FOLIO KOR SISPA APM KADET SEMESTER 4
NAMA : PKS MUHAMMAD NAJMI NAIM BIN
MUSTAFFA
NO. KAD PENGENALAN :
NO. ANGKA GILIRAN :
UNIT : BMMB1
KURSUS : PISMP BAHASA MELAYU
AMBILAN : JUN 2021
PENSYARAH : TUAN ANUAR BIN MOHD ZAIN
PROFIL DIRI
NAMA : MUHAMMAD NAJMI NAIM BIN MUSTAFFA
NO. KAD PENGENALAN :
KUMPULAN/UNIT : BMMB1
KURSUS/ SEMESTER : PISMP SEMESTER 4
AMBILAN : JUN 2021
ALAMAT E-MEL : [email protected]
ALAMAT RUMAH : NO 5 TAMAN PELANGAI RAYA, SIMPANG
NO. TELEFON PELANGAI, 28740 BENTONG, PAHANG
:
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
BAHAGIAN 1:
PERLEMBAGAAN
PERTUBUHAN
BUKU LOG KOR SISPA 1
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
PENGENALAN KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM (KOR SISPA)
IPT merangkumi Universiti Awam / Institut Pendidikan Tinggi Swasta / Institut Pendidikan Guru
pada ketika ini giat bekerjasama dengan pasukan beruniform negara menubuhkan pasukan
beruniform di institusi masing-masing seperti kerjasama antara UA dengan Angkatan Tentera
Malaysia menubuhkan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan dengan
Pasukan Polis DiRaja Malaysia menubuhkan Kor Sukarelawan Siswa-Siswi Polis (Kor Suksis)
serta lain-lain pasukan beruniform.
Sejajar dengan hasrat untuk membangunkan kemahiran insaniah melalui salah satu
daripada lapan teras kokurikulum yang diperkenalkan oleh KPM iaitu Teras
Kesukarelawanan, pelajar perlu diterapkan nilai-nilai positif dengan menyertai mana-mana
badan beruniform agar dapat melahirkan golongan pelajar yang mantap dari segi akademik,
fizikal, mental, dan kemahiran insaniah. Keseimbangan semua aspek ini menjadi tunjang
kepada kepentingan penubuhan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa). Penubuhan
ini dapat memberi manfaat kepada pelajar itu sendiri, jabatan, universiti dan masyarakat.
MATLAMAT PENUBUHAN KOR SISPA
Penubuhan Kor Sispa sebagai landasan untuk melahirkan pegawai muda yang
berkepimpinan, berkelayakan dan profesional dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
(APM).
OBJEKTIF PENUBUHAN KOR SISPA
• Menyebar dan mendidik pelajar mengenai langkah-langkah keselamatan diri dan
orang awam serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang individu
yang berpengetahuan dalam ilmu pertahanan awam.
• Menjadi pemangkin kepada kesedaran keselamatan orang awam melalui ilmu
pertahanan awam yang diterapkan dan diaplikasikan pada peringkat universiti.
• Melahirkan pelajar yang mampu berkhidmat dengan APM sebagai pegawai pasukan
yang berkepimpinan, bertanggungjawab, dan berkelayakan dalam melaksanakan
tugas.
• Menanam semangat kerjasama, tanggungjawab, perikemanusiaan, taat setia dan
cinta akan negara.
BUKU LOG KOR SISPA 2
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
AKTA & PERUNDANGAN PENUBUHAN KOR SISPA
AKTA 221
1. Akta Pertahanan Awam 1951 (Disemak 1979)
2. Kaedah-kaedah Pertahanan Awam(Bencana Diri) 1970
3. Kaedah-kaedah Pertahanan Awam(Pasukan Pertahanan Awam) 1970
4. Peraturan Pertahanan Awam(Pakaian Seragam) 1983
AKTA 425
1. Akta Perkhidmatan Negara 1952 (Semakan 1990)
2. Perlembagaan Malaysia - Jadual Kesembilan
3. Arahan No.20 Majlis Keselamatan Negara
4. Skim 'Non-Operational Pertahanan Negara
5. Pelan Kontinjensi Kebangsaan Menghadapi Peperangan
6. Dasar Pertahanan Menyeluruh (HANRUH)
7. Arahan Menteri
8. Arahan Dan Pekeliling Jabatan
9. Deklarasi ICDO (International Civil Defence Organisation)
PERLEMBAGAAN MALAYSIA PERKARA 74, 77 – JADUAL KESEMBILAN
Pertahanan bagi maksud Persekutuan atau bagi mana-mana bahagiannya termasuk
Angkatan Laut, Darat dan Udara dan lain-lain Angkatan Tentera sertaPertahanan Awam.
BUKU LOG KOR SISPA 3
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
ARAHAN NO.20 MKN DASAR DAN MEKANISME PENGURUSAN DAN BANTUAN
BENCANA NEGARA
Tugas Pertahanan Awam:
• Membantu menjalankan kerja-kerja menyelamat nyawa dan harta benda mangsa
terancam atau akan terancam.
• Membantu dalam menyelia dan menyelenggara pusat-pusat pemindahan serta
menyediakan makanan bagi mangsa-mangsa.
