DAPATAN KAJIAN
Bab ini membincangkan penganalisisan data yang telah
diperoleh daripada subjek kajian melalui instrumen yang telah
diedarkan sebelum dan selepas rawatan diberikan. Laporan
hasil kajian bermula dengan memerihalkan subjek berdasarkan
data asas seperti jumlah subjek, jantina dan pencapaian
akademik yang dianalisis menerusi data deskriptif. Objektif
utama kajian ini adalah untuk melihat kesan pendedahan
maklumat kerjaya terhadap motivasi pembelajaran murid.
Penganalisisan data parametrik ini menggunakan perisian
SPSS Versi 25.0. Semua keputusan yang diperolehi di
bentangkan dalam bentuk jadual. Hasil dapatan kajian yang
dikemukakan dalam bab ini adalah untuk menghuraikan
jawapan kepada dua persoalan kajian iaitu :
I. Apakah tahap skor min antara pendedahan maklumat
kerjaya dan motivasi pembelajaran kumpulan rawatan
dan kumpulan kawalan dalam ujian pra dan pos.
II. Adakah terdapat perbezaan skor min antara
penggunaan Spin N Know dan kaedah tradisional
terhadap motivasi pembelajaran murid kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan.
PROFIL PESERTA KAJIAN
Bahagian ini memaparkan profil peserta kajian yang terlibat.
Kajian ini melibatkan seramai 20 orang murid tahun enam
sekolah kebangsaan harian. Dari segi bilangan subjek kajian
mengikut kumpulan, seramai 10 (50%) orang adalah subjek
51
dalam kumpulan rawatan dan 10 orang (50%) subjek dalam
kumpulan kawalan (Rajah 4.1). Setiap kumpulan terdiri
daripada 5 orang murid perempuan dan 5 orang murid lelaki
(Jadual 4.1).
Peratusan Peserta Kajian dalam
Kumpulan Kawalan dan Kumpulan
Rawatan
50% 50% Kumpulan Kawalan
Kumpulan Rawatan
Rajah 4.1: Peratusan Peserta Kajian dalam Kumpulan
Kawalan dan Kumpulan Rawatan
Subjek terdiri daripada 10 orang dalam kumpulan kawalan
(50%) dan 10 orang dalam kumpulan rawatan (50%). Semua
subjek (100%) ialah berbangsa Melayu. Rajah 4.1
menunjukkan butiran tersebut.
52
Jadual 4.1
Bilangan Peserta Lelaki dan Perempuan dalam Kumpulan
Kawalan dan Rawatan.
Kumpulan Bilangan Lelaki Bilangan
Perempuan
Kawalan 5
Rawatan 5 5
5
Subjek terdiri daripada 10 orang lelaki dan 10 orang
perempuan. Setiap kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan
mempunyai 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan.
Jadual 4.1 menunjukkan butiran tersebut.
53
PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
Analisis Tahap Skor Min Yang Signifikan Antara
Pendedahan Kerjaya Dan Motivasi Pembelajaran
Kumpulan Rawatan Dan Kumpulan Kawalan Dalam Ujian
Pra Dan Pos Kumpulan Rawatan
a) Akademik
Jadual 4.2
Analisis Min dan Sisihan Piawai Ujian Pra dan Pos bagi
Konstruk Akademik dalam Kumpulan Rawatan.
Pernyataan Pra Post
Min SP Min SP
Saya sangat rajin menyiapkan 2.40 0.54 3.88 0.44
kerja sekolah
Mendapat pendidikan di 3.00 0.70 4.00 0.00
peringkat universiti merupakan
perkara yang penting bagi saya
Saya bangga apabila menjadi 2.60 0.54 3.80 0.44
murid yang terbaik di sekolah
Tujuan utama saya belajar 2.60 0.89 3.80 0.44
adalah untuk mendapatkan gred
yang baik
Berjaya di sekolah adalah 3.00 0.70 4.00 0.00
perkara yang peting bagi saya
Keseluruhan 2.72 0.59 3.88 0.10
Jadual di atas melaporkan dapatan nilai min dan sisihan piawai
sebelum dan selepas pendedahan kerjaya berdasarkan aspek
54
akademik. Dapatan menunjukkan bahawa sebelum
pendedahan kerjaya memberikan nilai min tidak setuju
(M=2.72, SP=0.59) dan selepas pendedahan kerjaya
memberikan nilai min bersetuju (M=3.88, SP=0.10) terhadap
aspek akademik.
Secara terperinci, sebelum pendedahan kerjaya menunjukkan
nilai min tidak setuju ke atas semua pernyataan kecuali pada
pernyataan “Mendapat pendidikan di peringkat universiti
merupakan perkara yang penting bagi saya” dan “Berjaya di
sekolah adalah perkara yang penting bagi saya” di mana
responden bersetuju terhadap penyertaan tersebut. Manakala
selepas pendedahan kerjaya memberikan nilai min bersetuju
ke atas semua pernyataan berdasarkan aspek akademik.
Berdasarkan pada nilai min yang paling tinggi sebelum
pendedahan kerjaya , bersetuju dan sangat bersetuju setelah
pendedahan kerjaya tentang “Mendapat pendidikan di
peringkat universiti merupakan perkara yang penting bagi
saya” dan “Berjaya di sekolah adalah perkara yang penting
bagi saya” (M=3.00, SP=0.70) dan (M=4.00, SD=0.00).
Manakala pada nilai min yang paling rendah sebelum
pendedahan kerjaya memilih tidak bersetuju tentang “Saya
sangat rajin menyiapkan kerja sekolah” (M=2.40, SP=0.54) dan
selepas pendedahan kerjaya adalah bersetuju tentang “Saya
sangat rajin menyiapkan kerja sekolah”, “Saya bangga apabila
menjadi murid terbaik di sekolah”, “Tujuan utama saya belajar
55
adalah untuk mendapatkan gred yang baik” (M=3.80,
SP=0.44).
b) Future
Jadual 4.3
Analisis Min dan Sisihan Piawai Ujian Pra dan Pos bagi
Konstruk Future dalam Kumpulan Rawatan.
Pernyataan Pra Post
Min SP Min SP
Saya percaya saya mempunyai 2.80 0.83 4.00 0.00
masa depan yang cerah
Saya sentiasa berharap perkara 2.80 1.09 3.8 0.44
yang baik akan berlaku pada diri
saya
Saya mempunyai strategi untuk 2.40 0.54 4.00 0.00
mencapai matlamat saya
Sekiranya saya mempunyai 2.60 0.54 4.00 0.00
matlamat, saya akan berusaha
untuk mencapainya
Saya berasa teruja dengan 2.60 1.14 3.60 0.89
masa depan saya
Saya mempunyai matlamat 2.40 1.14 3.80 0.44
dalam hidup
Keseluruhan 2.60 0.81 3.86 0.13
Jadual di atas melaporkan dapatan nilai min dan sisihan piawai
sebelum dan selepas pendedahan kerjaya berdasarkan aspek
56
future. Dapatan menunjukkan bahawa sebelum pendedahan
kerjaya memberikan nilai min tidak setuju (M=2.60, SP=0.81)
dan selepas pendedahan kerjaya memberikan nilai min
bersetuju (M=3.86, SP=0.13).
Secara terperinci, sebelum pendedahan kerjaya memberikan
nilai min tidak setuju ke atas semua pernyataan berdasarkan
aspek future. Manakala selepas pendedahan kerjaya
memberikan nilai min bersetuju ke atas semua pernyataan
berdasarkan aspek future.
