The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOTA SEJARAH TAHUN 6
(TAMBAHAN)
TERIMA KASIH
GURU SEJARAH TAHUN 6

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AMERLIZA BINTI ALI Moe, 2020-04-11 14:37:33

KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA

NOTA SEJARAH TAHUN 6
(TAMBAHAN)
TERIMA KASIH
GURU SEJARAH TAHUN 6

Keywords: SEJARAH

TARIAN SARAWAK

TARIAN NGAJAT

 Tarian Ngajat merupakan tarian pahlawan
tradisional bagi kaum Iban di Sarawak.

 Tarian ini amat popular dan dapat dibahagikan
kepada beberapa jenis, iaitu Ngajat Induk, Ngajat
Bebunoh, Ngajat Lesong, Ngajat Semain, Ngajat
Berayah dan Ngajat “Ngemai antu pala”.

 Apabila menyambut Hari Gawai, sebelum
berperang dan sebelum musim menuai, tarian ini
dipersembahkan.

50

 Penari lelaki digelar sebagai ‘keling’ dan penari
perempuan pula digelar sebagai ‘kumang’.

 Semasa menari, penari-penari akan memakai
pakaian yang dinamakan ‘sirat’, ‘gagong’ ataupun
baju burung. Gagong merupakan satu pakaian
yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit
binatang seperti kulit beruang. Pakaian ini tidak
dijahit kiri dan kanannya. Satu topi yang panjang
yang dihiaskan dengan buru-buru burung juda
dipakai.

 Penari-penari akan menari tarian ini dengan
berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke
bawah serta melompat bersama iringan lagu.
Setiap rentak yang ditarikan adalah bersesuaian
dengan upacara. Tarian Ngajat ini juga dapat
ditarikan dengan memegang pedang pada
tangan kanan dan perisai kayu yang berukir pada
tangan kiri. Mereka akan menari seperti
berhadapan dengan musuh dan menghayunkan
badan ke kiri dan kanan.

 Bagi membunyikan lagu iringan Tarian Ngajat,
alat-alat muzik yang digunakan adalah seperti

51

gong, gendang, bebendai, tawak, sapeh dan
engkurumong.
 Selain itu, untuk ber’Rayah’ sambil membawa
tengkorak musuh, gendang Rayah telah dimainkan
untuk tetamu kehormat dan orang yang
menyambut Hari Gawai.
TARIAN KENYALANG

 Tarian Kenyalang juga dikenali sebagai Datun
Julud yang merupakan satu tarian tradisional bagi
kaun Kenya di Sarawak.

52

 Nyik selong, seorang putera Kenya merupakan
pencipta Tarian Kenyalang ini. Penciptaan tarian ini
adalah untuk menunjukkan kegembiraan dan
kesyukuran.

 Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa
perayaan kemasyarakatan bagi menyambut
kepulangan pahlawan-pahlawan daripada
berburu dan perayaan tahunan yang menandakan
tamatnya musim menuai kaum itu.

 Tarian Kenyalang boleh ditarikan secara
berseorangan ataupun berkumpulan. Kipas tangan
anggun yang diperbuat daripada bulu burung
kenyalang akan digunakan oleh para penari
apabila mempersembahkan tarian ini. Bulu burung
kenyalang ini melambangkan sayap burung suci.

 Semasa menari, penari-penari akan

menghentakkan kaki ke kiri dan ke kanan secara

berulang-ulang sambil menyanyi dan bertepuk

tangan.

53

11.1.4 Menjelaskan Permainan Tradisional Masyarakat
Malaysia

54

PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU
CONGKAK

 Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya,
sama ada pengaruh luar telah datang bersama
pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh
orang Melayu ketika itu.

 Permainan congkak dipercayai berasal dari dunia
Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana

55

yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua
yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai
oleh Persatuan National Geographic menjumpai
kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang
selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di
Jordan.

 Dalam permainan tradisional ini, alatan yang
digunakan adalah papan congkak dan buah
congkak. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-
guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil
dan sebagainya.

 Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan
oleh dua orang sahaja. Papan congkak
mengandungi 14 lubang yang dipanggil
“kampung”. Terdapat dua lubang besar pada
setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil
“rumah”.

 Panjang papan congkak biasanya sekitar 80 cm
dan lebranya 18 cm.

 Papan congkak lazimnya diperbuat daripada
kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan
sebagainya.

56

 Cara-cara bermain permainan ini adalah dua
orang pemain duduk berhadapan menghadap
papan congkak dan kedua-dua pemain akan mula
dengan serentak.

 Mereka akan memasukkan buah satu demi satu
ke dalam lubang kampung dengan pergerakan
dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung
lawan.

 Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir
pada tangan dimasukkan ke dalam kampung
kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain
hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau
mati di kampung sendiri.

 Pemain itu boleh menembak kampung lawan
yang setentang dengan kampungnya iaitu
mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam
kampung tersebut. Pihak lawan mengambil giliran
meneruskan permainan hingga buahnya mati.

