The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zu160870, 2022-09-25 04:45:15

KAJIAN KES DALAM KAUNSELING

KAJIAN KES DALAM KAUNSELING

Berdasarkan Rajah 6, kita boleh memperlihat peningkatan
kekerapan tingkah laku peserta kajian dalam aspek pertama,
iaitu aspek meluahkan perasaan diri sendiri terhadap perkara
yang dibincangkan. Bagi aspek pertama, peserta kajian 1 (P1)
telah meningkatkan kekerapan meluahkan perasaan diri
sendiri daripada 1 kali kepada 5 kali; manakala bagi peserta
kajian (P2) pula, dia juga mengalami peningkatan daripada 3
kali kepada 6 kali, setelah melibatkan diri dalam intervensi
teknik lukisan.

Pengkaji telah mengambil kira aspek pemerhatian ini dari
aspek meluahkan perasaan diri adalah kerana menurut
Rafidah & Noriah (2013), ibu bapa boleh menggunakan terapi
seni untuk membantu anak-anak meluahkan dan
mengekspresikan masalah sehingga masalah yang
dihadapinya selesai. Dalam konteks kajian ini, pengkaji
sebagai GBK telah menggunakan teknik lukisan yang
berasaskan terapi seni untuk membantu peserta kajian
meluahkan emosi di atas lukisan dan seterusnya membimbing
mereka untuk mengekspresikan secara verbal. Jadi, dari hasil
dapatan pemerhatian tersebut, kita boleh mendapati bahawa
teknik lukisan itu telah memberikan impak yang positif kepada
peserta kajian.

42

Hasil Analisis Pemerhatian Peserta Kajian
Sebelum dan Selepas Intervensi bagi Aspek 2

6

4

2

0 Selepas Intervensi
Sebelum Intervensi

Peserta Kajian 1 Peserta Kajian 2

Rajah 7: Hasil Analisis Pemerhatian Peserta Kajian Sebelum
dan Selepas Intervensi

Berdasarkan Rajah 7, kedua-dua peserta kajian telah
menunjukkan peningkatan kekerapan dalam aspek kedua, iaitu
aspek bercakap tentang pengalaman diri. Sebagai contoh,
peserta kajian 1 telah meningkatkan daripada 2 kali kepada 4
kali, manakala bagi peserta kajian 2 pula, dia telah
meningkatkan daripada 1 kali kepada 5 kali. Keadaan ini telah
menunjukkan bahawa pengaplikasian intervensi teknik lukisan
telah berjaya membantu peserta kajian lebih yakin berkongsi
pengalaman diri.

Sehubungan dengan itu, aspek pemerhatian bercakap tentang
pengalaman diri ini sebenarnya adalah untuk menguji
kemahiran pendedahan kendiri peserta kajian. Menurut Akram
dalam Zuraida, Fadilah & Shuib (2019), pendedahan kendiri
merupakan satu elemen yang penting dalam komunikasi serta
pembentukan individu di antara individu. Tujuan sebenar

43

pendedahan kendiri ialah untuk memahami dan mengetahui
diri sendiri secara lebih mendalam melalui perhubungan
dengan orang lain (Del Polito, 1977 dalam Khoo Bee Lee,
2014). Oleh hal yang demikian, pengkaji telah mengambil kira
aspek ini sebagai salah satu aspek dalam data pemerhatian.

Hasil Analisis Pemerhatian Peserta Kajian
Sebelum dan Selepas Intervensi bagi Aspek 3

2.5 Selepas Intervensi
2

1.5
1

0.5
0
Sebelum Intervensi

Peserta Kajian 1 Peserta Kajian 2

Rajah 8: Hasil Analisis Pemerhatian Peserta Kajian Sebelum
dan Selepas Intervensi

Rajah 8 menunjukkan hasil analisis pemerhatian pengkaji
terhadap peserta kajian sebelum dan selepas intervensi
terhadap aspek ketiga, iaitu menceritakan masalah sendiri
terlebih dahulu tanpa ditanya soalan. Berdasarkan rajah
tersebut, kita boleh memperlihat bahawa peningkatan
kekerapan peserta kajian 1 (P1) daripada 0 kali kepada 1 kali,
manakala peserta kajian 2 (P2) daripada 0 kali kepada 2 kali.

