The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by linphen2012, 2021-06-29 10:33:27

Penggunaan Tayar-tayar terpakai dalam membuat kerusi di Taman Rekreaksi

manaku

Gambar dibawah menunjukkan sudut pandangan tepi:

Ditambahbaikan

Gambar di atas menunjukkan perbezaan sudut pandangan tepi yang telah diubah oleh pengkaji
dari rekaan lama ke rekaan baharu. Jelas menunjukkan rekaan baharu lebih elegen kerana
adanya ciri_ciri yang lebih estetik digunakan. Rekaan baharu juga lebih teratur dan stabil. Hal
ini kerana pengkaji telah melakukan beberapa kajian yang mendalam berkaitan dengan projek.
Ini membolehkan pengkaji memdapat hasil yang lebih menarik dan perubahan yang ketara

47

5.12 Pandangan Pecahan

Pandangan pecahan di lakukan bagi memperlihatkan komponen-komponen yang terselindung
di bahagian bawah. Ini membolehkan audiens untuk melihat komponen yang tersembunyi
dengan lebih jelas.

48

5.13 Lukisan Teknikal

Lukisan teknikal reka bentuk lepas:

49

Lukisan teknikal reka bentuk terkini :

Top View Perspective

Front view Side view
]

Lukisan teknikal di atas menunjukkan pengukuran dimensi prototaip. Penyelidik dapat
menjalankan aktiviti pembuatan model dengan mudah dengan merujuk kepada pengukuran
pada lukisan teknikal.

50

5.14 Mock Up

Rekaan Mock up Lepas :

Pembuatan prototaip berskala atau Mock up ini merupakan kaedah yang sangat penting kerana
penyelidika dapat mengetahui bentuk sebenar produk mengikut skala yang telah ditetapkan.
Langkah ini juga membolehkan penyelidik menghasilkan rekaan secara manual dan
menggunakan apa-apa jenis bahan untuk menghasilkan bentuk produk tersebut.

51

5.15 Proses membuat Reka Bentuk

Proses perekaan lepas :

Pengkaji melakukan atau Menyusun
bahagian kaki kerusi kepada empat bahagian

Pengkaji membuat dan mencantum kan
empat bahgaian supaya lebih kukuh dan
stabil

Pengkaji menambah bahagian tempat duduk
di atas empat bahagian kaki kerusi

52

Penyelidik membuat bahagian tengah pada
iaitu bahagian tempat duduk kerusi dan
membuat bahagian tersebut dapat turun naik
..Bahagian tersebut dilengkapi dengan spring

Penyelidik mereka bahagian penyandar
kerusi supaya pengguna selesa menggunakan
kerusi tersebut.

Seterusnya pengkaji mereka corak daun
untuk diletakkan di bahagian belakang
penyandar kerusi

Pengkaji telah siap mereka mock up kerusi
yang diperbuat daripada bahan getah.
Pengkaji juga membuat mock up
berdasarkan reka bentuk akhir produk seperti
di perisian 3 dimensi
53

54

Proses perekaan terkini :

Pengkaji menggunakan Foam board untuk
membuat mock up. Pengkaji membuat
bentuk di bahagian bawah produk iaitu
dengan membuat bentuk bulat menggunakan
alat jangka sudut. Pengkaji juga membuat
mock up berskala iaitu 1:3.

Setelah itu, pengkaji memotong mengikut
bentuk yang dikehendaki untuk membentuk
kaki kerusi.

Pengkaji juga membuat bahagian tengah
kerusi untuk menguatkan atau menstabilkan
kerusi tersebut semasa pengguna duduk.
Bahagian ini menggantikkan besi sekiranya
dibaut dalam bentuk skala sebenar.

55

Pengkaji memotong bahagian yang telah di
lakar pada foam board termasuk bahagian
penyandar kerusi bagi membolehkan
pengkaji mencantum dan menggabungkan
semua bahagian tersebut secara serentak.

Kemudian, pengkaji telah selesai
menyiapkan bahagian tengah tersebut dan
memotong bahgaian yang tidak diperlukan.
Pengkaji juga telah menggabungkan
bahagian tempat duduk tersebut.

Hasil yang telah digabungkan membentuk
sebuah reka bentuk yang sama seperti yang
dikehendaki. Pengkaji juga membuat
rakaman video semasa membuat reka
bentuk tersebut.