 Sekiranya buah terakhir jatuh ke dalam rumah
sendiri, pemain boleh meneruskan permainan
dengan mengambil buah yang masih banyak di
mana-mana kampung sendiri.

57

 Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong
pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja
dan pihak lawan boleh memulakan permainan
seterusnya hingga mati.

 Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain
mengisi semula kampung dengan buah congkak
dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia
dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi
apabila bermain pada pusingan yang kedua,
ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan
mengaku kalah.

Sepak Raga

58

 Permainan sepak raga telah diperkenalkan sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka.

 Pada masa itu, permainan ini dimainkan oleh
golongan bangsawan. Rakyat Biasa juga
menggemari permainan ini.

 Pada masa sekarang, sepak raga lebih dikenali
dengan nama sepak takraw.

 Sepak raga bukan hanya dimainkan oleh orang
Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah
telah dikenali di seluruh dunia.

 Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah
rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi
buah kelapa dua atau tiga lapis.

 Permainan ini dimulakan dengan salah seorang
pemain melambung bola kepada rakannya
dengan tangan. Rakannya itu akan menimang
bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali,
sebelum menendangnya ke arah pemain lain.

 Pemain-pemain yang membentuk lingkungan
atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang

59

bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke
bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam
pusingan tersebut ditamatkan.
Batu Seremban

 Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan
Selambut atau Serembat.

 Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak
perempuan sama ada secara individu atau
berpasangan.

60

 Batu Seremban dimainkan secara berkumpulan
seramai dua hingga empat orang atau lebih.

 Biasanya guli kaca, biji getah, ketul batu yang
kecil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk
bulat digunakan. Bilangan yang biasa digunakan
sebanyak lima biji.

 Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
 Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat

beberapa peringkat atau cara sambutan buah
yang berlainan. Bermula dengan peringkat
pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji
buah yang dinamakan sebagai buah satu
hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau
peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

61

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA
Mahjong

 Mahjong atau mahjung merupakan permainan
untuk empat orang yang berasal dari China.

 Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan
pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib.

 Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib
boleh menjadi isu remeh atau faktor utama
kejayaan.

62

 Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian
dan sebagai permainan komputer.

Go

 Go ialah permainan berpapan yang dimainkan
oleh dua orang.

 Go juga dikenali sebagai wéiqí dalam bahasa
China.

63

 Permainan ini kaya dengan strategi yang
kompleks tetapi hanya mempunyai undang-
undang permainan yang mudah.

 Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam
dan putih.

Xiang Qi

 Xiangqi merupakan sebuah permainan papan
cina yang dimainkan oleh dua orang pemain.

 Xiangqi berada dalam keluarga yang sama
dengan catur.

64

 Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu
Xiangqi digelar sebagai Catur Cina.

 Permainan ini didapati telah mula dimainkan
seawal abad ke-4 selepas Masihi di China.

 Xiangqi merupakan salah satu permainan papan
yang paling popular di dunia.

 Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik
pao (meriam), peraturan yang melarang panglima
(seperti “raja” dalam catur) daripada bertemu
dalam garisan yang sama, serta “sungai” dan
“istana” yang mengehadkan pergerakan
sesetengah buah catur.

Yo-yo Cina

65

 Yo-yo cina ialah permainan dari China yang
mempunyai dua cakera yang sama saiz yang
dihubungkan oleh gandar yang panjang.

 Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali
yang diikat pada dua batang kayu kecil.

 Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu
dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh.

 Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak
Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644
selepas Masihi.

 Yo-yo cina tradisional diperbuat daripada buluh.

 Sesetengah yo-yo cina dimasukkan alat yang
menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan
laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya
mengimbangi kelajuan yo-yo.

66

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA
Kho-kho

 Permainan yang berasal dari Maharashtra ini
pada mulanya dimainkan menggunakan kereta
kuda.

 Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan

bahawa Kho-Kho merupakan hasil

pengubahsuaian daripada satu permainan ‘Lari

dan kejar’, iaitu seorang pemain akan berlari dan

mengejar serta menyentuh pemain lain.

67

 Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan
fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk
mengelak peserta-peserta lain.

 Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh
mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9
daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan.

 Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini.
Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk
acara lari dan kejar.

 Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan
berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di
padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan
duduk dalam kedudukan yang bertentangan
secara berselang-selang manakala pemain yang
kesembilan akan bertindak sebagai pengejar.

 Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh
pemain lawan dengan menggunakan tapak
tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila
pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan
tanpa melakukan “foul”, pemain lawan telah
melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun
lambat sampai ke had garisan.

68

 Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan
menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil
berkata “Kho Kho”. Pemain yang disentuh
kemudiannya akan menjadi pengejar dan
begitulah seterusnya.

 Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat
diberikan. Bagi permainan ‘Kho-Kho’ ini, keluasan
petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.

