The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wuwuwukang, 2021-03-02 22:31:31

Dimensi Koop Bil.66

ISSN - 1823 - 1586 / Bil. 66 (3/2020) / RM8.50
MS ISO 9001:2015 REG. No. QMS 01443
ISSN 1823-1586 RM 8.50
Bil.66 (3/2020) www.ikkm.edu.my
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
USAHAWAN DAN KOPERASI MINISTRY OF ENTREPRENEUR DEVELOPMENT AND COOPERATIVES


Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Saya ingin memanjatkan rasa setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk bersama- sama melangkah ke gerbang Tahun Baharu 2021. Seluruh dunia diuji dengan cabaran yang cukup besar dan getir sepanjang tahun 2020 iaitu pandemik COVID-19 yang mula dilaporkan di Malaysia pada bulan Januari. Cabaran ini bukan sahaja menguji kekuatan kita secara individu, tetapi daya ketahanan gerakan koperasi di Malaysia. Dalam berdepan dengan cabaran COVID-19, kita semua telah bangkit bersama menentang kemaraan penularan wabak ini dengan satu keazaman dan semangat kesepaduan dalam memastikan wabak ini berakhir.
Dengan norma baharu ini, lama-kelamaan rakyat Malaysia dapat menerima dan mengadaptasinya dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah membolehkan rakyat Malaysia menjalankan kehidupan seharian seperti biasa dengan masih tertakluk kepada Standard Operation Prosedur (SOP).
Penularan wabak COVID-19 ini memberikan impak sama ada positif dan negatif kepada pertumbuhan penduduk dan ekonomi negara. Gerakan koperasi juga tidak terkecuali dari terkesan dalam perniagaan yang diceburi ketika COVID-19 melanda negara. Di Malaysia, koperasi menceburi pelbagai industri seperti pertanian, perhotelan, perbankan, kewangan, permakanan, pemborongan dan beberapa lagi. Aktiviti industri tersebut tidak dapat digerakkan ketika kawalan pergerakan dilaksanakan. Justeru, keluaran Dimensi KOOP kali ini memaparkan artikel berkaitan “Kesan Pandemik COVID-19: Peranan Koperasi untuk Anggota”, “Program Survival COVID-19 Daerah Kiulu: “Kaki-kaki Kampung” dan Pengurusan Tunai Koperasi semasa Covid-19 : Tiga Langkah ke Arah Pengurusan Tunai yang Berkesan”.
Isu mengenai burnout yang dikaitkan dengan masalah dunia pekerjaan turut dipaparkan dan tips menanganinya dalam artikel “Fenomena ‘BURNOUT’ di dalam Kalangan
Pekerja: Majikan Perlu Empati”. Bagi mengurangkan
isu pekerja koperasi tidak kompeten, koperasi perlu mengambil perhatian terhadap kesedaran pemilihan pekerja yang berkualiti adalah perkara
penting bagi menjamin kestabilan operasi koperasi.
2
Dari Meja Ketua Editor


Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
Perniagaan dan keusahawanan dapat membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat kita dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan ekonomi.
Menerusi artikel “Meningkatkan Keberkesanan Pemilihan Pekerja melalui Ujian Psikometrik” membantu koperasi untuk membuat pemilihan pekerja dengan tepat dalam membantu melancarkan tugasan di koperasi. Perniagaan dan keusahawanan dapat membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat kita dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan ekonomi. Menerusi artikel “Potensi Koperasi Sri Sekawan Kulai Berhad dalam Keusahawanan Sosial”, dan “Didikan Keusahawanan Seawal Usia” membantu memberikan aspirasi kepada koperasi di Malaysia untuk menjaga kebajikan anggota dan kesejahteraan masyarakat serta memupuk budaya keusahawanan dari peringkat sekolah lagi. Turut dimuatkan dalam edisi ini ialah artikel “Menjana Pendapatan Koperasi Melalui Penglibatan Dalam Sektor Pertanian” dan “Strategi Kandungan Berkesan Melalui Pemasaran Video”.
Saya amat berharap penerbitan Dimensi KOOP ini dapat memberi sumbangan dan perkongsian ilmu terhadap perkembangan informasi gerakan koperasi di Malaysia kepada para pembaca. Sekian, terima kasih.
Mohd Zaib Mat Yunus
3


DIMENSIKOOP
Bil. 66(4/2020)
Sidang Redaksi Dimensi KOOP
87
6
5
43 2
1
PENAUNG/PENASIHAT
1. En. Mohd Roslan Bani Amin Ketua Pengarah
KETUA EDITOR
2. En. Mohd Zaib Mat Yunus
TIMBALAN KETUA EDITOR
3. Pn. Azmaliza Arifin
SIDANG EDITOR
4. En. Faiz Ahmad Yatim
5. Pn. Salwana Ali
6. Pn. Noor Shafeeza Zainuddin
7. Pn. Norhayati Abd.Rahman
8. Pn. Nor Aslamiah Ali
4


Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
14 12
10
13
15
9
11
11. Pn. Ayu Diana Awang
12. Pn. Nor Arma Abu Talib 13. Pn. Nor Alyani Abd Razak
9. En. Mohd Faisal Shariff 10. En. Asha’ari Arshad
14. En. Hasrin Abu Hassan
PEGAWAI PENERBITAN
15. Cik Zaharatul Laili Zakaria
5


KANDUNGAN
26
08
34
18
Kesan Pandemik COVID-19: Peranan Koperasi untuk Anggota
Pengurusan Tunai Koperasi semasa COVID-19
Fenomena Burnout di dalam Kalangan Pekerja Majikan Perlu Empati
Program Survival COVID-19 Daerah Kiulu: “Kaki-kaki Kampung”


70
58
42
64
52
Potensi Koperasi
Sri Sekawan Kulai Berhad
dalam Keusahawanan Sosial
Meningkatkan Keberkesanan Pemilihan Pekerja Melalui Ujian Psikometrik
Strategi Kandungan Berkesan melalui Pemasaran Video
Menjana Pendapatan Koperasi melalui Penglibatan dalam Sektor Pertanian
Didikan Keusahawanan Seawal Usia


DIMENSIKOOP
Kesan Pandemik COVID-19:
Peranan Koperasi untuk Anggota
Hasrin Abu Hassan
Sektor Keusahawanan dan Perniagaan [email protected]
8
Bil. 66(4/2020)


DIMENSIKOOP
Kesan COVID-19 kepada Negara
Walau apapun pandangannya mengenai COVID-19 ini, kehadirannya cukup memberi kesan dalam sesebuah negara. Masyarakat merupakan komponen utama sesebuah negara yang secara langsung berhadapan dengan kesan dari pandemik ini. Impak ini sekiranya tidak ditangani dengan sebaiknya akan menyebabkan tindakan yang tidak diingini akan berlaku. Perlu diakui masyarakat adalah manusia yang mempunyai akal, sifat, naluri dan perasaan yang ada batasannya. Sememangnya ada kelemahan dan kekurangannya dalam berhadapan dengan keadaan yang mana belum pernah mereka hadapi.
Kita di Malaysia telah sedia maklum akan banjir yang sering berlaku di dalam negara. Kejadian bencana yang sering berlaku seperti tanah runtuh, runtuhan bangunan akibat pergerakan tanah dan kadang-kadang berlaku gegaran bumi juga pernah kita hadapi. Kejadian tsunami juga antara babak kejadian yang telah menyebabkan agensi- agensi Malaysia yang berkaitan bersiap-siaga dalam menghadapinya pada masa hadapan. Walau bagaimanapun kejadian sebegini berlaku hanya seketika dan kesan hanya pada tempat dan individu terlibat sahaja berbanding dengan wabak COVID-19. Impak wabak ini telah menganggu sistem sesebuah negara dari pelbagai sudut antaranya seperti berikut:
a) Ekonomi
Rakyat sangat terkesan menanggung impaknya terutama apabila aktiviti ekonomi terhenti. Ia merencatkan ekosistem perniagaan domestik. Akibatnya, berlaku pengurangan dan pemberhentian pekerja oleh majikan. Situasi ini telah meningkatkan kadar peratusan pengangguran. Setakat Mac yang lalu, jumlah pengangguran Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 17.1 peratus kepada 610,500 orang berbanding 521,300 orang pada Mac 2019.
Pengenalan
Tahun 2020 akan terus dikenang oleh semua peringkat masyarakat antarabangsa. Mana tidaknya, dunia telah dikejutkan dengan kehadiran novel coronavirus. Setakat 23 Julai 2020, angka kes diseluruh dunia disebabkan virus ini meningkat melebihi 15 juta dan melibatkan lebih 630,000 kematian. Penemuan virus ini hanyalah bermula pada seorang pesakit di wilayah Hubei, China pada akhir tahun 2019 tetapi telah menular dengan cepatnya kepada 210 buah negara di dunia. Situasi membuatkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkannya sebagai pandemik iaitu wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentasi sempadan hingga ke seluruh dunia. Kes di Malaysia sahaja sudah melepasi angka 8,800 dengan angka kematian seramai 123 orang setakat 22 Julai 2020.
Novel Coronavirus merupakan salah satu penyakit respiratori yang disebabkan oleh virus SARS- CoV-2. Nama virus ini kemudiannya ditukar secara rasmi oleh WHO kepada COVID-19 yang mana sebagai singkatan Co untuk Corona, Vi untuk virus dan D untuk penyakit. Manakala angka 19 adalah mewakili tahun penemuan virus tersebut iaitu tahun 2019. Tidak kira kaya atau miskin, senang atau susah, kecil atau besar, tua atau muda, semua golongan ini terdedah untuk menjadi mangsanya. Namun, golongan kanak-kanak dan warga emas yang mempunyai latar belakang berpenyakit kronik adalah golongan berisiko tinggi dalam memulihkannya kembali. Sememangnya, kita di Malaysia hatta di seluruh negara pun tidak menjangka akan hadirnya dugaan sebegini. Sesetengah orang menyatakan sebagai bencana dan sesetengahnya pula menganggapnya sebagai ujian. Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berfasa-fasa dan kemudiannya bersambung dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula serta seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi memerangi pandemik ini.
Bil. 66(4/2020)
9


DIMENSIKOOP
Akibat dari pengisytiharan kawalan pergerakkan oleh kerajaan, pergerakan rakyat Malaysia telah dihadkan. Bukan hanya di dalam negara malah untuk ke luar negara pun tidak dibenarkan. Aktiviti ekonomi dan sosial seperti biasa juga tidak boleh dilakukan. Industri pelancongan, pertanian, pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan juga tidak dibenarkan beroperasi. Namun, sektor pemprosesan makanan dan peruncitan serta beberapa sektor terus digerakkan bagi menampung keperluan rakyat waktu ‘perintah berkurung’. Pengeluarannya pun terhad disebabkan faktor kos, tenaga buruh, kesukaran mendapat bekalan bahan mentah, pengedaran dan sebagainya. Pada masa yang sama berlaku penurunan permintaan domestik dan juga eksport ke luar terutama dari negara- negara yang terkesan dengan COVID-19. Pemberhentian pekerja dan aktiviti perniagaan tidak dapat digerakkan adalah punca hilangnya pendapatan. Maka, perbelanjaan setiap rakyat hanya tertumpu kepada barang-barang keperluan sahaja terutama barang makanan. Tiada pergerakan pelancong dalam dan luar akibat sekatan perjalanan juga menyebabkan sumber pendapatan rakyat dan negara terjejas. Akibatnya sektor perhotelan, hospitaliti, pengangkutan, penerbangan, gedung membeli belah, sukan dan rekreasi mengalami kerugian berlipat ganda. Ini semua adalah gambaran yang menyebabkan berlakunya pengurangan perbelanjaan dalam negara.
Begitu juga berlaku penguncupan pendapatan bagi pihak kerajaan yang mana hasil yang diterima dari cukai, lesen, dividen dan lain- lain faedah tidak seperti amaun sebelum berlakunya pandemik ini. Walau bagaimanapun, kerajaan perlu menyediakan inisiatif kepada setiap komponen dalam ekosistem negara ini agar dapat mengerakkan ‘enjin’ bagi menjana semula ekonomi negara. Pakej rangsangan yang telah diagihkan kepada pihak industri,
syarikat, majikan, peniaga, pekerja dan rakyat jelata perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kelangsungan hidup seterusnya. Bantuan kewangan “one-off” kepada kakitangan awam, pembiayaan gaji minimum kepada pekerja, kebenaran mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), penangguhan pinjaman dari institusi kewangan, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan lain-lain lagi merupakan inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan untuk tujuan tersebut. Ini adalah usaha untuk mengembalikan ekonomi Malaysia berada dalam landasan yang betul.
Walau bagaimanapun mengikut keadaan semasa, banyak pakar ekonomi menjangkakan aktiviti perniagaan mungkin tidak akan mencatatkan pemulihan dalam tempoh terdekat ini. Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini pada tahun 2020 adalah di antara -2.0% hingga 0.5%. Malaysian Institute of Economic Research (MIER) mengeluarkan kenyataan rasminya berpendapat bahawa KDNK akan jatuh dari 4.0% ke -2.9% di mana 2.4 juta rakyat akan kehilangan pekerjaan. Manakala, International Monetary Fund (IMF) pula menjangkakan ekonomi Malaysia merosot 1.7% berikutan kemerosotan KNDK ASEAN-5 yang susut 0.6%.
b) Psikologi
Sudah semestinya tekanan dirasai dalam kehidupan akibat lamanya terperuk di dalam rumah sahaja. Namun, tindakan ini perlu bagi membendung wabak dari terus merebak dengan lebih meluas lagi. Terperangkap dalam jangka masa yang panjang ini mewujudkan kesan kepada psikologi masyarakat. Kajian ahli psikologi mendapati tempoh kuarantin yang panjang mempunyai hubungan signifikan dengan isu psikologi seperti tekanan emosi, gejala kemurungan, gemuruh dan stres.
10
Bil. 66(4/2020)


