j
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA.
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
PROGRAM / BC-030-3:2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP DAN SEMESTER / L3 (SEMESTER 3)
LEVEL AND SEMESTER
BC-030-3:2013-C07
NO DAN TAJUK UNIT RESIDENTIAL BUILDING ROOFING SYSTEM
KOMPETENSI / INSTALLATIONS
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 1. Identify Residential Building Roofing System Installation
AKTIVITI KERJA / Requirement
WORK ACTIVITIES NO.
AND STATEMENT 2. Carry Out Roofing System Installation Setting
3. Carry Out Installation Of Roofing System
4. Coordinate Roofing System Inspection
NO. KOD KSKV / KSKV
CODE NO.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C07/P(1/4)
TAJUK / TITLE:
IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING ROOFING SYSTEM INSTALLATION
REQUIREMENT
TUJUAN / PURPOSE:
Kertas penerangan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dalam
mengenalpasti keperluan sistem pemasangan bumbung rumah kediaman dengan
pentafsiran dokumen pembinaan yang tepat dan sesuai supaya hasil dapat mengikut
piawaian dan standard yang telah ditetapkan. Disamping itu juga pelajar akan
mengenalpasti lukisan pembinaan, jenis kemasan bumbung, jenis kerangka dan jenis
bumbung.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of 106
PENERANGAN / INFORMATION :
Bab ini akan membincangkan mengenai pengetahuan asas dokumen kontrak yang mana
ia melibatkan definisi, kandungan dan penerangan mengenai isi kandungan tersebut. Selain
itu juga pengenalan kepada struktur bumbung juga didedahkan dan diterangkan. Adalah
penting sebelum memulakan kerja, pelatih mesti mempunyai ilmu dalam mengenalpasti
pelan dan tahu untuk membaca pelan tersebut. Pelatih akan diterangkan mengenai pelan
dan lukisan pembinaan termasuk lukisan kedai/Shop Drawing
1. KONTRAK DOKUMEN/ DOCUMENT CONTRACT
Dokumen kontrak boleh ditakrifkan sebagai dokumen bertulis yang mengandungi
perkara-perkara perjanjian pihak-pihak berkontrak. Ia menetapkan dan menghuraikan
termasuk peranan, tanggungjawab dan perihal terperinci mengenai kerja atau
perkhidmatan seperti lukisan, spesifikasi, prosedur, apa-apa syarat lain, dan sebagainya.
Ia harus memasukkan maklumat yang mencukupi untuk dapat menyelesaikan kerja atau
perkhidmatan.
Dokumen-dokumen yang dikenal pasti sebagai dokumen kontrak mesti ditandatangani
oleh pihak-pihak berkontrak. Kewajipan am kontraktor ialah untuk melaksanakan kerja
dengan memenuhi kehendak dokumen kontrak.
Borang-borang standard lazimnya akan menyatakan dokumen-dokumen yang menjadi
sebahagian dari kontrak. Sesetengah borang standard menetapkan dokumen-dokumen
yang terkandung adalah saling menerangkan dan jika apa-apa percanggahan atau
kekeliruan, hendaklah dirujuk kepada arkitek atau jurutera bagi pihak majikan, untuk
mendapatkan putusan. Sesetengah borang standard pula menetapkan, jika timbul
percanggahan antara dokumen-dokumen, keutamaan diberi kepada syarat-syarat kontrak
(dokumen bercetak).
2. ISI KANDUNGAN DOKUMEN KONTRAK
2.1 Lukisan/Drawing
Lukisan-lukisan kontrak adalah sebahgian dari dokumen kontrak. Ia terdiri dari
lukisan-lukisan yang dirujuk semasa penyediaan senarai bahan atau sebagai
penentuan skop kerja bagi kontrak tanpa mengguna senarai bahan dan adalah
terdiri dari lukisan tender yang asal.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of 106
Terdapat juga lukisan-lukisan yang diberi kemudiannya yang bertujuan memberi
butir-butir atau huraian lanjutan bagi membolehkan kontraktor melaksanakan
kerja. Kontraktor hendaklah memberi notis dengan memadai tentang keperluan
mendapatkan lukisan dan butir-butir tersebut. Kontraktor mungkin mendapati
lukisan lanjutan atau terperinci ini sangat berbeza dari apa yang dijangkakan dan
ini boleh manjadi alasan baginya membuat tuntutan di bawah perubahan kerja.
Lukisan kontrak biasanya terdiri dari lukisan-lukisan berskala kecil yang
menunjukkan pelan-pelan, pandang sisi dan bangunan dan pelan tapak. Secara
am, skala yang digunakan oleh arkitek untuk lukisan-lukisan adalah seperti
berikut:
Pelan tapak 1:400 atau 1:200 bergantung
Kepada saiz tapak
Pelan bangunan, peladang sisi 1:100
dan seksyen 1:25, 1:10
Butir-butir (perincian bahagian
bangunan yang dilukis dalam 1:5 atau 1:25
skala besar bagi menunjukkan
ciri-ciri pembinaan)
Butir-butir bagi kerja tanggam
dan kemasan
2.2 Spesifikasi
Spesifikasi mengandungi huraian mengenai bahan-bahan dan mutu kerja bagi
setiap jenis kerja yang perlu dilaksanakan. Ianya menjadi rujukan bagi tahap
kualiti yang dikehendaki. Tahap kualiti yang dikehendaki lazimnya mengikut kod-
kod amalan dan standard seperti British Standards, SIRIM dan seumpamanya
2.3 Senarai Kuantiti/Bill of Quantities
Senarai Kuantiti atau Bill Of Quantity (BQ) adalah senarai bahan yang
dihasilkan oleh Juruukur Bahan melalui pengukuran yang dibuat ke atas lukisan
yang disediakan oleh perunding Arkitek atau Jurutera Awam.
Senarai Kuantiti (BQ) mengandungi perkara-perkara penerangan seperti
'Kerja-kerja Awalan', 'Speksifikasi', Wang Kos Prima, Wang Peruntukan
Sementara, Wang Luar Jangka dan lain-lain.
Senarai Kuantiti (BQ) yang disediakan oleh Jurukur Bahan (QS) adalah
bersandarkan kepada SMM atau Malaysia Standard Method Measurement of
Building Works keluaran Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM) bagi kerja-kerja
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of 106
Bangunan atau berasaskan kepada Malaysia Standard Method Of Measurement
for Civil Engineering Works (CESMM) yang dikeluarkan oleh Lembaga
Pembangunan Indsutri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk kerja-kerja
kejuruteraan sivil.
Secara kesimpulannya, senarai kuantiti yang lengkap bukan sahaja perlu
mengandungi semua benda binaan, tetapi hendaklah juga mengandungi
peruntukkan untuk loji, mesin-mesin, kerja sementara dan perbelanjaan bagi
insurans yuran, bayaranair, elektrik, telefon dan lain-lain lagi.
2.4 Kos (Temasuk Wang Kos Prima, Wang Peruntukan dan Wang Luar
Jangkaan)
i. Wang kos prima adalah anggaran jumlah pukal yang dimasukkan ke
dalam senarai bahan untuk kerja-kerja yang akan dilaksanakan oleh
subkontraktor dinamakan atau untuk bahan-bahan yang dibekal oleh
pembekal dinamakan. Kontraktor hanya perlu mengisi jumlah bagi
layanan dan peratusan keuntungan. Bila sampai peringkat akaun akhir,
wang kos prima ini akan diselaraskan dengan harga sebenar bagi kerja-
kerja subkontrak yang dilaksanakan
ii. Wang peruntukan adalah jumlah sementara yang dimasukkan ke dalam
senarai bahan untuk kerja-kerja yang tidak dapat ditetapkan di waktu
menender. Keuntungan kontraktor tidak dimasukkan ke jumlah tersebut.