• Membantu dalam memberi pertolongan cemas kepada mangsa-mangsa jika
diperlukan
BUKU LOG KOR SISPA 4
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
LOGO KOR SISPA DAN TAKRIFAN
Rajah 1: Logo Kor SISPA
• LOGO- Menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan
Pertahanan Awam pada peringkat tempatan dan antarabangsa.
• SEGI TIGA SAMA BERWARNA OREN- Lambang dan warna keselamatan iaitu
berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Warna dan corak di
tengah segi tiga adalah gabungan warna bendera serta perlembagaan negara
Malaysia yang sentiasa dipertahankan.
• SENTIASA SIAP SEDIA- Di sekeliling segi tiga adalah moto APM.
• BUNGA PADI BERWARNA BIRU- Melambangkan kesuburan dan kemakmuran
negara ini yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh
seperti digambarkan oleh ikatan yang kemas pada bunga padi.
• TAPAK LOGO BERWARNA OREN- Melambangkan keteguhan, kesediaan dan
sokongan padu APM untuk mendokong wawasan yang diharapkan.
BUKU LOG KOR SISPA 5
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
LAGU PERTAHANAN AWAM
Rajah 2: Lagu Pertahanan Awam
IKRAR PERTAHANAN AWAM
Bahawa Kami
Warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Sesungguhnya Berikrar Akan Sentiasa
Melaksanakan Peranan Dan Tanggungjawab Kami
Dengan Ikhlas Cekap Berkualiti Tinggi Berintegriti
Tidak Mementingkan Diri Sendiri Dan Bekerja
Dengan Semangat Berpasukan
Ke arah Mewujudkan
Masyarakat Yang Berpengetahuan
Dan Responsif Terhadap Bencana
Yang Mengancam Nyawa
Dan Harta Benda.
BUKU LOG KOR SISPA 6
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
Visi, Misi Dan Moto
VISI Dalam Kesiapsiagaan
Menjadi Angkatan Pertahanan Awam Yang Kompeten
Awam, Perlindungan Rakyat dan Pengurusan Bencana.
MISI
Memperkasa Kesiapsiagaan Awam Untuk Keselamatan Dan Kesejahteraan Negara.
MOTO
“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”
Objektif
Mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara:
1. Menyediakan latihan menyelamat kepada orang awam.
2. Mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana.
3. Menyediakan pusat-pusat perlindungan semasa berlakunya bencana.
Memberi respond kepada bencana dengan cara:
1. Menubuhkan pasukan (First Responder).
2. Menyediakan perkhidmatan kecemasan.
Memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara:
1. Membantu dalam aktiviti pembersihan kawasan yang di landa bencana.
2. Membantu aktiviti pembangunan semula kawasan yang di landa bencana.
3. Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana.
Teras Strategik
1. Pemantapan dasar pertahanan awam negara dan perundangan
2. Keutuhan rakyat dan kesejahteraan negara
3. Pemerkasaan angkatan
4. Pemantapan penyampaian perkhidmatan
BUKU LOG KOR SISPA 7
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
Nilai & Teras
1. Integriti
2. Komitmen
3. Kualiti
4. Inovasi Dan Kreativiti
5. Profesionalisme
6. Semangat Kekitaan dan Sepunya
7. Keterbukaan
8. Kebolehpercayaan
BUKU LOG KOR SISPA 8
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
BAHAGIAN 2:
SEJARAH
UNIT BERUNIFORM
BUKU LOG KOR SISPA 9
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
SEJARAH DAN TUJUAN PENUBUHAN KOR SISPA
Pelaksanaan kurikulum Pertahanan Awam dijalankan oleh Jabatan Pertahanan Awam Negeri
(JPA3) dan bukan secara berpusat pada tahun 1990-an. Antara IPT awal yang terlibat dengan
JPA3 adalah Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT), Institut Teknologi
Mara, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia. UPM Cawangan
Terengganu (kini Universiti Malaysia Terengganu) merupakan IPT yang pertama
menubuhkan Pasukan Anggota Pelajar JPA3 seramai 60 orang pada tahun 1996, diikuti oleh
UUM pada tahun 1997, ITM dan UTM pada tahun 1998.
Pada tahun 1999, Pusat Kokurikulum UUM dengan kerjasama JPA3 Negeri Kedah
telah menawarkan Kursus Pertahanan Awam berstruktur 4 kredit. Inisiatif itu dimulakan
dengan 30 pelajar berserta 10 pensyarah dan kakitangan UUM yang mengikuti Kursus Bakal
Pegawai di Pusat Latihan Pertahanan Awam, Butterworth dan seterusnya Majlis Pentauliahan
pada 20 March 2000 yang disempurna Ketua Pengarah JPA3.
Pada bulan Disember 2000, penyelarasan semula kokurikulum Pertahanan Awam
UiTM telah dilakukan oleh JPA3 Negeri Selangor dan seorang Pegawai Penyelaras telah
dilantik untuk menguruskan kokurikulum Pertahanan Awam UiTM.
