KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
i
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
ii
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
KOSMOPOLITAN ISLAM
& PEMBINAAN BANGSA
MALAYSIA
Memaknai Separuh Abad Gerakan Islam ABIM
MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ
Kuala Lumpur
2020
iii
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
Hak Cipta Terpelihara © Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Cetakan Pertama 2020
Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan
dengan apa juga cara secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman
atau cara lain sebelum mendapat izin daripada penulis
Penerbit:
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
No. 6, Jalan TC 2A/2
Taman Cemerlang
53100 Kuala Lumpur
Telefon: 603 - 4108 4500
Faks: 603-4108 2400
Emel: [email protected]
Penulis: Muhammad Faisal Abdul Aziz
Penata Huruf: Muhamad Zikri Jinal
Pereka Kulit: Sanggar Bitara Karang Mengarang
([email protected])
iv
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
KANDUNGAN
Kosmopolitan Islam & Pembinaan Bangsa Malaysia:
Memaknai Separuh Abad Gerakan Islam ABIM
ABIM: Separuh Abad Melestari Mata Rantai 2
Perjuangan
Kosmopolitan Islam dan Kesinambungan 5
Peradaban Kemanusiaan
Wawasan Islam Dalam Acuan Kosmopolitan 15
Islam
Pertarungan Identiti Politik Tajam 21
Menzahirkan Kemerosotan Kosmopolitan Islam
Faktor Kemerosotan Ciri Islam 26
Arah Baharu Watak & Pemikiran Bangsa 32
Value-Based Character Education dan 36
Jambatan Pembinaan Bangsa Malaysia
ABIM Memimpin Gerakan Pembinaan Bangsa 38
Malaysia
Covid-19 Sebagai Krisis yang Menyatukan 41
Tanggungjawab Masyarakat Dunia Bersama
Islam Asia Tenggara Membina Naratif Sejagat 46
Khatimah: Eksperimentasi Harakah dan 48
Regenerasi Penggerak ABIM
v
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
vi
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
Ucapan Dasar Muktamar Sanawi ABIM ke-49
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN
BANGSA MALAYSIA:
Memaknai Separuh Abad Perjuangan Gerakan Islam ABIM
Yang Dihormati Profesor Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman,
Pengerusi Majlis Syura Kebangsaan
Yang Dikasihi Profesor Dato’ Dr. Siddiq Fadzil,
Ketua Majlis Istisyari Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Halim Ismail,
Pengerusi Majlis Perundingan Kebangsaan ABIM
Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Azam Ab.Rahman,
Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
Yang Berusaha Ahmad Farhan Bin Rosli,
Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Ahli Majlis Syura Kebangsaan (MSK)
Ahli Majlis Perundingan Kebangsaan ABIM (MPKA)
Teman-teman seperjuangan, Saf Pimpinan & Ahli Jawatankuasa
Kerja ABIM Pusat, Negeri, & Daerah
Ketua-ketua Agensi WADAH-ABIM-PKPIM
Para Petugas & Penggerak Muktamar Kali ke-49 ABIM,
Seluruh warga Muktamirin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Assalamu’alaikum Warahmatul’Lahi Wabarakatuh &
Salam Sejahtera.
1
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
Dalam senyuman kita rapatkan ukhuwah,
Dalam ketegasan kita saling bermuhasabah,
Dalam sembunyi pengorbanan dicurah,
Dalam kesatuan kita suburkan rasa cinta dalam Jamaah
Dan…
Dalam keyakinan kita bangunkan cita-cita umah
ABIM: SEPARUH ABAD MELESTARI MATA RANTAI
PERJUANGAN
Saudara saudariku seangkatan sekalian,
Hari ini kita berhimpun dalam satu pertemuan besar secara
fizikal dan maya yang menggenapkan Muktamar ABIM untuk
kali ke-49. Sesungguhnya bait-bait yang diukir di atas adalah
satu gambaran elemen yang kita secara tradisi seliputi ketika
bermuktamar; ukhuwah, muhasabah, pengorbanan, cinta dan
kasih sayang serta keyakinan untuk membina cita-cita ummah
pada masa hadapan. Manakan tidak, inilah masanya kesempatan
terbaik untuk seluruh perwakilan dan pemerhati dari segenap
negeri, daerah dan unit bertemu, bertegur sapa, bersalaman
dengan resam baharu, bertanya khabar tanpa mengira sama ada
dari jauh mahupun dekat.
Mencecah separuh abad perjuangan ABIM, ia adalah
merupakan kesinambungan yang berterusan kepada perjuangan
para mursalin mendukung obor wahyu yang diamanahkan Allah
untuk disampaikan kepada manusia. Bermodalkan idealisme
dan wahyu, ia menjadi pangkal kepada cita-cita islāh mastata’tu
untuk para Nabi beraksi sebagai agen perubahan merubah
kegelitaan kehidupan manusia.
2
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
Sesungguhnya siri kesinambungan perjuangan agama Allah
ini dirakamkan Al-Quran menerusi golongan yang diberi gelar
“Rijālun Sodaqu” yang pasti akan dilahirkan pada setiap zaman
bersilih ganti. Firman Allah subhanallahu Taala:
فَ ِم ۡنُم تَ ۡبعَلَِدۡيي ِهل ًۖا �ٱقَلۡ ُمَ ۡؤِٰمضِنيَ َۡنن َب ُهِۥر َج َاوِمٌلۡنُمَص َّمَد ُقنوْايَنتََم ِاظ ُ ۖرَعٰـ ََهو َُمداوْابَ َّد�ٱلُلَّوَْال ِّم َن
٢٣ َّمن
Di antara orang yang beriman itu, ada orang-orang yang
menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah (untuk
berjuang membela Islam) maka di antara mereka ada
yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur
syahid) dan di antaranya ada yang menunggu giliran,
dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka
janjikan itu) sedikitpun. (Surah al-Ahzab, ayat 23)
Mengulas berkenaan contoh ‘rijālun sodaqu’ yang tidak culas
akan janji bersama Tuhannya, penulis kitab al-Khashsaf, Imam
Zamakhsyari meriwayatkan perihal beberapa orang dalam
kalangan sahabat yang menetapkan janji mereka sebagai ‘rijālun
sodaqu’ telah bernazar untuk terus berjuang bersama Rasulullah
SAW dengan teguh hingga mencapai nikmat syuhada’. Dalam
kalangan mereka itu adalah antara lain, Uthman Bin Affan,
Talhah Ibnu Ubaydillah, Saad ibn Zayd, Hamzah, Mus’ab ibn
Umayr dan beberapa sahabat lain.1
Sesungguhnya penggerak panji perjuangan ABIM yang
bersilih ganti dari satu generasi ke generasi kemudiannya
berdiri atas asas ‘rijālun sodaqu’ ini yang menyemangati janji
yang dimeterai dengan Yang Maha Mencipta untuk istiqamah
1 Ahmad Mustafa al-Maraghi, Tafsir Al-Maraghiy, Jilid 11, (Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka, 2001) hlm 5462
3
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
membawa risalah nubuwwah khususnya di alam Melayu ini.
Generasi ABIM akan terus menapak ke hadapan melanjutkan
usaha mengisi kemiskinan jati diri Islam dalam watak bangsa
atas sarwa Al-Islam Nizam Al-Hayah – Islam sebagai satu cara
hidup.
Penerusan kepada pelaksanaan perjuangan yang mulia ini
turut mempunyai hubungan dengan sabda Nabi dalam satu
Hadith Sahih Muslim yang menyatakan
لا تزال طائفة من أ�متي ظاهرين على الحق حتى تقوم
الساعة
“Selalu akan ada kelompok dari umatku akan membela
kebenaran hingga datang hari kiamat.”2
Kelompok ini dirujuk sebagai at-Taifah al-Mansurah sentiasa
istiqamah dan kukuh hingga hari kiamat.
Saudaraku para pejuang sekalian,
Kedatangan Islam di alam Melayu dan rantau sekeliling telah
merubah citra suatu bangsa yang asalnya dicirikan sebagai
pragmatis dan utilitarian – berubah-ubah memilih anutan dan
kepercayaan berasaskan kebolehgunaan dan manfaat – kepada
citra bangsa yang membina benar-benar teguh dalam beragama
dan telus dalam berbudaya.
Sesungguhnya ramuan unik, faktor geografi dan rekayasa
pendakwah awal alam Melayu yang terkenal dengan kehalusan
dan kreativiti menyampaikan ‘ahsanu qaulan’ telah membentuk
Islam di alam Melayu sebagai Islam kosmopolitan yang kaya
2 Riwayat Bukhari & Muslim
4
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
dengan ciri-ciri keterbukaan, inklusif dan saling berinteraksi.
Ciri-ciri ini harus menjadi inti buat generasi muda Muslim
dalam mengangkat amanah dakwah sebagai sebahagian rantaian
‘rijālun sodaqu’ dan ‘At-Taifah Al-Mansurah’ yang dinyatakan
dengan kualiti iman, petunjuk dan keutuhan janji.
KOSMOPOLITAN ISLAM DAN KESINAMBUNGAN
PERADABAN KEMANUSIAAN
Dalam siri syarahan On Heroes, Hero-Worship and the Heroic in
History oleh Thomas Carlyle, seorang sejarawan dan failasuf
Eropah abad ke-19 (disampaikan secara bersiri sepanjang bulan
Mei 1840), beliau memerihalkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai
‘hero’ yang menjadi katalis kepada perubahan radikal masyarakat
– bukan hanya komuniti Arab tetapi juga masyarakat belahan
dunia yang lain yang tersentuh oleh mesejnya:
“Zealous missionaries preach it (Islam) abroad among
Malays, black Papuans, brutal idoalters; – displacing
what is worse, nothing that is better or good. To the Arab
Nation it was as a birth from darkness into light; Arabia
first became alive by means of it. A poor shepherd people,
roaming unnoticed in its deserts since the creation of
the world; a Hero-Prophet was sent down to them with
a word they could believe: see, the unnoticed becomes
world-nottable, the small has grown world-great; within
one-century afterwards, Arabia is at Grenada on this
hand, on Delhi on that; – glancing in valor and splendour
and the light of genius, Arabia shines through long ages a
section of the world.”.3
3 Carlyle, Thomas. On Heroes, Hero-Worship and the Heroic in History, 2010.
Cambridge: Cambridge University Press, hlm 77.
