JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 51 LegalBerkaitan undang-undang, akta, hak cipta, syarikat, mahkamah dan sebagainya. Antara kerja online yang ada ialah penterjemah bagi dokumen sulit, menjadi jurubahasa di mahkamah, menjadi penasihat tentang syarikat dan banyak lagi. Perlu ada skills dalam bidang ini kerana dalam kategori teknikal juga serta perlu menjaga kerahsian dokumen. Contoh kerja online berkaitan : Sales & Marketing
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 52 Sales & Marketing - Berkaitan pemasaran, pengiklanan, strategi-strategi berkaitan bisnes, penjenamaan dan sebagainya. Antara kerja online berkaitan ialah penulisan proposal pemasaran, pelan pengiklanan, konsultasi bisnes, persembahan slaid powerpoint tentang bisnes, penterjemahan bahan-bahan pemasaran dan pengiklanan serta banyak lagi. Contoh kerja online berkaitan : Translation
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 53 Translation – Servis-servis berkaitan bahasa/linguistik seperti translation, proofreading, editing, interpreting, subtitling dan sebagainya. Bidang ini sangat luas dan banyak permintaan daripada client. Contoh kerja online berkaitan : Web, Mobile & Software Development
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 54 Web, Mobile & Software DevelopmentMelibatkan pembangunan laman web, perisian dan mobile. Bukan sahaja pembangunan keseluruhan, ada juga kerja online pembangunan elemen, plugin, membuat uji lari sistem, membuat kod aturcara dan sebagainya. Contoh kerja online berkaitan : Writing WritingBidang penulisan juga sangat luas dan banyak permintaan. Contohnya, penulisan proposal bisnes, copywriting iklan, artikel, blog, editing dan proofreading.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 55 Contoh kerja online berkaitan : Betul Ke Boleh Jana Pendapatan? Ni contoh pendapatan yang saya dapat daripada platform. 17,387 USD X RM 4.42 = RM 76,797
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 56 Tujuan saya tunjuk ni bukan untuk show off tapi sebagai bukti saya nak dedahkan kepada anda bahawa apa yang saya katakan bukanlah satu penipuan.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 57 Sekali lagi penekanan, pendapatan setiap orang berbeza. Jika anda fokus dan berusaha lebih anda akan dapat lebih. Ingat cerita yang saya ceritakan sebelum ini. Nak pendapatan lebih lumayan, fokus skills yang tengah dalam permintaan tinggi daripada client seperti Data Science, AI. Anda boleh cari kursus-kursus kemahiran dan join untuk meningkatkan kemahiran anda.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 58 Betul Ke Ada Platform Untuk Dapat Kerja? Ya, betul. Banyak platform yang anda boleh join untuk dapatkan kerja online tapi saya kongsi DUA platform dahulu kerana dua platform ni yang paling popular. Platform apa? Upwork dan Freelancer.com. Kenapa saya fokus dua platform ini? Kerana dua platform ni menyediakan kerja-kerja online yang pelbagai. Semua skills ada. Platform lain? Platform lain ada yang hanya fokus kerja yang berkaitan design sahaja, dan ada yang fokus terjemahan sahaja. Kalau anda nak tahu lebih 50 juta freelancer dan client yang berdaftar dalam dua platform ini. Jadi mustahil jika langsung tak ada peluang kerja untuk anda kan?
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 59 . Bagaimana Cara Untuk Mohon Kerja Dalam Platform? Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa kedua-dua platform menggunakan konsep bida (bid) di mana anda perlu membida kerja. Anda perlu bersaing dengan freelancer lain untuk mendapatkan kerja tersebut dengan menulis cover letter yang ‘menjual diri’ anda kepada client/majikan supaya dapat menarik minat mereka memilih anda. Anda perlu menyatakan harga yang anda mahu client bayar kepada anda berdasarkan bajet yang ditetapkan oleh client. Contoh iklan kerja ini..
