P E N G U R U S A N G U R U M R S M COACHING & S E M A K A N BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH MAJLIS AMANAH RAKYAT U n l o c k i n g P o t e n t i a l MENTORING
CETAKAN PERTAMA 2023 Hak Cipta Majlis Amanah Rakyat Hak Cipta Majlis Amanah Rakyat Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan dalam bentuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat jua pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada penulis dan penerbitan terlebih dahulu. Diterbitkan di Malaysia oleh/ Published in Malaysia by PENERBIT MARA MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) Ibu Pejabat MARA, 21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur Tel: 03-26132000 Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by PHOTO CARE CENTRE G91, Pertama Complex Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur, Malaysia Tel: 03-26917649 Fax: 03-26924775 E-Mel: [email protected] Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan PENGURUSAN COACHING & MENTORING GURU MRSM SEMAKAN 2023 : UNLOCKING POTENTIAL Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Kata Aluan Ketua Pengarah MARA 1 Kata Pengantar 4 Pengenalan 9 FASA 1: Menjunjung Amanah Rakyat 25 KANDUNGAN Kata Aluan Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA 2 Kata Aluan Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA 3 Projek Mini 46 Jawatankuasa Coaching & Mentoring 38 FASA 3: Menawan Puncak Jaya 44 FASA 2: Membina Kencana Negara 41 U PENGURUSAN COACHING & MENTORING GURU MRSM N L O C K I N G Lampiran 65 P O T E N T I A L
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Pendidikan adalah proses pembudayaan dan pemberdayaan jangka panjang. Membina watak bangsa dengan penyebatian nilai-nilai budaya adalah proses yang berterusan. Peranan guru sebagai murabbi adalah signifikan bagi memastikan proses ini dapat direalisasikan. Pemantapan pembangunan profesional guru adalah usaha menggilap potensi, perwatakan serta sifatsifat yang seharusnya dimiliki dan diadaptasi oleh guru. Kualiti guru yang cemerlang menentukan keberhasilan pelajar yang cemerlang. Sehubungan itu, pengukuhan kualiti guru, merupakan aspek yang penting dalam membina integriti dan wibawa guru, khususnya dalam mengadaptasi realiti perubahan teknologi dan digital dalam pendidikan. Dalam hal ini, program coaching & mentoring memainkan peranan terhadap peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran melalui perkongsian kepakaran antara guru. Coaching & mentoring merupakan satu pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional. Tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa coaching dan mentoring Bahagian Pendidikan Menengah atas usaha menghasilkan buku panduan ini. Semoga usaha ini melahirkan guru MRSM yang mempunyai efikasi yang tinggi dalam melaksanakan tugasan sebagai pendidik MRSM. KECEMERLANGAN GURU COACHING & MENTORING MEMACU MARA KOMITED MELAHIRKAN GURU YANG BERKUALITI DAN KOMPETEN MELALUI PEMANTAPAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL. " DATO' SRI AZHAR BIN ABDUL MANAF Ketua Pengarah MARA " 1
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Era kemajuan negara terkini menyaksikan pendidikan bergerak seiring untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu, berkemahiran, dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. MARA turut mengambil tanggungjawab dalam membangunkan masyarakat melalui penawaran sistem pendidikan yang berkualiti. Untuk merealisasikan hasrat berkenaan, MARA memberi tumpuan dan fokus terhadap profesion keguruan, kemenjadian pelajar dan kecemerlangan pendidikan yang bersifat holistik. Program coaching & mentoring dapat membimbing guru-guru baharu bagi meningkatkan kualiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Amalan ini seharusnya dilaksanakan untuk meningkatkan profesion keguruan di MRSM. Tambahan pula, pendidikan yang bersifat dinamik dan global memerlukan guru yang bersedia meningkatkan kualiti dan mutu pendidikan secara berterusan. PROGRAM COACHING & MENTORING DAPAT MEMBIMBING GURU-GURU BAHARU BAGI MENINGKATKAN KUALITI GURU MELALUI COACHING & MENTORING TRANSFORMASI PENDIDIKAN " " RAZLAN BIN HJ SAMSURI Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA 2 Program coaching & mentoring didapati mampu memberi impak yang positif terhadap guru baharu yang kurang berpengalaman. Guru baharu yang telah didedahkan dengan program ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran seterusnya menyumbang kepada kejayaan pelajar. Semoga penghasilan buku Pengurusan Coaching & Mentoring Guru MRSM ini menjadi permulaan kepada usaha mentransformasikan ekosistem pendidikan di MARA ke arah kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan.