Sehubungan dengan itu, aspek pemerhatian tersebut adalah
untuk menguji inisiatif peserta kajian untuk berkongsi masalah
sendiri sebelum ditanya oleh pengkaji. Aspek ini adalah selaras

44

dengan dapatan kajian Chai Hooi Inn dalam Zuraida, Fadilah &
Shuib (2019) yang mencatatkan bahawa murid akan
menceritakan masalah sendiri terlebih dahulu tanpa ditanya
soalan selepas intervensi Kaedah Sand About You (SAY) yang
berasaskan terapi pasir.
Secara keseluruhannya, hasil analisis pemerhatian telah
menunjukkan bahawa teknik lukisan ini memberi impak yang
positf kepada peserta kajian. Hasil dapatan ini juga telah
menjawab persoalan kajian yang pertama, iaitu “Adakah terapi
seni dapat meningkatkan kemahiran komunikasi lisan murid
dengan berkesan?”.
6.3 Data Analisis Dokumen (Hasil Lukisan Murid)
Berdasarkan dapatan kajian instrumen analisis lukisan yang
diperolehi, pengkaji mendapati bahawa dapatan tersebut telah
membuktikan keberkesanan pelaksanaan intervensi teknik
lukisan dalam usaha meningkatkan kemahiran komunikasi
lisan klien. Kedua-dua peserta kajian telah pun menceritakan
hasil lukisan mereka dengan lancar.

45

Peserta Kajian 1 (P1)

Rajah 9: Hasil Lukisan Peserta Kajian 1
Berdasarkan hasil lukisan tersebut, kita boleh mendapati
bahawa peserta kajian telah melukis seekor kucing yang
berwarna hitam. Selain daripada berwarna hitam, kita juga
boleh mendapati bahawa kucing tersebut mempunyai mulut
yang merah dan gigi yang jelas dilukis oleh peserta kajian.
Tambahan pula, tangan dan kaki kucing tersebut adalah
panjang serta mempunyai kuku yang tajam.
Berdasarkan perbincangan pengkaji bersama peserta kajian,
peserta kajian menerangkan bahawa sebenarnya dia sedang
melukis seekor “cartoon cat”. Cartoon cat ini boleh makan
orang dan ia juga sering menyembunyikan diri di dalam
sekeliling anda. Sebagai contoh, cartoon cat itu akan
menyembunyikan diri di tandas, di bilik darjah ataupun mungkin
di belakang anda sekarang. Menurut peserta kajian juga, di

46

dunia ini, bukan sahaja mempunyai cartoon cat, tetapi juga
mempunyai cartoon dog, cartoon ikan dan sebagainya.
Semasa sesi kaunseling dijalankan, peserta kajian juga ada
memberitahu pengkaji bahawa sebenarnya cartoon cat ini ialah
hadiah yang akan dia terima pada hari jadinya pada minggu
depan. Peserta kajian amat menyukai character cartoon cat ini,
jadi dia meminta ibunya untuk membeli ia sebagai hadiah.
Sehubungan dengan itu, melalui penerokaan pengkaji,
pengkaji juga mendapati bahawa rupa-rupanya cartoon cat ini
merupakan watak yang terdapat di dalam kartoon kegemaran
peserta kajian. Jadi, ini telah menjelaskan bahawa kenapa
peserta kajian suka bergaduh secara fizikal dengan murid lain
di sekolah. Hal ini adalah disebabkan oleh peserta kajian telah
memerhati dan meniru tingkah laku cartoon cat tersebut.
Menurut Albert Bandura (1977), kanak-kanak akan mencontohi
tingkah laku agresif selepas menonton filem yang berunsurkan
aksi agresif. Jadi, di sini, pengkaji boleh mengenal pasti punca
masalah utama P1 ini, ialah P1 mencontohi tingkah laku agresif
daripada filem kartun yang ditonton olehnya di televisyen.

