PPEENNGGAAPPLLIIKKAASSIIAANN TTEEOORRII
PPEERRKKEEMMBBAANNGGAANN
KKOOGGNNIITTIIFF DDAALLAAMM
PPEENNDDIIDDIIKKAANN AABBAADD KKEE--2211
Disediakan oleh:
1.MUHAMMAD KHAIRUL IZHAM BIN
MAT NOR (158249)
2.NUR AIN NATASHA BINTI YUSOF
(159673)
3.MUHAMMAD IRFAN BIN AHMAD
SHUKRI (159603)
ISI KANDUNGAN
03 pengenalan
05 Bruner
18 piaget
33 vygotsky
52 rujukan
02
PENGERTIAN KOGNITIF
Istilah kognitif berasal dari bahasa latin iaitu cognitivus,
dari cognit tang bermaksud tahu, dari kata kerja
cognoscere. Ia merujuk kepada kegiatan-kegiatan minda
semacam berfikir, menaakul, menganalisis, pembentukan
konsep, penyelesaian masalah dan lain-lain. Teori kognitif
banyak dipelopori oleh ahli psikologi seperti Gestalt, Piaget,
Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel
PENGERTIAN TEORI KOGNITIF
Teori kognitif ialah teori yang menjelaskan bahawa aktiviti
pembelajaran merupakan sebuah perubahan yang berlaku
kepada ilmu pengetahuan yang disimpan di dalam memori
seseorang. Teori ini bererti penambahan pengetahuan ke
dalam ingatan jangka panjang atau perubahan yang terjadi
kepada skema ataupun struktur pengetahuan. Penyelidikan
terhadap teori pembelajaran kognitif memerlukan
representasi mengenai perhatian, memori dan elaborasi
reheashal, pelacakan kembali, dan pembinaan maklumat
yang bermakna.
03
APA ITU PEMBELAJARAN ABAD KE-21?
Malaysia ialah sebuah negara yang berkembang pesat
dalam globalisai pada hari ini. Turut tidak ketinggalan
sektor pendidikan, dalam menuju ke arah pendidikan
bertaraf dunia, Malaysia hendaklah membuat satu
perubahan yang akan memberi impak kepada dunia
pendidikan, untuk menjayakan usaha tersebut Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti perkara-perkara
yang mesti dilakukan. Oleh itu, bermula pada tahun 2014,
bersesuian dengan tujuan dan era, KPM telah
melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK21).
PAK21 merupakan sebuah proses pembelajaran yang
berpusatkan kepada pelajar. Komunikasi, kolaboratif,
pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan
etika, merupakan beberapa elemen yang diterapkan dalam
PAK21. Elemen-elemen ini juga disebut sebagai standard
asas dalam PAK21.
04
TEORI PERKEMBANGAN
KOGNITIF BRUNER DAN
APLIKASINYA DALAM
PEMBELAJARAN ABAD KE-21
05
2
KANDUNGAN
BIODATA KURIKULUM
PENGASAS LINGKARAN
TEORI
PERINGKAT
PERWAKILAN
PEMBELAJARAN
PENEMUAN
PENGAPLIKASIAN KESIMPULAN
TEORI DALAM
PENDIDIKAN ABAD
KE-21
06
BIODATA PENGASAS TEORI
Jerome Bruner atau nama pendidikan, dengan teori-teori
penuh beliau, Jerome Seymour yang telah dikemukan oleh
Bruner merupakan seorang, beliau seperti teori
pendidik, ahli konstruktivis dan perkembangan kognitif dan
ahli psikologi pendidikan teori kognitif pembelajaran.
terkenal Amerika. Beliau Bruner mendapat ijazah
dilahirkan pada 1 Oktober 1915 pertama di DUKE University,
di New York dan meninggal Durham, California pada tahun
pada 5 Jun 2016 di New York 1937 dan mendapat ijazah
ketika beliau berusia 100 tahun. kedoktoran dalam bidang
Beliau telah banyak psikologi di Harvard Universiti
menaburkan bakti beliau dalam pada tahun 1941.
bidang psikologi dan
07
Ketika perang dunia kedua meletus, Bruner berkhidmat sebagai
sebagai seorang pakar dalam Bahagian Perang Psikologi yang
terletak di bawah urus tadbir Jawatankuasa Pasukan Ekspedisi
Bersekutu Markas Tertinggi yang diketuai oleh Jeneral Dwight
D.Eisenhower.
Selepas perang dunia kedua berakhir pada 1945, beliau kembali
bertugas sebagai pensyarah di Harvard dan menjadi Profesor pada
tahun 1952. Beliau merupakan pengarah Pusat Pengajian Kognitif
Harvard dari 1960 hingga 1972 sebelum berhijrah ke University Of
Oxford dan bertugas sebagai profesor psikologi experimen hingga
tahun 1980.
Sebagai seorang yang produktif, banyak karya yang telah dihasilkan
oleh beliau. Antara karya karangan beliau ialah:
1. Acts of Meaning
2. Making Stories: Law, Literature, Life
3. Child's Talk: Learning to Use Language
Terdapat juga buku yang telah dikarang oleh beliau yang kini
dijadikan sebagai rujukan oleh pelbagai negara dalam penyusunan
dan penggubalan kurikulum matematik moden iaitu buku beliau yang
bertajuk The Process Of Education.
Bruner turut memainkan peranan yang cukup penting dalam
perancangan Madison Project yang merupakan kurikulum inovatif
untuk pengajaran Matematik moden di Amerika Syarikat.
Bruner juga merupakan individu yang penting dalam Revolusi
Kognitif pada era 50-an yang bertujuan untuk menggantikan konsep
behaviourisme.
Kerja- kerja oleh Bruner banyak dipengaruhi oleh ahli konstrutivisme
yang lain seperti Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Contohnya, teori
peringkat perwakilan Bruner dibina berdasarkan konsep peringkat
perkembangan Piaget. Walau bagaimanapun, berbeza dari Piaget,
Bruner percaya bahawa faktor sosial, terutama sekali bahasa, adalah
amat penting kepada perkembangan kognitif seseorang.
08
PERINGKAT PERWAKILAN
Bruner (1966), dalam kajian beliau berpendapat bahawa ilmu
pengetahuan disusun dan dikategorikan melalui peringkat
perwakilan yang berbeza. Menurut beliau, terdapat tiga
peringkat perwakilan kognitif, iaitu, perwakilan enaktif, ikonik
dan simbolik. Bruner mencadangkan bahawa ianya berkesan
apabila seseorang itu membina ilmu pengetahuan atau bahan
yang baharu mengikut perkembangan peringkat dari enaktif
kepada ikonik dan dari ikonik kepada simbolik, hal ini juga
berlaku walaupun untuk orang dewasa.
Bruner juga mencadangkan bahawa pelajar pada usia yang
sangat muda juga mampu mempelajari apa-apa sahaja bahan
asalkan arahan diberikan dan disusun dengan betul, hal ini
adalah kontra kepada teori perkembangan kognitif piaget.
Peringkat Perwakilan Enaktif
Memori tahap pertama. Diperoleh pada usia kira-kira 0
hingga 1 tahun. Peringkat perwakilan ini berkait rapat
dengan Peringkat Sensorimotor Piaget. Di peringkat ini,
seseorang itu belajar dan berfikir berdasarkan tindakan
fizikal dan pengalaman langsung. Melalui pengalaman
langsung tersebut, maklumat diproses dan disimpan ke
dalam memori. Peringkat perwakilan ini akan berterusan
sehingga dewasa dalam pelbagai aktiviti, contohnya ketika
seseorang itu belajar untuk memandu atapun belajar
menjahit.
