MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
PERALATAN ASAS DALAM PERKHEMAHAN
PENGENALAN PERKHEMAHAN
- Perkhemahan merupakan satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk
merehatkan fikiran. Perkhemahan juga mampu merapatkan hubungan kekeluargaan
dan teman-teman.
- Bekhemah sangat berkait rapat denfan ikhtiar hidup, menerima atau memikul
beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan
melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda.
PERSEDIAAN SEBELUM MENYERTAI PERKHEMAHAN
1. Mendapatkan kebenaran daripada pihat berkenaan seperti tuan tanah, pihak sekolah
dan sebagainya.
2. Sekurang-kurangnya seorang pemimpin atau orang dewasa turut serta dalam sesuatu
perkhemahan.
3. Menghantar surat makluman kepada pihak polis mengenai perkhemahan tersebut
4. Memastikan segala alatan perkhemahan mencukupi seperti pisau, parang, cangkul,
bekalan makanan dan lain-lain.
5. Memastikan setiap peserta perkhemagan mematuhi peralatan perkhemahan.
PERKARA PENTING SEBELUM MENDIRIKAN KHEMAH
PERLINDUNGAN Khemah boleh melindungi kita dari cuaca hujan, panas, angin serta
serangga berbisa.
KESELESAAN Sediakan ruang untuk menyimpan barang-barang serta tempat tidur
yang selesa.
KALIS AIR Pastikan khemah yang didirikan jenis kalis air kerana sesuai untuk
digunakan semasa hujan.
TAHAN LASAK Tidak mudah terkoyak dan reput
UKURAN Tentukan ukuran khemah yang sesuai digunakan
PEMILIHAN TAPAK PERKHEMAHAN
a) Tanah yang rata
b) Mempunyai perlindungan dari angin seperti tempat berbukit
c) Berdekatan dengan punca air
d) Mendapat sinaran matahari
e) Mempunyai hubungan dengan jalan, trek atau denai.
CARA MENDIRIKAN KHEMAH
a) Dipasang di atas tapak yang sesuai yang telah dipilih.
b) Bahagian belakang khemah menghadap arah angin
c) Di tempat berpasir atau tanah lembut gunakan kayu untuk menguatkan pacakkan bagi
mengukuhkan khemah, begitu juga pada khemah di kawasan yang terdedah kepada
gangguan angin
d) Pancang khemah hendaklah bersudut tepat/seimbang dengan tanah apabila dipacak
e) Jarak antara satu khemah ke khemah yang lain sebaiknya antara 5 - 8 meter
BUKU LOG KOR SISPA 45
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
LARANGAN SEMASA BERKHEMAH
a) Jangan berkhemah terlalu dekat dengan punca air
b) Kawasan lalang ( bahaya bintang jenis melata dan kebakaran merebak dengan cepat
c) Semak samun atau kawasan belukar
d) Tanah Lembap berpaya, berlumpur atau berlopak
e) Di atas tebing tinggi dan curam
f) Dibawah pokok rimbun atau dahan mati
g) Kawasan berbatu dan berpasir (susah memacak pancang)
h) Di lereng bukit dan kawasan cenuram
i) Jangan membawa masuk bahan berunsur kimia atau gas kedalam khemah contoh:
lantern/ stove
BUKU LOG KOR SISPA 46
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
CONTOH PERALATAN PERKHEMAHAN
DAPUR GAS LAMPU PICIT TALI
PARANG KAPAK LAMPU
PERALATAN PERKHEMAHAN
Bahagian Dapur Alatan Berkhemah Alatan Urus Setia Alatan Individu
- Dapur gas - Khemah - Peti - Baju lengan
- Kuali panjang
- Periuk - Tali pertolongan
- Cerek - Seluar
- Parang & - Parang, cemas panjang
pisau pisau, kapak - Pen, kertas - Stoking
- Baldi - Kasut sukan
- Mancis - Kayu - Lampu picit - Selipar
- Tali - Ubat gigi,
- Bahan pancang keselamatan
berus gigi,
makanan khemah - Bendera sabun
- Kain selimut
kering - Lampu picit - Pembesar - Lampu picit
- Tuala
- Lampu suara
gasoline - Wisel
- Generator - Parang,
- Wayar kapak, pisau
sambung - Tali
elektrik
Jadual 1 : Peralatan Perkhemahan
BUKU LOG KOR SISPA 47
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
ASAS GAJET PERKEMAHAN
DEFINISI GAJET
- Binaan yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan di sekitar perkemahan dan
dicantumkan dengan menggunakan tali atau pengikat bagi menggantikan perabot
rumah di tapak perkemahan
Rajah 1 : Gajet perkhemahan
BUKU LOG KOR SISPA 48
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
TUJUAN PEMBINAAN GAJET
- Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian dan
maklumat di tapak perkhemahan.
