The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by linphen2012, 2021-06-29 10:33:27

Penggunaan Tayar-tayar terpakai dalam membuat kerusi di Taman Rekreaksi

manaku

PENGGUNAAN TAYAR-TAYAR TERPAKAI DALAM
MEMBUAT LANDSKAP

NAMA PELAJAR : STEPHEN HO IK KIONG
NOMBOR MATRIK : 67819
NAMA SUBJEK : GKR3273 PROJEK TAHUN AKHIR
PROGRAM : TEKNOLOGI SENI REKA
NAMA SUPERVISOR : ENCIK MUHYIDDIN MOHAMMED
TARIKH HANTAR : 26 JUNE 2021

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK ....................................................................................................................... IV
1.0 PENGENALAN...................................................................................................... 1 - 3

1.1Penyataan Masalah.............................................................................................................. 3 - 4
1.2 Tujuan Kajian ........................................................................................................................... 4
1.3Persoalan Kajian .................................................................................................................. 4 - 5
1.4 Objektif Kajian ..................................................................................................................... 5 - 6
1.5 Skop Kajian ...............................................................................................................................6
1.6 Kepentingan Kajian ...................................................................................................................6

2.0 LITERATUR ......................................................................................................... 7- 14
3.0 METODOLOGI ..........................................................................................................15

3.1 Reka Bentuk Kajian .................................................................................................................15
3.2 Sample reka Bentuk ................................................................................................................16
3.3 Instrumen Kajian ............................................................................................................. 16 - 17
3.4 Teknik menganalisis Data (qualitative/quantitative/both) ................................................ 17 - 18

4.0 DAPATAN KAJIAN ...................................................................................................19

4.0 Pengetahuan dan Perbincangan.............................................................................................19
4.1.1 Badan Pengetahuan..................................................................................................... 20 - 23
4.1.2 Sumbangan kepada Masyarakat .........................................................................................18
4.2 Bahagian A : Demografi Responden............................................................................... 20 - 23
4.3 Bahagian B : Pemahaman Responden Terhadap Topik Kajian ..................................... 23 - 30

5.0 CADANGAN REKAAN..............................................................................................31

5.1 Pengenalan .............................................................................................................................31
5.2 Proses Reka Bentuk................................................................................................................32

ii

5.3 Penyelididkan Visual ...............................................................................................................33
5,.4 Moodboard .............................................................................................................................34
5.5 Penyataan Reka Bentuk..........................................................................................................34
5.6 Spesifikasi Reka Bentuk..........................................................................................................35
5.7 Perkembangan Idea ................................................................................................................35
5.8 Konsep Rekaan .......................................................................................................................36
5.9 Lakaran Idea ................................................................................................................... 36 - 41
5.10 SWOT analisis............................................................................................................... 41 - 42
5.11 Lakaran 3D .................................................................................................................... 43 - 47
5.12 Pandangan Pecahan.............................................................................................................48
5.13 Lukisan Teknikal............................................................................................................ 49 - 50
5.14 Mockup .......................................................................................................................... 52 - 58
5.15 Proses Membuat Reka Bentuk .............................................................................................59
5.16 Validasi ................................................................................................................................60
5.17 Prototaip ........................................................................................................................ 61 - 64

6.0 KESIMPULAN ...........................................................................................................66
RUJUKAN ............................................................................................................... 67 - 68
APPENDICES ..........................................................................................................69 - 76

iii

ABSTRAK

Kitar semula (tayar terpakai) merupakan amalan yang sangat diperlukan untuk dipraktikkan
dalam kalangan masyarakat seharian sebagai cara mengurangkan sisa-sisa buangan,
penggunaan bahan pencemaran dan pengeluaran gas rumah hijau. Kesedaran dan
pengetahuan kitar semula tayar-tayar terpakai dalam kalangan masyarakat kini masih belum
mencapai tahap yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Kajian ini merupakan satu platform
untuk memupuk masyarakat mengitar semula bahan-bahan terpakai khasnya tayar yang
tidak digunakan lagi. Di samping itu, kefahaman yang jelas tentang perkara ini seharusnya
diterapkan dalam kalangan masyarakat kini untuk mengamalka amalan kitar semula tayar-
tayar sebagai satu wadah bagi mengelakkan pembaziran dan mengoptimumkan penggunaan
sumber sebagaimana yang dituntut oleh syariat Islam kepada manusia. Selain itu, jika dilihat
sisa timbunan tayar-tayar terpakai ditimbunan sampah yang dilupuskan di tapak-tapak
perlupusan menunjukkan kesedaran masyarakat tentang mengitar semula tayar-tayar
terpakai jelas masih terlalu rendah. Kajian ini menggunakan beberapa kaedah untuk
melaksanakan kajian melalui soal selidik atas talian dan respon masyarakat berbilang kaum.
Tambahan pula, kajian ini juga menggunakan kaedah analisis data melalui Google Form dan
Excel untuk merekodkan data daripada responden. Dengan adanya kajian ini membolehkan
masyarakat lebih peka dengan persekitaran alam sekitar. Kesimpulannya, kajian ini
dilakukan agar masyarakat menggunakan barang-barang terpakai seperti tayar untuk
menyelamatkan alam sekitar yang tidak dijaga dengan baik

iv

1.0 PENGENALAN

Pada era yang penuh dengan teknologi kini, Malaysia telah dilihat salah satu negara
yang berkembang dengan pesat dan membangun terutamanya dalam sektor
perindustrian. Sektor perindustrian bukan sesuatu yang asing lagi bagi masyarakat pada
masa kini, kerana ia telah diiktiraf sebagai antara faktor pemangkin kepada
pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Pentingnya usaha dan
sumbangan industri mengolah semula tayar terpakai ini adalah selaras dengan agenda
kerajaan untuk menjadi negara sebagai negara yang menjaga keselamatan dan kesihatan
alam sekitar. Menurut Roslan Mohd Arifin (2018), beliau berbangga dengan pekerjaan
beliau sebagai pengolah tayar terpakar kerana dapat menambahkan pendapatan
keluarga beliau. Kesan daripada aktiviti tersebut sudah pasti bilangan tayar-tayar
terpakai yang dibuang semakin berkurang ekoran daripada pengolahan tayar-tayar
terpakai untuk kegunaan landskap atau perhiasan.