69

Chaturanga

 Asal-usul catur moden semula dikenali dengan
nama Charuranga, yang berkembang di India
pada abad ke-6.

 Pada awal abad 19, sebuah pendapat
disampaikan Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes
bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus,
termasuk empat pemain dalam chaturanga.

 Ashtāpada, kotak 8 x 8 pada sebuah papan
merupakan tempat bermain Chaturanga. Papan

70

lain yang dikenali di India adalah Dasapada 10 x 10
dan Saturankam 9 x 9.

 Ilmuwan Arab Abu al-Hasan ‘Alī al-Mas’ūdī
memberi perincian tentang penggunaan catur,
iaitu sebagai sebuah alat strategi militer, matematik,
perjudian serta turut dihubungkan dengan ramalan
nasib di India dan tempat lainnya.

 Kemudian terjadi evolusi pada permainan
chaturanga yang dikenali dengan nama Shatranj
(chatrang), iaitu sebuah permainan dua orang
pemain yang kekalahan dan kemenangan
ditentukan melalui pembersihan terhadap semua
bidak lawan (kecuali raja) atau melalui penaklukan
terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda tidak
berubah, tetapi bidak lain mengalami perubahan
bentuk.

71

11.1.5 Menghuraikan Cerita Rakyat Berunsur
Tempatan Dalam Masyarakat Malaysia.
\

72

ANJING DENGAN BAYANG-BAYANGNYA

Ketika perniaga daging itu sibuk melayan
pelangagnnya,anjing liar itu segera melompat
menghampiri bangku penjual daging lalu
menyambar sepotong daging.kemudian,ia segera
melarikan diri.

‘’Eh,anjing yang jahat!Berani kaumencuri daging
aku!’’Jerit perniaga daging dengan marah sambil
mengejar anjing liar dengan pisau
pemotong dagingnya.Namun anjing liar itu berlari
terlalu pantas dan penjual daging tdak dapat
mengejarnya.
Anjing liar itu berlari sekuat hatinya sehinggalah ia
tiba di sebatang sungai.Setelah pasti
keselamatannya terjamin,ia berhenti dengan
termengah-mengah.

‘’Anjing melalui sebuah titi untuk menyeberangi
sungai,Ketika ia menjenguk ke dalam sungai,ia
berasa sunguhterkejut apabila melihat seekor anjing
lain sedang menggoggong sepotong daging yang
lebih besar.Ia tidak tahu bahawa itu adalah bayang-
bayangnya sendiri.‘Aku mesti mendapatkan
dagingnya itu,’ fikir anjing liar itu.

73

Tanpa berfikir panjang,ia pun menyalak kepada
anjing yang dilihatnya di dalam
sungai itu.Namun malang baginya,sebaik sahaja ia
membuka mulutnya,daging yang sedang
digonggong itu terjatuh ke dalam sungai.

‘’Ahhh…bodohnya aku!Aku sepatutnya bersyukur
dengan makanan yang aku ada.Bersikap tamak
hanyalah merugi kan diri sendiri…’’rungut si anjing liar
itu.Ahitnya anjing liar terpaksa pulang dalam
kelaparan.

LABAH-LABAH BUNCIT

Dalam sebuah belukar tinggal seekor labah-labah.
Sarangnya lebih besar daripada sarang labah-labah
lain. Dahulu bapanya yang membuat sarang itu.
Kemudian ia menambah di sekeliling sarang itu.

Labah-labah itu berlari dengan pantas dari tengah ke
tepi sarang. Ia menangkap mangsanya. Binatang
yang ditangkap segera dimakan. Badannya semakin
hari semakin besar. Perutnya buncit. Ia memang kuat
makan. Perutnya sentiasa berasa lapar.

74

Pada suatu hari, datang dua ekor labah-labah. Satu
dari arah timur dan satu lagi dari arah barat. Kedua-
dua labah-labah mahu menjemput labah-labah
buncit makan kenduri. Kenduri itu diadakan pada
waktu yang sama. Ia menjadi serba salah. Labah-
labah buncit bertanya jiran-jirannya. Mereka juga
mendapat jemputan. Jiran di kiri pergi ke jemputan
arah barat. Jiran di kanan pergi ke jemputan arah
timur. Labah-labah buncit mendapat akal. Ia
meminta kerjasama jiran-jirannya.

Labah-labah buncit memberi tali kepada jiran-
jirannya. Sesiapa yang makan dahulu tarik tali itu. Ia
akan pergi ke sana dahulu. Tali itu diikatkan pada
perutnya supaya tidak terlepas.

Kedua-dua labah-labah itu pun pergi. Apabila
jamuan dihidang, jiran kanan pun menarik tali dari
arah timur. Pada masa yang sama jiran kiri menarik
dari arah barat pula. Labah-labah buncit tidak dapat
mengikut ke barat. Ia tidak sempat membuka ikatan
perutnya.