i
Individu yang disahkan positif COVID-19
- Bimbang dengan penyakit yang dihadapi kerana tidak tahu akan kesembuhannya.
- Ada perasaan bersalah kerana menjadi punca penyakit ini tersebar kepada orang lain
- Jangka masa yang lama berada di hospital
ii
Individu yang dikuarantinkan
- Mereka ini terpaksa diasingkan daripada keluarga
- Tidak dapat bekerja
- Bimbang diri mereka
akan mendapat penyakit
iii
Pertugas yang terlibat
- Berhadapan dengan pesakit yang positif menyebabkan kebimbangan untuk dijangkiti
- Masa bekerja yang panjang menyebabkan kepenatan dan tidak dapat mengambil cuti
- Pengalaman melihat mereka yang dijangkiti wabak ini mendedahkan mereka kepada trauma.
Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
Kita sedia maklum bahawa pelbagai situasi akibat dari wabak COVID-19 ini menyebabkan rakyat atau individu ‘ketakutan’ menghadapi hal ini. Ada di antara mereka tertekan dengan kehilangan pekerjaan punca pendapatan, tinggal di rumah yang sempit dengan penghuni rumah mungkin mencecah 10 orang, kerinduan pada orang tersayang sama ada ibu bapa, anak dan juga pasangan. Selain itu, ada juga yang mengalami tekanan akibat bebanan tugas yang perlu dilaksanakan ketika bekerja dari rumah. Kegelisahan akibat pelaksanaan PKP yang lama juga menyebabkan ada di antaranya kebingungan, timbul perasaan marah dan tidak puas hati dengan norma baharu yang perlu dilalui kerana situasi ini tidak pernah mereka alami sebelum ini. Justeru, antara yang berisiko untuk mengalami tekanan psikologi ini adalah seperti berikut:
Sepanjang tempoh kawalan pergerakan, salah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Medical Relief Society (Mercy Malaysia) mendedahkan pihaknya menerima lebih 1,059 aduan berhubung krisis COVID-19 ini. Pada fasa pertama jumlah pangilan hanya sekitar 20 hingga 30 panggilan sahaja sehari tetapi apabila memasuki fasa kedua PKP jumlah panggilan telah meningkat mencecah 100 panggilan sehari.
Menurut pakar perunding psikiatri dan psikologi, Kedah Medical Centre, Dr. Wan Mohd Rushdi Wan Mahmud, sekiranya seseorang tidak dapat menyelesaikan permasalahan tekanan ini dengan baik ia akan menjadi berterusan dan tidak terkawal. Hal ini akan menyebabkan kecelaruan mental lebih serius seperti kemurungan, kegelisahan atau lebih parah lagi ada keinginan untuk membunuh diri. Beliau menambah lagi dengan menyatakan ada beberapa golongan menganggap proses yang berlaku ini bukan tekanan biasa, malah boleh sampai ke tahap trauma kerana impak yang dialami adalah teruk bagi sesetengah individu. Contohnya, petugas barisan hadapan terpaksa berdepan dengan ancaman dijangkiti ketika bertugas yang akan mewujudkan perasaan trauma.
11


Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
c) Pendidikan
Lebih dari 3 bulan sesi pembelajaran dan
pengajaran di Malaysia tertangguh akibat
wabak pandemik COVID-19. Bukan sahaja
pendidikan di peringkat rendah dan menengah
sahaja malah peringkat pengajian tinggi tidak peringkat pengajian tinggi terkecuali terkesan dalam hal ini. Pihak kerajaan
mengarahkan penutupan semua taska, semua sekolah peringkat tidak kira sekolah kerajaan atau swasta, berasrama penuh atau harian, antarabangsa dan juga pusat tahfiz. Turut diperintahkan tutup ialah institusi pra-universiti, Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut kemahiran di seluruh negara.
Perlu difahami situasi wabak pandemik ini dihadapi dengan serta merta. Kesiapsiagaan bagi pelajar, ibubapa, para pendidik dan institusi-institusi pendidikan pelbagai peringkat ini hanya dalam fasiliti yang sedia ada sahaja. Kaedah pembelajaran dan pengajaran juga perlu diubah. Dalam keadaan ini, mereka tidak lagi mendapat pendidikan formal dan jika tidak ditangani dengan baik para pelajar kehilangan banyak masa berharga untuk menimba ilmu pengetahuan. Ada beberapa keadaan yang mana proses pembelajaran dan pengajaran tidak dapat diteruskan sepanjang krisis COVID-19 ini melanda negara kita antaranya iaitu:
i. Tidak mempunyai akses Internet
Kemudahan Internet pada masa kini di Malaysia masih lagi tidak dapat dicapai dibeberapa kawasan terutama di pendalaman. Sesetengah kawasan ada capaian tetapi terhad pula untuk menggunakannya memandangkan kos untuk ditanggung bagi kemudahan ini tidak mampu dibiayai oleh sesuatu keluarga sekiranya penggunaan dalam jangka masa yang panjang.
tidak terkecuali terkesan dalam hal ini. Pihak Kerajaan mengarahkan penutupan semua taska, semua sekolah peringkat tidak kira sekolah kerajaan atau swasta, berasrama penuh atau harian, antarabangsa dan juga pusat tahfiz.
ii. Tiada peranti
Seperti kita sedia maklum, tidak semua pelajar berkemampuan untuk memiliki peranti iaitu komputer dan pelengkapannya atau lain-lain peralatan untuk proses pembelajaran melalui atas talian. Apatah lagi sekiranya bilangan anak yang ramai dalam sesebuah rumah berlaku pengiliran atau perebutan untuk mengguna peranti tersebut. Jika menggunakan telefon bimbit ibu bapa pula, masalahnya berlaku apabila mereka tidak ada berada bersama anak- anak ketika itu. Maka, proses pembelajaran dua hala tersebut tidak dapat dilakukan.
iii. Sukar untuk pemantauan
Prestasi pelajar sukar dipantau oleh guru/pensyarah/penyelia apabila proses pembelajaran secara dalam talian dijalankan. Ini sama ada penerangan tidak dapat dilaksanakan dengan lancar akibat
Bukan sahaja pendidikan di peringkat rendah dan menengah sahaja malah
12


Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
gangguan dalam talian atau kejelasan pemahaman pelajar yang tidak dizahirkan. Manakala guru/pensyarah/penyelia tidak perasan akan hal ini memandangkan keterbatasan masa dalam penyampaian. Kadang-kadang pelajar tidak mempamerkan wajah ketika pembelajaran berlangsung dan dikhuatiri tidak berada di depan peranti pada masa tersebut. Bagi ibu bapa pula tidak begitu mahir menggunakan aplikasi yang digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran ini. Mereka juga perlu alert tentang jadual waktu persekolahan atas talian anak-anak. Bayangkan anak yang belajar seramai 5 orang ditambah kelas yang perlu diikuti pula lebih dari 5 subjek, sudah tentu kekeliruan berlaku.
Apabila guru memberi tugasan untuk disiapkan, sudah tentu mereka sukar untuk menyelesaikannya.
Apa yang Koperasi Boleh Tawarkan?
Dunia sedia maklum bahawa koperasi merupakan gerakan satu pertubuhan sosioekonomi yang dianggotai, dibiayai dan ditadbir oleh sekumpulan manusia yang mempunyai aspirasi bersama. Mereka ini bergabung tenaga, semangat dan usaha untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial untuk sesiapa yang berada bawah koperasi tersebut. Dalam erti kata lain, koperasi merupakan persatuan yang menjalankan aktiviti perniagaan yang bertujuan membantu meringankan beban anggotanya dalam bentuk kewangan dan juga bukan kewangan.
Dunia sedia maklum bahawa koperasi merupakan gerakan satu pertubuhan sosioekonomi yang dianggotai, dibiayai dan ditadbir oleh sekumpulan manusia yang mempunyai aspirasi bersama. Mereka ini bergabung tenaga, semangat dan usaha untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial untuk sesiapa yang berada bawah koperasi tersebut. Dalam erti kata lain koperasi merupakan persatuan yang menjalankan aktiviti perniagaan yang bertujuan membantu meringankan beban anggotanya dalam bentuk kewangan dan juga bukan kewangan.
iv. Pembelajaran dalam talian tidak sesuai
Tidak semua peringkat sekolah sesuai dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian terutamanya secara bersemuka. Ini adalah kerana pelajar terutamanya peringkat rendah mudah bosan dan tidak memberi tumpuan ketika proses pembelajaran berlangsung. Natijahnya, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan.
Gerakan koperasi juga tidak terkecuali dari terkesan dalam perniagaan yang diceburi ketika COVID-19 melanda negara. Di Malaysia, koperasi menceburi pelbagai industri seperti pertanian, perhotelan, perbankan, kewangan, permakanan, pemborongan dan beberapa lagi. Aktiviti industri tersebut tidak dapat digerakkan ketika kawalan pergerakan dilaksanakan. Secara tidak langsung tiada janaan pendapatan. Tiada punca hasil gaji bulanan
13


Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
kepada kakitangan koperasi. Sudah tentu juga tiada keuntungan untuk dimanfaat kepada semua anggota. Justeru, pada ketika inilah seharusnya gerakan koperasi merealisasikan prinsip-prinsip dan nilai yang dianuti dalam membantu anggota- anggota yang bernaung di bawah koperasi masing- masing. Dapat dikatakan koperasi bagaikan sebuah ‘kerajaan’ yang mana harus menjaga kebajikan dan keperluan ‘rakyat’ yakni anggota koperasi. Walau ‘kerajaan’ berhadapan dengan cabaran yang getir untuk terus survival dalam ekonomi, bantuan dan sokongan kepada rakyat jangan dinafikan kerana itu adalah tanggungjawab. Sedikit sebanyak ia mencetus rangsangan kepada mereka untuk terus berusaha dalam penghidupan. Tindakan koperasi ini menggambarkan keprihatinan koperasi kepada anggotanya. Antara dicadangkan atau apa yang boleh ditawarkan oleh koperasi kepada anggota terutamanya ketika menghadapi impak pandemik COVID-19 ini adalah seperti berikut:
i. Hab penyaluran barangan makanan dan keperluan
Koperasi yang mempunyai tadbir urus yang baik sudah semestinya mempunyai butiran lengkap tentang anggota-anggotanya seperti nama, alamat, nombor telefon dan sebagainya. Ini perlu bagi memastikan hubungan rapat koperasi dengan anggota boleh dimanfaatkan terutamanya berlaku seperti berlakunya impak COVID-19 ini. Data yang lengkap ini memudahkan koperasi mengedarkan bantuan makanan dan keperluan lain yang diperlukan. Strata taraf anggota koperasi adalah pelbagai. Ada dalam kalangan
anggota koperasi mempunyai kewangan yang mantap boleh menyalurkan sedeqah atau infaq kepada koperasi bagi menyalurkan bantuan kepada anggota yang tidak
14


Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
bernasib baik. Sebahagian anggota pula kedudukan kewangan tidak stabil. Ada pula di antara anggota koperasi mengalami kekurangan akibat penyakit atau pun merupakan golongan kurang upaya. Maka keperluan lain seperti lampin pakai buang, peralatan sokongan atau susu makanan tambahan boleh diusahakan bagi meringankan bebanan mereka.
Secara tidak langsung, ini akan menjadikan koperasi sebagai 'one-stop centre' bagi anggota koperasi dan komuniti berhampiran untuk mendapat bantuan dan informasi berkaitan dengan hal ini. Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi yang sedia ada seperti Facebook, WhatsApp, Telegram dan sebagainya akan memudahkan lagi aktiviti penyaluran bantuan kepada semua. Menjadi tanggungjawab Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan jawatankuasa yang berkaitan untuk membuat penjadualan bagi melaksanakan gerak kerja penyaluran bantuan ini. Usaha ini meningkatkan imej koperasi di mata masyarakat secara umumnya kerana memainkan peranan penting dalam ekosistem kehidupan negara.
ii. Bantuan sumber kewangan
Dalam situasi yang genting inilah pentingnya tabung-tabung kebajikan untuk anggota diwujudkan oleh koperasi. Sudah semestinya koperasi yang ditunjangi oleh ALK yang berwawasan telah pun mewujudkan tabung untuk kegunaan waktu kecemasan ini bagi keperluan anggotanya sendiri. Tabung ini boleh digunakan ketika keadaan menghadapi impak COVID-19 ini seperti sagu hati kepada anggota untuk membeli barang keperluan mereka atau pemangkin bagi memulakan aktiviti janaan pendapatan seperti perniagaan dalam talian. Sudah tentu bil utiliti seperti elektrik, air, Internet dan sebagainya meningkat penggunaannya akibat semua penghuni terkurung sahaja di
dalam kediaman masing-masing. Koperasi juga boleh memberi pinjaman dengan syarat tidak membebankan kepada anggota untuk tujuan tersebut.
Pemberian moratorium juga boleh dilakukan oleh koperasi untuk membantu meringankan bebanan kewangan anggota. Semua ini adalah usaha koperasi dalam menyokong anggota koperasi supaya meneruskan penghidupan terutamanya mereka yang hilang punca pendapatan akibat pemberhentian kerja.
iii. Sokongan emosi dan motivasi
Semua sedia maklum akan kesan ‘terperap’ di dalam kediaman pada tempoh yang lama. Sesetengah rakyat Malaysia mengalami tekanan perasaan, emosi dan mental ketika PKP berlangsung. Situasi sebegini, sekiranya koperasi boleh memainkan peranan dalam membantu anggota terutamanya bagi menguraikan segala tekanan yang dialami adalah amat bertepatan sekali. Tekanan dialami oleh semua peringkat umur baik kecil atau dewasa, tua ataupun muda. Jangan lupa juga bahawa anggota koperasi mempunyai keluarga. Mereka juga adalah golongan yang terkesan dengan pandemik ini dan perlu juga dibantu.
Mengambil tahu dengan bertanya khabar setiap anggota adalah satu cara mudah. Berbual-bual untuk menyelami permasalahan dapat membantu untuk tujuan tersebut. Koperasi boleh mewujudkan skuad khusus untuk menyokong usaha ini sama ada secara bersemuka atau dalam talian seperti Google Meet, Zoom, Messenger dan sebagainya. Koperasi boleh berkolaborasi dengan persatuan, badan-badan atau NGO yang berkaitan dengan psikologi, mental, emosi dan sebagainya. Kepakaran dan kemahiran mereka sangat ditagih bagi usaha tersebut. Melalui cara ini sedikit
15


Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
Sekiranya kerjasama antara koperasi dapat dilakukan contohnya koperasi yang mengeluarkan produk dengan koperasi yang menjalankan aktiviti
jualan secara dalam
talian dan juga koperasi yang menjalankan
aktiviti pengangkutan kemungkinan isu lambakan dapat dikurangkan.
sebanyak kekusutan, ketakutan, kekeliruan boleh diredakan sekali gus bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
iv. Sokongan Pembelajaran
Semua sekolah peringkat rendah dan menengah, institusi pengajian tinggi, institusi latihan dan seumpamanya diarahkan tutup bagi membendung penularan COVID-19 ini. Proses pembelajaran dan pengajaran terpaksa ditangguhkan. Pembelajaran dan pengajaran melalui Internet merupakan alternatif semasa keadaan ini berlaku. Namun, tidak semua pelajar atau keluarga mempunyai perkakasan seperti komputer atau telefon pintar untuk tujuan tersebut. Malah sesetengah kawasan capaian Internet tidak memuaskan dan kadang- kadang langsung tidak mempunyai liputan rangkaian perhubungan.
Bagi koperasi yang mempunyai kemudahan Internet ini sewajarnya dapat dimanfaat untuk kegunaan anggota yang memerlukan.
v.
Anak-anak anggota juga dapat meneruskan pembelajaran sekiranya koperasi menjadi hab untuk proses pembelajaran ini. Namun, pemantauan perlu dilakukan sekiranya koperasi melaksanakan aktiviti ini agar ia berlandaskan undang-undang yang diperuntukkan. Usaha ini perlu disokong oleh pihak berkaitan terutama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi kerana dapat bekerjasama membantu meneruskan pembelajaran pelajar masing-masing.
Mewujudkan rangkaian kerjasama
Koperasi yang mempunyai aktiviti perniagaan perlu perancangan kontigensi sekiranya apa- apa berlaku sepertimana keadaan yang sedang berlaku ini. Bayangkan sekiranya koperasi mempunyai tanaman nanas, mempelam, ternakan ayam, ikan dan sebagainya tidak dapat diedarkan atau limitasi di kawasan tertentu sahaja. Sudah tentu lambakan produk ini membusuk dan dibuang begitu sahaja sekiranya tiada apa tindakan diambil.
Sekiranya kerjasama antara koperasi dapat dilakukan contohnya koperasi yang mengeluarkan produk dengan koperasi yang menjalankan aktiviti jualan secara dalam talian dan juga koperasi yang menjalankan aktiviti pengangkutan kemungkinan isu lambakan dapat dikurangkan. Koperasi juga boleh bekerjasama dengan syarikat penghantaran cepat bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku sebelum ini iaitu barangan tidak sampai pada waktunya akibat terlampau banyak menerima bungkusan untuk dihantar. Kerjasama dengan pihak-pihak berkuasa dan berkaitan juga boleh dijalinkan seperti menerima tempahan untuk menyiapkan kelengkapan frontliner yang bertungkus lumus menyelamatkan pesakit- pesakit COVID-19. Selain itu, sekiranya kesemua koperasi di Malaysia yang berjumlah lebih 14,000
16


Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
buah mengemaskini data-data keanggotaanya yang melebihi 6 juta itu akan dapat membantu terutamanya pihak kerajaan dalam membuat pengagihan bantuan atau pemantauan semasa PKP dan PKPB ini dikuatkuasakan. Cara ini diharap dapat mengatasi isu rakyat yang terlepas pandang dari pihak kerajaan untuk menerima bantuan sewajarnya. Ini adalah antara prinsip- prinsip koperasi yang dapat digambarkan dalam konteks ini.
Penutup
Secara kesimpulannya, paparan artikel ini menunjukkan betapa gerakan koperasi begitu sinonim dengan gerakan sosioekonomi dalam sesebuah negara. Koperasi sebagai penjana ekonomi tetapi mempunyai hati yang luhur dalam membantu anggota secara khususnya dan masyarakat secara amnya sama ada secara fizikal, mental dan emosi. Pengemudi koperasi iaitu ALK yang arif akan matlamat penubuhannya sudah tentu menjadikan koperasi tempat bernaung yang baik bagi anggotanya tatkala situasi yang tidak menentu melanda. Sebahagian simpanan yang dikumpulkan oleh koperasi akhirnya dapat memberi sedikit sinar kepada anggota untuk meneruskan penghidupan. Bukan hanya manfaat kewangan dipinta, koperasi
juga menawarkan khidmat yang menuntut untuk mendengar keperluan dalaman anggota yang dapat memberi satu pemangkin untuk berdikari menjayakan diri dan sekelilingnya.
Koperasi yang aktif akan menyediakan pelbagai aktiviti dalam menggambarkan kerelevanannya kepada anggota. Aktiviti yang dilaksanakan oleh koperasi perlu disokongan dan dijayakan dengan sebaiknya agar tenaga, wang dan masa yang digunakan adalah berbaloi. Selain pihak kerajaan dan swasta, gerakan koperasi perlu benar-benar dilihat sebagai catalyst yang dapat mengimbangi keperluan ekonomi dan sosial di Malaysia. Kerjasama koperasi dengan pihak kerajaan dan swasta sangat dituntut kerana kuasa pengimbang yang terdapat pada koperasi iaitu keperluan ekonomi dan sosial dapat disalurkan kepada rakyat dengan sebaik- baiknya. Maklum balas daripada rakyat dan anggota juga boleh disampaikan melalui koperasi seterusnya diangkat kepada pihak berkaitan agar dapat bertindak dengan sewajarnya. Justeru, koperasi dan anggota berpisah tiada kerana kedua-dua ini saling perlu memerlukan dalam menjadikan gerakan koperasi relevan kepada semua. Ini bertepatan dengan apa yang dikatakan ‘satu untuk semua, semua untuk satu’.
17


DIMENSIKOOP
Pengurusan Tunai
Koperasi semasa
COVID-19:
3 Langkah ke Arah Pengurusan Tunai yang Berkesan
Farahaini Mohd Hanif
Pusat Kewangan dan Akaun [email protected]
18
Bil. 66(4/2020)


Bil. 66(4/2020)
Pengenalan
Pengurusan tunai merupakan nadi dalam pengurusan sesebuah organisasi. Kepentingan menguruskan tunai menjadi lebih kritikal ketika seluruh dunia kini berdepan dengan pandemik COVID-19. Kesan pandemik ini bukan sahaja dirasai dari segi sosial di mana pergerakan penduduk kini dikawal dengan perintah kawalan pergerakan tetapi juga memberi impak kepada kewangan bagi setiap
DIMENSIKOOP pengurusan dan Anggota Lembaga Koperasi
(ALK).
Pengurusan Tunai Berkesan
Pengurusan tunai secara amnya melibatkan elemen hasil, belanja dan pergerakan tunai masuk dan keluar di dalam koperasi. Aliran
tunai positif bermaksud koperasi akan dapat melunaskan pembayaran kepada pekerja, pembekal dan pihak ketiga lain seperti bank dan institusi kewangan yang lain. Aliran tunai yang negatif pula akan menyebabkan koperasi tidak dapat menanggung liabiliti semasa koperasi. Selain itu ia boleh membawa kepada kesan buruk lain seperti kebankrapan serta hilang kepercayaan
oleh pembekal juga pelanggan.
Dalam memastikan kelangsungan perniagaan koperasi, pihak pengurusan dan ALK koperasi perlu melaksanakan beberapa langkah kawalan kewangan secara amnya dan kawalan pengurusan tunai secara khasnya. Antara langkah yang boleh dipertimbangkan merangkumi tiga perkara berikut iaitu penilaian pengurusan tunai sedia ada, perancangan pengurusantunaikoperasidenganmengambil kira situasi terkini dan seterusnya pelaksanaan segala perancangan tunai tersebut (Rajah 1).
entiti perniagaan. Gerakan koperasi juga tidak terlepas daripada menghadapi
cabaran dalam
memastikan koperasi dapat
terus bersaing dalam situasi
sukar ini.
COVID-19 telah merubah cara organisasi menjalankan perniagaan.
Pengguna kini lebih teliti dalam berbelanja memandangkan ramai yang terkesan kerana diberhentikan kerja serta pengurangan dari segi gaji dan elaun. Hal ini menyebabkan banyak organisasi mengalami masalah aliran tunai kerana jualan merosot. Malahan ada juga yang tidak memperoleh langsung pendapatan disebabkan operasi perniagaan terpaksa ditutup. Antara sektor yang terjejas termasuklah koperasi yang menjalankan aktiviti
pelancongan dan penjagaan diri.
Bagi memastikan koperasi dapat berdepan dengan cabaran ekonomi semasa adalah amat penting agar koperasi memastikan tunai masuk dapat dimaksimumkan manakala tunai keluar pula dapat dioptimumkan. Perkara ini boleh dicapai melalui pengurusan tunai yang berkesan oleh pihak
NILAI
RANCANGAN
19
LAKSANA
Rajah 1: Langkah-langkah kawalan pengurusan tunai


1. Nilai pengurusan tunai sedia ada
Penilaian aliran tunai koperasi boleh dimulakan dengan mengenal pasti keperluan tunai dan modal kerja koperasi. Koperasi perlu mengenal pasti komitmen bulanan tetap yang perlu dilunaskan seperti bayaran sewa, gaji pekerja, bayaran utiliti dan bayaran balik pinjaman. Aliran tunai untuk bayaran tersebut perlu dilunaskan walaupun koperasi tidak mempunyai apa-apa sumber pendapatan. Selain daripada mengenal pasti perbelanjaan tetap koperasi terdapat juga perbelanjaan operasi lain seperti pembelian bahan mentah dan inventori perniagaan, bayaran berkala seperti cukai pendapatan, zakat dan insurans. Memandangkan koperasi merupakan sebuah entiti perniagaan yang mengutamakan kepentingan anggota, aliran wang keluar koperasi juga melibatkan
Pembayaran
a) Dividen
b) Bantuan kepada anggota melalui khairat
kematian dan tabung-tabung kebajikan yang telah diperuntukkan kepada anggota.
Antara isu kritikal dalam menguruskan keperluan tunai koperasi melibatkan pembayaran kepada pihak ketiga seperti institusi kewangan. Adalah normal bagi koperasi untuk mempunyai pinjaman jangka panjang dari pihak bank mahupun dengan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia melalui pinjaman Tabung Modal Pusingan (TMP)-JPK yang dibuat bagi tujuan pembelian aset atau untuk keperluan modal tambahan bagi mengembangkan operasi koperasi.
Bagi mengimbangi model kerja dalam koperasi, koperasi seharusnya mempunyai nilai aset semasa yang mencukupi untuk melunaskan liabiliti semasa koperasi. Koperasi juga perlu memastikan tunai koperasi tidak terikat
Selain daripada mengenal pasti perbelanjaan tetap koperasi terdapat juga perbelanjaan operasi lain seperti pembelian bahan mentah dan inventori perniagaan, bayaran berkala seperti cukai pendapatan, zakat dan insurans.
kepada inventori dan penghutang. Inventori yang dibeli perlu dijual semula dengan kadar segera untuk mengubah inventori sedia ada kepada tunai. Koperasi juga perlu memastikan pengurusan kredit dilaksanakan dengan efisien. Penghutang koperasi sama ada penghutang perdagangan mahupun hutang anggota melalui aktiviti pembiayaan perlu dikutip apabila tiba masanya. Kegagalan koperasi dalam menguruskan hutang akan menyebabkan aliran tunai masuk yang sepatutnya diperoleh daripada pembayaran balik penghutang mungkin terganggu. Oleh itu penting kepada koperasi mengenal pasti sumber aliran tunai masuk sama ada melalui aktiviti jualan barangan dan perkhidmatan, sewaan aset kepada pihak luar serta pendapatan-pendapatan lain seperti komisen melalui pelaburan dan simpanan tetap.
Selain dari mengenal pasti keperluan tunai dan modal kerja koperasi, proses penilaian juga perlu di buat dengan mengkaji semula
Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
20


Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
terma dan syarat perniagaan sedia ada
Koperasi boleh memilih untuk menilai semula kelayakan pemberian kredit kepada pelanggan. Untuk mendapatkan penghutang yang berkualiti koperasi boleh menimbangkan dalam mengetatkan syarat pemberian kredit. Adalah penting kepada koperasi mempunyai aturan dan manual prosedur kerja bagi proses pemberian kredit sama ada kepada pihak ketiga mahupun anggota. Beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan sebelum kredit diberi meliputi had kredit, tempoh pembayaran balik dan kredibiliti penghutang. Bagi menggalakkan pembelian secara tunai, diskaun tunai yang lebih tinggi boleh diberikan berbanding pelanggan yang memilih untuk membayar secara kredit.
Bagi aspek kemudahan kredit daripada pembekal pula, koperasi boleh memilih untuk mengadakan Perbincangan dengan pembekal dalam menambah baik kemudahan kredit sedia ada. Koperasi boleh memohon untuk
memanjangkan tempoh kredit sekarang kepada jangka masa yang lebih panjang atau koperasi boleh berbincang agar had nilai kemudahan kredit sedia ada dinaikkan. Walau bagaimanapun koperasi perlu memastikan bayaran balik bagi hutang sedia ada dibuat mengikut jadual untuk membolehkan koperasi terus memperoleh kemudahan kredit daripada pembekal.
Koperasi juga boleh menilai bantuan kewangan yang diperoleh dalam menambahkan aliran tunai masuk dengan mendapatkan maklumat berkaitan Bantuan kerajaan dan Agensi yang terlibat terutamanya kepada koperasi. Sebagai contoh melalui laporan berita dari Sinar Harian bertarikh 14 Oktober 2020, melaporkan bahawa Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan RM1 juta bagi insentif promosi dan pemasaran serta penganjuran program pemulihan sokongan bermanfaat kepada lebih 80 buah koperasi terbabit
21


