MESIN PEMAMPAT TIN AUTOMATIK BERNDICARE NICHOL BERNARD NUR FARRARENA BINTI KASIM MUHAMMED HAZIQ MUQTADIR BIN RAZALI 2024 DIPLOMA TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI KOLEJ VOKASIONAL LABUAN DIPLOMA TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI 2024
MESIN PEMAMPAT TIN AUTOMATIK Oleh BERNDICARE NICHOL BERNARD NUR FARRARENA BINTI KASIM MUHAMMED HAZIQ MUQTADIR BIN RAZALI Laporan Projek Yang Dikemukakan Kepada Kolej Vokasional Labuan Bagi Memenuhi Sebahagian Daripada Keperluan Diploma Teknologi Pemesinan Industri PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI 2024
i PENGAKUAN PENULIS Dengan ini saya akui bahawa laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri dan diibuat berdasarkan undang-undang yang termaktub di bawah peraturan Kolej Vokasional. Ia adalah asli berpandukan daripada kajian yang telah dilakukan oleh saya. Projek ini masi belum dihasilkan oleh mana-mana pihak atau institusi untuk mana-mana diploma atau kelayakan. Saya dengan ini berjanji sekiranya projek yang dilaksanakan oleh saya melanggar mana-mana syarat yang tertera di atas, segala hasil kerja saya akan di gagalkan dan didapati sebagai tidak melengkapkan diploma dan bersetuju untuk dikenakan sebarang Tindakan undang-undang di bawah peraturan Kolej Vokasional. Nama Penulis 1 : ………………………………………………. Tandatangan : ………………………………………………. No Kad Pengenalan : ………………………………………………. Nama Penulis 2 : ………………………………………………. Tandatangan : ………………………………………………. No Kad Pengenalan : ………………………………………………. Nama Penulis 3 : ………………………………………………. Tandatangan : ………………………………………………. No Kad Pengenalan : ……………………………………………….
ii Program : ………………………………………………. Nama Kolej : ………………………………………………. Tajuk Projek : ………………………………………………. Tarikh : ………………………………………………. Penyelia Projek : ………………………………………………. Tandatangan : ……………………………………………….
iii PERAKUAN PENYELIA PROJEK Saya dengan ini memperakui bahawa telah membaca laporan ini dan segala yang terkandung di dalam adalah benar. Projek ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti serta telah memenuhi segala syarat dan undang-undang di bawah peraturan Kolej Vokasional bagi tujuan penganugerahan Diploma Teknologi Pemesinan Industri. Tandatangan : ………………………………………………. Nama : ………………………………………………. No. Kad Pengenalan : ………………………………………………. Tarikh : ……………………………………………….
iv PENGHARGAAN Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada Penyelia Projek saya, En. Zulfadhli Akmal Bin Abd Sukor yang telah banyak memberi bimbingan dan nasihat kepada saya untuk menyiapkan projek ini dengan penuh kesabaran. Tidak lupa juga kepada seluruh keluarga yang banyak memberi sokongan dan dorongan yang kuat sepanjang kajian ini dijalankan. Kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang secara langsung atau tidak dalam memberikan idea-idea dan cadangan. Segala tunjuk ajar, nasihat dan panduan tidak akan saya lupakan. Semoga kajian yang telah dijalankan ini mendapat keberkatan dari Tuhan. Sekian.
v ABSTRAK Penggunaan mesin pemampat tin automatik ini masih belum digunakan secara meluas walaupun penggunaanya sangat mudah. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti kesesuaian penggunaan bagi mesin pemampat tin automatik dalam proses pemampatan tin. Bagi meninjau kesesuaian penggunaan mesin pemampat tin automatik ini juga telah dibangunkan dan diuji seperti di dalam objektif projek. Kajian ini telah dilakukan di Kolej Vokasional Labuan. Pengumpulan data juga dibuat dengan menggunakan set soal selidik bersama pakar dan borang matrik. Hasil analisis data menunjukkan bahawa pakar bersetuju terhadap pembangunan mesin pemampat tin automatik ini.
vi ISI KANDUNGAN PENGAKUAN PENULIS i PERAKUAN PENYELIA PROJEK iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ISI KANDUNGAN vi SENARAI RAJAH viii SENARAI JADUAL x BAB 1 PENGENALAN 1 1.1 PENGENALAN PROJEK 1 1.2 TUJUAN PROJEK 1 1.3 OBJEKTIF PROJEK 2 1.4 PERNYATAAN MASALAH 2 1.5 KEPENTINGAN PROJEK 3 1.6 LATAR BELAKANG PROJEK 3 1.7 SKOP PROJEK 4 BAB 2 KAJIAN LITERATURE 5 2.1 PENGENALAN 5 2.2 KRITERIA BAHAN 5 2.2.1 Aluminium 5 2.2.2 Besi 6 2.3 JENIS-JENIS MESIN PEMAMPAT TIN 7 2.4 POWER WINDOW 8 2.4.1 PENDAHULUAN 8 2.4.2 POWER WINDOW AUTOMATIK 9 2.5 MODEL PEMBANGUNAN PRODUK 10 2.5.1 MODEL EDP (ENGINEERING DESIGN PROSES) 10 BAB 3 METODOLOGI 14 3.1 PENGENALAN 14 3.2 REKABENTUK KAJIAN 14 3.3 KERANGKA OPERASI 16 3.4 FASA 1 : MENENTUKAN MASALAH DAN LATAR BELAKANG PROJEK.20 3.5 FASA 2 : MEMBANGUN DAN MEMILIH PENYELESAIAN TERBAIK 22 3.6 FASA 3 : PEMBANGUNAN PROTOTAIP 23 3.6.1 PEMILIHAN BAHAN DAN KOMPONEN 28 3.6.2 PENYEDIAAN MESIN DAN ALATAN YANG AKAN DIGUNAKAN 29
vii 3.7 FASA 4 : PENGUJIAN DAN PENILAIAN 32 3.8 FASA 5 : MAKLUM BALAS DARI PENGGUNA 35 3.9 RUMUSAN 36 BAB 4 REKA BENTUK PRODUK 37 4.1 Pengenalan 37 4.2 Reka Bentuk Produk 37 4.2.1 Carta Alir Reka Bentuk Produk 38 4.3 Mengenal pasti masalah dan keperluan produk 39 4.4 Proses Fasa Analisis Reka Bentuk Berdasarkan Kriteria. 40 4.5 Proses Penentuan Spesifikasi Reka Bentuk 44 4.5.1 Reka Bentuk Terperinci Mesin Pemampat Tin Automatik 44 4.6 Rumusan 82 BAB 5 ANALISIS,PERBINCANGAN,CADANGAN DAN KESIMPULAN 83 5.1 Pengenalan 83 5.2 Analisis penyediaan produk 84 5.2.1 Pengujian keberkesanan produk 85 5.2.2 Pengujian Masa Mesin Pemampat Tin Automatik dan Manual 86 5.2.3 Ujian Keselamatan 86 5.3 Perbincangan 87 5.4 Cadangan 88 5.5 Kesimpulan 89 5.6 Penutup 89 RUJUKAN LAMPIRAN
