The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jijahamin44, 2021-04-24 23:12:27

BUKU SKRAP TOKOH TEMPATAN JOHOR

NAUFAL AMMAR HAZIQ MD HAJAZI

BUKU SKRAP DIGITAL

DATO’ ONN JAAFAR

“PELOPOR PERJUANGAN KEMERDEKAAN MALAYSIA SERTA PENGASAS DAN PRESIDEN
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU UMNO YANG PERTAMA”
DISEDIAKAN OLEH:
NAUFAL AMMAR HAZIQ BIN MOHAMMED HAJAZI
SK LKTP TENGGAROH SELATAN.

MAKLUMAT MURID

NAUFAL AMMAR HAZIQ BIN MOHAMMED HAJAZI
6 INTELEK

ALAMAT EMEL : [email protected]
[email protected]

ALAMAT SEKOLAH : SK LKTP TENGGAROH SELATAN 1
ALAMAT SEKOLAH : FELDA TENGGAROH SELATAN 1

81907 KOTA TINGGI, JOHOR

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya
saya dapat menyiapkan Buku Skrap Digital ini dengan jayanya.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan
kepada Pentadbir Pengurusan Sekolah iaitu Tuan Guru Besar, Cikgu Haji Ahsahri
bin Haji Kasdi dan guru pembimbing saya iaitu Puan Azizah binti Asar yang telah
banyak memberi tunjuk ajar dan membantu bagi menyiapkan buku skrap digital ini
mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa
saya iaitu En. Mohammed Hajazi bin Abdul Hamid dan Puan Zurina binti Hushni
yang turut membantu untuk menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
yang terlibat membantu saya bagi menyiapkan buku skrap digital ini.

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan 5
2.0 Biodata Dato‟ Onn Jaafar 6
2.1 Galeri Gambar 7
3.0 Pendidikan Dato‟ Onn Jaafar 8
3.1 Galeri Gambar 9
4.0 Kerjaya Dato‟ Onn Jaafar 10 – 11
4.1 Garis Masa Kerjaya Dato‟ Onn Jaafar 12 – 13
5.0 Sumbangan Dato‟ Onn Jaafar 15 – 18
6.0 Nilai – Nilai Murni Dato‟ Onn Jaafar 19 – 20
21
7.0 Penutup
Rujukan

1.0 PENDAHULUAN

Dato‟ Onn Jaafar adalah lagenda bangsa Melayu.Jasanya meniupkan semangat
nasionalisme kepada orang Melayu tidak sesekali luput dan ingatan dan masih segar
terpahat di sanubari rakyat Malaysia.Mantan Menteri Besar Johor ini , merupakan

pengasas dan Yang DiPertua pertama UMNO , peneraju utama gerakan untuk
menentang dan mengalahkan Malayan Union dan tokoh pelapor dan pemangkin

perpaduan dan kerjasama antara kaum di Malaysia.

2.0 BIODATA
DATO‟ ONN JAAFAR

Pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
( UMNO )

Beliau pernah di lantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau
telah meletakan jawatan tiga tahun kemudaian iaitu pada 18 Mei 1850 untuk
menumpukan perhatian kepada UMNO.
Beliau di lahirkan pada 12 Februari 1895 di Bukit Gambit, Johor Bahru.
Merupakan anak yang ketiga dari tujuh orang anak lelaki dan tujuh orang anak
perempuan.
Beliau adalah anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar
Johor yang pertama. Datuk Jaafar berketurunan Bugis berasal dari Daik.
Manakala ibunya bernama Rugayah berasal dari Timur Dekat, berketurunan
Turki.
Seorang kerabat diraja Johor, Beliau juga dipelihara oleh Sultan Ibrahim Ibni
Sultan Abu Bakar sejak Kecil.
Beliau telah meninggal dunia pada 29 Mei 1990 akibat serangan jantung.

