The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wuwuwukang, 2021-03-02 22:31:31

Dimensi Koop Bil.66

5. Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
sentiasa bersama-sama untuk berbincang dan membuat keputusan. Cadangan penambahbaikan juga perlu bagi menangani isu percanggahan kepentingan atau ‘conflict of interest’ dalam kalangan ALK bagi membuat sebarang keputusan. Koperasi juga bergerak tanpa mengira siapa peneraju utama dan paling penting adalah objektif koperasi sendiri. Koperasi juga menjalankan aktiviti yang relevan dalam menjaga kepentingan dan memberi kepuasan kepada setiap anggota.
Koperasi sentiasa menjalankan aktiviti seperti mengadakan gotong royong membersihkan kawasan setempat di Kampung Sri Gunung Pulai untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Koperasi sangat mengambil berat masalah alam sekitar seperti longgokan sampah di kawasan air terjun dan cuba menyelesaikannya dengan berganding bahu dan berusaha menangani masalah yang berlaku secepat mungkin. Semangat berpasukan yang ada dapat membaik pulih alam sekitar dengan menggalakkan dan memberi tanggungjawab kepada semua anggota dan masyarakat untuk menjaga kawasan tersebut.
Dimensi KOOP
Akhir sekali, adakah Encik Jamal selaku Pengerusi koperasi berpuas hati dengan konsep keusahawanan sosial yang dilaksanakan koperasi?
Koperasi Sri Sekawan Kulai Berhad
Saya sendiri amat berpuas hati dengan keusahawanan sosial yang telah dijalankan oleh koperasi. Ini kerana objektif penubuhan koperasi telah berjaya dicapai. Selain itu, koperasi dapat memberikan keuntungan bukan sahaja kepada anggota tetapi dapat membantu masyarakat setempat. Rancangan koperasi adalah untuk membuat pengubahsuaian laluan pejalan kaki bagi
membantu pengunjung yang datang supaya dapat berteduh dari sinaran cahaya matahari. Selain itu, dari segi aspek landskap akan ditambah baik untuk menjadikan kampung ini sebagai kampung pelancongan yang berkonsepkan landskap dalam kampung. Matlamat saya untuk menjadikan koperasi sebagai kampung yang cantik, kemas, indah serta mempunyai daya tarikan yang menarik kepada pelancong untuk berkunjung ke sini. Saya juga berharap supaya Gunung Pulai dapat dibangunkan secara berperingkat dan ditambah nilai dari segi kemudahan untuk keselesaan pengunjung.
Penutup
Setiap koperasi menjalankan aktiviti perniagaan yang berbeza dan mempunyai peluang untuk menerapkan keusahawanan sosial dalam kalangan anggota dan masyarakat setempat. Keusahawanan sosial merupakan satu pendekatan yang amat bersesuaian dengan keperluan dunia masa kini berdasarkan aspek 3P iaitu People, Profit dan Planet. Pelaksanaan keusahawanan sosial dapat memberikan banyak faedah sama rata serta dapat meningkatkan pendapatan sosioekonomi masyarakat setempat. Keusahawanan sosial juga tidak mustahil untuk dijalankan oleh koperasi kerana berkait rapat dengan segala aktiviti yang diusahakan adalah untuk menjaga kebajikan anggota dan kesejahteraan masyarakat
51


DIMENSIKOOP
Aplikasi Alat, Teknik dan
Ujian Psikometrik
bagi Pemilihan Pekerja Koperasi
Nor Fadhilah Mohd
Pusat Pembangunan Koperasi [email protected]
52
Bil. 66(4/2020)


Bil. 66(4/2020)
53
Pengenalan
Pekerjaan merupakan komitmen seseorang untuk memperoleh sesuatu sebagai kelangsungan dalam kehidupan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pekerjaan adalah sesuatu yg diusahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah untuk menjadikan kehidupan agak senang. Hal ini menyebabkan setiap individu perlukan pekerjaan sama ada bekerja sendiri mahupun makan gaji. Justeru, pada zaman globalisasi ini, pemilihan pekerja dalam sesebuah organisasi semakin rumit dan kompleks kerana terdapatnya pelbagai kebolehan dan keinginan manusia. Jadi, setiap organisasi haruslah menyediakan sistem pemilihan yang berkesan bagi mendapatkan calon pekerja yang sesuai agar organisasi tidak tersalah memilih pekerja yang bukan dalam bidang kepakaran mereka. Pemilihan pekerja yang sesuai dengan skop dan deskripsi kerja dapat mengurangkan daripada berlakunya pertukaran bidang pekerjaan dalam kalangan pekerja.
Bagi sektor koperasi, pemilihan sumber manusia merupakan aspek penting kerana ia merupakan aset kepada koperasi. Koperasi haruslah memilih pekerja yang mempunyai tahap kecekapan dan kepakaran atau kemahiran untuk melancarkan perjalanan pentadbiran koperasi. Pekerja koperasi juga berperanan sebagai nadi dan penggerak kepada organisasi bagi mencapai misi dan visi koperasi. Pemilihan pekerja yang tepat dapat meningkatkan komitmen dan kesetiaan mereka dan bukan hanya menjadikan koperasi sebagai ‘batu loncatan’ untuk mendapatkan pekerjaan lain. Bagi koperasi peringkat permulaan, kesilapan dalam pengambilan pekerja boleh menyebabkan kerugian dan menjejaskan prestasi koperasi.
Justeru, proses pemilihan pekerja memerlukan semakan yang teliti dari segi alat ukur yang digunakan. Penggunaan alat ukur yang bersesuaian akan meningkatkan kebolehpercayaan proses
DIMENSIKOOP


Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
pemilihan dengan kriteria yang ditetapkan oleh organisasi bagi sesuatu jawatan. Alat ukur yang digunakan haruslah bertepatan dengan keperluan tugasan atau tingkah laku kerja yang diperlukan bagi jawatan yang dimohon. Organisasi perlu peka terhadap perkara ini bagi mengelakkan penggunaan alat ukur yang tidak menepati ciri-ciri pemilihan. Terdapat pelbagai prosedur pemilihan yang boleh digunakan oleh organisasi sebagai pemudah cara dalam pengambilan pekerja.
Secara umumnya, setiap permohonan pekerjaan menggunakan borang permohonan berserta biodata. Memilih pekerja berdasarkan senarai pemohon yang ramai memerlukan semakan yang teliti dan proses sistematik. Penggunaannya tidak hanya terhad kepada sesuatu jawatan sahaja malah boleh digunakan bagi setiap jawatan yang diiklankan atau ingin ditawarkan. Kebiasaannya calon harus mengisi maklumat peribadi meliputi demografi, tahap pendidikan, pengalaman kerja, senarai pencapaian dan rujukan majikan terdahulu. Borang biodata dapat digunakan untuk menilai tingkah laku seseorang, contohnya aspek sosial dan kecenderungan minat.
Pada masa kini, pemilihan pekerja tanpa temu duga merupakan sesuatu yang jarang-jarang berlaku. Malah penggunaan temu duga sebagai prosedur pemilihan mengatasi prosedur pemilihan yang lain. Walaupun teknik temu duga sering dipersoalkan dan dikatakan bukan kaedah yang baik untuk prestasi kerja, organisasi tidak mampu untuk mengetepikan prosedur ini disebabkan beberapa perkara. Pertama, aspek yang berhubung kait dengan tingkah laku interpersonal seperti kelancaran lisan dan aspek sosial hanya dapat diperhatikan dan diukur melalui temu duga. Kedua, sekiranya jumlah pemohon adalah sedikit sehingga tidak memungkinkan penggunaan prosedur lain, temu duga dianggap teknik yang menjimatkan. Akhirnya, organisasi melihat temu duga sebagai alat pemilihan pekerja yang berkesan.
Pada masa kini, pemilihan pekerja tanpa temu duga merupakan sesuatu yang jarang-jarang berlaku. Malah penggunaan temu duga sebagai prosedur pemilihan mengatasi prosedur pemilihan yang lain.
Penggunaan borang permohonan serta proses temu duga dapat mengumpul maklumat yang banyak tentang diri pemohon, namun terdapat beberapa kelemahan yang menyebabkan penggunaannya tidak dapat dijadikan sebagai penggunaan tunggal dalam proses pemilihan. Kemungkinan organisasi tidak dapat memastikan kesemua maklumat yang diberikan itu betul kerana maklumat yang diperoleh merupakan pemberitahuan oleh pemohon sendiri. Pemohon mungkin akan memberi maklumat sebaik mungkin dan menyebabkan semua maklumat yang diberikan condong ke arah aspek positif sahaja. Kejujuran pemohon boleh dipertikaikan kecuali calon menyertakan bukti-bukti tertentu. Bagi memastikan maklumat dalam borang permohonan serta sesi temu duga menjadi alat yang baik, susunan maklumat yang diperlukan perlulah memenuhi keperluan ciri-ciri maklumat deskripsi dan spesifikasi kerja. Jika tidak, maklumat yang dikemukakan tidak akan menjadi job-related. Sehubungan dengan itu, terdapat kaedah tambahan bagi mengenal pasti calon pekerja terbaik adalah dengan menggunakan ujian psikometrik atau ujian psikologi. Ia semakin
54


Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
mendapat sambutan bukan sahaja dalam kalangan kaunselor kerjaya malahan agensi-agensi kerajaan mahupun swasta turut mengguna pakai ujian ini bagi mendapatkan pekerja yang bertepatan dengan bidang tugas yang dikehendaki.
Ujian Psikometrik
Ujian psikometrik merupakan suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi. Tret psikologi yang diukur merangkumi tingkah laku dan personaliti pekerja. Hasil dapatan daripada ujian ini ia dapat digunakan untuk membantu dalam proses pemilihan pekerja. Sebagai contoh, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005: Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam di mana terdapat beberapa aplikasi psikologi yang digunakan untuk penjawat awam antaranya adalah aplikasi ujian psikometrik dalam pemilihan pekerja. Ujian psikometrik bukan perkara baru dalam pengurusan sumber manusia tetapi ia tidak digunakan secara meluas untuk sektor lain. Melalui ujian yang dijalankan ke atas pemohon, proses pemilihan akan menjadi lebih mudah kerana jumlah calon yang ramai akan dapat dikurangkan melalui proses penapisan yang sistematik. Pemilihan sesuatu ujian dilakukan berdasarkan asas yang tertentu. Antaranya adalah seperti berikut:
i) Kesahan dan Kebolehpercayaan
Ujian yang dijalankan ke atas pemohon mestilah dapat mengukur apa kriteria yang berkaitan dengan kerja yang dimohon.
ii) Norma Ujian
Satu rangka rujukan mesti wujud bagi membolehkan prestasi seorang pemohon dibandingkan dengan prestasi pemohon yang lain. Hasil setiap keputusan yang diperoleh serta perbezaannya antara pemohon perlu jelas bagi memudahkan organisasi membuat keputusan.
iii) Pentadbir Ujian
Ujian haruslah dikendalikan oleh ahli profesional yang terlatih khusus dalam pentadbiran ujian, pemberian dan tafsir skor.
Kategori Ujian
Kategori ujian merujuk kepada perbezaan khusus antara ujian-ujian psikologi yang digunakan bagi tujuan pemilihan pekerja. Ujian-ujian berbentuk psikologi boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu ujian personaliti, ujian kognitif dan kebolehan mental, ujian psikomotor dan ujian kebolehan mekanikal.
i) Ujian Personaliti
Inventori personaliti merupakan pendekatan penilaian melalui item tentang soal selidik secara kendiri. Ia melibatkan item-item tentang situasi, simptom dan perasaan individu (EQ). Tret-tret personaliti tertentu boleh menyumbang ke arah kepuasan kerja dan prestasi kerja. Penggunaan inventori digunakan dalam pemilihan pekerja bagi menjawab tiga persoalan berikut:
a) Adakah pemohon mempunyai personaliti yang sesuai untuk jawatan yang dipohon?
b) Adakah pemohon boleh menjalankan kerja
yang ditugaskan?
c) Adakah pemohon mempunyai apa-apa
masalah perwatakannya?
Antara ujian psikologi yang mengukur psikologi pekerja adalah Goldberg 100 Unipolar Markers (Goldberg, 1992) dan Occupational Persoality Questionnaires (Cook, 1999).
ii) Ujian Kognitif dan Kebolehan Mental
Jenis ujian dalam kategori ini merangkumi ujian kebolehan mental yang umum sehinggalah kepada ujian kemahiran kognitif yang khusus. Ujian-ujian ini dibentuk untuk mengukur pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh pemohon. Penggunaan ujian kecerdasan pula akan dapat mengenal pasti pemohon
55


DIMENSIKOOP
Bil. 66(4/2020)
Antara ujian Psikometrik kepada koperasi ialah Inventori Psikometrik Personaliti Tahap A & B dalam penilaian tahap Stres, Kebimbangan dan Depresi (Saringan Minda Sihat), penilaian Gaya Daya Tindak, Ujian Personaliti Individu (Personaliti Warna), Minat dan Nilai Kerjaya.
yang mempunyai tahap kecerdasan (IQ) yang tertentu. Penanda aras IQ tersebut boleh dijadikan asas kepada kebolehan dan kemahiran yang ada pada pemohon untuk menjalankan kerja di organisasi. Pemohon yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi didapati menunjukkan prestasi kerja yang tinggi dalam tugasnya. Antara ujian yang boleh diguna pakai adalah Thurstone Test of Mental Alertness dan Wesman Personnel Classification Test (Anastasi dan Urbina, 1997)
iii) Ujian Kebolehan Psikomotor
Ujian ini melibatkan pengukuran kemahiran aktiviti motor dan sensori seperti koordinasi mata, tangan dan kaki. Penggunaan anggota fizikal dalam ujian sebegini bertujuan melihat kepekaan, ketelitian, dan kebolehan pemohon dalam mengendalikan kerja yang memerlukan mereka bekerja dengan menggunakan peralatan tertentu. Ujian ini sesuai untuk kerja yang memerlukan koordinasi anggota fizikal seperti pekerja di sektor perkilangan, pembuatan dan industri. Antara ujiannya adalah Ujian Purdue Pegboard dan Crawford Small Parts Dexterity Test.(Crawford, 1981)
iv) Ujian Kebolehan Mekanikal
Bagi mengukur kebolehan pemohon dalam mengenal, mengguna, dan menganalisis prinsip- prinsip mekanikal dalam kerja. Biasanya ujian ini ditadbir ke atas pemohon yang memohon jawatan teknikal yang melibatkan urusan pembaikan, pembinaan dan kejuruteraan. Sebagaimana ujian kebolehan psikomotor, ujian ini juga memerlukan kemahiran fizikal. Antara ujiannya adalah Bennett Mechanical Comprehension Test (Bennett, 1980) dan Minnesota Paper Form Board test (Anastasi dan Urbina, 1997).
Ujian Psikometrik kepada Koperasi
Terdapat beberapa ujian psikometrik yang telah diguna pakai oleh beberapa buah koperasi untuk menilai pekerja mereka sama ada untuk pengambilan pekerja baharu atau perkembangan kerjaya pekerja. Antaranya adalah Inventori Psikometrik Personaliti Tahap A & B dalam penilaian tahap Stres, Kebimbangan dan Depresi (Saringan Minda Sihat), penilaian Gaya Daya Tindak, Ujian Personaliti Individu (Personaliti Warna), Minat dan Nilai Kerjaya. Berikut adalah dua contoh calon pekerja koperasi yang telah menjawab Ujian Psikometrik Gaya Daya Tindak bagi mengenal pasti tahap tindak balas seseorang pekerja apabila menghadapi sebarang masalah peribadi mahupun di tempat kerja. Bagi calon yang mendapat jumlah skor 97 ke atas ia dikategorikan sebagai pekerja yang mampu bekerja dalam apa jua situasi. Manakala calon yang mendapat jumlah skor kurang daripada 18 dikategorikan sebagai pekerja yang tidak mampu bekerja dalam keadaan di luar jangkaan. Contoh borang ujian psikometrik terhadap calon pekerja koperasi boleh dilihat pada Lampiran 1 dan 2 untuk rujukan.
a) Calon pertama
Calon ini mendapat skor melebihi 97 di mana ia menunjukkan calon mempunyai tahap tindak balas yang positif apabila menghadapi
56


Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
sebarang masalah peribadi mahu pun di tempat kerja. Calon ini mampu melakukan setiap tugasan dengan baik walaupun sedang menghadapi tekanan.
b) Calon kedua
Manakala bagi calon ini pula, beliau mendapat skor berjumlah 41 di mana calon mempunyai tahap tindak balas yang kurang baik apabila menghadapi sebarang masalah peribadi mahu pun di tempat kerja. Calon ini tidak mampu memberi fokus terhadap tugasan yang diberikan apabila sedang menghadapi sesuatu tekanan kerana beliau tidak mahir dalam menguruskan masalahnya terlebih dahulu. Perkara ini akan menyebabkan majikan dan rakan sekerja kurang selesa dengan prestasi kerjanya.
Penutup
Pemilihan pekerja yang berkemahiran dan berkualiti dalam sesebuah koperasi merupakan penentu kejayaan dan masa hadapan koperasi tersebut. Proses pemilihan yang teliti dengan menggunakan pelbagai kaedah akan memberikan kelebihan kepada koperasi tersebut. Namun, ia bergantung kepada pemimpin koperasi, sama ada berani atau sebaliknya dalam melakukan perubahan bagi mempelbagaikan teknik pengambilan pekerja yang telah sedia ada.
Pelbagai cara yang boleh digunakan oleh koperasi dalam membuat pemilihan pekerja dengan tujuan untuk membantu
individu dalam memilih kerjaya yang bersesuaian. Sehubungan itu, komponen utama yang perlu ada secara umumnya adalah kenal personaliti diri, kenal dunia pekerjaan serta kesesuaian kemahiran dengan pekerjaan sebenar. Dalam hal ini alat ujian psikometrik umumnya boleh digunakan untuk membantu individu mengenal diri sebagai alat tambahan dalam proses pengambilan pekerja.
Impak daripada kesesuaian antara personaliti diri dengan pekerjaan akan menghasilkan individu yang bermotivasi tinggi, memperoleh kepuasan kerja, berpencapaian dan berproduktiviti tinggi. Selain itu, ia memperlihatkan ciri-ciri stabiliti di mana individu tidak akan bertukar-tukar kerjaya pada masa akan datang. Ini bertepatan dengan pandangan Holland (1997) yang menyatakan bahawa tingkah laku individu adalah bergantung sepenuhnya pada keselarasan antara jenis personaliti dengan jenis persekitaran.
Bagi mengurangkan isu pekerja koperasi tidak kompeten, koperasi perlu mengambil perhatian bahawa kesedaran tentang pemilihan pekerja yang berkualiti adalah perkara penting bagi menjamin kestabilan operasi koperasi pada masa hadapan. Jika tidak, koperasi akan berada dalam buaian rendah yang selesa tetapi bakal mencecah tanah jua. Pihak pengurusan koperasi perlu sedar akan tahap keupayaan dan kompetensi pekerja di mana ia menjadi pemangkin kepada kewujudan koperasi masih relevan atau tidak pada masa hadapan.
57


DIMENSIKOOP
STRATEGI
KANDUNGAN BERKESAN MELALUI
PEMASARAN VIDEO
Nor Aslamiah Ali
Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi [email protected]
58
Bil. 66(4/2020)


Rajah 1: Jenis kandungan pemasaran yang paling diminati untuk dilihat
Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
Pengenalan
Sejak kebelakangan ini, teknologi pemasaran kandungan melalui video semakin menjadi trend terutamanya bagi menarik minat golongan Gen Y. Jika sebelum ini teknik copywriting mampu menarik pelanggan untuk close sales melalui kaedah pujukan dan emosi tetapi kini kaedahnya berbeza. Pemasaran melalui video yang berkesan juga boleh digunakan untuk menukarkan prospek kepada pelanggan (close sales) dan seterusnya dapat melonjakkan jenama agar lebih dikenali dan berdaya saing.
Pemasaran video merupakan satu pilihan bagi perniagaan masa kini untuk mempromosikan perniagaan. Dengan memahami kuasa pemasaran video, kaedah ini mampu memberikan manfaat kepada perniagaan kerana potensi untuk menjadi tular di platform media sosial dan YouTube jika kandungannya menarik, berkesan dan bermanfaat. Menurut jutawan Internet terkenal, Irfan Khairi, (Khairi, 2014), “bukan sahaja menggunakan teks dan gambar, video boleh memberi daya tarikan kepada sesuatu perniagaan dengan adanya
visual, pergerakan, animasi, dan juga bunyi dalam mengkayakan lagi sesuatu perniagaan”. Maka, usahawan masa kini hendaklah bergerak jauh ke hadapan untuk mengambil manfaat yang telah tersedia seperti adanya saluran YouTube dan media sosial dengan kelajuan Internet yang bertambah baik di negara ini.
Kelebihan Pemasaran Video
Konsep pemasaran digital amat luas. Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk mengukuhkan jenama, memasarkan produk atau perkhidmatan untuk menarik ramai pelanggan. Mengapa anda perlu memilih pemasaran video? Berdasarkan statistik yang dikongsikan oleh Wyzowl (2019), perniagaan yang menggunakan pemasaran video memberi pulangan yang baik terhadap perniagaan mereka, manakala 87% menyatakan bahawa video dapat meningkatkan trafik ke laman web perniagaan mereka. Hal ini turut dinyatakan oleh Hubspot Research Center (An, 2020), video adalah kandungan yang paling diminati untuk dilihat berbanding kandungan pemasaran yang lain.
What kind of content do you want to see from a brand or business you support?
Overall
US
Germany
55%
Latin America
49%
34%
25%
Social videos
62% 52%
54%
49%
50%
39%
Emails/ newsletters
46% 49%
41% 41%
29%
29%
18% 18%
22% 13%
23% 12% 14%
Content in PDF from to download and read later
17%
Videos
Social images
Blog articles
Base: 3,010 consumers in the US, Germany, Colombia and Mexico Source: HubSpot Comment Trends Survey, Q3 2017
59