5
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
Dakwaan Carlyle ini disokong dengan penelitian ilmiah oleh
Peter Frankopan, seorang sejarawan dari Universiti Oxford,
yang dalam karya terbaharu beliau, The Silk Roads: A New History
of the World, menyimpulkan bahawa Islam telah merintis jalan
yang awalnya tidaklah begitu menjanjikan, tetapi natijahkan
begitu menakjubkan: “An unpromising start in a cave near Mecca
had given birth to a cosmopolitan utopia of sort”.4 Dalam khazanah
penelitian para sarjana yang sangat banyak tentang peradaban
Islam dan sejarahnya membuktikan umat Islam pernah suatu
waktu – dalam sejarah ketamadunan manusia – mencapai suatu
tahap yang membanggakan sehingga menjadi kiblat peradaban
dunia, namun sejak era penurunan dan kejatuhannya, nasib
umat jadi tak keruan, masa depan kelam tanpa ketentuan,
seperti disinggung Mohammad Khatami “our past has been
eventful, but our future remains uncertain”
Oleh yang demikian, bagi para penggerak harakah yang
punya kesedaran dan keinsafan untuk memakmurkan dunia ini
– sesuai dengan taklifan sebagai khalifah Allah di muka bumi
– harus merangka strategi untuk berusaha menjadi ‘creative
individuals’ yang secara serius merangka gerak kerja ke arah
pembangunan semula ketamadunan dunia semasa sebagaimana
yang pernah dirintis kaum Muslimin suatu masa dahulu. Citra
Islam dalam peradaban manusia wajar ditampilkan dengan
pengembalian imej kaum Muslimin sebagai umat berbudaya
dan beradab, melalui kerangka peradaban yang semakin malap
iaitu ‘kosmopolitan Islam’ dan ‘Islamicate Civilization’.
Bruce B Lawrence dalam Rethinking Muslim Cosmopolitanism:
Civilizational Moorings/Cosmopolitan Options meletakkan konsep
kosmopolitan Islam ini sebagai sesuatu yang saling berhubung
kait dengan pembinaan ketamadunan. Tegas beliau dalam
4 Frankopan, Peter, 2015. The Silk Roads: A New History of the World, UK:
Bloomsbury, hlm. 75
6
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
konteks pembinaan peradaban, ciri-ciri pemikiran kosmopolitan
Islam itu hadir dari bahagian-bahagian yang spesifik dalam
ketamadunan Islam. Beliau menjelaskan: “I want to argue that
this cosmopolitan longing builds on a related activity, one that stems
from a collective belonging. Embedded in the history of empires, it
is often heralded as Islamic or Islamicate civilization. Cosmopolitan
and civilization become complementary qualifiers. They function in
tandem. Two sides of a single coin, each illumines the other” 5
Di sini Lawrence menekankan istilah “Islamicate civilization”
yang dihurai sebagai konsep yang lebih meluas dan inklusif yang
meliputi elemen aesthetic (keindahan) dan literary (ketinggian
Ilmu) yang dikongsi bersama Muslim dan bukan Muslim yang
hidup di bawah pemerintahan Islam.6
Ketika memetik Malik Bennabi sebagai salah seorang tokoh
contoh pemikir Muslim Kosmopolitan, beliau menekankan
antara ciri yang menonjol dalam manifestasi Muslim
kosmopolitan itu suatu kewenangan masyakarat Islam yang
menciptakan komuniti raya dengan garis sempadan yang
terbuka dan lancar tanpa sekatan (fluid) bersama kepelbagaian
cara berkehidupan, berpandangan sebagai interaksi dengan
dunia luar. Di sini beliau menegaskan bahawa kosmopolitan
Muslim itu sifatnya “deeply rooted in a mindset and memory that
is shaped not only by Islam but also by Muslim networks, the crucial
index for the formation of Islamic or Islamicate civilization.”7
5 Bruce B Lawrence, Rethinking Muslim Cosmopolitanism, British Association
of Islamic Studies (Brais) Plenary Address – 10 April 2014, Hal 3 https://www.
academia.edu/12801178/Rethinking_Muslim_Cosmopolitanism
6 Bruce Lawrence: Muslim Cosmopolitanism, https://tirnscholars.org/2012/09/01/
muslim-cosmopolitanism/index.html
7 Rethinking Muslim Cosmopolitanism, British Association of Islamic Studies
(Brais) Plenary Address, Hlm 2
7
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
Tidak ketinggalan Marshall Hodgson turut mengupas
kosmopolitan Islam ini sebagai satu proses menyemarak
penyebaran Islam ke pelusuk dunia. Menurut beliau, Islam
timbul di Zon Kering Tengah dan mengambil bentuk
kosmopolitan aneh yang memberikan agama ini kekuatan
luar biasa terutamanya di sepanjang jalan perdagangan dan
daerah baharu. Lantas, Islam cepat tersebar ke Eurasia Tengah
dan Afrika, dan sampai ke Benggala, Yunan, Albania, Keralam
(barat daya India) dan Malaysia kerana kawasan komersil ini
bergantung pada pusat kosmopolitan.
Lebih utama, penyebaran budaya bandar seterusnya
membawa kepada peradaban menerusi pembentukan Islam
kosmopolitan ini telah memangkinkan lagi perdagangan di
jalan laut yang berjarak jauh. Maka, satu rangkaian lautan besar
membentuk jalan perdagangan jarak jauh telah dikomersilkan
yang diberi jolokan “Laut Tujuh” yang meliputi Laut China
Timur dari Jepun ke Selatan, Laut China Selatan hingga ke Selat
Melaka, Teluk Benggala, Laut Arab, Laut Merah, Laut Mediterranean
dan Laut Timur-laut Atlantik ke utara hingga ke Britain.8
Buku Gelombang Kebangkitan Asia karya Dato’ Seri Anwar
Ibrahim telah memperincikan dengan lebih mendalam
bagaimana proses penyebaran dakwah atas paksi kosmopolitan
di alam Melayu ini yang tanpa undangan pemaksaan dan
kekerasan9 telah menempa satu ciri Islam kosmopolitan rantau
ini yang terbuka dengan kesejagatan.
Mengulas lanjut, Dato’ Seri Anwar dalam tulisan beliau
menegaskan bagaimana kaedah penyebaran Islam di rantau
8 Marshall G.S Hodgson, 2004, Kebangkitan Islam, Gambaran dan Sejarah Dalam
Tamadun Dunia Jilid II (terjemahan), Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur,
Hlm. 621
9 Arnold, T. W 1984 The Preaching of Islam. Delhi Renaissance Publishing House,
hlm 363
8
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
ini yang penuh keunikan dan rekayasa kreativiti berjaya
membentuk sebuah komuniti Muslim Asia Tenggara dengan
citra kosmopolitan yang jauh dari bibit dendam dan kesumat
permusuhan.
Beliau menegaskan “pengislaman secara damai dan beransur-
ansur ini membentuk jiwa Muslim Asia Tenggara kearah yang bersifat
kosmopolitan, terbuka, bertolak ansur, dan muda serasi dengan
keragaman budaya. Sudah tentu sikap mereka turut diwarnai oleh
kehadiran penganut agama-agama lain di tengah-tengah masyarakat.
Penganut agama-agama lain pula membalas sikap toleransi tersebut
dengan menghormati umat Islam dan cara hidup umatnya hingga
berlaku hubungan antara agama di rantau ini.…”10
Justeru, trend sejarah perjalanan dan perkembangan Islam
di rantau ini telah menjadi pengaruh penting kepada sikap
sederhana, pragmatik dan kosmoplitan bangsa. Dalam masa
sama, ia disingkapi dengan nilai tambah watak semulajadi
bangsa yang dipamerkan seperti terbuka, mudah memaafkan
dan berjiwa besar sebagai nilai yang membolehkan berlakunya
interaksi damai dalam kerencaman kepercayaan masing-masing.
Walau bagaimanapun, sikap sederhana dan pragmatik umat
Islam Asia Tenggara ini tidak bermakna mereka mengorbankan
prinsip-prinsip dan ajaran dasar agama semata-mata melayani
ragam zaman. Sebaliknya mereka menggunakan kesederhanaan
sebagai pendekatan untuk menjayakan dan bukan mengorbankan
ajaran pokok Islam.11
Dalam pada itu, Prof Dr Syed Khairudin Al-Junied dalam
karyanya Muslim Cosmopolitanism: Southeast Asian Islam In
Comparative Perspective membahaskan ciri kosmopolitan Muslim
10 Anwar Ibrahim, 1997, Gelombang Kebangkitan Asia, Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm 139
11 Ibid, 141
9
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
dengan butiran yang segar yang dipacu oleh komuniti Muslim
Asia Tenggara:
“Muslim cosmopolitanism in Southeast Asia is a style of
thought, a habit of seeing the world and a way of living
that is rooted in the central tenet of Islam, which is that
everyone is part of a common humanity accountable
to God and that we are morally responsible towards
one another. To embrace Muslim cosmopolitanism is
to exhibit a high degree of receptiveness to universal
values that are embedded within one’s own customs and
tradition (adat). Internalizing Muslim cosmopolitanism
enables a person to be at ease with his or her own Islamic
cultural identities, promoting these identities as a means
to enrich public understanding about Islam and Muslims
while maintaining and embracing a tolerant attitude
towards people of other backgrounds. It follows then that
Muslim cosmopolitans approach varied ways of thinking
about Islam and about life in an open-hearted and
empowering way in the path to ensure the protection of
faith, life, lineage, intellect, property, and rights of all
groups and individuals in society. As living embodiments
of Muslim cosmopolitanism, they are committed to a set
of practices and actions that are aimed at enlivening
the spirit of compassion (rahmah), justice (adil) and
consensus (musyawarah) in order to safeguard public
interest (maslahah).12
Ciri-ciri kosmopolitan Muslim Asia Tenggara ini turut
dihuraikan oleh beliau dalam karya Hamka & Islam: Cosmopolitan
Reform in the Malay World. Berasaskan istilah “cosmopolitan
reform”, beliau menjelaskan kerangka pemikiran ilmuwan agong
12 Khairudin Al-Junied, Muslim Cosmopolitanism, Southeast Asian Islam In
Comparative Perspective, 2017, Edinburgh University Press, xix
10
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
Alam Melayu Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah atau
lebih dikenali sebagai Hamka dengan pegangan nilai kesejagatan
Islam. Dalam buku tersebut dinyatakan penegasan Hamka
bahawa: “Islam adalah untuk dunia, bukan hanya dunia Arab. Untuk
berdakwah kepada dunia untuk diislamkan, mengkehendakkan kita
untuk menjadi orang yang berfikiran terbuka, berpegang dan menilai
seluruh dunia sebagai sebahagian dari persaudaraan sejagat”13
Buku tersebut menyimpulkan bahawa “Hamka’s cosmopolitan
reform was aimed at encouraging Muslims in the Malay world to
think and act in a more inclusive, fairer, and more pluralistic manner
without having to compromise the basic precepts and universal aims
of Islam”.
Penekanan kepada konsep kosmopolitan Islam yang
menyarung ciri kesejagatan dan keterbukaan ini seharusnya
merakamkan satu kesedaran yang lebih bermakna bagaimana
pembinaan ketamadunan itu berasaskan kepada interaksi
sejarah dan perhubungan antara peradaban dunia sejagat.