- Melindungi makanan dari tercemar
- Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan tajam
- Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat
- Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan
- Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan
- Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera.
JENIS-JENIS GAJET YANG DIGUNAKAN KETIKA PERKHEMAHAN
- Gajet tiang bendera
- Gajet pintu gerbang
- Gajet papan kenyataan
- Gajet meja & tempat duduk
- Gajet bahan-bahan masakan
BUKU LOG KOR SISPA 49
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
Rajah 2 : Jenis gajet yang digunakan ketika perkhemahan
ASAS PEMBINAAN GAJET
1. Pengetahuan
- Mengetahui dan memahami jenis-jenis gajet dan teknik pembuatan.
- Mengenali jenis-jenis pokok, buluh, bemban, rotan, bertam, enau, nibong, resam dan
sebagainya.
BUKU LOG KOR SISPA 50
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
2. Kemahiran ikatan dan simpulan
- Mahir membuat ikatan dan simpulan sekurang-kurangnya ikatan asas seperti manuk,
seraya, silang tungku, silang gunting, lilit pasdul, lilit balak, lilit tindih kejap, ikatan
pengail, lilit kacang dan sebagainya.
- Mahir menyesuaikan ikatan dengan binaan gajet yang dibuat.
- Kemahiran ikatan dan simpulan tidak sekadar menggunakan tali semata-mata, bahan
lain juga boleh digunakan seperti rotan, bemban, kulit kayu dan sebagainya.
BUKU LOG KOR SISPA 51
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
BAHAGIAN 7:
NOTA
MASAKAN RIMBA
BUKU LOG KOR SISPA 52
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
MEMASAK TANPA PERALATAN
Memasak tanpa peralatan bermaksud memasak tanpa menggunakan perkakas dapur.
Sebagai ganti, daun kayu, ranting kayu, batu, ruas buluh, tanah liat atau lumpur boleh
digunakan. Dikenali juga sebagai ‘backwoodsman’ atau masakan rimba. Kini kerajang
aluminium, tin, dawai juga digunakan.
KAEDAH MEMASAK
1. Memasak menggunakan makanan sebagai bekas
- Ubi kentang, bawang besar, capsicum, tomato, labu atau oren dipotong dan isinya
dikeluarkan. Bahagian atas digunakan sebagai penutup.
- Bekas makan dibalut dengan keranjang aluminium dan dimasakdalam bara api.
- Kari ayam boleh dimasak dalam buah kelapa muda yang bersabut.
2. Memasak menggunakan daun
- Daun yang lebar sesuai dijadikan bekas memasak makanan seperti ayam dan ikan.
- Makanan dibungkus dengan daun dan dimasak atau bara api.
- Jenis daun yang boleh digunakan adalah daun pisang, daun kunyit, daun pandan, kobis
dan kulit jagung.
3. Memasak menggunakan ranting dan dawai
- Ranting boleh dijadikan alat untuk memanggang.
- Pastikan ranting tidak berasal dari pokok beracun.
- Roti juga boleh dililit menggunakan ranting kayu.
- Dawai atau penyangkut baju keluli dibentukkan mengikut keperluan.
BUKU LOG KOR SISPA 53
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
4. Memasak menggunakan kepingan batu
- Batu yang digunakan leper dan ketebalan sederhana
- Api dihidupkan atas permukaan batu dan biarkan selama 30 minit.
- Permukaan batu dikira cukup panas apabila tirisan air berdesir ketika jatuh atasnya. -
Bersihkan permukaan batu dengan kain.
- Seterusnya telur dapat digoreng dengan baik.
5. Memasak menggunakan buluh
- Buluh sesuai dijadikan sebagai bekas memasak
- Buluh boleh digunakan untuk memasak nasi dan lemang.
BUKU LOG KOR SISPA 54
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
BAHAGIAN 8:
NOTA ASAS
KAWAD KAKI
BUKU LOG KOR SISPA 55
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
PENGENALAN KAWAD KAKI
Tujuan Kawad kaki
1. Untuk membentuk seorang anggota supaya bermegah dengan tatatertib cergas
dan taat setia.
