JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 2 Penafian : Terus terang saya beritahu saya bukanlah sesiapa, saya hanyalah orang biasa yang aktif melibatkan diri dalam dunia freelancer sebagai penterjemah bebas (Bahasa InggerisBahasa Melayu) sejak tahun 2013 . Tujuan utama e-book ini ditulis adalah untuk membantu dan memberi pendedahan kepada anda tentang kerjaya sebagai freelancer serta bagaimana dan di mana anda boleh mendapatkan kerja-kerja online dari luar negara seterusnya menjana pendapatan lumayan. Saya menulis e-book ini menggunakan bahasa santai supaya anda semua mudah faham apa yang saya ingin sampaikan. Selamat membaca!
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 3 Hak Cipta : Ebook ini ditulis berdasarkan pengalaman saya sendiri, Siti Munirah binti Abdul Malik, diedarkan oleh akademi saya sendiri iaitu Freelancer Squad Academy yang dimiliki oleh syarikat saya sendiri iaitu Nayra Trading. Ia tidak melibatkan mana-mana syarikat lain. Hanya untuk bacaan persendirian anda dan anda tidak dibenarkan menjual, mencetak atau menyebarkannya tanpa kebenaran. Harap anda jujur dan amanah dengan hasil karya yang tidak seberapa saya ini.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 4 Siapa Penulis? Salam ceria. Terima kasih sudi mendapatkan ebook saya. Saya Munirah, berumur 30 tahun dan kini menetap di Kulim, Kedah. Saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat) dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dan kini sudah hampir 6 tahun menjadi pensyarah dalam bidang IT di Kolej Vokasional Kulim. Saya berkecimpung dalam dunia freelancing sejak tahun 2013 lagi dan kini sudah hampir 10 tahun saya menjadi freelancer. Walaupun saya sudah bekerja tetap namun, saya masih lagi membuat kerja-kerja online khusus kerja terjemahan cuma tidaklah seaktif dahulu kerana kekangan masa. Oleh kerana saya tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan kerja-kerja online seperti dahulu jadi saya putuskan untuk memberi manfaat dengan berkongsi ilmu tentang freelancing kepada anda dan lebih ramai lagi orang di luar sana.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 5 Mana tahu dengan perkongsian saya dapat membuka mata anda untuk meneroka dunia freelancing dan juga membantu anda menjana pendapatan. Syukur Alhamdulillah jika saya boleh menjadi penunjuk jalan kepada orang yang betul-betul ingin mempelajari selok-belok dunia freelancing. Untuk pengetahuan, saya juga telah memulakan kelas-kelas online tentang freelancing serta akan mengadakan kelas-kelas freelancing secara bersemuka di pusat latihan saya bertempat di Kulim, Kedah. Oleh itu, segala ilmu pengetahuan saya mengenai dunia freelancing akan saya kongsikan kepada anda semua tanpa berselindung supaya dapat membantu anda bermula dan sebagai bukti menunjukkan bahawa wujudnya peluang kerja online yang anda boleh buat dan jana pendapatan lumayan ribuan ringgit insyaAllah. Rezeki Allah itu luas untuk orang yang tidak jemu mencarinya.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 6 Perjalanan Saya Sebagai Freelancer Bismillah.. Saya ingin kongsikan kepada anda kisah bagaimana saya mula terjebak dengan dunia freelancing walaupun saya langsung tak ada pengalaman. Kisahnya bermula pada tahun 2013, ketika saya berumur 20 tahun dan baru sahaja melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di UPSI. Selalunya, waktu cuti semester mesti ramai pelajar yang nak buat kerja sambilan untuk mencari duit tambahan. Begitu juga dengan saya. Namun, saya tak ada kenderaan jadi saya cari kerja yang boleh saya buat secara online sahaja. Saya guna Google untuk cari kerja online tapi kebanyakan kerja online yang saya jumpa hanyalah menjadi dropship, agent atau jual produk. Saya kurang berminat. Saya cari lagi dalam Google dan rezeki saya, saya terjumpa dua platform international yang boleh bagi kerja online. “Eh, betul ke ni? Macam menarik je. Boleh percaya ke?”
