NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 51 Drp / Of
106
2.2 PENUTUP BUMBUNG
Penutup bumbung mestilah terdiri daripada bahan-bahan yang kalis air.
Bahan-bahan yang digunakan adalah mengikut jenis dan kecerunan bumbung. Pada
dasarnya penutup bumbung dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu bumbung rata
dan bumbung curam.
Bahan-bahan yang sesuai digunakan untuk menutup bumbung rata ialah
lapisan bitumen, kepingan logam yang terdiri daripada kupram, plumbum, tembaga,
zink dan aluminium, kepingan asbestos, plastik dan papak konkrit. Bahan-bahan
tradisi yang digunakan bagi penutup bumbung curam ialah genting tanah liat,
kepingan batu (slat) dan kepingan papan. Kini genting konkrit dan bahan-bahan
ciptaan baru banyak digunakan. Kegunaan bahan-bahan ini membolehkan rekaan
bentuk bumbung diperluaskan disamping mengawal ekonomi pembinaannya.
5.2.1 Penutup bumbung jenis logam/keluli
Kepingan bumbung Keluli biasanya diperbuat daripada zink (zincalume),
aluminium atau campuran kedua-duanya. Penutup bumbung jenis ini sangat
ringan, fleksibel dan terdapat pelbagai profil serta warna pilihan. Penutup
bumbung jenis ini sangat meluas digunakan kerana cara pemasangannya
lebih mudah berbanding dengan penutup bumbung jenis genting.
Rajah 1 : Penutup Bumbung Jenis Logam/Keluli
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 52 Drp / Of
106
5.2.2 Penutup bumbung jenis Genting
i. Konkrit.
a. Genting konkrit diperbuat daripada campuran pasir, air, simen dan
pigmen-pigmen tambahan seperti pewarna.
b. Ia melalui proses pengeringan biasa (tanpa pembakaran) didalam suhu
sekitar 60 ⁰.
c. Ia sangat kukuh boleh dihantar ketapak dan dipasangkan hanya
beberapa hari sahaja selepas dikeringkan.
Rajah 2: Penutup Bumbung Jenis Genting Konkrit
ii. Genting tanah liat.
Genting tanah liat telah lama digunakan sebagai penutup bumbung rumah.
Genting tanah liat diperbuat daripada tanah liat dan dikeringkan melalui
proses pembakaran. Genting jenis ini selain daripada memaparkan nilai
estetik tetapi sangat tahan lama dan kurang kerja penyelenggaraan
Rajah 3: Penutup Bumbung Jenis Genting Tanah Liat
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 53 Drp / Of
106
5.2.3 Penutup bumbung jenis kayu
Penggunaan kayu sebagai penutup bumbung semakin berkurangan pada
masa kini. Ini disebabkan oleh bekalan kayu yang sesuai semakin
berkurangan. Hanya kayu yang keras dan tahan lama boleh dijadikan sebagai
penutup bumbung.
Rajah 4: Penutup Bumbung Jenis Kayu
5.2.4 Penutup bumbung asbestos.
Kepingan asbestos bergelugur merupakan jenis penutup bumbung yang
banyak digunakan terutamanya untuk membina rumah kediaman kos rendah,
gudang dan bangunan-bangunan perindustrian.Kepingan asbestos boleh
didapati dalam berbagai-bagai saiz, umpamanya 1.2 m, 1.5 m, 1.8 m, 2.1 m,
2.4 m, 2.7 m, 3.0 m hingga 3.3 m. Tebalnya ialah 5mm bagi kepingan yang
bergelugur kecil dan 6mm bagi kepingan yang bergelugur besar. Kepingan ini
hendaklah dipasangkan dengan kecerunan 25 darjah keatas dan lekap
hujungnya 150mm.
Rajah 5: Jenis Kepingan Asbestos
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 54 Drp / Of
106
Rajah 6: Contoh kepingan asbestos
2.3 SALURAN AIR HUJAN
Saluran air hujan dipasang untuk tujuan mengalirkan air hujan yang turun dari
penutup bumbung ke longkang. Ia boleh diperbuat daripada logam dan juga plastik.
Saluran air hujan selalunya berbentuk separuh bulat dan juga berbentuk separuh
empat segi. Namun pada masa sekarang terdapat bentuk lain yang digunakan
untuk saluran air hujan.
Rajah 7: Jenis Saluran Hujan
Rajah 8: Cara Pemasangan Saluran Hujan
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 55 Drp / Of
106
2.4 PENEBAT BUMBUNG
Keupayaan sesuatu bumbung sebagai bahan penebat hendaklah dikaji apabila
merekabentuk sesuatu bumbung. Ia hendaklah berkemamapuan menahan haba
yang berlebihan daripada menembusi kebahagian dalam bangunan. Tetapi
sebaliknya ia hendaklah berupaya mengekalkan bahan yang normal untuk memberi
keselesaan udara didalam bangunan.
Haba dalam sesebuah bangunan boleh dikawal dengan pembinaan bumbung yang
sesuai. Beberapa jenis bahan yang biasa digunakan untuk mengurangkan haba
masuk ke dalam bangunan seperti Rock Wool, Fibrewool dan Aluminium foil. Jaring
( chicken net ) digunakan untuk menyokong pemasangan bahan penebat haba
seperti aluminium foil, rock wool dan fibrewool supaya sentiasa tegang apabila
dipasang.
Rajah 9: Jenis Penebat Bumbung
2.5 BAHAN PENUTUP TUMPU KASAU DAN PERABUNG.
5.5.1 Bahan penutup tumpu kasau
Penutup tumpu kasau digunakan untuk menutup hujung kasau supaya
kelihatan lebih cantik dan memudahkan pemasangan saluran air hujan.
