Kajian Eksperimen
dalam
Kaunseling
Murid Pemboleh Ubah Pembolehubah
Tahun Tidak Bersandar Bersandar
Enam yang
mengikuti Pendedahan Motivasi
Kerjaya pembelajaran
sesi
kaunseling (Spin N Know) murid
kelompok.
Pendedahan
Kerjaya
(Tradisional)
Editor
Zuraida Ahmad
Jabatan Bimbingan dan Kaunseling
Institu Pendidikan Guru Kampus Darulaman
2022
Diterbitkan oleh :
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
06000 Jitra
Kedah Darul Aman
http://www.ipda.edu.my
© Institut Pendidkan Guru Kampus Darulaman
Kementerian Pendidikan Malaysia
ISBN: 978-967-2778-13-4
Cetakan pertama 2022
©Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang
mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku
ini dalam apa juga bentuk dan apa jua cara sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Institut Pendidikan Guru
Kampus Darulaman.
PRAKATA
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang…
Syukur Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan
kepada Pemilik alam dan seluruh isinya. Buku Kajian
Eksperimen Dalam Kaunseling ini berjaya diterbitkan
bertujuan untuk menyediakan bahan rujukan ilmiah dalam
bidang bimbingan dan kaunseling. Inisiatif ini diambil bagi
mendokumenkan hasil usaha pelajar dan pensyarah untuk
menyediakan penulisan akademik yang berkualiti.
Namun begitu sekiranya terdapat sebarang pandangan
mahupun teguran dalam keseluruhan penerbitan ini, maka
maklum balas bertulis daripada khalayak pembaca kepada
penyunting amatlah dihargai. Sesungguhnya segala usaha
dan kesungguhan yang ditunjukkan melambangkan
profesionalisme kaunseling terpelihara.
Semoga buku ini memberi manfaat.
Peyunting
ZURAIDA BINTI AHMAD
Jabatan Bimbingan dan Kaunseling
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
ISI KADUNGAN
PENGENALAN ......................................................................................................13
PERNYATAAN MASALAH..............................................................................15
TUJUAN, OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN.......................................17
TUJUAN KAJIAN ..............................................................................................17
OBJEKTIF KAJIAN ......................................................................................18
PERSOALAN KAJIAN.................................................................................18
SKOP DAN BATASAN KAJIAN ......................................................................19
SKOP KAJIAN..............................................................................................19
BATASAN KAJIAN ......................................................................................19
KEPENTINGAN KAJIAN .................................................................................19
DEFINISI OPERASIONAL ..............................................................................21
PENDEDAHAN ............................................................................................21
KERJAYA ...................................................................................................... 22
MAKLUMAT KERJAYA...............................................................................22
MOTIVASI .....................................................................................................23
PEMBELAJARAN ........................................................................................23
KAUNSELING KELOMPOK.......................................................................24
PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN ........................................24
TEORI-TEORI KAJIAN ....................................................................................25
TEORI TRET DAN FAKTOR......................................................................25
TEORI PEMUSATAN KLIEN .....................................................................28
DAPATAN KAJIAN LALU ................................................................................31
METODOLOGI KAJIAN..........................................................................................35
REKA BENTUK KAJIAN ..................................................................................35
PERSAMPELAN ............................................................................................... 36
iv
INSTRUMEN KAJIAN ......................................................................................38
KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN ............................................................41
PROSEDUR RAWATANKUMPULAN RAWATAN.......................................43
KUMPULAN KAWALAN .............................................................................43
KAJIAN RINTIS.................................................................................................44
PROSEDUR PENGUMPULAN DATA ...........................................................45
MENYEDIAKAN SURAT KEBENARAN MENJALANKAN
PENYELIDIKAN ...........................................................................................46
PERSETUJUAN TERMAKLUM.................................................................46
MENYEDIAKAN BAHAN SPIN N KNOW ................................................46
MENYEDIAKAN BORANG SOAL SELIDIK.............................................47
MENJALANKAN SESI KAUNSELING......................................................47
PROSEDUR PENGANALISISAN DATA .......................................................49
DAPATAN KAJIAN 51
PROFIL PESERTA KAJIAN ............................................................................51
PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN ..........................................................54
Analisis Tahap Skor Min Yang Signifikan Antara Pendedahan Kerjaya
Dan Motivasi Pembelajaran Kumpulan Rawatan Dan Kumpulan
Kawalan Dalam Ujian Pra Dan Pos Kumpulan Rawatan.......................54
Analisis Perbezaan Skor Min Yang Signifikan Antara Penggunaan Spin
N Know Dan Kaedah Tradisional Terhadap Motivasi Pembelajaran
Murid Kumpulan Rawatan Dan Kumpulan Kawalan Setelah Mendapat
Pendedahan Kerjaya...................................................................................76
RUMUSAN PERBINCANGAN KAJIAN .........................................................79
KESIMPULAN ...................................................................................................80
IMPLIKASI .........................................................................................................81
Implikasi Kepada GBKSM ..........................................................................82
v
Implikasi Kepada Murid...............................................................................82
Implikasi Kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ................84
CADANGAN KAJIAN LANJUT .......................................................................85
RUJUKAN 88
vi
SENARAI JADUAL
Jadual 3.1 Pemboleh ubah kajian 18
: 21
Jadual 3.2 Ringkasan tinjauan mengikut tahap dan 21
: tahun gred 24
Jadual 3.3 Kesahan Cronbach’s Alpha berdasarkan 30
: subskala 31
Jadual 3.4 Jadual Kesahan Cronbach’s Alpha soal
: selidik 32
Jadual 4.1 Bilangan peserta lelaki dan perempuan
: dalam kumpulan kawalan dan rawatan 34
Jadual 4.2 Analisis min dan sisihan piawai ujian pra
: dan pos bagi konstruk akademik dalam
kumpulan rawatan.
Jadual 4.3 Analisis min dan sisihan piawai ujian pra
: dan pos bagi konstruk future dalam
kumpulan rawatan.
Jadual 4.4 Analisis min dan sisihan piawai ujian pra
: dan pos bagi konstruk pengurusan diri
dalam kumpulan rawatan.
vii
Jadual 4.5 Analisis min dan sisihan piawai ujian pra 36
37
: dan pos bagi konstruk mindset dalam 38
40
kumpulan rawatan. 41
43
Jadual 4.6 Analisis min dan sisihan piawai ujian pra 44
: dan pos bagi konstruk interpersonal
dalam kumpulan rawatan.
Jadual 4.7 Analisis min dan sisihan piawai ujian pra
: dan pos bagi konstruk akademik dalam
kumpulan kawalan.
Jadual 4.8 Analisis min dan sisihan piawai ujian pra
: dan pos bagi konstruk future dalam
kumpulan kawalan.
Jadual 4.9 Analisis min dan sisihan piawai ujian pra
: dan pos bagi konstruk pengurusan diri
dalam kumpulan kawalan.
Jadual Analisis min dan sisihan piawai ujian pra
4.10: dan pos bagi konstruk mindset dalam
kumpulan kawalan.
Jadual Analisis min dan sisihan piawai ujian pra
4.11: dan pos bagi konstruk interpersonal
dalam kumpulan kawalan.
viii
Jadual Perbandingan skor min penggunaan 47
4.12: Spin N Know dalam kumpulan rawatan. 47
Jadual Perbandingan skor min penggunaan
4.13: Kaedah Tradisional dalam kumpulan
kawalan.
ix
SENARAI RAJAH 10
Rajah 2.1 Fasa dalam teori tret dan faktor 22
Rajah 3.1 Kerangka konseptual kajian 26
Rajah 3.2 Aliran proses kaunseling 30
Rajah 4.1 Peratusan peserta kajian dalam
kumpulan rawatan dan kawalan.
x
SNK SENARAI SINGKATAN
ASGW
PdPR Spin N Know
GBKSM Association for Specialist in Group Work
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
KPM Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh
REBT Masa
CBT Kementerian Pelajaran Malaysia
YEMBS Rational Emotive Behaviour Theraphy
Cognitive Behaviour Theraphy
YDEKC Youth Engagement Motivation and Beliefs
Survey
SPSS Youth Development Executives of King
County
Statistical Packages for The Social
Sciences
xi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN A Surat kebenaran menjalankan kajian
LAMPIRAN B Borang persetujuan termaklum
LAMPIRAN C Borang soal selidik
xii
PENGENALAN
Kerjaya merupakan satu perjalanan seseorang dalam
sesuatu lapangan kehidupan di mana ia dijadikan sebagai
bidang profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai satu cara
untuk mencari nafkah (Sidek Mohd Noah, 2015). Pemilihan
kerjaya yang tepat merupakan perkara yang penting dalam
kehidupan seseorang sebelum melangkah ke dalam dunia
pekerjaan.