Berdasarkan pada nilai min yang paling tinggi, sebelum
pendedahan kerjaya tidak bersetuju terhadap “Saya percaya
saya mempunyai masa depan yang cerah” (M=2.80, SP=0.83)
dan sangat bersetuju setelah pendedahan kerjaya tentang
“Saya percaya saya mempunyai masa depan yang cerah”,
“Saya mempunyai strategi untuk mencapai matlamat saya” dan
“Sekiranya saya mempunyai matlamat, saya akan berusaha
untuk mencapainya” (M=4.00, SP=0.00). Manakala pada nilai
min yang paling rendah sebelum pendedahan kerjaya memilih
tidak bersetuju tentang “Saya mempunyai matlamat hidup”
(M=2.40, SP=1.14) dan selepas pendedahan kerjaya adalah
bersetuju tentang “Saya berasa teruja dengan masa depan
saya” (M=3.60, SP=0.89).
57
c) Pengurusan Diri
Jadual 4.4
Analisis Min dan Sisihan Piawai Ujian Pra dan Pos bagi
Konstruk Pengurusan Diri dalam Kumpulan Rawatan
Pernyataan Pra Post
Min SP Min SP
Saya tidak mudah berputus asa 2.60 1.14 4.00 0.00
Saya dapat menenangkan diri 2.60 1.14 4.00 0.00
saya ketika amat teruja atau
kecewa
Apabila saya bersedih, saya 2.20 0.836 3.80 0.44
kana melakukan perkara yang
boleh membuatkan saya rasa
tenang
Apabila jalan penyelesaian 2.60 0.894 4.00 0.00
yang saya lakukan tidak
berjaya, saya akan cuba
mencari jalan keluar yang
baharu
Saya dapat mengatasi tekanan 2.20 0.83 3.6 0.54
dengan baik
Saya dapat menghentikan diri 2.60 0.89 4.00 0.00
daripada melakukan perkara
yang tidak sepatutnya
Saya akan memikirkan 2.40 0.89 3.60 0.54
keputusan masa lalu
58
sekiranya saya perlu membuat 2.00 0.70 3.60 0.54
keputusan baharu 2.37 0.64 3.80 0.12
Saya dapat mengawal
perasaan marah dengan baik
Keseluruhan
Jadual di atas melaporkan dapatan nilai min dan sisihan piawai
sebelum dan selepas pendedahan kerjaya berdasarkan aspek
pengurusan diri. Dapatan menunjukkan bahawa sebelum
pendedahan kerjaya memberikan nilai min tidak setuju
(M=2.37, SP=0.64) dan selepas pendedahan kerjaya
memberikan nilai min bersetuju (M=3.80, SP=0.12). Secara
terperinci, sebelum pendedahan kerjaya memberikan nilai min
tidak setuju ke atas semua pernyataan berdasarkan aspek
pengurusan diri. Manakala selepas pendedahan kerjaya
memberikan nilai min bersetuju ke atas semua pernyataan
berdasarkan aspek pengurusan diri.
Berdasarkan pada nilai min yang paling tinggi, sebelum
pendedahan kerjaya tidak bersetuju terhadap “Apabila jalan
penyelesaian yang saya lakukan tidak berjaya, saya akan cuba
mencari jalan keluar yang baharu” dan “Saya dapat
menghentikan diri daripada melakukan perkara yang tidak
sepatutnya” (M=2.60, SP=0.89) dan sangat bersetuju setelah
pendedahan kerjaya diberikan tentang “Saya tidak mudah
berputus asa”, “Saya dapat menenangkan diri saya ketika amat
teruja atau kecewa”, “Apabila jalan penyelesaian yang saya
59
lakukan tidak Berjaya, saya akan cuba mencari jalan keluar
yang baharu” dan “Saya dapat menghentikan diri daripada
melakukan perkara yang tidak sepatutnya”(M=4.00, SP=0.00).
Manakala pada nilai min yang paling rendah sebelum
pendedahan kerjaya memilih tidak bersetuju tentang “Apabila
saya bersedih, saya akan melakukan perkara yang boleh
membuatkan saya rasa tenang” (M=2.20, SP=0.83) dan “Saya
dapat mengatasi tekanan dengan baik” (M=2.20, SP=0.83) dan
selepas pendedahan kerjaya adalah bersetuju tentang “Saya
dapat mengatasi tekanan dengan baik”, “Saya akan
memikirkan keputusan masa lalu sekiranya saya perlu
membuat keputusan baharu” ,dan “Saya dapat mengawal
perasaan marah dengan baik” (M=3.60, SP=0.54).
d) Mindset
Jadual 4.5
Analisis Min dan Sisihan Piawai Ujian Pra dan Pos bagi
Konstruk Mindset dalam Kumpulan Rawatan.
Pernyataan Pra Post
Min SP
Min SP 4.00 0.00
3.60 0.89
Saya tidak mudah berputus asa 2.60 1.14
3.80 0.44
Saya akan cuba sedaya upaya 2.20 0.44
melakukan sesuatu perkara
walaupun saya mungkin gagal
Saya akan selesaikan perkara 2.60 0.54
yang saya telah mulakan
60
Saya tetap positif walaupun 2.40 0.89 2.80 1.09
perkara yang saya rancang 3.60 0.54
3.00 0.70
tidak berjalan seperti yang 3.46 0.21
diharapkan
Saya dapat menyelesaikan 2.80 0.83
masalah yang besar sekiranya
berusaha bersungguh-sungguh
Saya akan tetap fokus di dalam 2.20 0.44
kelasa walaupun keadaan
membosankan
Keseluruhan 2.46 0.55
Jadual di atas menunjukkan dapatan nilai min dan sisihan
piawai sebelum dan selepas pendedahan kerjaya berdasarkan
aspek mindset. Dapatan menunjukkan bahawa sebelum
pendedahan kerjaya memberikan nilai min tidak setuju
(M=2.46, SP=0.54) dan selepas pendedahan kerjaya
memberikan nilai min bersetuju (M=3.46, SP=0.21).
Secara terperinci, sebelum pendedahan kerjaya memberikan
nilai min tidak setuju ke atas semua pernyataan berdasarkan
aspek mindset. Manakala selepas pendedahan kerjaya
memberikan nilai min bersetuju ke atas semua pernyataan
berdasarkan aspek mindset kecuali “Saya tetap positif
walaupun perkara yang saya rancang tidak berjalan seperti
yang diharapkan”. Berdasarkan pada nilai min yang paling
tinggi, sebelum pendedahan kerjaya tidak bersetuju terhadap
“Saya dapat menyelesaikan masalah yang besar sekiranya
61
berusaha bersungguh sungguh” (M=2.80, SP=0.83) dan
sangat bersetuju setelah pendedahan kerjaya tentang “Saya
tidak mudah putus asa” (M=4.00, SP=0.00).
Manakala pada nilai min yang paling rendah sebelum
pendedahan kerjaya memilih tidak bersetuju tentang “Saya
akan cuba sedaya upaya melakukan sesuatu perkara
walaupun saya mungkin gagal” dan “Saya akan tetap fokus di
dalam kelas walaupun keadaan membosankan” (M=2.20,
SP=0.44) dan selepas pendedahan kerjaya adalah tidak
bersetuju tentang “Saya tetap positif walaupun perkara yang
saya rancang tidak berjalan seperti yang diharapkan” (M=2.80,
SP=1.09).
62
e) Interpersonal
Jadual 4.6
Analisis Min dan Sisihan Piawai Ujian Pra dan Pos bagi
Konstruk Interpersonal dalam Kumpulan Rawatan.