DIMENSIKOOP
Jika dilihat pada tahun 2019, trend orang ramai mula menjinakkan diri menjadi Youtubers tidak kiralah orang biasa, selebriti sehinggalah jutawan kosmetik masing-masing berlumba-lumba mencipta akaun YouTube. Menjelang tahun 2021, dijangkakan lebih ramai orang mula menjadikan YouTube sebagai platform untuk membuat pemasaran. Kandungan yang menarik memainkan peranan untuk menarik minat komuniti dalam talian melihat video dan melanggan saluran YouTube tersebut.
Namun, masih ramai lagi yang tidak sedar tentang kelebihan pemasaran melalui video. Antara manfaatnya adalah seperti membolehkan keputusan segera diperoleh. Video biasanya dapat dilihat secara terus manakala kandungan bercetak pula lebih cenderung untuk ditinggalkan dalam inbox atau mailbox sehingga berhari-hari lamanya. Selain itu, video membolehkan sesuatu penceritaan itu disampaikan dengan baik dan pelengkap kepada teks dan imej yang sedia ada. Video menawarkan satu peluang yang baik dengan mempamerkan sesuatu yang berkaitan dengan perniagaan tersebut. Kini, orang ramai lebih cenderung untuk mendapatkan maklumat secara tontonan berbanding mendengar. Malah, kandungan di dalam video juga boleh disunting iaitu pengguna boleh mengubah kandungan video tersebut pada bila- bila masa dengan cara yang mudah, murah dan pantas. Hanya dengan memiliki telefon pintar dan aplikasi video suntingan percuma seperti Kine Master, Viva Video, Filmora Go, Adobe Premier Clip dan Power Director sahaja sudah boleh menghasilkan video. Tidak kira tujuan atau misi perniagaan, video boleh digunakan dengan banyak cara untuk pemasaran. Hal ini juga dapat menghidupkan mesej di dalam laman web, blog, di dalam e-mel atau halaman pendaratan (landing page).
Ahli perniagaan dapat dilihat sebagai usahawan yang berkemampuan untuk mencuri tumpuan para pengunjung melalui cara baharu. Jika para
pengunjung sudah bosan dengan bahan-bahan bercetak, maka video berkemungkinan akan menyemarakkan minat mereka terhadap perniagaan tersebut. Di samping itu, video juga membolehkan orang ramai melakukan promosi secara percuma. Semua laman web video atau laman sosial seperti YouTube, Facebook, MySpace menyediakan kemudahan untuk orang ramai menyebarkan video mereka ke seluruh komuniti Internet. Selain itu, komuniti video dalam talian biasanya lebih ‘hidup’ dan rancak berbanding dengan komuniti artikel dalam talian. Tontonan video tersebut mampu melebihi jumlah 1000 tontonan dalam beberapa minggu sahaja. Seterusnya adalah jumlah persaingan yang kurang antara peniaga. Kebanyakan peniaga Internet masih lagi menggunakan artikel berbentuk copywriting untuk pemasaran perniagaan mereka. Oleh itu, persaingan dalam pemasaran video masih belum sengit. Bahkan, video juga boleh digunakan untuk memupuk hubungan yang baik, menjana minat, mengekalkan pelanggan, melatih kakitangan dalaman dan banyak lagi. Antara video yang mudah untuk dibuat ialah video testimoni pelanggan, video demonstrasi produk, dan video tangkapan skrin. Walau bagaimanapun, kandungan video
Bil. 66(4/2020)
60
Semua laman web video atau laman sosial seperti YouTube, Facebook, MySpace menyediakan kemudahan untuk orang ramai menyebarkan video mereka ke seluruh komuniti Internet. Selain itu, komuniti video dalam talian biasanya lebih ‘hidup’ dan rancak berbanding dengan komuniti artikel dalam talian.


Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
yang menarik memainkan peranan untuk menarik perhatian komuniti dalam talian.
Kandungan Berkesan melalui Pemasaran Video
Perkara pertama yang perlu difikirkan sebelum mencipta sesuatu video adalah bagaimana untuk menarik perhatian komuniti dalam talian. Penghasilan video yang menarik minat sasaran penonton mampu menghasilkan perkembangan organik yang baik. Pemasaran melalui video menjadi lebih mudah selari dengan ledakan streaming yang popular baru-baru ini, malah memberi kesan cara pemasaran di dunia hari ini berfungsi.
Berikut adalah kandungan berkesan melalui pemasaran video yang boleh diambil kira:
1) Video Penjenamaan (Branding)
Jenama adalah penting bagi sesebuah perniagaan. Video ini dihasilkan bertujuan untuk memperkenalkan kepada penonton tentang jenama perniagaan dan nilai utama perniagaan. Kaedah ini penting untuk meyakinkan pelanggan bahawa perniagaan tersebut adalah unik dan berbaloi kepada pengguna. Penggunaan animasi di dalam video menunjukkan kekreatifan peniaga dan memberi rangsangan visual dan emosi kepada penonton. Watak yang diwujudkan dalam animasi tersebut dapat mengingatkan penonton kepada jenama tersebut kerana setiap hari prospek akan berjumpa dengan banyak jenama sama ada luar talian atau dalam talian. Pastikan video berjenama ini berdurasi pendek, menyeronokkan dan unik.
2) Video Tutorial
Video tutorial dibuat untuk menjelaskan perkara yang berkaitan dengan perniagaan seperti panduan, info, jalan penyelesaian dan banyak lagi. Kelebihan video ini dapat mempromosikan produk atau perkhidmatan dengan jelas. Kaedah ini bagus untuk mereka yang mencari
3)
jalan penyelesaian kerana langkah demi langkah ditunjukkan dalam video ini. Video seumpama ini yang menyediakan informasi lebih banyak ditonton berbanding dengan video yang terus menjual. Kelebihan lain tentang video ini adalah menggunakan teknik soft sell dengan memberikan maklumat yang berguna untuk membantu penonton mencari solusi kepada masalah, secara tidak langsung dapat memperkenalkan jenama perniagaan. Penonton akan mula melihat perniagaan tersebut sebagai sumber, produk atau perkhidmatan yang dipercayai. Penambahan call to action (CTA) yang jelas pada akhir setiap video ini akan mengingatkan penonton tentang pihak yang memberi mereka maklumat dan memastikan bahawa nama perniagaan tersebut ialah perkara terakhir yang didengari dan diingati. Sebagai contoh, produk yang ingin dijual ialah makanan kesihatan. Video tutorial yang boleh dibuat ialah “7 Cara Cepat Mendapatkan Six Pack”. Pada akhir video tersebut boleh diselitkan sekali maklumat produk tersebut yang dapat membantu mempercepatkan proses mendapatkan six pack.
Video Ulasan Produk
Video ulasan produk memaparkan kelebihan dan fungsi sesuatu produk atau perkhidmatan yang kini popular di laman web dan blog. Jika penonton daripada komuniti yang mempercayai sesuatu perniagaan, maka mereka bergantung kepada video tersebut untuk membuat keputusan. Video ini sesuai untuk membina kepercayaaan penonton.
Video Budaya Syarikat (Company Culture Video)
Merujuk Social Media Today, jenama yang memberi inspirasi emosi yang tinggi mendapat tiga kali lebih banyak pemasaran mulut ke mulut secara tidak langsung. Pelanggan lebih menyukai produk yang bagus daripada
61
4)


DIMENSIKOOP
Bil. 66(4/2020)
syarikat yang bagus. Video budaya syarikat yang menunjukkan suasana, persekitaran atau wajah-wajah di sebalik perniagaan tersebut merupakan cara terbaik pelanggan mengaitkan dan membentuk satu hubungan dengan jenama perniagaan. Video budaya syarikat akan menguatkan jenama. Penonton akan berkongsi mesej yang ada di dalam video dengan orang lain jika ia disukai. Keadaan seperti suasana pejabat, bercuti bersama staf boleh dirakam untuk tujuan tersebut.
5) Video Acara (Event Video)
Platform media sosial seperti Instagram Live dan Facebook Live membolehkan siaran keseluruhan acara secara masa nyata (real time) kepada sesiapa sahaja yang menonton halaman tersebut. Hantaran video acara menunjukkan suasana riang yang berlaku, memaparkan peristiwa di belakang tabir acara tersebut, di bilik kakitangan, di belakang pentas, perkara-perkara lain yang tidak dapat dilihat oleh pengunjung. Hal ini akan menarik minat penonton untuk melihat situasi sebenar acara tersebut. Di Facebook, video secara tidak langsung mendapat 10 kali ganda engagement daripada video biasa (Ayres, 2018).
6) Video Testimoni
Video testimoni daripada seseorang yang tidak ada kaitan dengan perniagaan tersebut membuatkan prospek lebih percaya terhadap jenama perniagaan itu. Testimoni boleh diperoleh semasa acara di kedai, tradeshow atau selepas pengeluaran projek terbaharu. Kunci utama untuk menyediakan video jenis ini ialah kandungan video perlu kelihatan asli. Penonton akan hilang rasa minat jika mereka mengesyaki jika testimoni tersebut tidak dilakukan oleh pelakon berbayar dan menggunakan skrip.
7) Vlog/Webinar
Vlog dan webinar memberikan peluang kepada usahawan atau individu untuk memahami dan mengkaji secara mendalam mengenai topik tanpa perlu risau mata penonton beralih ke tempat lain. Vlog yang dihasilkan secara mingguan atau bulanan dengan menceritakan pelbagai topik boleh menarik minat penonton setia dan meningkatkan keterujaan mereka untuk menyaksikan video seterusnya. Webinar memberikan peluang kepada individu untuk menjadi moderator dalam sesi soal jawab dengan pelanggan, demo produk dengan pelanggan, atau wawancara dengan pemimpin atau ikon dalam sesuatu industri.
Sebagai usahawan, mereka perlu untuk mencipta kandungan video secara tetap dengan mewujudkan satu siri video secara mingguan atau bulanan sebagai strategi pemasaran. Hal ini akan mengukuhkan kuasa jenama dengan memastikan pelanggan tertunggu-tunggu kemunculan video terbaharu. Penciptaan pelbagai video dengan tema dan elemen yang konsisten adalah paling terbaik.
62