Namun begitu, Amir Awang (1975), menegaskan bahawa
pemilihan kerjaya merupakan kategori masalah yang terbesar
yang sering dikemukakan oleh remaja dan antara sebabnya
adalah mereka tidak mengenali dunia pekerjaan iaitu kurang
pengetahuan dan maklumat tentang sesuatu pekerjaan
tersebut. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
pada mulanya bertumpu kepada usaha menyebarkan
maklumat kerjaya untuk membantu pelajar membuat pemilihan
kerjaya. Perkhidmatan ini hanya dilaksanakan sebagai aktiviti
pilihan dan tidak diwajibkan diberikan kepada semua pelajar
(Amla, 2010).
Pendedahan mengenai kerjaya kepada murid sekolah rendah
kurang dititikberatkan kerana selalunya ia diberikan kepada
pelajar sekolah menengah dan pelajar kolej sahaja. Amla
Salleh (2010), menyatakan aktiviti kerjaya seperti pameran
kerjaya, ceramah kerjaya dan sesi kaunseling kerjaya yang
dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah dapat
meningkatkan pemahaman murid tentang sesuatu pekerjaan
13
yang akan membantu kepada pemilihan kerjaya dan keputusan
kerjaya yang diambil oleh mereka kelak. Meskipun begitu,
setiap sekolah mempunyai perbezaan dalam melaksanakan
program kerjaya yang menyebabkan setiap murid mendapat
pendedahan kerjaya yang terhad.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk
meningkatkan pengetahuan murid tentang kerjaya antaranya
adalah Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan sesi
kaunseling kelompok bersama murid di sekolah. Menurut
Persatuan Pakar-pakar di dalam Kerja Kelompok (Association
for Specialists in Group Work, ASGW), kaunseling kelompok
merujuk kepada proses menolong atau penyempurnaan tugas-
tugas tertentu di dalam suasana yang berkelompok. Bimbingan
kelompok bersifat lebih terbuka, yang dapat melibatkan lebih
ramai ahli pada satu-satu masa dengan membincangkan topik
yang lebih umum (Gibson, Mitchell & Basile, 2003).
Keberkesanan kaunseling kelompok dapat dicapai sekiranya
kaunselor dan ahli kelompok memahami konsep dan tujuan
kaunseling kelompok, prinsip-prinsip dan kejayaan mereka
melakukan peranan masing-masing. Dalam soal ini, Zuraidah
Abdul Rahman (2004) mengatakan bahawa keberkesanan
kaunseling kelompok bergantung kepada keberkesanan
proses terapeutik yang wujud di dalam kelompok tersebut.
Spin N Know merupakan sebuah inovasi yang dibina oleh
penyelidik untuk membantu dan memudahkan murid
14
mengetahui maklumat kerjaya yang menjadi cita-cita mereka.
Melalui Spin N Know ini, murid dapat mengetahui tentang
pekerjaan yang mereka ingin ceburi suatu hari nanti dengan
baik serta dapat mengetahui laluan kerjaya dengan jelas
sebelum mereka melangkah ke tahap seterusnya. Antara
maklumat yang diberikan adalah dari segi deskripsi tugas,
bidang-bidang yang boleh diceburi dalam sesuatu pekerjaan,
tempat pekerjaan, aliran sekolah yang boleh diikuti, dan
senarai universiti.
Berdasarkan arah dan matlamat yang jelas hasil daripada
maklumat kerjaya yang diberikan, individu itu akan tahu sama
ada bidang kerjaya tersebut selaras dan secocok atau tidak
dengan jiwanya. Individu dijangkakan akan lebih bermotivasi
dan gembira dengan pilihan yang dilakukannya sendiri (Sidek
Mohd Noah, 2015).
PERNYATAAN MASALAH
Malaysia sekarang bertambah maju dari segi kepelbagaian
bidang pekerjaan yang boleh diceburi berbanding dengan
zaman dahulu yang hanya menghadkan kepada beberapa
bidang pekerjaan sahaja. Namun begitu, negara masih tidak
mempunyai banyak pilihan dalam pemilihan bidang pelajaran
sejak sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah. Isu ini
akan memberi impak yang negatif kepada murid apabila
mereka tidak berminat untuk belajar dengan subjek tertentu
(Sabariah Haron, 2013).
15
Kekurangan pendedahan maklumat kerjaya kepada murid
akan menyebabkan mereka kurang bermotivasi untuk belajar
(Abd. Hanid, 2007). Seterusnya akan membawa kepada
pelbagai implikasi negatif sepanjang zaman persekolahan dan
zaman pekerjaan mereka. Malah mereka juga cenderung
kepada pemilihan pekerjaan yang tidak sesuai dengan mereka,
maka dengan itu dapat dilihat bahawa pendedahan kerjaya ini
amat memainkan peranan kerana ia mampu memberi kesan
kepada motivasi pembelajaran murid serta tonggak kepada
perjalanan kerjaya murid yang berterusan (Suradi Salim,2005).
Memilih dan menetapkan pekerjaan yang sesuai amat penting
kepada individu kerana ia boleh mendatangkan kepuasan,
keseronokan dan jaminan pada masa hadapan. Pemilihan
terhadap pelbagai kerjaya yang sesuai dengan minat dan
personaliti pelajar juga perlu didedahkan dan dibimbing supaya
mereka dapat membuat pemilihan yang tepat dan betul selari
dengan kehendak dan minat dalam diri (Mohd Subhan, Salleh
Amat & Abu Yazid 2015).
Pendedahan tentang kerjaya seawal usia persekolahan, dapat
memandu murid menentukan pemilihan kerjaya yang sesuai
dengan minat mereka. Sekali gus mereka dapat menetapkan
matlamat dan berusaha untuk merealisasikan cita-cita
tersebut. Individu yang mempunyai maklumat data diri dan
maklumat kerjaya yang lengkap dan jelas akan mempunyai
16
arah dan matlamat yang jelas dalam perjalanan kerjaya
mereka.
Kajian ini perlu dilaksanakan dalam membantu murid
mendapatkan pengetahuan tentang kerjaya yang menjadi cita-
cita mereka secara jelas dan mendalam yang seterusnya akan
membawa kepada peningkatan motivasi pembelajaran
mereka. Motivasi pembelajaran yang tinggi juga seterusnya
akan memberi kesan yang positif terhadap pencapaian
akademik murid. Hal ini menunjukkan bahawa motivasi adalah
sangat penting kerana motivasi mampu membantu untuk
mempengaruhi pencapaian akademik dalam kalangan pelajar
supaya menjadi lebih baik.
Garavalia dan Gredler (2002) menyatakan pelajar yang
mempunyai matlamat yang efektif, menggunakan strategi
pembelajaran yang sesuai dan menilai keperluan
pembelajaran, cenderung untuk mencapai tahap yang lebih
tinggi berbanding dengan pelajar lain.
TUJUAN, OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
TUJUAN KAJIAN
I. Kajian ini dijalankan untuk menentukan tahap skor min
antara pendedahan maklumat kerjaya dan motivasi
pembelajaran kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan
dalam ujian pra dan pos.
II. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan
skor min antara penggunaan Spin N Know dan kaedah
17
tradisional terhadap motivasi pembelajaran murid
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
OBJEKTIF KAJIAN
I. Menentukan tahap skor min antara pendedahan
maklumat kerjaya dan motivasi pembelajaran kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pra dan
pos.