47

Peserta Kajian 2 (P2)

Rajah 10: Hasil Lukisan Peserta Kajian 2
Berdasarkan hasil lukisan tersebut, kita boleh mendapati
bahawa peserta kajian telah melukis seorang manusia yang
berwarna coklat dan manusia tersebut adalah tinggi daripada
pokok-pokok yang berada di kedua-dua sisinya. Selain itu, kita
juga boleh mendapati bahawa peserta kajian ada melukis
empat awan di langit.
Berdasarkan perbincangan pengkaji dengan peserta kajian,
peserta kajian mengatakan bahawa sebenarnya dia adalah
melukis suatu robot yang tingginya adalah lebih tinggi daripada
pokok. Apabila pengkaji meneroka kenapa peserta kajian
melukis robot untuk mewakili diri sendiri pula, peserta kajian
meluahkan bahawa sebenarnya dia ingin cepat bertumbuh
besar supaya dapat menggantikan tanggungjawab bapanya
yang bekerja tungkus lumus dari siang sampai malam setiap
hari. Menurut peserta kajian juga, dia jarang nampak bapanya
walaupun tinggal bersama. Sehubungan dengan itu, peserta

48

kajian juga meluahkan bahawa impian pekerjaannya adalah
untuk menjadi seorang askar yang mempertahankan negara.

Sewaktu sesi kaunseling dijalankan, pengkaji telah memberi
peneguhan positif, seperti galakan kepada peserta kajian untuk
berusaha mencapai impian pekerjaannya. Selain itu, pengkaji
juga telah mengenalpasti satu masalah sebenar peserta kajian,
iaitu perpisahan ibu bapa peserta kajian telah mengakibatkan
peserta kajian kurang bercakap di sekolah. Walau
bagaimanapun, melalui intervensi teknik lukisan ini, pengkaji
boleh nampak perkembangan peserta kajian yang berubah
kepada sudi berkongsi pengalaman sendiri.

Secara keseluruhannya, intervensi teknik lukisan ini telah
berjaya meningkatkan kemahiran komunikasi lisan murid.
Secara tidak langsung, intervensi tersebut juga melancarkan
fasa penerokaan bagi pihak GBK. Oleh itu, boleh dikatakan
bahawa dapatan ini telah menjawab persoalan kajian yang
kedua, iaitu “Bagaimanakah terapi seni dapat membantu GBK
melancarkan fasa penerokaan sewaktu menjalankan sesi
kaunseling individu?”.

6.4 Data Analisis Dokumen
(Laporan Nota Kes Sesi Kaunseling Individu)

Selain daripada menganalisis dokumen hasil lukisan murid,
pengkaji juga telah menganalisis dokumen laporan nota kes

49

sesi kaunseling individu untuk menyokong hasil dapatan
lukisan murid.
Daripada Rajah 11 dan Rajah 12 berikut, kita boleh
memperlihat proses pelaksanaan kajian yang dijalankan dalam
situasi sebenar, iaitu daripada langkah membina hubungan
sampailah langkah mengenal pasti masalah. Sehubungan
dengan itu, hasil dapatan ini juga dapat dijadikan bukti jawapan
bagi persoalan kajian kedua yang ditetapkan pada awal kajian.
Nota Kes Peserta Kajian 1

Rajah 11: Nota Kes Sesi Kaunseling Individu (P1)

Berdasarkan Rajah 11 di atas, kita boleh memperlihat bahawa
dalam sesi kaunseling bersama Peserta Kajian 1 (P1), P1 telah
menceritakan kisah “cartoon cat” yang dilukis pada sesi
kaunseling yang lepas dan juga menyatakan bahawa