2. Membentuk anggota supaya berkerjasama dalam satu kumpulan.
3. Huraian adalah seperti berikut:
a) Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib didalam organisasi Jabatan Bomba
dan Penyelamat, Malaysia dan panduan tatatertib adalah berdasarkan kawad-kawad yang
diperbaiki berkali-kali. Kebiasaannya apabila kejayaan tercapai tidak kira dimana tempatnya
maka upacara perbarisan akan dilaksanakan demi
kepentingan untuk menyatukan semua anggota sebagai satu keluarga.
b) Apabila mengajar kawad kaki hendaklah menerangkan tujuan berkawad bukanlah
sebagai satu hukuman mendera, tetapi untuk membina tatatertib satu-satu kumpulan.
c) Kawad yang baik dan tinggi mutunya bukanlah dipelajari diatas padang kawad semata-
mata dan kemudian dilupakan atau sebagai keramaian sahaja.
d) Adalah menjadi tugas utama bagi tiap-tiap anggota supaya mempercayai diri
sendiri dan bertatatertib pada setiap masa. sekiranya berkelakuan tidak senonoh dan buruk
semasa rekrut atau selepasnya maka kejatuhan atau kekalahan akan
dialamai oleh pasukan itu.
BUKU LOG KOR SISPA 56
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
1. Kawad kaki mengandungi 5 elemen:
➢ Kawad statik
➢ Kawad dinamik
➢ Kawad asas
➢ Kawad formasi
➢ Kawad kehormatan
2. Elemen kawad kaki dibahagikan 3 tahap:
➢ Tahap 1 (kawad statik + kawad dinamik)
➢ Tahap 2 (kawad asas + kawad formasi)
➢ Tahap 3 (kawalan kehormatan)
KAWAD STATIK
1. Sedia
Hukumannya :
"Skuad ..............Sedia"
Perbuatan :
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kaki kiri
supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan sebaris;
hujung kaki terbuka 30 darjah; kedua-dua lutut bertahan lurus; badan tegak; timbang
keberatan badan antara tapak kaki dengan tumit; kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke
belakang (supaya dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata; kedua-dua tangan lurus
ke bawah; kedua-dua siku rapat ke badan; pergelangan tangan lurus; jari-jari genggam;
belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta
di belakang sedikit daripada penjahitan seluar, langut kepala memandang terus ke hadapan.
BUKU LOG KOR SISPA 57
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
Gerakan 1
Gerakan 2
2. Senang diri
Hukuman :
"Senang ..................Diri"
Perbuatan :
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan sejauh 12
inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan
kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat jari bersusun lurus
menuju ke bumi , siku lurus, dan keberatan badan di atas kedua-dua kaki. Masa angkat kaki
kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak bergerak.
BUKU LOG KOR SISPA 58
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
Kesalahan Biasa :
1. Siku bengkok;
2. Lutut tidak tegap dan tiada bertahan;
3. Bukaan kaki kanan tidak cukup 12 inci;
4. Menggerakkan kaki kiri menyebabkan rosak lurus barisan;
5. Pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan;
6. Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu.
7. Bahu jatuh dan badan mengenjut.
BUKU LOG KOR SISPA 59
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
3. Rehatkan diri
Hukuman :
"Rehatkan ................Diri"
Perbuatan:
Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam satu
pergerakan dan rehatkan semua anggota badan (1, 2, rehat) Kedudukan kaki tidak berubah.
Kesalahan biasa :
1. Kedua kaki bergerak , menyebabkan hilang lurus barisan;
2. Menggeliat dan bercakap-cakap.
Ingatan :
Dalam keadaan "Rehatkan ....... Diri", Skuad dibenarkan melakukan pergerakan setakat
pinggang ke atas sahaja. Apabila dapat perintah "Skuad" dengan serta merta balik ke
kedudukan senang diri.
Rehatkan diri
4. Masuk Baris
Arahan masuk baris :
"Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan saya gerak,
skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah, di
mana saya mengadap. Faham itu skuad".
BUKU LOG KOR SISPA 60
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
Hukuman:
"Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak"
Perbuatan :
Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga barisan kira-kira
6 langkah di hadapan ketua/jurulatih iaitu setiap orang mestilah mengambil tempatnya,
barisan hadapan, barisan tengah dan barisan belakang. Jarak di antara satu barisan dengan
yang lain ialah 30 inci. Jarak di dalam barisan di antara seorang yang lain ialah sekadar satu
tangan dan dalam keadaan sedia.
