The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BERNDICARE NICHOL BERNARD
NUR FARRARENA BINTI KASIM MUHAMMED HAZIQ MUQTADIR BIN RAZALI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AKMAL BIN HASHIM (KV-WHA1099), 2024-03-25 00:20:27

MESIN PEMAMPAT TIN AUTOMATIK

BERNDICARE NICHOL BERNARD
NUR FARRARENA BINTI KASIM MUHAMMED HAZIQ MUQTADIR BIN RAZALI

Keywords: KOLEJ VOKASIONAL LABUAN

39 Rajah 4.1 : Carta Alir Proses Reka Bentuk Secara Simulasi Berdasarkan carta alir di atas mesin pemampat tin automatik, pengkaji telah pun membuat analisis terhadap masalah yang timbul di mana pengkaji membuat pemerhatian dan temubual terhadap masalah yang timbul dalam pembinaan mesin pemampat tin automatik ini. Selain daripada itu, pengkaji juga membuat reka bentuk dan konsep yang sesuai dengan keadaan bengkel dengan lakaran produk melalui pakar mengenai konsep dan lakaran produk yang bersesuian. Setelah membuat perbincangan dan mendapat persetujuan daripada pakar, pengkaji meneruskan dengan membuat reka bentuk dengan lebih terperinci yang telah dibincangkan bersama pakar semasa membuat reka bentuk yang sebelumnya. Proses reka bentuk diteruskan dengan pembangunan produk dimana dalam fasa ini pembangunan produk yang di bantu dengan komputer menggunakan perisian Autodesk Inventor 2019 agar mesin pemampat tin automatik ini dpat dilihat secara simulasi. 4.3 Mengenal pasti masalah dan keperluan produk Dalam proses pembangunan sesuatu produk ini merupakan satu permulaan dan rujukan kepada pengkaji untuk membuat analisis masalah yang dihadapi oleh pengguna mesin pemampat tin yang sebelumnya di kerjakan secara manual ataupun tenaga manusia yang menyebabkan proses kerja lebih perlahan. Melalui pemerhatian yang dilakukan, pengkaji mendapati proses memampat tin yang sebelum ini sangat mengambil masa yang lama untuk mempat sebiji tin alluminium. Dalam setiap proses memampat tin mengambil masa 3-7 minit untuk memampat sebiji tin alluminium,itu juga memberi kesan kepada pekerja dimana mereka harus memampat tin secara manual dan mengalami kelelahan dengan cepat. Oleh kerana itu,pengoperasian yang dilakukan amatlah mengambil masa yang cukup banyak bagi memampat tin dalam jumlah yang banyak dalam masa yang singkat.


40 4.4 Proses Fasa Analisis Reka Bentuk Berdasarkan Kriteria. Di dalam fasa ini, pengkaji mendapat idea daripada permasalahan yang berlaku ketika membuat pemerhatian dan temubual terhadap pengendali atau pekerja yang berkerja dalam bidang pemesinan industri. Pengkaji mendapati bahawa mesin pemampat tin yang sedia ada adalah tidak sesuai untuk digunakan kerana ianya digunakan secara manual dan menggunakan tenaga kerja. Pengkaji juga telah mendapatkan pandangan daripada pengendali atau pekerja pemesinan industri dan menyarankan agar pengkaji dapat mereka bentuk dan membangunkan sebuah mesin pemampat tin automatik untuk proses pemampatan tin. Selain itu, satu borang matrik pemilihan reka bentuk telah diedarkan kepada tiga orang pakar dalam bidang pemesinan industri di sekitar bengkel pemesinan industri Kolej Vokasional Labuan dan dapat dilihat daripada jadual 4.1, 4.2 dan 4.3 di bawah bagi mengumpul data untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai lakaran idea produk di samping dapat melihat keperluan dan ciri-ciri khas yang diperlukan bagi mereka bentuk produk tersebut dengan menggunakan perisian AutoDesk Inventor 2019.