GALERI GAMBAR
DATO’ ONN JAAFAR

Bapa Dato’ Onn Jaafar Ibu Dato’ Onn Jaafar

3.0 PENDIDIKAN

Dato‟ Onn Jaafar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Johor Bahru
sebelum melanjutkan pelajarannya di England. Beliau juga belajar bahasa Inggeris
dengan wanita Inggeris yang menjaga beliau bersama-sama tiga orang putera Sultan
Ibrahim iaitu Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad. Pada
tahun 1903, beliau telah melanjutkan pelajaran di Alderburgh Lodge School, Suffolk,
England. Dia ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor. Oleh itu, Sultan
Johor telah membiayai pengajian beliau di England dan beliau merupakan pelajar

terbaik dalam bahasa ingeris dan Perancis. Dato‟ Onn Jaafar meneruskan lagi
pelajaran setelah pulang ke tanah air (1910-1911) di Maktab Melayu Kuala Kangsar

untuk mendalami pengajian Bahasa Melayu

3.1 GALERI GAMBAR
DATO‟ ONN JAAFAR

Maktab Kuala Kangsar tempat Dato‟ Onn Jaafar meyambung pelajaran
setelah pulang ke tanah air ( 1910-1911)

4.0 KERJAYA

DATO’ ONN JAAFAR

Dato‟ Onn Jaafar pernah bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika
berumur 35 tahun dan pada tahun1934 menjadi Pengarah Lembaga Malaya dan
Harian Lembaga. Disamping itu, beliau juga pernah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, Daro Onn Jaafar menjadi Ketua
Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.

Dato‟ Onn Jaafar pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam
pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-
dasar jajahan.

Pada 1-4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhipun di
Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama
yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman
terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil
daripada masyarakat ini, sebuah badan yang menwakili orang Melayu telah
ditubuhkan ketika kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946.
Disebabkan Dato‟ Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu
melantik beliau sebagai presiden pertama.

Pada 1 Oktober 1946, Dato‟ Onn dilantik menjadi Menteri Besar
Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakan jawatan untuk menumpukan masanya
kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO Berjaya memaksa kerajaan
British untuk membubarkan Malayan Union dan digantikan dengan Persekutuan
Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-Raja
Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan serta memberi hak istemewa
Melayu.

Dato Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang belaiu menganggap
sebagai dasar-dasar perkauman UMNO dan mencadangkan bahawa keahlian parti
dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu tanpa mengira kaum dan nama
UMNO ditukarkan menjadi “Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu”.
Oleh sebab cadangan itu ditentang, Dato‟ Onn meletakan jawatan seagai presiden
UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25-26
ogos 1951.

Dato‟ Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya ( IMP ) pada
26 ogos 1951. Malangnya parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang
Melayu. Pada tahun 1954 beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti
Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan
Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang
melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang
Melayu. Walaupun demikian partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak
memenagi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun Dato‟ Onn masih
berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya beliau Berjaya
mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan
Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS.

4.1 GARIS MASA KERJAYA
DATO‟ ONN JAAFAR

1911 - Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor.
1917 - Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati,

Singapura, markas JMF . Pangkat Leftenan.
1919 - Berkahwin kali keempat dengan Halimah Hussein, janda adiknya. Mendapat

3 orang anak termasuk Hussein Onn.
1920 - Bekerja semula di Pejabat Penasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim

Pada 31 Jun 1920 kerana membidas baginda tanpa berselindung berkaitan
Isu harta.
1922 - Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat Tanah Johor
Kerana pujukan Tengku Ismail.
1923 - Pegawai di Pejabat Tanah Muar.
1924 - Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM 1,440.00.
1927 - Pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai British
Menahan elaun RM 200.00 setahun, tidak diberi motokar kerajaan dan tidak
Disediakan rumah kerajaan sedangkan pegawai British mendapat pelbagai
Kemudahan.
1927-1936 - Dibuang negeri ke singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan

Berita Sultan Ibrahim memperalatkan JMF sebagai buruh paksa
Dalam akhbar Sunday Mirror. Sultan Ibrahim membina padang
Lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir
Pelangsi menggunakan JMF.
1930-1936 - Berumur 35 tahun bertugas sebagai wartawan akhbar-akhbar Melayu
Singapura.
1934 - Berumur 39 tahun menjadi Pengarang Lembaga Malaya dan harian
Lembaga.