Pada 16 Januari 2002, pelancaran semula kokurikulum Pertahanan Awam di UiTM
dilaksanakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPA3) yang
mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Malaysia. Pelancaran
semula ini menyaksikan kokurikulum Pertahanan Awam ini diasingkan dari Unit Kesatria HEP
UiTM dan bergerak dengan jenama sendiri. Ia turut menggunakan silibus pembelajaran yang
digariskan oleh pihak JPA3 dan UiTM.
Pada sekitar tahun 2008 dan 2009, beberapa siri perbincangan antara pihak
Kokurikulum Pertahanan Awam UiTM Shah Alam dengan pihak Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia (JPAM) Negeri Selangor untuk membawa usul penubuhan sebuah pasukan
berunifom siswazah yang boleh ditauliahkan kepada pihak Ibu Pejabat Pertahanan Awam
(IPPA). Usaha tersebut akhirnya telah membuahkan hasil yang mana kesemua pihak pada
masa itu menerima idea penubuhan pasukan yang dimaksudkan dan bersetuju dengan
beberapa perkara yang melibatkan dasar dan pelaksanaan.
Pada 6 Februari 2010 bertempat di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, Kor Siswa
Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Peringkat UiTM Seluruh Malaysia dilancarkan secara
rasmi. Pelancaran itu memberi kepercayaan dan keyakinan kepada pihak JPAM untuk
membuka ruang yang lebih besar kepada penubuhan Kor Sispa di IPT yang lain. Pendaftaran
BUKU LOG KOR SISPA 10
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
dan penubuhan Kor Sispa UiTM Shah Alam, Kampus Puncak Alam, Jengka, Machang dan
Dungun dibuat dalam tahun 2010-2011.
Majlis Pentauliahan Kor Sispa yang pertama berjaya dianjurkan di UiTM Shah Alam
pada12- 16 Disember 2010 melibatkan Pegawai Kadet Sispa daripada lima buah IPT iaitu
UiTM, UMT, UNISEL, UniKL dan USIM. Majlis ini disusuli dengan pelancaran Buku Panduan
Pengurusan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) yang telah disusun dan
diterbitkan dengan kerjasama antara pihak IPPA, JPAM Selangor, JPAM Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Kor Sispa UiTM Shah Alam.
Penubuhan kursus badan beruniform di Universiti sebagai kursus kokurikulum adalah
bertujuan untuk meperkasakan soft skill di kalangan pelajar. Kursus pasukan beruniform ini
dapat memberi nilai tambahan kepada pelajar dari segi soft skill. Di samping penekanan
kepada pencapaian akedemik yang cemerlang. Secara spesifiknya kemahiran yang dapat
diterapkan melalui kokurikulum Kor Sispa ini ialah semangat kerja berpasukan, memupuk nilai
jati diri dan cintakan kepada tanah air.
BUKU LOG KOR SISPA 11
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
BAHAGIAN 3:
STRUKTUR DAN
ORGANISASI
PERTUBUHAN
BUKU LOG KOR SISPA 12
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM
STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN
SEKTOR PENGURUSAN KETUA PESURUHJA
KPj. (PA) AMINURR
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (PENGURUSAN) Emel : kp@civildefe
YBhg. Dato’ ISMAIL B. MOHD ZAWAWI
Emel : [email protected] PA - Aisyah binti Mo
PA - Siti Hazwani binti Ishak Emel : aisyahtahir@
Emel : [email protected] Tel : 8920 6396 Tel : 8920 6337
PENGARAH PENGARAH SEKTOR
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN BAHAGIAN PENGURUSAN ANGKATAN
TN. YOON BOON CHEW PPj. (PA) GHAZALI BIN ABD RAHMAN TIMBALAN KETUA PES
Emel : [email protected] Emel : [email protected] Pj. (PA) DR. HAJI NOR
Emel : hafifi@civildefen
PENGARAH PEJABAT PERTAHANAN AWAM PA - Nazehah binti Zain
BAHAGIAN KEWANGAN, PEROLEHAN DAN NEGERI Emel : nazehah@civilde
PEMBANGUNAN Tel : 8920 6398
PN. BANU A/P SUKUMARAN PENGARAH
Emel : [email protected] PERTAHANAN AWAM NEGERI PENGARAH
NEGERI SARAWAK BAHAGIAN PERANCANGAN DASAR D
PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN PPj. (PA) ABDUL WAHAB BIN RAHIM PENYELARASAN
SUMBER MANUSIA Emel : PPj. (PA) MOHD YUSOFF BIN SAMAD
PN. KHATIJAH BINTI JUSOH [email protected] Emel : [email protected]
Emel : [email protected]
PENGARAH PENGARAH
PERTAHANAN AWAM NEGERI PERTAHANAN AWAM NEG
SELANGOR PULAU PINANG
PPj. (PA) MULLIADI AL-HAMDI BIN KOL. (PA) ISHAK BIN MOH
LADIN RADZI
Emel : [email protected] Emel :
[email protected]
PENGARAH