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 7 Awalnya, saya ragu-ragu juga tapi bila saya baca perkataan ‘FREE REGISTRATION’ ok lah boleh cuba sebab tak perlu bayar apa-apa. Saya taknak gelojoh jadi saya ambil masa untuk baca garis panduan kedua-dua platform dan baca posting di blog dan media sosial dahulu. Waktu itu belum ramai orang Malaysia yang menjadi freelancer jadi semua bahan bacaan yang saya jumpa kebanyakannya dari luar negara. Bila dah puas hati saya terus mendaftar dua platform international tersebut. Banyak juga lah langkah-langkah yang perlu dibuat dan semuanya dalam bahasa Inggeris. Sambil mendaftar, sambil membaca sehinggalah pendaftaran saya berjaya. Saya cuba fikir positif dalam masa yang sama saya berhati-hati juga mana tahu kalau ada minta bayaran apa-apa ke itu memang dah red flag dan saya tak akan teruskan.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 8 Saya fikir, “takpe, kita cuba dahulu. Free je tak rugi pun. Mana tahu kerja online ni betul-betul wujud.” Awalnya, fokus utama saya adalah untuk mencari apa sahaja kerja yang boleh beri pendapatan. Jadi, saya explore platform dan cari kerja-kerja mudah yang saya rasa boleh buat seperti kerja copy paste data dan kerja-kerja menaip. Banyak juga yang saya perlu belajar untuk bagi faham platform kerja ni. Saya ambil masa kaji dahulu platform, join komuniti freelancer luar negara dan sebagainya dahulu sebelum berani buat langkah pertama mohon kerja yang ada dalam platform. Selepas hampir seminggu mengkaji dan mohon kerja online alhamdulillah, saya berjaya mendapat kerja pertama saya! Tak tahu nak menggambarkan macamana perasaan saya ketika itu. Rasa teruja pun ada. Takut pun ada. "Macamana nak balas mesej client ni? Boleh ke aku buat kerja client nak ni? Mampu ke aku?" Macam-macam perasaan ada. Nanti anda akan rasa.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 9 Back to the story.. Tahu tak kerja apa yang saya dapat? Saya dapat kerja TRANSCRIBE dari satu syarikat Filipina. Jadi, apa tugas saya sebagai TRANSCRIBER? Apa yang client nak saya buat? Client bagi satu fail audio perbualan telefon berdurasi 1 jam dan minta saya dengar audio perbualan telefon tersebut dan taip semula perbualan ke dalam Microsoft Word mengikut format yang diberikan. Jangan terkejut, audio yang saya dapat tu adalah perbualan telefon antara operator TNB dengan pelanggan mereka yang mengadu masalah bil elektrik dan perbualan tersebut dalam Bahasa Melayu. "Eh, ada kerja online macam ni? Simple ni. Boleh buat."
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 10 Saya terima kerja tersebut dan diberi tempoh untuk menyiapkannya selama 24 jam (1 hari). Setelah siap, saya diberi pula fail audio yang lain. Nak tahu berapa bayaran yang saya dapat? Saya mendapat bayaran sebanyak 140 USD bersamaan lebih kurang RM500! RM500 dalam masa sehari? Banyak ke sikit? Apa pendapat anda? Bagi anda ini kerja mudah ke susah? Kalau anda yang dapat kerja ini, anda boleh buat? Berbaloi atau tidak bayaran dengan kerja yang anda buat? Bagi saya sangatlah berbaloi! Perlu ada skills tinggi? Microsoft Word je tu... Boleh bayangkan tak bagaimana perasaan seorang pelajar berjaya menjana pendapatan sebanyak RM500 dalam masa 1 hari sahaja! Bukan senang nak dapat sebanyak itu.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 11 Paling seronok, kerja tersebut saya buat 100% online dari rumah sahaja. Tak perlu keluar rumah pun. Masih ingat lagi teruja betul saya semasa keluarkan wang daripada bank. Mak ayah saya pun ikut sekali waktu itu. Semua teruja dengan hasil yang saya dapat dan mereka sokong saya sehingga sekarang. Jadi, sejak itu lah saya percaya wujudnya kerja online dari rumah dan mula aktif. Bagi saya, kerja pertama saya sangatlah istimewa kerana kerja itu lah yang berjaya membuka mata saya tentang wujudnya peluang menjana pendapatan lumayan dengan kerja-kerja online yang kini saya boleh kongsikan ilmunya dengan orang lain. Kemudian, saya terjumpa pula kerja terjemahan. Walaupun saya bukan daripada bidang terjemahan dan Bahasa Inggeris saya pun tidak lah hebat mana tapi, waktu itu saya rasa saya ingin cuba buat kerja terjemahan. Lagipun, terjemahan yang saya perlu buat ialah terjemahan kepada Bahasa Melayu dan teks yang perlu diterjemah umum sahaja tentang produk kecantikan.