Malah, sejarah tamadun Islam telah mengakui bahawa kita
belajar dari Tamadun India dalam bidang matematik & falak,
Tamadun Greek berkaitan ilmu logik, dan Tamadun Parsi
berhubung organisasi pentadbiran.14
Selain itu, interaksi sejarah turut memainkan peranan bila
mana Fertile Crescent yang menjadi tapak kegemilangan Empayar
Parsi itu menjadi tempat generasi selanjutnya mengendong
kegemilangan ilmu di mana wujud aktiviti terjemahan dan
telaah ratusan ribu karya agung di Bayt al-Hikmah. Tidak
ketinggalan, pembinaan tamadun Islam di Asia Tenggara turut
diwarnai interaksi sejarah bersama kegemilangan ketamadunan
13 Khairudin Al-Junied, Hamka And Islam Cosmopolitan Reform in the Malay World,
(2018), ISEAS Singapore, hlm 6
14 Muhammad Imarah, Anugerah Islam Untuk Ketamadunan (terjemahan) 2007,
Terengganu Development Institute, Kuala Terengganu, hlm 117
11
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
sebelumnya yang mencatat keagungan empayar perdagangan
maritim yang tersendiri. Justeru dalam rangkuman yang lebih
besar, bicara soal sejarah peradaban dunia, ia adalah sejarah
peradaban semua manusia yang saling berinteraksi demi
memenuhi keperluan hidup.
Melihat menerusi kanta sosial masyarakat Islam Asia
Tenggara, ketamadunan Islam turut menjadi penerus dan
penggiat kemajuan ketamadunan lampau. Fakta sejarah telah
mengabsahkan bahawa Kerajaan Melayu telah beridiri sejak
awal abad pertama masihi. Ketamadunan Indianized Kingdom
Funan yang didirikan orang “Austronesia” iaitu orang kepulauan
selatan yang merangkumi kelompok ras Melayu telah diasaskan
sejak abad pertama masihi. Menurut catatan dari China,
kerajaan Funan ini telah menjalani proses pengutuhan kerajaan
menerusi kekuatan politik, ketenteraan dan perdagangan.15
Seterusnya ketamadunan di Asia Tenggara berkembang ke kota
lain menjelang abad kedua masihi seperti Langkasuka-Kedah
yang muncul atas pengaruh Funan yang menjadi penghubung
kepada aktiviti perdagangan antara Teluk Thailand dan Teluk
Bengal.16
Menjelang abad ke 12, Islam telah memasuki Asia Tenggara
apabila sekurang-kurangya dua Pelabuhan di Sumatera telah
menganut Islam. Kerancakan penyebaran Islam berterusan
hingga membina satu ketamadunan kosmopolitan Islam pada
abad ke-14 dan 15. Empayar Melayu Melaka sebagai contoh
telah mengambil tempat meneruskan kehebatan empayar-
empayar sebelumnya malah memangkinkan lagi jolokan Asia
Tenggara sebagai empayar maritim dan emporium perdagangan
global “thalassocracy”. Malah pada zaman itu, prestij Islam telah
15 Paul Michel Munoz, 2016, Early Kingdoms, Indonesian Archipelago & the Malay
Peninsula, Editions Didier Miller, Singapore, Hlm 78
16 Ibid, Hlm 90
12
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
diangkat sebagai alat budaya kosmopolitan yang sangat tinggi
di Asia Tenggara apabila kota-kota komersil di alam Melayu
telah mewujudkan satu jalinan interaksi untuk membentuk
satu pusat perdagangan yang lebih berdaya.
Kekuatan yang dibina Melaka ini dalam membentuk satu
bangsa kosmopolitan telah menjadi asbab pengambangan
Islam yang lebih meluas hatta selepas kejatuhan Melaka. Philip
Bowring telah memuatkan satu topik “Islam’s Great Leap East”
dalam bukunya Empire of the Winds menyatakan bagaimana
wilayah baharu seperti Brunei, Sulu, Selatan Filipina, Maluku
telah diislamkan dengan lebih pesat menerusi perdagangan
antarabangsa melibatkan kerajaan-kerajaan Islam kecil di
kepulauan Melayu selepas kejatuhan Melaka.17 Ini adalah faktor
budaya di alam Melayu sendiri berteraskan budaya Srivijaya
dan Jawa yang diwarisi Melaka yang meletakkan perdagangan
antarabangsa menjadi sebahagian dari sistem yang sebati dalam
aktiviti pembangunan ekonomi.
Justeru, sebagai penegasan kehadiran Islam di Asia Tenggara
bukan bermula dari ruang vakum yang kosong tetapi hadir
dengan idea dan ciri-ciri sendiri bangun atas tapak sedia ada
yang mewarisi legasi ketamadunan tinggi. Rangkuman utama
yang boleh dihayati dari siri penegasan yang dinyatakan,
kosmopolitan Islam telah mencatat kejayaan memangkin satu
ketamadunan yang berdiri atas akar interaksi dengan sejarah
dan dunia luar. Ini merupakan pra-syarat kepada kebangkitan
kegemilangan yang harus menyatukan ciri-ciri Islam itu sendiri
bersama idealism wahyunya diikuti satu interaksi atas semangat
untuk belajar dari kegemilangan luar. Interaksi dan keterbukaan
akan membantu menyegera proses pembinaan ketamadunan di
17 Philip Bowring, Empire of the Winds, The Global Role of Asia’s Great
Archipelago (2019), IB Tauris New York, hlm 158
13
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
atas tapak Asia Tenggara yang sudah punyai asas ketamudunan
yang kuat dan boleh bangkit pada bila-bila masa sahaja.
Konsep kosmopolitan Islam yang kita bicarakan menjadi
definisi watak dan akar kepada jiwa keagamaan kita. Hasil
acuan kosmopolitan, budaya Islam di Malaysia punyai ciri
campuran Arab dan Parsi. Malah tiga bahasa – Arab, Parsi dan
Melayu yang merupakan bahasa budaya tinggi telah berperanan
sebagai alat perantaraan Islam Sufi pada Zaman Pertengahan
Akhir iaitu pendekatan Islam yang disesuaikan untuk keperluan
sewaktu perkembangan perhubungan budaya.18
Watak Kosmopolitan Islam yang ditandai dengan ciri-ciri
keterbukaan menjadi landasan untuk umat Asia Tenggara
khususnya dalam negara bersedia untuk sentiasa menyerap
perubahan dan pembaharuan. Manakala, watak pragmatik
bangsa Melayu yang kemudiannya dipandu oleh nilai-nilai
Islam telah memunculkan citra kosmopolitan di rantau ini.
Ditambah pula dengan ‘nasib’ sejarah Islamisasi di wilayah
‘bawah angin’ (negeri-negeri alam Melayu) ini yang berciri
aman tanpa pertumpahan darah – menjadi ramuan penting
kea rah pembinaan suatu citra ketamadunan yang ideal. Inilah
suatu percontohan “cita sempurna” dalam sejarah ketamadunan
rantau kita ini, sebagaimana disinggung oleh Syed Hussein Al-
Attas.
Oleh yang demikian, solusi kepada proses pengukuhan
bangsa di negara bertuah ini adalah ramuannya telah ada,
hanya perlu penggalian semula etos bangsa sendiri, di samping
sesuai dengan peredaran zaman sebagaimana terungkap dalam
hikmah Abul Hassan Ali al-Nadwi “al-Jam’u bayna qadimu ‘l-solih
wa jadidu ‘n-nafi’ – penggabungan antara rencah lama yang baik
18 Marshall G.S Hodgson, op.cit., Hlm 628
14
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
iaitu hakikat bangsa ini pernah gah memiliki ketamadunan
berserta tapak peradaban yang tinggi bersama-sama perkara
baharu yang bermanfaat seperti pemikiran, ilmu dan teknologi.
Ia akan menyempurnakan dan membangun cita sempurna
menuju citra bahagia bagi keseluruhan peradaban kemanusiaan
dalam era ini.
WAWASAN ISLAH DALAM ACUAN KOSMOPOLITAN
ISLAM
Dalam al-Quran dijelaskan bahawa islah adalah merupakan
kemuncak wawasan risalah dakwah para Mursalin untuk
umatnya. Allah berfirman dalam surah Hud, ayat 88:
ِب�ٱلَّ ِۚل لhَّ �إanٓىyِقaوِفيbۡ ٨eَتr٨tاuو َمjَبuُ aۚتnۡع أ�ِن ُيuِطهnَ ۡيtَلَتu�َ�وإۡسkت�ٱmُ ماeَ ۡكlَّaَحوkَ َتuهلَٰـkِصaلَ ۡۡيn�ٱ ۡعَِإلisلlaَّ �إhُدsريeِ d� أaنyۡ a�إ
“Aku
upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk
menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah.
Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepada-
Nyalah aku Kembali”
Shaykh Wahbah Zuhaily dalam tafsir Al-Munir menjelaskan
kalimah islah ini menjadi wawasan pengutusan nabi sebagai
tiada yang lain melainkan hanya kebaikan berasaskan keadilan
dan mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran. Malah
islah sebagai wawasan dakwah ini menjadi pelengkap kepada
tujuan agama yang mendasari cara hidup untuk menjadi umat
yang terbaik sebagai suri tauladan dalam masyarakat.19
19 Wahbah Zuhaily, Tafsir Al-Munir, Jilid 6, (Jakarta: Gema Insani, 2013), hlm 386
15
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
Dalam menggalas misi Islah sebagai misi akhir para utusan
Allah, berasaskan pedoman yang digariskan al-Quran dan Hadis,
ia harus didasari pola pemikiran transformatik seperti yang
digagaskan Kuntowijoyo yang berusaha melakukan “interpretasi
untuk aksi”. Ia membawa kepada kefahaman yang jitu iaitu
menelaah, mentafsir dan mentadabbur Al-Quran dan Hadis
dalam kerangka pemikiran tindakan untuk membebaskan umat
dari pelbagai kelemahan fundamental dalam realiti kehidupan.
Untuk yang demikian, penggerak Gerakan Islam harus
senantiasa fahami bahawa misi Islam menerusi al-Quran
adalah kemanusiaan dan paradigma al-Quran itu adalah satu
pembentukan pengetahuan yang memungkinkan kita memahami
realiti. Pengetahuan yang dibina al-Quran memberikan
dasar bagi kita untuk bertindak dengan memungkinkan kita
untuk membentuk sistem dan aturan atas tindakan-tindakan
mengangkat tema manusiawi sejagat. Maka, ia secara tidak
langsung akan menggabungkan ilmu pengetahuan yang terdapat
di dalam Al-Quran itu sendiri berserta gambaran aksiologi iaitu
ilmu yang membicarakan tentang tujuan ilmu pengetahuan itu
diturunkan.20
Selanjutnya, Tauhid itu perlu diterjemahkan dengan
paradigma Islam sebagai sebuah kemanusiaan iaitu agama
yang sangat mementingkan manusia bagi tujuan utama. Lebih
mendasar, Kuntowijoyo membawa teori kemanusiaan Islam
sebagai humanism teosentrik iaitu sebuah agama yang memusatkan
dirinya pada keimanan terhadap Tuhan, tetapi mengarahkan
perjuangannya untuk kemuliaan peradaban manusia. Prinsip
humanism teosentrik ini yang ditransformasikan sebagai nilai
20 Kuntowijoyo, Al-Quran sebagai Paradigma, jurnal Ulumul Quran, No 4, Vol. V,
1994, hlm 92-101
16
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
yang dihayati dan dilaksanakan sepenuhnya dalam masyarakat
dan budaya.21
Maka, di kala kita bicara soal pembentukan masyarakat
dan negara Islam ia tidak lagi boleh disingkapi dalam ruang
retorik kosong dengan pembakaran sentimen sempit semata.