II. Mengenal pasti perbezaan skor min antara
penggunaan Spin N Know dan kaedah tradisional
terhadap motivasi pembelajaran murid kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan.
PERSOALAN KAJIAN
I. Apakah tahap skor min antara pendedahan maklumat
kerjaya dan motivasi pembelajaran kumpulan rawatan
dan kumpulan kawalan dalam ujian pra dan pos?
III. Adakah terdapat perbezaan skor min antara
penggunaan Spin N Know dan kaedah tradisional
terhadap motivasi pembelajaran murid kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan?
18
SKOP DAN BATASAN KAJIAN
SKOP KAJIAN
Kajian ini melibatkan responden yang terdiri daripada murid
tahap dua yang merupakan klien kaunseling kelompok di
sebuah sekolah di Alor Setar, Kedah. Aspek yang dikaji dalam
kajian ini adalah kesan pendedahan maklumat kerjaya dalam
sesi kaunseling kelompok terhadap motivasi pembelajaran
murid. Kajian ini meliputi kesan pendedahan kerjaya dan
motivasi pembelajaran murid.
BATASAN KAJIAN
Kajian ini melibatkan responden yang terdiri daripada murid
tahap dua yang terdiri daripada darjah 6 yang hadir ke sesi
kaunseling kelompok. Namun begitu, hanya 20 orang murid
sahaja yang akan terlibat dalam kajian ini iaitu 10 orang murid
dalam kumpulan kawalan dan 10 orang murid dalam kumpulan
rawatan. Disebabkan negara dilanda Covid-19 dan PdPR
dilaksanakan, sesi kaunseling kelompok tidak dapat dijalankan
secara bersemuka. Maka dengan itu, ia dilaksanakan melalui
platform Google Meet manakala ujian pra dan pos juga
diberikan dalam bentuk Google Form.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian tentang pendedahan kerjaya di sekolah rendah kurang
mendapat perhatian ramai kerana sesetengah pihak hanya
memfokuskan pendidikan kerjaya kepada pelajar sekolah
menengah sahaja. Oleh itu, hasil kajian ini akan memberi
kesedaran kepada pihak sekolah dan para Guru Bimbingan
19
dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) bahawa
pendedahan kerjaya ini amat penting diterapkan kepada murid
sekolah rendah.
Kajian ini juga dapat digunakan sebagai satu panduan yang
boleh membuktikan kesan pendedahan maklumat kerjaya
terhadap motivasi pembelajaran murid yang dilaksanakan
dalam sesi kaunseling kelompok. Maka dengan itu, semua
GBKSM yang sedang bertugas di sekolah rendah mestilah
cakna tentang pendidikan kerjaya ini dengan melakukan
perancangan rapi supaya ia dapat dilaksanakan dengan baik
agar motivasi pembelajaran murid dapat ditingkatkan. Menurut
Lapan, Gybers dan Petroski (2001), murid yang mengambil
bahagian secara komprehensif dalam program kerjaya
menunjukkan sikap positif terhadap kepentingan pendidikan
dan mencapai kedudukan akademik yang lebih baik
berbanding pelajar yang tidak mengambil bahagian dalam
projek kerjaya.
Seterusnya peserta kajian dalam kumpulan rawatan di mana
melalui Spin N Know dapat memperoleh pengetahuan tentang
kerjaya yang menjadi cita-cita mereka seperti tugas pekerjaan,
bidang pada tingkatan 4 di sekolah menengah, kursus yang
boleh diikuti di Universiti dan tempat kerja. Ia juga membantu
murid menggunakan maklumat yang diberikan untuk membuat
keputusan dalam pemilihan kerjaya dengan sebaik-baiknya, ini
kerana jenis pekerjaan yang dipilih akan mempengaruhi
konsep kendiri, nilai, kesejahteraan dan kepuasan hidup
20
seseorang individu. Pemilihan kerjaya yang tepat amat penting
untuk memastikan ia bersesuaian dengan kelulusan dan
kemahiran yang dimiliki serta minat dan keperibadian
seseorang dalam menentukan kejayaan hidup. Ia selaras
dengan pendapat Vaughan (1970), iaitu pemilihan kerjaya
yang betul penting untuk memastikan kejayaan secara
keseluruhan seseorang individu sepanjang hayatnya.
Hasil kajian juga dapat dijadikan panduan oleh pihak KPM
khususnya dalam membantu guru bimbingan melaksanakan
tugasan mereka untuk merealisasikan fokus tugas guru
bimbingan dan kaunselor sepenuh masa (KPM Bil. 12/2012, 16
April 2012). Inovasi Spin N Know yang digunakan dalam kajian
ini dapat dijadikan panduan untuk membantu guru bimbingan
khususnya dalam memberi maklumat kerjaya kepada murid
serta melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan.
Pelaksanaan kajian ini secara umumnya juga dapat
menyokong merealisasikan dasar KPM menerusi Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025),
menyokong ke arah pencapaian matlamat KSPK (2010), KSSR
(2011) dan membantu merealisasikan matlamat Bimbingan
dan Kaunseling bagi Pembangunan dan Pengembangan Diri
Pelajar (Surat Siaran KPM, 16 April 2012).
DEFINISI OPERASIONAL
PENDEDAHAN
Pendedahan merupakan perbuatan mendedahkan atau
pengenalan kepada sesuatu perkara (Kamus Dewan, 2010).
21
Pendedahan dalam kajian ini merujuk kepada pendedahan
maklumat kerjaya yang diterima oleh murid dalam sesi
kaunseling kelompok. Antaranya, pendedahan secara lisan
oleh guru di dalam kelas atau aktiviti, seminar, lawatan,
program, dan kem kerjaya yang dianjurkan oleh pihak sekolah
(Hamat, 2001).
KERJAYA
Kerjaya merupakan penglibatan yang berterusan serta
perkembangan dan kemajuan seseorang dalam sesuatu
profesion. Kerja pula ditakrifkan sebagai usaha, pekerjaan,
tugas atau sesuatu urusan yang dilakukan dengan perbuatan
(Mansor, 2012). Kerjaya bukan sekadar tempoh pekerjaan
seseorang, malahan meliputi tempoh persekolahan sehingga
seseorang mencapai tempoh persaraan (Super, 1972). Kerjaya
juga merupakan keperluan psikologi, ekonomi dan sosial
individu dan ini direalisasikan dengan bekerja sehingga berjaya
(Che Din, 2002). Kerjaya yang dimaksudkan dalam kajian ini
adalah kerjaya pilihan pelajar.
MAKLUMAT KERJAYA
Menurut Sidek Mohd Noah (2002b), maklumat kerjaya adalah
satu susunan maklumat yang teratur yang dapat membantu
individu memahami diri, mempelajari dunia pekerjaan serta
mendapat pengalaman yang dapat membantu mereka dalam
membuat keputusan tentang kerjaya.
22
MOTIVASI
Gardner (2005), menyatakan bahawa motivasi adalah pilihan
yang dibuat oleh individu tentang pengalaman, matlamat serta
usaha yang dilakukan untuk mencapai atau mengelak sesuatu
tujuan. Motivasi yang dinyatakan dalam kajian ini adalah
motivasi intrinsik. Motivasi intrinsik dapat dilihat apabila
seseorang individu melakukan aktiviti untuk kepuasan diri
sendiri (Brown, 2007). Manakala dalam konteks pembelajaran,
motivasi intrinsik sering dikaitkan dengan tujuan dari diri
pelajar itu sendiri dan minat yang tersendiri terhadap
sesuatu subjek atau aktiviti tersebut. Apabila seseorang
menikmati pekerjaan atau aktiviti, melihatnya sebagai peluang
untuk belajar dan mengambil bahagian tanpa ganjaran luar,
dapat diandaikan bahawa individu tersebut bermotivasi secara
intrinsik (Coon & Mitterer, 2010).
PEMBELAJARAN
Pembelajaran adalah proses di mana pengalaman
menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku
yang kekal (Anita E. Woolfolk, 2004). Manakala menurut
Gagne (1985), pembelajaran adalah perubahan atau
kemampuan seseorang yang dapat dikekalkan tetapi tidak
disebabkan oleh pertumbuhan. Perubahan yang dipanggil
pembelajaran diperlihatkan melalui perubahan tingkah laku;
dengan membandingkan tingkah laku seseorang individu
sebelum didedahkan kepada situasi pembelajaran dengan
tingkah lakunya selepas didedahkan dengan situasi
pembelajaran.