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 60 Client dah tulis huraian tentang kerja, ada harga, ada butang Submit a Proposal dan lain-lain. Bila anda klik Submit a Proposal anda perlu menulis cover letter yang menarik minat client untuk pilih anda membuat kerja tersebut. Dekat sini lah anda perlu tahu cara-cara menulis cover letter yang memukau client. Kemudian, anda boleh memuat naik bersama contoh portfolio hasil kerja anda dan resume anda. Kalau tak ada, anda boleh buat dahulu kemudian, upload bersama cover letter. Selain itu, anda perlu tetapkan harga bidaan anda. Nampak kompleks? Tak pun sebenarnya. Awalnya memang begitu. Bila dah biasa, mudah sahaja. Anda boleh kaji jenis cover letter yang memukau client, belajar buat portfolio yang menarik dan buat resume yang sesuai dengan kerja online yang anda mahu mohon. Saya tak terangkan panjang lebar dalam ebook ini kerana terlalu panjang.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 61 Selalunya saya ajar terus dalam kelas atau melalui video. Kalau anda tengok muka surat 31, FLOW SEBAGAI FREELANCER saya ada tulis Resume, Portfolio, Profile dan Cover Letter. Itu sebahagian sahaja, rujuk di bawah perkara penting yang anda perlu sediakan sebelum mohon kerja dalam platform,
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 62 Semua yang di atas ni penting dan selalu client minta. Sebab itu, saya wajibkan anda untuk sediakan dahulu sebelum mohon kerja atau approach client. Tak ada semua ni? Boleh wujudkan sendiri. Anda boleh explore. Macamana Nak Berkomunikasi Dengan Client? Majikan/client datang dari seluruh dunia dan menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi. Sebab itu Bahasa Inggeris itu penting walaupun basic untuk berkomunikasi. Bila majikan/client nak pilih anda, mereka akan hubungi anda melalui ruang chat yang ada dalam platform seperti ini.
JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FREELANCER SQUAD ACADEMY 63 Anda dengan client boleh berbual dan berbincang dalam ruang chat tersebut dan dilarang berbincang di luar platforn untuk mengelak daripada ditipu dan platform tidak boleh membantu anda jika di luar platform. Itu tanggungjawab anda sendiri. Ada yang bertanya, “sesi temu duga dengan client ni perlu video call ke?” Jawapannya, bergantung atas kerja yang anda mohon. Boleh dikatakan sepanjang saya buat kerja online hanya 2-3 kali sahaja saya ditemuduga secara video call. Selebihnya, semua melalui mesej dalam chat room platform, Skype atau email. Selalunya, jika anda mohon kerja dari company yang besar atau kerja yang anda mohon itu jenis profesional mungkin client lebih suka interview melalui video call yang lebih formal. Client akan tanya anda dahulu dalam ruang chat, jika bersetuju maka anda dan client boleh tentukan tarikh dan waktu temuduga. Pastikan anda bersedia untuk ditemuduga jika secara video call.
FREELANCER SQUAD ACADEMY 64 JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER FAQ 1. Confirm akan dapat ke kerja online ni? Tidak. Saya bukan pemberi kerja. Saya berkongsi tentang peluang kerja online sebagai Freelancer. Bergantung atas usaha dan rezeki masing-masing seperti apa yang saya ceritakan. 2. Berapa lama masa untuk dapat kerja online? Tidak dapat dijangka. Macam kes saya dan kawan-kawan saya yang telah dikongsi dalam ebook ini. Bergantung atas usaha dan rezeki masing-masing. 3. Perlu bayar tak untuk daftar platform kerja online? Tak perlu bayar kecuali nak upgrade membership platform. 4. Saya suri rumah boleh buat kerja online? Boleh. Siapa sahaja boleh dengan syarat anda boleh menggunakan komputer, ada akses internet dan boleh berkomunikasi dalam basic English.