Akan tetapi ia harus membawa kepada perbincangan ke arah
pembinaan seluruh anggota masyarakat berasaskan sebuah
daulah yang memenuhi agenda pembangunan yang mapan
sesuai dengan tujuan Islam diturunkan iaitu untuk memelihara
kehidupan manusia berserta hak-hak untuk meraih kualiti
kehidupan.
Lantaran memahami realiti ini, adalah menjadi tanggung
jawab ABIM sebagai Gerakan Islam untuk komited bersama
masyarakat antarabangsa dalam menggerakkan dan
merealisasikan matlamat pembangunan mampan seperti
‘sustainable development goals – SDG’ dalam menuju satu misi
besar ABIM iaitu ‘membina dan memimpin satu tamadun
Khayra Ummah’.
Sejak hujung tahun lalu, ABIM telah bergerak dalam
agenda Islah ini menerusi Matlamat Pembangunan Lestari
(SDG) di mana ABIM berkerjasama erat dengan beberapa
pemegang taruh besar termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB). Malah ABIM turut menjadi sekretariat kepada
Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM-SDG)
yang bertanggungjawab mencari penyelesaian kepada masalah
komuniti berasaskan acuan SDG di sepuluh Kawasan Parlimen
iaitu Pendang, Selayang, Petaling Jaya, Bentong, Jeli, Tanjong
Piai, Papar, Pensiangan, Kuching dan Batang Sadong.
21 Kuntowijoyo, 1991, Paradigma Islam Interpretasi Untuk Aksi, Penerbit Mizan,
Bandung, Hlm 275
17
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
Selain itu, terma kosmopolitan Islam yang bersarwa inklusif
yang menekankan aspek hak kualiti kehidupan manusiawi
harus melewati teologi agama dalam satu bekas tafsiran kecil
kepada yang turut mendorong kepada perbahasan Islam sebagai
penawar kepada pengukuhan sistem tatakelola dan akauntabiliti,
proses pendemokrasian, hak kesaksamaan ekonomi serta isu-isu
berkisar perubahan iklim.
Bagi menyahut kefahaman tersebut, penggerak ABIM secara
langsung telah melibatkan diri dalam aktivism yang inklusif
yang menyentuh isu-isu berkenaan seperti memimpin bersama
gerakan menuntut pilihan raya bersih dan adil seperti Bersih,
wacana pendanaan parti politik, kempen intensif gesaan
Rang Undang-Undang (RUU) Gangguan Seksual yang lebih
komprehensif, membentuk Jaringan Antara-Agama Dalam
Agenda Perubahan Iklim, dan sebagainya.
Kesimpulan dari saranan Kuntowijoyo amat dititikberatkan
yang membawa kepada terjemahan interaksi aktivisme ABIM
dengan seluruh cabang kelompok manusia, di mana beliau
menekankan aspek aktivisme sejarah yang menuntut interaksi
dan jalinan sesama manusia. Ia berasaskan penegasan ‘ukhrijat
linnas’ yang membawa erti bahawa Islam sebagai agama ‘amal
yang punya hubungan terus menerus dengan masyarakat
berserta asam garam pembaharuan yang mewarnainya. Ini
yang dibezakan dengan pegangan beruzlah atau dalam istilah
Gerakan yang hanya terperosok dan memencil di dalam ruang
pengaruh sendiri semata yang kian mengecil tanpa mengambil
langkah merajut hubungan dengan kelompok sekeliling.
Penggabungan konsep Islah dan Kosmopolitan ini
pernah direncanakan oleh Syed Khairudin Al-Junied ketika
mewacanakan reformasi Hamka sebagai ‘the cosmopolitan reform’.
Ia menuntut kepada kesinambungan golongan reformis Islam
18
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
pada kurun ke 19 dan 20 seperti Muhammad Iqbal (1877-1938),
Rashid Rida (1865-1935), Ali Shariati (1933-77), Malek Bennabi
(1905-73), Muhammad Natsir (1908-93) untuk membawa formula
gagasan tersendiri dalam pembinaan semula kefahaman agama
merapati ciri yang lebih adil, inklusif, dan kepelbagaian:
“In sum, Hamka’s cosmopolitan reform was aimed at
encouraging Muslims in the Malay world to think and
act in a more inclusive, fairer, and more pluralistic
manner without having to compromise the basic precepts
and universal aims of Islam….. The idea of cosmopolitan
reform therefore provides a useful heuristic tool for
understanding the thought processes and breakthrough
ideas of other twentieth-century Muslim reformers. These
thinkers’ ideas of reform or more specifically cosmopolitan
reform inspired Hamka to formulate his own take on the
reconstruction of Islam in the Malay world”.22
Dalam hal ini, bagi memenuhi insiprasi islah bersama
acuan kosmopolitan Islam, interaksi dan kesinambungan
bersama idealism perjuangan lampau memainkan peranan
yang amat penting. Kesinambungan bukan semata terhad
kepada penggerak reformis Islam pada kurun ke-19 & 20 semata
tetapi lebih awal dari itu iaitu sekitar kurun ke-16 yang dihurai
panjang oleh Ayzumardi Azra menerusi thesis beliau bertajuk
The Origins of Islamic Reformism in South East Asia: Networks of
Malay-Indonesian and Middle Eastern ‘Ulama’ in the Seventeenth and
Eighteenth Centuries (2004).
Huraian lengkap beliau menerangkan kemunculan
pemikiran Islah ‘Neo-Sufism’ yang membentuk satu jaringan
ulama Haramayn dengan ulama seluruh dunia menerusi
22 Khairudin Al-Junied, Hamka And Islam Cosmopolitan Reform in the Malay World,
(2018), hlm 6-7
19
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
tradisi hadith dengan isnadnya dan tariqah sufiyah dengan
silsilah-nya.23 Menerusi jaringan luas bersama nilai kesejagatan,
reformasi pemikiran Islam telah menyerap ke alam Melayu yang
dibawa ulama nusantara yang berguru bersama tokoh-tokoh
pembaharuan awal seperti Syaikh Ahmad al-Qushashi (1538-
1661) dan Sheikh Ibrahim al-Kurani (1614-1690) yang membawa
kepada penggabungan harmoni sufisme dalam perspektif
berasaskan orientasi shariah. Maka muncul tokoh-tokoh
pembaharuan yang membawa neraca penjernihan pemikiran ke
rantau ini seperti Syaikh Nur al-Din al-Raniri (1658), Abd Al-
Rauf al-Sinkili (1693), Syaikh Muhammad Yusuf Al-Maqassari
(1699), Syaikh Dawud al-Fatani (1847), Syaikh Abd al-Samad
Al-Palimbani (1785), dan Muhammad Arsyad Al-Banjari (1812).
Intipati dari telaah kenyataan-kenyataan ini melorongkan
satu kefahaman bahawa islah itu adalah sesuatu yang perlu
diselarikan dengan nilai kosmopolitan Islam yang faktor
pembentukannya harus bersama interaksi jaringan luar dan
nilai keterbukaan sejagat. Premis ini memberi satu kesedaran
kepada ABIM untuk keluar merancakkan libat urus –
engagement bersama semua untuk berkongsi rasa dan aspirasi
bagi menjayakan agenda Islah yang digariskan.
Libat urus sebagai salah satu wahana menzahirkan komitmen
hidup bersama dalam budaya damai (ta’ayyush fi al-silm) atas
asas keterbukaan dan kesejagatan rangka kosmopolitan Islam
yang dibawa ABIM adalah sebagai salah satu jawapan yang
cuba diketengahkan ABIM kepada permasalahan semasa. Di
kala sebahagian golongan cuba menyibukkan masayarakat
dengan segmentasi yang akhirnya memecah-belahkan kita
dengan pembakaran sentimen identiti politik yang keterlaluan,
23 Azyumardi Azra, The Origins of Islamic Reformism in South East Asia: Networks
of Malay-Indonesian and Middle Eastern ‘Ulama’ in the Seventeenth and Eighteenth
Centuries (2004). (Honolulu: University of Hawai’i Press 2004) Hlm 31
20
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
ABIM bergerak ke hadapan mencari titik temu bersama untuk
mengendurkan pertarungan dan pertembungan ini.
Lebih malang lagi, pertembungan identiti politik kaum ini
sengaja diwujudkan untuk mengekalkan budaya politik jijik
seperti fenomena “cash is king” & “scheme of things”, penyalahgunaan
kuasa, pengkhianatan mandat rakyat, serta politik angkuh yang
ditonjolkan. Lantaran masyarakat sudah tidak lagi terpandu
untuk memperoleh sinaran yang berkiblatkan nilai-nilai yang
terhormat.
PERTARUNGAN IDENTITI POLITIK TAJAM
MENZAHIRKAN KEMEROSOTAN KOSMOPOLITAN
ISLAM
Mengimbau kembali lanskap siyasah negara yang silam,
pilihanraya Umum pada tahun 1964 adalah merupakan
pilihanraya pertama Malaysia yang memberi mandat buat
seluruh rakyat yang meliputi Semenanjung, Singapura, Sabah,
dan Sarawak untuk mengundi dalam system demokrasi. Ia
diikuti pilihanraya berikutnya pada tahun 1969 yang memberi
mandat buat seluruh rakyat Malaysia (kecuali Singapura)
membuat penilaian terhadap keberkesanan kerajaan dalam
meyusun atur masyarakat pelbagai untuk satu tempoh yang
matang, yakni selama lebih lima tahun selepas pembentukan
Malaysia pada tahun 1963.
Krisis kaum yang tercetus bertarikh 13 Mei iaitu tiga hari
selepas Pilihanraya Umum 1969 adalah merupakan luka lama
yang tidak wajar dikenang. Namun, ia harus ditanggapi sebagai
manifestasi kekecamukan suara masyarakat pelbagai akibat
kegagalan pemerintah menyusun masa depan negara mengikut
citra Malaysia yang sebenar.
21
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
Menyedari hakikat ini, maka Alhamarhum Tun Abdul
Razak telah mewujudkan Majlis Perundingan Negara (Mapen)
pada tahun 1970 yang akhirnya melahirkan Rukun Negara
dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk
melibatkan wakil kaum, parti politik, golongan profesional dan
ahli akademik sebagai asas penyatuan dan perpaduan negara.
Sesungguhnya tidak wajar untuk kita gagal fahami bahawa
pembentukan Malaysia bukan suatu yang hanya bersifat buaian
cantik dilatari pelangi indah tetapi jua tidak terlepas dari duri
yang harus diwaspadai. Walau dengan penggabungan pelbagai
identiti akan menambahkan lagi kehebatan apabila kekuatan
dari pelbagai latar bersatu seperti moto yang dipaksikan
“Bersekutu Bertambah Mutu”, namun harus diingat, kelemahan
yang pelbagai juga akan disatukan termasuk kepelbagaian
identiti yang akan membentuk bebola permasalahan yang besar.