09
Peringkat perwakilan ikonik
Memori tahap kedua. Diperoleh pada usia kira-kira 1 hingga
6 tahun. Peringkat perwakilan ikonik melibatkan
pembelajaran yang menggunakan imej mental seperti visual,
audio, bau, rasa dan sentuhan. Maklumat yang diterima
diproses dan disimpan dalam bentuk imej sensori,
kebiasaanya berbentuk visual. Hal ini menerangkan mengapa
ketika mempelajari sesuatu subjek, maklumat akan lebih
mudah diterima dengan adanya penggunaan gambar rajah.
Pengalaman dapat dikaitkan dan dipersembahkan ke dalam
bentuk imej.
Peringkat perwakilan simbolik
Memori tahap akhir. Diperoleh pada usia kira-kira 6 hingga 7
tahun. Peringkat perwakilan ini berkait rapat dengan
Peringkat Operasi Konkrit Piaget. Peringkat perwakilan ini,
melibatkan penggunaan bahasa. Maklumat disimpan dalam
bentuk kod dan simbol. Seseorang pelajar itu dapat berfikir
secara abstrak dan membuat penaakulan secara logikal.
Pengalaman dapat dipersembahkan dalam bentuk
perkataan dan simbol
10
KURIKULUM LINGKARAN
Kurikulum lingkaran ditakrifkan sebagai kurikulum yang akan
kembali kepada topik yang sama dari semasa ke semasa. Ia
bertentangan dengan kaedah yang melibatkan murid
mempelajari sesuatu topik kemudian meninggalkannya dan tidak
akan terlibat dengan topik tersebut lagi pada waktu akan
datang. Apabila murid terlibat semula dengan topik berulang
kali, mereka dapat akan menyatukan pengetahuan sedia ada
yang disimpan dalam ingatan mereka dan membina ilmu
pengetahuan dari semasa ke semasa. Terdapat tiga prinsip
kurikulum lingkaran, iaitu:
1.Berkitaran: Murid akan
kembali kepada topik yang
sama beberapa kali
sepanjang tempoh pengajian. Mastery
2.Pertambahan kompleksiti New
topik: Setiap kali murid Content
mengulangi sesebuah topik,
tahap kedalaman dan YTLUCIFFID
kompleksiti/kerumitan Revision
sesebuah topik itu akan
bertambah mengikut tahap
penguasaan.
3.Pengetahuan sedia ada:
Pengetahuan sedia ada murid
dimanfaatkan sebagai asas
apabila mengulangi sesebuah
topik, iaitu murid membina
daripada asas yang telah
mereka pelajari dan bukannya
memulakan dari titik mula.
11
PEMBELAJARAN
PENEMUAN
Pembelajaran penemuan perkenalkan pada tahun 1961.
Merupakan kaedah pembelajaran yang berasaskan inkuiri,
pendekatan inkuiri membolehkan pelajar menggunakan
keperluan ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang
ilmu. Bruner berpendapat, pelajar hendaklah membina ilmu
pengetahuan berdasarkan pengalaman dengan cara menyusun
dan mengkategorikan maklumat yang diterima.
Melalui pembelajaran penemuan, pemikiran kritikal pelajar
dilatih kerana para pelajar digalakkan agar menggunakan intuisi,
imaginasi dan kreativiti secara aktif. Dalam pembelajaran
penemuan , guru berperanan sebagai seorang fasilitator yang
membantu para pelajar menemui perkaitan antara informasi
yang telah dipelajari dan guru juga perlu menyediakan maklumat
yang diperlukan oleh para pelajar. Menurut Bruner lagi, proses
pembelajaran bukanlah satu proses menghafal namun,
pembelajaran ialah proses dimana seseorang pelajar itu secara
aktifnya mencari jawapan dan penyelesaian.
Antara contoh pembelajaran penemuan ialah pembelajaran
melalui penceritaan, pembelajaran berasaskan simulasi,
pembelajaran berasaskan kes, pembelajaran berasaskan
masalah dan penemuan berpandu.
Terdapat lima prinsip pembelajaran penemuan:
PENYELESAIAN MASALAH: Guru memberi petunjuk dan
motivasi kepada murid untuk mencari penyelesaian bagi
satu-satu masalah dengan cara menggabungkan maklumat
yang sedia ada dan baru diterima dan meringkaskan
pemahaman. Dengan cara ini, murid itu sendiri bertindak
sebagai penggerak di sebalik pembelajaran, memainkan
peranan secara aktif dan mewujudkan aplikasi yang lebih
luas, melalui aktiviti yang menggalakkan risiko, penyelesaian
masalah dan penyelidikan.
12
PENGURUSAN MURID: Guru hendaklah membenarkan murid
bekerja sama ada bersendirian atau berkumpulan, dan
belajar mengikut kadar mereka sendiri. Fleksibiliti ini
menjadikan pembelajaran bertentangan dengan penjujukan
statik pelajaran dan aktiviti, melegakan pelajar daripada
tekanan yang tidak perlu, dan membuatkan mereka berasa
mereka memiliki pembelajaran.
PENYEPADUAN DAN PERKAITAN: Pengajar harus mengajar
pelajar cara menggabungkan pengetahuan sedia ada
dengan pengetahuan baharu, dan menggalakkan mereka
berhubung dengan dunia sebenar. Senario biasa menjadi
asas kepada maklumat baharu, menggalakkan pelajar
meluaskan apa yang mereka tahu dan mencipta sesuatu
yang baharu
ANALISIS INFORMASI DAN PERKAITAN: Pembelajaran
penemuan adalah pembelajaran yang berorientasikan
proses dan bukannya berorientasikan kandungan, dan
berdasarkan andaian bahawa pembelajaran bukan satu set
fakta semata-mata. Pelajar sebenarnya belajar menganalisis
dan mentafsir maklumat yang diperoleh, bukannya
menghafal jawapan yang betul.
KEGAGALAN DAN MAKLUM BALAS: Pembelajaran bukan
sahaja berlaku apabila kita menemui jawapan yang betul. Ia
juga berlaku melalui kegagalan. Pembelajaran penemuan
tidak menumpukan pada mencari hasil akhir yang betul,
tetapi perkara baharu yang kami temui dalam proses itu.
Dan menjadi tanggungjawab guru untuk memberikan maklum
balas, kerana tanpanya pembelajaran tidak lengkap.
13
PENGAPLIKASIAN TEORI DALAM
PENDIDIKAN ABAD KE-21
Pengajaran mengikut urutan peringkat perwakilan (bagi
pelajar tahap rendah)
Guru hendaklah mengajar murid tahap rendah
menggunakan urutan daripada enaktif kepada ikonik
kepada simbolik.
Contohnya, untuk mengajar matematik, pada peringkat
awal, guru menggunakan pendekatan pengalaman
langsung, kemudian beralih kepada penggunaan imej
dan akhir sekali menggunakan pendekatan konkrit. Hal
ini bagi membentuk pemahaman asas pelajar.
Penggunaan alat bantuan mengajar.
Guru boleh menggunakan alat bantuan mengajar
audiovisual dan konkrit.
Contohnya, dalam pendidikan abad ke-21 , seorang guru
itu boleh menggunakan video ketika mengajar bagi
memudahkan pelajar memahami perkaitan antara
konsep.