PERTAHANAN AWAM NEGERI PENGARAH
SABAH PERTAHANAN AWAM NEG
PPj. (PA) MOHTAR BIN SAMAT NEGERI PAHANG
Emel : [email protected] KOL. (PA) CHE ADAM BIN
A.RAHMAN
PENGARAH Emel :
PERTAHANAN AWAM NEGERI [email protected]
PERAK
PPj. (PA) NOOR AZAM BIN JOHARI PENGARAH
Emel : [email protected] PERTAHANAN AWAM NEG
WILAYAH PERSEKUTUAN
PENGARAH KOL. (PA) EFFENDY BIN HJ
PERTAHANAN AWAM NEGERI JOHOR Emel :
PPj. (PA) KAMAL BIN MOKHTAR [email protected]
Emel :
[email protected] PENGARAH
PERTAHANAN AWAM NEG
NEGERI KELANTAN
KOL. (PA) MOHD ADZHAR
MUJAB
Emel :
[email protected]
IPGKRM
AYA PERTAHANAN AWAM
RAHIM BIN MOHAMED
ence.gov.my
ohd Tahir
@civildefence.gov.my
R OPERASI
ESURUHJAYA (OPERASI)
RHAFIFI BIN HAJI ISMAIL
nce.gov.my
nuddin
efence.gov.my
DAN PENGARAH PENGARAH UNIT INTEGRITI
BAHAGIAN PENGURUSAN BENCANA BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN
D DAN OPERASI KOL. (PA) SHARUDIN KOL. (PA) FAZLISYAH BIN MUSLIM KETUA UNIT INTEGRITI
y BIN MD ZAIN Emel : [email protected] PN. WAN FADILAH BINTI WAN
Emel : [email protected] JAMALUDIN
PUSAT LATIHAN PERTAHANAN Emel :
AWAM [email protected]
UNIT PERHUBUNGAN AWAM &
DOKUMENTASI
PEGAWAI PERHUBUNGAN
AWAM
PN. LENNY HASLINDA BINTI
HASSAN
Emel : [email protected]
GERI PENGARAH KOMANDAN AKADEMI LATIHAN
HD PERTAHANAN AWAM NEGERI PERTAHANAN AWAM (ALPHA) KOL. (PA)
v.my SARAWAK TS. DR. MOHAMAD FAZLI BIN SARDI
LT. KOL. (PA) MOHD SYUKRI BIN Emel : [email protected]
GERI MADNOR
Emel : KOMANDAN PUSAT LATIHAN
v.my [email protected] PERTAHANAN AWAM WILAYAH UTARA
(PULAPAU)
GERI PENGARAH LT. KOL. (PA) MOHD BUKHORI BIN MAT
J. ALI PERTAHANAN AWAM NEGERI SIDIK
KEDAH Emel : [email protected]
my LT. KOL. (PA) AG ASKANDAR BIN
AMPUAN YAACUB KOMANDAN PUSAT LATIHAN
GERI Emel : PERTAHANAN AWAM WILAYAH TIMUR
BIN [email protected] (PULAPAT)
y LT. KOL. (PA) NAZRI BIN MESKAM
PENGARAH Emel :
PERTAHANAN AWAM NEGERI [email protected]
TERENGGANU
LT. KOL. (PA) MOHD ROSMAN BIN KOMANDAN PUSAT LATIHAN
ABDULLAH PERTAHANAN AWAM WILAYAH SELATAN
Emel : (PULAPAS)
[email protected] LT. KOL. (PA) LOKMAN HAKIM BIN ABDUL
RAHMAN
PENGARAH Emel : [email protected]
PERTAHANAN AWAM NEGERI
PERLIS BUKU LOG KOR SISPA 13
LT. KOL. (PA) MOHD IZAIMI BIN MD
DAUD
Emel : [email protected]
PENGARAH
PERTAHANAN AWAM NEGERI
MELAKA
LT. KOL. (PA) KAMARULSYAH BIN
MUSLIM
Emel :
[email protected]
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM
STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT NEGERI
IPGKRM
BUKU LOG KOR SISPA 14
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM
STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT IPG KAMPUS RAJA ME
KOM
DR. MAZ
TIMBALAN
DR. MASITAH BT MO
A
LEFTENAN (PA) 303
PEGAWAI AKADEMIK/INSANIAH PEGAWAI LATIHAN/DISIPLIN PE
Dr. Farah bt Mukhtar @Mohd Yunos EN. AZMI BIN AYUB
IPGKRM
ELEWAR
MANDEN
ZLAN BIN ARIS
N KOMANDEN
OHAMMAD YUSOF (AMN)
AJUTAN
310 ANUAR BIN MOHD ZAIN
EGAWAI PENTADBIRAN/KEBAJIKAN PEGAWAI LOGISTIK/MULTEMEDIA
PN. MAYATI NT BULIN DR. ABDUL KARIM BIN MANSOR
BUKU LOG KOR SISPA 15
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM
STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT IPG KAMPUS RAJA ME
IPGKRM
ELEWAR (PELAJAR)
BUKU LOG KOR SISPA 16
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
FUNGSI MAJLIS TADBIR KOR SISPA IPG
a. Pengerusi
i. Ajutan Kor Sispa IPT
ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT
iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal)
b. Timbalan Pengerusi
i. Seorang dilantik dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT
ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT
iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal)
c. Ahli-ahli
i. Ajutan-ajutan Kor Sispa IPT
ii. Penolong Pengarah Cawangan Sokongan, BPA, IPPA
iii. Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri
iv. Wakil Komandan ILPA
d. Urus Setia
i. Setiausaha dan Penolong Setiausaha yang dilantik dalam kalangan
Ajutan Kor Sispa IPT
Deskripsi Tugasan:-
Jawatankuasa ini menyelaras dan melaksanakan arahan dan keputusan daripada
Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa. Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya
EMPAT (4) kali dalam setahun.