50

sebenarnya “cartoon cat” yang dilukis itu adalah imej yang P1
tengok dalam tayangan televisyen.
Seterusnya, berdasarkan Rajah 12 di bawah pula, kita boleh
mendapati bahawa Peserta Kajian 2 (P2) telah menyatakan
bahawa hasil lukisan P2 itu adalah satu robot yang sudah
dewasa. Hal ini adalah disebabkan oleh P2 ingin cepat dewasa
dan membantu ayah yang bertungkus lumus bekerja. Selain itu,
P2 juga telah meluahkan bahawa impian pekerjaan dia ialah
menjadi seorang askar atau polis. Butiran-butiran tersebut
telah turut menyokong hasil dapatan analisis dokumen yang
menerangkan tentang hasil lukisan murid.

51

Nota Kes Peserta Kajian 2

Rajah 12: Nota Kes Sesi Kaunseling Individu (P2)

6.5 Perbincangan Dapatan Kajian
Dapatan kajian tersebut dapat dibuktikan dengan lebih jelas melalui
triangulasi kaedah (Azhlin dalam Zuraida, Fadilah & Shuib, 2019).
Persoalan kajian pertama dapat dicapai melalui dapatan temu bual
dan dapatan pemerhatian. Dapatan temu bual telah menunjukkan
keputusan bahawa murid telah meningkatkan kemahiran komunikasi
lisan selepas pelaksanaan teknik lukisan ini. Hal ini boleh dilihat
melalui kod tema analisis transkrip temu bual yang dibina oleh
pengkaji dan juga penilaian kendiri oleh peserta kajian yang melalui
pengukuran Skala Likert lima mata. Sehubungan dengan itu,
dapatan pemerhatian juga boleh mempamerkan peningkatan
kemahiran komunikasi lisan peserta kajian melalui analisis
pemerhatian perbandingan sebelum dan selepas pelaksanaan
intervensi teknik lukisan.

52

Triangulasi kaedah bagi persoalan kajian kedua pula boleh dikenal
pasti melalui kaedah analisis dokumen. Dalam kaedah analisis
dokumen tersebut, merangkumi dua bahagian, iaitu analisis hasil
lukisan murid dan laporan nota kes sesi kaunseling individu. Kedua-
dua dapatan analisis dokumen tersebut telah menjelaskan bahawa
berlakunya pelancaran fasa penerokaan sewaktu sesi kaunseling
individu selepas penggunaan intervensi teknik lukisan ini.

53

7.0 REFLEKSI

Pengkaji telah menggunakan intervensi teknik lukisan dalam
kajian tindakan ini. Hal ini adalah kerana pengkaji mendapati
bahawa semata-mata penggunaan kemahiran kaunseling
dalam sesi kaunseling adalah tidak efisien, jadi, pengkaji ingin
mencari cara alternatif bagi meningkatkan keberkesanan sesi
kaunseling di samping ingin meningkatkan kemahiran
komunikasi lisan murid. Menurut Suradi Salim (2005),
walaupun pendekatan terapi seni yang menekankan aspek
kreatif dan kreativiti telah digunakan secara meluas di negara
Barat, seperti United Kingdom, namun di Malaysia, pendekatan
kaunseling dan psikoterapi yang menjangkau usia 40 tahun di
Malaysia masih tertumpu kepada kaedah kaunseling
konvensional secara lisan menerusi kaunseling individu dan
kelompok. Justeru, sebagai bakal guru Bimbingan dan
Kaunseling (GBK), pengkaji berasa terpanggil untuk
menjalankan satu kajian tindakan bagi membantu
mengurangkan jurang kajian tersebut.