Kerja-kerja yang diarahkan oleh arkitek/penyelia mungkin adalah untuk
kerja kontraktor, subkontraktor dinamakan atau pembekal dinamakan.
Pada peringkat akuan akhir, jumlah sementara dikeluarkan dan digantikan
dengan jumlah kerja sebenar.
iii. Wang luar jangkaan adalah peruntukan yang dimasukkan ke dalam
senarai bahan sebagai perbelanjaan bagi kerja-kerja yang di luar
jangkaan atau tidak ternampak semasa penyediaan dokumen tender,
walaupun telah disediakan dengan teliti. Jika kerja-kerja tersebut tidak
diperlukn, amaun ini ditolak dari harga kontrak dan merupakan suatu
penjimatan kepada majikan
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of 106
2.5 Tempoh masa/Duration
Tempoh siap kerja seperti yang ditetapkan mengikut perjanjian tender dan
terma-terma yang dipersetujui antara pihak kontraktor dan pihak kerajaan.
Sekiranya pihak kontraktor tidak mematuhi tempoh penyiapan seperti yang
ditetapkan ia perlu mengemukakan permohonan perakuan kelambatan dan
lanjutan masa penyiapan dengan alasan yang berpatutan. Secara amnya,
kontraktor berhak mendapat lanjutan masa sekiranya kerajaan yang
menyumbang kepada kelewatan tersebut atau sebab-sebab kelambatannya
adalah diluar kawalannya.
3. LUKISAN PEMBINAAN YANG DILULUSKAN
3.1 Lukisan/pelan mekanikal dan elektrikal
Pelan Mekanikal dan elektrikal ialah lukisan kejuruteraan yang berkaitan
dengan bekalan tenaga elektrik. Lukisan ini berfungsi untuk menjelaskan kandungan
sesuatu pemasangan elektrik. Alat tambah dan alat kelengkapan seperti penghawa
dingin dilukis dalam bentuk simbol yang disambungkan dalan satu gambar rajah
mengikut piawai yang telah ditetapkan. Lukisan elektrik digunakan dalam kerja
pendawaian dan pemasangan elektrik. Juruelektrik dan pendawai akan
menterjemahkan lukisan elektrik kepada kerja-kerja pemasangan elektik.Terdapat
dua sistem belalan elektrik iaitu sistem satu fasa dan system tiga fasa. Bagi rumah
kediaman lazimnya sistem satu fasa digunakan manakala kilang dan bangunan
besar memerlukan tiga fasa.
3.2 Lukisan Bangunan
Pelan bangunan adalah lukisan teknikal yang dilukis secara terpeinci dilukis oleh
pelukis pelan selalunya menggunakan menggunakan program AutoCad. Pelan
yang telah siap dilukis akan dicetak kepada tracing paper yang bersaiz A1.
Daripada tracing paper akan dicetak pula menggunakan kaedah blue print
sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak Majlis Daerah di seluruh Negara. Pelan
yang biasa kita lihat dipanggil construction drawing semuanya dibuat dalam bentuk
blue print.Lukisan bangunan melibatkan pelan struktur, pelan arkitek dan pelan
perpaipan dalaman
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 106
i.Pelan struktur
Pelan struktur dibuat kemudian hanya setelah pelan arkitek sudah mendapat
kelulusan dari pihak Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran di daerah masing-
masing. Pelan struktur dilukis bagi menunjukkan struktur bangunan/rumah seperti
saiz dan ukuran tapak asas, ground Beam, roof beam, tiang dan ditunjukkan saiz,
ukuran dan bilangan tetulang besi yang ada dalam setiap struktur bangunan
Rajah 1 : Lukisan Struktur
ii.Pelan arkitek
Pelan arkitek menggambarkan rekabentuk sesebuah rumah di mana di
tunjukkan dengan terpeinci berkenaan dengan ukuran, bahan yang digunakan,
rekabentuk bumbung, sistem bekalan air / letrik, kedudukan rumah di dalam lot
tapak rumah dan lain-lain. Pelan arkitek terutamanya pelan lokasi, pelan kunci dan
pelan tapak akan diserahkan terlebih dahulu ke Jabatan Perancang Bandar bagi
tujuan penyemakan dan mendapatkan kelulusan dari jabatan tersebut.
Pelan arkitek mengandungi:-
a) Pelan lantai
Mengandungi Pelan Tingkat Bawah, Tingkat Atas dan seterusnya serta
Pelan Bumbung
b) Pelan pandangan
Menunjukkan dengan jelas pandangan rupa bentuk bangunan yg dilukis
seperti Pandangan Hadapan, Belakang, Kiri & Kanan.
c) Pelan keratan
Menunjukkan keratan bangunan yg dibina bagi menunjukkan ruang
dalaman sesebuah bangunan yang di bina
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of 106
d) Pelan lokasi
Menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek didalam lingkungan
taman perumahan atau kawasan kediaman berhampiran di mana pelan
akan ditunjukkan dalam skala 1: 1200, 1:1300, 1:1500 dan sebagainya.
e) Pelan kunci
Menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek atau tapak pembinan
yg selalunya dalam radius 5km dari tapak projek.
f) Pelan tapak
Mengandungi perincian yg lebih jelas berkenaan tapak rumah serta
bangunan berhampiran dengan skala kebiasaan 1:200, 1:300.
Rajah 2 : Pelan Arkitek
iii. Pelan perpaipan dalaman
Pelan perpaipan dalaman menunjukkan lukisan/pelan susunatur sistem bekalan
air paip dan sistem sanitari iaitu susunatur kelengkapan dapur serta bilik air dan
sistem kumbahan.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of 106
Rajah 3 : Pelan Perpaipan Dalaman
4. PENGENALAN SISTEM BUMBUNG
Bumbung adalah merupakan satu daripada bahagian-bahagian yang terpenting bagi
satu-satu bahagian bangunan kerana ia digunakan untuk melindungi penghuninya
daripada hujan, panas dan cahaya matahari. Untuk bangunan tropika, bumbung
mestilah dibina dengan mengambil kira iklim serantau untuk mendapatkan bangunan
yang selesa diduduki. . Struktur bumbung terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu;
i. Kerangka Bumbung
ii. Kekuda Bumbung
iii. Penutup Bumbung.
Kerangka bumbung dan kekuda bumbung merupakan struktur yang dibina bagi
menyokong penutup bumbung. Ia juga berperanan sebagai asas dalam pembinaan
struktur bumbung dan memberikan bentuk struktur bumbung yang dikehendaki
berdasarkan kepada lukisan pelan yang disediakan. Kerangka bumbung dan kekuda
bumbung biasanya diperbuat daripada kayu, keluli atau bahan komposit yang
bersesuaian.
Penutup bumbung pula merupakan struktur yang penting dalam pembinaan
bumbung. Tanpa penutup bumbung, struktur bumbung yang dibina tidak sempurna.
Biasanya bahan-bahan binaan yang digunakan untuk menghasilkan struktur penutup
bumbung terdiri daripada konkrit, kepingan zink, aluminium, genting, atau poli karbonat.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of 106
4.1. Fungsi Bumbung
i. Melindungi bangunan daripada dimasuki hujan, panas, angin dan habuk
ii. Menstabilkan suhu dalam bangunan
4.2. Ciri-ciri pemilihan jenis bumbung
i. Kestabilan
ii. Perlindungan Daripada Cuaca Iaitu Matahari, Angin Dan Hujan
iii. Tahan Lasak
iv. Rintangan Terhadap Haba
v. Bekalan Cahaya Dan ganti Udara
vi. Kecantikan
Pembinaan bumbung mestilah kukuh dan berdaya menanggung beban-
beban dan tegasan yang dihadapi. Beban yang diagih kepada bumbung ialah beban
mati yang terdiri daripada berat struktur kerangka, beban penutup bumbung dan
beban hidup mengandungi alatan, kelengkapan, pekerja yang membinanya serta air
hujan (dan salji di tempat-tempat sejuk) dan tiupan angin. Tiupan angin merupakan
tegasan utama yang dialami oleh bumbung tetapi sukar diramalkan dengan tepat.