Pembelajaran mengikut kebolehan murid
Guru hendaklah mengubahsuaikan kaedah dan strategi
pengajaran mengikut tahap dan kebolehan pelajar.
Contohnya, untuk pelajar Tahun Satu, guru perlu banyak
menggunakan bahan bantuan mengajar dalam bentuk
gambar yang besar dan berwarna-warni.
14
Pembelajaran melalui kajian luar
Jika murid terlibat dalam pembelajaran melalui kajian
luar, pengamatan dan penanggapan murid akan dapat
ditingkatkan. Topik-topik pelajaran murid dapat dikaitkan
situasi dan persekitaran luar lantas murid dapat
mempelajari banyak konsep.
Contohnya, bagi pelajar biologi, melalui kajian luar
mereka dapat melihat variasi spesies haiwan dan
tumbuhan di persekitaran dan habitat yang berbeza. Hal
ini supaya para pelajar tersebut dapat membuat
perkaitan antara konsep dengan situasi yang sebenar.
Pembelajaran melalui penaakulan induktif
Guru hendaklah memberikan contoh-contoh yang
spesifik agar murid dapat membina prinsip yang umum.
Sebagai contoh, jika guru memberi contoh-contoh
tentang asid dan bes. Pelajar akan memahami dengan
lebih mendalam tentang sifat-sifat dan ciri-ciri penting
bagi asid dan bes.
Penglibatan murid secara aktif
Pelajar mempelajari sesuatu topik dengan dibantu dan
dibimbing oleh guru dalam situasi penyelesaian masalah.
Contohnya, guru bertanya kepada pelajar, “ Kenapa
logam dari kumpulan 1 paling reaktif? ”. Dalam situasi ini,
guru tidak memberitahu bagaimana untuk menyelesaikan
masalah akan tetapi guru memberikan bahan yang
dapat pelajar gunakan untuk membuat pemerhatian,
membina hipotesis dan menguji penyelesaian. Hal ini
dapat melatih pemikiran kritis pelajar.
15
Pembelajaran berkumpulan
Guru membahagikan pelajar kepada beberapa
kumpulan dalam kelas.
Contohnya, untuk matapelajaran sains, pelajar
dikehendaki untuk membentuk kumpulan experimen, hal
ini akan mewujudkan interaksi, pertukaran idea serta
pembelajaran inkuiri dalam kalangan pelajar.
Pengetengahan soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
Guru memberikan soalan yang mencabar minda murid,
hal ini dapat membangkitkan sifat ingin tahu murid.
Contohnya, guru memberi soalan atau masalah yang
berkaitan dunia sebenar bagi menarik minat pelajar
untuk menyelesaikannya. Lantas membolehkan pelajar
menggunakan kreativiti, imaginasi dan intuisi secara
aktif. Sekaligus melatih pemikiran kritikal pelajar.
Penerapan konsep 3E (Explore, Experiment, Experience)
Konsep 3E (Explore, Experiment, Experience) mula
diperkenalkan dalam Kursus Asas Permata Negara pada
tahun 2007. Dengan penerapan konsep ini, murid akan
menjadi individu yang aktif dalam aktiviti pembelajaran.
Hal ini bertepatan dengan konsep pembelajaran
penemuan dan pembelajaran beteraska murid PAK-21
16
KESIMPULAN
Kesimpulannya, teori kognitif Bruner menyatakan bahawa
penyusunan dan pengkategorian ilmu pengetahuan berlaku
melalui tiga peringkat perwakilan yang berbeza. Selain itu, teori
ini juga mengetengahkan peranan pelajar itu sendiri dalam
pembinaan ilmu pengetahuan sendiri dan guru hanya
berperanan sebagai fasilitator yang membantu pelajar untuk
mengkategorikan dan menyusun konsep serta pengetahuan yang
sedia ada. Teori ini juga mempunyai kelebihan dan
kekurangannya yang tersendiri. Kelebihan teori ini ialah
menyokong penglibatan aktif murid dalam proses pembelajaran.
Selain itu, dapat memupuk sifat ingin tahu pelajar, hal ini
membolehkan skill pembelajaran jangka panjang pelajar
berkembang. Skill penyelesaian masalah dan kreativiti juga
dapat dipertingkatkan. Seterusnya kelemahan bagi teori ini ialah
pelajar berpotensi untuk tersalah konsep, hal kerna guru mungkin
gagal dan terlepas pandang untuk mengenalpasti kesalahan
konsep yang berlaku pada seseorang pelajar. Hal ini berpunca
dari terlalu banyak maklumat diterima oleh pelajar menyebabkan
‘cognitive overload’.
17
TEORI
PERKEMBANGAN
KOGNITIF JEAN
PIAGET DAN
APLIKASI DALAM
PENDIDIKAN
ABAD KE-21
18
ISI KANDUNGAN
BIODATA FAKTOR
Menjelaskan latar Menerangkan
belakang faktor yang
tokoh dari segi mempengaruhi
pendidikan proses
dan teorinya
pemikiran individu
KONSEP APLIKASI
Menjelaskan Menghuraikan
tentang aplikasi
konsep asas teori dalam
teori dan ciri pendidikan abad
perkembangan
ke-21
mental
19
Pengenalan Teori Kognitif
Jean Piaget
Aspek perkembangan kognitif merupakan aspek yang utama dalam
pertumbuhan dan perkembangan manusia. Menurut Suppiah
Nachiappan et al., (2017), perkembangan kognitif merujuk kepada
perubahan dalam proses dan kemahiran mental mengikut
kematangan fisiologi dan pengalaman yang dialami sejak kecil lagi.
Jadi sudah tentu, proses ini amat berkait rapat dengan kematangan
biologi dan interaksi dengan persekitaran.
Teori perkembangan kognitif Piaget adalah teori yang
menjelaskan bagaimana kanak-kanak beradaptasi dan
menginterpretasikan objek dan situasi di sekitarnya.
Menurut Piaget, kanak-kanak harus diberi tugasan yang bersesuaian
dengan tahap perkembangan kognitif mereka supaya mereka dapat
menyesuaikan tahap perkembangan kognitif mereka dengan apa
yang ada di sekeliling mereka.
Piaget turut percaya bahawa perkembangan berlaku dalam
tahap-tahap yang mengalami perubahan melalui penyeimbangan
keadaan yang menyebabkan kanak-kanak akan mencari suatu
keseimbangan di antara apa yang dialami dalam persekitaran
dengan proses dan struktur kognitif yang dihadapinya.
Oleh itu, sebagai manusia kita hendaklah bersyukur dengan
dengan akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Tuhan dengan
mencuba untuk memaksimumkan penggunaan minda supaya dapat
menjadi pemikir yang aktif. Kita perlulah bertindak balas dengan
sewajarnya apabila menerima sesuatu maklumat supaya maklumat
tersebut dapat dimanfaatkan dengan baik.
20
Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos
1896. Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia
yang amat muda iaitu ketika berumur 10 tahun. Sejak kecil,
Piaget suka melihat bagaimana pembesaran manusia,
bermulalah dari kecil hinggalah dewasa. Beliau telah berjaya
mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa berumur 22
tahun. Piaget mula meminati bidang psikologi apabila beliau
terpilih untuk menjadi pengarah di bahagian makmal psikologi
di Universiti Jeneva. Piaget juga merupakan seorang pakar
biologi Switzerland dan pakar psikologi kanak-kanak.
