The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zu160870, 2022-09-25 04:45:15

KAJIAN KES DALAM KAUNSELING

KAJIAN KES DALAM KAUNSELING

Pengendalian Kes Dalam
Kaunseling

CHUNG QI QIAN
ROSLI ABDUL WAHAB

Penyunting
ZURAIDA BINTI AHMAD
JABATAN BIMBINGAN & KAUNSELING
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH
2022

Diterbitkan oleh :

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
06000 Jitra
Kedah Darul Aman

http://www.ipda.edu.my

© Institut Pendidkan Guru Kampus Darulaman

Kementerian Pendidikan Malaysia

ISBN: 978-967-2778-11-0

©Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang
mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku
ini dalam apa juga bentuk dan apa jua cara sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Institut Pendidikan Guru
Kampus Darulaman.

PRAKATA

Buku Pengendalian Kes Dalam Kaunseling ini merupakan
laporan hasil penyelidikan pelajar bersama penyelia berkaitan
amalan terbaik yang telah berjaya dilaksanakan dalam
mengurus perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Buku ini bertujuan untuk menyebarluaskan ilmu penyelidikan
dalam bidang bimbingan dan kaunseling terutama kepada
kaunselor novis.

Pengendalian kes ialah rutin dalam memberikan perkhidmatan
melalui kaunseling individu dan kelompok oleh seorang
kaunselor terhadap kliennya. Setiap kes perlu diteliti dengan
baik untuk mengenal pasti punca masalah dan menetapkan
matlamat serta strategi atau teknik terbaik untuk membantu
klien berdasarkan pilihan teori kaunseling yang relevan.

Pihak penyunting berharap dokumentasi melalui penerbitan
buku ini dapat memberi manfaat kepada khalayak pembaca
terutamanya pengamal kaunseling di seluruh Malaysia.

Sekian, salam hormat.

Penyunting

Zuraida binti Ahmad
Jabatan Bimbingan dan kaunseling
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

ISI KANDUNGAN

PRAKATA
SENARAI JADUAL ........................................................................ vi
SENARAI RAJAH ..........................................................................vii
SENARAI LAMPIRAN................................................................... viii
SENARAI SINGKATAN ................................................................. ix
1.0 PENDAHULUAN....................................................................... 1

1.1 Pengenalan ........................................................................... 1
1.2 Konteks ................................................................................. 2
1.3 Refleksi ................................................................................. 3
2.0 FOKUS KAJIAN........................................................................ 7
2.1 Pemilihan Fokus Kajian ......................................................... 7

2.1.1 Kebolehtadbiran.............................................................. 8
2.1.2 Kebolehgunaan............................................................... 9
2.1.3 Kerelevanan.................................................................... 9
2.2 Pengumpulan Data Awal ..................................................... 10
2.2.1 Temu Bual .................................................................... 11
2.2.2 Pemerhatian ................................................................. 14
2.2.3 Analisis Dokumen ......................................................... 16
2.3 Tindakan ............................................................................. 18
2.3.1 Merancang.................................................................... 19
2.3.2. Bertindak ..................................................................... 20
2.3.3 Memerhati..................................................................... 21
2.3.4 Mereflek........................................................................ 22
3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN ......................................... 23
3.1 Objektif Kajian ..................................................................... 23
3.2 Persoalan Kajian ................................................................. 23
4.0 PESERTA KAJIAN.................................................................. 24

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN ........................................................ 25
5.1 Langkah-langkah Tindakan ................................................. 25
5.1.1 Langkah Membina Hubungan ....................................... 26
5.1.2 Langkah Teknik Lukisan ............................................... 27
5.1.3 Langkah Perbincangan Lukisan .................................... 27
5.1.4 Langkah Mengenal Pasti Masalah ................................ 28
5.2 Kaedah Mengumpul Data.................................................... 29
5.2.1 Temu Bual Berstruktur .................................................. 29
5.2.2 Pemerhatian Turut Serta............................................... 30
5.2.3 Analisis Dokumen ......................................................... 31
5.3 Cara Menganalisis data....................................................... 32
5.4 Cara Menyemak Data ......................................................... 34
5.4.1 Triangulasi Kaedah ....................................................... 35

6.0 DAPATAN KAJIAN ................................................................. 36
6.1 Data Temu Bual .................................................................. 36
6.2 Data Pemerhatian ............................................................... 41
6.3 Data Analisis Dokumen (Hasil Lukisan Murid) ..................... 45
6.4 Data Analisis Dokumen (Laporan Nota Kes Sesi Kaunseling
Individu) .................................................................................... 49
6.5 Perbincangan Dapatan Kajian ............................................. 52

7.0 REFLEKSI .............................................................................. 54
8.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN ....................................... 56
RUJUKAN..................................................................................... 59

SENARAI JADUAL

Jadual 1: Hasil Temu Bual Berstruktur dengan Guru Kelas
Peserta Kajian (Sebelum Intervensi)..................................... 12
Jadual 2: Hasil Temu Bual Berstruktur dengan Peserta Kajian
(Sebelum Intervensi)............................................................. 13
Jadual 3: Hasil Dapatan Senarai Semak Pemerhatian Peserta
Kajian (Sebelum Intervensi) .................................................. 15
Jadual 4: Profil Biodata Peserta Kajian................................. 24
Jadual 5: Cara Menganalisis Data ....................................... 32
Jadual 6: Hasil analisis temu bual dengan peserta kajian
(semasa intervensi)............................................................... 37
Jadual 7: Hasil analisis temu bual dengan peserta kajian
(selepas intervensi)............................................................... 39

SENARAI RAJAH

Rajah 1: Nota Laporan Sesi Bersama P1 ............................. 17
Rajah 2: Nota Laporan Sesi Bersama P2 ............................. 17
Rajah 3: Model Kurt Lewin .................................................... 19
Rajah 4: Prosedur Langkah-langkah Tindakan Intervensi .... 26
Rajah 5: Triangulasi Kaedah................................................. 36
Rajah 6: Hasil Analisis Pemerhatian Peserta Kajian Sebelum
dan Selepas Intervensi ......................................................... 41
Rajah 7: Hasil Analisis Pemerhatian Peserta Kajian Sebelum
dan Selepas Intervensi ......................................................... 43
Rajah 8: Hasil Analisis Pemerhatian Peserta Kajian Sebelum
dan Selepas Intervensi ......................................................... 44
Rajah 9: Hasil Lukisan Peserta Kajian 1 ............................... 46
Rajah 10: Hasil Lukisan Peserta Kajian 2 ............................. 48
Rajah 11: Nota Kes Sesi Kaunseling Individu (P1) ............... 50
Rajah 12: Nota Kes Sesi Kaunseling Individu (P2) ............... 52

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A Surat Kebenaran
Jadual Pelaksanaan Kajian
LAMPIRAN B Anggaran Kos Kajian
Tindakan
LAMPIRAN C

SENARAI SINGKATAN

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
Guru Bimbingan dan Kaunseling
GBK Program Ijazah Sarjana Muda

PISMP Bimbingan dan Kaunseling
Perguruan jasmani, emosi, rohani, intelek,

B&K sit, open gesture, lean forward, eye

JERIS Pendidikan Seni Visual
sosial Institut Pendidikan Guru Malaysia

SOLER
contact, relax

PSV

IPGM

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kemahiran komunikasi merupakan satu kemahiran hidup yang
paling penting. Hal ini kerana kemahiran kemahiran ini akan
digunakan dalam interaksi seharian kita dengan orang lain,
mahupun di tempat kerja ataupun di dalam rumah. Bagi
memastikan sesebuah masyarakat itu dapat terus maju ke
hadapan, kemahiran berkomunikasi itu adalah sangat penting
(Salleh & Noah, 2000). Saodah, Narimah dan Mohd Yusof
(2003) pula menerangkan komunikasi merupakan suatu yang
asas seperti mana keperluan kita untuk makanan, tempat
tinggal dan pakaian.