Penutup tumpu kasau ini tidak terhad kepada penggunaan jenis kayu sahaja
tetapi juga boleh menggunakan penutup jenis Steel fascia dan fascia
Cement.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 56 Drp / Of
106
Rajah 10: Jenis Penutup Tumpu Kasau
5.5.2 Perabung
i.Hip Capping / Flashing
Rajah 12: Hip Capping
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 57 Drp / Of
106
ii.Edge Tile / Flashing
Digunakan untk menutup bahagian tepi bumbung. Kebiasaannya dibuat
daripada logam.
Rajah 13: Edge Tile/Flasing
2.6 WALL FLASHING
Berfungsi untuk menutup sambungan pada dinding bangunan. Ia digunakan untuk
mengawal percikan air dari masuk ke dalam bangunan
Rajah 14: Wall Flashing
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 58 Drp / Of
106
2.7 BAHAN PENYAMBUNG KEKUDA BUMBUNG
i.Paku payung
Pembinaan bumbung yang menggunakan struktur kayu biasanya menggunakan
paku payung sebagai bahan mengikat penutup bumbung pada gulung-gulung.
Rajah 1.7 (i): Paku Payung
ii. Wall plug
Wall plug ini digunakan untuk mengikat L brackit pada rasuk bumbung.
Rajah 1.7 (ii): Wall Plug
iii. Skru
Penggunaan skru mestila sesuai dengan jenis bahan dan saiz bahan. Skru
mempunyai banyak saiz dan mengikut kesesuaian penggunaan
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 59 Drp / Of
106
Rajah 1.7 (iii): Kod Jenis Skru dan Jenis-jenis skru
2.8 BAHAN PENYAMBUNG KEKUDA BUMBUNG BAGI STRUKTUR YANG
MENGGUNAKAN KAYU.
Rajah 1.8: Bahan Penyambung Kekuda Bumbung
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 60 Drp / Of
106
2.9 SIMEN
Simen digunakan untuk menutup ruangan pada sambungan perabung dengan
penutup bumbung khasnya penutup bumbung yang menggunakan genting.
Rajah 1.9: Contoh simen yang digunakan dalam kerja bumbung.
6. JENIS DAN FUNGSI ALATAN DAN KELENGKAPAN SISTEM PEMASANGAN
BUMBUNG
Mesin dan peralatan digunakan dalam kerja membina bumbung agar mudah dan cepat
melaksanakan kerja. Penggunaan peralatan dan kelengkapan yang betul
mempercepatkan proses kerja pembinaan bumbung. Namun aspek keselamatan harus
diambil kira apabila menggunakannya. Terdapat beberapa jenis mesin dan peralatan
yang digunakan dalam pemasangan bumbung.
2.1 JENIS DAN FUNGSI ALATAN SISTEM PEMASANGAN BUMBUNG
Alatan Fungsi
i. Mesin gerudi Digunakan untuk menggerudi Skru dan juga menebuk
lubang pada konkrit. Harus menggunakan pakaian
Keselamatan: PPE apabila menggunakaknya. Cara
untuk mengerudi adalah mesin mesti dalam kedudukan
tegak (90°) dan memulakan gerudi dengan perlahan-
lahan.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 61 Drp / Of
106
ii. Hand Grander Digunakan untuk memotong Channel/Batten Mengikut
Saiz Lukisan. Perlu memakai pakaian keselamatan
apabila menggunakannya. Kaedah memotong adalah
posisi di kiri/kanan mata pemotong
iii. Wheel cutter Digunakan untuk Trim/Notching Channel atau Baten Yang
Terlebih.
iv. Tukul kuku kambing Digunakan untuk menukul paku terutama sekali dalam kerja
bumbung kayu.
v. Spanner Digunakan untuk memngetatkan bolt dan nat semasa kerja
vi. Benang pemasangan wallplug dan juga boleh digunakan semasa
kerja memutar skru dalam pemasangan penutup bumbung
terutama sekali dalam kerja bumbung keluli.
Benang tukang digunakan untuk kerja merancang tanda
pembinaan dan juga digunakan semasa memasang
penutup bumbung.
vii. Marker pen Digunakan untuk menanda dan membuat garisan terutama
sekali apabila menggunakan bahan struktur keluli.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 62 Drp / Of
viii. Pensil tukang 106
Digunakan untuk menanda garisan.
ix. Kren
Digunakan untuk mengangkat kekuda ke bahagian atas
untuk dipasangkan.
x. Perancah Digunakan sebagai tempat untuk melakukan kerja dalam
pemasangan bumbung.
xi. Extention wire Digunakan untuk tujuan mendapatkan bekalan elektrik
daripada punca kuasa di tempat yang tinggi.
xii. Gunting Digunakan untuk memotong bahan penebat
xiii. Gergaji
Digunakan untuk memotong kayu
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 63 Drp / Of
106
2.2 KELENGKAPAN KESELAMATAN DIRI
Peralatan keselamatan sangat perlu apabila kita membuat sesuatu kerja. Pemilihan
pakaian dan alat keselamatan adalah bergantung kepaada jenis kerja yang
dilakukan. Bukan semua alat keselamatan dipakai dalam semua jenis kerja.
Penggunaan peralatan atau pemakaian keselamatan yang salah akan menyebabkan
bahaya kepada pengguna. Peralatan keselamatan yang digunakan dalam kerja
bumbung adalah seperti pelindung mata, topi keselamatan, kasut keselamatan dan
tali pinggang keselamatan.