Atas pelbagai kejayaan yang telah dicapai oleh Piaget
terutamanya dalam Teori Perkembangan Kognitif telah
memberi kesan yang positif kepada bidang pendidikan sehingga
sekarang. Menurut Piaget, semua kanak-kanak perlu melalui
empat tahap perkembangan kognitif iaitu tahap deria motor,
praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal. Kesemua tahap
ini telah dikelaskan mengikut tahap umur seseorang individu.
Oleh itu, kanak-kanak dan remaja harus diberi tugasan yang
bersesuaian dengan tahap perkembangan kognitif mereka.
21
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi proses
pemikiran individu. Kesemua faktor ini telah dikemukakan oleh
Jean Piaget dalam teori perkembangan kognitif.
Pengalaman Sosial Keseimbangan
Pergaulan individu dengan orang Salah satu cara yang digunakan
persekitaran. Contohnya, oleh individu untuk mengadaptasi
dengan situasi-situasi yang baru
seperti pergaulan dengan ibu
bapa, guru-guru dan orang dialaminya.
di sekeliling. Ia merupakan gabungan asimilasi
dan akomodasi yang membantu
dalam perkembangan
pengetahuan.
Faktor yang
mempengaruhi
proses pemikiran
individu
Interaksi dengan persekitaran Kematangan Biologi
Individu berinteraksi dengan Corak genetik kanak-kanak
persekitaran untuk memahami perkara- diwarisi sejak kecil dan
dikawal oleh kod genetik
perkara yang berlaku. ibu bapa.
Hal ini kerana mereka meneroka, Kanak-kanak diberi
menguji, memerhati dan menyusun tugasan sesuai dengan
maklumat berdasarkan apa yang tahap kematangan umur
mereka perolehi.
22
Menurut Piaget, setiap individu akan lebih mudah memahami dari apa yang
dilihat, didapati dan didengari tentang apa yang ada di persekitaran mereka.
Individu sentiasa ke arah untuk memahami sesuatu situasi untuk menyelesaikan
sesuatu kekusutan. Misalnya, setiap kali seseorang individu memperoleh sesuatu
pengalaman dari persekitarannya, mereka akan menyusun pengalaman-
pengalaman tersebut dalam minda dan akhirnya akan membentuk satu sistem
yang dipanggil skema.
Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil organisasi dan
ianya bermula sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan. Skema bermaksud
struktur mental atau konsep minda yang terbentuk melalui interaksi dengan
persekitaran. Setiap skema yang terhasil adalah bermula dari pembentukan
skema yang mudah kemudian beransur kepada skema yang lebih kompleks.
Misalnya kanak-kanak berdepan dengan situasi yang baru dalam mengenal huruf
dan nombor.
Selain itu, adaptasi pula adalah proses perubahan skema yang lama kepada
penghasilan skema yang baru dimana ianya sangat berkait rapat antara proses
asimilasi dan proses akomodasi. Asimilasi adalah proses penggabungan
pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada. Manakala akomodasi adalah
proses perubahan skema sedia ada untuk menyesuaikan pengalaman baru.
Dalam erti kata yang ringkas asimilasi ialah proses penyerapan dan akomodasi
ialah proses pengubahsuaian. Oleh itu kanak-kanak akan mengubahsuai
maklumat yang sedia ada dengan maklumat baru yang telah diperolehinya untuk
membentuk keseimbangan. Jadi, pengubahsuaian ini akan mencapai
keseimbangan dari segi kognitifnya.
23
CIRI PERKEMBANGAN
MENTAL
Ciri perkembangan kognitif bayi bermula ketika bayi dilahirkan sehinggalah
meningkat ke alam dewasa. Setiap tahap telah dibahagikan mengikut peringkat
umur. Menurut Asmawati Desa et al., (2004), teori-teori kognitif cuba
menerangkan tentang peningkatan intelek dari segi kualiti dan kuantiti yang
berlaku semasa perkembangan . Tahap yang pertama ialah tahap deria motor
iaitu ketika seseorang individu berusia 0-2 tahun. Pada tahap ini, bayi ataupun
kanak-kanak lebih reflektif kepada tindakan bertujuan. Kanak-kanak juga mula
meneroka persekitaran dengan deria. Sebagai contoh, bayi meneroka
persekitaran dengan cara melihat, menaakul, mendengar dan menghidu. Setiap
tindakan ini akan menghasilkan sebuah skema yang sedia ada. Skema
bermaksud struktur mental atau konsep minda yang terbentuk melalui interaksi
dengan persekitaran. Dalam masa yang sama, kanak-kanak ataupun bayi akan
memperoleh kemahiran menggunakan mulut untuk merasa objek,
mengkoordinasi mata dan untuk mencapai objek. Pada ketika ini bayi yang
terlalu kecil tidak memahami konsep pengekalan objek. Sebagai contoh “ Bola
dipercayai hilang apabila ia tidak dapat dilihat oleh bayi “. Secara perlahan-lahan
bayi membina pengalaman dan menguasai konsep pengekalan objek.
Selain itu, pada tahap praoperasi pula iaitu ketika kanak-kanak berumur 2
hingga 7 tahun berlaku perkembangan bahasa dan pemikiran simbolik awal.
Misalnya dari segi perkembangan bahasa, tahap perkembangan bahasa kanak-
kanak adalah semakin meningkat namun kemampuan untuk berbual masih
rendah. Manakala dari segi pemikiran simbolik awal contoh adalah terdapat
satu pembentukan satu skema baru. Ini bermula apabila, kanak-kanak mula
memahami sesuatu simbol seperti simbol jantina yang terdapat pada tandas-
tandas awam. Kanak-kanak pada ketika ini juga egosentrik iaitu ianya merujuk
kepada kegagalan kanak-kanak untuk melihat dari perspektif orang lain. Mereka
lazimnya menunjukkan egosentrik yang berteraskan penglihatan dan
pemahaman diri lantas ini menjadikan mereka untuk tidak tahu memahami
perasaan orang lain janji mereka dapat sesuatu yang mereka inginkan. Di
samping itu, mereka juga mempunyai pemikiran yang ajaib yang tidak boleh
membezakan antara fantasi dan realiti. Sebagai contoh, tingkah laku mereka
kerap kali dipengaruhi oleh watak dalam cerita kartun seperti kartun Spiderman.
24
CIRI PERKEMBANGAN
MENTAL
Seterusnya ialah tahap operasi konkrit iaitu ketika kanak-kanak
berumur 7 hingga 11 tahun. Pada ketika ini pemikiran mereka adalah
secara logik tetapi masih lagi terikat dengan situasi konkrit. Menurut
Dewan Bahasa dan Pustaka, konkrit bermaksud sesuatu yg dapat
digambarkan seperti dirasai, dilihat, dan dipegang. Pada ketika ini,
pemikiran logik mereka bergantung kepada pengalaman mereka dan
bukannya keadaan yang diandaikan. Kanak-kanak dalam tahap operasi
konkrit mampu mengklasifikasikan objek berdasarkan ciri-ciri yang
abstrak secara logik. Dalam masa yang sama, mereka juga mampu
menguasai konsep pengekalan dan pemuliharaan. Konsep pengekalan
dan pemuliharaan ini bermaksud ciri-ciri tertentu sesuatu objek kekal
sama walaupun penampilannya berubah. Lazimnya, konsep ini
melibatkan kuantiti berat, panjang, luas dan isipadu sesuatu objek.
Menurut Piaget, antara contoh konsep pengekalan ialah prinsip identiti,
prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan.