Kepentingan kemahiran komunikasi ini dapat diperlihat di luar
negara, dan juga di dalam negara. Menurut Guy Berger (2016),
kajian tinjauan LinkedIn yang dilakukan di negara Amerika
Syarikat di antara tahun 2014 sehingga tahun 2015, telah
menunjukkan bahawa kemahiran komunikasi ini merupakan
kemahiran insaniah (soft skills) yang paling dicari di dalam
kalangan majikan. Sehubungan itu, di dalam negara pula,
konsep 4C, iaitu communication, collaboration, critical thinking,
dan creativity, yang sering diuar-uarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), juga merangkumi kemahiran
komunikasi.

Jadi, apakah perkataan “komunikasi” bermaksud, sebenarnya?
Secara umumnya, komunikasi merupakan sesuatu proses

1

pemindahan maklumat, perasaan, idea dan pemikiran daripada
seseorang individu kepada individu yang lain (Munnianwar,
2014). Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) pula mentakrifkan
komunikasi sebagai perhubungan sama ada secara langsung
atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan sebagainya.
Manakala menurut Bovee dan Thill (2000), komunikasi
merupakan proses penghantaran dan penerimaan
maklumat. Komunikasi tersebut akan dianggap sebagai
komunikasi berkesan apabila mesej yang disampaikan oleh
penghantar difahami dengan tepat dan jelas oleh penerima.

Dalam bidang kaunseling, kemahiran komunikasi juga
memainkan peranan yang penting. Menurut Mohammad Aziz,
Mohammad Nasir, Ahmad Jazimin, Syed Sofian & Md. Noor
Saper (2009), kaunselor perlu mempunyai kemahiran
berinteraksi dan berkomunikasi yang berkesan dalam
menyampai idea, maklumat, perasaan dan mempamerkan
ekspresi tingkah laku dan emosi yang menggalakkan semasa
proses kaunseling. Namun, dalam konteks kajian tindakan ini,
pengkaji akan memfokuskan sasaran tersebut kepada klien,
iaitu kaunselor akan membantu klien meningkatkan kemahiran
komunikasi lisan mereka.

1.2 Konteks

Pengkaji merupakan seorang pelajar Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PISMP) Bimbingan dan Kaunseling (B&K)
yang menjalani praktikum fasa satu selama tiga bulan di

2

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) A bagi subjek B&K dan
Matematik sebagai subjek elektif.

Bagi kajian tindakan ini, pengkaji telah menjalankan kajian di
sekolah tersebut yang terletak di daerah Sungai Petani, Kedah.
Sekolah tersebut dikategorikan sebagai sekolah bandar dan
rata-rata murid adalah berasal dari golongan status sosial
sederhana. Jumlah murid di sekolah tersebut adalah seramai
685 orang murid dan dibimbing oleh barisan pentadbiran
sekolah yang terdiri daripada Guru Besar dan tiga orang
penolong kanan serta 44 kakitangan akademik. Tambahan
pula, sekolah tersebut juga disokong oleh 4 orang staf, 3 orang
pekerja kebersihan kontrak dan 2 orang pengawal
keselamatan kontrak. Bagi memberikan kelengkapan yang
mencukupi kepada warga sekolah, sekolah tersebut telah
memiliki empat blok bangunan yang bertingkat, kantin, kedai
koperasi, makmal komputer, bilik seni dan kemudahan yang
lain.

1.3 Refleksi

Mengimbas kembali pengalaman pengkaji menjalankan
praktikum di sekolah rendah tersebut, pengkaji telah mendapati
bahawa murid yang menghadapi masalah berkomunikasi ini
dapat menghalang perkembangan proses sesuatu sesi
kaunseling individu. Hal ini dikatakan sebegini adalah kerana
murid yang menghadapi masalah berkomunikasi ini
kecenderungan untuk menggunakan jawapan pendek untuk

3

menjawab soalan yang saya kemukakan. Sebagai contoh,
apabila pengkaji telah bertanya soalan terbuka dalam sesi
kaunseling, klien yang menghadapi masalah berkomunikasi itu
hanya akan menjawab “ya” atau “tidak”. Pada pandangan
pengkaji, jawapan “ya” atau “tidak” itu seolah-olah macam satu
dinding yang mengasingkan saya (kaunselor) dengan murid
(klien) itu. Saya tidak boleh masuk dunia murid itu dan murid
itu juga macam menolak saya daripada membantunya.
Sebagai hakikatnya, pengkaji tidak dapat meneroka dan
mengenal pasti isu utama klien dan seterusnya membantu klien
mencapai matlamat kaunseling.

Bagi inisiatif untuk mengatasi isu tersebut, pengkaji juga telah
mencuba cara lain seperti mengaplikasikan kemahiran
kaunseling semata-mata dengan menfokuskan kepada
kemahiran kaunseling seperti kemahiran menyoal, menyemak
persepsi, meminta penjelasan, membuat refleksi dan dorongan
minimum, bagi meneroka isu sebenar klien. Hakikatnya, teknik
yang telah dilaksanakan mampu meneroka masalah klien,
namun, sesi mengambil masa yang terlalu lama, iaitu sebanyak
tiga sehinggalah empat sesi untuk mencapai ke fasa mengenal
pasti punca masalah. Oleh hal yang demikian, boleh dikatakan
bahawa teknik kaunseling yang telah pengkaji gunakan selama
ini adalah kurang efisien dan berkesan untuk mengatasi
masalah komunikasi yang dihadapi oleh klien. Kewujudan isu
tersebut dapat dibukti berdasarkan pengumpulan data awal
yang diperolehi berdasarkan analisis dokumen nota kes
peserta kajian yang telah dicatat.

4

Andaian pengkaji terhadap situasi ini ialah apabila klien tidak
dapat berkongsi pengalaman sendiri, bagaimana kaunselor
dapat membantu klien tersebut. Pengkaji membuat andaian
berasaskan pegangan kepada teori Pemusatan Perorangan
yang diutarakan oleh Carl Rogers. Hal ini demikian kerana fasa
penerokaan isu merupakan peringkat di mana klien akan
menceritakan segala isu, perasaan, dan idea yang membeban
serta mempengaruhi kehidupannya. Dengan itu, guru
bimbingan dan kaunseling (GBK) perlu peka dan empati
dengan perasaan klien supaya dapat membina hubungan yang
kongruen dengan klien. Hal ini adalah ditegaskan dalam Teori
Pemusatan Perorangan yang diutarakan oleh Carl Rogers
bahawa hubungan kongruen itu penting dalam sesi bimbingan
dan kaunseling untuk membantu perkembangan klien (Sapora
& Ruhaya, 2013).

Memandangkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
merupakan cara yang boleh membantu perkembangan murid
dan GBK merupakan orang utama yang boleh mendekati murid
(Amla, Zuria, & Salleh, 2009), justeru, pengkaji menyedari
tanggungjawab sendiri dalam mengatasi isu ini. Tambahan
pula, sekiranya intervensi yang digunakan sebelum ini
bagaikan tidak dapat menyelesaikan isu sebenar klien, malah
ia hanya memendamkan perasaan klien ke sudut yang lebih
mendalam, iaitu mewujudkan unfinished business dalam jiwa
klien. Isu “unfinished business” merupakan satu aspek yang
penting dan secara tidak langsung akan mempengaruhi
kehidupan klien. Berdasarkan Teori Gestalt, sekiranya
perasaan kita tidak dilepaskan dengan sepenuhnya maka ia

5

akan terpendam dalam minda kita serta mengganggu
kehidupan seharian kita tanpa disedari (Amir Awang, 1987).
Oleh yang demikian, pengkaji berasa diri mempunyai
tanggungjawab untuk membimbing klien meluahkan perasaan
dalam sesi bimbingan dan kaunseling sehingga mendapatkan
katarsis dan tidak meninggalkan sebarang lekatan.