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 12 Saya cuba mohon kerja terjemahan tersebut dan Alhamdulillah, dapat. Sejak dari itu, saya sangat aktif membuat kerja-kerja terjemahan dan semakin minat dengan bidang ini. Terjemahan Jawi-Bahasa Inggeris pun ada ye. Kebanyakan terjemahan Jawi ni, selalunya surat nikah orang dulu-dulu dalam bahasa Jawi. Syukur saya pun fasih bahasa Jawi. Rupanya berguna sehingga sekarang. Selain itu, antara sebab saya fokus kerja terjemahan adalah kerana boleh dikatakan kerja terjemahan antara yang bayarannya agak tinggi berbanding kerja-kerja data entry dan copy paste yang saya buat sebelumnya. Sebab itu saya terus fokus dengan kerja terjemahan. Wah..bestnya! Kerja online ni mudah rupanya. Sebenarnya ikut nasib dan rezeki juga. Kebetulan ada kerja mudah dan anda jumpa boleh lah buat. Bukan setiap hari kerja yang sama ada.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 13 Macam-macam kerja anda boleh explore. Kadang-kadang anda tak sangka wujud kerja macam tu. “Eh, biar betul ada kerja ni.” Begitulah. Maaf panjang perjalanan kerjaya freelancer saya yang anda kena baca. Ada lagi nak cerita ni. Harap tak jemu membaca ya. Pada tahun 2016, MDEC mula buka mata tentang peluang menjana pendapatan online sebegini dan mula buat training kepada rakyat Malaysia di bawah program eRezeki. Pada tahun yang sama juga, saya telah menamatkan pelajaran saya di UPSI dan terus saya join program MDEC selama 3 bulan di pusat eRezeki yang berada di USM bersama 2 orang rakan saya.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 14 Sepanjang program, saya sering juga menjadi rujukan rakanrakan di sana kerana saya sudah berpengalaman buat kerja online sebelum masuk program lagi. Jadi, banyak yang saya tahu berbanding orang lain. Saya bantu rakan-rakan setakat yang termampu. Alhamdulillah, saya dan 2 orang rakan berjaya menjadi Top Earner dalam program. Dua rakan saya ini bermula daripada kosong tak tahu apa-apa dan hasil daripada usaha dan sikap tidak mudah berputus asa mereka Alhamdulillah dalam masa sebulan mereka telah berjaya menjana pendapatan USD dalam bidang freelancing dan masih lagi aktif sehingga sekarang. -Mereka boleh, kenapa anda tidak boleh kan?
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 15 Dipendekkan cerita, saya dan beberapa orang rakan yang dikira berjaya dalam program eRezeki di pusat masingmasing telah diberi tawaran oleh MDEC untuk menyertai pasukan trainer bagi program eRezeki. Kami diminta untuk mengadakan training ke seluruh Malaysia termasuk universiti-universiti yang terpilih. Saya juga ditemu ramah oleh pelakon Rosyam Noor di salah satu acara MDEC, stesen TV3 dan juga stesen radio Kedah berkenaan peluang menjadi freelancer dan jana pendapatan USD. Buktinya? Maaf tak ada gambar. Video mungkin ada di Youtube. Sesi temu ramah berlaku pada tahun 2016.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 16 Jadi, sempatlah saya menimba pengalaman menjadi trainer MDEC selama 7 bulan dan menjalankan training ke beberapa negeri sebelum saya mendapat tawaran guru pada 2 Mei 2017. Sehingga kini saya masih lagi berkhidmat sebagai guru (pensyarah) di Kolej Vokasional Kulim untuk program IT.