Akhir sekali ialah tahap operasi formal iaitu ketika seseorang individu
berumur 11 tahun sehingga dewasa. Remaja pada tahap ini dikatakan
boleh mengaplikasikan konsep logik dan abstrak. Berfikir secara abstrak
bermaksud kanak-kanak boleh menyelesaikan masalah Matematik yang
melibatkan perwakilan abstrak seperti 4X + X = 10, dan apakah nilai X ?.
Pada ketika ini, mereka juga mampu mencari kaedah alternatif dalam
menyelesaikan masalah dengan membuat hipotesis. Contohnya tidak
hanya terkait dengan fakta-fakta yang umum tetapi terkait juga dengan
idea-idea yang lebih bersifat keterbukaan kepada sesuatu masalah.
Remaja akan menjadi egosentrik yang bermaksud mereka sukar
menerima pendapat daripada orang lain. Mereka lebih cenderung untuk
mempercayai bahawa pendapat mereka lebih penting daripada orang
disekelilingnya.
25
PENGAPLIKASIAN PENDIDIKAN ABAD KE-21
BERDASARKAN TEORI PERKEMBANGAN
KOGNITIF JEAN PIAGET
Berdasarkan pemerhatian, Dalam mengkaji perkembangan
Piaget memahami bahawa kognitif kanak-kanak dan remaja,
kanak-kanak sedang mencipta Piaget mengenal pasti empat
idea. Mereka tidak terhad peringkat utama iaitu deria motor,
kepada menerima ilmu praoperasi, operasi konkrit dan
daripada persekitaran seperti operasi formal. Piaget percaya semua
daripada ibu bapa atau guru. kanak-kanak melalui fasa ini untuk
Mereka dikatakan secara aktif maju ke tahap perkembangan
membina pengetahuan mereka kognitif yang seterusnya. Dalam
sendiri. setiap peringkat, kanak-kanak
menunjukkan kebolehan intelek baru
Pembina percaya bahawa dan pemahaman yang semakin
pengetahuan dibina dan kompleks tentang dunia. Peringkat
pembelajaran berlaku apabila tidak boleh "dilangkau", ini
kanak-kanak mencipta produk bermaksud perkembangan intelek
atau artifak. Mereka sentiasa mengikut urutan ini. Umur di
menegaskan bahawa pelajar mana kanak-kanak maju melalui
lebih cenderung untuk terlibat peringkat adalah purata mereka
dalam pembelajaran apabila berbeza dengan persekitaran dan
artifak ini secara peribadi latar belakang setiap kanak-kanak.
relevan dan bermakna.
26
Pada ketika kanak-kanak berada Melalui aktiviti bercerita, kanak-
pada tahap praoperasi ini, guru kanak dapat memberi pendapat
tadika amat memainkan peranan mereka dengan memberi mereka
yang penting dalam mencorak ruang untuk berkongsi
perkembangan kognitif kanak- pengalaman mereka. Hal ini
kanak ketika berada di sekolah. secara tidak langsung dapat
Pengaplikasian pendidikan pada merangsang perkembangan
setiap pembelajaran perlulah bahasa kanak-kanak. Menurut
mengikuti pembelajaran abad ke- Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996:
21. Menurut Kementerian 87), bahasa adalah sistem
Pelajaran Malaysia, pembelajaran lambang bunyi suara yang
abad ke-21 ialah satu proses dipakai sebagai alat perhubungan
pembelajaran yang berpusatkan dalam lingkungan satu kelompok
murid dan berteraskan elemen manusia iaitu antara seorang
komunikasi, kolaboratif, individu yang lain dan
pemikiran kritis dan kreativiti sebagainya. Perkembangan
serta aplikasi nilai murni dan bahasa dilihat menjadi alat
etika. Pada ketika kanak-kanak utama perkembangan diri dan
berada pada tahap praoperasi sosial. Misalnya, bahasa ialah
iaitu ketika berumur 2 hingga 7 komponen interaksi bagi
tahun, guru tadika hendaklah kehidupan manusia. Justeru itu,
menggalakkan pemikiran kreatif guru tadika perlulah memberi
kanak-kanak melalui aktiviti arahan yang ringkas disertai
bercerita, drama, melukis dan dengan intonasi yang pelbagai
aktiviti menggunting dan tampal. supaya dapat membantu kanak-
27 kanak untuk mempelajari
bahasa.
Selain itu, melalui aktiviti melukis, Seterusnya, pada tahap
mewarna dan menggunting serta praoperasi ini guru tadika juga
menampal ianya dapat membantu boleh memasukkan unsur
kanak-kanak meningkatkan animasi di dalam setiap
kemahiran motor halus dan aktiviti pembelajaran. Kanak-
kemahiran motor kasar mereka. kanak pada ketika ini dalam
Kemahiran motor adalah proses untuk memahami
kemahiran yang melibatkan sesuatu simbolik. Jadi perkara
pergerakan dan gerakan. ini juga dilihat sejajar dengan
Misalnya, kemahiran motor halus pembelajaran abad ke-21 iaitu
adalah mereka yang memerlukan guru perlu mahir
kekuatan untuk menggunakan menggunakan teknologi. Hal
dan menyelaraskan kumpulan ini kerana, kanak-kanak pada
otot kecil. Kemahiran motor halus ketika ini mempunyai
amat penting untuk kanak-kanak pemikiran yang ajaib.
dapat menguasai cara mengikat Contohnya, mereka sukar
tali kasut yang betul, menulis dan membezakan antara fantasi
lain-lain. Kemahiran motor kasar dan realiti. Oleh itu dengan
pula ialah untuk mengawal mengaitkan watak animasi
sekumpulan otot besar yang yang diminati oleh kanak-
bertangungjawab untuk kanak, sedikit sebanyak
mengawal tingkah laku kita mampu meningkatkan minat
seperti berjalan, berlari dan kanak-kanak untuk belajar
sebagainya. Justeru itu, dengan dan membantu kanak-kanak
menggalakkan kanak-kanak untuk memahami simbol
untuk melakukan aktiviti ini, dengan mudah.
kanak-kanak secara tidak
langsung dapat meningkatkan
kemahiran motor mereka.
28
Selain itu, dari segi subjek
matematik dan sains, guru juga
boleh menggalakan pelajar untuk
berfikir secara kritis dan kreatif.
Menurut Som Hj. Nor dan
Dahalan (2000) , berfikir secara
kritis bermaksud mempunyai
Guru sekolah rendah amat kemahiran dan kecekapan
memainkan peranan yang penting menggunakan minda untuk
dalam mengaplikasikan pendidikan menilai kewajaran sesuatu idea,
abad ke-21 kepada kanak-kanak meniliti kelebihan serta kebaikan
yang berada pada tahap operasi dan juga kelemahan sesuatu
konkrit. Pada tahap operasi konkrit perkara sebelum membuat
ini, menurut Piaget kanak-kanak pertimbangan wajar dengan
adalah berusia sekitar 7 hingga 11 mengemukakan bukti dan alasan
tahun. Sewaktu berada pada tahap yang benar serta berkaitan. Dari
ini, guru sekolah rendah perlulah segi subjek matematik, guru perlu
memasukkan unsur pertalian yang mengajar cara pengiraan secara
logik semasa aktiviti pengajaran dan manipulasi. Pelajar pada ketika ini
pembelajaran dijalankan. Misalnya, dikatakan mampu menguasai
dari segi bahasa, guru perlu konsep pengekalan dan
bercerita mengikut gambar bersiri. pemuliharaan iaitu ciri-ciri
Menurut Ea Ah Meng (1993), tertentu sesuatu objek kekal sama
menggariskan bahawa tujuan walaupun penampilan berubah.