Justeru, berdasarkan rujukan daripada pelbagai sumber resos,
intervensi yang dikenalpasti dapat membantu menyelesaikan
masalah pengkaji ini adalah dengan mengaplikasikan teknik
lukisan dalam fasa penerokaan bagi meningkatkan komunikasi
lisan klien untuk membuat pendedahan kendiri tentang
masalah yang dihadapinya. Penggunaan seni lebih berkesan
daripada kata-kata dalam situasi yang melibatkan kesukaran
menjelaskan emosi atau perasaan individu (Natalie, 2007).
Menurut Michaels (2007) pula, terapi seni sangat membantu
individu yang menghadapi kesulitan untuk berkomunikasi
secara verbal, mengalami trauma ataupun mereka yang
menghadapi perubahan mahupun penyesuaian. Zudha, Sh
Marzety, & Nor Shakirah (2017) juga menjelaskan bahawa
terapi seni ekspresi merupakan satu cara untuk membantu
kanak-kanak dan remaja mengekspresikan emosi dan
pengalaman mereka yang sukar disampaikan melalui verbal.

Diharap kajian ini dapat membantu menambahkan maklumat
berkaitan bidang terapi seni di dalam negara Malaysia. Selain
itu, pengkaji juga berharap kajian ini dapat memberi perspektif
baru kepada guru bimbingan dan kaunseling (GBK) sekolah
lain untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam

6

menjalankan sesi kaunseling. Hal ini kerana salah satu objektif
kajian ini adalah untuk mengkaji sama ada teknik lukisan
tersebut dapat meningkatkan kemahiran komunikasi lisan klien.

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Pemilihan Fokus Kajian

Berdasarkan pengalaman pengkaji yang dinyatakan di atas,
pengkaji telah menghadapi masalah di fasa penerokaan dalam
sesebuah sesi kaunseling. Jadi, fokus kajian ini adalah tentang
pelaksanaan teknik lukisan terhadap dua orang peserta kajian
untuk membantu meningkatkan kemahiran komunikasi lisan
klien agar proses pelaksanaan fasa penerokaan boleh
dijalankan dengan lebih berkesan dan efisien. Menurut Myrick
(2001), kaunselor perlu menggabungkan pelbagai teknik dan
strategi kaunseling semasa menjalankan sesi kausneling.
Menurut Faiver, Eisengart dan Colonna (2004) pula, seni
merupakan satu kaedah yang sangat berkesan dan alat yang
terapeutik untuk klien yang menghadapi masalah
menggunakan pertuturan bagi meluahkan perasaan. Kajian
oleh Paw Eng See, Noriah dan Salleh (2008) juga
membuktikan bahawa terapi seni boleh dilaksanakan dan
berupaya membantu kaunselor memperoleh lebih banyak
maklumat daripada klien.

Terdapat beberapa kriteria yang perlu dinilai dalam pemilihan
fokus kajian. Fokus kajian ini dipilih berdasarkan tiga aspek
yang penting, iaitu kebolehtadbiran, keboleh gunaan dan
kerelevanan.

7

2.1.1 Kebolehtadbiran

Kajian ini adalah mudah ditadbir disebabkan atas beberapa
aspek. Yang pertamanya ialah dari segi kos. Pengaplikasian
teknik lukisan dalam sesi kaunseling ini tidak memerlukan kos
yang banyak. Bahan yang diperlukan seperti kertas A4 dan
pensel warna adalah mudah dicari dan boleh diambil dari
mana-mana tempat pun. Tambahan pula, pengkaji
berpendapat bahawa pensel warna dapat digantikan dengan
pen atau highlighter yang berlainan warna, sekiranya tiada
pensel warna di bilik kaunseling sekolah. Seterusnya, yang
kedua ialah dari segi masa pula, pengkaji hanya menggunakan
tempoh masa selama satu minggu untuk menjalankan proses
pengumpulan data kajian tersebut. Pengkaji berpendapat
bahawa pengambilan tempoh masa satu minggu itu tidak akan
menjadi beban yang begitu berat kepada mana-mana GBK
untuk mentadbir. Tambahan pula, aspek yang ketiga ialah dari
segi tempat. Teknik lukisan ini boleh dijalankan di mana-mana
bilik bimbingan dan kaunseling (B&K) sekolah yang terapeutik.
Perkara ini sangat penting dalam menjamin kelancaran
perjalanan intervensi kerana menurut Sapora Sipon dan
Hapshah Md Yusof (2008), suasana yang aman dan tenang
dapat membolehkan perbincangan, penghayatan perasaan
dan pelahiran idea-idea tanpa rasa terancam. Jadi, secara
ringkasnya, boleh dikatakan bahawa kajian yang dijalankan
tersebut mampu dipraktikkan di sekolah.

8

2.1.2 Kebolehgunaan

Kriteria kebolehgunaan merujuk kepada fokus kajian tersebut
boleh diaplikasikan ke dalam bidang tugas pengkaji (Lee, Zakri,
& Chua 2018). Dalam konteks ini, hasil kajian ini dapat
membantu GBK menggunakan teknik lukisan untuk meneroka
apa-apa isu klien yang pasif dalam sesi bimbingan dan
kaunseling. Kajian lepas seperti kajian Jeffery, Dharatun &
Salleh (2020) telah menyatakan bahawa penggunaan terapi
seni lukisan sesuai untuk murid-murid atau klien yang pasif
kerana ia dapat membantu klien menjadi lebih berani bercakap
dan sesi kaunseling menjadi lebih efektif. Manakala menurut
kajian Rafidah & Noriah (2013) pula, hasil dapatan kajian
mengatakan bahawa penggunaan terapi seni dalam proses
kaunseling berupaya membantu klien mendapatkan celik akal
terhadap masalah yang dihadapinya, sekaligus berupaya
mencipta persekitaran teraputik untuk klien meluahkan
perasaan atau emosi yang dialami sehingga klien merasakan
kelegaan kesan daripada proses tersebut. Jadi, boleh
dirumuskan bahawa teknik lukisan ini berkesan dan mampu
diaplikasikan dalam sesi kaunseling individu untuk membantu
GBK meneroka isu sebenar klien.

2.1.3 Kerelevanan

Kriteria kerelevanan merujuk kepada kesesuaian fokus kajian
kepada amalan sendiri dan rakan sejawat, serta organisasi.
(Chow & Jaizah Mahmud, 2011). Dalam konteks ini, kajian
pengkaji adalah relevan dengan kehendak Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), yang berhasrat untuk melahirkan

9

murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial (JERIS). Dalam KPM (2015), salah satu fokus
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah pembangunan
dan pengembangan sahsiah diri murid. Fokus tersebut adalah
untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri (character)
murid daripada aspek seperti sikap penyayang, budi bahasa,
konsep kendiri, kepemimpinan, komunikasi, kekemasan diri
dan ketepatan masa (KPM, 2015). Justeru, hasil dari fokus
tersebut ialah GBK kini perlu sentiasa meningkatkan
profesionalisme diri bagi menjamin kualiti perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling yang dibekalkan supaya dapat
melahirkan murid yang boleh dijadikan role model pada masa
yang akan datang.

Selain itu, kajian ini juga relevan dengan keperluan GBK lain.
Menurut Suradi Salim (2005), walaupun pendekatan terapi seni
yang menekankan aspek kreatif dan kreativiti telah digunakan
secara meluas di negara Barat, seperti United Kingdom, namun
di Malaysia, pendekatan kaunseling dan psikoterapi yang
menjangkau usia 40 tahun di Malaysia masih tertumpu kepada
kaedah kaunseling konvensional secara lisan menerusi
kaunseling individu dan kelompok. Oleh yang demikian, kajian
dalam bidang ini amat diperlukan demi memperkembangkan
penggunaan terapi seni dalam bidang kaunseling di Malaysia.

2.2 Pengumpulan Data Awal

Tinjauan awal merupakan fokus yang terdapat dalam isu kajian.
Lazimnya tinjauan awal diperlukan apabila pengkaji
mempunyai konsepsi yang jelas dan nyata akan sesuatu teori

10

tetapi tidak berlaku di realiti sebenar di sekolah atau pengkaji
mendapati masalah yang perlu dikaji dalam kalangan murid
(Lew & Munira, 2013). Oleh itu, sebelum memulakan proses
kajian tindakan sebenar, pengkaji telah melakukan tinjauan
terhadap klien untuk mendapatkan data atau maklumat yang
sahih bagi mengesahkan masalah yang wujud dalam sesi
bimbingan dan kaunseling. Bagi mencapai tujuan tersebut pula,
tiga cara mengumpul data yang telah digunakan iaitu: (i) temu
bual, (ii) pemerhatian dan (iii) analisis dokumen.