Kedua-dua jiran labah-labah buncit terus menarik tali
masing-masing. Perut labah-labah buncit semakin
tercerut. Setelah tidak berjaya menarik, kedua-dua

75

jirannya pun terhenti. Mereka menikmati hidangan.
Selepas makan mereka pun pulang.

Mereka mendapati labah-labah buncit pengsan.
Mereka cuba membuka tali yang tercerut di perut
labah-labah buncit. Sayangnya mereka tidak dapat
membuka ikatan itu.

Beberapa hari kemudian labah-labah buncit sedar. Ia
berjaya membuka ikatan di perutnya. Sejak itu ia
tidak hiraukan makan. Perutnya tidak berasa lapar
seperti selalu. Pinggangnya pun ramping bekas kene
cerut. Hingga sekarang pinggang labah-labah kecil
dan genting.

KELDAI DAN SERIGALANYA

Pada suatu pagi,seekor keldai pergi meragut rumput
di sebuah padang rumput yang luas.Ia meragut
rumput dengan gembira kerana rumput di situ sunguh
segar.Lagipun tiada haiwan lain di di situ,jadiia dapat
meragut rumput dengan senang hati.

‘’Oh,beruntung sungguh aku hari ini!’’Setelah
kenyang, keldai mamandang sekeliling,tiba-tiba ia

76

ternampak seekor serigala yang kelaparansedang
menuju ke arahnya….

“Apakah yang harus aku buat sekarang? Kalau aku
lari,tentu serigala itu Berjaya mengejar aku,”rungut
keldai yang ketakutan itu.Tiba-tiba keldai mendapat
idea. Keldai memberanikan diri. Ia berpura-pura
berjalan dengan selamba kea rah seringala.

“Apakah yang sedang berlaku?Mengapa kamu tidak
lai sebaiksahaja ternampak aku?’’tanya serigala
yang kehairanan.Tiada gunanya aku lari kerana
kamu tetap akan buru dan menangkap aku.Akhirnya
aku akan jadi makanan kamu juga.’’Kata keldai
dengan berani.

‘’Betul juga cakap kamu.Kalau kamu terlepas hari
ini,esok atau lusa kamu akan jadi mangsa aku
juga,’’kata serigala.’’Tapi tiada seronok kalau aku
dapat tangkap kamu dengan mudah.Kan lebih
seronok kita main kejar-kejar.Kalau aku Berjaya
tangkap kamu,aku akan memakan kamu…’’

‘’Baiklah,aku setuju dengan cadangan kamu,’’Kata
keldai,’’tapi sebelum kita main kejar-kejar,aku mahu
meminta pertolongan kamu.Boleh kah kamu tolong

77

buangkan serpihan duri di dalam kuku kaki belakan
aku.’’

‘’Ya,sudah tentu aku akan tolong kamu!’’Kata
serigala.Keldai pun menghuluhkan kaki belakangnya
ke arah serigala.Ketika serigala cuba memegang
kakinya dan menunduk untuk mencabut duri
tersebut,keldai pun menendang muka serigala
dendang kuat.

‘’Aaaaaahhhhhhh!’’Jerit serigala dengan

kuatnya.Disebabkan tendangan keldai itu amat

kuat,serigala mengalami kecederaan yang

teruk.Hidungnya berdarah dan beberapa batang

giginya.Akhirnya ia diri dengan kesakitan yang amat

sangat.’’Lain kali ku akan tangkap kamu dan makan

kamu!’’jerit serigala dengan marah.

LEBAI MALANG

Al kisah, maka adalah sebuah desa. Maka di dalam
rantau itu adalah seorang lebai pandai mengaji dan
taat ibadatnya kepada Allah ta`ala, istimewa pula
perangainya tersangat adab dan santun, serta

78

dengan tulus ikhlas hatinya kedua laki isteri. Ia itu
tinggal di sebuah dusun.

Sekali peristiwa, datanglah seorang laki-laki ke
rumahnya mengajak akan dia melawat orang mati.
Maka kata Pak Lebai, baiklah. Kembalilah tuan
dahulu,. Dan seketika lagi datang pula seorang
kanak-kanak menjemput Pak Lebai kerana hendak
kenduri berkhatam pengajian. Maka jawab Pak Lebai,
yalah, baliklah engkau dahulu.

Ada sekejap pula datang seorang lagi
mempersilakan Pak Lebai keterataknya oleh hendak
berdikir kenduri Maulud. Maka itu pun disanggup juga
Pak Lebai, demikianlah juga katanya. Maka ketiga-
tiga mereka itu pun pulanglah ke rumah masing-
masing berhadirkan sekalian alatnya kerana
harapkan Pak Lebai akan datang juga ke rumahnya.

Hatta, dinanti-nantilah oleh semua pemanggil itu
akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralih
matahari, tiadalah juga Pak Lebai datang. Maka
yang mati itu pun dimandikan serta
disembahyangkan lalu ditanamkan. Dan demikian
juga yang berkhatam itu pun dikhatamkan oranglah
dan yang berkenduri itu pun bertampillah berdikir,
masing-masing dengan pekerjaannya.