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 17 Alhamdulillah syukur di atas pengalaman yang diperoleh sebagai freelancer dan juga trainer, saya lebih mendalami dunia freelancing termasuklah hal-hal teknikal. Oleh itu, berbekalkan ilmu yang ada maka bolehlah saya berkongsi kepada anda semua. Diharapkan perjalanan saya yang ditulis panjang lebar ini memberi inspirasi dan semangat kepada anda untuk menceburi dunia freelancing. Bukan mudah tetapi percayalah rezeki Allah itu luas dan tidak dapat disangka. Sejujurnya, setelah saya menjadi guru, saya sudah kurang aktif dalam dunia freelancing kerana kekangan masa dengan kerja hakiki tetapi oleh kerana ramai yang bertanya dan meminta saya untuk mengajar mereka menceburi bidang freelancing maka, pada tahun 2021 saya telah memulakan training online di bawah akademi saya iaitu Freelancer Squad Academy. Saya banyak bergerak sendiri dan tiada team. Oleh itu, banyak cabaran yang saya alami terutama sekali masa.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 18 Walaupun begitu, alhamdulillah sudah ramai yang berjaya menjana pendapatan hasil daripada ilmu yang tidak seberapa daripada saya. InsyaAllah pada tahun 2023 saya akan wujudkan training centre di Kulim, Kedah dan akan fokus kepada training online dan offline. Saya juga sedang menghasilkan modul freelance yang lebih sistematik dan berkesan. Selain itu, saya juga berhajat untuk mempunyai team sendiri serta berkolaborasi dengan freelancer yang berjaya untuk memberi input yang lebih berkesan kepada peserta. Apa yang dirancang mengambil masa kerana saya bergerak solo tapi, insyaAllah saya akan usahakan. Anda semua tahu yang pada tahun 2023, dijangka berlaku kemelesetan ekonomi dunia? Sekarang pun banyak syarikat besar yang dah buang pekerja sebagai langkah penjimatan kos.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 19 Ditambah pula sekarang semakin banyak robot Artificial Intelligence (AI) yang boleh menyelesaikan masalah dalam masa yang singkat berbanding tenaga manusia. Jadi, semakin berkuranglah tenaga kerja manusia yang diperlukan oleh syarikat. Adakah anda nak terus ketinggalan? Ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk memanfaatkan robot AI tersebut. Semua ini juga saya explore dan akan kongsikan kepada anda. Selain daripada robot AI, dijangka semakin bertambah syarikat yang akan outsource kerja kepada freelancer kerana ingin mengurangkan kos operasi dan gaji pekerja. Jadi, ilmu yang akan diberikan kepada anda ini sangatlah ‘mahal’ dengan situasi dunia sekarang. Semua kandungan e-book dan video akan dikongsi mengikut pengalaman saya sendiri menjadi freelancer serta trainer. Harap bermanfaat untuk semua!
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 20 Sejarah Kewujudan Ekonomi Gig
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 21
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 22 Fahami Maksud Freelancer dan Gig Worker
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 23 Jadi, siapakah kita? Kita adalah FREELANCER yang BERKEMAHIRAN TINGGI. Freelancer dan Gig Worker kedua-duanya merupakan pekerja bebas yang bekerja secara kontrak dalam jangka masa pendek. Dalam jenis pekerjaan ini, anda diupah berdasarkan projek atau tugasan tertentu bukannya diambil bekerja oleh syarikat sepenuh masa. Oleh itu, anda bebas bekerja dengan sesiapa sahaja apabila diperlukan dan menyiapkan tugasan atau projek mengikut tempoh yang diberikan oleh client. Kebanyakan kerja atau tugasan boleh diambil melalui platform digital yang menghubungkan anda dengan client yang memerlukan perkhidmatan anda. Contohnya, jika anda seorang pekerja atau rider Foodpanda, platform Foodpanda akan menghantar notifikasi kepada anda