Pernyataan Pra Post
Min SP Min SP
Saya akan mendengar idea 2.80 0.44 3.60 0.54
yang diberikan oleh rakan-
rakan
Saya rasa sedih apabila rakan 2.60 1.14 3.60 0.54
berada dalam kesedihan
Apabila saya membuat 2.20 0.44 3.60 0.54
keputusan, saya akan
memikirkan sejauh mana
keputusan itu akan
mempengaruhi rakan-rakan
saya
Saya dapat memberi kerjasama 2.40 0.89 3.20 0.44
yang baik dalam melaksanakan
projek berkumpulan
Saya menghormati keputusan 2.60 0.89 3.40 0.54
orang lain walaupun saya
kurang bersetuju dengannya
Saya cuba menolong orang 2.60 1.14 4.00 0.00
yang dalam kesusahan
Keseluruhan 2.53 0.72 3.56 0.32
63
Jadual di atas melaporkan dapatan nilai min dan sisihan piawai
sebelum dan selepas pendedahan kerjaya berdasarkan aspek
interpersonal. Dapatan menunjukkan bahawa sebelum
pendedahan kerjaya memberikan nilai min tidak setuju
(M=2.53, SP=0.72) dan selepas pendedahan kerjaya
memberikan nilai min bersetuju (M=3.56, SP=0.32).
Secara terperinci, sebelum pendedahan kerjaya memberikan
nilai min tidak setuju ke atas semua pernyataan berdasarkan
aspek interpersonal. Manakala selepas pendedahan kerjaya
memberikan nilai min bersetuju ke atas semua pernyataan
berdasarkan aspek interpersonal. Berdasarkan pada nilai min
yang paling tinggi, sebelum pendedahan kerjaya tidak
bersetuju terhadap “Saya kena mendengar idea yang diberikan
oleh rakan-rakan” (M=2.80, SP=0.44) dan sangat bersetuju
setelah pendedahan kerjaya tentang “Saya cuba menolong
orang yang dalam kesusahan” (M=4.00, SP=0.00).
Manakala pada nilai min yang paling rendah sebelum
pendedahan kerjaya memilih tidak bersetuju tentang “Apabila
saya membuat keputusan, saya akan memikirkan sejauh mana
keputusan itu akan mempengaruhi rakan-rakan” (M=2.20,
SP=0.44) dan selepas pendedahan kerjaya adalah tidak
bersetuju tentang “Saya dapat memberikan kerjasama yang
baik dalam melaksanakan projek berkumpulan” (M=3.20,
SP=0.44).
64
4.3.1.2 KUMPULAN KAWALAN
a) Akademik
Jadual 4.7
Analisis Min dan Sisihan Piawai Ujian Pra dan Pos bagi
Konstruk Akademik dalam Kumpulan Kawalan.
Pernyataan Pra Post
Min SP Min SP
Saya sangat rajin menyiapkan 2.80 0.44 2.80 0.44
kerja sekolah
Mendapat pendidikan di 3.40 0.54 3.20 0.44
peringkat universiti merupakan
perkara yang penting bagi saya
Saya bangga apabila menjadi 3.00 1.00 3.20 0.44
murid yang terbaik di sekolah
Tujuan utama saya belajar 3.20 0.83 3.00 0.70
adalah untuk mendapatkan
gred yang baik
Berjaya di sekolah adalah 2.80 0.83 3.20 0.44
perkara yang peting bagi saya
Keseluruhan 3.04 0.66 3.08 0.43
Jadual di atas melaporkan dapatan nilai min dan sisihan piawai
sebelum dan selepas pendedahan kerjaya berdasarkan aspek
akademik. Dapatan menunjukkan bahawa sebelum dan
selepas pendedahan kerjaya memberikan nilai min setuju
(M=3.04, SP=0.66) dan (M=3.08, SP=0.43) terhadap aspek
akademik.
65
Secara terperinci, sebelum pendedahan kerjaya memberikan
nilai min tidak setuju ke atas semua pernyataan kecuali pada
pernyataan “Mendapat pendidikan di peringkat pendidikan
merupakan perkara yang penting bagi saya”, “Saya bangga
apabila menjadi murid yang terbaik di sekolah” dan “Tujuan
utama saya belajar adalah untuk mendapatkan gred yang baik”
di mana responden bersetuju terhadap penyertaan tersebut.
Manakala selepas pendedahan kerjaya memberikan nilai min
bersetuju ke atas semua pernyataan berdasarkan aspek
akademik kecuali “Saya sangat rajin menyiapkan kerja
sekolah” di mana responden tidak bersetuju terhadap
penyertaan tersebut. Berdasarkan pada nilai min yang paling
tinggi, sebelum pendedahan kerjaya bersetuju tentang
“Mendapat pendidikan di peringkat universiti merupakan
perkara yang penting bagi saya” (M=3.40, SP=0.54) dan
selepas pendedahan kerjaya adalah “Mendapat pendidikan di
peringkat universiti merupakan perkara yang penting bagi
saya”, “Saya bangga apabila menjadi yang terbaik di sekolah”
dan “Berjaya di sekolah adalah perkara yang penting bagi
saya” (M=3.20, SD=0.44).
Manakala pada nilai min yang paling rendah sebelum
pendedahan kerjaya memilih tidak bersetuju tentang “Berjaya
di sekolah adalah perkara yang penting bagi saya” (M=2.80,
SP=0.83) dan selepas pendedahan kerjaya adalah tidak
bersetuju tentang “Saya sangat rajin menyiapkan kerja
sekolah” (M=2.80, SP=0.44).
66
b) Future
Jadual 4.8
Analisis Min dan Sisihan Piawai Ujian Pra dan Pos bagi
Konstruk Future dalam Kumpulan Kawalan.
Pernyataan Pra Post
Min SP
Min SP 3.20 0.44
3.20 0.44
Saya percaya saya mempunyai 3.20 0.44
3.00 0.70
masa depan yang cerah 3.20 0.44
Saya sentiasa berharap 3.20 0.83 3.20 0.44
3.20 0.44
perkara yang baik akan berlaku 3.16 0.47
pada diri saya
Saya mempunyai strategi untuk 3.00 0.70
mencapai matlamat saya
Sekiranya saya mempunyai 3.40 0.54
matlamat, saya akan berusaha
untuk mencapainya
Saya berasa teruja dengan 3.00 0.70
masa depan saya
Saya mempunyai matlamat 3.20 0.44
dalam hidup
Keseluruhan 3.16 0.55
Jadual di atas melaporkan dapatan nilai min dan sisihan piawai
sebelum dan selepas pendedahan kerjaya berdasarkan aspek
future. Dapatan menunjukkan bahawa sebelum dan selepas
pendedahan kerjaya memberikan nilai min bersetuju (M=3.16,
SP=0.55) dan (M=3.16, SP=0.47). Secara terperinci, sebelum
67
dan selepas pendedahan kerjaya memberikan nilai min setuju
ke atas semua pernyataan berdasarkan aspek future.