Rajah 2.1: Contoh pemakaian alat keselamatan dalam kerja bumbung
7. PROSEDUR SISTEM PEMASANGAN BUMBUNG
Terdapat 3 cara pemasangan bumbung mengikut jenis bumbung iaitu:
i. Pemasangan bumbung keluli
ii. Pemasangan bumbung kayu
iii. Pemasangan bumbung konkrit
Antara prosedur umum yang terlibat dalam sistem pemasangan bumbung ialah
i. Membersihkan kawasan kerja
ii. Mengukur dan menanda
iii. Memasang kekuda bumbung
iv. Menempatkan komponen kerangka bumbung
v. Memasang penebat dan kelengkapan bumbung
vi. Pemasangan saluran air hujan.
vii. Memasang penutup bumbung
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 64 Drp / Of
106
i. Membersihkan kawasan kerja
Sebelum kerja pemasangan bumbung dilaksanakan, kerja pembersihan perlu
dilakukan bertujuan memudahkan kerja pemasangan bumbung dilakukan dan juga
mengelakkan daripada berlakunya kemalangan.
ii. Mengukur dan menanda
a. Kerja mengukur dan menanda perlu dilakukan dengan teliti agar tidak berlaku
kesilapan semasa kerja pemasangan bumbung.
b. Kerja mengukur harus lah berdasarkan kepada ukuran yang terdapat dalam
lukisan.
c. Kepersegian, jarak antara kasau,ketinggian dan kerataan harus dititikberatkan
ketika kerja pemasangan bumbung dilakukan. Kesilapan dalam kerja merancang
tanda akan menyebabkan kerugian.
iii. Memasang Kekuda Bumbung
a. Setelah kerja mengikat bata selesai, pemasangan bumbung akan dilakukan.
Kerja-kerja ini dilakukan oleh pekerja yang mahir dan terlatih.
b. Kekuda boleh dibina sama ada ditempat kekuda itu dipasang atau dibina secara
pasang siap kemudian diangkat ke atas untuk dipasangkan.
c. Kekuda bumbung adalah berbentuk segitiga iaitu hasil gabungan anggota
bumbung seperti pengikat, jeriau siling, kasau penupang dan sebagainya.
d. Kekuda bumbung boleh dibina menggunakan besi keluli atau kayu yang dipotong
mengikut saiz yang telah ditetapkan.
e. Sekiranya pembinaan menggunakan keluli, ia akan disambung menggunakan
fabricate.
f. Jika menggunakan kayu, ia akan disambung menggunakan paku.
g. Tegakkan kekuda dengan menggunakan alat yang sesuai.
h. Buat penjajaran kepada kekuda.
i. Pastikan kekuda mempunyai aras yang sama rata.
iv. Pemasangan kerangka bumbung
a. Kerangka bumbung akan dibina setelah pembinaan kekuda siap.
b. Kerangka kayu boleh dibuat menggunakan kayu atau keluli.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 65 Drp / Of
106
c. Bagi kerangka menggunakan keluli, sebelum kekuda dipasang, dinding akan
diletakkan dengan skru pengikat untuk mengikat kekuda tersebut terlebih
dahulu.
d. Jarak antara kekuda adalah 3m atau 4m di antara satu sama lain.
e. Kemudian besi keluli yang lain akan dipasang di atas kekuda pada arah
melintang sahaja yang dikenali sebagai purlin.
f. Jarak dari satu beroti adalah bergantung kepada saiz atap genting yang
digunakan kebiasaannya.
g. Bagi kerangka yang diperbuat daripada kayu, kerangka akan dibuat selepas
pembinaan tiang atas.
h. Plat tembok akan diletakkan di atas rasuk bumbung dan akan dipakukan.
i. Kemudian tetulang perabung akan diletakkan di atas tiang dan dipakukan.
j. Selepas itu, perantara antara tiang atas ke tiang atas yang lain akan
dipasangkan kekuda.
k. Jarak antara kekuda masing-masing adalah 2 sahaja. Disebabkan jarak
antara kekuda terlalu dekat, maka kerangka yang dibina terdiri daripada
kasau ( rafter ) dan beroti ( purlin ).
l. Jarak antara gulung ke gulung menggunakan kayu adalah hampir sama
dengan jarak purlin menggunakan keluli.
m. Gulung-gulung dan kasau dibina di mana kedudukan hujungnya berlebihan
daripada paras dinding. Di hujungnya dipakukan papan muka ( fascia board)
untuk pembinaan tumpu kusau.
v. Pemasangan penebat bumbung dan penutup bumbung
a. Sebelum kerja pemasangan penutup bumbung dilakukan, jaring dipasang diatas
gulung-gulung atau purlin untuk membolehkan aluminium foil didipasang diatasnya.
b. Jarring perlu dipasang dengan tegang agar aluminium foil yang akan dipasang tidak
akan melendut.
c. Selepas jarring dan bahan penebat dipasang, pemasangan penutup bumbung akan
dilakukan.
vi. Pemasangan tumpu kasau
a. Kerja pemasangan tumpu kasau perlu dilakukan sebelum kerja pemasangan
saluran air hujan dilakukan.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 66 Drp / Of
106
b. Pemasangan tumpu kasau dilakukan sebelum atau selepas kerja pemasangan
penutup bumbung.
c. Tumpu kasau dipasang bukan sahaja menggunakan kayu tetapi boleh juga
menggunakan Steel fascia dan fascia Cement mengikut kesesuaian dan
kehendak.
vii. Pemasangan saluran air hujan.
a. Pemasangan saluran air hujan dilakukan selepas kerja pemasangan penutup
bumbung dilakukan.
b. Kecerunan saluran air hujan adalah perkara yang sangat penting bagi
memudahkan aliran air.