Dalam buku Identity & Violence, Amartya Sen mengingatkan
kita untuk mewaspadai kepelbagaian identiti. Menerusi identiti
dari sisi positif ia berupaya untuk menjadi sumber kebanggaan
dan kegembiraan serta kekuatan dan keyakinan. Seseorang
boleh dimotivasikan untuk berjaya bilamana dia dikaitkan
dengan identiti sesebuah kaum yang diuar-uarkan kehebatan
dari genap sejarah dan tradisi seterusnya menjadi pemangkin
kebangkitan sesebuah bangsa.
Namun, identiti boleh membunuh apabila sisi negatifnya
tidak dibendung. Amartya Sen mengenang kembali zaman
kanak-kanaknya sekitar tahun 1940-an bagaimana perubahan
sentimen berlaku dengan begitu pantas atas nama identiti.
Kepelbagaian identiti di India khususnya melibatkan Muslim
dan Hindu yang dihargai dari neraca kepelbagaian sekitar Januari
telah terubah sekelip mata kepada India yang digambarkan
mempunyai komposisi Hindu yang kejam dan Muslim yang
22
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
bengis pada Julai tahun yang sama. Lantaran, ratusan ribu telah
dibunuh di tangan mereka yang mendakwa melakukan kerja
tersebut “mewakili orang lain dari identiti yang sama”.24
Justeru, dalam memberi fokus kepada identiti agama-bangsa,
ia harus berkisar kepada sesuatu yang memberi pemberdayaan
dan bukan ke sudut ekstrem hingga merosakkan dan membunuh
kepelbagaian. Bagi menyeimbang penggunaan identiti kaum dan
agama, masyarakat harus turut menggarap kepelbagaian identiti
lain. Ini yang cuba dinukilkan oleh Amartya Sen sebagai “the
power of competing identities”. Ia membawa kepada sarwa pandang
bagaimana masyarakat berupaya untuk mencerminkan dirinya
sebagai satu identiti yang lebih luas merentas agama dan kaum.
Ini termasuklah identiti asal usul kelahiran, profesion pekerjaan,
jantina, kelas masyarakat, fahaman politik, tabiat pemakanan,
kecenderungan bidang sukan, kesukaan sesuatu musik serta
komitmen dalam bidang program kemasyarakatan.
Menerusi kepelbagaian identiti ini, kita dapat melihat
bagaimana seorang guru akan mempertahankan seorang guru
yang ditindas atas faktor persamaan identiti profesion pekerjaan
walaupun guru yang ditindas tersebut adalah dari latar identiti
agama yang berbeza.
Begitu juga dalam situasi di mana hak seorang wanita Islam
yang dibuang kerja kerana memakai tudung diperjuangkan serta
dipertahankan haknya oleh pelbagai kelompok latar belakang
ras, agama, serta fahaman yang berbeza daripada ajaran Islam.
Dalam rangka yang lebih besar, kita harus turut melihat
diri kita sebagai sebuah identiti yang berlandaskan negara dan
kewarganegaraan seperti identiti Bangsa Malaysia yang mampu
meraih keyakinan untuk bersama bergerak ke hadapan atas
panji negara. Namun, perlu sentiasa dipertegaskan, kita sentiasa
24 Amartya Sen, Identity and Violence, 2006, Penguin Group, London, Hlm 2
23
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
mendukung agenda mengangkat identiti agama dan bangsa
sebagai suatu anugerah yang wajib dipertahankan, namun kita
tidak harus keterlaluan berpegang kepada identiti tersebut
hingga membawa kepada watak ekstrim yang memecahkan
anggota masyarakat seperti yang dinukil Amartya Sen.
Oleh yang demikian, atas faktor itu, ABIM menanggapi
identiti Bangsa Malaysia sebagai salah satu ‘competing identities”
untuk menyederhanakan identiti agama dan kaum supaya tidak
terjerumus ke kancah yang melampaui batas. Maka, bila bicara
soal identiti Bangsa Malaysia ia bukan satu proses asimilasi
yang mencairkan kebudayaan sesuatu bangsa tetapi integrasi
untuk kita bersama membentuk watak-watak yang punyai ciri
kebersamaan semua bangsa yang mendiami negara bertuah ini.
Pembentukan ciri dan watak bersama ini atas nama integrasi
adalah satu jalan tengah yang akan mengelakkan masyarakat
dari jatuh ke gaung asimilasi mahupun terjerumus ke kancah
segregasi perpecahan.
Walau bagaimanapun, hari ini kita masih dibelenggu dengan
putaran keresahan bila bicara soal kepelbagaian persaingan
identiti ini, dengan dakwaan seolah ia meminggirkan serta
menenggelamkan survival identiti umat Melayu khususnya. Apa
lagi bila kita bicara soal watak Bangsa Malaysia seolah wujud
kompromi yang bakal merendah-rendahkan martabat bangsa.
Keresahan ini ada justifikasinya bilamana kita singkapi
idea yang diketengahkan oleh Francis Fukuyama. Dalam
buku Identity: Contemporary Identity Politics and The Struggle for
Recognition Fukuyama telah merakamkan dialog antara Socrates
bersama dua aristokrat muda Athens, Adeimantus dan Glaucon
tentang keadilan. Dalam dialog tersebut Socrates menonjolkan
‘thymos’ sebagai bahagian ketiga dalam diri manusia selain
keinginan (desire) dan akal (reason). Dalam konteks kehidupan
24
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
sosial dan bernegara, ‘thymos’ mendorong manusia untuk
sentiasa dalam keadaan ‘lapar’ terhadap pengiktirafan sosial.
Dalam konteks Malaysia, konsep ‘thymos’ agak dekat dengan
konsep maruah bangsa. Fukuyama berpendapat bahawa mainan
isu ‘thymos’ ini oleh politikus-politikus telah menimbulkan
beberapa ketegangan sosial dan konflik antara kaum, contohnya
di Amerika Syarikat.
“Thymos” diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris sebagai
“spiritedness” yang secara utuh dikaitkan dengan kelaparan
mencari pengiktirafan. Thymos adalah kedudukan antara
maruah dan kemarahan yang bertindak menerusi penilaian
(judgment) seseorang terhadap nilai (worth) dan maruahnya.
Fukuyama menyebut thymos inilah yang menjadi letak duduk
isu identiti politik yang mewarnai permasalahan global hari
ini.25
Bicara lanjut menerusi petikan dalam Republic, sememangnya
wujud kelompok masyarakat tertentu yang mencari
pengiktirafan kepada maruah ini atas dasar kesanggupan
untuk berkorban demi negara. Fukuyama menegaskan, dalam
masyarakat aristokrat mempunyai kepercayaan yang mendalam
bahawa penghormatan dan maruah tidak diberikan kepada
semua manusia tetapi kelas manusia tertentu yang meletakkan
risiko diri mereka demi negara. Di Greek, pahlawan-aristokrat
ini dilihat berbeza dari sudut penghormatan berbanding tukang
kasut, tukang masak dan lain-lain.
Melihat dalam neraca masyarakat Melayu, konsep thymos
ini telah dipegang sebagai akar kepada identiti bangsa, yang
mahukan satu penghormatan terhadap nilai dan maruah mereka
atas faktor sejarah nenek moyang yang menggadai nyawa demi
25 Francis Fukuyama, Identity : The Demand For Dignity & The Politics of Resentment,
2018, Profile Book, London, Hlm 18
25
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
membebaskan negara dari penjajahan luar mahupun penglibatan
generasi Melayu dan Peribumi kini yang mengisi profesion yang
berisiko tinggi demi kedaulatan negara seperti tentera, anggota
bomba dan polis. Ini selari dengan penegasan Socrates yang
dipetik Fukuyama: “Dignity was demanded primarily by a political
community’s warriors who exhibited courage and were willing to risk
death in public service” 26
Hari ini konsep thymos itu wujud dalam diri orang Melayu
yang dalam masa sama punyai watak inferiority complex
menanggapi cabaran luar modenisasi dan globalisasi yang lebih
besar. Penterjemahan kepada watak ini turut dapat dilihat bila
kita bicara soal pembangunan adil, seimbang dan berasaskan
prinsip ekuiti di mana keperluan bantuan disalurkan berasaskan
kepada semua golongan yang miskin dan memerlukan.
Saudara saudariku seangkatan sekalian,
FAKTOR KEMEROSOTAN CIRI KOSMOPOLITAN
ISLAM
Permasalahan yang berantai serta berkelanjutan ini muncul
ekoran kesongsangan imej watak identiti yang telah dipaksa
terima oleh penjajah kepada kita. Sekian lama berlaku
pemaksaan, secara perlahan tanpa sedar kita telah berterusan
selesa dibelai naratif, acuan dan ketetapan identiti yang
mengelirukan.
Justeru, ABIM terpanggil untuk mewacanakan pembentukan
semula naratif, watak dan pemikiran bangsa sebagai jalan keluar
tuntas untuk menjelmakan semula ciri kosmopolitan Islam yang
wujud menunjangi ketamadunan kita di waktu lampau.
26 Ibid., Hlm 37
26
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
Benedict Anderson pada tahun 1983 telah menulis satu
buku penting yang menjadi rujukan para pengkaji sosiologi
kontemporari iaitu Imagined Communities. Dalam buku tersebut
beliau menjelaskan bahawa acuan identiti sesebuah komuniti
itu bukan hanya berlaku atas faktor luaran seperti undang-
undang antarabangsa yang membahagikan dunia kepada
negara-negara bangsa semata-mata, tetapi ia juga adalah melalui
proses “social construct” ciptaan manusia. Dalam erti kata lain,
anggota sesebuah masyarakat yang sebenarnya mencipta satu
konsep identiti sesebuah kelompok yang dibayangkan dalam
sebuah imaginasi komuniti atau juga diterjemahkan sebagai
‘masyarakat kayangan’ yang menjadi impian.
Maka, apabila identiti komuniti itu difahami sebagai ‘social
construct’, yang dibina sesebuah masyarakat, maka masyarakat
berupaya untuk membuka semula social construct yang dibina
(deconstruct) dan menyusun atur semula construct yang bakal
dibina (reconstruct). Analogi yang mudah untuk kita fahami
adalah ibarat permainan bongkah lego yang pembinaannya
boleh diubah-ubah mengikut cita rasa pemainnya. Justeru, dua
aspek di bawah ini diperincikan bagi menjelaskan konsep ini
dalam latar sosiosejarah dan sosiopolitik dalam negara kita:
1. Identiti Songsang Melayu & Pribumi Hasil Tuaian “Social
Construct” Barat
Persoalan pokok yang harus kita bahaskan di sini adalah identiti
dan watak Melayu dan Pribumi itu telah dibina dan ditetapkan
oleh penjajah Barat dan kita hingga hari ini selesa enggan untuk
membuka semula social construct yang dibina sejak ratusan
tahun lalu.
Social Construct penjajah pertama yang dipakai atas nama
identiti Melayu adalah mitos kononya orang Melayu dan
27
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
Pribumi di Asia Tenggara adalah tidak berdaya saing dan malas
berusaha. Mitos ini sebenarnya telah melemahkan orang Melayu
yang membawa kepada rasa takut untuk bersaing dengan dunia
luar.