Kesalahan Biasa :
1. Datang berbaris tidak berlari
2. Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum berlari.
3. Bercakap-cakap.
4. Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada jurulatih.
5. Membetulkan barisan
Hukuman:
" Ke kanan ............ Lurus"
Perbuatan:
-Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat kaki kiri
serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan
kira masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor
satu dalam setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat
tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam
keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira
masa sendiri, (2-1), diikuti dengan hentak kaki” pendek – pendek” sehingga barisan lurus.
BUKU LOG KOR SISPA 61
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan
belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya.
Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota -anggota di hadapan.
Sesudah barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan.
Hukuman :
"Luruskan ............ Barisan"
Perbuatan :
Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan, Cuma hentakkan
kaki kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak betulkan barisan. Apabila barisan telah
lurus , turunkan tangan dan palingkan muka ke depan dalam masa sendiri. Barisan tengah
dan barisan belakang hendaklah mengikuti anggota hadapan.
Hadapan lurus
BUKU LOG KOR SISPA 62
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
Ke kanan lurus
Pandang depan
Apabila semua ahli berbaris dengan lurus iaitu dalam keadaan tangan kanan ke paras bahu
rakan sebelah sambil memusingkan muka ke kanan, pemimpin memberi arahan, ”Pandang
depan!”. Semua ahli perlu memandang hadapan,menjatuhkan tangan dan berdiri dengan
keadaan sedia dan diam.
Hukuman:
”Baris! Pandang depan!”
6. Berpusing ke kanan
Hukumannya :
”Bergerak ke kanan, kanan ........ Pusing".
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke
kanan, di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan
dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi
menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua- dua lutut lurus, badan tegak seperti
kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah
kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.
BUKU LOG KOR SISPA 63
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
Kesalahan Biasa:
1.Tangan tidak rapat ke badan
2.Hentak kaki tendang kuda.
3.Membongkok
4.Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah
Pusing ke kanan
7. Berpusing ke kiri
Hukumannya,
”Bergerak ke kiri, Kiri .......Pusing".
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kiri,
di atas tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan dengan mengangkat hujung kaki kiri dan tumit
kaki kanan. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kiri terletak atas bumi menyerong
ke kiri dan tumit kaki kanan terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan
sedia. Keberatan badan di atas kaki kiri. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri
dengan pantas kepada kedudukan sedia.
BUKU LOG KOR SISPA 64
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
Kesalahan Biasa:
1. Tangan tidak rapat ke badan
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah
Pusing ke kiri
8. Menghadap kehadapan/ belakang
Hukumannya :
Menghadap ke belakang , "Belakang ......Pusing".
Menghadap ke hadapan , "Belakang ......Pusing".
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah mengikut
pusingan jam (ikut bahu kanan) , di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan
mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak
kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua
lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia.
BUKU LOG KOR SISPA 65
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan
pantas kepada kedudukan sedia. Kesalahan Biasa:
1. Tangan tidak rapat ke badan
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah.
6. Badan melonjak ketika berpusing
Pusing ke belakang
9. Keluar baris
Ahli-ahli dalam keadaan sedia perlu berpusing ke kanan dan mengangkat kaki kiri ke paras
lutut lalu hentakkannya rapat ke kanan. Selepas itu terus melangkah tiga langkah ke hadapan
dan keluar dari barisan
Hukumannya:
“Keluar baris!”
BUKU LOG KOR SISPA 66
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
10. Bersurai
Berpusing ke kanan, beri hormat dan jatuh tangan. Terus bergerak dengan kaki kiri.
Hukumannya:
”Baris bersurai, bersurai!”
Gerakan bersurai
BUKU LOG KOR SISPA 67
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
BAHAGIAN 9:
NOTA
PERTOLONGAN
CEMAS
BUKU LOG KOR SISPA 68
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
SKOP DAN PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS
1. Definisi
1.1 Pertolongan cemas di takrif sebagai bantuan permulaan atau rawatan pertama
yang diberikan kepada seseorang yang tercedera dalam sebarang kemalangan
sebelum ketibaan bantuan perkhidmatan kecemasan atau doktor.
2. Prinsip- Perinsip Pertolongan Cemas
2.1 Menyelamat nyawa.
2.2 Memberi pertolongan semasa mangsa tercedera atau memerlukan rawatan
perubatan.
