11.1 KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA
11.1.1 Menghuraikan Pelbagai Kaum Dan Etnik Di
Malaysia.
KAUM MELAYU
1
2
KAUM CINA
3
KAUM INDIA
4
ETNIK-ETNIK DI MALAYSIA
Antaranya ialah :
Bajau
Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri
Sabah. Suku kaum Bajau adalah antara penduduk
asal kepulauan Borneo sejak berabad-abad
lamanya, atau sejak kewujudan bangsa Melayu di
Nusantara kerana suku kaum Bajau adalah serpihan
Melayu gelombang kedua yang datang ke
Nusantara.
Suku kaum Bajau mendiami kawasan pesisir
pantai dari Tawau hingga ke Labuan, dengan
kepadatan tertinggi di Semporna, Lahad Datu dan
Kudat.
100 % suku kaum Bajau menganut agama Islam.
Suku kaum Bajau sangat menekankan hubungan
kekeluargaan dan “le’od” iaitu kelompok sedaerah.
Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama.
Kata sinama adalah kata terbitan daripada kata
akar Sama dengan menerima sisipan -in- sehingga
5
membentuk sinama yang bermaksud bahasa
kepunyaan bangsa Sama.
Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga turut
mewarganegarai negara-negara seperti Indonesia,
Filipina dan Brunei Darussalam.
Baba dan Nyonya
Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan
kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat,
Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia),
khususnya di negeri Melaka.
Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan
mengakui bahawa mereka adalah orang Cina
tetapi rakyat British dan berbangga dengan
kedudukan ini.
Mereka mengeji pendatang-pendatang Cina
yang baru dan mempunyai kelab tersendiri yang
tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina
masuk.
6
Mereka memanggil diri mereka sebagai “Baba”
atau “Peranakan” kerana kebudayaan mereka,
yang berasal daripada warisan tradisi Cina,
mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan
Melayu.
Penyesuaian dan resapan budaya mereka
terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran
mereka pada zaman silam, iaitu melalui
perkahwinan campur yang berlaku antara kaum-
kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama
mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil
mereka sebagai “Baba”.
Iban
Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak
laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30%
daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban
merupakan kumpulan etnik yang terbesar di
Sarawak.
Orang Iban biasanya menduduki di lembah
Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar
dan Sungai Rajang.
7
Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong
dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi
secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan
dihomati.
Perayaan penting yang disambut oleh suku Iban
adalah Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara
hari pertama dan kedua pada bulan Jun. Biasanya,
Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai
sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai
padi sepanjang tahun ini.
Bugis
Suku kaum Bugis merupakan salah satu etnik yang
terdapat dalam kelompok ras berbilang bangsa di
negeri Sabah.
Kebanyakan suku kaum ini telah menetap di
pantai Timur Sabah iaitu di daerah Tawau,
Semporna, Kunak dan Lahad Datu.
Sejarah kedatangan Bugis dipercayai telah
meninggalkan Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau
8
Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia,
Kalimantan dan Borneo sejak abad ke-16.
Melanau
Melanau terdapat di Sarawak.
Umumnya masyarakat ini mempunyai persamaan
dengan masyarakat Melayu dari segi kebudayaan ,
kepercayaan dan adat resam.
Oleh itu, masyarakat ini merupakan satu cabang
dalam masyarakat Melayu.
Masyarakat Melanau mempunyai budaya dan
adat resam mereka yang tersendiri seperti dalam
aspek kehidupan seperti kelahiran, perkahwinan
dan kematian.
Bisaya
Kaum Bisaya berasal dari barat laut borneo di
Sabah dan Timur Sarawak.
9
Kaum Bisaya dikaitkan dengan kaum
bisaya(Visayan) di Filipina tetapi secara dasarnya,
suku Bisaya hanya terdapat di Borneo sahaja, tetapi
Visaya yang terdapat di Filipina langsung tidak
mempunyai perkaitan rapat dengan Bisaya di
Borneo.
Melalui perbandingan bahasa, mereka
menunjukkan persamaan lebih dekat dengan
bahasa Melayu daripada bahasa suku Bisaya di
Filipina.
Minangkabau
Orang Minangkabau berasal dari Sumatra Barat
di Indonesia.