2.2.1 Temu Bual
Temu bual ialah kaedah terbaik untuk meneroka dan
mendapatkan maklumat daripada informan secara mendalam
(Lee, Zakri & Chua, 2018). Lazimnya, temu bual boleh
dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu temu bual berstruktur, tidak
berstruktur dan separa struktur (Chow & Jaizah, 2011).

Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk menggunakan
temu bual berstruktur bagi tujuan mendapatkan maklumat
mengenai tahap interaksi peserta kajian dengan orang lain dan
juga latar belakang peserta kajian. Maksud temu bual
berstruktur di sini ialah pengkaji telah menyediakan senarai
soalan secara tersusun sebelum temu bual dilaksanakan untuk
dijadikan sebagai satu panduan kepada pengkaji. Hasil
pengumpulan data awal tersebut, adalah ditunjukkan di Jadual
1 dan 2 berikut.

11

Jadual 1

Hasil Temu Bual Berstruktur dengan Guru Kelas Peserta Kajian
(Sebelum Intervensi)

Soalan Hasil Temu Bual

Peserta Kajian 1 Peserta Kajian 2
(P1) (P2)

Apakah pandangan Saya rasa P1 ini Saya rasa P2 ini ok
cikgu terhadap bersifat agak di dalam kelas.
peserta kajian dari pelik di dalam Kadang kala cikgu
segi interaksi kelas la. Cakap bertanya soalan,
mereka dengan dengan dia pun.. dia juga akan
cikgu? tak bagi respon jawab.
pula.

Bagaimanakah Hubungan P1 P2 cuma cakap

hubungan peserta dengan rakan dengan rakan yang

kajian dengan sekelas ni, tidak duduk

rakan-rakan di begitu baik. bersebelahan

dalam kelas? Sedikit sedikit sahaja. Tapi tak

pun, dia akan tahulah kalau

rasa marah. Jadi, mereka hubungan

rakan sekelas baik atau tidak.

pun takut untuk

bergaul dengan

dia.

12

Jadual 2

Hasil Temu Bual Berstruktur dengan Peserta Kajian (Sebelum
Intervensi)

Soalan Hasil Temu Bual

Peserta Kajian 1 Peserta Kajian 2
(P1) (P2)

Dengan (menggeleng Hmm.. saya

menggunakan skala kepala)… tak tahu, rasa saya ini…

1 hingga 5, cikgu. Skala 1 skala 3 la.
Tengok siapa
bagaimanakah kot… dulu… kawan

anda menilai

kemahiran rapat masih ok,

komunikasi anda? tapi dengan

Skala 1 ialah sangat orang lain, saya
teruk, manakala takut… sebab

skala 5 ialah sangat tak rapat dengan

baik. mereka.

Hasil daripada analisis temu bual dengan guru kelas dan juga
peserta kajian di atas, pengkaji mendapati bahawa peserta
kajian menghadapi isu dalam menguasai kemahiran
komunikasi lisan. Manakala, melalui hasil temu bual dengan
guru kelas peserta kajian pula menunjukkan bahawa hubungan
peserta kajian dengan rakan sebaya atau rakan sekelas adalah

13

tidak rapat. Hal ini adalah disebabkan oleh peserta kajian
bersifat pasif dalam menguruskan hubungan dengan rakan.

Ringkasnya, hasil temubual pengkaji dengan peserta kajian,
dan guru kelas peserta kajian telah menunjukkan bahawa
peserta kajian sememangnya mengalami isu dalam kemahiran
komunikasi lisan. Justeru, isu tersebut akan turut dibawa ke
dalam sesi kaunseling untuk membantu peserta kajian
mencapai matlamat sesi.

2.2.2 Pemerhatian
Menurut Akhiar dan Shamsina (2011), teknik pengkajian
pemerhatian merujuk pemerhatian yang dibuat ke atas aktiviti
populasi. Hal ini juga disokong oleh Lee, Zakri & Chua (2018)
yang menjelaskan pemerhatian merupakan proses meneliti
situasi atau kejadian secara kritikal.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menjalankan pemerhatian turut
serta. Pemerhatian turut serta membawa maksud pemerhatian
yang melibatkan pengkaji yang berperanan sebagai peserta
dan pemerhati. Untuk tujuan mengumpul data, pengkaji telah
memerhatikan tingkah laku peserta kajian dalam sesi
kaunseling yang pertama. Teknik pemerhatian ini
membolehkan pemerhati atau pengkaji seperti pengkaji untuk
memahami tingkah laku klien dengan lebih mendalam dan
pengkaji juga boleh membuat perbandingan atau semakan
terhadap interaksi dengan klien (Akhiar & Shamsina, 2011).

14

Jadual 3

Hasil Dapatan Senarai Semak Pemerhatian Peserta Kajian
(Sebelum Intervensi)

Tingkah Laku Peserta Peserta Kajian Peserta Kajian 2

Kajian 1 (P1) (P2)

Meluahkan perasaan √ √√√

diri sendiri terhadap

perkara yang

dibincangkan

Bercakap tentang √√ √

pengalaman diri

Menceritakan masalah - -
sendiri terlebih dahulu
tanpa ditanya soalan

Hasil pemerhatian tersebut telah mendapati bahawa peserta

kajian tidak berupaya menceritakan masalah sendiri terlebih

dahulu tanpa ditanya soalan. Hal ini terbukti apabila pengkaji

bersoal jawab tentang perasaan dan pengalaman mereka

menghadiri sesi kaunseling yang pertama dan peserta kajian

hanya menjawab dalam jawapan pendek.

Walaubagaimanapun, pemerhatian ini dicatat melalui senarai

15

semak pemerhatian untuk membantu pengkaji mengesan
kekerapan berlakunya tingkah laku yang dinyatakan tersebut.
2.2.3 Analisis Dokumen
Untuk pengumpulan data awal, analisis dokumen telah
dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang releven dengan
isu yang dikaji. Menurut Kamarul (2012), dokumen merupakan
satu sumber data yang kukuh kerana maklumat yang
diperlukan telah sedia ada dan sukar untuk ditipu.
Dalam kajian ini, dokumen yang akan dianalisis ialah nota
laporan sesi kaunseling yang dicatat oleh pengkaji selepas
setiap sesi kaunseling dijalankan. Tujuan menganalisis laporan
sesi kaunseling ini adalah untuk melihat sejauh mana situasi
peserta kajian dalam dunia sebenar, iaitu sesi kaunseling, bagi
aspek kemahiran komunikasi lisan. Berikut ialah nota laporan
sesi kaunseling pertama bersama dengan peserta kajian 1 (P1)
dan juga peserta kajian 2 (P2).

16

Rajah 1: Nota Laporan Sesi Bersama P1

Rajah 2: Nota Laporan Sesi Bersama P2
17

Berdasarkan nota laporan sesi di atas, kita boleh lihat bahawa
peserta kajian adalah mempunyai kemahiran komunikasi lisan
yang terhad. Pengkaji sebagai GBK haruslah membimbing
klien dengan bertanya soalan, barulah mereka akan jawab.
Sehubungan dengan itu, kita juga boleh mendapati bahawa
Peserta Kajian 1 (P1) lebih kepada berkongsi pengalaman diri
sendiri, manakala Peserta Kajian 2 (P2) lebih kepada berkongsi
emosi diri sendiri. Hal ini adalah selaras dengan senarai semak
pemerhatian di Jadual 3.