23
KAUNSELING KELOMPOK
Kelompok boleh didefinisikan sebagai mengumpulkan
beberapa orang individu yang berinteraksi serta mempunyai
hubungan psikologi antara satu sama lain sementara
kaunseling kelompok merujuk kepada proses interpersonal
yang mementingkan fikiran, perasaan dan tingkah laku secara
sedar (Corey, 1989).
Secara keseluruhannya, bahagian pengenalan ini menjadi
penanda kepada penyelidik untuk sentiasa merujuk bagi
memastikan kajian sentiasa berada dalam landasannya. Ini
supaya penyelidik tidak tersasar daripada objektif dan skop
kajian. Keseluruhan bab ini membincangkan mengenai fokus
utama kajian yang meliputi pendedahan maklumat kerjaya,
motivasi pembelajaran murid dan sesi kaunseling kelompok.
Seperti yang diketahui, pendedahan kerjaya amat penting
dalam membantu murid melakukan pemilihan kerjaya.
PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN
Kajian ini terdiri daripada dua pemboleh ubah iaitu
pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar. Pemboleh
ubah tidak bersandar merupakan pendedahan kerjaya yang
diberikan melalui Spin N Know kepada kumpulan rawatan
manakala kumpulan kawalan diberikan pendedahan kerjaya
secara tradisional. Seterusnya, pemboleh ubah bersandar pula
merujuk kepada motivasi pembelajaran murid yang dapat
dilihat kesannya setelah pendedahan kerjaya diberikan dan
tidak diberikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan
24
kawalan. Dalam bahagian ini penyelidik membincangkan
tentang teori kajian dan kajian yang dijalankan oleh penyelidik-
penyelidik terdahulu mengenai kesan pendedahan kerjaya
kepada murid.
TEORI-TEORI KAJIAN
TEORI TRET DAN FAKTOR
Kajian ini menggunakan Teori Tret dan Faktor yang
diperkenalkan oleh Frank Parson. Teori ini merupakan teori
yang telah lama digunakan dalam kaunseling kerjaya. Konsep
asas teori sifat-sifat adalah "sifat" dan "faktor." Menurut teori ini,
konsep "sifat" mengekspresikan kualiti individu yang dapat
diukur seperti kecerdasan, perhatian dan kemampuan. Konsep
"faktor" menentukan kecekapan yang diperlukan untuk
memiliki kerjaya yang berjaya. Teori ini juga mengandaikan
bahawa setiap individu mempunyai corak kemampuannya
yang unik, tret tertentu yang dapat diukur dengan tepat dan
selaras serta mempunyai hubungan dengan keperluan asas
dengan beberapa jenis pekerjaan. Parsons berpendapat
bahawa seseorang individu harus menjelaskan proses tiga
fasa dalam pemilihan kerjaya iaitu kefahaman yang jelas
mengenai diri, pengetahuan mengenai dunia pekerjaan dan
penaakulan yang tepat mengenai hubungan antara kedua-dua
kumpulan fakta tersebut (Weinrach, 1979).
25
FASA DALAM TEORI TRET DAN FAKTOR
Fasa 1: Kefahaman yang jelas mengenai diri.
Fasa 2: Pengetahuan mengenai dunia pekerjaan.
Fasa 3: Penaakulan yang tepat mengenai hubungan
antara kedua-dua kumpulan fakta tersebut hubungan
antara kedua-dua kumpulan fakta tersebut
Rajah 2.1: Fasa Dalam Teori Tret dan Faktor
Teori Tret dan Faktor merupakan teori yang diperkenalkan oleh
Frank Parson yang mencadangkan bahawa pemilihan kerjaya
yang baik perlu melibatkan 3 fasa. Fasa yang pertama adalah
pengiktirafan dan penjelasan individu mengenai kebolehan,
minat, emosi dan batasan sendiri. Penentuan faktor minat dan
kemampuan membolehkan individu mengetahui dan
memahami mengenai diri mereka sendiri. Selain itu, ia juga
membantu kaunselor mengenali sifat-sifat individu tersebut
yang membolehkan GBK memberikan bimbingan yang
sewajarnya. Oleh itu, penggunaan inventori yang bertujuan
untuk menentukan minat dan kebolehan individu adalah
26
mustahak dan merupakan salah satu instrumen yang penting
untuk teori ini.
Fasa kedua bagi teori ini adalah penjelasan individu mengenai
keperluan, syarat, peluang, kelebihan dan kekurangan
pekerjaan yang berbeza. Dengan itu, kaunselor kerjaya
diperlukan untuk memberi bimbingan kepada individu dalam
mencari maklumat mengenai pekerjaan dan dunia perniagaan
iaitu cara mengakses bahan dan mengklasifikasikan maklumat
yang diperoleh. Kaunselor kerjaya boleh menggunakan bahan
bercetak untuk memberikan maklumat vokasional. Katalog
maklumat vokasional yang diklasifikasikan berdasarkan
keperluan, proses pendidikan, keadaan kerja, waktu kerja,
upah, dan lain-lain boleh didapati dalam bentuk cetak dan juga
internet. Dalam fasa ini, sangat berguna untuk menyediakan
dokumen bertulis untuk individu yang memerlukan senarai
alamat untuk pelbagai profesional dalam bidang yang berbeza.
Akhir sekali, fasa ketiga adalah kesesuaian individu mengenai
maklumat tentang dirinya dan hasil yang diperolehnya daripada
maklumat mengenai kerjaya. Sebagai salah satu fasa asas
teori tret dan faktor, fasa yang terakhir ini mengandungi
pemadanan maklumat yang diakui oleh individu mengenai
minat, kebolehan dan nilai kerjaya sendiri dan maklumat yang
dikumpulkannya mengenai dunia pekerjaan. Untuk individu
membuat pemadanan yang sihat pada fasa ini adalah individu
perlu menyelesaikan dua fasa awal dengan berjaya. Sidek
Mohd Noah (1988), menyatakan bahawa strategi pemilihan
27
kerjaya yang baik ialah apabila individu mengumpul sebanyak
mungkin maklumat mengenai sesuatu pekerjaan. Maka
dengan itu, GBK perlu membantu murid dengan memberi
pendedahan maklumat kerjaya secara berkesan dengan
mengadakan kaunseling kerjaya atau program bimbingan
kerjaya seperti seminar atau bengkel kerjaya yang mempunyai
maklumat tentang deskripsi pekerjaan, keperluan latihan,
tempat latihan, kelayakan akademik dan maklumat lain yang
berkaitan agar motivasi murid dapat ditingkatkan.
TEORI PEMUSATAN KLIEN
Teori Pemusatan Klien diperkenalkan oleh Carl Rogers (1902-
1986) dalam buku pertamanya, Counseling and Psychoterapy
yang diterbitkan pada 1942. Teori Pemusatan klien melihat
bahawa manusia berpotensi untuk berubah. Pemilihan Teori
Pemusatan klien sebagai teori yang akan digunakan dalam
sesi kaunseling kelompok dijalankan kerana teori ini tidak
mempunyai pentafsiran atau pemberian makna kepada tingkah
laku klien seperti terdapat dalam Teori Psikoanalisis. Teori
Pemusatan klien ini juga tidak mempunyai teknik khusus bagi
membentuk tingkah laku baru klien berbanding teori lain seperti
Rational Emotive Behaviour Therapy (REBT) dan Terapi
Tingkah Laku. Malah, teori ini juga tidak mengubah pemikiran
klien secara teknikal seperti yang dilakukan dalam REBT atau
Cognitive Behaviour Therapy (CBT). Teori Pemusatan klien
hanya menumpukan kepada klien dalam proses penerokaan
dirinya bukannya kepada mengkhusus kepada sesuatu
perubahan terancang. Pendekatan yang digunakan oleh
28
kaunselor juga tidak teknikal, kaunselor hanya perlu memenuhi
elemen-elemen utama iaitu kongruen, menerima klien tanpa
syarat, dan empati.