2.3 Melindungi dan mengurangkan kecemasan mangsa apabila ada
sesuatu bencana berlaku.
2.4 Menyediakan ubatan, alat-alat untuk melindungi orang-orang yang cedera.
2.5 menghadkan kesan-kesan kecederaan.
2.6 Menggalakan pemulihan.
2.7 Perhubungan/ tindakan apabila sesuatu kejadian.
3. Seorang Ahli Pertolongan Cemas Yang Baik dan Mahir
3.1 Tajam Pemerhatian
– nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan.
3.2 Pantas Ikthiar
– menggunakan dengan sebaik-baiknya apa-apa yang ada sekelilingnya.
3.3 Tidak Kasar
– jangan menyakitkan orang yang tercedera
3.4 Berakhlak Budi
– tidak menambah kesakitan.
3.5 Bertimbang Rasa
– menghiburkan hati orang yang tercedera.
3.6 Sentiasa tersenyum
– muka yang tersenyum memberi keyakinan kepada pesakit.
4. Tanggungjawab Ahli Pertolongan Cemas
4.1 Sentiasa tenang dan dapat tanda dan gejala sesuatu kecederaan.
4.2 Memberi rawatan yang sesuai kepada mangsa
4.3 Panggil Doktor atau hantarkan ke hospital.
BUKU LOG KOR SISPA 69
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
4.4 Berikan maklumat yang terang kepada Doktor.
5. Tugas Ahli Pertolongan Cemas
Memberi bantuan rawatan kecemasan kepada pesakit:
5.1 Menahan pendarahan.
5.2 Berikan perlindungan di tempat yang teduh dan selesa.
5.3 Berikan pemulihan pernafasan jika mangsa tidak bernafas.
5.4 Tanggalkan sebarang objek yang boleh menyukarkan mangsa untuk bernafas.
5.5 Jika mukanya pucat, baringkan dan selimutkan mangsa itu
5.6 Berikan layanan tertentu yang dikehendaki.
5.7 Jangan memberi orang ramai berkerumun kerana pesakit perlukan udara yang
bersih
6. Jangan Memberi Apa-apa Minuman
6.1 Jika pesakit itu tidak sedar
6.2 Jika pesakit itu tercedera di bahagian paru-paru atau perutnya.
MUSTAHAK: Dengan segera panggil Doktor atau hantar ke hospital.
INGATAN: Seorang Ahli Pertolongan Cemas adalah bukan seorang Doktor.
BUKU LOG KOR SISPA 70
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
PERTOLONGAN CEMAS
Nadi
Nadi merupakan gelombang tekanan yang mengalir di sepanjang arteri yang wujud akibat
denyutan jantung. Lazimnya nadi dapat dirasai apabila terdapat arteri yang rapat pada
permukaan badan. Bagi orang dewasa, kadar denyutan nadi biasanya antara 60 – 80
denyutan seminit. Kadar ini adalah lebih cepat pada kanak- kanak. Ia mungkin lebih perlahan
bagi orang dewasa yang sihat. Kadar denyutan nadi mungkin meningkat ketika dalam
keadaan takut, demam, letih, kehilangan darah dan sakit. Pengsan, fungsi jantung tidak
teratur dan tekanan serebral mungkin memperlahankan denyutan nadi.
Dimanakah Nadi Dapat Dirasai?
Denyutan nadi lazimnya direkodkan dari pergelangan tangan (nadi radial). Jika berlaku
kecemasan, pemeriksaan denyutan nadi dilakukan dileher, iaitu nadi karotid. Bagi bayi pula,
pemeriksaan denyutan nadi dibuat pada bahagian atas lengan bayi, iatu nadi brakial. Nadi ini
mudah untuk dirasai.
Gunakan hujung jari anda
jangan gunakan ibu jari kerana
ia mempunyai nadinya tersendiri
Untuk mendapatkan denyutan nadi radial, letakan tiga jari pada bahagian lekuk pergelangan
tangan, iaitu pada pangkal atau dasar ibu jari tangan. Kemudian tekan perlahan-lahan.