DIMENSIKOOP
Selain daripada bantuan yang disasarkan khusus kepada koperasi, kerajaan Malaysia juga telah melancarkan pakej bantuan seperti PENJANA dan PRIHATIN dalam bentuk bantuan kewangan seperti memberikan pakej moratorium kewangan. Melalui pakej moratorium ini akan diberikan penangguhan bayaran pinjaman di institusi kewangan yang diharap dapat mengurangkan tekanan ekonomi kepada masyarakat dan entiti perniagaan.
Bil. 66(4/2020)
dalam sektor pelancongan dan penjagaan diri. Inisiatif itu disalurkan menerusi Program Pelan Pemulihan Ekonomi Koperasi: Insentif Promosi dan Pemasaran Sektor Ekonomi Utama Pelancongan dan Penjagaan Diri (Pulih) yang bertujuan membantu koperasi terjejas akibat penularan wabak koronavirus (COVID-19).
Inisiatif tersebut dilaksanakan untuk mendorong dan membantu koperasi dalam menjana semula aktiviti serta meningkatkan pendapatan menerusi bantuan promosi serta pemasaran sekali gus membantu kelangsungan koperasi bagi kedua-dua industri ini. Selain daripada bantuan yang disasarkan khusus kepada koperasi, kerajaan Malaysia juga telah melancarkan pakej bantuan seperti PENJANA dan PRIHATIN dalam bentuk bantuan kewangan seperti memberikan pakej moratorium kewangan. Melalui pakej moratorium ini akan diberikan penangguhan bayaran pinjaman di institusi kewangan yang diharap dapat mengurangkan tekanan ekonomi kepada masyarakat dan entiti perniagaan.
2. Rancang pengurusan tunai koperasi
Tidak dinafikan pengurusan tunai di koperasi mungkin telah pun dirancang oleh pihak
pengurusan dan ALK, namun pendekatan yang lebih drastik dan ketat perlu dilaksanakan. Antaranya adalah dengan Melaksanakan kawalan kos yang optimum. Penting bagi koperasi untuk mengetahui jenis kos tetap dan kos berubah yang terlibat dalam mengurus operasi koperasi. Kenal pasti kos yang benar- benar perlu untuk menjalankan perniagaan koperasi dan kurangkan kos yang tidak perlu dibuat pada masa sekarang atau kos yang boleh dielak terus. Sebagai contoh koperasi tidak perlu mengeluarkan tunai untuk mendapatkan faedah ekonomi sesebuah aset. Koperasi boleh memilih untuk melaksanakan pilihan untuk menyewa daripada membeli sesuatu aset. Pilihan menyewa atau pajakan bukan sahaja dapat mengurangkan perbelanjaan modal yang besar daripada pihak koperasi tetapi juga memberi fleksibiliti dalam menjalankan operasi koperasi. Dengan menyewa atau melalui pajakan, koperasi akan mempunyai lebih banyak pilihan sekiranya aset sedia ada tidak lagi difikirkan perlu atau ada keperluan untuk menukar kepada aset yang lebih baru. Ini juga membolehkan koperasi mengubah kos aset tersebut daripada kos tetap kepada kos berubah.
22


Pengurangan kos yang keterlaluan boleh mengganggu perjalanan operasi koperasi dan boleh menyebabkan kualiti produk atau perkhidmatan koperasi terjejas.
Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
Kawalan kos yang optimum bukan bermaksud koperasi perlu mengurangkan kos dengan drastik. Pengurangan kos yang keterlaluan boleh mengganggu perjalanan operasi koperasi dan boleh menyebabkan kualiti produk atau perkhidmatan koperasi terjejas. Dalam memastikan kos diurus dengan baik, pihak pengurusan koperasi perlu memastikan kos yang dikeluarkan dapat menjana pendapatan yang sewajarnya. Ini bermakna bagi setiap satu ringgit yang dikeluarkan oleh koperasi perlu mampu menjana sekurang-kurangnya satu ringgit pendapatan dan seterusnya menyumbang kepada keuntungan koperasi.
Penting di sini untuk koperasi menunda sebarang pembelian yang tidak penting, kurangkan perbelanjaan yang bernilai tinggi, guna pilihan sedia ada yang lebih menjimatkan serta pilihan lain yang difikirkan sesuai tanpa mengganggu perjalanan operasi koperasi. Sesetengah organisasi mungkin melaksanakan tindakan memberhentikan pekerja, mengurangkan elaun lebih masa dan kemudahan lain yang selama ini diberikan kepada pekerja. Walaupun ia dilihat sebagai langkah yang paling cepat dan mudah untuk diambil perlu diingatkan bahawa pengurangan kos yang melibatkan para pekerja akan mempunyai kesan jangka panjang yang negatif kepada koperasi untuk jangka panjang. Pekerja mungkin akan berasa kurang bermotivasi, bekerja dengan sambil lewa dan boleh juga menyebabkan isu yang lebih besar seperti ketirisan dan penyelewengan oleh pekerja. Oleh itu penting kepada koperasi untuk memastikan tindakan kawalan kos yang dibuat adalah dengan mengambil kira kepentingan semua pihak yang terlibat.
Pengurusan tunai koperasi boleh dirancang dengan membuat belanjawan tunai setiap
bulan dengan membuat belanjawan tunai koperasi akan mempunyai perancangan yang bertulis, mudah untuk dilaksanakan dan boleh dikawal. Koperasi akan dapat mengenal pasti tempoh di mana aliran tunai koperasi dijangka negatif. Adalah normal bagi setiap perniagaan akan mengalami situasi di mana aliran tunai koperasi akan berada dalam keadaan negatif. Berdasarkan bantuan belanjawan tunai perkara ini boleh dijangka dan langkah-langkah proaktif boleh dikenal pasti untuk mengatasi masalah tersebut. Koperasi boleh menyimpan lebihan tunai yang ada untuk menampung kekurangan tunai yang dijangka berlaku pada bulan-bulan tertentu, terutamanya jika pendapatan koperasi diperoleh mengikut musim tertentu. Koperasi juga boleh membuat perancangan awal untuk mendapatkan tunai sekiranya wujud keperluan tunai yang bersifat one-off setiap tahun seperti perbelanjaan insurans dan cukai jalan kenderaan koperasi.
23


Mula dengan baki awal tunai
(A) Baki b/b
Penerimaan: Jualan Faedah Penghutang
Pembayaran: Belian
Gaji Pemiutang
(C) Jumlah Pembayaran
(D) Lebihan/Kurangan (B-C)
Baki h/b (A+D)
KOPERASI ABS BHD
BELANJAWAN TUNAI BAGI 3 BULAN BERAKHIR 31 MAC 2020
BUTIRAN
JAN
RM
P
x x x
xxx
x x x
xxx
Y
Q
RM
xxx
x x x
xxx
Y
R
Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
Q
x x x
MAC
RM
R
x x x
(B) Jumlah Penerimaan
Tolak semua anggaran pembayaran
xxx
Tolak semua anggaran pembayaran
3. Laksana pengurusan tunai yang dirancang
Setiap perancangan hanya boleh dilihat keberkesanannya selepas ia dilaksanakan dan dinilai. Sehubungan itu koperasi perlu memastikan segala perancangan berkaitan pengurusan tunai koperasi dibuat seperti yang dirancang.
Komunikasi yang berkesan adalah amat penting untuk langkah pelaksanaan ini. Maklumat perlu disampaikan oleh pihak pengurusan dan ALK koperasi kepada pihak yang terlibat. Pekerja dan anggota koperasi perlu diberikan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk memastikan segala langkah koperasi dalam mengawal aliran tunai koperasi difahami dan dapat diterima baik oleh semua pihak. Melalui penyampaian maklumat yang tepat kepada pihak pekerja, anggota mahupun pihak luar, mereka akan lebih memahami rasional mengapa sesuatu polisi itu dilaksanakan dan kebaikan yang akan diperoleh
bersama dalam jangka pendek mahupun jangka panjang.
Perancangan yang telah dilaksanakan perlu dinilai keberkesanannya. Mengambil contoh belanjawan tunai yang dibuat oleh koperasi, selepas proses pelaksanaan, koperasi boleh menilai sama ada belanjawan yang dibuat dilaksanakan atau tidak. Sekiranya berlaku variasi antara belanjawan tunai dengan aliran tunai masuk dan keluar yang sebenar, koperasi perlu mengetahui mengapa perkara tersebut berlaku dan cara untuk mengatasi perkara tersebut pada masa hadapan. Mengambil kira impak pandemik COVID-19 yang amat pantas koperasi juga perlu sentiasa bersedia untuk bertindak dan berubah mengikut keadaan. Koperasi terpaksa berubah daripada menjalankan perniagaan yang mungkin telah dijalankan bertahun lamanya dan mengadaptasi kepada norma baharu.
Rajah 2: Format Belanjawan Tunai
24
FEB
x x x
xxx
Y
S


Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
Penutup
Pandemik COVID-19 telah banyak mengubah landskap perniagaan bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia. Koperasi juga tidak terkecuali dengan perubahan yang berlaku ini. Banyak organisasi yang terpaksa menutup perniagaan, mengurangkan aktiviti perniagaan sedia ada mahupun mengubah operasi perniagaan tradisional kepada operasi perniagaan yang lebih terkini seperti perniagaan secara atas talian. Walaupun pandemik ini dilihat memberi kesan yang amat buruk kepada perniagaan di seluruh dunia, ada perniagaan yang dilihat pandai merebut peluang daripada masalah yang dihadapi.
Justeru, koperasi seharusnya mengambil tindakan proaktif dengan merebut peluang yang ada di samping membantu anggota yang menghadapi kesukaran semasa pandemik ini berlaku. Koperasi yang diurus secara berintegriti serta melaksanakan pengurusan kewangan yang cekap terutamanya pengurusan tunai akan mempunyai peluang yang lebih besar. Bukan sahaja untuk memastikan kelangsungan perniagaan koperasi terus terjamin tetapi juga mampu sama-sama membantu anggota koperasi dalam mengatasi kesan negatif sosial dan ekonomi daripada pandemik yang dijangka akan berterusan selama beberapa tahun lagi ini.
25


DIMENSIKOOP
Fenomena ‘BURNOUT’ di dalam Kalangan Pekerja: Majikan Perlu Empati
Salwana Ali
Institut Koperasi Malaysia Zon Tengah [email protected]
26
Bil. 66(4/2020)


Pengenalan
Di Malaysia telah wujud satu fenomena burnout atau keletihan mental yang sering dikaitkan dengan masalah dunia pekerjaan. Burnout digambarkan seolah-olah seorang individu berasa letih dan lesu keterlaluan di pejabat sehingga menjejaskan prestasi kerja. Walau bagaimanapun individu tersebut masih hadir bekerja
tetapi kualiti kerja dan motivasi terhadap pekerjaannya mula menurun dari sehari ke sehari. Umumnya burnout tidak membawa
kepada kematian namun sekiranya tidak dikawal akan membawa kemurungan.
Di peringkat dunia Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
telah mengiktiraf
burnout
Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
merupakan satu sindrom klinikal pada tahun 2019 dan amat merbahaya sekiranya ia tidak diuruskan dengan baik. Sehubungan itu pihak majikan perlu empati terhadap setiap pekerja yang mengalami masalah burnout dan memberi bantuan sewajarnya. Jika tidak ia akan memberi mudarat kepada emosi individu sekali gus menjejaskan kerjaya dan produktiviti organisasi. Justeru setiap individu pula amat penting untuk kenal pasti, punca, rawatan burnout dengan lebih lanjut supaya tidak membawa kepada
kemudaratan dalam tempoh jangka panjang.
Fenomena Burnout
Burnout merupakan situasi di mana seseorang itu secara mental, fizikal
dan emosinya mengalami kepenatan melampau sehingga sukar untuk digambarkan dalam pekerjaannya berserta perasaan ragu tentang keupayaan diri seolah-olah tidak berfungsi seperti sediakala. Burnout sering dikaitkan dengan dunia pekerjaan yang memberikan perkhidmatan profesional untuk membantu
orang lain.
27