Berdasarkan pada nilai min yang paling tinggi, sebelum
pendedahan kerjaya bersetuju terhadap “Sekiranya saya
mempunyai matlamat, saya akan berusaha untuk
mencapainya” (M=3.40, SP=0.54) dan juga bersetuju setelah
pendedahan kerjaya tentang “Saya percaya saya mempunyai
masa depan yang cerah”, “Saya sentiasa berharap perkara
yang baik akan berlaku pada diri saya”, “Sekiranya saya
mempunyai matlamat, saya akan berusaha untuk
mencapainya”, “Saya berasa teruja dengan masa depan saya”
dan “Saya mempunyai matlamat hidup” (M=3.20, SP=0.44)
Manakala pada nilai min yang paling rendah sebelum
pendedahan kerjaya memilih bersetuju tentang “Saya
mempunyai strategi untuk mencapai matlamat saya” dan “Saya
berasa teruja dengan masa depan saya” (M=3.00, SP=0.70)
dan selepas pendedahan kerjaya adalah bersetuju tentang
“Saya mempunyai strategi untuk mencapai matlamat
saya“(M=3.00, SP=0.70).
68
c) Pengurusan Diri
Jadual 4.9
Analisis Min dan Sisihan Piawai Ujian Pra dan Pos bagi
Konstruk Pengurusan Diri dalam Kumpulan Kawalan.
Pernyataan Pra Post
Min SP Min SP
Saya dapat menenangkan diri 3.00 0.70 3.2 0.44
saya ketika amat teruja atau 3.00 0.70 3.2 0.44
kecewa
Apabila saya bersedih, saya 3.20 0.44 3.20 0.44
kana melakukan perkara yang
boleh membuatkan saya rasa 2.80 0.83 3.00 0.70
tenang 3.20 0.44 3.20 0.44
Apabila jalan penyelesaian 3.20 0.44 3.20 0.44
yang saya lakukan tidak
berjaya, saya akan cuba 3.00 0.70 3.00 0.00
mencari jalan keluar yang 3.05 0.57 3.14 0.40
baharu
Saya dapat mengatasi tekanan
dengan baik
Saya dapat menghentikan diri
daripada melakukan perkara
yang tidak sepatutnya
Saya akan memikirkan
keputusan masa lalu sekiranya
saya perlu membuat keputusan
baharu
Saya dapat mengawal
perasaan marah dengan baik
Keseluruhan
Jadual di atas melaporkan dapatan nilai min dan sisihan piawai
sebelum dan selepas pendedahan kerjaya berdasarkan aspek
69
pengurusan diri. Dapatan menunjukkan bahawa sebelum dan
selepas pendedahan kerjaya memberikan nilai min bersetuju
(M=3.05, SP=0.57) dan (M=3.14, SP=0.40). Secara terperinci,
sebelum pendedahan kerjaya memberikan nilai min setuju ke
atas semua pernyataan berdasarkan aspek pengurusan diri
kecuali “Saya dapat mengatasi tekanan dengan baik”.
Manakala selepas pendedahan kerjaya memberikan nilai min
bersetuju ke atas semua pernyataan berdasarkan aspek
pengurusan diri.
Berdasarkan pada nilai min yang paling tinggi, sebelum
pendedahan kerjaya tidak bersetuju terhadap “Apabila jalan
penyelesaian yang saya lakukan tidak Berjaya, saya akan cuba
mencari jalan keluar yang baharu”, “Saya dapat menghentikan
diri daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya” dan
“Saya akan memikirkan keputusan masa lalu sekiranya saya
perlu membuat keputusan baharu” (M=3.20, SP=0.44) dan
bersetuju selepas pendedahan kerjaya tentang “Saya dapat
menenangkan diri saya ketika amat teruja atau kecewa”,
“Apabila saya bersedih, saya akan melakukan perkara yang
boleh membuatkan saya rasa tenang”, “Apabila jalan
penyelesaian yang saya lakukan tidak berjaya, saya akan cuba
mencari jalan keluar yang baharu”, “Saya dapat menghentikan
diri daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya” dan
“Saya akan memikirkan keputusan masa lalu sekiranya saya
perlu membuat keputusan baharu” (M=3.20, SP=0.44).
70
Manakala pada nilai min yang paling rendah sebelum dan
selepas pendedahan kerjaya memilih tidak bersetuju dan
bersetuju tentang “Saya dapat mengatasi tekanan dengan
baik” (M=2.80, 0.83) dan (M=3.00 SP=0.70).
d) Mindset
Jadual 4.10
Analisis Min dan Sisihan Piawai Ujian Pra dan Pos bagi
Konstruk Mindset dalam Kumpulan Kawalan.
Pernyataan Pra Post
Min SP Min SP
Saya tidak mudah berputus asa 3.00 0.70 3.00 0.70
Saya akan cuba sedaya upaya 3.00 0.70 3.20 0.44
melakukan sesuatu perkara
walaupun saya mungkin gagal
Saya akan selesaikan perkara 3.00 0.70 3.20 0.44
yang saya telah mulakan
Saya tetap positif walaupun 3.00 0.70 3.20 0.44
perkara yang saya rancang
tidak berjalan seperti yang
diharapkan
Saya dapat menyelesaikan 3.00 0.70 3.20 0.44
masalah yang besar sekiranya
berusaha bersungguh-sungguh
Saya akan tetap fokus di dalam 2.80 0.83 2.60 0.54
kelas walaupun keadaan
membosankan
Keseluruhan 2.96 0.62 3.06 0.43
71
Jadual di atas melaporkan dapatan nilai min dan sisihan piawai
sebelum dan selepas pendedahan kerjaya berdasarkan aspek
mindset. Dapatan menunjukkan bahawa sebelum pendedahan
kerjaya memberikan nilai min tidak setuju (M=2.96, SP=0.62)
dan selepas pendedahan kerjaya memberikan nilai min
bersetuju (M=3.06, SP=0.43).
Secara terperinci, sebelum dan selepas pendedahan kerjaya
memberikan nilai min setuju ke atas semua pernyataan
berdasarkan aspek mindset kecuali “Saya akan tetap fokus di
dalam kelas walaupun keadaan membosankan”. Berdasarkan
pada nilai min yang paling tinggi, sebelum pendedahan kerjaya
bersetuju terhadap semua pernyataan kecuali “Saya akan
tetap fokus di dalam kelas walaupun keadaan membosankan”
(M=3.00, SP=0.70) dan selepas pendedahan kerjaya tentang
“Saya akan cuba sedaya upaya melakukan sesuatu perkara
walaupun saya mungkin gagal”, “Saya akan selesaikan perkara
yang saya telah mulakan”, ‘Saya tetap positif walaupun perkara
yang saya rancang tidak berjalan seperti yang diharapkan” dan
“Saya dapat menyelesaikan masalah yang besar sekiranya
berusaha bersungguh-sungguh” (M=3.20, SP=0.44).
Manakala pada nilai min yang paling rendah sebelum dan
selepas pendedahan kerjaya memilih tidak bersetuju tentang
“Saya akan tetap fokus di dalam kelas walaupun keadaan
membosankan” (M=2.80, SP=0.83) dan (M=2.60, SP=0.54).
72
e) Interpersonal
Jadual 4.11
Analisis Min dan Sisihan Piawai Ujian Pra dan Pos bagi
Konstruk Interpersonal dalam Kumpulan Kawalan.