Mengamalkan adat Matrilineal iaitu harta
diwariskan daripada ibu kepada anak perempuan.
Mula menetap di Negeri Sembilan pada abad ke-
14.
Daripada suku inilah lahirnya pembesar-pembesar
Negeri Sembilan yang dipanggil ‘Penghulu’
10
kemudiannya ‘Undang’ dan akhir sekali Yang di-
Pertuan Besar.
Negeri Sembilan berada di bawah naungan
kerajaan Melayu Johor.
Kenyah
Kaum Kenyah ialah kaum terbesar (Bumiputera)
yang mendiami di kawasan pedalam daerah
Baram dan Belaga di Sarawak, Malaysia serta
Kalimantan, Indonesia.
Asal usul masyarakat Kenyah adalah di Dataran
Tinggi Usun Apau sekitar 1400-1700 masihi.
Masyarakat Kenyah membina rumah panjang
berdekatan dengan sungai, iaiti merupakan jalan
perhubungan mereka dari satu tempat ke satu
tempat yang lain menggunakan sampan.
11
11.1.2 Menjelaskan Petempatan Serta Kegiatan
Ekonomi Masyarakat Malaysia Dahulu Dan Kini.
1. PETEMPATAN MASYARAKAT MALAYSIA PADA MASA
DAHULU
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka,
masyarakat tinggal di kampung-kampung mengikut
kaum masing-masing.
Pemisahan tempat tinggal yang wujud dalam
masyarakat negara ini pada awal kemerdekaan
sebenarnya berlaku akibat daripada kesan
pemecahan yang dilaksanakan semasa
pendudukan British.
Pendudukan British di Tanah Melayu pada abad
ke-19 telah membawa masuk buruh Cina dan India
secara beramai-ramai.
12
Terdapat perkampungan Melayu di kawasan
pinggir pekan dan di bandar pula kelihatan kedai-
kedai Cina sementara buruh-buruh India bertumpu
di ladang-ladang getah.
Di Sabah dan Sarawak pula, wujud
perkampungan yang terdiri dari rumah panjang
kaum Iban dan kampung kaum Kadazan. Mereka
ini terpisah dan berbeza antara satu sama lain.
2. KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT MALAYSIA
PADA MASA DAHULU
Pengelompokan petempatan mengikut kaum
lahir ekoran pengagihan sektor ekonomi setiap
kaum.
Orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan
nelayan, orang Cina digalakkan untuk bergiat
dalam sektor perdagangan dan perlombongan
13
sementara orang India dikekalkan di estet-estet
untuk menjalankan kegiatan perladangan getah.
Aktiviti ekonomi yang berbeza hampir tidak
memungkinkan setiap kaum untuk bertemu dan
bergaul.
3. KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT MALAYSIA
PADA MASA INI
Aktiviti ekonomi Malaysia terdiri daripada
pelbagai sektor. Sektor-sektor tersebut boleh
dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu sektor
pertama, sektor kedua dan sektor ketiga.
Sektor pertanian, perikanan, penternakan,
perhutanan dan perlombongan adalah terletak
dalam kategori sektor pertama kerana ia
melibatkan aktiviti ekonomi pada peringkat awal
iaitu tidak atau kurang melibatkan aktiviti
pemprosesan.
14
Sektor kedua adalah sektor yang melibatkan
aktiviti ekonomi yang kebanyakannya merupakan
lanjutan daripada sektor pertama. Ia lebih bersifat
pemprosesan. Dua aktiviti ekonomi yang tergolong
dalam sektor ini ialah aktiviti pembuatan
(perkilangan) dan pembinaan.
Sektor ketiga adalah sektor yang terlibat dengan
aktiviti perkhidmatan, seperti pengangkutan,
penyimpanan, perhubungan, kuasa elektrik, gas
dan air, perdagangan borong, runcit, hotel dan
restoran, kewangan, insurans, hartanah,
perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan kerajaan
dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.
Pada tahun 1970-an, sektor pertanian dan
perlombongan menjadi penyumbang utama
eksport Malaysia, tetapi pada tahun 1990-an, sektor
perkilangan pula memberi sumbangan yang utama
kepada eksport Malaysia.
15
11.1.3 Menerangkan Alat Muzik Dan Tarian Tradisional
Dalam Kehidupan Masyarakat
ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU
1. KOMPANG
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang
paling popular bagi masyarakat Melayu.
Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.
Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit
Kambing.
16
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan
dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama
ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh
pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada
abad ke-13 oleh pedagang Arab.
2. REBANA
Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang
sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya.
Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang,
permainan rebana sangat popular, terutamanya
dalam kalangan penduduk di sekitar Sungai
Pahang.
Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-
lagu tradisional seperti indong-indong dan
pelanduk-pelanduk.
17
Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat
juga rebana besar yang dimainkan pada hari
keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan
irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi.
3. CANANG
Sejenis alat daripada keluarga gong yang
berukuran kecil.
Berperanan sebagai alat penanda masa (time
marker) dalam enssembel paluan tradisional yang
terdapat di Kelantan.
18
Dalam konteks persembahan yang berhubung
dengan teater tradisional, canang disertakan
secara berpasangan iaitu canang ‘ibu’ dan ‘anak’.
Kini terdapat 2 jenis canang yang sering
digunakan iaitu diperbuat daripada besi dan
gangsa.
4. GEDOMBAK
Gedombak merupakan gendang dua muka
tetapi hanya pada permukaan dasar sahaja yang
dipengan dengan kulit.
Dalam konteks persembahan gedombak
disertakan secara berpasangan iaitu ibu dan anak
yang dimainkan oleh dua orang pemain seperti
19
dalam persembahan wayang kulit dan menora di
Kelantan.
5. GAMBUS
Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah.
Gambus mempunyai 12 tali tangsi.
Badannya membujur bulat seakan-akan labu air
dengan belakangnya yang melengkung.
Lehernya ialah persambungan daripada
badannya.
Gambus dipetik sama seperti bermain gitar.
20
Alat muzik ini digunakan dalam permainan
Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi
nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang
Brunei di Sabah.
ALAT MUZIK TRADISIONAL CINA
1. SERULING
Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling
popular di negara Cina.
Seruling dinamakan sebagai “Zhudi”, disebabkan
ia diperbuat daripada sebatang buluh dan
badannya mempunyai lapan lubang.
21
Lubang pertama digunakan untuk ditiup dan
aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh
akan menghasilkan bunyi-bunyian.
Alat ini berserta budaya muzik orkestra Cina
dibawa masuk oleh imigran dari negara China ke
Malaysia pada zaman sebelum merdeka.
2. PIPA
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam.
Badan dibuat daripada kayu, dadanya bulat dan
belakangnya cembong tetapi permukaan
dadanya mendatar.
22
Beberapa kekuda titian tali daripada kayu
dipasang pada papan jari seperti fret.
Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah
badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan
jari.
Bahagian kepalanya berukir.
Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi
opera Cina, juga sebagai alat solo atau mengiringi
nyanyian.
3. YANGQIN
Yangqin atau dikenali sebagai dulsimer
merupakan sejenis alat muzik instrumen pukulan
yang sentiasa dimainkan oleh rakyat China.
23
Suaranya jelas lagi terang. Alat muzik tersebut
boleh digunakan dalam permainan solo, paduan
suara atau opera, ia menduduki tempat penting
dalam permainan alat-alat muzik dan orkestra
instrumen China.
Menurut catatan buku sejarah, sebelum abad
pertengahan, negara-negara Arab pada zaman
silam iaitu Yasu dan Parsi di Timur Tengah
mempopularkan sejenis alat muzik pukulan, iaitu
Satailiqin.
Pada zaman Dinasti Ming ( 1368 – 1644), seiring
dengan perkembangan hubungan persahabatan
yang kian akrab antara China dengan Asia Barat
dan Asia Timur, alat muzik Satailiqin dipopularkan ke
China dari Parsi melalui laluan laut.
Pada masa permulaan, alat muzik itu hanya
dimainkan oleh rakyat yang tinggal di kawasan
Guangdong sahaja dan kemudian dipopularkan
dalam pelbagai tempat lain di China.
Kemudian diubahsuai oleh seniman dalam
kalangan rakyat China, Satailiqin itu menjadi alat
24
muzik instrumen China dan namanya diubah
sebagai Yangqin.
4. ERH-HU
Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat
dalam tiga saiz, iaitu kecil, sedang dan besar.
Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan,
dan juga digunakan dalam orkestra untuk
mengiringi opera Cina.
Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa
dimain. Tali digesek dengan sebalah tangan
manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada
tali-tali untuk mengeluarkan pelbagai pic, lantai
dan digesek seperti cello.
25
ALAT MUZIK TRADISIONAL INDIA
1. DHOLAK
Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik
klasikal India Utara (Hindustan).
Dholak dimain dengan menggunakan tangan
and mudah dipikul oleh pemainya.
Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal
daripada hasil pukulan tangan ke atas permukaan
yang diperbuat daripada kulit haiwan.
Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan
rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.
26
2. SITAR
Sitar adalah salah satu jenis alat muzik yang
berasal dari Asia Selatan.
Alat muzik klasik Hindustan yang menggunakan
dawai/tali.
Alat muzik ini menggunakan dawai halus bersama
dengan dawai biasa dan ruang resonansi
menggunakan gourd (sejenis buah-buahan yang
dikeringkan dan berongga di dalamnya) sehingga
menghasilkan bunyi yang unik.
Sitar merupakan alat muzik yang sering digunakan
dalam seni muzik klasik hindustan sejak Zaman
Pertengahan.
27
3. VEENA
Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi
dan tiga tali untuk dengung.
Badan dibuat daripada kayu, dadanya bulat dan
belakangnya cembung.
Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah
dadanya.
Bilah fret logam dilekatkan pada papan jari
dengan menggunakan lilin lebah.
Tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat
pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan
labu berukir dipasang pada hujung penghabisan
lehernya.
28
Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak
kelapa yang digosokkan untuk melicinkan hujung
hujung jari pemain.
4. TABLA
Tabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang
sangat terkenal dalam masyarakat kaum India.
Alat ini dikatakan berasal daripada gendang
Mridangam.
Tabla mempunyai sepasang gendang iaitu Sidda
(gendang kecil) dan Dagga (gendang besar) yang
ada satu muka masing-masing.
Badannya dibuat daripada kayu jati, rosewood
dan jackwood.
29
Kulit kambing ditampal pada permukaan tabla
untuk menghasilkan bunyi irama yang indah.
30
TARIAN TRADISIONAL MELAYU
TARIAN MAK YONG
Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di
selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat
DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu
ketiadaan kerabat diRaja lelaki.
Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta
tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang
menawan, yang mengisahkan zaman
kegemilangan kesultanan Melayu.
31
TARIAN ZAPIN
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia
boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin,
sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor.
Tarian ini yang diperkenalkan oleh para mubaligh
dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam
amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan
pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.
32
TARIAN JOGET
Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah
sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang
agak laju.
Tarian ini yang dipersembahkan oleh pasangan
penari dengan gerak-geri pantas yang disulami
pelbagai usikan, berasal daripada tarian tradisi
Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era
perdagangan rempah di situ.
33
TARIAN SARAH
Tarian Sarah mempunyai irama muzik padang
pasir yang rancak yang mewakili riang gembira.
Tarian ini terkenal dalam kalangan masyarakat
Johor yang berketurunan Arab di daerah-daerah
Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar.
Di Johor, tarian ini kebiasaannya ditarikan oleh
pasangan lelaki sahaja. Mereka menari beriringan
dengan gerakan yang sama dan dalam satu
tempo lagu berirama Samrah, pasangan penari
dapat menari secara bergantian dan ini
membolehkan pasangan pertama tadi berehat
34
dan diganti dengan pasangan berikutnya dan
demikianlah seterusnya.
Tarian ini boleh juga ditarikan oleh penari wanita
tetapi di ruang yang berasingan dan tertutup dan
dikhaskan untuk penonton wanita sahaja.
Tarian ini juga ditarikan dalam majlis-majlis keraian
dan dalam majlis-majlis kekeluargaan seperti majlis
kesyukuran dan perkahwinan.
Tarian ini juga ada kalanya berlarutan hingga
jauh malam.
35
TARIAN INDIA
TARIAN BHARATHANATYAM
Bharatanatyam adalah tarian tradisional
masyarakat India dari Tamil Nadu, India.
Pada asalnya, bharatanatyam hanya ditarikan
oleh devadasi iaitu golongan gadis yang
menghambakan diri kepada dewa-dewa dan kuil,
serta tidak akan berkahwin sepanjang hayat.