Namun, penerusan penanaman wabak mitos ini telah diwarisi
oleh sebilangan pemimpin politik elit negara dan golongan kelas
atasan Melayu sebagai memberi justifikasi kepada pergantungan
orang Melayu kepada mereka.
Pemimpin politik UMNO sebagai contoh telah mengeluarkan
buku Revolusi Mental 1971 dengan membawa mitos yang sama
yang sudah pasti membekukan usaha mengembalikan etos
wibawa Melayu.
Menerusi ketidaktelitian yang sengaja dihindarkan dalam
mengemukakan fakta, buku tersebut telah membawa kepada
kesimpulan yang menggelikan dengan tohmahan Melayu
sebagai tidak jujur terhadap diri sendiri, kurang keberanian
berjuang demi kebenaran, kurang realistik dan kurang berusaha
serta lekas mengaku kalah bila berhadapan dengan rintangan
walau sedikit pun.27
Maka, corak watak Melayu yang beralaskan kosmopolitan
Islam ini telah dicemari dengan ciri-ciri regresif, pessimistic dan
tidak yakin pada keupayaan sendiri.
2. Melahirkan bangsa yang bergantung dengan rasa inferiority
complex
Akibat penerusan kepada pemikiran yang salah, orang Melayu
merasakan telah wujud inferiority complex dalam diri mereka
secara lahiriah, seolah-olah apa yang ada pada etnik Melayu
27 Senu Abdul Rahman, 1971, Revolusi Mental, Kuala Lumpur, Penerbit Utusan
Melayu, hlm 158
28
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
hanyalah kebergantungan yang tinggi kepada pemimpin politik
dan kelas elitis.
Lebih menyedihkan dasar yang bersifat lebih komprehensif
membantu golongan tidak berkemampuan tanpa mengira
warna kulit cuba diapi-apikan sebagai menjatuhkan maruah
bangsa dan mencabar Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Permainan yang cuba diatur sesetengah kelompok elit poltik
yang menunggangi sentimen ini adalah satu perbuatan hina yang
tidak bertanggungjawab untuk menebalkan kebergantungan
politik selanjutnya menghilangkan sikap rasional bangsa dalam
melihat keadilan dalam pembasmian kemiskinan.
Memetik buku cetusan Sultan Nazrin Shah Striving for
Inclusive Development: From Pangkor to a Modern Malaysian State,
dijelaskan bahawa tindakan afirmatif yang bakal menghadapi
cabaran modenisasi masa hadapan perlu mempunyai ciri-ciri
keadilan dan ekuiti untuk merapatkan jurang kemiskinan
tanpa mengira kaum. Sultan Nazrin Shah menukilkan:“The
future design of affirmative action policies and programmes needs to
be based on firm and fair observance of the balance of interests among
all communities as provided for in the Federal Constitution. More than
ever, such policies must be geared towards the creation of pathways to
opportunity for all those who are disadvantaged, irrespective of their
ethnicity. All communities must be involved and must share in the
benefits of the nation’s development in order to achieve the creation of
a just society.” 28
Maka, di sini perlunya prinsip ekuiti di mana bangsa Melayu
mampu berdiri sama tinggi dengan bangsa lain dan dalam masa
sama bangsa lain tidak dibantutkan. Terjemahan Perkara 153
Perlembagaan Persekutuan yang membawa kepada tindakan
28 Sultan Nazrin Shah, Striving for Inclusive Development: From Pangkor to a Modern
Malaysian State, hlm 462
29
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
afirmatif keutamaannya bertujuan untuk memberdaya
kelompok Melayu khususnya dalam arena ekonomi. Akan tetapi
ia bukan bermaksud kita bebas menghalang pemberdayaan
bangsa-bangsa lain dengan menafikan hak kaum lain yang
miskin untuk turut keluar dari garis kemiskinan.
Dalam Islam, sebarang usaha membantu semua golongan
dalam kategori kepapaan wajib didukung. Dalam Surah Al-Ma’un
Allah telah menceritakan kisah golongan yang mendustakan
ajaran agama iaitu hari pembalasan yang antara cirinya adalah
mereka yang tidak senang dengan usaha membantu orang-orang
miskin.
Firman Allah:
يَ ُد ُّع �ٱلۡ َي ِتي َم٣ َعا ِمفَ�ٱَلۡذ ِٲمِ ۡ َسل ِك�ٱِ َّي ِلنى١ ِلىَويَُلَك َُِّذي ُ ُّب ِبض�ٱلّعَِدٰيَ ِلن َط٢َّ أ� َر َءيۡ َت �ٱ
“Tahukah engkau akan orang yang mendustakan hari
pembalasan? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku
zalim kepada anak yatim. Dan ia tidak menggalakkan
untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh
orang miskin”. (Al-Ma’un Ayat 1-3)
Tidak terhad kepada dasar membantu kaum lain yang
miskin, sentimen yang diapi-apikan turut berlegar kepada
sikap sinis sebahagian masyarakat kita yang turut tidak senang
bilamana terdapat badan bukan kerajaan yang menghulurkan
bantuan kepada pelarian, warga buruh migran dan golongan
tiada dokumen.
Shaykh Muhammad Abduh menyebut tentang penyakit
yang menyelubungi golongan pendusta agama ini. Mereka
30
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
mengerjakan sembahyang tetapi ia sedikit pun tidak
mendatangkan manfaat. Seterusnya Abduh menjelaskan ciri-
ciri khusus yang dimiliki oleh orang yang membenarkan agama
yang membezakannya dengan pendusta agama adalah bersikap
adil, belas kasih dan mendatangkan kebajikan kepada orang lain.
Manakala ciri-ciri khusus pendusta agama ialah meremehkan
hak orang lemah, tidak mengambil berat terhadap orang yang
memerlukan bantuan, berbangga dan cintakan harta, bermegah
dengan kekuatan dan tidak melakukan kebajikan kepada orang
yang berhak dibantu.29
Perasaan ketakutan tidak munasabah yang telah dibawa
berserta kemahuan pengiktirafan maruah ini sebagai akibat dari
kegagalan diatasi, maka sarwa pandang kita telah dimalapkan
dari merenung firman Tuhan ini yang wajib kita Imani,
membantu sesiapa saja yang miskin dan berhak.
Mengemukakan kekelaman ciri kosmopolitan Islam atas
faktor penjajahan tidak bertujuan mencari jalan mudah
menuding jari menyalahkan sesuatu pihak semata, tetapi
signifikannya ia turut dibahaskan dengan fakta terperinci oleh
beberapa sarjana. Di sini ungkapan Prof Dr Syed Khairudin amat
penting untuk diteliti menerusi perbandingan alam Melayu
pada zaman sebelum dan selepas kedatangan penjajah. Beliau
menyatakan bahawa: “I propose that the Muslim polities that existed
in Southeast Asia before the arrival of European colonialism displayed
a high degree of inclusivity and encouraged Muslim cosmopolitanism
in the region…”30
Beliau melanjutkan “The arrival of the Portuguese fleets in
1498 and their subsequent takeover of Malacca in 1511 changed the
29 Ahmad Mustafa Al-Maraghiy, op.cit., Jilid 15, Dewan Bahasa & Pustaka, KL,
Hlm 7718
30 Muslim Cosmopolitanism, Southeast Asian Islam In Comparative Perspective, Hlm
134
31
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
cosmopolitan landscape of Southeast Asia. Muslim-Christian rivalry,
in the realms of both warfare and proselytization, became more
marked than in the years before. The coming of the Dutch in the early
seventeenth century further exacerbated the enmity between Muslim
and Christian powers in the region” 31
Beliau kemudian memetik buku karangan J.M Gullick Rulers
and Residents: Influence and power in the Malay State yang
mengulas bagaimana pemisahan urusan agama dan pentadbiran
oleh kolonial British menghalang institusi Raja untuk
mengembalikan semangat kosmopolitan rantau ini “What used
to be kingdoms of power and supremacy that aided in the development
of Muslim cosmopolitanism became kingdoms of ceremonies with no
real control over most matters pertaining to Muslims and non-Muslims
in local societies.”32
ARAH BAHARU WATAK & PEMIKIRAN BANGSA
Sentuhan-sentuhan di atas tentang sistem masyarakat yang
dilalui bangsa dalam tempoh ratusan tahun berjaya menebalkan
dakyah untuk merendahkan martabat bangsa. Lantaran, adalah
satu tuntutan untuk kita untuk rekonstruksi semula watak
dan pemikiran bangsa untuk dibebaskan dari ulitan pemikiran
lapuk dan melemahkan. Pembebasan dari rasa takut ini adalah
satu tuntutan untuk melengkapkan hak kehidupan manusia
secara sempurna. Di dalam Kovenan Antarabangsa Mengenai
Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan (ICESCR) dinyatakan di
dalam mukadimahnya tentang dua elemen utama pembebasan
iaitu kebebasan dari ketakutan dan kebebasan dari kemelaratan.33
31 Ibid, Hlm 136
32 Ibid, Hlm 137
33 International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights, New York,
16 December 1966, https://legal.un.org/avl/ha/icescr/icescr.html
32
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
Kedua-dua elemen ini datang bersumber dari Firman Allah
iaitu melalui ayat-ayat surah Quraish di mana Allah berfirman:
ٍَ أ� ۡط َع َمهُم ِّمن ُجو ۬ع٤ َخ ۡو ۭ�ٱِ َّ ِفل ٓى٣ فَلۡ َي ۡع ُب ُدوْا َر َّب َهٰـ َ َوذَءاا َم�ٱلَُۡ َنبيۡم ِِّمت ۡن
“Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang
menguasai rumah (Kaabah) ini, Tuhan yang memberi
mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari
kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan”.
Menurut Sheikh Dr Ahmad Ar-Raisuni, manusia yang dalam
kelaparan dan ketakutan, tentunya akan hilang sebahagian
besar dari kebebasannya. Maka oleh itu, dalam hal ini, mereka
ini dikatakan sebagai “mudthir” iaitu orang yang terpaksa, dan
keterpaksaan itu lawannya ialah pilihan iaitu kebebasan.34
Justeru, masyarakat Melayu harus dibentangkan landasan
kebebasan sebagai pilihan untuk mereka bebas dari pemikiran
dan perasaan resah dan khuatir yang dengan sengaja diwujudkan
dengan memasakkan semula rencah watak sebenar bangsa
dengan ethos dan kredibiliti yang wujud dalam garisan sejarah
silam. Sebagai medan untuk merombak pemikiran khurafat
moden ini, kita harus berterima kasih buat beberapa tokoh
penulis Melayu tersohor yang sebenarnya telah berusaha untuk
membuka semula (deconstruct) pembinaan social construct oleh
penjajah Barat.