Kemudian, masyarakat kinisangat gemar melakukan pembakaran tayar secara terbuka
menyebabkan asap hitam yang tebal dan berbau busuk turut dikatakan bertoksik dan
boleh menyebabkan masalah kesihatan sekiranya dihidu serta memberikan kesan buruk
kepada alam sekitar. Menurut Kepu Cidi (2015) ,pembakaran tayar-tayar terpakai akan
menimbulkan pencemaran bau dan ketidakselesaan orang-orang setempat terutamanya
golongan kanak-kanak. Kesan daripada aktiviti tersebut akan mengundang penyakit
yang berbahaya kepada masyarakat khasnya orang yang berumur. Oleh itu, amalan kitar
semula tayar-tayar terpakai sangat diperlukan oleh setiap lapisan masyarakat di negara
ini

Amalan mengitar semula tayar-tayar terpakai amat penting kepada sesebuah negara
agar kesihatan alam terjaga supaya imej negara dapat dikekalkan. Menurut Rosmidzatul

Azila (2016) keadaan ini dibuktikan dengan anggaran secara purata rakyat Malaysia
menghasilkan lebih kurang 33, 000 tan sisa pepejal setiap hari. Sekiranya dijumlahkan,
sisa pepejal yang dihasilkan ad.alah kira-kira 12 juta tan metrik setahun. Daripada
jumlah ini pula dianggarkan sekurang-kurangnya 95-97 peratus daripada semua sisa
pepejal di Semenanjung Malaysia sahaja adalah berakhir di tapak pelupusan, manakala
hanya tiga hingga lima peratus sahaja yang diproses di kilang-kilang kitar semula.
Perkara ini harus direnung dan dipraktikkan dalam jiwa masyarakat dengan sedalam-
dalamnya supaya dapat menyelamatkan kindahan alam sekitar daripada terus menjadi
mangsa kejahilan masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Melalui tindakan seperti
ini kefahaman masyarakat tentang mengitar semula tayar-tayar terpakai untuk
kegunaan landskap dapat membuka pintu hati masyarakat supaya menerima amalan
kitar semula sebagai satu budaya yang wajib diamalkan dalam kehidupan seharian.

Menurut Mohd Yusoff Ishak (2019), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
turut mempromosikan program komuniti penjagaan kebersihan atau lebih dikenali
sebagai”plogging” bertujuan untuk meningkatkan tahap kebersihan selain mempromosi
pertukaran bahan kitar semula dengan mata ganjaran dan sumber pendapatan. Situasi
ini jelas membuktikan bahawa amalan kitar semula tayar-tayar terpakai mampu
menyelamatkan alam sekitar dan kesihatan alam sejagat.

Justeru, amalan mengitar semula tayar-tayar terpakai amat diperlukan dalam kalangan
masyarakat bagi mengekalkan amalan lestari memandangkan senario penggunaan
tayar terpakai semakin dipandang enteng dan bakal memudaratkan generasi muda akan
datang. Menurut Hartini (2016), pentingnya landskap agar mayarakat dapat
mengimbangi dan merasakan kenikmatan kehidpuan manusia yang baik bersama-sama
dengan pembangunan kelestarian alam sekitar, Oleh hal yang demikian, kajian ini

2

dilakukan untuk memupuk masyarakat untuk mengitar semula tayar-tayar terpakai bagi
kegunaan dan terus dipraktikkan serta dijadikan sebagai gaya hidup bermula, iaitu
bermula dari aspek pembelian, penggunaan hinggalah ke peringkat penjualan.
Kesimpulannya, pengkaji telah melakukan kajian terhadap penggunaan taar-tayar
terpakai dalam membuat landskap dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

1.1 Penyataan Masalah

Kebanyakkan masyarakat kini melakukan aktiviti membuang tayar secara pada tidak
professional setiap hari sama ada masyarakat di bandar mahupun masyarakat luar
bandar. Walau bagaimanapun terdapat diantara mereka yang kurang pengetahuan
tentang kebaikan mengitar semula tayar-tayar yang tidak digunakan semula.
Antara masalah yang dikenal pasti:

1) Masyarakat didapati lebih memilih membuang tayar ke dalam sungai
sebagai jalan mudah untuk menghapuskan tayar yang tidak digunakan.
2) Terdapat di antara mereka yang membakar tayar secara terbuka
sehingga menyebabkan pencemaran udara.

3) Selain itu,masyarakat juga membiarkan tayar terpakai dilonggokan di
tempat yang tidak senang mata memandang. Misalnya di tempat-tempat
awam, hadapan kedai makanan dan ditepi jalan.

3

Dengan adanya kajian secara terperinci ini dapat membantu menyedarkan dan
mempraktikkan masyarakat untuk meningkatkan produktiviti serta membantu menjaga
keindahan alam sekitar ketika mengitar semula tayar-tayar terpakai.

1.2 Tujuan Kajian

Kajian ini dijalakan bagi memupuk masyarakat agar menggunakan bahan-bahan
terpakai di samping menyelamatkan alam sekitar. Kajian ini berdasarkan perspektif
masyarakat terhadap alam sekitar yang semakin membimbangkan. Oleh hal yang
demikian, pengkaji membuat kajian ini agar masyarkat lebih tahu akan kepentingan
alam sekitar kepada kitaran hidup. Pengkaji membuat analisa bahawa pencemaran alam
sekitar adalah disebabkan pembuangan tayar terpakai di merata-rata tempat. Sekiranya
hal ini berlarutan akan mengundang padah kepada masyarakat serta sumber hidup
seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

1.3 Persoalan Kajian

Soalan yang terdapat dalam kajian seperti berikut;
• Apakah masalah yang dihadapi masyarakat sekiranya amalan
kitar semula kurang dipraktikkan?
• Apakah bahan terpakai yang sesuai digunakan untuk membuat
landskap?
• Apakah masalah yang dihadapi masyarakat sekiranya amalan ini
tidak diamalkan?
• Adakah penggunaan tayar semula mampu meningkatkan
produktiviti produk?

4

• Bagaimanakah cara rakyat menggunakan semula tayar buruk
untuk memenuhi kriteria mengitar semula tayar terpakai?

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini memberi pendedahan dan pengetahuan kepada seseorang individu,
masyarakat dan sektor perindustrian negara. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
masalah yang dihadapi oleh masyarakat sekiranya amalan mengitar semula tayar-tayar
terpakai tidak diamalkan. Hal ini dikatakan demikian kerana dapat memberi
pengetahuan yang mendalam kepada generasi muda dalam kalangan masyarakat
untuk menghargai persekitaran dengan menggunakan bahan yang boleh dikitar semula.
Seterusnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji jenis bahan yang sesuai digunakan
untuk membuat landskap, Kajian ini akan menggunakan bahan-bahan yang dikitar
semula bagi menghasilkan satu produk untuk digunapakai sebagai landskap. Amalan
mengitar semula tayar terpakai mampu menjana pendapatan seseorang kerana produk
yang dihasilkan boleh dikomersialkan semula kepasaran atau diguna pakai semula.
Misalnya mencipta landskap dengan menggunakan tayar terpakai dan menjual semula
ke pasaran mampu menjana pendapatan sesorang individu. Perkara ini semakin parah
apabila masyarakat enggan memberi kerjasama mengikuti amalan mengitar semula
tayar-tayar terpakai kerana akan mengundang penyakit aedes yang masih sukar
mendapat penawar penyakit dan malas pedulikan kerjasama anggota masyarakat.
Selain itu, imej negara akan terjejas sekiranya longgokan tayar terpakai dibiarkan
begitu sahaja. Amalan mengitar semula tayar terpakai ini dapat meningkatkan
produktiviti masyarakat serta meningkatkan cara kerja yang lebih sistematik dan
berkualiti. Kemudian, kajian ini juga bertujuan mereka bentuk landskap menggunakan
tayar-tayar terpakai. Masyarakat boleh menggunakan tayar terpakai dengan membuat

5

semula produk baru yang diperbuat daripada tayar. Sebagai contoh pasu bunga
diperbuat daripada tayar terpakai di letakkan di hadapan rumah mampu mengindahkan
suasana persekitaran rumah.