FREELANCER SQUAD ACADEMY 65 JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER 5. Kerja dan skills apa yang sesuai dengan saya kalau tak ada pengalaman? Gali dulu skills digital yang anda ada atau minat. Contohnya, anda mahir menggunakan apa-apa aplikasi atau tools seperti Canva, Capcut, Excel dan sebagainya boleh dijadikan sebagai skills. Atau anda minat melukis lukisan digital boleh dijadikan skills juga. 6. Ada platform kerja online yang lain selain Freelancer dan Upwork? Ada. Konsep platform lain agak berbeza tidak menggunakan konsep bidding seperti Freelancer dan Upwork. Ada platform yang spesifik untuk skills tertentu. 7.Dalam platform kerja online tak ada scammer? Semestinya ada. Nanti saya kongsi tips untuk mengelak daripada scammer dan macamana nak tapis kerja yang tepat dalam group. 8. Takut nak bersaing bid kerja dalam platform. Mampu ke saya buat kerja online ni? Ini terpulang kepada diri masing-masing. Jika tanya saya, saya seorang yang berani mencuba selagi ia tidak memudaratkan
FREELANCER SQUAD ACADEMY 66 JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER saya. Mantapkan cover letter anda, be creative dan beritahu client kenapa anda yang terbaik untuk mereka. 9. Saya berminat nak menjadi penterjemah, apa yang saya perlu belajar? Ada banyak perkara anda perlu belajar seperti translation rates, CAT Tools, servis bidang linguistik, platform translation dan banyak lagi. Boleh dapatkan pakej terjemahan. Nanti akan dimaklumkan dalam Telegram dan email. 10. Macamana jika saya nak belajar lebih mendalam tentang freelance? Selalunya saya buat training online tetapi disebabkan kekangan tenaga dan masa saya yang baru bersalin ni, jadi saya telah siapkan training berbentuk video yang anda boleh dapatkan jika membeli pakej. Akan dimumkan nanti. Alhamdulillah.. Tamat perkongsian saya dalam ebook ini. Saya harap apa yang saya kongsikan sedikit sebanyak dapat membantu anda melangkah masuk ke dalam dunia freelance.
FREELANCER SQUAD ACADEMY 67 JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER Dunia freelance sangat luas dan anda boleh explore lagi. Saya mungkin banyak berkongsi tentang penterjemahan, tetapi banyak lagi skills lain yang lebih berbaloi anda cuba. Jangan hadkan pengetahuan anda. Anda boleh explore sendiri melalui apa yang saya kongsikan dalam ebook ini. Tetapi, jika anda nak saya guide dan berminat nak join kelas saya boleh join group telegram dahulu dan saya akan keluarkan pakej-pakej training yang mampu milik untuk anda belajar tentang freelancing. Tak minat pun boleh join Telegram kerana saya akan share tips freelancing yang berguna. Saya juga akan mengadakan kelas-kelas online yang saya rasakan relevan untuk anda belajar pada waktu sekarang seperti kelas Canva, ChatGPT, Midjourney, Sari Kata dan Penterjemahan. Saya akan bergabung dengan freelancer atau tenaga pengajar berpengalaman yang lain untuk berkongsi dengan anda. Bukan syok sendiri buat kelas ye!
FREELANCER SQUAD ACADEMY 68 JANA PENDAPATAN USD SEBAGAI FREELANCER Saya nak memudahkan anda. InsyaAllah join dulu group Telegram ya! Group Telegram : https://t.me/flsquadfreelance Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat untuk anda! ====================== KOD KUPON : EBOOK29 ====================== Guna kod kupon ni jika anda mahu membeli pakej kelas yang lain kerana khas untuk anda diskaun sebanyak RM29! Maksudnya, ebook ini PERCUMA sahaja kepada anda jika anda beli pakej yang lain. Anda dapat semula harga belian ebook ini. Kupon boleh ditebus sekali sahaja! Saya doakan anda berjaya!