41 Jadual 4.1 : Borang Matrik Pakar Pertama Merujuk daripada jadual 4.1 skor reka bentuk 1 dalam borang matrik pemilihan reka bentuk daripada tiga pakar penilai menunjukan bahawa masing-masing memberikan skor 15, 16 dan 15. Hasil jumlah kesulurahan skor yang diberikan oleh pakar adalah sebanyak 46. Reka Bentuk 1 Aspek Skala Pemarkahan Pakar 1 Pakar 2 Pakar 3 Fungsi 3 4 2 Rekabentuk 3 3 2 Ekonomi 3 3 4 Praktikal 3 3 3 Keselamatan 3 3 4 Jumlah 15 16 15


42 Jadual 4.2 : Borang Matrik Pakar Kedua Merujuk daripada jadual 4.2 skor reka bentuk 2 dalam borang matrik pemilihan reka bentuk daripada tiga pakar penilai menunjukan bahawa pakar 1 dan pakar 2 memberi skor yang tertinggi mengikut keperluan dan ciri-ciri khas yang terdapat daripada reka bentuk yang kedua. Hasil jumlah keseluruhan skor bagi reka bentuk 2 adalah sebanyak 51. Reka Bentuk 2 Aspek Skala Pemarkahan Pakar 1 Pakar 2 Pakar 3 Fungsi 4 4 3 Rekabentuk 3 3 3 Ekonomi 3 3 3 Praktikal 4 4 3 Keselamatan 4 4 3 Jumlah 18 18 15


43 Jadual 4.3 : Borang Matrik Pakar Ketiga Manakala daripada jadual 4.3 pula skor reka bentuk 3 dalam borang matrik pemilihan reka bentuk daripada tiga pakar penilai menunjukan bahawa pakar 3 juga masih memberi skor yang tertinggi mengikut keperluan dan ciri-ciri khas yang terdapat daripada reka bentuk yang ketiga. Hasil jumlah keseluruhan skor bagi reka bentuk 3 adalah sebanyak 66. Setelah diteliti, reka bentuk 3 adalah mempunyai skor yang paling tinggi iaitu sebanyak 66 kerana terdapat ciri-ciri tambahan dan juga reka bentuk yang Reka Bentuk 3 Aspek Skala Pemarkahan Pakar 1 Pakar 2 Pakar 3 Fungsi 5 4 4 Rekabentuk 4 5 5 Ekonomi 4 4 3 Praktikal 5 5 4 Keselamatan 4 5 5 Jumlah 22 23 21


44 sesuai apabila digunakan pada pemampat tin ketika proses pemampatan dilakukan. Ciri-ciri tambahan pada reka bentuk yang ke tiga adalah dengan mempunyai tempat penampung tin, tayar agar memudahkan pengguna untuk memindahkan pemampat tin itu di mana-mana sahaja dan power window untuk menjadikan pemampat tin manual kepada automatik. Selepas membuat pertimbangan melalui skor yang diperoleh dari ketigatiga pakar berkenaan melalui borang yang telah diedarkan, pengkaji telah membuat keputusan untuk memilih lakaran reka bentuk yang ketiga untuk dijadikan rujukan semasa membuat model 3D menggunakan perisian AutoDesk Inventor 2019. 4.5 Proses Penentuan Spesifikasi Reka Bentuk Di dalam fasa ini pengkaji telah membuat reka bentuk mesin pemampat tin yang dikhususkan untuk memampatkan tin aluminium. Bagi tujuan ini, pengkaji menggunakan perisian Autodesk Inventor 2019 untuk mereka bentuk produk secara CAD (Komputer Aided Design) dengan lebih memfokuskan terhadap lukisan yang lebih terperinci. Penentuan reka bentuk yang terdiri daripada keselamatan dan kebolehfungsian sesuatu produk sebelum produk sebenar dihasilkan. Pekara ini bertujuan bagi memastikan produk ini adalah selamat digunakan dan ianya boleh berfungsi dengan baik mengikut kehendak objektif yang ditetapkan oleh pengkaji. 4.5.1 Reka Bentuk Terperinci Mesin Pemampat Tin Automatik Dalam mengilhamkan reka bentuk yang terbaik, pengkaji menggunakan perisian Autodesk Inventor 2019 untuk membuat reka bentuk berbantu komputer (CAD) yang kemudianya akan dijadikan lukisan draf mekanikal yang lebih terperinci.