1.5 Skop Kajian

Lokasi kajian yang dilakukan ini spesifik kepada taman rekreaksi di bukit lima dan
taman rekreaksi di Permai, Sibu iaitu berdekatan dengan lokasi pengkaji bagi
memudahkan pengkaji melakukan penyelidikan dengan lebih teliti

1.6 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini dilakukan kerana kebanyakan masyarakat kini dilihat
memandang enteng terhadap alam sekitar. Masyarakat kini kurang mengambil peduli
terhadap keseimbangan ekosistem. Sekiranya masyarakat masih enggan mempedulikan
kesihatan alam sekitar akan mengundang padah terdapat makhluk yang hidup di muka
bumi ini. Oleh itu, pengkaji telah membuat kajian berkaitan alam sekitar dengan tema
penggunaan tayar-tayat terpakai dalam membuat landskap. Kepentingan kajian ini bagi
menyedarkan masyarakat tentang kebaikan mengitar semula bahan terpakai misalnya
tayar terpakai. Penggunaan tayar terpakai ini mampu memupuk masyarakat agar
memperoleh ilmu pengetahuan tentang kebaikan menggunakan semulan tayar terpakai
untuk kegunaan harian. Dari segi institusi pula, kajian ini mampu mengalakkan
masyarakat terutamanya golongan remaja untuk bersama-sama menjaga alam sekitar.
Di samping itu, rasional kajian ini terhadap kajian juga dapat menceriakan suasana
persekitaran sekolah agar warga sekolah selesa semasa pembelajaran dan pengajaran
berlangsung.

6

2.0 LITERATURE REVIEW

Pada era yang penuh dengan teknologi kini, Malaysia telah dilihat salah satu negara yang
berkembang dengan pesat terutamanya dalam sektor perindustrian. Sektor perindustrian bukan
sesuatu yang asing lagi bagi masyarakat pada masa kini, kerana ia telah diiktiraf sebagai antara
faktor pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara.
Pentingnya usaha dan sumbangan industri mengolah semula tayar terpakai ini adalah selaras
dengan agenda kerajaan untuk menjadi negara sebagai negara yang menjaga keselamatan dan
kesihatan alam sekitar.

Gambar 2.1 landskap sekolah Banting yang menggunakan tayar terpakai untuk melestarikan
landskap sekolah

(Sumber : https://anugerah.gpsbestari.com/undiansekolah/BEA1073/Landskap-Paling-
Cantik/a348f0ee)

Baru-baru ini Sekolah Menengah Kebangsaan Banting telah disumbangkan oleh syarikat
pembekal tayar ternama di Malaysia iaitu Goodyear untuk kegunaan para pelajar untuk
menceriakan kawasan sekolah. Aktiviti mengitar semula tayar-tayar terpakai membolehkan
para pelajar lebih berminat mengadakan aktiviti kitar semula supaya mereka lebih kreatif
dan menjadikan kawasan sekolah lebih ceria. Sekolah tersebut telah dinobatkan sebagai
johan sudut Kitar semula pada tahun 2016 oleh Majlis Kuala Langat Selangor. Menurut

7

Mohammad Affendy ( 2016), penyelengaraan fasiliti atau kemudahan bukan sahaja penting
tetapi juga perlu focus kepada semua kawasan sekolah termasuk dahan-dahan pokok juga
perlu diselenggarakan. Keindahan landskap kawasan sekolah tersebut menambat hati para
pelajar untuk lebih semangat untuk belajar. Keadaan ini secara tak langsung dapat
mengurangkan kes ponteng sekolah dan menjadi aset yang paling penting sebagai faktor
untuk menarik minat pelajar belajar.

.

Gambar 2.2 Gambar 2.3

Gambar 2.2 longgokan tayar terbuang yang tidak digunakan lagi manakala

gambar 2.3 tapak perlupusan sampah yang semakin membimbangkan pada masa

kini

(Sumber: https://www.google.com/search?q=tapak+pelupusan&rlz=1C1CHBD_)

Pembuangan sisa-sisa bahan yang digunakan oleh masyarakat dalam seharian amat tinggi
dan amat jarang masyarakat mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
Menurut Suhaila Shahrul Annuar (2019) keadaan ini dibuktikan dengan anggaran secara
purata rakyat Malaysia menghasilkan lebih kurang 37, 000 tan sisa pepejal setiap hari.
Sekiranya dijumlahkan, sisa pepejal yang dihasilkan adalah kira-kira 12 juta tan metrik
setahun. Daripada jumlah ini pula dianggarkan sekurang-kurangnya 95-97 peratus daripada
semua sisa pepejal di Semenanjung Malaysia sahaja adalah berakhir di tapak pelupusan,

8

manakala hanya tiga hingga lima peratus sahaja yang diproses di kilang-kilang kitar
semula. Perkara ini harus direnung dan dipraktikkan dalam jiwa masyarakat dengan
sedalam-dalamnya supaya dapat menyelamatkan kindahan alam sekitar daripada terus
menjadi mangsa kejahilan masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Melalui tindakan
seperti ini kefahaman masyarakat tentang mengitar semula tayar-tayar terpakai untuk
kegunaan landskap dapat membuka pintu hati masyarakat supaya menerima amalan kitar
semula sebagai satu budaya yang wajib diamalkan dalam kehidupan seharian.

Gambar 2.4 Gambar 2.5

Gambar 2.4 dan gambar 2.5 tayar digunakan untuk mengindahkan

dan melestarikan taman atapun landskap

(Sumber: http://www.relaksminda.com/2013/03/kreativiti-kitar-semula-tayar-terbuang)

Amalan mengitar semula tayar terpakai untuk mengindahkan kelestarian landskap dalam
kalangan masyarakat memberi kesedaran terhadap orang ramai bagi mengasingkan bahan
sisa makanan atau organik dengan sisa pepejal kering, yang juga masih pada tahap yang
rendah. Menurut Mohd Yusoff Ishak (2019), Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan turut mempromosikan program komuniti penjagaan kebersihan atau lebih
dikenali sebagai “plogging” bertujuan untuk meningkatkan tahap kebersihan selain
mempromosi pertukaran bahan kitar semula dengan mata ganjaran dan sumber pendapatan.