2.3 Tindakan
Model penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini ialah
model Kurt Lewin. Berdasarkan model Kurt Lewin, kajian
tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan
melibatkan empat peringkat atau langkah iaitu merancang
(plan), bertindak (act), memerhati (observe) dan mereflek
(reflect). Kurt Lewin melihatkan kajian tindakan sebagai suatu
kitaran yang mengandungi langkah-langkah perancangan,
tindakan dan peninjauan atau pencarian fakta mengenal kesan
atau keputusan sesuatu tindakan itu (Akhiar & Shamsina,
2011). Proses kajian tindakan tersebut dapat digambarkan
seperti berikut:

18

• Merancang • Melaksanakan
tindakan/interv tindakan/interve
ensi bagi nsi bagi
mengatasi isu mengatasi isu
yang yang menjadi
difokuskan fokus

Merancang Bertindak

Mereflek Memerhati

• Merefleksi diri • Mungumpul dan
bagi melihat menganalisis
kekuatan dan data bagi menilai
kelemahan keberkesanan
diri sendiri tindakan

Rajah 3: Model Kurt Lewin

2.3.1 Merancang

Berdasarkan langkah pertama Model Kurt Lewin, proses kajian
tindakan ini bertitik tolak daripada proses merancang. Menurut
Kementerian Pendidikan Malaysia (2008), dalam konteks
kajian tindakan, guru-guru yang hendak menjalankan kajian
tindakan seharusnya membuat perancangan yang
komprehensif agar tindakan yang diambil berkesan dalam
mengatasi permasalahan yang telah dikenalpasti. Dalam kajian
ini, pengkaji telah merancang tindakan intervensi bersama
dengan pensyarah pembimbing. Satu proposal kajian tindakan
juga dihasilkan bagi pensyarah pembimbing pengkaji semak

19

bagi tujuan memastikan rancangan tindakan pengkaji itu
adalah berkesan dan efektif.

Antara rancangan yang pengkaji rancangkan ialah pengkaji
akan menjalankan satu carta aliran (flowchart) bagi
mengintegrasikan teknik lukisan sebagai salah satu proses
penerokaan. Idea tersebut ialah idea yang pengkaji dapat
melalui tinjauan kajian-kajian lepas. Misalnya kajian Sh
Marzety Adibah & Zakaria (2014) yang menyatakan bahawa
terapi seni ekspresi merupakan satu cara atau saluran yang
selesa kepada kanak-kanak dan remaja untuk berkomunikasi
dengan orang dewasa berkaitan dengan isu dalaman diri.
Selain itu, Carl Jung (1963) pula menyatakan bahawa
gambaran kepada alam tidak sedar akan dipersembahkan
melalui mimpi dan fantasi, mitos dan agama. Oleh hal yang
demikian, pengkaji berminat tinggi dan juga berhasrat untuk
mengkaji sama ada teknik lukisan ini memang boleh membantu
anak murid atau klien pengkaji untuk meluahkan apa-apa yang
terdapat di alam tidak sedar mereka. Secara tidak langsung,
hal ini juga dapat menyelesaikan unfinished business dalam
jiwa klien dan juga mempercepat proses fasa penerokaan.

2.3.2. Bertindak

Berdasarkan perancangan tersebut, pengkaji pun mula
mengaplikasikan teknik lukisan dalam sesi kaunseling.
Sebanyak dua sesi telah dilaksanakan dalam tempoh masa
satu minggu bagi tujuan membantu peserta kajian
meningkatkan kemahiran lisan dalam sesi kaunseling.

20

Teori Terapi Seni Ekspresif Pemusatan Insan telah dijadikan
sebagai rujukan kepada pelaksanaan teknik lukisan ini. Teori
ini sesuai diaplikasikan kerana ia merupakan pegangan teori
utama yang dipegang oleh pengkaji. Berdasarkan teori
tersebut, terdapat beberapa panduan yang perlu diikuti oleh
kaunselor semasa menggunakan terapi seni dalam proses
kaunseling. Misalnya, menurut Natalie (1993), pendekatan ini
turut menekankan peranan terapis atau kaunselor sebagai
seorang yang jujur, terbuka, empati, kongruen, mengambil
berat menerusi keupayaan mendengar secara mendalam
masalah yang dihadapi oleh klien dan mampu memudahkan
pertumbuhan secara individu atau berkumpulan. Menurut Furth
(1988) pula, kaunselor tidak boleh melakukan interpretasi
terhadap hasil seni klien tetapi hanya memberikan tumpuan
kepada perasaan yang dijelmakan oleh klien menerusi hasil
seni tersebut. Jadi, secara ringkasnya, pengkaji akan
menggunakan teori Terapi Seni Ekspresif Pemusatan Insan
dalam sesi kaunseling kajian ini, berdasarkan panduan-
panduan tersebut.

2.3.3 Memerhati

Kemudian, dalam langkah memerhati ini, terdapat tiga jenis
kaedah iaitu pemerhatian, temu bual dan juga analisis
dokumen, telah pengkaji gunakan untuk mengumpul data
semasa pelaksanaan kajian. Data yang diperolehi perlu
dianalisis bagi membolehkan guru melakukan semula refleksi
berkaitan kekuatan dan kelemahan tindakan yang diambil,
keberkesanan tindakan tersebut serta tindakan susulan yang

21

perlu dilakukan (KPM, 2008). Sehubungan dengan itu,
penggunaan tiga kaedah pengumpulan data tersebut, boleh
dikatakan sebagai kaedah triangulasi data digunakan, adalah
bertujuan untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan
data kajian tindakan ini. Justeru, secara ringkasnya, dalam
langkah ini, pengkaji akan memerhati data yang dikumpul untuk
menjalankan langkah yang seterusnya, iaitu langkah mereflek.

2.3.4 Mereflek

Proses mereflek amat penting bagi mengenal pasti
perkembangan sesuatu masalah melalui pelaksanaan sesuatu
intervensi. (Rosinah Edinin, 2013). Dalam langkah ini, pengkaji
akan menganalisis data kajian berdasarkan data yang
dikumpulkan. Pengkaji juga akan membuat refleksi terhadap
kelemahan dan kelebihan teknik lukisan dalam membantu
peserta kajian meningkatkan kemahiran komunikasi verbal.
Dengan ini, barulah pengkaji dapat mengesan sama ada
penggunaan intervensi tersebut berupaya mencapai objektif
kajian atau tidak.

Secara keseluruhannya, Model Kurt Lewin ini merupakan
Model Kajian Tindakan yang merangkumi empat langkah, iaitu
langkah mereflek, merancang, bertindak dan juga memerhati.
Ringkasan kepada proses kajian tersebut pula dapat
digambarkan dalam Rajah 3. Keempat-empat langkah
pelaksanaan kajian tindakan itu boleh disifatkan sebagai
Gelungan Pertama (Cycle 1) dan sekiranya masalah tidak
dapat ditangani, maka pengkaji akan memulakan proses
semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah

22

dapat diselesaikan. Satu kritikan terhadap model ini ialah kajian
tindakan sentiasa berlanjutan dan tiada penghujung dalam
sesuatu proses yang hendak dilaksanakan (Lee, Zakri & Chua,
2018).

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian
Penyelidikan tindakan ini dilakukan dengan tujuan untuk
mencapai objektif yang berikut:

1. Meningkatkan kemahiran komunikasi lisan murid
melalui terapi seni

2. Membantu GBK melancarkan fasa penerokaan dalam
sesi kaunseling individu

3.2 Persoalan Kajian
Bagi memastikan sama ada objektif kajian saya akan terhasil
atau tidak, persoalan-persoalan kajian berikut perlu
diselesaikan semasa menjalankan kajian:

1. Adakah teknik lukisan dapat meningkatkan kemahiran
komunikasi lisan murid dengan berkesan?

2. Bagaimanakah teknik lukisan dapat membantu GBK
melancarkan fasa penerokaan sewaktu menjalankan
sesi kaunseling individu?

23

4.0 PESERTA KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan secara kualitatif di sebuah sekolah
yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Seramai dua orang
murid telah dipilih daripada kalangan klien sesi bimbingan dan
kaunseling individu, untuk dijadikan sebagai peserta kajian.