Pernyataan Pra Post
Min SP
Min SP 3.20 0.44
2.80 0.44
Saya akan mendengar idea 3.40 0.54 3.00 0.70
yang diberikan oleh rakan- 3.20 0.44
2.80 0.44
rakan 3.20 0.44
3.03 0.38
Saya rasa sedih apabila rakan 3.20 0.44
berada dalam kesedihan
Apabila saya membuat 3.00 0.70
keputusan, saya akan
memikirkan sejauh mana
keputusan itu akan
mempengaruhi rakan-rakan
saya
Saya dapat memberi kerjasama 3.40 0.54
yang baik dalam melaksanakan
projek berkumpulan
Saya menghormati keputusan 3.20 0.83
orang lain walaupun saya
kurang bersetuju dengannya
Saya cuba menolong orang 3.40 0.54
yang dalam kesusahan
Keseluruhan 3.26 0.54
73
Jadual di atas melaporkan dapatan nilai min dan sisihan piawai
sebelum dan selepas pendedahan kerjaya berdasarkan aspek
interpersonal. Dapatan menunjukkan bahawa sebelum dan
selepas pendedahan kerjaya memberikan nilai min bersetuju
(M=3.26, SP=0.54) dan (M=3.03, SP=0.38). Secara terperinci,
sebelum pendedahan kerjaya memberikan nilai min bersetuju
ke atas semua pernyataan berdasarkan aspek interpersonal.
Manakala selepas pendedahan kerjaya memberikan nilai min
bersetuju ke atas semua pernyataan berdasarkan aspek
interpersonal kecuali “Saya rasa sedih apabila rakan berada
dalam kesedihan” dan “Saya menghormati keputusan orang
lain walaupun saya kurang bersetuju dengannya”.
Berdasarkan pada nilai min yang paling tinggi, sebelum dan
pendedahan kerjaya tidak bersetuju terhadap “Saya kena
mendengar idea yang diberikan oleh rakan-rakan”, “Saya dapat
memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan projek
berkumpulan” dan “Saya cuba menolong orang yang dalam
kesusahan” (M=3.40, SP=0.54) dan (M=3.20, SP=0.44).
Manakala pada nilai min yang paling rendah sebelum
pendedahan kerjaya memilih tidak bersetuju tentang “Apabila
saya membuat keputusan, saya akan memikirkan sejauh mana
keputusan itu akan mempengaruhi rakan-rakan” (M=3.00,
SP=0.70) dan selepas pendedahan kerjaya adalah tidak
bersetuju tentang “Saya rasa sedih apabila rakan berada dalam
kesedihan” dan “Saya menghormati keputusan orang lain
74
walaupun saya kurang bersetuju dengannya” (M=2.80,
SP=0.44).
Perbincangan
Berdasarkan dapatan kajian di atas, konstruk akademik, future,
pengurusan diri mindset dan interpersonal menunjukkan
bahawa murid kumpulan rawatan sebelum pendedahan
kerjaya diberikan tidak bersetuju pada semua soalan dalam
konstruk akademik, future, pengurusan diri mindset dan
interpersonal dan kemudiannya menunjukkan kesan yang
positif iaitu semua murid dalam kumpulan rawatan bersetuju
pada semua item dalam konstruk di atas.
Manakala berdasarkan dapatan kajian bagi kumpulan kawalan
pula, pada konstruk akademik, future, pengurusan diri dan
interpersonal pula menunjukkan bahawa murid kumpulan
kawalan tidak mengalami perubahan dari segi peningkatan
motivasi pembelajaran sebelum dan selepas pendedahan
kerjaya diberikan secara tradisional. Namun begitu, terdapat
satu konstruk yang menunjukkan perubahan terhadap motivasi
pembelajaran murid iaitu konstruk mindset.
Secara kesimpulannya, murid hanya mempunyai perubahan
pada satu konstruk sahaja iaitu mindset dan konstruk
selebihnya tiada perubahan yang ditunjukkan oleh murid dalam
kumpulan kawalan. Perkara ini menunjukkan terdapat
perubahan yang berlaku pada kumpulan rawatan iaitu motivasi
75
pembelajaran murid sebelum dan selepas pendedahan
diberikan meningkat. Malah, dapatan ini juga telah menjawab
persoalan kajian yang pertama iaitu “Apakah tahap skor min
antara penggunaan Spin N Know dan kaedah tradisional
terhadap motivasi pembelajaran murid kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan.” Perkara ini selaras dengan kajian yang
dijalankan oleh Troyer & Rasmussen (2003), yang menyatakan
bahawa aktiviti pendedahan kerjaya yang diberikan kepada
murid dapat mengembangkan pemahaman yang jelas
mengenai tujuan kerjaya mereka serta meningkatkan motivasi
pembelajaran dan tahap penglibatan di sekolah.
Analisis Perbezaan Skor Min Yang Signifikan Antara
Penggunaan Spin N Know Dan Kaedah Tradisional
Terhadap Motivasi Pembelajaran Murid Kumpulan
Rawatan Dan Kumpulan Kawalan Setelah Mendapat
Pendedahan Kerjaya
a) Kumpulan Rawatan (Spin N Know)
Jadual 4.12
Perbandingan skor min penggunaan Spin N Know dalam
kumpulan rawatan.
Kumpulan N Min D Ujian p
Rawatan (Beza)
Ujian Pra vs 10 -1.17780 t = -14.961 0.000
Ujian Pos
76
Keputusan di atas menunjukkan nilai signifikan ialah .000 iaitu
p<0.05. Ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
dalam min pencapaian ujian pra dan pos bagi murid kumpulan
rawatan. Murid kumpulan rawatan memperolehi min ujian pos
yang lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan min ujian
pra. Ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah Spin N
Know yang digunakan dalam sesi kelompok mendatangkan
kesan positif atas motivasi pembelajaran murid.
b) Kumpulan Kawalan (Kaedah Tradisional)
Jadual 4.13
Perbandingan skor min penggunaan kaedah tradisional dalam
kumpulan kawalan.
Kumpulan N Min D Ujian p
Kawalan (Beza)
Ujian Pra vs 10 0.13561 t = .030 .978
Ujian Pos
Keputusan di atas menunjukkan nilai signifikan ialah .978 iaitu
p>0.05. Ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan pos bagi murid
kumpulan kawalan. Murid kumpulan kawalan memperolehi min
ujian pos yang lebih rendah secara signifikan berbanding
dengan min ujian pra. Ini membuktikan bahawa penggunaan
kaedah Tradisional yang digunakan dalam sesi kelompok tidak
mendatangkan kesan positif atas motivasi pembelajaran murid.
77
Perbincangan
Dapatan kajian bagi objektif di atas membuktikan bahawa
pendedahan kerjaya yang diberikan melalui Spin N Know
kepada murid kumpulan rawatan dalam sesi kaunseling
kelompok dapat meningkatkan motivasi pembelajaran mereka.
Dapatan ini berjaya menjawab persoalan kajian kedua iaitu
“Adakah terdapat perbezaan skor min antara penggunaan
Spin N Know dan kaedah tradisional terhadap motivasi
pembelajaran murid kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan
setelah mendapat pendedahan kerjaya” yang menunjukkan
bahawa terdapat perbezaan skor min yang signifikan dalam
min pencapaian ujian pra dan pos bagi murid kumpulan
rawatan dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam
min pencapaian ujian pra dan pos bagi murid kumpulan
kawalan.
Hal ini bermaksud pendedahan kerjaya yang diberikan melalui
Spin N Know dalam sesi kaunseling kelompok kumpulan
rawatan berkesan dalam meningkatkan motivasi pembelajaran
murid berbanding pendedahan yang diberikan secara
tradisional. Hal ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan
oleh Kuijpers et al., (2011) yang menyatakan bahawa
pendekatan kerjaya secara tradisional terbukti tidak
menyumbang kepada identiti kerjaya, motivasi belajar, atau
pengalaman yang sesuai antara bakat dan pilihan untuk
penempatan kerja dan belajar seseorang murid.
78
Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menjawab dua
persoalan kajian yang telah dibincangkan pada bahagian
pengenalan. Analisis kajian menunjukkan terdapat kesan
terhadap motivasi pembelajaran murid apabila diberi
pendedahan kerjaya melalui Spin N Know.