DIMENSIKOOP
Istilah burnout dikenal pasti apabila dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak 50 peratus golongan yang bekerja dalam perkhidmatan profesional seperti doktor, jururawat pada satu ketika seronok bekerja, bersemangat, bermotivasi tinggi, rajin dalam pekerjaannya namun dalam tempoh tertentu motivasi serta produktiviti mereka telah berkurangan. Hal ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yang telah berlaku kepada dirinya tanpa sedar dan ia dialami dalam tempoh tertentu.
Secara luaran individu burnout masih hadir untuk bekerja namun secara tersirat pula minat terhadap pekerjaan telah berkurangan dari sehari ke sehari tanpa mengetahui apa puncanya. Kadangkala setiap kali bangun pagi individu mengalami perasaan malas dan tidak bersemangat untuk ke tempat kerja. Individu burnout akan mengalami dua keadaan seperti berikut:
1. Hilang minat terhadap pekerjaan
Individu yang semangat bekerja pada awalnya namun selepas tempoh tertentu berasa jemu dalam pekerjaannya. Kerja yang dilakukan semakin kurang efektif.
2. Hilang keseronokan bekerja
Individu sudah kehilangan keseronokan bekerja dalam rutin hariannya. Justeru tanggungjawab terhadap pekerjaan menurun sekali gus dan prestasi pekerjaan individu turut merudum.
Berikut merupakan konsep burnout yang telah dikenal pasti oleh penyelidik terdahulu:
a) Konsep burnout telah diperkenalkan oleh seorang pakar psikologi klinikal pada tahun 1974 bernama Herbert Freudenberger. Kajian oleh Herbert Freudenberger telah mengenal pasti sindrom ini berlaku dalam kalangan sukarelawan yang bekerja di klinik percuma di bandar raya New York, Amerika Syarikat (AS).
b)
Secara luaran individu burnout masih hadir untuk bekerja namun secara tersirat pula minat terhadap pekerjaan telah berkurangan dari sehari ke sehari tanpa mengetahui apa puncanya.
Sehubungan itu beliau mendefinisikan burnout sebagai satu keadaan di mana seseorang itu mengalami keletihan fizikal dan psikologi disebabkan oleh pekerjaan atau kehidupan profesional.
Menurut Wahab, Nordin, Ghani dan Rajab (2010), burnout didefinisikan sebagai satu situasi di mana seseorang individu tidak dapat merasakan kepuasan kerja dalam melaksanakan pekerjaan mereka. Selain itu ia juga boleh dirujuk sebagai satu keadaan di mana individu mengalami keletihan atau tahap tepu dalam aspek mental dan fizikal. Senario ini menggambarkan kekuatan mental amat penting dalam menentukan tahap burnout seseorang individu. Manakala isu keletihan pula memberi implikasi negatif yang serius terhadap pencapaian prestasi kerja seperti diharapkan oleh pihak majikan.
Merujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), burnout merupakan satu keadaan emosi, mental dan fizikal yang
Bil. 66(4/2020)
28
c)


Bil. 66(4/2020)
mengalami kepenatan disebabkan oleh stres yang berpanjangan dan berulang. Situasi ini terjadi apabila diri diselubungi oleh kesedihan, tidak dapat memenuhi keperluan atau terlalu banyak tekanan kerja dalam tempoh jangka masa yang amat panjang.
d) 11th Revission of the International Classificaation of Diseases (ICD-11), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula mengklasifikasikan burnout sebagai satu fenomena pekerjaan dan bukannya satu keadaan kesihatan. Merujuk kepada ICD- 11, konsep burnout disebabkan tekanan kerja kronik yang gagal diuruskan secara baik.
Secara keseluruhan burnout dikaitkan dengan tiga bentuk komponen utama iaitu melibatkan emosi, fizikal dan mental serta hanya diguna pakai dalam konteks dunia pekerjaan sahaja juga tanpa mengetahui masa ia akan berlaku.
DIMENSIKOOP Antara dapatan kajian lepas berkaitan burnout yang
telah dikenal pasti adalah seperti berikut:
a) Miller dan Ellis (1990) mendapati bahawa pekerja yang mengalami burnout mempunyai tahap kepuasan dan komitmen yang rendah.
b) Kaliath dan Morris (2002) pula menjelaskan bahawa burnout yang berterusan akan memberikan penurunan terhadap kepuasan kerja seterusnya membawa kepada kemurungan dan kesihatan fizikal.
c) Johns (1987) mendapati sesebuah organisasi mengalami kerugian sejumlah bilion dolar kesan penurunan produktiviti, pemberhentian pekerja dan ketidakhadiran pekerja disebabkan burnout.
d) Maslach & Leiter (1987) menyatakan kemungkinan juga wujud keadaan pekerja yang mengalami burnout ini tetap meneruskan pekerjaan tetapi mereka tidak melaksanakan tugasan secara efisien dan akhirnya menjadikan organisasi
tidak efektif.
Kajian Lepas Burnout
29


e) Ashtari et.al (2009) menjelaskan burnout yang tinggi akan menyumbang kepada prestasi kerja yang rendah dalam kalangan pekerja.
f) Rafi et.al (2004) mendapati bahawa burnout dalam kalangan pekerja boleh menyumbang kepada kualiti kerja yang rendah serta kurang keberkesanan hubungan interpersonal (antara individu) dan intrapersonal (diri sendiri). Beliau menyatakan isu ini perlu diberi perhatian sewajarnya kerana ia merencatkan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak organisasi.
2)
b) Individu yang meletakkan sasaran serta pencapaian yang tinggi dalam pekerjaan (passionate). Hal ini berlaku apabila individu terlalu bersemangat juga bercita-cita tinggi dalam pekerjaan berbanding rakan sekerja lain. Contoh: seorang individu bercita-cita menjadi pendidik terbaik di Malaysia maka setiap hari beliau akan melaksanakan tugasan secara berlebihan. Apabila berlakunya burnout motivasi terhadap tugasan akan menurun dari sehari ke sehari.
Suasana persekitaran kerja
Situasi ini wujud apabila matlamat serta pandangan berbeza sesama rakan sekerja dan pihak majikan dalam pekerjaan. Justeru timbul konflik kepada individu tersebut. Contohnya: seorang individu telah melaksanakan tugasan dengan baik secara kaedah A tetapi pihak majikan berpandangan ia lebih baik diselesaikan dengan menggunakan kaedah B. Begitu juga apabila tugasan dibuat secara berkumpulan, wujud pandangan berbeza di kalangan rakan sekerja.
Secara tidak langsung senario ini menghalang individu untuk bekerja dengan bersemangat tinggi kerana beranggapan tidak menyokong dan akhirnya terdedah kepada burnout. Di samping itu terdapat pihak majikan yang tidak memberikan penghargaan sewajarnya kepada individu setelah melaksanakan tugasan secara berlebihan berbanding rakan sekerja lain.
Rakan sekerja dan majikan
Individu mengalami burnout akan menunjukkan perubahan fizikal yang dapat dilihat berbanding biasa melalui gaya percakapan dan bahasa badan. Individu mengalami burnout akan
Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
g) Pelbagai hasil kajian juga menunjukkan bahawa burnout memberi implikasi kepada komitmen yang rendah dalam kalangan kakitangan dan membawa kerugian besar kepada sesebuah organisasi yang besar.
Secara keseluruhan didapati burnout ini tidak dikategorikan sebagai penyakit namun ia boleh menjurus kepada faktor yang mempengaruhi kesihatan sekiranya tidak ditangani dengan sewajarnya.
Punca ke Arah Burnout
Berikut merupakan tiga punca burnout yang telah dikenal pasti jika ia berlaku kepada seseorang individu:
a) Situasi ini wujud apabila seseorang individu terlalu mementingkan kesempurnaan (perfectionist) dalam semua tugasan yang dilakukan. Impaknya individu tersebut tidak akan mendapat kepuasan dalam pekerjaan, risau terhadap kualiti kerja dan merasakan tidak cukup bagus dalam menyiapkan tugasan tersebut. Golongan ini mudah terdedah kepada burnout.
3)
1)
Personaliti individu
30


Bil. 66(4/2020)
Setiap individu yang telah mengalami burnout memerlukan penyelesaian dan pencegahan segera bagi mengelakkan
ia berlanjutan dalam tempoh jangka panjang.
menjadi seorang sarkastik iaitu menyindir dengan kata yang pedas dan tajam sehinggakan boleh menyakitkan hati seseorang.
Selain itu tingkah laku yang dapat dilihat seperti mudah marah dan sensitif berbanding biasa, suka menunjuk perasaan (protest), menghempas fail dan sebagainya. Rakan sekerja mula menjauhkan diri termasuk juga pihak majikan yang tidak membantu dalam menangani isu tersebut.
Oleh itu setiap individu perlu peka kepada punca yang telah dinyatakan dan jika mengalami salah satu punca tersebut tindakan segera perlu dilakukan agar burnout dapat dikawal secara sistematik.
Kesan Burnout
Berikut merupakan kesan burnout sekiranya ia berlanjutan:
a) Individu
Individu akan berasakan bahawa kerja yang dilakukan tidak penting serta hilang kepercayaan diri serta keyakinan tentang masa depan kerjayanya. Selain itu tiada motivasi untuk mengembangkan kemampuan dan
DIMENSIKOOP pengetahuan dalam melakukan pekerjaan
secara optimum.
b) Rakan Sekerja
Masalah interpersonal dengan rakan sekerja mula wujud apabila individu berubah tingkah laku menjadi seorang sarkastik. Impaknya akan timbul konflik sikap seterusnya tiada hubungan baik sesama rakan sekerja dan menimbulkan suasana tidak harmoni. Justeru akan memberi kesan kepada produktiviti organisasi.
c) Kesihatan fizikal terjejas
Umumnya burnout yang berpanjangan akan menjejaskan kepada kesihatan fizikal dalam tempoh jangka panjang. Kesihatan individu sering terganggu dan akan mengalami penyakit seperti obesiti, kencing manis, darah tinggi, demam, batuk selesema, sakit urat, sakit kepala, sakit belakang, sakit otot serta gangguan sistem penghadaman. Sering kali individu mengalami masalah kesihatan akan sentiasa memohon cuti sakit (MC).
Kaedah Rawatan Burnout
Setiap individu yang telah mengalami burnout memerlukan penyelesaian dan pencegahan segera bagi mengelakkan ia berlanjutan dalam tempoh jangka panjang. Antara rawatan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:
1) Individu mengalami burnout disarankan untuk mengenali diri terlebih dahulu seperti hilang minat terhadap pekerjaan atau berubah sikap sarkastik secara tiba-tiba.
2) Individu perlu mencari punca kepada burnout sama ada ia berpunca daripada diri sendiri,rakan sekerja atau pihak majikan.
3) Individu digalakkan untuk mencari rakan sekerja yang boleh dipercayai dalam berkongsi masalah
31


Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
yang dihadapi. Secara tidak langsung rakan sekerja perlu menjadi pendengar yang baik dan ikhlas memberi nasihat dalam mengurangkan masalah yang dihadapi.
4) Individu boleh mendapatkan khidmat profesional daripada kaunselor, Pegawai Psikologi atau Pakar Psikiatri untuk mencari alternatif supaya burnout dapat diuruskan dengan baik.
5) Individu juga digalakkan berbincang secara terbuka bersama pihak majikan bagi mendapatkan nasihat dan bimbingan sewajarnya.
6) Setiap individu boleh buat perancangan memohon cuti rehat sama ada melancong di dalam atau luar negara berdasarkan kemampuan kewangan.
Burnout yang berterusan akan memberi kesan kepada diri sendiri, masyarakat termasuk organisasi.
Peranan Majikan dalam Menangani Burnout Bagi mengatasi fenomena burnout di kalangan pekerja, pihak majikan disarankan untuk membantu,
memberi sokongan, pembelaan dan perlindungan sewajarnya agar ia tidak menjejaskan produktiviti juga reputasi organisasi.
1) Sesi Kaunseling
Kaedah ini merupakan pendekatan secara psikologi dengan memberikan perkhidmatan kaunseling kepada individu terlibat. Individu bersama kaunselor akan berjumpa secara bersemuka serta diberikan nasihat juga panduan yang diperlukan. Pihak majikan pula seharusnya tidak terburu-buru mengambil tindakan tatatertib kepada individu burnout seperti dibuang atau digantung kerja.
2) Kempen Kesihatan Mental Sedunia
Setiap tahun pada 10 Oktober merupakan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia. Kempen ini merupakan inisiatif Kesatuan Kesihatan Mental Sedunia yang memberikan maklumat dalam menggalakkan amalan kesihatan mental yang baik kepada masyarakat dunia amnya dan Malaysia khususnya. Secara tidak langsung ia akan membantu meningkatkan produktiviti seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi organisasi. Individu mengalami burnout tergolong dalam masalah
32


Setiap individu perlu memahami fenomena burnout, punca, kesan dan kaedah rawatan terbaik agar burnout tidak berpanjangan yang akan menjejaskan diri sendiri termasuk organisasi.
Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
mental justeru mereka tidak perlu mengambil ubat-ubatan tetapi memerlukan bantuan daripada pihak berkaitan.
3) Menambah baik Jawatankuasa Keselamatan dan Kesejahteraan Pekerjaan
Setiap organisasi yang mempunyai bilangan pekerja melebihi 40 orang diwajibkan untuk menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesejahteraan Pekerjaan. Peranan jawatankuasa ini akan membincangkan masalah keselamatan di tempat kerja sekali gus memberi perhatian kepada masalah kesihatan mental. Contoh: mengenal pasti pekerja yang mengalami kemurungan dan tekanan.
4) Program Ceramah Kesihatan
Pihak majikan disarankan untuk mengadakan program berkaitan kesihatan secara berkala di tempat kerja. Antara pengisian program seperti pemeriksaan kesihatan,ceramah kesihatan berkenaan gaya hidup dan menjalankan ujian saringan DASS. Ujian saringan DASS akan dapat mengenal pasti individu yang bermasalah di tempat kerja. Secara tidak langsung ia akan dapat mengurangkan kos penjagaan kesihatan yang ditanggung oleh individu termasuk syarikat insurans.
5) Menghadiri Kursus yang Bersesuaian
Pihak majikan juga perlu menggalakkan individu menghadiri kursus yang bersesuaian di luar organisasi. Kursus ini boleh dilaksanakan secara berkumpulan seperti team building dan sebagainya.
Rumusannya langkah pencegahan perlu diambil oleh setiap individu dan kekuatan emosi amat penting untuk menangani burnout bagi mengelakkan ia berlanjutan dalam tempoh jangka panjang.
Penutup
Secara keseluruhan burnout dikaitkan dengan tiga bentuk komponen utama iaitu melibatkan emosi, fizikal dan mental serta hanya diguna pakai dalam konteks dunia pekerjaan sahaja. Lebih membimbangkan burnout akan berlaku tanpa kita sedari namun ia dialami dalam tempoh tertentu dan perlu dikawal berdasarkan keupayaan emosi individu tersebut. Secara luaran individu burnout masih hadir untuk bekerja namun secara tersirat pula motivasi terhadap pekerjaan telah menurun dari sehari ke sehari. Setiap individu perlu memahami fenomena burnout, punca, kesan dan kaedah rawatan terbaik agar burnout tidak berpanjangan yang akan menjejaskan diri sendiri termasuk organisasi.
Kajian lepas menunjukkan bahawa burnout memberi implikasi negatif terhadap kerjaya individu serta produktiviti sesebuah organisasi. Secara tidak langsung pihak majikan akan menanggung kerugian besar dan membantutkan prestasi organisasi. Pihak majikan disarankan untuk membantu individu seperti menyediakan perkhidmatan kaunseling, mengadakan kempen kesihatan mental serta membuat ujian DASS secara berkala di tempat kerja. Ibarat pepatah Melayu ‘mencegah lebih baik daripada merawat’ merupakan kaedah terbaik untuk penjagaan kesihatan mental dalam menangani fenomena burnout.
33