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Bagi mendepani cabaran pendidikan abad ke-21 amalan pengajaran dan pembelajaran perlu seiring dengan keperluan semasa. Kualiti guru merupakan faktor paling signifikan dalam menentukan pencapaian para pelajar. Program coaching & mentoring dilihat amat berkesan dalam memastikan peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran selain melahirkan guru yang kompeten dalam semua aspek. Penghasilan buku Pengurusan Coaching & Mentoring Guru MRSM merupakan inisiatif yang dapat memberi manfaat bagi membantu peningkatan kompetensi dan pembangunan profesionalisme guru MRSM. Buku ini merupakan panduan pelaksanaan program coaching & mentoring guru MRSM yang menyediakan garis panduan yang tersusun serta sistematik. Program coaching & mentoring merupakan pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh mentor yang berpengalaman serta berkemahiran. Interaksi semasa proses coaching & mentoring diharapkan mampu meningkatkan efikasi kendiri menti dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar kelas. Proses coaching & mentoring dapat melahirkan guru-guru yang berwibawa dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Semoga program coaching & mentoring dapat meningkatkan profesionalisme keguruan selain mampu meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar dan seterusnya menjadi wadah kepada proses perkembangan pendidikan khususnya di MRSM. PEMBANGUNAN GURU PEMENTORAN NADI PROGRAM COACHING & MENTORING MERUPAKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBERI BIMBINGAN, SOKONGAN DAN BANTUAN SECARA PROFESIONAL OLEH MENTOR YANG BERPENGALAMAN SERTA BERKEMAHIRAN. " SHAHRIZAL BIN MOHD SADERI Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA " 3
Buku Pengurusan Coaching & Mentoring Guru MRSM Semakan 2023 merupakan panduan pelaksanaan program Coaching & Mentoring secara berstruktur bagi meningkatkan kompetensi dan pembangunan profesionalisme guru MRSM. Pelaksanaan coaching & mentoring ini merangkumi tiga fasa. Ketiga-tiga fasa ini akan dilalui dalam tempoh 23 minggu pertama setelah guru-guru novis melaporkan diri di MRSM. Fasa-fasa ini dilaksanakan secara komprehensif dan berstruktur oleh mentor dan menti. Keberkesanan program ini amat bergantung bukan sahaja kepada komitmen mentor dan menti tetapi melibatkan seluruh komuniti MRSM. Penglibatan dan sokongan semua pihak akan menyumbang kepada kejayaan program coaching & mentoring yang dilaksanakan. Program coaching & mentoring menggilap potensi guru MRSM untuk berkembang sebagai pendidik selari dengan Falsafah Pendidikan MARA. Semoga guru MRSM menjadi KENCANA NEGARA yang menjunjung AMANAH RAKYAT. PENGANTAR PROGRAM COACHING & MENTORING MENGGILAP POTENSI GURU MRSM UNTUK BERKEMBANG SEBAGAI PENDIDIK SELARI DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN MARA. SEMOGA GURU MRSM MENJADI KENCANA NEGARA YANG MENJUNJUNG AMANAH RAKYAT. " Jawatankuasa Coaching & Mentoring BPM " KATA 4
'Mentoring is a brain to pick, an ear to listen, and a push in the right direction' (John C. Crosby) 5
MODEL PELAKSANAAN COACHING & MENTORING GURU MRSM PENERAJU UTAMA BPM, Pengetua, Mentor Kebangsaan, Timbalan Pengetua, Ketua Jabatan, Mentor & Menti FAKTOR PENYOKONG Matlamat yang jelas, komitmen, kemahiran coaching & mentoring, pemantauan & penghargaan MENINGKATKAN EFIKASI GURU MENGGILAP POTENSI GURU FASA 3 : Menawan Puncak Jaya Mini Projek KOMPETENSI PROFESSIONAL KEMENJADIAN PELAJAR COACHING & MENTORING FASA 1 : Menjunjung Amanah Rakyat FASA 2 : Membina Kencana Negara PENGAJARAN & PEMBELAJARAN 6
Peranan & Tanggungjawab Keberkesanan dan kejayaan program pementoran bergantung kepada peranan dan tanggungjawab pelbagai pihak. Berikut adalah peranan pihak yang bertanggungjawab : BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH Mewujudkan Jawatankuasa Induk. Melantik Mentor Kebangsaan yang terdiri daripada Timbalan Pengetua MRSM yang mewakili zon masingmasing. Melantik mentor pada peringkat maktab. Memberikan taklimat kepada pengurusan maktab tentang pelaksanaan program coaching & mentoring. Menyediakan latihan / kursus kepada mentor. Memastikan program coaching & mentoring dilaksanakan mengikut perancangan. Memantau pelaksanaan program coaching & mentoring. PENGETUA Mempertimbangkan senarai mentor yang dicadangkan oleh pihak maktab. Memberikan taklimat kepada mentor mengikut zon masingmasing. Menyelaras dan memantau perjalanan program coaching & mentoring mengikut zon yang ditetapkan. Memberikan maklum balas pada peringkat maktab / zon sepanjang program coaching & mentoring dilaksanakan. MENTOR KEBANGSAAN Membentuk Jawatankuasa Coaching & Mentoring pada peringkat maktab. Memastikan program coaching & mentoring di peringkat maktab dilaksanakan mengikut ketetapan dan arahan BPM. Mewujudkan suasana yang menggalakkan perkembangan / kemajuan program. Membudayakan program coaching & mentoring kepada semua warga maktab. TIMBALAN PENGETUA Memperuntukkan masa pertemuan mentor dan menti. Memastikan mentor dan menti menerima semua bahan / maklumat yang diperlukan dalam melaksanakan tugas. Menghormati kerahsiaan hubungan professional dan jalinan kerja antara mentor dan menti. Bekerjasama memantau pelaksanaan program coaching & mentoring pada peringkat maktab. 7
KETUA JABATAN Menyediakan bahan dan sumber yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar oleh menti. Memberi sokongan dan bimbingan kepada mentor / menti. Bekerjasama memantau pelaksanaan program coaching & mentoring pada peringkat maktab. MENTOR Memberi nasihat dan runding cara serta motivasi kepada menti. Membantu menti untuk memahami dan menghayati setiap fasa yang terdapat dalam buku pengurusan coaching & mentoring. Membantu mendapatkan sumber maklumat bagi setiap fasa pementoran. Memerhati, berbincang dan memberi maklum balas yang membina kepada menti. Memastikan perkembangan menti seiring dengan objektif. program pementoran. Menyediakan laporan dan penilaian akhir. MENTI Mengikuti, memahami dan menghayati setiap fasa yang terdapat dalam buku pengurusan coaching & mentoring. Menerima nasihat dan kritikan secara terbuka. Bersedia menerima dan berkongsi idea dengan komuniti maktab. Bersikap professional dalam setiap tindakan. Komited sepanjang proses coaching & mentoring. Mengamalkan budaya kerja cemerlang secara berterusan setelah tamat program coaching & mentoring. 8
Coaching merupakan bimbingan latihan kerja jangka pendek dan tertumpu kepada kompetensi yang diperlukan oleh (coachee). Coaching dijalankan secara “one-to-one”, dilaksanakan secara peribadi dan mengikut keperluan pekerja. Manakala coaching pula adalah hubungan kerjasama yang dicipta atas tujuan untuk mencapai ekspektasi melalui pembelajaran dan tindakan. Mentoring ialah proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional (terlatih dan beretika, berkemahiran dan bersistematik) dalam menghadapi krisis hidup dan pembangunan diri individu. Melalui mentoring pekerja dapat membina perhubungan sinergetik melalui pertemuan, perbualan dan proses pembelajaran yang mampu membentuk dan mencapai matlamat, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Perkara ini memberi impak kepada mentor dan menti dari aspek pembinaan, pengamalan nilai diri dan pembentukan budaya kerja cemerlang dalam organisasi. Mentor ialah seorang yang mempunyai pengalaman dan dapat memberi maklumat, nasihat, dan sokongan emosi kepada seorang protégé, serta wujud komitmen emosi dalam perhubungan yang melibatkan jangka masa agak panjang (Bowen in Yoder 1990). Mentoring merupakan bantuan yang diberi bagi perkembangan diri staf baharu. Hal ini dikatakan demikian kerana dapat memberi perspektif baru bagi melihat kemungkinan masa hadapan. Perkara ini memerlukan tahap kepercayaan dalam hubungan yang saling menghormati tanpa prasangka. Perhubungan ini penting bagi mengekalkan disiplin dan prestasi yang baik (Eric Parsloe & Monika Wray 2001). Program mentoring merupakan program bersepadu yang turut disokong oleh pelaksanaan program coaching. Hal ini bermakna, seorang mentor juga boleh berperanan sebagai seorang coach. 1. PENGENALAN 1.1 Apakah Itu Coaching dan Mentoring? 9
10 1.2 Perbezaan antara Coaching & Mentoring. ITEM COACHING MENTORING FOKUS Pembangunan kerjaya. Kerjaya dan pembangunan peribadi. AGENDA Agenda berfokus kepada pencapaian spesifik dan matlamat segera. Agenda dibuat oleh mentor dan menti tentang pembangunan profesional kerjaya menti. PERHUBUNGAN Mengikut jangka masa yang terhad. Berterusan dalam jangka masa panjang. PELAKSANAAN Berstruktur sifatnya dan dilakukan dalam situasi yang terancang. Boleh dilakukan secara informal, mesyuarat atau apabila menti memerlukan nasihat, bimbingan dan sokongan. JANGKA MASA Jangka masa pendek bagi setiap sesi dan berfokus kepada isu / kemahiran yang spesifik. Jangka masa panjang untuk mengenal pasti pandangan menti.