9

Situasi ini jelas membuktikan bahawa amalan kitar semula tayar-tayar terpakai mampu
menyelamatkan alam sekitar dan kesihatan alam sejagat.

Gambar 2.6 Gambar 2.7

Gambar 2.6 dan Gambar 2.7 penggunaan semula tayar terbuang untuk dikitar semula sebagai
material landskap

(Sumber: http://www.relaksminda.com/2013/03/kreativiti-kitar-semula-tayar-terbuang.)

Tambahan pula, amalan mengitar semula tayar-tayar terpakai amat diperlukan dalam
kalangan masyarakat bagi mengekalkan amalan lestari memandangkan senario
penggunaan tayar terpakai semakin dipandang enteng dan bakal memudaratkan generasi
muda akan datang khasnya tayar-tayar terpakai. Menurut Zazali Ibrahim (2019) yang
merupakan bekas tentera berusia 57 menaruh minatnya terhadap mengitar tayar-tayar
terpakai dan menjadikan amalan tersebut sebagai hobi bagi mengisi masa lapang. Oleh hal
yang demikian, kajian ini dilakukan untuk memupuk masyarakat untuk mengitar semula
tayar-tayar terpakai bagi kegunaan dan terus dipraktikkan serta dijadikan sebagai gaya
hidup bermula, iaitu bermula dari aspek pembelian, penggunaan hinggalah ke peringkat
penjualan. Selain dari itu, tayar terbuang juga boleh dijadikan hiasan menarik untuk taman

10

mini di halaman rumah. Produk hiasan mernarik ini hanya memerlukan daya kreativiti yang
tinggi. Tambahan pula, penggunaan tayar-tayar terpakai dalam menghasilkan reka bentuk
baru menjadi gaya masyarakat kini apabila bahan terpakai diolah kepada bentuk lain yang
boleh digunakan semula. Justeru, amalan mengitar bahan terpakai sangatlah penting dalam
mereka bentuk landskap khasnya tayar-tayar terpakai.

Gambar 2.9 Gambar 2.10

Gambar 2.9 dan Gambar 2.10 kegunaan tayar sangat penting dalam penciptaan
landskap yang kreatif

(Sumber: http://www.relaksminda.com/2013/03/kreativiti-kitar-semula-tayar-terbuang)

Selain itu, negara sedang membangun perlulah mempunyai tahap kualiti hidup yang
baik disebabkan oleh amalan kitar semula khasnya penggunaan tayar terpakai dalam
melestarikan keindahan landskap-landskap di taman atau perkarangan rumah.
Penggunaana tayar terpakai boleh digunakan dalam melakukan aktiviti perhiasan di
belakang rumah ataupun perkarangan rumah. Justeru, tahap kualiti hidup yang tinggi
dan baik merupakan ciri penting bagi negara kita, iaitu selaras dengan matlamat untuk
mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Taraf hidup
rakyat juga perlu dipertingkatkan dengan kediaman yang sesuai dan selesa dalam
persekitaran yang harmoni dan selamat. Sejak Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK7)
dilancarkan, negara telah meletakkan satu sasaran yang amat tinggi dan berwawasan

11

untuk membangun secara lestari. Menurut Hafiz Ithin (2019), aktiviti mengitar semula
tayar-tayar terpakai membolehkan para pelajar lebih berminat mengadakan aktiviti
kitar semula supaya mereka lebih kreatif dan menjadikan kawasan sekolah lebih ceria
dan kreatif. Rancangan ini berkaitan dengan bermatlamatkan angka sifar bukan sesuatu
yang tidak mungkin untuk dicapai sekiranya kemahuan yang tinggi dalam kalangan
masyarakat kita terhadap perkara yang berkaitan dengan penggunaan semula tayar
terpakai untuk mengindahkan landskap taman-taman.

Gambar 2.11 Gambar 2.12

Gambar 2.11 dan gambar 2.12: kegunaan tayar yang dijadikan sebagai kraftangan

(Sumber: https://www.314167.info/2018/01/kraf-dari-tayar-kereta/

Di samping itu, penggunaan tayar terpakai bukan saja menjimatkan, malah mengitar semula
bahan terbuang terutamanya tayar terpakai dapat memainkan peranan penting dalam
menjaga keselamatan dan kesihatan alam sekitar. Penggunaan tayar-tayar terpakai sangat
penting dan relevan kerana aktiviti tersebut mampu melahirkan insan yang kreatif dan bijak
memanfaatkan benda terpakai dengan baik. Keadaan ini dapat dilihat melalui usaha seorang
lelaki yang berusia 54 tahun yang dikenali sebagai Md Amin Sarju dari taman Indera
Sempurna menghasilkan kraftangan menggunakan tayar-tayar terpakai. Hasil daripada

12

kraftangan atau barang perhiasan tersebut dibeli oleh pengguna untuk kegunaan seperti
pasu bunga, cawan, teko dan sebagainya. Hasil produk sedemikian digunakan bukan sahaja
sebagai elemen hiasan atau pameran di taman, tetapi ia dapat berfungsi sebagai laman web.
Menurut Prof Madya (2020), landskap memainkan peranan yang penting kerana ianya
meliputi komponen seperti perabot dan aksesori taman dan bukan sekadar dibarisi oleh
tanaman sahaja. Hasilnya, kepelbagaian yang terdapat di sesuatu taman membolehkan
suasana lebih tenang dan ceria kerana adanya kraftangan atau barang perhiasan yang
dihasilkan menggunakan tayar-tayar terpakai tersebut. Pembuatan kraftangan yang
diperbuat daripada tayar-tayar terpakai melahirkan masyarakat yang kreatif dan gaya hidup
yang lebih berinovasi terhadap barang-barang terpakai.

Gambar 2.8
Gambar 2.8 tayar terpakai telah diubah kepada bentuk yang lebih produktif

(Sumber: https://www.google.com/guna-semula-tayar-terpakai )
Tayar terbuang sangat sesuai untuk digunakan di luar rumah kerana ia bersifat tahan lama
dan lasak terhadap suhu dan cuaca di malaysia. Masyarakat seharusnya berhenti
menganggap bahawa semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap
sampah dan perlu dibuang begitu sahaja. Setiap bahan yang rosak atau tidak digunakan

13

lagi mampu menghasilkan produk yang lebih kreatif dan mencantikkan serta mengekalkan
kelestarian alam sekitar. Kitar semula tayar yang tidak digunakan semula dan ubahsuai
supaya menjadi bahan yang inovatif, kreatif atau kegunaan harian.
Secara amnya, amalan mengitar semula tayar yang tidak digunakan amat memberikan
impak yang positif kepada setiap lapisan masyarakat terutamanya generasi muda. Amalan
kitar semula bukan sahaja dapat melestarikan keindahan alam sekitar malah menjadi punca
pendapatan sampingan kepada sesorang individu. Hal ini jelas dilihat dengan kesungguhan
seorang tukang olah dan ukir menggunakan tayar terpakai mampu menjadikan dirinya
sebagai seorang yang berguna dan teladan kepada masyarakat lain untuk mengikuti jejak
langkahnya