c. Arah aliran air perlu ditentukan sebelum kerja pemasangan saluran ini.
d. Jika arah aliran air terlalu panjang, kecondongan perlu dimulakan daripada tengah
menghalah ke hujung. Ini bertujuan mengelakkan daripada saluran menanggung
beban air sebelum disalurkan ke longkang.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 67 Drp / Of
106
2.1 PEMASANGAN STRUKTUR BUMBUNG KELULI
i. PENGENALAN STRUKTUR KERANGKA KEKUDA
a. TOP CHORD
Anggota perentas atas yang menghasilkan bentuk bumbung yang dikehendaki
b. BOTTOM CHORD
Anggota perentas bawah yang bertindak sebagai penahan kepada Top Chord
c. WEB
Anggota tambahan untuk mengagihkan beban dan menguatkan struktur kekuda
d. STUMP
Anggota pengukuh yang dipasang pada bahagian sokongan/rasuk
e. DIAGONAL BRACIN
Anggota perembat condong yang dipasang pada Web
f. LATERAL BRACING
Anggota perembat lurus yang dipasang pada Bottom Chord
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 68 Drp / Of
106
ii. Prosedur/langkah-langkah pemasangan bumbung kerangka keluli
3.1.1. Pemasangan bracket
Rajah 3.1.1: Mengukur dan menanda kedudukan L-Braket
Pastikan kedudukan L-Braket mengikut kedudukan dan ukuran seperti
dalam lukisan. Pastikan kedudukan L braket berada pada kedudukan yang
betul. Buang lebihan konkrit yang terdapat pada rasuk untuk mendapatkan
aras yang sama semasa pemasangan kekuda.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 69 Drp / Of
106
Tebuk lubang pada rasuk untuk pemasangan L- braket
Letakkan L braket pada kedudukan yang dilubangkan dan pasangkan dengan
menggunakan wall plug. Ketuk wall plug dengan menggunakan tukul agar wall plug
masuk lebih dalam kedalam rasuk. Ketatkan wall plug dengan menggunakan
spanar.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 70 Drp / Of
106
Contoh pemasangan L braket yang siap dipasang pada rasuk.
3.1.2. Mengangkat kekuda.
Kekuda keluli boleh dibina terus pada bahagian pemasangan bumbung atau
dibina dahulu kemudian barulah diangkat untuk dipasang. Kekuda bumbung
perlu dilakukan dengan betul agar kekuda tidak mengalami kerosakan.
Kekuda telah siap dibina diangkat keatas dengan dua kaedah iaitu:
Kaedah 1
Menggunakan kaedah manusia
Kaedah ini juga hanya sesuai untuk bangunan yang tidak melebihi dua tingkat.
Kekuda diangkat menggunakan tenaga manusia dengan menggunakan tali.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 71 Drp / Of
106
Kerja ini mungkin berat dilakukan sekiranya kekuda yang siap dibina itu
bersaiz besar. Walaubagai manapun kaedah ini adalah lebih murah
berbanding dengan menggunakan jentera.
Kaedah 2 Menggunakan Jentera
Kaedah ini sesuai untuk bangunan yang melebihi dua tingkat dan mempunyai
saiz yang besar. Ia diangkat menggunakan kren.
Jangan mengangkat kekuda seperti ini kerana ia boleh menyebabkan
ketidakstabilan pada kekuda semasa diangkat.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 72 Drp / Of
106
Kaedah menggantungkan kekuda yang mempunyai rentang tidak melebihi 10
meter.
Kaedah menggantungkan kekuda yang mempunyai rentang melebihi 10
meter. Kekuda bumbung perlu diCara yang betul menaikkan kekuda
bumbung.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 73 Drp / Of
106
3.1.3. Menyusun dan menegakkan kekuda.
Letakkan kekuda pada kedudukan dan ukuran yang telah ditanda. Pastikan
kedudukan kekuda yang dinaikkan diletakkan pada kedudukan yang betul untuk
memudahkan proses menegakkan kekuda. Sekiranya pemasangan untuk kerja
bumbung adalah rendah, kekuda boleh ditegakkan dengan cara menolak dengan
kayu panjang dari bawah. Bagi bangunan yang rendah dan tidak ada rasuk tengah,
kekuda didirikan secara manual dan kekuda hanya diikat pada beberapa point
sahaja.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 74 Drp / Of
106
Kekuda utama ditegakkan dan dipasangkan batten sementara untuk mendapatkan
aras yang sama dan betul. Batten ini akan dibuka setelah kekuda suda berada pada
kedudukan yang tegak dan aras yang sama.
Kekuda seterusnya ditegakkan mengikut tanda yang telah dibuat. Batten
sementera diletakkan pada puncak kekuda sebagai penentu kelurusan bumbung
bangunan.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 75 Drp / Of
106
3.1.4. Mengaras dan menjajar kekuda.
Kerja mengaras dan menjajar kekuda perlu dilakukan secara teratur agar
kekuda yang dipasang berada dalam aras ketinggian yang sama disetiap
kekuda. Pastikan jarak diantara kedua-dua belah bumbung( cucur atap ) sama
di setiap kekuda. Pastikan penjajaran kedudukan kekuda seimbang.
Kerja-kerja pengarasan dan penjajaran hanya memerlukan :
i. Batten sementara yang dipasang pada kekuda.
Batten semantara perlu dipasang pada kekuda untuk mengikat kekuda
sebelum kekuda dipasang sepenuhnya. Betten sementara juga digunakan
untuk memastikan kekuda yang dipasang berada pada aras yang sama.
ii. Kekuda tidak perlu diskru pada L-Braket
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 76 Drp / Of
106
Pastikan jarak diantara kedua-dua belah bumbung ( ukuran susur atap ) sama
di setiap kekuda. Kekuda yang diletakkan tidak di skru pada L-Braket
sehingga aras kekuda berada dalam kedudukan yang sama.