Ketulenan dan Kongruen (Authenticity and congruence) ialah
merujuk kepada sifat asli yang ada dalam diri kaunselor. Ini
bermakna kaunselor perlu bersikap jujur pada klien dan
bertindak mengikut kemampuan diri dalam sesi kaunseling.
Kaunselor yang ikhlas adalah spontan dan menyatakan sikap
dan perasaan yang mengalir dalam dirinya dengan terbuka,
baik kepada perasaan yang selesa mahupun tidak. Hal ini
penting untuk membina kepercayaan dalam diri klien.
Kaunselor yang ingin membantu klien mestilah seorang
individu yang tidak mengalami pengalaman yang tidak
konsisten dan mempunyai konflik. Sikap pertama yang perlu
ada di dalam perkembangan teraputik ini ialah kongruen,
keikhlasan ataupun kesepaduan. lni bermakna, dalam
perhubungan antara kaunselor dengan klien, kaunselor
sentiasa bebas dan bersungguh-sungguh untuk mengalami
dirinya yang sebenar secara sedar, dan bukannya bertopeng
sama ada secara sedar ataupun tidak atau berlakon untuk
menggambarkan dirinya.
Menurut Rogers penerimaan tanpa syarat sangat penting
dalam membina hubungan yang erat antara kaunselor dan
klien semasa menjalankan proses kaunseling. Ini kerana,
apabila wujud suasana yang baik antara kaunselor dan klien
proses kaunseling akan menjadi lebih terapeutik dan klien akan
29
merasakan dirinya diterima dalam sesi tersebut (Roslee e.t.,
2003). Penerimaan tanpa syarat ialah apabila kaunselor
mendapati dia mengalami satu perasaan kemesraan menerima
setiap aspek pengalaman klien sebagai sebahagian kehidupan
klien. Ia melibatkan penerimaan semua pengalaman klien
sama ada berbentuk negatif seperti “jahat”, sedih, takut,
mengalah dan pengalaman ganjil atau yang berbentuk positif
seperti “baik”, positif, matang, yakin dan perasaan bersosial.
Maka dengan itu penerimaan tanpa syarat bermaksud
kaunselor menerima klien sebagai insan yang tersendiri
dengan kebenaran untuknya menerima perasaan dan
pengalamannya sepenuh hati.
Manakala empati ialah merujuk kepada kebolehan kaunselor
untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien. Sabariah Siron
(2003) mendefinisikan empati ialah keupayaan kaunselor
memasuki dunia klien bagi mengalami dunia klien itu sendiri. Ia
juga didefinisikan sebagai kebolehan kaunselor melihat ruang
rujuk dalaman klien supaya dunia dan makna yang diutarakan
klien dapat dikomunikasikan dengan tepat dan jelas. Di dalam
proses kaunseling, komponen ini penting bagi memudahkan
kaunselor membantu klien menyelesaikan masalahnya.
Kaunselor akan cuba mengalami perasaan klien seperti marah,
takut atau serba salah sebagaimana dia yang mengalami
walaupun dirinya sendiri tidak pernah mengalami konflik
tersebut. Kaunselor perlu bersikap empati supaya dia dapat
memahami perasaan klien dan tidak ragu dengan apa yang
dimaksudkan oleh klien. Empati juga ialah kata-kata kaunselor
30
sesuai dengan perasaan dan isi percakapan klien dan nada
suara kaunselor menunjukkan dia begitu berusaha untuk
berkongsi pengalaman klien. Antara prinsip empati ialah
kaunselor merasakan emosi yang diekspresikan oleh klien
kerana ia menggambarkan tingkah laku, pengalaman dan
perasaan yang dialami oleh klien.
DAPATAN KAJIAN LALU
Berdasarkan kajian-kajian lepas terdapat beberapa kesan
pendedahan kerjaya yang dapat dilihat terhadap motivasi
pembelajaran murid. Dalam artikel “Effect of career education
module on career development of community college
students”, oleh Jasmi A. Talib, Amla Salleh, Salleh Amat, Simin
Ghavifekr dan Azlinda M. Ariff (2014), menunjukkan bahawa
penggunaan modul pendidikan kerjaya dalam program
pembangunan kerjaya dapat meningkatkan keupayaan
merancang kerjaya dengan ketara. Ini terbukti dari peningkatan
ketara dalam skor min kumpulan eksperimen mengenai
kemampuan merancang kerjaya, keberkesanan diri, dan
kematangan kerjaya berbanding dengan kumpulan kawalan.
Hasil daripada kajian Miles (2008), juga mendapati bahawa
program intervensi kerjaya berjaya meningkatkan kematangan
kerjaya, konsep kecekapan diri kerjaya, motivasi,
keberkesanan diri, dan kemampuan merancang kerjaya di
antara peserta program. Selain itu, dapatan kajian artikel ini
juga menunjukkan bahawa tahap keberkesanan diri dapat
meningkat dengan sokongan, dorongan, dan pengalaman
31
praktikal semasa pelaksanaan bengkel. Lebih khusus lagi,
kajian ini telah memperluas pemahaman tentang bagaimana
mengembangkan, melaksanakan, dan menilai program
pendidikan kerjaya untuk sekolah dengan latar belakang sosio-
ekonomi yang berbeza. Malah, kajian ini dapat membantu
pembuat dasar, penyelidik kerjaya dan psikologi, dan pendidik
kerjaya untuk mengembangkan strategi yang layak untuk
campur tangan kerjaya berdasarkan teori di sekolah menengah
Afrika Selatan.
Seterusnya, Sani (2011), dalam kajiannya pula mendapati
bahawa penglibatan pelajar dalam program kerjaya secara
positif dikaitkan dengan prestasi akademik. Penemuan yang
disebutkan di atas menunjukkan bahawa modul intervensi
kerjaya, yang mendorong penyertaan pelajar, mendorong
minat dan motivasi mereka dalam belajar. Oleh itu, adalah
penting untuk mempertimbangkan kandungan yang relevan
dengan keperluan pelajar, dan mestilah disusun untuk
memasukkan pelbagai strategi pedagogi, dan memberi
peluang untuk interaksi aktif di antara pelajar dengan pelajar
dan fasilitator mereka.
Ia bertepatan dengan kajian Lapan, Gysbers, dan Petroski
(2001), yang merupakan sebuah kajian yang menggunakan
pelajar kelas 7 yang bersekolah di sekolah dengan program
kaunseling sekolah yang dilaksanakan dengan lebih lengkap.
Kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar itu mempunyai
hubungan yang lebih baik dengan guru, memperoleh yang
32
lebih baik gred, dan menunjukkan kepuasan yang lebih tinggi
dengan kualiti pendidikan. Selaras dengan kajian Steen dan
Kaffenberger (2007), yang menyatakan melalui penyertaan
pelajar sekolah rendah dalam kaunseling kumpulan, dapat
meningkatkan tingkah laku dan akademik pelajar.
Ismail, M. S., Abdullah, S. S., Mohamad, M. Z., dan Khairuldin,
W. M. K. F. W. (2018), menyatakan bahawa program untuk
mengembangkan kesedaran kerjaya dan program kerjaya lain
perlu mempunyai strategi yang akan memberi kesan yang
tinggi kepada kumpulan sasaran dengan jantina, pencapaian
akademik, aliran pengajian serta status sosio-ekonomi
keluarga yang berbeza. Dapatan dari kajian ini mempunyai
beberapa implikasi terhadap teori dan praktik bimbingan dan
kaunseling kerjaya, terutama di sekolah menengah. Pertama,
hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar perempuan dengan
tahap kematangan kerjaya yang lebih tinggi lebih
berorientasikan akademik, lebih berjaya dalam akademik, lebih
fokus dan mempunyai lokus kawalan yang lebih tinggi
berbanding dengan pelajar lelaki. Kedua, program untuk
mengembangkan kesedaran kerjaya dan program kerjaya lain
perlu mempunyai strategi yang akan memberi kesan yang
tinggi pada kumpulan sasaran dengan jantina, pencapaian
akademik, aliran pengajian serta status sosio-ekonomi
keluarga yang berbeza. Ketiga, penemuan juga menunjukkan
bagaimana persekitaran yang berbeza, seperti lingkungan
keluarga atau bilik darjah, dapat mempengaruhi
perkembangan kerjaya pelajar.