14

3.0 Metodologi Kajian

Menurut Siti Sarah, Metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk,
mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh
menyokong sesuatu kajian. Tujuan kajian ini adalah untuk menghasilkan kajian yang
lebih baik dan padat. Selain itu, menurut Fazlur Rahman, metode merupakan wacana
tentang cara melakukan sesuatu. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah berusaha
dengan bersungguh-sungguh bagi memanfaatkan teori penyelidikan tersebut dalam
menghasilkan kajian tersebut. Dalam menjalankan kursus GKR3273 Final Year Project
1 ini, terdapat beberapa metode kajian yang telah digunakan untuk mendapatkan
maklumat dan data yang diperlukan oleh pengkaji. Bagi menghubungkaitkan objektif
kajian dengan hasil kajian bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian,
instrumen kajian, cara mendapatkan responden atau cara mengumpulkan maklumat
atau data kajian, dua cara memproses dan mempersembahkan data yang akan
dibincangkan.

3.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk kajian secara tinjauan. Kajian tinjauan adalah satu rangka rujuk
tentang perkara – perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran dan
menganalisis data. Kajian ini adalah untuk mengkaji penggunaan tayar-tayar terpakai
dalam membuat landskap terhadap pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira
umur,bangsa dan agama.

15

3.2 Reka Bentuk Persampelan
Kajian ini meliputi semua lapisan masyarakat supaya bersama-sama memupuk budaya
menggunakan semula tayar-tayar terpakai dalam kalangan masyarakat. Kajian ini
membolehkan masyarakat sedar akan kebaikan menggunakan semula tayar dalam membuat
landskap.

3.3 Instrumen Kajian (qualitative/quantitative/both)
data yang dipungut dianalisis denga ujian statistik. Manakala bagi kaedah kualtitatif
pula merupakan kajian yang menggunakan maklumat yang bersifat kualitatif iaitu data
diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, rujukan dan analisis dokumen bagi
mendapatkan data yang lengkap. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kedua-dua
instrumen kajian iaitu kuantitatif dan kualitatif iaitu meliputi borang soal selidik dan
rujukan. Pengkaji telah menggunakan beberapa teknik bersampelan bertujuan bagi
menjalankan kajian ini. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengawal dan
mengumpul segala maklumat beserta dengan data dari sekumpulan sampel yang khusus
dan spesifik yang bertatapan dengan objektif kajian.Instrumen ialah proses
menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep yang berkaitan dengan sikap,
persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang.Instrumen kajian bagi kajian ini
terbahagi kepada dua iaitu kaedah kuantitatifdan kualitatif. Kaedah kuantitatif
merupakan kaedah yang menggunakan kaedah analisis secara statistik iaitu bersifat
objektif dan berorientasikan hasil. Merujuk kepada istilah kuantitatif ini dikaitkan
dengan data numerika dan ketetapan dimana penyelidikan dilakukan melalui kajian
eksperimental dan

16

Kaedah Instrumen
Kuantitatif Borang soal selidik
Kuanlitatif rujukan

Borang soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan data kuantitatif manakala rujukan
digunakan untuk mendapatkan data kualitatif.

Seterusnya, persampelan bertujuan ini dipilih berdasarkan ilmu pengetahuan dan
pengalaman yang sedia ada. Selain itu,terdapat juga beberapa kaedah rujukan yang akan
dilakukan oleh pengkaji sendiri untuk mendapatkan maklumat tambah dengan lebih
terperinci.

3.4 Kaedah Menganalisis Data

Data dan maklumat yang diperoleh dalam kajian ini akan dikumpul dengan pelbagai cara
seperti dokumentasi rujukan, soal selidik, Excell dan Google Form.

Kajian ini dimulakan dengan kaedah rujukan. Pengkaji telah melakukan rujukan terhadap
bahan-bahan yang bertulis yang sudah diterbitkan seperti buku dan sumber daripada pelbagai
bahan untuk mendapatkan atau mengumpul maklumat yang berkenaan dengan penggunaan
semula tayar-tayar terpakai dalam membuat landskap. Pengkaji juga sedia upaya untuk mencari
perkataan dengan makna daripada pelbagai sumber seperti Internet dan buku rujukan untuk
dijadikan sebagai bahan sokongan kajian ini. Borang soal selidik ini mengandungi 3 bahagian
iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A berkaitan dengan demografi
responden, Bahagian B pula berkaitan dengan pandagan responden berkaitan dengan

17

penggunaan tayar-tayar terpakai dalam membuat landskap. Bahagian C pula merupakan soalan
terbuka kepada pengguna.
Borang soal selidik telah disediakan oleh pengkaji bagi mendapatkan serta mengumpul
maklumat yang tepat dan sahih berdasarkan objektif kajian pengkaji. Kajian soal selidik
digunakan bagi mendapatkan maklumat daripada responden yang dipilih secara rawak untuk
menjawab soal selidik
Melalui analisis data yang diperoleh, kaedah pengiraan manual juga digunakan oleh pengkaji
dan dipersembahkan dalam bentuk grafik iaitu bentuk jadual, graf bar dan carta pai.

18

4.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan Kajian Dan Perbincangan

Bahagian ini membincangkan analisis tentang analisis data dan menunjukkan hasil kajian yang
telah dilakukan menggunakan kaedah borang soal selidik yang diisi oleh responden. Data yang
diperoleh daripada borang soal selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan statisatik
seperti kekerapan, nilai peratusan dan min

4.1.1 Badan Pengetahuan

Hasil kajian yang dijangka ini akan dapat membantu sesetengah pihak tertentu untuk
memahami serta mempraktikkan amalan mrnggunakan tayar terpakai dengan lebih kerap .
Seterusnya masyarakat perlu berusaha untuk mengoptimumkan lagi keberkesanan dalam
menggunakan semula tayar terpakai untuk membuat landskap ke atas generasi baru agar
budaya tersebut tidak dilupakan seperti kacang melupakan kulit. Ini membolehkan
keberlangsungan keseimbangan alam sekitar dan memberi kebaikan yang baik kepada
manusia. Tambahan pula, hasil kajian ini mengajar masyarakat untuk menggunapakai bahan
terbuang untuk menghasilkan produk disamping memelihara alam sekitar.