1.3 Kriteria Pemilihan Mentor. Guru Cemerlang subjek (sekiranya ada). Telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun. Mempunyai kemahiran yang baik daripada segi kandungan silibus dan pedagogi. Mempunyai pengetahuan yang secukupnya mengenai peranan guru. Profesional merancang, mengatur dan mengurus kerja dengan baik dan teliti. Mempunyai nilai peribadi kerja dan organisasi yang baik. Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik seperti berkeupayaan menjalinkan hubungan, berkomunikasi, mendengar, menyoal, mengurus konflik dan memberi motivasi. 11
PRODUKTIVITI KOMPETENSI USAHA BERTERUSAN Meningkatkan komunikasi berkesan serta menguatkan hubungan kerja dan mewujudkan individu serta pasukan berprestasi tinggi. 1.4 Faedah Coaching & Mentoring Dalam Organisasi. 12 KECEMERLANGAN KOMUNIKASI KUALITI PEMBELAJARAN Meningkatkan kecemerlangan organisasi dalam melahirkan warga yang lebih berkemahiran. Meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja yang cemerlang. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan diri menti. Ruang pembelajaran berkualiti bagi menti dan juga mentor. Satu usaha berterusan untuk menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran.
1.5 Etika Mentor & Menti 13 Diskriminasi Hubungan Peribadi Kerahsiaan Menghormati kepelbagaian individu tanpa membezakan umur, warna kulit, jantina, agama dan bangsa. Mentor dan menti perlu mengelakkan hubungan mesra yang berlebihan bagi mengekalkan pertimbangan profesional. Hubungan mesra di luar bidang tugas adalah DILARANG. Segala isi perbincangan semasa sesi pementoran menjadi kerahsiaan antara kedua-dua pihak. Pendedahan hanya perlu sekiranya melibatkan isu keselamatan dan perundangan. Penyebaran Maklumat Peningkatan Pengetahuan Mentor dan menti tidak boleh mendedahkan atau berkongsi bahan berkaitan dengan pementoran di manamana platform tanpa kebenaran Mentor perlu berpengetahuan, cekap serta mahir dalam mengendalikan proses pementoran.
Membantu proses coaching dan mentoring agar berlaku dalam situasi berfokus untuk mencari penyelesaian dan mencapai objektif yang ingin dilaksanakan. Mengandungi semua kata kunci yang diperlukan untuk mengendalikan sesi coaching dan mentoring yang berkesan. Hasrat dan matlamat yang ditentukan bersama mentor dan menti dapat dicapai dengan lebih sistematik. Penggunaan Model ini bertujuan: 14 GOAL REALITY OPTIONS WILL Proses coaching & mentoring yang dilaksanakan kepada guru MRSM akan mengguna pakai Model GROW yang telah dicadangkan oleh John Whitemore (2002).
Proses Coaching Pracoaching Semasa coaching Pascacoaching 3 PERINGKAT GOAL REALITY OPTIONS WILL Membina hubungan yang baik & kepercayaan Pracoaching Semasa coaching Pascacoaching Hubungan yang baik dan percaya Mendengar Menyoal Memberi maklum balas Melakukan pemerhatian Melakukan permerhatian Memberi maklum balas (menyokong, memotivasi, pujian dan lain-lain) Penilaian & penambahbaikan 15 1.6 Proses Kerja Coaching Proses coaching terbahagi kepada tiga peringkat.