Syed Hussein Alatas telah menempelak buku Revolusi Mental
menerusi karya beliau Mitos Pribumi Malas. Menurut beliau
34 Ahmad Ar-Raisuni, Kebebasan & Pembebasan, 2016, IDE Research Centre,
Shah Alam, hlm 16
33
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
hakikat sebenarnya penjajah beterusan menyalahkan orang
Melayu semata sikap Melayu yang tidak tunduk kepada budaya
aktiviti ekonomi yang dibawa berasaskan sistem kapitalis
yang tidak menguntungkan masyarakat tempatan. Apa lagi
orang Melayu diperah untuk berkerja dengan Inggeris yang
hasil mahsul dari perahan hanya akan dibawa untuk memberi
manfaat kepada orang-orang Inggeris. Tidak hairanlah mengapa
pentadbir kolonial Inggeris Clifford menyatakan orang Melayu
telah menjadi “anggota komuniti yang tidak menguntungkan
dan tidak memuaskan” kerana kaum Melayu tidak menyediakan
tenaga kerja yang diperlukan.35 Malangnya Revolusi Mental
bersikap untuk tunduk kepada pemikiran ini.
Tidak ketinggalan buku Dilema Melayu Tun Dr Mahathir
turut seolah membenarkan mitos yang sama dengan mengguna
teori ‘survival of the fittest’ sebagai alasan untuk menjustifikasikan
‘protectionism for the Malays’ yang menggambarkan orang
Melayu secara genetik keturunan sebagai tidak cekap.36 Maka,
tidak keterlaluan apabila Syed Hussein Al-Attas menyamakan
Dilema Melayu dengan buku Revolusi Mental sebagai
mengelirukan pembaca tentang peribadi Melayu. Kedua-duanya
menurut Syed Hussein Al-Attas merendahkan keperibadian
dan kebudayaan Melayu walau ini mungkin tidak dituju oleh
pengarang-pengarangnya.37
Keperluan Melayu untuk dibantu ada benarnya tetapi bukan
dibantu atas sebab watak songsang yang disarung ke atas orang
Melayu yang dilonggokkan dengan keburukan dan kelemahan
35 Syed Hussein Alatas, Mitos Peribumi Malas, 2009, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, hlm 145
36 Asia Pacific: Perspectives, an electronic journal, Volume IX – Number 2, June
2010, hlm 56
37 Syed Hussein AL-Attas, Siapa Yang Salah: Sekitar Revolusi Mental dan Peribadi
Melayu, 2015, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, xvii
34
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
yang serba-serbi secara lahiriah. Dalam perjalanan dunia
yang semakin berkembang menerusi kepesatan sains telah
membuktikan bahawa tiada satu kaum yang lebih baik dari
kaum yang lain, malah Nelson Mandela dalam sebuah warkah
menekankan mitos superioriti bangsa atas dasar genetik dengan
sendirinya terhapus jika masing-masing diberikan peluang sama
rata.
Ketika dalam tahanan di Robben Island 1978 bertajuk
Whither the Black Consciousness Movement beliau menulis: Science
and experience have also shown that no race is inherently superior to
others, and this myth has been equally exploded whenever blacks and
whites are given equal opportunity for development” 38.
Selain Syed Hussein Alatas, Prof Diraja Ungku Abdul Aziz
Ungku Abdul Hamid secara vokal turut mengambil tempat
untuk membongkar – deconstruct imej bangsa yang dibina
penjajah. Buku Jejak-jejak di Pantai Zaman yang memuatkan
tulisan beliau dalam akhbar Utusan perlu diambil manfaat oleh
generasi hari ini. Pada sekitar tahun 1970-an, buku klasik ini
telah menjadi teks wajib di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti
Malaya.
Menyentuh tentang kemiskinan orang Melayu, tanpa
menafikan sikap negatif yang ada pada sesetengah orang
Melayu yang turut dimiliki oleh bangsa lain yang bergelar
manusia, faktor asas yang melangsungkan kemunduran Melayu
adalah persekitaran yang tidak membantu orang Melayu untuk
bangkit keluar dari kemiskinan. Antara yang utama adalah
permasalahan tidak setimpal upah yang diperoleh bagi kerja
keras yang dituntut. Mengambil contoh perbandingan dalam
tahun 1954, seorang petani dewasa di Inggeris mendapa upah
38 Nelson Rolihlahla Mandela, Notes For The Future, Atria Books, New York, 2012,
hlm 9
35
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
$1.70 sejam, bukan sehari. Di Amerika Syarikat dalam tahun
1950, gaji hitung panjang bagi petani dewasa adalah $2.07 sejam.
Tetapi petani di Malaysia mendapat antara $1 hingga $1.50
sehari.39
Dalam pada itu, beliau turut mengkritik agenda pemerkasaan
Melayu yang hanya dineracakan dalam kerangka feudal sebagai
alasan untuk mengkayakan kelompok tertentu. Kritikan beliau
sebenarnya telah dibenarkan menerusi keberhasilan dasar-dasar
untuk orang Melayu seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
kemudiannya menjadi alat untuk melahirkan orang politik yang
empunya “rent seeking mentality”. 40 Namun, wujud kebenaran
akan sebahagian kejayaan hasil DEB dan tindakan afirmatif
khusus dalam mobiliti sosial bilamana berjaya untuk menaik
taraf kehidupan berkeluarga dari satu generasi ke generasi.
Sebagai contoh representasi Bumiputera dalam pengurusan
pekerjaan dengan peratus 22.4% pada tahun 1970 kepada 36.8%
pada tahun 1995 dan lebih melonjak pada tahun 2018 dengan
catatan 42.4%.41
VALUE-BASED CHARACTER EDUCATION DAN JAMBATAN
PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
Penjelasan akan hakikat ini amat mendukacitakan bila mana satu
imaginasi komuniti bangsa dengan pencemaran yang sengaja
diserapkan yang menjadi faktor kemerosotan ciri kosmopolitan
Islam yang sekian lama dibina. Menerusi pembinaan konstruk
39 Ungku A. Aziz, Jejak-Jejak Di Pantai Zaman, 1987, Penerbit Universiti Malaya,
Kuala Lumpur hlm 102
40 MIER chief blames rent-seeking politicians for NEP’s failure, https://www.
malaysia-today.net/2019/10/16/mier-chief-blames-rent-seeking-politicians-for-
neps-failure/
41 Striving for Inclusive Development: From Pangkor to a Modern Malaysian State, hlm
460
36
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
pemikiran bobrok ini ia telah melengkapkan kepapaan perangai
dan sikap bangsa serba serbinya yang menzahirkan rasa rendah
dan inferior kepada cabaran luar.
Lantaran, pendidikan dalam membina watak dan etos
bangsa yang kuat harus dipelopori sebagai penerapan semula
nilai-nilai kosmopolitan Islam yang dituntut ini. Dalam rencah
penerapan nilai ini, pendidikan adalah asas membentuk citra
dan watak sesuatu bangsa. Justeru, Prof Dato’ Dr Siddiq Fadzil
pernah menekankan bahawa dalam mekanisme pencarian etos
dan watak baharu bangsa yang lebih wibawa menerusi neraca
pendidikan ia memerlukan value-based character education sama
ada secara formal atau tidak. Hari ini slogan yang diangkat
bukan semata knowledge is power tetapi character is power kerana
watak nilai yang ada dalam jiwa bangsa yang menentukan
kekuatan kita untuk keluar dari fasa inferirority complex dan
kebergantungan selanjutnya menapak dengan lebih yakin
mengharungi cabaran di hadapan.
Kekuatan watak juga menjadi paksi kepada maruah dan
‘respectability’ bangsa untuk memperoleh penghormatan tulen
dari manusia lain. Penghormatan tulen yang mengiktiraf maruah
sesuatu bangsa ini sesuatu yang tinggi harganya yang sering
diungkap sebagai ‘True respect can never be demanded, it can only
be earned’. Dalam masa yang sama, pembinaan karakter bangsa
menerusi garisan Akhlak Rasul tidak seharusnya disempitkan
hanya kepada perlakuan baik semata tetapi mencakupi seluruh
ruang kemasyarakatan yang lebih inklusif dan komprehensif.
Ini termasuk memelihara maruah manusia seluruhnya, bersikap
adil kepada golongan minoriti, dan menunaikan amanah dengan
telus sebagai hak yang dipertanggungjawabkan.
Pembinaan semula watak bangsa menerusi value-based
character education yang menjurus kepada kekuatan Etos bangsa
37
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
dengan budaya peradaban yang tinggi akan menjadi tunjang
membawa semula ciri dan nilai ketamadunan kosmopolitan
Islam di rantau Asia Tenggara. Seterusnya ciri-ciri yang
dijelaskan dalam lembaran awal berkenaan kosmopolitan Islam
yang sebati dalam diri Muslim Asia Tenggara ini berupaya untuk
merencatkan gejala kesumat kaum dan permusuhan agama dan
sebagai kemuncak akan menjambatani usaha menyepakati
penyerapan nilai identiti Bangsa Malaysia sebagai rangka
mencari sisi kebersamaan dan perkongsian hadaf yang sama.
ABIM MEMIMPIN GERAKAN PEMBINAAN BANGSA
MALAYSIA
Sesungguhnya kerencaman bangsa dan budaya di tanah bertuah
kita ini sudah lama wujud beratus tahun hasil dari ketamadunan
yang saling berinteraksi ditambah dengan keterbukaan bangsa
Melayu dalam era Melaka dengan ciri-ciri Kosmopolitan.
Dari warisan ini muncul kepelbagaian etnik yang bersama
membangun ketamadunan serantau sama ada dari etnik
peribumi hinggalah kumpulan baba dan nyonya.
Atas asas ini, ABIM optimistik dan berusaha untuk
menyatukan semua pihak membina ikatan-ikatan Bangsa
Malaysia yang diikat atas nilai dan budaya fitrah manusiawi yang
bersama memusuhi kemiskinan, perpecahan, ketidakadilan,
kebejatan moral dan keangkuhan. Nilai-nilai ini memberi
kekuatan untuk kita bersama merobek identiti tunggal semata
atau Al-Huwiyyah Al-Mufradah kepada melihat kesatuan insan,
Wahdah Insaniyah sebagai pentas yang membimbing peaceful co-
existence.
Sebagai titik landasan kearah usaha tersebut, libat urus
– engagement yang meluas amat menjadi keperluan untuk
ABIM bersama pemegang taruh lain sebagai memimpin
38
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
usaha menggerakkan agenda ini. Justeru, seluruh warga ABIM
dalam pelbagai bidang meliputi hal ehwal wanita (Helwa),
pendidikan, antarabangsa, alam sekitar, media telah mengorak
langkah memperbaharui nafas libat urus ini dengan turut
mendendangkan usaha jalinan kerjasama dengan semua pihak.
Perkembangan ini adalah satu cerminan kesiapsiagaan ABIM
untuk menjadi pelopor dan penggerak utama (convener)
kepada gagasan kebersamaan dengan merapatkan saf seluruh
rakyat meranumkan buah kehidupan damai bersama (peaceful
co-existence) untuk dinikmati. Apa yang diperlukan adalah
keterlibatan semua pihak memberi kepercayaan dan keyakinan
kepada ABIM untuk mencerahkan masa depan negara dengan
bersama memulakan langkah membina ikatan silatu Rahim,
mencari titik temu, dan menukilkan konsensus bersama.