Jadual 4

Profil Biodata Peserta Kajian

Peserta Jantina Latar Belakang Ciri-ciri Lain
P1
dan Umur • Pencapaian
P2 akademik
Lelaki • Berbangsa sederhana

7 Tahun Cina • Pernah
bergaduh secara
• Bapa bekerja fizikal dengan
murid lain di
sebagai sekolah

jurutera • Bersifat agak
pelik, kurang
manakala ibu bercakap, tetapi
menunjukkan
seorang suri minat dengan
sesi bimbingan
rumah dan kaunseling

• Anak kedua • Pencapaian
akademik baik
daripada
• Suka melukis
empat adik- sewaktu masa
lapangan
beradik
• Tidak berminat
Lelaki • Berbangsa dengan sesi
bimbingan dan
9 Tahun Cina kaunseling

• Bapa bekerja

sebagai

peniaga

manakala ibu

seorang suri

rumah

• Ibu bapa telah

berpisah

sejak umur 3

24

tahun, klien • Mempunyai

tinggal pemikiran yang

bersama bapa matang

• Anak kedua

daripada tiga

orang

Jadual 4 telah menunjukkan profil biodata peserta kajian yang
dikenali sebagai peserta 1 (P1) dan peserta 2 (P2). Kedua-dua
peserta kajian tersebut menghadapi kekangan dalam
mengekspresikan pemikiran dan emosi mereka dalam bentuk
perkataan. Dalam erti kata lain, peserta kajian tersebut tidak
dapat meluahkan isi hati mereka secara verbal dalam sesi
bimbingan dan kaunseling tanpa bantuan GBK. Justeru,
mereka telah dipilih sebagai peserta kajian untuk membantu
meningkatkan kemahiran komunikasi lisan mereka.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Langkah-langkah Tindakan

Pengkaji telah menjalankan dua sesi kaunseling individu
terhadap setiap peserta kajian. Tempoh pelaksanaan sesi
kaunseling individu ini adalah selama 30 hingga 45 minit.
Kedua-dua sesi tersebut dijalankan untuk membantu peserta
kajian meningkatkan kemahiran komunikasi lisan melalui teknik
lukisan. Rumusan prosedur langkah-langkah tindakan
intervensi adalah dipersembahkan dalam rajah berikut.

25

Membina Teknik Perbincangan Mengenal
Hubungan Lukisan Lukisan Pasti Masalah

Rajah 4: Prosedur Langkah-langkah Tindakan Intervensi

5.1.1 Langkah Membina Hubungan

Langkah pertama ialah fasa membina hubungan dan
penstrukturan. Fasa ini adalah sangat penting untuk
mewujudkan hubungan yang terapeutik antara klien dan
kaunselor. Hal ini kerana, menurut Sapora & Hapsah (2013),
kejayaan dan kegagalan sesi kaunseling banyak ditentukan
melalui perhubungan antara klien dan juga kaunselor. Jadi, apa
yang pengkaji akan lakukan dalam langkah ini ialah pengkaji
akan memfokuskan kepada meneroka latar belakang klien dari
aspek keluarga, akademik, dan lain-lain maklumat lagi.

Selain daripada itu, pengkaji juga akan mengamalkan teknik
atau akronim yang diuar-uarkan oleh Egan (2007), iaitu teknik
SOLER bagi menjamin fasa membina hubungan ini dapat
dijalankan dengan lebih berkesan. Teknik SOLER di sini
membawa maksud duduk menghadap klien (sit), posisi badan
yang terbuka (open gesture), badan codong sedikit ke hadapan
(lean forward), pandang ke arah mata klien (eye contact) dan
tenang (relax). Sasaran tempoh menjalankan langkah pertama
ini adalah lebih kurang dua puluh minit.

26

5.1.2 Langkah Teknik Lukisan

Langkah kedua ialah teknik lukisan, di mana peserta kajian
akan diminta untuk menghasilkan lukisan mereka yang
bertajuk “Saya”. Di dalam lukisan tersebut, peserta kajian
diminta untuk mengimaginasikan apa-apa yang boleh mewakili
diri sendiri dan seterusnya melukis imaginasi mereka itu. Apa-
apa yang boleh mewakili diri sendiri itu tidak terbatas kepada
melukis orang sahaja, tetapi haiwan dan juga benda tidak
bernyawa seperti kerusi, meja dan lain-lain yang relevan pun
boleh, asalkan peserta kajian berpendapat apa yang dilukis itu
boleh mewakili diri sendiri. Sepanjang peserta kajian melukis
lukisan tersebut, pengkaji akan memerhati tingkah laku peserta
kajian, di samping memainkan lagu soft music bagi
menenangkan emosi klien. Terapi muzik adalah berkesan
untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih
tenang (Kong, 2014). Contoh lagu soft music yang dimainkan
semasa sesi kaunseling pula ialah lagu piano yang dimainkan
oleh Kevin Kern. Sasaran tempoh melaksanakan langkah ini
adalah selama sepuluh sehingga lima belas minit.

5.1.3 Langkah Perbincangan Lukisan

Seterusnya, ialah langkah perbincangan lukisan. Dalam
langkah ini, pengkaji akan meneroka perasaan dan fikiran
peserta kajian melalui lukisan yang dihasilkan. Hal ini kerana
menurut Furth (1988), kaunselor tidak boleh melakukan
interpretasi terhadap hasil seni klien tetapi hanya boleh
memberikan tumpuan kepada perasaan yang dijelmakan oleh
klien menerusi hasil seni tersebut. Maksudnya ialah pengkaji

27

sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) haruslah
menggunakan hasil lukisan peserta kajian sebagai alat untuk
meneroka klien dan bukan hanya menginterpresti hasil lukisan
dari perspesi GBK semata-matanya sahaja. Melalui proses
penerokaan ini pula, kita juga boleh menggalakkan klien
meluahkan perasaan dan fikiran mereka, secara tidak
langsung. Jadi, kemahiran kaunseling yang akan digunakan di
sini ialah kemahiran menyoal dan juga kemahiran mendengar
secara aktif. Contoh soalan yang bertujuan untuk meneroka
peserta kajian pula ialah 1) apakah anda telah lukis? dan 2)
apakah yang anda ingin sampaikan melalui lukisan ini?
Sasaran tempoh pelaksanaan langkah ini adalah selama lima
belas sehingga dua puluh minit.

Sehubungan dengan itu, berdasarkan Rajah 4, kita boleh
mengetahui bahawa pelaksanaan langkah kedua dan langkah
ketiga adalah merupakan satu proses yang boleh diulang
semula dan dianggap sebagai sebuah kitaran. Hal ini
bermaksud sekiranya lukisan yang dihasilkan memerlukan
penambahan maklumat selepas kemahiran menyoal
dilaksanakan, maka langkah kedua akan diulang semula.
Tambahan pula, sekiranya langkah perbincangan lukisan ini
tidak boleh dihabiskan pada sesi pertama, ia juga akan dibawa
ke sesi yang seterusnya, iaitu sesi kedua, untuk meneruskan
perbincangan.

5.1.4 Langkah Mengenal Pasti Masalah

Akhirnya, langkah yang keempat ialah langkah mengenal pasti
masalah. Dalam langkah ini, pengkaji akan mengenal pasti isu

28

utama yang ingin diselesaikan bersama-sama dan juga
membimbing peserta kajian untuk membentuk matlamat
kaunseling yang baru. Pembentukan matlamat kaunseling
merupakan perkara yang perlu diberi perhatian selepas
kaunselor dan klien mengenal pasti punca masalah (Mizan &
Halimatun, 2006).

5.2 Kaedah Mengumpul Data

Menurut Kartini Abdul Mutalib, Ahamad Shabudin Yahaya,
Rosli Sahat dan Badrul Hisham Alang (2012), penyelidikan
tindakan adalah untuk memahami apakah yang berlaku
terhadap peserta kajian berasaskan kepada data yang telah
diperoleh oleh penyelidik. Kaedah mengumpul data yang sama
seperti pengumpulan data awal iaitu temu bual berstruktur,
pemerhatian turut serta, dan analisis dokumen telah digunakan
bagi mendapat hasil dapatan selepas pelaksanaan proses
teknik lukisan dalam kajian tindakan ini.