mendapatkan maklumat tentang coachee, menyediakan profil coachee, menyediakan perancangan coaching, membina kepercayaan dan hubungan yang baik. untuk memahami lebih lanjut mengenai diri coachee, untuk menentukan sama ada proses coaching sesuai untuk coachee, untuk memahami sama ada coach sesuai untuk coachee, dan untuk mewujudkan keserasian antara coach dan coachee. Aktiviti yang dijalankan pada fasa pracoaching ialah: Fasa pracoaching perlu memberi penekanan kepada pembinaan hubungan yang baik antara coach dan coachee kerana: Proses Coaching Pracoaching 3 PERINGKAT 16 GOAL REALITY OPTIONS WILL Membina hubungan yang baik & kepercayaan Pracoaching Semasa coaching Pascacoaching Hubungan yang baik dan percaya Mendengar Menyoal Memberi maklum balas Melakukan pemerhatian Melakukan permerhatian Memberi maklum balas (menyokong, memotivasi, pujian dan lain-lain) Penilaian & penambahbaikan
17 Proses Coaching Semasa coaching 3 PERINGKAT membuat bimbingan mengikut keperluan coachee, menentukan matlamat, melihat realiti, menyediakan dan mengkaji pilihan-pilihan, dan membuat pelan tindakan. Aktiviti yang dijalankan pada fasa semasa coaching ialah: Model GROW digunakan pada fasa semasa coaching. GOAL REALITY OPTIONS WILL Membina hubungan yang baik & kepercayaan Pracoaching Semasa coaching Pascacoaching Hubungan yang baik dan percaya Mendengar Menyoal Memberi maklum balas Melakukan pemerhatian Melakukan permerhatian Memberi maklum balas (menyokong, memotivasi, pujian dan lain-lain) Penilaian & penambahbaikan
Proses Menjelaskan tujuan dan harapan. Bersetuju dengan matlamat sesi. Membentuk matlamat jangka panjang jika sesuai. Tujuan 18 Penggunaan Model GROW pada fasa semasa coaching dapat membantu coach untuk menentukan tujuan sesuatu sesi dan mencegah terjadinya perbualan tanpa tujuan yang jelas, GOAL "Apakah yang anda ingin bawa pergi pada akhir sesi ini?" "Apakah yang ingin anda fokuskan sepanjang sesi ini?" "Apakah perkara yang anda ingin bual hari ini?" 1 2 3 "Bagaimanakah ini penting bagi anda? 4 Bentuk Soalan
19 Proses Menemukan punca dan sebab. Mendapatkan kejelasan terhadap situasi semasa. Tujuan "Apakah yang akan terjadi jika tidak ada yang dilakukan?“ "Apakah yang telah kamu lakukan sejauh ini? Atau cuba?“ "Apakah isunya? Bagaimanakah ini mempengaruhi anda?“ 1 2 3 "Bagaimanakah anda berurus dengannya? Siapa lagi yang terlibat?“ 4 Bentuk Soalan REALITY
20 Proses Meneroka alternatif. Meneroka idea-idea bagi mencapai matlamat. Tujuan Siapakah yang mungkin dapat membantu? Apakah kebaikan dan keburukan daripada pilihanpilihan ini? Apakah pilihanpilihan yang boleh dilakukan untuk mengubah situasi ini? 1 2 3 Manakah pilihan yang paling menarik bagi anda? 4 Bentuk Soalan OPTIONS
21 Proses Mencipta pelan tindakan dan mengurangkan halangan. Mendapatkan komitmen coachee. Tujuan Apakah sokongan yang anda perlukan? Apakah halangan yang mungkin anda hadapi? Apakah yang anda akan lakukan? 1 2 3 Bilakah anda akan laksanakan? 4 Bentuk Soalan WILL
Proses Coaching Pascacoaching 3 PERINGKAT 22 melakukan pemerhatian, memberi maklum balas, dan melakukan penilaian dan penambahbaikan. Aktiviti yang dijalankan pada fasa pascacoaching ialah: GOAL REALITY OPTIONS WILL Membina hubungan yang baik & kepercayaan Pracoaching Semasa coaching Pascacoaching Hubungan yang baik dan percaya Mendengar Menyoal Memberi maklum balas Melakukan pemerhatian Melakukan permerhatian Memberi maklum balas (menyokong, memotivasi, pujian dan lain-lain) Penilaian & penambahbaikan
FASA PEMENTORAN GURU MRSM Fasa terpenting dalam membentuk jati diri guru MARA dalam memahami hasrat pendidikan negara dan hasrat penubuhan MARA & MRSM. Fasa ini memfokuskan kepada sistem penilaian dan pentaksiran MRSM yang perlu dikuasai. Fasa ini memberi fokus kepada pembinaan kemahiran asas yang perlu ada pada diri seorang guru MARA untuk menjadi guru MARA yang kompeten. Pendidik yang tiada visi untuk dirinya agak mustahil untuk dia menanamkan visi terhadap anak didiknya. Orang yang tiada apa-apa tidak boleh memberikan apa-apa. - HAMKA - Menjunjung AmanahRakyat MenawanPuncak Jaya Membina Kencana Negara 23
GARIS MASA PELAKSANAAN COACHING & MENTORING 24 01 02 03 04 FASA PERTAMA Menjunjung Amanah Rakyat FASA KEDUA Membina Kencana Negara FASA KETIGA Menawan Puncak Jaya PENGHANTARAN PROJEK MINI Minggu 1 - 2 Minggu 3 - 23 Minggu 8 - 23 Minggu 24 PROJEK MINI PROJEK MINI PROJEK MINI PROJEK MINI Ujian Pra Pengenalan MARA. Pengenalan Falsafah Pendidikan. Program-program Pendidikan MRSM. Pengenalan Maktab. Pengoperasian Maktab. Peranan dan Tanggungjawab Guru MARA di MRSM. Pendedahan Kepada PdP (5 sesi PdP) dan Aktiviti Pelajar MRSM Pendedahan Kepada Sesi Kaunseling dan Aktiviti Pelajar MRSM (Khas untuk kaunselor) Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran (PdP) berkesan. Proses Pengajaran & Pembelajaran (PdP) berkesan. Team Teaching (minimum 2 sesi) Pencerapan (minimum 3 sesi) Proses Pengendalian Sesi Kaunseling (Khas untuk kaunselor). Jenis Penilaian. Definisi Penilaian. Prosedur Penilaian. Perancangan Ujian. Pengurusan Ujian dan Peperiksaan. Pengurusan Inventori Psikologi (Khas untuk kaunselor). UJIAN PRA UJIAN PASCA Ujian Pasca