Sepanjang pelaksanaan kajian ini, pengkaji boleh nampak
penggunaan intervensi teknik lukisan ini telah memberi impak
postif kepada peserta-peserta kajian dalam aspek
meningkatkan kemahiran komunikasi lisan mereka. Hal ini
adalah terbukti berkesan berdasarkan ketiga-tiga hasil dapatan
kajian, iaitu hasil dapatan temu bual, pemerhatian dan analisis
dokumen. Sebagai contoh, bagi persoalan kajian pertama, iaitu
“Adakah terapi seni dapat meningkatkan kemahiran
komunikasi lisan murid dengan berkesan?” adalah dibuktikan

54

pada hasil dapatan data temu bual dan pemerhatian, di mana
peserta kajian sudah mula berkongsi pengalaman diri sendiri,
dan meluahkan perasaan diri sendiri terhadap perkara yang
dibincangkan, Seterusnya, bagi persoalan kajian kedua, iaitu
“Bagaimanakah terapi seni dapat membantu GBK
melancarkan fasa penerokaan sewaktu menjalankan sesi
kaunseling individu?” pula, adalah dijawab pada hasil dapatan
data analisis dokumen hasil lukisan murid dan laporan nota kes
sesi kaunseling individu. Hal ini dikatakan sedemikian kerana
dokumen-dokumen tersebut telah menunjukkan proses
perkembangan peserta kajian.

Sehubungan dengan itu, intervensi teknik lukisan yang
diaplikasikan oleh pengkaji itu adalah disokong oleh pelbagai
kajian yang telah dilaksanakan oleh para ilmuwan. Misalnya,
dalam kajian Jeffery, Dharatun & Salleh (2020), menyatakan
bahawa faktor pendorong kaunselor pelatih menggunakan
terapi seni sewaktu menjalankan sesi adalah disebabkan oleh
personaliti klien yang pasif. Hasil dari penggunaan terapi seni
tersebut ialah maklum balas yang positif. Penggunaan terapi
seni ekspresif adalah pendekatan kontemporari yang
ditakrifkan sebagai satu teknik yang menggunakan medium
kreatif sewaktu sesi kaunseling sebagai cara untuk
memudahkan proses terapi (Wilson & Ziomek-Daigle, 2013).
Manakala menurut kajian Adam Sahimin (2009) pula, sesi
kaunseling yang melibatkan modaliti seni (lukisan) memberi
kesan yang positif terhadap proses penerokaan kajian. Kajian

55

beliau adalah dilaksanakan terhadap seorang peserta kajian
yang bernama Chak dan beliau telah berjaya mencapai
matlamat kaunseling apabila Chak mampu membuat
perkongsian masalah dengan baik dengan menggunakan
pendekatan seni (lukisan).

Secara keseluruhannya, pengkaji berasa amat gembira apabila
melihat perkembangan peserta kajian 1 dan peserta kajian 2,
dari segi peningkatan kemahiran komunikasi lisan selepas
pelaksanaan intervensi teknik lukisan. Pengkaji juga berasa
amat bersyukur kerana kedua-dua objektif kajian berjaya
dicapai di samping berasa gembira apabila intervensi tersebut
telah banyak mambantu anak murid-murid saya. Diharap teknik
lukisan ini dapat diaplikasikan oleh pengamal kaunseling sama
ada kaunselor atau guru bimbingan dan kaunseling (GBK) di
sekolah sebagai salah satu jalan alternatif untuk membantu
melancarkan proses penerokaan masalah peserta kajian.
Tambahan pula, bukti-bukti keberkesanan pelaksanaan
intervensi ini juga boleh dijadikan sebagai panduan kepada
para penyelidik yang lain untuk melaksanakan penyelidikan
pada masa yang akan datang.

8.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Tindakan susulan yang dicadangkan oleh pengkaji adalah
dengan mengintegrasikan intervensi Teknik Lukisan dengan
terapi bermain. Integrasi terapi bermain akan mewujudkan
aktiviti yang lebih kreatif dan menyeronokkan di dalam sesi
kaunseling kelompok yang sekali gus akan merangsang

56

pemikiran murid untuk berfikir bagi menyelesaikan sesuatu
permainan (Lee Keok Cheong, Eh Ah Meng, Suppiah &
Taquddin, 2012). Menurut Spodek (1987) pula, terapi bermain
boleh membantu perkembangan bahasa dan pemikiran kanak-
kanak. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan
simbol dan alat. Bermain juga member kebebasan kepada
kanak-kanak untuk meluahkan tekanan yang dihadapi dalam
dunia sebenar. Jadi, pengintegrasian terapi bermain dengan
teknik lukisan adalah cadangan pertama yang diusulkan oleh
pengkaji.