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 24 dan kepada semua rider sekiranya ada pelanggan membuat tempahan makanan. Jadi, jika anda menerima tugasan tersebut anda perlu menghantar makanan ke lokasi pelanggan dan anda akan mendapat bayaran komisen atas tugasan tersebut. Tugasan tersebut dalam jangka masa yang pendek dan bayaran bergantung kepada komisen setiap tugasan yang anda lakukan. Lagi banyak tugasan lagi lumayan. Tiada bayaran gaji yang tetap dan anda bebas dari segi masa, tempat keberadaan anda dan berapa pelanggan yang anda mahu ambil dalam sehari. Inilah konsep bekerja seorang Gig Worker dan Freelancer. Oleh kerana anda bakal menjadi seorang freelancer jadi saya akan fokuskan kepada freelancer sahaja.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 25 Sama sahaja konsep dengan rider Foodpanda iaitu sebagai freelancer anda akan mendapat kebebasan dari segi masa, tempat bekerja dan berapa bilangan client yang anda nak. Kerja membaiki aircond juga seorang freelancer. Juru foto juga seorang freelancer. Tapi, mereka bekerja secara fizikal bergerak ke sana sini. Kerja freelancer yang kita nak fokus sekarang ialah freelancer yang membuat kerja-kerja online/digital dalam kategori kemahiran tinggi. Kerja online atau digital bermaksud semuanya dilakukan menggunakan komputer dan internet termasuklah transaksi pembayaran setelah kerja disiapkan. Anda tidak perlu ke sana sini untuk menyiapkan kerja anda.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 26 Kenapa Anda Ingin Menjadi Freelancer? Apabila anda membeli ebook ini bermaksud anda berminat untuk menjadi freelancer. Kenapa? Tanya diri anda sendiri. Mungkin anda salah seorang di bawah ini? Anda tak suka keadaan sesak di atas jalan raya, apabila anda menjadi freelancer buat kerja di rumah anda tak perlu menghadap keadaan sesak lagi. Lebih tenang. Anda tak suka ikut arahan atasan, apabila anda menjadi freelancer anda tak perlu bekerja mengikut waktu bekerja 9am5pm lagi. Anda tak perlu fikir akan dimarahi bos anda dah kerana andalah bos kepada diri anda sendiri! Anda ingin bekerja dari rumah untuk meluangkan lebih masa bersama ahli keluarga anda. Mungkin anak anda sakit dan perlukan perhatian anda. Apabila anda menjadi freelancer anda bebas menyusun jadual bekerja anda sendiri dan dalam masa yang sama bersama dengan ahli keluarga di rumah.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 27 Anda seorang yang suka explore kemahiran-kemahiran baharu dan anda tak suka kerja yang rutinnya sama setiap hari. Apabila anda menjadi freelancer anda bebas untuk explore dan menyertai mana-mana kursus yang anda suka untuk meningkatkan kemahiran anda. Pelbagai sebab kenapa anda ingin menjadi freelancer. Secara ringkasnya, ini gambaran perbezaan antara kerja biasa dan freelancer.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 28 Disebabkan freelancer bebas bekerja di mana sahaja jadi, sebab itulah ada yang suka travel, suka check-in hotel, suka lepak di kafe dan ada juga yang sengaja menyewa co-working space untuk menyiapkan kerja mereka. Kenapa? Selalunya kerana ingin mencari suasana yang berbeza sambil bekerja. Asyik terperuk di rumah pun tak seronok juga kan. Freelancer perlu bijak menguruskan masa sendiri. Apabila anda ingin menjadi freelancer tak semestinya anda perlu berhenti kerja jika anda mempunyai kerja tetap. Ada yang menjadi freelancer secara sambilan dan mereka akan menyiapkan kerja freelance selepas waktu bekerja contohnya, pada waktu malam atau pada cuti hujung minggu.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 29 Ada juga yang menjadikan freelancer sebagai kerjaya sepenuh masa. Jika sepenuh masa, anda perlu bijak membahagikan masa antara bekerja, bersama keluarga dan membuat aktiviti- aktiviti lain. Anda yang urus sendiri. Apakah Konsep Kerja Freelancer? Apa Yang Dijual? Konsep sebagai freelancer ialah anda akan menjual servis anda kepada majikan/client yang memerlukannya. Menjual servis? Servis apa? Di mana?