Seminar Pembinaan Bangsa Malaysia yang dianjurkan ABIM
sebelum ini telah dikembangkan lagi menerusi terjemahan
pelaksanaan Projek Bangsa Malaysia yang lebih praktikal
seperti penubuhan Malaysian Interfaith Climate Change Network
(MICCN) dengan tema #BangsaMalaysiaLawanPerubahanIklim
dan #BangsaMalaysiaFightingClimateChange yang dipimpin
ABIM sebagai medium penyatuan bangsa dalam negara
melihat kepentingan pemeliharaan alam sekitar dan isu-isu
perubahan iklim. Isu besar seperti alam sekitar dan perubahan
Iklim tidak boleh dinafikan mempunyai mempunyai pengaruh
besar kepada penyakit dunia hari ini seperti penularan wabak
covid-19 apabila kerakusan kita memusnahkan alam serta
habitat haiwan liar mengakibatkan tersebar penyakit zoonotic
dan seterusnya berlaku interaksi sentuhan dengan manusia.
Demi masa depan hidup yang lebih baik dan bermakna, isu-
isu yang besar menjangkau kerangka politik harus diletakkan
di hadapan sebagai rangka penyatuan sesama kita seterusnya
39
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
bersama menggerakkan perkongsian tanggungjawab sesama
manusia untuk menikmati kehidupan yang sempurna.
Bertitik tolak dari kefahaman ini, justeru, sudah tiba masanya
kita melihat ke depan dengan menggerakkan inisiatif bangsa
Malaysia menjangkaui kerangka politik yang mengakibatkan
kita tersangkut dengan pelbagai dogma, sentimen dan
salah faham yang membantutkan kemurnian usaha mencari
persefahaman ini. Seterusnya perencanaan bermakna ini boleh
dibawa menerusi projek kebajikan rakyat atas semangat ciri
Bangsa Malaysia yang saling bantu membantu sesiapa sahaja yang
memerlukan selain Forum Dasar Negara, dan Pemberdayaan
Jaringan Akar Umbi seluruh bangsa.
Tujuan utama ABIM bersama perencanaan Projek Bangsa
Malaysiaadalahdemimenggerakkanmasyarakatbersamamengisi
kekosongan vacuum yang jelas lompongnya dalam membawa
agenda penyatuan. Setidaknya dengan penggembelingan
seluruh pemegang taruh yang ada, kita dapat memetakan jalan
keluar masyarakat dari sindrom permasalahan khususnya yang
berpaksi kepada perpecahan yang menambahkan kegelitaan dan
kecelaruan yang dilalui. Dari sini peri pentingnya untuk digali
kembali ciri-ciri kosmopolitan Islam dalam perwatakan umat
dalam negara yang terbuka kepada nilai sejagat dan persaingan
sihat sebagai kunci meruntuhkan mitos takut yang berterusan
memencilkan kita dalam terowong gelap lagi tertutup.
Penyegaran semula etos wibawa bangsa yang dibicarakan atas
prinsip kukuh yang dimudik menerusi pendidikan karakter
merupakan jalan menuju haluan berkenaan. Kedua-dua elemen
ini seterusnya dirangkaikan bersama agenda Bangsa Malaysia
sebagai semboyan menarik seluruh kaum dan agama untuk
berkongsi nilai dan tanggungjawab membina negara yang kita
cintai ini.
40
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
COVID-19 SEBAGAI KRISIS YANG MENYATUKAN
TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT DUNIA BERSAMA
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia hari ini adalah sesutu
yang sememangnya di luar jangkaan. Akibat susulan dari
pandemik turut mencetuskan serba serbi pembaharuan yang
sukar untuk digambarkan dengan satu perkataan. Justeru, tidak
hairanlah mengapa Oxford English Dictionary telah memilih untuk
tidak menamakan dengan satu perkataan untuk memerihalkan
tahun 2020 ini. Sebaliknya Oxford Dictionary telah mentakrifkan
tahun 2020 sebagai ‘a year which cannot be neatly accommodated
in one single word’. Menerusi perihal pelbagai ragam yang
meliputi tirai 2020 dari ‘coronavirus’, ‘lockdown’, normal baharu,
maka pakar telah menamakan tahun 2020 sebagai Words of an
Unprecedented Year sebagai nama yang terukir dalam Oxford Word
of the Year 2020.42
Setakat Disember 2020 angka kes pesakit yang terkesan
dari Covid-19 telah meningkat terlalu mendadak yang
membawa kepada jumlah kematian terkini sebanyak 1,613,671
berdasarkan catatan yang ditunjukkan oleh European Center
for Disease Prevention and Control (ECDC).43 Di Malaysia ketika
awal penularan wabak ini tidak kurang merunsingkan yang
merekodkan catatan kematian dan jumlah pesakit masing-
masing sebanyak 93,309 dengan jumlah kematian sebanyak 437.
(21 Disember 2020)44
42 Oxford Word of the Year 2020, Oxford Word of the Year 2020 | Oxford
Languages (oup.com)
43 European Centre for Disease Prevention and Control, COVID-19 pandemic
(europa.eu)
44 Kementerian Kesihatan Malaysia, Kenyataan Akhbar KPK 20 Disember 2020
– Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
– From the Desk of the Director-General of Health Malaysia (kpkesihatan.com)
41
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
Oleh yang demikian, khabar berkenaan kejayaan penghasilan
vaksin oleh beberapa syarikat farmaseutikal antaranya Pfizer-
BioNTech dan Moderna, adalah sesuatu yang amat dinanti
dan diraikan. Penemuan vaksin ini dilihat seolah memberi
satu sinar baharu untuk manusia sekali lagi menewaskan virus,
menghentikan wabak dan mengembalikan kehidupan seperti
normal lama. Namun, apakah benar konotasi tersebut?
Menurut Fareed Zakaria dalam buku terbarunya Ten Lessons
for a Post-Pandemic World, Covid 19, yang berasal dari kelawar,
adalah salah satu contoh kesan langsung dari kegagalan manusia
dalam mengurus tadbir kepesatan pembangunan dan apa yang
merisaukan, Malaysia turut tercatat dalam buku beliau sebagai
contoh yang signifikan bagi membuktikan perkara ini. Beliau
menulis:
“Bats used to live farther from humans. But as we
encroached on their habitats, their diseases increasingly
became our diseases. In Malaysia, rainforest have been
cut down for decades in order to produce palm oil and
lumber. Over time, this deforestation ushed fruits bats
closer and closer to places where they could sustained
themselves. Many clustered around pig farms, feding off
the mango and other fruit trees that grew there. And so in
1998, a virus called Nipah, hosted in bats, appears to have
infected pigs which then infected farm workers45
Beliau menambah lagi,
“We are tempting fate similarly every day. Climate change
is a vast topic that deerves its own books and warnings.
45 Fareed Zakaria, Ten Lessons for a Post-Pandemic World, 2020, W.W.Norton &
Company Ltd, New York, hlm 18
42
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
But suffice it to say that we are now watching its effects
on almost every part of the natural environment46
Maka jelas bahawa wabak yang kita hadapi, bukanlah satu
proses semula jadi semata-mata tetapi kesan dari apa yang kita
lakukan terhadap alam semula jadi. Menurut Peter Daszak,
pakar ekologis penyakit dalam satu wawancara CNN “we are
doing things every day that make pandemics more likely”47
Kepesatan pembangunan dan perkembangan ekonomi, tanpa
mengambil kira kesannya terhadap alam hanya akan membuat
kita lebih terdedah kepada bahaya kepada manusia dalam
pelbagai cara yang boleh jadi lebih memudaratkan. Atas dasar
yang sama menurut Fareed Zakaria, pengajaran pertama yang
kita harus fahami dalam dunia pasca pandemik untuk “Buckle
Up” – bersedia untuk menghadapi perkara yang lebih teruk,
akibat dari kerakusan manusia yang memacu perubahan iklim
yang drastik, terutama sekiranya manusia masih gagal berubah.
Kenyataan ini menjelaskan tuntutan untuk ABIM dan
Gerakan anak muda untuk tampil bersolidariti bersama
masyarakat dunia menzahirkan keresahan terhadap ancaman
alam sekitar yang membawa kepada perubahan iklim akibat
kerakusan golongan yang mementingkan diri.
Sebagai permulaan, projek Tekad Hijau yang dilancarkan
ABIM bersama Islamic Foundation for Ecology and
Environmental Science (IFEES) bertarikh 5 Disember 2019 serta
pembentukan platform Malaysian Interfaith Climate Change
Network (MICCN) yang dipelopori ABIM adalah sesuatu yang
amat signifikan dan harus diluaskan lagi kempen-kempen bagi
46 Ibid, Hlm 21
47 On GPS: Tracing pandemics back to their source, https://www.msn.com/en-
us/health/medical/on-gps-tracing-pandemics-back-to-their-source/vi-BB13ejuP
43
KOSMOPOLITAN ISLAM & PEMBINAAN BANGSA MALAYSIA
tujuan menyatukan masyarakat pelbagai agama bagi menangani
isu yang amat genting ini.
Dalam pada itu, situasi genting ini pasti menuntut ABIM
untuk tampil bersama membantu para petugas Barisan Hadapan
khususnya dalam sektor kesihatan dan keselamatan. Berkat dari
usaha sama ABIM dan agensi gabungan kita dengan pelbagai
pihak khususnya Kementerian Kesiahatan Malaysia (KKM) dan
Majlis Keselamatan Negara (MKN), ABIM telah menggerakkan
bantuan khas untuk petugas Barisan Hadapan yang bertugas
di Hospotal Kerajaan dan Klinik Kesihatan di seluruh negara.
Bantuan khas ini meliputi sumbangan sarung tangan getah,
PPE, pelitup muka, pek makanan asas, hand sanitizer, serta
bantuan penjagaan anak-anak sewaktu mereka bertugas. ABIM
ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak KKM
khususnya Ketua Pengarah Tan Dr Sri Noor Hisham Abdullah
yang secara rasmi mengiktiraf usaha murni ABIM sebagai antara
NGO utama yang membantu para petugas barisan hadapan.
Sementara itu, pandemik ini telah merencatkan amalan
kebiasaan manusia terutama aktiviti ekonomi masyarakat.
Kesempitan hidup semakin berleluasa di pelbagai peringkat
apabila pada telah mencatatkan peningkatan pengangguran
akibat dari pemberhentian kerja.
Merujuk kepada statistik Jabatan Perangkaan, kadar
pengangguran di negara ini berada pada paras 3.9 % atau sekitar
610,000 orang pada bulan Mac 2020. Seterusnya, memasuki April
2020, peratus pengangguran mencanak ke 5.0% dengan jumlah
778,800. Kadar pengangguran tidak banyak beza selepas tiga
bulan iaitu Ogos 2020 dengan kadar 4.9% dan September dengan
jumlah 745,800 atau kadar 4.7%. Statistik ini menggambarkan
trend jumlah kadar pengangguran yang konsisten tinggi sejak
menularnya wabak Covid-19 dan ditambah dengan masalah
44