Periksa dan rekodkan:
• Kadar denyutan nadi
• Daya kekuatan (kuat atau lemah)
• Nada (tetap atau tidak tetap)
BUKU LOG KOR SISPA 71
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
LUKA
1. Definisi
Sebarang kecederaan yang tidak normal pada kulit atau pada permukaan badan ia
dinamakan sebagai luka. Kebanyakan luka adalah terkoyak dan terbuka yang menyebabkan
darah serta cecair lain mengalir keluar daripada badan. Luka yang tertutup pula membenarkan
darah terlepas dari sistem peredaran tetapi tidak mengalir keluar.
LUKA – Jenis-jenis Luka
2.1 Luka Terhiris
Luka yang lurus dan bersih akibat terkena benda tajam seperti pisau cukur atau pecahan kaca
yang menyebabkan darah meleleh.
2.2 Luka Melecet
Luka yang kesat dan kasar disebabkan oleh daya tekanan yang teruk tetapi luka ini tidak
menyebabkan pengaliran darah seperti luka terhiris.
2.3 Luka Calar Balar
Luka pada permukaan yang menyebabkan lapisan atas pada kulit tergesel.
Luka calar balar sering mengandungi partikel asing yang terbenam didalamnya dan akan
menyebabkan infeksi.
2.4 Luka Lebam
Sebarang tamparan yang kasar boleh memecahkan kapilari dibawah lapisan kulit dan darah
yang masuk kedalam tisu-tisu menyebabkan lebam.
2.5 Luka Tercucuk
Luka akibat daripada terpijak paku, tercucuk atau tertikam benda tajam yang menghasilkan
luka pada titik kemasukan yang kecil tetapi dalam dan menyebabkan kerosakan dalaman.
2.6 Luka Tembakan
Tembakan peluru atau lain-lain pelontar mungkin termasuk kedalam badan yang
menyebabkan kecederaan dalam yang serius. Luka pada titik kemasukan peluru mungkin
kecil dan bersih tetapi luka didalam mungkin lebih serius serta lebih besar
BUKU LOG KOR SISPA 72
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
PENDARAHAN
Sebagai seorang ahli pertolongan cemas anda akan bertemu dengan mangsa yang
mengalami luka berdarah.
Terdapat dua jenis pendarahan:
a. Pendarahan Dalaman (Internal)
b. Pendarahan Luaran (External)
Pendarahan dalaman tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Ia berlaku dalam badan apabila
salur darah mengalami kecederaan. Pendarahan luaran boleh dilihat dengan mata kasar
kerana terdapat perpecahan pada kulit badan kita.
Pendarahan Dalaman
Akibat daripada pendarahan yang boleh menimbulkan masalah hingga boleh meragut nyawa
seseorang. Sebagai orang pertama memberi bantuan, kita perlu memberi perhatian serius
terhadap pendarahan kerana renjatan boleh berlaku. Kehilangan darah yang banyak akan
menjejaskan fungsi otak, jantung, buah pinggang dan lain-lain organ penting dan boleh
menyebabkan organ-organ tersebut gagal berfungsi sama sekali.
Pendarahan Luaran
a. Pendarahan Arteri
Arteri membawa darah dari jantung keseluruhan bahagian badan. Darah ini kaya dengan
oksigen. Ia berwarna merah cerah. Ianya memancut keluar jika tidak dikawal dengan cepat,
pesakit boleh kehilangan darah yang banyak dalam beberapa minit sahaja.
BUKU LOG KOR SISPA 73
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
b. Pendarahan Kapilari
kapilari merupakan salur darah yang kecil yang menghubungkan vena dengan arteri.
Pendarahan dari kapilari selalunya meleleh sahaja dan tidak menyebabkan renjatan.
Contohnya, pendarahan apabila terjatuh atau tercalar dawai.
c. Pendarahan Vena
Vena membawa darah dari bahagian badan yang lain terus ke jantung untuk dicuci.
Pendarahan dari vena selalunya keluar lebih perlahan dari arteri disebabkan tekanan yang
lebih rendah. Darah berwarna merah gelap
Mengawal Pendarahan
Mengawal Pendarahan Dalaman
Pendarahan dalaman tidak dapat dikawal dengan mudah. Ia seringkali memerlukan
pembedahan. Pesakit yang disyaki mempunyai luka dalaman haruslah dikejarkan ke hospital
dengan segera.
Mengawal Pendarahan Luaran
(Pastikan anda memakai sarung tangan getah sebelum memegang bahagian yang berdarah)
basuh tangan selepas memegang pesakit. Sekiranya darah memancut dari bahagian-
bahagian yang luka, gunakan goggles untuk melindungi mata.