DIMENSIKOOP
PROGRAM SURVIVAL
COVID-19 DAERAH KIULU:
“KAKI-KAKI KAMPUNG”
Shamsiah Syamsudin
Institut Koperasi Malaysia Zon Sabah [email protected]
34
Bil. 66(4/2020)


Bil. 66(4/2020)
35
Pengenalan
Dunia dikejutkan dengan penularan wabak COVID-19 yang pertama kali ditemui di negara China pada bulan Disember 2019 dan seterusnya menular dengan pantas ke seluruh dunia. Negara Malaysia yang menjalankan dasar ekonomi terbuka turut menerima tempias akibat penularan wabak tersebut. Kerajaan telah mengambil langkah drastik dengan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari berkuat kuasa pada 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 di seluruh negara. Tempoh PKP fasa pertama telah dilanjutkan oleh Perdana Menteri Malaysia sehingga 14 April 2020 bagi tindakan pembendungan; sekali gus memutuskan rangkaian virus COVID-19. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan tersebut meliputi larangan secara menyeluruh ke atas pergerakan rakyat dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
Ekonomi negara telah diunjurkan untuk mengalami pertumbuhan yang negatif pada suku pertama tahun ini impak daripada kemelesetan ekonomi global yang turut terkesan secara langsung dengan COVID-19. Walau bagaimanapun, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, PKP akan memberi kesan positif kepada ekonomi untuk jangka masa panjang kerana akan berlaku proses normalisasi selepas virus ini dapat dicegah daripada terus menular. Tambahan beliau, isu berkaitan kesihatan adalah satu keutamaan kerana kecekapan aktiviti ekonomi sesebuah negara bergantung kepada keadaan kesihatan rakyatnya. Justeru, PKP terpaksa dilaksanakan walaupun sedikit sebanyak akan membebankan sebilangan rakyat Malaysia, (Berita Harian, 18 Mac 2020).
Secara dasarnya, PKP sebenarnya memberi impak yang sangat besar kepada majoriti rakyat
DIMENSIKOOP


Malaysia khususnya penduduk luar bandar di negeri Sabah yang mana sumber pendapatan utama bergantung kepada jualan hasil pertanian secara harian. Pelaksanaan PKP telah menyebabkan golongan ini kehilangan punca pendapatan. Walau bagaimanapun, berlainan pula keadaannya dengan penduduk luar bandar di daerah Kiulu, Sabah. Mereka tidak perlu risau akan masalah kehilangan pendapatan semenjak Jun 2019 kerana majoriti penduduk kampung sudah tidak perlu keluar ke bandar lagi untuk menjual hasil pertanian mereka kerana wujudnya program ‘Kaki-kaki Kampung’. Ia merupakan sebuah program rintis hasil cetusan idea Koperasi Wawasan Rakyat Sabah Berhad (KOWR).
Koperasi Wawasan Rakyat Sabah Berhad (KOWR)
Koperasi Wawasan Rakyat Sabah Berhad (KOWR) ditubuhkan pada Jun 2016 dengan jumlah keanggotaan seramai 50 orang. Objektif utama penubuhan KOWR ialah untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat Sabah selaras dengan saranan kerajaan melalui model perniagaan yang menekankan Pengurusan Rantaian Bekalan. Objektif lain penubuhan KOWR ialah:
• Untuk menyediakan perkhidmatan logistik yang komprehensif kepada pelanggan;
• Untuk membantu menyelaras dan menyeragamkan harga barangan keperluan asas; dan
• Untuk menggalakkan keusahawanan di kalangan masyarakat.
KOWR merupakan koperasi yang menjalankan aktiviti pemborongan dan peruncitan. KOWR memulakan operasi perniagaan sebagai Coop Distribution Centre (DC) dan menjadi pembekal produk runcit dan barangan basah-segar koperasi. Bilangan ‘Stock Keeping Unit’ atau ‘SKU’ pengedaran KOWR adalah tidak melebihi 1000 unit kepada 42 buah outlet serta gerai buah dan sayuran di negeri Sabah serta menawarkan perkhidmatan logistik
KOWR merupakan koperasi yang menjalankan aktiviti pemborongan dan peruncitan. KOWR memulakan operasi perniagaan sebagai Coop Distribution Centre (DC) dan menjadi pembekal produk runcit dan barangan basah-segar koperasi.
kepada koperasi dan usahawan yang memerlukan. Pelanggan KOWR (Business to Business - B2B) terdiri daripada pasar mini, pasar raya, hotel, dan restoran; selain pelanggan persendirian yang membeli di pasar mini koperasi dan lori bergerak KOWR yang masuk ke kampung-kampung. Antara pelanggan utama (B2B) KOWR ialah pasar raya utama di Sabah iaitu Bataras dan Gmart. KOWR juga memiliki tiga buah pasar mini yang dikenali sebagai Rakyat Fresh Mart di bandar Sandakan iaitu di Taman Mesra, Kampung Sim Sim dan Taman Merpati dengan anggaran jualan keseluruhan sebanyak hampir RM1,000,000.00 setahun. Ketiga-tiga Pasar Mini tersebut hanya menjual barangan keperluan asas yang diperlukan oleh penduduk setempat. KOWR komited untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan melalui pendekatan Pengurusan Rantaian Bekalan Bersepadu di dalam mengurus perniagaan koperasi.
Bagi mengadaptasi konsep Pengurusan Rantaian Bekalan Bersepadu, KOWR menyediakan gudang
Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
36


Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
penyimpanan kering dan basah yang dilengkapi dengan Warehouse Management System (WMS) untuk memastikan kecekapan pengurusan inventori. KOWR juga memiliki tiga unit lori untuk melancarkan proses pengambilan dan penghantaran barangan kepada pelanggan. KOWR turut menawarkan perkhidmatan pembungkusan dan pelabelan produk sebelum barangan diedarkan kepada pelanggan B2B seperti pasar mini dan pasar raya.
Pengurusan Rantaian Bekalan Bersepadu
Rantaian bekalan adalah sistem yang terdiri daripada setiap entiti yang terlibat dalam memastikan produk sampai ke tangan pelanggan melalui saluran pengedaran. Ini termasuk proses pengumpulan bahan mentah, pembekal, pengeluar atau pengilang, syarikat pengangkutan, gudang borong, bilik simpanan inventori dan kerani di meja daftar masuk. Ia juga termasuk tugas dan fungsi yang terlibat dalam pemindahan produk tersebut, seperti kawalan kualiti, pemasaran, perolehan,
serta sumber. Pengurusan rantaian bekalan adalah pengurusan produk atau perkhidmatan daripada permulaan hingga kepada pengguna akhir. Menyedari kepentingan pengurusan rantaian bekalan yang cekap dan berkesan, KOWR memastikan keseluruhan sistem saluran pengedaran dilaksanakan oleh KOWR sendiri melalui Pengurusan Rantaian Bekalan Bersepadu.
Pengurusan Rantaian Bekalan Bersepadu merupakan strategi yang diguna pakai oleh KOWR dalam mencapai kelebihan persaingan dan menambah baik prestasi perniagaan. KOWR mengakui bahawa pada masa kini perniagaan bukan hanya dilihat bersaing sesama sendiri tetapi persaingan wujud antara rangkaian bekalan. Kecekapan dan keberkesanan rantaian bekalan membolehkan perniagaan mengekalkan pegangan syer dalam pasaran. Justeru, KOWR perlu membina hubungan baik dengan pembekal dan pelanggan kerana kebergantungan yang tinggi antara satu sama lain merupakan tren kelangsungan perniagaan
37


DIMENSIKOOP
pada masa kini. Atas dasar ini, maka program yang dikenali sebagai Program ‘Kaki-kaki Kampung’ diwujudkan. Program ini merupakan landasan kepada Rantaian Bekalan Bersepadu bertujuan untuk menyelaras rantaian bekalan agar KOWR memperoleh kelebihan dari segi keberkesanan dan kecekapan kos. Melalui program ini KOWR dapat memastikan pelanggan utamanya dari kelompok HORECA iaitu pasar raya, restoran dan hotel mendapat bekalan hasil pertanian yang berterusan manakala pelanggannya yang merupakan koperasi peruncitan dan individu persendirian di luar bandar mendapat bekalan barang keperluan asas pada harga yang berpatutan tanpa kos tambahan seperti kos pengangkutan.
Program ‘Kaki-kaki Kampung’
KOWR memperkenalkan program ‘Kaki-kaki Kampung’ yang bermatlamat untuk mengurangkan kos sara hidup, meningkatkan pendapatan, membantu usahawan kecil, menyeragamkan harga dan mempromosikan produk tempatan. Idea utama tercetusnya projek ini adalah untuk mengurangkan kos logistik dengan meningkatkan kecekapan operasi melalui pendekatan rantaian bekalan bersepadu. Melalui pendekatan ini, KOWR akan masuk ke sekurang-kurangnya dua buah kampung yang jauh daripada bandar dalam sehari untuk membeli hasil pertanian dan pada masa yang sama membawa barangan keperluan untuk dijual
Program Kaki-kaki Kampung di Balai Raya Kg. Lupak
kepada penduduk luar bandar. Justeru, melalui program ini penduduk kampung bukan sahaja dapat menjana pendapatan sampingan melalui jualan hasil tanaman mereka tetapi juga membeli barangan keperluan pada harga yang sama seperti di bandar.
Daerah Kiulu merupakan daerah yang telah dipilih bagi menjadi pusat pengumpulan hasil pertanian dan jualan barangan runcit secara bergerak oleh KOWR iaitu projek rintis bagi program ini. Daerah ini dipilih kerana mengambil kira faktor jarak antara gudang penyimpanan KOWR dan kampung di sekitar daerah tersebut yang tidak melebihi dua jam perjalanan. Walau bagaimanapun, kampung tersebut dikategorikan sebagai luar bandar dan majoriti penduduk menjalankan aktiviti pertanian skala kecil sebagai sumber sara hidup dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2000.00. Program ini telah berjaya memberi impak positif kepada 16 buah kampung dan bakal diperluaskan sehingga 30 buah kampung pada akhir Mac 2020. Antara inisiatif lain selain membekalkan barangan keperluan asas, KOWR juga membantu mendapatkan bekalan serta keperluan untuk ternakan penduduk kampung seperti baja ikan dan baja ayam serta bekalan ubat-ubatan. Oleh itu, penduduk kampung tidak perlu lagi menanggung kos pengangkutan yang tinggi untuk keluar ke pekan atau bandar terdekat bagi mendapatkan barang keperluan tersebut.
Perintah Kawalan Pergerakan dan Bagaimana ‘Program Kaki-kaki Kampung’ Membantu Penduduk Luar Bandar?
Penularan Wabak COVID-19 telah menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Di negeri Sabah, kerajaan negeri turut melaksanakan beberapa larangan seperti tidak membenarkan pasar minggu atau tamu serta pengangkutan awam beroperasi dan memendekkan waktu operasi pasar am. Keadaan
Bil. 66(4/2020)
38


Penduduk Kampung menghantar hasil pertanian ke pusat pengumpulan di setiap kampung
Gudang Penyimpanan KOWR di Taman Perindustrian Kota Kinabalu, Sepanggar
Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
ini menyebabkan penduduk kampung tidak dapat menjual hasil pertanian mereka kerana tidak ada kemudahan pengangkutan untuk menghantar hasil pertanian ke pekan atau bandar terdekat dan ketiadaan tempat untuk menjual hasil pertanian tersebut. Selain itu ketiadaan pengangkutan awam juga memberi kesan kepada penduduk kampung untuk keluar ke pekan atau bandar terdekat bagi mendapatkan barangan keperluan asas, perubatan dan lain-lain keperluan untuk tujuan pertanian dan penternakan contohnya makanan ayam dan ikan.
Melalui program ‘Kaki-kaki Kampung’, KOWR akan masuk ke kampung-kampung dengan menggunakan dua buah lori. Lori pertama ialah ‘Grocery Lorry’ yang membawa barangan keperluan asas seperti beras, minyak, tepung dan gula serta lain-lain barangan keperluan makanan seperti mihun, kopi, biskut, daging ayam beku dan sebagainya. Lori kedua pula dikhaskan untuk mengangkut hasil pertanian yang dijual oleh penduduk kampung dan seterusnya dihantar ke gudang penyimpanan KOWR yang terletak di Taman Perindustrian Kota Kinabalu, Sepanggar.
Koperasi akan bergerak dari satu kampung ke satu kampung yang lain dan jumlah maksimum kampung dalam sehari ialah tiga buah kampung. Jadual pergerakan KOWR akan dihantar kepada penduduk kampung melalui aplikasi ‘Whatsapp’ dan KOWR turut memberi senarai hasil tanaman yang akan dibeli dan harga belian hasil tanaman tersebut. Berdasarkan pada jadual yang ditetapkan, penduduk kampung akan membawa hasil pertanian ke balai raya yang menjadi pusat pengumpulan bagi setiap
39


Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
Rangka Kerja Pengurusan Rantaian Bekalan KOWR
1. Logistik 2. Gudang
Penyimpanan 3. Teknologi
4. Pembungkusan 5. Produk
Membekal hasil pertanian dan barangan runcit
Pelanggan ‘Business to Business’ KOWR
1. Pasar Raya
2. Restoran
3. Hotel
4. Gerai Buah dan
Sayur
5. Usahawan 6. Individu
kampung. KOWR akan membeli hasil tanaman yang dihantar antaranya ialah nanas dan pelbagai jenis buah-buahan tempatan bermusim, bahan masakan utama seperti halia, lengkuas, cili, limau nipis dan pelbagai lagi jenis tanaman lain. Majoriti penduduk kampung bukanlah petani komersial sebaliknya mereka hanya menanam secara kecil- kecilan dan ada antara mereka menanam di tepi dan belakang rumah untuk dijadikan sumber makanan sendiri. Walau bagaimanapun, kadangkala terdapat lebihan tanaman, maka mereka akan menjual hasil tanaman tersebut untuk menjana pendapatan sampingan. KOWR akan membayar secara tunai kepada penduduk kampung setelah hasil pertanian mereka ditimbang. Penduduk kampung pula akan menggunakan wang yang diperoleh untuk membeli barangan keperluan daripada KOWR.
Sebelum PKP dilaksanakan, KOWR akan menjual barangan keperluan di dalam balai raya dan menjadikan balai raya setiap kampung sebagai pasar mini sementara mereka. KOWR akan berada
di setiap kampung dalam lingkungan dua hingga empat jam, bergantung kepada jumlah populasi penduduk. Tetapi selepas perlaksanaan PKP, KOWR menjual barangan keperluan daripada lori yang dikenali sebagai ‘Mobile Grocery Lorry’ untuk mengekalkan jarak sosial seperti saranan daripada kerajaan.
‘Mobile Grocery Lorry’
Membekal barangan runcit
Membekal hasil pertanian
Kampung di Daerah Kiulu
1. Individu 2. Koperasi
Peruncitan
Carta Alir Program Kaki-Kaki Kampung di Daerah Kiulu
40


MENINGKATKAN PENDAPATAN
MENGURANGKAN KOS SARA HIDUP
MEMBANTU USAHAWAN DAN PEKEBUN KECIL
MENJAMIN BEKALAN SEKURITI MAKANAN
MEMPROMOSIKAN PRODUK TEMPATAN
Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
KOWR memberi jaminan bahawa harga yang mereka tawarkan adalah berpatutan tanpa sebarang kos tambahan yang lain kerana mereka turut mendapat manfaat melalui program ini iaitu mendapat bekalan bahan mentah atau hasil tanaman segar daripada penduduk kampung untuk dibekalkan kepada rangkaian pasar raya, restoran dan juga hotel. Oleh itu, KOWR tidak akan mengalami gangguan bekalan bahan mentah dan dapat memastikan pelanggan sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan KOWR.
KOWR turut menekankan prinsip tersebut tetapi melalui perspektif dan pendekatan yang berbeza. KOWR ingin mendidik masyarakat untuk menanamkan prinsip koperasi iaitu membantu diri sendiri atau ‘self help’.
Penutup
Dalam mendepani pelbagai rintangan dan cabaran terutama di kala penularan wabak yang membawa kepada krisis ekonomi, koperasi perlu mengambil langkah proaktif bagi memastikan kelangsungan operasi perniagaan. Walau bagaimanapun, koperasi perlu turut menekankan prinsip koperasi iaitu prihatin terhadap komuniti dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan agar dapat memberi manfaat kepada sosioekonomi golongan yang terkesan. KOWR turut menekankan prinsip tersebut tetapi melalui perspektif dan pendekatan yang berbeza. KOWR ingin mendidik masyarakat untuk menanamkan prinsip koperasi
iaitu membantu diri sendiri atau ‘self help’. Menurut pengerusi KOWR, Encik Darren Lo, melalui program ‘Kaki-kaki Kampung’, mereka ingin menyampaikan mesej jelas kepada masyarakat bahawa tidak ada sesiapa yang dapat membantu kita melainkan diri sendiri. Masyarakat perlu dididik untuk tidak mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak sebaliknya berusaha sendiri untuk menjana ekonomi mereka. Ini terbukti melalui program tersebut apabila penduduk kampung menghantar hasil pertanian mereka seawal pagi walaupun dalam kuantiti sedikit namun sekurang-kurangnya mereka dapat menjana pendapatan sendiri untuk membeli keperluan asas. KOWR turut membuktikan bahawa pengurusan rantaian bekalan yang mementingkan kebergantungan tinggi antara pembekal dan pelanggan merupakan satu model pengurusan perniagaan yang perlu diadaptasi oleh koperasi untuk memastikan keberkesanan perlaksanaan dan kecekapan operasi perniagaan.
41


DIMENSIKOOP
POTENSI KOPERASI SRI SEKAWAN KULAI BERHAD
DALAM KEUSAHAWANAN SOSIAL
Norfaezah Mahmood
Institut Koperasi Malaysia Zon Selatan [email protected]
42
Bil. 66(4/2020)


Bil. 66(4/2020)
43
Pengenalan
Kebanyakan daripada kita tahu bahawa perniagaan merupakan satu cara yang terbaik untuk mengubah kehidupan seseorang itu menjadi lebih baik. Tetapi perniagaan yang baik bukan sahaja memberi keuntungan kepada seseorang individu sahaja malah turut memberi kebaikan kepada semua tidak kira masyarakat dan alam sekitar. Keusahawanan sosial merupakan konsep yang menyeluruh serta berupaya menghubungkan perniagaan dengan tujuan yang lebih baik kepada masyarakat berdasarkan keseimbangan tiga elemen P iaitu People, Profit dan Planet (keharmonian sesama insan, keuntungan dan alam sekitar). Keusahawanan sosial juga dilihat berpotensi menjadi alternatif penyelesaian terhadap isu yang melibatkan alam sekitar, kemiskinan, peluang pekerjaan dan lain-lain lagi.
Koperasi Sri Sekawan Kulai Berhad merupakan contoh sebuah koperasi di Johor Bharu yang menerapkan pendekatan keusahawanan sosial dalam kegiatan aktiviti koperasi. Sehubungan itu, penulis telah mengambil peluang menemu bual Pengerusi koperasi iaitu Encik Jamalludin Abdul Hamid atau lebih mesra dengan panggilan Encik Jamal bagi berkongsi pengalaman mengenai model keusahawanan sosial yang dilaksanakan dalam koperasi.
DIMENSIKOOP


DIMENSIKOOP
Dimensi KOOP
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Encik Jamal kerana sudi meluangkan masa bersama saya dalam sesi wawancara pada petang ini. Sebagai Pengerusi Koperasi Sri Sekawan Kulai Berhad, boleh tuan kongsikan bagaimana idea penubuhan koperasi ini bermula?
Koperasi Sri Sekawan Kulai Berhad
Sebagai wakil Koperasi Sri Sekawan Kulai Berhad, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada puan kerana sudi hadir dan menemu ramah saya. Saya berharap pertemuan kita pada petang ini dapat membantu dan berkongsi ilmu dengan koperasi lain. Sejarah awal Kampung Sri Gunung Pulai bermula pada tahun 1955 di mana kampung ini dibuka oleh dua orang sahabat iaitu Allahyarham Encik Mohid Kassan dan Allahyarham Encik Ahmad Suppian Ishak.
Nama kampung ini diambil berdasarkan kedudukannya yang terletak di kaki Hutan Lipur Gunung Pulai. Gunung Pulai merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Kulai, Johor dan mempunyai ketinggian 654 meter. Nama Gunung Pulai pula diambil sempena Pokok Pulai yang banyak tumbuh di sekitar kawasan kampung ini. Gunung Pulai merupakan salah sebuah tempat yang istimewa kerana mempunyai air terjun yang menakjubkan. Selain itu, ia merupakan tempat perlindungan hutan hujan serta kawasan tadahan air yang utama bagi kawasan Johor Bharu dan Singapura. Kampung Sri Gunung Pulai menjadi destinasi pelancongan utama di Johor kerana keistimewaan air terjun Gunung Pulai yang kaya dengan khazanah flora dan faunanya. Kampung yang terletak di sempadan Kulai dan Pontian ini sering menjadi pilihan penduduk dari Johor Bharu, Kulai, Pontian dan Singapura untuk beriadah.
Perkembangan kampung ini bermula dengan migrasi luar ke dalam kampung seterusnya berkembang
Koperasi Sri Sekawan Kulai Berhad ditubuhkan pada 14 Mei 2013 dan nama Sekawan bermula dengan nama Persatuan Belia yang telah ditubuhkan pada tahun 1994 di kampung
ini dan membawa maksud Sedia ke Arah Wawasan Negara (Sekawan).
sehingga kini seramai 600 orang penduduk dan terdapat 140 buah rumah. Kebanyakan penduduk melakukan kerja kampung secara bersendirian sehingga mereka bersepakat untuk menubuhkan sebuah koperasi pada tahun 2013. Koperasi Sri Sekawan Kulai Berhad ditubuhkan pada 14 Mei 2013 dan nama Sekawan bermula dengan nama Persatuan Belia yang telah ditubuhkan pada tahun 1994 di kampung ini dan membawa maksud Sedia ke Arah Wawasan Negara (Sekawan). Koperasi mempunyai seramai 12 orang Anggota Lembaga Koperasi (ALK) serta 162 orang anggota yang terdiri daripada penduduk kampung di Sri Gunung Pulai, Kulai Johor.
Dimensi KOOP
Apakah aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Koperasi Sri Sekawan Kulai Berhad?
Koperasi Sri Sekawan Kulai Berhad
Antara aktiviti perniagaan yang dijalankan ialah:
1. Pelancongan
Aktiviti pelancongan iaitu Desa Stay dan Desa Visit Kg. Sri Gunung Pulai telah didaftarkan secara rasmi dengan Persatuan Homestay
Bil. 66(4/2020)
44


2. Perkhidmatan
3. Peruncitan
Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
Negeri Johor. Desa Stay dan Desa Visit diwujudkan untuk memberikan perkhidmatan penginapan kepada pelancong yang datang ke tempat ini terutamanya pelancong luar negara dan antarabangsa seperti dari Jepun, Singapura dan Eropah. Selain homestay, koperasi juga mengusahakan D’Cabin Chalet Gunung Pulai yang disewakan kepada pelancong tempatan dan menjadi lokasi untuk menjalankan kursus kebiasaanya anjuran daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Johor. Ia juga merupakan tempat bagi menjalankan aktiviti kem motivasi kepada pelajar. D’Cabin Chalet Gunung Pulai terdiri daripada 18 buah kabin chalet di empat lokasi berasingan dan turut mempunyai sebanyak 25 unit khemah (tent) untuk program perkhemahan di tapak-tapak khas yang disediakan. Air Terjun Gunung Pulai dan aktiviti Jungle Trekking merupakan tarikan utama bagi pelancong yang datang ke kampung ini.
Pada awal tahun 2016, koperasi menyediakan sebanyak 220 lot parkir kereta di sepanjang jalan menuju ke air terjun. Kadar yang ditetapkan adalah RM3.00 bagi sebuah kereta dan RM1.00 bagi sebuah motosikal. Koperasi juga menawarkan perkhidmatan sewaan van untuk kemudahan pengunjung untuk keluar dan masuk ke kawasan D’Cabin Chalet Gunung Pulai dengan kadar sewaan sebanyak RM350.00 sehari. Ini kerana laluan tersebut sukar untuk mendapatkan pengangkutan awam seperti teksi dan bus. Oleh sebab itu, koperasi mengambil peluang untuk menyediakan perkhidmatan tersebut untuk meningkatkan pendapatan koperasi. Van pelancongan ini juga turut digunakan untuk membawa pelancong dari pintu pagar hutan lipur ke kawasan mandi aras satu Gunung Pulai dan dikenakan bayaran sebanyak RM 1.00/sehala. Gunung Pulai
mempunyai empat tingkat atau aras air terjun setinggi 150 kaki. Ketika ini, koperasi hanya memiliki sebuah van dan bercadang untuk menambah bilangan van pelancong pada masa hadapan.
Pada tahun 2018, koperasi telah menerima peruntukan untuk membuka sebuah Kedai Runcit Harga Patut (KHP). Peruntukan geran bernilai RM 100,000 daripada Kerajaan Negeri
45