Seterusnya, dalam kajian yang seterusnya, pengkaji juga
mencadangkan bahawa jumlah peserta kajian boleh ditambah
sekiranya isu yang dibawakan adalah sama, iaitu dengan
melaksanakan sesi kaunseling kelompok. Aktiviti teknik lukisan
ini boleh diaplikasikan kepada lebih banyak murid pada masa
yang sama. Hal ini kerana, murid sebagai klien akan terdorong
apabila lebih banyak ahli melibatkan diri dalam aktiviti teknik
lukisan ini. Pada masa yang akan datang, pengkaji juga harap
intervensi kajian yang telah dilaksanakan ini boleh
ditambahbaik melalui kitaran kedua. Kajian ini boleh diteruskan
kitaran kedua dengan pengintegrasian terapi bermain yang
dinyatakan di atas. Sebab pengkaji tidak melaksanakan
tindakan tersebut dalam kajian ini adalah kerana kesuntukan
masa menjalankan kajian akibat sewaktu pandemik Covid-19
ini.

Kesimpulannya, beberapa ruang untuk membuat
penambahbaikan bagi kajian tindakan ini, iaitu pengintegrasian

57

terapi bermain dalam intervensi, menambah bilangan peserta
kajian dan juga melaksanakan kitaran kedua dalam kajian ini.
Akhir kata, pengkaji berharap keseluruhan kandungan kajian
ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak seperti
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Bimbingan
dan Kaunseling, sekolah, guru-guru dan juga murid-murid.
Segala maklumat yang terkandung dalam kajian ini diharapkan
dapat membantu GBK sebagai satu alternatif penyelesaian
masalah yang dihadapi oleh mereka semasa proses
penerokaan isu apabila melibatkan murid yang sukar
berkomunikasi.

58

RUJUKAN
Adam Sahimin. (2009). Modaliti Seni sebagai Pengukuh Asertif.

Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2011). Pengantar
penyelidikan tindakan:dalam penyelidikan tindakan.
Bangi: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Albert Bandura. (1977). Self-efficacy: Toward a unifying theory
of behavioral change. Dipetik
daripada https://doi.org/10.1037/0033-295X.84.2.191

Amir Awang. (1987). Teori dan amalan psikoterapi. Pulau
Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Amla Salleh, Zuria Mahmud, & Salleh Amat. (2009). Bimbingan
dan kaunseling sekolah: Edisi Kedua. Bangi, Selangor:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bovee dan Thill. (2000). Business communication today. New
Jersey: Prentice Hall,Inc.

Burn, R.B. (1995). Introduction to Research Methods.
Melbourne: Longman

Carl Gustav Jung. (1963). Memories, dreams, reflections.
United State: Crown Publishing Group/Random House.

59

Chow Fook Meng & Jaizah Mahmud. (2011). Kajian tindakan:
konsep & amalan dalam pengajaran. Puchong, Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Creswell. (2005). Educational research: Planning, conducting,
and evaluating quantitative and qualitative research. New
Jersey: Pearson Education, Inc

Egan. (2007). The Skilled Helper: A Problem-management and
Opportunity Development Approach to Helping (8th ed.).
Pacific Grove, CA: Brooks/Cole.

Faiver, Eisengart & Colonna. (2004). The Counselor Intern’s
Handbook. Pacific Grove, CA: Books/Cole.