Pengenalan MARA Pengenalan Falsafah Pendidikan Program-Program Pendidikan MRSM Pendedahan Kepada PdP dan Aktiviti Pelajar MRSM Pengenalan Maktab Pengoperasian Maktab Peranan dan Tanggunghjawab Guru MRSM 2. FASA PERTAMA Menjunjung Amanah Rakyat Fasa Pertama bermula sebaik sahaja guru baharu melaporkan diri di MRSM. Fasa ini berlangsung selama dua (2) minggu bermula dari tarikh guru baharu melapor diri. Fasa ini merupakan fasa pengenalan kepada MARA dan bidang pendidikan supaya guru baharu mampu mencapai ciri-ciri sejati sebagai seorang murabbi berteraskan pelbagai prinsip yang telah digariskan. Proses perkongsian ilmu ini perlu dilaksanakan secara terperinci dan teratur agar guru baharu memahami hasrat yang ingin dicapai oleh MARA dalam bidang pendidikan di MRSM. Guru baharu MARA melapor diri dengan potensi dan set kemahiran yang pelbagai. Oleh hal yang demikian, adalah amat penting bagi guru-guru ini diperkenalkan dengan prinsip-prinsip asas untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi dan cemerlang selari dengan standard kompetensi guru MRSM. Fasa ini dibahagikan kepada tujuh (7) bahagian utama seperti berikut: BAHAGIAN UTAMA 25
2.1 Pengenalan MARA Ketua Pengarah MARA Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah Organisasi MARA Visi dan Misi MARA Moto MARA Menti perlu mencari maklumatmaklumat yang disenaraikan dengan merujuk pelbagai sumber seperti dalam talian atau merujuk warga maktab yang lain. Menti membuat pelaporan berdasarkan di Lampiran 4. PERKARA KETERANGAN CATATAN 2.2 Pengenalan Falsafah Pendidikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan MARA Visi dan Misi MRSM Menti perlu mencari maklumatmaklumat yang disenaraikan dengan merujuk pelbagai sumber seperti dalam talian atau merujuk warga maktab yang lain. Menti perlu memahami isi yang tersurat dan tersirat di sebalik maklumat-maklumat yang diperoleh. Menti membuat pelaporan berdasarkan Lampiran 4. KETERANGAN CATATAN Moto MRSM Nilai Teras MRSM PERKARA 26
PREMIER BITARA IGCSE ULUL ALBAB TEKNIKAL Jenis-jenis Program Menti perlu mencari bilangan MRSM mengikut program yang ditawarkan serta menyenaraikan nama MRSM mengikut program yang ada. Menti membuat pelaporan berdasarkan Lampiran 4. PERKARA KETERANGAN CATATAN 2.3 Program-Program Pendidikan MRSM Carta Organisasi Maktab Moto Maktab Sasaran Pencapaian Gred Purata Maktab bagi tahun semasa Menti perlu mencari maklumatmaklumat seperti yang disenaraikan dengan merujuk mentor, Ketua Jabatan serta ahliahli Pengurusan maktab. Menti membuat pelaporan berdasarkan Lampiran 4. KETERANGAN CATATAN 2.4 Pengenalan Maktab PERKARA 27
Takwim Maktab Jadual Waktu Persekolahan eFRM TPKA menerangkan kepada menti Takwim Maktab tahun semasa. Takwim dikongsikan dengan menti. KETERANGAN CATATAN A Framework For Teaching (AFFT) & Pencerapan Pentaksiran Formatif & Sumatif Kecemerlangan Akademik Program Gemilang Unit Peperiksaan & Penilaian Maktab (UPPM) Schoolwide Enrichment Model (SEM) TPKA menerangkan Jadual Waktu Persekolahan. Waktu bekerja / persekolahan dinyatakan. Penerangan mengenai pelaksanaan eFRM oleh TPKA. Menti perlu berjumpa dengan Penyelaras eFRM maktab untuk latihan. Penekanan kepada masa masuk kelas dan masa ‘punch in / out’. Menti didaftarkan dengan domain Office 365 maktab masingmasing. TPKA menerangkan AFFT dan hubungkait dengan proses pencerapan. 4 domain dalam AFFT dijelaskan kepada menti. AFFT dan borang pencerapan dikongsikan dengan menti. TPKA menerangkan maksud pentaksiran formatif & sumatif kepada menti. Menti mampu membezakan 2 pentaksiran berkenaan. TPKA menerangkan perjalanan Program Gemilang di maktab. Jadual Gemilang dikongsikan dengan menti. TPKA menerangkan fungsi UPPM. Pengenalan kepada Sistem eSppng. Pengiraan PNG & TPNG. Pengiraan Gred Purata (GP) Menti dibawa ke bilik UPPM. Penyelaras UPPM diperkenalkan. TPKA menerangkan pelaksanaan program SEM. Penyelaras SEM diperkenalkan. 2.5 Pengoperasian Maktab PERKARA 28
Sistem Homeroom Pengurusan Asrama Unit Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling (UPBK) TPPP menerangkan Sistem Homeroom dan fungsinya kepada menti. Menti diperkenalkan kepada Homeroom masing-masing. KETERANGAN CATATAN Pembangunan Pelajar TPPP menerangkan perkara berkaitan Pengurusan Asrama. Jadual Harian pelajar ditunjukkan kepada menti. TPPP menerangkan secara ringkas tugas Guru Asrama / Pembantu Guru Asrama. TPPP menerangkan fungsi UPBK di maktab. Sekiranya ada keperluan menti boleh berhubung dengan kaunselor selain pelajar. Menti diperkenalkan kepada Ketua Guru Asrama. Panduan Pengurusan Asrama MRSM Menti diperkenalkan kepada Kaunselor Maktab dan lokasi bilik UPBK. PERKARA 29
Kelab & Persatuan Sukan & Permainan Badan Beruniform Pengurusan Kokurikulum Sistem eGuru Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK) TPPB menerangkan kepada menti tugas sebagai penasihat kokurikulum. Jadual pertemuan kokurikulum dikongsikan dengan menti. Senarai Kelab & Persatuan, Sukan & Permainan dan Badan Beruniform dikongsikan dengan menti. TPPB menerangkan Sistem eGuru kepada menti dan fungsinya secara asas. TPPB menerangkan tentang PAJSK dan kepentingan PAJSK kepada pelajar. Menti didaftarkan ke dalam sistem eGuru melalui Penyelaras eGuru. Sistem PAJSK dikongsikan dengan menti. Badan Wakil Pelajar (BWP) TPPB menerangkan tentang BWP dan senarai badan kepimpinan di bawah BWP. Senarai badan kepimpinan di bawah BWP dikongsikan dengan menti. KETERANGAN CATATAN Pembangunan Bakat PERKARA 30