Golongan devadasi membuat persembahan
bharatanatyam di kuil untuk menunjukkan cinta
mereka terhadap dewa yang dipuja.
36
Mengikut peredaran zaman, bharatanatyam
mula menjadi persembahan pentas. Penari lelaki
juga mula melibatkan diri dalam tarian tradisional ini.
Terdapat dua bahagian utama dalam tarian
bharatanatyam iaitu nritta dan nritya. Nritta merujuk
pada gerak-geri abstrak oleh penari dalam usaha
menunjukkan kehebatan dan kemampuan
membuat persembahan bharatanatyam.
Manakala bahagian nritya adalah bahagian
“cerita” iaitu penari menjadi “pencerita” yang akan
menyampaikan sebuah kisah kepada para
penonton melalui gerak-geri (abhinaya) penuh
ekspresif tanpa suara. Kisah akan disampaikan
melalui lagu yang dinyanyikan oleh seorang vokalis
wanita.
Abhinaya yang digunakan oleh penari
bharatanatyam termasuk mukhabhinaya (ekspresi
muka), hastabhinaya (ekspresi tangan; mudra),
netrabhinaya (ekspresi mata) dan angikabhinaya
(gerak-geri seluruh tubuh).
Pergerakan penari adalah secara semitrikal; iaitu
apabila suatu aksi dilakukan pada sebelah kanan,
37
maka aksi yang sama akan dilakukan pada
sebelah kiri. Penari bharatanatyam juga mampu
menggerakkan setiap bahagian anggotanya
secara berasingan; misalnya hanya kepala atau
mata digerakkan.
TARIAN KOLATTAM
Kolattam adalah seni kampung purba.
Tarian ini dilakukan oleh wanita sahaja, dengan
dua batang kayu diadakan pada setiap tangan
dan dipukul untuk membuat bunyi berirama.
38
Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika
perayaan kuil, Pongal, pesta menuai, fungsi
keluarga seperti untuk menyambut kedatangan
umur daripada anak perempuan dan lain-lain baris
pertama lagu ini dinyanyikan oleh wanita yang
terkemuka.
TARIAN KATHAKALI
Kathakali adalah tarian yang berasal dari Kerala
(India Selatan).
Tarian ini merupakan drama muzikal yang
bermakna permainan cerita dan ditarikan untuk
menggambarkan kemenangan kebenaran atas
kesalahan.
39
Para penari Kathakali menggunakan hiasan
wajah serta kostum tarian yang berwarna meriah.
Hal ini melambangkan bahawa karakter-karakter
yang dimainkan merupakan mahkluk dari dunia lain.
Hiasan wajah-wajah penari dapat dibezakan
sebagai satvik (rupa dewa), rajasik (rupa ksatria),
dan tamasik (rupa syaitan).
Tema tari Kathakali berasal daripada cerita klasik
Ramayana, Mahabharata dan pelbagai kisah
legenda dan mitologi Hindu.
40
TARIAN CINA
TARIAN NAGA
Tarian naga adalah aktiviti hiburan dan
mempunyai seni yang unik.
Tarian naga berasal daripada kebudayaan
Dinasti Han dan sudah berusia kira-kira 2,000 tahun.
Pada zaman kuno, rakyat berfikir naga boleh
menguruskan air hujan, maka rakyat sentiasa
berdoa kepada naga untuk turunkan hujan pada
musim kemarau dan kemudian menjadi aktiviti
budaya dan rekreasi. Di samping itu, bangsa Cina
sangat memuja naga dan naga sebagai simbol
tuah.
41
Pada perayaan Tahun Baru, kawasan bandar dan
luar bandar di China telah ada adat bermain tarian
naga.
Selepas beribu-ribu tahun pembangunan,
bermain naga telah menjadi tarian rakyat yang
istimewa.
Rakyat bukan sahaja berdoa untuk mencapai
cuaca dan hasil tuaian yang baik, tetapi juga
mewujudkan suasana perayaan yang meriah dan
menyampaikan perasaan kegembiraan.
TARIAN SINGA
42
Rakyat bermain singa semasa perayaan Tahun
Baru yang datang untuk menambah keseronokan.
Adat ini telah berusia seribu tahun.