33
Seterusnya, kajian Meijers, Kujipers dan Gundy (2013) yang
memfokuskan kepada kesan pendidikan dan bimbingan
kerjaya di kalangan pelajar (usia 12-19) yang mendaftar dalam
pendidikan vokasional pre-vokasional dan menengah di
Belanda. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kompetensi
kerjaya secara positif memberikan kontribusi terhadap motivasi
belajar, kualiti pilihan belajar yang berpengalaman,
pengalaman pilihan yang sesuai dengan tugas-tugas
pembelajaran, dan pengalaman yang sesuai. Identiti kerjaya
memberikan sumbangan positif kepada hasil kerjaya, dan
dialog kerjaya lebih banyak menyumbang daripada intervensi
tradisional berkaitan dengan hasil kerjaya.
Hasil dari analisis kajian lepas tentang kesan pendedahan
kerjaya terhadap motivasi pembelajaran mendapati bahawa
belum terdapat kajian yang dilaksanakan pada murid sekolah
rendah tahap dua. Kebanyakan kajian mengenai kerjaya
dijalankan pada pelajar sekolah menengah dan pelajar kolej.
Selain itu, kajian-kajian lalu juga tidak memfokuskan
pendedahan kerjaya terhadap motivasi pembelajaran murid.
Oleh itu, cadangan kajian ini merupakan satu inisiatif untuk
mengkaji kesan pendedahan kerjaya yang dilaksanakan dalam
sesi kaunseling kelompok terhadap motivasi pembelajaran
murid.
Keseluruhannya kajian lepas membincangkan kesan program
kerjaya terhadap murid dapat dilihat dengan jelas dan ia
mempunyai kaitan dengan tajuk kajian ini iaitu kesan
34
pendedahan kerjaya. Dengan harapan, kajian-kajian lalu ini
dapat menyumbang kepada rujukan dan panduan dalam
melaksanakan kajian ini dengan baik dan berkesan.
METODOLOGI KAJIAN
Bab ini akan membincangkan dengan jelas metodologi
kajian secara keseluruhannya. Tujuan sesuatu metodologi
dalam suatu pengkajian adalah untuk membantu memahami
secara terperinci proses kajian yang telah dijalankan.
Metodologi dapat menjelaskan bagaimana setiap objektif dan
tujuan kajian dapat dicapai. Bagi mencapai tujuan tersebut, bab
ini akan menghuraikan secara terperinci berkenaan reka
bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, kerangka
konseptual, kaedah rawatan, kajian rintis, prosedur
pengumpulan data dan prosedur analisis data. Selain itu, bab
ini turut membincangkan kesahan dan kebolehpercayaan
instrumen yang digunakan dalam kajian ini.
REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian eksperimental
kuasi dengan menggunakan soal selidik ke atas satu kumpulan
rawatan dan satu kumpulan kawalan. Reka bentuk kuasi-
eksperimen dipilih kerana eksperimen merupakan reka bentuk
kajian yang baik untuk mengukur keberkesanan. Chua (2011)
menyatakan reka bentuk kuasi-eksperimen (quasi-
experimental) biasanya digunakan untuk menilai keberkesanan
sesuatu program apabila responden kajian tidak dapat
diagihkan secara rawak. Manakala Sidek Mohd Noah (2002a)
35
pula menyatakan bahawa kajian reka bentuk eksperimen
adalah bertujuan untuk menyiasat hubungan sebab dan kesan
dengan mendedahkan satu atau lebih kumpulan percubaan
kepada satu atau lebih rawatan dan membandingkan
keputusan kepada satu atau lebih kumpulan kawalan yang
tidak menerima sebarang rawatan. Dalam kajian ini,
pendedahan kerjaya diberikan kepada murid dalam sesi
kelompok untuk melihat kesan pendedahan terhadap motivasi
pembelajaran murid. Jadual 3.1 menunjukkan pemboleh ubah
yang terlibat dalam kajian ini.
Jadual 3.1
Pemboleh ubah Kajian
Kumpulan Pemboleh ubah tak Pemboleh ubah
bersandar / bebas bersandar
Rawatan Spin N Know (SNK) Motivasi
Pembelajaran Murid
Kawalan Tradisional Motivasi
Pembelajaran Murid.
PERSAMPELAN
Secara umumnya reka bentuk kajian kuasi eksperimen ini
dilaksanakan apabila pemilihan responden secara rawak
sepenuhnya tidak dapat dijalankan. Kajian ini melibatkan
pemilihan responden dalam kumpulan yang sedia ada. Walau
bagaimanapun pengkaji berusaha agar sampel diagihkan
dalam kumpulan secara rawak sebagaimana yang disebut oleh
36
White & McBurney (2013) Kaedah pemilihan responden
menepati apa yang dinyatakan oleh Jackson dan Verberg
(2006) yang melibatkan pertimbangan individu untuk memilih
sampel berdasarkan pengetahuan dan tujuan khusus pengkaji,
di samping responden hendaklah berada dalam keadaan yang
bersedia. Populasi kajian ini ialah murid tahun 6 di salah
sebuah sekolah kebangsaan di Kedah. Menurut Chua (2011),
persampelan bertujuan adalah pemilihan responden dengan
tujuan untuk mendapatkan data dan maklumat yang
dikehendaki dalam menjawab persoalan kajian. Bagi
menjalankan kajian berbentuk eksperimen, dua kelompok
murid yang menghadiri kaunseling kelompok di sekolah dipilih.
Di samping kesediaan responden, saiz responden juga
penting. Penentuan jumlah responden dalam kajian
eksperimen ini berbeza dengan kajian yang lain. Jumlah
responden bagi kajian eksperimen bergantung kepada
pemboleh ubah eksperimen. Satu kelompok yang mempunyai
10 orang murid diberikan pendedahan maklumat kerjaya
melalui Spin N Know dan satu kelompok lagi, mempunyai 10
orang murid pula diberikan pendedahan melalui kaedah
tradisional. Kelompok yang lebih kecil dapat membina lebih
kejeleketan, kemesraan dan keterlibatan (Chen & Rybak ,
2004). Bagi menjamin keterlibatan semua ahli kelompok,
hubungan pelbagai hala sesama ahli dan keberkesanan
kelompok, jumlah ahli kelompok per kumpulan mestilah tidak
melebihi 10 orang (Posthuma, 2002). Menurut McMillan &
Schumacher (2010), sesetengah eksperimen hanya
37
memerlukan 8-10 peserta kajian sahaja dengan syarat
eksperimen tersebut mempunyai kawalan yang tinggi. Namun
terdapat juga kajian yang menggunakan reka bentuk ujian pra-
pos kumpulan kawalan tidak seimbang dengan saiz sampel
kecil, iaitu n < 30 (Tanious 2012; Yalçınkaya et al. 2012; Hmelo
et al. 1997).
INSTRUMEN KAJIAN
Terdapat satu instrumen sahaja yang digunakan dalam kajian
ini. Instrumen ini sangat penting digunakan untuk membantu
memperoleh dapatan hasil kajian ini. Alat kajian yang sama
digunakan untuk ujian pra dan ujian pos. Instrumen utama yang
diguna pakai dalam kajian ini adalah:
1) Soal Selidik.