4.1.2 Sumbangan kepada masyarakat

Hasil kajian ini pengkaji berharap agar kajian ini berjaya mendidik masyarakat agar lebih
peka dengan alam sekitar terutamanya berkaitan dengan topik yang dibincangkan oleh
pengkaji. Ini membolehkan alam sekitar lebih terjaga

19

Hasil kajian ini kepada institusi ialah mengalakkan generasi baru mengetahui bahawa
pentingnya menjaga alam sekitar. Selain itu, kajian ini mengajari masyarakat mencintai alam
sekitar dan membuat perubahan supaya alam sekitar dapat dipelihara.
Borang soal selidik telah disediakan oleh pengkaji bagi mendapatkan serta mengumpul
maklumat yang tepat dan sahih berdasarkan objektif kajian pengkaji. Kajian soal selidik
digunakan bagi mendapatkan maklumat daripada responden yang dipilih secara rawak untuk
menjawab soal selidik. Borang soal selidik telah diedarkan pada 15 Februari 2021 iaitu hari
isnin kepada responden dipilih secara rawak.
Melalui analisis data yang diperoleh, kaedah pengiraan manual juga digunakan oleh pengkaji
dan dipersembahkan dalam bentuk grafik iaitu bentuk jadual, graf bar dan carta pai.

4.2 Demografi Responden
Bahagian A : Demografi Responden

Bahagian ini merangkumi jantina, umur, kaum dan status pekerjaan responden . Data analisis
ini digunakan untuk merekodkan latar belakang responden dimana segala data responden
adalah sulit dan kegunaan kajian sahaja.

4.2.1 : Jantina

20

Jadual 4.2.1 telah menunjukkan carta pie untuk jantina dimana seramai 70 orang responden
telah menjawab soal selidik ini menunjukkan 65.7% atau 46 orang menjawab aalah lelaki
manakala sebanyak 34.3% atau 26 orang responden menjawab adalah perempuan. Majoriti
menjawab soal selidik ini adalah lelaki.

4.2.2 : Umur

Carta pie menunjukkan umur responden yang menjawab soal selidik secara atas talian.
Sebanyak 45.7% atau 35 orang responden berumur 19 tahun sehingga 25 tahun. Sebanyak
48.6% atau 34 orang responden berumur bawah 18 tahun manakala sebanyak 5.7% atau 4 orang
menjawab soal selidik berumur 26 tahun sehingga 32 tahun. Majoriti menjawab soal selidik ini
golongan berumur 18 tahun.

21

4.2.3 : Kaum
18.6%

10% 60.8% Iban
8.6% Melanau
Melayu
Cina
Bidayuh

Rajah di atas menggambarkan kaum yang menjawab soal selidik secara atas talian. Sebanyak
60.8% atau 35 orang responden menjawab soal selidik berbangsa Iban manakala 18.6% atau
13 orang responden telah menjawab soal selidk berbangsa cina. Selain itu, sebanyak 10% atau
7 orang responden telah menjawab soal selidik berbangsa melayu manakala 8.6% atau 6 orang
responden telah menjawab soal selidik berbangsa Melanau. Majoriti bangsa yang menjawab
soal selidik ini berbangsa Iban.

4.2.3 : Pekerjaan

Carta pie di atas menunjukkan pekerjaan responden yang menjawab soal selidik secara atas
talian. Sebanyak 84.3% atau 53 orang responden menjawab soal selidik merupakan pelajar
manakala 8.6% atau 6 orang responden merupakan bekerja dan sebanyak 5 orang responden

22

atau 7.1% menjawab soal selidk adalah tidak bekerja. Secara majoritinya yang menjawab soal
selidik ini merupakan pelajar yang berpengetahuan dan berilmu.

4.2 Bahagian B : Pemahaman Responden Terhadap Topik Kajian
Bahagian B : Pemahaman Responden Terhadap Topik Kajian

Bahagian ini melibatkan pemahaman responden berkaitan dengan topik kajian yang
dilakukan oleh pengkaji.

4.2.1: Adakah anda pernah mendengar pembuatan landskap menggunakan tayar-tayar
terpakai?

Sebanyak 68.6% atau 48 orang responden menjawab soal selidik pernah mendengar pembuatan
landskap menggunakan tayar-tayar terpakai manakala sebanyak 18.6% atau 13 orang
responden mengatakan mungkin pernah dengar pembuatan landskap menggunakan tayar-
tayar terpakai. Kemudian sebanyak 12.9% atau 9 orang responden yang menjawab soal
selidik mengatakan tidak pernah mendengar pembuatan landskap menggunakan tayar-tayar
terpakai. Secara majoritinya memperlihatkan responden mengatakan mungkin pernah dengar
pembuatan landskap menggunakan tayar-tayar terpakai.

23

4.2.2 : Bagaimanakah tahap pemahaman anda mengenai penggunaan tayar-tayar terpakai
dalam membuat landskap?

Carta bar diatas menunjukkan bahawa pemahaman responden yang menjawab soal selidik
secara atas talian. Sebanyak 4.3% atau 3 orang responden menjawab 1 atau sangat tidak faham
mengenai penggunaan tayar-tayar terpakai dalam membuat landskap manakala sebnayak
15.7% atau 11 orang mengatakan tidak faham mengenai penggunaan tayar-tayar terpakai
dalam membuat landskap. Seterusnya, sebanyak 32.9% atau 23 orang mengatakan bahawa
mereka sederhana faham mengenai penggunaan tayar-tayar terpakai dalam membuat
landskap dan sebanyak 25.7% atau 18 orang responden mengatakan faham mengenai
penggunaan tayar-tayar terpakai dalam membuat landskap. Selain itu, sebanyak 21.4% atau
15 orang responden mengatakan bahawa mereka sangat faham mengenai penggunaan tayar-
tayar terpakai dalam membuat landskap. Secara keseluruhannya responden sederhana faham
mengenai mengenai penggunaan tayar-tayar terpakai dalam membuat landskap.

4.2.3 : Apakah kelebihan menggunakan tayar-tayar terpakai dalam membuat landskap?

24

Carat di atas menunjukkan soalan mengenai kelebihan menggunakan tayar-tayar terpakai
dalam membuat landskap. Sebanyak 57.% responden menunjukkan penggunaan tayar-tayar
terpakai mampu menyelamatkan alam sekitar daripada tercemar. Selain itu, sebanyak 15.7%
menunjukkan penggunaan tayar-tayar terpakai dijadikan sebagai sumber pendapatan baharu
manakala sebnayak 67.1% responden mengatakan penggunaan tayar-tayar terpakai mampu
meningkatkan kreativiti penghasilan karya. Secara keseluruhan menunjukkan responden
memilih mampu meningkatkan kreativiti penghasilan karya adalah kelebihan menggunakan
tayar-tayar terpakai dalam membuat landskap.

25

4.2.4 : Dimanakah anda melihat penggunaan tayar-tayar terpakai dalam membuat landskap?