RUMUSAN PERBINCANGAN KAJIAN
Bahagian ini menerangkan ringkasan kajian dan rumusan
dapatan kajian. Seterusnya, dapatan kajian dibincangkan
dengan lebih mendalam berserta dengan implikasi kajian.
Lanjutan daripada kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan
dan diakhiri dengan rumusan keseluruhan untuk laporan kajian
ini. Objektif kajian ialah:
Objektif Satu: Menentukan tahap skor min antara pendedahan
maklumat kerjaya dan motivasi pembelajaran kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pra dan pos.
Objektif Dua: Mengenal pasti perbezaan skor min antara
penggunaan Spin N Know dan kaedah tradisional terhadap
motivasi pembelajaran murid kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan.
79
KESIMPULAN
Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menjalankan ke
atas 20 orang peserta kajian dalam dua kumpulan iaitu
kumpulan kawalan dan kawalan rawatan. Kajian kuantitatif ini
melibatkan 1 instrumen sahaja iaitu Youth Engagement,
Motivation and Beliefs Survey (YEMBF) yang digunakan
semasa ujian pra dan pos. Data kemudiannya dianalisis
menggunakan SPSS Versi 25 untuk menjawab kedua-dua
persoalan kajian. Pemboleh ubah bersandar dalam kajian ini
adalah motivasi pembelajaran murid yang dikukur menerusi
instrumen Youth Engagement, Motivation and Beliefs Survey
(YEMBF). Peningkatan motivasi pembelajaran murid ini diukur
berdasarkan nilai min lima konstruk iaitu (a) akademik, (b) mind
set, (c) pengurusan diri, (d) future dan (e) interpersonal
mengikut kumpulan kawalan dan rawatan. Berikut merupakan
nilai min bagi setiap konstruk soal selidik kumpulan rawatan:
a) Nilai min bagi konstruk akademik sebelum (2.72) manakala
nilai min selepas adalah (3.88).
b) Nilai min bagi konstruk future dalam kumpulan rawatan
sebelum adalah (2.60), selepas (3.86).
c) Nilai min bagi konstruk pengurusan diri dalam kumpulan
rawatan sebelum adalah (2.37), selepas (3.80).
d) Nilai min bagi konstruk mindset dalam kumpulan rawatan
sebelum adalah (2.46), selepas (3.46).
e) Nilai min bagi konstruk interpersonal dalam kumpulan
rawatan sebelum adalah (2.53), selepas (3.56).
80
Maka dengan itu, nilai min yang diperoleh menunjukkan
bahawa murid kumpulan rawatan sebelum pendedahan
kerjaya diberikan tidak bersetuju pada semua soalan dalam
konstruk akademik, future, pengurusan diri, mindset dan
interpersonal dan kemudiannya menunjukkan kesan yang
positif iaitu semua murid dalam kumpulan rawatan bersetuju
pada semua item dalam konstruk di atas.
Selain itu, peningkatan motivasi pembelajaran murid juga di
rekod berdasarkan perubahan skor T menerusi ujian pra dan
ujian pos. Keputusan bagi skor T bagi kumpulan rawatan
menunjukkan nilai signifikan ialah .000 iaitu p<0.05. Ini
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam min
pencapaian ujian pra dan pos bagi murid kumpulan rawatan.
Manakala nilai signifikan bagi kumpulan kawalan ialah .978
iaitu p>0.05. Ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan pos bagi murid
kumpulan kawalan.
IMPLIKASI
Dapatan kajian memberikan implikasi kepada beberapa pihak
yang terlibat dalam mempertingkatkan pendedahan kerjaya
terhadap murid di sekolah. Kajian ini membincangkan implikasi
dapatan kajian kepada GBKSM dan murid dan Kementerian
Pelajaran Malaysia.
81
Implikasi Kepada GBKSM
Dapatan kajian ini juga memberikan implikasi kepada GBKSM
atau kaunselor khususnya yang masih berkhidmat secara
sepenuh masa di sekolah dalam memperluaskan
perkhidmatannya. Dapatan kajian menunjukkan pendedahan
kerjaya yang diberikan melalui Spin N Know dalam sesi
kaunseling kelompok yang dijalankan berkesan dalam
meningkatkan motivasi pembelajaran murid. Secara amnya
Spin N Know ini dapat membantu memenuhi salah satu
daripada fokus tugas GBKSM yang telah tersenarai dalam
surat siaran iaitu Pengurusan Kerjaya Murid untuk melahirkan
murid yang tahu hala tuju pendidikan dan kerjaya masa depan
(Surat Siaran KPM, 16 April 2012). Oleh itu GBKSM harus
mengambil inisiatif hasil daripada kajian ini dengan
menggunakan inovasi untuk menyuburkan peningkatan
motivasi pembelajaran murid setelah memperoleh pendedahan
maklumat kerjaya melalui inovasi yang digunakan.
Implikasi Kepada Murid
Hasil kajian ini dapat memberikan implikasi kepada murid.
Pendedahan kerjaya yang diberikan melalui Spin N Know
berkesan dalam meningkatkan motivasi pembelajaran murid,
sebaik sahaja setelah mereka menerima rawatan dalam sesi
kaunseling kelompok. Murid yang telah mengikuti Spin N Know
telah dapat membentuk motivasi pembelajaran dengan baik.
82
Individu melihat diri mereka lebih bersemangat untuk belajar
berbanding dengan sebelum mereka mendapat rawatan.
Pembentukan motivasi pembelajaran murid dapat dilihat
melalui lima konstruk dalam soal selidik iaitu akademik,
mindset, pengurusan diri, future dan interpersonal. Hal ini
bererti melalui pendedahan kerjaya melalui Spin N Know yang
mempunyai maklumat kerjaya seperti deskripsi tugas, bidang-
bidang yang boleh diceburi dalam sesuatu pekerjaan, tempat
pekerjaan, aliran sekolah yang boleh diikuti, dan senarai
universiti dalam sesi kaunseling kelompok, dapat
meningkatkan motivasi pembelajaran diri murid untuk
mencapai cita-cita yang diimpikan oleh setiap murid. Ini kerana
murid-murid yang bermotivasi untuk belajar akan mempunyai
sikap berminat kepada ilmu, iaitu ingin mengetahui secara
mendalam sesuatu perkara (Chapman & Vagle, 2011).
Implikasi kajian yang berikutnya ialah dari segi pencapaian
akademik murid. Apabila murid mempunyai motivasi
pembelajaran yang tinggi, proses pembelajaran dapat berjalan
dengan lancar. Manakala perhatian murid pula lebih terfokus
kepada kemampuan untuk mencipta kejayaan, dengan
menyedari kemampuan diri, yakin pada diri dan melihat cita-
cita serta impian masa hadapan. Semangat untuk berjaya ini
akan meningkatkan potensi yang positif terhadap pencapaian
akademik murid. Kajian lalu mendapati persepsi positif
seseorang mempengaruhi pencapaiannya. Hal ini bererti
83
pengetahuan tentang maklumat kerjaya yang diperoleh
daripada Spin N Know dapat mendorong murid dalam
meningkatkan pencapaian akademik mereka. Menurut Lapan,
Gybers dan Petroski (2001), murid yang mengambil bahagian
secara komprehensif dalam program kerjaya menunjukkan
sikap positif terhadap kepentingan pendidikan dan mencapai
kedudukan akademik yang lebih baik berbanding pelajar yang
tidak mengambil bahagian dalam projek kerjaya.