79

Kelakian, maka tersebutlah perkataan Pak Lebai.
Kemudian daripada mereka yang ketiga itu telah
kembali, maka ia pun sembahyang zuhur. Sudah
sembahyang lalu berfikir di dalam hatinya, ke mana
baik aku pergi ini? Jika aku pergi kepada orang mati
tentu aku mendapat sedekah kain putih dan tikar.
Dan kalau aku pergi kepada orang berkhatam
pengajian itu, perutku tentulah kenyang, dan
sedekah pula secupak daging kerbau, serta kelapa
setali dan kampit beras satu. Dan jikalau aku pergi
kepada orang berdikir itu perut aku tentulah kenyang
makan lempeng penganan angkatan orang itu.
Maka kalau begitu, baiklah aku pergi kepada orang
mati itu dahulu, kerana sabda junjungan dahulukan
kerja wajib daripada kerja yang lain-lain.

Hatta, telah Lebai Malang berfikir demikiaan, maka ia
pun pergilah ke rumah orang yang kematian itu.
Dengan takdir Allah ta`ala Pak Lebai bertemu
dengan orang-orang yang pergi menanamkan orang
mati itu baru pulang sahaja dari kubur. Maka kata
saudara si mati, Allah, Pak Lebai, mengapa lambat
datang? Sudahlah apa boleh buat? Tiada hendak
menjadi rezeki saya.

80

Maka Pak Lebai pun pergilah pula ke rumah orang
berkhatam itu. Serta ia sampai ke sana, orang
semuanya habis hendak balik. Demi dilihat oleh
orang empunya kerja itu, katanya, ah, ah ini pun Pak
Lebai baru sampai. Mengapa Pak Lebai lambat
datang? Sekarang apa pun tiada lagi, semuanya
telah habis, melainkan barang dimaafkan sahajalah
hal saya ini, kerana semuanya telah habis sekali.

Maka kata Pak Lebai, tiada mengapa, asalkan sudah
selamat, sudahlah. Kemudian ia pun berjalan menuju
ke rumah orang bermaulud itu. Setelah ia sampai ke
sana, orang baru lepas berangkat saja, masing-
masing orang pun hendak kembalilah. Maka apabila
dilihatnya oleh tuan rumah akan Pak Lebai, maka
katanya, Allah mengapa lambat datang Pak Lebai?
Hingga penatlah saya menanti tiada juga Pak Lebai
sampai. Kemudian diperbuatlah mana-mana yang
dapat. Naiklah, Pak Lebai, nah inilah yang ada hanya
sebungkus penganan saja lagi, lain semuanya sekali
telah habis.

Maka ujar Pak Lebai, tiada mengapa apa pula yang
disusahkan saya ini. Lalu diambilnya bungkusan
lempeng itu serta berjalan pulang ke rumahnya.
Kelakian, maka hari pun hampir petang Pak Lebai

81

pun sampailah ke kampungnya lalu teringatlah ia
akan air niranya di atas pohon kabung tiada
berambil lagi. Maka ia pun pergilah ke pohon kabung
itu dan lempengnya itu pun disangkutkannya pada
singai tempat ia memanjat pohon itu. Maka Pak
Lebai pun sampailah kepada bacuk niranya itu.
Dilihatnya bacuk itu penuh berisi air nira.

Dengan takdir Allah, lempengnya yang
ditinggalkannya di bawah itu sudah digonggong oleh
anjing, dibawanya lari. Maka setelah dilihatnya oleh
Pak Lebai akan hal penganannya itu digonggong
oleh anjing, maka hilanglah fikirannya, lalu ia
mencabut goloknya serta dipunggaikannya kepada
anjing itu, tiada kena. Dan diambil bacuk nira yang
penuh dengan nira itu, lalu dibalingkannya, tiada
juga kena. Maka ia pun terjun dari atas pohon itu
berkejar sekuatnya menghambat binatang bedebah
itu.

Maka oleh tersangat pantasnya Pak Lebai mengejar
anjing itu hingga terkepunglah ia, tiada tentu
arahnya hendak lari lagi, istimewa pula hari sudah
malam buta. Maka anjing itu pun masuklah ke dalam
lubang batang kayu bersembunyi membawa
bungkusan kuih yang separuh sudah dimakannya

82

sambil lari itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada
tempat anjing itu menyembunyikan dirinya. Dicarinya
kayu tiada, dan lain-lain benda pun tiada juga
hendak disumbatkannya pada lubang itu. Maka Pak
Lebai pun oleh tersangat berang hatinya, lalu
menanggalkan seluar dan baju serta songkoknya, lalu
disumbatkannya kepada lubang itu. Maka Pak Lebai
pun tinggal bertelanjang bulat sahaja. Maka sianjing
sial itu pun keluarlah lari mengikut lubang yang
sebelah lagi yang tiada bertutup itu, mengonggong
bungkusan itu dengan pantasnya masuk ke dalam
hutan lalu hilanglah sekali tiada kelihatan pada mata
Pak Lebai. Maka Pak Lebai pun tercengang-
cenganglah mengintai anjing itu ke sana ke mari.