Kestabilan bumbung bergantung kepada bahagian-bahagian penyokongnya seperti
kerangka bumbung, tiang, dinding/tembok, rasuk, tutup tiang dan asasnya.
Dalam pembinaan bangunan satu tingkat, bumbung merupakan sebahagian
besar permukaan luar bangunan dan bentuk strukturnya mempengaruhi rekabentuk
bangunan pada keseluruhannya. Rekabentuk bumbung secara amnya memberi
identity dan keistemewaan kepada tiap-tiap bangsa dan kebudayaan. Contohnya,
bumbung Minangkabau adalah ternyata di negeri ini yang memberi identity kepada
Negeri Sembilan.
Rekabentuk bumbung juga mengambil kira fungsi bangunan berkenaan.
Bangunan untuk tujuan kediaman dan pejabat hendaklah mempunyai keadaan yang
selesa dari segi hawa suhu, cahaya, ganti udara dan menebat bunyi. Bangunan
perindustrian dan gudang mungkin memerlukan penebatan haba pada bumbungnya
supaya mengekalkan suhu yang sama dalam bangunan. Lalu lintas dalam bangunan
membenarkan kegunaan tiang-tiang penyokong bumbung yang berjarak rentang
pendek. Bumbung bangunan yang digunakan sebagai panggung dan stadium,
mestilah disokong dengan jarak rentang yang panjang dan tidak mempunyai
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of
106
penyokong antara yang akan mengganggu pemandangan di samping menjaga
kesan bunyi akibat suara dan hingar yang kuat.
Jarak antara tiang penyokong bumbung memberi kesan yang paling penting
dalam rekabentuknya. Jarak rentang pendek ialah sehingga 8.5 meter, jarak rentang
sederhana ialah 8.5 meter – 24 meter dan jarak rentang panjang ialah 24 meter ke
atas. Pada amnya, tambahan jarak rentang bermakna akan bertambah kos
pembinaan.
4.3. Faktor-faktor yang mempengaruhi reka bentuk bumbung
Faktor-faktor yang mempengaruhi reka bentuk bumbung bagi bangunan di
kawasan tropika adalah seperti berikut :-
i. Angin
Pembinaan moden yang menggunakan bahan-bahan ringan menghadapi
ancaman daripada angin kencang yang menyebabkan bumbungnya terangkat.
Oleh itu, bumbungnya harus dipasakkan dengan kekal dan kukuh bagi kerangka
dan penutupnya.
ii. Penebatan
Haba dalam sesebuah bangunan boleh dikawal dengan pembinaan bumbung
yang sesuai. Ini boleh dilakukan dalam beberapa cara antaranya ialah
menggunakan papak solar, papak sengkuap bumbung palsu, bumbung
berongga dan bahan-bahan yang lain seperti papan gentian, siling palsu dan
sebagainya. Bunyi titisan air hujan boleh dikurangkan dengan menempatkan
bahan-bahan penebatan di antara bumbung dan siling.
iii. Ganti udara
Fungsi bumbung ialah mengelak cahaya masuk ke dalam bangunan dan ganti
udara boleh dikawal dengan membina bumbung palsu, siling palsu atau tingkap
yang tinggi supaya mengawal ganti udara dalam bangunan.
iv. Serangga
Kelawar, burung, tikus dan binatang-binatang kecil yang lain selalu memasuki
ruang bumbung melalui lubang-lubang kecil diantara penutup bumbung dengan
beroti. Binatang-binatang kecil ini mengganggu ketenteraman penghuni dan bau
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of
106
najis yang kurang menyenangkan serta meninggalkan tompok-tompok kotoran
pada siling. Oleh itu, kaedah mengatasi masalah ini ialah memasang jejaring
dawai (eave filler) hendaklah dipasang pada sekeliling penjuru bumbung untuk
menghalang kemasukan binatang-binatang kecil ini.
v. Kilat
Bangunan yang mengalami hujan panas di kawasan tropika, terutama sekali
bangunan yang berasingan dan yang dibina di tempat yang tinggi perlu dipasang
pengalir kilat (lighting conductor). Fungsi pengalir ini ialah mengadakan satu
saliran yang lampau terus menyambung ke bumi untuk mengalirkan discaj dari
kilat yang dialami. Sistem pengalir ini mengandungi sebatang rod kuprum yang
tajam dipasakkan pada puncak bumbung (tempat yang paling tinggi pada
bumbung) dan sebatang rod kuprum ditanamkan ke dalam tanah disambungkan
dengan pita pengalir kuprum 25 mm x 3 mm antara kedua-dua kod ini. Bangunan
yang panjang memerlukan lebih daripada satu pengalir kilat.
vi. Air hujan
Kemudahan untuk mengalirkan air hujan yang paling berkesan ialah
mengadakan longkang di sekeliling bangunan supaya air hujan dari bumbung
disalurkan ke longkang ini. Saluran biasanya dibuat daripada kepingan besi
bergalvani atau zink berbentuk separuh bulat ataupun bersegi empat,
dipasangkan pada papan tumpu kasau. Air hujan dari bumbung curam atau
bumbung rata dikumpulkan dan disalurkan oleh paip tegak ke longkang yang
diadakan. Paip tegak ini diperbuat daripada besi bergalvani, zink aluminium,
asbestos ataupun plastic. Kadangkala salur peparit yang diisikan dengan batu
bata dan ditutup dengan pasir juga digunakan untuk menyerap air hujan.
Salur air hujan dan paip tegak ini hendaklah diselenggarakan dari semasa
ke semasa supaya air tidak bertakung akibat sumbatan dan menjadi tempat
pembiakan nyamuk. Bahan yang digunakan untuk membuat salur air hujan juga
dikehendaki cukup kuat untuk menahan beban yang menindih misalnya pekerja
dan tangga yang digunakan.
4.4. Penentuan Jenis Bumbung:-
Jenis bumbung yang harus dibuat untuk sesuatu bangunan itu bergantung kepada
beberapa faktor seperti:-
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of
106
i. Saiz dan bentuk bangunan
Bangunan - bangunan yang mempunyai bentuk sederhana adalah sesuai
dengan binaan bumbung curam. Bumbung rata yang kecerunannya tidak
melebihi 10˚ pula adalah sesuai untuk bangunan yang berbentuk tidak teratur.
Selain daripada itu, saiz sesebuah bangunan juga harus diambil kira apabila
menentukan jenis bumbung yang sesuai untuk bangunan tersebut.
ii. Rekabentuk
Nilai-nilai semulajadi menentukan bahawa bumbung curam adalah lebih sesuai
untuk bangunan - bangunan kecil, sementara bumbung rata adalah sesuai bagi
bangunan yang besar.
iii. Segi ekonomi / Kos
Langkah-langkah ekonomi sama ada pembinaan atau belanja
penyelenggaraan dari masa ke semasa hendaklah difikirkan apabila
menentukan jenis bumbung.
iv. Nilai Estetika.