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang
sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku
seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala
bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Ujian boleh
dilakukan dalam pelbagai bentuk antaranya pemerhatian, ujian
lisan mahupun ujian bertulis. Bagi kajian ini, saya
menggunakan soal selidik Youth Engagement, Motivation and
Beliefs Survey (YEMBS) yang dibina oleh Youth Development
Executives Of King County (YDEKC) untuk mengukur identiti
akademik, orientasi masa depan, pengurusan kendiri,
kemahiran Interpersonal, identiti budaya dan corak pemikiran
murid melalui soalan-soalan yang disediakan. Soal Selidik ini
terdiri daripada 59 soalan dan setiap soalan mempunyai
38
peranan masing-masing dalam mengukur tujuh perkara yang
disebut di atas. Ia juga menggunakan skala Likert 4 bermula
dari Sangat Setuju, Setuju, Tidak Setuju dan Sangat Tidak
Setuju. Namun begitu, pengubahsuaian telah dilakukan bagi
menyesuaikan soal selidik ini dengan perkara yang ingin diukur
iaitu motivasi pembelajaran. Soalan-soalan yang berkaitan
dengan identiti budaya telah dikeluarkan dari borang soal
selidik dan soal selidik juga telah diterjemahkan ke dalam
Bahasa Melayu untuk memudahkan murid menjawabnya.
Maka jumlah keseluruhan bagi soalan soal selidik yang diubah
adalah 30 soalan.
Untuk semua item yang ada dalam soalan soal selidik, murid
diminta untuk menanda setiap item dengan mengesahkan
salah satu pilihan respons berikut: "Sangat Tidak Setuju";
"Tidak Setuju"; "Setuju"; atau "Sangat Setuju". Tujuan item-
item ini adalah untuk mengukur seberapa baik murid
menggambarkan diri mereka dalam lima bidang utama: (a)
akademik, (b) mind set, (c) pengurusan diri, (d) future dan (e)
interpersonal. Contoh item yang terdapat pada skala ini
termasuk “Melakukan dengan baik di sekolah adalah bahagian
penting dari diri saya (identiti akademik); Saya dapat
menyelesaikan masalah sukar sekiranya saya berusaha
dengan bersungguh-sungguh (mindset); Saya dapat
menenangkan diri apabila saya teruja atau kecewa
(pengurusan diri); saya dapat bekerja dengan baik dengan
orang lain dalam projek kumpulan (kemahiran interpersonal);
Saya percaya saya mempunyai masa depan yang cerah
(future).”
39
Kebolehpercayaan alat kajian dan kesesuaian arahan telah
diperoleh menerusi analisis yang dilakukan oleh Neil (2016),
berdasarkan data tinjauan yang dikumpulkan pada musim
bunga 2015 dan musim bunga 2016 di Washington. Berikut
merupakan jadual kebolehpercayaan setiap item dalam soal
selidik yang diperoleh dari peserta kajian. Sebanyak 2623
jumlah soal selidik yang berjaya dikumpulkan dari 139 pusat
pada musim bunga 2015, dan 2403 dari 121 pusat pada musim
bunga 2016 bagi murid tahun 4,5 dan 6.
Jadual 3.2
Ringkasan Tinjauan Responden Mengikut Tahap dan Tahun
Gred (Niel, 2016).
Tahun Musim Bunga 2015 Musim Bunga 2016
% %
Tahun 4 929 20.7% 920 24.5%
Tahun 5 795 17.7% 817 21.8%
Tahun 6 899 20.0% 666 17.8%
40
Jadual 3.3
Jadual Kesahan Cronbach Alpha berdasarkan Subskala (Niel,
2016).
Cronbach Alpha
Subskala 2015 2016
Akademik
Mind Set 0.87 0.89
Pengurusan Diri
Interpersonal 0.83 0.84
Future (Belonging and
Engagement) 0.81 0.82
0.81 0.84
0.92 0.92
KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Kerangka konseptual merupakan nadi dalam pelaksanaan
sesuatu kajian. Kerangka konseptual diperlukan sebagai
panduan yang bermakna kepada pengkaji untuk menjurus
individu ke arah jalan untuk mencapai tujuan kajian menerusi
struktur idea logik yang memberikan fokus kepada
perancangan, pelaksanaan, dan laporan sesuatu kajian. Rajah
3.1 menunjukkan kerangka konsep untuk mendedahkan
pendedahan kerjaya kepada murid tahap dua yang mengikuti
sesi kaunseling kelompok. Keberkesanan pendedahan kerjaya
dalam meningkatkan motivasi pembelajaran murid diukur
dengan menggunakan ujian pra-pos. Kajian ini adalah untuk
melihat pendedahan kerjaya yang diterima oleh murid dengan
jelas dapat memberi kesan terhadap motivasi pembelajaran
murid.
41
Pemboleh Ubah Pembolehubah
Tidak Bersandar Bersandar
Murid Tahun Pendedahan Motivasi
Enam yang Kerjaya pembelaja
mengikuti ran murid
(Spin N Know)
sesi
kaunseling Pendedahan
kelompok. Kerjaya
(Tradisional)
Rajah 3.1: Kerangka Konseptual Kajian
Spin N Know (SNK) didedahkan kepada peserta kumpulan
rawatan selama 3 minggu dan pertemuan sesi kaunseling
kelompok sebanyak sekali seminggu. Kajian ini juga turut
melibatkan ujian pra dan ujian pos. Ujian pra bertindak sebagai
skor permulaan bagi mengenal pasti tahap motivasi
pembelajaran murid sebelum menjalani rawatan. Selepas
tamat tempoh rawatan, perubahan tahap motivasi
pembelajaran murid dikenal pasti menerusi ujian pos.
Instrumen yang digunakan bagi mengenal pasti tahap motivasi
pembelajaran dalam kedua-dua ujian adalah soal selidik Youth
Engagement, Motivation and Beliefs Survey (YEMBS) yang
42
dibina oleh Youth Development Executives Of King County
(YDEKC) yang mengandungi sebanyak 30 item skala Likert 4
dengan empat pilihan jawapan iaitu skala 1 sangat tidak setuju,
hingga skala 4 sangat setuju.
PROSEDUR RAWATANKUMPULAN RAWATAN
Kumpulan Rawatan yang terdiri daripada 10 orang murid iaitu
5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan diberikan
pendedahan kerjaya yang mengandungi maklumat yang jelas
mengenai tugas pekerjaan, tempat kerja, bidang yang boleh
diikuti pada sekolah menengah dan senarai Institut Pengajian
Tinggi Awam yang boleh dimasuki kelak dalam sesi kaunseling
kelompok. Murid akan menghadiri sesi kaunseling kelompok
mengikut jadual yang ditetapkan. Semasa sesi dijalankan,
murid-murid akan didedahkan dengan maklumat kerjaya yang
menjadi cita-cita murid iaitu seperti Guru, Doktor, Jurutera dan
Pemain Bola Sepak melalui Spin N Know. Sesi kaunseling
kerjaya ini akan dijalankan adalah selama 3 minggu bersamaan
dengan tiga kali sesi. Setelah pendedahan maklumat selesai
dilaksanakan, murid diberikan soal selidik untuk melihat kesan
pendedahan maklumat kerjaya terhadap motivasi
pembelajaran murid.
KUMPULAN KAWALAN
Manakala, kumpulan kawalan yang terdiri dari 10 orang murid
iaitu 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan pula
diberikan pendedahan kerjaya secara tradisional dalam
kaunseling kelompok yang dijalankan. Murid diminta untuk
43
mencari sendiri maklumat kerjaya melalui Google Chrome
tanpa bimbingan pengkaji. Sesi yang dijalankan dalam tempoh
yang sama dengan kumpulan rawatan iaitu selama tiga minggu
bersamaan dengan tiga kali sesi kaunseling. Kumpulan
kawalan diberikan pendedahan kerjaya secara tradisional iaitu
tidak menggunakan Inovasi Spin N Know. Di penghujung sesi,
kumpulan kawalan akan diberikan soal selidik yang sama untuk
mengukur motivasi pembelajaran murid apabila tidak diberikan
pendedahan maklumat kerjaya melalui Spin N Know.
KAJIAN RINTIS
Tujuan utama kajian rintis ini dilakukan ialah untuk menguji
instrumen soal selidik tersebut. Kajian rintis adalah kajian yang
dijalankan untuk menentukan kebolehpercayaan alat kajian di
samping memastikan kesesuaian arahan dan format yang
digunakan dalam alat kajian ini (Fuad Mohamed Berawi, 2017).