Di China, bermain singa ada pelbagai bentuk
serta boleh dibahagikan kepada dua bentuk,iaitu
singa utara dan singa selatan.
Menurut legenda, pada awal Dinasti Ming, di
Guangdong muncul seekor raksasa, dan setiap
tahun baru, raksasa itu mahu keluar merosakkan
tanaman, memudaratkan manusia dan haiwan,
dan penduduk tempatan sangat takutkannya.
Kemudian, ada seseorang telah mencadangkan
cara bermain singa untuk menakutkan raksasa itu.
Akhirnya raksasa itu berlari keluar dari kawasan
penduduk tempatan. Oleh itu, penduduk tempatan
percaya bahawa singa mempunyai kuasa ajaib
dan boleh membawa nasib baik. Selepas itu,
semasa Tahun Baru yang datang, rakyat mesti
bermain singa untuk meraikan Tahun Baru.
43
TARIAN KIPAS
Tarian Kipas terkenal di Negeri Perak.
Tarian ini tergolong dalam tarian istana kerana
sering ditarikan dalam majlis-majlis perkahwinan
diraja.
Penari-penarinya terdiri daripada wanita. Jumlah
penari-penari antara 2 hingga 6 orang.
Setiap penari memegang dua buah kipas. Penari-
penari biasanya memakai baju kebaya, bersanggul
dan berdandan dengan suntingan bunga yang
disanggul. Kadangkala penari akan memakai
selendang panjang yang disemat pada bahu.
44
Namun begitu, terdapat juga tarian kipas yang
memerlukan 9 orang ahli iaitu 7 orang wanita dan 2
orang lelaki.
Tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina
mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat
cina yang menunjukkan dewa-dewi pada masa
dahulu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat
keperluan mereka.
Tambahan pula, angin merupakan satu tradisi
masyarakat cina iaitu mempercayai ‘feng shui’.
‘Feng shui’ merupakan satu kepercayaan tentang
sesuatu petanda baik dan buruk terhadap
kehidupan mereka. Oleh itu, tarian ini dimainkan
supaya dapat membawa kebaikan kepada seluruh
anggota masyarakat.
45
TARIAN SABAH
TARIAN SUMAZAU
Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat
Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh
Malaysia.
Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi
suku kaum Kadazandusun.
Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti
tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap
kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan
menanam dan menuai padi dan juga untuk
46
menolak bala, menyemah semangat, dan
mengubati penyakit.
Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-
lahan dan lemah lembut.
Pasangan penari lelaki dan wanita menari
berhadap hadapan dan mereka menggerak-
gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara
tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama
lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar,
gerakannya turun naik seperti burung terbang.
Kebiasaannya tarian Sumazau ditarikan semasa
menyambut pesta Kaamatan (hari keramaian) dan
semasa majlis jamuan.
47
TARIAN SUMAYAU
Tarian ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun
dari daerah Tuaran dan juga dikenali sebagai
Madsayau.
Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi
menyambut hari Mengaji atau dalam bahasa
Dusun disebut Mengahau. Oleh yang demikian
tarian ini tidak ditarikan dalam majlis-majlis
bersukaria seperti menyambut hari keramaian dan
sebagainya.
Persembahan tarian diketuai oleh seorang
Monolian iaitu wanita yang telah lanjut usianya dan
dalam pengetahuannya mengenai upacara-
upacara tertentu.
48
Mengahau adalah suatu majlis yang diadakan
besar-besaran dan mengambil masa hingga lima
hari lima malam. Tujuannya adalah untuk mengaji
gusi-gusi, (gusi-gusi ialah sejenis tampian besar)
untuk menghormati atau memuja gusi-gusi itu. Di
samping itu upacara sedemikian juga adalah untuk
memperingati keluarga yang telah meninggal
dunia iaitu seperti kenduri arwah yang lazim
dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam.
Sebaik sahaja muzik dimainkan penari-penari
mulalah menari dan terus menuju ke ruang atau
gelanggang tari. Gerakan tangan penari-penari
adalah mengikut irama lagu. Gerak kaki adalah
perlahan jika dibandingkan dengan gerak tangan.
Ia cuma bergerak berinsut-insut yang amat
perlahan.
Gerak tarian akan bertambah rancak sedikit
apabila mendapat tepukan atau rangsangan
daripada para penonton.
49