Pemilihan jenis bumbung boleh mempengaruhi nilai estetika sesebuah
bangunan. Pada kebiasaannya, bumbung curam mempunyai nilai estetika yang
lebih tinggi berbanding bumbung rata. Bangunan-bangunan berprestij seperti
Muzium
v. Keadaan Iklim
Selain daripada perkara - perkara yang telah dinyatakan, faktor-faktor seperti
kemudahan ruang bumbung, keupayaan sebagai bahagian pelindung daripada
cuaca, kesan pengeluwapan dan kemudahan bekalan merupakan perkara -
perkara yang perlu diambilkira dalam menentukan jenis bumbung.
5. JENIS PENUTUP BUMBUNG
Penutup bumbung mestilah terdiri daripada bahan-bahan yang kalis air. Bahan-
bahan yang digunakan adalah mengikut jenis dan kecerunan bumbung. Pada dasarnya
penutup bumbung dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu bagi bumbung rata dan
bumbung curam.
Antara jenis-jenis penutup bumbung ialah seperti dalam Jadual 1
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of
106
JENIS PENUTUP BUMBUNG GAMBAR
Genting tanah Liat (clay)
Kepingan Zink Bergelugur
Kepingan Asbestos Bergelugur
Metal Deck
uPVC
Konkrit
Slate
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 14 Drp / Of
106
Kaca
Shingles
Jadual 1 : Jenis Penutup bumbung
5.1 Bahan-bahan yang sesuai digunakan untuk menutup bumbung rata
i. Lapisan bitumen
ii. Kepingan logam yang terdiri daripada kuprum, plumbum, tembaga, zink dan
aluminium
iii. Plastik
iv. Papak konkrit.
v. Kepingan asbestos,
Kepingan asbestos boleh didapati dalam pelbagai saiz, seumpamanya 1.2 m,
1.5 m, 1.8 m, 2.1 m, 2.4 m, 2.7 m, 3.0 m hingga 3.3 m. Tebalnya ialah 5 mm bagi
yang bergelugur kecil dan 6 mm bagi kepingan yang bergelugur besar. Kepingan
ini hendaklah dipasangkan dengan kecerunan 25° ke atas dan lekap hujungnya
150 mm. Kecerunan yang kurang 25° boleh dilakukan dengan menambahkan
lekap hujungnya 300 mm.
Bagi pembinaan di kawasan yang selalu mengalami cuaca buruk, lekap ini perlu
ditutup dengan mamah (mastic) supaya air tidak terserap ke dalam. Kepingan
asbestos ini dipasang pada gulung-gulung dan disokong oleh kasau-kasau.
Jarak antara gulung-gulung adalah seperti jadual di bawah.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 15 Drp / Of
106
Jenis asbestos Jarak maksimum antara gulung-
gulung
Kepingan kecil 0.9 m
Kepingan besar 1.35 m
Kepingan berombak sudut 1.35 m
Jadual 2 : Jarak Antara Gulung-gulung
Pemasangan kepingan asbestos biasanya dilakukan dengan paku payung
dilapikkan dengan sesendal mamah mencegah resapan air hujan. Skru
bumbung juga digunakan jika kasau dan gulung-gulung terdiri daripada keluli
dan pemasangannya menggunakan bolt cangkuk.
5.2. Bahan-bahan tradisi yang digunakan bagi penutup bumbung curam
i. Genting tanah liat,
ii. Kepingan batu (slate)
iii. Kepingan papan.
iv. Genting konkrit
Genting ini hendaklah dipasangkan dengan curam yang secukupnya untuk
mencegah kebocoran apabila hujan lebat. Kecerunan yang minimum berbeza-
beza dari 30° hingga 45° bergantung kepda jenis genting tetapi kecerunan 50°
hingga 55° biasa digunakan kerana ia memberi aliran air hujan yang lebih
berkesan.
Genting ini hendaklah dipasangkan pada bahagian atas beroti dengan tolok
yang tertetu mengikut jenis genting yang digunakan. Tolok ialah jarak beroti di
antara tetengah dengan tetengah yang bersamaan dengan :
Panjang genting – Lekap
2
Antara jenis genting yang biasa digunakan ialah :
a. Genting Manca Curam,
b. Genting Biasa,
c. Genting Roman,
d. Genting Roman Kembar,
e. Genting Manca S,
f. Genting Manca Rata
g. Dan Sebagainya.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 16 Drp / Of
106
5.3 Antara bahan genting atap:
i. Konkrit
ii. Ceramik
iii. Slate
iv. Shingle
v. Composite
6. JENIS SISTEM BUMBUNG
Pembinaan bumbung pada amnya boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu
bumbung rata dan bumbung curam.
6.1 Bumbung rata
Bumbung rata ialah bumbung yang mempunyai kecerunan kurang daripada 10º.
Kerangka bumbung rata terdiri daripada kayu, besi, rasuk konkrit atau papak konkrit
dan ditutup dengan bahan yang kalis air seperti kepingan asbestos, zink, besi
bergalvani, aspalt, kuprum dan sebagainya. Kasaunya merentang antara tembok,
rasuk ataupun kekuda dengan jarak 2 - 4 meter dari tengah ke tengah untuk
menyokong gulung-gulung.
6.2 Bumbung curam
Mempunyai kecerunan melebihi 10º - 70° dari garisan ufuk. Bumbung curam didapati
dalam berbagai rekabentuk, antaranya ialah :
i. Bumbung tebeng layar
ii. Bumbung limas
iii. Bumbung Gambriel
iv. Bumbung layang
v. Bumbung Mansard
vi. Bumbung limas Belanda
vii. Bumbung pisang sesikat
viii. Bumbung minangkabau
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 17 Drp / Of
106
Bumbung tebeng layar Bumbung limas Bumbung layang Bumbung Mansard
Bumbung pisang sesikat Bumbung rata Bumbung Bumbung gabriel
minangkabau
Rajah 4 : Jenis – jenis Bumbung Curam
6.3 Bumbung boleh dikelaskan dengan dua cara, iaitu :-
i. Mengikut rekabentuk
ii. Mengikut kaedah pembinaan strukturnya
6.3.1 Mengikut rekabentuk
Bumbung Rata- Bumbung rata boleh dibina daripada bahan konkrit dan kayu.
i. Bumbung Rata konkrit
Binaan bumbung rata konkrit bertetulang adalah seperti berikut:
a. Bumbung rata konkrit bertetulang biasanya digunakan pada rentang yang
kecil antara dua dinding atau tembok.
b. Lapisan kalis lembab diletakkan antara lapisan papak konkrit dengan
lepaan. Lapisan ini juga diletakkan di atas permukaan lepa.
c. Bumbung jenis ini juga boleh digunakan sebagai tempat meletak tangki
air atau ruang rekreasi.
d. Beban yang ditanggung oleh bumbung biasanya kurang berbanding
lantai. Oleh itu ketebalannya kurang daripada ketebalan lantai.
e. Kecuraman bumbung dibentuk dengan satu lapisan lepa 20 mm hingga
25 mm bertujuan larian air.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 18 Drp / Of
106
Rajah 5 : Bumbung Rata Konkrit
ii. Bumbung Rata Kayu
Binaan bumbung rata kayu adalah seperti yang berikut:-
a. Gelegar diletakkan antara jarak 400 mm hingga 600 mm dari tengah ke
tengah.
b. Papan beroti berlidah dan lurah dipasang di atas gelegar untuk mengawal
aras bumbung.
c. Bahagian hujung gelegar disokong oleh plat tembok
Rajah 6 : Bumbung Rata Kayu
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 19 Drp / Of
106
iii. Bumbung Tebeng Layar
Bumbung tebeng layar biasanya diperbuat daripada kerangka kayu atau
keluli. Binaan bumbung ini adalah seperti berikut:-
a. Kasau ditempatkan pada jarak 400 mm hingga 600 mm dari tengah ke
tengah. Kasau disokong oleh tulang perabung di bahagian atas manakala
di bahagian bawah oleh tutup tiang.
b. Alang pengikat dipasang merentangi sisi kasau atau mengekang
kedudukan kasau tersebut.
c. Saiz tulang perabung uang diperbuat daripada kayu mempunyai ketebalan
antara 25 mm hingga 38 mm.