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 30 Selalu kita lihat kebanyakan orang akan mempromosikan produk atau servis mereka di media sosial seperti Facebook dan Instagram. Tapi sebenarnya, untuk freelancer ada platform khas yang boleh freelancer join dan menjual servis mereka selain media sosial. Platform Khas Untuk Freelancer Menjual Servis Selalu di Malaysia kalau kita nak cari kerja biasa, kita akan guna platform JobStreet, JobsMalaysia dan Indeed. Dalam platform kerja tersebut, client atau wakil syarikat akan iklankan kerja dan anda boleh mohon kerja. Kemudian, anda akan dihubungi oleh mereka dan diminta hadir untuk sesi temu duga oleh syarikat tersebut. Ini flow yang biasa kita lalui apabila menggunakan platform kerja di atas.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 31 Adakah Flow Yang Sama Untuk Platform Kerja Freelancer? Ya, lebih kurang sama cuma platform kerja freelance adalah 100% online dan anda tak perlu menghadiri sesi temu duga di pejabat client/majikan seperti kerja biasa. Semua proses berlaku di dalam platform daripada cari kerja, mohon kerja, sesi temu duga, hantar kerja sehinggalah mendapat bayaran daripada client/majikan. Di bawah ini saya gambarkan flow bagaimana freelancer bekerja dalam platform kerja online.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 32 Bagaimana Platform Kerja Freelancer Berfungsi? Ringkasnya, platform ni ada dua jenis pengguna yang berdaftar iaitu Employer (majikan)/client yang memberi kerja dan Freelancer (pekerja bebas) iaitu anda yang mencari kerja. Jadi, client akan buat iklan kerja dalam platform dan disebabkan anda sudah berdaftar dalam platform maka platform ni akan padankan kerja dari client dengan anda. Apa kaitan menjual servis dengan kerja? Client ada kerja yang memerlukan servis anda seperti kerja sebagai Graphic Designer. Client mencari orang yang boleh membuat poster untuk beliau. Jadi, jika anda ada skills membuat poster anda boleh memohon kerja Graphic Designer tersebut. Di
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 33 sinilah anda menjual servis anda kepada client iaitu servis membuat poster. Bagaimana Bayaran Upah Daripada Client Dikira? Yang bestnya, anda akan dibayar dalam mata wang antarabangsa. Bukan USD sahaja ada GBP, SGD, AUD dan semua mata wang. Tapi kebanyakan client/majikan akan guna USD.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 34 1 USD = RM 4.42 (semasa) Contohnya, anda mendapat projek berharga 100 USD jadi, jika ditukar kepada mata wang Malaysia, anda akan mendapat lebih kurang RM442 iaitu 4 kali ganda lebih tinggi. Pernah terfikir kenapa ramai orang Malaysia sanggup bersesak bekerja di Singapura walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga? Sebab nilai mata wang Singapura (SGD) 3 kali ganda lebih tinggi. USD pula 4 kali ganda dan anda boleh bekerja dari rumah tidak perlu bersesak ke luar negara.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 35 Dengan nilai 4 kali ganda tinggi, jadi betullah boleh menjana pendapatan lumayan kan? Tapi, perlu diingat, setiap hasil yang lumayan akan ada prosesnya. Setiap proses pula perlu diiringi dengan usaha dan doa. Saya selalu ditanya, “confirm ke dapat kerja online ni? Berapa lama masa untuk dapat kerja online?” Agaknya, apa jawapan yang sesuai? Perlu ke saya janji bulan bintang? Saya hanya mampu beri jawapan bahawa hasil tidak pernah mengkhianati usaha dan rezeki Tuhan yang tentukan.. Rezeki saya, tak sampai seminggu sudah dapat kerja online pertama saya dan tak putus-putus selepas itu.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 36 Rezeki kawan saya, selepas sebulan baru dapat kerja online pertama dan beliau masih aktif sehingga sekarang. Rezeki kawan saya seorang lagi, selepas 3 bulan nak habis program MDEC baru dapat kerja pertama dan sekarang pendapatan dah cecah jutaan ringgit. Nampak tak perbezaannya? Jawapan lain yang sesuai ialah, semuanya bergantung atas usaha masing-masing dan macamana kita nak bawa kerjaya freelancer kita? Selain itu, ia bergantung juga kepada niche kerja yang anda buat. Contohnya, kerja copy paste data yang saya katakan