Kekuda akan di skru pada L-braket selepas penjajaran siap dilakukan.
Sekiranya terdapat kekuda yang tidak menyentuh pada L-braket semasa
pemasangan dilakukan , stump perlu dipasang untuk menstabilkan stuktur
kekuda tersebut.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 77 Drp / Of
106
3.1.5. Memasang perimeter batten
Perimeter batten merupakan batten paling bawah / hujung yang perlu
dipasang dengan betul agar pemasangan bumbung berada dalam keadaan
yang kemas. Perimeter batten perlu di setting dengan betul agar:
a. Memastikan bumbung selari dengan dinding bangunan
b. Mendapatkan overhang bumbung yang sama jarak.
c. Menentukan curahan air hujan dari bumbung masuk ke gutter / longkang
bangunan
3.1.6. Membina Mould Batten
Mould batten merupakan alat pengukur yang digunakan untuk memudahkan
pemasangan batten pada kekuda. Ia juga digunakan untuk menentukan jarak
antara batten adalah sama. kebiasaannya dua mould yang akan digunakan
secara serentak dalam pemasangan ini.
Pemasangan skru pada arah bawah adalah bertujuan untuk memudahkan
kerja pemasangan batten.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 78 Drp / Of
106
3.1.7. Memasang bracing
Bracing dipasang untuk tujuan mengukuhkan struktur bumbung. Pemasangan
lateral bracing biasanya mengikut lukisan atau jarak minima adalah 3000mm
dari pusat ke pusat. Kuantiai lateral bracing diletakkan bergantung kepada
saiz kekuda tersebut.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 79 Drp / Of
106
3.1.8. Memasang bahan penebat
Sebelum kerja pemasangan aluminium foil atau bahan lain untuk digunakan
sebagai bahan penebat, jejaring terlebih dahulu dipasang. Bahan penebat
bumbung biasanya dipasang diatas gulung-gulung atau batten tetapi ada juga
bahan penebat ini dipasang diatas kasau di bawah gulung-gulung atau batten.
i. Atap jenis metal
- Arah pemasangan selari dengan metal roofing.
- Bahan penebat dipasang di atas batten selepas jarring / chiken net
dipasang.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 80 Drp / Of
106
ii. Atap jenis konkrit
- Arah pemasangan adalah selari dengan batten / gulung-gulung
- Penebat dipasang di bahagian bawah batten/ gulung-gulung
3.1.9. Pemasangan saluran air hujan
Saluran air hujan digunakan untuk mengalirkan air hujan dan mengalirkan
jauh daripada bangunan. Ia juga membantu mencegah lumut pada bangunan
dan kerosakan permukaan tanah.
Sebelum kerja pemasangan saluran air hujan, arah aliran perlu ditentukan
agar pemasangan lebih mudah dilaksanakan. Harus diingatkan bahawa jika
panjang pemasangan saluran air hujan melebihi dari 40 kaki ( 12 m ), saluran
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 81 Drp / Of
106
air hujan perlu dicondongkan bermula dari tengah ke kedua-dua hujung agar
air hujan senang mengalir.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 82 Drp / Of
3.1.10. Memasang penutup bumbung. 106
Kecerunan yang kurang daripada 25 darjah boleh dilakukan dengan menambahkan
lekap hujungnya ke 300mm. Bagi pembinaan di kawasan yang selalu mengalami
cuaca buruk, lekap ini perlu ditutup dengan mamah (mastic) supaya air tidak
meresap ke dalam. Kepingan asbestos ini dipasangkan pada gulung-gulung dan
disokong oleh kasau-kasau.
Jarak antara gulung-gulung
Jenis Asbestos Jarak maksimum antara gulung-gulung
Kepingan kecil 0.90 m
Kepingan besar 1.35 m
Kepingan berombak sudut 1.35 m
Pemasangan kepingan asbestos biasanya dilakukan dengan paku payung
dilapikkan dengan sesendal mamah untuk mencegah resapan air hujan. Skru
bumbung juga digunakan. Apabila kasau dan gulung-gulungnya terdiri daripada
keluli, bolt cangkuk adalah diperlukan dalam pemasangannya.
Antara jenis genting yang biasa digunakan ialah genting manca curam, genting
biasa, genting roman, genting roman kembar, genting manca S, genting manca rata
dan sebagainya. Genting ini jika menghasilkan daripada konkrit boleh didapati dalam
beraneka warna dan alat tambah. Genting ini hendaklah dipasang dengan curam
yang secukupnya untuk mencegah kebocoran apabila hujan lebat. Kecerunan yang
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 83 Drp / Of
106
minimum berbeza-beza dari 30 darjah dan 45 darjah bergantung kepada jenis
genting tetapi kecerunan 50 darjah 55 darjah biasa digunakan kerana ia memberi
aliran air hujan yang lebih berkesan.
Genting ini hendaklah dipasangkan pada bahagian atas beroti dengan tolok yang
tertentu mengikut jenis genting yang digunakan. Tolok ialah jarak purlin diantara
tetengah dengan tetengah yang bersamaan dengan:-
Panjang genting - lekap
2
Butir-butir pemasangan genting ini adalah ditunjukkan dalam rajah .