Hatta seketika lagi terbanglah dua ekor burung punai
betul-betul menuju Pak Lebai, kerana pada sangka
burung itu tunggul kayu, oleh Pak Lebai bertelanjang
bogel, seurat benang pun tiada lekat pada tubuhnya.
Setelah dilihat oleh Pak Lebai akan punai itu datang,
ia pun segeralah mengadakan lengannya dan
membukakan kedua ketiaknya. Maka punai itu pun
betullah masuk ke dalam lubang ketiaknya, seekor
disebelah kiri hendak menangkap burung itu. Wah
apabila dirasa oleh burung itu badannya sudah tiada
terapit lagi, maka keduanya pun terbanglah naik ke

83

atas pohon kayu yang berhampiran di situ. Setelah
dilihat oleh Pak Lebai punai itu terbang, putihlah
matanya dengan putus asanya kerana segala
perkara yang diusahakannya itu suatu pun tiada
memberi faedah kepadanya.

Maka ia pun mengucapkan syukurlah kepada Allah
lalu ia pun kembalilah kepada lubang kayu tadi
hendak mengambil kain bajunya. Sekunyung-
kunyung suatu pun tiada lagi, sudah diambil oleh
orang. Maka pergi pula ia ke pohon kabung mencari
goloknya dan bacuk niranya, semuanya telah ghaib,
suatu pun tiada lagi. Wah apatah lagi, sesal Pak
Lebai pun tiadalah berguna lagi, lalu teringatlah ia
akan bidalan orang tua-tua, kalau secupak, takkan
segantang, rezeki sudah sebanyak itu.

Maka Pak Lebai pun naiklah kerumahnya. Telah
dilihat oleh isterinya Pak Lebai bertelanjang bogel itu,
marahlah ia, seraya katanya, kena apa awak
demikian ini, seperti laku orang gila? Ke mana pergi
seluar dan baju awak? Maka oleh Pak Lebai
diceritakannya segala hal ehwal yang telah berlaku
ke atas dirinya. Maka Mak Lebai pun naiklah
radangnya, seraya mengambil kayu api,
disesahkannya ke belakang Pak Lebai seraya berkata:

84

‘ Lebai nasib langkahan malang,

Ke hulu hilir penat berulang

Celaka sial bedebah jembalang

Pakaian dibuang bertelanjang pulang.’

Maka Pak Lebai pun lari masuk ke dalam kelambu
mencari kain, lalu duduk termenung memikirkan
halnya yang telah jadi, serta dengan berangnya
sebab penat dan sakit kena bahan oleh kayu api
Mak Lebai. Lalu ia bersyair pula:

‘ Ayuhai nasib fakir miskin,

Dapat sedekah sebungkus lempeng,

Habis hilang baju dan kain,

Penganan habis dibaham anjing.

Penat berkejar tidak terkira,

Ke sana ke mari tersera-sera,

Punah golok bersama nira,

Pulang ke rumah mendapat mara.’

85

Maka demikianlah ceritanya Pak Lebai Malang itu,
adanya.

PERAWAN TUJUH BERADIK

Pada zaman dahulu , kononnya ada sebiji buah yang
sangat luar biasa. Pokoknya tumbuh di tengah-
tengah lautan yang sangat luas. Sesiapa sahaja yang
memperolehi buah itu dipercayai akan menjadi amat
bertuah.

Maka tersebutlah kisah seorang pemuda bernama
Lenggai. Dia berasal dari Kalimantan Barat.
Walaupun Lenggai seorang pengembara yang
gagah berani , namun dia selalu ditimpa malang.

Pada suatu hari Lenggai membuat keputusan hendak
mencari buah ajaib itu. Dia kemudiannya membina
sebuah kapal layar dan belayar menyeberangi
lautan. Pelayaran itu sangat sukar tetapi Lengai tetap
tidak berputus asa.

Walaupun telah beberapa lama belayar, namun
pokok yang berbuah ajaib itu belum juga kelihatan.

86

Akhirnya, pada suatu hari, setelah hampir tiga bulan
belayar, tiba-tiba kapal Lenggai termasuk ke dalam
pusaran air yang sangat kuat. Kapalnya berpusing-
pusing dengan ligat sekali. Lenggai sedaya upaya
cuba hendak menyelamatkan kapalnya daripada
bencana itu. Lenggai hampir-hampir lemas.

Tiba-tiba dari percikan yang disebabkan oleh pusara
air itu dia ternampak sebatang pokok yang sangat
tinggi. Matanya terpaku ke arah pokok itu. Pokok itu
seolah-olah muncul dari pusat pusaran air itu. Dia
pasti itulah pokok ajaib yang dicari-carinya selama ini .
Kapal Lenggai hampir ditelan pusaran air itu.