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 37 mudah berharga 20 USD berbanding kerja-kerja melibatkan kemahiran tertentu seperti membina laman web mencecah 500- 3000 USD. Kawan saya yang kini pendapatan mencecah puluhan juta pula banyak melakukan kerja-kerja berkaitan Data Science, Data Analysis dan menulis sari kata Bahasa Korea-Bahasa Melayu. Client beliau juga merupakan syarikat ternama termasuklah Google. Logiklah pendapatan beliau begitu kan? Saya pula bagaimana? Saya ada kerja hakiki dan kerjaya freelancer hanya sampingan. Jadi, pendapatan saya tak banyak, hanya sampingan sahaja sesuai dengan usaha saya. Saya ada rakan-rakan yang memilih untuk menjadi penterjemah dan penulis sari kata sepenuh masa. Pendapatan mereka pula mencecah RM 5000-20000 sebulan kerana mereka fokus 100%. Kesimpulannya, banyak faktor penentu kejayaan kerjaya freelancer anda. Jika anda seorang yang nak cepat, mudah dan tidak sabar mungkin kerjaya ini tidak sesuai untuk anda.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 38 Bayangkan 3 bulan mencuba cari kerja online pertama anda, anda perlu mohon kerja, approach client, selalu buka platform, adakah anda ok? Atau bagi anda 3 bulan terlalu lama? -Ramai yang cepat putus asa. Mungkin ada juga yang hanya nak fokus kerja-kerja mudah seperti copy paste, kerja menaip dan tak mahu explore kerja lain. Anda akan berhadapan dengan rebutan kerja sebabnya kerja mudah ramai yang nak buat. Ramai freelancer dari Bangladesh, India, Filipina dan sebagainya yang berebut kerja tersebut. Penat sikit kalau anda mahu berebut dengan mereka. Ada kerja lain yang saya yakin anda boleh explore jika anda ada skills basic seperti Virtual Assistant yang kerjanya sebagai pembantu peribadi kepada client. Contohnya, tolong client menjawab panggilan telefon, buat appointment, buat report, menempah hotel dan sebagainya.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 39 Ada juga kerja sebagai Social Media Manager yang tugasnya update social media client seperti buat poster, menulis copy writing, membuat video dan sebagainya. Anda boleh explore Canva di sana banyak template yang boleh anda guna untuk social media. Ada juga kerja Data Entry di mana anda bantu client menguruskan akaun e-commerce client seperti Lazada, Shopee dan Amazon. Anda diberi gambar, details produk dan diminta untuk upload gambar produk, details produk, harga produk, dan lain-lain yang client minta ke platform e-commerce client. Ada juga kerja Web Research di mana anda diberi senarai nama syarikat dan diminta mencari maklumat syarikat seperti email syarikat, nombor telefon, produk syarikat dan masukkan ke dalam Excel. Banyak anda boleh explore walaupun anda tiada skills yang advance seperti membangunkan aplikasi, melukis dan sebagainya.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 40 Cukup hanya Microsoft Office (Word, Excel dan Powerpoint) dan anda boleh explore lebih mendalam kerja-kerja online berkaitan skills yang asas ni. Kalau mahir Microsoft Excel tapi hanya basic copy paste masuk Excel, atau buat table, column dan sebagainya mungkin anda boleh tambah ilmu tentang macamana nak guna formula dalam Excel dan anda bagi mahir. Kemudian, anda boleh cari kerja online berkaitan formula Excel. Begitu juga dengan Powerpoint anda boleh tambah ilmu dan bagi lebih mahir design Powerpoint contohnya, design untuk korporat, di mana nak cari jenis font menarik, nak guna chart dan sebagainya kemudian, cari kerja online berkaitan. Daripada anda fokus kerja mudah yang perlu berebut dengan freelancer lain dan peluang untuk dapat pun tipis, lebih baik anda cari kerja lain yang lebih berbaloi. Kata kuncinya, FOKUS & MAHIRKAN SKILLS anda.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 41 Bagaimana nak tambah skills? Mungkin anda boleh join kursus percuma atau berbayar yang ada, melalui bacaan buku, Youtube dan sebagainya. Lebih banyak skills anda, lebih banyak peluang kerja online yang anda boleh buat. Skills Yang Diperlukan Untuk Melakukan Kerja Online SKILLS/KEMAHIRAN – Boleh jadi anda sudah ada skills, boleh jadi anda belum ada skills dan boleh jadi anda baru nak cari skills yang sesuai untuk anda. Pelbagai cara untuk mendapatkan skills. Ada skills yang anda dapat daripada tempat kerja anda, ada skills anda dapat waktu zaman belajar dahulu dan ada yang daripada minat anda dan ada yang daripada hasil anda explore sendiri. Contoh pertama, mungkin anda selalu edit video menggunakan perisian edit video semasa buat assignment di universiti seperti Capcut, Sony Vegas dan lain-lain. Perisian itu boleh dijadikan skills anda. Anda boleh cari kerja online yang memerlukan skills menggunakan perisian ini.