Furth. (1988). The Secrets World of Drawings: Healing Through
Art A Jungian Approach. USA: SIGO Press

Guy Berger. (2016). Data Reveals the Most In-Demand Soft
Skills Among Candidates. Dipetik daripada
https://www.linkedin.com/business/talent/blog/talent-
strategy/most-indemand-soft-skills

Ida Puteri Mahsan. (2021). Ekspresi Seni dan Komunikasi
Visual Murid Bekerperluan Khas dalam Mata Pelajaran
Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah. Dipetik daripada
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/down
load/4555/2808/

60

Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2018). Buku Panduan
Penyelidikan Tindakan. Selangor Darul Ehsan: Pusat
Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru
Malaysia

Jeffery Apdal, Dharatun Nissa Fuad Mohd Karim & Salleh Amat.
(2020). Persepsi dan Faktor Pendorong Aplikasi Terapi
Seni dalam Kalangan Kaunselor Pelatih. Dipetik daripada
http://ejournal.ukm.my/jpend/article/download/45.01SI-
06/10533

Kamarul. (2012). Metodologi pengumpulan data dalam
penyelidikan kualitatif. Lecture notes distributed in the
course, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus
Temenggong Ibrahim, Johor on 28-29 Mac 2012

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Kartini Abdul Mutalib, Ahamad Shabudin Yahaya, Rosli Sahat
& Badrul Hisham Alang. (2012). Menguasai penyelidikan
tindakan: Untuk PPISMP dan DPLI. Kuala Lumpur:
Perpustakaan Negara Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian
Tindakan: Edisi Ketiga. Putrajaya: Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Panduan
Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling di

61

Sekolah Rendah dan Menengah. Putrajaya: Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Khoo Bee Lee. (2014). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-
kanak. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Kong. (2014). Terapi-terapi dalam Kaunseling. Dipetik daripada
http://psikologidplimu2012.blogspot.com/2012/08/terapi-
terapi-kaunseling-dan-bimbingan.html

Lee Keok Cheong, Eh Ah Meng, Suppiah & Taquddin. (2012).
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Kuala Lumpur:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Lee Keok Cheong, Zakri Abdullah, & Chua Lay Nee. (2018).
Penyelidikan dalam Pendidikan. Selangor Darul Ehsan:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Lew & Munira. (2013). How do Pre-service Teachers Develop

Understanding of Student Learning through Action

Research Project? Dipetik daripada

https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2013.12.801

Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan pendidikan: Pendekatan
kuantiatif dan kualitatif. Selangor: McGraw- Hill (Malaysia).

McMillan, J. H., & Schumacher, S. (2006). Research in
education: Evidence-based inquiry (6th ed.). Boston, MA:
Allyn and Bacon.

62

Michaels. (2007). Case study: the role of art therapy as a

potential space for the processing of psychological and

physical experience following stroke: summary of a pilot

project-art therapy & stroke rehabilitation in intermediate

care services. Dipetik daripada

www.baat.org/CaseStudyStroke.pdf

Mizan & Halimatun. (2006). Kaunseling Individu: Apa dan
Bagaimana. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Mohammad Aziz, Mohammad Nasir, Ahmad Jazimin, Syed
Sofian & Md. Noor Saper. (2009). Kemahiran Bimbingan
& Kaunseling. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan
Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Munnianwar. (2014). Kemahiran Komunikasi Berkesan. Dipetik
daripada
https://www.slideshare.net/munnianwar/kemahiran-
komunikasi-berkesan

Myrick. (2001). Play Therapy: The Art of Relationship.
International Journal of Play Therapy, 30,1, 33-45

Natalie Rogers. (2007). Dalam John Sommers-Flanagan: the
development and evolution of person-centred expressive

63

art therapy: a conversation with Natalie Rogers. Journal
of Counselling and Development. Vol 85 (1)

Noormala. (tanpa tahun). Pendekatan temu bual sebagai
metod kajian kes: Suatu persepsi di kalangan pelajar
perempuan cemerlang terhadap perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling. Dipetik daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/2212/1/91.DrMuhdSharif%
26Roslee.pdf

Othman Lebar. (2011). Kajian tindakan daam pendidikan teori
dan amalan. Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan
Idris

Paw Eng See, Noriah dan Salleh. (2008). Lukisan sebagai
proses diagnosis dan intervensi rawatan dalam sesi
kaunseling. Jurnal Perkama, Vol 14, pp 1- 22.