viii SENARAI RAJAH Rajah 2.1: Mesin Pemampat Tin Sedia Ada Di Kolej Vokasional Labuan 7 Rajah 2.2 : Motor DC “Power Window” 9 Rajah 2.3 : Carta Alir Model EDP 11 Rajah 3.1 : “Model Engineering Design Process” (EDP) (National Academy of Engineering, 2018) 16 Rajah 3.2 : Kerangka Operasi Projek 18 Rajah 3.3 : Lakaran Reka Bentuk Pertama 24 Rajah 3. 4 : Lakaran Reka Bentuk Kedua 25 Rajah 3.5 : Lakaran Reka Bentuk Ketiga 26 Rajah 4.1 : Carta Alir Proses Reka Bentuk Secara Simulasi 39 Rajah 4.2 : Reka Bentuk 3 Dimensi Mesin Pemampat Tin Automatik 46 Rajah 4.3 : Pandangan Isometrik Mesin Pemampat Tin Automatik 47 Rajah 4.4 : Reka Bentuk Badan Silinder Pemampat Tin Aluminium 48 Rajah 4.5 : Lakaran Reka Bentuk Terperinci Badan Silinder Pemampat Tin 49 Rajah 4.6 : Reka Bentuk Silinder Pemampat Tin 50 Rajah 4.7 : Lakaran Reka Bentuk Terperinci Silinder Pemampat Tin 51 Rajah 4.8 : Reka Bentuk Penampung Tin Yang Dimampatkan 52 Rajah 4.9 : Lakaran Reka Bentuk Terperinci Tempat Penampung Tin 53 Rajah 4.10 : Reka Bentuk Bolt 54 Rajah 4.11 : Lakaran Reka Bentuk Terperinci Bolt 55 Rajah 4.12 : Reka Bentuk Nut 56 Rajah 4.13 : Lakaran Reka Bentuk Terperinci Nut 57 Rajah 4.14 : Reka Bentuk Pemegang Silinder 58 Rajah 4.15 : Lakaran Reka Bentuk Terperinci Pemegang Silinder 59 Rajah 4.16 : Reka Bentuk Roda 60 Rajah 4 17 : Lakaran Reka Bentuk Terperinci Roda 61 Rajah 4.18 : Reka Bentuk “Switch Button” 62 Rajah 4.19 : Lakaran Reka Bentuk Terperinci “Switch Button” 63 Rajah 4.20 : Reka Bentuk Pemegang Roda 64 Rajah 4.21 : Lakaran Reka Bentuk Terperinci Pemegang Roda 65 Rajah 4.22 : Reka Bentuk Meja Mesin Pemampat Tin 66 Rajah 4.23 : Lakaran Reka Bentuk Terperinci Meja Mesin Pemampat Tin 67 Rajah 4.24 : Reka Bentuk “Power Window” 68 Rajah 4.25 : Lakaran Reka Bentuk Terperinci “Power Window” 69 Rajah 4.26 : Reka Bentuk “Button On/Off” 70 Rajah 4.27 : Lakaran Reka Bentuk Terperinci “Button On/Off” 71 Rajah 4.28 : Reka Bentuk Kaki Meja 72 Rajah 4.29 : Lakaran Reka Bentuk Terperinci Kaki Meja 73 Rajah 4.30 : Reka Bentuk Pemegang “Power Window” 74
ix Rajah 4.31 Lakaran Reka Bentuk Terperinci Pemegang “Power Window” 75 Rajah 4.32 : Reka Bentuk Pemegang “Tread” Silinder 76 Rajah 4.33 : Lakaran Reka Bentuk Terperinci Pemegang “Tread” Silinder 77 Rajah 4.34 : Reka Bentuk Plat Roda 78 Rajah 4.35 : Lakaran Reka Bentuk Terperinci Plat Roda 79 Rajah 4.36 : Reka Bentuk Bateri 80 Rajah 4.37 : Lakaran Reka Bentuk Terperinci Bateri 81 Rajah 5.1 : Mesin Pemampat Tin Automatik 84
x SENARAI JADUAL Jadual 3.1 : Bahan dan Komponen Yang Digunakan 28 Jadual 3.2 : Mesin dan Alatan Yang Terlibat 31 Jadual 3.3 : Elemen Pengujian Projek Berdaarkan Objektif Kajian 34 Jadual 4.1 : Borang Matrik Pakar Pertama 41 Jadual 4.2 : Borang Matrik Pakar Kedua 42 Jadual 4.3 : Borang Matrik Pakar Ketiga 43 Jadual 5.1 : : ujian masa bagi memampat tin sebanyak 10 biji tin. 86
1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN PROJEK Pelaksanaan Projek Tahun Akhir (PTA) adalah untuk menguji kemahiran pelajar Diploma Teknologi sepanjang tempoh pembelajaran menguikut bidang kursus yang diambil. Projek yang dihasilkan adalah Mesin Pemampat Tin Automatik. Projek ini dihasilkan kerana pemampat tin yang sedia ada adalah secara manual dan sukar dikendalikan. Menerusi kajian ini, pengkaji akan meneliti dari sudut latar belakang masalah terhadap penghasilan Mesin Pemampat Tin Automatik, objektif dan tujuan bagi membangunkan Mesin Pemampat Tin bersudut melalui penelitian reka bentuk yang menyeluruh dan penganalisisian hasil kerja sebagai penambahbaikan kajian. 1.2 TUJUAN PROJEK Tujuan bagi projek ini adalah untuk membuat penambahbaikan bahan yang lama kepada yang baharu. Contohnya, bahan yang sedia ada ialah pemampat tin secara manual diperbaharui menjadi mesin automatik. Hal ini dikatakan demikian bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai untuk menggunakan mesin tersebut. Selain itu, mesin ini dihasilkan bertujuan untuk memampat tin dengan cara yang berlainan. Hal ini demikian kerana pemampat tin yang manual
2 menggunakan tenaga kerja dan kurang menarik perhatian orang ramai. Seperti mesin yang pengkaji hasilkan ialah Mesin Pemampat Tin Automatik dengan menggunakan motor “Power Window”. Oleh itu, penambahbaikan bahan yang dihasilkan haruslah menarik. Seterusnya, tujuan mesin ini dihasilkan supaya tin yang dimampatkan bersepah dilantai. Hal ini kerana ketika proses memampat tin manual , tin yang dimampatkan akan jatuh dan tiada tempat untuk menyimpan tin ketika proses pemampatan dilakukan. Apabila mesin pemampat tin automatik pula, ianya dibuat dengan adanya tempat penyimpan tin ketika proses pemampat tin dilakukan. Hal ini dikatakan agar memudahkan kerja seseorang individu itu membuat pemampatan tin. 1.3 OBJEKTIF PROJEK Objektif bagi projek ini adalah untuk memampat tin dengan mudah tanpa sebarang hembatan secara automatik :- i. Merekabentuk mesin pemampat tin. ii. Membangunkan mesin pemampat tin iii. Menguji kebolehfungsian mesin pemampat tin. 1.4 PERNYATAAN MASALAH Pernyataan masalah bagi pemampat tin manual ini ialah ianya akan mengambil masa yang lama untuk mengemikkan tin. Hal ini dikatakan demikian kerana proses memampat tin secara manual ini dilakukan dengan tangan dan boleh menyebabkan kecederaan berlaku. Selain itu, pemampat tin yang sedia ada tidak ergonomik untuk digunakan. Hal ini dikatakan demikian kerana ianya akan menggunakan banyak tenaga kerja.