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 42 Contoh kedua, mungkin dahulu anda bekerja sebagai accountant dan diminta menulis laporan kewangan menggunakan Microsoft Excel atau perisian accounting. Itu juga boleh dijadikan skills. Anda boleh mencari kerja online berkaitan accounting, Excel, perisian accounting dan yang berkaitan. Semua perisian yang anda guna boleh dijadikan skills dan insyaAllah ada kerja online yang bersesuaian yang mana anda boleh cari dalam platform kerja online. Contoh ketiga, anda mahir bahasa Inggeris dan Melayu, jadi anda boleh jadikan bahasa sebagai skills anda dan boleh buat kerja online berkaitan linguistik seperti translation, proofreading, writing, subtitling dan sebagainya. Kemahiran Teknikal Ada skills yang memerlukan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang teknikal serta memerlukan masa yang lama untuk mahir. Contohnya, menulis laporan pengendalian mesin dan menterjemah dokumen perubatan memerlukan anda mahir dalam bidang tersebut.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 43 Jika anda tiada kepakaran dan pengetahuan dalam bidang ini, sukar untuk anda buat kerja berkaitan. Kesimpulannya, anda tidak boleh ambil kerja yang bukan dalam bidang dan pengetahuan anda kelak akan makan diri kalau anda tak boleh buat. Ada perkataan dan terma yang hanya boleh difahami jika berada dalam bidang ini sahaja. Contoh Kemahiran dan Kerja Yang Boleh Dilakukan Di bawah ini adalah contoh-contoh skills yang ada serta pecahan beberapa lagi skills yang ada dibawahnya. Saya ambil dari salah satu platform kerja untuk rujukan anda.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 44 Accounting & Consulting Accounting & Consulting – Perlukan pengetahuan dalam bidang perakaunan, kewangan, analisis data cash flow, consultation dan yang berkaitan. Kerja online yang boleh dilakukan seperti menulis laporan kewangan tahunan, laporan audit, menggunakan formula excel, menganalisis kewangan, memberi nasihat kewangan dan banyak lagi. Contoh kerja online berkaitan :
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 45 Admin Support & Customer Services Admin Support & Customer Services - Kedua-dua skills ini lebih kurang sama. Kebanyakan kerja dalam kategori skills ini menggunakan perisian asas seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Powerpoint. Kerja-kerja berkaitan lebih kepada kerja pengkeranian dan sebagai pembantu kepada client/majikan. Antaranya adalah seperti kerja-kerja menaip laporan, menempah tiket kapal terbang bagi pihak client, menguruskan jadual client, menjawab panggilan telefon, membuat kaji selidik mewakili client, mencari maklumat di internet dan pelbagai lagi kerja. Ada juga kerja yang sukar dan memakan masa. Kesimpulannya, apa yang client/majikan nak anda buat, anda perlu buat seperti yang dikehendaki client.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 46 Contoh kerja online berkaitan : Data Science & Analytics Data Science & Analytics - Menggabungkan matematik, statistik, kod programming, analitik, artificial intelligence (AI) dan Machine Learning. Skills ini semakin banyak permintaan daripada client dan freelancer dibayar dengan harga yang sangat tinggi hingga mencecah
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 47 ratusan ribu ringgit. Banyak kursus yang sudah ditawarkan di Malaysia untuk yang berminat mahu belajar skills ini sekarang. Pihak saya juga akan bergabung dengan pakar untuk mengadakan kursus AI ChatGPT dan Midjourney. Contoh kerja online berkaitan : Design & Creative
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 48 Design & CreativeSkills ini sering menjadi permintaan client/majikan untuk tujuan pemasaran, pengiklanan, penyampaian maklumat dan sebagainya. Sediakan portfolio yang menarik pasti mudah untuk dapatkan projek berkaitan. Contoh kerja online berkaitan : Engineering & Architecture
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 49 Engineering & ArchitectureBerkaitan dengan kejuruteraan dan arkitek. Antara kerja online yang ada ialah reka bentuk model 3D, meterjemah buku manual penyelenggaraan mesin, menulis artikel, dokumen dan sebagainya berkaitan kejuruteraan dan arkitek. Freelancer perlu mempunyai skills dan pengetahuan dalam bidang ini kerana ia kategori bidang teknikal. Contoh kerja online berkaitan : IT & Networking
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 50 IT & NetworkingBidang ini sangat luas dan sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa. Ada kerja berkaitan yang mudah seperti menjadi tester dan menilai aplikasi yang dibangunkan oleh client/majikan. Ada yang perlukan skills tinggi seperti programming, pangkalan data, pembangunan aplikasi dan sebagainya. Contoh kerja online berkaitan : Legal