bercerita dapat memotivasikan Antara contoh konsep pengekalan
pelajar untuk belajar dalam situasi ialah prinsip identiti, prinsip ganti
yang menyeronokkan. Oleh itu, guru rugi dan prinsip keterbalikan.
wajarlah memasukkan nilai-nilai Misalnya, prinsip ganti rugi ialah
yang positif di dalam setiap pelajar tahu sesuatu perubahan
penceritaan agar dapat memberi pada suatu segi akan diganti oleh
kesan yang baik kepada setiap perubahan dalam aspek yang lain.
pelajar. 29
Manakala, dari segi subjek sains
pula, guru perlulah memberi
tunjuk ajar untuk mengendalikan
uji kaji sains yang ringkas dan
selamat seperti eksperimen
sesaran air yang melibatkan berat
dan isipadu. Dalam masa yang
sama, guru hendaklah memberi
peluang kepada pelajar untuk
memanipulasi dan menguji objek-
objek yang diajar. Melalui aktiviti
ini, pelajar dapat membuat suatu
hipotesis yang ringkas berdasarkan
setiap eksperimen yang dijalankan.
Justeru, aktiviti ini secara tidak
langsung dapat meningkat
kemahiran pelajar untuk berfikir
secara kritis dan kreatif. Di
samping itu, dari segi subjek seni
iaitu guru boleh membuat lawatan
ke Zoo bersama murid-murid dan
menyuruh mereka melukis di lokasi
sebenar. Hal ini kerana melalui
aktiviti ini pelajar mampu
memasukkan unsur-unsur
pertalian yang logik di dalam
latihan.
30
Selain itu, guru perlu memberi
peluang kepada pelajar untuk
bermetafizik misalnya tentang
sebab dan akibat kepada sesuatu
penyelesaian masalah dengan lebih
terperinci. Hal ini secara tidak
langsung dapat mengasah
kemahiran berfikir pelajar untuk
berfikir secara saintifik dan abstrak.
Misalnya, melalui eksperimen
kompleks yang dijalankan pelajar
Pada tahap operasi formal iaitu mampu membuat sebuah hipotesis
ketika seseorang individu berumur yang lengkap dengan mencari
11 tahun hingga dewasa, guru kaedah alternatif dalam
sekolah menengah dan pensyarah menyelesaikan masalah. Justeru itu,
harus memainkan peranan yang guru hendaklah sentiasa memberi
penting dalam memberi pendidikan peluang kepada pelajar untuk
sejajar dengan abad ke-21. Pada menonjolkan diri mereka dan
ketika ini guru sekolah menengah mengendalikan sesuatu perkara
dan pensyarah perlu menyediakan kerana menurut Piaget, pelajar pada
peluang seperti forum, perbahasan ketika ini boleh mengaplikasikan
dan perbincangan sosial untuk konsep logik dan abstrak serta
memberi ruang kepada pelajar sudah mampu memahami keadaan
untuk menonjolkan diri mereka. andaian.
Perkara ini dapat memberi peluang
kepada pelajar untuk
mengemukakan konsep yang luas
dan tidak hanya terikat kepada
fakta-fakta. Guru perlu menekankan
konsep umum dan tidak terikat
dengan fakta semasa menerangkan
sesuatu topik untuk menggalakkan
penaakulan secara deduktif. Guru
perlu melibatkan pelajar untuk
mahir dalam berfikir aras tinggi dan
tidak memberi jawapan secara terus
kepada pelajar sebaliknya
membimbing pelajar untuk 31
membuat kesimpulan.
KESIMPULAN TEORI PERKEMBANGAN
KOGNITIF JEAN PIAGET
Kesimpulannya, setiap kanak-kanak mengalami
perkembangan corak kognitif yang berbeza. Kesemua
perkembangan adalah berdasarkan faktor-faktor tertentu
seperti faktor persekitaran, kematangan biologi,
keseimbangan dan pengalaman sosial bagi setiap individu.
Namun, ibu bapa serta guru amat memainkan peranan
yang penting dalam meningkatkan perkembangan kognitif
seseorang individu. Ibu bapa hendaklah menggalakkan
anak mereka supaya bijak berdikari dan mempraktikkan
sesuatu kemahiran. Bukan itu sahaja, guru turut
menggalas tanggungjawab dalam membimbing pelajar
serta perlu memahami keupayaan setiap pelajarnya di
dalam kelas. Hal ini seiring dengan pendidikan abad ke-21
iaitu guru haruslah bijak mengenalpasti pelajar dan
bertanggungjawab dalam memberi tunjuk ajar kepada
mereka.
Dalam masa yang sama, guru perlu menerapkan nilai-
nilai murni kepada pelajar supaya dapat memberikan
impak yang positif kepada pembentukan sahsiah setiap
pelajar. Guru juga perlu bijak dalam merancang aktiviti
pembelajaran supaya pelajar dapat menimba ilmu dengan
lebih baik. Oleh itu, tanggungjawab memberi pendidikan
kepada pelajar bukan hanya tertumpu pada bahu guru
sahaja sebaliknya ibu bapa juga memainkan peranan yang
amat penting dalam memastikan anak-anak mereka
mendapat perhatian yang secukupnya sama ada dari segi
jasmani, rohani, intelek dan emosi.
32
teori
Vygotsky
dan
Aplikasi
dalam
PAK-21
33
ISI KANDUNGAN
34
biodata
Lev Vygotsky dilahirkan pada 17 November 1896, di Orsha,
sebuah bandar di wilayah barat Empayar Rusia.
Beliau memasuki Moscow State University, di mana beliau
lulus ijazah undang-undang pada tahun 1917. Vygotsky
mempelajari pelbagai topik semasa di universiti, termasuk
sosiologi, linguistik, psikologi dan falsafah. Walau
bagaimanapun, kerja formalnya dalam psikologi tidak
bermula sehingga 1924 apabila dia menghadiri Institut
Psikologi di Moscow.
Beliau menyelesaikan disertasi pada tahun 1925 mengenai
psikologi seni tetapi telah dianugerahkan ijazahnya secara
tidak hadir kerana penyakit tuberkulosis yang berulang yang
menyebabkan dia tidak berupaya selama setahun.
Berikutan penyakitnya, Vygotsky mula meneliti topik seperti
bahasa, perhatian, dan ingatan dengan bantuan pelajar,
termasuk Alexei Leontiev dan Alexander Luria.
35
pEngenalan
Lev Vygotsky adalah seorang ahli psikologi Rusia
yang terkenal dengan teori sosiobudayanya.
Beliau percaya bahawa interaksi sosial
memainkan peranan penting dalam
pembelajaran kanak-kanak.
Melalui interaksi sosial sebegini, kanak-kanak
melalui proses pembelajaran yang berterusan.
Vygotsky menyatakan bahawa budaya sangat
mempengaruhi proses ini. Peniruan,
pembelajaran terpandu, dan pembelajaran
kolaboratif semuanya memainkan peranan
penting dalam teorinya.
