihi satu juta setelah pergerakan ini terus berkembang dengan pesat. 1932 Pusat Dunia yang pertama dibuka. 1939 Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri diadakan di Hungary.