BUKU LOG KOR SISPA 74
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
Terdapat 4 cara mengawal pendarahan luaran.
1. Direct Pressure -memberi tekanan pada tempat luka
2. Elevation -meninggikan tempat yang luka.
3. Pressure point - memberi tekanan pada tempat yang tertentu
4. Tourniquet -ikat pada bahagian atas luka.
Direct Pressure
Lekapkan tangan anda (pastikan anda mamakai sarung tangan) pada tempat luka dan berikan
tekanan pada tempat luka tersebut. Pastikan tekanan yang diberikan itu cukup kuat untuk
menghentikan pendarahan. Apabila darah telah berhenti, balutkan luka itu dengan bandage
Elevation
Disamping memberitekanan berterusan, pendarahan juga boleh dikurangkan dengan
meninggikan bahagian yang luka supaya lebih tinggi dari kedudukan jantung.
Pressure Point
Untuk menggunakan cara ini, kita mesti tahu kedudukan salur-salur darah arteri. Menekan
bahagian-bahagian tertentu (dimana terletak dibawah kulit) kadangkala ia boleh
memberhentikan pendarahan. Posisi terbaik pesakit adalah berbaring atau duduk.
Fungsi Bandage
a. Melekapkan dressing yang dibuat kepada luka.
b. Memberikan tekanan terhadap pendarahan
c. Memberikan sokongan/ imobilisasi seperti kain anduh.
Prinsip-prinsip Merawat dan Membalut.
1. Untuk mengawal pendarahan, betulkan posisi pesakit, gunakan kaedah memberi tekanan
dan meninggikan tempat luka (direct pressure and elevation) jika boleh.
2. Dedahkan luka dengan memotong kain yang menutupi bahagian yang luka.
3. Jangan mengeluarkan sebarang objek tajamyang tertanam pada luka.
4. Lindungi luka dengan gauze yang steril untuk mengurangkan risiko infeksi.
5. Balut seluruh luka dengan bandage yang secukupnya.
6. Pastikan tekanan bandage mencukupi, tetapi tidak terlampau ketat sehingga
BUKU LOG KOR SISPA 75
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
boleh menghalang pengaliran darah.
7. Pastikan tidak ada bahagian kain yang terlepas atau pun longgar kerana ini boleh
tersangkut atau terburai.
8. Jangan simpul kain pada permukaan kulit,kerana ia boleh menyebabkan iritasi.
9. Jangan tutup hujung jari tangan dan hujung jari kaki supaya dapat memeriksa pengaliran
darah dan fungsi saraf-saraf.
10. Bandingkan pengaliran darah, warna dan suhu diatas dan di bawah kawasan yang
berbalut.
11. Jika pembalut menjadi basah dengan darah, tambahkan dressing dan ketatkan dengan
bandage lain.
12. Jika objek tajam terlekat pada luka, jangan cabut. Gunakan dreassing yang tebal supaya
ia tidak bergerak.
13. Longgarkan bandage dengan segera sekiranya:
• Kulit di sekeliling pembalut menjadi pucat atau kebiru-biruan.
• Pesakit mengadu kesakitannya bertambah selepas lukanya dibalut.
• Kulit di sekeliling menjadi sejuk
• Pesakit mengadu rasa kebas dan mencucuk-cucuk di bawah bandage.
MENGHENTIKAN ATAU MENAHAN PENDARAHAN
Memberi Tekanan Pada Pressure Piont
1. Tekanan pada arteri femoral
2. Tekanan pada arteri brakial
Tourniquet
penggunaan tournique tidak digalakan. Ini adalah kerana ia boleh menyebabakan tissue
ischeamia dimana tisu-tisu kekurangan oksigen. Jika boleh gunakan cara lain untuk
mengawal pendarahan.
BUKU LOG KOR SISPA 76
MPU3062 KOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM IPGKRM
Penggunaan DRESSING DAN BANDAGE
Apabila darah tidak lagi mengalir dengan banyak, anda boleh merawat dan membalutnya
dengan menggunakan bandage.
Fungsi Rawatan Luka
a. Melindungi luka dari pendarahan.
b. Melindungi luka dari jangkitan
c. Menstabilkan objek yang tajam.
d. Melindungi luka-luka yang terbelah besar. Pastikan dressing itu tebal, lembut dan steril
(bebas dari kuman), pastikan saiznya lebih besar dari luka dan cukup padat untuk luka
tersebut.
BUKU LOG KOR SISPA 77