5.2.1 Temu Bual Berstruktur

Chow & Jaizah (2011) mendefinisikan temu bual sebagai suatu
teknik yang amat berkesan untuk meninjau persepsi seseorang,
termasuk pemikiran, sikap, nilai dan pendapatnya manakala
Lim (2007) melihat temu bual sebagai kaedah memungut data
yang berusaha bagi memahami pengalaman orang lain dan
makna yang mereka berikan kepada pengalaman tersebut.
Melalui temu bual, pengkaji dapat memahami mengapa
seseorang yang diperhati menunjukkan perlakuan tertentu
(Chow & Jaizah, 2011).

29

Sesi temu bual terhadap peserta kajian telah dijalankan
semasa dan selepas pelaksanaan kajian. Hasil temu bual yang
didapatkan dapat membantu pengkaji untuk mengetahui
perkembangan yang berlaku pada setiap peserta kajian dari
segi penguasaan kemahiran komunikasi lisan. Pengkaji juga
merakamkan audio dan membuat nota catatan sepanjang sesi
temu bual berlangsung bagi tujuan memastikan tidak tercicir
sebarang maklumat penting. Hasil dapatan temu bual pula
telah dicatatkan dalam bentuk transkrip untuk melancarkan
proses menganalisis data nanti.

5.2.2 Pemerhatian Turut Serta

Pemerhatian boleh menyediakan pengetahuan tentang
sesuatu perlakuan yang spesifik yang boleh digunakan sebagai
rujukan (Othman Lebar, 2011). Chow & Jaizah (2011) pula
menjelaskan melalui kaedah pemerhatian yang terancang dan
sistematik, pelbagai data yang berguna dapat diperoleh untuk
membantu pengkaji memahami tindakan yang dilaksanakan.

Dengan itu, pengkaji telah melaksanakan pemerhatian turut
serta dengan melibatkan pengkaji yang berperanan sebagai
peserta dan pemerhati. Senarai semak pemerhatian yang
digunakan adalah sama seperti di proses pengumpulan data
awal untuk memerhati tingkah laku peserta kajian selepas
menjalankan intervensi teknik lukisan ini (rujuk Jadual 3).
Menurut Rosinah Edinin (2013), senarai semak pemerhatian
telah digunakan untuk menyemak apa yang diperhatikan oleh
pengkaji terhadap peserta kajian. Perbezaan hasil dapatan
pemerhatian bagi sebelum dan selepas pelaksanaaan

30

intervensi teknik lukisan adalah dibuat perbandingan bagi
membuktikan tahap kemahiran komunikasi lisan pada peserta
kajian ada berkembang atau tidak. Item-item seperti 1)
meluahkan perasaan diri sendiri terhadap perkara yang
dibincangkan, 2) bercakap tentang pengalaman diri, dan 3)
menceritakan masalah sendiri terlebih dahulu tanpa ditanya
soalan, telah diperhatikan sepanjang sesi kaunseling
dijalankan. Pengkaji pula membuat tanda pada tingkah laku
yang ditunjukkan oleh peserta kajian dalam borang senarai
semak pemerhatian tersebut. Hal ini adalah bertujuan untuk
pengkaji mengetahui beberapa kali wujud, atau lebih dikenali
sebagai kekerapan berlakunya sesuatu tingkah laku dalam sesi
kaunseling.

5.2.3 Analisis Dokumen

Menurut Akhiar & Shamsina (2011), selain temu bual dan
pemerhatian, pengkaji boleh mendapatkan maklumat dan data
daripada bahan-bahan yang telah didokumentasikan dan sedia
ada. Analisis dokumen merujuk kepada data yang memberi
gambaran dan kefahaman mendalam tentang sesuatu
peristiwa atau kejadian (Institut Pendidikan Guru Malaysia,
2018).

Menurut Othman (2011) pula, dokumen yang dijana oleh
pengkaji bermaksud dokumen yang disediakan oleh pengkaji
untuk tujuan mempelajari atau memahami lebih lanjut lagi
tentang situasi, individu atau perkara/peristiwa yang dikaji.
Oleh hal yang demikian, pengkaji memilih untuk mengkaji
dokumen sendiri, iaitu laporan nota kes sesi kaunseling individu

31

yang telah diisi oleh pengkaji selepas setiap sesi. Selain itu,
pengkaji juga akan menganalisis hasil lukisan peserta kajian
dalam pelaksanaan intervensi teknik lukisan untuk melihat
keberkesanan intervensi tersebut.

5.3 Cara Menganalisis data

Proses analisis data adalah penting dalam proses kajian
tindakan kerana ia melibatkan satu prosedur yag sistematik
dan berterusan bagi menyediakan asas untuk memberi makna
kepada data tersebut (Othman, 2011). Sehubungan dengan itu,
tujuan menganalisis data ini adalah untuk melihat
keberkesanan pelaksanaan intervensi teknik lukisan dalam
meningkatkan kemahiran komunikasi lisan peserta kajian.
Analisis data kajian ini pula akan dipersembahkan dalam
bentuk jadual.

Jadual 5

Cara Menganalisis Data

Instrumen Cara Menganalisis Data

Temu Bual Temu bual berstruktur telah
(Transkrip) dijalankan terhadap peserta kajian
selepas intervensi
Dialog sesi temu bual telah
dicatatkan dalam bentuk transkrip

32

Pemerhatian Rakaman audio juga digunakan
bagi membantu proses
(Senarai Semak menghasilkan transkrip temu bual
Pemerhatian) Data-data boleh diperoleh
daripada rakaman audio dengan
mendengar semula untuk mencari
data penting (Chow dan Jaizah,
2011)
Analisis transkrip dilakukan adalah
berdasarkan tema seperti berikut:

1. Penggunaan perkataan “saya”
(A1)

2. Berkongsi pengalaman diri
sendiri (A2)

3. Berupaya menggunakan kosa
kata berkaitan

dengan perasaan (A3)

Hasil pemerhatian terhadap ciri-
ciri tingkah laku peserta kajian
telah direkodkan dalam borang
senarai semak pemerhatian yang
pengkaji sediakan sebelum ini
Permerhatian dibuat sepanjang
sesi kauseling dijalankan
Pengkaji menganalisis data yang
dikumpulkan dengan melihat

33

Analisis kekerapan berlakunya sesuatu
Dokumen tingkah laku peserta kajian dalam
sesi kaunseling
(Laporan Nota Perbandingan jumlah kekerapan
Kes Sesi sebelum dan selepas pelaksanaan
Kaunseling intervensi akan ditunjukkan dalam
Individu dan bentuk rajah
Hasil Lukisan
Murid) Laporan nota kes sesi kaunseling
individu yang diisi oleh pengkaji
adalah dianalisis lebih ditumpukan
kepada isi kandungannya (context
analysis)
Menurut Rosinah Edinin (2013),
data dalam bentuk dokumen boleh
dianalisis dalam bentuk naratif.
Maka hasil lukisan murid akan
dianalisis dalam bentuk naratif.

5.4 Cara Menyemak Data
Data yang dikumpulkan perlu disemak untuk menentukan
kesahan dan kebolehpercayaannya. Seperti yang dikatakan
oleh Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2011),
triangulasi adalah cara untuk memastikan kesahan dapatan
kajian penggunaan kaedah dan pendekatan mengumpulkan
maklumat ataupun data yang ada. Menurut Creswell (2005)

34

pula, pengumpulan data daripada pelbagai sumber merupakan
salah satu proses triangulasi untuk mempertingkatkan
kebolehpercayaan dan kesahan data kajian kualitatif.