Rajah 3.1.10: Butir-Butir Pemasangan Genting Biasa
Kerja pemasangan penutup bumbung jenis logam adalah lebih mudah berbanding
dengan pemasangan pentutp bumbung jenis genting dan asbestos. Masa yang
diambil untuk memasang penutup bumbung jenis logam ini juga lebih cepat
berbanding dengan pemasangan penutup bumbung jenis genting.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 84 Drp / Of
106
2.2 PROSES PEMASANGAN BUMBUNG KAYU
7.2.1 Pembinaan dan pemasangan kekuda bumbung.
Langkah kerja :
1. Menyediakan kayu mengikut senarai potongan
2. Menyediakan papan tatahtanda
3. Menanda kasau, topang dan alang
4. Memotong kasau, topang dan alang
5. Menanda gaset papan lapis 4mm untuk penyambungan struktur
6. Memotong papan lapis
7. Menanda kedudukan bolt dan nat
8. Menebuk lubang dengan gerudi
9. Mencantum struktur menggunakan bolt dan nat dan gaset papan lapis 4mm
10. Menguji ketepatan ukuran
Rajah 3.2 (i): Kaedah Pembinaan Kekuda
Rajah 3.2: Contoh kerja pemasangan kekuda
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 85 Drp / Of
106
Proses pemasangan kekuda bumbung menggunakan kayu juga sama
dengan cara pemasangan kekuda keluli. Kasau boleh dibina siap kemudian
diangkat keatas menggunakan tenaga manusia atau menggunakan jentera.
Kekuda ditegakkan dengan menggunakan alat seperti timbang air atau
dengan menggunakan batu ladung. Kekuda yang dipaasngkan haruslah
berada dalam keadaan yang sama rata agar proses kerja seterusnya dapat
dilakukan dengan mudah.
7.2.2 Pemasangan Gulung-Gulung
Rajah 3.2.2: Kerja Pemasangan Gulung-Gulung
Pemasangan gulung-gulung adalah bergantung kepada jenis penutup
bumbung yang digunakan. Jarak antara gulung-gulung adalah lebih rapat jika
menggunakan penutup bumbung jenis genting. Pemasangan gulung-gulung
tidak sesuai jika dipasang dengan jarak yang melebihi 1.2meter.
7.2.3 Pemasangan tumpu kasau.
Rajah 3.2.3: Pemasangan Papan Tumpu Kasau
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 86 Drp / Of
106
Pemasangan papan tumpu kasau dilakukan selepas kerja pemasangan
gulung-gulung siap dipasang. Pemasangan papan tumpu kasau adalah
dengan memaku papan tumpu kasau terus kepada hujung kekuda dan
gulung-gulung. Pemasangannya adalah lebih udah berbanding dengan
pemasangan tumpu kasau menggunakan steal atau simen
7.2.4 Pemasangan penebat haba
Pemasangan penebat haba adalah sama dengan kaedah pemasangan
penabat haba menggunakan struktur keluli. Jarring perlu dipasang terlebih
dahulu sebelum kerja pemasangan bahan penebat dilakukan.
7.2.5 Pemasangan penutup bumbung.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 87 Drp / Of
106
2.3 PEMASANGAN BUMBUNG KONKRIT
Seperti yang digambarkan dalam lukisan, pastikan bumbung konkrit tetulang dibina
sebagaimana dikehendaki. Bumbung rata perlu dikemaskan dengan simen kalis air
setebal 37mm dengan kecerunan yang tepat. Pasangkan semua keperluan
bumbung rata seperti ‘flashing’, saluran air ke parit, dan ‘outlets’ berdasarkan
arahan dan kelulusan arkitek.
Binaan bumbung rata konkrit bertetulang adalah seperti berikut :
i. Bumbung rata konkrit bertetulang biasanya digunakan pada rentang yang
kecil antara dua dinding atau tembok.
ii. Lapisan kalis air diletakkan antara lapisan papak konkrit dengan lepaan.
Lapisan ini juga diletakkan di atas permukaan lepa.
iii. Bumbung jenis ini juga boleh digunakan sebagai tempat meletak tangka air
iv. Beban yang ditanggung oleh bumbung biasanya kurang berbanding lantai.
Oleh itu, ketebalannya kurang daripada ketebalan lantai.
v. Kecuraman bumbung dibentuk dengan satu lapisan lepa 20mm hingga
25mm bertujuan untuk larian air.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 88 Drp / Of
106
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 89 Drp / Of
106
SOALAN / QUESTIONS:
7. Nyatakan tiga (3) alatan yang digunakan untuk pemasangan bumbung.
g. ________________________________________________________________
h. ________________________________________________________________
i. ________________________________________________________________
8. Berikan dua (2) jenis penebat haba untuk bumbung.
e. _______________________________________________________________
f. ________________________________________________________________
9. Apakah fungsi wall flasing yang dipasang pada struktur bumbung?
_____________________________________________________________________
________________________________________________________________
4. Terangkan cara memasang kekuda bumbung.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_______________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_______________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_______________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_______________________________________________________________
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 90 Drp / Of
106
RUJUKAN / REFERENCES:
4. Jahiman Badron (2007), Tenologi Binaan Bangunan. Ibs Buku.Sdn.Bhd
5. Tan Boon Tong (1990), Teknologi Binaan Bangunan. Dewan Bahasa dan Pustaka
6. R.Barry, (2007) Kursus Seni Bina. IBS Book Sdn.Bhd
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 91 Drp / Of
106
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA.
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
PROGRAM / BC-030-3:2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP DAN SEMESTER / L3 (SEMESTER 3)
LEVEL AND SEMESTER
BC-030-3:2013-C07
NO DAN TAJUK UNIT RESIDENTIAL BUILDING ROOFING SYSTEM
KOMPETENSI / INSTALLATIONS
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 13. Identify Residential Building Roofing System Installation
AKTIVITI KERJA / Requirement
WORK ACTIVITIES NO.