Gambar rajah diatas menunjukkan tempat responden selalu melihat penggunaan tayar-tayar
terpakai dalam membuat landskap. Sebanyak 75.7% atau 53 orang responden telah
mengatakan mereka sering melihat penggunaan tayar-tayar terpakai dalam membuat
landskap di sekolah manakala sebanyak 64.3% atau 45 orang mengatakan di taman rekreaksi
melihat penggunaan tayar-tayar terpakai dalam membuat landskap. Tambahan pula,
persekitaran kampus juga dinyatakan oleh responden dimana 27.1% atau 19 orang responden
pernah melihat tayar-tayar terpakai dalam membuat landskap. Kemudian, sebnayak 105 atau
7 orang responden memilih di tempat kerja sebagai tempat sering melihat penggunaan tayar-
tayar terpakai dalam membuat landskap. Majoritinya, responden sering melihat penggunaan
tayar-tayar terpakai dalam membuat landskap di sekolah.

26

4.2.5 : Apakah jenis reka bentuk landskap yang sering anda lihat?

Rajah carta bar di atas menunjukkan jenis reka bentuk yang sering responden lihat
menggunakan tayar terpakai. Sebanyak 95.7% responden memilih pilihan 1 atau pasu bunga
sebagai reka bentuk yang sering dilihat menggunakan tayar-tayar terpakai manakala sebanyak
45.7% responden memilih pilihan 2 atau buian tayar sebagai reka bentuk yang sering dilihat
menggunakan tayar-tayar terpakai. Sebanyak 11.4% responden memilih pilihan 3 atau reka
bentuk perabot sebagai reka bentuk yang sering responden lihat menggunakan tayar terpakai
dan sebanyak 31.4% responden memilih pilihan 4 atau figura sebagai reka bentuk yang
responden lihat menggunakan tayar terpakai. Secara majoriti responden memilih pasu bunga
sebagai reka bentuk yang sering dilihat responden lihat menggunakan tayar terpakai.

27

4.2.6 : Adakah anda tahu bahawa penggunaan tayar-tayar terpakai dapat meningkatkan
kreativiti masyarakat?

Carta pie di atas menunjukkan bahawa penggunaan tayar-tayar terpakai dapat meningkatkan
kreativiti masyarakat. Sebanyak 37 orang responden atau 80% mengatakan ya bahawa
penggunaan tayar-tayar terpakai dapat meningkatkan kreativiti masyarakat manakala
sebnayak 22 responden mengatakan mungkin dapat meningkatkan kreativiti masyarakat.
Seterusnya, sebnyak 9 orang responden atau 2.9% memilih tidak mampu meningkatkan
kreativiti masyarakat dalam penggunaan tayar-tayar terpakai membuat landskap. Secara
keseluruhannya memumjukkan bahawa responden mengatakan ya bahawa penggunaan tayar-
tayar terpakai dapat meningkatkan kreativiti masyarakat.

28

4.2.7 : Apakah jenis reka bentuk tayar-tayar terpakai yang sesuai digunakan untuk tujuan
landskap?

Carta bar di atas menunjukkan jenis reka reka bentuk tayar-tayar terpakai yang sesuai
digunakan untuk tujuan landskap. Sebanyak 42.9% responden memilih kenderaan sebagai
reka reka bentuk tayar-tayar terpakai yang sesuai digunakan untuk tujuan landskap manakala
sebanyak 47.1% responden memilih reka reka bentuk tayar-tayar terpakai yang sesuai
digunakan untuk tujuan landskap. Selain itu, sebanyak 72.9% responden memilih reka reka
bentuk tayar-tayar terpakai yang sesuai digunakan untuk tujuan landskap dan sebanyak
55.7% responden memilih reka reka bentuk tayar-tayar terpakai yang sesuai digunakan untuk
tujuan landskap. Secara keseluruhannya menunjukkan responden memilih figura sebagai
reka bentuk yang sesuai direka menggunakan tayar-tayar terpakai.

29

4.2.8 : Pernahkan anda membuat kraftangan, produk atau landskap menggunakan tayar-
tayar terpakai?
8%
62%

Pasu Bunga Hiasan

Gambar di atas menujukkan carta pie mengenai pandangan responden berkaitan dengan
pengelaman responden mengolah reka bentuk menggunakan tayar-tayar terpakai. Sebanyak
62% atau 62 orang responden pernah membuat kraftangan, produk atau landskap
menggunakan tayar-tayar terpakai. Sebanyak 8% atau 8 orang responden mengatakan tidak
pernah membuat kraftangan, produk atau landskap menggunakan tayar-tayar terpakai. Secara
keseluruhan memperlihatkan responden pernah membuat kraftangan, produk atau landskap
menggunakan tayar-tayar terpakai.

30

Bab 5
5.0 Cadangan Rekaan

5.1 Pengenalan

Produk akhir atau prototaip adalah penyelesaian penyelidikan yang telah dilakukan oleh
pengkaji. Bab ini juga akan menerangkan mengenai prototaip yang ada dipanggil Chillrex atau
kerusi yang diperbuat daripada tayar-tayar terpakai. Penemuan penyelidikan atau data analisis
dalam bab 4 telah digunakan sebagai pedoman dan platfom untuk melakarkan idea dan
pengembangan idea yang telah dicadangkan berkadasarkan sol selidik secara atas talian. Oleh
itu, penyelidik telah pilih reka bentuk yang menarik tetapi minimalis dari segi hiasan untuk
hasil reka bentuk akhir. Pengkaji telah menggunakan beberapa proses semasa melakukan
penyelidikan bagi melengkapkan dan memenuhi kriteria proses perekaan produk.

31

5.2 Proses Reka Bentuk

Proses Membuat Reka Rentuk Penggunaan Tayar-tayar Terpakai Dalam Membuat Landskap

Pemilihan Tajuk

Penyelidikan Visual dan Penyelidikan
Moodboard

Perkembangan Idea Ciri-Ciri

Konsep reka bentuk Reka Bentuk
Lukisan entuk
Saiz
Lukisan 3D / Digital
Bahan yang digunakan

Proses pembuatan reka bentuk
( Mock Up )

Produk Akhir / Prototype
5.2 Proses Perekaan Produk

32

5.3 Penyelidikan Visual

Penyelidikan visual adalah proses mengumpulkan banyak visual, gambar atau bahkan video
sebagai rujukan untuk merancang produk. Ini membantu mengembangkan idea dengan lebih
baik dan memberi visi yang lebih baik dalam meningkatkan idea. Analisis dilakukan untuk
mengumpulkan data, maklumat dan maklumat tambahan ke proses mengembangkan idea.
Tahap awal perancangan ini diperlukan untuk meneruskannya langkah seterusnya
pengembangan idea.

33

5.4 Mood Board

Mood board digunakan sebagai rujukan selepas proses penyelidikan visual dilakukan. Mooad
board penting kerana dijadikan sebagai inspirasi kepada pengkaji untuk melakukan proses
melakar idea dan pengembangan idea projek. Mood baord merangkumi aspek inspirasi, warna,
reka bentuk, gaya hidup, dan tema. Aspek tersebut penting kerana memudahkan pengkaji untuk
mereka bentuk di landasan yang betul dan tidak terkeluar daripada topik kajian.