3 1.5 KEPENTINGAN PROJEK Pemampat tin ini ditambahbaik agar menjimatkan tenaga kerja sekaligus dapat menjimatkan kos. Selain itu, produk ini tidak memerlukan kos yang tinggi untuk menghasilkan, berbanding dengan pemampat tin yang sudah sedia ada dipasaran. Produk ini juga menggunakan konsep jimat ruang dan mudah alih. Sebagai contoh, ianya tidak seperti pemampat tin hidraulik dengan menggunakan kos yang tinggi. Maka, pengkaji ingin menggunakan “Power Window” sebagai pemampat tin automatik bagi menggantikan hidraulik dan pengkaji melihat dari segi aspek kos pembuatan pemampat tin tersebut. 1.6 LATAR BELAKANG PROJEK Selepas pengkaji membuat penelitian terhadap mesin pemampat tin, di mana mesin pemampat tin yang sebelumnya digunakan secara manual dan pengkaji pun membuat pengubahsuaian terhadap mesin pemampat tin manual kepada mesin pemampat tin automatik. Hal ini demikian kerana mesin pemampat tin sebelumnya memakan masa yang panjang bagi memampatkan sebiji tin dan menggunakan tenaga kerja manusia yang banyak. Bahan projek yang telah siap dibuat akan diubahsuai dari bahan utama iaitu pemampatnya yang dipakai secara manual diganti dengan automatik iaitu “Power Window”. Pengubahsuaian ini dilakukan demikian kerana bagi memudahkan pengguna mesin pemampat tin lebih cepat melakukan kerjanya dalam masa yang sama jimat tenaga dan mampu menjana wang daripada mesin tersebut. Bagaimanapun, mesin pemampat tin automatik ini boleh dikategorikan sebagai mesin am ataupun harian kerana ianya juga berfungsi sebagai pemampat bahan besi yang tidak terpakai yang terbuat dari aluminium dalam masa yang sama mesin pemampat tin ini membawa banyak kelebihan dalam membantu proses pembuangan dan pengeluaran produk dengan lebih cekap dan berkesan.
4 1.7 SKOP PROJEK Pembangunan pemampat tin automatik ini mempunyai beberapa skop projek yang terdapat :- I. Pemampat tin II. Penjimatan masa III. Bahan aluminium yang tidak terpakai
5 BAB 2 KAJIAN LITERATURE 2.1 PENGENALAN Melibatkan penerangan berdasarkan teori atau penulisan dan topik terhadap bidang yang dijalankan. Segala maklumat yang diambil dalam melaksanakan sesuatu projek dinyatakan secara ringkas. Proses ini melibatkan perancangan terhadap projek, objektif yang ingin dicapai daripada projek dankeperluan terhadap bahan. Antara topik yang akan dibincangkan adalah Kriteria Bahan, Jenis-jenis Mesin Pemampat Tin Automatik “Power Window” Model Pembangunan Produk serta Model EDP . Topik ini akan dijadikan sebagai rujukan pembangunan mesin pemampat tin. 2.2 KRITERIA BAHAN 2.2.1 Aluminium Aluminium adalah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Al dan nombor atom 13. Ia merupakan ahli kumpulan dalam unsur kimia yang bernama logam lemah dan mempunyai ciri keperakan dan mulur. Aluminium dijumpai terutamanya dalam bijih bauksit dan adalah terkenal kerana daya tahan pengoksidaannya (oleh sebab fenomena pempasifan) dan oleh sebab keringanannya. Aluminium digunakan dalam banyak industri untuk menghasilkan bermacam-macam keluaran kilang dan adalah sangat penting dalam ekonomi dunia. Komponen berstruktur yang diperbuat daripada aluminium dan aloialoinya adalah penting dalam industri aeroangkasa dan juga dalam kenderaan
6 serta bangunan, di mana keringanan, ketahanan, dan kekuatan adalah diperlukan. Rujukan Los Alamos National Laboratory – Aluminium 2.2.2 Besi Besi adalah unsur dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Fe dan nombor atom 26. Besi merupakan logam yang berada dalam kumpulan 8 dan kala 4. Besi adalah logam yang dihasilkan dari bijih besi, dan jarang dijumpai dalam keadaan unsur bebas untuk mendapatkan unsur besi, campuran lain mesti disingkirkan melalui pengurangan kimia. Besi digunakan dalam penghasilan besi waja yang bukannya unsur tetapi aloi, sebatian logam berlainan dan sebahagian bukanlogam, terutamanya karbon. Besi merupakan logam paling biasa digunakan di antara semua logam, iaitu merangkumi sebanyak 95 peratus daripada semua tan logam yang dihasilkan di seluruh dunia. Gabungan harganya yang murah dengan kekuatannya menjadikan ia amat diperlukan terutamanya dalam penggunaan seperti kereta, badan kapal bagi kapal besar, dan komponen struktur bagi bangunan. Rujukan Los Alamos National Laboratory – Iron
7 2.3 JENIS-JENIS MESIN PEMAMPAT TIN Pada rajah 2.1 mesin pemampat tin sedia ada buatan Pelajar Kolej Vokaional Labuan yang terdahulu perlu berfungsi dengan cara menggunakan tenaga kerja manusia yang lambat dan membebankan menyebabkan perlu menggunakan masa yang banyak hanya untuk berfungsi , ruang kerja pemampatan yang terbatas hanya kepada satu tin sahaja yang menyebabkan kerja pemampatan tidak efisien serta jisim berat mesin yang berat menyebabkan mesin tidak fleksibel dikeranakan susah untuk di pindahkan jika ingin menggunakan mesin tersebut di tempat atau lokasi yang lain. Rajah 2.1: Mesin Pemampat Tin Sedia Ada Di Kolej Vokasional Labuan
8 2.4 POWER WINDOW 2.4.1 PENDAHULUAN Pada zaman sekarang,banyak teknologi yang sedang berkembang dengan sangat pesat. Begitu juga dengan kerja-kerja yang dilakukan juga banyak dilakukan secara manual seperti menggunakan peralatan dan mesin yang konvesional namun begitu ianya telah diganti atau diubahsuai secara automatik,demi menjimatkant masa secara tidak sama mengurangkan tenaga kerja. Berdasarkan pengguna kenderaan empat roda penggunaan power window hanyalah dengan menggunakan tombol yang sudah siap dipasang di bahagian pintu kereta,namun begitu kini penggunaan “Power Window” secara automatik telah ditingkatkan lagi dengan menggukan “Remote Control” sehingga apabila terjadi sesuatu masalah seperti kunci tertinggal didalam kereta,pemilik kenderaan tidak perlu cemas atau pun memanggil pakar untuk membuka pintu kereta yang terkunci kerana tingkap yang sebelumnya sudah diset mengunakan “Power Window” dengan “Remote Control” secara jarak jauh,maka dengan itulah di bina sebuah alat yang diinovasikan iaitu “Power Window” dengan “Remote Control”.