Implikasi Kepada Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM)
Kajian ini memberikan implikasi kepada sistem pendidikan
global. Hasil kajian menunjukkan pelaksanaan program atau
aktiviti yang bertujuan untuk memberi pendedahan maklumat
kerjaya kepada murid adalah perlu dan penting untuk
dilaksanakan dalam sistem Pendidikan di Malaysia, bermula
pada sekolah rendah, seterusnya sekolah menengah dan ke
peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Kajian ini dilihat
sebagai langkah permulaan dalam usaha memberi
pendedahan maklumat kerjaya kepada murid menggunakan
pendekatan yang digunakan oleh pengkaji.
Pelaksanaan kajian ini secara umumnya juga dapat
menyokong merealisasikan dasar KPM menerusi Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025),
menyokong ke arah pencapaian matlamat KSPK (2010), KSSR
(2011) dan membantu merealisasikan matlamat Bimbingan
84
dan Kaunseling bagi Pembangunan dan Pengembangan Diri
Pelajar (Surat Siaran KPM, 16 April 2012).
CADANGAN KAJIAN LANJUT
Reka bentuk kajian ini ialah ujia pra – ujian pos kuasi-
eksperimen. Kajian lanjutan boleh juga dilakukan dengan
menggunakan sampel yang lebih besar berbanding 20 orang
dalam kajian ini. Sampel yang lebih besar dan dipilih secara
rawak mungkin boleh digunakan bagi menghasilkan keputusan
yang signifikan untuk semua pembolehubah-pembolehubah
dalam kajian ini. Reka bentuk kajian yang berbeza seperi reka
bentuk ‘Solomon Four Group’ mungkin lebih sesuai digunakan
dalam kajian jika mempunyai sampel yang lebih besar. Reka
bentuk empat kumpulan Solomon, yang dikembangkan oleh
Richard Solomon (1949). Peserta dibahagikan secara rawak
kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan mengalami
kombinasi manipulasi eksperimen yang berbeza: kumpulan
pertama (A) menerima ujian pra, rawatan, dan ujian pos;
kumpulan kedua (B) hanya menerima rawatan dan ujian pos;
kumpulan ketiga (C) menerima ujian pra, tanpa rawatan, dan
ujian pos; dan kumpulan keempat (D) hanya menerima ujian
pos.
Pendekatan teori yang digunakan dalam kajian ini ialah Teori
Tret dan Faktor yang diperkenalkan oleh Frank Parson dan
Teori Pemusatan Klien yang dikembangkan oleh Carl Rogers.
Bagi kajian akan datang, perubahan pada pemilihan teori boleh
85
dilakukan seperti pengkaji menggunakan Teori Pemilihan
Kerjaya Holland atau Teori Perkembangan Kerjaya Super .
Malah perbandingan antara pendekatan Teori dan kumpulan-
kumpulan kajian juga boleh dilakukan bagi melihat teori
manakah lebih efektif dalam menjalankan pendedahan kerjaya
kepada murid bagi melihat kesan terhadap motivasi murid.
Selain itu, teori yang diaplikasikan semasa sesi kaunseling
kelompok iaitu Teori Pemusatan Klien juga boleh diubah
dengan mengaplikasikan teori kaunseling yang lain pada kajian
yang akan datang untuk melihat sama ada aplikasi teori
mempengaruhi penglibatan murid dalam sesi kelompok yang
dijalankan atau tidak.
Cadangan yang terakhir adalah kajian dijalankan secara
bersemuka setelah sekolah dapat beroperasi seperti biasa
semula. Ini kerana menurut Masdonati, Massoudi, dan Rossier
(2009), kaunseling kerjaya secara bersemuka dapat dianggap
sebagai kaedah intervensi yang sangat efektif. Lebih khusus
lagi, mereka mendapati bahawa kualiti kerjasama antara
kaunselor dan klien secara bersemuka memainkan peranan
penting dalam keberkesanan kerjaya kaunseling. Maka dengan
itu, pengkaji boleh melaksanakan kajian secara bersemuka
pula bersama murid di sekolah kelak untuk melihat
keberkesanannya.
Sebagai rumusan pembentangan ringkasan hasil kajian,
implikasi kajian dan cadangan untuk kajian akan datang
dibincangkan dengan jelas. Kajian ini dijalankan untuk
menentukan tahap skor min yang signifikan antara
86
pendedahan maklumat kerjaya dan motivasi pembelajaran
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pra dan
pos. Kajin ini juga bertujuan mengenal pasti perbezaan skor
min yang signifikan antara penggunaan Spin N Know dan
kaedah tradisional terhadap motivasi pembelajaran murid
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
Berdasarkan kaedah kuasi-eksperimen yang melibatkan 20
orang peserta kajian menunjukkan bahawa nilai min antara
pendedahan maklumat kerjaya dan motivasi pembelajaran
bagi kumpulan rawatan lebih tinggi berbanding kumpulan
kawalan. Malah, penggunaan Spin N Know dalam pendedahan
kerjaya pula menunjukkan nilai signifikan ialah .000 iaitu
p<0.05 yang membuktikan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan dalam min pencapaian ujian pra dan pos bagi murid
kumpulan rawatan. Implikasi kajian dibincangkan terdiri
daripada implikasi kepada Kaunselor, Murid dan Kementerian
Pelajaran Malaysia. Berdasarkan dapatan data kuantitatif,
pendedahan maklumat kerjaya kepada murid dapat
meningkatkan motivasi pembelajaran murid.
87
RUJUKAN
Abd-Hanid, H. (2007). The effectiveness of career exploration
stage of career development in secondary schools in
Dungun district of Terengganu. Unpublished
Doctoral Dissertation, Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Amir Awang. (1975). A cross-cultural validation study of the
Vocational Preference Inventory and the Work Values
Inventory. Desertasi Ph.D. University of Alberta,
Canada.
Amla, S. (2010). Career education and human capital
development. Inaugural lecture. National University
of Malaysia (UKM), Bangi
Anita Woolfolk. (2004). Educational Psychology. 9th Edition.
Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall, Inc.
Ary, D., Jacobs, Lucy Cheser & Razavieh A. (2010).
Introduction to research in education 8th ed.
Belmont, CA: Wadsworth.
Azizi dan Jaafar Sidek. 2006. Siri Kaunseling: Membentuk
Identiti Remaja. Bentong: PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd.
Brown, H. D. (2007). Principles of Language Learning and
Teaching. (5th ed.). New York: Pearson Education.
Chapman, C. & Vagle, N. (2011). Motivating students: 25
strategies to light the fire of engagement. Bloomington:
Solution Tree Press.
Che Din, M. F. (2002). Pengantar Bimbingan dan Kaunseling.
Universiti Teknologi Malaysia.
Chen, Mei Whei & Rybak J. Chirstopher. (2004). Group
Leadership Skills: Interpersonal Process in Group
Counseling and Therapy. Belmont, Calif: Brooks/Cole
88
Chua, Y. P. (2011). Kaedah dan Statistik Penyelidikan:
Kaedah Penyelidikan Buku 1. Kuala Lumpur: McGraw-
Hill.
Coon, D. & Mitterer, J. O. (2010). Introduction to psychology:
Gateways to mind and behavior with concept maps.
Belmont, CA: Wadsworth.
Corey, G. (1989). Theory and practice of group counseling (3rd
ed.). Pacific Grove, CA: Brooks/Cole.
Corey, G. (2012). Theory and Practice of Group Counseling.
9th Edt. Belmont, Brooks/Cole.
Cronbach, L. J. (1970). Essentials of Psychological Testing.
New York: Harper & Row.