Rajah 7: Bumbung tebeng layar
iv. Bumbung Pisang Sesikat
a. Biasanya digunakan dalam pembinaan bangunan tambahan seperti garaj,
ruang dapur dan sebagainya.
b. Bahagian atas hujung kasau disokong sama ada dengan cara
memasukkan ke dalam tembok, disangga, dipasang braket keluli atau plat
tembok.
c. Bahagian bawah kasau disokong oleh tutup tiang.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 20 Drp / Of
106
Rajah 8 : Bumbung Pisang Sesikat
v. Bumbung Limas
Binaan bumbung ini mengandungi empat penampang yang mencuram pada
empat arah yang berlainan dan menghasilkan lima garisan bumbung
Rajah 9 : Bumbung Limas
6.3.2 Mengikut Kaedah Pembinaan Strukturnya.
Struktur pembinaan bumbung boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:-
i. Bumbung selapis
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 21 Drp / Of
106
ii. Bumbung dua lapis
iii. Bumbung tiga lapis
iv. Bumbung Kekuda
i. Bumbung Selapis
Dalam binaan bumbung selapis, struktur binaannya hanya terdiri daripada
kasau-kasau yang merupakan bahagian yang menerima beban yang datang
dari penutup bumbung dan seterusnya mengagihkan beban tersebut pada
tembok. Jenis-jenis bumbung yang termasuk dalam kategori ini ialah bumbung
ganding, bumbung ganding tertutup dan bumbung beralang.
ii. Bumbung Ganding
Kasau-kasaunya hendaklah digunakan secara berpasangan. Bahagian atas
kasau dipakukan pada tulang perabung dan bahagian bawahnya dipasangkan
pada tutup tiang. Jarak rentangnya terhad, tidak melebihi 3.5 meter. Ini adalah
untuk mengawal tegasan yang berlaku pada tembok yang menyokongnya.
Rajah 10: Bumbung Ganding
iii. Bumbung Ganding Tertutup
Kasau-kasau dipasangkan seperti pemasangan pada bumbung ganding tetapi
ia dikukuhkan dengan alang pengikat yang dipasangkan pada kaki setiap
pasangan kasau yang terletak di atas tutup tiang. Pemasangan alang pengikat
pada kasau boleh dilakukan dengan cara memaku ataupun dibuat tanggam
lekap bajang. Penggunaan alang pengikat ini ialah untuk menyekat tekanan
keluar yang dialami oleh tembok-tembok yang menyokongnya.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 22 Drp / Of
106
Rajah 11: Bumbung Ganding tertutup
iv. Bumbung Beralang
Pembinaan bumbung beralang ini menempatkan alang pengikat ⅓ dari aras
tutup tiang bagi tiap-tiap pasang kasau. Tanggam lekap bajang digunakan di
antara alang dengan kasau untuk menambahkan kekuatan kerangka. Dalam
jenis bumbung ini alang pengikat adalah lebih pendek berbanding dengan
bumbung ganding tertutup, oleh itu lebih ekonomi. Ruang yang lebih tinggi juga
diperolehi dengan memasang silingnya pada bahagian bawah alang pengikat
dan mengikut curam kasau di bawahnya. (Rajah 12)
Rajah 12 : Bumbung Beralang
Jarak rentang dan saiz alang pengikat bagi bumbung ini adalah dijadualkan
seperti berikut:-
Rentang Maksimum (m) Saiz alang (mm)
2.72 50 x 100
3.79 50 x 125
4.04 50 x 150
4.70 50 x 175
5.34 50 x 200
5.98 50 x 225
Jadual 3 : Jarak Rentang dan Saiz Alang Pengikat Bumbung
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 23 Drp / Of
106
v. Bumbung Dua Lapis
Pembinaan bumbung dengan kasau saiz biasa jika jarak rentang melebihi lima
meter. Kasau ini kemudian melendut dan menganjal apabila berlaku sebarang
gegaran. Oleh itu gulung-gulung digunakan untuk mengatasi kemungkinan
tersebut. Gulung-gulung ini disangga dihujungnya oleh topang yang diletakkan
diatas tembok sesekat atau pada gelegar-gelegar siling. Topang-topang ini
boleh dipasangkan secara serong kepada gelegar siling jika jarak rentang
bangunan itu panjang.
vi. Bumbung Tiga Lapis
Struktur kerangka bumbung terdiri daripada kasau, gulung-gulung dan rangka
utama. Kegunaan rangka bumbung ini adalah untuk menanggung beban yang
berat dan jarak rentang yang besar. Ketiga-tiga bahagian struktur ini berfungsi
yang tersendiri. Kasau-kasau berfungsi menerima beban daripada penutup
bumbung, gulung-gulung mengagihkan beban ini kepada rangka utama yang
ditanggung oleh tembok atau tiang.
Rajah 13 : Bumbung Dua Lapis
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 24 Drp / Of
106
vii. Bumbung Kekuda
Struktur kekuda terdiri daripada kasau, topang dan alang pengikat yang
disusunkan berdasakan kepada system segitiga. Kekuda ini boleh dihasilkan
dalam kilang ataupun dibuat di tapak pembinaan kemudian diangkat dan
ditempatkan dengan kren. Bahagian-bahagian yang telah dikerat mengikut
saiz-saiznya dipasang dengan menggunakan plat gaset, paku penyambung,
gelang perangkai, pengimpal atau bolt dan nat yang sesuai.
Bahagian-bahagian kekuda boleh dibina dengan bahan-bahan seperti keluli,
kayu pejal, kayu berlapis, paip besi dan sebagainya. Kekuda dapat direka
dalam berbagai-bagai bentuk sepertinya yang ditunjukkan dalam rajah di
bawah.
Rajah 14 : Jenis Bumbung Kekuda
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 25 Drp / Of
106
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 26 Drp / Of
106
Rajah 15: Struktur Kekuda Bumbung
7. JENIS STRUKTUR BUMBUNG
Bahan yang digunakan untuk membina struktur bumbung terdiri daripada
i. Struktur keluli ringan
ii. Struktur kayu
iii. Struktur keluli
iv. Struktur konkrit
7.1 Struktur keluli ringan
Kekuda bumbung keluli ringan adalah pembangunan teknologi bumbung baru
menggunakan pembinaan keluli yang kukuh. Struktur keluli ringan menjadi pilihan
terbaik untuk kebelakangan ini. Pemilihan keluli ringan adalah kerana:
i. Struktur keluli secara umumnya tidak memerlukan penyelenggaraan. Jadi
untuk jangka masa yang panjang ia menjimatkan kos kerana tidak perlu
kerap menggantikannya.
ii. Dari segi kekuatan bumbung, ia jauh lebih ringan dari genting biasa dan
didatangkan dengan saiz yang besar. Ia bukan sahaja mengurangkan berat
pada struktur bumbung malah skali lagi menjimatkan wangdengan membeli
material yang tidak terlalu banyak.
iii. Ianya tahan hakisan dan cuaca
iv. Perlindungan tahan lama dan mantap tanpa kelihatan tompok-tompok karat
dalam jangka pendek kerana teknologi terkini yang mampu menawarkan
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 27 Drp / Of
106
jaminan antikarat (corrosion resistance) dengan salutan aluminium dan zink
yang tahan lama.