9 2.4.2 POWER WINDOW AUTOMATIK Menurut Aditya Dwi Aryanto (Julai 2016), menyatakan “DC power window motor” adalah sejenis motor yang menggunakan kuasa unidirectional sebagai punca kuasanya.Dengan memberikan perbezaan kuasa dalam dua arah ke terminal, motor akan berputar. dalam satu arah. Biasanya motor akan berputar dalam satu arah, tetapi jika kekutuban kuasa diterbalikkan maka arah putaran motor akan bertukar kepada 2 arah. Sistem “Power Window” adalah sistem yang direka khas untuk membuka dan menutup tingkap secara elektrik menggunakan butang. Putaran motor tingkap kuasa akan berubah ke atas dan ke bawah melalui pengawal selia tingkap untuk membuka atau menutup tingkap. Rajah 2.2 : Motor DC “Power Window” Pada penilitian pengkaji, motor dc “Power Window” akan dikontrol oleh arduino melalui relay, dan motor dc “Power Window” ini akan bekerja apabila arduino telah menerima data daripada tombol yang ada pada “Remote Control” dalam masa yang sama motor dc “Power Window” akan berputar mengerakkan tingkap secara naik dan turun sesuai dengan tombol yang di tekan.
10 2.5 MODEL PEMBANGUNAN PRODUK Dalam setiap proses pembangunan produk yang ingin ditambah baik perlu melalui sistem yang betul untuk mendapatkan hasil yang baik dalam perlaksanaan produk. Pemilihan produk dalam pembangunan produk haruslah bersesuaian dengan kajian yang dijalankan bagi memastikan bahan yang dihasilkan menepati objektif kajian yang dijalankan. Oleh itu, pemilihan model pembangunan produk adalah sangat penting dalam proses pembangunan produk. Model yang biasa digunakan dalam proses pembangunan produk adalah model EDP “Engineering Design Proses”. 2.5.1 MODEL EDP (ENGINEERING DESIGN PROSES) Proses “Engineering Design Process” (EDP) atau proses mereka bentuk kerja atau mesin yang digunakan untuk mengintegrasikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. EDP mempunyai variasi dan mempunyai lima langkah. Selain itu, EDP adalah kitaran di mana titik permulaan bagi pereka yang baru untuk memulakan proses dengan menggambarkan imaginasi pereka. Menurut dari kajian Haik, Y., Sivaloganathan, S., & Shahin, T. M. (2015). Bertajuk “Engineering Design Process” telh mengatakan model EDP boleh diklasifikasikan sebagai ciptaan peralatan atau sistem yang dicipta oleh manusia dan ianya tidak pernah wujud.
11 Rajah 2.3 : Carta Alir Model EDP Berdasarkan rajah 2.1 terdapat 5 Fasa yang ada di Carta Alir Model EDP. Antara 5 Fasa berikut ialah : FASA 1 : Mempunyai penyelesian masalah dengan melakukan penyelidikan latar belakang. Fasa ini menentukan masalah terhadap sasaran model yang ingin dibangunkan. Selain itu, objektif dan tujuan dalam pembangunan boleh dijadikan sebagai panduan terhadap matlamat yang ingin dicapai. Merujuk kepada fasa 1 ini juga penting kerana boleh memahami masalah yang dihadapi dan memahami keperluan orang lain. Oleh itu, dengan melakukan penyelidikan, pengkaji akan mendapatkan maklumat melalui pemerhatian untuk menyelesaikan masalah.
12 FASA 2 : Matlamat di peringkat ini adalah untuk mencipta pernyataan masalah yang bermakna dan boleh diambil tindakan. Langkah-langkah yang terlibat adalah membangunkan penyelesaian dan memilih penyelesaian. Proses kognitif adalah satu cara untuk menyelesaikan dengan usaha bagi mencapai matlamat. Penyelesaian juga harus dianalisis untuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk membangunkan projek ini. FASA 3 : Proses ini untuk pelbagai penyelesaian. Ianya juga termasuk dengan mengenalpasti masalah dan menentukan atau mencipta penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan masalah. Langkah-langkah yang terlibat juga adalah kerja membina prototaip. Pembinaan ini juga perlu kerana pengkaji perlu menitikberatkan kos yang berpatutan untuk mencapai keperluan yang dikehendaki. FASA 4 : Fasa ini adalah fasa menguji dan menilai projek yang dibangunkan. Hal ini penting untuk memastikan sama ada projek yang dihasilkan baik atau tidak dan boleh mendapat keputusan yang baik. Projek yang dihasilkan akan diuji dengan pengguna sebenar atau orang yang pakar dalam bidang projek yang dibangunkan. Projek juga boleh menjadi sistematik untuk hasil yang sebenar.
13 FASA 5 : Langkah-langkah telibat dalam fasa 5 ini adalah prototaip. ianya diuji menggunakan penyelesaian terbaik yang dikenal pasti semasa fasa prototaip. Pakar akan membantu dalam proses penambahbaikan dengan mereka bentuk semula projek jika ada kekurangan. Prototaip yang terbaik akan berfungsi dengan ujian dan nasihat daripada pakar. Menurut kajian yang dilakukan oleh Zamri, M.R (2020) yang bertajuk mereka bentuk kawalan “Industrial Robotic Arms” menggunakan PLC berasaskan IOT mengatakan bahawa model EDP yang digunakan dalam pembangunan produk adalah merupakan satu proses pintar dalam menentukan konsep bagi reka bentuk dan fungsinya untuk mencapai objektif pelanggan dan memenuhi keperluan pengguna. 2.6 RUMUSAN Dalam bab 2 ini. Maka pengkaji memilih model EDP sebagai rujukan pembangunan produk agar proses pembangunan dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur. Bab 3 akan menerangkan bagaimana kaedah pembangunan produk mengikut fasa-fasa yang telah ditetapkan secara terperinci. 2.1 menerangkan tentang projek yang dilakukan yaitu mesin pemampat tin automatik,kemudian 2.2 pula menerangkan tentang Kristeria bahan diamana bahan projek yang digunakan di dalam adalah allumunium dan besi dimana masing-masing bahan tersebut mempunyai unsur bahan sendiri. Manakala 2.3 pulak akan menerangkan tentang projek yang telah dilakukan oleh pelajar pada tahun yang sebelumnya kemudian pelajar baharu akan membuat inovasi terhadap mesin tersebut.