Pengkaji telah membuat lapisan berwarna
coklat seperti yang di digital. Pengkaji telah
selesai menyiapkan mock up mengikut masa
yang ditetapkan.
56

Bil Bahan Mock up Item Unit
Bil 1 unit
1 unit
1 Foam Board ( 60cm X 60cm )
1 unit
2 Mounting Board ( 420mm X 4 unit
594mm )

3 Wallpaper ( 45Cm X 2M )

4 Chipboard Screw ( 3.5mm X
16mm )

57

Gambar Tempat Digunakan

Pengkaji menggunakan tempat taman Unimas sebagai lokasi kajian sebagai validasi

58

5.6 Kajian Pemotongan Tayar

Pengkaji telah melakukan pemotongan tayar sebagai bukti penyelidikan dimana mengkaji
ketahanan tayar setelah dipotong. Pengkaji juga telah mengetahui bahagian-bahagian tayar
yang keras dan lembut. Kajian ini penting unutk memastikan pengkaji peka dengan focus
utama kajian.

Pengkaji membuat kajian pemotongan menggunakan gergaji besi supaya dapat memotong
bahagian besi atau dawai dalam tayar.

59

5.17 Validasi

Pengkaji juga membuat beberapa validasi bagi menguji atau mencuba ketahanan tayar setelah
dipotong yang mempunyai beban yang berbeza

Validasi 1

Validasi 2

60

5.17 Produk Akhir / Prototaip

Prototaip adalah cara bagi pengguna untuk mengalami produk terlebih dahulu, menyampaikan
idea reka bentuk, dan mempamerkan sistem yang kompleks. Pada dasarnya, prototaip telah
menjadi alat komunikasi antara pereka dan pengguna. Oleh itu, penyelidik telah menghasilkan
prototaip menggunakan teknik yang berbeza. Pengkaji telah menghasilkan prototaip
menggunakan 3D printing. Hasil prototaip sangat kemas dan menarik.

Gambar di atas menunjukkan reka bentuk akhir yang direka menggunakan digital.

61

Rajah di atas menggambarkan bahagian depan produk

Rajah di atas menggambarkan bahagian tepi produk
62

Rajah di atas menggambarkan bahagian perspektif produk
63

Gambar Prototaip Di Tempat Digunakan

64

Kesimpulan

Tuntasnya, proses reka bentuk sangat penting kerana ia menerangkan bagaimana sesuatu
dilakukan dan kemudian memberikan fokus untuk menjadikannya lebih baik di mana
menjelaskannya dilakukan menentukan sejauh mana perkara itu berjaya dihasilkan. Sekiranya
pereka memberi tumpuan kepada proses yang betul dan dengan cara yang betul maka proses
itu dapat merancang jalannya dengan lancar. Melalui proses ini, pereka dapat membuat projek
dengan jayanya kerana proses yang dilakukan secara berperingkat. Ini membolehkan pereka
dapat menyiapkan tugasan dengan lebih terperinci.

65

6.0 KESIMPULAN

Dalam kajian ini, pengetahuan masyarakat mengenai penggunaan tayar-tayar terpakai dalam
membuat kerusi di taman rekreaksi terhadap fungsi produk tersebut telah dikaji dan mencapai
objektif kajian. Masalah pengguna mengenai kajian ini berkaitan dengan tayar-tayar terpakai
telah dikenal pasti bagi membolehkan kajian ini dapat mencapai objektif dan kesimpulan
pengkaji. Pengkaji juga menganalisis reka bentuk produk yang sedia ada untuk membantu
mengembangkan idea supaya idea lebih kreatif dan berobjektif.
Kerusi tayar yang direka khas di taman rekreaksi merupakan idea yang baru dan diinovasikan
dengan lebih kreatif supaya memberi reka bentuk yang asli dan baru. Kajian ini membantu
masyarakat di luar khasnya kepada golongan belia perlu mempelajari cara mengitar semula
barang terpakai untuk mereka bentuk semula kepada produk yang lebih kreatif. Keadaan ini
mendorong masyarakat untuk lebih bersistematik melakukan aktiviti kitar semula. Ia juga
dibuat untuk mengkaji posisi duduk yang sesuai dan selesa atau kata lain mengkaji faktor
ergonomik terhadap postur badan semasa duduk di kerusi.
Objektif kajian ini telah dicapai walaupun pengkaji menghadapi banyak masalah dan halangan
dalam menjalankan kajian. Pengkaji sentiasa melakukan penambahbaikan terhadap produk
bagi menghasilkan produk yang lebih berkualiti tinggi.