7.2 Struktur kayu
a) Jenis kayu yang digunakan biasanya terdiri daripada kayu sederhana keras
berukurannya berubah-ubah mengikut anggota struktur dan jarak rentang ianya
dipasang.
b) Kayu jenis ini mempunyai rintangan yang baik terhadap cuaca dan serangan
kulat
a) Saiz Kasau antara 100 x 38, 100x 50mm - 150mm x 50.
Saiz kerangka seperti gulung-gulung antara 175mm x 50mm – 225mm-75mm
bergantung kepada jarak gulung-gulung dan kecuraman bumbung
Saiz beroti antara 38mm x 25mm- 50mmx 25mm (Rentang antara 450mm
600mm)
Saiz alang pengikat bergantung kepada jarak rentang
Rentang Maksimum (m) Saiz Alang (mm)
2.72 100 x 50
3.79 125 x 50
4.04 150 x 50
4.70 175 x 50
5.34 200 x 50
5.98 225 x 50
Kebaikan dan keburukan kayu
Kelebihan
i. Senang dipotong, dirata, dipaku dan diskru
ii. Rupa dan kemasan yang cantik
iii. Aliran haba dan elektrik yang rendah
iv. Kelasakan yang tinggi jika dirawat dan digunakan dengan betul
v. Kosnya berpatutan dan senang diperolehi
vi. Sesuai untuk semua kegunaan da keadaan
Keburukan
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 28 Drp / Of
106
i. Senang terbakar dan merebakkan api
ii. Pengecutan
iii. Mudah diserang oleh serangga dan cendawan
7.3 Struktur keluli
i. Terdiri dari keluli jenis C section dan Top Hat
ii. Saiz standard untuk keluli C-section
Penggunaan keluli mempunyai kelebihan tersendiri, diantaranya
a. Ringan,kuat,tidak reput dan tidak terjejas dengan anai-anai.
b. Tahan api
c. Tidak menggeleding atau piuh
d. Bagi pemasangan prafebrikasi ia lebih ekonomi
8. ROOFING SYSTEM SHOP DRAWING
Shop drawing atau Lukisan kedai adalah lukisan atau set lukisan teknikal yang
dihasilkan oleh kontraktor yang digunakan untuk rujukan dalam menjalankan kerja.
Lukisan kedai biasanya diperlukan untuk komponen pasang siap. Imej-imej terperinci
yang berfungsi sebagai garis panduan untuk kontraktor menyiapkan projek. Contohnya
lif, keluli struktur, konkrit pra-tuang, tingkap, peralatan, kabinet dan unit pengendalian
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 29 Drp / Of
106
udara. Shop drawing adalah lebih terperinci dari lukisan pembinaan. Lukisan ini dilukis
untuk memberi penerangan cara-cara pemasangan dan ia memudahkan perjalanan
kerja pembinaan. Dengan kata mudah, lukisan ini dihasilkan setelah wujudnya lukisan
pembinaan.
Roofing system shop drawing pula adalah lukisan yang lebih terperinci untuk
pemasangan sistem bumbung.
8.1 Lukisan Pandangan Atas (Plan View)
i. Menunjukkan Bentuk Bumbung Dari Pandangan Atas.
ii. Menunjukkan Dimensi Bumbung (Panjang Dan Lebar).
iii. Menunjukkan Jarak Antara Setiap Kekuda.
iv. Menunjukkan Kedudukan Beam (Untuk Pemasangan L-Braket).
LUKISAN PANDANGAN ATAS (PLAN VIEW)
GARISAN
BUMBUNG
GARIS TENGAH
BEAM ATAS
GARIS KEKUDA
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 30 Drp / Of
106
JENIS-JENIS LUKISAN DETAIL KEKUDA
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 31 Drp / Of
106
JENIS - JENIS LUKISAN PIAWAIAN UMUM
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 32 Drp / Of
106
SOALAN / QUESTIONS:
1. Nyatakan tiga (3) isi kandungan dokumen kontrak.
a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
c. __________________________________________________________________
2. Nyatakan perbezaan antara Pelan Arkitek dan Pelan Mekanikal dan Elektrikal.
a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
3. Berikan 2 faktor yang mempengaruhi rekabentuk bumbung?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
4. Terangkan secara ringkas mengenai Lukisan Kedai (Shop Drawing)
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 33 Drp / Of
106
RUJUKAN / REFERENCES:
1. Jenis Bumbung
https://www.scribd.com/document/345495522/jenis-bumbung,25 Mac 2019, 9.50 pm
2. Shop Drawing
https://virtualconstructionmanagers.com/images/case/RoofingShop.pdf, 25 Mac 2019,
9.50 pm.
3. Tan Boon Tong, (2000) Teknologi Binaan Bangunan, DewanBahasa, Kuala Lumpur.
4. Jahiman Badron (2007), Tenologi Binaan Bangunan. Ibs Buku.Sdn.Bhd
5. R.Barry, (2007) Kursus Seni Bina. IBS Book Sdn.Bhd
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 34 Drp / Of
106
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA.
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
PROGRAM / BC-030-3:2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP DAN SEMESTER / L3 (SEMESTER 3)
LEVEL AND SEMESTER
BC-030-3:2013-C07
NO DAN TAJUK UNIT RESIDENTIAL BUILDING ROOFING SYSTEM
KOMPETENSI / INSTALLATIONS
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 5. Identify Residential Building Roofing System Installation
AKTIVITI KERJA / Requirement
WORK ACTIVITIES NO.
AND STATEMENT 6. Carry Out Roofing System Installation Setting
7. Carry Out Installation Of Roofing System
8. Coordinate Roofing System Inspection
NO. KOD KSKV / KSKV WTP 3013/K2/P (2/4)
CODE NO.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C07/P(2/4)
TAJUK / TITLE:
CARRY OUT ROOFING SYSTEM INSTALLATION SETTING
TUJUAN / PURPOSE:
Selepas mempelajari tajuk ini, pelatih dapat mengetahui tujuan merancang sistem
pemasangan bumbung dan mengenalpasti kaedah penjajaran sistem pemasangan
bumbung. Kaedah pemasangan ini merupakan sistem yang sangat penting untuk sebuah
bangunan.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 35 Drp / Of
106
PENERANGAN / INFORMATION :
Pembinaan bumbung hendaklah mempunyai ciri-ciri yang ditetapkan kerana ia akan
dibina untuk menyokong beban mati struktur bumbung dan penutupnya, penebatan dan
juga kemasannya. Sebelum kerja-kerja pemasangan bumbung dapat dijalankan,
perancangan harus dilakukan untuk memastikan kerja pemasangan bumbung mematuhi
kehendak yang ditetapkan.
Pelan bumbung mestilah diteliti untuk mengetahui kehendak-kehendak arkitek
sebelum merancang tanda dimulakan.
2. STRUKTUR BUMBUNG
Bumbung merupakan struktur penting pada sesebuah bangunan . Ia menjadi keperluan
utama dalam membentuk imej dan rupabentuk bangunan selain mempunyai fungsi-
fungsi nya sendiri .Struktur bumbung yang mengandungi tiga bahagian utama iaitu
i. Kekuda Bumbung ,
ii. Kerangka Bumbung
iii. Penutup Bumbung.
Ketiga-tiga bahagian ini adalah asas dalam pembinaan struktur bumbung. Ia
saling berkait dan merupakan kombinasi yang membentuk struktur bumbung yang
dikehendaki .