14 BAB 3 METODOLOGI 3.1 PENGENALAN Bab ini akan menerangkan berkenaan dengan setiap proses pembangunan secara teori dan konsep yang akan digunakan mengikut tuntutan dan perbincangan secara terperinci mengenai pembangunan mesin pemampat automatik. Metodologi kajian yang akan dijalankan ini bertujuan sebagai mendapatkan maklumat dan juga latar belakang mengenai proses memampat tin menggunakan pemampat sedia ada. Seterusnya, perkara yang perlu diberi perhatian adalah proses pelaksanaan pembangunan mesin pemampat tin automatik untuk mencapai objektif yang telah dinyatakan dalam bab sebelum ini. Selain itu, metadologi yang direka adalah membantu pengkaji dalam merancang dan memastikan kajian dapat dibangunkan dengan lebih sistematik. Oleh yang demikian, dalam bab ini akan dijadikan sebgai satu panduan kepada pengkaji agar proses pembanggunan mesin pemampat tin automatik ini dapat dilaksanakan mengikut prosedur yang telah dirancang oleh pengkaji. 3.2 REKABENTUK KAJIAN Reka bentuk projek merupakan satu proses untuk sampai kepada satu peringkat penyelesaian (kamil, 2008). Dalam kajian ini, model EDP “Engineering Design Process” telah dipilih oleh pengkaji. Model EDP “Engineering Design Process” secara umumnya merupakan sebuah model yang sering digunakan dalam dunia
15 pembangunan prototaip kerana model ini berasaskan prosedur kerja yang terkandung dalam model ini. Disamping itu juga, model EDP ini juga menyediakan cara untuk pengkaji memperoleh pemahaman yang lebih mendalam melalui pembelajaran dengan membuat yang merupakan prinsip konstruktivisme (William, Ma, Prejean, Ford & Lai, 2007). Walaupun ramai penyelidik telah membincangkan EDP, satu kenyataan yang sering diggunakan adalah dengan merujuk pada pandangan yang dinyatakan oleh (Dym et. al, 2005) mengenai definisi EDP sebagai reka bentuk kejuruteraan yang bersistematik. EDP merupakan satu proses yang mana pengkaji perlu menghasilkan, menilai, dan menentukan konsep untuk menghasilkan reka bentuk dan fungsinya agar mencapai objektif pelanggan atau memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Di dalam carta alir bagi menerangkan bagaimana proses bagi membangunkan sesuatu mengikut model EDP. Proses ini memainkan peranan yang amat penting dan pengkaji hendaklah mengikut fasa-fasa yang telah disusun. Oleh itu, rajah 3.1 menunjukan pelaksanaan projek bagi membangunkan produk ini. Rajah 3.1 menunjukan 8 langkah yang dinyatakan di dalam EDP. Kebanyakan model EDP boleh dikategorikan sebagai ciptaanperalatan atau sistem yang dicipta oleh manusia dan ianya tidak wujud sebelum ini atau membuat peningkatan terhadap produk sedia ada (Ertas, 1996). Menurut Lumsdaine et.al, 1999, reka cipta tidak akan timbul secara tiba tiba dan ianya adalah hasil daripada gabungan teknologi untuk memenuhi keperluan manusia atau menyelasikan masalah yang dihadapi. Reka bentuk juga adalah hasil daripada pereka yang cuba melakukan tugas dengan lebih cepat dan efisien. Aktivi reka bentuk berlaku dalam tempoh masa dan memerlukan metodologi bagi mengikut setiap langkah demi langkah. Apa yang membezakan EDP daripada jenis penyelesaian masalah yang lain adalah kaedah menentukan masalah dan mencari jalan penyelesaian yang betul akan dipilih. Menurut Khandani, 2005, hasil atau penyelesaian kepda masalah reka bentuk adalah satu sistem yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan.
16 Rajah 3.1 : “Model Engineering Design Process” (EDP) (National Academy of Engineering, 2018) 3.3 KERANGKA OPERASI Pengkaji menggunakan modal EDP ini sebagai modal panduan bagi penkaji dalam menyelesaikan masalah yang terdapat ketika pembangunan mesin pemampat automatik di bina. Bagi mendapatkan sebuah mesin yang jimat tenaga dan hemat masa,pengkaji membuat sebuah inovasi kepada mesin yang sebelum ini mengunakan tenaga manusia kemudian dijadikan kepada automatik yang akan digunakan terhadap bahan yang bersifat aluminium. Kerangka operasi dalam kajian ini menerangkan tentang perjalan proses pembinaan mesin daripada awal hingga akhir proses pembinaan mesin,kerangka operasi ini jelas membutikan bahawa dalam penghasilan sebuah produk
17 memerlukan garis panduan yang betul agar mudah pengkaji membuat kajian pada landasan yang betul. Maka ada bebrapa perkara penting yang perlu ditekankan dalam penghasilan produk ini. Pada peringkat awal kajian,pengkaji harus mengenal pasti masalah yang ada pada kajian.Langkah ini adalah amat penting dalam mengkaji masalah yang dihadapi kemudian barulah dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.Langkah awal ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan pada sebuah kajian yanhg berkesan dan baik. Selain itu, kajian ini membantu pengkaji daripada kekeliruan semasa menjalankan kajian,kemudian menjadikan kerja lebih teratur dan sistematik.kajian yang baik adalah kajian yang dapat disiapkan dalam tempoh masa yang sudah tetapkan. Setelah pengkaji membuat pengenalpastian masalah dapat diketahui,maka pengkaji haruslah melakukan analisis kajian seperti objektif menjalakn kajian dan skop menjalankan kajian. Hal ini adalah amat penting dalam memastikan masalahh yang dihadapi selari dengan objektif kajian seterusnya menyelesaikan permasalahan kajian yang berlaku. Melalui analisis kajian,pengkaji akan menjalankan kajian secara literatur agar dapat memahami lebih mendalam tentang kajian yang dibincangkan. Hal ini mempengaruhi pada pengetahuan dan pemahaman pengkaji dalam menjalankan kajian bagi mengelakkan sebarang kesalahan. Seterusnya, langkah berikutnya pengkaji melakukan pemilihan metodologi kajian yang bersesuaian dengan tema kajian yang akan dijalankan. Ini kerana, bertujuan sebagai pelan perancangan kepada pengkaji dalam menjalankan kajian yang lebih sistematik dan teratur. Berdasarkan rajah 3.2 menunjukan kerangka operasi dalam pelaksanaan proses pembangunan mesin pemampat tin automatik.
18 Rajah 3.2 : Kerangka Operasi Projek Kerangka Operasi Projek pada Rajah 3.2 menunjukkan turutan dan panduan yang tersedia dalam model EDP (engineering design process) untuk menjana idea dan gerak kerja pembangunan mesin pemampat tin automatik. Tambahan pula, Kerangka ini dapat membantu pengkaji merancang pembangunan produk dengan lebih sistematik. Model ini juga diguna pakai kerana pendekatan yang digunakan adalah amat efektif untuk menyelesaikan masalah di peringkat awal (Ismail, Utami, Ismail, Hamzah & Harun, 2014). Di samping itu, penggunaan model EDP “Engineering Design Process” dalam pembangunan mesin pemampat tin automatik ini juga bersesuaian dengan latar belakang kajian ini.