5.4.1 Triangulasi Kaedah
Menurut Lee, Zakri & Chua (2018), triangulasi kaedah
membawa maksud proses pengumpulan jenis data yang
berlainan daripada peserta kajian yang sama. Dalam erti kata
yang lain, proses ini menghasilkan beberapa jenis data tentang
peserta kajian yang sama.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan triangulasi
kaedah untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan
kajian. Terdapat tiga kaedah pengumpulan data yang pengkaji
telah gunakan dalam kajian, iaitu kaedah temu bual, kaedah
pemerhatian dan juga kaedah analisis dokumen. Penggunaan
ketiga-tiga kaedah ini akan saling melengkapi antara satu
dengan yang lain. Menurut Fatimah & Lim dalam Kartini et al
(2012) pula, maklumat yang didapati dari satu sumber boleh
disahkan dengan merujuk kepada perkara yang sama dari
sumber yang lain. Jadi, boleh dirumuskan bahawa kesahan
dan kebolehpercayaan data kajian tindakan ini adalah terjamin
melalui triangulasi kaedah ini.

35

Pemerhatian

Kaedah
Triangulasi

Analisis Temu Bual
Dokumen

Rajah 5: Triangulasi Kaedah

6.0 DAPATAN KAJIAN

Sepanjang menjalankan kajian tindakan ini, pengkaji telah
memperoleh dapatan daripada tiga kaedah, iaitu kaedah temu
bual, kaedah pemerhatian dan juga kaedah analisis dokumen.
Berikut ialah dapatan kajian yang pengkaji memperoleh, bagi
menjawab kedua-dua persoalan kajian yang telah ditetapkan
pada awal kajian.

6.1 Data Temu Bual

Dalam kajian ini, temu bual berstruktur telah dijalankan kepada
kedua-dua peserta kajian, iaitu peserta kajian 1 (P1) dan
peserta kajian (P2) semasa langkah perbincangan hasil lukisan
murid. Transkrip temu bual telah dianalisis berdasarkan tiga
aspek, iaitu penggunaan perkataan “saya”, berkongsi
pengalaman diri sendiri, dan berupaya menggunakan kosa
kata berkaitan dengan perasaan. Kemudian, berdasarkan tiga

36

aspek tersebut, pengkaji pula membentuk kod tema yang
berkenaan dan menghasilkan jadual berikut.

Menurut Burn (1995), pengekodan memudahkan seseorang
penyelidik memahami maklumat yang diperolehi dan menjadi
panduan kepadanya untuk menentukan apakah yang harus
difokuskan kepada maklumat seterusnya. Hal ini juga turut
disokong oleh Noormala (tanpa tahun) yang menyatakan
bahawa pendekatan analisis kandungan seperi mana yang
dicadangkan oleh Miles dan Huberman sering digunakan untuk
menganalisis data temu bual. Dalam hal ini, analisis kandungan
memerlukan sistem pengekodan yang berkaitan dengan
matlamat sesuatu penyelidikan.

Jadual 6

Hasil analisis temu bual dengan peserta kajian (semasa
intervensi)

Kod Tema P1 P2

A1 Penggunaan … saya suka Saya telah
perkataaan
“saya” menonton melukis satu

kartoon cartoon robot, cikgu…

cat

A2 Berkongsi Minggu depan Saya ingin
pengalaman ialah hari jadi menjadi
sendiri saya. Emak saya seorang askar..

37

ingin

menghadiahi

saya cartoon
cat…

A3 Berupaya Saya berasa

menggunakan kesunyian di

kosa kata rumah. Sebab

berkaitan bapa saya

dengan sering lewat

perasaan pulang ke
rumah…

Jadual tersebut telah menunjukkan hasil analisis temu bual
dengan peserta kajian, semasa sesi kaunseling dijalankan.
Melalui analisis temu bual, pengkaji boleh mendapati
perkembangan kemahiran komunikasi lisan di atas kedua-dua
peserta kajian. Sebagai contoh, peserta kajian 1 telah menepati
tema A1 dan A2; manakala peserta kajian 2 telah menepati
kesemua tema, iaitu tema A1, A2 dan juga A3. Hal ini telah
menunjukkan bahawa intervensi teknik lukisan ini mampu dan
berupaya meningkatkan kemahiran komunikasi lisan peserta
kajian.

Dalam menjelaskan dapatan kajian ini, kajian Ida Puteri
Mahsan (2021) telah menyatakan bahawa aktiviti menggambar,
melakar, mewarna dan membuat binaan yang terdapat dalam

38

kurikulum Pendidikan Seni Visual (PSV) dapat mewujudkan
luahan emosi dan ekspresi diri yang dapat membantu proses
komunikasi murid bergantung kepada peranan guru. Jadi, hal
ini telah membuktikan bahawa teknik lukisan ini mampu
dijadikan sebagai medium ekspresi dan komunikasi bukan
sahaja dalam sesi kaunseling, tetapi juga di dalam bilik darjah.

Selain itu, pengkaji juga telah menjalankan temu bual dengan
peserta kajian selepas pelaksanaan sesi kaunseling, untuk
menentukan keberkesanan teknik lukisan terhadap peserta
kajian, dari sudut pandangan peserta kajian. Jadual berikut
(Jadual 7) akan menunjukkan hasil analisis temu bual dengan
peserta kajian selepas sesi kaunseling.

Jadual 7

Hasil analisis temu bual dengan peserta kajian (selepas
intervensi)

Soalan Hasil Temu Bual

Peserta Kajian 1 Peserta Kajian 2
(P1) (P2)

Dengan Skala 3, cikgu.. Saya berpendapat
saya akan menilai
menggunakan skala

1 hingga 5,

bagaimanakah anda

39

menilai kemahiran diri sendiri sebagai
komunikasi anda? skala 4, cikgu.
Skala 1 ialah sangat
teruk, manakala
skala 5 ialah sangat
baik.

Jadual tersebut telah menunjukkan bahawa keberkesanan
intervensi teknik lukisan dari sudut pandangan peserta kajian.
P1 telah mengatakan dia telah mencapai skala 3, manakala P2
telah mengatakan dia mencapai skala 4.

Dalam hasil temu bual tersebut, pengkaji telah
mengaplikasikan penggunaan Pengukuran Skala Likert Lima
Mata sebagai alat penilian bagi pihak peserta kajian. Hal ini
kerana menurut McMillan & Schumacher (2006), pentaksiran
pandangan dan kepercayaan adalah agak tepat dengan
menggunakan Skala Likert 5 mata. Sehubungan dengan itu,
penggunaan Skala Likert tersebut juga adalah selaras dengan
pendapat Mohamad Najib. Menurut Mohamad Najib (1999),
dengan menggunakan skala pemeringkatan likert, penyelidik
akan memberikan sesuatu pernyataan dan memberi peluang
kepada responden menandakan tahap berdasarkan amalan
yang dilakukan oleh responden.

Secara ringkasnya, hasil dapatan temu bual di antara pengkaji
dan peserta kajian ini telah menjawab persoalan kajian yang

40

pertama, iaitu “Adakah terapi seni dapat meningkatkan
kemahiran komunikasi lisan murid dengan berkesan?”.

6.2 Data Pemerhatian

Pengkaji telah melaksanakan pemerhatian sebelum dan
selepas intervensi diaplikasikan dalam kajian ini. Menurut Lee,
Zakri & Chua (2018), salah satu cara menganalisis data
pemerhatian berstruktur adalah dengan mengira kekerapan
dan peratusan. Jadi, dalam kaedah pemerhatian ini, pengkaji
telah mengira kekerapan kedua-dua peserta kajian
mengamalkan sesuatu tingkah laku, iaitu seperti tingkah laku
meluahkan perasaan diri sendiri terhadap perkara yang
dibincangkan, bercakap tentang pengalaman diri, dan
menceritakan masalah sendiri terlebih dahulu tanpa ditanya
soalan, telah dititikberatkan.

Hasil Analisis Pemerhatian Peserta Kajian
Sebelum dan Selepas Intervensi bagi Aspek 1

8 Peserta Kajian 2
6
4
2
0

Peserta Kajian 1

Sebelum Intervensi Selepas Intervensi

Rajah 6: Hasil Analisis Pemerhatian Peserta Kajian Sebelum
dan Selepas Intervensi

41


Click to View FlipBook Version