Kerangka bumbung dan kekuda bumbung biasanya diperbuat daripada kayu,
keluli atau bahan komposit yang bersesuaian
Rajah 1 : Kerangka Bumbung
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 36 Drp / Of
106
2.1. KERANGKA BUMBUNG.
Dalam pembinaan kerangka bumbung terdapat beberapa bahagian kayu yang
berlainan jenis dan fungsinya.
i. Kasau Betina ( Common Rafter )
Kasau ini diunjurkan dari perabungnya ke tutup tiang. Ia berfungsi menyokong
penutup bumbung, beroti dan gulung-gulung ( bagi penutup kepingan
berombak seperti asbestos, zink dll)
ii. Kasau Limas ( Hipped Rafter )
Ia merentang di antara papan perabung pada bahagian atas dengan tutup tiang
di bahagian bawah menyokong persilangan dua landaian limas.
iii.Kasau Lurah (Valley)
Kasau ini dipasang dilurah bumbung, tempat pertemuan dua bumbung di
bahagian dalamnya.
iv.Kasau Pendek ( Jack Rafter )
Kasau pendek ini didapati pada tiga (3) temapat iaitu :
a. Kasau pendek limas – terletak pada tutup tiang di bahagian bawah dan
kasau limas di bahagian atas.
b. Kasau pendek lurah – dipasangkan di antara kasau lurah dengan tutup
tiang.
c. Kasau cripple – dipasangkan di antara kasau limas dengan kasau lurah.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 37 Drp / Of
106
Rajah 2 : Bahagian Kerangka Bumbung
2.2.ISTILAH-ISTILAH BUMBUNG.
i. Penutup Bumbung ( roof covering )
Bahagian yang paling atas dalam sesuatu binaan bumbung yang bertugas
sebagai perlindung, penebat dan bahan kalis air. Bahan-bahan yang biasa
digunakan ialah seperti papan cam, genting rata, genting lengkung S, barkait
panca, kepingan logam, kepingan-kepingan bergelugur dan sebagainya.
ii. Rentang ( span )
Rentang bangunan ialah jarak mengufuk yang direntangi oleh kasau antara dua
tembok dalam sesuatu binaan bumbung. Larian kasau ialah jarak mengufuk
yang dilalui oleh setiap kasau.
iii. Naik ( rise )
Naik ialah ukuran pugak yang dikira dari paras plat tembok dengan bahagian
yang tertinggi sekali yang dilalui oleh sesuatu kasau.
iv. Plat Tembok ( wall plate )
Plat tembok ialah alas yang diperbuat daripada beroti panjang yang diletakkan
di atas tembok. Ia berfungsi sebagai tapak untuk memaku kaki-kaki kasau dan
pengagih beban ke atas tembok dengan sama rata.
v. Birai hias atau Cucur Atap / bumbung ( Eaves )
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 38 Drp / Of
106
Cucur atap merupakan bahagian bawah bumbung yang mengunjur
disepanjang tepi sebelah luar bangunan.
Tiga cara pembinaan birai:
a. Birai hias terbuka: cucur atap dan kasau terbuka.
b. Birai hias tertutup: pada cucu ratap yang tidak terjulur.
c. Birai hias kekotak: mempunyai tumpu kasau, friz dan tampang bawah.
Dipasang pada keseluruhan cucur atap.
vi. Curam bumbung( pitch )
Curam bumbung merupakan kecerunan atau kecondongan sesuatu binaan
bumbung yang diukur dari garis mengufuk. Kecerunan bergantung kepada
beberapa pada faktor-faktor seperti jenis penutup bumbung yang akan
digunakan, aspek kecantikan , saiz bangunan dan kesesuaian dengan
bangunan yang dibina.
vii. Lurah Bumbung.
Ini terjadi apabila dua permukaan bumbung bertemu dan menghasilkan satu
sudut luar yang kurang dari 180°. Pada bahagian ini dipasangkan kasau lurah.
viii. Garisan Limas.
Garisan limas ialah satu garisan condong yang terjadi apabila dua permukaan
bumbung yang mencuram berlainan arah bertemu dan menghasilkan satu
sudut luar lebih daripada 180°. Pada bahagian ini, dipasang dengan kasau
yang dinamakan kasau limas.
ix. Tulang Bumbung/ Perabung ( Ridge Board )
Tulang bumbung atau perabung merupakan sekeping papan atau kayu yang
dipasang disepanjang puncak bumbung dimana bahagian atas kasau-kasau
betina dipasang. Dengan kewujudan tulang bumbung ini, pemasangan kepala-
kepala kasau dapat dilakukan dengan mudah di samping dapat menghasilkan
suatu puncak yang lurus.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 39 Drp / Of
106
x. Kekuda Bumbung ( Roof Truss )
Kekuda bumbung merupakan suatu kerangka bumbung yang siap dipasang
terdiri dari sepasang kasau, galang pengikat dan tupang yang dirangkaikan
menjadi satu kerangka bumbung yang kukuh.
Rajah 3 : Istilah-istilah Binaan Bumbung
xi. Perabung
Komponen yang berada pada posisi puncak bumbung dipertemuan antara
kedua kepala kasau yang bersebelahan. Bertujuan memegang dan mengikat
kepala kasau .
xii. Beroti
Komponen dibina melintang kasau betina bagi menyangkut atau memegang
penutup bumbung genting
xiii. Alang Pengikat/ Gelegar Siling
Dibina melintang Rentang antara kaki kasau yang bertentangan. Tujuannya
bagi :
memegang dan mengikat kaki kasau.
Komponen sokongan bagi memegang kerangka siling
xiv. Topang
Komponen menyerong menongkat dari alang pengkat kekada kasau.
Tujuannya menyokong kasau supaya tidak melenduk
xv. Gulung-Gulung
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 40 Drp / Of
106
Komponen dibina melintang kasau. Ia berada pada posisi dibawah kasau untuk
menyokong kasau dan di atas kasau bagi menyokong penutup bumbung
bergelugur .
RENTANG
LARIAN
Rajah 4 : Kekuda Bumbung
3. TUJUAN MERANCANG SISTEM BUMBUNG
Merancang sistem bumbung sangat penting dilakukan agar bumbung yang dibina kukuh,
kuat dah mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Oleh itu sebelum memulakan kerja – kerja pemasangan bumbung, beberapa langkah
awal perlu diketahui
i. Fahami prosedur pemasangan bumbung
ii. Pertimbangkan Penampilan estetika dan praktikal
iii. Merekabentuk struktur bumbung
Pelan dan rekabentuk disediakan oleh jurutera dan arkitek kerana ia melibatkan
pemilihan dimensi dan bahan penutup bumbung yang akan menentukan
keupayaan galas komponen kerangka
iv. Bagi pekerja yang akan membina bumbung , ia perlu tahu mentafsir pelan
v. Mentafsir pelan adalah proses mendapatkan maklumat berkaitan rekabentuk
bumbung.
vi. Berdasarkan pelan, penentuan dilakukan dengan menetapkan jenis bumbung,
susunatur kasau ,komponen kekuda, spesifikasi lengkap dan semua yang
berkaitan
vii. Kecerunan bumbung curam ditentukan berdasarkan penggunaan jenis penutup
bumbung. Penggunaan atap genting memerlukan cerun bumbung bertambah
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 41 Drp / Of
106
Sebelum membina kekuda bumbung kerja yang perlu dilakukan terlebih dahulu
adalah merancang tanda bagi menentukan panjang kasau betina. Beberapa kaedah
boleh dilakukan itu
a) Pengiraan -dilakukan dengan menggunakan formula .
b) Menggunakan jadual Kasau
c) Lukisan Berskala
a) Pengiraan
FORMULA:
1. CURAM = NAIK
RENTANG
2. teorem pythagoras A ² = B² + C²
Dengan bantuan sesiku Keluli, anda boleh dapatkan panjang kasau serta potongan
palam pada kepala kasau dan sepak paruh burung
b) Jadual Kasau
Jadual khusus yang terdapat pada sesiku pemidang. Diguna untuk mendapat ukuran
tepat dalam proses merancang tanda kasau. Gambarajah dibawah menunjukkan
sebahagian jadual pada sesiku Pemidang.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 42 Drp / Of
106
Jadual kasau adalah dalam ukuran inci. Untuk menukarkan ukuran kepada
mm,kalikan dengan 25.4
Jadual disebelah
menunjukkan nilai
panjang kasau dalam 1
kaki larian yang tercatat
pada sesiku pemidang
bumbung.