Pada detik yang mencemaskan itu Lenggai
melompat ke dalam air dan berenang sekuat-
kuatnya ke arah pokok itu. Setelah selamat sampai,
dia pun memanjat ke sebatang dahan yang selamat
daripada pusaran air itu dan dia berehat di situ
seketika.

Setelah bertenaga semula, Lenggai memandang
sekelilingnya dan dia ternampak seekor burung yang
sangat besar di salah sebatang dahan yang tertinggi

87

di pokok itu. Cengkaman kuku burung itu sama
besarnya dengan genggaman seorang manusia.

" Jika aku dapat memegang kaki burung itu, tentu
aku dapat kembali semula ke daratan, " bisik hati
Lenggai .

Dia pun mula memanjat pokok itu dari satu dahan ke
satu dahan sehingga dia berada kira-kira sehasta dari
tempat burung itu hinggap.

Dengan secepat kilat dia menyambar pergelangan
kaki burung itu dan bergayut di situ sekuat-kuatnya .
Burung besar itu sama sekali tidak menyedari akan
apa yang berlaku kepada dirinya. Setelah beberapa
lama kemudian burung itu pun terbang membawa
Lenggai yang bergayut pada kakinya. Burung itu
terbang dan terus terbang menyeberangi lautan dan
merentasi daratan, sehingga Lenggai menjadi sangat
letih dan tidak berdaya lagi.

Akhirnya burung itu ternampak beberapa ekor lembu.
Burung itu melayang turun dan secepat kilat
menyambar seekor lembu.

88

Pada ketika itulah Lenggai melepaskan
pegangannya dan jatuh ke tanah dengan
selamatnya. Lenggai memerhatikan kawasan di
sekelilingnya. Dia sangat hairan melihat kawasan di
situ. Lenggai belum pernah melihat tempat yang
sebegitu cantik, pokok-pokok menghijau dan
berbuah lebat dengan bunga-bunga kembang
berseri.

Lenggai terus berjalan dan akhirnya dia tiba di suatu
lorong yang ditumbuhi bermacam jenis bunga yang
berwarna-warni. Dia mengikuti lorong itu lalu terjumpa
sebuah rumah yang indah. Lenggai terus masuk ke
dalam rumah itu dan dilihatnya seorang perawan
sedang menyediakan makanan.

"Oh!"
Gadis itu sangat terperanjat melihat Lenggai berada
di dalam rumahnya .
"Jangan takut, saya tidak akan mengapa-apakan
kamu. Saya tidak tahu di mana saya sekarang. Saya
memerlukan makanan dan tempat tidur untuk malam
ini, " terang Lenggai .

Perawan itu mempersilakan Lenggai duduk dan dia

89

memberikan Lenggai sedikit makanan. Ketika
Lenggai sedang makan, perawan itu menceritakan
bahawa dia adik bongsu kepada tujuh orang adik-
beradik yang tinggal dalam rumah itu. Enam orang
kakaknya telah keluar bekerja di sawah. Lenggai pula
kemudiannya menceritakan apa yang telah
dialaminya. Lewat petang itu keenam orang kakak
perawan itu pun pulang. Mereka semuanya sangat
senang hati menerima kedatangan Lenggai dan
melayaninya dengan baik.

Semenjak hari itu Lenggai pun tinggal bersama-sama
perawan tujuh beradik itu. Setiap hari apabila
keenam-enam perawan itu pergi ke sawah, Lenggai
tinggal di rumah menjaga adik mereka yang bongsu
itu. Setelah beberapa lama perawan bongsu jatuh
cinta kepada Lenggai. Pada suatu hari dia
memberitahu akan perasaannya itu kepada kakak-
kakaknya. Mereka semuanya bersetuju perawan
bongsu berkahwin dengan Lenggai. Lenggai juga
bersetuju dengan cadangan itu.

"Kamu nanti akan menjadi sebahagian daripada
keluarga ini," jelas kakak yang sulung.
"Sekarang masanya telah tiba untuk kamu

90

mengetahui bahawa sebenarnya kami tujuh beradik
daripada Bintang Tujuh. Adik bongsu kami ini
dinamakan Bintang Banyak. Saya tidak boleh
memberitahu kamu lebih daripada ini. Sayangilah
adik bongsu kami ini kerana dia sangat kami sayangi."

Maka seminggu kemudiannya, majlis perkahwinan
Lenggai dengan Bungsu Bintang Banyak pun
diadakan. Ramai orang kampung di rumah-rumah
panjang yang berdekatan dijemput untuk meraikan
majlis itu.

Beberapa tahun berlalu, Lenggai dan Bungsu Bintang
Banyak mendapat seorang anak laki-laki yang diberi
nama Selamuda. Lenggai menjaga anaknya itu
dengan penuh kasih sayang sementara isterinya dan
kakak-kakaknya bekerja di sawah. Sememangnya
sejak awal lagi, Lenggai telah diberi amaran supaya
tidak membuka penutup tajau yang terletak di sudut
rumah itu.