BUKU LOG KOR SISPA 17
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
a. Pengerusi
i. Komandan Kor Sispa IPT
b. Timbalan Pengerusi
i. Timbalan Komandan Kor Sispa IPT
c. Ahli-ahli
i. Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri
ii. Ajutan Kor Sispa IPT
iii. Pegawai-pegawai Bersekutu Kor Sispa IPT
iv. Pegawai Kokurikulum / HEPA IPT
d. Urus Setia
i. Ajutan Kor Sispa IPT
Deskripsi Tugasan:-
Jawatankuasa ini merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat IPT.
Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya DUA (2) kali dalam setahun.
BUKU LOG KOR SISPA 18
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
Jawatankuasa Peringkat IPT Cawangan
a. Pengerusi
i. Timbalan Komandan Kor Sispa IPT Cawangan
b. Timbalan Pengerusi
i. Ajutan Kor Sispa IPT
c. Ahli-ahli
i. Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri atau Daerah
ii. Pegawai-pegawai Bersekutu Kor Sispa IPT Cawangan
iii. Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT Cawangan
iv. Pegawai Kokurikulum / HEPA IPT
d. Urus Setia
i. Setiausaha yang dilantik daripada Pegawai yang sedia ada
Deskripsi Tugasan:-
Jawatankuasa ini adalah merupakan sub kepada IPT induk dan hendaklah merancang dan
melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat IPT Cawangan berdasarkan aspirasi
daripada IPT induk. Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya DUA (2) kali dalam
setahun.
BUKU LOG KOR SISPA 19
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
BAHAGIAN 4:
PENGURUSAN
DAN
PENTADBIRAN
BUKU LOG KOR SISPA 20
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN
• PENUBUHAN KOR SISPA IPG
➢ Pusat Kokurikulum atau Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT perlu membuat
permohonan bertulis dengan mengemukakan surat dan borang permohonan
(Lampiran 1) yang telah disokong oleh Naib Canselor / Presiden / Rektor / Ketua
Eksekutif IPT kepada Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri (PPAN) dan
satu salinan kepada KPM. Bagi penubuhan Kor Sispa pada peringkat cawangan
IPT, kelulusan perlu diperoleh daripada IPT induk terlebih dahulu.
➢ Pihak IPT perlu mengemukakan usul penubuhan Kor Sispa untuk kelulusan pihak
Senat / Lembaga Pengarah / Pengurusan Eksekutif / Presiden.
➢ Permohonan daripada IPT akan dinilai, diproses dan disokong oleh PPAN
berdasarkan keperluan Kor Sispa IPT, kemampuan kewangan, pejabat
pengurusan, logistik, peralatan dan jurulatih sebelum dimajukan kepada IPPA
untuk kelulusan dan rekod.
➢ Sekiranya permohonan tersebut tidak disokong oleh PPAN, surat maklum balas
permohonan penubuhan Kor Sispa perlu dikembalikan kepada pihak IPT
berkenaan.
➢ Permohonan yang berjaya perlu dimaklumkan oleh IPPA secara bertulis berserta
sijil penubuhan kepada PPAN yang berkenaan dan satu salinan surat makluman
akan dihantar kepada KPM.
➢ PPAN akan memaklumkan kelulusan permohonan kepada pihak IPT.
➢ Permohonan yang telah diluluskan akan didaftarkan dengan satu nombor
pendaftaran bagi IPT berkenaan seperti berikut:
X / SISPA / XX / I / 600-XXX(A)
X / SISPA / XX / C / 600-XXX(A)
X / SISPA / XX / I / 600-XXX(S)
X / SISPA / XX / C / 600-XXX(S)
Cth:
B/SISPA/UiTM/I/600-01(A)
B/SISPA/UiTM/C/600-02(A)
B/SISPA/UNISEL/I/600-03(S)
B/SISPA/UNISEL/C/600-04(S)
BUKU LOG KOR SISPA 21
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
X : Kod negeri yang berkenaan, contoh: B untuk Selangor.
SISPA : Kor Sispa
XX : Nama singkatan IPT yang memohon
I : IPT Induk
C : IPT Cawangan
600 : No. Fail Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA
XXX : Nombor mengikut urutan, contoh: 01, 02 dan seterusnya.
A : IPT Kategori Awam
S : IPT Kategori Swasta
➢ Permohonan penubuhan Kor Sispa adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti
berikut:-
a. IPT yang diiktiraf dan berdaftar di bawah KPM.
b. IPT yang menawarkan program pengajian dengan pelajar yang mengikuti
pengajian Ijazah Sarjana Muda yang diktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
c. Menawarkan sekurang-kurangnya DUA [2] jam kredit mengikut perancangan setiap
IPT.