Playstation adalah konsisten dan jangan lupakan penjenamaan.
Rajah 2: Playstation mengukuhkan jenama di Youtube
Rajah 2: Playstation mengukuhkan jenama di Youtube
Rajah 3: Walmart menyediakan kandungan video yang pelbagai Walmart menyediakan kandungan
Penutup video yang pelbagai
Bil. 66(4/2020)
saluran tersebut sebagai saluran rasmi jenama ini. Aspek yang boleh dipelajari daripada
DIMENSIKOOP
Jenama Walmart iaitu perniagaan department store juga memiliki kandungan video di
yang boleh dipelajari daripada Walmart ialah menggunakan kandungan yang pelbagai supaya pelanggan tidak bosan. Oleh itu, pemilik perniagaan perlu memanfaatkan peluang ini sebagai strategi pemasaran yang berkesan dan luar biasa.
Penutup
Usahawan atau pemilik perniagaan harus mengambil manfaat daripada kepesatan teknologi pemasaran video di era ini. Tambahan lagi, trend video secara langsung melalui platform Facebook, Instagram dan YouTube yang diaktifkan secara percuma pasti memberi kelebihan kepada sesiapa yang bijak memanfaatkannya. Ambillah peluang yang ada untuk membuat pemasaran secara digital dengan sebaik-baiknya. Jalinan hubungan antara pelanggan dan ketelusan pemilik merupakan dua elemen terpenting dalam perniagaan. Hal ini boleh dikukuhkan dengan pemasaran melalui video kerana pelbagai informasi dan maklum balas daripada pelanggan akan terus diperoleh dengan segera. Hal ini membolehkan tawaran produk yang sesuai dan berkualiti boleh diberikan. Video yang dihasilkan semestinya memainkan peranan yang signifikan dalam proses pemasaran untuk meningkatkan jualan dan keuntungan (ROI) dalam perniagaan. Akhir kata, usahawan yang takut untuk mengambil peluang akan ketinggalan di belakang dan tidak mampu bersaing di era Industri 4.0. Ayuh! gerakkkan langkahmu, kuasai pemasaran melalui video.
Youtube. Pelbagai topik dibahaskan di saluran youtube dengan topik resepi, tips kegiatan Youtube dan Pemasaran Video
seharian, tutorial produk kecantikan, permainan kanak-kanak, topik pendidikan dan banyak
Penggunaan saluran YouTube untuk memperluas
lagi. Kepelbagaian topik tersebut tidak hanya memberikan nuansa yang sentiasa segar dan baharu, tetapi juga menjangkaui penonton yang pelbagai. Perkara yang boleh dipelajari
strategi pemasaran secara dalam talian harus
daripada Walmart ialah menggunakan kandungan yang pelbagai supaya pelanggan tidak bosan.
dilihat pada ketika ini. Banyak pemilik perniagaan
Oleh itu, pemilik perniagaan perlu memanfaatkan peluang ini sebagai strategi pemasaran yang tberkleasahn dman leuanr bjiasda. ikan video pemasaran sebagai saluran
wajib dimiliki untuk memasarkan produk atau
perkhidmatan. Beberapa jenama perniagaan berikut
boleh dijadikan contoh seperti Playstation dan
Walmart. Saluran YouTube Playstation mempunyai
9.72 juta pelanggan, dengan variasi video daripada
gameplay, trailer, teaser, filem pendek, tutorial,
diskusi dan temu bual. Sebagai jenama yang
memfokuskan kepada dunia gaming, maka setiap 7
video bertemakan permainan (game). Perkara yang unik ialah logo Playstation berukuran kecil sentiasa ada pada setiap thumbnail video. Secara tidak langsung, Playstation telah melakukan pengukuhan jenama (branding) dan boleh menuntut saluran tersebut sebagai saluran rasmi jenama ini. Aspek yang boleh dipelajari daripada Playstation adalah konsisten dan jangan lupakan penjenamaan.
Jenama Walmart iaitu perniagaan department store juga memiliki kandungan video di YouTube. Pelbagai topik dibahaskan di saluran YouTube dengan topik resipi, tip kegiatan seharian, tutorial produk kecantikan, permainan kanak-kanak, topik pendidikan dan banyak lagi. Kepelbagaian topik tersebut tidak hanya memberikan nuansa yang sentiasa segar dan baharu, tetapi juga menjangkaui penonton yang pelbagai. Perkara
Usahawan atau pemilik perniagaan harus mengambil manfaat daripada kepesatan teknologi pemasaran video di era ini. Tambahan lagi, trend video secara langsung melalui platform Facebook, Instagram dan Youtube yang diaktifkan secara percuma pasti memberi kelebihan
63kepada sesiapa yang bijak memanfaatkannya. Ambillah peluang yang ada untuk membuat pemasaran secara digital dengan sebaik-baiknya. Jalinan hubungan antara pelanggan dan ketelusan pemilik merupakan dua elemen terpenting dalam perniagaan. Hal ini boleh dikukuhkan dengan pemasaran melalui video kerana pelbagai informasi dan maklum balas


DIMENSIKOOP
MENJANA PENDAPATAN KOPERASI MELALUI PENGLIBATAN DALAM SEKTOR PERTANIAN
Rahmathbee Zarinatun Mohd Abd. Kader
Pusat Antarabangsa dan Kolaborasi [email protected]
64
Bil. 66(4/2020)


Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
Pengenalan
Sektor pertanian memainkan peranan penting bagi mengurangkan import negara terutamanya dalam barangan pertanian. Perniagaan yang berasaskan pertanian mampu memberikan pulangan dan hasil yang lumayan serta berpadanan kepada petani dan pengusahanya. Ia juga membantu menjana ekonomi dan menggerakkan pembangunan negara. Oleh itu, tidak hairanlah kerajaan memperuntukkan sejumlah wang untuk membangunkan bidang pertanian kerana ia mampu menyumbang dalam bidang perniagaan yang lebih menguntungkan.
Justeru, sektor pertanian perlu dipertingkatkan bagi mengekalkan kelangsungan ekonomi Malaysia, sekali gus membentuk masyarakat tani yang progresif. Dalam hal ini, koperasi di Malaysia seharusnya turut memainkan peranan untuk menceburi bidang pertanian berimpak tinggi. Penerokaan dalam bidang berkenaan mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara seperti hasrat kerajaan untuk menjadikan koperasi sebagai sektor ketiga yang menjadi tunjang kepada kemajuan negara (Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah).
Latar Belakang Koperasi Pertanian
Sejarah penubuhan koperasi pertama di Malaysia bermula dengan koperasi yang menjalankan aktiviti kredit, iaitu The Federated Malay States Posts and Telegraphs Co-operative Thrift & Loan Society, Limited pada 21 Julai 1922.
Walaupun pada asalnya anggota koperasi ini adalah dalam kalangan petani tetapi tiada penubuhan koperasi pertanian pada ketika itu. Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan penduduk adalah petani dan pada masa yang sama memerlukan wang untuk aktiviti bertani serta kelangsungan hidup. Keadaan ini telah memaksa mereka untuk berhutang dengan orang tengah dan juga pemberi hutang. Pada ketika itu, terdapat sistem padi kunca atau padi ratus yang telah diguna pakai dan menjadi amalan petani-petani di negara ini.
Sistem padi kunca ini adalah merupakan perjanjian antara petani dan peminjam wang. Kebanyakan petani terpaksa menggadaikan tanah mereka untuk meminjam wang daripada
65