36
pERKEMBANGAN
Lev Vygotsky berpendapat bahawa perkembangan
kognitif dan bahasa anak-anak tidak berkembang dalam
suatu situasi sosial yang sehala. Vygotsky juga
menekankan bagaimana proses-proses perkembangan
mental seperti ingatan dan pemerhatian yang melibatkan
pembelajaran menggunakan bahasa. Selain itu, Vygotsky
menyatakan bahawa anak-anak belajar dengan fungsi
mental yang mempunyai asas pengetahuan seperti
kemampuan untuk memahami dunia luar dan
memusatkan perhatian. Teori Vygotsky ini mengandungi
banyak unsur psikologi pendidikan dan budaya. Beliau
juga memfokuskan bahawa anak-anak secara aktif
menyusun pengetahuan mereka. Di samping itu, teori ini
berasaskan pemerolehan pengetahuan dan
perkembangan kognitif kanak-kanak dari segi kemahiran
mereka bersosial iaitu seperti interaksi dengan orang
yang lebih tua ataupun kemahiran mereka berbahasa
dengan orang lain. Perkembangan kanak-kanak juga
didorong oleh orang yang lebih dewasa daripada mereka
dan dipelajari oleh pengalaman masa lalu.
37
konsep utama
DALAMAN /
INTERNALIZATION
PERKEMBANGAN BAHASA
PERANCAH / SCAFFOLDING
ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL
ZPD
38
DALAMAN / INTERNALIZATION
Internalisasi (atau internalisasi) adalah proses membuat
sesuatu dalaman, dengan makna yang lebih spesifik
dalam pelbagai bidang.
Dalam psikologi, internalisasi adalah hasil pemikiran
minda sedar mengenai subjek tertentu; subjek
diinternalisasi, dan pertimbangan subjek adalah
dalaman. Internalisasi cita-cita mungkin berlaku
berikutan penukaran agama, atau dalam proses, lebih
umum, penukaran moral.
Internalisasi secara langsung dikaitkan dengan belajar
dalam organisma (atau perniagaan) dan mengingat
kembali apa yang telah dipelajari.
Dalam psikologi dan sosiologi, internalisasi melibatkan
penyatuan sikap, nilai, standard dan pendapat orang
lain ke dalam identiti atau rasa diri seseorang. Dalam
teori psikoanalitik, internalisasi adalah proses yang
melibatkan pembentukan ego.
39
PROSES
DALAMAN / INTERNALIZATION
DALAM TEORI VYGOTSKY
1.Konsep Internalisasi – (internalization) ini menjelaskan
tahap perkembangan kognitif seorang anak. Seorang
anak mulai mempelajari konsep baru dengan meniru,
lalu meniru dan memahami, barulah sampai kepada
internalisasi konsep.
Tahap-tahap internalisasi meliputi:
1) Ketidakmampuan untuk menyelesaikan tugas/perintah
secara mandiri.
2) Mampu menyelesaikan tugas/perintah dengan bantuan
verbal dari individu yang lebih berpengalaman
(perancah/scaffolding)
3) Mampu menyelesaikan tugas/perintah dengan bantuan
tindakan dari individu yang lebih berpengalaman
(perancah/scaffolding)
4) Internalisasi selesai: seseorang memiliki kemampuan
menyelesaikan tugas/perintah secara mandiri.
40
PERKEMBANGAN BAHASA
Vygotsky percaya bahasa yang berkembang dari
interaksi sosial, untuk tujuan komunikasi. Vygotsky
melihat bahasa sebagai alat yang penting untuk manusia
iaitu cara untuk berkomunikasi dengan dunia luar.
Menurut Vygotsky (1962) bahasa memainkan dua
peranan penting
1. Cara utama ibu-bapa menyampaikan maklumat
kepada anak
2. Bahasa menjadi alat yang sangat kuat berasakan
penyesuaian intelek.
Menurut Vygotsky, kanak-kanak menggunakan bahasa
bukan saja untuk komunikasi sosial, tetapi juga untuk
membantu mereka menyelesaikan tugas. Lebih jauh lagi
Vygotsky yakin kanak-kanak pada usianya menggunakan
bahasa untuk merencancang, membimbing dan
mengawal perilaku mereka
Vygotsky mengatakan bahawa bahasa dan fikiran pada
awalnya berkembang secara terpisah kemudian
bercantum. Kanak-kanak harus menggunakan bahasa
untuk berkomunikasi dengan orang lain sebelum
mereka dapat memfokuskan ke dalam fikiran mereka
sendiri.
41
Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula sejak dari bayi. Pada peringkat
bayi kanak-kanak tidak dapat berkomunikasi dengan jelas. Namun, isyarat
nangis boleh menyatakan yang dia lapar, lampin basah, tidak selesa, tidak
lena tidur dan sebagainya. Di sini dinyatakan peringkat perkembangan
bahasa kanak-kanak mengikut umurnya.
1 . Umur 0 hingga 2 tahun
Bayi tidak dapat dapat berinteraksi secara jelas dengan orang lain. Bayi
hanya boleh menangis semata-mata meluahkan perasaan dan
kehendaknya. Sehingga usia sebulan, bunyi yang terkeluar daripada mulut
bayi(boleh dianggap pertuturan) Cuma terhad dalam bentuk tangisan.
Nadanya menangis juga berbeza dari segi kenyaringan, kuat dan perlahan.
Meningkat umur satu setengah bulan sehingga tiga setengah bulan,
ia mengelurakan satu bunyi ‘kukur’. Bunyi tersebut seperti konsonan c,k dab
g. Pada waktu ini, mereka boleh bertindak terhadap sesuatu bunyi. Sebagai
contoh, dia akan kepalanya akan menoleh dan matanya akan melihat ke
arah bunyi ibunya memanggilnya.
Umur enam bulan, bayi kurang berkukur tetapi mula menyebut
perkataan yang bunyinya mambawa maksud tertentu. Seperti mama, baba,
dan dada. Perkembangan pada perigkat ini merupakan peringhkat asas
untuk bercakap ke peringkat seterusnya. Latihan ini akan menolong
mempercepatkan proses pembelajaran dengan melengkapkan kemahiran
asas yang perlu bagi mengawal mekanisme percakapan yang lebih rumit.
Usia 12 bulan hingga 18 bulan, pada peringkat ini kanak-kanak sudah
dapat menuturkan perkataan. Oleh itu, bayi hendaklah diberi peluang untuk
bercakap agar emosinya tidak terganggu. Tetapi pada masa ini juga mereka
sudah mula belajar berjalan. Jadi, mereka lebih menumpukan perhatian
kepada berjalan dan melupakan bahasa dalam seketika. Apabila, sudah
dapat berjalan, mereka akan memberi tumpuan semula kepada
perkembangan bahasanya. Namun hanya sedikit perkataan yang dipelajari
sehinggalah umur 18 bulan, mereka sudah boleh menggunakan perkataan
ketika bermain atau bersendirian. Jadi pada waktu ini mereka sudah boleh
melakukan arahan yang mudah.
42
2. Umur 2 hingga 3 tahun
Pada peringkat usia ini, mereka akan megurangkan
penggunaan perkataan yang kurang difahami. Ayat yang
rinhkas jarang digunakan tetapi masih boleh didengar
pada usia awal 2 tahun. Dia akan bercerita tentang apa
yang dialaminya kepada orang dewasa. Pada masa inlah
mereka belajar bercakap dan orang dewasa khususnya
ibu bapa harus mengawasi anak agar menggunakan ayat
yang betul dan baik.
Pada peringkat 2 tahun ke atas, perkembangan
bahasa kanak-kanak akan memainkan peranan lebih
besar kerana aspek ini berhubung dengan kelakuan,
kejadian, penyesuaian dan reaksi sosial setiap kanak-
kanak. Kelakukan dan emosinya amat nyata. Susunan
bahasa masih belum sempurna.
Apabila umur kanak-kanak 3 tahun, berlaku
perubahan dari segi penerimaan bahasa ,
perbendaharaan kata yang lebih banyak dan kompleks.