1936-1941 - Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor.
1942-1945 - Menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.
1946-1949 - Menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat.
1946 - Menganjurkan Kongres Naktu 1946.
1946-1951 - Berumur 51 tahun menubuhkan UMNO dan menjadi presiden yang

1949 Pertama. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Oktober.
- Meletakan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada
1951
UMNO.
1951 - Cadangan membuka keahlian UMNO kepada semua kaum telah di
1954
Tolak. Dato‟ Onn meletakkan jawatan.
1955 - Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya ( IMP )
1959 - Menubuhkan Parti Negara menggantikan Parti Kemerdekaan Malaya
Bertujuan untuk bertanding pilihan raya umum yang pertama.
- Kalah dalam Pilihan Raya Persekutuan.
- Mendapat satu kerusi di Kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan
Dalam Pilihan Raya Persekutuan.

4.2 GALERI GAMBAR
DATO‟ ONN JAAFAR

5.0 SUMBANGAN
DATO‟ONN JAAFAR

Sumbangan Dato‟ Onn dalam perjuangan ke arah kemerdekaan negara pada
hakikatnya tidak boleh dinafikan. Meskipun ada suara-suara yang melabelkan beliau
sebagai pemecahbelah perpaduan UMNO dan pembunuh semangat kemerdekaan yang
amat gairah diperjuangkan oleh orang-orang Melayu, beliau tetap merupakan seorang
tokoh Melayu terulung yang mempunyai wawasan yang begitu jauh. Kemerderkaan
hari ini yang tercapai pada 31 Ogos 1957 meskipun tidak dianggap sebagai buah
tangan darinya, tetapi sebenarnya adalah merupakan hasil asas yang dibinanya. Asas
dan rangka kemerdekaan yang dilakar oleh Dato‟Onn tetap menjadi ikon perintis jalan
kepada bangsa Melayu walaupun beliau tidak dianggap sebagai pemimpin Melayu
yang memperjuangkan kemerdekaan. Peranan mencapai Kemerdekaan yang
dipelupuri orang-orang Melayu semenjak pasca Perang Dunia kedua dan kemudian
sudi dan sanggup bertolak-ansur dan bekerjasama dengan kaum-kaum lain, terutama
di bawah prinsip „perkongsian kuasa‟ perlu difahami, hargai dan hayati. Kejayaan
kerana peranan utama yang dimainkan penduduk majoriti Tanah Melayu ini adalah
rujukan utama di mana Negara ini bermula. Ini adalah proses mencapai Kemerdekaan
sebenarnya dan seluruh warga Malaysia wajar memahami, menghargai dan
menghayati proses disamping bersedia mengisi dan mempertahankan Kemerdekaan
yang berjaya dicapai itu, dengan seluruh semangat patriotisma.

Dato‟ Onn Jaafar telah menyedarkan orang Melayu bahawa Malayan Union
adalah satu ancaman yang akan melenyapkan bangsa di tanah airnya sendiri.
Pelaksanaan Malayan Union menyebabkan negara ini terus diperintah secara langsung
dari United Kingdom dan kita kekal dijajah. Ia bermakna terhakisnya kuasa Raja-Raja
Melayu, lenyaplah kerajaan-kerajaan Melayu dan hilanglah identiti Melayu di
buminya sendiri. Setiap negeri-negeri Melayu, yang asalnya terdiri daripada kerajaan-
kerajaan Melayu dalam sistem pemerintahan Raja-Raja Melayu, dipecah perintah
secara berasingan oleh Inggeris. Kerakyatan terbuka kepada semua orang, tidak kira
siapa sahaja yang datang mahu bermastautin di negara ini. Hampir dua tahun lamanya,
Dato‟ Onn berhadapan dengan Inggeris, memujuk Raja-Raja Melayu, mengumpulkan
kekuatan suara dan perpaduan orang Melayu untuk menggagalkan Malayan Union.
Gerakan mendesak Inggeris tanpa mengenal jemu dan penat lelah itu, akhirnya
membuahkan hasil apabila penjajah akur untuk menguburkan Malayan Union selepas
21 bulan dilaksanakan dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Idea kenegaraan Dato‟ Onn diterima oleh Inggeris dalam merencanakan
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Dalam proses menyediakan perjanjian
itu, beliau mengetuai pasukan orang Melayu memastikan Raja-Raja Melayu, agama
Islam, bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu menjadi dasarnya. Idea ini
menjadi teras dalam perjuangan Umno dan orang Melayu, sekalipun beliau
meninggalkan parti dalam usaha mencari strategi lain pula untuk mendapatkan
kemerdekaan.