• KEANGGOTAAN PKS
a. Warganegara Malaysia.
b. Pelajar-pelajar yang berdaftar dalam program Ijazah Sarjana Muda di IPT.
c. Pelajar lepasan diploma yang melengkapi PS13 dan mengikuti program Ijazah Sarjana
Muda di IPT.
d. Sihat tubuh badan (pengesahan pegawai perubatan jika diperlukan).
e. Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam yang lain.
f. Pendaftaran adalah disokong oleh pihak IPT.
g. Mengisi dan mengemukakan borang permohonan serta lulus temu duga kemasukan.
BUKU LOG KOR SISPA 22
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
PUNCA KUASA
1.1.1 Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951 [Akta 221]
1.1.2 Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 [Akta 30]
1.1.3 Akta Universiti Teknologi MARA 1976 [Akta 173] Pindaan 2000
1.1.4 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta [Akta 555] Pindaan 2017
1.1.5 Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
1.1.6 Peraturan / Kaedah Pertahanan Awam yang Berkuatkuasa
1.1.7 Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkaitan
1.1.8 Arahan Jabatan / Pekeliling terkini
1.1.9 Minit Mesyuarat Pengurusan dan Latihan Siswa-Siswi Pertahanan Awam Bil 1/2010
pada 31 Mac 2010 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
BUKU LOG KOR SISPA 23
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
• Pegawai Kehormat selaku Komandan
a. Memberi nasihat dalam aspek latihan dan bantuan daripada pihak IPT dalam
mengendalikan latihan serta meningkatkan pencapaian akademik PKS.
b. Bertindak sebagai Pegawai Pemerintah bagi pengurusan Kor Sispa IPT berkenaan.
c. Pegawai yang bertanggungjawab merancang peruntukan kewangan Kor Sispa IPT.
• Timbalan Komandan
a. Bertanggungjawab mengurus semua aspek latihan, pentadbiran dan logistik melalui
bantuan daripada pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan.
b. Membantu menjalankan tugas Pegawai Pemerintah dalam aspek pemerintah, pentadbiran,
kawalan dan perhubungan.
c. Mendelegasikan apa-apa keperluan, tugas kepada mana-mana pegawai
d. Menjadi perantara antara Kor Sispa dengan pihak IPT dalam semua aspek.
e. Menentukan latihan PKS dapat dijalankan dengan lancar dan mengikut jadual latihan
seperti yang telah dikeluarkan atau ditetapkan.
• Ajutan
a. Bekerjasama dengan Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT dalam segala aspek pentadbiran
dan membantu dalam aspek latihan.
b. Mentadbir dan memantau segala urusan pentadbiran Pegawai Penyelaras dan PKS.
c. Memantau dan menyebarluaskan dasar-dasar yang dikeluarkan oleh APM dan arahan
Komandan.
d. Menentukan dasar tatatertib dikemaskinikan dan dipatuhi oleh PKS.
e. Bertindak sebagai Setiausaha semasa mesyuarat yang dipengerusikan oleh Komandan.
f. Menentukan semua Perintah Tetap dikemas kini dan mendapat persetujuan daripada
Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan APM Negeri dan dipatuhi oleh Pegawai Bersekutu
/ PKS.
g. Memberikan nasihat kepada Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT tentang dasar-dasar yang
dikuatkuasakan oleh IPT dari semasa ke semasa.
BUKU LOG KOR SISPA 24
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
h. Bertanggungjawab atas kebajikan PKS di IPT.
i. Menjaga hubungan dengan lain-lain badan beruniform atau agensi luar untuk mendapatkan
bantuan latihan dan pentadbiran.
• Pegawai Pentadbiran
a. Mengurus semua aspek rekod yang melibatkan sumber pejabat dan personel.
b. Berhubung dengan pihak IPT dalam semua aspek pengurusanpentadbiran.
c. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan keseluruhan Kor Sispa.
d. Bertanggungjawab kepada Komandan dalam hal-hal pentadbiran.
• Pegawai Logistik
a. Berhubung dengan pihak IPT dalam semua aspek pengurusan logistik.
b. Menguruskan prosedur pembekalan dan peralatan termasuk pakaian seragam kepada
PKS.
c. Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam hal-hal logistik.
• Pegawai Latihan
a. Merancang dan menyediakan jadual latihan.
b. Memantau pelaksanaan latihan dan aktiviti PKS berjalan mengikut jadual.
c. Mengatur segala latihan dan aktiviti serta menyediakan perintah gerakan.
d. Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam hal-hal latihan dan aktiviti.
• Pegawai Akademik
a. Merancang dan menyediakan silibus.
b. Menyampai dan mendapatkan penceramah untuk latihan PKS.
c. Membuat kajian berkaitan subjek-subjek yang diajarkan.
d. Menyelaraskan penyediaan kertas ujian serta mengurus pemeriksaan dan pemarkahan.
e. Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam hal-hal akademik.
• Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT (Pegawai Lantikan APM)
a. Bertanggungjawab berkaitan dengan taraf, mutu, kecekapan dan pentadbiran Kor Sispa.