Pada peringkat ini juga kanak-kanak mulai belajar
menyusun ayat sewaktu hendak menyatakan sesuatu.
Pengaruh sosial juga mempengaruhi
perkembangan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak yang
bersosial taraf tinggi petah menjawab soalan berbanding
taraf rendah. Ini mungkin ibu bapanya yang
menggalakkan anak mereka berkomunikasi dengan
masyarakat luas. 43
3. Umur 4 hingga 5 tahun
Pada peringkat ini perkembangan bahasa amat pesat
berbeza dengan kanak-kanak yang berumur 3 tahun. Ini
kerana kanak-kanak sudah tahu menggunakan bahasa pada
keadaan dan suasana tertentu. Mereka banyak bercakap,
suka tanya dan suka bermain ayat. Cara mereka menjawab
pertanyaan meleret dan pandai memberi komen pada
seseorang.
Pada umur 5 tahun, penerimaan bahasa lebih
berkesan. Kanak-kanak menggunakan bahasa dengan lebih
kritis dan khusus tetapi kurang yakin pada diri sendiri. Oleh
itu, ibu bapa harus menggalakkan pergaulan anak mereka
dengan masyarakat luar seperti bermain bersama-sama
rakan sebaya di luar. Mereka sudah dapat menyebut umur
mereka dengan betul. kanak-kanak mula belajar membaca.
44
PERANCAH / SCAFFOLDING
Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan
yang diberikan dan berkait rapat dengan zon
perkembangan proksimal. Perbualan dan interaksi
adalah alat yang penting semasa proses perencah
untuk mendapat konsep-konsep baru dan lebih
sistematik. Scaffolding adalah memberikan kepada
seorang anak sejumlah besar bantuan selama tahap-
tahap awal pembelajaran dan kemudian mengurangi
bantuan tersebut serta memberikan kesempatan
kepada anak untuk mengambil alih tanggung jawab
yang semakin besar segera setelah ia mampu
mengerjakan sendiri. Bantuan yang diberikan guru
dapat berupa petunjuk, peringatan, dorongan, serta
menguraikan masalah.
Perkataan perancah adalah istilah baru yang
diperkenalkan dalam bidang psikologi perkembangan
kognitif oleh Jerome Bruner. Ia merujuk kepada proses-
proses yang digunakan oleh orang dewasa untuk
membimbing anak-anak melalui zon perkembangan
proksimalnya. Vygotsky menjelaskan bagaimana kanak-
kanak berkembang dengan bimbingan daripada orang
dewasa yang sudah Berjaya dalam bidang profesion
mereka. 45
Bantuan perancah yang diberikan kepada seseorang
kanak-kanak sepanjang peringkat awal pembelajaran
adalah luas dan padat. Semakin kanak-kanak itu
membesar, bantuan perancah dikurangkan untuk
memberikan kesempatan kepada kanak-kanak itu
untuk mengambil alih tanggung jawap dan tugasan
yang dia dapat melakukannya dengan sendiri. Maka
bantuan dan sokongan daripada ibu bapa kanak-kanak
semakin lama semakin dikurangkan.
46
ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL
Zon Kepentingan interaksi dalam perkembangan
kognitif kanak-kanak digambarkan oleh Vygotsky dalam
konsep Zon Perkembangan Proksimal. Zon
perkembangan proksimal ini menerangkan mengenai
bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan
oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan
danbimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya
yang lebih mahir.Zon perkembangan proksimal ini
bertujuan untuk menolong kanak-kanak
berkembangdari tahap sosial kepada tahap peribadi.
Terdapat dua tahap iaitu:
1. Tahap perkembangan sebenar:Penyelesaian
masalah secara bersendirian oleh kanak-kanak tanpa
sebarangbantuan.
2. Tahap perkembangan potensi:Apa yang boleh
dilakukan oleh kanak-kanak dengan bimbingan orang
dewasa
47
Walaupun pada akhirnya anak-anak akan mempelajari
sendiri beberapa konsep melalui pengalaman sehari-hari,
Vygotsky percaya bahwa anak akan jauh lebih berkembang
jika berinteraksi dengan orang lain. Anak-anak tidak akan
pernah mengembangkan pemikiran operasional formal
tanpa bantuan orang lain. Perkembangan Proksimal
merupakan tengah antara actual development dan
potensial development, di mana antara apakah seorang
anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan orang
dewasa dan apakah seorang anak dapat melakukan
sesuatu dengan arahan orang dewasa atau kerjasama
dengan teman sebaya. Sebagai contoh ketika siswa
membuat tugasannya secara sendirian, perkembangan
mereka kemungkinan akan berjalan lambat. Untuk
memaksimalkan perkembangan, siswa seharusnya bekerja
dengan rakan yang lebih berpotensi yang dapat memimpin
secara sistematik dalam menyelesaikan masalah yang lebih
kompleks.
48
APLIKASI &
IMPLIKASI
1 .Penilaian perlu difokuskan untuk menentukan zon
perkembangan proksimal setiap murid
-Guru memberi latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap
bimbingan yang sepatutnya diberikan.
CONTOH : Menggunakan pelbagai aras soalan (senang, sederhana dan
susah) untuk melihat keupayaan murid dan seterusnya menentukan tahap
bimbingan yang sepatutnya diberikan
2 .Galakkan bercakap sendiri (Self talk/Private speech)
Guru kawal dan menggalakan murid untuk bercakap sendiri semasa
menyelesaikan sesuatu masalah. Disamping membimbing murid untuk
merealisasikan idea semasa bercakap sendiri dalam situasi yang
memerlukan penyelesaian.
CONTOH : Guru meminta murid menulis sebuah karangan yang bertajuk “
Aku Sepasang Kasut”. Murid akan bercakap sendiri untuk mendapatkan
idea dengan membayangkan dirinya sepasang kasut dalam usaha
menyelesaikan karangan tersebut.
49
3 .Pengaplikasian ZDP dalam pengajaran dan pembelajaran
Guru memberi bantuan pada peringkat permulaan, kurangkan bantuan
apabila murid sudah mula menguasai kemahiran atau objektif yang
hendak dicapai. Beri galakan dan semangat kepada murid untuk
mencuba dan mengaplikasikan kemahiran supaya objektif dicapai.
CONTOH : Guru mengajar murid menulis pantun dua kerat dengan
bimbingan. Kemudian, biarkan murid menulis pantun tadi dengan sendiri
berdasarkan kefahaman dan contoh yang diberikan
4 .Arahan bermakna
Guru berikan arahan yang bermakna seboleh-bolehnya kaitkan pengajaran
dengan kehidupan seharian. Kurangkan penghafalan, bimbing pelajar
mengaplikasikan pengetahuan kepada pengalaman sebenar.
CONTOH : Guru memberi panduan mengenai cara menunaikan solat yang
betui dan murid akan mengaplikasikan cara tersebut ketika solat.
5 . Memberi galakan
Guru memberi galakan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah
mahir. Guru menggunakan strategi pengajaran koperatif dan kolaborasi
serta pengajaran secara berkumpulan. Bentukkan kumpulan
heterogenus di mana murid dengan tahap kemahiran yang pelbagai
diletakkan dalam satu kumpulan. Murid boleh mendapatkan bantuan
dan sokongan daripada rakan-rakan yang sudah memahami konsep
diajar.
CONTOH : Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
Untuk menjalankan tugasan tersebut, murid yang mahir akan membantu
murid yang kurang mahir dalam kumpulan tersebut
50