AND STATEMENT 14. Carry Out Roofing System Installation Setting
15. Carry Out Installation Of Roofing System
NO. KOD KSKV / KSKV 16. Coordinate Roofing System Inspection
CODE NO.
WTP3013/K04/P (4/4)
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C07/P(4/4)
TAJUK / TITLE:
COORDINATE ROOFING SYSTEM INSPECTION
TUJUAN / PURPOSE:
Diakhir pembelajaran pelatih:
i. Merancang kerja pemeriksaan bumbung berhubung dengann personel yang terlibat
pemeriksaan bumbung
ii. Memeriksa saiz, kelurusan, ketegakan, kekuatan, ketahanan dan kebersihan
mengikut jadual perancangan
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 92 Drp / Of
106
iii. Membaiki sebarang ketidakpatuhan sistem pemasangan bumbung mengikut
spesifikasi lukisan.
iv. Memeriksa kerja pemasangan bumbung agar mengikut kehendak badan berkanun.
v. Menentukan keperluan peraturan dan keselamatan.
PENERANGAN / INFORMATION :
Tujuan Pemeriksaan Bumbung adalah untuk mengajar pemeriksa rumah, serta profesional
insurans dan bumbung, cara mengenali keadaan yang betul dan tidak wajar semasa
memeriksa lereng curam, bumbung kediaman. Siri ini meliputi rangka bumbung, bahan
bumbung, loteng, dan keadaan yang mempengaruhi bahan bumbung dan komponen,
termasuk angin dan hujan batu.
8. PIHAK BERKUASA
Pihak-pihak yang terbabit di dalam proses pemeriksaan ini adalah:
i.Pihak Berkuasa Tempatan
a. Bertanggungjawab untuk memastikan pemeriksaan adalah dilaksanakan mengikut
kehendak-kehendak yang ditetapkan di dalam Akta tersebut
b. Mengawasi dan memastikan projek binaan mematuhi undang-undang,akta dan
peraturan yang telah ditetapkan
ii.Pemilik bangunan
a. Bertanggungjawab ke atas perlantikan seorang Jurutera untuk menjalankan
pemeriksaan
b. Pemilik berkaitan dengan bangunan yang mempunyai ketinggian melebihi 5 tingkat
adalah termasuk
- Perbadanan Pengurusan ditubuhkan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985, (Akta
318) yang mempunyai kawalan ke atas bangunan itu; atau
- Seorang yang menerima apa-apa bayaran sewa bagi tujuan menyenggara harta
bersama bangunan yang dipecahbahagi itu.
-
iii. Jurutera
a. Jurutera yang dilantik memeriksa bangunan- Jurutera bermaksud seorang yang
didaftarkan sebagai Jurutera di bawah Akta, Jurutera-jurutera Profesional 1967,
(Akta 138).
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 93 Drp / Of
106
b. Seorang Jurutera Bertauliah yang dilantik untuk menjalankan pemeriksaan ke atas
sesuatu bangunan hendaklah:
- Menjalankan pemeriksaan dengan cara yang ditetapkan dibawah garis panduan
ini;
- Apabila siap pemeriksaan, menyedia dan menandatangani laporan hasil
pemeriksaan; dan
- Menyerahkan satu salinan laporan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dalam
tempoh masa sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di
dalam notis.
c. Jurutera Bertauliah yang dilantik oleh pemilik adalah tanggungjawab sepenuhnya
ke atas pemeriksaan yang dijalankan. Beliau hendaklah; dengan kesungguhan
yang munasabah mengambil minat secara aktif dan peribadi di dalam pemeriksaan
bangunan itu.
d. Jurutera Bertauliah yang dilantik oleh pemilik bangunan atau Pihak Berkuasa
Tempatan untuk menjalankan pemeriksaan bangunan hendaklah berhak
sepanjang masa yang munasabah kepada laluan bebas dan sepenuhnya ke
bangunan tersebut dan diperuntukkan di bawah Seksyen 85 (A) Akta 133 tersebut.
2. PEMERIKSAAN BUMBUNG
i. Kerosakan yang jelas dan serpihan - Langkah pertama untuk memeriksa bumbung
adalah mencari tanda-tanda kerosakan yang jelas, termasuk ubah bentuk struktur.
ii. Bahagian Luar Komponen Struktur - Segala komponen struktur luaran bumbung,
termasuk cerobong, bolong, fascia, tepi titisan, dan pelekat harus diperiksa untuk
kerosakan, komponen yang hilang, karat, dan reput. Kebocoran cenderung
membentuk sekitar cerobong, lekuk, dan skylight - dan jika kerosakan tidak dapat
dikesan kerosakan boleh berlaku kepada kerangka, pelapis, dan gelang, yang
membawa kepada kos pembaikan yang berpotensi mahal dan penggantian.
iii. Bahagian dalam Komponen struktur - Apabila bumbung tidak diperiksa secara
teratur, kerosakan struktur dalaman boleh berlaku. Selalunya, disebabkan
kekurangan penyelenggaraan biasa, kerosakan dalaman adalah yang pertama
dapat diperhatikan.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 94 Drp / Of
106
2.1. Kriteria pemeriksaan
Kaedah pemeriksaan yang boleh dilaksanakan adalah melalui kaedah
pemeriksaan samada Pemeriksaan ruang bumbung. Kriteria pemeriksaan
bumbung adalah mengambil kira dari segi.
i. Saiz
Bangunan yang berberbentuk sederhana sesuai dibina dengan bumbung
curam dan bangunan yang bentuknya kompleks sesuai menggunakan
bumbung rata. Rentang juga boleh dipilih menentukan jenis bumbung yang
dipilih.