BUKU LOG KOR SISPA 25
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
b. Menguruskan pendaftaran keanggotaan Kor Sispa di IPT.
c. Merancang dan menjalankan aktiviti Kor Sispa berdasarkan sukatan pelajaran / silibus yang
ditetapkan.
d. Melaksanakan penilaian kemajuan pangkat PKS.
e. Menyediakan Laporan Berkala Kor Sispa.
f. Menguruskan penyertaan PKS dalam kegiatan pada setiap peringkat.
g. Menghadiri perjumpaan / mesyuarat / kursus yang berkaitan dengan Kor Sispa.
h. Menguruskan logistik pasukan dan membantu jurulatih.
i. Menguruskan mesyuarat panel tatatertib PKS.
j. Membantu tugasan Pegawai Bersekutu Pentadbiran, Pegawai Bersekutu Logistik, Pegawai
Bersekutu Latihan dan Pegawai Bersekutu Akademik Kor Sispa IPT.
BUKU LOG KOR SISPA 26
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN
• JENIS PAKAIAN
a. Pakaian Istiadat No. 1 (pentauliahan)
b. Pakaian Seragam No. 2 (bush jacket)
c. Pakaian Seragam No. 3 (pakaian pejabat)
d. Pakaian Seragam No. 4 (pakaian operasi / kawad)
e. T-Shirt oren dan seluar pakaian seragam No. 3 atau 4 (separuh pakaian seragam)
f. T-Shirt oren / putih dan seluar sukan hitam / biru gelap (pakaian sukan)
g. Tudung biru gelap (PKS wanita)
• UNTUK TUJUAN BERKAWAD
a. Jambul (Hackle)
b. Mafla
c. Anklet
d. Sarung tangan putih
e. Selempang putih
f. Selempang oren untuk ketua platun
BUKU LOG KOR SISPA 27
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
• TATACARA PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM
Pakaian Nombor 1
Pakaian Seragam Istiadat Pegawai Tetap dan Pegawai Pasukan Lelaki dan Wanita
Tatacara Pemakaian
Rajah 3: Pakaian Nombor 1
Pakaian ini dipakai oleh semua pegawai APM lelaki dan wanita apabilaterlibat dalam sesuatu
acara istiadat sama ada pada peringkat jabatan,negeri mahupun persekutuan. Digunakan
dalam acara-acara berikut:-
a. Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan Persekutuan / Negeri
b. Majlis Pembukaan Perasmian Dewan
c. Majlis Penerimaan Pingat Kebesaran
d. Perbarisan istiadat dan acara-acara lain yang menetapkan pemakaian pakaian ini.
BUKU LOG KOR SISPA 28
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
Pakaian Nombor 2 (Bush Jacket)
Pegawai Tetap dan Pegawai Pasukan Lelaki dan Wanita
Rajah 4: Pakaian Nombor 2
Tatacara Pemakaian
Pakaian ini dipakai oleh pegawai APM lelaki apabila menjalankan tugas rasmi jabatan atau
keadaan tertentu. Tugas-tugas tersebut adalah seperti
berikut:-
a. Menghadiri temu duga
b. Menghadiri mesyuarat
c. Hadir ke acara perbarisan di mana anggota perbarisan memakai pakaian nombor 4
(kawad)
d. Dalam semua bentuk lawatan / majlis rasmi
BUKU LOG KOR SISPA 29
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
Pakaian Nombor 3 (Kerja)
Pegawai Tetap dan Pegawai Pasukan Lelaki dan Wanita
Rajah 5: Pakaian Nombor 3
Tatacara Pemakaian
Pakaian ini dipakai oleh Pegawai Pertahanan Awam lelaki dan Wanita apabila menjalankan
tugas rasmi atau keadaan tertentu. Tugas-tugas tersebut adalah seperti berikut:-
a. Menjalankan tugas rasmi seharian
b. Menghadiri mesyuarat
c. Menjalankan aktiviti latihan dalam kelas
d. Menjalankan tugas operasi
BUKU LOG KOR SISPA 30
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
Pakaian Nombor 4 (Operasi)
Pegawai Tetap dan Pegawai Pasukan Lelaki dan Wanita
Rajah 6: Pakaian Nombor 4
Tatacara Pemakaian
Pakaian ini dipakai oleh Pegawai Pertahanan Awam Lelaki apabilamenjalankan tugas am
atau latihan atau operasi.
BUKU LOG KOR SISPA 31
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
LENCANA DAN PANGKAT
Rajah 7: Pangkat PKS
BUKU LOG KOR SISPA 32
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
Rajah 8: Pangkat Pegawai Bersekutu & Korporat
BUKU LOG KOR SISPA 33
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
Rajah 9: Pangkat Pegawai dan Anggota Pasukan Angkatan
BUKU LOG KOR SISPA 34
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
BAHAGIAN 5:
NOTA IKATAN DAN
SIMPULAN
BUKU LOG KOR SISPA 35
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
PENGENALAN IKATAN DAN SIMPULAN
Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat.
Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti efektif.