66

RUJUKAN

Azila, R (2016, Januari 4), Kesedaran Kitar Semula: Kewajipan Semua. Diperolehi dari
http://www.ikim.gov.my/index.php/kesedaran-kitar-semula-kewajipan-semua

Bin, M. (2013, Mar ),Kreativiti Kitar Semula. Tayar terbuang danTerpakai. Relaks Minda.
Diperoleh dari

http://www.relaksminda.com/kreativiti-kitar-semula-tayar-terbuang.html?m=0

Fazlur, R. (2009), Metode Tafsiran Al-Quran. Dicapai pada April 20, 2017, dari
http://Muhsinar.staff.umy.ac.id/Metode-tafsiran-al-quran

Hartini M, N. (2016, September 10). Gabung keindahan dan Keselesaan. Berita Metro.
Diperoleh dari

https://www.hmetro.com.my/node/165479

Komuniti Pekerja Malaysia (2014, April). Hiasan Pasu Bunga Menggunakann Tayar
Terpakai. Diperoleh dari
http://komuniti-pekerja-malaysia/hiasan-pasu-bunga-menggunakan tayar.

Mohd Y. I ( 2019, Oktober 14), Kerjasama Semua Pihak Galak Kitar Semula. Berita Harian,
Diperolehi dari

https://www.bharian.com.my/kerjasama-semua-pihak-galak-kitar-semula

Prof, Madya. (2020, Jun 12), Melestarikan Minda. Diperoleh dari
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1850246

Roslan, M. A (2018, Februari 5), Cari duit Lebih Menggunakan Tayar Terpakai. Berita Harian

67

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/02/385095/cari-duit-lebih-dengan-
tayar-terpakai

Sidi, K. (2015, Februari 16), Pencemaran Asap Tayar, Borneo Post Online
https://www.theborneopost.com/2015/02/16/pencemaran-asap-tayar

Siti Sarah (2015), Metodologi Kajian., dari
https://crazylinguists.wordpress.com/ siti-sarah /bab-3-metodologi-kajian-sarah/

Suhaila, S.A. (2019, Jun 16), Rakyat Malaysia hasil 37,890 tan sisa setiap hari
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/574909/rakyat-malaysia-hasil-
37890-tan-sisa-setiap-hari

Yin, B. (2019, Februari 3), Ada Pengetahuan Tapi Kurang Diamalkan. Berita Harian,
Diperolehi dari

https://www.bharian.com.my/ada-pengetahuan-kitar-semula-tapi-kurang-diamalkan

Zaitie, S (2019, Oktober 5), Mengolah tayar Terpakai. Berita Harian. Diperoleh dari
https://www.hmetro.com.my/mengolah-tayar-terpakai

68

APPENDICES

Penggunaan tayar-tayar terpakai dalam membuat landskap

Salam Sejahtera, Saya Stephen Ho Ik Kiong merupakan palajar tahun akhir di bawah
program Teknologi Seni Reka (WA57) dalam jurusan Seni Reka Industri dari Fakulti Seni
Gunaan dan Kreatif, Unimas. Di sini saya menyediakan beberapa soalan soal selidik
berkaitan dengan tajuk di atas untuk subjek GKR3273 Final Year Project 1. Saya berharap
anda dapat membantu saya untuk melengkapkan maklumat tentang kajian yang saya
jalankan. Segala data dan maklumat yang diperoleh daripada anda adalah rahsia dan hanya
akan digunakan untuk tujuan kajian sahaja. Terima kasih atas kerjasama anda.

Bahagian A: Latar Belakang

ARAHAN: Sila tandakan / pada jawapan pilihan anda

69

70

Bahagian B: Pengetahuan masyarakat mengenai penggunaan tayar-tayar
terpakai dalam membuat landskap

ARAHAN: Sila tandakan / pada jawapan pilihan anda

71

72

73

74

75

76


Click to View FlipBook Version