45 Merujuk pada rajah 4.2 di bawah menujukan reka bentuk secara terperinci ini dilukis dengan mengikut spesifikasi bagi ukuran sebenar produk yang akan dibangunkan. Manakala pada rajah 4.4 sehingga 4.37 adalah menujukan bahagian-bahagian yang telah dipecahkan menjadi beberapa bahagian yang membawa ukuran yang berlainan dan mempunyai fungsi-fungsi yang ditetapkan. Pada bahagian badan mesin pemampat tin automatic ini terdapat beberapa fungsi dan peranan masing-masing seperti pada rajah 4.4 dan 4.6 dimana kedua-duanya merupakan komponen yang melengkapi satu sama lain untuk memampat Tin aluminum nama komponen tersebut adalah Badan pemampat Tin aluminum dan Silinder pemampat Tin. Pada Rajah 4.8 terdapat sebuah komponen yang bernama Penampung Tin Yang Dimampatkan yang berfungsi untuk menyimpang dan menyambut tin yang telah di mampatkan. Pada Rajah 4.10 dan 4.12 pula merupakan Bolt dan Nut yang digunakan sebagai pengikat beberapa komponen yg terdapat pada projek ini. Pada rajah 4.14 terdapat komponen yg bernama pemegang silinder yang berfungsi sebagai pemegang silinder pemampat Tin . Pada rajah 4.16 terdapat komponen Roda yang digunakan untuk membantu pergerakkan projek ini agar senang di bawa kemana sahaja. Pada rajah 4.18 terdapat komponen “swith button” yang merupakan butang pergerakkan arah silinder pemampat tin. Pada rajah 4.20 merupakan komponen Pemegang Roda yang berfungsi untuk memegang roda pada Projek ini. Pada rajah 4.22 pula merupakan meja mesin pemampat tin yang merupakan tempat pemegang komponen 4.14 iaitu Pemegang Silinder pemampat tin . Pada rajah 4.24 terdapat komponen Power Window yang berfungsi untuk menggerakkan Silinder pemampat Tin untuk mempat Tin. Pada rajah 4.26 terdapat komponen “Button On/Off’ yang berfungsi untuk mengalirkan dan memotong arus elektrik dari dari komponen rajah 4.36 iaitu Bateri . Pada rajah 4.28 terdapat komponen Kaki Meja yang berfungsi untuk mendirikan projek mesin ini. Pada rajah 4.30 terdapat sebuah komponen yang berfungsi untuk memang power window . Pada rajah 4.32 pula meruapakan pemegang thread silinder yang berfungsi untuk membantu proses pemampatan Tin pada komponen silinder pemampat tin pads rajah 4.6. . Pada rajah 4.34 Terdapat komponen Plat roda yang berfungsi untuk memegang pemegang Roda menggunakan bolt dan nut . Pada rajah 4.36 adalah komponen untuk menyediakan tenaga pada power window iaitu komponen Bateri.


Rajah 4.2 : Reka Bentuk 3 Dim


46 mensi Mesin Pemampat Tin Automatik


Rajah 4.3 : Pandangan Isom


47 metrik Mesin Pemampat Tin Automatik


Rajah 4.4 : Reka Bentuk Bad


48 dan Silinder Pemampat Tin Aluminium


Rajah 4.5 : Lakaran Reka Bentuk


49 k Terperinci Badan Silinder Pemampat Tin


Rajah 4.6 : Reka Be


50 entuk Silinder Pemampat Tin


Rajah 4.7 : Lakaran Reka Be


51 ntuk Terperinci Silinder Pemampat Tin


Rajah 4.8 : Reka Bentuk P


52 Penampung Tin Yang Dimampatkan


Rajah 4.9 : Lakaran Reka Ben


53 ntuk Terperinci Tempat Penampung Tin


Rajah 4.10


54 0 : Reka Bentuk Bolt


Rajah 4.11 : Lakaran


55 n Reka Bentuk Terperinci Bolt


Rajah 4.12


56 2 : Reka Bentuk Nut


Rajah 4.13 : Lakaran


57 n Reka Bentuk Terperinci Nut


Rajah 4.14 : Reka


58 Bentuk Pemegang Silinder


Rajah 4.15 : Lakaran Reka B


59 Bentuk Terperinci Pemegang Silinder


Rajah 4.16


60 : Reka Bentuk Roda


Rajah 4 17 : Lakaran


61 Reka Bentuk Terperinci Roda


Rajah 4.18 : Rek


62 ka Bentuk “Switch Button”


Rajah 4.19 : Lakaran Reka


63 a Bentuk Terperinci “Switch Button”


Rajah 4.20 : Reka


64 a Bentuk Pemegang Roda


Rajah 4.21 : Lakaran Reka


65 Bentuk Terperinci Pemegang Roda


Rajah 4.22 : Reka Ben


66 ntuk Meja Mesin Pemampat Tin


Rajah 4.23 : Lakaran Reka Bent


Click to View FlipBook Version