19 Hal ini demikian kerana menurut Wind, S., Alemdar, M., Lingle, J.A., Gale, J.D., & Moore, R.A (2017) proses yang terkandung di dalam model EDP (engineering design process) masih lagi kekal sebagai salah satu kaedah yang paling efektif untuk menghasilkan produk. (Fasa Pertama) ➢ Mengenal Pasti Masalah : - Mengenal pasti masalah kemudian mendapatkan maklumat dalam peremasalahan. ➢ Penelitian Masalah : - Menjalankan kajian literatur bagi mendapatkan maklumat yang penting untuk menyelesaikan masalah. (Fasa Kedua) ➢ Membuat Kemungkinan Penyelesaian : - Penyelesaian maslah di bangunkan untuk digunakan bagi membina produk yang dapat membantu. ➢ Pemilihan Kemungkinan Penyelesaian : - Penyelesaian yang terbaik dipilih untuk membina produk dan menyelesaikan masalah. (Fasa Ketiga) ➢ Membangun Prototaip : - Proses pembinaan produk dengan menentukan komponen dan perisian yang dunakan dalam produk yang di bina.
20 (Fasa Keempat) ➢ Menguji dan Menilai : - Produk yang dihasilakan akan diuji oleh pengguna dan akan di nilai kebolehfungsian oleh pakar. (Fasa Kelima) ➢ Menyampai Penyelesaian : - Maklum balas dari pakar dan pengguna yang telah menguji produk yang dibangunkan. ➢ Reka Rentuk Semula : - Projek yang dibina akan direka semula sekiranya tidak memenuhi kehendak pengguna. 3.4 FASA 1 : MENENTUKAN MASALAH DAN LATAR BELAKANG PROJEK. Langkah-langkah yang terlibat pada fasa pertama merujuk pada Model EDP adalah: 1. Menentukan Masalah Fasa pertama di dalam Model EDP “Engineering Design Process” adalah peringkat analisis. Proses analisis ini merangkumi skop permasalahan dan keperluan serta objektif produk yang hendak dibangunkan. Analisis yang dikaji adalah bagi mencari dan menghurai punca-punca masalah, kelebihan serta kekurangan yang berkemungkinan bakal dihadapi ketika pelaksanaan kajian ini. Selain itu, analisis perlulah diberi perhatian dari segenap aspek terhadap projek yang bakal dibangunkan agar menepati objektif sebenar pembangunan produk.
21 2. Melakukan Penyelidikan Latar Belakang Projek. Pernyataan masalah amatlah penting dalam suatu penyelidikan yang akan dijalankan. Pernyataan masalah merupakan isu yang akan dikaju dalam sesuatu penyelidkan. Oleh itu, penyelidik hendaklah memhami dan menerangkan bagaimana projek berkenaan perlu dijalankan. Selain daripada itu, pernyataan masalah boleh didapati dengan membuat temu bual dengan pensyarah pemesinan industri tentang keperluan dalam menghasilkan produk ini. Melalui temu bual ini, beberapa objektif telah dikenal pasti sebelum pengkaji mereka bentuk produk yang ingin dibangunkan. Pengkaji juga telah mendapatkan pandangan daripada pensyarah pemesinan industri berkenaan hal ini. Beliau juga menyarankan agar pengkaji meneruskan kajian ini memandangkan mesin pemampat tin sedia ada ini mempunyai banyak kekurangan, iaitu berat dan tidak realable untuk memampatkan tin dengan mudah. Seterusnya adalah, pengkaji membuat pencarian maklumat berkaitan projek yang mempunyai kaedah hampir sama dengan projek yang bakal dibangunkan dengan membuat rujukan di laman web. Selain itu, komponen, peralatan, bahan dan mekanisma yang telah digunakan dalam pembangunan kajian terdahulu dijadikan panduan dan diubahsuai serta dipadankan dengan produk yang bakal dibangunkan ini. Kaedah seterusnya, adalah menggunakan laman sesawang sebagai platform untuk membuat analisis. Analisis melalui laman sesawang digunakan adalah bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai cara dan mekanisma terbaik untuk membangunkan produk ini. Tambahan pula, pencarian melalui internet juga melalui platform seperti Google Scholar sedikit sebanyak dapat membantu dalam penghasilan idea untuk reka bentuk yang bersesuaian dengan kajian ini.
22 3.5 FASA 2 : MEMBANGUN DAN MEMILIH PENYELESAIAN TERBAIK Langkah-langkah yang terlibat pada fasa kedua dengan merujuk model EDP adalah: 1. Membangunkan beberapa penyelesaian. Penyelesaian masalah adalah sesuatu aktiviti yang mencari satu jalan penyelesaian yang terbaik dan strateginya ialah dengan membangunkan pelbagai penyelesaian dan membuat keputusan untuk memilih yang terbaik. Di dalam kajian ini, proses kognitif sebagai satu cara di mana maklumat digunakan sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik demi mencapai matlamat. Penyelesaian dianalisis untuk mendapatkan yang terbaik dan sesuai bagi membantu projek ini hingga berjaya. 2. Memilih Penyelesaian Terbaik. Apabila penyelesaian yang terbaik sudah dibangunkan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Penyelesaian terbaik dapat dipilih apabila beberapa pilihan penyelesaian tidak sesuai untuk diggunakan. Pengkaji telah mengenal pasti masalah yang berlaku berdasarkan analisis yang telah dikenal pasti. Daripada permasalahan yang timbul, pengkaji telah membuat keputusan untuk membangunkan Mesin Pemampat Tin “Power Window” Automatik untuk memudahkan kerja dalam proses pemampatan tin.
23 3.6 FASA 3 : PEMBANGUNAN PROTOTAIP Langkah-langkah yang terlibat pada fasa kedua dengan merujuk model EDP adalah : Membangunkan Mesin Pemampat Tin “Power Window” secara prototaip bakal menjadi satu produk yang boleh digunakan dan memberi manfaat kepada pengguna di peringkat industri kitar semula, kehidupan seharian dan syarikat yang menggunakan bahan aluminium seperti syarikat air minuman tin dan syarikat pembungkusan makanan yang diperbuat daripada timah aluminium foil. Fasa pembangunan prototaip Mesin Pemampat Tin “Power Window” dibangunkan secara teratur dan sistematik serta mengambil masa yang lama. Hal ini dikatakan kerana menitikberatkan aspek keselamatan, kewangan dan keselesaan pengguna agar produk tersebut selamat untuk digunakan dan kos fabriknya adalah bersifat mampu milik dan ekonomi. Pada bahagian ini, untuk mempertimbangkan dan pemilihan reka bentuk yang akan dibangunkan, pengkaji mencadangkan beberapa idea reka bentuk. Kaedah Matrik Pembangunan Reka Bentuk ini digunakan untuk memilih reka bentuk yang sesuai. Hal ini amat mustahak karana ia akan menentukan dama ada pengkaji telah berjaya mencapai objektif kajian atau sebaliknya berdasarkan aspek-aspek teknikal pada produk.