Dipindah dan ditulis
dalam bentuk kolum
Contoh pengiraan:
Tentukan panjang sebenar kasau betina per kaki larian sebuah bumbung dengan Rentang
3000mm dan Naik 1500mm .
Penyelesaian:
CURAM = NAIK
RENTANG
= 1500 = 1
3000 2
Dengan kecuraman ½ bermakna bacaan pada skala adalah pada kolum # 12" daripada
24 " pada barisan pertama.
# 12 = 16.97 x 25.4 = 431mm bagi setiap 300mm larian
Larian Bumbung = 3000 = 1500mm
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 43 Drp / Of
2 106
Ukuran garisan Kasau (Panjang sebenar kasau betina) = 431 x Larian
tidak termasuk panjang cucur atap 300
= 431 x 1500 = 2,155mm
300
431
300 1500mm 300 431
431
c) Teorem pythagoras 431
300
431
300
300
300
1500
Dengan menggunakan teorem pythagoras,
Larian = 1 rentang C
2 A A = Naik
B = Larian
Curam = 1(8000) C = Panjangkasau
2
Curam = 4000 mm
2 = 2 + 2 B
2 = 30002 + 40002
= √9 000 000 + 16 000 000
= √25000 000
Curam = 5000 m
PANJANG KASAU = 5000 mm
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 44 Drp / Of
106
4. KAEDAH PENJAJARAN SISTEM BUMBUNG
Terdapat beberapa kaedah untuk melakukan penjajaran sistem bumbung. Jadual 1
dibawah menunjukkan kaedah dan alat yang digunakan untuk membuat penjajaran.
Bil. Kaedah Fungsi
i. Laser Digunakan untuk mendapatkan aras
ketegakan dan kerataan.
Ia juga diguna untuk mengukur jarak
panjang, tinggi dan lebar
ii. String / plumbob Digunakan untuk mendapatkan
ketegakan secara pugak
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 45 Drp / Of
106
iii. Spirit level/ alat aras Alat yang digunakan bagi menguji
ketegakan dan kerataan
iv. Sesiku L (L angle) Digunakan untuk mendapatkan atau
mengukur ketepatan sudut 90°
v. Measuring tape/ Pita pengukur • Digunakan untuk tujuan pengukuran
panjang.
• Unit yang digunakan ialah imperial
(inci dan kaki) dan juga metrik
(sentimeter dan meter).
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 46 Drp / Of
106
SOALAN / QUESTIONS:
4. Nyatakan tiga (3) struktur utama bumbung
d. ________________________________________________________________
e. ________________________________________________________________
f. ________________________________________________________________
5. Berikan dua (2) kaedah penjajaran bumbung.
c. ________________________________________________________________
d. ________________________________________________________________
6. Apakah tujuan membuat rancang tanda?
_____________________________________________________________________
_________________________________________________________________
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 47 Drp / Of
106
RUJUKAN / REFERENCES:
1. Jahiman Badron (2007), Tenologi Binaan Bangunan. Ibs Buku.Sdn.Bhd
2. Tan Boon Tong (1990), Teknologi Binaan Bangunan. Dewan Bahasa dan Pustaka
3. R.Barry, (2007) Kursus Seni Bina. IBS Book Sdn.Bhd
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 48 Drp / Of
106
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA.
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
PROGRAM / BC-030-3:2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP DAN SEMESTER / L3 (SEMESTER 3)
LEVEL AND SEMESTER
BC-030-3:2013-C07
NO DAN TAJUK UNIT RESIDENTIAL BUILDING ROOFING SYSTEM
KOMPETENSI / INSTALLATIONS
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 9. Identify Residential Building Roofing System Installation
AKTIVITI KERJA / Requirement
WORK ACTIVITIES NO.
AND STATEMENT 10. Carry Out Roofing System Installation Setting
11. Carry Out Installation Of Roofing System
12. Coordinate Roofing System Inspection
NO. KOD KSKV / KSKV WTP 3013/K03/ P (3/4)
CODE NO.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C07/P(3/4)
TAJUK / TITLE:
Menjalankan Kerja Pemasangan Bumbung
TUJUAN / PURPOSE:
Selepas mempelajari tajuk ini, pelatih dapat :
i. Menerangkan jenis dan fungsi kelengkapan sistem bumbung
ii. Menyenaraikan jenis dan fungsi alatan dan kelengkapan yang digunakan dalam
pemasangan bumbung:
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 49 Drp / Of
106
iii. Menerangkan prosedur sistem pemasangan bumbung
PENERANGAN / INFORMATION :
Pembinaan bumbung hendaklah mempunyai ciri-ciri yang ditetapkan kerana ia akan
dibina untuk menyokong beban mati struktur bumbung dan penutupnya, penebatan dan
juga kemasannya. Sebelum kerja-kerja pemasangan bumbung dapat dijalankan, adalah
penting bagi pelatih mengetahui jenis alatan dan bahan yang digunakan untuk pemasangan
bumbung. Sebagaimana yang kita tahu, terdapat beberapa jenis kerangka yang digunakan.
Setiap jenis mempunyai sedikit perbezaan untuk pemasangan. Bab ini menerangkan sedikit
tentang prosedur tersebut.
5. JENIS DAN FUNGSI KELENGKAPAN SISTEM BUMBUNG
2.1 BAHAN KERANGKA BUMBUNG PENERANGAN
BAHAN KERANGKA
i.C Chanel C Chanel merupakan anggota utama struktur kekuda.
Ia mempunyai pelbagai saiz dan ditempa mengikut
panjang yang dikehendaki. Kekuatan bahan bahan :
keluli gred 550MPa dan ketabalan Coating: Min.
220g/m². Saiz kerataan antara 75mm – 150mm ( 3” –
6”). Ketebalan adalah antara 0.8mm – 2.5mm. Panjang
piawai adalah 6m/12m
ii. Batten Merupakan anggota kerangka bumbung yang
digunakan untuk batten dan Bracing. Mempunyai
kekuatan bahan : keluli Gred 550MPa. Ketebalan
Coating: min 220 g / m². Saiz keratan adalah
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 50 Drp / Of
106
35mm,45mm,60mm dan Ketebalan adalah 0.48mm –
0.6mm. Panjang standard adalah 6 meter.
iii. Trojen Batten Merupakan anggota batten paling bawah pada
pemasangan kerangka bumbung. Kekuatan bahan:
keluli gred 550MPa. Saiz kerataan : 50-60mm dan
ketebalan : 0.48mm-0.6mm. Panjang standard –
3.6m/6m
iv. Kayu beroti Digunakan sebagai kasau, gulung-gulung dan juga kayu
rentang dalam kerangka bumbung kayu. Boleh didapati
dalam pelbagai saiz. Saiz kayu yang biasa digunakan
dalam kerja binaan bumbung adalah 25mm x 50mm,
50mm x 75mm, 50mm x 100mm, 50mm x 125mm dan
sebagainya mengikut saiz yang dilukis dalam lukisan
bumbung