DIMENSIKOOP
pengilang, pedagang serta pemberi pinjaman wang untuk menampung perbelanjaan penanaman dan perbelanjaan keluarga. Malah apabila petani menjual tanaman mereka setelah dituai kepada pemberi pinjaman wang, mereka akan ditawarkan dengan harga yang tidak berpatutan. Tambahan pula syarat- syarat pinjaman telah mengenakan kadar bunga yang tinggi dan akibatnya petani yang berhutang akan terus hidup dengan berhutang.
Idea penubuhan koperasi telah membolehkan petani-petani ini menebus kembali tanah-tanah yang tergadai serta memperoleh wang untuk mengusahakan kembali tanaman mereka.
Perubahan dan perkembangan gerakan koperasi di Malaysia bermula selepas era kemerdekaan. Perubahan ini melibatkan kepada pindaan dasar dan perundangan disebabkan kelemahan tadbir urus dan pengurusan koperasi. Pada tahun 1975, sebanyak 1,550 koperasi yang menjalankan aktiviti pertanian diletakkan di bawah penyeliaan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Apabila berlaku transformasi Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 1 Januari 2008, kesemua koperasi kategori aktiviti pertanian telah diletakkan di bawah penyeliaan SKM.
Peluang menjana pendapatan melalui sektor pertanian dan sokongan kerajaan
Menerusi Rancangan Malaysia ke-11, kerajaan memberi tumpuan secara khusus dalam usaha memodenkan sektor ini melalui peningkatan produktiviti dan pendapatan petani, nelayan, pekebun kecil serta penerapan teknologi moden. Keadaan ini, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap sumber manusia serta dapat menangani kesan harga komoditi yang rendah melalui langkah penstabilan pendapatan pekebun kecil. Hal ini adalah salah satu usaha Kerjaan dalam memastikan agar sektor pertanian terus relevan dan mampu berdaya tahan.
Oleh itu, sektor pertanian dan industri asas tani telah dijadikan salah satu bidang ekonomi utama (NKEA) yang diberi tumpuan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) iaitu NKEA Pertanian.
Justeru, koperasi sebagai salah satu jentera pertumbuhan ekonomi yang turut berperanan menyumbang kepada aktiviti pertanian dan industri asas tani. Ini terbukti apabila lima bidang ekonomi utama yang telah dikenal pasti di bawah Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020, termasuk sektor pertanian dan industri asas tani.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah merangka satu pelan pembangunan yang khusus bagi membolehkan koperasi merancang dan melaksanakan aktiviti perniagaan mereka dalam bidang pertanian. Pelan ini memberi tumpuan untuk memperkasakan penglibatan koperasi dalam sektor pertanian dengan menggariskan lima inisiatif strategik utama iaitu memperkasa aktiviti yang diberi tumpuan, penguasaan rantaian nilai melalui
Bil. 66(4/2020)
66
Justeru, koperasi merupakan sebagai salah satu jentera pertumbuhan ekonomi yang turut berperanan menyumbang kepada aktiviti pertanian dan industri asas tani. Ini terbukti apabila lima bidang ekonomi utama yang telah dikenal pasti di bawah Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020, termasuk sektor pertanian dan industri asas tani.


BIL. FUNGSI BILANGAN KOPERASI
NUM. (FUNCTIONS) (NUMBER OF CO- OPERATIVES)
KEANGGOTAAN (MEMBERSHIP)
SYER/YURAN (SHARES / SUBSCRIPTIONS)
ASET (ASSETS)
PEROLEHAN (TURNOVER)
RM JUTA / MILLION 1
1. PERBANKAN / 2 973,955 3,811.62 BANKING
111,827.05
15,500.06
2. KREDIT / CREDIT 578 1,131,696 6,606.18
15,529.17
5,259.29
3. PERTANIAN / 3,183 513,550 715.61 AGRICULTURAL
3,856.54
771.14
DEWASA / PRIMARY COOPS
3,178 513,302 715.60
3,856.46
771.10
SEKOLAH / SCHOOL COOPS
5 248 0.01
0.09
0.04
4. PERUMAHAN / 309 129,343 206.00 HOUSING
1, 113.40
363.19
5. PERINDUSTRIAN / 362 16,794 16.96 INDUSTRIAL
88.54
18.17
6. PENGGUNA / 5,429 2,032,096 548.77 CONSUMER
2,093.40
1,142.13
DEWASA / PRIMARY COOPS
3,020 429,821 522.20
1,739.81
867.73
SEKOLAH / SCHOOL COOPS
2,409 1,602,275 26.57
353.59
274.40
7. PEMBINAAN / 259 82,172 36.48 CONSTRUCTION
195.38
42.31
8. PENGANGKUTAN / 490 114,518 77.56 TRANSPORTATION
342.77
385.68
9. PERKHIDMATAN / 3,805 1,051,907 3,229.68 SERVICES
8,650.82
1,166.72
DEWASA / PRIMARY COOPS
3,786 1,051,137 3,229.42
8,650.36
1,166.53
SEKOLAH / SCHOOL COOPS
19 770 0.26
0.45
0.19
JUMLAH / TOTAL 14,417 6,046,031 15,248.85
143,697.06
24,648.68
Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP pendekatan gabungan koperasi, mengamalkan pengurusan pertanian secara moden dan mewujudkan
kerjasama strategik secara National Blue Ocean Strategy (NBOS).
Peningkatan penglibatan koperasi dalam bidang pertanian
Perkembangan penglibatan sektor koperasi dalam aktiviti pertanian dapat dilihat melalui jadual 1 yang dikeluarkan oleh Bahagian Perangkaan, Penyelidikan dan Penerbitan Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada tahun 2019. Terdapat sebanyak 3,182 koperasi pertanian daripada 14,417 koperasi di Malaysia dengan jumlah perolehan sebanyak 771.14.
Jadual 1: Perangkaan Am Koperasi mengikut Fungsi pada 30 Jun 2019
Sumber : Bahagian Perangkaan, Penyelidikan dan Penerbitan Suruhanjaya koperasi Malaysia
67


DIMENSIKOOP
Bil. 66(4/2020)
Antara koperasi di Malaysia yang telah berjaya menjana pendapatan koperasi menerusi aktiviti pertanian adalah seperti berikut:
1. Koperasi Kerjaya Pematang Nibong Pulau Pinang Bhd
Anggota koperasi ini terdiri daripada para petani yang telah bergabung dan mendokong matlamat iaitu menjalankan penanaman padi sebagai aktiviti utama koperasi. Koperasi ini diletakkan bawah pengawasan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Jabatan Pertanian & IADA Seberang Jaya (Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang) dan mempunyai keahlian sebanyak 98 orang. Seramai 12 orang ALK bertanggungjawab dalam menerajui pentadbiran dan pengurusan koperasi. Jumlah saham ahli adalah RM 96,253.40 dan hasil purata padi adalah 5.21 ton / ha. Koperasi ini telah membuktikan aktiviti dalam sektor pertanian boleh berjaya apabila telah dicalon dalam 40 koperasi terbaik dan berada di tangga ke-21 dalam tahun 2017.
2. Koperasi Asas Tani Kedah Berhad (Kodiang)
Koperasi ini telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 9 Oktober 2009 dengan keanggotaan seramai 181 orang. Pada asalnya penduduk
kampung ini menanam tembakau tetapi telah menukaran kepada penanaman jagung oleh penduduk Kampung Pering, Kodiang.
Maka aktiviti utama koperasi ini pada ketika ini ialah penanaman jagung manis, membabitkan keluasan 47.3 hektar. Projek pertanian jagung manis yang dijalankan koperasi telah melibatkan penyertaan seramai 40 orang anggota koperasi. Koperasi juga telah membina sebuah kilang bagi memproses kordial jagung dan memproses pokok jagung menjadi makanan untuk ternakan sebagai alternatif perniagaan. Bukti kejayaan koperasi ini apabila penduduk kampung iaitu anggota koperasi Kampung Pering, Kodiang telah memenangi anugerah Desa Lestari Peringkat Kebangsaan 2015 dan anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia peringkat kebangsaan 2014. Hadiah kemenangan sebanyak RM1,492.010.00 dalam bentuk projek ekonomi telah disalurkan kepada koperasi tersebut. Koperasi ini dilihat kerap memenangi anugerah, ini adalah kerana peranan aktif anggota koperasi dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh koperasi khususnya penglibatan anggota sebagai pelanggan tetap kepada perniagaan kedai koperasi, bekalan bahan mentah, serta mengutamakan perkhidmatan koperasi dalam setiap aktiviti mereka.
3. Koperasi National Land Finance Co-operative Society Bhd (NLFCS)
Koperasi ini dikenali sebagai NLFCS yang mempunyai ibu pejabat di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, koperasi ini mempunyai ladang NLFCS di Bagan Dato, Perak. Potensi penanaman kelapa hybrid telah menarik minat NLFCS untuk menceburi dalam penanaman kelapa. NLFCS bercadang untuk mengantikan pokok kelapa sawit dengan penanaman kelapa matag secara berperingkat bagi
68


Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
memenuhi jurang keperluan dalam negara. Antara keistimewaan penanaman kelapa Matag dikatakan mempunyai keadaan fizikal di mana pokoknya rendah, buahnya besar, cepat berbuah dan lebat. Kelapa Hybrid Matag ini boleh memberikan hasil buah kelapa yang banyak dalam jangka panjang dengan saiz buah kelapa yang lebih besar dan popular dalam kalangan pengguna domestik.
4. Koperasi Agropolitan Lepar, Pekan, Pahang
Penubuhan Koperasi Agropolitan ini pada asalnya adalah di bawah projek kerajaan iaitu Projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang meliputi negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang serta daerah Mersing Johor. Projek Agropolitan adalah program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui ECERDC. Melalui program ini, para peserta daripada kumpulan B40 ditempatkan semula dan diambil bekerja dalam industri perladangan dan penternakan. Penubuhan koperasi ini secara tidak langsung dilihat dapat membantu anggota untuk membasmi kemiskinan melalui kerja lapangan, perkongsian keuntungan, peluang dalam bidang keusahawanan dan projek yang mereka terlibat. Justeru, mereka mampu meningkatkan pendapatan mereka ke USD 250 dan melepasi tahap kemiskinan. Malah kebajikan anggota atau lebih dikenali sebagai peserta juga terbela. Anggota juga akan menerima insentif sebuah rumah dan dibayar secara beransur-ansur mengikut tempoh dan syarat-syarat tertentu. Salah satu syarat yang dinyatakan dalam perjanjian itu ialah sekiranya anggota dapat membayar rumah selesai rumah tersebut akan menjadi milik mereka. Selain membasmi kemiskinan secara tidak langsung usaha koperasi ini menyumbangkan kepada komuniti mampan.
Projek Agropolitan adalah program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan
oleh kerajaan melalui ECERDC. Melalui program ini, para peserta daripada kumpulan B40 ditempatkan semula dan diambil bekerja dalam industri perladangan dan penternakan.
Penutup
Gerakan koperasi telah memainkan peranan penting menjayakan sektor pertanian. Malah kejayaan ini dapat dilihat melalui Dasar Koperasi Negara 2011- 2020 dengan tumpuan terhadap 6 bidang ekonomi utama dan penekanan telah diberi kepada sektor pertanian dan industri asas tani.
Bagi memastikan sektor ini mampu memberi pulangan yang lumayan ALK perlu bergerak dengan lebih cekap dan professional dengan memastikan ada penciptaan nilai dalam sektor ini. Pihak pengurusan koperasi seharusnya mempunyai minda yang terbuka atau global untuk memaksimumkan pendapatan koperasi terutamanya dalam bidang pertanian. Tambahan pula keuntungan yang diperoleh memberi peluang kepada anggota mendapat dividen yang tinggi. Anggota koperasi juga perlu bersikap lebih proaktif, inovatif dan dinamik dalam mempelbagaikan kegiatan perniagaan koperasi.
69


DIMENSIKOOP
DIDIKAN
Julizah Sabstu
Pusat Kewangan dan Akaun [email protected]
KEUSAHAWANAN SEAWAL USIA
70
Bil. 66(4/2020)


Bil. 66(4/2020)
71
Pengenalan
Adakah kita sedar bahawa zaman telah berubah dan pelajaran yang tinggi bukan lagi jaminan seseorang untuk mendapatkan pekerjaan yang setimpal? Jabatan Perangkaan Malaysia membuktikan ramai pengganggur adalah dalam kalangan siswazah iaitu sebanyak 174,327 orang (pada suku pertama, 2019). Masalah pengangguran ini bukanlah sesuatu isu yang baharu. Malah ia menjadi masalah yang sinonim dalam negara maju dan membangun. Walau bagaimanapun, usaha kerajaan untuk mengatasi masalah pengangguran perlu diteruskan dan dipergiatkan lagi bagi mengelakkan ia menjadi barah dalam negara.
Apa itu pengangguran? Pengangguran didefinisikan sebagai satu keadaan apabila individu-individu yang boleh bekerja dan ingin bekerja pada satu tingkat upah tertentu gagal mendapat sebarang pekerjaan. Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran di negara ini adalah sebanyak 3.2% atau 510,000 orang (sumber: 31 Disember 2019). Masalah pengangguran ini berpunca daripada tiada penawaran pekerjaan manakala permintaan terhadap pekerjaan semakin meningkat. Akibat daripada pengangguran, produktiviti dan pendapatan masyarakat berkurang dan akhirnya akan meningkatkan masalah sosial.
Bagi mengatasi masalah ini, hanya perniagaan dan keusahawanan yang dapat membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat kita dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan ekonomi. Konsep perniagaan dan keusahawanan perlu dipupuk seawal usia. Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif melalui agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pertanian.
DIMENSIKOOP


Usahawan
Siapakah usahawan? Usahawan merupakan orang yang mencipta sesuatu yang baharu (kreatif) dan berbeza (inovatif) melalui inkubator idea-idea, penyusunan sumber-sumber dan seterusnya melaksanakannya, yang akhirnya akan mencipta kekayaan dan menambah nilai kepada masyarakat (Kao,1995).
Usahawan berbeza dengan peniaga. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, golongan peniaga lebih mudah berhadapan dengan situasi gulung tikar disebabkan oleh mentaliti peniaga dan usahawan berbeza. Manakala perniagaan yang dijalankan oleh usahawan adalah perniagaan yang berdaya maju, berdaya tahan dalam jangka masa panjang, kreatif, inovatif dan mempunyai keunikan tersendiri di samping produk juga perkhidmatan yang diberikan menepati kehendak pengguna.
Usahawan perlu memiliki ilmu dan terlibat secara langsung dalam perniagaan supaya mempunyai pengalaman, dapat menangani cabaran, berupaya menghadapi risiko dan mengetahui selok belok dalam dunia perniagaan. Aspek ini perlu dipupuk dan diberi pendedahan seawal usia bagi memastikan anak-anak dibekalkan dengan ilmu yang secukupnya dan mempersiapkan diri dalam dunia perniagaan yang sebenar. Sebagai contoh, salah seorang usahawan yang berjaya di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari telah dididik seawal usia dengan membantu ibu dan bapanya menanam sayur-sayuran dan menternak lembu serta kerbau untuk menyara pendapatan keluarga.
Bagi melahirkan lebih ramai usawahan seperti beliau, koperasi sekolah antara platform yang dapat memberikan penerapan dan pendedahan budaya serta nilai-nilai keusahawanan. Melalui koperasi, pelajar dididik menjadi lebih kreatif, inovatif, berdaya maju, mampu berdikari dan berupaya mencipta peluang pekerjaan. Hal ini kerana koperasi sekolah bukan
Usahawan perlu memiliki ilmu dan terlibat secara langsung dalam perniagaan supaya mempunyai pengalaman, dapat menangani cabaran, berupaya menghadapi risiko dan mengetahui selok belok dalam dunia perniagaan.
hanya melibatkan pelajar dalam penjagaan kaunter pasar mini, tetapi membuka ruang kepada pelajar untuk terlibat sama melalui Jawatankuasa Tertinggi seperti Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Exco, Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) dan lain-lain.
Ciri-ciri Keusahawanan dalam Koperasi Sekolah
Koperasi sekolah merupakan ‘guru’ awal kepada dunia keusahawanan. Di Malaysia, penerapan budaya keusahawanan ini disemai seawal usia di peringkat sekolah. Pelajar diperkenalkan melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di Sekolah Menengah Rendah dan penglibatan bersama koperasi sekolah. Ia merupakan usaha dan dorongan pihak Kementerian Pendidikan melalui bimbingan guru kerana ia bukan sahaja diajar secara teori malah diaplikasikan secara praktikal. Melalui aplikasi ini, ia sebenarnya dapat mendidik dan menerapkan kepada pelajar ciri-ciri keusahawanan yang perlu dimiliki oleh usahawan.
Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
72


Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
Berikut adalah ciri-ciri keusahawanan dalam koperasi sekolah:
Komitmen tinggi
• Usaha yang sepenuhnya daripada idea dan perniagaan.
• Jumlah pelajar yang ramai serta galakan daripada guru membolehkan koperasi sekolah setanding dengan kejayaan koperasi dewasa.
• Pelajar bukan sahaja terlibat dalam pelajaran tetapi menumpukan kepada pengurusan dan perniagaan koperasi.
Toleransi terhadap kegagalan
Membina pasukan
• Kebanyakan usahawan yang berjaya disebabkan ia mempunyai pasukan yang berkelayakan tinggi dan bermotivasi mengendalikan perniagaan.
• Pelajar terlibat bukan sahaja dalam menguruskan perniagaan koperasi tetapi juga terlibat dalam memberikan sumbangan daripada idea dan tenaga dalam penglibatan melalui Jawatankuasa Tertinggi di koperasi seperti ALK dan JAD.
• Kecewa, kesal dan putus asa bukanlah ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya.
• Koperasi sekolah tidak hanya melibatkan dalam perniagaan yang mudah seperti penjualan di pasar mini
sahaja di mana ia memberikan keuntungan yang sangat sedikit.
• Koperasi sekolah yang berjaya adalah koperasi yang telah terlibat dalam pelbagai aktiviti yang
memberikan impak seperti pelancongan, ejen bank, taska dan lain-lain.
Peranan Melahirkan Usahawan
Inisiatif koperasi sekolah dalam melahirkan ramai usahawan muda yang berjaya selaras dengan keperluan kerajaan menerusi ‘Dasar Keusahawanan Nasional 2030’. Kerajaan
Masyarakat
Menawarkan peluang pekerjaan
• Usahawan akan mencipta peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan untuk bekerja sama ada dirumah atau ditempat perniagaan.
• Contoh pengasas Telekung SK yang bukan sahaja memberikan pekerjaan kepada keluarga malahan kepada masyarakat dengan pengembangan perniagaan.
Menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat
• Membantu golongan yang memerlukan seperti asnaf.
• Mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan.
• Contoh usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari
Penubuhan Yayasan al Bukhary, Program Tuisyen Albukhary
menyokong penuh pendidikan keusahawanan ini kerana mendatangkan impak yang besar kepada individu, masyarakat dan negara. Berikut antara peranan usahawan yang boleh dilihat memberi impak adalah kepada:
Meningkatkan taraf hidup masyarakat
• Dapat meningkatkan ekonomi isi rumah lain. • Upah atau gaji yang diterima memenuhi
keperluan dan kehidupan yang selesa kepada
masyarakat.
• Contoh Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali-
Pengasas bagi Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad
Memberikan pilihan kepada pengguna
• Pengguna dapat membuat pilihan dengan lebih mudah dan selesa.
• Lebih berdaya maju dan kompetitif.
• Contoh A'tikah Ash'ari- pengasas hijab
Radiusite. Pelbagai hijab di pasaran antaranya hijab pashmina,Isabella dan lain-lain.
73


Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
Negara
Pemangkin kepada pendapatan negara
• Usahawan dapat menggunakan sumber-sumber yang berkesan dan menambah nilai sumber tersebut.
• Contohnya pembinaan perhotelan, perumahan dikawasan tanah terbiar dan kosong.
Mengurangkan kebergantungan kepada negara lain
• Mengurangkan produk yang diimport dan menjadikan ia lebih mahal kerana kos pengangkutan, kadar mata wang dan lain-lain.
• Membolehkan pengguna memilih produk dan menyokong produk tempatan.
Kejayaan Koperasi Sekolah
Peningkatan perolehan koperasi sekolah sehingga RM1 juta bukan sahaja diiktiraf di peringkat sekolah malahan telah diiktiraf oleh beberapa agensi termasuk Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan ANGKASA. Peningkatan ini bukan sahaja dapat membantu sekolah malahan dapat meningkatkan prestasi gerakan koperasi. Kebanyakan koperasi yang memperoleh perolehan sehingga RM1 juta bukan sahaja terhad kepada kiosk malahan ejen bank, taska, dobi, pengendalian kantin sekolah, kafeteria, rumah tamu, inap desa, pelancongan, sewaan loker, penternakan, perkhidmatan spa dan peruncitan.
Pengiktirafan ini bukan sahaja dapat meningkatkan nama baik sekolah malah dapat meningkatkan semangat guru, memberi dorongan kepada pelajar dan meningkatkan pendapatan ekonomi pelajar. Pada setiap tahun, pihak ANGKASA akan memberikan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) sama ada di peringkat negeri
Meningkatkan ekonomi
• Kegiatan keusahawanan yang berjaya akan meningkatkan hasil negara melalui kutipan cukai.
• Contoh: duti eksais, import,eksport, pendapatan dan lain-lain.
Memberikan pilihan kepada pengguna
• Kadar jenayah yang tinggi bukan sahaja akan melibatkan individu tetapi negara dengan peningkatan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh negara.
• Contoh: vandalisme
mahupun kebangsaan. Pengiktiran ini melalui hasil perbincangan bersama agensi lain seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKM). Anugerah yang diberikan adalah seperti berikut:
• Anugerah Khas Kecemerlangan Koperasi Sekolah 2019 Peringkat Kebangsaan
• Anugerah Perolehan RM1 Juta Koperasi Sekolah
• Anugerah Around The World Coop Project 2019
• Anugerah Pengerusi Koperasi Sekolah Terbaik
• Anugerah Guru Pembimbing Koperasi Terbaik
• Anugerah Koperator Koperasi Terbaik (Murid)
• Anugerah Pendeklamasi Puisi AKKS Terbaik
(Murid)
Beberapa koperasi sekolah yang boleh dijadikan contoh dan dipelajari budaya dan aktiviti keusahawanannya sehingga mendapat anugerah adalah Koperasi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas Pulau Pinang Berhad, Koperasi MRSM Kubang Pasu Kedah Berhad dan Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Kelantan Berhad.
74


Bil. 66(4/2020)
DIMENSIKOOP
Penutup
Koperasi sekolah merupakan tempat golongan muda menimba pendidikan budaya keusahawanan. Budaya keusahawanan ini perlu dipupuk dan dijadikan sebagai kerjaya pilihan. Hal ini disebabkan peluang pekerjaan di negara ini semakin terhad manakala kadar pengangguran meningkat saban tahun.
Budaya keusahawanan yang disuntik daripada peringkat awal membolehkan pelajar lebih proaktif, berdaya maju, sanggup mengambil risiko, mengutamakan perkara penting dan meningkatkan nilai tambah daripada setiap keputusan yang diambil. Walau bagaimanapun, sekiranya budaya keusahawanan ini tidak mendapat galakan daripada pihak ketiga seperti ibu bapa, pengetua, guru dan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) maka insiatif agensi seperti SKM, IKM dan ANGKASA ingin menjadikan koperasi sekolah sebagai platform mendidik jiwa keusahawanan hanyalah usaha yang sia-sia dan tidak akan tercapai.
Merealisasikan lebih ramai usahawan muda bukanlah usaha yang mudah tetapi bukan mustahil untuk dicapai. Hal ini kerana dengan lahirnya ramai usahawan muda ia bukan sahaja dapat membangunkan ekonomi usahawan itu sendiri tetapi memberikan impak yang besar kepada masyarakat terutama kepada golongan B40 dan negara. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu dalam menjayakan didikan keusahawanan koperasi sekolah. Bak kata pepatah ‘meluntur buluh biarlah daripada rebungnya’.
75


DIMENSIKOOP
Bil. 66(4/2020)
76


Click to View FlipBook Version