24 I. Lakaran Reka Bentuk Pertama Rajah 3.3 : Lakaran Reka Bentuk Pertama Pada rajah 3.3 lakaran reka bentuk pertama ini ialah Mesin Pemampat Tin Manual ia bersifat tetap dan teguh. Tuil yang ada pada pemampat tin itu digunakan untuk memampatkan tin dengan memutarkan tuil ke arah jam. Seterusnya, Silinder Pemampat Tin adalah tempat untuk meletakkan tin yang akan dimampatkan. Mesin Pemampat Tin Manual ini diletakkan diatas permukaan meja dan silinder pemampat tin itu di kimpal diatas permukaan meja supaya silinder pemampat tin tidak bergerak ketika melakukan proses pemampatan tin secara manual.
25 II. Lakaran Reka Bentuk Kedua Rajah 3. 4 : Lakaran Reka Bentuk Kedua Pada rajah 3.4 lakaran reka bentuk kedua ini, Mesin Pemampat Tin “Power Window” Automatik ini boleh diubah kedudukannya. Hal ini dikatakan kerana kaki pada silinder pemampat tin ini tidak bersatu dan membuatkan kedudukannya boleh diubah. Lakaran ini ditambah dengan “Drive Shaft” dan motor “Power Window”. Motor “Power Window” berfungsi untuk menjana tenaga kepada “Drive Shaft” untuk membantu ketika proses pemampatan tin.
26 III. Lakaran Reka Bentuk Ketiga Rajah 3.5 : Lakaran Reka Bentuk Ketiga Pada rajah 3.5 lakaran reka bentuk ketiga ini, pengkaji menambah lakaran seperti kotak penampung bahan yang berbentuk segi empat sama. Kotak penampung bahan ini boleh menampung tin yang banyak. Terdapat tambahan lakaran yang dilakar oleh pengkaji iaitu empat biji roda meja di mesin pemampat tin “Power Window” Automatik. Hal ini akan memudahkan pengguna untuk mengalihkan mesin pemampat tin “Power Window” Automatik ini ke tempat yang lain. Selain itu, pengkaji juga melakarkan lubang buangan tin. Fungsi lubang buangan ini untuk mengeluarkan tin yang dimampatkan ke dalam kotak penampung bahan. Meja yang dilakar pada lakaran ketiga ini juga ditambahbaik agar dapat
27 memudahkan pengguna untuk menggunakan mesin pemampat tin “Power Window” Automatik ini. Pengkaji berpendapat dengan menggunakan motor “Power Window” ini, proses pemampat tin ini akan berlaku dengan lebih cepat dan tidak memerlukan tenaga yang banyak kepada pengguna. Walaubagaimana pun, reka bentuk ini tidak muktamad dan perlu ditambah baik dari masa ke masa agar proses pemampatan ini dilaksanakan dengan baik. Seterusnya, fasa ini merangkumi aspek seperti reka bentuk produk, jenis bahan yang bakal digunakan, dan peralatan yang perlu digunakan dalam menghasilkan produk ini. Tambahan pula, reka bentuk yang dihasilkan juga mengambil kira faktor-faktor utama reka bentuk yang mementingkan keselamatan serta mesra pengguna serta mudah untuk dikendalikan.
28 3.6.1 PEMILIHAN BAHAN DAN KOMPONEN Beberapa bahan dan komponen perlu dipertimbangkan dalam menghasilkan reka bentuk produk yang sebenar untuk memastikan ianya sesuai dengan spesifikasi yang telah ditetapkan.Bahan dan komponen ini amatlah penting dimana ianya merangkumi aspek fizikal dalam pembinaan mesin pemampat automatik. Pengetahuan tentang kaedah pembuatan dan pemilihan bahan amatlah penting dalam mereka bentuk sebuah produk agar dapat memastikan produk yang dibangunkan dapat difabrikasikan dengan mudah,kos yang berpatutan dan mudahdikendalikan. Jadual 3.1 menunjukan bahan dan komponen yang akan digunakan bagi membangunkan produk ini. BIL. KOMPONEN 1. Besi/Steel/Keluli Lembut 2. Bold & Nut 3. Power Window 4. Roda Jadual 3.1 : Bahan dan Komponen Yang Digunakan
29 3.6.2 PENYEDIAAN MESIN DAN ALATAN YANG AKAN DIGUNAKAN Penyediaam mesin dan alatan yang akan digunakan adalah sangat penting untuk proses pembangunan mesin Pengemik Tin dimana ini merujuk kepada proses fabrikasi yang akan digunakan untuk menyambung dan mengikat setiap komponen dan struktur bagi alatan yang akan dibina. Pemilihan proses fabrikasi yang sesuai adalah amat penting bagi memastikan produk ini selamat dan mesra pengguna. Mesin dan alatan yang terlibat dalam kajian ini ditunjukkan pada jadual 3.2 diantaranya ialah :
30 Mesin/Alatan Penerangan Mesin Kisar Kegunaanya : - Remotong beberapa bahagian luar dan dalam ruang silinder pemampat tin untuk memasukkan beberapa bahagian. ( Sumber: https://hupshenghardware.com/product/waytrainue916a-horizontal-bandsaw-for-metal-225mm9- 1100w-285kg-1phase/ ) “Bandsaw Cutting Machine” Kegunaannya : - Membuat pemotongan pada bahagian pemampat tin yang lurus seperti bahagian kaki dan pergerakan pemampat. “Hand Drill” Kegunaannya : - Untuk melakukan kerja-kerja drill pada bahagian alat.