Beliau menyedari bahawa Inggeris mahu melihat ada kerjasama antara kaum
sebagai syarat kemerdekaan, berikutan penentangan terhadap Malayan Union dan
pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, tidak pun mendapat sokongan kaum lain.
Dato‟ Onn memilih keluar dari UMNO apabila cadangannya membuka pintu parti
kepada kaum lain tidak dapat diterima oleh orang Melayu. Orang Melayu ketika itu
berasa ganjil dengan idea tersebut, tanpa dapat memahami ia bertujuan meletakkan
semua kaum di bawah satu naungan. Tapi, apabila akhirnya idea pakatan antara parti
dicetuskan melalui penubuhkan Perikatan, Dato‟ Onn menubuhkan Parti Negara,
namun masa sudahpun beredar dan tidak mengizinkan beliau kembali ke arus
perdana.

Begitupun, yang jelas ialah idea kenegaraan Dato‟ Onn itu terus diwarisi dan
diamalkan oleh kepimpinan UMNO selepasnya. Ia menjadi petunjuk dan panduan
dalam pembentukan sebuah negara bangsa. Dari idea perjuangan itulah kita beroleh
pengiktirafan sempadan negara kita sendiri apabila mendapat kemerdekaan. Sebab
itu, Dato‟ Onn tidak sehaluan dengan beberapa pemimpin politik sezamannya, yang
cenderung menerima konsep Indonesia Raya untuk mencapai kemerdekaan bersama
dengan negara jiran.

Pembentukan negara bangsa menjadi lebih jelas apabila kita dipandu oleh
Perlembagaan Negara yang dimasyhurkan pada tahun 1957 sempena menempa
kemerdekaan. Asas-Asas Perlembagaan Persekutuan itu diambil bulat-bulat daripada
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang diusahakan oleh Dato‟ Onn. Maka,
terbelalah Raja Melayu, terpeliharalah Agama Islam, diiktiraf kedudukan bahasa
Melayu dan kekal hak-hak orang Melayu dibuminya. Perkembangan kependudukan
di Tanah Melayupun menjadi terkawal dengan adanya peraturan kewarganegaraan.
Kaum pendatang yang masuk beramai-ramai di zaman penjajah, ditawarkan
keistimewaan sebagai warganegara negara ini dan dilindungi serta mempunyai suara
di bawah sistem demokrasi. Ketiga-ketiga ciri utama tadi iaitu kedaulatan sempadan
negara, Perlembagaan Negara dan kewarganegaraan adalah asas pembentukan negara
bangsa, yang diasaskan perjuangannya oleh Dato‟ Onn. Inggeris menerima usaha
tersebut dengan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial,
yang sudah sekian lama wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Lantas ia berperanan
menstabilkan sistem politik negara.