Kod Etika Pakaian Kerja Guru Hubungan profesional guru & pelajar serta guru & guru Etika media sosial Kod Etika Keguruan Cuti Rehat Khas (CRK) Cuti Sakit (MC) Cuti Tanpa Rekod Pengurusan Cuti TPPP menerangkan kod etika pakaian kerja guru, hubungan profesional antara guru-pelajar dan guru-guru kepada menti. Pekeliling Kod Etika Pakaian Kerja. KETERANGAN CATATAN Syarat untuk jawatan tetap Kenaikan pangkat Perjawatan HRMIS goTNA DDMS Sistem-sistem untuk setiap Guru MARA Elaun-elaun Tuntutan perjalanan Wang Caruman & EMR Pengurusan Kewangan TPPP menerangkan berkaitan kemudahan cuti Guru MARA termasuk cuti bagi guru kontrak. Pekeliling berkaitan cuti dikongsikan. TPPP menerangkan syarat-syarat untuk tawaran jawatan tetap serta proses-proses yang perlu dilalui. TPPP juga menerangkan laluan kerjaya sebagai guru MARA. Syarat dan keperluan MAC bagi jawatan tetap. TPPP menerangkan sistem-sistem yang perlu diketahui oleh guru MARA. TPPP menerangkan maklumat berkaitan elaun-elaun bagi proses tuntutan setelah keluar tugas rasmi, Wang Caruman dan EMR. Pekeliling berkaitan tuntutan elaun perjalanan keluar tugas rasmi (TNT). Khidmat Pengurusan PERKARA 31
Guru Subjek Mentor menerangkan peranan guru subjek dari segi: 1) penyediaan eFRM, 2) pemahaman isi kandungan DSKP, 3) pematuhan terhadap pekeliling-pekeliling dan arahan berkaitan subjek, 4) penyediaan RPH berdasarkan RPT, 5) penyediaan latihan / kuiz dan pemeriksaan buku / latihan, dan 6) menjalankan ujian /pentaksiran. Rujukan: Ketua Jabatan KETERANGAN CATATAN Mentor menerangkan peranan guru kelas dari segi 1) pembentukan struktur organisasi kelas, 2) jadual waktu kelas, 3) jadual tugas harian, dan 4) keceriaan kelas. Rujukan: Penyelaras Kelas. PERKARA 2.6 Peranan dan Tanggungjawab Guru MARA di MRSM Guru Kelas Mentor menerangkan peranan penyelaras subjek mengikut tingkatan. Rujukan: Ketua Jabatan / Guru Kanan Penyelaras Subjek mengikut tingkatan Mentor menerangkan peranan guru kanan subjek. Rujukan: Ketua Jabatan / Guru Kanan Guru Kanan Subjek Mentor menerangkan peranan guru penasihat SEM dari segi 1) pembentukan kumpulan SEM, dan 2) hari dan masa pertemuan. Rujukan: Penyelaras SEM Guru Penasihat SEM Mentor menerangkan secara ringkas tentang Jawatankuasa program-program maktab yang terdapat dalam buku perancangan maktab. Rujukan: Buku perancangan maktab Jawatankuasa programprogram maktab Kecemerlangan Akademik 32
Guru Penasihat Homeroom Mentor menerangkan peranan guru penasihat homeroom dari segi: 1) maksud homeroom, 2) hari dan masa pertemuan, 3) nama dan bilangan homeroom, dan 4) fail rekod homeroom. Rujukan: Penyelaras Homeroom KETERANGAN CATATAN Mentor menerangkan peranan guru asrama. Rujukan: Panduan Pengurusan Asrama. PERKARA Guru Asrama Pembangunan Pelajar 33
Penasihat Kelab dan Persatuan Mentor menerangkan peranan penasihat kelab dan persatuan dari segi 1) jenis kelab dan persatuan yang ada, dan 2) hari dan masa pertemuan. Rujukan: Penyelaras Kokurikulum KETERANGAN CATATAN Mentor menerangkan peranan penasihat sukan dan permainan dari segi 1) jenis sukan dan permainan yang ada, dan 2) hari dan masa pertemuan. Rujukan: Penyelaras Kokurikulum PERKARA Penasihat Sukan dan Permainan Mentor menerangkan peranan penasihat badan beruniform dari segi 1) jenis badan beruniform yang ada, dan 2) hari dan masa pertemuan Rujukan: Penyelaras Kokurikulum Penasihat Badan Beruniform Mentor menerangkan peranan guru koperasi / Program Usahawan Muda. Rujukan: Penasihat Koperasi / Program Usahawan Muda Guru Koperasi / Program Usahawan Muda Mentor menerangkan tentang 1) bilangan dan nama badan kepimpinan yang ada di maktab, dan 2) tarikh dan masa pertemuan. Rujukan: Panduan Pembentukan BWP di MRSM - TPPB Badan Wakil Pelajar (BWP) Pembangunan Bakat 34
2.7 Pendedahan Kepada PdP dan Aktiviti Pelajar MRSM Pada dua minggu pertama, guru baharu diberi peluang untuk melakukan pemerhatian di dalam kelas guru lain sebelum mula mengajar. Hal ini dikatakan demikian kerana untuk memberi mereka gambaran tentang proses PdP. Mereka juga diminta untuk melakukan pemerhatian ke atas pelaksanaan pertemuan Homeroom, pertemuan kokurikulum (Kelab dan Persatuan ATAU Sukan dan Permainan serta Badan Beruniform) dan sesi Tasmik. PERKARA KETERANGAN Pemerhatian Sesi PdP 1 – 5 Menti diberi jadual untuk melakukan pemerhatian di dalam kelas guru lain bersama mentor / GK / KJ / TPKA. Pemerhatian PdP perlu dilaksanakan sebanyak 5 kali iaitu 2 kali pemerhatian dalam subjek pengkhususan menti dan 3 kali pemerhatian dalam subjek daripada 3 jabatan yang lain (merentas subjek). Selepas setiap sesi pemerhatian, menti perlu mengisi borang pelaporan yang disediakan dan berbincang dengan mentor tentang hasil dapatan sesi tersebut. Sila rujuk Lampiran 4 (Bahagian G) CATATAN TINDAKAN TPKA, KJ, GK & mentor PERKARA KETERANGAN Pemerhatian Sesi Pertemuan Homeroom Menti diminta untuk melakukan pemerhatian dalam satu perjumpaan Homeroom. Menti akan memerhatikan guru Homeroom menjalankan aktiviti Homeroom. Selepas sesi pemerhatian, menti perlu mengisi borang pelaporan yang disediakan dan berbincang dengan mentor tentang hasil dapatan sesi tersebut TINDAKAN TPPP, mentor & penyelaras Homeroom 35