DIMENSIKOOP
Johor adalah untuk pembekalan barang- barang runcit daripada Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (IMCOOP) dan geran bernilai RM150,000 daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi membina dan mengubahsuai Kedai Runcit Harga Patut. Kedai ini dibuka adalah bertujuan untuk membantu masyarakat setempat mendapatkan barangan runcit pada harga yang berpatutan.
4. Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Koperasi telah membina sebuah pusat perusahaan makanan ringan untuk mempromosikan produk tempatan dan telah menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara hampir setiap hari. Pusat ini merupakan satu pusat pengumpulan barangan serta produk keluaran hasil penduduk setempat. Selain itu, pusat ini turut menyediakan aktiviti demonstrasi masakan serta pembuatan produk seperti kerepek. Pengunjung yang datang memperoleh pengalaman dalam mempelajari cara pembuatan sesuatu masakan itu dibuat. Projek ini secara tidak langsung memberi peluang kepada penduduk setempat menjana pendapatan melalui jualan produk makanan dan barangan kepada pelancong yang datang.
Dimensi KOOP
Apakah manfaat yang diterima oleh anggota melalui aktiviti koperasi yang berteraskan keusahawanan sosial ini?
Koperasi Sri Sekawan Kulai Berhad
Penglibatan anggota dan masyarakat setempat dalam aktiviti koperasi merupakan antara faktor terpenting dalam keusahawanan sosial koperasi. Apabila semua aktiviti dan perniagaan dijalankan oleh anggota koperasi dan penduduk setempat, sebahagian hasil dan keuntungan yang diperoleh
koperasi turut dapat dinikmati anggota dan masyarakat setempat. Antara manfaat yang diterima anggota dan masyarakat setempat adalah:
1. Peluang pekerjaan
Premis perniagaan yang diusahakan oleh koperasi telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung di Kampung Sri Gunung Pulai. Infrastruktur perniagaan yang disediakan oleh koperasi dapat mencipta banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Aktiviti ekonomi di sini dapat membantu mengurangkan jumlah penduduk setempat berhijrah ke luar untuk mencari pekerjaan. Selain itu, pekerjaan di kedai runcit, kerja pembersihan seperti menyapu dan mengemas di D’Cabin Chalet telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Pembinaan Pusat Perusahaan Makanan Ringan juga mewujudkan peluang pekerjaan baru kepada penduduk kampung untuk menjual hasil produk mereka.
2. Peluang untuk menceburi bidang perniagaan
Kawasan yang strategik di Gunung Pulai merupakan faktor yang utama koperasi menjana keuntungan daripada sektor pelancongan. Oleh itu, koperasi menggalakkan anggota untuk menjalankan perniagaan berkaitan pelancongan seperti kraftangan serta penghasilan produk makanan ringan. Justeru, ianya telah membuka peluang kepada anggota untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan keluarga.
Aktiviti Desa Stay dan Desa Visit Kg. Sri Gunung Pulai telah membuka peluang pekerjaan sambilan kepada penduduk kampung untuk terlibat dalam beberapa aktiviti pelancongan seperti aktiviti demonstrasi perkahwinan, demonstrasi
46
3. Meningkatkan pendapatan anggota koperasi dan masyarakat setempat
Bil. 66(4/2020)


4. Lebih menghargai dan menyayangi alam sekitar
1. People (keharmonian sesama insan)
Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
silat, pemain kompang, demonstrasi menoreh getah dan mengait buah kelapa sawit. Bukan itu sahaja, pekerja yang berkerja sebagai pemandu van pelancong dan penjaga parkir juga adalah dalam kalangan anggota koperasi. Kehadiran pelancong ke Kampung Sri Gunung Pulai secara keseluruhannya dapat meningkatkan pendapatan penduduk kampung. Sebagai contoh melalui Desa Stay dan Desa Visit purata pendapatan setiap peserta Desa Stay adalah antara RM800.00 hingga RM900.00 sebulan bagi setiap rumah.
a.
kepada koperasi, masyarakat dan dalam masa yang sama dapat membantu anggota koperasi. Koperasi telah melaksanakan beberapa inisiatif dalam membantu anggota seperti mewujudkan Tabung Kebajikan, Tabung Pendidikan dan Tabung Khairat Kematian. Bantuan kepada bukan anggota koperasi juga disampaikan dalam bentuk jamuan Hari Raya kerana masyarakat menjadi salah satu penyumbang kepada kejayaan sesebuah koperasi. Beberapa program khidmat sosial yang dijalankan oleh koperasi ialah:
Tabung Pendidikan
Koperasi menyumbangkan dana dalam Tabung Pendidikan dengan mengadakan Skim Galakan Pelajaran kepada pelajar yang memperoleh keputusan yang baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada setiap tahun dan bantuan tuisyen kepada calon UPSR. Skim Galakan ini berbentuk hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang (keseluruhan A) dan RM300 kepada ibu bapa pelajar tersebut bagi peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM.
Apabila masyarakat menjalankan perniagaan dan menetap di Kampung Sri Gunung Pulai, mereka akan lebih menyayangi dan menghargai alam sekitar. Hal ini kerana hasil daripada kampung akan dipulangkan semula kepada penduduk setempat dan mereka akan lebih menjaga dan membersihkan kawasan supaya tidak dicemari oleh sampah. Kawasan tersebut juga akan terjaga kerana ia merupakan sumber pendapatan penduduk setempat dalam kehidupan harian mereka.
Dimensi KOOP
Pada pandangan Encik Jamal, apakah sumbangan koperasi berdasarkan konsep 3P iaitu People, Planet dan Profit (keharmonian sesama insan, alam sekitar dan keuntungan) melalui keusahawanan sosial ini?
Koperasi Sri Sekawan Kulai Berhad
Melalui keusahawanan sosial, banyak sumbangan koperasi kepada masyarakat dan alam sekitar berdasarkan konsep 3P antaranya ialah:
Fokus utama koperasi dalam menjalankan perniagaan adalah untuk menjana keuntungan
b. Belia
Koperasi turut menyalurkan dana untuk beberapa program sukan yang dianjurkan oleh belia. Di samping itu, koperasi juga menyediakan peluang pekerjaan baru dan sambilan kepada belia. Sebagai contoh, persembahan kebudayaan seperti kompang, zapin dan pertunjukkan silat.
c. Program Kemasyarakatan
Pelbagai aktiviti diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat setempat antaranya Sambutan Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Belia, Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa. Koperasi
47


juga menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk sepanjang bulan Ramadan, Jamuan Hari Raya bersama penduduk, sumbangan Hari Raya, sumbangan kepada orang kurang upaya (OKU), warga emas serta Sambutan Kemerdekaan untuk meningkatkan semangat kerjasama antara satu sama lain.
2. Profit (Keuntungan)
Koperasi mengusahakan kemudahan penginapan berkonsepkan kabin kepada pengunjung iaitu D’Cabin Chalet Gunung Pulai dengan memajak tanah penduduk kampung selama 15 tahun. Daripada tanah terbiar, penduduk memperoleh pendapatan tetap daripada koperasi. Koperasi mempunyai 18 unit D’Cabin Chalet yang berada di empat (4) lokasi berasingan mengikut konsep yang tertentu. Lima konsep tersebut ialah D’Cabin Jati iaitu enam unit kabin terletak di tepian sungai dan berhampiran dengan air terjun. Konsep kedua ialah enam unit D’Cabin Merbau yang dikelilingi dusun durian. Konsep ketiga sebanyak tiga unit kabin chalet dan terletak di kawasan berbukit dan berangin. Konsep keempat sebanyak tiga unit kabin yang terletak di kawasan kelapa sawit. Manakala, konsep terakhir ialah D’Cabin VIP Room iaitu kabin lengkap dengan perabot dan dapur memasak serta bersesuaian untuk VIP. Selain itu, koperasi mempunyai 25 unit khemah yang sesuai untuk pengunjung menjalankan aktiviti perkhemahan khas untuk pelajar sekolah atau universiti yang sukakan konsep terbuka.
3. Planet (Alam sekitar)
Koperasi turut menerapkan sikap bertanggungjawab kepada alam sekitar dengan tidak melakukan aktiviti perniagaan yang mewujudkan pencemaran alam. Koperasi sentiasa menggalakkan masyarakat setempat untuk mengadakan program Kitar Semula
bagi mengumpulkan kertas, botol, tin dan sebagainya yang dibuang untuk dikitar semula. Hasil daripada duit jualan tersebut akan diberikan semula kepada tuan rumah. Koperasi mengambil inisiatif dengan berkolaborasi dengan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan mengadakan Program ‘3Rs - Reduce, Reuse and Recycle’ iaitu program untuk pembersihan, kitar semula dan gotong royong di Hutan Lipur Gunung Pulai. Tambahan pula, koperasi menjalankan kaedah teknologi karbon rendah dengan penghasilan gas minatar daripada sisa makanan untuk digunakan semula oleh koperasi sebagai bahan bakar.
Dimensi KOOP
Adakah koperasi menerima apa-apa bantuan dan sokongan daripada mana-mana pihak terutamanya daripada kerajaan dalam melaksanakan keusahawanan sosial dalam perniagaan koperasi?
Koperasi Sri Sekawan Kulai Berhad
Ya, koperasi menerima sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak antaranya adalah :
i. Peruntukan berjumlah RM1.3 juta daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
ii. Peruntukan dari Jabatan Pertanian Malaysia berjumlah RM50,000 untuk pembinaan Pusat Perusahaan Makanan Ringan. Peruntukan ini bertujuan untuk mengumpulkan produk-produk kampung yang dihasilkan oleh masyarakat setempat dan turut dipasarkan ke pasaran luar.
iii. Peruntukan bernilai RM500,000 daripada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Johor pada hujung tahun 2016 untuk menaik taraf semua lanskap di kawasan Kabin Chalet Gunung Pulai melalui dua kontraktor yang dilantik oleh
Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
48


1. Kerjasama dan kesepakatan
Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
Pejabat Daerah Kulai. Naik taraf ini meliputi pembinaan empangan sungai di Kabin Jati, membina tandas luar untuk lelaki dan perempuan di Kabin Jati, membina kawasan pejalan kaki di semua kabin, menanam pokok lanskap di semua kawasan kabin, membina gazebo di Kabin Jati dan Merbau, menanam rumput, memasang tiang lampu, membekal kerusi kayu, tempayan dan memasang papan tanda di semua kabin.
iv. Dua peruntukan berbentuk geran bagi membuka kedai harga patut pada tahun 2018 iaitu peruntukan bernilai RM100,000 daripada Kerajaan Negeri Johor untuk mendapatkan bekalan barang-barang runcit daripada IMCoop dan peruntukan bernilai RM150,000 daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi membina dan mengubahsuai kedai runcit harga patut tersebut.
v. Koperasi telah menerima bantuan berupa geran bernilai RM338,000 bagi pembangunan Kawasan Rehat dan Santai (R&S) melalui peruntukan Kawan Iskandar Malaysia (KIM) IRDA. Bantuan tersebut bagi projek melibatkan pengubahsuaian tandas lelaki/wanita/OKU, surau, restoran, pusat informasi, VIP corner, pusat cenderahati dan pemasaran produk IKS dan Pusat Rendah Karbon.
Dimensi KOOP
Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh Koperasi Sri Sekawan Kulai Berhad dalam menjalankan keusahawanan sosial?
Koperasi Sri Sekawan Kulai Berhad
Cabaran utama adalah dari segi aspek lokasi dan tempat yang sangat berkait rapat dengan alam semula jadi. Pada tahun 2001, telah berlaku bencana alam banjir lumpur yang mengakibatkan Gunung Pulai terpaksa ditutup sementara. Kejadian tersebut telah memberi kesan kepada penduduk kampung dan pelancong yang
datang di Gunung Pulai. Bermula tahun 2006 hingga kini, faktor cuaca pada musim tengkujuh pula telah memberi kesan kepada pendapatan koperasi kerana Gunung Pulai terpaksa ditutup kepada orang ramai untuk beriadah pada musim cuti sekolah hujung tahun. Berikutan masalah tersebut koperasi terpaksa menutup kawasan tersebut kepada orang ramai dan sehingga kini koperasi masih mencari jalan penyelesaian dan telah memohon kerajaan untuk mempertimbangkan dan menyemak semula peraturan dan penguatkuasaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor.
Dimensi KOOP
Apakah aspek penting yang perlu diterapkan oleh koperasi dalam melaksanakan keusahawanan sosial?
Koperasi Sri Sekawan Kulai Berhad
Berdasarkan pengalaman tujuh tahun koperasi ini, terdapat lima aspek penting yang diutamakan koperasi dalam melaksanakan keusahawanan sosial iaitu:
Koperasi sering menerapkan sikap bekerjasama di antara penduduk sama ada anggota koperasi mahupun bukan anggota. Konsep kerjasama dan kesepakatan ini yang menjadikan koperasi sebagai sebuah organisasi yang meletakkan anggotanya sebagai aset terpenting dan nadi kepada kejayaan koperasi. Sebagai contoh koperasi mengadakan Mesyuarat Lembaga secara bulanan untuk berbincang mengenai masalah atau isu dan mencari jalan penyelesaian. Masalah yang dihadapi oleh anggota akan disuarakan, dibincangkan untuk mencari jalan penyelesaian kerana akan memberi kesan kepada perniagaan koperasi pada masa hadapan.
49


DIMENSIKOOP
Bil. 66(4/2020)
2. Bertanggungjawab dengan tugas yang diamanahkan
Setiap ALK atau anggota yang memegang jawatan di dalam koperasi sangat bertanggungjawab dan komited dengan tugas yang diberikan. Sikap bertanggungjawab dalam kalangan ALK ini merupakan kekuatan kepada koperasi untuk menangani ancaman dan memperbaiki kelemahan yang ada di dalam koperasi. ALK juga mempunyai kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan yang diamanahkan dan memainkan peranan seperti menjaga kebajikan anggota. Sikap ini akan mendorong anggota serta kakitangan untuk memahami dan melaksanakan sesuatu tugas dengan baik. Setiap pekerjaan yang dilakukan merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dijalankan oleh setiap orang dan yakin dengan kehidupan selepas kematian.
Koperasi menerapkan keharmonian sesama insan dengan menjaga kualiti kehidupan sesama manusia. Anggota koperasi banyak melibatkan diri dengan kerja-kerja sosial dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bersama dengan penduduk setempat. Koperasi juga membantu menyelesaikan masalah sosial seperti pengangguran dengan menyediakan banyak peluang pekerjaan baru, sambilan dan tetap. Koperasi juga sering menjalankan program kepada belia dan menyumbangkan khidmat sosial kepada masyarakat kampung.
4. Mengelakkan kepentingan peribadi
Setiap ALK perlu mengelakkan kepentingan peribadi yang boleh membawa kepada percanggahan matlamat. Koperasi sentiasa mengekalkan hubungan permuafakatan sesama anggota dan masyarakat setempat supaya
50
3. Penglibatan semua anggota dalam bidang ekonomi


Click to View FlipBook Version