Fuad Mohamed Berawi. (2017). Metodologi Penyelidikan
Panduan Menulis Thesis (1st ed.) Kedah: UUM Pess.
Gagne, R. M. (1985). The Conditions of Learning and Theory
of Instruction. 4th Edition. New York: Holt, Rinehart &
Winston.
Garavalia, L. S. & Gredler, M. E (2002), An Exploratory Study
of Academic Goal Setting, Achievement Calibration and
Self-Regulated Learning, Journal of Instructional
Psychology, 29(4), pp. 221-231.
Gardner, R.C. (2005). Integrative Motivation and Second
Language Acquisition. Canadian Association of
Applied Linguistics/Canadian Linguistics Association Joint
Plenary Talk. London, Canada: The University of Western
Ontario.
Gibson, R.L & Mitchell, M.H. (2003). Introduction to Counselling
and Guidance. New York. New Jersey Merrill Prentice
Hall.
Hamat, R. (2001). Fungsi Program Persediaan Kerjaya: Satu
Kajian Kes di Kalangan Siswazah Program Sarjana
89
Pendidikan (Teknikal) KuiTTHO. Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.
Hmelo, C.E., Gotterer, G.S. & Bransford, J.D. (1997). A theory-
driven approach to assessing the cognitive effects of
PBL. Educational Research 1: 387-408.
Ismail, M. S., Abdullah, S. S., Mohamad, M. Z., & Khairuldin,
W. M. K. F. W. (2018). Student’s Career Maturity:
Implications on Career Counselling. International Journal
of Academic Research in Business and Social
Sciences, 8(4), 887–897.
Jackson, W. & Verberg, N. (2006). Methods: Doing Social
Research. 4th edt. Pearson Education Canada.
Jasmi A. Talib, Amla Salleh, Salleh Amat, Simin Ghavifekr &
Azlinda M. Ariff. (2015). Effect of career education
module on career development of community college
students. International Journal for Educational and
Vocational Guidance (Q2), SSN 0251-2513. Volume 15
Number 1,37- 55. (ISI-Cited Publication)
Kuijpers, M., Meijers, F., & Gundy, C. (2011). The relationship
between learning environment and career competencies of
students in vocational education. Journal of
Vocational Behavior, 78, 21–30.doi:
10.1016/j.jvb.2010.05.005.
Lapan, R., Gysbers, N., & Petroski, G. (2001). Helping seventh
graders be safe and successful: A statewide study of
the impact of comprehensive guidance and counseling
programs. Journal of Counseling and Development,
79, 320–330.
Mansor, N. (2012). Kebekesanan Perkhidmatan Unit Psikologi
Kaunseling dan Kerjaya dalam Membantu Kerjaya Pelajar
Politeknik. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia:
Tesis Sarjana.
Masdonati, J., Massoudi, K., & Rossier, J. (2009). Effectiveness
of career counseling and the impact of the working
90
alliance. Journal of Career Development, 36, 183–
203. doi:10.1177/0894845309340798.
McMillan, J.H. & Schumacher, S. (2010). Research in
Education: Evidence Based Inquiry. 7th ed. New Jersey:
Pearson. Education Incorporated.
Meijers, F., Kuijpers, M. & Gundy, C. (2013). The relationship
between career competencies, career identity, motivation,
and quality of choice.Int J Educ. Vocat Guidance 13,
47–66.https://doi.org/10.1007/s10775-012- 9237-4
Mhd Subhan, Salleh Amat, & Abu Yazid Abu Bakar. (2015).
The Concept of Career Choice among Children.
International Counselling Seminar, 1- 7.
Miles, J. (2008). The impact of a career development
programme on career maturity and academic motivation.
Unpublished Master’s Thesis, University of East
London, London.
Neil Naftzger. (2016). Motivation, Engagement, and Beliefs.
Survey Validation Report. 1000 Thomas Jefferson
Street NW. Washington, DC.
Posthuma, W. Barbara. (2002). Small Groups in Counseling
and Therapy Process and Leadership, Allyn and
Bacon, United States of America, 4th Edt.
Rohany Mohd Majzud & Abdullah Mohd Noor (2001). “Persepsi
Remaja Masa Depan.” Jurnal Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Roslee Ahmad & Mohd Sharif Mustaffa. (2003). Perbandingan
Konsep Manusia Antara Carl Rogers dengan Al Ghazali.
Kertas Kerja Konvensyen PERKAMA Ke-XI.Johor
Bharu:UITM.
Ruhizan Mohammad Yasin & Maizam Alias (2010). "Latar
BelakangPenyelidikan", dIm.Noraini Idris (ed.),
91
Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:
McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Sabariah Haron. (2013). Mengukur Hubungan Minat Kerjaya
dengan Jantina dan Aliran dalam Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat di Tiga Buah Sekolah Menengah
Daerah Johor Bahru. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.
Sabariah Siron. (2003). Teori kaunseling dalam perhubungan
menolong. Petaling Jaya: Prentice Hall
Sani, I. (2011). Career maturity, career self-efficacy and
students’ involvement in career counseling and guidance
activities. Unpublished Doctoral Dissertation, National
University of Malaysia, Bangi.
Sidek Mohd Noah. (1988). Ujian sebagai alat motivasi. Kertas
dibincangkan di Seminar Motivasi Pelajar, Institut Latihan
Sultan Ahmad Shah, Bangi, Selangor, 5-7 Februari.
Sidek Mohd Noah. (2002a). Reka bentuk penyelidikan:
Falsafah, teori & praktis. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
Sidek Mohd Noah. (2002b). Perkembangan Kerjaya, Teori dan
Praktis. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Sidek Mohd Noah. (2015). Perkembangan kerjaya: Teori dan
praktis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Solomon, R. L. (1949). An extension of control group design.
Psychological Bulletin,46, 137–150.
Super, D.E. (1972). Vocational development theory: Persons,
positions, processes. Dlm. Whiteley, J.M., &
Resnikoff, A. (pnyt). Perspectives on Vocational
Guidance. Washington, D.C.: American Personnel and
Guidance Association.
Suradi Salim. (2005). Hala tuju penyelidikan kaunseling di
Malaysia. Jurnal PERKAMA, 11, 1 - 14.
92
Surat Siaran KPM Bil. 12 Tahun 2012 bertarikh 16 April 2012.
Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling.
Tanious, C. M. (2012). Mindful strengths development:
Leveraging students’ strengths for 21stcentury learning
and leadership. ProQuest LLC.
Troyer, J.M., & Rasmussen, H.N. (2003). The impact of a
career planning course on retention and graduation rates.
Paper presented at the annual meeting of the
American Psychological Association, Toronto.
Vaughan, T.D. (1970). Educational and Vocational Guidance
Today. London: Routledge and Kegan Paul.
Weinrach, S.G. (1979). Career counseling: Theoretical and
practical perspective. New York: McGraw Hill.
White, L. Theresa & McBurnet, H. Donald. (2013). Research
Method. 9th Edt. Wadsworth Cengage Learning.
Yalçınkaya, E., Taştan-Kırık, Ö., Boz, Y. & Yıldıran, D. (2012).
Is case-based learning an effective teaching strategy to
challenge students’ alternative conceptions
regarding chemical kinetics? Research In Science &
Technological Education30(2):151-172.
doi:10.1080/02635143.2012. 69860.
Zuraidah Abdul Rahman. (2004). Pengenalan kaunseling
Kelompok. Edisi Terbaru. Petaling Jaya: IBS Buku
Sdn Bhd.
93
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
LAMPIRAN C