Pengkaji telah menjalankan kajian rintis sebelum kajian
sebenar dijalankan kepada 20 orang murid yang tidak terlibat
dengan kajian sebenar. Kajian rintis dijalankan untuk menguji
kebolehpercayaan alat kajian dan membaiki kesalahan yang
dilakukan oleh responden. Data telah dianalisis menggunakan
perisian IBM SPSS bagi membuktikan kebolehpercayaan
soalan-soalan tersebut dan mendapatkan nilai Cronbach's
alpha instrumen yang digunakan.
44
Jadual 3.4
Jadual Kesahan Cronbach Alpha Soal Selidik
Jumlah Soalan Soal Nilai Cronbach’s Alpha
Selidik .976
30
Seperti yang dinyatakan pada Jadual 3.4, nilai Cronbach's
alpha bagi setiap soalan dalam instrumen menunjukkan indeks
kebolehpercayaan berada di atas 0.80 yang menunjukkan ia
merupakan ukuran yang baik, nilai antara 0.70 dan 0.80 akan
dianggap dapat diterima, manakala nilai antara 0.60 dan 0.70
akan dipersoalkan. Nilai ini mempunyai kebolehpercayaan
yang baik sebagaimana yang telah disebut oleh Ary, Jacobs,
Razavieh dan Lucy (2010). Hal ini bermaksud instrumen ini
sesuai digunakan untuk mengukur tahap motivasi
pembelajaran murid.
PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Menjalankan kajian berbentuk eksperimental memerlukan
perancangan yang rapi. Pengkaji telah merangka prosedur
kajian yang menjelaskan tatacara kajian dijalankan dari
peringkat mendapatkan kebenaran sehingga analisis data
secara terperinci.
45
MENYEDIAKAN SURAT KEBENARAN MENJALANKAN
PENYELIDIKAN
Penyediaan surat kebenaran menjalankan penyelidikan telah
dilaksanakan dengan rapi dan dihantar ke sekolah berkenaan
bagi memohon kebenaran mengumpul dan mengutip data bagi
tujuan kajian. Sila rujuk Lampiran A.
PERSETUJUAN TERMAKLUM
Persetujuan termaklum akan diberikan kepada peserta kajian
sebagai persetujuan supaya peserta dapat memberi kerjasama
sepanjang tempoh kajian dijalankan. Penekanan mengenai
etika kerahsiaan sepanjang tempoh kajian dan penyertaan
bukanlah paksaan. Peserta boleh menarik diri sekiranya tidak
berminat atau tidak dapat memberi kerjasama yang baik.
Dalam persetujuan termaklum ini juga ada menyatakan tujuan
penyelidik melaksanakan kajian terhadap peserta. Persetujuan
telah diberikan melalui Google Form dan diisi oleh semua
peserta kajian. Sila rujuk Lampiran B.
MENYEDIAKAN BAHAN SPIN N KNOW
Pendedahan maklumat kerjaya yang akan disampaikan
kepada peserta kumpulan rawatan mestilah disediakan dengan
rapi dan teratur supaya ia dapat memberi kesan yang positif
kepada motivasi pemboleh ubah bersandar yang ingin dikaji.
Pengkaji telah meneroka cita-cita peserta kajian dalam
kumpulan rawatan pada sesi kedua dan menyediakan roda
kerjaya dan PowerPoint yang mengandungi maklumat kerjaya
untuk diberikan pada sesi ketiga. Menurut Rohany & Abdullah
46
(2001), melalui penyediaan bahan pendedahan maklumat
kerjaya yang lengkap menyebabkan murid akan lebih berusaha
untuk membina kekuatan, keupayaan dan kebolehan diri untuk
mendapat pekerjaan yang diingini.
MENYEDIAKAN BORANG SOAL SELIDIK
Penyediaan borang soal selidik memerlukan proses yang
panjang kerana soal selidik yang digunakan iaitu Youth
Engagement, Motivation and Beliefs Survey (YEMBS) perlu
dialih bahasa ke Bahasa Melayu. Item soal selidik ini juga perlu
diubah mengikut laras bahasa murid sekolah rendah dan
kesesuaian bagi menjawab persoalan kajian ini dengan baik.
Borang soal selidik telah diubah ke dalam Bahasa Melayu dan
telah disemak oleh Pensyarah dari Jabatan Bahasa Melayu
bagi memastikan laras bahasa yang digunakan mudah
difahami oleh peserta kajian. Soalan-soalan yang berkaitan
dengan identiti budaya juga telah dikeluarkan dari borang soal
selidik. Sila rujuk Lampiran C.
MENJALANKAN SESI KAUNSELING
Peserta kajian seterusnya menjalani sesi kaunseling kelompok
bersama pengkaji seperti yang telah dipersetujui dalam borang
persetujuan termaklum. Sesi kaunseling kelompok
berlangsung mengikut urutan proses sesi kaunseling yang
diperkenalkan oleh Bremmer pada tahun 1973. Sesi
kaunseling akan berlangsung melalui 7 peringkat sebagai satu
sesi lengkap.
47
Pra Sesi
Penamatan Membina
Hubungan
Mengambil Penerokaan
tindakan
Memilih Mengenalpasti
alternatif masalah
Rajah 3.2: Aliran Proses Kaunseling
Sesi kaunseling berlangsung dari peringkat pra sesi hingga ke
peringkat penamatan. Setiap sesi kaunseling kelompok
dijalankan dalam tempoh 45 minit hingga ke 1 jam. Jangka
masa interval antara sesi juga dihadkan kepada 7 hari
(seminggu) daripada sesi sebelumnya. Jarak ini juga
mengambil kira ruang bagi peserta kajian menjalankan PdPR
dengan baik. Kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan
dan rawatan menjalankan sesi kaunseling kelompok
menggunakan aplikasi Google Meet kerana keadaan pandemik
ini menyukarkan sesi kaunseling dilaksanakan secara
bersemuka. Jumlah sesi yang dijalankan bagi kedua-dua
48
kumpulan adalah 3 sesi bersamaan dengan tiga minggu
tempoh pelaksanaan.
PROSEDUR PENGANALISISAN DATA
Menurut Ruhizan Mohammad Yasin & Maizam Alias (2010),
data yang baik adalah data diperolehi daripada penyelidikan
yang dirancang rapi berdasarkan reka bentuk yang
bersesuaian, iaitu pendekatan yang digunakan dalam proses
mendapatkan data penyelidikan. Analisis data diperlukan bagi
menukarkan data mentah kepada data yang dapat
memberikan maklumat bagi mencapai objektif sesuatu kajian.
Bagi kajian ini, SPSS versi 25 telah digunakan bagi
menganalisis data yang diperoleh dari soal selidik.
Statistik inferensi yang digunakan bertujuan untuk melihat
hubungan antara pemboleh ubah seperti pendedahan kerjaya
dan motivasi pembelajaran murid. Dapatan kajian ini akan
dianalisis dengan huraian deskriptif bagi melihat min dan
sisihan piawai bagi setiap bahagian dalam instrumen untuk
mencapai keputusan terhadap objektif kajian yang digariskan.
Ujian T berpasangan (Paired Sample T-Test) juga digunakan
untuk melakukan pengujian persoalan kajian untuk melihat
perbezaan pencapaian prestasi kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan. Dapatan kajian akan dibentangkan dengan
mudah dan jelas serta dipaparkan dalam bentuk jadual bagi
memudahkan pemahaman serta penghuraian yang lebih
berkesan.
49
Rumusan bahagian ini menjelaskan dengan terperinci semua
kaedah dan isu berkenaan dengan tatacara kajian dijalankan.
Ringkasnya, pengkaji telah berusaha memilih dan
melaksanakan bentuk kajian yang dipertimbangkan
bersesuaian sebagai kaedah paling berkesan untuk menjawab
persoalan kajian. Tuntasnya, metodologi yang tepat harus
digunakan untuk mencapai objektif kajian dan menjawab
soalan kajian. Menerusi bab ini, pengkaji telah
membentangkan secara terperinci setiap perkara yang
berhubung dengan metodologi kajian seperti pemilihan
instrumen kajian, kaedah intervensi, kajian rintis, pemboleh
ubah kajian, tatacara pengumpulan serta penganalisisan data
dengan jelas.
50