Rafidah & Noriah. (2013). Terapi Seni dalam Kaunseling
Pelajar Pintar dan Berbakat. Dipetik daripada
https://iyres.gov.my/images/MJYS/2013/MJYS%20Vol%
208%20June%202013-149- 168.pdf

Rosinah Edinin. (2013). Penyelidikan tindakan kaedah dan
penulisan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Salleh & Noah. (2000). The Importance of Oral Communication
among UPM Business Students. Selangor: Universiti
Putra Malaysia Press

64

Saodah, Narimah & Mohd Yusof. (2003). Teori-teori
komunikasi. Bentong: PTS Publications & Distributors
Sdn. Bhd.

Sapora Sipon & Hapsah Yusof. (2013). Pengenalan kepada
Profesion Kaunseling. Negeri Sembilan: Universiti Sains
Islam Malaysia.

Sapora Sipon & Ruhaya Hussin. (2013). Teori kaunseling dan
psikoterapi. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam
Malaysia

Sh Marzety Adibah Al Sayed Mohamad & Zakaria Mohamad.
(2014). The use of expressive arts therapy in
understanding psychological issues of juvenile
delinquency. Asian Sosial Science, 10(9), 144-161.

Spodek. (1987). Thought processes underlying preschool
teachers’ classroom decisions. Dipetik daripada
https://doi.org/10.1080/0300443870290207

Suradi Salim. (2005). Hala tuju penyelidikan kaunseling di
Malaysia. Jurnal PERKAMA

Wilson & Ziomek-Daigle. (2013). The Use of Expressive Arts

as Experienced by High School Counselor Trainees.

Dipetik daripada

https://www.researchgate.net/publication/272121959_Th

e_Use_of_Expressive_Arts_as_Experienced_by_High_S

chool_Counselor_Trainees

65

Zudha Husain, Sh Marzety Adibah, & M.S. Nor Shakiroh.
(2017). Sharing life experiences of teenage girl
delinquents through life map sketch. Asian Sosial Science,
13(5), 68-75.

Zuraida, Fadilah & Shuib. (2019). Amalan Terbaik Intervensi
Bimbingan dan Kaunseling. Kedah: IPG Kampus
Darulaman

66

LAMPIRAN A - SURAT KEBENARAN



LAMPIRAN B – JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN
TINDAKAN

Bil Aktiviti Tarikh

1 Menulis proposal penyelidikan Oktober-Disember
2020

2 Pengumpulan data awal Februari 2021

3 Melaksanakan tindakan Mac- Mei 2021

4 Menulis laporan penyelidikan Julai- September
2021

LAMPIRAN C - ANGGARAN KOS KAJIAN

Bil. Bahan Kos yang diperlukan (RM)
1. Kertas A4 RM 0.40
2. Pensel Warna RM 2.00
RM 2.40
Jumlah Anggaran Kos

DEDIKASI

Teristimewa buat ibu bapa tersayang,
Chung Chee Peng dan Teo Yee Hei,
Sekalung penghargaan diucapkan atas segala sokongan,
semangat dan nasihat yang titipkan…

Tidak dilupakan adik-beradik yang dikasihi,
Chung Qi Huan,

Terima kasih kerana memberi inspirasi…

Khas buat pensyarah penyelia yang sabar, berdedikasi dan
penuh iltizam,

Encik Rosli bin Abdul Wahab.
Terima kasih atas tidak terhingga atas segala bantuan,

curahan idea yang
menjadi pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan

ini…

Buat sahabat-sahabat,
Khasnya PISMP Bimbingan dan Kaunseling Amb. Jun 2018,
Terima kasih kerana menjadi teman yang setia, memahami

dan
menceriakan hidup saya sepanjang masa belajar di sini…


Click to View FlipBook Version