Kategori Jenis Bumbung Saiz
Bumbung ganding Lebar tidak lebih 4 meter
Rentang maksimum 3.5 meter
Bumbung 200 x 38 tulang perabung
belanda limas
125 x 75 kasau, jarak diantara kasau 450
100 x 75 plat dinding
Bumbung simpai 100 mm x 38mm
Rentang 4.5 meter
Bumbung Gulung-gulung berukuran 175mm x 75 mm
gulung gulung-
Jermang yang digunakan berukuran 75mm
x 38mm
Bumbung pisang
sesikat Rentang tidak melebihi 2.5 meter
Bahagian kerangka bumbung curam
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 95 Drp / Of
106
Bumbung Rata Kecuraman bumbung dibentuk dengan
Bumbung Konkrit Bertetulang satu lapisan lepa 20mm- 25mm bertujuan
rata
untuk larian air
Jarak antara Gelegar 400mm -600mm dari
Bumbung rata kayu
tengah ke tengah.
Secara umumnya saiz diambil kira untuk pemeriksaan merujuk kepada pelan yang
telah digunakan untuk pembinaan tersebut.
ii. Dimensi
Dimensi diukur mengikut dimensi yang ditetapkan. Pelan akan dirujuk untuk
memastikan ketepatan dimensi kerangka bumbung
iii. Pejajaran
Penjajaran diperiksa untuk memastikan bumbung dalam keadaan tepat. Penjajaran
yang tepat menambah nilai kualiti sebuah binaan bumbung.
iv. Kekuatan
Bumbung mestilah dapat menyokong beban mati struktur bumbung dan penutupnya,
penebatan dan kemasan dalam dan beban angin tanpa mengalami lenturan atau
pesongan yang berlebihan
v. Ketahanlasakan
Ketahanlasakan bumbung bergantung kepada kemampuan dan ketahanan penutup
bumbung yang digunakan untuk menahan perubahan cuaca dan pencemaran alam.
Bahan bahan yang digunakan mestilah tidak terlalu membebankan bumbung dan
mestilah tahan kepada perubahan cuaca serta tahan lama
vi. Permukaan dan kebersihan
Permukaan bumbung mestilah bersih dari serpihan longgar diatas bumbung. Hal ini
bagi membolehkan untuk melihat dengan lebih baik di mana masalah-masalah dan
bagaimana untuk menangani masalah.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 96 Drp / Of
106
vii. Rekabentuk
Rekabentuk perlu dikaji terlebih dahulu bagi memastikan struktur bumbung itu mampu
menanggung beban yang akan dikenakan keatasnya.
viii. Penyambungan
Penyambungan yang betul dan kuat menjadikan binaan itu kuat dan kukuh.
Pemeriksaan juga dilakukan untuk memastikan penggunaan bahan penyambungan
yang betul seperti yang ditetapkan. Rajah 1 menunjukkan jenis penyambung yang
digunakan untuk pemasangan bumbung
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 97 Drp / Of
106
Rajah 1 : Penyambung/Fastener yang Digunakan Dalam Pemasangan Bumbung
3. JENIS PEMERIKSAAN (RIN,RFI) SEBELUM ,SEMASA DAN SELEPAS
PEMERIKSAAN
Terdapat pelbagai jenis borang pemeriksaan. Dalam sistem kerajaan borang yang
digunakan berlainan dari sektor swasta. Pemeriksaan dilakukan sepanjang projek
dilakukan. Terdapat 3 borang iaitu sebelum, semasa dan selepas.
4. JENIS DAN FORMAT BORANG PEMERIKSAAN YANG DIGUNAKAN
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 98 Drp / Of
106
Rajah 4 (I) : Format Borang Pemeriksaan JKR
Rajah 4(Ii): Format Borang Pemeriksaan Salah Satu Syarikat Swasta
5. KAEDAH MENGISI BORANG PEMERIKSAAN BUMBUNG
Kaedah pengisian borang pemeriksaan
Semasa pemeriksaan dijalankan, pemeriksa bangunan yang melaksanakan
pemeriksaan awalan keadaan bangunan perlu menggunakan Dokumen Borang
Pemeriksaan dan Penilaian Keadaan Bangunan (BPKB/JKR/01). Dokumen ini perlu
digunapakai oleh pemeriksa bangunan dengan tujuan untuk melaksanakan
pemeriksaan keadaan bangunan sebelum penilaian prestasi dapat dilakukan.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 99 Drp / Of
106
BORANG PEMERIKSAAN
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(1/4) Muka Surat / Page : 100 Drp / Of
106
GRED SKALA RINGKASAN HURAIAN
PEMERIKSAAN
1 Sangat baik Tiada Kecacatan;
SB • Keadaan sangat baik; dan
• Boleh berfungsi dengan baik
• Terdapat kecacatan atau kerosakan
2 Baik minor;
B • Keadaan baik; dan
• Boleh berfungsi dengan baik
• Terdapat kecacatan atau kerosakan
3 Sederhana major;
S • Keadaan sederhana; dan
•Masih boleh berfungsi tetapi perlu
dipantau
• Tiada / terdapat kecacatan atau
4 Kritikal kerosakan major / minor;
K • Keadaan kritikal; dan
• Tidak dapat berfungsi mengikut tahap
5 Sangat kritikal perkhidmatan dipersetujui
• Keadaan sangat kritikal;
• Tidak dapat berfungsi dan Berisiko yang
SK
boleh menyebabkan kecelakaan dan /atau
kecederaan
Jadual 1 : Tahap keadaan fizikal komponen bangunan.