Pembelajaran tentang ikatan tidak tertumpu kepada proses penyelamat sahaja, tetapi
pembelajaran ikatan di dalam dunia rekreasi banyak tertumpu kepada pelbagai bidang
antaranya ialah di dalam Perkhemahan, Jungle Tracking, Survivor camp, dam lain-lain.
Simpulan merujuk kepada penggunaan tali yang kecil dan sederhana saiznya seperti
digunakan pada benda, untuk mengikat kasut, bungkusan mashupun memulakan jahitan
manakala ikatan pula merujuk kepada ikatan pada kayu, buluh tiang bendera dan sebagainya
yang memerlukan tali dan objek yang perlu diikat bersama.
JENIS-JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
1. Ikatan buku sila
Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung tali
yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini
direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.
Fungsinya ialah:
• Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz.
• Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.
Teknik
1. Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
2. Masukkan hujung A dibawah B.
3. Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.
BUKU LOG KOR SISPA 36
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
2. Ikatan bunga geti
Ikatan Bunga Geti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar saiznya.
Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal.
Fungsi
• Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
• Mengikat tali kesuatu tanjul.
Teknik
1. Mulakan simpul.
2. Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul.
3. Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul.
BUKU LOG KOR SISPA 37
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
3. Ikatan tindih kasih
Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau
mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam
kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.
Fungsi
• Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
• Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.
Teknik
1. Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
2. Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
3. Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan
tersebut.
BUKU LOG KOR SISPA 38
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
4. Ikatan simpul manok
Ikatan Simpul Manok biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat
pada kayu atau sebagainya.
Fungsi
• Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
• Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan
selamat.
• Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting.
Teknik
1. Mulakan simpul pada kayu.
2. Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
3. Tarik hujung tali.
BUKU LOG KOR SISPA 39
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
5. Ikatan pengail
Fungsi
• Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang.
• Ikatan ini kuat dan kukuh.
• Sesuai digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling.
Teknik
1. Buat 2 gulung tali. Kemudian masukkan hujung tali.
2. Lakukan 2 lingkaran tali.
3. Pada hujung tali itu boleh diikat.
6. Simpulan angka 8
Fungsi
• Sebagai ikatan sementara dihujung tali agar tidak terburai jika tali itu pecah.
• Untuk menahan tali tidak tercabut dari Blok Takal
• Lebih berguna kerana mudah dibuka.
Teknik
1. Buat satu lingkaran yang berbentuk lapan dan masukkan tali melalui lengkok
yang telah terbentuk.
BUKU LOG KOR SISPA 40
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
7. Ikatan seraya
Fungsi
• Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut tepat.
Teknik
1. Dimulakan dengan simpul manuk.
2. Kemudian dililitkan dengan kemas dan ketat.
3. Seterusnya lilit dicelah kayu.
4. Akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk.
8. Simpul mati
Fungsi
• Digunakan sebagai ikatan sementara.
• Diikat pada hujung tali untuk menahan hujung tali agar tidak terburai jika
hujung tali itu pecah atau tercabut dari blok takal.
• Cara ini lebih cepat, ringkas dan senang untuk diingati
Teknik
1. Buat satu lingkaran dan masukkan hujung tali melalui hujung tali yang lain.
BUKU LOG KOR SISPA 41
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
9. Ikatan ½ belit
Fungsi
• Digunakan untuk kunci atau matikan ikatan dan simpulan yang dibuat.
• Digunakan bagi menahan berat ketika mengangkat beban yang berat ke
tempat tinggi.
• Ringkas dan cepat tetapi tidak begitu kukuh untuk ikatan jika ianya
bersendirian.
Teknik
1. Susurkan hujung tali yang pendek melalui kayu pancang kemudian melepasi
tali yang menanti.
10. Lilitan balak
Fungsi
• Sebagai ikatan sementara dan digunakan untuk angkat dan turunkan barang
dari tempat tinggi.
• Digunakan untuk heret kayu atau balak.
• Digunakan untuk ikat tali ke tiang atau pokok dengan mudah agar kayu tidak
licin atau bergerak.
BUKU LOG KOR SISPA 42
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
Teknik
1. Buat dua lingkaran atau lengkuk kemudian dipusingkan ke atas ‘standing end’
tali seterusnya dibelitkan pada hujung tali itu sendiri.
11. Ikatan simpul kerusi
Fungsi
• Digunakan ketika situasi menyelamat kecemasan.
• Dapat dihasilkan dengan cepat dan cekap untuk jadi buaian (sling) ketika
menurunkan mangsa.
• Dapat menyokong tubuh manusia di bahagian dada dan kaki.
• Bertindak sebagai buaian dan sangat selesa.
Teknik
1. Pastikan hujung tali bersilang.
2. Hujung tali pada tangan sbelah kanan disebelah atas dan hujung tali pada
tangan sebelah kiri disebelah bawah dinamakan sebagai loop.
3. Silang kedua-dua bahagian loop.
4. Matikan hujung tali pada kedua-dua loop dengan setengah belit.
BUKU LOG KOR SISPA 43
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
BAHAGIAN 6:
NOTA
PERKHEMAHAN
BUKU LOG KOR SISPA 44