5.5 Penyataan Reka Bentuk

CHILLREX CHAIR merupakan satu produk yang direka khas untuk kegunaan rekreaksi atau
kata lain kerusi alam sekitar yang menggunakan bahan kitar semula iaitu tayar-tayar terpakai.
CHILLREX CHAIR bukan sahaja fokus kepada fungsi malah mementingkan faktor ergonomik
semasa pengguna menggunakannya. Produk ini tertumpu di Kawasan taman-taman rekreaksi
di Sibu iaitu Taman Bukit Lima atau Taman Rekreasi Permai.

34

5.6 Spesifikasi Rekaan Produk / Butiran Produk

Kategori Kandungan Chillrex
Ukuran Panjang x lebar x Tinggi 60 cm x 55cm x 75cm
Bahan
Estetik Getah Tayar

Ciri-ciri Warna Kuning, Coklat ,Putih bagi
memperlihatkan rekaan
Fungsi produk lebih elegen dan
berkonsepkan minimal

Menggunakan bahan Menggunakan Tayar-tayar
terpakai terpakai , Reka bentuk yang
mementingkan ergonomik

Tempat Chillrex merupakan produk
yang direka khas untuk

kegunaan luar rumah atau di
taman rekreaksi

5.7 Perkembangan Idea

Perkembangan idea melibatkan konsep rekaan, lakaran, dan juga lakran 3 Dimensi produk.
Proses perkembangan idea ini bertujuan untuk memperoleh idea yang lebih bernas dan kreatif
sebelum menuju ke fasa seterusnya. Proses ini penting kepada pengkaji kerana dapat
memperoleh idea berdasarkan lakaran yang telah dilakar dan mengetahui konsep rekaan yang
sesuai digunakan untuk rekaan produk akhir. Perkembangan idea juga dibuat untuk
memperbanyak reka bentuk yang kreatif sebelum memilih lakaran akhir.

35

5.8 Konsep Perekaan

Konsep rekaan bagi Chillrex semestinya menggunakan konsep minimal dimana rekaan yang
mudah dan sesuai untuk kegunaan di luar rumah bahkan sesuai juga digunakan di taman mini
belakang rumah. Pengkaji mementingkan konsep ergonomik dimana pengkaji menekankan
posisi duduk bagi seseorang semasa duduk di bangku adlaah sangat penting. Pengkaji juga
mereka darjah yang sesuai iaitu 100 – 110 darjah bagi sudut bersandar pada kerusi belakang.
Ini direka untuk memberi keselesaan kepada pengguna dan sebagai pereka perlu mengkira dan
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pengguna dan berusaha untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Begitu juga dengan pengkaji berjaga menyelesaikan masalah masyarakat
yang membuang tayar-tayar terpakai di tempat yang tidak sesuai mata memandang.

5.9 Lakaran Idea

Lakaran idea adalah proses awal mengembangkan idea untuk hasil rekaan akhir. Beberapa
lakaran telah dilakukan bagi mengembangkan idea supaya idea lebih mencapai objektif dan
berkualiti. Aktiviti ini dilakukan untuk mendapatkan idea sebanyak mungkin dengan merujuk
konsep yang telah dipilih. Proses ini adalah penting bagi pengkaji untuk mendapatkan hasil
yang terbaik.

36

Lakaran 1 Lakaran 2

Lakaran 3 Lakaran 4

Lakaran 5 Lakaran 6

Lakaran 7 Lakaran 8

37

Lakaran 9 Lakaran 10

Lakaran 11 Lakaran 12

Proses Pemilihan Idea

38

Lakaran 13 Lakaran 14

Lakaran 15 Lakaran 16

Lakaran 17 Lakaran 18

Lakaran 19 Lakaran 20

39

Lakaran 21 Lakaran 22

Lakaran 23 Lakaran 24

Lakaran 25
40

Lakaran 26 / Lakaran Akhir
Lakaran 26 merupakan lakaran yang dipilih setelah perkembangan idea yang dilakukan oleh
pengkaji. Lakaran akhir digunakan untuk membuat lakaran secara 3 dimensi secara digital
menggunakan perisian 3D Rhinoceros. Melalui lakaran tersebut dapat dilih secara 2 dimensi
dimana produk secara statistik.

5.10 Swot Analisis

SWOT merujuk kepada Kekuatan (S), Kelemahan (W), kemungkinan (O), dan Ancaman (T)
adalah teknik penilaian produk di pasaran. Penilaian SWOT sangat penting bagi kita untuk
mengetahui sebahagian besar dari apa yang diperoleh produk dan kelebihannya. Pada masa
yang sama, melalui kepakaran apa yang kurang pada produk, kemungkinan kegagalan dan
bahaya yang mungkin memerangkap produk di luar perisai dapat dihapuskan. Teknik ini
mungkin dibuat untuk mengatasi produk daripada persaingan.

41

Kekuatan Bahan yang dikitar semula
Ergonomik
Kelemahan Tahan Lasak
Kemungkinan
Ancaman Sukar untuk memindahkan produk
Berat pengguna terhad

Pasaran yang tidak dilayan

Terdapat beberapa persaingan
Beberapa produk lain yang lebih menarik

42

5.11 Lakaran 3D

Pemodelan 3D dilakukan untuk menunjukkan rupa prototaip secara digital. Pengkaji
menggunakan Perisian Rhinoceros 5 untuk melaksanakan proses tersebut. Hasil akhir
prototaip, rendering, pandangan pecahan dan lukisan teknikal yang ditunjukkan dengan jelas
dan terperinci di bawah.

Konsep awal 3D:

Rekaan di atas menunjukkan bahawa rekaan awal yang dilakukan oleh pengkaji dimana rekaan
tersebut menggunakan konsep alam sekitar jelas dilihat menggunakan corak daun pada hiasan
bangku tersebut.Pengkai juga telah menggunakan beberapa elemen untuk menghasilkan rekaan
tersebut seperti garisan, lengkungan, bentuk dan juga warna.

43

Rekaan yang telah di tambahbaikan:

Konsep yang terkini dapat dilihat menggunakan konsep minimal. Rekaan tersebut direka
berdasarkan penambahbaikan secara terus-menerus yang dilakukan oleh pengkaji. Rekaan
tersebut lebih elegen berbanding rekaan yang sebelumnya kerena dilengkapi dengan rekaan
estetik yang menarik.

44

Gambar dibawah menunjukkan sudut pandangan atas:

Ditambahbaik

Reka bentuk menunjukkan perubahan yang dilakukan oleh pengkaji terhadap rekaan
sebelumnya. Rekaan diubah kepada bentuk yang lain bagi menghasilkan rekaan yang lebih
kreatif dan minimal.

45

Gambar dibawah menunjukkan sudut pandangan depan :
Ditambahbaikan

Reka bentuk depan pula secara majoriti di ubah oleh pengkaji bagi memenuhi kriteria
minimal.

46


Click to View FlipBook Version