"Wahai suamiku, berjanjilah bahawa abang sama
sekali tidak akan membuka penutup tajau ini," pesan
Bungsu Bintang Banyak.

91

"Jika abang membukanya juga, akibatnya amatlah
buruk sekali."

Lenggai mematuhi kata-kata isterinya. Walau
bagaimanapun, oleh kerana selalu diingatkan
berulang kali, Lenggai berasa ada sesuatu yang ganjil
dalam tajau itu. Perasaan ingin tahunya datang
dengan mendadak.

Pada suatu hari hanya Lenggai dan anaknya sahaja
yang tinggal di rumah. Lenggai merenung tajau itu
beberapa kali. Perasaan ingin tahunya memuncak
dan Lenggai tidak boleh bersabar lagi. Dengan
cermat dia membuka penutup tajau itu. Alangkah
dahsyatnya! Melalui mulut tajau itu dia dapat melihat
beribu-ribu orang manusia sedang sibuk menanam
padi.

Apa yang anehnya mereka kelihatan jauh sekali di
bawah. Lenggai menyedari kini dia berada di suatu
tempat yang tinggi, seolah-olah di sebuah negeri di
awang-awangan.Lenggai runsing sekali dengan apa
yang dilihatnya. Dia tahu siapa mereka itu. Merekalah
manusia di bumi dan semuanya sedang bekerja
dengan tekun.

92

Pada petangnya, apabila isteri dan keenam orang
kakaknya pulang dari sawah, Lenggai tidak
memberitahu mereka apa yang telah dilakukannya.
Semasa waktu makan, Lenggai kelihatan sedih dan
bimbang. Dia makan sedikit sahaja.

Bungsu Bintang Banyak mengesyaki sesuatu yang
tidak diingini telah berlaku. Dia segera bertanya
kepada Lenggai:
"Suamiku, adakah abang membuka tajau itu?"
Lenggai hanya mendiamkan diri. Setelah disoal
beberapa kali akhirnya Lenggai mengaku membuka
tajau itu dan menceritakan apa yang telah dilihatnya.
"Isteriku, kejadian itulah yang mengganggu fikiranku,"
Lenggai menjelaskan.

"Oh suamiku, bukankah telah kuberitahu supaya
jangan membuka penutup tajau itu? Abang telah
melakukan sesuatu yang tidak dapat dimaafkan,"
Bungsu Bintang Banyak berkata dalam tangisan.
"Sekarang abang tidak dapat lagi tinggal bersama
kami."

Bongsu Bintang Banyak menangis teresak-esak sambil
menimang anaknya.

93

"Anakku, oh anakku, tidak pernah ibu terfikir kita akan
berpisah. Sekarang sudah tibalah masanya. Oh!
Betapa beratnya penderitaanku," tangis Bungsu
Bintang Banyak.

Maka pada keesokan harinya isteri Lenggai dan
keenam orang kakaknya menyediakan persiapan
untuk menurunkan Lenggai dan anaknya ke bumi
melalui mulut tajau itu. Mereka semua bertangis-
tangisan. Sebelum berpisah, kakak Bungsu Bintang
Banyak yang tertua menjelaskan selanjutnya:

"Lenggai, tahulah kamu bahawa kami berasal dari
Bintang Tujuh. Kami memberi petunjuk kepada
peladang di bumi. Carilah kami dalam kegelapan
sebelum terbit fajar. Apabila kamu ternampak kami di
langit, mulalah segera menanam padi."

Jika kami telah tidak lagi kelihatan di langit apabila
kamu mula menanam, maka hasilnya tidak akan
banyak, malahan apa jua yang kamu tanam tidak
akan memberi hasil. Semasa berada di sini, kami telah
melihat kami tidak pernah tinggal di rumah hanya
Bungsu Bintang Banyak sahaja yang berada di
rumah.Bungsu Bintang Banyak juga mengingatkan

94

suaminya supaya menurut nasihat kakaknya itu dan
menceritakan pula kepada anaknya supaya
kedudukan Bintang Tujuh akan sentiasa menjadi
petunjuk kepada petani di bumi.

Setibanya di bumi, Lenggai menceritakan semua
pengalaman yang dialaminya kepada orang-orang
kampung. Dia menceritakannya dari masa dia
meninggalkan kampung untuk mencari buah ajaib
sehinggalah masa dia berkahwin dengan adik
bungsu Bintang Tujuh. Semenjak hari itu, kononnya,
padi akan mula ditanam apabila kelihatan Bintang
Tujuh mengerdip di langit.

PETIKAN SUMBER PERAWAN TUJUH BERADIK
http://www.karyanet.com.my/knetbeta/lkk/ebuku/do
wnload/kcrm/negeri/sarawak/swk.html
CERITA : NEGERI SARAWAK

95

96


Click to View FlipBook Version