PERKARA KETERANGAN Pemerhatian Sesi Pertemuan Kokurikulum Menti diminta untuk melakukan pemerhatian dalam perjumpaan Badan Beruniform, Sukan, Permainan/Kelab dan Persatuan. Menti akan memerhatikan guru penasihat kokurikulum menjalankan aktiviti. Selepas sesi pemerhatian, menti perlu mengisi borang pelaporan yang disediakan dan berbincang dengan mentor tentang hasil dapatan sesi tersebut. Sila rujuk Lampiran 4 (Bahagian G) CATATAN TINDAKAN TPPB, mentor & penyelaras kokurikulum PERKARA KETERANGAN Pemerhatian Sesi Tasmik Menti dijadualkan untuk melakukan pemerhatian dalam 1 sesi tasmik bersama mentor/GK/KJ/TPKA. Menti memerhatikan guru tasmi’ menjalankan sesi tersebut. Selepas sesi pemerhatian, menti perlu mengisi borang pelaporan yang disediakan dan berbincang tentang hasil dapatan sesi tersebut. Sila rujuk Lampiran 4 (Bahagian G) TINDAKAN TPKA, KJ, GK & mentor 36
PERKARA KETERANGAN Pemerhatian Sesi Kaunseling (Khas untuk kaunselor) Pemerhatian sesi kaunseling perlu dilaksanakan seperti berikut: 2 kali pemerhatian sesi kaunseling individu, 2 kali pemerhatian sesi kaunseling kelompok. 1 kali pemerhatian pengendalian program. TINDAKAN TPPP & Kaunselor 37
3. FASA KEDUA Membina Kencana Negara Tempoh pelaksanaan Fasa Kedua bermula pada minggu ke-3 hingga minggu ke23. Fasa ini merupakan fasa penting yang membentuk asas kepada kefahaman dan kemahiran menti kepada konsep kerjaya keguruan. Guru baharu ialah menti yang dibimbing oleh seorang guru berpengalaman yang bertindak sebagai mentor dalam melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam menyampaikan isi kandungan pelajaran. Program pementoran dilakukan secara terancang mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak maktab sendiri. Oleh itu, mentor dan menti haruslah berbincang dalam menetapkan jadual pertemuan agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Mentor bertanggungjawab untuk memberi pendedahan berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran kepada menti. Fasa Kedua ini dibahagikan kepada dua (2) bahagian iaitu: Pengurusan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Penguasaan kurikulum Pengurusan dan perkongsian sumber dan bahan pengajaran Pengurusan sesi kaunseling (Khas untuk kaunselor) Pengajaran berpasukan (Team Teaching) Pengajaran dan pencerapan Pengendalian sesi kaunseling (Khas untuk kaunselor) Minggu 3 - 4 Pengurusan pengajaran & pembelajaran (PdP) berkesan Minggu 5 - 23 Proses pengajaran & pembelajaran (PdP) berkesan Akhir Fasa Kedua Perbincangan mentor dengan menti bagi meningkatkan profesionalisme menti sebagai pendidik cemerlang MARA. BAHAGIAN 1 BAHAGIAN 2 38
3.1 Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran (PdP) berkesan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Menti diberikan penerangan berkaitan elemen-elemen penting yang perlu diberi penekanan dalam pengurusan PdP. Menti diberikan penerangan berkaitan proses PdP berkesan dengan merujuk kepada Components of Professional Practice. Menti membuat refleksi berkaitan pengurusan PdP hasil perkongsian bersama mentor. PERKARA KETERANGAN Penguasaan kurikulum Pengurusan dan perkongsian sumber dan bahan pengajaran Menti didedahkan dengan KPI / sasaran subjek. Menti diberikan salinan / taklimat DSKP bagi subjek masingmasing. Menti diberikan salinan / taklimat Scheme of Work (SoW) / Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) daripada BPM dan yang telah diubah suai mengikut kalendar maktab masing-masing. Menti diberikan taklimat berkaitan pentaksiran di MRSM termasuk Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan pemberian Tahap Penguasaan (TP). Menti diberikan panduan dan latihan penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi subjek masing-masing. Mentor berkongsi sumber rujukan dan bahan-bahan pengajaran yang boleh dirujuk. Mentor menyediakan panduan menguruskan sumber dan bahan-bahan pengajaran yang diperoleh Mentor menyediakan tapak bagi membolehkan perkongsian bahan-bahan pengajaran dilakukan bersama-sama guru subjek yang lain. 39 Pengurusan sesi kaunseling (Khas untuk kaunselor) Menti diberi penerangan berkaitan proses pengendalian sesi kaunseling. Menti didedahkan dengan kemahiran-kemahiran asas dalam sesi kaunseling. Menti diberikan panduan dan latihan dalam penulisan laporan sesi kaunseling. Menti membuat refleksi berkaitan pengendalian sesi kaunseling.
3.2 Proses Pengajaran & Pembelajaran (PdP) berkesan Pengajaran berpasukan (Team Teaching) Menti melaksanakan PdP berpasukan. Menti menyertai guru mentor / guru subjek untuk sama-sama melaksanakan proses PdP. Mentor / guru subjek mengagihkan bahagian / subtopik / tahap proses PdP yang akan dikendalikan oleh menti. Kelas menti disertai oleh mentor / guru subjek secara kolaboratif Menti bersama-sama membantu menyediakan bahan PdP dan membuat refleksi pada akhir sesi pengajaran. Mentor akan memberikan maklum balas terhadap sesi yang dilaksanakan oleh menti. PERKARA KETERANGAN Pengajaran & pencerapan Menti menjalani sesi PdP mengikut agihan kelas yang diberikan. Taklimat A Framework For Teaching (AFFT) Pencerapan kelas dilakukan dan sesi maklum balas berlangsung setelah sesi pencerapan selesai. (Menti diberi taklimat terlebih dahulu mengenai sesi pencerapan sebelum kelas berlangsung). Menti membuat penelitian tentang nilai-nilai murni yang dapat diterapkan setiap kali sesi PdP dilaksanakan. 40 Pengendalian sesi kaunseling (Khas untuk kaunselor) Menti berbincang dengan mentor untuk perancangan dalam pengendalian sesi kaunseling. Menti mengendalikan sesi kaunseling yang akan dinilai oleh mentor. Menti membuat refleksi pada akhir sesi dan mentor akan memberi maklum balas.