31 ( Sumber : https://ph.element14.com/bosch/gsb13re-2/impact-drill-600w-uk/dp/1776486 ) ( Sumber : https://www.practicalmachinist.com/vb/general/tnut-sizing-milling-down-too-large-t-nuts-327395 ) “Set Bolt, Nut dan Washer” Kegunaannya : - Memegang dan mengikat ketika bahagianbahagian mesin pemampat supaya tegap. ( Sumber : https://www.fruugo.my/weldingmachine-220v-dc-inverter-igbt-electric-weldersoldering-for-welding-beginner-home-diywelding-machine/p-171167831-366002943 ) “Welding Tools & Machine” Kegunaannya : - Digunakan untuk menyambungkan beberapa komponen dalam keadaan kekal. Jadual 3.2 : Mesin dan Alatan Yang Terlibat
32 3.7 FASA 4 : PENGUJIAN DAN PENILAIAN Langkah-langkah yang terlibat pada fasa kedua dengan merujuk model EDP adalah: 1. Menguji dan Menilai Ujian adalah fasa yang amat penting kerana untuk memastikan atau mendapatkan keputusan yang terbaik dalam menghasilkan prototaip. Setelah prototaip dibangunkan, ujian boleh dilakukan oleh pengguna sebenar atau orang yang pakar dalam bidang Pemesinan seiring dengan projek yang akan dibangunkan dan juga boleh menjadi sistematik untuk memastikan hasil sebenar dibandingkan dan sama dengan hasil yang dimahukan. Penilaian adalah satu tahap di mana produk yang dibuat perlu disediakan untuk mengukur dan mendapatkan maklum balas pakar dalam bidang pemesinan. Dalam fasa penilaian ianya akan dilakukan oleh tiga orang pakar terhadap keberkesanan produk yang telah dihasilkan samada ia dapat memuaskan hati pemakai atau tidak. Selain itu, penilaian akan dilakukan adalah selari dengan objektif yang telah ditetapkan serta tujuan penghasilan mesin pemampat tin daripada mesin kisar. Di samping itu, penilaian mesin ini termasuk dari segi reka bentuk, kebolehfungsian dan juga kesesuaian dalam industri. Setelah mendapat penilaian daripada pihak tertentu pengkaji dapat menyimpulkan bahawa mesin pemampat tin yang dihasilkan ini adalah relevan untuk dibangunkan. Tambahan pula, apabila selesai proses pembangunan mesin pemampat tin ini, proses penilaian dilakukan bagi mengenalpasti adakah mesin pemampat tin yang dibangunkan mencapai objektif ataupun tidak mecapai objektif. Pengkaji memilih pakar dalam bidang masing-masing untuk membuat penilaian ke atas mesin pemampat tin ini. Pengkaji memilih penilai yang mempunyai kemahiran dalam bidang dan berpengalaman dalam bidang pemesinan. Pemilihan ini
33 dilakukan kerana individu yang berpengalaman dalam bidang pemesinan adalah individu yang paling layak untuk menilai produk ini. Antara yang terlibat dalam proses penilaian adalah pensyarah dan pembantu jurutera Kolej Vokasional Labuan (KVL) serta penggiat di industri dalam bidang pemesinan. Penilaian yang diberikan oleh pakar penilai akan dibincangkan pada bab yang seterusnya. Pengujian yang dilakukan ini adalah merupakan satu proses yang sangat berguna dalam mengenalpasti keperluan untuk mesin pemampat tin supaya selari dan tidak terpesong daripada objektif asal kajian. Pengkaji telah menyenaraikan beberapa cadangan pengujian yang telah dijalankan terhadap produk mesin pemampat tin ini dapat dilihat dalam jadual 3.3.
34 Jadual 3.3 : Elemen Pengujian Projek Berdaarkan Objektif Kajian Objektif Aspek Pengujian Keputusan Mereka Bentuk Mesin Pemampat Tin Fungsi Ya/Tidak Rupa Bentuk Sesuai/Tidak Ergonomik Ya/Tidak Praktikal Ya/Tidak Keselamatan Ya/Tidak Bahan Pemilihan Bahan Mengikut Kesesuaian Membangunkan Mesin Pemampat Tin Ketahanan Ya/Tidak Getaran Ya/Tidak Berat Sesuai/Tidak Menguji Kebolegfungsian Mesin Pemampat Tin Ketagihan Produk Ya/Tidak Kualiti Pemotongan Ya/Tidak Ketepatan Pemotongan Ya/Tidak
35 3.8 FASA 5 : MAKLUM BALAS DARI PENGGUNA Langkah-langkah yang terlibat pada fasa kelima dengan merujuk pada Model EDP adalah: 1. Berkomunikasi mencari penyelesaian Prototaip yang baik adalah prototaip yang berfungsui mengikut kehendak objektif dan mendapat proses pengujian. Proses ini amat penting untuk mendapatkan maklumat jika produk yang dihasilkan ini dapat memberikan faedah atau kebaikan kepada pengguna dan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Maklum balas dari pakar dan pengguna teramatlah berharga kerana maklum balas merupakan sebuah maklumat bagi menambah baik keadaan produk yaang direka dengan baik 2. Mereka bentuk semula Mereka bentuk semula dilakukan apabila sesuatu produk itu selesai dibangunkan secara keseluruhannya. Fasa ini hanya dilakukan oleh pengkaji setelah terdapat beberapa masalah yang timbul dan memastikan produk dapat berfungsi dengan baik. Hal ini adalah amat penting, kerana bukan sahaja produk yang dibangunkan dapat berfungsi dengan baik, malah dapat mencapai objektif yang ingin dicapai pada akhir kajian. Di samping itu juga, fasa ini amat penting dalam pembangunan mesin pemampat tin kerana aspek keselamatan, kefungsian dan kepelbagaian adalah amat penting bagi memberikan keyakinan kepada pengguna untuk menggunakan mesin pemampat tin ini kelak.
36 3.9 RUMUSAN Kesimpulanya, proses pembangunan Mesin Pemampat Tin ini sangatlah penting dikeranakan ia memerlukan kerja-kerja yang telilti serta teratur terutama dari segi ukuran dan jenis bahan agar dapat digunakan dengan lancar mengikut perancangan. Bagi mencapai objektif utama pembangunan produk ini pengkaji mesti melakukan pemilihan dan spesifikasi dengan betul agar perancangan yang telah ditetapkan. Di samping itu, setiap proses operasi yang dijalankan perlu mengikyut carta alir yang dibentuk agar gerak gerik kerja kajian yang dilakukan dapat dilakukan dengan lancar mengikut masa yang telah ditetapkan.
37 BAB 4 REKA BENTUK PRODUK 4.1 Pengenalan Bab ini menerangkan bagaimana reka bentuk produk itu terhasil secara terperinci dengan bantuan software yang digunakan iaitu Autodesk Inventor 2019. Selain daripada itu,ada beberapa perkara yang akan dibincangkan dalam bab 4 ini.Antara perkara yang akan dibincangkan ialah reka bentuk produk,carta alir,kemudian membuat analisis reka bentuk produk dan membuat jadual. Dalam masa yang sama, pengkaji telah membhuat penyusunan langkah kerja bagi memudahkan lagi pengkaji melakukan proses reka bentuk produk dengan bantuan computer agar projek ini berjalan dengan lancar dan lebih rapi. 4.2 Reka Bentuk Produk Mesin pemampat tin automatik ini adalah sebuah produk yang diibina bagi memampat tin secara automatik, bukan itu sahaja dia juga mampu memampat besi yang bersifat aluminium. Proses pemampatan berlaku apabila bahan yang digunakan bersesuaian dan jenis bahan yang ingin di mampatkan. Selain daripada itu, Mesin pemampat tin automatik ini juga ditambah dengan tempat penampung tin dan dapat menjimati ruang pemyimpanan dengan
38 reka bentuk yang berbentuk segi empat sama. Seterusnya mesin pemampat tin automatik ini juga mudah alih dan senang untuk di bawa kemana sahaja kerana pada bahagian bawah mesin diletakkan roda 4.2.1 Carta Alir Reka Bentuk Produk Dalam carta alir reka bentuk produk berbantu komputer ini ada beberapa langkah yang disediakan agar mudah pengkaji melaksanakan dan membangunkan pembuatan produk perancangan kerja. Dalam masa yang sama melakukan perancangan kerja yang lebih sistematik. YA TIDAK