6.0 NILAI-NILAI MURNI
DATO‟ ONN JAAFAR

Sebagai seorang nasionalis, beliau seorang yang tenang tetapi tegas. Beliau
telah membangkitkan kesedaran ke arah kemerdekaan serta memberi harapan baru
kepada orang Melayu. Kehidupannya di hutan bersama orang kampung semasa
pemerintahan Jepun, telah mendekatkan beliau dengan erti kemanusiaan sebenar
terutama semasa kesusahan dilanda peperangan. Apabila perang tamat beliau
menggerakkan orang Melayu dalam satu barisan ke arah mendapatkan kemerdekaan
daripada penjajah Inggeris dengan menggagalkan hasrat menubuhkan Malayan
Union. Datuk Onn juga dikenali sebagai seorang tokoh politik yang berkarisma
kerana pandangan jauhnya yang mahu menyatukan seluruh rakyat negara ini tanpa
mengira bangsa dan keturunan dalam satu ideologi politik.

Sifatnya yang tenang dan tidak terburu-buru dalam mendapatkan
kemerdekaan ini telah digunakan oleh saingan politiknya yang sering meniupkan
semangat kemerdekaan dengan mengangkat senjata. Beliau juga seorang yang tegas,
berdisiplin dan merupakan seorang yang rajin. Beliau sangat degil dan pantang
mengubah haluan sesudah menetapkan pedoman menuju matlamatnya. Pada
kebiasaannya beliau tidak akan berpatah balik daripada segala keputusan yang telah
dibuat. Dato Onn juga merupakan seorang yang rendah diri. Beliau tidak makan
pujian dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Beliau melakukan segala tugas dengan
penuh tanggungjawab dan amanah. Beliau juga merupakan seornag pemimpin yang
bijak, jujur, ikhlas, bertimbang rasa dan tidak mementingkan pangkat.

Semasa dilanda krisis, beliau juga merupakn seorang pemimpin yang tabah
dan berani dalam mengharungi saat-saat yang getir. Ekoran peristiwa tersebut beliau
mengalami pahit getir hidup yang belum pernah dirasainya ketika berada di Singlap.
Peristiwa ini jelas memperlihatkan keperibadiannya yang tinggi dan sanggup
mengharungi pelbagai cabaran semasa mentadbir Johor. Namun beliau dilihat sentiasa
mementingkan sultan. Sikapnya tidak pernah takut dan tidak gentar untuk mengambil
sesuatu tindakan yang dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa manusia yang
tidak berdosa daripada terkorban dengan sia-sia. Dalam hal ini, keselamatan dirinya
sendiri telah menjadi perhitungan yang kedua kepadanya.

7.0 PENUTUP

Semasa Dato‟ Onn menjadi Presiden UMNO, beliau sentiasa membela nasib
masyarakat Melayu yang mundur berbanding masyarakat lain dengan menubuhkan
Lembaga Perusahaan dan Kemajuan Kampung (RIDA) yang kini dikenali sebagai
Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada pertengahan tahun 1950 di Kuala Lumpur
yang dipengerusikan oleh beliau sendiri. RIDA ditubuhkan bertujuan untuk
menggalakkan masyarakat Melayu menceburi bidang ekonomi. RIDA memberi
bantuan kepada masyarakat Melayu yang tinggal di kampong supaya menghasilkan
produk bernilai komersial dan RIDA akan memasarkan produk tersebut dipasaran
domestik sehinggalah mereka dapat mengurus sendiri dan mereka akan mengambil
alih perniagaan tersebut. RIDA juga memastikan masyarakat Melayu mendapat
pendidikan sempurna supaya mereka dapat mengubah nasib serta masa hadapan
mereka akan datang.

"Nasib bangsa kita hanyalah akan dapat diperkenalkan dengan kesatuan hati di
antara kita juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah akan dapat
dipeliharakan dengan berpegang teguh kepada suatu kepercayaan yang lebih besar
dan lebih tinggi daripada bangsa itu sendiri" - Dato' Onn Jaafar.

RUJUKAN

Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
http://nazeraezzatimohdazmi.blogspot.com/2016/09/pengajian-malaysia-sumbangan-
tokoh.html.
https://en.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar
http://tributetodatoonnjaafar.blogspot.com/2008/10/dato-onn-jaafar.html


Click to View FlipBook Version