4. FASA KETIGA Menawan Puncak Jaya Fasa Ketiga bermula pada minggu ke-8 hingga minggu ke-23. Dalam fasa ini, mentor akan mendedahkan sistem penilaian di MRSM secara keseluruhan. Bahan rujukan disediakan pada bahagian lampiran bagi memudahkan mentor untuk melaksanakan fasa ini. Berikut merupakan pendedahan yang perlu didedahkan kepada menti: SATU DUA TIGA EMPAT LIMA Definisi Penilaian Perancangan Ujian Jenis Penilaian Prosedur Penilaian Pengurusan Ujian & Peperiksaan 41 Pengurusan Inventori Psikologi (Khas untuk kaunselor) ENAM
4.1 Jenis Penilaian Sumatif Formatif Jenis-jenis penilaian yang dijalankan di MRSM iaitu: Menti diperkenalkan jenis penilaian yang dilaksanakan di MRSM. https://www.moe.gov. my/en/pbs https://www.moe.gov. my/soalan-lazimmenu/kurikulum/kurik ulum PERKARA KETERANGAN RUJUKAN 4.2 Definasi Penilaian Sumatif Formatif Definasi penilaian: Mentor menerangkan definisi dan perbezaan jenis penilaian tersebut. Bahan Rujukan Mentor PERKARA KETERANGAN RUJUKAN 4.3 Prosedur Penilaian Sumatif Formatif Prosedur penilaian: Menti didedahkan dengan 5 peringkat bagi prosedur penilaian. Bahan Rujukan Mentor PERKARA KETERANGAN RUJUKAN 42
4.4 Perancangan Ujian Sumatif Formatif Perancangan ujian: Menti didedahkan dengan carta kerja bagi penghasilan kertas ujian. Menti diperkenalkan dengan jadual spesifikasi ujian (JSU). Bahan Rujukan Mentor PERKARA KETERANGAN RUJUKAN 4.5 Pengurusan Ujian dan Peperiksaan Sistem PNG Syarat Graduasi Menti diperkenalkan dengan sistem pengurusan ujian dan peperiksaan yang dilaksanakan. Menti didedahkan dengan platform eSppng bagi perekodan markah bagi peperiksaan. Menti memahami cara pengiraan markah PNG. Bahan Rujukan Mentor Buku Panduan Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan UPPM PERKARA KETERANGAN RUJUKAN 43 4.6 Pengurusan Inventori Psikologi (Khas untuk kaunselor) Self Directed Search (SDS) Tennessee Self-Concept Scale (TSCS) Ujian saringan minda sihat Menti diperkenalkan dengan pengurusan inventori psikologi. Menti memahami kaedah pelaksanaan dan interpretasi skor. Emel kaunselor_mrsm@mara .gov.my PERKARA KETERANGAN RUJUKAN
Matlamat projek mini adalah untuk menghasilkan idea atau inovasi yang bertujuan mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran menti dalam penyelesaian masalah dalam PdP. Menti akan menggunakan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran sedia ada dengan bantuan mentor dalam melaksanakan projek mini ini. Projek ini dijalankan sepanjang proses pementoran berlangsung dan perlu dihantar kepada mentor pada minggu akhir pementoran. Secara umumnya, hasil akhir projek mini ini diharapkan agar menti berupaya untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang telah diperoleh sepanjang program pementoran dijalankan. Jenis projek mini yang boleh dilaksanakan merangkumi perkara berikut: 01 KAJIAN KES INOVASI SUBJEK PEMBANGUNAN PRODUK PdP PROJEK PEMBANGUNAN PROGRAM 02 03 04 Tertumpu kepada sesuatu kelakuan, fenomena atau ciri yang hendak dikaji. Hasilnya ialah data, maklumat dan analisis yang akan meningkatkan pengetahuan berkenaan kajian atau penyelidikan. Contoh: Strategi meningkatkan keputusan subjek sejarah dalam kalangan pelajar MRSM. Tertumpu kepada menghasilkan sesuatu reka bentuk bahan PdP untuk memenuhi keperluan dan kegunaan pendidik dan pelajar MRSM. Contoh: Membangunkan aplikasi pemudahcara mengingat ion kimia. Tertumpu kepada pembangunan produk fizikal atau perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan spesifikasi yang telah ditetapkan. Contoh: Menghasilkan Alat Bantu Mengajar (ABM) untuk membantu PdP subjek. Tertumpu kepada penghasilan program/aktiviti baharu bagi subjek mengikut ketetapan spesifikasi yang dapat membantu memperbaik keputusan untuk mendapat hasil akhir yang jelas bagi pelajar. Contoh: Excellent Youth Program (EYP) 5. Projek Mini 44
5.1 Rubrik Penilaian Projek Mini IDEA KREATIVITI & KEASLIAN 01 02 Idea projek yang menarik dan berpotensi dilaksanakan. Projek yang kreatif, asli dan berpotensi dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi. IMPAK & POTENSI 03 Projek memberi impak positif dan boleh dilaksanakan kepada pelajar. 40% 30% 30% 45
01 02 03 46 LAMPIRAN
Ketua Pengarah MARA Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah Organisasi MARA Misi dan Visi MARA. Moto MARA. Senarai Semak Lampiran 1 Fasa 1: Menjunjung Amanah Rakyat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan MARA. Visi dan Misi MRSM. 2.1 Pengenalan MARA SEMAKAN CATATAN Moto MRSM. Nilai Teras MRSM. 2.2 Pengenalan Sistem Pendidikan SEMAKAN CATATAN Premier BITARA IGCSE Ulul Albab Teknikal Sistem Pendidikan MRSM 2.3 Program-program Pendidikan di MRSM SEMAKAN CATATAN Carta Organisasi Maktab. Moto Maktab. Sasaran Pencapaian Gred Purata Maktab bagi tahun semasa. 2.4 Pengenalan Maktab SEMAKAN CATATAN 47